Panduan Melengkapkan Kertas 3 – Tugasan 1 (Tingkatan Empat)

Tugasan 1 untuk Kertas 3 telah bermula hari ini. Untuk tempoh selama 8 minggu pelajar Prinsip Perakaunan SPM 2011 wajib melengkapkan tugasan ini, sekaligus melengkapkan gred SPM 2011 mereka.

Apa yang perlu pelajar ketahui dan apakah prosedur atau peraturan yang mesti dipatuhi?

Pertama – Baca Buku Panduan Tugasan

Pelajar T4 SPM 2011 wajib membaca dengan teliti Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010). Ini penting. Kemungkinan besar, cikgu awak juga akan mengedarkan buku panduan ini untuk rujukan setiap individu pelajar. Jika perlu cetak sendiri dokumen itu. Dengan membaca buku panduan yang disediakan oleh LPM itu, pelajar akan ketahui dua perkara penting :

  • Elemen yang ditaksir dan syarat-syarat pentaksiran. Dengan kata lain, pelajar akan tahu yang diperlukan untuk memperoleh gred A bagi tugasan ini.
  • Format penyediaan tugasan dengan merujuk semua Lampiran yang disediakan.

Kedua – Baca Arahan dan Soalan Tugasan

Pelajar T4 SPM 2011 hendaklah membaca dengan teliti dan hati-hati arahan dan soalan Kertas 3 – Tugasan Projek 1. Beri perhatian kepada keperluan soalan seperti jenis perniagaan dibenarkan, bilangan urus niaga dikehendaki, jumlah modal permulaan dan gaji pekerja yang ditetapkan. Sudah tentulah, maklumat lain juga penting. Keakuran kepada kehendak tugasan adalah amat penting. Contohnya, jangan cipta soalan untuk perniagaan menjual telefon mudah alih kerana ia tidak termasuk dalam pilihan perniagaan yang dibenarkan. Juga apabila memilih perniagaan menjual perabot, janganlah pula ada perniagaan sampingan seperti menjual televisyen dan pemain DVD. Pada hemat sifu, ia tidak patuh kepada arahan tugasan di samping menyukarkan diri pelajar sendiri.

Ketiga – Rancang Jadual Melengkapkan Tugasan 8 Minggu

Pelajar T4 SPM 2011 mestilah menerima hakikat bahawa tugasan ini mesti disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Bincang dengan guru awak bagaimana. Apa yang pasti, pelajar hendaklah menjalankan tugasan ini dalam tempoh 8 minggu persekolahan rasmi. Ia tidak termasuk cuti sekolah dan cuti gantian Hari Raya. Jika sekolah anda mengambil cuti Hari Raya selama 5 hari (termasuk cuti awam), maka ia ditolak dari jadual atau carta Gantt itu. Begitu juga cuti persekolahan. Pelajar dan guru tidak wajib ke sekolah untuk menyiapkan tugasan ini. Ini bermakna, untuk tahun ini, kemungkinan besar tugasan diselesaikan dalam minggu pertama dan/atau kedua bulan Oktober.

Keempat – Rancang Disiplin dan Kejujuran Diri

Pelajar T4 SPM 2011 mestilah bersedia mendisiplinkan diri untuk menyelesaikan tugasan ini sepenuhnya melalui usaha diri sendiri. Pelajar tidak boleh mendapatkan bantuan dari pihak luar, termasuklah ayah, ibu, adik, abang, kakak, pakcik, makcik, sepupu mahupun rakan sebaya yang mempunyai kemahiran perakaunan atau graduan perakaunan. Mungkin bantuan berupa nasihat adalah tidak salah, tetapi jika sehingga ke tahap meminta ‘bantuan’ menyeluruh, maka ia sebenarnya satu penipuan peperiksaan. Ketahuilah, bahawa tugasan ini telah diisytiharkan sebagai kertas peperiksaan. Implikasinya, pelajar dianggap CALON peperiksaan SPM 2011 (walaupun proses pendaftaran belum selesai) dan terikat dengan peraturan dan syarat peperiksaan SPM sedia ada.  jika anda didapati bersalah menipu dalam peperiksaan, maka anda boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dilarang menduduki peperiksaan SPM selanjutnya dan/atau gagal dalam peperiksaan ini.

Di bawah ini, sifu petik kenyataan dalam Buku Panduan dan Jadual Waktu Peperiksaan SPM yang sedia ada.

17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan
akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah
laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana
salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
17.1 Keseluruhan keputusan peperiksaan digantung;
17.2 Keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan;
17.3 Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan;
17.4 Keseluruhan peperiksaan pusat berkenaan dibatalkan.

Oleh itu, nasihat sifu, buatlah dengan jujur, dengan bimbingan guru dan rakan atau keluarga, tetapi bukan dengan ‘BANTUAN PENUH’ guru dan rakan atau keluarga. Laksanakan tugasan dengan menyelesaikannya sebagai hasil tugasan asli diri anda sendiri, bukannya dengan meniru atau menipu. Jangan korbankan diri anda dan mungkin juga seluruh sekolah anda.

Baiklah, setakat ini dahulu tulisan sifu. Sebarang penambahan akan dibuat di dalam muka surat yang lebih boleh dilayari melalui MENU KERTAS 3 di atas.

ARTIKEL ASAL INI DITULIS OLEH CIKGU RITHUWAN NASIR, 2 Ogos 2010.


Advertisements

16 responses

  1. […] boleh juga membaca post terbaru saya mengenai kertas 3 dan klik di atas menu KERTAS 3 untuk maklumat […]

  2. Sekiranya pelajar tidak dpt menyiapkan projek pd bln Sept. bolehkah ambil masa satu atau dua minggu dlm bln okt utk siapkan. Adakan markah terus masuk secara online pd bln sept /okt 2010.

    Kedua, blh tak guna dokumen pern. yg std dijual di kedai dan pelajar isi secara manual shj.

    T.kasih.

  3. Saya percaya itu kena gunakan komputer (Excell). Betul tidak? Saya rasa itu boleh diikuti tetapi saya rasa pelajar kena berusaha untuk mengikuti peraturan kerana tahun ini ada kerja kursus baru~

    Soalan pertama : Bagaimanakah pelajar itu tidak tahu untuk membuat kerja kursus?
    Soalan kedua : Jika pelajar tidak membuat kerja kursus tersebut, apa yang akan berlaku pada peperiksaan nanti?
    Soalan ketiga : Jika pelajar menghantar kerja kursus tersebut lebih lambat daripada tarikh yang telah ditetapkan?
    Soalan keempat : Mengapakah pelajar tidak boleh meminta bantuan keluarga yang ada mempunyai sesuatu perniagaan (perabot, alatan elektrik, komputer dan pinggan mangkuk)?

    Sekian, terima kasih!

    Kalau ingin mengetahui soalan lain, sila reply kepada saya dengan gunakan msn~

  4. Fauziah mohd :
    Sekiranya pelajar tidak dpt menyiapkan projek pd bln Sept. bolehkah ambil masa satu atau dua minggu dlm bln okt utk siapkan. Adakan markah terus masuk secara online pd bln sept /okt 2010.

    Jwpn : Patuhi tempoh 8 minggu WAKTU PERSEKOLAHAN. Ia sepertimana di arahkan. Ini tidak termasuk cuti sekolah dan cuti Hari raya (jika ada sekolah ambil).Dalam kes tahun ini, memang kita akan selesaikan di awal minggu Oktober kerana cuti sekolah 1 minggu diganti ke minggu tersebut. Apa-apapun, pihak sekolah yang bertanggungjawab memastikan tempoh 8 minggu itu dipatuhi. Dengan kata lain, pihak pengetua/pentadbir yang akan mengesahkan tempoh 8 minggu itu.

    Kedua, blh tak guna dokumen pern. yg std dijual di kedai dan pelajar isi secara manual shj.
    T.kasih.

    Jwpn : Boleh. Sila ajar anak murid bagaimana melengkapkannya. Namun begitu, pastikan juga pelajar menyediakan INVOIS sepertimana yang sepatutnya, termasuklah menulis syarat diskaun dan ‘KK di K’. pada hemat saya, pelajar hanya dianggap mampu menyediakan dokumen sumber dengan lengkap (ada dalam elemen pentaksiran) apabila menyediakan dokumen menggunakan FORMAT PENUH sepertimana dalam buku teks (terdahulu) dan/atau sepertimana dokumen-dokumen yang disediakan oleh LPM dalam kertas peperiksaan 2010 ke bawah. Lebih baik awak hubungi pihak LPM berkenaan perkara di atas.

  5. Kia Chun :
    Saya percaya itu kena gunakan komputer (Excell). Betul tidak? Saya rasa itu boleh diikuti tetapi saya rasa pelajar kena berusaha untuk mengikuti peraturan kerana tahun ini ada kerja kursus baru~

    Sebenarnya LPM tidak menetapkan apa jenis perisian yang digunakan oleh pelajar (dan guru). Terserah kepada pihak pelajar (atau guru) berkenaan. Sudah tentu pihak LPM mengambil kira kekangan prasarana yang sedia ada di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Justeru itu, jika pelajar tidak dapat menyediakan tugasan menggunakan komputer sepenuhnya, maka ia tidak akan menjejaskan GRED pelajar berkenaan. Tahukah anda bahawa pelajar masih boleh memperoleh gred A walaupun TIDAK MENGGUNAKAN komputer sama sekali. Ini kerana elemen pentaksiran kemahiran ICT adalah kecil.

    Soalan pertama : Bagaimanakah pelajar itu tidak tahu untuk membuat kerja kursus?

    Sila belajar dan sentiasa merujuk kepada guru masing-masing. Gred bagi ELEMEN KOMUNIKASI di berikan kepada setiap pelajar.

    Soalan kedua : Jika pelajar tidak membuat kerja kursus tersebut, apa yang akan berlaku pada peperiksaan nanti?

    Pelajar tidak dapat melengkapkan Kertas Prinsip Perakaunan SPM 2011. Kesannya, pelajar itu gagal subjek Prinsip Perakaunan walaupun menduduki kertas 1 dan kertas2. Perlulah difahami bahawa tugasan T4 dan T5 (akan datang) adalah juga KERTAS PEPERIKSAAN yang wajib diduduki (atau disiapkan dan dihantar) oleh calon SPM 2011.

    Soalan ketiga : Jika pelajar menghantar kerja kursus tersebut lebih lambat daripada tarikh yang telah ditetapkan?

    Guru pentaksir diarahkan untuk memberi gred yang munasabah. Tetapi tidak gred A. Sila rujuk buku panduan TUGASAN (link ada di atas) yang dibekalkan secara online.

    Soalan keempat : Mengapakah pelajar tidak boleh meminta bantuan keluarga yang ada mempunyai sesuatu perniagaan (perabot, alatan elektrik, komputer dan pinggan mangkuk)?
    Sekian, terima kasih!

    Ini adalah peperiksaan. Bantuan dalam bentuk nasihat dan bimbingan tidak ada halangan tetapi bantuan menyelesaikan tugasan bermakna calon SPM 2011 itu boleh dituduh ‘tidak menyelesaikan tugasan secara individu dan berniat menipu dalam peperiksaan’. Ini soal teknikal dan peraturan peperiksaan SPM yang sedia ada.

    Kalau ingin mengetahui soalan lain, sila reply kepada saya dengan gunakan msn~

    maaf saya tak layan MSN.

  6. Terima kasih kepada sifu yang telah menjawab beberapa soalan saya ini~ Soalan-soalan hanya sedikit saja. Nanti saya akan tanya lagi jika saya tidak faham~

  7. salam sejahtera….
    saya harap blog ini akan lampirkan satu contoh kerja projek ini,,,

  8. tolong2! dah nak dekat SPM dah ni. exam prinsip akaun asyik gagal je. mmg tak baik nak salahkan cikgu. tapi dari form 4 sampai sekarang tak pernah nak faham apa yg cikgu ajar. boleh dikatakan satu kelas tak faham. walaupun dah cuba nak faham, tetap tak faham. pastu dah tak reti, terus mls nak buat latihan. mungkin beliau cikgu baru kot. lgpun dekat sekolah saya kelas akaun mmg dipandang rendah skit. so x de sape kisah.

    boleh tolong bagitau apa yang perlu difokuskan dalam masa 2 bulan ni utk lulus dlm spm ( kalau boleh lulus dgn cemerlang la kan D: ).
    dah suntuk sgt dah masa. TIDAKKK! 😦

    (err, maaf, macam tak sesuai je nak komen kat sini)

  9. along-aqilah :
    salam sejahtera….
    saya harap blog ini akan lampirkan satu contoh kerja projek ini,,,

    Along Aqilah, pihak LPM telahpun menyediakan satu contoh lengkap, tetapi sengaja dikurangkan jumlah urus niaga, iaitu PERNIAGAAN SELESA. Guru anda boleh mendedahkan dan memperbanyakkan contoh tersebut untuk diedarkan kepada para pelajar.

    Tambahan : Berikut adalah contoh (sebahagian tugasan) dari Cg Narzuki.

  10. Boleh saya dapatkan contoh kerja projek ini

  11. Priya :
    Boleh saya dapatkan contoh kerja projek ini

    Priya, DL saja contoh Perniagaan SELESA yang disediakan oleh LPM itu.

  12. nor janatul afifi

    ble tarikh akhr hantar kerts 3 prinsip perakaunan

  13. nor janatul afifi :ble tarikh akhr hantar kerts 3 prinsip perakaunan

    Jadual rasmi ialah bermula 1 Ogos dan berakhir 30 September 2010. Tetapi tambahan 1 minggu diberi menggantikan CUTI PERSEKOLAHAN 1 MINGGU, maka tarikh akhir hantar tugasan 1 Kertas 3 SPm 2011 ialah 7 Oktober 2010 iaitu Khamis ini.

  14. salam . sifu2b , boleh tlong tunjukkan cara selesaikan soalan d buku teks 1 d muka surat 216 no 2 . terima kasih .

  15. THANK YOU SO MUCH TO SIFU FOR HELPING ME TO FIND ABOUT THIS ASSIGNMENT “PRINSIP AKAUN”…Now i get too much to do my assignment account form 5….huhu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: