Buku Teks Prinsip Perakaunan SPM

Sepertimana anda semua dah ketahui, buku teks Prinsip Perakaunan ada dua versi. Sila rujuk imej di bawah dan penerangan yang diberikan.

BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN SATU (warna kebiruan)
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Loh Lan
Negeri : Perlis, Kedah, Selangor, N.Sembilan, Pahang, P.Pinang, W.Persekutuan K.Lumpur & Labuan, Sabah, Sarawak
URL imej : https://sifu2b.files.wordpress.com/2008/08/btpak11.png

BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN DUA (warna kemerahan?)
Penerbit : Allwrite Sdn. Bhd.
Harga : RM11.90
Penulis : Ismail Ab. Wahab, Faridah Ahmad dan Azmi Abd Hamid
Negeri : P.Pinang, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan
URL imej : https://sifu2b.files.wordpress.com/2008/08/btpak2.png

Buku teks tingkatan lima juga mempunyai warna latar yang sama. maka buku teks edisi sabah, sarawak dan negeri lain berwarna kebiruan juga, manakala buku teks kelantan, terengganu dan lain-lain adalah kemerah-merahan.

Tujuan sifu paparkan tentang buku teks ini ialah:

a)   Sifu sendiri perlu tahu negeri mana yang gunakan buku teks yang serupa dengan Sabah. Sifu dah tahu dah. Kami di Sabah gunakan buku teks prinsip perakaunan SATU.

b)  memudahkan perbincangan kita semua (guru dan pelajar). Anda boleh utarakan kekeliruan atau ketidakfahaman tentang topik atau soalan dalam buku teks (Versi Satu-Sabah) berserta dengan nombor mukasurat yang berkenaan. Insyaallah sifu boleh beri respons yang lebih baik. TETAPI BUKAN BERI JAWAPAN. Itu tugas pelajar menjawab tugasan atau kerja rumah yang diberi.

About these ads

9 gerakbalas-gerakbalas

  1. sifu,mcm mn nak selesaikan soalan dlm buku teks TINGKATAN 4 m/s 177 (soalan 5).

  2. Happy,
    Buku teks yg mana satu? BT1 atau BT2? kalau BT1 okay, sebab sifu gunakan buku itu. Apa-apapun, esok sifu akan baca buku teks dan lihat soalan tersebut.

  3. sifu,soalan tu dlm buku teks 1.

  4. Happy,
    baiklah sifu dah sediakan CADANGAN atau panduan menjawab, bukannya jawapan lengkap. Oleh kerana panduan ini sifu tulis di atas skrin, maka sifu sediakan dalam bentuk fail PDF. Sila muatturun dan baca panduan sifu sekarang.

    Sebarang pertanyaan atau komen lanjut happy boleh terus tulis di sini.

  5. salam….
    disi saya nk tanye mcm mane nak dapatkan buku rujukan bg pelajar STAM(Sijil tinggi Agama Malaysia)iartu buku senua subjek.Semuanya dalam bahasa arab.Saya sifu dapat membantu.Terima kasih

  6. cikgu, saya tak dapat jawab soalan rekod tak lengkap buku teks 1 muka surat 185, soalan ke 13.
    saya dapat belian 12924,
    jualan 19244,
    untung kasar 5905,
    saya dapat untung bersih 1144,
    tapi jawapan buku teks untung bersih 1476, saya tak pasti saya salah di mana la cikgu.. cikgu boleh tolong saya check tak??

  7. nur 'afini anuar

    akaun ni agak2 payah x ya ?

  8. macam mane nk jawap soalam m/s 307 number 6 tingkatan 5?

  9. Sifu….anak sya minta sya carikan buku rujukan/latihan prinsip akaun form 4…anak sya skrg di mrsm jb…penerbit mana yg terbaik utk sya beli…thanx ya sifu…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 125 other followers

%d bloggers like this: