It’s Just around the corner

Dah dekat dah! Lusa, hari khamis, 29 November, dah dekat dah! Jangan panik. Itu perkara biasa. Peperiksaan perkara biasa. Yang terpenting ialah anda pelajar sentiasa bersedia. Jika anda turut mengambil subjek Perdagangan, pastikan agihan masa ulang kaji bagi kedua-dua subjek mencukupi. Perancangan mesti rapi. Sifu sendiri sebagai guru turut berdebar-debar. Apakah mungkin bab atau topik yang dibincangkan bersama anak murid akan keluar atau tersasar. Sifu sebagai gurupun tak tahu apa yang bakal disoal. Rahsia. Jadi tak hairan, kami pun turut resah bersama anda. Apa-apapun, kita dah berusaha, ya tak, maka apa yang perlu dirisaukan. Berkat kesungguhan anda semua mengulangkaji dan jujur kepada diri sendiri, insyaallah, kejayaan akan datang jua.

25 responses

  1. Hi Sifu!!

    I’m a pure science Stream student. I’m taking accounts this year for SPM. I’m going to sit for it tomorrow!!

    The thing Is, I don’t take classes in school, and I’ve had ZERO tuition…

    But ada la juga buat latihan..

    I read your blog, I ask my friends who study accounts at school, and they guide me a little…But other than that, I’ve been studying accounts on my own…Now I’m a little stressed out, because yesterday and today I’ve got ekonomi asas, and tomorrow, morning, perdagangan, I’m not sure I can do it all!!

    All I ask, is that you pray for me😛..

    I really hope I can get A1 for accounts…I like this subject so much. It’s actually really fun and fulfilling to do. Especially when the trial balance balances off….aaah…sheer bliss..

    Anyway, Wish me luck~

    From,
    Desperate Science Student Who just *Had* to go and take Prinsip Akaun

  2. Hakim, I one part, I envy you. If only you are my student, I’ll guide you just like the rest of my beloved students. I teach both science and accounting class for this subject.

    Good luck for tomorrow, I know you need one, and so the rest of the country. I pray for all of you and Hakim, may Allah bless you. I pray for your success. Amin.

  3. Tadi Ekonomi kertas satu…OK ni….I think i got all the answers right *hopefully*

    Anyway, I’ve come up with a strategy…I’m gonna latih tubi today the following:

    -Dokumen sumber (imbangan duga)
    -Pelarasan (lembaran kerja/penyata kewangan)
    -Perkongsian (Pembubaran)
    -Akaun Pengeluaran
    -Rekod Tak Lengkap (I have no clue how to do this…malam ni la mahu belajar betul2 benda ni..I think i know the theory, but tak pernah latih…)
    -Tafsiran Penyata Kewangan (I love this chapter—really hope it comes out tomorrow~!!! Senang! Hafal formula ja~)

    Then after paper 2 finish, I’lll latih tubi for objective….My target: 40/40…like today la hopefully..

    Insya-Allah can get A1 ya? Pray for me!!

  4. Hakim. Impossible to get A1. Nolah, just a joke, of course you CAN, but not A1, it’s 1A.

    If you still have time, do some latih tubi on Akaun Kelab dan Persatuan also. Who knows, maybe 1Q from that chapter. Just exercise using actual spm exam will do, a bit easier. Usually the Q will about providing Akaun Yuran and Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Don’t know if keluar, but better get ready for it. Akaun Perkongsian, how about Akaun Pengasingan? Better do that too.

  5. Anyone need skema jawapan untuk Soalan Percubaan Terengganu? kalau masih nak, bolehlah download di sini. Sifu lambat offer, sorilah.

  6. Akum. Selamat berjaya kepada pelajar yang bakal menduduki kertas Prinsip Perakaunan hari ni. Utk sfu..tahniah dan tkasih atas usaha anda. Saya masih bersama pelajar sy sekarang…mlm ni sy akan pulang bercuti ke Johor. Inilah usaha saat akhir….

  7. Baguslah. Saya but kelas tambahan hari Isnin dan Selasa yang lepas. Mudah-mudahan mrk dapat bersedia utk hari ini dan esok. Selamat bercuti. Dan sampaikan salam kpd pelajar awk juga dan keluarga hamidon.

    Saya dah nak jalan ke sekolah dah ni. Bagi sokongan moral

  8. Yay!! Soalan Akaun tadi macam simpler than usual…

    But it wasn’t like a breeze for me la…

    Maklumlah, kurang berlatih.

    Well, Soalan satu, imbangan duga, saya dapat imbang!!! Yay….Tapi..tak tahu kenapa…maybe sebab ini first time duduk exam akaun yg sebenar…so tangan saya getar…ntah kenapa nervous…biasanya siap dalam masa 35-45 minit….hari ni, huhuhuh, 1 jam!!

    Panik saya lepas tu…

    Actually soalan 1 tahun ni macam senang daripada biasa…10 dokumen ja..and semua urus niaga dia pun simple…dunno why i panicked.

    Anyway, Then saya buat soalan 2…perkongsian…I could do the penyata pendapatan, penyata pengasingan untung rugi and akaun simpanan…

    Sayangnya, pecahan solang yg (d)…saya tinggalkan…saya ingat saya jawab akhir sekali….malangnya memang tak sempat…senang saja soalan (d)….teori saja…tanya tentang langkah membubarkan perkongsian…adehhh….senang tu~~ sayang tak jawab…well, i guess, tawakkal ja la sekarang.

    Anyway, soalan 3 (a) tak terjawab la…padahal senang…ntah…my brain froze just now…Dia minta buka akaun peruntukan hutang ragu…saya sepatutnya tahu tu…ada dalam buku teks kan…tapi saya tak tahu apa yg saya buat tadi…buka akaun tu buka la…tapi catatan bergu dia mengarut…

    but soalan 3 (b) tu macam saya jelas sikit la…tak tahu la kalau tepat semua yg saya buat…tapi rasa2 macam bolehlah dapat half mark here half mark there..

    Soalan 4 Belanjawan Tunai!!! Alhamdulillah…tak sangka2 benda ni keluar!!!! I’m so happy..
    Tapi kan, sepatutnya tulis ‘penerimaan’ dan ‘pembayaran’ right? At first itulah yg saya tulis…then ntah kenapa tiba2 saya confuse…saya tukar…last2 saya buat ‘hasil’ dan ‘perbelanjaan’ *alamak~*. I just wonder, menjejaskan markah ka tu, sifu? jumlah markah for this question 9.

    soalam 4 (b) saya jawab akhir sekali…actually, time tu dah habis masa. but tu pengawas tak halang saya…saya kena bagi lebih kurang 3 minute extra…so saya jawab juga la….Then mengikat kertas tu…took me like 5 minutes…mahu susun kertas, tulis angka giliran….hahaha…saya paling akhir keluar dari kelas…

    Anyway, bahagian B, yg pilihan, saya pilih soalan 5…At first nak try soalan 6…rekod tak lengkap, but after 3 minutes changed my mind…Soalan 5 tu akaun kelab dan persatuan: Akaun Yuran dan akaun Pendapatan dan perbelanjaan.

    yg akaun yuran tu saya tak pandai buat…sebab ada yuran tertunggak and terdahulu, saya tak tahu catatan bergunya…So i hantam only😛.

    But soalan yg akaun pendapatan dan perbelajaan tu saya dapat buat….Memang first time saya buat, tak pernah latih, tapi rasanya betul la…Tak tahu la, coz maybe saya salah kira yuran…Dunno la.

    then soalan 5 (c) – soalan teori juga. Jelaskan tentang perbelanjaan modal dan pendapatan modal…saya jawab ja la yg saya faham berdasarkan buku teks..Hopefully dapat markah la tu.

    Anyway, kesimpulannya, i answered 5 questions, walaupun tertinggal satu pecahan soalan (sayang 3 markah!)…imbangan duga pun imbang…overall, saya puas hati la juga…

    Now mahu pergi focus paper 1….I will try score 40/40…Tak mustahil kan?

    Baru saya sedar betapa panjangnya comment ni…sorry sifu~ Melebihi panjang post awak pula😛.

    anyway, wish me luck for tomorrow! bye!

  9. Hakim, thanks for the info. At least, you should be proud of yourself. You manage to get it right.
    Anyway, sifu dah tengok gak soalan tu, tadi sempat sifu jumpa anak-anak murid. Ya. sln3, terperanjat pelajar-pelajar cikgu tengok. Ada yang tak sedia, ada yang dapat buat. Tapi ada pelajar yang ingat, sln 4 MRSM macam tu, ada gak soalan negeri lain yang tanya soalan pelarasan akaun. so dia yakin boleh buat.

    Hakim, tomorrow penentu 1A atau 2A, ya kan. I wish you good luck.

  10. Yay!!! Habis Paper sudah!!!

    I think my objective paper semua betul!!

    Not that I’m boasting…I’m just so happy and confident…Now tak usah risau la…can actually enjoy my holiday…

    I feel so relieved, finally, 16 subjects are over!!! yippee!!!

    Enjoy!!

  11. Hakim, boleh post jawapan objektif awak dalam blog ini tak? saya nak compare lah coz saya ada beberapa soalan tak pasti…Thanks..

  12. Tahniah Hakim, Ina. Selamat ‘betul-betul’ bercuti. Cuti panjang hingga Mac 2008.

  13. erm…jawapan soalan objektif? Okay…but ini jawapan saya ja…tak guarantee semua betul la :p

    1.D 2.A 3.D 4.D 5.D 6.D 7.C 8.C 9.B 10.D 11.B 12.C 13.D 14.B 15.A 16.D 17.B 18.C 19.C 20.B 21.A 22.B 23.B 24.C 25.B 26.B 27.C 28.A 29.A 30.A 31.D 32.A 33.A 34.C 35.C 36.B 37.C 38.A 39.A 40.D

    Sorry if got errors…

  14. Sifu,saya mana ada cuti…nanti 29 dec kena pergi PLKN dah….Haiz…

  15. Thanks, Hakim…

  16. hakim, u sekolah kat mana? nanti sy pun nak compare jwpn ngan awak. paper 1 tadi blh dikatakan senang jgk. tp saya dah ada salah. cg sy ada check tadi.

  17. Hakim,ada 2 soalan ja yang jawapan kita berbeza…iaitu 4&13..Harap2 jawapan awak betul semua la,then dapat juga saya peroleh 38/40..hehe…

  18. Ina, tak pa, PLKN ada 29 hari lagi. bercuti lah dengan jayanya. ehehe.

    Anyway sifu dah siapkan cadangan jawapan. Nanti cari di post terbaru okay.

    Hakim, Alya tahniah lah kalau dah berjaya mngharungi PAK dgn jayanya.

  19. Sekolah: Maktab Sabah.

    Sorry such a short comment. Going out now. Sifu,thanx for the skema jawapan! Nanti saya check. Harap2 banyak betul😛

  20. Hakim, awak memang hebat la!!! 40/40!!

  21. Ahahaha, thanx Ina! Sure ka 40/40? saya belum check lagi…But I think, I got it because Saya berabis practice soalan objective thursday night…berapa ratus soalan saya buat malam tu…Coz saya takut paper 2 saya tak cukup tinggi…so had to make up for it in paper 1 la, coz target 1A. Anyway, 38/40 tu tinggi sudah tu! boleh score 1A, insya-allah.

    sekarang, tak payah la fikir2 sudah paper akaun :P…boleh enjoy sudah!!

  22. sifu, thanks 4 d answer. blhh sifu terangkan jwpn soalan 18 n 36. saja.. untuk tambah ilmu. saya salah soalan tu. yg lain ok. perasan la pulak..mcm boleh dapat 1A pulak rasenye

  23. Sln 18, Kumar bayar RM600 untuk tempoh 12 bulan tetapi bermula 31 Mac 2006. Dalam hal seperti ini, kita akan anggap perlindungan insurans itu bermula 1 April 2006 hingga 31 Mac 2007. Tetapi tarikh akhir tempoh perakaunan kumar ialah 31 Disember 2007. Mengikut perakaunan asas akruan, kita mesti mengiktiraf perbelanjaan yang sepatutnya sahaja, jika belanja itu untuk tempoh selepas tarikh akhir perakaunan, maka ia mesti dilaporkan secara berasingan, dalam kes ini sebagai insurans terdahulu.
    So, belanja insurans sebenar ialah 9 bulan untuk tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2006. Mengikut pengiraan matematik, RM600 di darab 9/12 akan dapat RM450 sahaja. RM150 selebihnya ialah insurans terdahulu yang dilapor dlm KKK.

    Sln 36, M tu Kos Overhed. Ini direct dari buku teks. N tu kos bahan mentah. Trick exam ialah cari apa yang tiada di sana, dan lengkapkan.

  24. tengkiu sifu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: