Mengajar Silibus baru Prinsip Perakaunan SPM Best

Buku teks baharu subjek Prinsip Perakaunan hanya tiba dalam bulan Disember 2010 (setakat yang saya dimaklumkan) dan tak sempat diedarkan terlebih awal kepada pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan tahun lalu (tingkatan empat). Sebagai guru, saya tercari-cari buku tersebut di kedai-kedai buku tetapi hampa. Cadangan nak membaca terlebih dahulu buku tersebut sewaktu cuti sekolah terkubur.

Akhirnya pada minggu pertama, lebih tepat lagi hari rabu, 5 Januari 2011, dengan campur tangan ketua panitia prinsip perakaunan, maka dapatlah buku teks baharu tersebut dipinjamkan kepada pelajar tingkatan 5 yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM 2011 ini. Buku lama dikembalikan dan digantikan dengan buku baharu tersebut.

Setakat ke hari ini, saya telah mengajar selesai mengajar bab 8, yang melibatkan kemahiran penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dan Belanjawan Tunai berserta Varian. Dalam bab ini, topik pengiraan varian adalah yang pengisian terbaru. Tetapi ia masih mudah kerana ia hanya melibatkan pengiraan perbezaan antara angka belanjawan dengan angka sebenar yang sedia diberikan. Selepas itu penetapan sama ada ia adalah positif/memuaskan ataupun negatif/tidak memuaskan. Pentafsiran atau penerangan lanjutan tidak diperlukan. Menarik!

Bab 9 di mana akan dimulai minggu hadapan melibatkan bab baru keseluruhannya iaitu Perakaunan untuk Penggajian. Ini merupakan bab yang menyeronokkan. Guru mestilah membaca dahulu keseluruhan bab ini. Saya sendiri menggalakkan rakan-rakan guru supaya mencuba menjawab soalan-soalan tersebut terlebih dahulu agar tidak kalut di dalam kelas nanti.

Apa yang bestnya mengajar silibus baru Prinsip Perakaunan ni? Kepada saya apa-apa yang berkaitan perakaunan memang best. Apatah lagi dengan peningkatan taraf dan pengemaskinian silibus dan buku teks baharu yang memperbetulkan semua kekilafan lama. Contohnya, Peruntukan susut nilai adalah kekhilafan yang terpakai bertahun-tahun lamanya sedangkan jelas dalam penggunaan sebenar perakaunan, istilah yang diguna pakai ialah SUSUT NILAI TERKUMPUL. Mulai tahun 2011, istilah inilah yang akan dipakai. Barulah best! Barulah boleh mengguna pakai ilmu yang diperolehi di universiti dahulu, tanpa keraguan.

Sebab itulah saya katakan silibus baru kali ini BEST!!!

Tetapi nak kongsi ‘RALAT’ di sini. Soalan Kajian Kes Bab 8 ada kesilapan cetakan yang amat ketara. Perhatikan soalan tersebut. Bulan yang disoal tidak sama dengan maklumat (jadual) yang diberikan. Begitu juga perkataan ‘Jumlah Tunai’, pada pandangan saya, sepatutnya diganti dengan perkataan ‘JUALAN TUNAI’, sesuai dengan pengisian topik belanjawan tunai dan varian yang direka untuk tahap SPM.

Sekadar berkongsi kegembiraan. Memang Best!

Advertisements

10 responses

  1. salam..sifu ada sugesstion buku aktiviti form 5 yang sesuai ngn student x?

  2. zai :
    salam..sifu ada sugesstion buku aktiviti form 5 yang sesuai ngn student x?

    Hmm, belum ada lagi Zai. Kebetulan belum ada kesempatan meninjau kedai buku lagi kalau-kalau ada produk baru susulan dari keluarnya buku teks baharu ini. Tetapi tak mustahil Sasbadi akan keluarkan buku latihan bersesuaian kerana merekalah penerbit buku teks PAK 4/5 baharu itu.
    Sama-sama kita kongsi maklumat terkini okay.

  3. ok…thankx sifu..

  4. salam sifu ku..mau ak tny ma kau,, mark keja kursus ting 4 2010 tu LPM tak ambil ka?

  5. Salam… Sifu… nak tanya..

    Menurut sukatan baru, Diskaun Diberi dianggap kontra kepada Jualan, Manakala Diskaun Diterima dianggap kontra Belian.

    Jadi…

    Saya nak bertanya tentang urusniaga ini dan kesannya ke atas persamaan perakaunan

    Urus niaga : Mengeluarkan cek RM1850 kepada pemiutang dan terima diskaun RM240

    Jawapan 1 saya : Bank -RM1850, Pemiutang -RM2090, Hasil +240

    atau

    Jawapan 2 saya : Bank -RM1850, Pemiutang -RM2090, Stok -RM240

    Yang mana satu betul untuk sukatan Prinsip Perakaunan yang baru? Jawapan 1 atau Jawapan 2?

    Soalan ini saya dapat daripada buku teks Sabah muka surat 72.

    Terima kasih banyak kerana sudi bantu saya.

  6. Muhammad Nuh :
    salam sifu ku..mau ak tny ma kau,, mark keja kursus ting 4 2010 tu LPM tak ambil ka?

    Ambil. Ia akan dihantar sekali dengan tugasan 2 akan datang ini.

  7. Ain :
    Salam… Sifu… nak tanya..
    Menurut sukatan baru, Diskaun Diberi dianggap kontra kepada Jualan, Manakala Diskaun Diterima dianggap kontra Belian.
    Jadi…
    Saya nak bertanya tentang urusniaga ini dan kesannya ke atas persamaan perakaunan
    Urus niaga : Mengeluarkan cek RM1850 kepada pemiutang dan terima diskaun RM240
    Jawapan 1 saya : Bank -RM1850, Pemiutang -RM2090, Hasil +240
    atau
    Jawapan 2 saya : Bank -RM1850, Pemiutang -RM2090, Stok -RM240
    Yang mana satu betul untuk sukatan Prinsip Perakaunan yang baru? Jawapan 1 atau Jawapan 2?
    Soalan ini saya dapat daripada buku teks Sabah muka surat 72.
    Terima kasih banyak kerana sudi bantu saya.

    Dari pengamatan sifu, jawapan 1 adalah yang betul. Diskaun Diterima adalah HASIL, dan sememangnya sifat akaun tersebut penerimaan hasil.

    Jika masih ragu-ragu, fikirkan tentang Akaun Pulangan Belian (APB) dan bandingkan dengan DIskaun diterima tadi. Tahukah anda Akaun Pulangan Belian (APB) adalah kntra Belian yang sifatnya mengurangkan NILAI BERSIH AKAUN BELIAN. APB mempunyai sifat utama iaitu berbaki sebelah Kt. Dari segi pelaporan AKaun Perdagangan, Ia sengaja ditulis disebelah kiri Akn. Pdgn dan dicatat melalui operasi hasiltolak. Tetapi Pulangan Belian juga mengurangkan belanja kendalian. Diskaun Diterima pula mengurangkan PENGURANGAN WANG TUNAI/DIBANK, atau lebih tepat lagi meningkatkan HASIL.

    Jawapan 2 memang salah kerana urusniaga yang awak nyatakan jelas merujuk kepada urusniaga pembayaran kepada pemiutang – melibatkan pergerakan keluar WANG TUNAI (di tangan atau dalam bank/cek). Maka STOK tak berkaitan sama sekali.

    Persoalan diskaun diterima kontra kepada belian hanyalah merujuk kepada KAEDAH PELAPORAN dalam AKAUN PERDAGANGAN bagi tahun berakhir perakaunan.

    KOMEN TAMBAHAN:
    Sebenarnya dalam standard perakaunan antarabangsa, pendekatan dalam buku teks lama masih lagi SAH, dan begitu juga pendekatan laporan dalam buku teks baru ini. Jika pemeriksa SPM kertas PAK nanti peka kepada kebiasaan dan kaedah alternatif yang telah dan masih diamalkan, maka sepatutnya jawapan pelajar yang mengguna kaedah lama atau kaedah baru (kontra akaun belian contoh tadi) wajib diterima sebagai BETUL DAN SAH.

  8. sifu ape mksod diskaun diterima dan diskaun diberi???

  9. Sifu, kalau tak tulis positif dan negatif tetapi memuaskan dan tidak memuaskan dalam catatan varien untuk belanjawan tunai boleh tak?

  10. ade jual x buku ni ? klo ade tolg kontek sy ye.. 0108945740.. nk 4 buah 🙂 kt tg.malim susah nk dpt. huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: