Kata-kata Perangsang Kendiri untuk Diri

Ayat Refleksi diri sebagai Guru

“Kita susahkan diri kerana kita nak senangkan bangsa. Kita dulu dapat manfaat dari dasar pendidikan negara masa lampau, Jika tidak masakan kita menjadi cendikiawan sekarang, walaupun hanya berjawatan guru sekolah. Usahakan supaya generasi baru sekarang dapat manfaat yang sama atau serupa, atau lebih, untuk masa depan mereka pula.”

Oleh Cikgu Rithuwan Nasir.

10 responses

  1. assalamualaikum sifu ,
    saya dapat
    bahasa melayu A+
    bahasa inggeris A-
    mathematics A+
    pendidikan islam A
    matematik tambahan A-
    sejarah A+
    kimia B
    physics B
    biology C+

    tapi saya berminat dalam dentistry ,
    1 . layak kah saya ?
    2 . universiti mana yang sesuai atau asasi mungkin ?
    3 . bagaimana ingin saya memohon

    lagi satu layak kah saya memohon biasiswa atau pinjaman dan boleh bertukar menjadi biasiswa apabila saya mendapat keputusan cemerlang nanti ? saya masih ragu ragu ? dan bagaimana ingin memohon ?

    saya harap sifu apat membantu saya😥

  2. assalamualaikum sifu,
    saya berminat dlm bidang farmasi tapi result subjek sains saya taklah baik sngt

    Kimia= B
    Physics=C+
    Biologi=C

    saya mmg tak layak utk bwt diploma dlm bidang farmasi.

    tpi kalau saya bwt pra-diploma dulu sifu rsa idea yg baik atau tidak??
    dan berdasarkan keputusan saya melayakkan saya utk melanjutkkan diploma dlm bidang kejururawatan.

    tapi sifu saya ada rsa sedikit takut nanti saya takdpt bawak pra-diploma itu sendiri.
    tapi saya mmg minat sngt nk bwt diploma farmasi.

    harap sifu dpt bantu saya.
    saya tengah runsing.

  3. farah izzah :
    assalamualaikum sifu ,
    saya dapat
    bahasa melayu A+
    bahasa inggeris A-
    mathematics A+
    pendidikan islam A
    matematik tambahan A-
    sejarah A+
    kimia B
    physics B
    biology C+
    tapi saya berminat dalam dentistry ,
    1 . layak kah saya ?
    2 . universiti mana yang sesuai atau asasi mungkin ?
    3 . bagaimana ingin saya memohon
    lagi satu layak kah saya memohon biasiswa atau pinjaman dan boleh bertukar menjadi biasiswa apabila saya mendapat keputusan cemerlang nanti ? saya masih ragu ragu ? dan bagaimana ingin memohon ?
    saya harap sifu apat membantu saya😥

    Farrah Izzah,
    1. Anda layak ke bidang pergigian. Tahniah di atas pilihan anda. Negara masih memerlukan ramai Dentist.

    2. Permohonan biasiswa umumnya, seperti Biasiswa JPA/MARA, adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam SPM terbaru. Dalam hal ini anda bukanlah antara pelajar cemerlang yang diutamakan kerana ada juga gred yang di bawah A. Apa-apapun, tak mustahil akan ada tawaran biasiswa dari negeri masing-masing. Kalaupun tidak, ada juga pihak tertentu yang menawarkan pinjaman pendidikan yang boleh ditukar kepada biasiswa apabila cemerlang nanti. Kalau sifu tak silap, pinjaman PTPTN juga ada menawarkan pinjaman boleh tukar ke biasiswa. Tetapi awak mestilah dapatkan maklumat (BERTULIS dan diyakini sebaik-baiknya) dari PTPTN berkenaan program apa yang boleh anda mohon dan berpeluang mendapat conversion itu. Tak boleh main-main lepas tu.
    Di Malaysia ini, anda boleh memohon masuk ke IPTA yang menawarkan bidang perubatan. CUma lagi, kemasukan ke peringkat ijazah memerlukan anda memenuhi syarat awal dahulu iaitu belajar di Matrikulasi sains atau mendapat kelulusan STPM sains. Atau juga lepasan Program asasi Sains di IPTA yang berkenaan. Antara IPTA yang boleh sifu cadangkan ialah UKM, UM dan USM, dan mungkin juga UiTM (semak semula okay). Tetapi sifu difahamkan yang ada juga program Diploma Sains yang boleh mengikuti program dentistry. Sifu harap anda sahkan sendiri kebenaran perkara ini dengan menghubungi secara terus pihak UiTM.

    Begitulah secara umumnya kelayakan dalam negara. Kecualilah anda layak ke luar negara, maka dalam hal ini, anda hanya perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PENAJA PENGAJIAN dan/atau IPT luar negara berkenaan. Maaf dalam hal demikian, sifu tak arif tentang pengajian pergigian luar negara secara terperinci. Umumnya, ada pelajar pergigian yang belajar di Indonesia selain di hantar ke India dan UK. Ada juga pelajar yang membiayai sendiri pengajian luar negara. Dalam kes tersebut, terserahlah kepada pelajar dan ibu bapa masing-masing menentukan di negara mana mereka patut belajar.

    Semoga berjaya.

  4. jongkyung :
    assalamualaikum sifu,
    saya berminat dlm bidang farmasi tapi result subjek sains saya taklah baik sngt
    Kimia= B
    Physics=C+
    Biologi=C
    saya mmg tak layak utk bwt diploma dlm bidang farmasi.
    tpi kalau saya bwt pra-diploma dulu sifu rsa idea yg baik atau tidak??
    dan berdasarkan keputusan saya melayakkan saya utk melanjutkkan diploma dlm bidang kejururawatan.
    tapi sifu saya ada rsa sedikit takut nanti saya takdpt bawak pra-diploma itu sendiri.
    tapi saya mmg minat sngt nk bwt diploma farmasi.
    harap sifu dpt bantu saya.
    saya tengah runsing.

    jongkyung,
    1. Betulke atau tak layak ke DIploma Farmasi? Apa kata awak mohon juga ke bidang itu tetapi ke IPTA yang terletak di luar Pantai barat semenanjung Malaysia. Mungkin taktik itu boleh menjadi. Tetapi bila fikir balik, ramai juga yang sifu dah nasihatkan perkara yang sama, so tak tahulah akan menjadi atau tidak. Tapi tak apa, jangan kalah. Mohon sahaja.

    2. Cadangan ke program Pra-Diploma Sains itu pun amat baik sekali. Sekurang-kurangnya anda menyedari kecacatan keputusan SPM awak dan bersedia mengubahnya. Mohonlah ke program tersebut.

    Semoga berjaya.

  5. awww terima kasih sifu.

  6. sifu, sy perlukan pandangan sifu mngenai bidang yg bakal sy pilih…smada farmasi,pergigian,atau mna2 bidang perubatan….
    BM A+
    BI A
    MAT A
    MAT TAMBAHAN A-
    SEJARAH A
    PEND.ISLAM A-
    FIZIK B+
    KIMIA A
    BIOLOGI A

  7. sy tidak mahu dilelong jika x mndapat cgpa yg tdak tgi semasa di matrik.seolah olah saya memperjudikan pula masa dpan saya jika sy mendapat course yg susah mendapat peluang pekerjaan..harap sifu dpat mmberikan pandangan

  8. maaf..1 lg kekeliruan..apa makna GCE-O DI bahagian bawah slip keputusan spm?

  9. maaf…persoalan demi persoalan dtg….huhu.
    kalo gceo level sy 3B apa mksudnya.dannapakah gred terbaik untuk gceo

  10. Aisyah 0610,
    Banyaknya soalan.
    1. Prestasi SPM awak memungkinkan awak memohon dan mungkin boleh berjaya mendapat program yang awak hajatkan. Cuma lagi ia adalah program Ijazah.. Oleh itu, untuk pengajian di IPTA tempatan, awak mestilah mengikuti program pra-ijazah seperti matrikulasi sains atau asasi sains/berkaitan dengan sain, ataupun diploma sains/berkaitan dengan sains.
    2. Soal takut dilelong itu tidak seharusnya timbul kerana ia belum berlaku. MEngetahui keadaan itu, maka apabila anda berjaya belajar ke matrikulasi, perkara pertama patut anda akui ialah bahawa kecemerlangan SPM hanyalah sejarah, dan kecemerlangan di kolej matriks adalah realiti yang mesti anda cipta. Oleh itu, keinginan dan tekad untuk mencapai CGPA tertinggi dalam KMKPM adalah amat dialu-alukan. Insyaallah, kerjaya dalam bidang farmasi, pergigian masih dalam bidang yang mudah mendapat pekerjaan di dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
    3. GCE-O adalah gred BI awak mengikut piawai antarabangsa. Sebenarnya kertas peperiksaan BI SPM awak diperiksa/ditaksir dua kali. Kali pertama hanya untuk gred SPM dan kali kedua untuk gred piawai antarabangsa. Ia penting kalau awak belajar ke luar negara terutama ke UK. Ia menentukan sama ada awak masih wajib mengikuti kuliah persediaan BI sebelum belajar di IPT negara itu atau sebaliknya. Nilai gred serupa dengan gred SPM. Tetapi kerap kali pelajar akan memperoleh gred BI untuk SPM tak sama dengan gred GCE-O.
    4. GCE-0 3B tu kira kepujian tinggi juga. Gred tertinggi GCEO ialah 1A. Dengan kata mudah, ia serupa seperti gred SPM sebelum ini.

    Semoga berjaya.

%d bloggers like this: