Peluang Belajar Bidang Senggaraan Pesawat Lepas SPM

Ada seorang pelajar di kelas yang saya turut mengajar (aliran sains) amat berminat mengikuti mana-mana program berkaitan dengan senggaraan pesawat. Sebagai guru, walaupun saya hanyalah mengajar Prinsip perakaunan, tetap menerima hakikat kepelbagaian cita-cita pelajar dan turut menyokong mereka.

Sifu mengambil kesempatan pagi ini mencari beberapa maklumat mengenai program tersebut untuk pengetahuan sifu sendiri. Ya lah, dari sekadar memberi sokongan moral, sifu percaya dengan mengetahui lebih lanjut tentang peluang-peluang belajar yang ada akan lebih membantu dalam hal memberi nasihat (jika diminta) oleh pelajar berkenaan ataupun jika ditanya oleh ibu bapa pelajar berkenaan, ataupun mana-mana individu lain.

Maklumat adalah alat terpenting masa kini dalam membuat keputusan.

Okay, inilah beberapa link yang dapat sifu jumpa berkaitan dengan Diploma Penyenggaraan Pesawat atau dalam Inggeris Diploma in Aircraft Maintenance (DAM)

DIPLOMA di Politeknik
syarat tawaran (sila baca syarat khas untuk program DAM ini.
Diskusi di kalangan pelajar DAM dan yang berminat mengenainya. Pembacaan yang amat menarik, dan keunikan proses pemilihan calon yang layak mengikuti DAM.

DIPLOMA di NILAI UNIVERSITY COLLEGE
Maklumat umum DAM – dikatakan program amat popular.
Keratan akhbar BH – Feb 2009 – mengatakan DAM NUC amat popular

DIPLOMA di UniKL – MIAT
senarai program – di bawah tu ada senarai DAM pelbagai cabang.
Phamplet berkenaan program ditawarkan – download terus dan baca, sememangnya menarik.
Diploma in Aircraft Maintenance Technology Manufacturing – phamplet khusus untuk program ini
Diploma in Aircraft Maintenance Technology Composite – phamplet khusus untuk program ini
Diploma in Aircraft Maintenance Technology Avionics – phamplet khusus untuk program ini

Diharap tiga senarai di atas cukup untuk memberi maklumat am berkenaan program tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkenaan. Untuk mencari IPT lain dari senarai di atas, sila gunakan google atau yahoo dan gunakan kata kunci carian seperti “Diploma aircraft maintenance malaysia education”.

Kepada pelajar di luar sana yang sedang berfikir-fikir nak mengikuti program apa selepas SPM, mungkin ini adalah antara program diploma yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda. Oh ya, bukan sahaja aliran sains semata-mata, pelajar aliran sastera akan dipertimbangkan dan jika keputusan matematik dan sains anda amat baik, tidak mustahil anda mampu mengikuti program ini: kuliah, peperiksaan, latihan praktikal, syarat-syarat perlesenan dan sebagainya.

Selamat maju jaya. Demi Malaysia.

Research ringkas oleh Rithuwan ‘Sifu2b’ Nasir

%d bloggers like this: