PETUA BELAJAR DAN ULANG-KAJI PADA BULAN PUASA

BUlan puasa bakal menjelang. Kehidupan seharian selama ini sudah tentunya akan menjadi luarbiasa. Jika dulu guru dan pelajar bangun pagi awal hampir-hampir azan subuh, di bulan puasa, kita akan bangun lebih awal untuk mencari keberkatan sahur. Kesan dari itu, guru dan pelajar tidak seharusnya berjaga malam utk belajar sehingga 12 tghmlm atau 2 pagi kerana sudah tentu menjejaskan kesihatan dan kewarasan ketika belajar di sebelah siang.

Nasihat sifu ialah, korbankan sedikit kebiasaan itu. Atur jadual waktu yang baru khas untk ramadhan. Kepada calon peperiksaan tahun ini, banyakkan amalan sunat dan doa untuk kecemerlangan diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga lain ( adik dan abang-kakak, dan pakcik makcik) dan guru yang membimbing anda. Lebih baik lagi jika anda juga mendoakan kejayaan jiran-jiran sekampung/setaman perumahan (spt. nasihat Datuk Hj. Fadhillah Kamsah).

Sifu nasihatkan supaya pembelajaran di sebelah malam diawalkan, seawal selepas tarawih barangkali. Baca beberapa mukasurat al-quran untuk pahala disamping mendapat berkat untuk ulangkaji malam itu. Ulangkajilah pembelajaran dgn syukur ke atas ilmu. Hormati kedua ibubapa sentiasa di rumah dan di luar rumah, serta guru. Di sekolah, jangan pula berbuat perkara yang menyebabkan guru menjadi hilang sabar. Guru pun berpuasa, oleh itu,bantulah diri anda dan guru anda untuk memenuhi puasa dengan sempurna. Komunikasi dengan guru mestilah penuh hikmah, dan mohon doa mereka sekerap mungkin. DOA ORANG YANG BERPUASA LEBIH CEPAT DITERIMA ALLAH. APATALAH LAGI JIKA DOA ITU DIBERI OLEH GURU (PENYIAR ILMU). DOA ORANG YANG BERPUASA DAN BERDAKWAH ADALAH MUSTAJAB, INSYAALLAH. Tetapi ingat, Doa akan dikabulkan Allah setakat usaha individu itu juga. Jangan pula pelajar dan guru tersalah tafsir. Doa dan usaha mesti selari. Nak faham pasal ni, kenalah soal-jawab dengan ustaz/ustazah atau imam atau ulama yang berilmu. Sifu hanya menyampaikan setakat sekelumit ilmu di dada. Wallahualam.

Pesanan akhir, belajar bersungguh-sungguh di bulan puasa ini, walaupun di siang hari.

6 responses

  1. Salam kenal

  2. […] PETUA BELAJAR DAN ULANG-KAJI PADA BULAN PUASA PETUA BELAJAR DAN ULANG-KAJI PADA BULAN PUASA […]

  3. Amalkan tips ulang kaji di bulan puasa ni.Pasti sukses!

  4. tip untuk berjya.. jgan leka ulang kaji. sentaisa bersedia!

  5. Magnificent goods from you, man. I’ve remember your stuff prior to and you’re just extremely magnificent.

    I really like what you’ve received here, certainly like what
    you are stating and the way in which wherein you are saying it.
    You’re making it enjoyable and you still care
    for to stay it wise. I can not wait to learn far
    more from you. That is actually a great website.

  6. When some one searches for hiss vital thing, thus he/she needs to
    be available tthat in detail, therefore tuat thing is maintained over here.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: