TIPS & TRICK NAK LULUS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2007

Okay, saya sengaja buat post baru ni. Kalau nak letak komen atau pertanyaan, gunakan post ini.

Advertisements

366 responses

  1. nurbaya kasir

    target soalan spm 2007

  2. soalan 1 dokumen sumber
    soalan 2 lembaran kerja/penyata kewangan/penyata kewangan perkongsian

  3. Apa yang saya akan utarakan BUKANLAH muktamad, ini merupakan pandangan peribadi saya -.
    Okay, seperti mny nyatakan, S1 dan S2 selalunya begitu, untuk soalan Kertas 2 lain ini cadangan saya S3/S4 – Akaun Kawalan/Pengenalan Kos Pengeluaran
    S5/S6 – Belanjawan Tunai/Perkongsian Pembubaran.

    Ini pandangan saya untuk bulan ini.

  4. salam..
    pada pandangan saya, setakat nak lulus akaun, jawab soalan dokumen dengan mendapat full marks saja. masalahnya pelajar tak faham dgn mendalam klasifikasi akaun yg melibatkan akaun barang (sama ada aset atau barangniaga), akaun wang (sama ada secara tunai atau dalam bank), akaun orang (sama ada pemilik, penghutang atau pemiutang) dan akaun nominal (sama ada hasil atau belanja)

  5. Betul kata cikdah. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, pelajar harus mulakan dengan kemahiran asas, memahami konsep debit dan kredit. Pljr harus sentiasa ingat PETUA INI : MESTI BERSILANG. Maksudnya, ada dua akaun jika diletak di atas dan bawah, maka transaksi itu mesti dicatat dua kali, satu di sebelah kiri, dan bersilang di akaun kedua di sebelah kanan. umpama X. Debit ke kredit, kredit ke debit.

  6. sy x fham lapasal jurnal belian,jurnal jualan, jurnal pulangan belia,jurnal pulanagna jualan… then sy pening kepala bila nak buat lejar

  7. Atiqah, bayangkan Jurnal Belian (JB), Jurnal Jualan (JJ), Jurnal Pulangan Jualan (JPJ) dan Jurnal Pulangan Belian (JPB) seperti satu diari atau jurnal hidup anda. Ke4-4 jurnal itu dipanggil Buku Catatan Pertama(BCP). Kenapa? Sebab peniaga nak cepat catat aktiviti hari tu. Lejar ni dibuat secara berkala, kekadang 1 minggu sekali, 2 minggu sekali atau 1 bulan sekali (ni cara manuallah ni, bukan yang pakai program komputer). So, macam diari harian kita, kita akan ceritakan apa yang kita buat, pegi main futsal dgn kekawan, siapa kawan kita, atau hidup gadis, hari tu pegi Mall, beli t-shirt, harga berapa, siapa teman awak, apa perasaan awak, dsb.
    Jadi semua jurnal ni pun macam tu, tapi dicipta sedemikian rupa supaya peniaga yang sibuk dapat maklumat CEPAT dan TEPAT. JJ khas untuk urusniaga jualan tapi secara kredit (hutang). JB pun serupa, tapi belian kredit. JPJ dan JPB pula fungsinya mencatat sebarang aktiviti atau urusniaga pulangan barangniaga. Lejar belum catat lagi, sebab peniaga kena uruskan bisnes, jadi catat yang perlu, kecuali BUKU TUNAI mesti hari hari buat. KALAU TAK, MACAMANA NAK TAU DARI MANA DAN KEMANA WANG KITA PERGI. Jurnal Am (JA) pula khas untuk mana-mana urusniaga yang peniaga tak boleh catat di BT sebab bukannya ada kaitan dengan wang keluar-masuk; Juga tak boleh catat dalam JJ dan JB sebab bukan jual atau beli barang kredit. JPJ dan JPB pun bukan sebab bukannya berkaitan pulangan barang. So kalau ke5-5 tak boleh,baru catat dalam JA. Gitulah hal jurnal-jurnal ni.

  8. soalan SPM prinsip akaun tahun ni susah nak jawab…… jadi ambik SPM tahun depan..free gak.

  9. Macammana Imm tau tahun ni susah?

  10. pa pendapat korg tentang soalan apa yang akan kuar thn nie..
    saye ni budak form 5 thn nie..

  11. i hope u all dapat beri pndapat…

  12. Maizathul, susah nak bagi pandangan yang konkrit terutama penyediaan soalan mengambil kira pelbagai faktor. Wlubgmnapun, S1 dah tentu Dokumen Perniagaan dan catatan jurnal dan lejar dan Iduga. S2 dah tentu antara, Lembaran kerja, penyata pendapatan perniagaan persendirian atau penyata pendapatan perkongsian. S3 dan S4 selalunya dari jenis yang bernilai antara 8- 10 markah. Oleh itu kerap kali soalan-soalan T5 atau penyelarasan dari T4. S5 & S6 adalah pilihan 1 soalan. Oleh itu, kerap kali mgkn Kos PEngeluaran, atau Analisis Kewangan atau Perkongsian sendiri.

  13. hmm…akaun ni ssh nak ingat dia nyer format laaa…..pening pale..

  14. Assalamualaikum cikgu2… saya br saja mengambil paper p. perakaunan smlm utk test mid year… sy tiada masalah dalam soalan 1.. cuma soalan 2 iaitu akaun untung rugi dan kunci kira-kira… dimana saya tidak dapat jumlah yang sama di kedua-dua lajur debit n kredit… adakah saya tidak akan dapat markah utk soalan tersebut? kerana akhirnya saya sedar saya tersalah catat salah satu akaun ke akaun lain…

  15. Farhan, pemarkahan diberi mengikut item atau urusniaga yang betul (tarikh, butir/nama akaun dan amaun). Soal, seimbang atau tidak, hanya memberi kesan yang kecil dan berbeza-beza. Contoh, 1 item tertinggal, maka anda hanya akan kehilangan 1-2 markah, bergantung kepada skema jawapan dan strategi pemarkahan. Walaubagaimanapun, saya selalu mengingatkan pelajar bahawa belajar Prinsip Perakaunan ini adalah serampang dua mata, untuk cemerlang SPM dan yang terpenting, memperoleh kemahiran simpan kira supaya mudah memasuki bidang pekerjaan lepasan SPM/STPM atau berniaga sendiri.

  16. topik mana? perlu diberi lebih prhatian yang akan keluar untuk kertas akaun spm tahun ini..tolong beri tahu!!

  17. hi sifu.. thanks for soalan mrsm 2006. kalau ada soalan-soalan dari sekolah-sekolah lain bolehlah share dengan saya. Saya dari miri. susah betul nak dapat soalan dari SBP di Sarawak ni.

  18. Efah, awak nak mencapai tahap yang bagaimana? 1A, 2A (bukan A1 (A One) lagi, tapi Satu A mengikut SPM terbuka), atau sekadar kepujian 3B-6C atau sekadar lulus? Jawapan anda sendiri boleh menentukan topik mana ynag perlu diberi perhatian. Contoh, untuk pelajar nak lulus saja, just concentrate on S1, dan Kertas 1 (objektif). 30 markah + 40 markah, bolehlah dapat dalam 70/120 markah. Selalunya saya nasihatkan pelajar guna pendekatan drilling (latihtubi berterusan) untuk Soalan 1. Oleh kerana nilainya terbesar, 30 Markah, maka lebih wajar kecekapan itu diasah dari hari ke hari. Bagi pelajar yang nak cemerlang, jawapan mudah ialah beri perhatian kepada SEMUA bab. Ini memerlukan anda mengamalkan disiplin belajar dan disiplin diri dan kawalan masa yang ketat dan berkualiti. maksud Sifu ialah, pastikan belajar 2-3 jam sehari, tidur sebelum 11 malam (supaya tidak ngantuk, dan emosi mudah terganggu), beri sepenuh perhatian di dalam kelas dan rapat dengan guru supaya mendapat tip-tip tambahan bagaimana nak mengingat, dan sebagainya. Okay efah, harap ini membantu.

  19. Cikgu Ernie, insyaAllah, saya akan cuba. cikgu ernie dah berapa lama mengajar Prinsip Perakaunan dan dah berapa lama berjuang sebagai guru sekolah?

  20. sifu,boleh tak berikan saya format2 lengkap prinsip akaun seperti penyata pendapatan,perjanjian perkongsian dan lain2 lg

  21. Sarah, insyaallah akan saya usahakan.

  22. sifu… boleh tak kasi saya soalan percubaan spm mrsm?

  23. Farhan kena cari sendiri dalam blog ini untuk dapatkan url MARA, atau cari melalui yahoo atau google.

  24. Sifu2b, daripada apa yang sifu tulis dalam blog ini, sudah semestinya sifu2b seorang cikgu yang dah berpengalaman/senior dalam pengajaran subjek prinsip perakaunan ini. Kalau tak ada halangan, boleh tak sifu2b membuka satu entry baru, khas untuk cikgu2 membincangkan/berkongsi tips-tips pengajaran berkesan dalam subjek prinsip perakuanan ini.

  25. sifu… dalam paper p. perakaunan 2 sebenarnya ada berapa soalan? benarkah masa yang diberi tidak cukup?

  26. Abell Sim, memang cikgu, tapi nak kata senior tak juga. Nick saya pun Sifu2b (Sifu to be), dah mengajar 7 tahun, dan tersangat seronok semasa mengajar Prinsip Perakaunan. Insyaallah, saya akan usahakan. untuk pengetahuan Abell, termasuk yang lain-lain, jika tiada halangan saya akan mulakan satu usaha yang mungkin berbaloi. Saya berniat dan merancang ingin menyiarkan ‘majalah mingguan’ khas untuk Prinsip Perakaunan. Kebetulan sifu2b ni dah lama terdedah dengan pergerakan Open Source Software dan falsafah disebalik Linux, maka sifu2b tertarik nak mengadakan majalah mingguan atau dwimingguan atau bulanan. Sifu pengguna Ubuntu, dan mereka dan mula mengusahakan ‘magazine’ dalam bentuk pdf. Insyallah saya jika ada masa, nak meniru usaha murni tersebut.

    Farhan, dalam kertas 2 ada 6 soalan, bahagian A wajib jawab 4 soalan (semualah) dan bahagian b jawab 1 dari 2 soalan.

  27. A’kum cikgu…saya baru lagi kat site ni tapi nak tanya psl pembetulan kesilapan dalam akaun form 5. x phm kita kena letakkan butir ikut susunan yg dikehendaki dlm Imbangan Duga ataupun letak ikut akaun nominal pnya kedudukan…TQ kalau dpt membantu:)

  28. Pembetulan kesilapan. Bab ini dalam SPM terbuka (mulai 2002) lebih menekankan kepada penyediaan catatan jurnal am dan catatan lejar. Susunan tidak ada ketetapan memandangkan ianya disediakan pada tarikh yang sama iaitu di akhir tempoh perakaunan perniagaan tersebut.
    Bab ini lebih menekankan kepada kemahiran mengenal pasti bentuk-bentuk kesilapan yang mungkin, ketara atau tidak ketara. Pastikan sarah mengetahui bahawa ada sesetengah pembetulan memerlukan catatan seperti biasa (tertinggal catatan) dan catatan pembetulan sebenar (penambahan atau pengurangan nilai ataupun pemindahan nilai ke akaun yang lain.

  29. pertama kali lawati laman web ini. Gembira dengan apa yang u usahakan.mudah mudahan usaha baik ini berterusan untuk anak bangsa.Terimakasih dengan soalan dan tips yang diberi.

  30. Cikgu Juga, terima kasih di atas sokongan anda. Selamat Hari Guru.

  31. sifu, i dah mengajar akaun lebih kurang 5 tahun, sukarnya nak fahamkan student tajuk dokumen,terutama pelajar lemah, mereka seringkali buat kesilapan yang sama berulang ulangkali.tak tau apa dan macamana cara terbaik…

  32. selamat hari guru juga…

  33. Rasanya hampir semua guru akan mengalami perkara yang sama. Pelajar-pelajar mempunyai kebolehan dan persepsi yang berbeza. Kepada saya, sebelum saya tackle kebolehan mereka, saya cuba berusaha menukar persepsi mereka. Ada pelbagai cara nak buat mengikut pengalaman guru sendiri. Kebetulan saya dahulu pernah bekerja sebagai pegawai akaun (dan naik pangkat), dan bekerja di salah sebuah institusi kewangan. Saya suka berpindah kerja, malah pernah jadi pembantu audit di sebuah firma audit. Oleh itu, saya gunakan pengalaman itu sebagai cerita untuk membangkitkan keinginan pelajar menceburi bidang profesional ini. CIkgu MESTI setiap minggu canang-canangkan peluang kerjaya dan peluang memasuki Matrikulasi atau diploma. Jika cikgu ada masa, selidiki syarat-syarat kemasukan keuniversiti, matrikulasi dan diploma. Bercerita dengan pelajar tentang perkara itu dan selalu ingatkan mereka bahawa syarat disiarkan di akhbar dan internet adalah syarat umum, cukup untuk membolehkan ramai orang ISI BORANG, tapi untuk mendapat tempat MESTI MELEPASI SYARAT MINIMUM ITU. Tanamkan perkara ini sejak dari T4, dan terpenting sekali cikgu mesti CEKAP dengan topik yang diajar. CIKGU MESTI TUNJUKKAN DAN YAKINKAN KEPADA PELAJAR CIKGU BAHAWA TOPIK INI SENANG, MACAM MENGURUSKAN KEDAI RUNCIT SENDIRI. Jika cikgu berlakon, lakonkanlah watak yang sesuai.
    Pelajar memang dijangka akan berbuat kesilapan berulang kali, ini kerana kebanyakan mereka ‘alergik’ dengan nombor. Kita sebagai guru mesti dorong mereka dan ‘ubati’ penyakit alergi itu. Baru senang nak ajar. Cara saya mengajar mungkin berbeza, tetapi cara saya layan pelajar seperti mereka bakal jadi pekerja saya (saya pernah melatih pembantu saya, semasa saya menjadi pegawai akaun, sebelum beralih kerjaya dalam perbankan). Satu lagi, cikgu mesti berani bereksperimen. Cara saya mengajar ialah, saya terus beri soalan no. 1, SPM kepada pelajar T4. Saya suruh mereka lihat bentuk soalan dalam SPM Sebenar! Biar mereka kaji seketika, dan berikan jawapan skema yang betul dengan pemarkahan yang tepat. Katakan kepada mereka bahawa markah S1 adalah terbesar, 28-30 markah. Janjikan kepada mereka bahawa target anda ialah memastikan mereka boleh mendapat 30 markah penuh, dan jika mereka mahir S1 sebenarnya mereka telah layak bekerja sebagai kerani akaun, kerana kemahiran itulah yang digunakan seharian oleh kerani akaun. Nak jadi pegawai akaun, kena belajar lebih lagi, seperti pelarasan dan topik-topik T5. Jika ini dapat menarik minat pelajar cikgu, yakinlah, cikgu dan pelajar cikgu sudah mencipta tapak semaian untuk berjaya. Kita guru akaun mesti berdedikasi, kurangkan marah, kerana kita melatih pelajar kerjaya profesional. Harap mesej ini dapat membantu cikgu.

  34. ya mesti kurangkan marah tapi itulah yang agak sukar untuk dibuat. Pelajar begitu mencabar tahap kesabaran, kurang menghargai apa yang kita cuba buat untuk mereka, memanglah bukan semua, tapi yang sikit inilah akhirnya yang akan menurunkan peratus lulus.sekarang ni ada tiga kelas tingkatan 4,namun bayang-bayang untuk beberapa orang dari mereka yang akan dapat F9 dah nampak awal-awal lagi.saya tak pernah patah semangat untuk bantu mereka……tapi adakalanya ada sesetengah student seperti tidak mahu dibantu. bagi saya PA subjek yang sangat seronok untuk diajar berbanding satu lagi subjek- Pengajian Perniagaan.saya percaya yang saya telah mencuba untuk menjadi guru yang berdedikasi…seharusnya para pelajar merebut peluang ini.

  35. Oh, itu saya dah alami, sedang alami dan tak heran akan alami. I tell you what I did. I just ignore them. Dulu saya pun macam tu, tapi bila saya dah jatuh kecewa, saya cuba membuat perubahan kepada diri saya sendiri. I thought myself to look at it as an experiment. Kebetulannya, saya pun semasa tahun ke-4 mengajar, saya baru ada keberanian mengubah cara saya, saya bereksperimen dengan cara saya mengajar. kalau dulu saya gunakan buku teks 100%, sejak tahun 2004, saya bereksperimen, saya mengajar mengikut cara saya sendiri. BUKU TEKS Tetap jadi keutamaan tetapi saya tidak lagi mengajar satu persatu, seperti guru baru kerja, mengikut urutan buku tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar tingkatan empat, bab 2 hingga 5, di ajar secara berterusan tanpa pecahan bab, tumpukan kepada praktikal-simulation over text. Sediakan soalan khas kalau boleh. Untuk mengajar tingkatan 5, saya tetap menggunakan buku teks tetapi tidak mengajar satu persatu, tidak menggunakan buku teks sepenuhnya. Teknik yang saya gunakan ialah ’soalan dahulu, guru bimbing menjawab, baru belajar kenapa begitu jawapannya’. Saya mula mengajar sesuatu bab dengan membincangkan soalan dalam buku teks, yang kita tahu tiada gerak kerja, so pelajar mesti rely on teacher. Mengajar mesti jadikan buku teks rujukan utama, jangan suruh pelajar bawa buku rujukan lain. TAK PERLU, kerana mereka dah ada buku teks yang berkualiti tinggi. Saya dah lakukannya tiga tahun dan alhamdulillah, kredibitili guru semakin tinggi pada kacamata pelajar, keyakinan pelajar kepada gurunya semakin tinggi dan semakin kurang kumpulan pemalas kerana mereka sudah menjadi minoriti di dalam kelas. Pelajar yang alpa ini perlu ditangani seorang demi seorang, kenal pasti pelajar yang hanya pengikut, bukan pemula/ketua masalah, bawa dia berbincang perkara-perkara lain seperti kerjaya, keseronakan masuk universiti, tangga gaji guru perakaunan yang berbeza tu, tangga gaji kalau kerja swasta, mungkin persepsi awak tentang kerjaya sebagai pegawai akaun, dan jangan segan berkongsi kisah hidup awak (kecuali yang terlalu peribadi dan sensitif) tentang peluang kerjaya yang awak boleh dapat dengan memegang ijazah perakaunan tetapi kenapa berakhir menjadi guru. Pastikan ceritakan perkara yang boleh meneguhkan jiwa mereka, bukannya cerita kegagalan awak. Saya sebagai contoh kerap bercerita pengalaman saya bekerja di bank suatu hari dulu dan betapa untungnya saya memegang bacelor perakaunan dengan kepujian, dan sebagainya.
    Berbalik tentang mengajar T4, tahun ini saya tak mengajar T4 kerana kebetulan ada 1 orang guru PAK masuk, so mulai tahun ini, kami mengamalkan kaedah pusingan (ajar pelajar sampai SPM). Saya cuma mempunyai 2 kelas, so cikgu tentunya cikgu lebih dedikasi berbanding saya. Tapi sejak tahun 2005, saya mengajar dokumen sumber, jurnal dan lejar sekaligus, menggunakan soalan no.1 SPM sebenar. Teknik ini berkesan kepada saya kerana perlahan-lahan saya dapat menyakinkan lebih ramai pelajar betapa mudahnya menjawab S1 selagi mengikut langkah demi langkah seperti mana guru mengajar, bukannya cara sendiri. Katakan kepada pelajar S1 adalah soalan rahsia yang bukan rahsia. Rahsia kerana kita tak tahu nama syarikat, bilangan pecahan dokumen dan amaun yang akan ditanya, tetapi bukan rahsia kerana kita tahu bahawa ia mesti berkaitan catatan ke jurnal, lejar dan imbangan duga, dan dokumen-dokumen ditanya mesti tentang invois, nota kredit/nota debit, memo, keratan cek, resit rasmi, baucar pembayaran, bil tunai, dan cara mencatat ke jurnal dan lejar TIDAK AKAN BERUBAH, KERANA INI BIDANG PROFESIONAL, ianya standard di seluruh dunia. Satu-satunya mata pelajaran yang boleh dijangka oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang mahu belajar. Katakan begitu. Nak tambahkan kredibiliti awak sebagai guru di kacamata pelajar sendiri, cipta soalan sendiri, sekurang-kurangnya S1, dan tunjukkan kemahiran tambahan awak seperti bidang ICT dan bahasa, tonjolkan kepada mereka kecekapan awak berbanding persepsi mereka, juga kemahiran matematik awak. Ia akan membuka mata pelajar. Saya juga yakin jika cikgu fasih dalam BI, bergurau dengan mereka dengan kedua-dua bahasa itu. Mahu tak mahu, pelajar generasi ini dan akan datang tak dapat lagi mencari kelemahan awak.
    Ingat perkara terpenting tadi, kenal pasti pelajar bermasalah yang sebenarnya pengikut bukan pemula, lebih mudah untuk awak menarik ia kejalan yang lurus, ITU MAKSUD SAYA ‘JUST IGNORE THEM’, saya tak peduli sikap itu, sebaliknya saya ubah dan kawal supaya tidak ada lagi sikap itu. Untuk pengetahuan cikgu, pelajar yang bermasalah yang serius, saya tak akan pujuk, kerana bagi saya memujuk adalah kelemahan guru terbesar, kerana seperti desperate. Saya menjaga kualiti dan kuantiti tetapi jika tak dapat diatasi, biarkan saja mereka gagal, kerana akan ada generasi pelajar lain yang akan menyedari prinsip diri guru dan bersedia menjadi pelajar cikgu, doa saya. Ingat mereka gagal PAK, bukannya akan gagal dalam hidup, kita tak boleh menjadikan diri kumpulan guru lemah, gunakan kebijaksanaan, profesionalisme dan kemanusiaan. Saya berpegang kepada falsafah ini”jika seseorang pelajar itu gagal, menyedari punca kegagalannya dan belajar dari kesilapannya, maka sebenarnya ia telah berjaya dididik menjadi insan yang berguna’.
    Soalan dapat pelajar dapat F9, jangan pedulikan, saya sebenarnya tidak lagi menjadikan STATISTIK sebagai panduan utama saya. Pedulikan tanda 9G/F, ia hanya nombor kpd. Kita tidak gagal menjadi guru hanya kerana ada pelajar dapat F9, kita dah berjaya menjadi guru kerana ada pelajar kita berjaya dalam mata pelajaran yang kita ajar. Post-mortem di sekolah hanyalah formaliti, tapi kita nak ubah pelajar lebih dari itu, dan malangnya tiada statistik untuk perubahan itu. So, kalau cikgu tak nak stres, mengajar dengan hikmah, tonjolkan SEMUA kemahiran, audit diri sendiri, laporkan semua perkara dalam ‘POST-MORTEM’ seperti dikehendaki, tetapi jangan biarkan cikgu stres, kerana sebagai guru berkualiti, akan ada lagi generasi tahun mendatang yang menunggu peluang belajar dengan cikgu yang masih waras dan dedikasi. Setakat ini, hanya 2 orang pelajar saya gagal dalam SPM, sejak 2 tahun berbanding sebelum saya berubah., sejak saya mengubah kaedah mengajar. Nasihat saya, jangan hanya lihat kepada peratos, lihat juga bilangan sebenar, kerana itu cermin sebenar. Itupun mereka menyesal kerana tidak mengikut jejak rakan mereka yang berubah. Saya ada kisah tahun 2005. Saya ada seorang pelajar lelaki, katakan nama dia “L” (bukan nama sebenar), yang sememangnya gagal setiap kali ujian dan peperiksaan, ada sekali tu lulus dalam ujian tapi markah minimum. Saya selalu bermain kata-kata dengan beliau, bercerita tentang keseronokan diiktiraf pelajar pandai, manfaat karier dan sebagainya. Percaya atau tidak, sebelum percubaan SPM bermula, pelajar L mendekati saya dan mengatakan dia ingin sangat lulus dalam PAK. Saya bantu L dengan memberikan soalan-soalan khas, dan skema jawapan yang saya sediakan, berikan ruang kepada L untuk berjumpa saya bila-bila masa untuk menilai progres jawapan beliau. Kerana dia dan tentunya rakan-rakan lain yang tak berpuas hati dengan pencapaian, saya mengadakan peperiksaan Percubaan SPM 2 d(hanya untuk PAK) kerana sekolah kami tidak amalkan lagi percubaan 2 kali. Saya menjanjikan mereka bahawa markah terbaik antara 2 percubaan yang akan dipilih untuk dilaporkan dalam buku prestasi mereka. Alhamdulillah L berjaya lulus dalam percubaan spm 2 dan yang MEMBANGGAKAN SAYA, L juga lulus dengan baik dalam Prinsip Perakaunan. L menjadi inspirasi kepada saya, hasil daripada keberanian saya beralih dari kaedah lama. L sedang belajar di UITM dalam Perbankan. Oh saya lupa, saya juga uar-uarkan kepentingan Matematik Tambahan, kerana tanpa MT, PAK tak dapat membantu masuk Matrikulasi atau Universiti. Beritahu mereka. Tahun lepaspun ada pelajar sebegitu alhamdulillah. So cikgu, berikan inspirasi, dan mereka akan berani berubah.

  36. cikgunaylie79

    selamat hari guru… : ) saya sebenarnya berdebar jugak untuk mengajar akaun yang berkesan ( coz sek saya mesti nak A je ) Dah masuk tahun ni 5 tahun mengajar tapi baru tahun ni sahut cabaran mengajar akaun.Bila baca blog mr sifu baru keyakinan bertambah. Harap bagi tunjuk ajar kepada orang baru seperti saya…adios

  37. Ya…saya setuju dengan teknik mengajar yang dicadangkan oleh sifu untuk tingkatan 4 (bab 2 hingga 5), sebenarnya ia telah menjadi amalan guru-guru PAK di daerah kami menggunakan teknik yang serupa. Penggunaan soalan-soalan SPM bagi tajuk dokumen untuk tingkatan 4 juga memang biasa diamalkan.Memang berkesan. Saya realize seperkara iaitu saya kurang (pernahlah juga sekali dua) gunakan masa yang ada mendekati pelajar dengan bercerita tentang pengalaman,peluang kerjaya dll.masa PAK saya gunakan semaksimum mungkin untuk memberi input dan saya selalu rasa tak cukup masa untuk buat semua itu…..saya bersetuju bahawa kita harus luang sedikit masa untuk hal-hal sebegitu.Terimakasih atas perkongsian idea.Ya betul…jika kita telah berusaha…dah buat semua yang sepatutnya dibuat…jgn stress…..yakin pada kebolehan diri…kerana kita telah melahirkan lebih ramai student yang berjaya PAK dari yang gagal.

  38. Terima kasih kembali, kerana secara tidak langsung saya sedang muhasabah diri sendiri. Cikgu juga, kalau cikgu nak turut menyumbang dalam bidang kita ini, cikgu bolehlah sarankan apa-apa yang cikgu boleh, atau lebih baik lagi cikgu sendiri bina satu lamanweb atau blog sendiri, dan kita jadikan rangkaian guru-guru perakaunan. Kepada cikgunaylie79, gunakan peluang yang ada ini untuk mengukuhkan kecekapan cikgu mengajar perakaunan. Cikgu-cikgu berdua bolehlah selalu juga memberikan idea kepada saya bila-bila masa melalui blog ini atau emel saya, blogsifu2b@yahoo.com (pembetulan-230507, emel tersalah taip). Saya berharap, dengan kolaborasi yang lebih baik, usaha kita mendidik anak bangsa akan tambah mantap. Tahu tak kenapa saya tetiba bina blog ini. Sebab frust, sukar nak dapatkan bahan PAK melalui internet. So saya mengharapkan akan ada ramai guru akan menyumbang soalan-soalan sekolah sendiri atau sekolah elit (MRSM, asrama penuh dsb) supaya ada banyak stok soalan dalam internet. Itu juga salah satu misi saya dan sedang saya usahakan. Apakata ‘cikgu juga’ dan cikgunaylie79 bantu.

  39. cikgunaylie79

    awalnya pagi mr sifu membalas dalam blog ini.tq..nanti saya emel pada sifu soalan saya.saya memang memerlukan sifu yang cergas dan mantap.he he.hanya tuhan yang membalas usaha murni sifu ni…

  40. Insyallah, cadangan yang baik.TQ.

  41. salam cikgu2..
    saya budak baru kat sini..
    saya mmg nak amik p.akaun tapi xde sape nak ajar saya..
    nak mita tlong ckgu-ckgu kt skola saya, saya tkut coz kta kwn2 saya yang ambk p.akaun cikgu p. akaun garang..
    saya tkut…tlong la berikan pandangan kpd saya..
    saya masih form 4..pandangan cikgu2 amat dperlukan..

  42. “SELAMAT HARI GURU”

  43. Farhan Aizuddin

    Sifu… boleh tak bagi tips mcm mana nk ingt format penyata pendapatan dan kunci kira-kira dalam bentuk penyata? one more… jumlah kunci kira-kira dlm bentuk T dengan kunci kira2 bentuk penyata jumlahnya memang berbeza ke?

  44. Farhan, Insyaallah saya akan cuba beri tips tentang perkara tersebut dalam bentuk PDF supaya mudah dimuat turun. So kena tunggulah, Tentang KKK, Bentuk T atau format Penyata MESTI SAMA, tetapi boleh tak sama, kerana format penyata akan menggunakan formula ini ABS + (AS-LS) = EP + LBS.
    ABS ialah Aset Bukan Semasa, AS ialah Aset Semasa dan LS ialah Liabiliti Semasa. EP ialah Ekuiti Pemilik dan LBS ialah Liabiliti Bukan Semasa (atau dipanggil juga Liabiliti Jangka Panjang). Format T menggunakan formula ini : sebelah DEBIT>ABS dan AS shj; sebelah Kredit>EP, LS dan LBS(LBS tak dibincang dalam SPM nampaknya). so rumus mudah ABS + AS = EP + LS. Nampak tak bezanya kiraan itu. Harap Farhan dapat memahaminya.
    Mira, tak salah cuba juga dekati guru. Guru ni macam emak/bapak. Kalau garangpun kerana pelajar yang dididik nakal. Tetapi jika kita dapat yakinkan dia kesungguhan Mira, saya yakin ia akan menerimanya. Tetapi Mira hendaklah juga mempunyai prestasi Matematik yang sebaiknya kerana selalunya pihak sekolah akan cenderung menawarkan peluang itu jika kemampuan pelajar dalam Matematik adalah memuaskan pihak sekolah.

  45. sifu…ayeh tak pham nak buat penya penyesuaian bank…… susah betl lah…. lps 2….pat penyata pendapatan same gak….

  46. Ayeh, Penyata Penyesuaian Bank (PPB) sebenarnya senang. Ayeh kena belajar macam ni, 1) mahirkan dulu PPB TANPA KEMAS KINI BUKU TUNAI. Asah kemahiran itu berulang-ulang, sehingga AYEH akan terperasan PATTERN atau corak jawapan itu. 2) mahirkan spt 1) tapi tumpukan kepada PPB yang bermula dengan Buku Tunai, pastikan kalau baki debit dan bezanya dengan berbaki kredit. Pastikan kalau ada baki kredit nilai dalam kurungan, contoh (234) yang bermakna -234. 3) Ayeh seharusnya mahir hasil tambah dan hasil tolak. 3) BERI PERHATIAN KEPADA BAHAGIAN tambah. Ayeh seharusnya sudah perasan bahawa bahagian tambah MESTI ‘CEK BELUM DIKEMUKAKAN’ (CBDK). iNGAT saya bercakap tentang PPB yang bermula dengan baki Buku Tunai. Kenapa mesti tambah CBDK? SEbab dalam BT kita telah kreditkan (dah ditolak dari nilai) tetapi oleh kerana ia belum tertulis di dalam penyata bank, maka kita campur balik. Perasan tak, KALAU TOLAK, TAMBAH SEMULA (ITU KATA KUNCINYA). 4) beri perhatian kepada bahagian TOLAK. Ayeh sudah sepatutnya tahu bahawa ia mengandungi ‘DEPOSIT BELUM DIKREDITKAN’. Kalau pernah ditambah, tetapi belum ada dlm PBank, maka tolak balik dari BT. Senangkan. Okay untuk Item-item lain, cuba AYeh buat sendiri dulu, dan perhatikan apa yang ayeh akan dapat dari CORAK matematiknya. Seronok tahu PPB ni. Pelajar-pelajar saya yang dah dapat menangkap atau melihat CORAK PPB, seronok sangat buat soalan PPB.

  47. oooo…mcm tuu….ayeh will try the best….sifu….mcm mane nak fhm kan dt n kt dalam lejer????…..item ape kan dt n item ape kat dt??…bleh tak sifu trang kan skit…………

  48. bagaimana buat kunci kira2dan penyata pendapatan?

  49. Ayeh, Dt tu sebelah kiri ‘T’ dan Kt tu sebelah Kanan ‘T’. Apa item di sebelah kiri bergantung kepada kategori akaun. Ambil contoh Akaun Bank. Sebelah DT adalah item-item berkaitan dengan sumber wang masuk, contoh jualan, penghutang (terima bayaran dari penghutang), Dividen diterima dan sebagainya. Sebelah KT pula adalah item-item berkaitan dengan sumber wang KELUAR, contoh belian (awak beli barang, wang akan keluar, betul tak?), pemiutang (awak bayar pemiutang), dan sebagainya. Begitu juga bayaran bil, awak bayar syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, Telekom, dsb.
    COntoh lain, Akaun JUalan, Sebelah DT, tidak ada item yang khusus, kerana sifat akaun ini, akaun-akaun HASIL sememangnya akan mempunyai item kredit sahaja (kecuali ada pelarasan atau pembetulan kesilapan-barulah akan ada item sebelah DT). Oleh itu Akaun Jualan akan hanya ada item di sebelah KT, iaitu item BANK atau TUNAI atau penghutang. Kepada pelajar SPM sebenarnya cukup untuk mengetahui bahawa Ak. Jualan mesti ada catatan hanya di sebelah KT, kerana memenuhi syarat CATATAN BERGU. Ambil contoh mudah Akaun Bank tadi, wang masuk kerana jualan secara cek, maka awak akan DT akaun Bank di dalam Buku Tunai, maka mestilah KT akaun Jualan di dalam Lejar Am. Walaubagaimanapun, kepada pelajar advance (Uni contohnya), alasan kenapa Ak. Jualan sebelah kredit ialah kerana barang yang dijual telah dikeluarkan dari premis perniagaan, sebab itu ia di sblh KT, kerana umumnya KT digunakan untuk tujuan pengurangan sesuatu nilai. Ayeh, tak apa kalau tak faham alasan itu, kerana SPM bukan tempatnya untuk menganalisis kesahihan ciri-ciri Akaun-akaun nominal dan sbgnya.
    Teknik terbaik yang boleh saya cadangkan ialah, kaedah mengingat PO (Point of Origin), atau Titik Pemula (TM). Remember bahawa setiap urusniaga asalnya adalah menggunakan wang tunai. Maka akaun Tunai adalah PO awak. Apabila awak terima wang, awak akan DT Ak. Tunai, dan KT ak. berkaitan dengan punca wang diperoleh. Contoh, Feb 2 Jualan secara tunai RM100. Wang masuk kepada perniagaan awak, manakala barangniaga awak dikeluarkan dari premis (dah dijual kepada pelanggan). Maka dalam Ak. Tunai, awak catat di sebelah DT, Feb 1, butiran Jualan (kerana ia punca wang diperoleh) dan Amaun RM100. MEmenuhi syarat Catatan Bergu (double-entry), awak MESTI KT. sebuah Akaun, dalam kes ini Ak. Jualan, Feb 1, butiran Tunai (nama akaun berkaitan) dan amaun RM100.

    Ringkasnya,
    Dt. Tunai RM100
    Kt. Jualan RM100

    Ayeh, awak kena biasakan diri dah bahawa Jualan sememangnya Kt, selagi berlaku penjualan barang niaga oleh perniagaan awak.
    Sekarang, katakan berlaku jualan barang niaga dalam perniagaan awak, tetapi tidak dibayar dengan tunai. COntohnya, Feb 3, Jualan secara kredit kepada Zahid RM200. Ini dipanggil jualan secara hutang, atau dalam perniagaan moden dipanggil JUALAN KREDIT.
    Ingat bahawa Tunai TIDAK DITERIMA dalam urusniaga ini, tetapi barangniaga tetap dikeluarkan dari premis perniagaan. So bagaimana perakaunan akan mencatat perkara ini.
    Senang aje, kita tahu bahwa kita mesti KT. Ak. Jualan dengan nilai RM200. tetapi apakah akaun yang mesti di DT.? Oleh kerana Ak. Tunai TIDAK boleh diguna kerana tidak ada wang masuk, kita mesti cipta satu Ak baru yang sesuai. KEpada siapa kita jual? Kepada ZAHID. Zahid telah menjadi penghutang perniagaan, oleh itu kita akan cipta satu akaun dalam lejar dipanggil Zahid (untuk akaun perorangan, perkataan Akaun digugurkan-tak payah pakai). Maka DT. Zahid, dengan butiran Jualan dan amaun RM200.
    RIngkasnya seperti berikut,
    Dt. Zahid RM200
    Kt. Jualan RM200.

    Ayeh perasan tak, jualan tetap di KT. so begitulah cara nak mengingat. Cuba Ayeh eksperimen dengan urusniaga-urusniaga lain dalam buku teks anda.

  50. Kelvin, tips terbaik saya boleh berikan ialah awak kena hafal format. Semua pelajar perakaunan, baik level SPM, STPM, Diploma atau Ijazah, akan mulakannya dengan menghafal format itu. Tetapi once, you see the pattern of that reports, it’ll be easy to remember. That’s how I did it. Kunci Kira-kira (KKK), format penyata mesti mengikut kedudukan ini, ABS -> AS -> LS -> MODAL KERJA -> AMAUN. Selepas itu EP -> LBS (tidak perlu untuk SPM). Cuba perhatikan baik-baik buku teks Kelvin tentang format itu, saya yakin dengan kepandaian sedia ada Kelvin, awak akan terperasan sekarang. kelvin, satu petua saya nak bagi kepada awak, ketika belajar PAK, jangan terlalu komplekskan pemikiran, walaupun ia perakaunan ialah bidang profesional, level SPM ini belum lagi memerlukan awak berfikir terlalu kompleks sepertimana belajar Fizik (saya pernah ambil fizik so I knew-got A2SPM87). Sebenarnya yang seronoknya belajar PAK ialah awak mengetahui bahawa awak belajar seperti aras pelajar Semester 1 bidang perakaunan dalam level Diploma PErakaunan atau macam sifu, peringkat Ijazah. Apa yang awak dan pelajar lain sedang belajar sepanjang 2 tahun ini, sebenarnya 60% menyerupai kandungan kursus Sifu bagi tempoh 2 semester di peringkat Ijazah PErakaunan. Kelvin kena bangga tau, mengetahui kalau kelvin berjaya dalam SPM sebenarnya kelvin boleh cemerlang lebih lagi kalau berpeluang masuk ke bacelor perakaunan.

  51. Thx sifu…..ayeh dah bleh buat da penyata penyesuaian bank skit2…..
    dan akan usahakan untuk buat yang terbaik…..sifu…..ayeh jugak lemah dalam kertas 1……exam awl thn ayeh dapat 14 jek…sob…..dalam kertas 1 nie bab berape ek yang soalan akan kuar????……leh tak beri tips skit….

  52. Ayeh, K1 sememangnya akan melibatkan semua bab dari T1-T4. Tapi pencapaian 14 dari 40 adalah baik, pada pandangan saya. Tak perlu belajar banyak sangat, kerana setiap bab mungkin 1-2 soalan setiap satu bab. Oleh itu, saya nasihatkan Ayeh cuma perlu guna pendekatan lain. jawab soalan-soalan Obj, berulang-ulangkali, dan cuma perlu membaca semula mana topik yg awak tersilap jawab. Secara teori, jika awk boleh jwb soalan Obj dgn betul (tapi bukan yang tembak sj), awk sebenarnya mempunyai memori atau ingatan tersedia, mungkin disebabkan mendengar perkataan dari guru, membaca sendiri atau mendengar dan melihat perkara tersebut di papan putih atau buku-buku sendiri atau kawan. Ingat ayeh, sebab itu guru selalu bertegas pelajar mesti beri perhatian kepada apa yang disampaikannya di hadapan kelas, sebenarnya ia membolehkan otak kita menyimpan data tersebut dengan lebih teratur/bukan random. Mengikut teori, jika kita tidak beri perhatian yang bersungguh-sungguh, atau acuh tak acuh, ingatan itu juga akan tersimpan kekadang sementara sahaja atau random, tanpa urutan yang mudah diproses oleh otak.

  53. oooo…mcm 2…ayeh bersyukur cz ayeh dapat memahami PA ni dapam 1 bulan jek….sebenarnya ayeh tak phm ape pun sbelum nie…..ayeh bertambah minat subjek nie cz lepas dapat result awal tahun ayeh tgk result yang paling truk……huhu…ayeh harap adanya sifu nie dapat membantu ayeh dalam mendapat kecemerlangan dalam subjek ni…..

  54. Insyaallah, mudah-mudahan.

  55. Salam cikgu2. Saya pun ajar PAK, tension juga dengan pelajar yg selalu tak buat kerja sekolah. Dah banyak motivasi dan cerita kerjaya dalam bidang perakaunan yang diceritakan pada pelajar. Masalahnya mereka terlalu bergantung kepada cikgu. Kerja sekolah tak siap, nak harapkan jawapan cikgu bagi saja.Macam mana nak mahir buat akaun. bila disoal di kelas, mereka dapat jawab, tapi bila buat tanya kenapa tak buat kerja sekolah, mereka jawab tak tau buat..Bila ada perasaan malas , semua kerja pun susuh nak siap..

  56. Opps…Saya sebenarnya baru je jumpa blok ni. Sedang cari teknik menyemak Pengajian Perniagaan, terjumpa blok ni. menarik juga.

  57. ZZue, kalau bersabar jelah. Kebetulan cikgu zue lawat ke sini, Kalau ada apa-apa cadangan atau keinginan nak bekerjasama, cikgu bolehlah selalu mengunjung blog ini.

  58. Selamat malam sifu, kalau boleh kita bincangkan kaedah dan teknik P & P yang berkesan untuk tajuk-tajuk yang perlu hafalan format. Contoh akaun kawalan. saya selalu ajar pelajar saya kaedah memahami akaun, Contoh bila terima wang daripada penghutang, buku tunai kita debit, jadi Bank (penerimaan dari penghutang) di akaun kawalan penghutang berada disebelah kredit.. Tetapi pelajar perlu faham catatan bergu.Pelajar juga perlu faham urus niaga2 yang membezakan penghutang dan pemiutang. Jalan terakhir,jika pelajar masih belum faham, saya terpaksa suruh mereka hafal sahaja format akaun kawalan.
    Jika sifu boleh komen atau ada cara lain untuk memudahkan pelajar hafal, bolehlah kiranya kita kongsi pengalaman. Tq..

  59. hai sifu.saya baru dlm website ni.sy pelajar form5 dan ambil subjek p.akaun.
    masalah yg sering sy hadapi masa exam p.akaun ialah masa pindahkan jurnal ke dlm lejar.proses ni membuatkan sy pening.dan sy sering letakkan butir akaun d tempat yg slh.hal ni juga berlaku kpd rakan2 sy lain.boleh dikatakan satu klas.kami juga mempunyai masalah dgn cikgu yg mengajar kami.cikgu sy tidak bersemangat ketika mengajar topik ini.ini menyebabkan rkn2 sy yg lain boring ketika belajar subjek ni.bolehkah sifu beri sy tips utk menyelesaikan masalah ini.dan masih sempatkah utk sy score A utk subjek ni?bantulah saya

  60. Miya, awak kena berusaha untuk membezakan Jurnal Am dengan Jurnal Khas. Mulakan dgn Jurnal Am. JA perlu dipos dgan langkah2 berikut (dgn syarat awak dah buat dgn betul semua dlm JA):
    a. Apa-apa item yang amaun di dlm lajur DT, maka pos ke lejar dgn mencari nama akaun yg sama dan MESTI ctt disblh DT. Begiut jug sebaliknya.
    Contoh: Dlm JA ada ctn bikut:
    Trkh Butiran Debit Kredit
    Jan 3 Ambilan 100
    Belian 100

    Makan dlm Lejar Am (LA) nanti awk mesti buat macam ni,
    Cari atau bina Akaun Ambilan, dan pastikan di sblh DT, awk tulis dlm Amaun 100, dan butiran pula nama akaun satu lagi, iaitu Belian.

    b. Jurnal Khas awk kena sentiasa INGAT bhw Jurnal Jualan MESTI AKAN MENGKREDITKAN AKAUN JUALAN DI dlm Lejar Am. Tak boleh tidak, dah memang standard sedunia macam tu.

    Tak pelah, miya, oleh kerana sukar nak terangkan semua ini dalam bentuk teks, jika ada masa saya akan cuba buat satu nota dlm bentuk HTML atau pdf nanti untuk miya. Tapi sekarang tengah sibuk jadi minta maaf tak boleh hari ini, mungkin beberapa hari lagi.

  61. Insyallah Miya jika saya ada masa, saya akan cuba buat beberapa nota atau catatan khas untuk topik ini.

  62. nak soalan ramalan spm 2007

  63. saya kurang faham tentang nak buat akaun realisasi,akaun kelab dan persatuan…tapi yang dokumen sumber bpleh la buat sket2..penyata dan kunci kira2 lagi mudah..

    aper2 pun doakan saya a1 dlm spm 2007 , prinsip akaun

  64. Ewan, insyallah.
    Dawie, tahniah kerana menguasai Soalan Dokumen sumber. Ini bermakna topik lain awak hanya perlu memahami dan mahirkan diri untuk memperoleh 1A.
    Akaun Realisasi juga boleh dipanggil ‘Akaun Menutup Syarikat’ (sekadar nak fahamkan konsep-tapi jangan diguna dalam buat jawapan pula), kerana tujuan Akaun Realisasi (Realization Account dlm BI) adalah menjadi SATU AKAUN TERAKHIR bersama-sama Akaun Bank untuk mencatat semua urusniaga terakhir sebelum perniagaan ditutup.
    So,Akaun Realisasi sudah menjadi akaun special di mana ia akan mendebitkan semua akaun-akaun aset kecuali akaun tunai atau akaun bank (dalam SPM hanya akaun bank ditanya). Akaun bank diasingkan kerana ia masih diguna untuk mencatat wang masuk dan wang keluar sehingga di sen terakhir. Sebelah Kredit Akaun Realisasi pula untuk mencatat semua urusniaga yang tak boleh didebitkan,seperti, you guess it, diskaun diterima dari pemiutang. Perasan tak Diskaun diterima adalah akaun hasil yang selalunya berbaki kredit. Maka akaun realisasi di sblh kt adalah mencatat akaun-akaun hasil dan urusniaga2 lain yang juga berbaki kredit.
    Dalam masa yang singkat ini, saya hanya dapat beri klu ini dawie. harap awk dah mula faham.

  65. Saya nak mintak tolong sangat…. sy ni student aliran sains tapi sy ambil prinsip perakaunan.. malangnye saya x penah lagi belajar topik form 5…sy baru belajar topik form4 je..tu pun banyak yang luper…bleh tak tolong saya,bab ape yang saya perlu bace untuk saya dapatkan A2 memandangkan saya x banyak masa dah…TOLOOng..saya merayu sangat..

  66. Fakhrul, tahniah kerana berani berusaha mengambil subjek PAK. Untuk memperoleh 2A (bukan A2, kerana sistem gred ini dah mansuh), awak mestilah pastikan memperoleh markah penuh untuk S1 dan S2. Dengan kecekapan sebegitu anda dah memperoleh sekurang-kurangnya 48/120 markah. Ditambah K1, katakan 20/40, maka anda dah mungkin mengumpul 68/120 markah, ditukar kepada 100% maka anda akan mempunyai markah 57/100. Oleh itu tinggal tambah S3, S4 dan S5 yang total hanyalah 32/120. Untuk itu favorite sifu adalah Akaun Kawalan, Akaun Perkongsian dan Pengurusan Tunai. Topik-topik lain adalah Kos PEngeluaran. Akaun Kelab & Persatuan tidak favorite, entahlah kalau keluarpun mungkin senang. Itu pandangan sifu, lebih baik tanya guru di sekolah anda pula.

  67. noratikah binti a.wahab

    saya nak tahu mengenai kunci kira-kira

  68. SAYER NAK BELAJAR PRINSIP AKAUN DRPD AWAL…… APER YANG SAYER HARUS BUAT

  69. Noratikah, Kunci Kira-kira ada 2 format, a. bentuk T dan b. bentuk penyata.
    Kunci Kira-kira digunakan untuk melaporkan kedudukan aset serta liabiliti dan ekuiti pemilik.
    Mengikut sukatan SPM, pelajar hanya harus mengetahui setakat bagaimana menyediakan Kunci kira-kira mengikut format yang betul.
    Tips untuk mengingat KKK, kepada sifu adalah seperti berikut:

    A. Bentuk T >>>>
    Sebelah kiri (debit);
    i. Aset Bukan Semasa
    ii. Aset Semasa
    iii. Jumlah keseluruhan sebelah debit

    Sebelah Kanan (kredit);
    i. Ekuiti Pemilik
    ii. Liabiliti Semasa
    iii. Jumlah keseluruhan sebelah kredit.

    B. FORMAT PENYATA
    i. Aset Bukan SEmasa
    ii. Aset Semasa
    iii Liabiliti Semasa
    iv. Modal Kerja (didapati melalui ii. – iii.)
    v. Jumlah keseluruhan diatas
    vi. Ekuiti Pemilik
    vii. modal akhir mesti sama nilai dengan perkara (v) di atas.

  70. PLZZZ, jika anda adalah pelajar T5 tahun ini, saya menasihatkan awak supaya belajar bab-bab T4 terlebih dahulu. namun begitu untuk mempercepatkan proses pembelajaran awak, lebih baik jika awak menumpukan kepada soalan-soalan latih tubi. Saya cadangkan awak beli mana-mana buku latihan yang merangkumi bab-bab topikal. Untuk topik-topik T5, teruskan pembelajaran di dalam kelas seperti biasa. Topik tingkatan lima yang harus diberi perhatian adalah bab-bab perkongsiana, akaun kawalan dan mungkin bab pengurusan tunai.

  71. hye!!!!!!!!!!!…..sebonar nyer sye budak akaun,,,,,tp prob nyer saye x berapa pandai dlm membuat lejar,akaun kawalan penghutang n pemiutang,myb pelik kn,coz akaun kwalan 2 senang jer,cume sye x tau lah nape sye x dpt….sye lbh minat buat soalan pembetulan kesilapan….

  72. sayer nie form 5….. dan tahun nie sayer akan ambik peperiksaan….. apakah yang harus sayer buat untuk lulus dalam perinsip akaun….. kerana buat mase skang sayer boleh G dalam prinsip akaun……. TOLONG PLZZZZ

  73. Hi Sifu, dah lama saya tak melawat laman ini. Apabila baru habis je menyemak kertas PAK/ peperiksaan akhir penggal 1 yang lepas, baru saya teringat semula blog ini. Kenapa? Sebab keputusan peperisaan tersebut sangant mengecewakan. Lebih daripada separuh yang gagal.

    Untuk pengetahuan sifu, saya baru setahun jagung (1 tahun 9 bulan) mengajar subjek PAK ni, sekolah saya mula menawarkan subjek ini pada tahun lepas. Jadi setakat tahun ni, masing2 ada satu kelas T4 dan T5.

    Masalahnya sekarang ialah saya masih lagi tercari-cari pendekatan yang paling sesuai untuk mendidik pelajar di sekolah saya. Cubaan demi cubaan telah dilaksanakan namun keputusan yang ditunjukkan oleh para pelajar masih sangat mengecewakan.

    Walau bagaimanapun, saya ingin megucapkan terima kasih kepada sifu kerana telah memberi banyak tip dalam blog ini. Tip2 ini bukan sahaja membantu pelajar malah dapat juga membantu guru seperti saya ini dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P harian. Terima kasih.

    Saya tak pernah putus asa untuk mengajar pelajar saya kerana PAK adalah satu subjek yang sangat menarik. Apa nasihat sifu untuk guru yang baru mengajar subjek PAK seperti saya ini?

  74. assalamualakum…sy sudent bru kt sni..sy nk mntk tolong sikit pada ckgu shuib..boleh x terangkn tntg tjuk simpan kira2 ni,sy xbre fhm la..hrg ckgu boleh tlg sy buat mse terdkat ni…wslm..

  75. Krull, untuk lulus agak mudah jika awak sanggup memahirkan diri dalam penyediaan jurnal dan buku tunai serta lejar dan imbangan duga. Seperti yang anda mungkin telah maklum, soalan 1 adalah soalan wajib yang melibatkan kemahiran tersebut dan diperuntukkan markah terbesar, 28-30 markah (kebiasaan 29markah). Bayangkan jika Krull dapat jawab S1 sepenuhnya betul, awk dah dapat 29M. Campur kertas 1(wajib hadir dan ambil paper ni), sepertimana statistik (kebiasaannya), pelajar boleh memperoleh 15 – 20 markah dari 40 soalan. Maka 29 + 15 = 44. Dibahagi dgn 120 mrkh, 44/120, awk mungkin dpt peratusan 36.66. Jika awk dapat jwb mana-mana soalan S2 hingga S6, wlupun tak dpt jwb penuh, awk gerenti lulus. Tapi bygkan jika awk dpt jwb K1 dgn cemerlang, 23/40 + 29/80.Awk mengumpul 23 + 29 = 52 markah, ditukar kpd peratus, 52/120 = 43.3%. Insyallah, dah boleh lulus gred 8 atau 7. Krull, kalau dah mahir dlm S1 (saya yakin awk boleh), mula pula mahirkan Lembaran kerja untuk S2 dan penyata pendapatan T4 juga untuk S3. Dengan tambahan kemahiran ini, awk boleh upgrade diri awk memperoleh Kredit 6C atau tak mustahil 5C. Yang penting, mulai dgn belajar S1, tak rugi.

  76. Abell Sim, kalau awk nak amalkan strategi sukatan minimum, mungkin lebih baik. Gunakan pendekatan pembelajaran Masteri. Basically, pembelajaran masteri memestikan pelajar mahir sesuatu kemahiran/topik sebelum beralih ke topik baru. Abell buat kertas kerja untuk tujuan dokumentasi (jika sekolah perlukan bukti) dan pelajar-pelajar T5 abell sim hanya menumpu kpd S1 shj, sehingga awk berpuas hati dgn prestasi mrk. Contoh, jika ada 30 org pljr, latih semua untuk dpt jwb JA dan BT dgn sempurna, kemudian postkan ke lejar dgn sempurna, dan akhirnya ID sempurna. Jika dah boleh semua atau 10 org dah boleh, 10 org tu upgradekan mrk kpd kemahiran kedua. Saya ramalkan soalan Lembaran kerja. Latih mrk dhlu, 20 org yang lain teruskan belajar S1 sehingga mencapai perfect. 10 org tu awk jadikan fasilitator tmbhn untuk kelas S1. Ini boleh boost confident 10 org tu, dan mungkin 20 org lain akan teruja nak dptkan upgrading itu.
    Ingat Abell Sim, strategi ini hanya untuk memperoleh lulus, Kita juga tahu nak tolong pelajar mencapai 1A memerlukan mereka mahir topik-topik T5 pula. So, terserah kpd Abell Sim, sbg guru baru, nak mengajar spt biasa atau gunakan strategi di atas.

  77. Amiera, sifu2b bukan cikgu shuib, saya bukan cikgu shuib. Takpela Amiera, tak janji tapi jika ada masa saya akan usahakan.

  78. Terima kasih atas nasihat sifu yang sangat berguna itu.

  79. saya ada poskan Modul 4 – Soalan Ramalan 2007 Set 1 untuk kegunaan semua pelajar di sini https://sifu2b.wordpress.com/2007/06/18/pre-exam-series-modul-4-ramalan-spm-set-1/

  80. Sifu, Apakah perkara2 yang perlu ada dalam kertas kerja saya sekiranya ingin melaksanakan strategi sukatan minimum?

  81. askm….sifu…lame tak chat dgn sifu….sofu sihat ker???…..sifu…kalu bab perkonsian nie mcm mane ek….????ayeh krang skit dalam bab nie dkat pembubaran….leh tak sifu ajar ayeh skit……

  82. Alhamdulillah, sihat juga.
    Ayeh, pembubaran melibatkan satu akaun khas, dipanggil akaun realisasi. Realisasi diambil dari perkataan inggeris REALIZATION. Umumnya, ia berfungsi untuk melupuskan semua aset bukan tunai, sekali lagi, ASET BUKAN TUNAI. Bila nak tutup perniagaan, semua aset perkongsian mesti dilupuskan, maka semua akaun aset bukan tunai mesti ditutup, oleh itu ia dikumpul ke dalam AKAUN REALISASI. Nak ingat senang je, aset-aset dicatat disebelah debit Ak.Realisasi kecuali tunai dan bank. Dalam SPM, selalunya akaun bank sahaja. Pemiutang dah sememangnya punya sifat liabiliti iaitu disebelah kredit tidak dipindah ke akaun realisasi kerana mengikut perundangan Malaysia, pekongsi MESTI melangsaikan semua hutang perniagaan kepada pemiutang. Oleh itu, apabila perkongsian membayar pemiutang, jika ada diskaun diterima (ini hasil yang juga di sebelah kredit), kita akan KT. ke Ak. Realisasi sebab akaun lain tak perlu buka lagi, semua lejar dah ditutup. Belanja-belanja realisasi di sebelah Dt. Ak.Realisasi sebab perbelanjaan mesti diDebitkan (sifat Belanja adalah Dt.). Belanja Dt,, Ak. Bank Kt. Mudah bukan! Selebihnya, jika dicatat dengan betul akan mengakibatkan semua pekongsi menerima agihan wang tunai dalam bank mengikut nilai imbangan (atau angka pengimbang) akaun masing-masing. Cuba Ayeh, buat satu soalan pembubaran sekali lagi dan perhatikan baik-baik, bahawa agihan Ak.Bank adalah mengikut baki akhir pekongsi.
    Oh ya, kalau ayeh berminat, sila baca post terbaru mengenai pensijilan baru Perakaunan SPM yang dicanangkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini. Baca di sini, https://sifu2b.wordpress.com/2007/06/26/pelajar-ambil-akaun-spm-dapat-2-sijil/

  83. bg saye nk lulus akaun tak la ssh mne…klau time f4 tu punye ar ssh…tp x pnh la fail…skarg da rse lbh yakin da….insyaallah A1 dlm tgn ar….bg sye kiter kne wat byk latihan…especially paper 2 soalan 1…bli ar bku2 spm thn pas….do the bes bg yg nk mencuba….doakn org kat sini yer…bersama rakan seperjuangan…..Amin….

  84. mira fara mimi KIKO

    DOAKAN KAMI SPM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!mOGA2 BLEH JADI AKAUNTAN yg berjaya…..AMIN…….YARAMBALALAMIN……AMIN………………..SMK BBST FOREVER…..

  85. saya ada masalah dalam mengingat formula2 akaun yang melibatkan pengiraan yang banyak…leh tak sifu bagi tips sikit

  86. macam mane ek nak memudahkan lagi teknik menjawab prinsip perakaunan??bukan x reti tp xpakar sangat la…

  87. masalah mengingat formula..

  88. TQA SOOD, formula mana satu tu? Tak perasan pula ada banyak formula perlu diingat dalam Akaun. Yang pasti ialah dalam bab tafsiran kewangan, baru ada formula yang sikit, dalam 8 macam tu. Nasihat sifu, banyakkan latihan aje.

  89. Abell Sim, umumnya dalam kertas kerja, lebih baik jika abell dapat sertakan hasil kajian tindakan yang abell. Selain dari itu perlu dilampirkan keputusan pelajar sepanjang tahun atau perkembangan mereka dari T4 hingga ke T5 hingga peperiksaan pertengahan tahun. Buat analisis yang munasabah, seperti peratus lulus/gagal, peratus kredit dan cemerlang dan sebagainya. Pernah dengar Headcount? Kalau ada buat, lampirkan juga.
    Okay pengisian kertas kerja atau cadangan strategi Abell adalah dicadangkan seperti berikut:
    a. Matlamat Guru dan/atau Panitia
    b. Strategi yang sedang diamalkan
    c. Findings/ atau kajian tindakan yang telah dilakukan
    d. Potensi dan kemampuan pelajar-pelajar, sama ada mengikut nama individu atau kumpulan pelajar.
    e. Perubahan yang ingin dilaksanakan oleh guru untuk mencapai matlamat di a.
    f. Alasan kenapa guru mesti ubah strategi tahun ini.
    g. Kaedah/pendekatan pengajaran yang akan dilakukan/sedang dilakukan.
    h. Tempoh masa dikehendaki.
    i. Lain-lain perkara yang abell nak tambah
    j. Pastikan ada lampiran yang disebut tadi.

    Abell, ini cadangan aje. Jika Abell seorang yang mengajar PAK, lagi mudah untuk menyakinkan sekolah, especially abell pernah sebut yang ini kelas pertama abell mengajar PAK. Hope panduan ini dapat membantu abell. Oh ya, Jika abell dapat soalan ramalan atau soalan negeri atau soalan sekolah asrama penuh, boleh tak kongsi dengan sifu untuk kemajuan pelajar-pelajar sifu juga.

  90. Sifu,bleh tolong tak klasifikasikan jenis jenis tajuk yang mungkin ditanya bagi setiap soalan dalam ketas2 dan perkara perkara penting yang perlu dimaster bagi setiap soalan tu?tolong yer

  91. Fakhrul, insyaallah akan dipertimbangkan

  92. KALAU NAK MUDAH INGAT ITEM SEBELAH DEBIT & ITEM SEBELAH KREDIT……..SENANG JER. INGAT “AB LEH”. AB IAITU ASET DAN BELANJA MESTILAH SEBELAH DEBIT. LEH PULAK LIABILITI,EKUITI DAN HASIL MESTILAH SEBELAH KREDIT. KALAU NAK BUAT PENYATA PENDAPATAN, DOKUMEN, LEMBARAN KERJA, KUNCI KIRA-KIRA INGAT FORMULA NI INSYAALLAH BLEH BUAT. GOOD LUCK FOR SPM. DOAKAN SAME2 SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA AND GET A1 DALAM PRINSIP AKAUN TAHUN NI. INSYAALLAH 🙂

  93. thanks amin for the tips. Unfortunately amin, A1 no longer exist. You should say 1A (Satu A or One A) mengikut gred baru SPM terbuka sejak 2003.

  94. sifu selalunya kat sekolah markah untuk 1A tu 80 kan tapi selalunya mase spm sebenar akan berubah kan?selalunya berapa markah 1A dalam spm berdasarkan pengalaman sifu

  95. Fakhrul, yang tu sifu pun tak tahu, 8). Ianya menjadi rahsia rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Walaubagaimanapun, sifu diyakinkan bahawa ia menggunakan pendekatan penilaian yang saksama dan adil bagi semua sampel (calon SPM) yang terlibat.

  96. sifu…..rasa2 thun ni ape yang akan kuar dalam SPM nanti….tlg ajr ataupun bg tips2 untuk bt latihan DOKUMEN x?????saya lemah la…..

  97. reynu, mungkin lebih baik jika awak download soalan modul 1 dan jawab setiap dokumen sambil meneliti, skema jawapan sifu. Ia boleh membantu terutama jika reynu dapat membuat hubungkait.
    Maksud sifu di sini ialah, lihat dokumen 1, lihat tarikh 1, fikirkan sejenak apa yang perlu di debit dan kredit, dan confirmkan dengan skema jawapan sifu. Mudah-mudahan ia boleh memberi peluang kepada reynu untuk mengasah dan mengasuh kebolehan sebenar reynu.
    Pelajar-pelajar di sekolah sifu sedang melakukannya, dan ada mengatakan ia membolehkan ia mula memahami perkara yang dahulunya ia kurang yakin.

  98. ruzimah kamsin

    canna nak bezakan @kelaskan aset2 semasa ,ekuti pemilik dan asetsemasa

  99. Terima kasih banyak2 atas cadangan sifu itu. Untuk soalan ramalan atau soalan negeri atau soalan sekolah asrama penuh, kalau ada memang saya akan kongsi dengan sifu. Namun untuk pengetahuan sifu, saya mengajar di sebuah sekolah luar bandar di sarawak. So memang agak sukar untuk mendapatkan soalan2 dari sekolah lain.

  100. Ruzimah, nak bezakan aset-aset senang. PErhatikan sekeliling anda. Apa yang ruzimah nampak. Ruzimah akan nampak bangunan komersil, bangunan perniagaan, contoh the mall, yang didalamnya ada kedai-kedai. Itu dipanggil Premis. Apa yang ada di dalam kedai pakaian? ruzimah akan nampak lampu, kipas, air cond, meja kerusi, rak, dan lengkapan lain. Itu semua adalah aset bukan semasa. Basically, anything yang nampak secara fizikal di sesebuah kedai, adalah aset bukan semasa. Perabot, lengkapan kedai, lekapan dan lengkapan (ini lampu dan aircond). Kalau pekedai itu ada lori atau van atas nama kedai itu, maka ia adalah aset bukan semasa bagi kedai itu, dipanggil kenderaan.
    Apa itu aset semasa pula? APa-apa milik perniagaan yang bukan ABSlah. Contoh jelas adalah tunai, stok (bukan kah ia selalu tersembunyi di dalam stor/gudang?), penghutang, dan lain-lain lagi. Ini sekadar tips nak mengingat. ia bukannya ALASAN SEBENAR PERAKAUNAN. Nak mengingat aje. Anyway apa itu liabiliti. Liabiliti bermaksud yang awak hutangi, awak berhutang dengannya, seperti pemiutang. Begitu juga jika anda menyewa kedai itu, maka ia bukan lagi aset bukan semasa, tetapi jika sewa kedai tidak dibayar, maka ia adalah liabiliti kerana awak masih berhutang bayaran sewa kepada pemilik sebenar kedai itu. Amacam, adakah ini membantu ruzimah?

  101. laaaaaaaa, saya lak blh handle paper 2, tapi sll kantoi paper 1. terok ooo, sy sll dapat dalam 21/40 only. thaz getting so worse u know. what should i do now. plez and help me. lg satu, camana nak cari jadual percubaan negeri kedah dan jadual spm ni????????

  102. em, lagi satu nak ty r, blh x sapa2 dr luar neg.kedah, saya nak tukar soalan percubaan? plz nant antar kat shakirah_azmi@yahoo.com
    bye

  103. Ah, jika sesiapa nak tolong shakirah daptkan soalan negeri masing-masing, apa kata hantarkan juga kepada sifu di sini.

  104. saya nak mintak kpd sesiapa yg ada kertas soalan dari negeri masing2

  105. askum guru…sayer dari perak..sayer nak tau soalan maner yg masuk tahun ni untuk akaun???

  106. Azlan, sukar nak ditentukan. Wbgmpun, mungkin azlan boleh beri penumpuan kpd S1 (dokumen perniagaan), S2 (Lemb.kerja/penyata pendapatan milikan tunggal), Tajuk-tajuk T5, mgkin tumpu pengurusan tunai, ak. kawalan. Yg lain sifu tak dpt pastikan lagi.

  107. sifu,utk klas tuisyen sy ade 9 org..5 drpdnye f4 dan 4 lagi f5,4 org dr f4 tu adalah bdk2 cine..cmne care yg tbaik utk sy ajar pa utk klas yg begini? kalau sume nye f5 sy rase lebih sng utk mberi latih tubi soalan bbntuk spm dan bbincang jika ade kemusykilan. cmne carenye sifu?

  108. Cg Jaa kenapa tak ajar matematik, matematik tambahan dalam masa yang sama dalam kelas tersebut.

  109. hah? cmne tuh cekgu jkr?? sifu,lagu mn sy nk ajaq? =)

  110. tlg le sy.. kluu lehh bg soalnn rmalan..

  111. mcm mane nk isikan buku lejar??saya xberape fahamlah??tlg jelaskan bagaimana caranya…….

  112. Jaa, tgk apa mtlmt pljr T5? Dlm bulan Julai ini, adakah anda nak mereka terus ulang kaji topikal atau nak ajar topik T5 shj. Jika pljr T5 smmgnya untuk tingkatkan prestasi SPM mrk, maka awk boleh ajr dlm kump. campuran T4 & T5 untuk soalan-soalan melibatkan dokumen perniagaan, BCP, pos ke lejar dan penyediaan ID. Begitu jug dgn akaun penamat. Lembaran Kerja dan Pyt Pdptn. Tetapi jika jaa merasakan mrk memerlukan program persediaan SPM berlainan, maka Jaa mesti bersedia bekerja keras menyediakan bhn pengajaran dan pembelajaran yang berasingan. T4 lain bhn, T5 lain bhn. Untuk itu, Jaa tak boleh lagi mengajar di hdpn, sebaliknya Jaa terpaksa menghadap setiap kumpulan mengikut giliran. Tetapi Jaa, sifu tak pernah mengajar tuisyen, wlupun dah lama jadi guru. Mgkn guru tuisen lain boleh membantu.

  113. assalamualaikum…
    sy tahu mungkin dah trlmbt,tapi nak tanye skit cammane nak skor dlm akaun?

  114. Izwan kena banyakkan latihan. Tak ade jalan mudah sebenarnya, cuma ada jalan bijak, iaitu banyakkan latihtubi dan letakkan sasaran yang paling baik untuk izwan capai. COntohnya, sasaran nak menjawab soalan S1 dgn ketepatan 100%, atau soalan PPB dgn jwpn tepat.

  115. askum sifu….dokumen perniagaan tu susah la..baca pun ada yang tak faham..boleh tak sifu bagi sayer point2 penting…(“,)

  116. insyallah azlan saya akan usahakan dalam bentuk nota pendek.

  117. askum sifu….sbnrnya begini,penyata penyesuain bank 2 susah la..boleh sifu bagitau bagaimana nak m’jawab soalan penyata penyesuaian bank…?

  118. Alfred, Penyata Penyesuaian Bank ada 2 bentuk permasalahan yang akan ditanya dalam SPM. 1. PPB dengan Buku Tunai dikemaskini, 2. PPB tanpa kemas kini buku tunai. Kedua-dua itu pula boleh disoal dan dijawab dalam bentuk persembahan sama ada bermula dengan baki buku tunai atau baki dalam penyata bank.

    tips macamana nak belajar. Alfred boleh juga mulakan dulu dengan pendekatan tanpa buku tunai dikemas kini, dan mulakan dengan Baki buku tunai.

    Format mudah PPB ialah seperti berikut:

    Tajuk dan tarikh
    ==================
    Baki debit buku tunai
    + [item-item dalam buku tunai yang asalnya telah dicatat di sebelah kredit tapi tiada dalam Penyata Bank]
    [item-item dalam Penyata Bank di sebelah wang masuk (sebelah kredit PB)

    – [item-item dalam buku tunai yang asalnya dicatat di sblh Debit, tapi tiada dalam Penyata bank]
    [item-item dalam PB di sebelah wang keluar (sebelah Debit PB)

    = Baki kredit buku tunai.

    Kepada pelajar sifu, sifu beri petua sambil bergurau, iaitu =,x,||
    suruh mereka remember pergerakan tangan ini:
    a. = (melintang => baki di atas Buku tunai dan bawah Penyata Bank)
    b. X (bersilang => semak item yang sama di BT dan PB secara bersilang, Kt. BT > Dt. PB, dan sebaliknya.
    c. || (semua item yang tinggal di sblh Dt BT dan Dt. PB di masukkan ke dlm Tolak,
    semua item yang tinggal di sblh Kt. BT dan Kt. PB dimasukkan ke dalam CAMPUR.

    Ia memerlukan pelajar imaginasi macam senamrobik. Lucu tapi mungkin berkesan.

  119. saya nak tahu tentang software perakaunan yg dibekalkan ke sekolah oleh KPM. adakah ia membantu?

  120. Maaf Noris, sklh tmpt saya bertugas blm lagi dibekalkan software itu. Wlubgmnapun, AssetBase itu berdasarkan idea dan ciptaan Prof. Arfah Salleh, UPM yang merupakan pensyarah sifu semasa di program bacelor perakaunan. Sifu juga diberi peluang menggunakan perisian sepertinya (versi DOS) dan alhamdulillah, ianya sangat-sangat membantu kami terutama yang bukan dari Matrikulasi perakaunan.
    So, andaian sifu ialah, ia akan membantu pelajar memahami kitaran perakaunan jika dibimbing dengan betul dan bahan simulasi yang disediakan mencukupi.

  121. nabilah here. salam sifu.
    saya nak tanya ,satya hanya nak dapat A2 dalam peperiksaan akhir tahun nie. saya pelajar ting.4.saya dah tahu saya lemah kira-kira,masalahnya saya dah terlambat untuk tukar kelas perdagangan.dulu saya ingat akaun best,tapi bosan.kawan semua kata best,nak buat cam ne, teruskan jelah. saya nak beri perhatian topik ape?saya takut kalau tekun sangat pada dokumen sumber nanti markah saya cukup makan je. saya dah abis belajar sukatan tahun nie,tapi saya bukan faham sangat bab pelarasan dan pelupusan aset.saya takut.kertas satu walaupun abc, tapi susah gak.tolonglah…

  122. nabilah nie, salam. satu lagi tolong sifu terangkan tentan lejar dengan teliti dan berdasarkan konsep yang saya senang ingat.kadang-kadang debit kredit nie peliklah.lain tajuk lain debit kreditnye.kejap ade yang tambah ,debit.ada yang tolak pun debit. kredit pun kekadang cam tu. kalau jurnal tu saya boleh tangkap, tapi bila lepas lejar je saya blee…nak tanye malu, semua org tahu,saya je tak tahu. malam nie tetiba saya terbuka forum ni,jadi saya jointlah. haraplah sifu bantu saya.saya amat buntu pertolongan dari rakan-rakan.terima kasih.

  123. assalammualaikum…ada sape-sape yang boleh tolong saya??tolong bg soalan ramalan tahun ini…thn ni sy nk ambil spm..dan saya mencari kelas tuition di sekitar ipoh…harap semua boleh tolong insan yang lemah seperti saya…

  124. sy bru sja dpt soalan ramalan tahun ini..thanx..bestlah website ni..nk promote kat kengkawan…

  125. sy wakil dr pelajar SMK Gunung Rapat mengucapkan ribuan terima kasih kepada sifu kerana telah mewujudkan website yang amat berguna ini..doakan kami berjaya..firdaus 5p1..amin..

  126. Firdaus, terima kasih. Sampaikan salam kepada rakan-rakan awak di SMK Gunung Rapat,OK.

    Nabilah, untuk cemerlang kena pastikan emosi nabilah sendiri beralih kepada perasaan yang positif terlebih dahulu. Memang, bukan nabila sj yang tak minat, atau kebosanan. Ramai lagi di Malaysia ni, dan mungkin juga di dunia. Tapi ramai juga yang berjaya dalam bidang perakaunan walaupun asalnya bukanlah favorite career. So, sebagai pelajar ‘yang terpaksa’ belajar akaun, nabilah kena jadikan perasaan itu ke arah yang seronok, enjoy, dan berasa beruntung kerana belajar bidang yang jelas sangat berguna sebagai kemahiran utama selain dari kemahiran ICT. Nabila mempelajari bidang perakaunan yang jelas bukan sebarang M/pelajaran. Ia adalah langkah pertama ke arah bidang profesional yang menjanjikan pulangan gaji yang besar. Malahan menjadi guru pun ditawarkan gaji yang lebih baik berbanding graduan lain. Itu sebagai pencetus minat nabilah.
    Kedua, untuk berjaya dalam peperiksaan akhir tahun, bergantung kepada amalan sekolah. Sifu tak tau sekolah nabilah macamana. Tapi kepada sifu, better lagi nabilah kuasai sepenuhnya jurnal, lejar dan imbangan duga, dan penyediaan lembaran kerja atau penyata pendapatan. Itu selalunya akan ditanya guru.
    Mengenai lejar tu, simple aje nabilah, memang ada akaun di DT (akaun-akaun aset) kalau bertambah, atau di KT (contoh Akaun-akaun pemiutang) yang bertambah.

    Walau bgmnapun, nabilah, konsep Dt dan Kt. sebenarnya lebih dari itu, ia adalah kesenian perakaunan, di mana setiap catatan mesti di catat dua kali di sebelah berlainan. Sebagai contoh, nabila ada wang RM20. nabila beli beg dengan kos RM15. Apa yang berlaku? Wang nabila berkurangan RM15 manakala nabilah memiliki sudah beg itu yang nilainya RM15. Wang nabila, asalnya RM20 (debit), dikurang RM15 (Kreditkan), secara matematik = RM20 tolak RM15, menjadi RM5 (baki h/b). Manakala beg, asalnya RM0, kerana tidak ada beg, sekarang bertambah RM15, matematiknya => RM0 + RM15 = RM15. Maka debit akaun beg (ini sekadar contoh).
    Dalam perakaunan, jika wang itu adalah aset semasa nabilah, maka ia akan mempunyai sifat-sifat berbaki DEBIT (semua aset begitu). Jika wang dikurangkan, maka ia akan dikreditkan. Cantikkan seni Akaun. Di sebalik operasi tambah dan tolak, ditukar kepada kaedah catatan di kiri (DT) dan catatan di kanan (KT.).

    Berkenaan dengan akaun liabiliti seperti akaun Pemiutang. contoh ke2, nabila dah tak cukup wang, tinggal RM5, maka nabila pinjam dari abang ngah, RM10. Apa yang berlaku? Wang nabila kini bertambah dari RM5 kepada RM15 (RM5+RM10). Tetapi kerana wang itu bukannya wang nabila, dah tentu hutang nabila kepada abang ngah bertambah dari tiada langsung, RM0 kepada RM10 (RM0+RM10). Ini bermakna ada dua bahagian bertambah, sebelah debit aset dan sebelah kredit liabiliti, akaun Abang Ngah, kerana nabilah telah menambah hutang.
    Untuk pengetahuan nabila, dalam pembelajaran peringkat tinggi, nabila tentu akan tahu kenapa akaun Abang Ngah di kreditkan, Perasan tak jika abang ngah pinjamkan wang kepada nabila apa berlaku kepada wang abang ngah? TEntulah wang Abang Ngah berkurang sebanyak RM10. Nabila belajar pgkt SPM maka tak perlu analisis lebih lanjut, tetapi yang cantiknya jika dikaitkan dengan cerita nabila dan abang ngah, maka Akaun abang ngah dikreditkan kerana menunjukkan pengurangan wang abang ngah, tetapi kepada nabila, merupakan tambahan liabiliti (tanggungan untuk bayar balik) sebanyak RM10. Kalau nabila tak faham yang ni, tak pe, kerana pgkt SPM, nabila hanya perlu tahu bahawa Jika Aset tambah, debitkan, jika liabiliti bertambah, kreditkan.

    Harap nabila dapat fahami panduan ini.

  127. assalammualaikum, sifu. thanks atas info yg diberi. sbnrnya sklh sya pun masih blm dibekalkan dgn software tu. tp kalau software tu adalah ciptaan Pn. Arfah Salleh, tahulah saya sbb saya prnh gunakan semasa di upm.
    anyway saya ucapkan tahniah dan syabas atas pembinaan website ni di mana ia satu usaha murni dalam membantu pelajar2 perakaunan.

  128. terima kasih noris. Noris graduate tahun berapa?

  129. nabilah say:
    salam,sifu.terima kasih atas panduan sifu .nabilah akan cuba meminati akaun,sebab sekarang ni nabilah pun makin banyak buat latihan .semoga prinsip perakaunan akan memberi nabilah masa depan yang cerah.doakan nabilah berjaya dan doakan nabilah sukakan cikgu akaun nabilah.Dia ajar laju sikit , sebab tu tak berapa faham.terima kasih.

  130. Nabilah, terima kasih juga kerana menerima nasihat sifu. Rapat-rapat dgn cikgu nabilah, banyakkan bertanya, tapi pastikan pertanyaan itu dikaitkan dgn latihan nabilah yang sedang atau telah dibuat supaya cikgu nabila dapat melihat progres pembelajaran nabila. Saya pasti cikgu tu akan gembira ditanya oleh nabila.

  131. tq banyak2 sifu…saya akan cuba mendapat A dalam soalan akaun
    (“,)

  132. grad tahun ’99. bac.accontg tp lebih berminat menjadi guru. sifu?

  133. hey sifu..i am 18 but taking spm ths yr..i dropped out of school fr 4 yrs..i am a science student n i take accounts but i havent started studying for all subjects yet n spm is getting nearer..do u think i still have a chance to score for accounts if i start studying nw..?n btw,my school doesnt teach accounts so i hv to study on my own..

  134. n btw..alhamdulillah i found ths site..its definitely useful n it has boost my confidence eventho ths is my frst time visiting ths page..thank u so much..

  135. Noris, saya grad 1996.

  136. Osheen, there is no better time than now. Yes, I’m confident that you can still score for your PA with flying colors! I just have to start with you. You make your choice. Once you do that, the rest is easy. Did you know that our major enemy is ourselves? If you can defeat your enemy, the victory is nearer.
    Okay Osheen, untuk score 1A dalam PA takes a lot of practice. Untuk kredit (C4-C6) it is a bit easier, IMHO. Osheen perlu pastikan S1 boleh dapat full marks, 29M to be exact. Then kumpul markah untuk S2, yang selalunya 18-19M. You already earn 48M. Kedua-duanya hanyalah kemahiran dalam T4. Untuk Kertas 1, nasihat saya awak baca buku rujukan minimum 2 kali sampai khatam. Lepas tu banyakkan latihan jawab objektif sahaja tanpa melihat buku rujukan. Itu untuk menguji tahap ingatan osheen. Periksa dengan teliti setiap jawapan dan cuma perlu berlatih semula jawapan yang salah sahaja. It’s more like DRILLING.
    Kembali kepada Kertas 2, S1 ramai kata ianya susah. Tapi kepada sifu masalah itu boleh diatasi jika osheen perhatikan baik-baik kehendak jawapan. You’ll be surprise by how easy it is to score in S1. In fact, baru-baru ini dalam Ujian 3, sbhgn besar pelajar saya yang lemah dlm S1 telah meningkat dgn mendadak melalui usaha kami bersama-sama. Apa yg sifu minta pelajar sifu lakukan ialah melakukan latih tubi utk S1 shj dan pada masa yg sama sifu pastikan setiap tips dan kaedah memahami (bukan hanya mengingat) dapat sifu sampaikan kpd setiap indv. Sifu panggil 1-2 student almost every recess time for 5 minutes, discussing their answers and give them immediate feedback on how to do it EXACTLY the way it suppose to be in real world. PA is not just a theory, Osheen, but a practical business practice. Apa yang student belajar di dlm kelas adalah juga cara SEBENAR di luar sana.
    Anyway osheen, good luck for your 1A in Accounting Principles.

  137. Assalammualaikum, sifu. saya nak minta pandangan sifu klau ada cara/kaedah yg agak mudah bagi pelajar memahami tajuk pelarasan pada tarikh imbangan.

  138. Untuk pelarasan, mungkin mulakan dengan yang termudah. Ambil contoh sewa kedai. Buat satu senario seperti ini, Peniaga Ali menyewa sebuah kedai dgn sewaan RM1000 sebulan mulai bulan januari. Sepanjang tempoh 12 bulan, Peniaga Ali telah membayar sewa sebanyak RM14000. Tanya pelajar kalau mereka adalah Peniaga Ali, berapakah sewa yang sepatutnya mereka bayar. Sepatutnya RM12000. Tanya mereka apa jadi dgn wang lebihan itu? Macam-macam jawapan yang akan diberi, yang lucu pun akan ada. Terima saja jawapan mrk. Katakan sepatutnya kita bayar sahaja RM1000 setiap bulan sebanyak 12 kali, maka cuma perlu bayar RM12000. Kenapa Peniaga Ali terbayar lebih? Awk bolehlah beritahu bhw dalam dunia perniagaan ia kerap berlaku, terutama untuk pastikan sewaan itu boleh diteruskan kerana Peniaga Ali dapat dipercayai. Katakan juga kalau dah bayar, mestilah tidak dapat balik duit tu, anggap macam pendahuluan bagi 2 bulan akan datanglah. Perkataan pendahuluan adalah kata kunci yang noris boleh tegaskan. Wang Peniaga Ali RM2000 yang terlebih bayar itu bukannya hilang, dan sebenarnya boleh dilapurkan di dalam akaun lain. APAKAH MAGIC perakaunan? Baru awak tunjukkan kaedah kita memudahkan matematik tadi, RM14000 – RM2000 = RM12000, dan tetap menunjukkan RM2000 adalah pendahuluan, dgn nama lebih tepat, Akaun Sewa Kedai Terdahulu.
    amacam noris, boleh dapat petua di atas?

  139. sifu, saya ada download jawapan ramalan 2007 modul 4, kenapa ya peruntukan hutang ragu dimasukkan dalam akaun kawalan penghutang, bukan kah PHR tidak perlu dimasukkan, harap dapat penjelasan.tq

  140. Goldberg, nanti saya semak kalau-kalau sifu ada tersilap taip. Yes, sifu yang tersilap. PHR tak masuk mana-mana, ia hanyalah pengganggu. Maaf kepada semua yang terlibat, soalan 3 tu sepatutnya pertambahan hutang lapuk, tapi dah terlanjur,biar ajelah.

  141. saya ada satu masalah.macam mana nak tahu dokumen 2 kena catat dkt buku tunai,buku jurnal semua tu?

  142. Candy, INVOIS mesti di jurnal. Keratan CEK mesti di catat di sblh kredit BT. MEMO kalau tiada perkataan yang menunjukkan tunai atau wang maka ia di catat di Jurnal AM, jika ya, BT. Jualan Tunai/Bil Tunai semestinya di BT. Baucar Pembayaran juga semestinya di BT.

  143. saya skang x pandai nak masukkan cek,memo,baucar, dan lain2 ke dalam buku tunai…. sayer tak tau nak masukkan ke dalam kredit atau debit…… tolong ajar… tapi klu nak buat jurnal sayer dah pandai…. sayer x pandai buat buku tunai dan lejar…

  144. Krul, mungkin krul boleh timbang perkara ini. Cek dah tentu mesti di kredit BT sebab fungsi cek dalam perniagaan adalah mengeluarkan wang dari bank. Oleh itu, dokumen KERATAN CEK mesti menunjukkan BT, ruangan bank dikreditkan. MEMO, apa tujuan memo itu. Jika ada disebut ambil wang maka kreditkan BT, selalunya lajur tunai. Jika da disebut membawa WANG MASUK, maka BT mesti didebitkan. BAUCAR, sudah semestinya wang keluar dan dikreditkan di Buku TUNAI. Ini kerana tujuan baucar itu sendiri adalah untuk membayar pihak lain. SLIP WANG TUNAI atau nama lain BORANG SIMPANAN, bermakna wang dimasukkan ke dalam Bank. Ini melibatkan kontra di mana wang tunai dari kedai dibawa masuk ke dalam bank untuk keselamatan wang tersebut. Maka dalam BT, kreditkan Tunai, dan debitkan BANK.
    Amacam Krul, boleh membantu?

  145. asaalamualaikum sifu. thanks a lot atas petua yg diberikan.

  146. sifu i want to ask u that i failed 4 my ak 4 the past two years coz of teachers problems ! n i just join tuition begining of thiz year i am goin 4 frm 4 tuiton and oso frm 5 and i have failed my exams including thiz yr too is there any chances of me scoring an A2 4 my SPM thiz yr ? plz help me thank you

  147. x paham lar akaun nieh….. eh, klu bil yg diterima SAHAJA t’masuk dlm pemiutang dlm bahagian ekuiti pemilik manakala bahagian aset plak????? x balance lar persamaan perakaunan yg saya buat nieh…..

  148. Dhanisha, there is no one can say that you CAN’T. As long as you study the smart and productive way, I honestly believe, you can achieve what you want, not only 2A (btw it had change to 2A instead of A2), you may be able to go higher, 1A! The thing is, you have to think positive. Why don’t you set a challenge and set a strategy for your revision. Just like any other teacher, I give you this advise. Learn and relearn howto answer Q1 for a full mark, ie 29 marks. It is a must for scorer. Then learn howto answer Q2, which not surprisingly, either Worksheet (LEMBARAN KERJA), Form 4’s Financial Statement (PENYATA PENDAPATAN-MILIKAN TUNGGAL), or Form 5’s Financial Statement of Partnership (PENYATA PENDAPATAN PERKONGSIAN).
    Then, learn to tackle Q3,Q4 which in this case hard to predict, but my assumption would be between chapter 1-6 of Form 5, and the rest for Bahagian B.
    That’s is my advise to your Dhanisha.

  149. MRSM PDRM, tak fahamlah soalan awak. Apa masalah awk sebenarnya, dan benarkah awk ni pelajar MRSM?

  150. saya buat persamaan perakaunan. tp tak balance… soalan tu bagi bahawa sykt telah menerima bil iklan sbyk rm415. bermakna, hutangnya bertambah…. adakah terdapat aset yg bertambah???? ya, mmg benar saya nie pelajar MRSM PDRM…. subjek akaun baru dimulakan semester 2 ni…. jadi cikgu rush nak habiskan silabus… maknanya byk benda yg saya tak paham ttg akaun….

  151. Askum sifu.. sy dlm kelas paling pandai sekali bab akaun ni tapi masa exam Imbangan Duga sy selalu tidak imbang.. nk kata sy m’gelabah x juga… bleh sifu bagitahu masalh sy??

  152. As’kum sifu.. cuma nak tanya.. pelarasan yang dibuat di dalam kunci kira2 atau penyata pendapatan seperti contoh sewa dibayar pada 31 July adalah utk tempoh setahun dan tempoh perakaunan berakhir 31 dis.. adakah bulan july perlu diambil kira?? one more… kenapa peruntukan hutang ragu di penyata pendapatan perlu ditolak sekiranya jumlah hutang ragu utk tahun berikutnya terlebih atau ape2 je la.. then kat kunci kira2 pula kena letak jumlah yang tercatat dlm imbangan duga? blur la.. plzzz.. explain.. it.. 🙂 thnx sifu!…

  153. sy nak tau kalau dah ada soalan ramalan spm untuk tahun 2007…

  154. Hi Mr Sifu…Your blog is quite interest for a candicate like me that sitting for Spm Prinsip Akaun this year. B’coz all the topic that shared here is really helpful. Here I want to ask that, is it tryer exam for prinsip akaun is more hard than the SPM Final Exam? I get this opinion from a few friends and I’m feel curiousty about this.Hope that Mr. Sifu can give an opinion too about this.

  155. MRSMPDRM, nak tanya PDRM tu maksud apa?
    Tentang bil iklan, TAK akan ada aset bertambah. Kalau sifu tak silap faham mesej MRSMPDRM, itu bermakna belanja pula bertambah. BIla belanja bertambah, ia sebenarnya mengurangkan untung. Dgn kata lain, belanja mempunyai kesan negatif kepada untung syarikat. Jika hanya melibatkan MODAL, maka modal tersebut akan terkurang kerana pengurangan untung mengakibatkan kerugian kepada syarikat, so modal berkurang.

    Adila, Imbangan Duga tak imbang mungkin kerana lejar adila tak tepat atau tak lengkap. Semak semula lejar adila. Kekadang ada pelajar yang tertinggal catatan pembukaan dari Jurnal Am tu. Selain dari itu, ada pelajar yang tertinggal Diskaun. Mungkin adila terlupa buka akaun diskaun di dalam lejar. Mungkin juga adila terlupa pulangan. Kerap kali pelajar terpandai pun boleh terlupa item-item tersebut. Semak ye.

    Zue semak di dalam blog ini, https://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

  156. Nick, the answer is yes and no. It really depends on your teacher(s) and your school, and sometimes the preception of the students. Most of the time, it’s the same. But mostly student will complaint that trial exam is the harder exam compared to SPM. I believe it had to do with the perception and their readiness. Trial exam usually commenced on September, and some school have their trial twice. It’s good though that student think the trial is hard to get the flying color, as they will be ready for the SPM in november, it will alert them.

  157. Farhunt, Jika benar sewa dibayar pada 31 Julai, maka diandaikan tempoh diambilkira mulai Ogos hingga Disember aje.
    tentang PHR, ia adalah andaian bahawa ada sejumlah hutang yang mungkin tidak berjaya dikutip. Tetapi sebagai sebuah organisasi perniagaan yang mencari keuntungan, sudah semestinya kita memastikan peruntukan itu munasabah. dalam hal amalan perniagaan, Standard perakaunan membenarkan peniaga menyatakan andaian itu dalam bentuk amaun atau peratus berbanding dengan hutang sebenar yang masih aktif. Katakan Jumlah Penghutang Tahun 1 ialah RM10000. PHR Tahun 1 ialah 10%, maka kiraan matematik ialah RM1000. Ingat melalui prinsip ketekalan, peniaga semestinya mengekalkan PHR pada 10% untuk tahun-tahun berikutnya. Katakan pada Tahun 2, jumlah penghutang terkini ialah RM12000. Ada peningkatan pada Jmlh Pghtg sbyk RM2000. Kiraan PHR Tahun 2 ialah 10% juga, maka PHR sepatutnya RM1200. Tetapi PHR bukannya akaun yang bertambah seperti Peruntukan susut nilai. PHR hanyalah akaun yang akan melaporkan amaun maksimum. dalam kes ini hanya RM1200, bukannya RM1000+RM1200=RM2200. PHR tak boleh dibuat begitu, rugilah peniaga kerana hutang tak dikutip semakin bertambah. Sebaliknya. PHR dibandingkan dlam kes ini PHR tahun 2 mesti RM1200 sahaja (maka dilapor dlam KKK). tetapi oleh kerana hanya RM200 yang meningkat, maka hanya perlu laporkan RM200 di dalam Akaun Untug Rugi iaitu sebagai belanja. Kalau dalam Soalan lembaran kerja atau penyata pendapatan, SPM membenarkan pelajar short cut dengan melaporkan Belanja Hutang Ragu sahaja yang didebitkan. Farhunt boleh faham sekarang. Katakan pada tahun 3, jumlah penghutang ialah RM8000. Akibat usaha berterusan peniaga, beliau berjaya mengutip hutang-hutang dari penghutang sehingga jmlh pghtg terkini cuma RM8000. sekali lagi PHR mesti dilaporkan pada kadar 10%. Kiraan PHR tahun 3 ialah RM800. Ini bermakna PHR telah berkurang dari RM1200 kepada RM800. Untuk itu, peniaga yang senang hati akan mengurangkan PHR di dalam KKK dan untung rugi. Bagaimana? cari perbezaan antara Tahun 2 dengan Tahun 3. Didapati PHR berkurang sebanyak RM400, maka peniaga akan menganggap ia adalah hasil kepada perniagaan. Ia akan mengakibatkan untung meningkat. Harap farhunt faham sekarang. KKK mesti laporkan amaun PHR sepenuhnya. AUR hanyalah apa-apa amaun perbezaan.

  158. sifu, dalam akaun diskaun diberi/diterima butiran yang sepatutnya digunakan adalah pelbagai penghutang/pelbagai pemiutang, bukan nama syarikat, harap dapat dibuat penyemakan semula.soalan lembaran kerja ada sedikit kesilapan kecil iaitu butiran kadarbayaran terdapat dua kali dalam imbangan duga.terima kasih dan tahniah atas usaha murni, bukan mudah untuk lakukan apa yang u sedang usahakan sekarang.

  159. terima kasih goldberg, akan saya perbetulkan secepat mungkin.

  160. Golberg, dan pelawat lain, Modul 4 telah diperbetulkan. Sekian terima kasih.

  161. Thanks for your reply Mr Sifu. Here I want to ask a question about how to memorize the formula for the topic TPM!!!
    Thank you.

  162. mcm mn nk tau cara yg lbh mudah utk blaja bagi ting 4?

  163. thnx sifu.. saya dah faham psl PHR.. ckgu kt skola ajar cpt gila… dah nk abis pon… nk tnye ape beza nya cara nk kira susut nilai aset bukan semasa seperti cara garis lurus n baki berkurangan? sbgai cth kt maklumat tmbhn die bg tau kenderaan disusutnilai 20% setahun mengikut kos ikut cara baki berkurangan. and ape beza dgn kenderaan disusutnilai 20% pada harga kos sahaja. one more… dkt kunci kira2.. bahagian aset semasa.. boleh sifu bg tau urutannya? seperti stok akhir, tunai, bank, penghutang.. tq sifu…

  164. salam,
    nabilah disini.
    Hai sifu,lama tak jumpa.maaflah saya sibuk sangat sebab hari isnin nak periksa akhir tahun dan periksa SMA. periksa sma banyak kena hafal sebab semuanya bahasa arab. oklah, saya nak tanya lejar ada 3 bahagian,lejar am,lejar pemiutang dan penghutang,dan lejar jualan dan belian.Betul ke? dan satu lagi macam mana nak kira peruntukan hutang ragu.contohnya dalam imbangan duga dia bagi ada hutang ragu dan peruntukannya sekali.kemudian dalam maklumat tambahan dia bagi peratus peruntukan hutang ragu setiap tahun,lepas tu suruh kira.jadi kalau kira peruntukan tu,yang hutang ragu dan
    penghutang ada effect tak?

  165. sifu,
    kalau baucar pembayaran untuk tambang menghantar barang,
    apakah butir yang harus dicatatkan di dalan buku tunai?Adakah tambang atau upah ataupun angkutan keluar?

  166. olla, saya nak tanya sifu,ada tak formula2 yang boleh digunakan bagi memudahkan saya utk ulangkaji? saya tak faham mengenai lembaran kerja, macammana nak tahu kedudukannya maklumat2

  167. olla,saya tak faham dengan lembaran kerja, boleh terangkan macmna nak identify kedudukan maklumat tambahan dan kedudukan yang lain

  168. Nabila sila baca sini, https://sifu2b.wordpress.com/2007/02/26/tips-trick-nak-lulus-prinsip-perakaunan-spm-2007/#comment-433. Tapi penghutang tak ada efek. Tak akan berkurang, nama juga peruntukan (provision dlm BI).

    Ash07, dlm BT, catatkan sbg ANGKUTAN KELUAR.

    Hannah, LK memerlukan awk mengenalpasti item-item mengikut kategori: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA. Perhatikan baik-baik bhw Hasil dan Belanja mesti dimasukkan nilai di dalam lajur-lajur Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (atau Penyata Pendapatan, yng mana Hannah nak pakai). Item-item ALEP mesti di lajur-lajur Kunci Kira-kira. Bagaimana nak ingat? Hmm, selalunya ia bergantung kpd ketersediaan pelajar sbnrnya. Jika Hannah dah kuasai Kemahiran unutk Soalan 1 (dokumen perniagaan, Jurnal Am, Lejar dan IDuga), Hannah seharusnya sudah dapat mengenal pasti item-item yang berkaitan. SECARA MUDAHNYA, TUNAI, BANK, PREMIS/BANGUNAN, PENGHUTANG, KENDERAAN, ALAT PEJABAT, KELENGKAPAN KEDAI, LEKAPAN DAN LENGKAPAN adalah Aset-aset, maka mesti disalin ke dalam Lajur 9. Perkataan spt PEMIUTANG, PINJAMAN BANK, GADAI JANJI (selalunya ini aja utk SPM), adalah LIABILITI, dan MODAL iaitu EKUITI PEMILIK, maka dicatat kedlm Lajur 10. Perhatikan bahawa Lajur 9 adl sblh DEBIT Kunci Kira-kira dan lajur 10 adl sblh KREDIT Kunci Kira-kira.
    Item-item seperti PULANGAN JUALAN, ANGKUTAN MASUK, ANGKUTAN KELUAR, BELIAN, SEWA, GAJI, UPAH, DAN BEBERAPA JENIS BELANJA LAIN semestinya dicatat di lajur 7 (debit PP – kerana belanja), manakala JUALAN, SEWA DITERIMA, DISKAUN DITERIMA, PULANGAN BELIAN, DAN HASIL-HASIL LAIN adalah di lajur 8 (KT PP).
    Namun begitu, kaedah sbnr belajar Lembaran Kerja bukanlah dgn menghafal semata-mata item-item diatas, ia lebih kpd membiasakan diri dgn kategori akaun, ALEPHB. Hannah bolehlah mencuba lagi dan lagi sehingga terbiasa dgn corak soalan LK.

    FARHUNT,
    Susut nilai adalah satu pendekatan bagaimana perniagaan boleh menyatakan penyusutan aset yang dimilikinya. Sbg cth, farhunt pun tentu tau nilai kereta bila dah lama digunakan di atas jalan akan menurun. So, dlm perakaunan, piawai perakaunan (accounting standard) membenarkan perniagaan mengira penyusutan itu dgn bbrp cara, kaedah garis lurus atau kiraan tetap, kaedah baki berkurangan, kaedah nombor tahun atau kaedah JAM penggunaan. Namun begitu, dlm SPM cukup 2 kaedah kebiasaan iaitu kiraan tetap dan kiraan semakin berkurangan. Secara asasnya, kaedah kiraan tetap atau kaedah garis lurus, peniaga dibenarkan menentukan nilai susut nilai tahunan yang tetap. Contoh kenderaan pada kos RM40000. Peniaga mengisytiharkan (BTW, melalui catatan MEMO), susut nilai setahun ialah RM10000. Maka tahun 2 ialah RM10000, T3-RM10000, T4-RM10000 yang terakhir. Dlm matematik ini boleh diterjemah sbg peruntukan susut nilai dgn kadar 25% setahun mengikut garis lurus. Kalau mengikut kaedah semakin berkurang atau kaedah baki berkurangan, kebiasaannya peniaga akan menyatakan peratus kerana lebih mudah begitu. Contoh Perabot pada kos RM50000, diisytiharkan untuk disusut nilai 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Maka T1, RM50000 x 20% = RM10000. Belanja susut nilai RM10000 untuk T1. T2 pula mesti dikira semula pada kadar 20% juga tetapi berbanding dengan NILAI BERSIH PERABOT iaitu KOS tolak PSNT1. Maka kiraan baru T2 ialah, (RM50000 – RM10000) x 20% = RM40000 x 20% = RM8000. Perasan tak PSN T1 > PSN T2. Itu sebabnya dipanggil baki berkurangan. Pada T3 pula sekali lagi kiraan baru , (RM50000 – RM10000[T1] – RM8000[T2]. Perasan tak sekarang ini KOS tolak PSNT1 tolak PSNT2. Ringkasnya KOS tolak Jumlah PSN sehingga T2. Ini adl kiraan untuk NILAI BERSIH PERABOT bagi tahun 3. Belanja susut nilai T3 ialah, RM32000 x 20% = RM6400. sekali lagi PSNT1>PSNT2>PSNT3. Begitulah seterusnya.
    RINGKASAN, KIRAAN SUSUT NILAI KAEDAH GARIS LURUS/NILAI TETAP IALAH KOS X KADAR SUSUT NILAI .
    KIRAAN SUSUT NILAI KAEDAH BAKI BERKURANGAN IALAH (KOS – JUMLAH PSN) X KADAR SUSUT NILAI.

    Farhunt, tentang penyusunan Aset Semasa, ia mengikut mana yang kurang cair (mudah atau tidak ditukar kpd tunai) sehingga paling cair. Umumnya, HASIL TERAKRU, BELANJA TERDAHULU, STOK, PENGHUTANG, BANK, TUNAI. Namun anda bertuah, dlm SPM ia tak wajib dan tak menjejaskan markah, selagi ia disenarai di dalam ASET SEMASA, bagaimanapun urutannya tidak menjejaskan markah.

  169. Susunan kecairan bagi Aset Semasa : S-P-B-T iaitu :
    STOK – PENGHUTANG – BANK – TUNAI.

  170. Apa yang Emilia sebut pun betul, terutamanya untuk level SPM dan STPM. Namun begitu, pada peringkat tinggi, anda juga boleh dapati sesetengah buku rujukan mahupun pensyarah akan memulakan dgn Pelbagai Pghtg, Stok separuh siap, Bank, Tunai bergantung kpd keadaan atau jenis perniagaan dan industri. Untuk pgtahuan semua, Penghutang juga dikenali sbg Akaun Belum Terima/Akaun Boleh Terima, manakala Stok juga boleh diganti dgn perkataan Inventori.
    Sifu jg boleh menambah disini bhw ada juga amalan sesetengah perniagaan yang melaporkan Aset Semasa dgn susunan terbalik, paling cair ke sukar cair. Mulakan dgn Tunai, Bank, Akaun Belum Terima, Stok (termasuk barang separuh siap, bahan mentah dan barang siap, dll), Pelaburan jangka pendek, Hasil/Pendapatan Terakru, Belanja Terdahulu, dan lain-lain aset semasa yang sukar ditukar kpd tunai dalam tempoh kurang 1 thn. Sesetengah pula mencadangkan urutan berikut: Tunai, Bank, Pelaburan Sementara/Jangka pendek/Akaun Belum Terima, Stok, Belanja prabayar/terdahulu.

    Kesimpulan, EMILIA BETUL, SIFU PUN BETUL.
    Tetapi oleh kerana ini adalah level SPM, oleh itu sifu sarankan gunakan sahaja petua dari Emilia. S-P-B-T, macam pernah dengar aje…

  171. Terima kasih atas maklumat yang disampaikan oleh sifu. SPBT tu cikgu yang ajar supaya mudah ingat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

  172. hi…. macam mane nak nk bukak web site sendiri..? web site macam sifu ni.

  173. sitirohani hanya perlu daftar di WordPress.com untuk cipta blog pertama siti.

  174. sifu, klau dokumen nota debit berkaitan dengan caj angkutan nak catat dalam apa ????

  175. Amar, walaupun nota debit, tetapi caj angkutan bolehlah dicatat di dalam Jurnal Am.
    Debit Angkutan Masuk
    Kredit Pemiutang yang dimaksudkan.

    Walaubagaimanapun, ia mematuhi prinsip materialiti. Jika tak material, iaitu caj angkutan masuk itu terlalu kecil berbanding kos belian, ia boleh juga dimasukkan terus ke dalam Jurnal Belian, dianggap sebagai sebahagian kos beli barang niaga. Kadang kala, pemiutang mencaj kos angkutan sekaligus ke dalam Invois. Ini dibenarkan sebenarnya. contoh Nilai barang niaga RM50000, dan kos angkutan RM100. Peniaga boleh menganggap nilai Invois itu sebagai RM50100. kerana tidak signifikan. Belanja kos angkutan itu cuma nisbah 1/500 atau 0.002%. Namun kebiasaan dalam SPM, amaun belian kecil, so, letak aje dlm Jurnal Am supaya angkutan masuk itu dapat dilaporkan sebagai belanja yang signifikan.
    Itu pandangan sifu, bagaimana pandangan orang lain?

  176. tq so much. sifu banyak memberi panduan kepada saya yang banyak dugaan untuk ‘memahamkan’ pelajar. Sesungguhnya kesabaran itu amat penting. semoga kita semua berjaya menjadi guru/akauntan terbaik di mata pelajar. Mana2 yang murid masih tak sedar diri, let them go. Yang penting kita dah bagi advise n bermcm2 tips.

  177. Cikguyus, sama-sama. Terima kasih juga kpd cikguyus krn sudi melawat blog ini. Ya, mudah-mudahan kita dapat terus bersama-sama berkhidmat untuk masyarakat, online atau offline.8).

  178. Hi, sifu. Ternyata laman web sifu ni banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru PAK atas nasihat dan penerangan sifu. Saya mempunyai masalah yang sangat besar dengan matapelajaran ini. Saya pelajar ting. 5 yang baru sahaja mengambil PAK pada tahun ini. Sebelum ini saya tidak mengikuti pelajaran ting. 4 dan menghadapi masalah untuk memahami bab-bab pada tahun ini. Saya berasa menyesal kerana lemah menguasai PAK, dari dokumen perniagaan sehinggalah bab-bab sekarang. Markah yang saya dapat pun tidak berapa memuaskan kerana sebelum ini saya tak pernah lulus. Sumber bahan yang hanya saya gunakan untuk mempelajari PAK hanyalah sebuah buku rujukan yang tebal, saya tidak ada buku teks. Saya lemah terutamanya dalam membuat akaun(JA, JB, JJ, Imbangan Duga, Kunci Kira-kira dan sebagainya), menentukan bahagian mana perlu didebit dan dikredit, dan memindahkan maklumat. Guru PAK saya mengajar terlalu cepat, agak susah untuk mengikutinya. Saya berasa sungguh gementar kerana SPM hanya tinggal beberapa hari sahaja(96 hari). Jadi saya nak tanya macam mana nak skor kredit(4C, 5C) dalam PAK dan menguasai perkara asas dalam masa yang singkat. Saya betul-betul memerlukan pertolongan sifu.

  179. Sifu2b, Forum Skima Pemarkahan terpaksa dihapuskan, jadi ini jawapan bagi persoalan yang dikemukakan oleh sifu2b :

    Bagi soalan Lembaran Kerja TIADA penolakan markah bagi butiran asing / butiran modal.
    TETAPI sekiranya lajur IMBANGAN DUGA tidak diisi maka akan di TOLAK MARKAH.

    Sekirannya pelajar jawab dalam bentuk Penyata atau Bentuk “T” bagi soalan LEMBARAN KERJA atau sebaliknya, maka markahnya KOSONG.

    Kita harus ingatkan kepada pelajar supaya berhati-hati. Semasa peperiksaan SPM pengawas akan membekalkan kepada pelajar kertas-kertas jawapan seperti kertas Jurnal, Buku Tunai, kertas Lejar dan juga kertas Lembaran Kerja. Kebiasaanya calon TERKELIRU apabila diberikan sahaja kertas Lembaran Kerja maka calon terus menjawab soalan 2 dalam format LEMBARAN KERJA tanpa menbaca kehendak soalan. Walaupun jawapannya 100% betul tetapi dengan kesilapan format tersebut menyebabkan calon mendapat KOSONG MARKAH.

  180. Okay MNY, thank you. Kenapa forum awak ditutup? Bgmn dgn cara alternatif. Boleh tak jika MNY buat penerangan lebih terperinci bagaimana pemarkahan dibuat bagi setiap soalan dalam K2 untuk manfaat semua guru yang tak pernah hadiri kursus atau sebarang seminar berkenaan pemarkahan SPM dan/atau STPM. Saya cadangkan MNY bina satu atau beberapa mukasurat di dalam lamanweb MNY sendiri dan kita/kami di sini bolehlah merujuk ke laman tersebut. Itupun jika tiada halangan dari MNY sendiri dan LPM.

  181. baru terjumpa web site ni. tahniah sifu2b. agak lama sy cari web berkenaan prinsip perakaunan tp hanya yg sy jumpa dan puas hati dari MNY. saya pun ckgu akaun gak. seronok dapat share ilmu yg kita ada.

    saya setuju dengan sifu agar mny buat penerangan lebih terperinci bgmn pemarkahan dibuat. ingat lagi dulu pun masa mula2 sy mula mengajar mmg ilmu dari mny la yg saya gunakan. memang berkesan.

  182. Sifu2b, bukan keseluruhan forum ditutup, cuma topik skima pemarkahan saja ditutup. Ini kerana saya terikat dengan “Akta Rahsia”. Walaubagaimanapun saya akan share cuma bukan secara langsung, kalau nak bertanya masih boleh … saya akan terangkan sebaik mungkin tetapi bukan untuk tatapan umum.

    Cikgu Sila, terima kasih kerana sudi melawati Laman MNY’s Online semoga ianya membantu cikgu. Nota-nota dalam laman tu nota lama, yang baru saya belum upload ke laman web lagi. Sekarang saya lebih tertumpu kepada ruangan forum, sebenarnya banyak benda yang saya nak kongsikan, cuma tiada pelajar atau guru yang bertanya.

    Diharapkan Cikgu Sila dan Sifu2b dapat sama-sama menyertai dan menghidupkan FORUM PRINSIP PERAKAUNAN demi kebaikan guru-guru dan pelajar-pelajar prinsip perkaunan SPM semua.

  183. web nie byk membantu La..tima kaceh kerana membuat nye..jadi saya pelajar spm tahun dekat2 nk exam nie mkin confused dan risau la..takut2 xingat formula2..

  184. Pjel, prinsip perakaunan tak deh formula berjela-jela. Cuma kemahiran simpan kira dan asas perakaunan yang diuji. So, stick to your timetable, study smart and take care of your health.

  185. yup thkx sifu..by the way dh lma ker uat blog nie..??

  186. sejak bulan 15 september 2006, 1 bulan lagi genap setahun.

  187. nak tanya….markah untuk lulus akaun berapa…dan sifu2b leh ckp x nak A untuk pendidikan seni visual perlu berapa markah

  188. Sori, asima, markah lulus perakaunan sebenar tak diketahui, selalunya dalam 20%-30%. tetapi setiap tahun mungkin berubah-ubah. Adalah lebih selamat jika sasarkan 40% markah sebagai markah lulus. Kalau dah dapat 40 ke atas, tak heran pula dapat 6C, ia tak.

    PSV, tak tau pula.

  189. hi sifu.hi kawan sekalian. ada sekolah yg dah habis trial spm 2007 daerah kl. ada apa-apa tips?

  190. nak soklan trial kedah

  191. sifu agak2 target sifu bab form4 or form5 ape yg byk kuar kertas 2 taun nih mengikut peratusan soalan spm yg lepas2 nih..

  192. Pjel, apa yang sifu keluarkan dlm set ramalan (modul 4 dan modul 5), itulah yang sifu fikir berpotensi keluar.

  193. sifu,
    adakah markah akn diberi jika kita tidak menulis tarikh semasa penyediaan lejar?

  194. Ash07, markah tidak diberi tanpa tarikh. Ash07, maklumat tarikh adalah maklumat penting kepada perniagaan selain daripada tujuan dan amaun urusniaga. Maka dalam SPM juga memerlukan tarikh ditulis dengan tepat.

  195. sifu, dkt soalan 1 iaitu soalan dokumen… semasa mengepos ke lejar.. adakah tarikh urus niaga berlaku penting dan jika tersalah catat tidak akan mendapat markah? one more… kalau ada diskaun diberi or diterima semasa mengepos ke lejar.. apakah tarikh yg perlu ditulis? bahagian butir ltak pel. pemiutang or penghutang rite? tarikh kena letak mengikut urus niaga yg tercatat dlm dokumen atau tarikh tempoh perakaunan berakhir?

    sorry sify, soalan saya ni berbelit2… dunno how to explain… hrp faham soalan sy…

  196. Farhunt, tarikh penting dalam mana jua buku, dan ya boleh menjejaskan mrkh. Tarikh mesti ditulis dalam Akaun Diskaun diberi atau diskaun diterima, pada tarikh akhir bulan.. Ya, tulis pelbagai pemiutang atau pelbagai penghutang mengikut jenis akaun.

    Tambahan: Farhunt, dalam SPM ada kelonggaran di bahagian jawapan Lejar. Tarikh tidak menjejaskan markah, oleh itu terserah kpd pelajar nak tulis tarikh atau tidak. Jika tulis tapi salah tidak menjejaskan markah. Itulah yang sifu dimaklumkan. Namun begitu, untuk menjadi bakal akauntan, sebaiknya dari awal lagi farhunt biasakan untuk menepati piawai dan amalan profesional bidang perakaunan, antaranya tarikh adalah maklumat penting.

  197. PDRM 2 maksudnya Polis Di-Raja Malaysia….. Thankzzzzzzz for da solutions you gave me then…

  198. Sifu2b, sekiranya dalam Lembaran Kerja, ruangan Imbangan Duga TIDAK DIISI, bukan tolakan markah diberi, tapi TIADA MARKAH bagi keseluruhan soalan tersebut. Tiada pemeriksaan lanjut jika calon tidak mengisi ruangan ID.

  199. Betul ke Cikguyus? Saya dimaklumkan hanya potong 2-3 mrkh, tapi lajur-lajur lain tetap diperiksa. BOleh terangkan lebih lanjut?

  200. Cikguyus,
    Jika lajur ID tidak diisi, pelajar hanya didenda dengan menolak 2 markah sahaja. Jawapan pelajar akan diperiksa mengikut skima sekiranya betul maka akan mendapat markah, dan jumlah markah yang diperolehi akan ditolak 2 markah.

  201. sifu2b,
    dalam Ak.Kawalan Penghutang,di mana kita nak letakkan Hutang Lapuk Pulih?
    Adakah belah Debit atau kredit?
    Bagaimana pula dengan Hutang Lapuk dihapuskan?Adakah item ini diletakkan di bahagian kredit Ak.Kawalan Penghutang?

  202. Ash07,ada dua kaedah jawapan.
    Kaedah 1(selalu dipakai dlm SPM) ialah tidak masukkan HLP dalam Ak. Kwln Pghtg, kerana ia hanya melibatkan Akaun Tunai/Bank (dt) dan Akaun Hutang Lapuk Pulih (dianggap Hasil).
    Kaedah 2 (tidak digalakkan dlm SPM) ialah catat di sblh KT Akn Kwln Pghtg. Tetapi ash07 juga MESTI DT. Akaun Kwln Pghtg dgn amaun yg sama, spt berikut:
    Lgkh 1:
    DT. Ak. Kwln Pghtg RM100
    KT. Ak. Hutang Lapuk Pulih RM100
    (Hutang En. Ali yang dianggap hutang lapuk dimasukkan semula sbg hutang ke dlm Akn En. Ali)
    Lgkh 2:
    DT. Ak. Tunai/Bank RM100
    KT. Ak Kwln Pghtg RM100
    (En. Ali membayar hutangnya)

    Nasihat sifu, gunakan kaedah 1, iaitu tidak perlu dimasukkan ke dalam Ak. Kwln Pghtg.

  203. Cg Lama n sifu2b, jika tersilap maafkan saya. itu adalah maklumat yang sy terima dan dipraktikkan. Tolakan markah adalah untuk format. cth, jika dikehendaki menyediakan bentuk penyata, tetapi murid jwb bentuk T dan sebaliknya. Jika dalam LK, slps lajur ID x isi, terus ke pelarasan, maksudnya murid tidak faham cara penyediaannnya. setiap ruang ada sebab disediakan dan kesannya. anyway, thanks for d info. I’ll double check w my clicks. tq

  204. sifu2b,
    saya sering terkeliru dgn hutang lapuk dan hutang lapuk dihapuskan.
    Adakah maksud hutang lapuk dan hutang lapuk dihapuskan sama?

  205. sifu… adakah dalam jernal perlu ada diskaun diberi…. sedangkan cikgu skolah saya x bagi tulis diskaun diberi

  206. Ash07, kedua-dua merujuk perkara yang sama.

    Yoyo, saya tak faham soalan yoyo, jurnal apa. Kalau jurnal am, ya memang tak boleh tulis diskaun diberi kerana ia ditulis di Buku Tunai.

  207. cam mn nak skor A dlm prinsip akaun . Tahun nie saya akan hadapi Exam SPM 2007???
    please help me????????

  208. Salam, setelah membaca reponse sifu2b bagi semua pertanyaan, saya amat bersetuju dengan pendekatan yg sifu2b gunakan iaitu mengajar dengan berpandukan soalan sebenar. Kemudian selitkan kemahiran yang perlu pelajar kuasai (pembelajaran masteri) dan seterusnya drilling jika ada pelajar yang masih kurang faham. Dalam kaedah ini, experiencial learning berlaku (simulasi) dan ianya akan nampak mudah dan senang difahami. Bestnya dapat share knowledge dengan sifu2b, rakan-rakan guru akaun dan pelajar-pelajar sekalian. Semuga usaha ini diberkati Allah.

  209. Terima kasih. Jika sudi, Hjh Salina juga boleh memberi pandangan, tips, nasihat atau apa aje, bila-bila masa.

  210. sifu, kenapa sukar bagi saya nak faham dt dan kt? kalau saya buat latihan mesti salah. otak saya mcm blok nak terima apa yang cikgu n tpt tuisyen ajar. bagaimana nak memudahkan belajar akaunn ni? macam susuah betul. spm ujung tahun ni. sempat ke nak belajar kalau asyik dpt markah 30 -39 je? kenapa kawan2 saya blh dapat a? saya pun belajar jgk. tolong la sifu..bagi tips sikit. tq

  211. Alya mungkin belajar cara yang kurang efektif. Sifu boleh nasihatkan alya supaya mulakan dengan mengubah kekangan dalam pemikiran. Pengalaman sifu, pelajar seperti alya adalah pelajar yang kurang berminat dgn perakaunan. Selain dari itu, jika alya mempunyai emosi atau pandangan negatif ttg belajar akaun, maka kena buangkan dulu emosi sebegitu. Macam alya sebut, ada kawan2 dpt A, kenapa alya tak dapat, sedangkan guru sama, kaedah diajar sama, dan mungkint kepandaian pun setaraf. Alya calon sekolah atau calon persendirian?
    Alya, mulakan dgn persepsi baru, akaun itu sebenarnya senang, kerana ia kemahiran teknikal, bukannya kemahiran yang sukarpun. Kalau alya tahu membezakan kiri dan kanan, sudah fahamlah tu. ALya tak terima aja sifat-sifat akaun yang terpapar, aset mesti DT. tunai, bank, penghutang, stok, bangunan mesti debitkan. Kecuali bank kekadang boleh liabiliti pasal overdraf (overdraf maksudnya terlebih keluar wang, maka perniagaan TERHUTANG kpd bank, itu sebabnya LIABILITI). Liabilit mesti KT. pemiutang, pinjaman bank, overdraf bank (spt tadi), mesti kredit. begitu juga MODAL, mesti KT.

    ALya kena pandai kaitkan catatan bergu. Apa akan jadi bila kita berjalan atau berlari. PErasan tak bila kita bergerak, tangan kiri kita akan kehadapan serentak dgn kaki KANAN, dan sebaliknya. Begitu juga catatan bergu. Kalau ada urusniaga, mesti ada dua akaun terlibat, satu kiri (dt), satu lagi kanan (kt.). Ambil contoh-contoh mudah, alya akan faham kemudian. S1 sebenarnya tidak sukar, kalau nak faham sangat Dt-KT ni, alya ulangkaji dulu lejar, lepas tu baru kembali kpd BCP.

    Harap nasihat pendek ini boleh membantu alya. Selamat hari merdeka.

  212. sifu, tq. Nak tanya, dlm memo, ambilan brg untuk kegunaan sendiri. catatan dt ambilan kt belian. kenapa belian? tidak kt stok? bukankah stok yang berkurang?

  213. sifu,
    ada satu soalan yg membutkan saya keliru…
    soalannya-
    Perniagaan Basikal Abadi membeli sebuah rak pameran besi pada harga RM850 secara tunai.

    apakah butiran pada buku tunai yang harus saya tulis?adakah rak pameran besi atau perabot atau lengkapan?

    tq.

  214. sifu, apa beza antara lekapan, lengkapan, perabot, lekapan dan lengkapan?……….kadang2 beli almari, jwpn masuk dalam lengkapan. tu yang compius tu ,… tolong ye sifu

  215. Alya, ianya berkaitan dengan pengurusan inventori/stok sesebuah perniagaan. Di Malaysia, kebiasaannya peniaga akan mengira stok (barangniaga belum habis dijual) pada akhir tempoh perakaunan. Peniaga akan memeriksa semua barangniaga yang belum habis dijual, sama ada digudang, distor kedai dan di rak-rak pameran barangniaga. Kiraan secara fizikal ini akan menentukan nilai kos semua barangniaga tersebut yang belum habis dijual. Ia digelar stok, atau lebih lebih tepat lagi stok akhir. Stok akhir akan menjadi stok awal pada tahun perakaunan yang seterusnya.

    Oleh kerana kaedah pengurusan stok ini dilakukan sedemikian, sudah menjadi kebiasaan bahawa sebarang belian barangniaga akan dicatat secara berasingan, iaitu AKAUN BELIAN. Ini untuk mebolehkan AKAUNS STOK mencatat nilai awal dan akhir sahaja, tiada penambahan. Penambahan belian barangniaga akan dicatat secara terus di sebelah DT. Akaun Belian. Itu adalah catatan bergu yang sebenar. Walau bagaimanapun, jika alya merujuk kepada kemahiran dalam BAB 2 T4, iaitu persamaan perakaunan, pengajaran bagi bab itu merujuk kepada kemahiran asas dahulu, maka ambilan barangniaga akan mengurangkan STOK kerana dalam BAB 2, pelajar belum didedahkan perbezaan Akaun Stok dan Akaun Belian.

    Alya tentang beza lekapan dan lengkapan, perabot, kelengkapan kedai adalah sperti berikut.

    Lekapan dan Lengkapan – akaun khas untuk merekodkan nilai-nilai aset yang kebiasaannya dipasang (dilekap) di bangunan seperti air-con, kipas, lampu, paip air dan sinki dlm tandas, dan sebagainya yang selalunya dipasang didinding (melekap) dan disiling kedai/pejabat. Kalau peniaga memasang pendingin hawa, ia mesti diDT ke Ak. Lekapan dan Lengkapan.
    Lengkapan Kedai – kerap kali diguna untuk kedai-kedai kecil seperti kedai runcit. Dalam kes ini, pembelian rak pameran boleh dimasukkan ke dalam Ak. Lengkapan Kedai, kerana ia perlu untuk membolehkan barangniaga dipamerkan dan dijual oleh pembeli. Kadang kala, almari yang berkaitan dengan kedai secara langsung, di Dt. ke Ak. Lengkapan Kedai. Tetapi setakat pengetahuan sifu ini hanya diguna dengan kerap dalam SPM.
    Perabot – sudah jelas ianya merujuk kepada aset-aset seperti almari, kerusi-meja, sofa, almari kaca dan sebagainya. Bergantung kepada polisi perniagaan, sesetengah peniaga akan melaporkan almari dan rak pameran sebagai Perabot.

    Tips sifu : Kalau dalam SPM (S1 terutamanya), jika maklumat aset ada menyenaraikan Lengkapan Kedai, pelajar boleh menggunakan Akaun Lengkapan KEdai untuk merekodkan perabot, jika hanya Lekapan dan Lengkapan, pelajar dinasihatkan untuk membuka akaun baru iaitu Akaun Perabot. Namun begitu, perabot juga boleh direkod dlm Akaun Lengkapan sptmana yang alya nyatakan.

  216. Ash07, dalam kes ini, anda boleh masukkan nilai itu ke dalam Akaun Lengkapan Kedai/Kelengkapan Kedai.

  217. sifu,
    dalam soalan saya,tiada maklumat aset yang menyenaraikan Lengkapan/Kelengkapan kedai.
    Jadi,adakah betul jika saya catatkan sebagai rak pameran besi di dalam buku tunai atau jawapan saya itu dianggap salah?

  218. Kalau ikutkan asas simpan kira yang diambilkira dlm SPM, sifu berpandangan ash07 seharusnya membuka satu akaun baru iaitu Akaun Kelengkapan Kedai. Walau bagaimanapun, Akaun Lengkapan pun boleh digunakan. Tambahan lagi dalam pengkelasan aset sebenar, Fixtures and Fittings termasuk juga perabot pejabat, kabinet besi, almari pameran, rak-rak stor atau gudang dan sepertinya . Pendek kata, terserah kepada pemeriksa sebenarnya, sama ada mereka boleh menerima nama akaun seperti jawapan Ash07, Akaun Rak Pameran Besi atau mesti jawapan Akaun Lengkapan atau lengkapan Kedai.
    Itulah respons sifu. Berkenaan dengan Lekapan dan Lengkapan, apa yang sifu maksudkan dalam mesej sebelum ini, ianya berkaitan dengan kebiasaan di dalam SPM.

  219. errmmmmmm…. assalamualaikum cikgu…

    saya baru jumpe blog nih…. dan sya berasa lega sedikit dgn nasihat2 yg cikgu beri pada pelajar2 yg mohon bantuan cikgu.. spm nak dekat….
    bagaimanakah cara2 nak bagi ingatan kuat dalam menghafal format2 soalan1..????
    bleh tlg x??? harap ade sedikit sebanyak nasihat cikgu….

  220. Soalan 1 memerlukan riza membuat latih tubi berulang kali. Jika riza terlalu lemah dalam S1, mulakan dgn latihan berulang Jurnal Am dan Jurnal Khas, paling kurang 3, sebaiknya 7 kali. Lepas tu Latih tubi Buku TUnai, juga 3 -7 kali. Lepas tu gunakan soalan-soalan tadi untuk dipos ke lejar. pastikan APABILA POST JURNAL AM, lajur Dt. MESTI KE DEBIT AKAUN ITU JUGA. Nilai di lajur Kt. ke KREDIT AKAUN BERKENAAN. Jurnal Khas pula, jika Jurnal Jualan, maka JUMLAH BESAR mesti dipos ke akaun Jualan di sblh KT. Senarai penghutang pula di DT. ke akaun penghutang masing-masing. Begitu juga sebaliknya, Jurnal Belian, jumlah besar mesti dipos ke Akaun BELIAN di sblh DT., dan senarai pemiutang di pos ke sblh Kt. akaun pemiutang masing-masing. Buku TUnai mesti disilangkan. Semua item (kecuali baki b/b & h/b) mesti dipos secara silang. Jika item itu disblh DT. Buku TUnai, maka pos ke lejar di sblh KT. item itu. Begitu juga sebaliknya. Practice lagi sekurang-kurangnya 3 kali, dan sebaiknya 7 kali. Insyaallah riza boleh berjaya. Ingatlah, kemahiran simpan kira ini, dalam mana-mana tahap pendidikan pun memerlukan pelajarnya berlatih lagi dan lagi kerana ia adalah kemahiran yang diperlukan dalam perniagaan dan ianya standard di seluruh dunia. Riza mesti rasa bangga jika dah mahir, kerana riza mencapai tahap dunia juga.

  221. ermm… btol ckp cikgu…..

    selepas beberapa kali sya buat contoh2 soalan 1… sya mula berasa seronok… sbb sya boleh menjawabnya.. dan juga semakin memahami cara2 untuk menjawabnya….terima kasih atas nasihat cikgu… sya harap.. saya dapat menguasai soalan 1 ini…

    dan….

    Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al- mubarak… selamat berpuasa dan beribadah..

  222. Riza, selamat berpuasa, dan ingat untuk berdoa kpd Allah untuk kecemerlangan bukan saja dlm SPM tetapi kehidupan seterusnya di masa depan, termasuk kerjaya di masa hadapan. Insyaallah, doa orang berpuasa makbul. Doakan kejayaan sifu sekali ya.

  223. ermm….

    itu sudah semestinya encik sifu… heh… baek2… saya akan tambah di dalam doa seharian saya…

    assalamualaikum..

    dan selamat berbuka puase..

  224. dalam akaun belian,adakah betul jika saya menulis nama pemiutang(e.g.Syarikat ABS Sdn Bhd)di bahagian debit?
    Atau adakah mesti ditulis dengan pelbagai pemiutang?

  225. Ash07, sepatutnya perkataan pelbagai pemiutang sahaja. Catatan dalam Akaun Belian sebenarnya diposkan dari Jurnal Belian, betul tak. Jurnal Belian menyenaraikan semua pemiutang, oleh itu ash07 mesti menggunakan pelbagai pemiutang, walaupun dlm soalan hanya 1 org pembekal/pemiutang.

  226. sifu… boleh x terangkan sedikit tentang cara pos ke lejar yang boleh menjimatkan masa.. kata ckgu sy kalau ada baki debit just jumlah kn.. x pyh bawah baki h/b tp sy msih blur… boleh tlg explain.. tq..

  227. Zedin, maksud cg zedin ialah spt berikut:
    Klik di sini
    Tetapi ingat, ia bukan perakaunan sebenar.

  228. bukan perakaunan sebenar? apa maksudnya? tetapi dlm exam boleh jwb mcm tu x?

  229. sifu, boleh bagi cth soalan persamaan perakaunan? kerana sebelum ni sy tidak pernah lihat soalan sebenarnya.. die dalam table ke sifu? one more… dkt soalan dokumen iaitu soalan 1.. bolehkah sifu cadangkan masa untuk soalan tersebut…

  230. Zedin, maksud sifu, bukan amalan akauntan, malah bukan juga amalan kerani akaun atau pelajar akaun. Tetapi dlm SPM, ia dibenarkan krn kebetulannya markah tidak ada untuk baki b/b dan baki h/b. Oleh itu ramai guru benarkan (dan bagi tip) untuk buat spt itu. Dalam exam dibolehkan krn tidak menjejaskan markah.

    Soalan persamaan perakaunan merujuk kpd soalan yang menghendaki pelajar bina semula kunci kira-kira setelah mengambilkira maklumat tambahan. Tak perlu table krn tidak diminta menyediakannya, tapi zedin sendiri boleh sediakan sendiri sbg gerak kerja jika nak mudahkan pengiraan dan kenalpasti ALEP.

  231. oh.. tp cikgu sy ajar mmg xda table.. die suruh buat sprti cth.. penghutang=2400+1200-200=3400 mcm tuh ja.. soo… mmg mcm tuh je ke jln kirenye? kenapa terlalu ringkas? lps kire tuh br ckgu sy suruh buat kunci kire2 utk kasi seimbang..

    satu lagi sifu, td sy beli buku latihan… tp di dlm soalan dokumen kebiasaannya jika dibayar guna tunai, cek akan dicanclekan.. tetapi buku tu lain.. jd sy keliru… mn 1 sebenarnya nk ikut? sifu boleh tlg uploadkan kertas lejar, buku tunai dan jurnal x? sy mau print.. next week sy final exam.. sy nk biasakan diri…

  232. Zedin, templat borang di sini. Tapi zedin harus ingat, jika guru zedin menggunakan kertas jawapan LPM, Buku Tunai hanya mempunyai 2 lajur, oleh itu lajur diskaun mesti dibuat oleh zedin mengikut petua guru zedin sendiri. Borang sifu sudah ada lajur diskaun untuk mematuhi silibus Prinsip Perakaunan T4, tapi LPM hingga tahun 2006 belum menukar kertas jawapan ke format 3 lajur. So, zedin minta nasihat guru bgmn nak siapkan BT yang 3 lajur. OK.
    Berkenaan buku latihan atau apa jua sumber buku, zedin hanya perlu perhatikan sama ada, di bhgn “Tunai/Cek” itu salah satu perkataan dipotong. Tapi tak semestinya perkataan ‘Tunai/Cek’ itu dipotong, jika tak potong pun tak apa. Zedin hanya perlu lihat ada atau tidak nombor cek ditulis. JIKA ADA, maka bermakna ia untuk bayaran dengan cek, walaupun perkataan Tunai tidak dipotong. JIKA TIDAK ADA, maka untuk tunai, walaupun perkataan Cek tak dipotong.

  233. tq sifu… paper buku tunai yg ckgu sy bg 2 lajur jer.. die mmg suruh tmbh satu lajur lg… sifu, dlm lembaran kerja 10 lajur.. di bahagian lajur akaun pdggn/utg rugi dan lajur kunci kira2… adakah jumlah setiap lajur perlu dikira sebelum ditambah untung bersih? ckgu sy ajar x pyh kire lajur tersebut die suruh trus ltak utg bersih.. tp dlm buku lain.. adakah ia menjejaskan markah?

  234. Assalamualaikum,

    Tuan Sifu,

    Saya ingin mecari nota berkaitan buku tunai ada tak……

  235. Zedin, mana-mana pun boleh. Sifu sendiri dah terbiasa sejak di U untuk kira dahulu lajur debit dan kredit, dan bezanya sudah tentu Untung/Rugi Bersih. Sebab itu skema sifu untuk lembaran kerja (contoh PES di sini) mesti spt yang Zedin maksudkan. Wlbgmnpun, kaedah yg guru zedin ajar pun betul dan tidak menjejaskan markah. Ini kerana mkh hanya diberi ke atas nilai untung/rugi bersih itu, bukannya baki akhir.

  236. Zul, maaf tak ada nota. Tapi apa yg Zul nak tahu?

  237. asslamualaikum cikgu …… sihat ke?? mcm mana sambutan bln ramadhan??

    ermm..
    pada pendapat cikgu… apakah soalan2 yg bakal keluar utk spm tahun ini…????

  238. Riza, sukar untuk menjawab soalan tu, kerana sifu bukanlah orang terbaik yang boleh menjawab apa yang bakal keluar untuk SPM ini.
    Tetapi, sifu boleh mencadangkan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Berdasarkan pengalaman dan analisis sifu, ada beberapa kemahiran yang perlu riza dan rakan lain tangani (selepas S1),
    i. kemahiran menyedia lembaran kerja
    ii. kemahiran menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira bentuk penyata
    iii. kemahiran berkaitan bab perkongsian – setiap tahun keluar tetapi ada 3 jenis soalan yang dikenalpasti; penyediaan pengasingan untung-rugi dan akaun semasa pekongsi; laporan kewangan perkongsian (PP dan KKK), dan; penyediaan akaun realisasi, akaun bank, dan akaun modal pekongsi.
    iv. kemahiran bab Pengurusan Tunai, Penyata Penyesuaian Bank dan/atau Penyata Aliran Tunai (belanjawan tunai)
    v. kemahiran Akaun Kelab dan Persatuan (AKP), dan
    vi. kemahiran bab Rekod Tak Lengkap, terutama kerana ia boleh mengukuhkan kefahaman dan kemahiran menjawab soalan berkiatan AKP dan Akaun Kos Pengeluaran.

    Riza cuma perlu mahir bagi setiap perkara di atas, jika tak mampu, cuba perkara i., ii., dan iii. dahulu, lebih berbaloi.
    Tapi ingat Riza, nasihat sifu tertakluk kpd corak penyediaan soalan tahun 2006 dan sebelumnya. Kita semua tak tahu bentuk soalan bagi tahun 2007 dan seterusnya, mungkin ada perubahan terutama dgn penglibatan pihak profesional ACCA dan LCCI.
    Sifu tak hairan jika 2007 berbeza. Kalau tak berubah, alhamdulillah, kerana analisis sifu masih boleh membantu pelajar-pelajar sifu.

  239. saya tak reti nak masukkan butir buku tunai ke lejar..
    leh tolong bagi tip sikit tak?

  240. Buku Tunai ke lejar, kaedah silang. Apa-apa item BT di sblh Debit, cthnya Jualan RM1000, maka Fina mesti salin-silang ke sblh KT di Lejar ke Akaun Jualan RM1000. Begitu juga sebaliknya, apa-apa item di sblh KT BT cthnya Gaji RM600, maka Fina mesti salin-silang ke sblh DT di Lejar ke Akaun Gaji RM600. Senangkan!

  241. sifu,
    ada satu soalan yang saya nak tanye..
    jumlah alat tulis yang belum digunakan pada akhir tahun perakaunan berjumlah RM200.
    Jadi sifu,butir diatas akn msk ke K3
    dibawah aset semasa kan?apakah butir yang perlu kita tulis di dlm K3?adakah stok alat tulis ataupun alat tulis terdahulu?

  242. JIka ia dianggap sbg aset semasa, ash07 hanya perlu tulis STOK ALAT TULIS.

  243. tq sifu… boleh x sifu terangkan sedikit tentang sistem panjar x silap sy… ckgu sy x ajr pun tu.. buku tunai runcit pun die x ajr lg…

  244. Nama lain sistem panjar ialah sistem impres (imprest system). Secara kasarnya sistem panjar merupakan satu mekanisme kawalan tunai untuk urusniaga kecil. pada asasnya ia seperti sistem pinjaman, panjar bermaksud pinjaman, di mana kerani akaun yang dilantik akan diberikan sejumlah wang, cthnya RM100 untuk pembayaran tunai bagi setiap urusniaga kecil yang diluluskan oleh pemilik perniagaan atau pengurusan. Contoh urusniaga kecil ialah belanja pos spt setem, sampul surat dll. Contoh lain ialah tuntutan pekerja terhadap wang petrol motosikal, selalunya RM2-RM5.

    Untuk perniagaan yg amalkan sistem panjar, kerani akaun yang dilantik itu akan menyediakan BUKU TUNAI RUNCIT (Petty Cash Book) di mana ia akan mencatat semua urusniaga yang biasa dilakukan di dlm lajur-lajur tertentu. Sila rujuk buku teks untuk format sebenar. Buku Tunai Runcit hanya mencatat urusniaga kecil atau urusniaga runcit yang telah diluluskan dan baucer pembayaran akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran itu.

    Soalan berkaitan Buku Tunai Runcit sejak 1993-2006, hanya 1 kali dikeluarkan, sebab itu guru jarang mengajar topik itu terutama disebabkan kekangan masa untuk habiskan sukatan utama.

  245. tq sifu… soo kalo cikgu sy x ajar topik tu xda kuar la… hurm… sifu ada kertas lembaran kerja?

  246. Zedin, lebih baik jika zedin belajar jg BT Runcit, mudah aje. Mana tau kalau soalan 2007 ada BT Runcit dlm K2. Lagipun, dlm objektif boleh ditanya ttg perkara itu. Kertas jawapan Lembaran kerja 10 lajur? Ada!. Sifu dah usahakan muatnaik di sini. Tahniah kerana rajin berusaha.

  247. tq sifu.. actually sy br form 4… so thn dpn br spm.. soo ada jgak peluang utk dpt sijil tuu… buku tunai runcit ckgu sy x ajr lg…. maybe lps exam die ajr.. mcm last year… sy suke web ni.. sng nk tnye.. kt skola class sy ramai sgt.. sifu, yang pos ke lejar yg menjimatkan masa tu kalau ada 1 ja.. cthnya.. dkt akaun kenderaan sebelah debit ada RM20,000 kalau nk tutup just double line kt jumlah tu atau kena bawa jumlah tu kt bwh.. sy tgk cth yg sifu bg ringkas… takut jejaskan markah.. boleh tak sifu bg sedikit tentang formula persamaan perakaunan selain drpd Aset=Ekuiti Pemilik+Liabiliti…

  248. Zedin, oleh kerana awk masih T4, saya nasihatkan JANGAN GUNA KAEDAH ITU! Itu hanyalah tips utk kumpulan pljr yang ‘sukar’ faham kaedah tutup akaun dgn tepat mengikut KAEDAH SEBENAR. Sifu sendiri tak pernah ajar cara tu kpd pljr sifu especially T4. T5 tahun ni pun, sifu wajibkan tutup akaun cara sebenar, mengikut kaedah dan standard profesional. Untuk kaedah tutup akaun lejar yang betul, zedin rujuk skema jawapan sifu untuk PES Modul 4 dan Modul 5. Itu kaedah tutup akaun yang sepatutnya MENGIKUT ACUAN silibus SPM, kecuali akaun lejar yg hanya 1 item, abaikan, krn itu sifu biarkan tak ditutup.

    Tentan ALEP tu, nantilah jika sifu ada masa…

  249. heelo sifu just wana ask u if there is any chaces onhow to score an ‘A’ 4 my spm coz i failed 4 my percubaan and i got short period now can i still score A 4my spm i did my very best 4 my trial can u please help me thank you

  250. Danisha, DON’T pity yourself. Yes i believe you still can achieve a 1A or 2A for Akaun if you know your weakness and have the willingness to change for the better. Awk masih ada 7 MINGGU utk minggu SPM dan kertas akaun pun dlm minggu 2 exam SPM (kalau tak silap), so masih ada jalan.
    Danisha kena usahakan bgmn nak tingkatkan penguasaan (dan mendapat markah maksimum) kemahiran simpan kira (alah, yg buat jurnal, pos ke lejar dan senarai imbangan duga). Takkan tak boleh capai 29M. Lepas tu macam jg pljr lain, mesti usahakan penguasaan mrkh ke2 terbesar, 17-19m iaitu kemahiran :
    1. lembaran kerja,
    2. penyediaan penyata pendapatan
    3. penyediaan penyata pendapatan untuk perkongsian.
    Kalau danisha dapat analisis, kemahiran di atas itu saling diuji. tahun 2007 tak taulah apa yg keluar, tapi sifu sasarkan Lembaran kerja.

    Lepas tu mcm lain jg, analisi cg, mesti akan keluar bab perkongsian, so danisha asah kemahiran untuk bab itu.
    Saya yakin danisha akan dapat capai 2A, kerana kertas1 sangat membantu!

  251. sifu, kalau peruntukan hutang ragu dlm imbangan duga die bagi RM210 (sebelah kredit) n then ada pelarasan pada maklumat tambahan, peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan 5% ats penghutang.. jika penghutang dlm imbangan duga RM2560, berape jmlh yg kena ltak kt akaun untung rugi? sy confius nk ltak di sebelah debit or kredit.. 5% drpd penghutang ialah RM128 so ini bermakna peruntukan hutang ragu masih dkt sebelah kredit kan sifu?

    satu lagu.. kalau pelarasan maklumat tmbhan pulangan belian RM340 belum dicatat dalam buku.. apa akaun yang terlibat?

    persamaan perakaunan pulak cth soalan menjual stok kos bernilai RM770 pada harga RM1500 secara kredit, die akan menambahkan modal atau menambahkan untung bersih sifu? sy confius antara modal n untung bersih…

    tq sifu.. slamat berpuase..

  252. Zedin,
    Jawapan PHR:
    Pelarasan yang perlu dibuat,
    DT PHR dgn amaun RM82 [Nota sifu: tujuannya ialah mengurangkan PHR spy amaun akhir ialah RM128]
    KT Untung Rugi dgn amaun RM82.

    Jawapan Pulangan Belian lupa dicatat:
    DT Pemiutang RM340
    KT Pulangan Belia RM340

    Jawapan Persamaan Perakaunan:
    Lajur Stok (770)
    Lajur Penghutang 1500
    Lajur Untung bersih 730 [Nota: jika ada lajur Untung atau Untung Bersih]
    Lajur Modal 730 [Nota: jika TIDAK ADA lajur untung/untung bersih atau lajur hasil dan belanja]

  253. sifu, kalau ambilan akan mengurangkan modal atau untung bersih?

  254. Zedin, ambilan akan mengurangkan modal.

  255. target cikgu untuk soalan spm 2007…….

  256. Sasaran terkini mgkn spt berikut:
    1. DOkumen sumber – mula perniagaan
    2. Penyediaan penyata pendapatan dan Kunci kira-kira – RTL
    3. Akaun Kelab dan persatuan
    4. Akaun pengasingan untung rugi dan akaun semasa
    5. Penyata penyesuaian bank
    6. penyata pengeluaran

  257. askum..
    sifu leh tak tunjuk cara2,nk buka ljar,,
    sy x confuse nk ltk butir2 dlm ljar samada debit ke kdit.

  258. nabilah disini.
    salam.hai sifu,apa khabar?saya harap sifu sihat sejahtera.sejak
    kebelakangan nie saya sibuk dengan peperiksaanlah.saya nak ucapkan terima kasih kepada sifu atas nasihat yang sifu berikan.walaupun keputusan periksa akhir tahun saya hanya sekadar lulus,sekurang-kurangnyan saya dah berusaha untuk lebih baik daripada gagal kepada lulus.dan drp tidak faham apa-apa,saya menjadi lebih faham .kini saya sudah mula timbul sedikit minat dalam akaun.Rupanya bila kita selalu buat latihan dan faham,ia menjadi lebih seronok mempelajarinya,terutamanya dalam bab jurnal dan lejar. semoga sifu terus menyokong saya untuk lebih berjaya dalam akaun dan selalu terus memberikan nasihat yang berguna kepada saya.doakan saya menyukai akaun selalu.terima kasih sifu!

  259. Terima kasih kembali nabilah. Usaha sentiasa tangga kejayaan kita semua. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

  260. a’kum.tahniah atas blog ni.sy baru jumpa dan cukup bagus sekali.sy seorang guru major PA dan sekolah kami hanya akan menawarkan PA pada thn depan.tp sekarang ramai pelajar2 sains f4 saya lemah dalam subjek sains mereka.jd sy terpikir untuk mengajar mereka prinsip akaun sbgai subjek tmbhn tahun depan supaya mereka berpeluang utk masuk matrikulasi perakaunan in case subjek sains mereka teruk.pd mulanya,sy terpikir sempat atau tidak sy nk habiskan silibus f4 n f5 dlm masa setahun thn depan or sy terpikir just buat latih tubi untuk soalan 1 n 2 n spot bab f5.setelah sy baca blog sifu sy btmbh yakin boleh.just perlukan pandangan sifu,perancangan yg paling sesuai dan berkesan utk plajar2 sy dalam masa setahun.

  261. salam.hai nabilah ni.
    sifu, cikgu saya dah ajar sikit-sikit tentang subjek form5.saya nak tanya ,akaun kawalan tu,macam mana?cikgu ajar macam senang tapi saya tak berapa faham.tolong jelaskan.

  262. Dark Child, it’s really a though question. Ia bergantung kpd pengalaman, kemahiran dan penguasaan guru masing-masing terhadap subjek diajar. Faktor lain ialah ketersediaan pelajar yang akan mengambil subjek PAK seumpama ‘crash course’. Apa yang sifu boleh cadangkan ialah, merancang waktu mengajar supaya pastikan waktu diberi ialah 4 waktu, dan mungkin cg terpaksa menganjurkan kelas tambahan setiap minggu atau 2 minggu sekali, bergantung kpd takwim sekolah. Sbg guru, kita sepatutnya mengajar memenuhi semua sukatan, dalam kes ini subjek T4 semestinya dihabiskan baru sukatan T5. Wlubgmnapun, saya percaya anda, DC, sebagai guru terlatih, mampu membimbing pelajar anda yang sanggup ke arah kecemerlangan.
    Cadangan saya ialah, 4 bulan pertama ajar kemahiran lejar dhlu dan buku tunai, kemudian jurnal am. Tetapi saya lebih suka jika cg dapat mulakan Jurnal Am ke lejar, Jurnal Khas ke lejar, dan Buku Tunai ke lejar. Pastikan pelajar dpt mengaitkan mekanisme catatan bergu dengan persediaan lejar. Bila dah mahir, baru tumpukan kpd Imb. Duga. Pelajr selalunya terkeliru dgn tahap kesukaran PAK, sedangkan ianya tidak sesusah mana. Jika DC dapat tukar persepsi mereka, maka DC sudah dua tapak ke hadapan. Pelajar jg mungkin perlu dibantu kaedah penghafalan ciri-ciri setiap akaun (mgkin aja). Sbg cth, akaun-akaun belanja yang kerap ditanya dlm SPM bolehlah disenaraikan dan dinyatakan samada debit atau kredit. Biasakan mrk kelas akaun yg lain juga.
    Bila cg dah yakin boleh, pljr perlu latih tubi, gunakan sln SPM sebenar pun boleh, TETAPI saya berharap DC akan akan berhati-hati dgn skema jawapan dlm buku, kemungkinan ada kesilapan.
    Fasa kedua ialah Lembaran kerja jika boleh 2 minggu shj. Kemudian Penyata pendapatan-2 minggu juga. Kedua dua ini memerlukan DC terapkan juga pelarasan spt PHR, PSN ABS, belanja terakru/terdhlu dan sebaliknya, serta lain-lain. Di sini pljr mgkn bermasalah, so DC kena main peranan memotivasikan mrk.
    Dah lepas tu, teruskan kpd subjek T5, disini benar kata DC, terpaksalah spot. Tetapi Akaun kawalan mesti diajar kerana ia digunakan smlu dalam bab-bab popular spt rekod tak lengkap dan akaun kelab dan persatuan.
    Akaun perkongsian WAJIB DC ajar kerana ia umpama bab wajib soal. SETIAP TAHUN MESTI ditanya, cuma bezanya samada penyediaan akaun pengasingan untung rugi dan akaun semasa, penyediaan penyata pendapatan perkongsian dan kunci kira-kiranya, dan akaun realisasi dan akaun modal pekongsi. Lepas tu, DC boleh juga tumpukan kemahiran bab yang mudah spt penyata aliran tunai dan belanjawan tunai. akaun kelab dan persatuan dan rekod tak lengkap. Jika sempat akaun pengeluaran dan sebagainya. Jika tak sempatpun, ada satu trick yang sifu boleh kongsi. YAKIN AJE PELAJAR MEREKA MAMPU CAPAI GRED A (cuma tak pasti 1A atau 2A). Katakan aja mrk nak sasar 1A, katakan aja senang. FOKUS kpd Kertas 1, fokus kpd kemahiran 100% S1 (29M), S2 (18M) dan bab Perkongsian (10-14m). KOngsi sikit, saya ada 1 org student skrg, dlm percubaan baru-baru ini, dia dah dpt 38m untuk K1, 29m untuk S1 (mkh penuh) dan 17m utk S2. Saya kira semua mkh student saya itu dah capati 74m/120m. Bayangkan hanya 3 bhgn, beliau dah menuju gred A, semak soalan lain S3, confirm 1A. Itu cth pelajar yg sejak T4 dah CEKAP SIMPAN KIRA, dari jurnal ke lejar dan imbangan duga. Nak tahu cekap ke tak, beliau siapkan lajur folio tanpa jejaskan masa 2 1/2 jam.
    Yang saya nak kongsi ialah, kalau pelajar DC boleh pastikan mkh S1 dan S2 full mark, tinggal lagi soalan spot lain dan Kertas 1 boleh capai gred A. Katakan gitu pada mrk.
    Harap idea ini boleh bantu DC. MUngkin boleh juga tanya rakan guru lain yang lebih hebat dari saya di sini, http://www.freepowerboards.com/mny/

  263. Nabilah, Akaun Kawalan ni macam ringkasan semua akaun penghutang atau akaun pemiutang. Perkataan kawalan itu merucujuk kpd kegunaan akaun ringkasan itu, iaitu mengawal dan menyelia aktiviti-aktiviti berasaskan kredit (hutang).
    Secara ringkasnya, akaun kawalan penghutang spt berikut:
    Sblh DT:
    semua item yang boleh meningkatkan hutang pihak luar kpda kita (perniagaan).
    Contohnya,
    JUALAN (perniagaan kita jual barangniaga secara kredit kpda pihak pelanggan kita)

    Sblh KT:
    semua item yang boleh mengurangkan hutang pihak luar kpda perniagaan:
    contohnya.
    BANK (penghutang telah membayar sejumlah wang kpd perniagaan untuk menjelaskan hutang mrk)
    DISKAUN DIBERI (perniagaan beri diskaun kpd pelanggan krn mereka bayar awal pd temph diberi)
    PULANGAN JUALAN (barang-barang rosak/salah jenama yg pernah dikembalikanpelanggan kita)
    HUTANG LAPUK (ada pelanggan yang tak dapat bayar kerana alasan kematian, bankrap atau sebagainya)

    Ini kes biasa,
    kes luar biasa ialah
    sblh DT:
    bank-cek tak layan (ada cek pelanggan yang tak boleh ditunaikan, maka kita mesti anggap hutang pelanggan itu belum dijelaskan, maka tambah semula amaun yang tercatat sbg CTL. jika ada diskaun diberi, akan ditarik balik
    DISKAUN DIBERI (dibatalkan)

    BEGITULAH LEBIH KURANG.

  264. tq so much sifu..mmg byk membantu saya untuk merancang silibus yg sy nk ajar..jika sifu ada pandangan yg bernas lg,sila beri tunjuk ajar.tq again

  265. DC, kalau perlu lebih baik awk anjur bengkel atau seminar persediaan prinsip akaun spm seawal yang boleh. Jemput aje guru berpengalaman, pemeriksa kertas, penggubal soalan atau Guru cemerlang dari sekolah lain. Mungkin ia boleh percepatkan proses persediaan pelajar awk.

  266. sifu,buku latih tubi yang paling sesuai dan yang dicadangkan…

  267. Saya suka gunakan buku latihan Pelangi. Tapi oleh kerana awk nak ajar pljr sains T5 untuk SPM 2008, lebih baik kalau DC pilih shj soalan tertentu spt sln SPM sebenar dan koleksikan ia sbg modul Pembelajaran Akses Kendiri (PAK).

  268. Darlink Mirar Mirar

    Hai Sifu, saya student Open University Malaysia..Ambil subjek perakaunan untuk sem kali ini. Hurm, masalah bg saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana kita perlu mengkaji kitaran perakaunan bagi entiti yang kita pilih. Masalah bagi saya untuk menerangkan setiap makna perkataan didalam perakaunan dengan dikaitkan konsep2 nya sekali. Juga perlu disertakan bukti dokumen punca……Sifu ada cadangan untuk memperolehi buku rujukan tambahan agar saya lebih memahami prinsip perakaunan ini dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana modul yang diberi sekarang, tdak lengkap dan susah untuk difahami.

    Sekian Terima Kasih.

  269. Darlink, saya suka satu buku dengan tajuk Accounting Principles, tulisan Hongren et.al. Saya gunakan buku itu semasa belajar di UPM. Tapi mana-mana buku pun boleh, asalkan accounting principles atau accounting sahaja.

  270. ok tq..sy pn cuba mengasahkan otak sy semasa cutini..almaklumla dh 5 tahun x praktikkan,tu pun format dh berubah skrg.skurang2nya selepas raya ni saya akan ajar camkan dokumen,then poskan jurnal n buku tunai ke lejar.supaya cuti hujung tahun sy bole bg mereka latihan untuk mereka buat.tq sekali lagi utk sifu2b..

  271. Darlink Mirar Mirar

    Hurm Sifu…Dimana saya mahu dapatkan buku tersebut ? Adakah di Library atau membelinya di kedai buku ? Jika terdapat di library agak sukar bagi saya untuk mencarinya kerana saya kini kesuntukan masa, tambahan pula dengan jadual kerja yang terlalu padat. Kini, saya tinggal 2 kelas lagi sebelum melangkah ke final exam pada bulan 11 nanti..Atau buku tersebut boleh didapati di dalam internet ?

  272. Darlink Mirar Mirar

    Sifu, tidak salah rasanya saya bertanya soalan yang saya tidak paham ini.. Mengenal pasti dan membincangkan EMPAT amalan perakaunan mengikut andaian, prinsip dan dasar perakaunan yang diamalkan. Apa yang saya tahu tentang empat amalan perakaunan ialah Usaha berterusan, asas akruan, ketekalan dalam persembahan dan kematanan/materialiti. Jadi dengan menggunakan empat amalan perakaunan ini, apa yang boleh dikaitkan dengan andaian, prinsip dan dasar perakaunan. Sifu ada idea untuk dikongsi bersama ?

  273. Darlink Mirar Mirar

    DC, awak ajar student skolah @ universiti ?

  274. DMM,ajar stdnt sekolah…

  275. Darlink Mirar Mirar

    Apa pendpt awk jika kita tak ada basic account ? U rasa bila melangkah ke pengajian tinggi, kita dpt ketch-up x? kerana sub account ini, basicnya diajr semenjak sekolah lg…..

  276. DMM,dulu ramai kwn2 sy xda basic akaun..tp skrg semua lepas dpt degree acc..

  277. Kalau u di KL, cuba cari di Minerva. Saya skrg di Sabah, tapi masa belajar di UPM, Minerva adlh kedai buku yang saya mesti lawati setiap semester. Buku tu ada dijual, malah di Popular Bookstore pun ada. Kalau di internet tak tau pula, tapi cuba cari kat amazon dot com. DMM, tanpa basic account spm/stpm pun boleh berjaya. Saya pun tak ada asas prinsip akaun spm masa tu. Yang penting ialah usaha mesti lebih berbanding pljr lain itu aje.

    Tentang andaian, prinsip atau konvensyen perakaunan. Selalunya permasalah dibincangkan lebih dari 2 prinsip atau andaian. Ada lagi perkara lain spt kos sejarah dsb.

    Ketekalan merujuk kpd kebiasaan amalan perakaunan di mana organisasi akan mengamalkan pendekatan yang ditetapkan secara berterusan, selalunya berkaitan polisi menetapkan susut nilai aset , peruntukan susut nilai, penetapan nilai stok dsb.

    Materialiti, sst urus niaga itu perlu ditentukan sama ada dilapor secara berasingan, sebagai aset atau sebagai belanja. Contoh, pembelian perabot bagi organisasi besar selalunya dianggap tak material, maka ia dilapor dlm KKK bersama aset lain dlm akaun lekapan dan lengkapan (fixtures and fittings). Secara mudahnya, jika ia tak material maka perbelanjaan itu diisytihar sebagai belanja dan dicatat dalam Ak. Untung rugi shj, spt belanja utiliti (kadar bayaran). Sebaliknya jika ia material berbanding untung/rugi diperoleh,maka ia mesti dilapor secara berasingan spt akaun gaji pekerja.

  278. sln: Apa yang saya tahu tentang empat amalan perakaunan ialah Usaha berterusan, asas akruan, ketekalan dalam persembahan dan kematanan/materialiti. Jadi dengan menggunakan empat amalan perakaunan ini, apa yang boleh dikaitkan dengan andaian, prinsip dan dasar perakaunan.

    JWPN SIFU : Setiap organisasi perniagaan yang melaporkan penyata kewangan untuk kegunaan pihak ketiga semestinya menunjukkan laporan kedudukan syarikat yang jelas, boleh dipercayai dan munasabah.
    Andaian usaha berterusan mengandaikan syarikat itu boleh terus beroperasi sampai bila-bila tanpa had. Ini membolehkan laporan itu dibandingkan dengan tempoh sebelumnya dan tempoh selepasnya. Dan akan ada usaha untuk meningkatkan lagi prestasi syarikat. Asas akruan digunakan untuk membolehkan syarikat melaporkan semua hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh, kerana di dapati akan ada hasil tertangguh dan belanja tertunggak. Konsep asas akruan membolehkan penyata kewangan disediakan dengan melaporkan semua aktiviti yang menyumbang kpd keuntungan /kerugian syarikat itu. Ketekalan penting dalam membandingkan prestasi tahunan syarikat. Hanya apabila adanya penetapan yang jelas dan tidak berubah-ubah, maka laporan keuntungan itu boleh dipercayai. Keuntungan syarikat yang dilaporkan tidak dimanipulasi spt menaik atau menurunkan keuntungan syarikat melalui peruntukan susut nilai, atau peruntukan hutang ragu. Prinsip materialiti membolehkan urusniaga berkaitan dapat dilaporkan dengan lebih telus supaya pengguna laporan dapat mengecam kesan sesuatu perbelanjaan/pendapatan terhadap keuntungan/kerugian syarikat terbabit. Mana-mana urusniaga yang jelas boleh mempengaruhi untung atau rugi syarikat mesti dinyatakan sebagai item berasingan, manakala item tak material bolehlah digabungkan dengan urusniaga lain. Contoh urusniaga tak material ialah bil elektrik, bil air, bil telefon yang selalunya boleh dilapor secara bergabung dalam AKAUN UTILITI ATAU AKAUN KADAR BAYARAN. Contoh urusniaga yang material ialah sewa bangunan/premis.

  279. Darlink Mirar Mirar

    Terima Kasih Sifu di atas penerangan yang diberikan. Mudah untuk difahami dan dijadikan bahan rujukan. Yea saya mmg duduk di KL, kedai buku Minerva mmg saya tahu dimana, masa sekolah dulu rajin pergi, tp bile dah keje nih, dah lama rase tak menjenguknya. Insya-allah saya akn lapangkan masa ke sane nanti.

    Saya ada kemusykilan ttg asas tunai dan asas akruan. Kebanyakkan entiti, majoritinya menggunakan asas akruan sbg merekodkan urus niaga berbanding dengan kerajaan yang masih menggunakan asas tunai. Ini kerana asas akruan dapat menunjukkan prestasi sebenar sesebuah perniagaan dlm sesuatu tmpoh pelaporan dan mematuhi prinsip pemadanan. Namun, apakah penggunaan / amalan asas perakaunan oleh entiti perniagaan dalam mengiktiraf belanja ? Apa yg dimaksudkan dengan penggunaan / amalan asas perakaunan ?

    Selain itu, amalan sistem penyimpanan rekod terbahagi kpd dua iaitu secara manual dan perkomputeran. Bagaimana yg dikatakan sbg sistem pengurusan akauan ?

    Dokumen punca merupakan dokumen yang membuktikan berlakunya sesuatu urus niaga dan merupakan asas dalam rekod perakaunan. Jenis2 ialah invois, nota debit, nota kredit, resit dan bil tunai. Adakah ‘payment advice’ dikategorikan sbg dokumen punca. Apa pulak kriteria bgnya ?

    Sekian terima kasih.

  280. Maaf DMM, saya tak jelas dgn pertanyaan di atas. Ini soalan assignment ke? Lagi satu, DMM ni kerja apa skrg?
    Oh ya ttg buku Horngren tu, saya baru ingat, skrg ni buku itu diterbit oleh Pearson Int. utk pasaran Asia.
    Ada satu lagi buku yang sifu boleh suggest, iaitu Accounting Principles juga terbitan Pearson, ditulis untuk SIngapore. Tapi penulis tak ingat.

  281. Darlink Mirar Mirar

    Hurm..agk2 nya sifu tak faham part mane..? saya akn perjelaskan..Boleh kira assignment juga soalan2 itu, tapi saya lebih kpd membuat latihan yang terdapat di module. Ada istilah yang susah untuk saya fahami, mane lah tahu kalau2 Sifu dapat membantu. Sekarang saya bekerja sebagai Setiausaha di Jabatan Sumber Manusia. Walaupun saya ambil bidang HR, namun subjek account ttp wajib di ambil oleh setiap pelajar fakulti perniagaan.

  282. I see, Kalau tak silap EP akan mengiktiraf belanja berdasarkan hubungannya dgn aktiviti utama perniagaan. Perbelanjaan ada dua jenis, perbelanjaan modal dan perbelanjaan hasil. Jika perbelanjaan itu adalah membeli aset yg tempoh kegunaan melebihi satu tempoh perakaunan, maka ia akan dianggap sbg perbelanjaan modal atau perolehan aset. Bagi perbelanjaan yang utama spt belian brg niaga ia akan dianggap perbelanjaan hasil dan dikelaskan sbg belanja kendalian/operating expenditures. Perbelanjaan lain yg boleh mempengaruhi untung rugi dipanggil perbelanjaan hasil jg kerana belanja itu perlu utk membolehkan EP menjalankan aktiviti mencari hasil kendalian. Cth perbelanjaan perlu ialah sewa premis, gaji pekerja dan kadar bayaran. Faedah pinjaman jg perbelanjaan hasil krn ia belanja yg berlaku (incurred) disbbkan aktiviti EP meminjam utk keperluan EP.

    sistem pengurusan akaun merujuk kpd mana-mana sistem, manual atau berkomputer, selagi ia direkabentuk sedemikian rupa spy pemilik dpt menggunakan maklumat perakaunan utk membuat kptsn perniagaan.

    Setakat yang saya faham, ‘Payment advice’ juga dokumen punca krn ia mengukuhkan bukti transaksi. Tetapi ia tidak perlu apa-apa catatan jurnal krn ia belum berlaku. Dokumen punca yang perlu dirujuk ialah resit rasmi, invois dan yg berkaitan.

  283. I nak tanya soalan dokumen.Akaun diskaun diberi butiran tulis nama syarikat atau pelbagai penghutang?Buku rujukan biasanya akan tulis pelbagai penghutang,tapi i lihat contoh jawapan soalan tahun lepas,ia tulis nama syarikat.

  284. Eric, tulis perkataan ‘pelbagai penghutang’. Itu yang betul. Buku rujukan itu salah. Mungkin krn tidak disemak dgn teliti.

  285. saya nak tanya apakah teknik yang mudah untuk menjawap kertas prinsip perakaunan kertas 2?

  286. hai sifu..sy ade sikit masalah..final exam dah hampir..saya skang tingkatan 4…tapi masalahnya apa yg saya belajar pon sy tatau..sbb saya dari kelas elektrik kat teknik pindah masuk sekolah harian…masuk2 je cikgu saya dah kat bab 7..tutup akaun…mcm mn sy nk wat utk pick up smua benda dlm masa yg singkat..boleh naik gile sy…sy ade gak baca post2 kt sini..utk phmkan diri sy..tp x phm2 gak!!thanx to DIN sbb invite atie masuk cni

  287. Alamak Atie, kalau kapal terbang nak berlepas, masih boleh masuk ke? Kalau dah beli tiket, boleh kot. Bergantung kpd pegawai bertugas, betul tak. Kalau tak dapat juga, akan diberi peluang naik kapal terbang yang akan berlepas nanti.
    Samalah macam Atie. Atie dah miss flight! Tapi tak semestinya putus asa. CUba aja apa yang mampu, jika boleh pujuk aje guru awk bagi set soalan berbeza, soalan lain yang mudah. Itu kalau Atie tak pernah lagi belajar di Teknik sebelum tu.
    Nasihat sifu ialah atie ulangkaji dan latih tubi kemahiran kitaran perakaunan. Itu bahasa kitorang. maknanya kemahiran mengenalpasti dokumen sumber, tujuan dan jenis urusniaga; catatan jurnal; pos ke lejar, dan sediakan imbangan duga. Perkara lain, terpaksa ketepikan dulu.

    Tapi yelah atie, dah miss flight, terima aja sekadarnya, masih ada peluang di T5. Ckgpun tak akan kecewa jika benar keadaan dan duduk perkara atie yang baru pindah sekolah.

  288. Adenan, teknik termudah tak wujud, tapi teknik yang bestari ada. Pertama, pastikan agihan masa mencukupi bagi setiap soalan. Awk sepatutnya jawab 5 soalan. jawab S1 selama 50 minit sahaja. Jika dah terlebih, berhenti dulu, dan beralih ke soalan berikutnya. Pilih soalan yang mudah tetapi boleh mendapatkan markah tertinggi. Kalau tak tau semua jawapan pun, tak pe, yang penting jawab semua soalan walaupun tak lengkap. Anggap aje soalan lain tu macam peluang nak kutip markah tambahan, 1m ke 10 markah ke.

    Jangan lupa jawab S2 kerana nilainya besar, 17-19 markah.

  289. sifu..nak mintak tolong sket..saya x tau la macam mana nak letak ambilan y gtidak direkod dalam akaub perdagangan….saya tgk kt jawapn percubaan spm mrsm tu tp masa try buat latihan dlm buku,jawapan saya salah plak…tolong saya….

  290. MIA, ambilan TIDAK BOLEH ditulis dalam AKAUN PERDAGANGAN. Ambilan adalah item Kunci Kira-kira iaitu di bahagian Ekuiti Pemilik. Mgkn maksud mia apa patut mia buat jika ada AMBILAN BARANGNIAGA yang belum direkodkan. Kalau itulah maksud mia, mia hendaklah menolak jumlah ambilan barangniaga dari Belian. Laporkan nilai belian setelah ambilan barangniaga ditolak.
    Contoh:
    Belian RM1000
    Jualan RM4000
    Stok awal RM500
    stok akhir RM300

    Maklumat tambahan:
    Ambilan barangniaga telah dibuat oleh peniaga pada kos RM200 belum direkodkan dalam mana-mana buku.

    Contoh jawapan (petikan bahagian debit sahaja untuk mia):
    Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir …….
    ============================================
    Stok Awal……………500
    Tambah:
    Belian…………………800
    ……………………….—–
    ……………………….1300
    Tolak:
    Stok akhir…………….300
    ……………………….—–
    KOS JUALAN…………1000
    ………………………=====

    Mia perasan tak, yang belian sekarang hanya RM800, operasi matematik RM1000-RM200=RM800

    Itulah caranya mencatat kesan ambilan barang niaga ke atas akaun perdagangan.
    Harap Mia sudah faham sekarang.

  291. : )
    ooo baru la faham…time kasih sifu…
    lagi satu…jualan aset x yah rekod dlm akaun perdagangan kan?
    upah gudang ngangaji kedai kene rekod dlm akaun perdangangan x?

  292. Mia, jualan aset tak payah dlm akaun perdagangan tetapi keuntungan dari jualan aset, jika ada, mesti dilapor dalam Akaun Untung rugi.

    Sifu tak faham apa itu upah gudan dan gaji kedai. Adakah mia maksudan gaji pekerja gudang atau gaji kerani gudang? gaji kedai, adakah bermaksud gaji pembantu kedai atau gaji pekedai? Sila jelaskan.

  293. hehe..
    upah gudang la…
    yg gaji kedai tu…mmg dlm buku tulis camtu…saya pon x tau maksud dia..tp kalo gaji jurujual rekod kat mane?

  294. sifu! thnx.. sy dh dpt result akaun dgn cemerlang.. dpt 94%.. tq sifu… sifu adalah guru ke-2 sy.. mcm blaja tuisyen je kt sini..

  295. Terima kasih zedin di atas kata-kata itu. Sifu turut terharu dan bangga dgn kejayaan Zedin. Tahniah. Mudah-mudahan kecemerlangan itu diteruskan untuk kesekian kalinya.

  296. sifuuu!!atie dh dpt klue dr cikgu..cikgu kasik spesel 4 me!!soklan tuh dia kata format SPM…ade 6 perkara yg harus atie sediakan..hope sifu leh bg contoh soklan yg perlu sediakan 6 perkara ni…sbb atie sdirik klu carik tataw same ade da question ade ke x kehendak soklan cikgu atie ni..!!

    1.Dokumen sumber(jurnal-buku tunai-lejar-imbangan duga(29 markah)

    2.penyediaan penyata pendapatan,kunci kira2(19 markah)
    -pelarasan

    3.Akaun susut nilai
    -akaun aset
    -akaun belanja susut nilai
    -akaun peruntukan susut nilai

    4.Konsep perakaunan/dokumen

    5.catatan bergu(urusniaga buat akaun tutup akaun hantar baki)

    6.penyediaan imbangan duga

    ni adalah note yg cikgu atie kasik utk atie!atie pon tak paham..sebab atie dh ketinggalkan kapal terbang..ingat cikgu bg soklan bocor atie phm…tp still x phm..sbb cikgu hanya kasik klue..ehh atie pon dh pening ni!!mcm mn ni??ade contoh soalan x?

  297. Atie, sebenarnya semua tu dah cover, separuh rasanya kemahiran T4. Tapi tak pe. Atie boleh. Sifu minta maaf banyak-banyak, sifu sibuk sangat skg dgn final exam. Tak dapat nak tolong atie.

    Tapi kalau setakat S1, S2 dan S3 tu atie boleh cari kat buku-buku model latihan dgn mudah. Malah model ramalan SPM terbitan utama pun senang dapat.

    S4 macam atie kena terangkan konsep perakaunan spt kos sejarah, pemadanan, dsb.

    S5. Ini sekadar asas simpan kira, atie tumpu kemahiran buat akaun dgn lengkap dari baki b/b hingga ke baki h/b akhir bulan. Mungkin aje.

    S6. akan ada senarai nama akaun dan nilai, atie cuma perlu susun semula sebagai imbangan duga dan jumlahkan kedua-dua debit dan kredit.

    Begitulah bunyi soalan tu.

  298. huhu..thanx sifu..atie try da best je lar…cikgu pon x mharap yg tbaik dr atie…cukup jika baik…

  299. cepattapilambat

    kat ner nak print lebaran kerja

  300. Lembaran kerja, awk check kat tepi kiri ni, dan cari top post, cari perkataan ‘Templat kertas jawapan prinsip perakaunan…’ dan klik. awak akan dpt lembaran kerja dari situ. Tapi mesti ingat, yang tu saiz A4, dlm exam saiz besar, A3. Kalau nak rasa macam jawab masa exam, awk cetak sekeping lepas tu photostat di kedai minta dibesarkan ke saiz A3. Baru real.

  301. saya dah pandai buat lembaran kerja ngan dokumen sumber….. aper yang saya harus tekankan lagi untuk mendapat kredit…..
    krana spm dah dekat…….

  302. Kerataapi, tahniah krn jika benar awk dah pandai dan mahir, awk berpotensi dapat kredit, mgkn jika Kertas 1 awk dpt 20/40, awk mgkn dlm kelompok C5-C6. Untuk up lagi ke 3B (lagi baik target tinggi kan), awk perlu tumpu kpd kemahiran perkongsian : akaun pengasingan untung rugi dan akaun-akaun semasa pekongsi, pembubaran perkongsian (akaun realisasi, akaun bank, dan akaun modal pekongsi). Tapi jgn lupa mahirkan juga diri tu dgn penyediaan dan format penyata pendapatan dan kunci kira-kira (penyata juga). Mgkn keluar. Kala semua ini dah mahir, awk blh pula tumpu kpd Akaun Kelab dan Persatuan dan Akaun Pengeluaran. Ini sebenarnya nak sasarkan ke gred 1A! So Keretaapi, which one do you prefer?

    Satu lagi, sila lawati forum sahabat sifu, http://www.freepowerboards.com/mny/mny-post-529.html#497 utk tips lanjutan.

  303. sifu, saya cuti 2 bulan ni.. sy masih form 4.. cuti ni x taw nk buat apa.. leh cadang kn ape2.. nk tanya topik form 5 ssh ke? kalau x bole la belajar cuti ni…

  304. Zedin, bab-bab T5 tak de la susah sangat sesuai dgn kesungguhan zedin. Nasihat sifu, belajar aje ikut sukatan ting5, ikut urutan, sekurang-kurangnya bila dah buka sklh setiap kali cikgu zedin ajar dan terangkan, zedin akan cepat faham sebab dah belajar sendiri terlebih awal. Wlubgmnpun, utk tak hampakan zedin, sifu nasihatkan zedin boleh mulakan bab perkongsian, sbb perkongsian kemahiran yang wajib ditanya. Ada 3 kemahiran diperlukan dalam bab ini. Sila rujuk analisis SPM yang sifu dah sediakan, gerenti zedin akan faham maksud sifu. Semoga berjaya. Berkorban sedikit masa cuti ini pasti membuahkan hasil pada masa akan datang, dan itu lebih baik.

  305. sifu..
    sy spm thn nih..bley bg topik2 yg d jgka kuar x?
    topik bku tunai,lembaran n penyata sy da ok..da bley wat..
    tp sy tkot kua akaun kelab n persatuan..topik nih ssh gle nk pm..wat ltihan 10x pon xpna nk dpt full mark.sy bengang gle da nih..lg satu sifu rase ar kan,yg bab2 titik pulg modal or margin n seangkatan dgnnyer,akn kua x?bab nih po leceh nk phm…

  306. Fhana, tumpukan juga bab perkongsian, kerana kebiasaannya setiap tahun akan ada soalan dari bab itu. Ttg Soalan Kelab dan persatuan, kbykn pelajar kurang faham bhgn akaun pendapatan dan perbelanjaan. Tips sifu ialah, apa-apa item dlm buku tunai/akn. penerimaan dan pembyrn SELAIN DARI BELI ASET BKN SEMASA dan SELAIN DARI PENDAPATAN MODAL, semuanya dimasukkan kedlm Akn Pendptn dan Perbelanjaan. Kaitan ABS pula ialah susut nilai. Cuba tips ini, mgkn boleh bantu fhana.

  307. bku tunai.lemabaran,pnyata,realisasi,perkongsian,pnyata bank,belanjawan tuh reti la sy nk wat.tp bab len tuh..tkot spm kua benda len laks….lg2 margin,titik pulg modal yg salu 10 marks tuh…. tp ckgu sy ckp yg may be kua blnjawan,lembrn n pnyata tuh da mmg confirm,realisasi pon sm..ak pengeluaran n penyata bank slu klu xm kua format 1 ke 2 ke 3?

  308. sifu,
    saya pelajar ting. 5…
    saya ader masalah sikit…
    saya dr ting. 4 x penah blaja akaun kat sekolah…
    sebabnye, saya amik akaun sbg mataplajaran tmbahan…
    saya ambil tuisyen…tapi tak paham la…
    sbb nyer, most student kat situ, da blaja kat sekolah…
    so, saya ni ketinggalan sangat…
    masuk ting. 5 pon same…bertambah2 tak paham…
    orang kalo blaja akaun, senang je jawap bile cikgu tanya…
    saya ni, diam jer…bile tanya cikgu plak, dia terang la…
    terang berkali-kali pon, tak paham ape dia kate…
    (tapi takde la tak paham satu pon….yg senang tu paham la…)
    boleh sifu tolong tak…?
    tolong bagi cara nak ingat semua format…
    kadang2 terpikir nak meniru jer….=(

  309. saya boleh buat dokumen…
    tapi kadang2 mesti imbangan duga tak imbang…
    kadang2 gak, saya konfius dgn memo…
    samada nak masuk jurnal am ke or buku tunai…
    pendek kate, saya ni tak mahir lagi dalam dokumen…
    ader yg debit, saya termasukkn ke kredit…camtu sebaliknya…
    saya tak boleh buat latihan akaun selalu…
    sbbnyer, saya ader banyak lagi subjek nk diberi tumpuan…
    saya ambil 12 matapelajaran utk SPM…
    so,mase utk akaun dll subjek terhad sgt…
    skang ni, sy ader lg 5 paper yg belum habis…
    antaranya:-
    ~ al-quran & as-sunnah
    ~ ekonomi
    ~ perdagangan
    ~ akaun
    ~ syariah islamiah…

    so, mintak sgt bg la ape2 tips utk dpt full mark utk dokumen…
    1 lg…kat mane sy boleh dapat soalan SBP trial for ekonomi, perdagangan, quran sunnah and syariah..??

  310. bile jer sifu on9…??
    susah la x taw bile sifu on9…

  311. Sportgurlz, maaflah, sifu ini ada masalah dgn komputer. Masih dalam proses recover seberapa banyak bahan yg boleh. Setakat ini 0%.*sad*

    Anyway, sportsqurlz, sejujurnya sifu tak tau nak tolong bgmn lagi sebab skrg ini saat terpenting dlm hidup Sportsgurlz. Sifu hanya boleh beri nasihat sedikit ttg perkara ni,

    Dokumen MEMO, nak tau nak masuk BT atau jurnal, kena tengok kata kunci “TUNAI atau CEK”. Jika ada perkataan berkaitan tunai, spt peniaga mengambil tunai, atau peniaga membayar iklan secara tunai atau sbgnya, maka dah pasti masuk BT sebab hanya BT diguna utk urusniaga berasas tunai/cek. JIka tak ada, maka selalunya masuk Jurnal Am. Kmgkinan berkaitan tambahan modal, ambilan barangniaga, belanja iklan/promosi, atau beli aset bukan semasa secara kredit.

    Jangan risau pasal imbang atau tidak Imbangan Duga, mkh tetap diberi jika item dicatat dgn betul walaupun jumlah akhir tidak seimbang.

    Soalan SBP-KISAS rasanya sportsqurlz boleh cari di malaysia-student.com. Cari di bhgn ruangan tips spm dan stpm. Ada rasanya.

    Kalau sportsqurlz ada masa lagi, usahakan mahir penyata pendapatan dan kunci kira-kira, tak dapat 19m dapat 10m pun okay. Dgn bantuan Kertas 1, insyaallah boleh lulus atau kredit 6C. Cuba lagi, jangan putus asa. Kepandaian bukan hak orang lain tapi anugerah kpd semua, sentiasa ada di minda kita.

  312. sifu, ada tak nota ringkas/padat form 4 n 5… sy nk stanby awl2.. thn dpn maybe busy sikit psl byk sub kena tumpukan.. 13 sub semuanya… nk tnya sifu.. utk lanjutkan pelajaran ke IPTA subjek ape yg ditekankan? jd sy boleh fokus awl2.. tq..

  313. ala……….kdg2 akaun sng and ssh la………..da suratan hidup cam 2…?

  314. Zedin, lihat kpd bidang/degree mana nak masuk dan melalui apa, STPM, matrikulasi,Diploma. Basically semua U akan minta kepujian dalam subjek kritikal. Semakin baik prestasi anda, maka semakin cerahlah peluang anda dlm senarai pendek panggilan pertama. Subjek kritikal ialah spt biologi, kimia, fizik, prinsip perakaunan, matematik tambahan, dan beberapa subjek lain. Subjek wajib ada ialah spt BM, BI, Matematik.

    Yes Koko, itulah suratan. Dalam mana-mana cabang ilmu akan ada kesukaran. Tetapi setiap kesukaran jika diamati akan jadi keseronokan. Itu namanya bersyukur dgn adanya Ilmu.

  315. sifu, just 2 comfirm, beli mesin cash register secara tunai. apa catatannye? dt kelengkapan kt tunai. tq

  316. sifu, kalau nak jawab soalan penyata pendapatan, di manakah kita perlu menjawabnya? Adakah di dalam b.tunai atau jurnal atau lejar ataupun pada helaian tambahan?

  317. Alya, Yes your answer is correct. Alternatively, awk juga boleh jawab Dt Mesin Daftar Tunai, Kt. Tunai. Dgn kata lain, jawapan awk betul, jawapan cdgn ini pun betul.

    Prakash, awk boleh jawab penyata pendapatan dalam helaian tambahan (kertas kajang), atau kertas jurnal. JANGAN guna kertas BTunai atau Lejar. Tetapi jika diberi buku jawapan spt kertas subjek lain (baru diperkenalkan tahun ini), maka sifu nasihatkan gunakan buku jawapan itu.

  318. sifu, bukankah mesin daftar tunai lebih sesuai menggunakan Ak Alatan Pejabat daripada Ak Kelengkapan.@$@#$@

  319. selamat pagi sifu,saya ada pertanyaan:
    1.dalam ak.pndapatan, yang stok akhir kena ambil yang harga kos atau nilai pasaran?

    2. dalam soalan dokumen,kalau membeli lengkapan secara kredit,tetapi harga lengkapan rendah,contohnya hanya RM100, jadi kena tulis dalam jurnal am atau jurnal belian?

    Please help me sifu….Thanks!!!!

  320. Chin, Stok akhir ambil nilai terendah, tak kisah jika ia harga kos atau nilai pasaran. Nilai terendah. Belian aset bukan semasa secara kredit mesti dicatat dalam Jurnal AM sahaja. Aset bukan semasa dalam contoh soalan chin ialah lengkapan.

    Okaykan, senang aje.

    Paimi, yang bestnya, akaun kelengkapan sebenarnya satu jenis akaun yang besar, boleh merangkumi perabot, alatan pejabat, lekapan dan lngkapan dan lain-lain lagi. Akaun Lengkapan ini satu konsep moden yg dipelopori oleh industri di Amerika dan diamalkan oleh organisasi besar. So, awk belajar Prinsip Perakaunan (juga level antarabangsa), kita ikut aja amalan perakaunan yang diterima pakai. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan Paimi, bagi organisasi kecil (secara praktikal ya bukan untuk exam sahaja) spt kedai runcit yang untung bersih tahunan selalunya dlm RM100000 ke bawah, menjadi kebiasaan ABS diperincikan. Oleh itu wujud akaun perabot, akaun alatan pejabat, akaun lekapan dan lengkapan, akaun Peralatan Dapur (restoran cthnya), dan lain-lain.

    Kembali untuk SPM, pelajar diberi kelonggaran, gunakan Akaun Kelengkapan (macam dah jadi kebiasaan dlm SPM), Akaun Alatan Pejabat atau untuk SPM ini Akaun Mesin Daftar Tunai. Logiknya Untung Bersih yang dibincang ialah RM10000 ke bawah. LEbih baik diasing-asingkan.

  321. sifu memang terer la..Sekarang saya faham dah!!!Thanks a lot!!!I will do my best tomorrow!!!

  322. Okay. do the best. After that post komen sini apa perasaan bila da lepas jawab kedua-dua paper okay.

  323. sifu cam ner bezakan sama ada akaun realisasi tu kena debit atau kredit?(sy susah nk hafal)-

  324. Azreen, sori lambat reply. Senang aje. Di sebelah debit Akaun Realisasi ialah item-item aset selain dari bank. Kenapa bank tidak tersenarai? Sebab ia aset yang sudah dala bentuk tunai/cek. Aset lain mest di masuk di sblh akaun realisasi krn di saat pembubaran aset-aset it mesti dijual atau ditukar semula ke bentuk tunai/cek. Akaun realisasi bertujuan untuk ‘realizing’ (makna BM:menjual lupus aset) dan menjadikannya tunai (samaada bentuk tunai di tangan atau tunai dalam bank/cek). So oleh kerana aset sifatnya debit maka debitkan juga Ak.Realisasi. Bhgn Kredit ialah item-item yang menjadi sumber pelupusan tadi. Bank, modal pekongsi, adalah contoh biasa dlm soalan SPM. Kekadang, tapi tiada dlm SPM sebenar, ada dlm latihan dlm kelas, ialah disblh kredit tercatat diskaun diterima dari pemiutang. Ringkasnya di sblh Kt ak. realisasi ialah: bank, modal pekongsi, diskaun diterima. selepas itu menjadi kebiasaan soalan SPM akan mencari RUGI REALISASI.

    Azreen, perkara ini kalau dibuat berulang-ulang (gunakan soalan SPM sebenar aje lagi senang), awak gerenti akan dah nampak pattern/corak kemahiran dikehendaki. Accounting is actually a mechanical and really a simple techniques. It looks difficult because you have to abide by certain condition that makes it reliable, trustworthy and professional. Perakaunan terutama simpan kira sebenarnya tentang teknik yang wajib diikuti supaya piawai antarabangsa itu dipatuhi. Debit dan kredit tetap sama keadaannya sama ada awk belajar di SPM, STPM, Diploma mahupun Ijazah. Malah ketika Masterpun punca dan penyebab DEBIT/KREDIT tadi akan sama, tak boleh berubah.

    Senangkan.

  325. Anyone need skema jawapan untuk Soalan Percubaan Terengganu? kalau masih nak, bolehlah download di sini. Sifu lambat offer, sorilah.

  326. sifu, please help me!!!saya tinggal 3jam lagi mau exam dah!!!
    maklumat yang diberi: Belian RM30000
    Maklumat tmbahan: Ambilan barang niaga RM200 belum direkodkan dalam mana-mana buku perniagaan.

    Jadi dalam penyata pendapatan, itu belian mau tulis berapa? masih RM30000 atau RM29800?

  327. Chin,
    Belian RM29800 dlm PP

    Pastikan dalam Kunci Kira-kira pula di bahagian Ekuiti Pemilik, ada ambilan RM200.

    Good Luck.

  328. Thanks sifu!!!!

  329. Soalan soalan yang keluar untuk SPM 2007 Prinsip Perakaunan K2

    1.Dokumen
    2.Perkongsian (penyata pdptn, penyata p’asingn untung rugi, akaun semasa, tindakan utk bubarkan p’kongsian)
    3.Pelarasan ( akaun komputer, ak.p’utkn susut nilai komputer, ak. pelupusan, faktor penyebab susut nilai komputer)
    4. Belanjawan tunai
    5.Ak. kelab dan persatuan
    6.Rekod tak lengkap

    “(0.o) …… (o.0)”…….

    saya rasa saya akn fail p.ak jika ditengokkan drpd prestasi k2….
    masa saya buat…saya mmg rimas….

    waktu buat latihan dan kerja rumah…saya ok ….tetapi masa buat soalan spm atas kertas2 itu….
    …..cross sampai pening kepala aku tengok, so dari segi kekemasan aku dah out…..
    …pastu ada bahagian yg terkurang, terutamanya dlm penyata…..

    penyata dibuat
    di kertas bergaris yg dibekalkan lembaga peperiksaan? ataupun jurnal????

    sekian. esok mesti skor kertas 1 supaya boleh lulus. at least dpt c atau d.

    salah tarikh akn potong markah tak?
    sbnrnya macamana skema pemarkahan ya?
    ………
    terima kasih cikgu.

  330. Sifu, nak minta tolong…esok saya akan ambil exam lcci,nak cikgu tolong translate perkataan:
    1.accumulated fund
    2.trial balance
    3.groundsman’s wages
    4.goodwill
    5.manufacturing accounts
    6.Department accounts
    7.bar trading account for the year ended 31 dec 2006
    8.Bar expenses owing
    Thanks sifu!!!

  331. Su, Sifu pun terperanjat melihat K2 hari ini. Satu perubahan yang agak diluar dugaan, mungkin majoriti pelajar dan guru. Well that’s the new challenge in order to ensure our education system is world class.

    Chin, what? Taking LCCI tomorrow? Okay, sifu cuba sebaik mungkin:
    1.accumulated fund – dana terkumpul
    2.trial balance – imbangan duga
    3.groundsman’s wages – upah
    4.goodwill – muhibah
    5.manufacturing accounts – akaun perkilangan
    6.Department accounts – akaun jabatan
    7.bar trading account for the year ended 31 dec 2006 – Akaun Perdagangan Bar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006
    8.Bar expenses owing – Belanja Bar teraku/belum bayar

    * Bar sifu tau semacam kantin atau tempat orang minum-minum. Dlm BM Bar juga dipanggil Bar.

  332. oh…saya sendiri pun tidak tau la..itu cikgu di sekolah suruh saya ambil exam lcci esok,jadi saya pun ikut saja la..tapi dalam BI memang susah lah…

  333. Chin, LCCI exam esok tu pukul berapa, berapa bayaran dia?

  334. saya pon rase sy akan fail p.a. …imbangan duga saya tadi x seimbang pon : ( kat mana la salahnya agaknya…nk try buat balik la

  335. Sifu,itu saya tidak pasti, mungkin petang la..Kalau tidak silap,macam tiada bayaran..coz tu cikgu tiada minta bayaran dengan saya..

  336. Azreen, jangan macam tu. Esok Masih Ada (eh, macam tajuk filem Datuk Jins Shamsudin la,1980’s). Imbangan Duga tak seimbang tak bermakna SEMUA salah! No, itu cuma menunjukkan ada item tertinggal atau tersalah catat. Markah tetap dapat. Ada item yang tetap dapat markah dipanggil ‘angka sendiri’. Tapi tak taulah jika tahun 2007 ini permulaan segala-galanya. K2 tadi pun dah lain. Kepada sifu itu menandakan ‘A Dawn of a new era of accounting principles’. Sesuai dengan perancangan terkini KPM sptmana dalam PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan), sifu tak hairan perubahan format soalan tadi tu ada kaitan dengan peningkatan kualiti pelajar, modal insan. Apa-ap pun, Azreen, takkan fail kalau ada jawab soalan lain jugak. Pastikan esok berusaha sebaik mungkin dapat 40/40. Cemerlang akan dijulang.

  337. kat mana yang sifu terkejut bila tengok kertas 2 tadi? saya buat macam biasa. s1 dokumen – ok. s2 perkongsian -ok coz cg kat sekolah sutuh tumpukan ketiga2 kaedah. s3 – macm blh buat. 1997 ada soalan mcm tu and trial spm yang sifu bg jwpn tu. s3 belanjawan tunai – rs mcm blh buat. s5 kelab n pesatuan – ok kot. dah byk buat soalan tu. s6 tak jwb. cikgu target soklan tu tapi tak tau jwpn esei pendek tu.sy tak le konfiden sgt pasal soalan esei pendek sy agak2 je. hope kertas 1 ok esok. tq sifu byk bantu alya.

  338. Alya, tak tidur lagi? Sifu gurau aje. Tak lah terkejut sangat. Saja je cakap gitu, supaya pelajar akan ada sedikit perasaan lega. Anyway, format tahun ni ada kelainan. Setiap soalan kecuali S1, ada 1 soalan struktur/esei pendek. Itu aje kelainannya. Bagi pelajar yang tak bersedia dengan lebih baik, pasti akan kehilangan beberapa markah krn gagal menjawab soalan esei pendek itu yang bernilai 1m-3m. Anyway, begitulah anjakan paradigma dalam pengujian SPM. Malah, untuk pengetahuan alya, sesetengah kertas STPM pun ada beberapa perubahan yang agak ketara berbeza dari kebiasaan guru dan pelajar. Oh well, setiap sesuatu perubahan mesti ada titik permulaan. Tahun 2007 kebetulannya dipilih untuk menganjak ke arah modal insan yang berkualiti.

  339. sifu, dah tido 9.30. lps tu x blh lelap.terus buka web sifu. tq so much. alhamdulillah tadi blh buat. tapi dah ada salah. wassalam

  340. saya bukan nk tnya pasal pelajaran akaun..sy nk tnya camne nk jd pandai…..

  341. Nana, ini soalan betul ke ni? Sebenarnya semua orang Allah dah bagi otak dan kemahiran berfikir. Kepada sifu semua orang dah pandai. Yang kurang ialah mahir. Ada orang mahir matematik tapi tak mahir perakaunan. Ada orang yang mahir perakaunan tapi tak mahir fizik. Ada orang yang tak mahir kedua-duanya. Ada orang yang mahir kesemuanya.

    So Nana, bina kemahiran dan jadikan ia berkekalan. Awak dah pandai, tinggal lagi nak gunakan minda dan bantu diri menjadi mahir. Gabungan kedua-duanya kita dipanggil bijak.

  342. sebenarnya nana umo 16 tahun dan dalam aliran sains..thn dpn nana spm..tapi nana risau sgt dgn paper fizik,admath n kimia….nana bknlah seorg student yg berdisiplin..nana bce bku kalau nk exam jer…..camne nak disiplinkn dri ye..nana da buat jadual..tp nana ssh nk ikt…nana nak dapatkan yg terbaik untuk spm……..t.kasih

  343. stu lg nana nk tnya ade x lamn web mcm ni utk pelajarn klaz sc?kalau ada bgtau ye..t.kasih

  344. Nana, tanpa disiplin diri yang tinggi memang sukar nak bentuk strategi belajar yang terbaik. Apa pun dibuat tanpa disiplin diri dan motivasi kendiri, semua harapan hanya satu angan-angan. Nakkan yang terbaik mesti buat yang terbaik. Setiap sesuatu tindakan akan ada kesan akibatnya. Ingat tak siapa yang cakap perkara ni. Anyway oleh kerana awak aliran sains, sifu dulu pun aliran sains, jadi sifu tau ada 4 subjek yang consider tough dan berbeza dari kelas aliran sastera. Awak dah dapat kelebihan. Pelajar sains tulen yang cemerlanga mempunyai peluang melanjutkan pelajaran dalam banyak bidang. Sifu selalu umpamakan 180%. Pelajar aliran sains teknikal dah mengkhusus, sifu umpamakan 160% sbb pelajar sebegini dah tak dpt masuk kedoktoran sbb tak akan ambil bio dan kimia. Pelajar aliran sastera ikhtisas/perakaunan, umpama peluang 140% sebab walaupun pandai tak boleh jadi doktor , tak boleh jadi jurutera sbb tak ambil bio, kimia, dan fizik. Pelajar sastera dan aliran kemanusiaan umpama 90%, sebab walaupun pandai tak boleh jadi doktor, jurutera, perakaunan dan ICT. Nampak tak bezanya perkara ini. Kalau nana tak gunakan peluang itu, maka nana seumpama pelajar yang datang dari aliran sastera sebab mrk pun belajar subjek teras. Jika nana gagal dlm subjek sains tulen misalnya maka automatik peluang anda berubah dari 180% menjadi 100% atau worse 90% spt pelajar yang tak ambil subjek sains tulen.

    Sifu sendiri dulu ambil sains tulen, dan alhamdulillah cemerlang dalam fizik dan kepujian dalam biologi dan kimia dan Mtamb. Banyak peluang didapati, termasuk biasiswa (dululah, skrg sukar dpt biasiswa, stiff competition). Tapi kelebihan pelajar sains ialah, kalau nak masuk bidang bukan sains pun boleh, sebab kelayakan dah ada. Pelajar aliran sains layak mohon bidang lain, tapi pelajar aliran sastera kemanusiaan hanya layak mohon bidang tertentu kecuali kedoktoran, kejuruteraan, farmasi, perakaunan, dan bidang berasas sains yang lain. Tetapi mrk boleh memohon bidang spt pengurusan spt pentadbiran perniagaan, jika ada ambil ekonomi berpeluang masuk ke bidang ekonomi, dan bidang kemanusiaan lain. Pelajar perakaunan hanya boleh mohon perakanan, juga tak boleh masuk bidang kedoktoran atau kejuruteraan atau farmasis, tapi boleh memohon pentadbiran perniagaan, ekonomi (walau tak ambil eko dlm spm/stpm), pengurusan lain, juga bidang kemanusiaan (kecuali bidang ukur tanah, geologis jika tak ambil geografi), dll. Itu yang sifu tau berdasarkan analisis kemasukan pelajar ke Matrikuasi, STPM dan DIploma.

    Kesimpulan, nana dah ada peluang keemasan, tapi jika tak gunakan sebaiknya nana mungkin akan kecewakan diri sendiri.

  345. Ada guru fizik, cuba cari google kata kunci ‘fizik spm’ atau ‘soalan percubaan fizik’. Yg lain sifu tak tau pula.

  346. thanx sifu coz sudi reply msj nana..skrg nana rasa lebih yakin untuk ke form5.nana akn ubah diri nana yg dlu and akn jd nana yg bru yg lbh berdisiplin.doakn kejayaan nana.insyaAllah….assalammualaikum.

  347. Bagus nana. terima kasih kembali krn sudi melawat blog sifu.

  348. salam…
    mula2 belaja mmg susah..saya takde basic..so,kalau buat latihan mesti tak dpt sampai habis..pening gak..masalah saya…saya tak pandai nak mengelaskan dokumen2..paham sikit2 jer..masalah saya gak…apabila dah dpt buat,nanti diberi soalan lagi yang lebih kurang je saya akan jd keliru…sebab tak tau la..masih lagi kabur..tkut la kan next year dah nak dok spm lagi…exam taun ni ok la..tapi saya masih tak puas hati…jd saya nak tanya,mcm mana nak mengelaskan dokumen dengan tepat and kalau buat latihan tak perlu nak belek2 lagi soalan2 yang sblm..sbb sy salu cam tu…walaupun sy buat lthn byk..kadang2 give up jugak rasa nye..

  349. Keyrunne, jawapannya ialah latih tubi yang lagi dan lagi. Tapi tunggu dulu. Jangan pula kata “nasihat ini lagi..”. Trick sifu ialah, buat tapi biarlah keyrunne tidak lagi menganggap ia adalah subjek. Cuba keyrunne ubah sedikit teknik belajar itu. Main peranan atau berlakon bahawa soalan itu adalah urusniaga bisnes anda. Tanggungjawab anda menyediakannya dengan tepat, kerana anda nakkan ianya boleh dipercayai. Perhatikan bahawa dokumen-dokumen itu mempunyai ciri-ciri khas. Masing-masing ada kegunaannya. Setiap transaksi dalam setiap soalan dokumen sumber akan mempunyai ciri-ciri itu, tak akan ada perubahan. Ambil contoh Invois. Siapapun yang mengeluarkan invois, invois punya ciri yang sama iaitu untuk urusniaga kredit atau urusniaga secara hutang. Pelanggan berhutang dgn keyrunne atau keyrunne yang berhutang dengan pembekal (supplier).
    Cuba bayangkan anda mempunyai kedai runcit. Dari mana barang-barang kedai itu diperoleh? Dari pembekal. Dan siapa yang beli barang-barang itu? Pelanggan. Jika adanya urusniaga kredit apa harus anda buat? SImple. Jika jual kpd pelanggan secara kredit, anda akan keluarkan invois yang mana salinan ASAL (putih) akan diserah kpd pelanggan, manakala salinan pendua dipegang oleh anda/perniagaan anda (merah jambu). Ini wajib kerana sudah menjadi amalan perniagaan seluruh dunia. Jika anda beli dari pembekal barangniaga secara kredit, pembekal akan mengeluarkan invois dan salinan asal (putih) diserah kpd anda manakala salinan pendua (merah jambu) dipegang oleh pembekal sendiri. Dlm SPM, kita selalu mudahkan pelajar dgn petua ini: Invois Salinan – JUALAN KREDIT, Invois Asal – BELIAN KREDIT. Maka jika ada dokumen invois dari pembekal, jurnal belian, invois kepada pelanggan, jurnal jualan. Itu petua dia. Biasakan dengan ciri-ciri setiap dokumen yng unik itu.

    COntoh lain, MEMO. Memo ni hanya untuk kegunaan dalaman. Ianya catatan macam diari atau jurnal tetapi ringkas dan khas untuk urusniaga yang diluluskan. Oleh itu memo boleh digunakan oleh peniaga bagi apa-apa jenis urusniaga yang tidak melibatkan pengeluaran invois, resit rasmi, baucer pembayaran, atau lain-lain dokumen. Ambilan tunai contohnya, peniaga tidak akan mengeluarkan resit kpd diri sendiri, kerana tak boleh. Invois pun tak boleh kerana ambilan tunai tiada kaitan dengan urusniaga kredit. Baucer bayaran juga tak boleh digunakan untuk ambilan tunai kerana ambilan tunai bukannya bayaran kpd pemilik, sebaliknya ia seumpama mengambil balik modal. Kerana itu ambilan tunai dan ambilan barang niaga hanya ditulis dalam MEMO. So, persoalan kedua ialah bagaimana nak catat ambilan tunai/barangniaga yang ditulis dalam memo. Senang aje, setiap ambilan tunai akan mengurangkan tunai perniagaan. Maka konsep pengurangan bagi tunai di tangan dan tunai di dalam bank ialah KREDITKAN AKAUN TUNAI ATAU KREDITKAN AKAUN BANK, mana yang berkaitan. Sesuatu urusniaga yang dikreditkan akan ada pasangannya yang didebitkan. Dala kes ini, AKAUN AMBILAN. Oleh kerana melibatkan tunai/cek, maka buku catatan pertama yang wajib digunakan ialah BUKU TUNAI, kerana ia telah ditetapkan untuk merekodkan urusniaga berkaitan wang masuk dan keluar. Bgmn dgn ambilan barangniaga? Ada wang keluar secara langsung? TIADA. Kalau tiada. Tanya lagi, adakah ia melibatkan belian atau jualan barangniaga secara kredit? TIDAK. Adakah melibatkan pulangan barangniaga? TIDAK. maka Jurnal Pulangan Jualan dan Jurnal Pulangan Belian tidak boleh digunakan. Apa lagi yang tinggal? JURNAL AM! Maka dgn itu, untuk mencatat ambilan barangniaga, DEBIT AMBILAN, KREDIT BELIAN. Kenapa Akaun BELIAN dan bukannya akaun stok. MUDAH aja jawapannya. Ianya berkaitan amalan pengurusan stok. Dalam SPM diandaikan peniaga mengamalkan penilaian stok secara berkala iaitu awal tahun dan akhir tahun sahaja. Dalam sistem ini, sebarang belian barangniaga tambahan (walaupun kita tau ia adalah stok perniagaan juga), akan dilaporkan secara berasingan. Untuk itu AKAUN BELIAN tercipta. Akaun Belian sebenarnya adalah akaun stok, tetapi khas untuk nilai berubah-ubah. yalah, bila beli barang, nilai bertambah, bila diambil, akan dikuragkan. Kaedah ini banyak faedahnya untuk perniagaan berskala kecil, maka ia masih diamalkan diseluruh dunia. Berbalik kepada persoalan kenapa akaun belian. Oleh kerana Akaun STOK hanya betul pada akhir tahun dan awal tahun, maka ia tidak boleh sama sekali digunakan untuk transaksi pada tarikh-tarikh lain. Ingat ini utk amalan penilaian stok/inventori berkala. Untuk itu AKAUN BELIAN digunakan. Begitulah mudahnya amalan perakaunan yang telah diamalkan berkurun-kurun lamanya, dan telah dimodenkan, tetapi masih mengekalkan konsep, prinsip dan amalan perakaunan yang sama diseluruh dunia.

    Daripada contoh-contoh sifu, Keyrunne/kiran bolehlah cuba memahami pula dokumen-dokumen lain. Cuba buat cerita bagi setiap dokumen yang ada. Tak apa, kerana kefahaman ini akan digunakan secara berterusan, bukan hanya berhenti dlm SPM. Walaupun tak jadi akauntan, tapi menjadi pekerja bidang lain pun jika tau akan menjadi pekerja yang berkualiti.

  350. terima kasih byk2 sifu..sy akan cuba ubah teknik belajar tu tapi mcm mana pulak nak buat lembaran kerja..masih tak faham..

  351. Sebenarnya masih the same technic. Awak mesti melihatnya dlm konteks debit dan kredit. Pengkelasan akaun walau apa jua soalan adalah perkara utama. Aset adalah aset walaupun soalan itu soalan dokumen atau soalan lembaran kerja atau soalan penyata. Begitu juga dengan jualan, baik jualan tunai atau jualan kredit, always about crediting Sales account. Cara belajar akaun ialah fahami dan terima sifat-sifat akaun-akaun itu. Kalau perlu buat catatan atau nota mengenainya dan tampal di dinding untuk dibaca berulang kali. Gerenti lepas tu awak akan faham dan mahir dengan teknik debit dan kredit. KEbanyakan pelajar menyangka mereka mesti belajar bermati-matian, sebenarnya salah. Ini bukannya matematik atau matematik tambahan yang banyak formula. Sebenarnya akaun adalah tentang konsep yang nyata dan berulangan (benar utk SPM). Dari Januari dlm T4 hingga ke November dlm T5, konsep itu juga dipakai, debit, kredit, aset semasa, aset bukan semasa, dsb. Lembaran kerja hanyalah satu alat untuk membina laporan kewangan. Sebab itu dlm lajur 7 hingga 10, adalah ruangan Akaun perdagangan dan untung rugi dan Kunci Kira-kira. Semua akaun yang ditanya disenarai disana, awak hanya perlu kenalpasti akaun itu dikelaskan sebagai aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja. Itu aje. Untuk pelarasan kenal pasti kesan menambah atau mengurang, dan apakah akaun yang terlibat. AKaun yang terlibat sebenarnya telah dinyatakan dlm setiap maklumat tambahan. Kemahiran memahami bahasa melayu yang penting di sini, barulah kemahiran akaun. Tanpa kemahiran memahami bahasa, ramai pelajar gagal mengikuti arahan soalan dan maklumat diberi. Itulah sebenarnya masalah pelajar.

    Latih tubi lagi dan lagi, dan selami konsep itu dengan teliti. AWak pasti akan berjaya. Awak mesti terkejut, hanya dengan lebih perihatin lebih sedikit dari biasa, awak terus faham. LEbih senang belajar akaun dari matematik atau sains. Percayalah.

  352. assalamualaikum..kat mne sy boleh dpt contoh2 soalan akaun & add mate?

  353. Contoh soalan di sini pun ada. Cari aje dlm blog ini. Add Math, tak tau pula.

  354. terima kasih byk2 sifu..sy akan mencuba dan terus mencuba…nanti klu ada pa2 lagi sy tanya sifu lagi…thanks a lot…

  355. dlm blog ni?ok.em..sy de msalh sket la.kunci kira2 yg sy buat slalu x balance.pe mslahnye ye?

  356. Semak apa jadi dengan belanja atau hasil terdahulu atau terakru. Selalunya itulah penyebab ketidak seimbangan. Tip sifu, hitung beza jumlah sblh Dt dgn Kt. Kemudian cuba cari nilai yang serupa dari dlm soalan ada atau tidak, jika tak ada cuba pula nilai separuh dari beza itu, ada tak nilai yang sama dlm soalan. Selalunya kesilapan pelajar berkait rapat dgn ketinggalan item atau kesilapan pengiraan.

    Selain dari itu, cara terbaik ialah menghafal format KKK. Jika dah berjaya dan semua item ditulis dan dihitung dgn betul, secara automatik, KKK mesti seimbang.

  357. trima kasih sifu..tp result akaun sy slalu dpt B.de tips x yg boleh memudahkan sy utk skor A dlm akaun?

  358. Tak de tip utk kali ini Zalila. Sifu belum tau bgmn jawapan sebenar Zalila, jadi sifu tka blh nak bagi nasihat khusus. Wlubgmnpn, sila tanya guru zalila semula, dan minta nasihat secara ikhlas, bgmn nak kukuhkan kemahirah di bhgn yang anda selalu terkurang markah. Itu lebih baik. Selain mengeratkan hubungan guru-pelajar, ia juga blh membantu zalila mengenalpasti mslh sebenar zalila.

  359. O..ok.tp sy ssh sket utk b’komunikasi dgn ckgu sbenarnye.tp takpelah lain kali kalau sy de mslah dgn akaun sy akn tnye sifu.askum..

  360. NO problem. Zalila sentiasa dipelawa bertanya di sini. Baik juga untuk pengunjung lain.

    Untuk pengetahuan semua pengunjung blog sifu, post ini kini ditutup dari komen tambahan. Untuk tips and trick bagi SPM 2008, sila gunakan link baru ini.

    Anggap saja link baru itu adalah edisi ke-2 bagi perbincangan sifu dan anda. Berjumpa kita di tahun 2008.

  361. […] Posts TIPS & TRICK NAK LULUS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2007Koleksi Soalan SPM Sebenar dan KlonSoalan Prinsip Perakaunan SBP & MRSMSiri Bestari Perakaunan […]

%d bloggers like this: