ULANG TAHUN PERTAMA BLOG Sifu2b

Tak sangka, dah setahun sifu mencatat blog ini.  Blog ini lahir pada 15 September 2006. Kini dah genap setahun. Diharap sokongan guru dan pelajar yang sentiasa melawat blog ini menjadi pemangkin kewujudan tahun kedua blog ini.

Laporan Prestasi bagi tempoh usia blog berakhir 14 September 2007

1.  Cadangan skema jawapan – dapat disediakan sebaik yang mungkin
2.  Cita-cita menyedia bahan prinsip perakaunan – dapat dicapai dan akan dipertingkatkan lagi.
3.  Nilai tambah blog – Pre-Exam Series (PES), soalan-soalan ramalan SPM, Siri Bestari Perakaunan SPM (SBPS), Koleksi Soalan Rakan Sifu (SRS), dan lain-lain. Ada banyak lagi akan datang.
4.  Perkara lain – berkenalan dengan rakan guru prinsip perakaunan dan kolaborasi profesional dapat dilaksanakan. Masih membayangkan harapan memulakan rangkaian kerjasama guru-guru secara kolektif dan rasmi seperti persatuan atau perkumpulan kerja (work group)
5.  Motivasi kendiri – Bertambah, terima kasih diatas sokongan pengunjung-pengunjung blog ini.

Sekian laporan tahun pertama ini.

Kita tunggu dan lihat pula laporan akhir tahun kedua nanti.

Advertisements

5 responses

  1. Tahniah,
    Usaha anda mewujudkan blog ini merupakan satu usaha murni.
    Saya akan membantu anda dengan membekalkan bahan-bahan yang dapat dikongsikan bersama.
    Untuk guru-guru Prisip Perakuanan yang lain, marilah sama-sama membantu usaha murni sifu kita.

  2. Terima kasih. Seperti mana kata Cg Hamidon, jika ada guru-guru lain sudi, kita sama-sama perjuangkan subjek Prinsip Perakaunan.

  3. waa….
    tahniahlh cikgu…
    ndak sangka plak dh smpai setahn rupanya blog cikgu nie….
    tahniah sekali lagi cikge ye…..
    hu3….

  4. cikgu,bolehkah saya mengambil kursus undang-undang dalam ijazah pertama sedangkan damlam tingkatan 6 saya tidak mengambil matapelajaran sejarah?

  5. salam sifu sy nk tnye sifu la…sy dpt twrn kejuruteraan awam(khidmat bangunan dan penyelenggaraan) kat uitm..sy xthu sma ada cos yg sy dpt 2 elok atau x…..cmne ngn pluang pekerjaan seksok..?agk2 nye bnyk atau x pluang kerjaan nye..sifu tlg ep..pleaz….

%d bloggers like this: