SOAL JAWAB TEKNIKAL ATAU KEMAHIRAN PERAKAUNAN

Kini sifu berjaya menyediakan ruangan atau muka surat khas untuk soal-jawab berkaitan bab-bab atau topik atau kemahiran tertentu. Oleh itu, mulai hari ini, semua pengunjung yang ingin mendapatkan respons sifu berkaitan masalah pembelajaran mana-mana topik hendaklah meninggalkan komen di MUKA SURAT SOAL JAWAB GURU-PELAJAR AKAUN yang telah diagih-agihkan mengikut topik atau kemahiran penting dalam peperiksaan SPM.

Butang SOAL JAWAB GURU-PELAJAR AKAUN boleh dijumpai di bahagian atas blog ini. perhatikan baik-baik MENU utama (atau Segmen Utama)  di atas mahupun di sebelah kanan.

Semoga dengan cara ini, perbincangan kita akan menjadi lebih cekap (efisien) dan mudah dilayari oleh pengunjung baru mahupun pengunjung lama.

Tetapi sila baca peringatan awal ini. SIFU TAK AKAN LAYAN SOALAN YANG TIDAK DITAIP DENGAN LENGKAP. Sila gunakan bahasa Melayu yang betul (apa kata kita mansuhkan ‘SMS-style language’) dan hanya dengan itu barulah sifu akan layan pertanyaan anda. Jangan hairan jika soalan anda tak terjawab. Mungkin ia berkaitan dengan syarat ini.

JANGAN GUNA PERKATAAN PENDEK SMS-STYLE.

Apa-apapun, senyum selalu.

SELAMAT MAJU JAYA.

Sifu-to-be (sifu2b) Rithuwan Nasir

Advertisements

11 responses

  1. setelah tamat lcci level ke-3,bolehkah saya memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah perakaunan di ipta?ipta manakah yang menerima masuk pelajar seperti saya?

  2. Nur Fatihin,
    Selalunya permohonan ke ijazah mestilah melalui kelayakan sijil matrikulasi, sijil program asasi, sijil Diploma atau STPM atau yang setaraf dengannya. Jika LCCI lvl3 itu dianggap setaraf dengan DIPLOMA maka tak ada masalah anda memohon ke IPTA. Tetapi jika belum cukup, maka anda haruslah tamatkan dahulu LCCI hingga ke tahap yang sesuai yang boleh gelar setaraf diploma.

    Sila rujuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ataupun pihak LCCI sendiri untuk mengetahui hal itu dengan lebih lanjut.

  3. NUR'EZZATI BINTI ADNAN

    assalammualaikum,
    Saya pelajar Tingkatan 5 Sains Tulin di Sekolah Menengah Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang dan mengambil subjek Prinsip Akaun. Pada 30/5/09 saya mengikut keluarga berpindah ke Kuching Sarawak. Saya ditukarkan ke S. M. Kebangsaan Matang Jaya, malangnya sekolah ini tidak menawarkan subjek Prinsip Akaun. Keluarga saya berharap saya dapat belajar sendiri di Pusat Tuisyen di Kuching, malangnya sehingga hari ini saya dan keluarga belum berjumpa guru @ pusat tuisyen yang mengajar Prinsip Akaun. Saya telah ketinggalan subjek ini hampir 2 bulan dan masih mencari guru/ tempat yang sesuai untuk belajar. Saya sangat risau kerana terdapat 4 topik lagi yang belum saya pelajari.
    Saya berharap sangat sifu dapat membantu saya dalam hal ini.
    Terima kasih

  4. Nur Ezzati,
    Apa yang mampu sifu tolong? Dalam hal guru tuisyen, sifu memanglah tak mampu nak tolong. Sifu orang Sabah, bertugas di Sabah tetapi mungkin awak boleh cuba menghubungi guru-guru di sekolah lain yang berdekatan. Cikgu tak kenal sangat guru ini, Cikgu Habsah Mohd. Ibrahim, tapi dari komen yang pernah beliau tinggalkan, cikgu tersebut bertugas di SMK Kuching or Kuching High.
    Jika Nur Ezzati terpaksa mengikuti bimbingan secara online seperti ini sebagai satu-satunya cara, maka maklumkan sifu dan kita boleh bincang secara peribadi akan datang melalui emel.

  5. NUR'EZZATI BINTI ADNAN

    TERIMA KASIH.SAYA AKN CUBA CRI CKGU TU..KALAU BOLEY SAYE MEMANG NAK TANYA SCARA ONLINE DGN SIFU..SEBAB SAYA SEKARANG NI KETINGGALAN 4 TOPIK YG TERAKHIR F5..
    BIASANYA DLM SPM BERAPA SOALAN YG MELIBATKN TOPIK2 NEY??DAN TOPIK APA YG PERLU DITEKANKAN..SAYA AKAN CUBA BELAJAR SENDIRI.SYE HRAP SIFU BGITAU TOPIK YG PERLU DITEKNKAN..SALAMM HORMAT

  6. NUR’EZZATI BINTI ADNAN,
    Okay. Tapi lain kali jangan taip perkataan semuanya huruf besar. Kalau di internet, seperti dalam forum, blog atau sebagainya, huruf besar semua menunjukkan kekasaran, perasaan marah dan mungkin juga rasa tertekan.

    Oleh itu, jangan guna huruf besar sepenuhnya seperti di atas. Taip seperti biasa, seperti sepatutnya.

  7. Shgasiny Manimaran

    Selamat pagi cikgu,
    Saya merupakan pelajar lepasan STPM(2009). Cikgu, walaupun saya bukan pelajar perakaunan, tetapi akan menceburi bidang perakaunan untuk melanjutkn pelajaran. Saya menghadapi masalah yang membuat saya keliru atau lain kata tidak tahu satu penyelesaian yang jelas. Cikgu, sebagai guru bagi bidang perakaunan, bolehkah saya memdapatkan nasihat cikgu yang mengenai masalah saya berkaitan dengan bidang perakaunan? Bolehkan saya mendapat email cikgu? atau cikgu akan balas melaluai email saya? Saya berharap dengan sepenuhnya bahawa cikgu dapat membantu saya.
    Terima Kasih

  8. Salam..
    Saya ingin bertanya,
    Setahu saya, jika melanjutkan ijazah pertama dengan pendidikan,seseorang graduan terus dapat bekerja sebagai seorang guru dalam sektor awam. Tetapi saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ijazah sarjana muda perakaunan (pendidikan) sama dengan ijazah sarjana muda perakaunan (tanpa pendidikan). Maksud saya, dari segi tempoh(tahun) pengajian, subjek yang dipeljari, adakah mempunyai persamaan atau sangat berbeza?
    saya pelajar aliran sains STPM(2009) dan tidak pernah mengambil subjek perakaunan dan tidak pernah mendapat pengetahuan dalam bidang perakaunan, adakah saya layak memohon untuk melanjutkan pelajaran saya dalam bidang ini? apakah profesion kerjaya yang boleh diceburi selain dari guru dan akauntant? dan adakah semua akauntant bekerja di bank? dan jaminan peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan,adakah sangat cerah?
    saya harap sifu dapat membantu segala persoalan saya ini.
    terima kasih.

  9. Shgasiny Manimaran,
    Saya akan bantu setakat mana yang saya mampu melalui blog ini. Maaf sifu tak berhubungan melalui emel secara terbuka.

    Samihah,
    Perlulah anda ketahui bahawa ijazah pendidikan perakaunan bukanlah ijazah profesional perakaunan, tetapi ijazah profesional KEGURUAN.
    Oleh itu, dengan ijazah pendidikan, setakat yang sifu maklum, anda tak akan layak bekerja dalam bidang perakaunan dan dianggap graduan profesional setaraf dengan Ijazah Perakaunan Kepujian (yang bukan pendidikan).
    Soal tahun belajar, Ijazah perakaunan kepujian wajib 4 tahun di Malaysia, manakala ijazah pendidikan (perakaunan) pula dalam tempoh 3-4 tahun, tertakluk di mana anda belajar.

    Berdasarkan pengalaman bekerja di sektor swasta suatu ketika dahulu, sifu masih percaya bahawa graduan perakaunan (tulen) mempunyai peluang kerjaya yang amat cerah, asal sahaja graduan tersebut mempunyai kualiti tambahan yang dikehendaki oleh bakal majikan. Antaranya ialah kemahiran komunikasi, creative and strategical thinking, dan banyak lagi. Sifu dah ceritakan hal ini berulang ulang kali di dalam blog ini.

    Dalam aspek keguruan pula, sudah tentulah jika anda berjaya belajar di IPTA mahupun IPG (Institut Pendidikan Guru) dalam bidang keguruan bermakna anda bakal menjadi kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia selepas tamat pengajian dan memenuhi semua kriteria ditetapkan.

    Tidak. Tidak semua graduan perakaunan bekerja di bank. Juga tidak wajib semua graduan perakaunan ke bidang audit semata-mata (walaupun ia amat perlu jika nak dapat status AKAUNTAN). Graduan perakaunan boleh menceburi pelbagai jenis industri memandangkan setiap firma dalam mana-mana industri yang besar dan berjaya menawarkan jawatan berkaitan perakaunan, contohnya pengurus kewangan, pegawai akaun, pengurus akaun, pengurusan belian, dan sebagainya. malahan, graduan perakaunan yang tidak berminat ke bidang audit dan kerjaya akaun juga boleh terlibat dalam pemasaran, pentadbiran, pengurusan am, dan sebagainya. Jika nak berniaga, lagilah amat dialu-alukan kerana dipercayai proses belajar di peringkat ijazah telah memberikan ilmu mencukupi untuk graduan itu memulakan perniagaan sendiri di sektor IKS.

    Selain dari itu, industri insurans juga terdapat graduan akaun.

  10. terima kasih sifu atas jawapan yang sangat jelas…

    saya ingin bertanya lagi,
    harap sifu membantu lagi…

    1)apakah peluang pekerjaan yang lain dalam sektor awam untuk graduan dalam bidang perakaunan?

    2)dalam sektor swasta,pekerjaan adalah tidak menentu,contohnya semasa kegawatan ekonomi berlaku. adakah graduan perakaunan dijamin untuk tidak diberhentikan pekerjaan.dalam sesebuah syarikat swasta,adakah ramai graduan perakaunan yang bekerja?keberangkalian untuk menjadi penganggur adakah tinggi??

    dan

    3)saya adalah pelajar aliran sains STPM(2009) dan tidak pernah mengambil subjek perakaunan dan tidak pernah mendapat pengetahuan dalam bidang perakaunan, adakah saya layak memohon untuk melanjutkan pelajaran saya dalam bidang ini?

    maaf pertanyaan saya yang terlalu banyak.. saya sangat takut jika tersalah memilih kos untuk melanjutkan pelajaran pada tahun hadapan dan tidak dijamin memiliki pekerjaan yang tetap.

    sekian..terima kasih.

  11. Samihah,
    1. Biasa-biasa sahaja. Ada tawaran, maka adalah peluang.
    2. Tidak semestinya. Jika firma itu terpaksa tutup operasi, maknanya hilang pekerjaan kepada SEMUA orang yang bekerja di firma tersebut. Ia amat bergantung kepada keupayaan firma itu berdaya tahan mengatasi kelembapan ekonomi. Mungkin secara puratanya antara 5-10 peratus adalah graduan IPT sahaja. Ini kerana dalam sektor pengeluaran, apa yang dikehendaki adalah pekerja mahir bukan graduan. Contohnya operator pengeluaran kilang. Sektor kewangan juga tidak memerlukan semua kakitangan graduan IPT kerana kebanyakan operasi boleh dijalankan oleh kakitangan lepasan SPM/STPM sahaja, contohnya Teller di kaunter bank. Itu adalah dunia realiti.
    3. Amat tertakluk kepada polisi pengambilan pelajar pada tahun awak memohon. Umumnya jika ramai pelajar STPM aliran sastera ikhtisas yang memohon dan layak ditawarkan, maka mereka akan diberi keutamaan, sejajar dengan pengambilan subjek Perakaunan STPM itu. Sebaliknya jika tidak ada maka pilihan lain ialah pelajar yang ada mengambil subjek Ekonomi STPM dan barulah student lain yang juga layak dipertimbangkan. Awak pula diandaikan sepatutnya memohon program ijazah dalam aliran sains kerana kelayakan anda adalah ke bidang tersebut.

    Nasihat. Tidak ada sesiapa boleh jamin mana-mana individu GERENTI dapat kerja, apatah lagi kerjaya tetap. Negara Malaysia adalah negara kecil, dan dalam persada antarabangsa, lebih berdaya saing dalam sektor pembuatan dan pertanian sahaja, manakala bidang-bidang lain tidak sebegitu kukuh atau bercampur-campur. Sektor swasta adalah penggerak kemakmuran ekonomi negara. Semakin banyak perniagaan wujud berbanding yang ditutup, dan semakin banyak perniagaan yang berjaya dan meningkat prestasi, maka semakin banyaklah peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sebaliknya apabila sesuatu sektor itu menguncup, sehingga berlakunya pembuangan pekerja, maka ia sekaligus mendedahkan betapa peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan turut menguncup.

    Apa yang perlu anda lakukan ialah menceburi bidang yang boleh digunakan (ditawar pekerjaan) oleh mana-mana industri supaya jika berlaku pembuangan di sektor A anda masih boleh mencari kerja di sektor C atau D atau E dan seterusnya. Dalam hal sedemikian, perakaunan adalah antara beberapa bidang yang boleh menceburi pelbagai sektor dan pelbagai industri, asalkan ada permintaan terhadap pegawai akaun, pengurus akaun, pengurus kewangan, pengurus insurans dan sebagainya.

    Wallahu’alam.

%d bloggers like this: