Category Archives: Pre-Exam Series Q&A

Soalan Percubaan SPM Rakan sifu

Alhamdulillah, rakan sifu, cikgu hamidon telah sudi menyumbangkan soalan percubaan sekolah beliau. Cari di sini.

Kepada rakan guru lain, sudilah kiranya untuk berkongsi soalan anda. Bagaimana bentuk pun tak apa, sifu akan pakej semula dalam fail PDF supaya mudah dibaca dan dicetak oleh pelajar.

Advertisements

Pre-Exam Series – Modul 5 Ramalan SPM set 2/2007

Modul 5 Pre-Exam Series telah diedarkan diblog ini. Saiz fail pdf ini kecil, bersaiz 690 kb, oleh itu jangan lupa memuatturun fail ini. Lawati muka surat ini, https://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

Walau bagaimanapun, jawapan hanya akan dimuatnaik 2-3 minggu kemudian, bergantung kepada kesesuaian masa
[Kemaskini : jawapan telah dimuatnaik sejak 18 Ogos 2007]

Modul 4 PES pula telah dikemaskini. Terima kasih kepada pelawat Goldberg yang mengesan kesilapan kecil pada soalan 3. Sila muatturun modul 4 semula berserta jawapan. Soalan 3 dalam modul 4 telah tertinggal satu baris iaitu Hutang Lapuk. Cadangan jawapan juga telah dibetulkan. Saiz Modul 4 juga telah dikurangkan.

Pre-Exam Series – Modul 4 Ramalan SPM set 1

Modul 4 Pre-Exam Series telah diedarkan diblog ini. Saiz fail pdf ini agak sederhana besar, 2Mb, so bersabar aje ketika memuatturun fail ini. Lawati muka surat ini, https://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

Pre-Exam Series telah dikemaskini dengan modul baru

Untuk mengikuti perkembangan Pre-Exam Series anda bolehlah masuk ke mukasurat ini, https://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

Templat Kertas Jawapan Prinsip Perakaunan SPM

Selalunya saya akan minta pelajar gunakan sahaja buku-buku jurnal, lejar dan buku tunai yang boleh dibeli di kedai. Namun begitu, saya juga menyediakan kertas yang mirip kertas jawapan rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bagi saya ianya penting untuk membiasakan pelajar dengan kertas tersebut, terutamanya bilangan baris kertas lejar, jurnal dan buku tunai itu tidak sama dengan buku akaun yang tersedia di pasaran. Saya menasihatkan pelajar saya untuk memastikan HANYA 3 akaun di dalam satu muka surat kertas lejar. Bukankah arahan itu lebih mudah pelajar fahami alasannya jika menggunakan kertas yang menyamai kertas jawapan sebenar LPM. kali ini saya menawarkannya kepada calon di luar sana, dengan perubahan seperti nama Lembaga Peperiksaan Malaysia ditukar kepada nama lain, untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan nama LPM.

So ini ketiga-tiga kertas akaun di dalam pdf. Kertas Jurnal (selalunya berwarna biru)|| Kertas Lejar (selalunya kertas putih)|| Kertas Buku Tunai (selalunya kertas hijau).

Diharapkan calon-calon SPM, terutamanya calon persendirian, akan dapat berlatih atau mengulangkaji soalan wajib itu dengan lebih berfokus lagi.

Buku Tunai (3 lajur) | Buku Tunai 2 lajur (digunakan dlm SPM sebenar) | Jurnal | Lejar (Buku tunai disediakan 3 lajur)

Kertas Lembaran Kerja (22 Sept 2007-saiz A4, tapi dlm peperiksaan saiz A3-besar!)

PRE-EXAM SERIES – SOALAN DAN JAWAPAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Alhamdulillah, saya berjaya mencuri sedikit masa untuk merealisasikan projek ini. Walaupun tak seberapa tetapi saya yakin pelajar-pelajar bimbingan saya akan mendapat manfaat daripada usaha ini. Kepada pelajar-pelajar sekolah lain, saya juga yakin anda semua akan dapat menggunakan modul PES ini dengan sebaiknya. Hubungi juga guru anda untuk mendapat respons sebaik-baiknya dari mereka.
MODUL 1 ini menumpukan kepada soalan dokumen sumber dan soalan laporan kewangan untuk syarikat perkongsian. Saya tahu pelajar-pelajar saya sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula Isnin depan. Oleh itu, anda digalakkan turut menggunakan modul 1 ini untuk ulang kaji. Jawapan juga disediakan supaya awak boleh menyemak jawapan awak sendiri.

Muatturun sekarang Pre-Exam Series – MODUL 1 (fail pdf-anda mungkin memerlukan Acrobat Reader)

Selamat Berjaya

Tambahan : Lawati juga pos ini untuk Modul-modul Lain dalam siri PES.