Mencipta Minat belajar Prinsip Perakaunan SPM

Adakah anda dipaksa belajar Prinsip Perakaunan (PAK)? Ada pelajar cemerlang dalam PMR? Jika kedua-dua jawapannya YA, maka anda rugi! Pelajar cemerlang PMR sudah tentu diberi peluang untuk menjadi lebih cemerlang. Seperti norma pendidikan sedia ada, pelajar cemerlang akan ditawarkan masuk ke kelas sains tulen, seterusnya ditawarkan masuk ke kelas sastera ikhtisas di mana PAK adalah salah satu subjek yang ditawarkan untuk SPM, dan begitulah seterusnya. Anda masih rasa dipaksa? Okaylah, memang dipaksa, sama seperti pelajar lain pun, contohnya pelajar aliran sains tulen. Mereka juga dipaksa belajar subjek yang susah. Lagipun ramai orang boleh cemerlang dalam SPM pun walaupun tak ambil subjek killer. Ini tidak, anda dibebankan dengan subjek sukar sehingga dirasakan ‘tak adil’ kerana anda terpaksa belajar lebih keras berbanding pelajar bukan aliran sains tulen dan sastera ikhtisas.

Ops, nanti dulu. Anda sebenarnya tidak rugi, tidak dibebankan, malah sebaliknya. Anda adalah golongan yang dirasakan bijak dan mampu menguasai subjek susah. Saya pasti anda tahu kemampuan anda itu. Ya anda sememangnya mempunyai kemahiran belajar, atau daya ingatan yang kuat, atau penumpuan yang tinggi, atau kesemuanya sekali. Sebab itu, anda berjaya mengharungi PMR dengan jujur dan meraih kejayaan yang terpuji. So, salahkah pihak sekolah mengiktiraf anda sebagai kumpulan bijak dan mampu menempuh subjek killer?

Malah, anda seharusnya berasa berbangga dengan pengiktirafan ini. Tinggal lagi sekarang bagaimana anda mengatasi ‘kekejutan budaya’ memasuki tingkatan empat. Jika dipaksapun, gunakan peluang ini kerana ia adalah antara peluang terbaik untuk anda. Gantikan perasaan dipaksa dengan perasaan ingin belajar benda baru.

Mana ada budak yang sejak lahir dah tahu bagaimana menunggang basikal. Semuanya melalui proses pembelajaran yang berterusan, tetapi bermula dengan keberanian dan kerelaan. Kebanyakan kanak-kanak yang kini mahir berbasikal dahulunya dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk mencuba. Ada yang berani ada yang penakut. Itu sudah lumrah alam. Percubaan pertama jatuh, tak dapat imbangkan diri. Nak quit? Tak boleh, ibu bapa yang prihatin akan merangsang anaknya untuk terus mencuba. Lama-kelamaan akan bertambah pandai. Kisah selanjutnya, anda dah boleh agak dah.

Sama seperti belajar PAK, sememangnya dipaksa diperingkat awal. Tapi jangan jadikan ia alasan tak nak belajar. Kami guru menawarkan kepada anda pengalaman yang berguna. Tak faham, nanti guru marah. Laa, memanglah tak faham, dah inilah pertama kali pelajar akan belajar PAK. Tak pernah kita ajar pelajar sedari Tingkatan Satu. Inilah pertama kali, so kalau tak faham tu perkara biasa. Jadi macam mana nak atasi perasaan dipaksa?

Cipta MINAT awak.

M=Main peranan I=Intelek N=Nasihat A=Akur T=Teknik

  1. Main peranan sebagai pelajar baik, jujur dan sopan santun. Belajar dan patuhi ajaran dan nasihat guru seperti juga anda belajar subjek lain. Lupakan perasaan dipaksa.
  2. Intelek awak adalah kunci kejayaan subjek ini, insyaallah. Gunakan kepandaian awak, bukannya perasaan amarah awak. Anggap saya intelek anda perlu dikembangkan dan dicabar dari semasa ke semasa.
  3. Nasihat dicari dari guru-guru pakar seperti guru kaunseling, guru mengajar dan ibu bapa sendiri, terutama kaitannya dengan kerjaya masa depan. Tahu tak, perakaunan adalah salah satu bidang profesional tertua di dunia?
  4. Akur kepada disiplin dalam perakaunan. Teknik mudah catatan bergu adalah disiplin. Catatan debit dan kredit adalah disiplin. Semuanya peraturan yang dipakai di seluruh dunia, lebih baik jangan dibantah. Ajar diri supaya akur kepada ketetapan ini, selebihnya menjadi lebih mudah dan menjadi logik.
  5. Teknik belajar yang betul hendaklah diteruskan, dan mungkin dengan sedikit pengubahsuaian yang perlu. Ingat cara dan tempoh masa belajar BM tak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar Matematik. Juga tidak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar bagi subjek Prinsip Perakaunan ini.

Last sekali, minat sebenar awak, rangsangkan dengan pelbagai cara yang boleh, sama ada melalui pergaulan sihat dengan guru mengajar dan rakan sebaya yang juga ‘enjoy’ belajar PAK. Sifu dah tau apa bezanya ‘seronok belajar’ dengan ‘minat belajar’. Anda pun akan tau kelak.

Kesimpulannya, cipta minat untuk belajar Prinsip Perakaunan. Awak takkan kerugian mempelajarinya. Minat adalah pemula kepada keseronokan belajar dan satu dari langkah mencipta kecemerlangan akademik buat diri anda sendiri. Minat umpama gula di dalam minuman. Tanpa gula, manalah manisnya sirap ros di atas meja anda itu. Jika anda tidak mahu rugi seperti sifu sebut sebelum ini, jangan biarkan anda ‘dipaksa’, jadikan anda pelajar ‘berminat’ dan cemerlang!

I know you can do it!

Advertisements

31 responses

  1. saya merupakan pengajar di politeknik, pernah mengajar perakaunan awalan (lebih kurang macam prinsip perakaunan) mendapati peratus pencapaian pelajar jatuh pada sesi ini… jika boleh bincangkan teknik yang berkesan.

  2. Normala, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Suatu permintaan yang besar tu. Saya akan fikirkan cara dan bila masa yang sesuai.

  3. terima kasih atas nasihat anda

  4. Amzar,
    Sama-sama. Gembira dapat menolong sesiapa jua.

  5. hai.. saya pelajar form4,next year saya akn mnduduki exam spm..saya merasakan b’potensi dlm bidang perakaunan ini. Saya pelajar aliran sains perakaunan.. mksudnya subjek tambahan dalam aliran saya itu adalah addmath, physics, chemist, prinsip akaun dan EST.. tetapi saya bercadang utk drop EST dan m’ggntikannya dgn subjek ekonomi asas… sifu rasa betul ke yg saya lakukan ini? saya juga b’cita-cita mlanjutkn pelajaran ke ipta dalam bidang perakaunan atau pemasaran.. pada pendapat sifu, apakah subjek yg perlu saya skor dlm spm untuk melanjutkan pelajaran ke ipta dalam jurusan prinsip perakaunan dan pengurusan perniagaan? harap sifu dapat membantu persoalan ini.. kerjasama sifu amat saya hargai.. hehe..

  6. maaf kerana lambat menyertai blog tuan.
    saya juga pengajar dalam bidang perakaunan. Minta pandangan apakah aktiviti yang boleh timbulkan minat subjek ini.
    cth nya…sebarang abm, role play dsb.
    tk

  7. sy form4 taon nie..sy ambk aliran akaun dr bln7 krna sblm ni sy ambk alirn sc..mslh sy, sy ambk ujung taon so sy terpaksa bekerja lbh keras b’bnding kwn2 len utk kuasai akaun..sy buntu krana taon dpn sy akn ambk spm..sy tkot xsmpt nk bljr..arap sifu tolong…

  8. Sofia,
    sifu akan tolong awak setakat yang mampu. Jika awak pelajar sekolah saya, maka jangan segan berjumpa dengan sifu. Jika bukan, tak apa, rajin-rajinlah melayari blog ini dan nyatakan permasalahan akaun awak. Kita akan berusaha bersama-sama ke arah kejayaan awak.

  9. this year saya baru nak masuk form4.Dalam kelas tu saya pilih prinsip akaun ,saya cepat boring subjek ni dan cepat pening.Bantulah saya mengatasi masalah saya nie.

  10. saya ada soalan untuk ditanyakan kepada sifu,
    saya berharap sifu dpt memberi saya sedikit penjelasan tentang soalan ini.saya kini berada di ting4 di sebuah sekolah agama dan mengambil aliran sastera ikhtisas 2 iaitu saya tidak mengambil suBjek ADD MATH….saya diberitahu oleh saudara saya bahawa jika tidak mengambil add math saya tidak mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan..BENARKAH??

  11. salam sifu..
    saya pelajar spm tahun 2010.
    saya ingin bertanya kepada sifu..
    saya berminat dlm bidang perakaunan dan ingin melanjutkan pelajaran sama ada memasuki matrikulasi ataupun melanjutkan diploma..
    saya ingin bertanya, apakah kelayakan utk memasuki matrikulasi dan kelayakan utk melanjutkan diploma dlm bidang perakaunan?
    masalah yang saya hadapi, sy lemah dalam subjek add math dan pencapaian agak memuaskan dlm subjek matematik.
    masih layakkah saya utk melanjutkan pembelajaran sy dlm bidang akaun sama ade melalui matrikulasi ataupun diploma?
    soalan terakhir, apakah peluang perkerjaan yg ditawarkan dlm bidang perakaunan?
    diharap sifu dpt membantu sy dalam permasalahan saya ini.
    sekian, terima kasih 🙂

  12. saya nak pendapat cikgu…. saya minat perakaunan tapi x de package stpm d skolah… saya lelaki.. so i’ve take this subject and this my result:
    pointer 2.75
    p. am B+
    sejarah B
    ekonomi C
    bm B-

    klu saya x layak ambik kos ni. kos apa yg sesuai n ada peluang pekerjaan cerah?

  13. shuk :
    saya nak pendapat cikgu…. saya minat perakaunan tapi x de package stpm d skolah… saya lelaki.. so i’ve take this subject and this my result:
    pointer 2.75
    p. am B+
    sejarah B
    ekonomi C
    bm B-
    klu saya x layak ambik kos ni. kos apa yg sesuai n ada peluang pekerjaan cerah?

    KEbanyakan IPTA mensyaratkan bahawa pelajar lepasan STPM yang memohon masuk ke Ijazah perakaunan mesti mengambil sama ada subjek ekonomi atau perakaunan. Awak dahpun melakukannya. Tetapi ada sesetengah IPTA yang mensyaratkan bahawa calon memsti mempunyai gred Ekonomi atau Perakaunan sekurang-kurangnya gred B, contohnya UITM, USIM dan UM. Tetapi suka untuk saya cadangkan awak memohon masuk ke UDM, IPTA ke-18 negara. Berikut adalah maklumat utk rujukan anda. Selain dari itu, Universit Malaysia Sabah (UMS) turut mempunyai syarat longgar ke ijazah perakaunan. Gred C Ekonomi turut memadai untuk memohon masuk ke sana.

  14. thank you sifu atas info tersebut.. pada mulanya saya kecewa… spm akaun dapat A.. tapi stpm x de kos tu d skolah baru tersebut n harap eko yg x minat tu.. inilah jadinya dgn result saya.hahahaha.. hah lega saya apabila masih ada harapan untuk mengejar cita2…. thanks again sifu…. you’ve save myself daripada kekecewaan berpanjangan…. LOL

  15. shuk :
    thank you sifu atas info tersebut.. pada mulanya saya kecewa… spm akaun dapat A.. tapi stpm x de kos tu d skolah baru tersebut n harap eko yg x minat tu.. inilah jadinya dgn result saya.hahahaha.. hah lega saya apabila masih ada harapan untuk mengejar cita2…. thanks again sifu…. you’ve save myself daripada kekecewaan berpanjangan…. LOL

    Okay Shuk, glad to help. Semoga dipermudahkan urusan awak olehNya. Selamat berjaya.

  16. saya lepasan stpm 2010 dan pointer 2.9… saya ambil sej, eko, pa dan bm.. saya x minat akaun. ekonomi stpm cuma dpt c+ jew…. tapi atas desakan keluarga sya dipaksa n terpaksa buh first choice akaun unisza (sbb ni je layak hahaha)… tapi saya bercita2 menjadi guru. parent saya setuju jadi guru namun mreka paksa & kata bidang kritikal mcm ni bla nak jadi cikgu starting gaji permulaan ijazah perakaunan, seni bina, law lbh tinggi drpd ijazah lain… akaun spm saya dpat 7D jew pon.. saya takot x mampu follow d u nanti klu dapat kos ni lantas hancur cita2 saya.. tapi ibubapa tetap memaksa unless syaratnya klu saya tau ada bidang lain yg setaraf. jadi cikgu tau ak bidang apa selain perakaunan, undang2 iaitu aliran sastera yg setaraf dgn bidang akaun starting gaji tinggi? tolong lah saya…. susah utk mempunyai parent yg mcm ni… nak yg terbaik utk anak tapi kengkadang huh…. saya agak suka kos matematik perniagaan uum.. tapi x blh ambik… tiada kebebasan utk buat pilihan hidup walaupun sudah berbincang & menggunakan orang ketiga…. mreka masih berkeras… jadi ada bidang lain yg starting gaji nak jadi cikgu tinggi? ni sbb sepupu saya g tau cikgu akaun la starting gaji rm3000 keatas. ( semua salah dia! permulaan kesusahan ni ).. so hm parent pon mula buat prangai… tolong cikgu… saya terdesak sgt… dah solat tp x dpt petunjuk jelas.. saya x mau jadi anak derhaka…..

  17. ahmad :
    saya lepasan stpm 2010 dan pointer 2.9… saya ambil sej, eko, pa dan bm.. saya x minat akaun. ekonomi stpm cuma dpt c+ jew…. tapi atas desakan keluarga sya dipaksa n terpaksa buh first choice akaun unisza (sbb ni je layak hahaha)… tapi saya bercita2 menjadi guru. parent saya setuju jadi guru namun mreka paksa & kata bidang kritikal mcm ni bla nak jadi cikgu starting gaji permulaan ijazah perakaunan, seni bina, law lbh tinggi drpd ijazah lain… akaun spm saya dpat 7D jew pon.. saya takot x mampu follow d u nanti klu dapat kos ni lantas hancur cita2 saya.. tapi ibubapa tetap memaksa unless syaratnya klu saya tau ada bidang lain yg setaraf. jadi cikgu tau ak bidang apa selain perakaunan, undang2 iaitu aliran sastera yg setaraf dgn bidang akaun starting gaji tinggi? tolong lah saya…. susah utk mempunyai parent yg mcm ni… nak yg terbaik utk anak tapi kengkadang huh…. saya agak suka kos matematik perniagaan uum.. tapi x blh ambik… tiada kebebasan utk buat pilihan hidup walaupun sudah berbincang & menggunakan orang ketiga…. mreka masih berkeras… jadi ada bidang lain yg starting gaji nak jadi cikgu tinggi? ni sbb sepupu saya g tau cikgu akaun la starting gaji rm3000 keatas. ( semua salah dia! permulaan kesusahan ni ).. so hm parent pon mula buat prangai… tolong cikgu… saya terdesak sgt… dah solat tp x dpt petunjuk jelas.. saya x mau jadi anak derhaka…..

    Ahmad, ni adalah beberapa perkara yang saya tahu dan harap ia boleh membantu.
    1. Memang benar bila jadi guru SELEPAS memperoleh Ijazah perakaunan kepujian, dapat gaji lebih tinggi dari guru ijazah lain termasuklah ijazah pendidikan sendiri. Umumnya tangga gaji permulaan selepas disahkan jawatan ialah 6 tangga.
    2. Bidang profesional lain juga ditawarkan gaji tinggi seperti penilai hartanah (realestate surveyor), penganalisis risiko (risk analyst) dan beberapa lagi. ARTIS juga dibayar mahal, jika laku, heheheh.
    3. Malangnya di Malaysia industri berkaitan bidang tadi tidaklah sebesar di negara luar terutama di US dan Eropah, maka dengan itu, walaupun ada orang yang berijazah dalam bidang berkenaan, masih sukar menembusi pasaran kerja. Jika anda benar-benar menguasai bidang matematik dan sains, adalah lebih baik anda mengikuti pengajian berkaitan SAINS AKTUARIAL (actuarial science) di mana dikatakan graduan fresh pun boleh dapat pendapatan bulanan lumayan RM3000 dan lebih lagi. Cuma lagi, awak hendaklah jadi terbaik di kalangan yang terbaik, kerana peluang kerjaya sedia ada masih kecil dan industri berkaitan dengan bidang ini juga agak eksklusif. Contohnya bidang insurans. Kalau awak berminat bekerja di luar negara, kemungkinan peluang bekerja dan pendapatan lebih lumayan boleh anda capai. Apa itu Actuarial Science? Sila baca ini. Juga ini, dan ini.
    4. Tapi ingatlah, jawatan yang dibayar gaji tinggi mencecah RM3000 sebulan memang dalam bidang profesional yang kepada pelajar adalah bidang paling sukar nak belajar. Terserah kepada anda bagaimana nak bawa diri untuk berjaya.

  18. terima kasih atas info cikgu… sangat2 membantu… berdasarkan info ini dan apa yg saya kaji sememangnya tepat penyataan cikgu tentang bidang2 tersebut. nak berjaya memang kena sukar. sememangnya perakaunan bidang yg lebih sesuai berbanding bidang2 lain yg cikgu g tau. mungkin saya tidak nampak potensi diri.. saya dah mula yakin dengan perakaunan apabila mengetahui bidang ini di ipta lbh seronok & mencabar berbanding d skolah. pengiraan matematik banyak… huhuhu best ar mat.. tambahan peluang pekerjaan yg cerah & permintaan tinggi di malaysia… saya rasa x rugi mencuba kan? walaupun kurang minat dgn akaun spm dulu tapi minat matematik rasanya mampu membuat saya jatuh hati dgn bidang ini…. betul? bidang ni banyak kaum lain berbanding melayu… semangat saya semakin membara utk membuktikan melayu boleh! bak kata owg klu x knal mcm na nak cinta ( lbh kurang la haha)… huh cikgu ni memang expert dlm membantu pelajar yg masalah rumit mcm saya. masalah ni dah beres.. rasanya cikgu pon sesuai jd pakar kaunseling kerjaya… hahaha.. anyway, terima kasih banyak2

  19. Minat belajar sangatlah penting bagi anak2 hingga minat belajar bagi anak usia dini wajib diterapkan

  20. subjek apa yang perlu saya skor untuk masuk university dalam aliran akaun?

  21. sera perlu skor subjek masa blajar di matriks/asasi.

    masa spm ni cukuplah dapat result yg bagus utk bm, bi, math moden, prinsip akaun, & perdagangan/ekonomi

  22. suarez_anfield

    Saya lepasn stpm 2011..dlm aliran agama!!kputusan ialah p.am- C,sejarah-B,syariah-B,usuludin-D,b.arab-G..saya memohon kos sejarah Di ums sbg pilihan utama ttp gagal..saya membuat rayuan..adakah masih ada peluang bagi saya..tlonglah beri pendapat sifu…!&0:)

  23. sya calon spm..lagi 7 hari spm akn brmula..subjek PAK ni sbjek yg pling sye mnat n sbjek yg pling sye rsau..sye rsau ngan kputusan yg akn sye cipta ni..tp lpas bce info sifu,,hati sye lega..rse lg brsemangat n xsbar nk jwb soalan PAK..takut mmg takut,,tp sye akn cbe atasi ktkutan ni utk bktikn minat sye dlm PAK..terima ksih sifu.!!

  24. Salam sifu boleh minta at least email sifu. Saya ada masalah untuk dibincangkan. Tq

  25. Salam sifu..
    Saya ambil subjek perakaunan dan saya memang minat.. Tapi saya tak boleh menguasai subjek tu 100%.. Minat Ada.. Mcm mana tuu..? Mampu ke?

  26. Nampaknya kenalah istikharah benarkah awak patut mengikuti kelas akaun atau sebaliknya. Selalunya berbelah bahagi hati ni apa subjek pun boleh menggugat potensi diri utk cemerlang. So saya tak ada jawapan utk itu. Realitinya awak yg perlu putuskan mampu atau tidak.

  27. cita cita saya mmg nak jadi seorang akauntan yg berjaya didunia dan akhirat…tapi saya takot nak naik form 4 ni takot sbb prinsip perakaunan ni lagi susah berbanding sains..sy sangat khuatir kalo sy tkdapat mengecapi impian sy

  28. Siapa kata akaun lebih susah dari sains. Ia adalah fitnah.

  29. salam sifu, saya pelajar tingkatan 4 mengambil aliran sains tulen, addmath dan prinsip perakaunan. setelah mempelajari subjek-subjek elektif tersebut dalam purata dua bulan ni, saya merasakan prinsip perakaunan ni memeningkan… saya menjawab ujian pun teragak-agak.. sekali gus, buat saya down dan tak pandai lagi sebab tak kuasai prinsip perakaunan ni.. ya, saya akui kecemerlangan itu hasilnya dari matlamat yang jelas tapi.. kenapa ya.. pendek kata, apa yg seharusnya saya lakukan,, perlu ke saya rebus buku untuk menguasai subjek ni hmmmmm

  30. Salam Putri. Subjek Prinsip Perakaunan sememangnya mencabar. Ia subjek kemahiran, bukannya subjek hafalan.
    Seperti juga matematik. Biologi dan Kimia banyak gunakan hafalan. Buku teks dan buku rujukan subjek Bio dan Kim contohnya menyajikan contoh jawapan eksperiman murid yang wajib di ketahui. Maka memudahkan murid yang kurang cekap dalam eksperimen untuk masih menjawab dengan betul asal saja menggunakan kaedah hafalan dan logik.

    Perakaunan, walaupun ada contoh jawapan atau klon jawapan SPM, pelajar masih diuji dengan permasalahan yang lain, seperti berbeza item, berbeza nilai RM dan sebagainya.

    Maka, jika murid menerima cabaran itu, ia akan menyediakan diri untuk belajar sesuai dengan kehendak subjek. Pelajar Sains Tulen, selalunya dari kalangan murid cerdas, tapi boleh jadi saja saudari Putri, kekurangan motivasi atau dorongan untuk cemerlang dengan cara yang kerap digelar ‘hardwork’. Sebenarnya ‘work or study smart’ masih terpakai dalam semua subjek termasuk P.Akaun.

    So, kenali dulu kekuatan diri, kesanggupan luang masa belajar/ulang kaji per hari atau perminggu bagi subjek-subjek yang sedang saudari pelajari. Jika semuanya menunjukkan sanggup, maka PA akan sesenang Kim atau Bio atau Fiz, walau mungkin tak sesenang BM atau SEJ. InsyaAllah, boleh.

    Allahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: