PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

NOTIS : Tulisan ini dipetik dari sini, tulisan Cg Narzuki. Sila lawati blog beliau juga utk maklumat lanjut tentang isu ini.

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Makluman :
Petikan ini dibuat tanpa mengubah mana-mana perkataan untuk mengekalkan integriti penulisnya. Terima kasih Cg Narzuki.

33 responses

  1. askum sifu. i’m about to enter a U in accounting information system. but the thing is i dont have any knowledge about accounting because i’m an engineering student when i was in f4 & f5 . can u help me by giving some info about this subject and where can i find more about it. plz

  2. Yan,
    FYI, this is not the appropriate place for comment like this, unrelated topic, but I will answer you question anyway.
    It doesn’t matter if you never learn accounting prior to this, that’s okay. Besides, you will study in a diploma of accounting information system (AIS), which in effect, is quite different. You will have to study accounting courses (subjects), maybe a lot of them, but I believe with your background (technical and personal skills) you can cope with it. I believe it’s not how well you know about things, it’s about how well you know how to understand about certain things. Study techniques is one of them, and self-motivation, and of course the desire to archieve excellent in life, may become you ‘engine’ for success. You are an engineering students, you have learn a lot of things new before. Similarly, you will facing new challenge (if I may say so), but I know you can handle the pressure just like what you did during you F4 & F5, albeit with different level of difficulties. Good luck and remember, you are now an engineer of you future career. Make sure you success.

  3. dah semakin bagus paper spm akaun ni ya. syabas🙂

  4. Tak lama lagi paper akaun spm jadi setaraf dengan Level 2 LCCI. Cayalah …

  5. Perubahan dalam Sijil Prinsip Perakaunan SPM hanya langkah pertama yang diambil oleh kerajaan. Matlamat utama kerajaan ialah untuk menaik taraf Kelulusan Ijazah/Master Perakaunan keluaran Malaysia supaya diiktiraf diperingkat antarabangsa, sebagaimana kelulusan LCCI dan ACCA. Peluang pekerjaan lebih cerah di masa hadapan, InsyaAllah.

  6. salam..
    sy nk cari koleksi2 yg lepas..
    nak buat mcm mana yer??

  7. mariah,
    Beli buku koleksi soalan SPM. Itu dah mencukupi.

  8. sifu, betul ke perubahan format ini?? adakah ia lebih sukar?? hurm… tp sy x dimaklumkan lg di sekolah…

  9. cikgu i dh maklumkan pasal ni kat sekolah.. tapi vin x fhm whether dis means dat its gonna be hard or more time consuming…

  10. Kingsley Valluvan

    Saya nak tip/ramalan ttg apa yang akan keluar pada kertas SPM 2008 Prinsip Perakaunan…….. Thx

  11. assalamualaikum cikgu.sy dh dmaklumkan dgn brite ni.almk tkutnye.sy da r lmah akaun..

  12. Semua (yang tanya tentang perubahan format),
    sifu sebenarnya BELUM didedahkan secara rasmi maklumat ini di Sabah. Sifu sedang menunggu dan masih menunggu bilakah sifu berkesempatan mendengar sendiri taklimat tentang perubahan ini. Sifu juga sedang dapatkan maklumat dari mana-mana individu yang dipercayai yang boleh menerangkan lebih lanjut perubahan ini.
    Namun demikian, pelajar diingatkan bahawa perubahan ini lebih bersifat peningkatan taraf kertas Prinsip Perakaunan SPM. Untuk membolehkan subjek PAK SPM diangkat setaraf dengan kertas 1 dan 2 LCCI (sepertimana pernah diuar-uarkan tahun lepas), perubahan perlu dibuat dari segi ‘cabaran soalan dan agihan markah’ yang boleh diterima pakai oleh panel luar LCCI dan ACCA. Itu apa yang sifu fahamlah. Secara langsung, pelajar yang mengambil subjek ini dan cemerlag 1A atau 2A harus berbangga bahawa awak mempunyai pencapaian yang diiktiraf LCCI. Namun begitu, dari segi strategi persediaan untuk SPM, sifu difahamkan soalan berkaitan kitaran perakauan (soalan nombor 1 dalam kertas 2) tidak dikeluarkan lagi mulai SPM 2009. SPM 2008 mungkin masih kekal seperti asal kecuali pemarkahan yang lebih ketat. Dengan kata lain, pelajar tidak boleh cuai dalam Buku Tunai, Jurnal-jurnal dan Lejar. Selain dari itu, semua kerja mengira berkaitan PHR, Susut nilai dan sebagainya perlu ditulis di dalam kertas jawapan. Kalau masa sifu di UPM, gerakkerja mesti ditunjukkan di atas kertas jawapan berasingan (umpama lampiran bagi soalan tersebut). Perkara yang sama akan diminta di dalam SPM nanti, iaitu pelajar mesti lampirkan sekali gerakkerja pengiraan untuk mana-mana soalan yang memerlukannya. Antara soalan melibatkan pelarasan dan/atau pembetulan ialah soalan 2 (penyata pendapatan dan kunci kira-kira), soalan akaun kelab dan persatuan dan beberapa soalan berkaitan.
    Sifu sendiri masih kabur tentang perubahan ini, tetapi sehingga ke saat ini, begitulah kefahaman sifu. Diharap semua pelajar SPM 2008 dapat menyediakan diri dengan latih tubi yang lebih kerap, fokus kepada ketepatan dan gerak kerja yang mesti ditulis.

  13. blog yang bagus…teruskan usaha anda.

  14. saya bru dpt 3B…NAPE NK UBAH2 LAK…NANTI TURUN LAK MY RESULT….

  15. SAYA TAKUT LER BILA MEMIKIRKAN SPM…NAPE WAT PERUBAHAN…

  16. Hazuardiey,
    Demi memartabatkan subjek Prinsip Perakaunan, dan menjadikan ia setaraf dengan keperluan dan kelayakan badan profesional, maka ia perlu diubah.

  17. adakh lmbaran keje akn kuar?sy bkn pe cme sy tkutlh klo lmbrn keje kuar cz ia kn m’mrlukn penelitian y amt teliti..

  18. Gha,
    tak pasti. Tapi oleh kerana SPM 2008 adalah tahun kedua kerjasama LPM dgn LCCI/ACCA, sifu berat kepada jawapan TIDAK. Tapi sediakan shj diri anda, mana tau sifu silap. Al maklumlah, soalan SPM sebenar SULIT, sifu sememangnya tak tahupun.

  19. Sifu2b,
    Saya telah email sedikit bahan untuk rujukan.

  20. terima kasih Cg Narzuki.

  21. apa khabar sifu?
    saya masih keliru bagi beberapa perkara berikut :-
    a) soalan 1 spm, penyediakan akaun-akaun dalam lejar. misalnya akaun belanja seperti gaji, sewa, belanja am dll, masa penutupan, adakah letak baki h/b pada bahagian kredit atau akaun untung rugi?
    Bagi jualan atau belian, penutupannya sepatutnya baki h/b atau akaun perdagangan?
    Di sekolah, cikgu mengajar baki h/b ; ttp dalam buku rujukan tertentu pula berlainan. Yang mana betul? Jadi dalam skem pemarkahan SPM adakah kedua-dua bentuk catatan diterima?

    b)Soalan 1 bahagian c, imbangan duga, Jika jawaban total adalah salah, tetapi sesetengah daripada entry dalam debit dan kredit adalah betul. Adakah saya akan diberi markah 0 atau separuh daripada markah?

    tq

  22. Alcal,
    SPM 2009 masih seperti dulu.
    Dalam pemeriksaan SPM, pelajar dibenarkan utk menulis SEMUA baki akaun-akaun sebagai baki h/b. ia adalah kelonggaran yang disengajakan, jika sifu tak silap.
    Tetapi jika awak nak mengamalkan teknik simpan kira yang betul seperti yang anda nyatakan, ia amat dialu-alukan. Teknik yang betul ialah baki-baki akhir akaun-akaun belanja dan hasil lain mesti diposkan ke akaun untung rugi (dalam akaun penamat-tak diajar dengan sepenuhnya dalam SPM), maka perkataan Pindah ke Akaun Untung Rugi atau singkatannya Akaun Untung Rugi adalah paling tepat. hanya akaun-akaun ALEP sahaja yang berbaki seperti baki h/b yang dibawa ke tahun hadapan. Begitu juga akaun Jualan dan akaun belian, kedua-duanya akan dipindah ke akaun perdagangan, maka perkataan Akaun Perdagangan paling tepat.
    Oleh itu ALCAL harus ingat, kedua-dua kaedah menjawab soalan adalah diterima dalam SPM (polisi sedia ada barangkali). Sifu sendiri akan ajar yang betul dulu kerana ada dalam buku teks yang digunakan, malah akan potong markah jika gagal mengikutinya (kejam-kejam, hehehe). Tapi dalam persediaan ke SPM (T5) seperti sekarang , barulah sifu (dan guru-guru lain juga) bagi tips sebegitu. Sememangnya konflik tapi demi ‘kemakmuran’ anda masa hadapan.
    Sebenarnya ada satu alasan lain kenapa baki h/b boleh digunakan dalam S1. Sebenarnya soalan itu fokus kepada tempoh 1 bulan. Sepertimana diketahui tempoh perakaunan adalah 12 bulan dan hanya di akhir bulan ke12 akaun penamat akan disediakan. Oleh itu sudah jadi kebiasaan, semua akaun akan di tutup dari bulan ke bulan menggunakan baki h/b & baki b/b dari bulan 1 ke bulan 2 dan seterusnya sehinggalah bulan ke-12. pada hari terakhir, hari ke 365 (genap 1 tahun), barulah akaun-akaun yang berkaitan dengan akaun penamat akan dipindah ke akaun perdagangan atau akauan untung rugi masing-masing.
    harap penjelasan di atas mencukupi.
    Berkenaan soalan 1C, setiap item akan diberi 1/2 markah, seperti juga item-item dalam S1A dan 1B. Jika salah maka salah. Ini bermakna awak tak dapat markah penuh, tetapi tidak ada istilah potong markah atau 1/2 dari 1/2.

  23. ssah la akaun
    aper format yg baru 2?

  24. cikgu nak tanye sesuatu…
    saya dapat tawaran untuk masuk UITM dalam diploma perakaunan 27 jun ni, tapi saya tak tahu nak masuk U ataupun stay kat tingkatan 6 kerana saya dapat tawaran untuk ke tingkatan 6 juga…
    saya nak masuk U untuk diploma perakaunan ni tapi saya risau tak leh nak bawak diploma ni sebab add math saya boleh dikatakan teruk jugak la…
    pada pendapat cikgu mana yg lebih bagus, U ataupun tingkatan 6 sebab ramai kata tinggkatan 6 kalau result bagus lagi senang nak sambung belajar, tapi ramai juga yang kata tingkatan 6 ni exam dia no 5 yg paling susah kat dunia..
    apa pendapat cikgu..

  25. Hazz,
    KEDUA-DUANYA TAK LAYAK BUAT AWAK JIKA AWAK MASIH TAK BERANI BERUBAH!
    STPM bukanlah peperiksaan tersukar di dunia, tapi realitinya ramai yang gagal capai prestasi yang sepatutnya kerana gaya belajar dan tingkah laku tidak berubah sehinggakan gaya belajar pun tak berubah.
    Diploma bukannya susah sangat juga, tambah lagi berpeluang belajar 6 semester. Dengan kata lain ada 6 kali peluang ditaksir oleh Universiti. Tetapi ramai juga pelajar yang hanya prestasi LULUS SAHAJA, kerana atas alasan yang sama seperti diatas, tak nak berubah, cara belajar masih ala PMR atau SPM, masih lagi tak nak fokus kepada kualiti DIRI.
    Jika awak berani dan sedar bahawa awak perlu berubah, maka sifu sarankan awak terus pergi ke diploma perakaunan. I VOTE FOR ACCOUNTING DIPLOMA IN UiTM. Pergilah dan cari kekuatan baru di sana. Sifu yakin, awak akan dapat menyesuaikan diri. Jika susah tapi awak berusaha mengatasinya maka kenapa pula awak tak dapat nak berjaya, betul tak. Jika ramai orang telahpun graduat dari UiTM, takkan awak pula MASIH NAK MENGIKUTI JEJAK KAKI LANGKAH YANG NEGATIF, ya tak. Awak lemah add math, tak apa. Masa di diplomalah awak mesti buktikan bahawa awak bukannya lemah matematik selama-lamanya.
    KESIMPULAN, PERGILAH KE DIPLOMA PERAKAUNAN. KEJAYAAN MENANTI ANDA DI SANA.

  26. terima kasih sifu…..
    kata-kata sifu akan saya ingat selama-lamanya….

  27. Hazz,
    Sifu doakan anda berjaya dalam apa jua laluan yang anda pilih.

  28. EMMM…………CIKGU SAYA DAH MAKLUMKAN PASAL PERKARA NI GAK..TAKOT PLAK NAK JAWAB SOKLAN P.AKAUN NANTI..HARAP2 DAPAT A DALAM SPM SBAB AKAUN SAYA TAK PERNAH DAPAT B…HARAP SUME DOAKAN YE…………………..

  29. camne nak belajar akuan gan mudah dan mudah di ingati
    MAJULAH SUKAN UTK NEGARA!!!

  30. Sifu tlg doakan sye n kwn2 di S.M.K.T.M berjaya dlm SPM nanti…!!..Amin(n_n)
    Semoga Sifu dipanjangkan umor..

  31. Fick,
    Sifu doakan anda semua berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

  32. salam…sifu pelajar universiti tahun 2 mengabil jurusan perakaunan.sifu saya mohon sifu untuk memberi penerangan tentang sebaranng perubahan dalam FRS yang dirancang di Malaysia.saya cuba cari di surat khabar tapi belum menemui sebarang perubahan yang akan berlaku..saya mohon sangat bantuan sifu untuk memberi sumber rujukan untuk saya rujuk.sekian terima kasih

  33. hani :
    salam…sifu pelajar universiti tahun 2 mengabil jurusan perakaunan.sifu saya mohon sifu untuk memberi penerangan tentang sebaranng perubahan dalam FRS yang dirancang di Malaysia.saya cuba cari di surat khabar tapi belum menemui sebarang perubahan yang akan berlaku..saya mohon sangat bantuan sifu untuk memberi sumber rujukan untuk saya rujuk.sekian terima kasih

    Mungkin awak dah sedia maklum web ini, tapi tak apa, saya senaraikan juga dalam komen ini:
    http://www.masb.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=13%3Afinancial-reporting-standards&catid=6%3Amasb-exclude-private&Itemid=14

    Tentang rancangan selaraskan MASB dengan IFRS menjelang 2012
    http://www.masb.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1376&Itemid=63

    http://www.pwc.com/my/en/publications/frs-compared-with-iasb.jhtml

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: