Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2008

Berdasarkan jadual rasmi SPM 2008 yang telah diterbitkan di lamanweb Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem. Pelajaran Malaysia, didapati kertas 3756 dijadualkan dalam hari yang sama.

Berikut adalah petikan jadual SPM 2008 (setakat pembacaan sifu pada 22 Ogos 2008)

Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 2 – Isnin, 1 Disember 2008 – 8:00 hingga 10:30 pagi (2 jam 30 minit)

Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 1 – Isnin, 1 Disember 2008 – 11:10 hingga 12:25 tengah hari (1 jam 15 minit)

Kepada sifu, jadual ini kira munasabah juga. Bagi pelajar khusus dalam kelas perakaunan, mereka mungkin memperoleh 4-5 hari tanpa peperiksaan yang digunakan utk mengulang kaji kali terakhir, atau sifu kerap panggil latihan “pemanasan badan dan minda.” Kepada calon kelas aliran Sains yg juga mengambil EST maka julat masa itu dalam 3 hari selepas EST.

Anda boleh muat turun jadual SPM 2008 di alamat dengan mengklik dan save link ini.

SEMOGA BERJAYA

Advertisements

28 responses

  1. waaaaaaaaa~ hari isnin.. bgs juga dpt buat ulangkaji… sifu, mmg menjadi kebiasaan ke paper 2 akan start dahulu drpd paper 1??

  2. Farhunt,
    Tak juga. Ikut mood kot? hehehe. Tak lah, tertakluk kpd perancangan LPM, so kebetulannya dlm tahun ni dapat 2 kertas dalam tmph 1/2 hari! Tahun lepas, beza sehari. K1 dulu, baru keesokannya K2.

  3. pada saya lebih baik k1 dahulu sebab pelajar biasanya apabila sudah jwab kertas dua, kertas satu mereka tak concentrate terutama pelajar yang target lulus atau kredit sahaja. mereka rasa sudah mengeluarkan ‘tenaga’ yang banyak semasa mejawab soaln k2, jadi tidak perlu bersusah untuk jawab k1.

  4. Ciknon,
    Begitulah kebiasaannya. Namun kekadang tu, bagi pelajar yang mempunyai matlamat jelas memiliki gred A dan sijil profesional, TENAGA itu masih kekal, maka tidak timbul masalah menjawab K1.
    yang penting jangan pelajar TERPENGARUH dengan situasi itu, LEGA!!!!, sedangkan perjuangan belum selesai. Beza 40 markah itu amat berharga utk semua pelajar.

    Nasihatkan anak saudara Ciknon supaya usaha itu tak diswitch off selepas K2 selesai. Itu hanya merugikan, itu masalah ‘persepsi salah’ yang membunuh peluang sendiri.

    begitu juga dgn pelajar-pelajar lain. Andaikan anda atlet utk acara 200M, adakah anda nak slow down dalam 50M terakhir atau terus memecut. kejadian di olimpik Beijing 2008 harus jadi iktibar, sesiapa yang dah perlahankan rentak dalam jarak 20M pun tercuri peluang layak ke pusing akhir. Usain Bolt pula contoh orang yang dah fokus dan terus lari-lari dengan bergaya utk pecah rekod dunia. So pelajar yang cemerlang tak akan perlahankan rentak minda dan keazaman selepas Kertas 2 tamat, kerana Kertas 1 adalah 40 markah terakhir yang boleh menjadikan anda antara pelajar terbaik dalam sekolah dan dapat gred A atau tak terbaik dan dapat gred B atau kebawah. Mungkin, so kita tunggu dan lihat siapa yang terkecewa kerana abaikan K1.

  5. sifu, paper two 3 jam ek?
    8-10.30 suppose to b 2 and a half hours right?

  6. Vin,
    Yap 2 1/2 hours. Sorry, my bad.8(

  7. tx 4 d timetable sir!


  8. pesal liquid paper xleh guna hah??? bukan calon SPM nak conteng meja pun….

  9. ayoo … yoo, itu pun tak bleh fikir ka ??
    baik, lu fikirlah sendiri.

  10. Zulfathi,
    It’s not about pupil will conteng meja, it’s all about exam policies. tak boleh pakai liquid, selain dari kerana ia peraturan peperiksaan, ia juga melatih pelajar menjadi individu bertanggungjawab terhadap penulisannya, keyakinan diri terhadap jawapannya dan individu yang berfikir panjang sebelum menulis jawapan.

  11. tlonglh bagi soalan excel 1and2 yg senang…. sdangkan paper SPM senang……… emememe klu bole utk paper eko,sastera,tasawwur, d buat oleh kerajaan jga…. bknny guru-guru…… just for this….

  12. Tiara,
    Sifu yakin soalan EXCEL atau soalan percubaan SPM masih senang kerana kebanyakan guru akan menyediakan soalan dengan merujuk kepada soalan SPM sebenar dan melakukan beberapa pengubahsuaian.

    Sememangnya kerajaan yang menyediakan soalan itu melalui kakitangan kerajaan iaitu guru. kami diarahkan oleh KPM untuk menjalankan pengujian dari semasa ke semasa. Semua soalan percubaan negeri, soalan Excel dan soalan percubaan dalam sekolah disediakan oleh kakitangan kerajaan. Cuma lagi guru-guru ini bukanlah petugas di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    So sifu harap Tiara janganlah perkecilkan soalan percubaan, hanya kerana ia dibuat oleh guru di sekolah masing-masing. Hehehe. kami masih lagi kakitangan kerajaan.

    Gurau aje. Tapi gurau sifu adalah gurauan mengajar supaya Tiara dah tahu kedudukan sebenar.

  13. tq sifu coz bg kita org info2 yg terkini….ape2 pun prinsip akaun mmg best n gempak

  14. Syihaa,
    So pastikan diri anda meraih gred terbaik untuk diri anda.

  15. saya nak tanya… kalau dah isi borang matrik, boleh ke kalau saya nak batalkan?

  16. Yana,
    batalkan? tak tau pula sifu. Boleh ke? Kebanyakan pelajar sekadar tolak tawaran matriks apabila tawaran datang (antara April-Mei setiap tahun-iaitu selepas keputusan SPM diumumkan).

  17. ermm.bile tgk jadual nieh.
    cuak rasenye.

    sye rase ketas 1 lagi susah nak score lah.

    aduhai.

  18. – nape pronsip perakaunan je diberikan p’dedahan lebih dlm blog sifu ni?
    – nape subjek lain xde diberikan penekanan gak?
    – cth:fizik,kimia,matematik tambahan…

  19. Felicia,
    Oh sebab saya hanyalah seorang guru Perakaunan dan ekonomi. Adalah tak munasabah untuk saya bertanggung jawab dengan subjek lain sedangkan ia bukan kepakaran sifu.

    Sudah tentulah sifu menggalakkan komuniti guru membuka lamanweb atau weblog masing-masing mengikut subjek masing-masing supaya komitmen, kebertanggungjawaban dan penyediaan bahan lebih meluas.

    Itulah juga sebabnya kenapa sifu hanya fokuskan kepada subjek yang sifu ajar supaya boleh melayan pertanyaan, beri perhatian dan membantu guru dan pelajar yang memerlukannya.

  20. aslkm
    sape tau keputusan SPM Ulangan keluar bile
    lamenye..
    sape tau email sy
    persada_nurani@yahoo.com
    0173698810

  21. macam mana nak mahir menjawab soalan ekonomi asas?sifu ade x ramalan soalan ekonomi asas spm 2008?

  22. Denan,
    Maaflah sifu tak ada soalan itu.

  23. Umm…
    Jika seseorang yang belajar dalam kelas perakaunan ingin DROP ‘Prinsip Perakaunan’, bolehkah pelajar ini dibenarkan DROP subjek tersebut?

  24. Holykerk,
    IMG, awak pastike dengan keputusan awak? Jika awak calon SPM 2008 maka persoalan drop ini dah tak timbul lagi(!?) kerana dah terlambat untuk perubahan. Jika awak pelajar T4, awak boleh request dengan guru berkenaan, guru mengajar, setiausaha peperiksaan SPM atau Penolong Kanan atau Pengetua untuk sokongan mengeluarkan anda dari kelas perakaunan.
    Sebagai guru saya akan bertanya pelajar, adakah anda pasti? Jika subjek yang mempunyai NILAI persaingan yang baik sebegini anda ‘drop’, apakah subjek yang boleh dijadikan pengganti? Jika tidak ada yang lebih baik maka sebaiknya anda yang ‘drop’ sikap mengalah kerana usaha yang berterusan DAN MENUKARKAN unsur-unsur negatif (salah teknik belajar, pelupa, sikap acuh tak acuh, suka subjek senang semata-mata, dan strategi berjaya yang salah) kepada unsur-unsur positif (amalkan teknik belajar yang betul dan cemerlang, pengingat, serius dalam pembelajaran, suka subjek mencabar, dan strategi kecemerlangan SPM dan seterusnya yang berfokus) akan membantu anda dari segi persediaan SPM2009.

    Malaysia masih memerlukan tidak kurang dari 10000 akauntan menjelang tahun 2020, so mungkin anda adalah salah seorang darinya berjaya dalam karier akauntan di masa hadapan (selepas usia 23 tahun mungkin). Apa-apapun semoga berjaya dalam apa jua keputusan anda.*SMILE*

  25. Tapi jika kita tidak dapat hadir untuk sesuatu subjek SPM, apa yang akan berlaku pada sijil kita? Kawan saya asyik tanya kerana mereka tidak ingin ambil sesuatu subjek…

  26. Holykerk,
    Maka seperti dijangkakan calon SPM itu akan dinyatakan sebagai gagal dalam keputusan SPM mereka, dan juga gagal dalam mencari keyakinan diri dalam diri. Bahagian kedua itulah yang lebih dirisaukan berbanding kegagalan dalam peperiksaan sebenarnya.

    “Tidak menerima kenyataan atau lari dari kenyataan adalah lebih merugikan daripada menghadapi kegagalan dan berubah disebabkan oleh kegagalan itu.” (Falsafah).

  27. Gagal? Ku ingat sijil akan direkod sebagai ‘tidak hadir’ atau tidak rekod apa-apa pun? Ramai orang kata begitu…

  28. Holykerk,
    Really? kalau holykerk dah yakin, maka tak perlulah tanya sifu di sini. Tapi kamu pasti ke?*SMILE*
    Inilah masalahnya, hebahan yang kurang tepat lebih banyak kedengaran daripada maklumat yang tepat sepertimana menurut peraturan peperiksaan yang telah digariskan oleh LPM.*SMILE*

    Ada beberapa lagi peraturan spesifik yang tidak diketahui semua pihak. Oleh itu nasihatkan rakan-rakan supaya berhati-hati ketika membuat keputusan. Lari dari kegagalan memang mudah, tapi ia akan kembali menghantui selepas itu dalam julat usia yang lama. Antaranya, tahukah anda, pihak IPTA melalui MOHE, akan memporoleh maklumat lengkap keputusan SEMUA, sifu ulang SEMUA subjek yang diambil oleh seseorang individu calon SPM tahun berkenaan dan keputusannya secara terus dari pangkalan data LPM. Sebab itu permohonan ke IPTA, matrikulasi, program asasi, politeknik mesti diurus secara online juga supaya proses menyemak ketepatan keputusan calon dapat dilakukan dengan pantas dan tepat. caranya adalah membandingkan data dalam database LPM dengan database permohonan MOHE. it’s a complicated process, but sufficient to say, it’s 100% accurate.

    Jangan risaulah, keputusan subjek yang gagal hanya dicetak dalam transkrip SPM yang diterima sebelum sijil SPM sebenar. Dalam Sijil SPM sebenar pula, yang selalunya hanya dapat diambil di sekolah selepas 10 bulan, subjek gagal tak akan dicetak.

    Tapi ketika memohon kemasukan ke matrikulasi, diploma, politeknik atau program ijazah luar negara bagi lepasan spm, maka kertas transkrip itu digunakan, memang TAK CANTIK pun jika ada subjek yang gagal.

    Oh, sifu sarankan anda baca pos sifu terdahulu tentang peluang selepas SPM (jika belum pernah baca):
    BAGAIMANA MELANJUTKAN PELAJARAN SELEPAS SPM
    Matrikulasi atau program asasi atau diploma?
    Mana tahu kalau-kalau semangat luntur bersinar semula. Tapi TOLONG JANGAN TINGGALKAN KOMEN di pos tersebut, dah terlalu panjang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: