Prinsip Perakaunan SPM dan matlamat pembelajaran

Subjek Prinsip Perakaunan SPM merupakan subjek elektif. Ianya dimasukkan sebagai salah satu subjek dalam kumpulan sastera ikhtisas. Subjek ini ditawarkan kepada semua pelajar tetapi sudah menjadi amalan majoriti sekolah di Malaysia menawarkannya sebagai salah satu subjek yang diambil oleh pelajar-pelajar dalam aliran sains tulen+ikhtisas dan aliran sastera+ikthisas atau aliran teknologi+ikhtisas. Kebanyakan pelajar yang mengambil subjek ini dianggap selalunya terdiri dari pelajar yang mempunyai kemahiran dalam subjek matematik, selalunya ditunjukkan dalam keputusan PMR mereka.

Kenapa pelajar sepatutnya mengambil subjek ini? Jika dilihat daripada dasar KPM dan objektif menawaran subjek ini, kita akan dapati bahawa matlamat tersurat adalah mendedahkan pelajar-pelajar kepada aspek-aspek pengurusan akaun dan kewangan yang diamalkan oleh organisasi perniagaan. Pengamalan perakaunan yang piawai adalah perlu dari peringkat perkeranian hinggalah ke peringkat kepegawaian dan pengurusan. Namun begitu, ada beberapa matlamat tersirat yang boleh dilihat dari penawaran subjek ini:

1. Membentuk nilai-nilai murni seperti kebertanggungjawaban, kebolehpercayaan dan disiplin diri. Ketiga-tiga ini sangat dititikberatkan di dalam kerjaya perakaunan. Kebolehpercayaan boleh disemai melalui amalan perakaunan yang standard, yang dipersetujui diperingkat antarabangsa. Kebertanggungjawaban boleh dibimbing melalui konsep ketepatan catatan urusniaga dan amalan dokumentasi yang diajar dalam subjek ini. Disiplin diri dibina melalui keakuran kepada sistem perakaunan itu sendiri. Semua orang akur kepada sistem catatan bergu dan pengklasifikasian akaun-akaun, tanpa menyeleweng dari sistem ini.

2. menyediakan sumber tenaga manusia berpotensi yang akan menceburi bidang perakaunan. Di Malaysia akauntan bertauliah masih kurang.

3. mengagihkan dan menyalurkan bakal pekerja kepada pelbagai bidang, tidak hanya tertumpu kepada bidang sains dan penyelidikan dan bidang kemanusiaan semata-mata.

4. Salah satu usaha menjayakan dasar ekonomi negara yang memberi peluang kpd semua masyarakat menceburi dunia perniagaan. Usaha penawaran subjek ini di peringkat sekolah menengah atas sekurang-kurangnya akan diharap dapat membantu mempercepatkan proses ini.

14 responses

  1. macam mana nak dapat A1 dlm prinsi akaun?

  2. Zalila, mengikut masa korang, MUSTAHIL DAPAT A1. Sebabnya, A1 dah tak wujud, yang ada ialah 1A (SATU A/ONE A). Gurau aje.
    Nak dapat 1A paling senang. Belajar, latihan, belajar, faham, latihan, belajar, mahir, latihan, dan belajar, mahir, faham, latihan.

    Selebihnya, dah banyak perbincangan perkara ini. Sila baca bahagian Tips dan Trick nak Lulus.

  3. saya ambik subjek p. akaun sendirian ! adakah mustahil bagi saya untuk dapatkan a1 ?? bagaimana caranya ????

  4. Zamri, pelajar persendirian pun boleh berusaha mencapai 1A. Apa yang penting ialah usaha bersungguh-sungguh, gunakan teknik belajar yang betul, disiplin diri yang kukuh, jadual pembelajaran yang sesuai dan mencukupi, dan keyakinan diri. Ramai pelajar sebenarnya boleh mencapai prestasi terbaik, tetapi keyakinan diri yang kurang menjadi salah satu punca pencapaian hanya setakat lulus atau kepujian. Selebihnya sila baca thread ttg tips & trick spt dinyatakan sblm ini.

  5. cm ne tips nk dpt result yg ok dlm akaun….sy dh xtahu cm ne dh nk wat…

  6. Syud,
    Awak bertuah kerana masih dalam SPM 2008. Jika nak lulus SAHAJA, pastikan Soalan 1 (soalan bocor tak rasmi tu) supaya Syud berlatih dan berlatih dan berlatih sehingga dapat jawab semua jurnal, lejar dan imbangan duga dengan tepat. Di bantu dengan soalan dari K1, sifu yakin awak akan dapat lulus gred 7. Nakkan lebih lagi? Maka perbaiki kekuatan awak dalam S2, penyediaan laporan kewangan. Jika dapat 17-19 markah, awak dah masuk gred 5-6. Tak nak ke? Motivasikan diri untuk perbaiki diri. NASIB KITA DITENTUKAN TERTAKLUK KEPADA USAHA MANUSIA. Jika seseorang itu LAPAR maka takdir Allah ia akan lapar kecuali ia bangkit dan masak dan kemudian makan masakannya. Maka takdir Allah berubah kepada kenyang. Samalah dengan awak, sekarang memang takdirNya awak lemah, tak pandai atau apa sahaja istilah yang awak beri kepada diri awak sendiri. Nak ubah kepada pandai, cemerlang, terbilang, maka awak mesti usaha ke arah itu dan nikmati hasilnya.

    Bangkit dari kegagalan, maka pasti anda akan berani merempuh kejayaan.

  7. saya suka bila dapat motivasi macam ni..saya juga ada masalah dalam matapelajaran ini juga

  8. thanks coz bg motivasi kt sy….sy akn cba cra yg sifu ba tahu nie..tp dlm S2 tu sy xbpe nk mhir sgt la..

  9. Syud,
    Untuk dapat teknik yang betul, pertama hafal format. macamana nak hafal dalam masa singkat ini? Cuba salin format PP dan KKK dari set jawapan soalan SPM tahun-tahun lepas. Buat sekurang-kurangnya 3 kali supaya awak akan nampak corak/pattern soalan dan jawapan yang dikehendaki.
    tahu tak bahawa Laporan penyata Pendapatan mesti dalam format yang standard.

    Bagaimana nak cari untung perniagaan. Bayangkan anda berniaga jual burger. Awak beli barang-barang seperti 6 plastik roti burger, 12 plastik daging burger, sekilo kobis, tiga botol mayonis, satu dozen sos cili, satu dozen sos tomato. semua itu katalah RM100. Anda berjaya jual 100 biji burger daging yang dijual RM3 sebiji. Berapakah Jumlah Jualan anda? 100 x RM3 = RM300. sekarang berapa untung anda? RM200. dalam perakaunan kita boleh laporkan prestasi kewangan anda seperti ini, (kita abaikan bilangan burger, hanya laporan dalam sebutan nilai wang tunai – lagipun tnetu sukar nak bandingkan dengan semua jenis barang yang dibeli)

    HASIL JUALAN sebanyak RM300
    tolak,
    KOS BELI BARANG MENTAH sebanyak RM100
    maka,
    UNTUNG KASAR ialah RM200.

    Jikalau laporan perniagaan anda seperti di atas tentulah anda sendiri tak puas hati. Ia terlalu sukar difaham dan kelihatan tak profesional. Untuk itu, dalam amalan perakaunan, laporan kewangan ditetapkan ringkas, mengikut piawai dan menjelaskan semua perkara penting.

    Akaun Perdagangan bagi hari ini 13 September 2008
    ————————————————-
    RM
    Jualan 300
    tolak : Kos Jualan 100
    ——
    UNTUNG KASAR 200
    ======

    Maka begitulah format dari seringkas-ringkasnya hinggalah ke jenis perniagaan yang besar. Format mudah ialah

    Jualan tolak Kos Jualan tambah Hasil Lain tolak Belanja Lain = Untung Bersih

    Jualan – Kos Jualan = Untung Kasar
    Untung Kasar + Hasil-hasil – Belanja-belanja = Untung Bersih

    Itu adalah corak yagn jelas. So bagaimanapun soalan itu diberi, awak mesti ikut format itu;

    J + KJ = UK + H – B = UB

    Kunci Kira-kira pula,

    ABS
    AS – LS = Modal kerja

    ABS + Modal kerja = Jumlah sebelah atas

    Ekuiti Pemilik + Liabiliti Bukan Semasa = Jumlah sebelah bawah.

    Mungkin sukar untuk sifu terangkan secara bertulis di sini, so saya serahkan kepada Syud untuk mencari format betul dan hafal dahulu format itu. Kemudian barulah risaukan bagaimana nak buat pelarasan berdasarkan maklumat tambahan yang diberi. Soalan percubaan SPM 2008 yang sifu pos di blog ini juga ada soalan seperti itu. Mungkin Syud boleh gunakan sebagai soalan latihan.

  10. By any chance cikgu, do you know any blogs giving notes on ekonomi asas?
    Your blog has been off much help to me.
    May god bless your genuine effort.

  11. Mimie,
    Unfortunately, I don’t see any blog on Ekonomi Asas specific on giving notes. However, I found this blog belongs to Basic Economics and Commerce teacher, http://cempaka.edu.my:8866/blog/munerah/. Do visit the blog and download a lot of (Free) offering, kind of Q&A. I believe you can use it as an alternative for notes.

  12. sifu saya ingin tahu tntg kos tetap dlm ak pengeluaran. bagaimana kita nak kenal pasti mana satu kos tetap. contoh mesin dan loji, sewa kilang. adakah ABS dikira juga sebagai kos tetap? satu lagi saya nk tanya tntg kerja dlm proses awal dan akhir. ada buku masukkan di bahagian bwh ak iaitu selepas dikira jumlah tiga jenis kos (BM, Buruhd , OH). ada buku pula masukkan di tgh akaun. mana satu yang betul? saya lebih faham jika diletakkan di bhg bawah. minta sifu beri penjelasan. tq

  13. Shafiq,
    Kos tetap adalah kos yang tidak akan berubah walaupun jumlah keluaran (output) berubah. Dengan kata mudah, jika Kos itu RM10000, dan kuantiti pengeluaran meningkat dari 5000 unit kepada 200000 unit pun, kos yang ditanggung firma masih RM10000, maka ia dipanggil kos tetap.

    Semua aset bukan semasa tidak boleh dimasukkan kedalam Akaun Pengeluaran, ia adalah item kunci kira-kira, tetapi belanja susut nilai bagi ABS tersebut, mana yang berkaitan secara langsung dengan kilang akan dimasukkan sebagai kos tetap.

    Soalan melibatkan Kerja Dalam Proses (KDP) ada dua jenis:

    1. Maklumat KDP hanya diberi satu sahaja, dan
    2. maklumat KDP dipecahkan kepada KDP buruh, KDP bahan mentah, dan KDP kos overhed.

    Untuk soalan dari jenis 1, memang ia dicatat di bawah sekali. Soalan dari jenis 2, memerlukan calon memasukkan maklumat KDP mengikut kategori yang ditetapkan, bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed perkilangan.

    Sebab itulah awak dapati ada dua jenis jawapan dalam kebanyakan buku kerja atau latihan.

    Moga ia menjelaskan kemusykilan anda.

  14. nurul huda harun

    anak sy spm 2015 dpt 7a 1b (b.i)+1c+(add maths).. beliau jurusan akaun i.t. Pd pendapat sifu mana pilihan antara matriks @ diploma uitm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: