Pre-Exam Series – Modul 6 Edisi Khas Soalan Laporan Kewangan

Memberi respons cadangan Cikgu Hamidon, saya menyediakan modul 6 ini di sini untuk kemudahan guru dan pelajar menguji diri dengan soalan-soalan yang sering dan mungkin di tanya sebagai soalan no.2 dalam Kertas 2. Untuk makluman pelajar, soalan 2 adalah soalan yang menjanjikan perolehan markah kedua tertinggi di dalam kertas 2. Selain dari lembaran kerja, soalan 2 juga mungkin dalam bentuk laporan kewangan iaitu penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Sila muatturun modul 6 (prebiu) seberapa segera.

Advertisements

35 responses

  1. a’salam

    saye farah.taun ni f4.
    saye rase saye bermsalah dengan akaun nie.

    saye selalu gak buat latihan.
    masalahnye confuse ngan jawapan yang diberikan .
    pastu ckgu lak kurang memberi tekanan kat kitorang yang akaun nieh susah.

    so budak kat kelas saye buat x endah je akaun nieh.

    tp memandangkan spm next year.sye rase mcm takut.
    bley tak ckgu bagi saye nota untuk memahami akaun.

  2. Farah91, masalah awk tak ada kena mengena dgn kurangnya penekanan tentang akaun ni susah. AKAUN TAK SUSAH!

    Farah91 dan rakan-rakan hendaklah cuba mengubah persepsi. tau tak BM pun susah, BI pun susah, PAI pun susah, Mat pun susah, MTAmb pun susah, Ekoasas pun susah, Perdgn pun susah. Sains pun susah.

    Farah91, dah memang awk baru belajar, semua subjek perkara baru dipelajari maka ia sukar (bukan susah). Farah, kalau nak berjaya dalam bidang akademik dalam mana peringkat pun, hinggalah IPT, farah mesti berfikiran terbuka dan fikirkan bagaimana orang lain di Malaysia, takpun disklh sendiri, boleh berjaya dan dapat keputusan cemerlang. Apatah lagi bidang perakaunan ini adlh bidang profesional. Prinsip Perakaunan membuka peluang awk sbg lgkh pertama ke arah bidang profesional itu, yg kalau awk terpilih memasuki degree perakaunan, awk layak menjadi juruaudit, eksekutif kewangan, pengurus kewangan, guru akaun, pegawai bank dsb. Gaji bidang pengkhususan ini lumayan tau.

    Tapi itu pasal pekerjaan akan datang. Langkah pertama Farah91 ialah buang perkara negatif dari hati dan minda awk. Actually mana-mana subjek pun mesti macam tu. Susah akan jadi susah krn awk dah asuh diri awk untuk tidak belajar dgn perasaan gembira. Senang walaupun sukar bila awk gembira nak belajar dan inginkan kejayaan melaluinya.

    So, farah91, nota sifu bukan jawapannya, tapi bermula dgn perasaan awk, kemudian penghormatan awk kpd guru awk dan pembentukan usaha kerjasama ant. awk dan guru awk spt selalu bertanya jika tak faham, membuat kerjarumah tambahan dan minta disemak. Guru pula membimbing lanjutan apabila ada pljr yang melawat guru utk mohon disemak kerja diorang.

    last sekali, farah91, awk ada 1 tahun penuh. Satu perkara gembira krn awk dah sedar lebih awal. Maka aturkan strategi utk mencapai gred cemerlang dlm prinsip perakaunan spm 2008. Saya yakin dgn kesedaran spt ini, awk akan jadi pelajar yg cemerlang di dlm kelas dan sekolah awk. TAHNIAH.

  3. sifu ni khas untuk akaun je ke???
    tp kite x amek akaun……

  4. Yap nana, akaun only

  5. Nak tanya sifu, saya keliru dengan simpanan tetap. Nak masukkan dalam aset semasa atau aset bukan semasa dan kenapa..

  6. Aida, awak ni pelajar SPM ke? Anyway, simpanan tetap atau deposit tetap atau akaun simpanan tetap adalah dalam kelas aset semasa. Kenapa? Ini kerana ia masih boleh diubah kembali kepada tunai dengan mudah, seperti juga akaun simpanan di dalam bank yang lain-lain spt akaun simpanan biasa dan akaun simpanan semasa (usually lebih kerap di panggil akaun semasa sahaja, current account- bahasa jurubank).

    Ringkasnya, mana-mana akaun simpanan di dalam bank, selagi ia boleh ditukar kembali kepada tunai dalam tahun semasa/tahun perakaunan, maka ia mesti dilaporkan di dalam Akaun semasa.

    Harap ini dapat membantu Aida.

  7. actually saya tanya untuk anak buah saya sbb cikgu dia ajar masukkan dalam aset bukan semasa. Masa belajar dulu saya rasa aset semasa. sama macam pandangan sifu. tapi bila cgu tu cakap dia rujuk buku, saya pun confuse jua. terima kasih atas confirmation sifu.saya suka laman sifu ni, boleh belajar balik dan dok berangan nak buat tuisyen kat anak-anak buah.

  8. Simpanan Tetap boleh dikelaskan sebagai Aset Semasa ataupun Aset Bukan Semasa bergantung kepada tempoh matang skim simpanan tetap yang ambil. Sekiranya tempoh matangnya kurang daripada 1 tahun maka ianya akan dikelaskan sebagai Aset Semasa,jika melebihi tempoh setahun maka dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.

    Pada kebiasaannya, syarikat kecil akan melabur dalam Skim Simpanan Tetap yang kurang daripada 1 tahun bagi mendapatkan bayaran faedah dalam jangka pendek. Manakala syarikat besar pula memilih skim simpanan tetap yang lebih daripada setahun bagi mendapat hasil daripada faedah untuk jangka panjang.

    Oleh itu dalam menentukan samada Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa, haruslah dikenalpastikan terlebih dahulu tempoh matang skim simpanan tetap yang diambil.

  9. cg Marzuki sekiranya tidak dinyatakan tentang tempoh simpanan tetap tersebut maka adakah ia boleh diletakkan sama ada sebagai aset semasa atau aset bukan semasa? sebenarnya apa yang mengelirukan pelajar ialah perkataan “tetap” itu kerana aset bukan semasa juga dianggap sebagai aset tetap yang nilainya tidak mudah berubah. betulkan saya jika saya silap sifu or cikgu marzuki. thanks.

  10. Kepada semua,

    Akaun Simpanan tetap hendaklah dilaporkan di dalam Akaun Semasa mengikut amalan pelaporan kunci kira-kira standard. Walaupun tempoh masa melebih setahun, ia tetap dianggap akaun semasa sama seperti instrument asal-tunai. Ia diterimapakai sekian lama di Malaysia dan di luar negara juga. Di Amerika contohnya, Akaun simpanan tetap dikenali sbg CD atau Certificates of Deposits. CD termasuk dalam kategori Deposit Bertempoh atau Time Deposit. Mengikut amalan, CD atau Time Deposit ini dilaporkan sbg AKaun Semasa.

    Kpd pelajar SPM mahupun STPM, kita harus mengajar mrk pengkelasan standard spt ini. Pemahaman bahawa simpanan tetap bagi tempoh lebih 12 bulan sbg aset tetap/aset bukan-semasa tidak disesuai dalam kes ini, krn dari segi perbankan pun, walaupun syarikat menyimpan dlm Ak. Simp. Tetap bagi tmph 24 bln/36bln/ hingga maks. 60 bln, penyimpan tetap berhak menukarkan sijil tsbt kpd tunai bila-bila masa dlm tahun perakaunan, tanpa halangan. Apa yg hilang hanyalah hasil dari faedah simpanan tetap yang tidak akan dibayar krn pengeluaran pra-matang.

    So, mengikut MASB (SPM tak perlu kisah benda ni, STPM mgkn perlu tahu), panduan penyediaan kunci kira-kira, syarikat dibenarkan melaporkan tunai di dalam bank, tunai dlm simpanan tetap, dll di bawah satu heading, Deposits with Licensed Bank, dan ia dipanggil juga ‘Cash and Cash Equivalent’.

    Masalahnya dlm silibus SPM pula, tidak ada kejelasan yang meyakinkan, apatah lagi bab khusus ttg perkara sebegini. Oleh itu, nasihat Cg narzuki hendaklah terpakai. Sifu sendiri mengajar pelajar disimpan dlm Akaun Semasa. Tetapi sejujurnya apabila mrk di T5, jika ada mana-mana pelajar yang membawa perkara sebegini dlm perbincangan, sifu akan mengambil langkah selamat, dan menyebut sptmana pernyataan Cg Narzuki. Itulah kami guru, tak nak pelajar terganggu fikiran, maka kami akan bagi penyelesaian sebegini, dgn harapan pemeriksa mengambil kira faktor kepelbagaian ini.

    Sehinggalah silibus SPM disemak semula (2009? betulke?), sifu berpendapat kedua-duanya betul. Terserah kpd pelajar mengguna pakai mana satu. Wallahualam.

  11. TQ Sifu2b atas info tersebut, sebenarnya isu ini telah diperbincangkan dan masing-masing mengeluarkan pendapat dan alasan masing2 … dan kedua2nya betul. Maka terserahlah kepada syarikat dalam menentukan dasar kewangan mana yang hendak diikuti.

    Oleh kerana keadaan tersebut, maka silibus SPM (sehingga kini) tidak mengemukakan isu tersebut dan ianya tidak pernah dikeluarkan dalam soalan SPM tahun2 lepas terutamanya dalam soalan 2 – Penyediaan Penyata Kewangan. SPM skopnya kecil sahaja, jadi kita permudahkannya untuk kefahaman pelajar. Wassalam.

  12. Terima kasih atas respon yang Sifu dan cikgu Marzuki berikan. maka sekarang saya lebih yakin bahawa simpanan tetap adalah aset semasa dengan penjelasan yang panjang lebar daripada cikgu berdua. Jika ada yang bertanya maka saya juga dapat memberikan jawapan dengan yakin berdasarkan keterangan yang cikgu2 berikan. Thanks.

  13. Erissa, terima kasih kembali.

  14. Terima kasih atas pandangan Cg Narzuki dan untuk sifu juga. Hari ni baru buka balik laman ni. Tak sangka Cg Narzuki pun bagi respon. Saya ada juga tanya kawan yang jadi akauntan, dia pun berpendapat perkara ni fleksibel jika dinyatakan tempoh simpanan tetap tersebut. Tapi betullah, memang jarang keluar dalam spm. Lagi satu saya dengar akaun akan diajar dalam bahasa inggeris, betul ke?

  15. Aida, dari mana aida dengar perkara ini? Sifu belum tahu tentang ini. Tapi kalau betul pun okay.

  16. HELLO SIFU,
    Erissa nak tanya kalau masa menjawab soalan SPM nanti jika soalan itu meminta pelajar menyediakan penyata pendapatan atau penyata kunci kira-kira jawapan hendaklah dibuat di atas lejar, jurnal,atau di atas kertas exam single line yang disediakan? saya masih keliru tentang penggunaan buku-buku ini kerana belum melihat format sebenar kertas yang akan diberi kepada pelajar masa peperiksaan SPM sebenar. mohon sifu jelaskan. thanks.

  17. Erissa, tentang format kertas, sifu ada sediakan templat kertas di sini, https://sifu2b.wordpress.com/2007/05/17/templat-kertas-jawapan-prinsip-perakaunan-spm/

    Setakat yang sifu tahu, tiada kesalahan jika pelajar menggunakan kertas lejar atau jurnal atau kertas kajang yang disediakan. Terserah kpd pelajar bgmn menggunakannya.

  18. Hello sifu,
    Terima kasih banyak-banyak atas respon yang sifu berikan. saya rasa bahagia dan gembira sekali kerana telah dapat simpan semua contoh format kertas yang sifu minta linkkan di sini. thanks once again.

  19. hello sifu,
    untuk berterima kasih pada sifu, erissa nak hadiahkan Sifu satu puisi. Harap Sifu menyukainya.
    PUISI CINTA SANG AKUNTAN

    Wahai kekasih hatiku…
    Debitlah cintaku di neraca hatimu
    Kan ku jurnal setiap transaksi rindumu
    Hingga setebal laporan kewanganku

    Wahai belahan jiwaku…
    Jadikan aku manajer investasi cintamu
    Kan ku hedging kasih dan sayangmu
    Di setiap lembaran portofolio hatiku

    Bila masa jatuh tempo telah tiba
    Jangan kau retur kenangan indah kita
    Biarlah ia bersemayam di reksadana asmara
    Berkelana diantara aktiva dan passiva

    Wahai mutiara qalbuku…
    Hanya kaulah master budger hatiku
    Inventoryku yang syahdu
    General ledgerku yang tak lekang di telan

  20. Erissa, wah kreatifnya. Thank you for the poem. Oh, sifu baru aja dapat online hari ni. Sejak 2 Feb, streamyx line ada masalah hingga tak berfungsi sama sekali.

  21. Hi sifu,
    My pleasure if u like it. Bukan i yang buat puisi sang akauntan itu tapi i dapatkan dari seorang kawan dari tanah seberang so i suka utk share dengan sifu, sifu guru akaun pasti menyukainya dan dapat memahaminya meskipun bahasa yang digunakan bukan bahasa kita tapai kita serumpun.
    sifu selalu online di yahoo mesengger? kalau sifu tidak keberatan i minta email sifu, boleh?

  22. Erissa, sori sifu dah tak pakai apa-apa messenger, alasannya mudah aje, keselamatan PC. Tau tak, yahoo messenger dan sekutunya digunakan mampu menjadi lubang worm merebak?

  23. salam. cikgu. mcm mana ni, lg sebulan nak spm. tp prinsip akaun sy msih teruk. dpt 40 keatas je. sy cuma boleh buat kunci kira-kira, penyata pendapatan, buku tunai runcit, dn akaun pengeluaran je..tension la..

  24. lg satu, dgn akaun realisasi je.

  25. Anis,
    Jika maksud anis mahir melakukannya maka syukurlah ada peluang untuk lulus. Tapi takkanlah nak lulus sahaja. Apa kata awak sekarang beralih ke kemahiran simpan kira yang menjanjikan 25-29 markah. besar tu, tak heran nanti Anis bkan setakat lulus, tapi boleh dapat gred 5C ataupun 4C. SPM 2008 adalah tahun terakhir akan ada soalan simpan kira (Soalan 1) dalam kertas 2. Oleh itu gunakan sebaiknya peluang ini untuk meraih kejayaan awak. Sebenarnya Simpan kira AMAT senang, bagi sesiapa yang mengetahui, dan Anis pun akan boleh mengetahui dan mahir mengenainya jika tumpukan 100% buat 1 minggu ini ke arah itu sahaja. Sifu cadangkan Anis ambil soalan modul sifu dan skemanya sekali. Buat sambil rujuk jawapan yang sifu sediakan. Ikuti langkah-langkah mudah iaitu mulakan dengan catatan pembukaan dalam jurnal Am – poskan bakinya ke lejar Am. Lepas tu teruskan ke dokumen 1 hingga 15 di mana ia akan menghendaki calon SPM menyediakan jurnal-jurnal dan buku tunai. Lakukan sedemikian sehingga awak mahir mencatat ke jurnal. Jika masih salah, fokus kepada jurnal dahulu sehingga 100% tepat, walau apa pun soalan yang diajukan.
    Anis akan dapati bahawa kaedah catatan ADALAH 100% SAMA, walaupun bunyi berbeza, walaupun soalan dan syarikat yang berbeza. Jurnal Jualan akan tetap jurnal jualan dan akan tetap tentang urus niaga jualan secara kredit dan akan tetap tentang penghutang. begitu juga jurnal lain.

    Cuba dulu, bila awak dah pasti dengan Jurnal, barulah awak berlatih pos ke lejar Am. Ketahuilah senang aje, JIKA POS DARI BUKU TUNAI, silangkan-debit ke kredit, jika pos dari Jurnal Am, salin terus – debit ke debit, kredit ke kredit, Jurnal Jualan – senarai penghutang akan dipos ke debit akaun penghutang dan JUMLAH JURNAL JUALAN yang dipanggil AKAUN JUALAN akan dikreditkan ke Akaun Jualan dalam Lejar Am. begitu pula sebaliknya Jurnal Belian, kreditkan akaun-akaun pemiutang dan debitkan akaun belian. Try it, you will believe it.

  26. tp x semestinya sy buat semua betul.. ntah2 x lulus pun nnt.. ada masa lagi x sy nak improve? atau sy dah terlambat?

  27. Anis,
    Sifu berpegang kepada prinsip “masih ada masa jika pelajar memang hendakkan perubahan dan kejayaan”. Oleh itu percayalah bahawa Anis masih mampu mencapai hajat di hati. Ini telah pun terbukti di kalangan pelajar-pelajar Sifu terdahulu, even pelajar lemah dahulu pun dapat dibantu menjadi lulus dan ada juga yang berjaya mencapai kredit 6C kerana mereka berani berubah dan menerima petua dan tunjuk ajar sifu. of course, mereka menghadiri kelas tambahan sifu dan drill sifu yang dikhususkan untuk mereka. Tahun lepas sahaja sifu menjalankan 3 kali kelas tambahan seminggu untuk 3 kumpulan pelajar berbeza dari 2 kelas yang sama! hanya pelajar yang tidak hadir kelas tambahan dan kelas harian sifu sahaja yang sama sekali tak terbantu sama sekali, tapi itupun hanya 1 orang.

    dengan kata lain, Anis boleh mencapai status lulus ataupun 6C dengan syarat Anis kuasai kemahiran simpan kira sebagai keutamaan. Kuasai sehingga boleh jawab sepenuhnya. Ketahuilah walaupun Anis jawab 100 soalan berbentuk Soalan 1 kertas 2, jawapannya hanya SATU JENIS. Sediakan Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal belian, Jurnal Pulangan Belian atau Jurnal Pulangan Jualan (selalunya salah satu). kemudian poskan ke dalam lejar Am yang selalunya hanya mememerlukan 9-12 nama akaun dalam lejar am, dan selepas itu hanya perlu sediakan ringkasan baki-baki dari lejar yagn dipanggil IMBANGANG DUGA. Percayalah cakap Sifu bahawa jika awak fokus dan jangan mendera diri sendiri sebagai tak pandai, Anis pasti akan dapat mengetahui TRICK jawab soalan 1. barulah kemudian Anis fokus semula kepada penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Apa yang perlu dilakukan ialah HAFAL format. Soalan sebegini juga, walau Anis buat 100 soalan, formatnya hanya 1 jenis. Jadi takkan itu menjadi kesusahan. jangan risau dahulu tentang pelarasan, fokus dahulu bagaimana menyusun item-item dalam PP dan KKK secara tepat mengikut format piawai antarabangsa itu. Insyaallah Anis pasti berjaya. Cuba ya. Jika Anis pelajar sekitar Kota Kinabalu, Putatan atau Papar, Anis boleh mencari sifu. malangnya sifu tak mengajar t5 tahun ini tetapi sifu boleh bantu pelajar T5 tanpa masalah.

  28. terima kasih cikgu.. sy akan cuba buat yg terbaik..

  29. broken princess

    actually aq nak tny sama cikgu knpa buku akaun begitu ssh didapati…lebih2 utk form6….paling susah lagi di sabah begitu susah untuk mendptkan buku akaun utk form 6….erm cikgu bagaimana cara yang baik utk lbih senang ttg pembelajaran akaun?sblmnya aq mmg mengambil akaun,tp ada certain2 yg kdg2 membuat aq binggung…erm bley cikgu tlg jelaskan kenapa org menganggap utk bljr akaun sgt ssh?pda mulanya aq pun rsa camtu tp bila fhm bnda 2 jd senang…tp skrg menjadi ssh krna ssh utk mendapatkan buku…

  30. Broken Princess,
    Sebenarnya FORM 6 belum ada buku rujukan khusus yang terkini. Apa yang ada dipasran (jika anda menjumpainya) adalah sebenarnya cetakan lama, kalau tak silap cetak 2004 ke bawah.

    Penyelesaian kepada masalah puteri ialah membeli dan merujuk buku-buku perakaunan tulisan Frank Wood, samaada dalam BI atau terjemahannya dalam BM. Kalau di KK, dapatkan dari Signature, Tgkt 1, Karamunsing Complex.

    Pembelajaran perakaunan STPM sememangnya mencabar tanpa buku teks khusus tetapi awak boleh letakkan diri awak sebagai siswazah. Pelajar tahun 1 diploma perakaunan dan ijazah juga memerlukan usaha yang serupa. Pensyarah mengajar dengan slaid atau Powerpoint, dan pelajar sendiri terpaksa bergegas ke library utk membaca bab yang berkaitan. So samalah awak sekarang. Tapi tahniah, kerana awak antara kelompok pelajar yang ‘berani’ menghadapi subjek mencabar seperti perakaunan.

  31. sifu sy nie dlu bdk akaun spm taun lps..
    sy nk tnye r pe peratus bg bdk akaun utk msuk matrik…
    sy dgr matrik skrg lbh amik bdk sns drpd bdk akaun…
    sy tkut r sifu…

  32. ape kepentingan dan kekurangan bagi income statement dan balance sheet??

  33. Chika, ada dalam buku teks/rujukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: