Bersedia untuk Peperiksaan SPM dan bersedia meraih cita-cita

Adakah anda dah bersedia untuk SPM (2007)? Bagaimana dengan prestasi anda dalam Percubaan SPM baru-baru ini? Kepada pelajar-pelajar Muslim, amacam dah selesai berhari raya? Sifu cuma nak ingatkan bahawa SPM dah dekat. Kalau nak lulus saja, tak ada masalahlah, ulangkaji ala kadar boleh mencapai lulus SPM. Syarat lulus SPM ialah lulus BM, tu aje. Tapi tak dapat sijil penuh. Kalau pelajar nak ‘jual’ SPM nanti supaya dapat masuk tingkatan 6, pun tak susah sangat. Setakat dapat jumlah kredit sbyk 12 dari 5 mata pelajaran dah layak masuk T6. So pelajar mungkin bolehlah belajar 5 subjek aja. Kalau pelajar nak ‘cipta peluang’ masuk matrikulasi atau diploma di IPTA, kena ulangkaji lebih sikit. Kena ingat yang kemasukan ke IPTA dipengaruhi oleh kelayakan SPM yang bakal diperoleh dan gred subjek yang diutamakan bagi setiap program. Ramai orang boleh masuk U tapi tak semua akan dapat program yang utama/kritikal. COntohnya nak jadi jurutera awam, dah tentu subjek fizik, mat. tambahan jadi keutamaan. Panel pemilih terpaksi membandingkan keputusan SPM pelajar-pelajar yang terbaik untuk diberi tempat dalam program ijazah kejuruteraan itu. Itupun mesti kelayakan matrikulasi, diploma atau STPM. Jadi pelajar yang berminat ijazah kejuruteraan mesti merancang nak masuk mana satu, matrikulasi sains, diploma kejuruteraan terus atau tingkatan 6 aliran sains tulen. Bagi pelajar bukan aliran sains dlm T4 dan T5, janganlah pula angan-angan nak ambil kejuruteraan pula. Dah sah tak dapat sebab awak tak ambil fizik dan mat. tambahan sebagai subjek elektif.

Bagi pelajar yang berminat memasuki ijazah perakaunan, dah tentu cemerlang dlm subjek Prinsip Perakaunan membantu. Ramai pelajar yang ambil PAK juga, so nak masuk matrikulasi perakaunan juga ada saingan yang sengit. Nak masuk matrikulasi, syaratnya agak mudah, setakat Mtamb gred 7 dah layak memohon, asalkan Mat gred 5 dan PAK gred 5 juga. Itu syarat memohon, jangan salah faham. Nak dapatkan tempat dah tentu pelajar terbaik akan dipilih. Bayangkan ada 2 org pelajar yang sama kebolehan, kriteria dan keputusan SPM, kecuali gred bagi Prinsip Perakaunan dan M.Tamb. Pelajar 1 dapat PAK Gred 1A dan MT gred 5C. Pelajar 2 dapat PAK 5C dan MT gred 7E. Logiknya pelajar 1 akan terpilih walaupun pelajar 2 juga memenuhi syarat. Ini kerana dalam panel pemilih menilai, the best possible is a must. Malaysia nak mencapai tahap pendidikan tertiari bertaraf dunia, maka sudah tentu bakal mahasiswa mesti sebaik yang boleh, kualiti dari peringkat awal boleh memudahkan proses penciptaan kualiti graduan seterusnya.

Apa yang sifu nak katakan ialah, pelajar-pelajar mesti peka bahawa pengorbanan awak diperingkat SPM ini, spt kurang beraya, banyakkan belajar, latihtubi berulang-ulang dan sbg, memang tak fun, tapi ingat sekali awk buat keputusan untuk lebih rela enjoy hari raya atau enjoy sbb cukup lulus, ia akan menjejaskan peluang awk seterusnya, krn keputusan SPM sentiasa jadi taruhan walaupun awk dah ada sijil lebih tinggi.

Fikirkanlah. JIka ada pertanyaan sifu sudi menjawab berkaitan perkara ini.

About these ads

179 gerakbalas-gerakbalas

  1. ermm..
    saya nk ambil art & design dkt uitm.
    sy punye akaun & perdagngn teruk.
    sy risau kalau akaun atau pd sy gagal
    sy x dpt msk U.
    cikgu sy ckp perempuan susah nk msk U.
    sbb skrg diorg target lelaki
    mcm mane ye =(

  2. sifu, please tell me the standard score to get A1 in all subjects for spm?
    one of my teacher said, ’20 pun dh lulus addmaths…’ is it right?
    tq…

  3. berapakah standard score utk dpt A1 dalam semua subjek dlm spm?
    especially fizik,kimia and bio?

  4. Crown Princess Anouhea Audiya

    yA Tuhan… first time mak jumper blog khusus untuk perakaunan gittew, bisa meletup!

    anyway best luck pado yang ambik exam tis year noks!

    Mak nak mencuranz-curanz online niew!

  5. Ami, apa lagi subjek elektif yang awk sedang belajar? Pada pandangan sifu, utk masuk Art & Design di UiTM, tak semestinya hanya akaun dan perdagangan diambilkira. Lebih baik jika ami cari sendiri maklumat syarat-syarat kemasukan ke UiTM di http://www.uitm.edu.my. Tetapi apa yang sifu tahu ialah penguasaan Bhs Inggeris menjadi keutamaan dan kelebihan untuk memohon UiTM. Pasal lelaki atau perempuan, susah nak ditentukan. universiti pun ada matlamat mrk, nak pastikan spy universiti mencapai atau mengekalkan status bertaraf dunia, memerlukan bakal graduan yang jg berkualiti dari pgkt sklh lagi. Saya tak fikir UiTM akan sengaja mengetepikan perempuan semata-mata nak beri peluang kaum adam, sedangkan kualiti akademik lelaki sangat lembah atau sederhana. Ami berusaha mencapai sasaran dan keperluan UiTM, saya yakin ami akan terpilih jg tahun depan. Okay ye, be confident.

    Quenna, maaflah, sifu tak tau pasal tu. Tetapi sifu boleh berkongsi apa yang sifu faham. Setakat pengetahuan sifu, setiap matapelajaran mempunyai gred yang berbeza-beza bergantung kpd prestasi keseluruhan calon-calon SPM setiap subjek bagi setiap tahun. Penggredan hanya akan dibuat selepas semua markah dimasukkan ke dalam sistem maklumat untuk diproses. Proses normalization akan dilakukan dgn mengambilkira standard deviation dan min bagi tahun peperiksaan. Slps itu, penggredan akan dilakukan bagi setiap pelajar. Jika mrkh pelajar 1 jatuh di dlm julat gred 1A, maka ia akan memperoleh gred 1A. Sebenarnya dlm dunia pendidikan, kaedah pengukuran prestasi setiap individu pelajar adalah berbanding prestasi pelajar-pelajar yang lain yang turut mengambil ujian itu. So, gred 1A mgkn 80, mgkn 70 mgkn 60, mgkn 90, mgkn 95, mgkn 66, mgkn 76.
    Pendekkata, tak tetap, tetapi boleh ramal aje. Selebihnya, hanya pegawai yang bertugas secara langsung di LPM shj yang tahu.

  6. spm candidated 2007...ezza

    waaaa…
    sy dpt result trial akaun ok.. tp math out…hukhu…

    saya nk smbg blajar kt uitm dlm accounting…huhuhuuu…

  7. Naya! Standard UiTM tinggi! pastikan ADDMATH dan math dan BI awk sebaik akaun awk.

  8. sifu, saya takut betol baca posting sifu ni.. pdhal sy spm 2008 nnt… saya takut add math.. tuh jer. akaun sy ok..

  9. Tak pe zedin. Bukankah zedin masih ada 1 tahun? Dah tau awal, bertindak awal juga. Itu pentingnya maklumat. Maklumat diperoleh awal akan membuka mata kita dan akan cuba berusaha mengatasi kelemahan yang sedia ada. Sifu nasihatkan zedin lawati lamanweb rasmi uitm dan universiti yang lain, dan baca serta fahami atau ambil rasional syarat-syarat kemasukan program diploma atau program lain bagi lepasan spm. Atau semak syarat masuk matrikulasi dan rancang apa nak buat selepas matrikulasi. Tak apakan rancang awal. Itu namanya cita-cita.

  10. Ok ill try 2 be confident..thx sifu2b~

    selain akaun ..saya amik seni dan perdagangn.
    kelas sy sbnrnye ade addm3.tp sy tukar dgn seni.
    sy hrp sgt sy dpt msk uitm.
    sy tiada msalh dgn subjk lain.
    kecuali akaun ngn p’dgng je.
    akaun sy xdela teruk sgt. cume sy byk lupe formt je.

  11. Ami, apa tu addm3? Add Math ke? Kalau ADDMATH, ami kerugian krn byk program diploma atau ijazah yg akan ami terlepas. Gabungan PAK, Pdgn, AddMath adl gabungan yang paling sesuai selain subjek utama lain.

  12. askum…
    sy pelajar akaun…dlm matapelajaran akaun sy xada mslah,cm sy bermasalah dlm subjek perdagangan…abg sy slalu ingatkn sy,perdagangan ngan akaun mst dpat elok klu nk truskn ke matrikulasi atau u….mslahnya sy xthu nk bt mcm mn lg…bgaimn sy nk selesaikn mslah ni ya..

  13. Sha, tahun ini perdagangan dan akaun dekat hari peperiksaan, so strategi belajar mesti lain. Sha mesti lakukan perkara ini,
    1. dapatkan analisis perdagangan dar guru, bab atau topik paling popular dan kebarangkalian tinggi akan keluar.
    2. Hanya ulang kaji topik-topik popular itu dan kukuhkan kemahiran awk menulis jawapan esei.
    3. Beri perhatian dlm peperksaan bhw jawapan mesti sesuai dgn peruntukan markah. Jika mkh 10 mesti panjang dan lengkap 5 isi berbanding mkh 2. Hanya 1 isi.

    Itu aje, cadangan cg.

  14. sifu,,
    baru-baru ni mak saya ada beritahu,, dia dengar di televisyen ada kursus berkaitan forensic accountancy,, boleh sifu terangkan lebih mengenai kursus ini,, dan di mana kursus ini ditawarkan,,

    sifu,,
    saya bercita-cita mahu ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran saya,, saya aliran sains tulen tetapi mengambil prinsip perakaunan sebagai mata pelajaran tambahan,, saya berminat untuk menceburi bidang perakaunan dan perniagaan pada masa hadapan,, boleh saya tahu universiti di United Kingdom yang menawarkan kursus ini dan kelayakan yang bagaimana baru saya boleh meneruskan cita-cita saya ini?

    trial hari tu saya dapat 8A2B2C,, B untuk physics dan sejarah,, C untuk biologi dan geografi,, untuk ke luar negara, betulkah kena dapat straight A dalam SPM? saya mohon matrikulasi dan ipta,, saya kurang jelas mengenai matrikulasi dan ipta ini,, selepas matrikulasi, ke mana perginya saya nanti?

    terima kasih atas segala latihan dan soalan yang sifu berikan,, saya akan cuba buat yang terbaik untuk spm nanti,,

  15. Diana, as far as I know, forencic accountancy, as you may guest it, about collecting evidence. In this case malpractice of accountant, or misleading information of organization, be it government sectors or businesses entities. Kursus sebegini baru di Malaysia, so sifu pun tak maklum di U mana ada ditawarkan kursus sebegini. Forensic accountant selalunya berlatarbelakangkan kelayakan Certified Public Accountant, pendek kata, auditor. CUma beza antara auditor dan FA mungkin kaitanya dengan pengumpulan bukti dan pertuduhan undang-undang. Auditor tak menuduh, sebaliknya akan menasihatkan organisasi mengamalkan kaedah perakaunan yang diperakukan diperingkat antarabangsa.

    Ya Diana, chances yang tertinggi ialah jika awak adalah ACE students. Semuanya A akan sangat membantu. Ini jelas jika awak mengharapkan bantuan biasiswa dari kerajaan atau perbadanan berkaitan. Usahakan aje straight A, atau tak pun, TIADA gred C, semuanya 1A,2A dan 3B. Ingat Diana awk bersaing dgn ramai lagi pelajar yang mempunyai kecenderungan dan cita-cita yang sama.

    Matrikulasi dan IPTA, dapatkan maklumat awal di sini spt kelayakan minimum di alamat ini, http://apps.emoe.gov.my/mohon_matrik/min_o.cfm atau di mana-mana IPTA utk dapatkan maklumat syarat kemasukan ke universiti bagi lepasan SPM atau martikulasi. Diana, slps matrikulasi awk blh lanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA di Malaysia. Utk Universiti luar negara, sifu sendiri tak pasti U mana yang iktiraf matrikulasi KPM kita. Setahu sifu tak ada krn belum pengumuman tentangnya.

    Diana, kalau masuk matrikulasi mesti jelas bhw ia ada 2 jenis program, program 1 tahun dan program 2 tahun, bergantung kpd mana yang diana akan ditawarkan. Tetapi apa-apapun, matrikulasi akan bersaing dgn pelajar STPM utk mendapat tmpt di IPT yang dipohon.

    Itu aje maklumat dari sifu.

  16. dlm peperiksan percubaan spm 200,sy hnya mendapat 60 markah tok sbjek akaun…sifu rs sy layak ke mndapat A1 dlm SPM sebenar????

  17. Fatin, setiap org mampu mencapai 1A (bukan A1, dah mansuh gred sebegitu sejak 2004). Setiap pelajar boleh, jika ia yakin diri dan berusaha ke arahnya. 60 markah okay apa, tinggal lagi 20 markah kan untuk dapat 80. Lagi 20 markah untuk 1A pun. Ini bermakna fatin hanya perlu perbaiki apa kelemahan sedia ada. COntohnya tersalah kira (cuai) maka berhati-hati ketika mengira. COntoh lain, Item jurnal salah dipos ke lejar, maka kenal pasti kesilapan itu dan pastikan diperbetulkan. COnoh lain, terlupa format Lembaran kerja, pastikan sekarang fatin dah boleh perbaiki.

    PEndekkata, sifu yakin fatin boleh, selagi fatin dapat bisikkan ke sanubari fatin, bhw fatin memang boleh. 20 markah tu senang aje. Latih tubi lagi, tapi fokus kpd topik/bab lemah shj, sebab dah tak lama lagi 29hb tu.

  18. thank u so much sifu….sifu tlh mnambahkn keyakinan sy….insyallah sy akn busaha sebaik habis…

  19. saya ingin menceburi 2 bidang ini..
    1.ict
    2.eletronik,elektrik

  20. saya form 4.Saya ambil 12 subjek insyallah kalau xbercanggah jadual dgn sains tulin.Saya tahun depan baru SPM,tapi bahangnye saya dah mula rasa…
    utk final exam ni saya buat biasa je…sbb tu memang stail saya…dari dulu lagi..tahun depan barulah saya all out…
    jadi saya nak tahu antara matrik dan A level..mana yg terbaik…..sbb kalau ikut perancangan, saya nak melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan…dan kalau boleh dapat biasiswa utk menampung pembelajaran saya…dan saya berminat dgn Ireland….agaknye adakah baik untuk saya melanjutkan pembelajaran saya disana?
    tq.

  21. Alep dan Shiqin, wlu soalan awak berdua ni tak de related ngan Akaun, tapi kali ini takpe.

    Alep, teruskan bidang yang awak nak. Pastikan alep analisis permintaan buruh (kerjaya 4 tahun mendatang) dan pastikan awak dapat penuhi kelayakan terbaik untuk kemasukan IPTA/S.

    Shiqin tak perlu bimbang, krn shiqin dah layout semua perjalanan anda. Teruskan dgn cita-cita itu. Kalau pasti dgn perubatan, pada pandangna sifu, tak perlu susah payah ambil 12 subjek. Saya pernah berkata kpd pelajar, jika dah pasti nak jadi doktor, lebih baik fokus kpd kualiti, bukan hanya kuantiti. Awk mungkin kalah bilangan A, tapi awk tetap cemerlang jika dpt hanya 10 A.

    Shiqin, pastikan biologi dan kimia awak ACE (1A). Matematik awk-1A dan BI awk 1A. Pastikan jg Subjek lain 1A, tapi 4 subjek utama itu boleh membantu awk.
    Tapi ingat Shiqin, cara awk ‘buat biasa’ tu kalau awk maksudkan sambil lewa, tak adil kpd diri org lain, dan akan menyusahkan awk ulang kaji tahun depan. Kalau maksud awk ‘buat biasa’ tu masih yang terbaik dan tetap dapat keputusan terbaik, maka tahniah, ia adil pada diri awak dan org lain.

    Bagi sifu, kejayaan utama ialah cemerlang dgn cara yang jujur, ikhlas belajar dan mempelajarinya, serta turut ikhlas dan menyayangi org yang mengajar kita.

  22. sifu., bolehkah saya tahu apakah kelayakan yang perlu ada untuk ke matrikulasi dan apakah subjek yang diutamakn untuk ke matrikulasi?

  23. Matrikulasi hanya ada 2 jurusan, sains dan perakaunan. Kelayakan umum untk tahun depan tak tau lagi, tapi eyka bolehlah merujuk kpd maklumat sedia ada, dan jadikan sbg panduan. Klik di sini utk buka. Tapi ingat, ia hanyalah SYARAT MINIMUM. Utk dapat tempat, dah tentu yang prinsip ‘the best among the best’ akan digunakan. Dari semua pemohon yang layak, cari yang terbaik sahaja utk penuhi tempat.

  24. assalamualaikum..
    saya calon spm 2008..result akhir taun form 4 saya est n bi saya ok tp math n addmath out..
    mak saya sruh saya msk matrix taun dpan amik pendidikan utk jd ckg bi..tp saya lbih minat ke arah bisness..
    camne ek..

  25. Farra, math dan addmath penting utk cemerlang. Bila dua-dua subjek itu terbaik, baru peluang lebih luas. Nak masuk matrikulasi, 2 subjek itu sgt penting selain subjek lain. Nak jadi cg, tak perlu masuk matrikulasi krn matrikulasi hanya ada 2 aliran, aliran sains tulen dan perakaunan.

    Katakan pada ibu, masuk bisnes pun boleh dapat kerja yang baik especially Malaysia skrg berusaha ke arah kejayaan dlm bidang ekonomi. So tak salah jika Farra bersedia meneroka dunia perniagaan yang lebih berpotensi. Tapi Farra, cakap aje tak cukup, kekuatan akademik (walaupun di media skrg mempertikaikannya) masih menjadi ukuran krn sbnrnya tidak ada mekanisme lain dlm dunia pendidikan di mana-mana negara yang dapat menyingkirkan kepentingan peperiksaan dan ukuran kejayaan akademik. Jadi utk keselamatan dan masa depan awk, pastikan akademik awk cukup ‘cantik’ dan dapat bersaing rapat dgn pelajar-pelajar lain SeMalaysia.

  26. assalamualaikum…
    saya br masuk ting 4 thun ni…ari2 result dpt 7a 1b, dan B nye science..
    mama srh msuk sains tulen, tp sye mnat bidang perakaunan..
    so sye tgh bingung ni…hrp dpt bantu…
    lg 1, untuk bidang perakaunan ni, subjek apa yg perlu kt amik selain prinsip akaun???

  27. Faraisha, bincang dgn mak pasal peluang yang juga ada kpd aliran perakaunan SPM. Katakan selain sains, perakaunan juga berpeluang masuk matrikulasi selain diploma perakaunan di UITM atau diploma politeknik. Selepas tu boleh ke ijzh perakaunan di mana-mana IPTA.

    Subjek ‘pasangan’ yg sesuai ialah sama ada perdagangan atau ekonomi asas. Selalunya kelas akaun dimestikan ambil Mat. Tamb, krn salah satu syarat kemasukan matrikulasi. Selain itu, terserah kpd anda dan sekolah.

  28. sifu…thanks sgt2 coz terangkan dengan lebih lanjut…
    saya makin bertambah yakin untuk ambil bidang perakaunan ni…

  29. Faraisha, terima kasih kembali.

  30. saya amik spm 2207..sy rasa nk jd lawyer…emm..bleh sifu tlg nk amik course ape kt u nnt??sbb sy rsa sy xnk msk mtrk la…

  31. ehh..sifu sy tersilap..sy amik spm 2007 n bknnye 2207..minta maaf..tolong sy ek!!!sy dlm dilema sbb kalo sy msk mtrk hnya 2 jurusan je yg ditawarkan..sy xminat kedua-duanya…sy lebih cenderung ke arah subjek syariah..lgpun wktu spm sy amik 12 subjek..n sbjek tmbhn ialah bahasa arab tinngi,syariah islamiah n pendidikan al-quran nas-sunnah…bantulah sy…i’m in trouble!!

  32. Zuhrah, nak jadi lawyer, dah tentu memilih bidan ijazah perundangan. Anda boleh menjurus kepada perundangan konvensional atau syariah atau kedua-duanya. Anda bertuah kerana sekarang beberapa buah IPTA menawarkan perundangan untuk kedua-dua bidang termasuk UAIM. Tetapi pelajar lepasan SPM tidak ditawarkan masuk secara terus ke peringkat ijazah atau sarjana muda (kecuali program-program tertentu di UTM).

    Kalau tak nak masuk Matrikulasi, zuhrah bolehlah masuk tingkatan enam dan pastikan turut mengambil subjek sejarah. Tetapi jika T6 turut menawarkan bidang Islamiah, dah tentu saya cadangkan mengambil subjek STPM sedemikian iaitu syariah dan usuludin. Tapi maaf sifu tak tau sekolah mana yang menawarkannya.

    Selain STPM, Zuhrah boleh juga memohon masuk ke peringkat diploma, contohnya KIPSAS ada menawarkan DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG bagi lepasan SPM.

    Apabila keputusan SPM 2007 keluar kelak, pastikan Zuhrah membaca panduan kemasukan dan program lepasan SPM yang ditawarkan dalam mana-mana IPTA.
    Mudah-mudahan post ini membantu anda.

  33. sifu, saya x dpt truskan pelajaran ke aliran perakaunan kerana cikgu dah tetapkan pergi aliran sains tulen…
    cikgu x bnarkan ke aliran perakaunan..
    saya nak tanya, btul ke kt masih bleh ambil prinsip perakaunan di universiti walaupun x ambil prinsip perakaunan semasa di ting 4&5??

  34. Benar Faraisha, boleh. In fact, Faraisha, sebaga pelajar aliran sains tulen yang cemerlang (bila dah ambil SPMlah), masih boleh mencuba masuk ke degree perakaunan melalui laluan ‘matrikulasi sains atau matrikulasi perakaunan’ atau diploma di UiTM atau politeknik atau IPTS yang diiktiraf. Cuma sayang belajar semua aliran sains tulen tapi hati nak masuk akaun. Sifu ada pelajar spt awak tahun lepas. SEmasa T4, sekolah menawarkan pelajar sifu, N, bukan nama sebenar, masuk aliran sains tulen. Kelas itu juga ditawarkan PAK dan sifu yg ajar. Sklh sifu PAK ada 2 kelas, 1 lagi smmg kelas PAK. Anyway, cita-cita N ia mensasar ke ijazah perakaunan. So apa dia buat, dia mohon kpd sekolah berpindah ke kelas akaun. Alasan mudah, nak tumpu sepenuhnya dlm bidang perakaunan, so tak perlu susah payah nak belajar Fizik, Kimia dan Bio. Mgkn disebabkan N tidak bercita-cita nak lanjutkan ke bidang kejuruteraan atau kedoktoran atau farmasi atau.. (sila isi sendiri). Terkejut sifu, minggu berikutnya N belajar dgn sifu jg tapi di kelas Akaun pula. N calon SPM 2007, tak tau lagi result dia, tapi cukup utk sifu katakan N adalah antara pelajar cemerlang subjek PAK sifu. Ada jg satu lagi pelajar sifu yang turut mengatakan cita-cita nak jadi akauntan, tapi C ini, terus berada dlm kelas aliran sains. Alhamdulillah C juga cemerlang dlm subjek sains tulen, dan terbaik dlm PAK (and I mean terbaik! book keeping 100% betul setiap kali).
    Kesimpulannya, both of them make a wise decision, which I believe was supported by their parents and teachers.
    So Faraisha, aliran sains tulen boleh memohon masuk, tapi jika ada ambil subjek Akaun adalah kelebihan tambahan utk diri awak. Ketika bersaing dgn calon sebaya awk utk mendapat tmpt dlam diploma atau ijzh perakaunan, lebih banyak kelebihan diberi kpd calon yang sememangnya mengambil Prinsip Perakaunan dan memperoleh gred cemerlang. Pelajar lain yang tak ada PAK, juga dipertimbangkan melalui cara lain dan mgkn dapat mengikut kuota pada masa itu. Just like calon yang nak ambil diploma kejuruteraan, semua calon boleh pohon, tetapi keutamaan kpd calon sklh teknik yang cemerlang dlm subjek kejuruteraan dlm SPM dan jg cemerlang dlm MatTambahan. Pljr sklh biasa yang berada di aliran sains tulen juga berpeluang, ttpi kelayakan bersandarkan kecemerlangan dlm fizik dan Mattamb. Adilkan. Nak jadi doktor, awk dan pelajar aliran sains tulen aja yang berpeluang krn ada belajar BIOLOGI dan KIMIA. Pelajar aliran biasa jg boleh memohon dgn syarat mengambil Sains Tambahan selain Sains dan memperoleh gred cemerlang. Setiap aliran dlm SPM ada advantage dan disadvantage, bergantung kpd situasi semasa, pencapai dlm SPM dan program yang dipohon.
    Sekian dulu nasihat sifu.

  35. Assalamualaikum……sy student skolah menengah agama islah.next year sy akan ambil spm.tahun ni sy form 4.di skolah sy,bg student lepasan pmr WAJIB mengambil peperiksaan SMRA iaitu sijil menengah rendah agama.tak de cam skolah lain yang akan disusun mengikut aliran seperti sains tulen,akaun and sastera.untuk subjek exam SPM plak kami hanya mengambil subjek asas sahaja seperti ekonomi asas,Quran sunnah,tasawur islam,sains,mate.BI,sjarah,BM,syariah,B.arab tinggi.tak de fizik,kimia, and bio.saya rasa rugi la.apa lagi cita-cita saya nak jadi doktor.apa kelebihan student yang mengambil SMRA????dan adakah sifu rasa cita-cita saya akan tercapai kalau sy hanya mengambil subjek asas saja tanpa subjek penting yang harus dipelajari oleh seorng doktor seperti subjek fizik,kimia,bio???i’m sure smuanya tak kan jadi really.plez……help meeeeeeeeeeee…………

  36. Atiyka, maaf kerana bakal ‘mengganggu mimpimu’. Ya, Atiyka, peluang masuk ke bidang kedoktoran sangat-sangat-sangat-sangat tipis, hampir 0%. Utk layak mengambil bidang kedoktoran di peringkat ijazah/sarjana muda/bacelor, awak mesti melalui laluan ini:
    1. melalui kelulusan matrikulasi aliran sains sahaja.
    2. melalui kelulusan STPM dgn mengambil subjek sains tulen.
    3. Diploma kedoktoran (he, mana ada!?!?)

    Yang nombor 3 tu acah-acah aje. Tapi no.1 dan 2 tu betul-betul, terutama kemasukan ke IPTA di Malaysia.
    Walau bagaimanapun,jika anda cemerlang di pgkt SPM, pihak kerajaan melalui JPA boleh menawarkan biasiswa dan menghantar ‘bakal doktor’ yang terpilih dari permohonan yang diterima, ke universiti di luar negara, buat masa ini di hantar ke Ireland di UK, India, Australia, dsb. Tapi ada syarat utama….

    As you will see, lepasan SPM yang nak jadi doktor perubatan mesti, saya ulangi, mesti pelajar yang mengambil subjek biologi, kimia atau biologi dan sains tambahan, atau kimia dan sains tambahan. Subjek Sains biasa tidak digunapakai ketika memilih bakal doktor kerana pembelajarannya tidak mencakupi semua kemahiran yang diperlukan.

    Atiyka, belajar biologi dan subjek sains tulen lain berbeza dari belajar subjek agama. Ekspektasi guru dan bakal penaja biasiswa awak juga berbeza. Corak pembelajaran juga berbeza. Tapi yang susah itu walau pahit akan sedap juga akhirnya.

    Kesimpulan, jika benar atiyka nak jadi doktor (sangat diperlukan sekarang, sifu pun selalu sakit), atiyka mesti dulu masuk aliran sains dlm T4 dan T5. Tetapi kebanyakan sekolah hanya menawarkan peluang itu kpd pelajar yang sedia cemerlang dlm PMR. Dlm kbykan kes, sekurang-kurangnya B dlm Sains dan Matematik di pgkt PMR. Ada juga akan menegaskan mesti B dlm BI juga. SO atiyka kena juga melihat kelayakan PMR atiyka, ada tak sekolah yang sanggup menerima atiyka dan masuk ke aliran sains. Cuba ya, jangan putus asa. Jika layak, bincang dgn ibu bapa dan mohon pindah ke sekolah biasa. Mudah-mudahan berkat.

  37. thanks sifu on your advice.alhamdulillah PMR sy dpt good result iaitu 8A1B.actually,ada juga sekolah yang menawarkan tawaran untuk saya continue ke SBP.Tetapi sekolah tersebut tidak menyediakan peperiksaan SMRA.saya berasa rugi kalau tidak mengambil peperiksaan tersebut,kerana SMRA adalah kelas bahasa arab tulen seperti aliran sains tulen.apalagi bahasa arab adalah bahasa syurga.so, kalau saya nak ambil aliran sains tulen kena tunggu STPM la???kalau saya ambil STAM adakah subjeknya sama dengan STPM???kerana kebanyakan student yang mengambil STAM di sekolah saya majoritinya mendapat tawaran ke Mesir dan Jordan. sorry ye sifu kalau tanya banyak..

  38. sifu, akhirnya dapat juga saya ke kelas perakaunan..
    walaupun dalam kelas tu x ada sorang pun yang saya rapat, tp sye x ksahlah.. yang penting saya dapat belajar PAK..
    thanks sifu atas segala nsiht..
    saya nk tanya, pelajar dalam bidang akaun ni bler dah hbis blaja, apa kerjaya yg bleh di ceburi??

  39. Atiyka, maaf, jika tunggu STPM, rasanya semua sekolah tak akan lagi beri peluang pelajar ambil subjek sains tulen dlm T6 JIKA tiada asas dlm T4&5. Ini kerana subjek biologi, kimia dan fizik STPM adalah lanjutan dari pembelajaran menengah atas. Sepupu sifu ada pernah mengambil STAM dan mrk mengesahkan subjek STAM tidak sama dgn STPM. Lagipun STAM adalah sijil tinggi agama. Dalam kes ini Atiyka lebih baik sembahyang istikharah, minta petunjuk Allah. Mana yg lebih baik utk Atiyka, keluarga Atiyka, dan masyarakat Atiyka. Atyika tentu sedar mana-mana bidang pun boleh mendapat redha Allah. Tapi dlm dunia ini, qada’ dan qadar boleh diubah oleh manusia kecuali kematian.

    Dalam kes Atiyka, tentu atiyka dah bertambah terbuka mata, tak semua perkara boleh diraih semudah itu, tidak semua perkara boleh diminta sesenang itu. Ada banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Jika Atiyka lebih cenderung kpd bidang keagamaan, alhamdulillah, teruskan aje. Tetapi bab menjadi doktor tu Atiyka kenalah lupakan kerana begitulah keadaannya sekarang ini. Mudah-mudahan aja, sistem persekolahan di Malaysia dan di Mesir sana berubah, dimana bakal ulama diberi peluang menjadi bakal doktor juga, bukankah lebih baik? Malangnya sistem pendidikan di mana-mana pun, hatta di negara Islam pun, pendidikan aliran agama adalah satu pendidikan khusus dan kemahiran itu sangat penting utk tidak dicampur aduk dgn bidang lain. Ini kerana bakal ulama atau cerdikpandai agama mejadi rujukan umat. Pendidikan sains lain diajar kpd golongan lain, spy pengkhususan itu menghasilkan ahli dlm masyarakat yang lengkap. Begitu juga bidang lain. Yang dipinta ialah ahli masyarakat, walau apa kemahiran atau tahap pendidikannya, beriman kepadaNya.

    Sifu secara peribadi sentiasa menyokong mana-mana pilihan Atiyka dan keluarga. Istikharah okay.

    Tambahan: Bukankah ada juga sekolah agama spt Kolej Islam Kelang yang turut menawarkan aliran sains tulen serentak dgn subjek-subjek agama. Ada tak sekolah lain yang atiyka juga boleh pohon?

  40. Faraisha, baguslah kalau gitu. Selagi Faraisha tidak terfikir nak jadi doktor, jurutera, arkitek atau angkasawan, ada banyak bidan yang boleh diceburi, sama ada bidang berkaitan langsung dgn perakaunan, mahupuna bidang tak langsung dlm mana-mana industri. Sifu beri beberapa contoh yang sifu pernah ceburi dan yang sifu tahu mengenainya. Semua ini bagi graduan lepasan ijazah.

    1. Pegawai Akaun/Eksekutif Akaun
    2. Pembantu Pengurus Akaun/Pembantu Eksekutif Akaun
    3. Pengurus Akaun (ada sesetengah syarikat kecil atau sederhana akan ambil fresh graduate dan ditawar jawatan pengurus akaun. Tapi gaji lebih kurang macam 1 dan 2, eheheh)
    4. Pembantu Pegawai Audit Dalaman (dlm syarikat besar akan ada jabatan audit, so fresh graduate yang ‘kurang pengalaman’ hanya layak digelar pembantu, tapi gaji sama macam 1 & 2, +-)
    5. Pembantu Audit (ini dlm firma audit sendiri spt Ernst & Young, dll, gaji memang rendah dr 1&2, tapi sesiapa nak menjadi ‘Certified Public Accountant’ (CPA) perlu pengalaman audit sekurang-kurangnya 3 tahun. So terpaksalah sesiapa yg memang cita-cita nak jadi CPA. Lepas tu, peluang sangat cerah utuk kenaikan gaji atau buka firma sendiri bila dah disahkan CPA.
    6. Pegawai Bank/Pegawai Cawangan Bank (ada lagi nama lain)
    7. Pegawai Pemasaran/Eksekutif Pemasaran (tak perlu lagi tumpu kpd akaun, ttp pemasaran produk atau perkhidmatan)
    8. Pegawai Insurans
    9. Pengurus Pemasaran (selalunya syarikat kecil & sederhana tetapi gaji sama spt 7)
    10. Pegawai/Pengurus Risiko Pelaburan (pun boleh dari aliran perakaunan, walaupun sekarang ini ada juga graduan dari UiTM yang belajar perkara berkaitan pelaburan)
    11. Remisier (berkaitan pengurusan pelaburan di bursa saham)
    12. Pemilik syarikat (berniaga sendiri, gunakan semua kemahiran pengurusan, perakaunan dan pemasaran yang diajar selama 4 tahun di U, tak payah kerja dgn orang lain)
    13. Petani Jutawan (kalau ada tanah sendiri, libatkan dlm projek pertanian yang dianjur kerajaan. Tiada pengalaman bertani? Ikut kursus anjuran jabatan pertanian, eheheh)
    14. Penyelidik Pemasaran
    15. Penulis buku profesional
    16. Pensyarah Universiti/Institut Perguruan/Kolej Universiti
    17. Guru sekolah-Perakaunan/Matematik/Matematik Tambahan (kalau ada tawaran aja, that’s why sifu tak letak di atas. Skrg ini tawaran guru lebih banyak bidang sains dan matematik)
    18. Dan lain-lain
    19. Penganggur berijazah (jawatan dipegang sebaik-baiknya sementara sahaja)

  41. ok, sifu..
    thanks byk2 ats suma ni…

  42. ok sifu.sy akan cuba sebaik yang mungkin.InsyaAllah Tuhan akan memberi jalan penyelesaian kepada umatnya.sifu doakan saya sama..”MAN JADDA WAJADA”trima kasih atas smuanya.take care of your self.wassalammmmmmmmmm…………………

  43. Okay Faraisha dan Atiyka, terima kasih kembali. Sifu gembira dapat membantu anda berdua.

  44. salam sifu

    ada yg mengatakan bahawa sistem ke ipta sekarang mmbolehkan pelajar yg berkelulusan STAM boleh memohon IPTA dan terus smbung ke peringkat sarjana muda tanpa masuk matrikulasi.sejauh mana benarnya,dan kalau boleh,nak minta sifu nyatakan kelebihan dan kekurangan STAM berbanding matrikulasi 1 atau 2 tahun..terimakasih

  45. Iezati, dari satu aspek benar, STAM setaraf dgn STPM dan diploma, maka juga layak masuk ke peringkat ijazah. Tetapi, subjek STAM spesifik kpd bidang keagamaan. Lepasan STPM pula bidang umum, spt aliran sains, aliran sastera, mahupun aliran ikhtisas. Lepasan Matrikulasi pula spesifik kpd aliran sains dan aliran perakaunan. Ketiga-tiga mempunyai kelebihannya.

    Sesiapa masuk matrikulasi sudah tentu tujuannya memasuki ijazah spt kejuruteraan, kedoktoran, sains farmasi, matematik, statistik (aliran sains) atau ijazah perakaunan, ekonomi, pentadbiran perniagaan, dsb (aliran perakaunan)

    STPM sekolah akademik biasa majoriti akan memasuki bidang ijazah umum yang pelbagai. COntohnya pengurusan pemasaran, sastera, muzik, sains ukur tanah, dsb. Ini juga termasuk ijazah perakaunan, ekonomi, pentadbiran perniagaan, farmasi, doktor (STPM aliran sains sahaja), dsb

    STAM berbeza dan kelayakannya membolehkan pelajar memasuki ijazah spt undang-undang syariah, pengajian quran, dll. Tetap pelajar STPM biasa tak disemudah STAM. Kenapa? Perhatikan syarat dan subjek yang diambil:

    Syarat – Syarat Pendaftaran STAM sepertimana dinyatakan dalam lamanweb KPM

    * Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999
    * Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau,
    * Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa

    Mata Pelajaran yang Ditawarkan (untuk rujukan pelajar bukan STAM, sebagai pengetahuan am)

    * S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
    * S102 – Fiqh
    * S103 – Tauhid dan Mantiq
    * S104 – Tafsir dan Ulumuhu
    * S105 – Hadith dan Mustolah
    * S106 – Nahu dan Sarf
    * S107 – Insya’ dan Mutalaah
    * S108 – Adab dan Nusus
    * S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
    * S110 – Balaghah

    Tetapi apa-apapun, beruntunglah pelajar yang sanggup mengambil STAM kerana kemasukan ke peringkat ijazah bukan aliran keagamaan juga boleh diterima, selagi mendapat jayyid.
    Contohnya program ijazah pertama di UUM spt di link ini.
    http://www.uum.edu.my/hea/kemasukan%20dan%20promosi/SYARAT%20KEMASUKAN%20PROGRAM%20UUM.htm . Walau bagaimanapun, setakat pencarian sifu, STAM belum lagi diterima sebagai kelayakan untuk program PERAKAUNAN/program profesional di IPTA lain kecuali UIAM dan USIM. Ijazah pengurusan atau berkaitan pula, pelajar STAM berhak bersaing dgn pelajar STPM/matrikulasi/diploma. Sifu yakin, ITPA lain juga akan menghadkan STAM dalam hal itu. Mungkin kerana mereka menghendaki pelajar yang ingin memasuki bidang perakaunan mesti ada mengambil subjek berkaitan perakaunan atau ekonomi sebelum itu.

    Itu saja komen sifu. Jika sifu tersalah, cepat-cepat betulkan di komen seterusnya, okay.

    Oh ya, rujuk sini lagi baik, https://online2.mohe.gov.my/stpm/panduan/kod_01senarai.php?PHPSESSID=12519eeafbd1fc176855abca86a662f6

    Bagi sesiapa nak tau terus, sila baca ini:
    Universiti Sains Islam Malaysia:
    Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

    Memenuhi Syarat Am Universiti
    Serta
    KEPERLUAN KHAS PROGRAM
    Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat
    SPM dalam mana-mana EMPAT (4) mata pelajaran
    berikut;
    · Bahasa Arab Komunikasi/ Bahasa Arab Tinggi/Tassawur Islam/ Pendidikan Syariah Islamiyyah/ Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah
    · Matematik/ Matematik Tambahan
    · Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
    YE02
    8 semester

    Memenuhi Syarat Am Universiti
    serta
    KEPERLUAN KHAS PROGRAM
    Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya tahap Jayyid Jiddan.
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya 4B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
    atau
    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET;
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
    · Matematik /Matematik Tambahan.
    · Mana-mana EMPAT (4) mata pelajaran lain termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia.

    So STAM sekarang lebih luas bidang boleh diceburi. Tahniah dan minta maaf jika nasihat sifu terdahulu ada kesilapan.

  46. assalamualaikum..saya lpsan SPM 2007..sy sklh di smu arab n amik aliran p.akaun.. smntara tggu result spm, sy masuk ke tngkatan 6 bawah. skul aliran agama kan sediakan pperiksaan STAM..skrg sy dilema sama ada nak amik stam atau if insyaALLAH dpt result yg baik n dpt twrn yg sy inginkan, terima twrn tu. sy rsa mcm ditiup angin la,skali org kempen stam, sy rasa nak ambik, kalu kempen matrik or diploma, rasa nk g sane plak..w/pun result n twrn blm psti, tp sy dh fikirkan benda ni sbb sy tak nak nnti kluar kptsan baru nak kalut..
    di skolah, sy ada la tanya2 kawan2 betul ke nak amik stam atau akan terima twrn akan datang, yg sure nak amik ckp kat sy ttg kebaikan stam.. ada yg ckp stam ni mudah je..stakat hafal-m’hafal..pastu abih stam sure dpt ijazah di IPTA..n untung umur kalu amik stam sbb setahun je sdg kan diploma or matrik 2 @ 3 thn. cara kwn2 sy cakap 2 seolah2 spm rndah ‘nilai’nya b’bnding stam..mgkn target diorang pd stam. utk pengetahuan sy ni kalu bab m’hafal….emm..boleh la.. boleh!tp ye lah.. so nk mntak pndangan ttg klebihan, kekurangan pergi dgn spm dan stam..dan ttg matrik dan diploma.time kaseh.

  47. satu lagi, kalu tak amik matrik, ade ke twrN perakaunan di IPTA khusus nye di UM,UKM,UUM,UPM,dan UIAM.. tq

  48. sori la byak tanya smntara ingat..katakan lah kite ada ijazah PAK, bkn pendidikan.. bleh ke nak jd guru..

  49. salam,,
    sifu saya adalah lepasan spm2007..
    saya adalah lpsn mrsm..jd sy ingn bertanya sama ada adakah sy bleh memohon biasiswa mara dan jpa dalam satu masa,,
    saya ingin melanjutkan pelajaran ke russia dalam perubatan tetapi sy tidak mengisi permohonon trsebut dgn mengunakan keputusan trial,,
    sy ingin menunggu keputusan spm,,adakah saya masih berpeluang untuk memohon perubatan russia dgn mengunakn keputusan spm,,,
    plezz help me,,

  50. Zahidah, lebih baik awak solat istikharah. Sifu tak dapat beri pandangan objektif tentang mana terbaik. Secara umum semuanya memberi peluang yang luas. Sila baca post sifu terdahulu di atas. Yang penting apa zahidah nak belajar. Nak ambil ijazah perakaunan, sifu dah jelaskan terdahulu, ketiga-tiga laluan itu berpeluang. Cuma dari segi persaingan, dan prinsip penawaran ‘the best person wins, best among the best’ dll. Zahidah ambil STAM, tahun ini tawaran perakaunan hanya dari USIM dan UIAM. Tetapi IPT lain belum iklankan samaada STAM layak memohon perakaunan. So dari 13 U, hanya 2 yang terima. kebarangkalian kecil. Tetapi melalui Matrikulasi, semua IPT terima keluaran matrikulasi. Begitu juga lepasan STPM. Zahidah nilailah sendiri.
    Peluang menjadi guru tetap ada. Sifu sendiri lepasan bacelor perakaunan, bukannya pendidikan. Sifu kerja dgn pihak swasta beberapa tahun sblm menukar haluan kpd keguruan. Bila nak jadi guru, sifu ikuti program KPLI. Tak taulah kalau akan datang masih ada program sebegitu. Tambahan lagi sekarang dah ada program ijzh perakaunan (pendidikan). So nasihat sifu, zahidah mesti lawati lamanweb Kmenterian Pendidikan Tinggi (MOHE).

    Izzati, biasiswa keluar negara sebenarnya ditawarkan oleh JPA dan MARA melalui program usahasama. Biasiswa itu selalu dipanggil biasiswa JPA walaupun sebenarnya disponsor oleh MARA juga. Nak pergi Russia? Baguslah. Harapan akan cerah jika awak dapat SEMUA 1A dalam semua subjek. SIla lawati lamanweb JPA untuk keterangan lebih lanjut.

  51. thank’s..atas nasihat sifu

  52. salam… sifu, kalau x keberatan sy nk minta senarai program diploma dan ijazah yang ditawarkan kpd lepasan spm, stam, stpm, & matrik di uni. tmpatan dan luar negara.. TQ

  53. sori lupa nk mention..dalam bidang perakaunan

  54. saya baru saje dpt twrn pegi sbp tp saya x tau nk peg ke xnak…camne ar???sekrang nie saya gila2 tension..kalau blh,saya nak stay je kat sklh saya sekarang tp mak ngan ayah saya sibuk suruh sy peg…Nak tanye sikit,prospek kerjaya dlm bidang interior design..ada ke masa depan dlm bidang nie????nthen apa bidang yang paling diminati sekarang nie n apa agaknya bidang yang paling dikehendaki 10 tahun lagi???tolong……..

  55. Am, kalau boleh dan jika dah setuju, pegilah ke SBP, okay apa. Dari segi persepsi masyarakat, pelajar SBP mempunyai prospek yang lebih baik. Ini kerana bilangan pelajar per kelas yang kecil, satu suasana pembelajaran yang ideal/kondusif, membolehkan Am mendalami pembelajaran dgn selesa dan lebih berkualiti. Berbanding sklh biasa, yg punya bil pelajar yg ramai, 30-40 org sekelas, menyebabkan pembelajaran kurang kondusif. Nak dapat redha ibu bapa, kenalah juga fikirkan kehendak mereka, ya tak. So Am fikirkan masak-masak.

    Interior design, industri yang baik di Malaysia, tetapi bagi sifu sendiri, bukanlah industri yang kritikal. Oleh itu, jika Am nak ceburinya baguslah, tetapi Am mesti sedar bahawa permintaan terhadap perkhidmatan Interior design hanyalah dari kalangan pelanggan komersil/swasta. Agak jarang pelanggan isirumah/persendirian menghendaki perkhidmatan sebegitu. Tambahan lagi golongan melayu lebih suka menghias rumah sendiri. Umumnya, bagus jika Am orang yang tabah krn ada peluang berniaga sendiri, punya firma sendiri, spt pengacara Eric. So teruskan aje, tapi Am dinasihatkan mengambil apa-apa subjek yg boleh menyerlahkan bakat kreatif Am, antaranya PSV.

    Ttg apa kerjaya 10 tahun akan datang, Am mgkin dah dengar, teknologi bio (biotech), teknologi pertanian, dan perakaunan adalah antara unjuran terpenting negara. Dianggarkan ramai permintaan tenaga kerja mahir diperlukan dalam bidang-bidang tersebut termasuk industri hiliran dan industri asas tani. Selebihnya keperluan tenaga kerja dalam industri kreatif dan seni, krn MDEC merancang atau mengharapkan Malaysia juga mampu menjadi tempat pembikinan filem berasas teknologi, spt Australia, Thailand. Utk pengetahuan Am, kini banyak studio Hollywood mengambil syarikat-syarikat multimedia di Thai dan Australia (terutamanya) dalam proses pos-produksi perfileman terutama berkaitan dgn CGI ataupun tenaga kreatif. Lebih baik Am cari sendiri maklumat lanjut spt merujuk kpd Unit Bimbingan dan Kaunseling utk keterangan lebih lanjut.

    Kesimpulannya, apa yang Am ingin ceburi pun bagus. Keinginan ibu bapa kalau dapat dipenuhi pun bagus, dapat berkat ibubapa dan berkat ilmu. 10 tahun akan datang akan ada peluang selagi Am merupakan pelajar yang cemerlang. Orang cemerlang lebih mudah ‘dibuang’ ke sana kemari dan masih meraih kerjaya yang lumayan berbanding pelajar yang hanya bersederhana. Tapi itu hanya pandangan sifu.

  56. Zahidah tentang permintaan itu, sifu akan usahakan, tapi tunggu ya.

  57. emm…kalau subjek elektif saya perdagangan,kesusasteraan melayu, dan tassawur islam boleh ke masuk IPTA????saya ingat lepas spm saya nak amik diploma dalam jurusan mass com tapi boleh ke sebab saya tak amik add maths???camne ni???tolong la… sebab sifu kata orang yang ambik add maths lebih layak dapat kemasukan ke IPTA betul ke??tolong saya sifu,…..

  58. Faera, jawapannya, insyaallah boleh. Mass comm tidak menghendaki pelajar mengambil AddMath. So, subjek elektif awak dah mencukupi. Nasihat sifu ialah, kukuhkan kemahiran faera dlm penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris, terutama dari segi penulisan kreatif dan kemahiran merumus. Itu pandangan sifu. Subjek Sastera membantu Faera memupuk kemahiran empathi, kemahiran memahami budaya dan sikap manusia. Selain dari itu melalui pengamatan juga membantu.

    Boleh tambah lagi? Ini tak wajib tapi nak jadi pelajar lebih baik dan kreatif, sifu nasihatkan ambil peluang memupuk kemahiran bercakap (public speaking), spt syarahan, debat dan sebagainya. Tapi Faera dah fikir masak-masak ke? Hanya Mass Comm? Tak ada cita-cita pengganti lain? Apakah jenis kerjaya yang Faera impikan?

  59. klau student sains tulen,
    drop addmath leh x?
    ape side effect die ar?
    adoyyyyyyyyy..

  60. n lg 1 sifu,
    sy minat gile nk jadi doctor..
    matematik modern mmg xde hal sgt..
    tp biler tibe bab add math,
    jd longoi sgt2.
    klau nk amek medic,
    add math penting ke?
    coz nk masok matrik,add math + math mode mst kne gempak kan..
    helpppppp

  61. Cuppy, tak ada side effect kalau awak memang tak ingin meneruskan pelajaran ke mana-mana.

    Ia hanya akan mengganggu potensi awak kalau, dan kalau awak memang ingin sambung belajar dalam negara atau luar negara dlm bidang-bidang tertentu spt kejuruteraan, dsb.

    Beginilah, walaupun awak masih pelajar SPM, apa kata awak lawat ke http://www.mohe.gov.my dan cuba analisis keperluan subjek bagi setiap program ijazah bagi lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma mahupun STAM. Tentu lepas tu, Cuppy dapat satu gambaran, sama ada nak drop Addmath atau tak.

    Nak masuk Matrikulasi? Mesti ada addmath. Nak masuk T6 tak perlu, tapi…. baca dulu di mohe.gov.my tadi. Nak pergi diploma selepas SPM, sebaiknya ada addmath…

    Kesimpulan Cuppycake91, tepuk dada tanya selera. Awak nak senang sekarang atau nak senang kemudian.

  62. Zahidah,
    demi memenuhi impianmu, sifu telah usahakan kompilasi maklumat ke program ijazah perakaunan di sini. Sifu tahu zahidah adalah pelajar SPM 2007, tapi maklumat ini boleh membantu zahidah merancang apakah destinasi seterusnya. Matrikulasi, STPM, diploma ataupun STAM. Berkenaan program luar negara, maaflah sifu tak dapat nak cari, sifu tumpukan kepada semua IPTA sahaja, dan sifu dapati tak semua IPTA menawarkan program diploma mahupun ijazah perakaunan.

    So, zahidah check sini okay.

    Jangan lupa juga untuk melawati lamanweb MOHE untuk maklumat program lain di peringkat STPM dan SPM.

  63. erm…
    sifu….
    sy nk tanya kalau sy
    amik perakaunan ms depan sy cerah ke…
    jd akauntan keje kt ner…
    kalo sy amik perakaunn….
    misalannya dpt baik…
    bleh dpt lnjutkan pelajaran kt..
    luar negara x…
    kalo ader ape nme u tu…
    nk tau gak….
    hi,hi…
    lg1…
    kalo sy amik jurusan sastera ikhtisas…
    bleh dpt keje ape….
    subject dlm jurusan tu…
    x ade sastera…
    nme je sastera…
    *BM
    *BI
    *B.ARAB TINGGI
    *SEJARAH
    *SYARIAH
    *QURAN SUNNAH
    *PRINSIP PERAKAUNAN
    *EKONOMI ASAS
    *SCIENCE
    *ADD MATH
    * MATH MODERN

  64. Syaz, banyak bidang boleh diceburi, tak semestinya perakaunan. Awak punya banyak peluang seperti orang lain juga. Nak lanjut pelajar di luar negara? Berdasarkan subjek syaz, rasanya syaz boleh pergi Mesir, Arab Saudi, UK, Australia, Amerika, dan banyak lagi.

    Sifu hanya menekankan program berkaitan perakaunan kerana:
    1. sifu mempunyai pemegang bacelor perakaunan (bukan pendidikan), dah tentu menyokong bidang sendiri
    2. blog ini sendiri khusus untuk perakaunan, maka sifu akan ceritakan hal perakaunan aje. Bidang lain biarlah dibincangkan oleh orang lain yang lebih arif.
    3. Perakaunan, adalah ‘passion’ sifu dalam pekerjaan profesional termasuklah pendidikan masa kini, walaupun satu masa dulu, sifu nak sangat menjadi jurutera (ada cerita ni, cari sendiri di blog sifu yang lain).

    Syaz, nasihat sifu, tinjau dahulu peluang di IPTA di dalam negara supaya ibu bapa rasa lebih selesa dari segi kewangan. Taklah terpaksa berkorban terlalu banyak sehingga peluang adik yang akan datang tertutup pula akibat masalah kewangan. Ini kerap terjadi. Di sebalik kos pendidikan yang rendah, kualiti tetap tinggi setaraf dengan penawaran di IPTS. Yang penting ialah kita sendiri selaku pelajar, bagaimana menetapkan aras kecemerlangan dan kualiti insan yang dicapai. Intelek selalunya bersekutu rapat dengan kreativiti dan pemikiran luas serta kemahiran komunikasi. Asah kemahiran itu.

    Tetapi jika syaz ingin memasuki bidang yang PROFESIONAL, maka perakaunan adalah salah satunya. Awak juga berpeluang memasuki bidang berkaitan ICT selagi AddMath awak dibuktikan. Bidang pentadbiran dan pengurusan juga boleh anda pohon masuk. Dah tentu syaz juga boleh memasuki bidang berkaitan agama Islam mahupun bidang guaman. Tahniah kerana kombinasi subjek yang sekolah syaz tawarkan itu memampu menyediakan syaz memilih banyak bidang, kecuali bidang kedoktoran.

    Kerja bidang perakaunan banyak. Pendek kata, jika ada satu syarikat baru wujud, maka akan ada 1 jawatan berkaitan akaun wujud. Paling rendah pembantu kerani akaun. Selalunya dlm mana-mana syarikat akan wujud kerani akaun, pegawai akaun, eksekutif akaun, pengurus akaun, pengurus kewangan, pengurus operasi, ketua pengurus kewangan, dll. Bidang tak langsung seperti pentadbiran, pengurusan dan bidang perkhidmatan juga boleh dipohon. Antaranya, pegawai bank, pengurus bank, eksekutif bank, pegawai pemasaran, dan banyak lagi. Sekarang lagi Malaysia nak majukan kewangan islam dunia, maka anda berpeluang lebih tinggi, gabungan pengetahuan agama Islam yang lebih banyak dan kemahiran perakaunan, tak mustahil permintaan untuk individu seperti awak akan lebih tinggi tahun-tahun mendatang.

    Itu pandangan sifu. Harap syaz berpuashati dengan jawapan sifu. Oh satu nasihat sifu, bila tinggalkan komen, biarlah syaz taip seperti sifu buat ni. Kita kurangkan penggunaan tulisan singkat. Sifu sengaja berbuat begini kerana ingin menggalakkan pengamalan penulisan penuh dalam bahasa melayu. Lagipun kita berkomunikasi tanpa batas. Singkatan digunakan nak jimatkan wang SMS. Diblog ini tak ada had masa dan kos. Boleh ya, syaz.

    Oh ya, satu lagi untuk syaz dan lain-lain. Walaupun MOHE dan IPT menetapkan syarat yang diiklankan itu adalah syarat minimum yang mudah dicapai, anda semua jangan terkeliru dengan peluang yang ditawarkan itu. LAYAK MEMOHON TAK SAMA DENGAN MAKSUD LAYAK DITAWARKAN. Ramai orang layak mengisi borang dan memohon pelbagai bidang dalam pelbagai jurusan tetapi hanya yang terbaik sahaja akan ditawarkan ke dalam bidang-bidang tertentu. Semakin popular bidang tersebut maka semakin sengit persaingan mendapatkan tempat di IPTA. Nasib baiklah sekarang ini ada banyak IPTA baru tak sesengit semasa sifu belajar dahulu. Tetapi semangat persaingan sihat mesti diteruskan supaya mampu memilih universiti disukai atau yang ranking terbaik di Malaysia. Wallahualam.

  65. baiklah.terima kasih.syukran.untuk semua nasihat sifu.saya sangat menghargai nasihat yang sifu bagi.assalamualaikum

  66. saya nak tanya 1 lagi soalan.(sifu mempunyai pemegang bacelor perakaunan(bukan pendidikan).apa maksudnya

  67. Syaz, sifu dianugerahkan bacelor perakaunan (kepujian), maknanya kelayakan ijazah profesional, yang jika mengamalkannya dlm kerjaya sebagai pengurus akaun, eksekutif atau pegawai akaun/kewangan. Sifu letak dalam kurungan bukan pendidikan spy syaz tidak terkeliru. Sifu bukan pemegang ijazah pendidikan (perakaunan), iaitu kelayakan profesional keguruan secara langsung. Baru diperkenalkan dalam tahun 2007, kalau tak silap. Ini khas untuk individu nak jadi guru dan bakal menjadi guru subjek Prinsip Perakaunan. program pendidikan berbeza dari program perakaunan profesional.

    Sifu ni asalnya (spt syaz boleh baca dlm ABOUT ME di atas), bekerja dlm bidang bukan pendidikan. Apabila sifu membuat keputusan beralih menjadi pengajar, sifu terpaksa belajar lagi mengambil diploma pendidikan selama 1 tahun dalam program KPLI.

    Itu maksud sifu.

  68. SUBHANALLAH..Alhamdulillah..impianku tercapai..terima kasehhhh yg teramat sangat sifu….dh lama tak buka kmputer sbb frust tak de jawapan..saya tahu sifu berusaha membantu saya..jaza kumullahu khairan jaza’

  69. Zahidah, terima kasih kembali. Maaflah ye tak dapat nak tolong lebih dari itu. Apa-apapun, usaha, doa, istikharah, tawakkal akan dapat memberi zahidah membuat keputusan bijak.

  70. sy nk tnye..sy blur xtaw nk msk akaun ker x..sy mase form4 penah msk..pas2..sy cm xleh bwk..so sy pindh klaz sc..addmath n math sy ok..tp..sekarang sy dleme..coz adew org ckp kalo ok math n addmath..baik msk akaun..
    mse kat kalz sc pon sye ok gak still bleh bwk..tp kalo ikutkan..sy xlah mnt sgt sc..tp dh msk..blaja jer la..tp sekarang dh blur..nk msk akaun ker sc..kalo sc sy nk amik pe..
    tolang la!!!

  71. Alamatnyer8, awak bertuah kerana memasuki aliran sains. Awak kata Math & Addmath okay, harap-harap cemerlang la tu. Awak juga bersikap positif, walau tak minat tetap belajar subjek Sains. Sebenarnya tak semestinya awak mesti ambil PAK baru boleh masuk bidang perakaunan. Tanpanya boleh.
    Ambil contoh kelayakan memasuki matrikulasi di url ini, secara umumnya pelajar aliran sains juga boleh memohon. Nak masuk diploma pun tak semestinya mesti ada perakaunan. Itu adalah antara beberapa kelonggaran yang telah diperkenalkan oleh MOHE dan MOE. Tapi kalau nak juga ambil apa salahnya, sekurang-kurangnya awak tak lah akan kalut jikalau masuk aliran perakaunan dari mana-mana laluan.

    Oh ya, jika awak memang kuat Addmath, apa kata awak fikirkan untuk mengikut bidang kejuruteraan pula. Dgn kejayaan dalam subjek Fizik, addmath, mat, kimia/bio, dan subjek lain, rasanya tiada masalah awak mencuba bidang tsebut.
    Semoga berjaya.

  72. terime kasih bebyk sifu..sy dh ok skit..dh x sblur tdi..terime kasehhhhhhhh…sy akn try pe yg sifu ckp..

  73. sy nk tnye..ble rezult spm nk kuar ek..
    lg 1…sy xtau laa nk cmbung blaja kew xnk..cbb sy rs rezult sy xbesh cgt rr…
    tp pkcik sy sowh amek nme kos nyer sy kurng psT tp psl pejabat rr..tp sy xnk..cbb sy nk blaja sc gk..tp ps2 dye kate sy xsedr diri lk..whuaaaa..sy pown xtau laaa..huhu..>__<

  74. BEa, result SPM tak taulah bila nak keluar, tetapi rumours ada menyatakan 28/02 ini. Tak lama lagi tu.

    Mgkn pakcik awak cadangkan pentadbiran perniagaan (business administration), okay juga.
    Apa tu sc, sains ke? Ginilah, tengok dulu kptsn SPM awak dan lepas tu baru fikirkan. Jika BEa pelajar aliran sains, dan cemerlang dlm sbjk2 penting, tak mustahil BEa boleh mohon ke bidang aliran sains di matrikulasi, diploma atau yang setaraf dgnnya.

    Sabar ye, mgkn pakcik awak concern dgn potensi kerjaya pada masa akan datang, 6 tahun mendatang.

  75. saya pelajar kelas ekonomi, saya nak tahu,kerja apa yang berkaitan dengan bidang ekonomi..saya teringin sangat nak jadi akauntan,tp malangnya saya x ambil +math..jd saya harap sifu boleh berikan jwpn kpd soalan yang saya tertnya2 selama ini..

  76. Gurl Keliru, adakah awak maksudkan kelas ekonomi SPM? Kalau ya, begini jawapannya. Jika GK nak masuk diploma perakaunan sebagai langkah awal, cuba periksa kelayakan di MOHE permohonan lepasan SPM. Awak akan dapati mulai tahun ini, UDM menawarkan Diploma Perakaunan, dan pelajar tidak perlu ada Addmath. Apa yang perlu ialah kepujian dalam Pendidikan Islam, kepujian dalam bahasa arab tinggi, serta kepujian dalam subjek lain. Tetapi GK tak akan dapat memohon UiTM kerana ia memestikan kepujian dlm AddMath atau setakat lulus addmath jika memohon diploma sistem maklumat perakaunan. Begitu juga disyaratkan dalam USIM.

    Pilihan lain ialah diploma di politeknik, tetapi syarat mohon diploma perakaunan juga memerlukan addmath.

    Pilihan lain ialah masuk ke tingkatan enam yang menawarkan subjek Perakaunan STPM, tapi tak semua sekolah menawarkan subjek ini kerana bilangan calon yang mengambilnya amat sedikit di pgkt STPM ini.

    Pilihan terakhir ialah melalui peperiksaan profesional spt LCCI atau ACCA. GK hendaklah melayari lamanweb mrk (google saja perkataan LCCI malaysia atau ACCA malaysia) untuk mencari lamanweb tersebut.

    Malang sekali, addmath amat penting dalam kemasukan diploma perakaunan, apatah lagi matrikulasi aliran perakaunan juga mensyaratkan adanya addmath.

    Jika GK masih tingkatan empat, inilah masanya utk menambah subjek dan belajar sendiri barangkali. Jika anda pelajar T5 skrg, berjumpalah dgn guru setiausaha peperiksaan SPM kalau-kalau masih boleh menambah subjek addmath dan prinsip perakaunan.

    Jika anda menunggu keputusan SPM 2007, nasihat sifu ialah cuba masuk bidang diploma ekonomi atau pentadbiran perniagaan. Dlm tempoh 3 tahun itu, pastikan anda mencemerlangkan diri, contohnya sentiasa memperolehi CGPA 3.00 ke atas, dan memperoleh gred A (GPA 4.00) dlm subjek berkaitan perakaunan, ekonomi, pengurusan dan kalkulus serta algebra. Selepas tamat diploma 3 tahun itu GK bolehlah mencuba memohon ijazah perakaunan melalui kelayakan lepasan DIPLOMA. Masih menguntungkan berbanding walaupun bukan jalan pintas.

    Adakah nasihat sifu berguna?

  77. sy pelajar akaun,ekonomi dan add math..sy amat risau kalau sy gagal ketiga-tiga subjek ini..apa perlu sy buat jika result spm kluar nanti sy gagal utk subjek2 tersebut?

  78. halo…m priya….tingkatan 5 tahun ini…saya scared of ma prinsip perakaunan paper…i really dun understand when i was form 4…i know at least abit larr…some of d topics in form 4…so can u help me..how 2 improve ma accounts…i scared tat i will fail in ma spm…help me…give me some advices how 2 do n what shall i do…m kindda confused with some of them…hope u can help me in tis…

  79. Kyrel, kalau gagal ketiga-tiga kertas itu, maknanya banyak peluang terlepas. Jika anda berminat masuk ke matrikulasi, terlepas; nak masuk diploma perakaunan, terlepas juga; masuk tingkatan enam, mungkin boleh.

    Kyrel, tapi tak apa. Ada banya program diploma di politeknik ataupun IPTA sendiri yang masih boleh dipohon oleh Kyrel tetapi kebanyakannya dalam bidang kemanusiaan, sastera, dan pelbagai bidang keperluan industri. So hidup tidaklah seburuk yang disangka. Cuma lagi, berbekalkan SPM yg kurang mantap akan mengakibatkan pelajar KETIADAAN peluang menceburi bidang-bidang kritikal dan profesional (tak silap sifu 8 kesemuanya). Apa-apapun anda boleh jadikan keadaan ini satu pengajaran supaya dlm tahap pendidikan baru nanti, baik STPM mahupun diploma, anda tidak lagi membiarkan kelemahan yang sedia ada menjanjikan kegagalan buat diri anda. Yang lemah sepatutnya diusahakan lebih lagi berbanding berbuat pilihan selamat, belajar subjek senang semata-mata, kerana ia mengabui kebolehan anda sebenar.
    Umpama seseorang yang tak berani mengambil lesen memandu, susah nak lulus katanya. Kena hadiri kuliah wajiblah, kelas kemahiran asaslah, ambil ujian bertulislah, ujian matalah, ujian praktikal memandulah. Kerana tak berani berusaha dan mengatasi yang susah, maka dia memilih untuk terus menggunakan bas setiap hari sehinggalah ke usia tuanya. Tak salah menaiki bas kerana ia tetap sampai ke destinasi, cuma bezanya bukan sidia yang dapat tentukan jalan yg hendak dilalui dan bukan dia yang boleh tentukan pukul berapa bas itu perlu bergerak. Tetapi jika sidia berani menghadapi semua prosedur dan kelas dan ujian yang diperlukan, dan mengulang jika gagal, pasti akan mendapat manfaat di kemudian hari. Selepas memiliki lesen percubaan memandu, sidia dah layak memiliki kenderaan dan memandu sendiri. Setahun kemudian bolehlah menjadi pemandu ‘bertauliah’ dan buangkan tanda P dan pastinya pemanduan yang lebih yakin, berhemah dan tetap sampai ke destinasi yang dikhendaki. Bezanya dengan memiliki dan boleh memandu kenderaan sendiri ialah sidia boleh memilih jalan pintas, lebuhraya, jalan kecil, dan boleh berhenti dimana-mana.
    Adakah Kyrel memahami cerita ini? If you fail, dare yourself to make changes. If possible just go ahead with any diploma programs or if not go for STPM, and admit yourself for changes like how do you manage you revision timetable, how to study effectively etc. You got my drift.

  80. Priya, mula-mula sekali bincang dengan guru awak dan kenalpasti kelemahan sebenar diri awak. Guru yang baik akan dapat ‘highlights’ (serlahkan) beberapa perkara yang awak lemah dan mencadangkan perubahan sikap, kaedah belajar dan motivasi yang diyakini boleh membantu Priya mengatasi kelemahan tersebut. Kepada sifu Priya mungkin dalam kumpulan pelajar ‘fobia’ menyebabkan penumpuan anda semasa T4 tidak bersungguh-sungguh. Ramai pelajar sebegitu. Sifu akan komen perkara ini kemudian selepas mengetahui prestasi pelajar sifu yang juga mempunyai tanda-tanda seperti Priya. So, priya tunggu aje respons lanjutan sifu nanti.

  81. assalamualaikum…saya pelajar lepasan STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia)..cam na nak apply untuk sambung ke luar negara??
    ada x pluang ke ipt untuk pelajarlepasan STAM??

  82. Nurul, awak bertuah kerana pelajar STAM banyak peluang ke IPTA. Sila rujuk lamanweb mohe.gov.my dan anda akan lihat banyak program boleh dipohon oleh pelajar lepasan STAM. Nurul akan bersaing secara langsung mendapat tempat ke IPTA dgn pelajar matrikulasi dan STPM serta diploma. Tahniah.

  83. ADD MATHS PERLUKAN UNTUK AMBIL PRINSIP PERAKAUNAN KE??

  84. Daarshini, nak belajar Prinsip perakaunan di sekolah tak semestinya ada add math, tetapi nak sambung belajar dalam bidang perakaunan melalui matrikulasi, diploma IPTA atau politeknik memerlukan pelajar pernah mendapat lulus/kepujian dalam matematik tambahan.

    So lebih baik jika add maths diambil walaupun tidak berniat nak masuk jurusan perakaunan. Manalah tau tetiba aje nak beralih angin kebidang ini, sekurang-kurangnya awak dah memenuhi syarat. Selalunya pihak sekolah akan ambil inisiatif menawarkan subjek add math bagi kelas-kelas aliran sains tulen dan kelas yang pelajarnya mengambil subjek prinsip perakaunan sebagai elektif SPM mereka.

  85. Assalamualaikum….sy ni baru jer dpt result spm…tp result xok sgt…so my parents suruh jer mohon utk ipta..tp sy pun tak yakin dpt masuk ke tak..sy ni nak ambik undang-undang..tp biler tgk balik result spm sy MASYAALLAH!!!xcantik…tp tasawur,agama ngan sejarah sy kuat..add math ngan science subjek yg lain x…MENYESAL n sedih sesangat..coz T5 xstudy btul2 n sebenarnya nak ambik lit.coz pmr sy alhamdulillah dpt 6A 2B…yg B nyer math ngan science….tapi ikut kwn ambik science plak..hmm..nak nyesal pun tak guna kan coz dah lepas..So,sy nak tanya, ada pluang tak sy masuk t6 padahal bm sy dpt B3 ngan mod.math sy C6??? kalo boleh sy nak ambik stpm aliran sastera…(cuba nak baiki balik result spm Insyaallah…doakan)n satu lagi nak tanya,kalo ambik sastera untuk stpm bleh sambung kat luar negara x dlm bidang undang2? kalo bleh sambung luar.. subjek aper yang diorang ambik kira dlm STPM ek? IPTA kat Malaysia sume bagus2 tapi sy berhasrat utk sambung kat luar kalo ada dan diberi peluang.. parents sy sedih tp diorg buat mcm cool jer..serba salah sy dibuatnyer…coz kakak n sedara mara sy yg lain sume dah success..sy cter kat sifu sorang jer..hiish..hisssshhh..tolong sy ek sifu..sy bukan nak jaja cter tp sy dah blurr n nyesal ni..TQ n Sorry coz bnyak tanya..hehe!!!tolonggggg ek…TQ

  86. Diout90, kemasukan T6 nanti tak ada masalah rasanya terutama sebab awak nak masuk aliran sastera. Untuk jurusan undang-undang rasanya mengambil subjek stpm seperti pengajian am (wajib), sejarah, geografi, atau apa juga subjek stpm jurusan sastera memadai untuk melayakkan awak ke bidang undang-undang.

    Bagi tujuan perbincangan kita berdua, cuba awak perhatikan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di UIAM (http://www.mohe.gov.my). Selagi awak mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM
    dan
    BI dlm SPM awak 4B
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET;
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam
    mata pelajaran berikut:
    · Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Qur’an & As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah
    · Matematik / Matematik Tambahan;
    · Mana-mana tiga (3) mata pelajaran lain termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

    Peluang awak akan sentiasa cerah. Ingat dalam STPM NPGK sangat penting.

    Ni nasihat sifu dan strategi mengatur kejayaan akan datang. Lihat-lihat juga kelayakan bagi lepasan STPM, diploma atau matrikulasi. Dapatkan maklumat tentang bidang yang bakal anda pohon 2 tahun dari sekarang.

    Walaupun awak belum lagi ambil stpm, awak masih boleh melihat-lihat potensi awak dan meramal peluang awak 2 tahun dari sekarang dgn melihat kelayakan lepasan STPM di lamanweb MOHE.

    Maklumat adalah kunci perancangan awak. Setiap tahun mungkin tak sama syaratnya tetapi kita boleh melihat maklumat terkini sebagai petanda bagi syarat akan datang.

    Sifu dah melihat kelayakan diploma undang-undang, dan program asasi undang-undang. Ia memerlukan BI awak dapat 3B, UDM pula hendakkan student kepujian bahasa arab manakalah UiTM selain syarat kepujian dan gred BI 3B tadi mengutamakan pelajar cemerlang.

    Itulah dik, utk memasuki bidang yang menjanjikan kerjaya yang mantap, berpendapatan tinggi dan dikawal kualiti graduan melalui pelbagai cara termasuk syarat dari badang profesional sendiri akan mempengaruhi penetapan syarat-syarat yang lebih sedikit berbanding bidang-bidang lain.

    Tak dapat masuk diploma, teruskan ke STPM dan usahakan supaya semua subjek 4 atau lima subjek terpilih dapat mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.00 atau gred B. Sifu yakin anda pasti boleh.

  87. ooo….tq bebanyak…insyaallah!!tp nak tanya sikit..

    1. pengambilan masuk f6 ngan masuk ipta biler ek??
    2. misalannya sek yg sediakan f6 tu takder ajar subjek yang kiter nak ambik..mcm konon sy nak ambik usuludin tp sek tu tak ajar…bleh ker sy ambik subjek tu??
    3. nak buat rayuan mcm maner kalo misalan tak dpt masuk f6??? rayu kat kementerian ker kat sekolah??

    p/s: bleh bagi tips tak mcm maner nak kurang kan malas ngan kurangkan tgk tv???sejak 2006 siaran tv bnyak cter best2.. lagi2 tv3 ngan astro…masyaallah!!best cter2 dia..tak tgk rugi..hehehe!!! Bantu la sy….TQ

  88. Diout90,
    awak memsang bermasalah. Awak dah terkena penyakit ‘tv-centric’. Gurau aje. Tips kurangkan tengok tv? BATALKAN ASTRO! LEpas tu kalau nak tengok TV3, tengok cerita pukul 8:00 aje, lepas tu buat dek. Juga gurau, heheh.
    Susahlah nak bagi tips ni, sebab jiwa remaja awak nakkan hiburan. Tetapi sifu boleh beri tips lain. Pilih rancangan dan jadual tayangan ASTRO. Taukah anda rancangan itu berulang-ulang dalam seminggu, jadi pilih hari nak tonton. Sifu sendiri minat gila dgn CSI, tapi tugasan guru di bawa ke rumah, termasuklah memantau blog ini. Jadi bila nak tengok, hari ahad tengah hari atau kalau termiss, sebelah malam. Tu aje, tapi yalah taste ‘orang tua’.

    Okay back to business. Form six ni JPN masing-masing akan serap semua pelajar yang layak. So jangan risaulah. Semak aje di link yang ditetapkan kemudian. Selalunya pelajar akan dapat tahu dalam bulan Mei. Awak bolehlah buat keputusan nak teruskan ke T6 atau masuk ke matrikulasi atau diploma apabila mendapatkan tawaran dari UPU atau matrikulasi KPM. Rayuan boleh juga dibuat jika awak benar-benar tak layak, tetapi kalau dari komen awak kat atas tu, mesti tersenarai ke T6.
    Okay, macam biasa bila di T6, perparelah awal-awal untuk STPM, kan ke awak nak all out spy layak ke ijazah yang lebih baik lagi.

  89. hmmm…tv3 kul 8pm bukan ke berita??pun best gak ada cter dalam n luar negeri,sport..hehe gurau!!nanti sy cuba try buat cam sifu ckp tu..satu lagi nak tanya dah masuk f6 kena aktif kokurikulum jugak ker??coz lpas f6 nak apply ipta diorg still tgk pencpaian koku. dari f1-f5 ker termasuk pencpaian koku.f6??

    P/S:tq coz sudi jwp soalan sy..sy ni sekarang kekurangan info..tu pasal sy banyak tanya..time f4 f5 banyak main…sekarang baru nak kelam kabut..hehe! apa apa pun TQ banyak banyak..

  90. Diout90, form6 masih lagi aktif dalam ko-kurikum, malahan diwajibkan. Ya, penilaian 10% itu termasuk kokurikulum F1-F6.

  91. oooo…TQ bebanyak!!salam Maulidur Rasul…

  92. apa syarat-syarat nak masuk matrikulasi? student aliaran sastera boleh ke masuk matrikulasi? please tolong bagitahu.

  93. Husna,
    boleh memohon matrikulasi aliran perakaunan asal saja ada turut mengambil matematik tambahan dan prinsip perakaunan sbg elektif mereka. Mesti ada kedua-duanya.

    Untuk pengetahuan Husna, matrikulasi hanya menawarkan dua jurusan, jurusan sains dan jurusan perakaunan.

  94. saya x phmla…saya slalu gagal math..cmne nk score math?lulus jdla…saya dh blurr….

  95. kalau saya ambil ekon.asas,geo dan pseni blh msuk uitm ke politknik ke?

  96. ble x nk brtnye…waa sy dlm ksedihan,,result spm sy x bpe ok..juz dpt 6a je others b3..but yg buat sy trkilannye yg b3 2 sume time sy dmm…sdey sgt2..hbis la impian sy nk fly and amik medic..skrg sy juz plan nk amik mtrx eventhough sy dpt pluang nk ke u..sy nk mulakan blik hdup bru.yg jd persoalan sy ialah ade x pihak penaja mnghantar pelajar untuk melanjutkn pelajaran ke luar negara selepas program matrikulasi.,reply this post sifu.
    tq so much….

  97. Sofia,
    Matematik adalah antara subjek terpenting untuk kemasukan program diploma dan ijazah dalam bidang-bidang berkaitan teknologi, teknikal, perniagaan, perakaunan, pengurusan dan pelbagai lagi. Bidang-bidang aliran sastera, kemanusiaan ataupun sosial pula sebaliknya.
    Oleh itu jawapan sama ada boleh masuk UiTM terletak kekuatan matematik anda dan jurusan yang ingin diikuti. Begitu juga dengan politeknik. Walaubagaimanapun, syarat kemasukan politeknik agak rendah iaitu sekadar lulus matematik memadai bagi program sijil dan diploma tertentu. Sila rujuk lamanweb politeknik untuk mengetahui program relevan.

    Bagaimana nak belajar matematik? Selain dari latih tubi yang berulang-ulang, anda dinasihatkan untuk mengukuhkan semula kefahaman matematik T123 anda. KEbanyakan pelajar lemah matematik di SPM kerana pguasaan semasa PMR yang juga sedia rendah. Selain dari itu, semangat ingin membaiki diri penting. Sila rujuk UBK di sekolah untuk mendapat bimbingan kaedah belajar yg betul. Maaf itu sahaja yang sempat sifu berikan nasihat ringkas.

  98. encik sifu..
    saya nk tnya tentang asasi undang2 uitm.
    subjek apa yg akan diajar nnti?
    saya sgt2 minat nk buat law.
    saya juga nk tahu apakah persediaan yg harus saya buat sblm masuk law school.

    sekian terima kasih.

  99. Sara,
    Sifu kurang maklum ttg kursus-kursus dlm program asasi undang-undang UiTM. Tetapi sifu nasihatkan sara lawati semula lamanweb UiTM dan cuba susurinya sehingga terjumpa maklumat dikehendaki. Jika tidak ada, sara boleh saja emel UiTM utuk mendapatkan maklumat tsbt.

    Maaf ya, sifu tak dapat nak tolong dlm hal sara.

  100. terima kasih sifu..
    sifu tahu tak apa yg patut saya buat sbagai persediaan ke law school nnti?

  101. Sara,
    dah tentunya persediaan mental dan fizikal. Dan pastinya ketersediaan itu termasuklah sikap, keberanian, keyakinan diri dan kerajinan.

    Remember, awak bakal menjadi pelajar universiti, which is different from school. Belajar lebih banyak diusahakan oleh diri sendiri, nota kuliah hanyalah panduan ringkas, manakala buku-buku adalah rujukan utama yang tidak mahu tidak terpaksa dibaca.

    Nak cemerlang, rancanglah supaya semester 1 awak nanti mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.500. Ia akan membantu awak kekal dalam kelas pertama atau kelas kedua atas sepanjang pembelajaran di IPTA/S. GOOD LUCK.

  102. thanks sifu.appreciate it.

  103. Sifu,
    Sekolah tempat i mengajar dis year first time PAK ditawarkan di peringkat SPM. Apa yang i nak sifu bantu ialah tentang Baseline, TOV(take off value) bagi subjek ini. Ini berguna untuk saya menentukan sasaran dan membuat pelan tindakan bagi membantu pelajar saya. saya sangat berharap bantuan sifu. i dahulukan dengan ucapan thank you very much.

  104. Erissa,
    Setakat di sklh kami, TOV ialah prestasi terbaik SPM 3-4 tahun kebelakangan. Dalam kes awak, sifu hanya boleh beri cadangan. Gunakan maklumat prestasi pelajar semasa mrk dlm T4, iaitu Pep. AKhir tahun. Kemudian, sifu nak menambah, biarlah peningkatan yang diinginkan realistik. Sila lihat prestasi mrk dlm penguasaan S1 dan S2. Beri tanggapan awak secara umum. Jika ramai pelajar boleh menguasainya dan dlm peperiksaan/ujian didpti jawapan S1&S2 apabila dikira memperoleh mrkh dlm lingkungan 30-40, maknanya awak dah bakal calon lulus. Maka ramalkan bilangan pelajar yang mampu memperoleh gred-gred tertentu.

    Satu lagi ialah cara, tak diajar di sklh, tetapi menggunakan kaedah pengilangan (idea headcount, TOV, etc adalah dari industri pengilangan), anda boleh mengumpulkan prestasi sklh-sklh berdekatan dan hitung pencapaian purata sklh-sklh terbabit. Maka anda mengandaikan itulah prestasi yang ingin dicapai bagi tahun dimaksudkan. Itu sahaja cadangan saya. Tapi minta maaf banyak-banyak jika idea ini, kalau diajukan ke sklh, kena reject. As I already said, sklh kami gunakan data SPM terdahulu.

  105. mirul, sifu sye pelajar spm 2007.. sye dah dapat result.. sye punye result biasa jer .. p.akaun sye dapat 2A, pas tu add.math sye all out… b.i sye dapat 7d.. sye ambik 11 mata pelajaran… sye pelajar aliran sains.. sye nak tau kemaner sye bleh pegi dgn result mcam ni…

  106. sye punyer result mcam ni.. BM-3B, BI-7D, P.ISLAM-3B, SEJARAH-4B, MATH-5C,PHYSICS-7D, CHEMISTRY-7D, EST-6C,P.AKAUN-2A, TASAWWUR ISLAM-1A, DAN ADDMATH SYE HANCUR…sye nak tau kemaner sye leh pegi dgn result mcam ni… tlg arr sifu… sye minat bidang perakaunan .. tpi sye x perform dalam SPM….

  107. Amirul,
    Sifu rasa, awak boleh ikuti nasihat sifu seperti berikut di sini dan di sini, lebih kurang sama saja peluang anda. Atau lebih baik lagi, baca semua komen sifu kepada rakan-rakan pelajar anda di pos tersebut. Sifu bukan tak sudi, tetapi sifu yakin, dengan mengikuti semua komen dan nasihat sifu kepada rakan-rakan anda sebelum ini, amirul akan terbuka hati dan dapat melihat sejauh mana peluang anda sendiri.

  108. Sifu,
    Terima kasih banyak atas respon yang sifu berikan. i wil try my best to do what ever i can. rejected or not itu belakang kira. bcos now i also facing students yang macam dah give up becos during final exam last year dia orang tidak score a good mark. tapi i give them encouragement, hopefully this wil raise them up.
    Thanks once again, wil talk to you again next time. Bye.

  109. ami Berkata:
    Oktober 22, 2007 pada 2:22 pm
    ermm..
    saya nk ambil art & design dkt uitm.
    sy punye akaun & perdagngn teruk.
    sy risau kalau akaun atau pd sy gagal
    sy x dpt msk U.
    cikgu sy ckp perempuan susah nk msk U.
    sbb skrg diorg target lelaki
    mcm mane ye =( <=========alahaiii ami..akak dulu pun xstudent uitm gat.. ambil diploma kat uitm shah alam.. n sambung degree pun kat uitm shah alam gat.. secara peribadi akak menyokong penuh hasrat adik untuk melanjutkan pelajaran di uitm .. kerana di uitm .. facult art n design adalah merupakan salah satu faculty yang terbaik.. jika hendak di bandingkan dengan universiti2 lain.. bukan niat nak membangga diri atau.. bukan niat nak mengangkat uitm sebab akak “keluaran” uitm.. tapi setiap universiti ada kelebihan nya masing2.. cthnya kalau utm lebih menonjol dalam bidang e’nering… dan lain2 universitilah .. memasing ada kelebihan nya…

    apa yang akak nak kongsi dengan adik .. keistimewaan uitm ialah…
    1. menitikberatkan bahasa inggeris.. adik kena lulus bahasa inggeris.. kerana.. bahasa pengantar uitm ialah bahasa inggeris..

    2. student nya semua kaum bumiputera sahaja… maksudnya .. kita hanya ada kaum melayu..n kaum etnik sabah n sarawak..

    3.kos pembelajaran nya murah..jika kita nak compare ngan lain2 universiti…

    4. student n lecturer sangat close.. kerana ia bukan sperti universiti yang lain.. setiap kelas .. hanya ada paling ramai pun 40 orang student sahaja dalam satu2 sesi pembelajaran/ satu eklas.. so lecturer leh kenal kita… dapat attention lebih.. xmcm universiti lain..dlama satu dewan kuliah ..ada sampai beratus2 student.. sampai kan lecturer pun xingat…

    saja jer … nak naikan semangat adik.. heheh..

    xtahu cam ner leh tersesat kat page ni.. tq sifu :X

  110. Thanks Kuin. Sifu suka perkongsian pengalaman anda.

  111. hi.. sy dpt twrn interview kt uitm Shah Alam 13 April nie.. Diploma Teknologi Kreatif(penulisan seni layar).. So.. sy nk wat research pasal course nie tp x taw nk search kt mne?? i need somebody 2 give me more info? PLEASE SIFU!!!

  112. Suraya,
    Maaflah sifu pun tak dapat cari maklumat itu kat internet. Mungkin lebih baik suraya rujuk kepada buku panduan program UiTM, itupun kalau ada.

    Sorry, can’t help you. However, sifu harap akan ada rakan lain membantu suraya dalam hal ini.

  113. xde hala tuju r…dis yr…i i’ll b sitting fer d spm examinations then…n n m from tech gombuck..where’s i take 10 subjct which hve to take all of it..include cvil engineering n engineering drawing….which i cn’t drop 1 of it..urm..da prob is..now, i xde hala tuju r..xtw la lps dh dpt rslt nti nk g mne.n amk course ap..my teacher, n also pk HEM already gve me an advce..both of ‘em say tht we’ve to plnning strting from now..so, ble kte dh tw hala tju kte..mdh utk kte focus kt subjct tue..n trgt spy kte lulus gn cmrlg bg m.pljrn t’sbt..urm..mslh nye skunk..sy mnt course yg related gn music..bt my fther said..xyh nk amk course tue..bcz kje x ttp..n lst2 tgk cm artis2 yg len..mule2 ja tknl..ps2 merempat..urm..cmne nyh..xtw la nk amk course ap ble dh dpt rslt spm nxt yr +_+!!!!

  114. salam.sifu tolng sya
    sy konfius sy dt matriks n upu mne nak g
    sy dapat addmat 6c,chem 6c,fizik 3b,
    sifu rase sy ley bawak x matriks???
    sifu tolong email pandangan sifu kt sy
    kill_them_now@yahoo.com
    tolong ea

  115. salam sifu..

    sy nk tanye,,
    emm antare u dgn mtriks, mane lg baik?
    huhu..pening pk..emm..
    kalau pg mtriks,dpt lah elaun kn?untuk setiap semester
    cmne plak klau pg u?sy dpt um..
    kene mtak ptptn ke?huhu..money is important..huhu

    sy dpt 7a tuk spm thun lpas
    bio and fz 2a
    addmath & cemistry 3b

    sy dpt twaran ke um dlm asasi sains fizikal

    sebenanye sifu,sy sndiri pon keliru ape y sy nk
    sy pon x pasti btol ke sy nk amik medic..
    dgn biology y a2, bley ke sy sukses nnt?
    huhuhu..

    dgr2 kabar,emm..kalau pg mtriks, walau dpt pointer y sipi2 nk 4 flat
    pon susah nk dpt course y kite nk..
    huhu..
    kdg2 mematahkan smgat aje bile dgr..
    sbb hati sy lebih ke arah nk msuk mtriks..

    tlog sy ye sifu..
    trime kasih sgt3..
    salam

  116. Anep,
    Jika awak berjanji untuk berubah, sifu yakin Anep pun boleh berjaya di matrikulasi. Yang selalu menjadi masalah ialah sebilangan pelajar tidak mahu mengubah cara atau kaedah belajar. Tak ingin berubah kepada sesuatu yang lebih baik akan menutup peluang awak untuk berjaya ke hadapan.

  117. Nudywa,
    Itulah realiti dalam dunia pendidikan dekad ini. Persaingan bertambah sengit setiap tahun. Sebenarnya bukan hanya CGPA main peranan, kekuatan setiap subjek turut diambil kira. MEDIC adalah salah satu bidang kritikal dan paling ramai pemohon. Mungkin 3-4 tahun akan datang pelajar 4.00 pun ak semestinya dapat ke medic kerana ianya adalah amat terhad. Oleh itu try you best dapatkan 4.00. Tapi kalau awak nak mohon ijazah sains pertanian selepas marikulasi, sifu percaya awak tak perlu 4.00 tetapi jika ada pasti terus ditawarkan kerana sains pertanian buat masa ini tak sekritikal berbanding medic. Faham tak konsep permintaan dan penawaran? Tawaran sedikit tetapi permintaan bnyak. Macam harga barang, tawaran beras sedikit dipasaran tetapi permintaan banyak. Apa berlaku? Individu yang sanggup bayar lebih mahal, akan dapat beras itu, yang tak mampu bayar balik dengan tangan kosong atau mungkin erpaksa beli beras yang kurang kualitinya. Sam seperti sambung belajar sekrang ini. Penempatan ke ijazah perubatan sangat terhad, mungkin 300 orang sekali ambil. Pemohon 10000 orang, macamana ni? Bayangkan 1000 orang pemohon menawarkan CGPA 4.00. Dah tentu dari kalangan mereka sahaja akan terpilih. 9000 oranpemohon lain yang CGPA 3.999 pun tak akan dapat walaupun cemerlang (3.999 tak wujud ye-sekadar contoh) juga. Dari kalangan 1000 itupun terpaksa lagi ditapis supaya hanya 300 orang terbaik akan dipilih. Ah disinilah faktor lain diambil kira, keseragaman prestasi, prestasti terdahulu, kegiatan kokurikulum. Kalau masih sukar juga disaring, maka faktor lain lagi diambilkira termasuklah latar belakang keluarga, tinggi rendah, sahsiah, dan kalau dah sengit sangat, faktor terakhir ialah pemilihan yang ditentuan oleh panel pemilih (faktor judgment juri). Yang tu dah serius dah tu.
    Walaupn yang sifu tulis di atas adalah contoh, realitinya ada sesetangah program kritikal sememangnya memerlukan masa penentuan calon akhir. Sebab itulah awak dapati walaupun pelajar matriks dapat 3.9 tak semestinya ke medic, kerana mungkin ada pelajar STPM yang dapat 4.00 juga mohon medic.
    Harap komen ini membantu sedikit sebanyak kefahaman anda juga. Pilihlah mana yang awak yakin dapat membantu kejayaan awak nanti. Matriks is still among the best choice.

  118. sifu, time kasih ye! jasa mu ku kenang.. insyaallah.. sy akan pilih y terbaik.. semoga pilihan sy nie y terbaik untuk mase dpn sy..hohoho..trimas! salam sifu

  119. trima kasih atas pandangan sifu
    sya mengaku jugak se ni x ubah cara blajar sy,sy ske blajar last minit
    mmm…insyaallah sy akan buat yang terbaik dalam matriks nih
    doakan kejayaan saya
    assalamualaikum

  120. sifu, sye lpsan spm2007,sye nk tau,adakh karier sbgai lwyer sngt mnguntgkn untuk mse dpn negara,mksud sy,berapa ramaikah individu yang diperlukan negara untk menceburi kerjye ni?

  121. Nudywa dan Anep,
    Terima kasih kembali.

    Rool,
    Sifu masih percaya negara masih memerlukan ramai peguam terutamanya peguam berwibawa dan pakar dalam dua sistem undang-undang di Malaysia. Sifu tak ada figure spesifik, tapi mungkin Rool boleh mendapatkan maklumat secara langsung dari Majlis Peguam dan bertanyakan apakah unjuran keperluan profesional guaman sehingga tahun 2020.

  122. time kasih sifu atas jwpan yang diberikan.saya ada sedkit kmusykilan lagi,sy nak tau apa tu A-level dan O-level?camne cara pembelajarannya?sebgai contoh,kalo ssorang tu x lulus A-level,ada peluag x nk studi ovc?

  123. Rool,
    sudah tentulah peluang tipis jika program a-level itu dijadikan sandaran ke peringkat ijazah di lua negara. O level, tahap biasa (ordinary), A level adalah tahap tinggi (advance). Silibus ditentukan oleh IPT yang berkenaan, tidak berkaitan dngan IPTA di Malaysia.

  124. oh mcm tu k.habis 2,kalo A-level tu gagal,adakh kte lyk untuk meneruskan pengajian di dalam negeri?mksud sye,sponser spt MARA n JPA x hntar kte ke ovc,tp die taja untuk blajo dlm ngri je untk bdg yg kte dpt spt engineerig?

  125. Rool,
    kalau gagal masih layak belajar di dalam negara, tetapi sudah pastilah bersandarkan SPM atau sijil tertinggi awak yang lain seperti STPM. A-level gagal tu gagallah dapat sijil dan tak bolehlah dipakai ketika memohon IPTA/S.

  126. sifu….kalau study medic d uiam…..masa asasi…2 thun….setiap kali exam kn dpt 4 flat ka???? kalo x dpt…kena tendang kluaq ka???? dasyat siot………

  127. tolong jwab soaln sya dl sifu….trima kasih…

  128. Azfar,
    terserah kepada keperluan semasa. Tetpi yang pastinya jika nak grad 4.00 maka setiap semester mesti 4.00. Ini kerana dalam sistem semester, mata kredit pelajar dikumpul sepanjang pengajian. Ambil contoh kiraan matematik mudah ini:
    40/10 = 4, (40+40)/(10+10)=4
    30/10 = 3, (30+40)/(10+10)=70/20=3.5
    Selagi awak maintain nilai NGPS yang sama selagi itu awak akan dapat NGPK yang sama.

  129. masalh saya dengan add math saya tak tahu nak wat macamana boleh tolong bagi tips………… tak tolong saya

  130. masalah saya dengan add math amat susah boleh bagi tip…………x?????

  131. ainatul mardhiah

    assalamualaikum…
    cita-cita saya ingin menjadi seorang arkitek.Tak tau nape bile dengar pasal arkitek jer excited glerrrr….Kadang2 perkataan 2 lah wat saya nak blajar sungguh2…apa yang saya was2 ni saya tak ambil pun bahagian lukisan kejuruteraan…sblum ni saya ambil bahagian sains tulen tapi saya tkar pastu sbab tak minat..skrang ni subjek elektif saya ada add math,ekonomi asas,p.akaun,reka cipta(ada juga la skit belajar lukisan teknik tp x ckup kot)….please tolong saya..kalau bleh tunjukkan contoh2 universiti yang menawarkan kursus tersebut , syarat2 kelayakkan nak ambil kursus 2 and last but not list boleh ker subject add math bleh membantu..please help i’m in the hot soup…S.o.S

  132. Anealy,
    Tips sifu sama je dgn guru lain, banyakkan latih tubi. Tapi jika Anealy lemah sangat, mulakan dgn latih tubi terbimbing. macamana? Jawab soalan contoh atau soalan berjawapan. baca sekali soalan dan jawapan. Lepas tu tutup jawapan dan jawab soalan secara bersendirian. Sedikit sebanyak ia boleh membantu Anealy mengenal pasti hubungan antara langkah/gerak kerja matematik itu bagi setiap soalan. Lain kali apabila Anealy jawab soalan tanpa jawapan, anda sudah dapat mengagak langkah yang betul. Ingat cara terbaik ialah jangan buat short-cut, pastikan semua langkah ditulis, bina disiplin diri sebegitu.

    Ainatul Mardhiah,
    Utk menjadi arkitek/senibina sebagai kerjaya, ijazah mesti diperoleh. Tapi sebelum ke ijazah, awak mesti melalui fasa pra-ijazah spt matrikulasi, STPM atau diploma. So kena rancang mana nak masuk. Tapi program arkitek ni termasuk kumpulan aliran sains. Ijazah senibina ada ditawarkan di UiTM, UTM, UM, USM dan beberapa IPTS lain.
    Lagi tinggi peluang awak jika belajar dlm aliran sains sebab ambil subjek fizik.

  133. ape gred spm untuk masuk ke jurusan undang-undang??

  134. Lin,
    Seperti yang ditetapkan dalam garispanduan IPTA masing-masing, tetapi sekarang ini telah diseragamkan oleh MOHE. dalam keadaan sekarang, sifu sarankan agar Lin jangan ambil peduli tentang syarat minimum tu, tak relevan lagi kalau anda nak bersaing mendapatkan tempat seperti pelajar lain. Kecemerlangan keseluruhan diambil kira dalam penentuan merit dan kelayakan pelajar. Walaupun syarat-syarat seperti lulus kredit dalam BM, Sejarah atau seumpamanya, ramai pelajar yang berada di IPTA sekarang, mengambil jurusan perundangan ialah pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang terbaik, B4 ke atas, tak mustahil kebanyakannya ialah 2A keatas bagi banyak subjek termasuk subjek Sejarah. So Lin, anggap sahaja awak nak semua A. Lagi senang nak atur strategi.

  135. sifu saya berminat nak sambung pelajaran dalam akaun.saya nak amik lcci diploma.boleh tak sifu bgtau syarat kelayakan nak amik lcci diploma.

  136. Mia,
    Asalkan awak mempunyai keputusan kredit dalam BI, Math dan beberapa subjek lain sudah mencukupi. Itupun kalau awak nak ambil LCCI secara bersendirian. Maknanya belajar sendiri dan kemudian ikuti exam LCCI. Kalau nak ambil LCCi tapi mengikuti program di IPTS, maka Mia hanya perlu mematuhi syarat kolej tersebut. Contohnya KPTM ada tawarkan kursus ACCA. Sila lawati lamanweb Kolej Poly-Tech MARA dan baca syarat minimum mereka.

    Seingat sifu, ada juga kolej lain seperti Cosmopoint, Nilai College dan beberapa lagi yang sifu tak ingat.

    “Internet sumber maklumat anda, Google alat rakan karib anda”

  137. sifu,
    alat tulis kilang masuk tak dalam akaun pengeluaran? answer dalam buku koleksi spm tak masuk. kenapa ya sufu? tq

  138. Nazliya,
    Sifu perasan soalan ni dah diajukan kpd Cg Narzuki dan dah dijawab pun di sini. So tak perlu sifu menambah jawapan.

  139. sifu,
    sy skrg bljr dlam form 5.after spm,sy ingat nk cntinue dlm kos engineering.antara matriks,asasi n diploma,mn yg lebih memudahkn sy utk terus ke kursus engineering?.klu bleh,sy nk smbung ijazah kt overc.klu sy amik diploma,adakah kesmpatan bg sy utk smbung ijazah kat overc?

  140. Pandir,
    nak ke oversea dalam bidang engineering. usahakan 10 1A, apply for Program Ijazah Luar Negara tajaan JPA/MARA, tak silap sifu ada program utk engineering yang ditaja oleh JPA/MARA.

    Lepasan diploma ke oversea, selagi awak tak kata nak biasiswa JPA/MARA, maka jawapannya boleh. Belajar di IPTS spt Kolej Nilai atau Sunway. Mereka ada program twin dgn universiti luar negara.

    Kalau setakat belajar dalam negara, sifu sarankan berusaha melalui matrikulasi dan di sana pastikan CGPA terbaik awak. Takpun belajar STPM disekolah aliran sains tulen tetap boleh membantu awak masuk engineering di IPTA/IPTS. Malahan STPM juga laku di luar negara terutama UK/Amerika. Selagi ada wang, awak boleh gunakan STPM utk belajar di luar negara pembiayaan sendiri. Nak biasiswa, Pandir kena cari sendirilah maklumat itu sekarang.
    Semoga berjaya.

  141. - sifu..
    - pe syarat utama nk masuk ke maktab perguruan sekiranya saya aliran sains?
    - subjek sains saya ok..
    - memandangkan tahun lepas saya memohon ke sekolah teknik, saya telah ambik subjek lukisan
    kejuruteraan. tapi saya xde ambik subjek biologi..
    - masa tahun lepas, saya memohon bidang kejuruteraan elektrik kat sekolah teknik..
    - tapi sekarang minat saya menjurus kepada kerjaya sebagai guru..
    - nak ambik bidang kejuruteraan adalah mustahil lagi bagi saya..
    - kerana saya dah xleh catch up subjek Lukisan Kejuruteraan..
    - pe saya nak tau ialah..
    - kalau saya nak memohon masuk maktab perguruan, apakah syarat utama kemasukan?

  142. Felicia,
    Ada banyak syarat nak masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) (dulu dipanggil maktab perguruan). Antaranya pelajar cemerlang diutamakan, dan hanya subjek tertentu yang kritikal yang akaun didahulukan.

    Selain dari itu, sifu tak berani nak tambah kerana syarat IPG ada perubahan sejak tahun ini, oleh itu Felicia digalakkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa terutamanya selepas SPM nanti.

  143. asyrani_sasukey

    salam..sy bdk br kat cnie..neway i’m just asking.. actually brpe a yg layak utk further std kat overc xpecially in medic cos?..before that sy br fom4 n biology stdent..

  144. asyrani_sasukey,
    Sebagai bakal calon Program ijazah perubatan di luar negara nanti, Asyrani harus ketahui bahawa HANYA calon yang memenuhi syarat 9A ke atas sahaja dipertimbangkan untuk dibiayai penuh oleh pihak kerajaan persekutuan melalui penawaran biasiswa JPA/MARA (dikenali sebagai Biasiswa JPA). Syarat ini masih digunapakai setakat 2008. Sifu percaya ia juga akan digunakan untuk tahun-tahun mendatang memandangkan terlalu ramai calon yang layak untuk dipertimbangkan. Syarat 9A it menjadi tapisan pertama sebelum proses pemilihan yang berperingkat-peringkat dijalankan oleh pihak JPA.

    Selain dari itu, calon yang layak juga masih dibiayai belajar dalam program perubatan di dalam negara di beberapa buah IPTA seperti UKM, USM, UM dan sebagainya.

    So Asyrani, adakah anda masih ingin belajar menjadi Doktor perubatan? Sifu berharap anda kekalkan matlamat asal itu dan berusaha untuk mencapai 9 1A, dan kemudian bersedialah melalui pelbagai fasa interview oleh pihak penganjur biasiswa.

    Untuk pengetahuan anda, setakat yang sifu maklum, hanya kerajaan yang boleh menghantar warga malaysia untuk belajar dalam bidang perubatan ke luar negara, dan hanya ke negara-negara yang ditetapkan oleh kerajaan. Selepas tamat pengajian, DOKTOR baru itu wajib bertugas di Hospital kerajaan sebagai memenuhi kehendak perjanjian pembiayaan biasiswa tersebut.

    SEMOGA BERJAYA, bakal doktor.*SMILE*

  145. Askum….. Sifu nak tanya sikit saya ni tak tahu apa minat saya dalam bidang kerjaya… Walaupun SPM belum lepas tapi saya dah fikir. Tambahan, saya punya pakej kat sekolah pelik sikit.. Sains Sukan + Prinsip Akaun.. Saya dah mula pening sebab 2subjek saya minat.. Saya tak tahu nak buat pilihan.. Seterusnya, sifu macam mana nak hilangkan perasaan takut untuk menghadapi SPM.. Saya kurang keyakinan walhal hari itu percubaan boleh dikatakan alhamdumlilah saya memperolehi 5A daripada 9 subjek.. Apa pendapat sifu?? Saya ni tengah dalam kebingungan.

  146. Muhammad Radzi,
    Awak kata, “saya ni tak tahu apa minat saya dalam bidang kerjaya”. Sifu nasihatkan awak membuat temujanji dengan kaunselor sekolah, dan mohon penilaian personaliti dan potensi kerjaya untuk diri awak. Ada beberapa teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor untk memudahkan awak menyedari hala tuju sebenar.
    Awak kata, “macam mana nak hilangkan perasaan takut untuk menghadapi SPM.” Senang je, bertawakal kepada Allah. Belajar adalah ibadah. Fokus juga kepada usaha yang berterusan dan sering menyedarkan diri awak (berbisik kepada diri sendiri barangkali) bahawa anda sudah bersedia dan akan terus bersedia. Dari prestasi awak 5A tu, kepada pelajar yang ingin belajar DALAM NEGARA, itu dah kira hebat (dengan syarat ia termasuk matematik dan sains). Jika awak bercita-cita nak masuk ke pringkat diploma sejurus selepas keputusan SPM diperolehi, maka awak mesti yakinkan diri untuk mencapainya hanya dengan memberikan persembahan yang terbaik dan mengulangi kejayaan di sekolah dalam SPM.

    So, nervous adalah sihat, nervous adalah baik, dan nervous adalah normal. Ia membuktikan bahawa adalah individu yang menyedari kesanggupan diri awak dan tingginya daya juang anda. Tak ada istilah takut kepada orang seperti awak yang menguasai subjek. Jaga kesihatan dan jaga amalan, insyaallah ia akan bertambah baik. Jika dapat, solat hajat dengan kerap. Mohon kejayan dalam SPM DAN Kejayaan sepanjang anda menjadi pelajar, dlm SPM, STPM, diploma, ijazah, matrikulasi atau apa saja yagn awak bakal lalui selepas SPM. Juga mohon keampunan untuk diri awak, ibu bapa awak, guru-guru awak, rakan-rakan awak dan orang sekeliling awak. Akhir sekali, mohon ketenangan jiwa dan keyakinan diri supaya mudah anda hadapi SPM dan apa juga perbincangan antara guru-pelajar sepanjanng persediaan ke arah SPM ini.
    Semoga berjaya.

  147. cg, saya baru sahaja dpt result trial spm. saya telah gagal. masalahnya ialah saya tidak dpt memahirkan diri dlm soalan dokumen dan PP. saya sudah puas mencuba tetapi separuh jln saya sudah give up kerana pada saya soalan-soalan ini sgt memingkan kepala saya. guru saya sudah memberi bermacam soalan, latihan dan panduan tetapi saya masih tidak dapat ikut. semasa membuat latih tubi, saya boleh ikut ajaran guru saya tetapi bila membuat sendiri latihan, saya tidak boleh. semua jadi lintang pukang. boleh tak cg beri panduan dan nasihat kpd pelajar seperti saya yang sudah tidak dpt fokus kpd menjwb soalan 1 dan 2. tq

  148. Azrie,
    Sifu offline beberapa hari ini. Masalah awak memerlukan bimbingan langsung dari guru atau kawan paling pandai dari kalangan anda. Sifu kerap menyarankan kepada pelajar bahawa amat rugi jika soalan 1 diabaikan atau sekadar tahu. Dari 29 markah, pelajar mesti dapat 20 markah ke atas, untuk membolehkan berada dalam keadaan atau zon selesa dalam SPM. Markah untuk BCP adalah dalam lingkungan 8-9 markah sahaja, tetapi jika pelajar silap di sana, kebarangkalian untuk dapat markah dalam lejar semakin mengecil, apatah lagi ID. Tapi yang peliknya, soalan dokumen sumber tak berubah dari tahun ke tahun. Jika anda menjawab 10 soalan SPM sebenarpun, awak akan dapati, jawapan itu 99% menggunakan teknik yang sama. 1% lagi adalah beza soalan pulangan jualan atau pulang belian, ada ambilan barang atau ambilan tunai, ada modal tambahan dalam bentuk aset atau tunai.

    Dengan kata lain, ia adalah hidangan percuma, hidangan tersedap yang boleh diistilahkan SOALAN BOCOR. Sebab itulah mulai tahun 2009, dengan desakan dari pihak luar, maka soalan ala S1, akan dimansuhkan dari K2. tetapi untuk anda, ia adalah peluang yg paling baik (dan terakhir) untuk menjawab soalan termahal dalam K2. Tak akan ada markah terbesar selain dari 29M yang ditawarkan dalam K1. Oleh itu motivasikan diri supaya menjawab soalan berulang-ulang. Jika perlu, awak kena berlatih macam ini. Gunakan soalan percubaan negeri yang ada disediakan skema, juga percubaan MRSM 2007, 2008 yang mana sifu ada sediakna jawapannya di blog ini (sila cari link melalui CARI/search di atas kiri blog ini) dan SPM sebenar 2007 yang ada sifu sediakan jawapannya di blog ini juga. Jika perlu utamakan dahulu soalan dari blog ini, sifu tak jamin jawapan dalam buku rujukan betul semuanya. Buku Koleksi soalan SPM PRinsip Perakaunan yang ada dipasaran juga masih ada kesilapan yang pernah sifu tegur dalam blog ini 2 tahun lepas. Oleh itu, jangan jadikan skema jawapan kat belakang buku itu sebagai rujukan anda.
    Sifu yakin dengan skema jawapan yang sifu sediakan di sini, oleh itu mungkin Azrie boleh mulakan LATIHAN anda dengan soalan MRSM 2007 dan MRSM 2008 dan soalan SPM 2007. Download skema jwapan yang sifu sediakan. Dalam membuat latihan, awak buka soalan dan jawap mengikut tertib seolah-olah anda dalam bilik peperiksaan. Tetapi dalam proses melakukannya, anda ikuti exactly jawapan sifu. BUKAN SALIN, tetapi simulasikan catatan bergu yang perlu, pindahan lejar yang perlu dan penyediaan ID yang sepatutnya. JANGAN SALIN JAWAPAN, rujuk jawapan. JIKA SALIN dari satu mukasurat ke satu mukasurat, awak tak berfikir sebenarnya. Jika awak buat jawapan sambil merujuk, itu BELAJAR NAMANYA. Itulah ulangkaji yang sifu sarankan kepada pelajar-pelajar lemah sifu tahun lepas dan ia berjaya meluluskan semua pelajar yang lemah tahun lepas.
    Okay. kebetulannya tahun ini sifu tak mengajar T5 oleh itu sifu boleh meluangkan masa untuk pelajar lain. Jika Azrie pelajar dari Sabah dan tinggal sekitaran KK atau Papar, awak boleh mendapatkan bimbingan sifu secara langsung. Tinggalkan mesej di sini dimana lokasi anda. Jika bukan, maka tak apa. Abaikan buku koleksi SPM. Gunakan soalan tetapi pilih-pilihlah jawapannya.

    Nasihat tambahan kepada semua pelajar:
    Ingatlah guru anda di sekolah pun, jika anda berfikiran positif, tak melabelkan guru atau sebagainya, maka ia akan menjadi pembimbing yang mempu membantu anda berjaya. Jika sebaliknya, walaupun guru itu guru terbaik dari segi penguasaan ilmu perakaunan, ia tidak semestinya menjadi pembimbing yang mampu menjayakan anda kerana dalam mindset pelajar telah ada perasaan negatif terhadapnya.

  149. sifu bley x bg alamat email ppe yg sdiakan jawapan add math trial 2008 bg ngri klntn?
    saya da cba cr tp xjmpe..
    untk pngrtahuan sifu,sya seorang student kls pure science tp dlm blngan subjct tu ade akaun gak sbagai subjct tmbahan kot..
    taun lps tme f4 result sy asyk faild je smpai da gve up n nk drop tp principal xksi..
    tp smua brubah ats dorongan mak sy yg anta pg tsyen kt luar yg bkn dlm daerah sy(tQ mUm 4 ur scrifce) n skrg my akaun ‘A’
    mmndgkan prubhan yg da dibuat olh lcca n lcci,sy tkt gak klu2 soaln exm sbnr sukar drpd trial yg sy hadapi,komen sifu cmne?
    jgn lupa tntg email yg sy mntx td,klu xde xpela :p

  150. helo, Sifu.

    i adalah pelajar F5 tahun ini, i masih tdak ada sedia utk menghadapi SPM… i feel stressful…

    masih ada banyak subjek masih x ada sedia…

    i adalah pelajar yg mengambil subjek, BM,BI,AKAUN,EKO,PEDAGANGAN,
    ADD MATH, MATHS, SNS DAN PENDIDIKAN MORAL.

    Banyak org kasih tau i, BM paling penting and wajib diluluskan,
    adakan itu benar?? i juga masih tak tau macam mana jalan ” my future way “, i ingin continue belajar di college, F6 @ U, ttp semua subjek i hanya nyawa-nyawa ikan shj, next week i akan duduki SPM, i tak tau macam mana.. harap Sifu blh tolong WENDY…

    harap Sifu blh reply di email sy,

    sekian terima kasih…

  151. SIfu..byk universiti luar negara yg iktiraf matrikulasi KPM kita..contohnya University Of Manchester dan banyak lagi..Contohnya,ramai kawan2 saya yang melanjutkan pelajaran di sana sekarang.Saya juga lepasan matrikulasi KPM..sekarang saya belajar d USM.

  152. asalamualaikum,saya syakila dari j.b. saya nak tanya ,adakah diploma daripada kolej profesional mara di iktiraf dan mudah untuk mendapat peluang pekerjaan nanti? saya ingin tahu kemudahan yang terdapat di kpm,bandar penawar.

  153. Kesusasteraan Melayu tu blaja ngan periksa dia camne yek. Kena kaji karya apa????

  154. chils Berkata:

    aslamualaikum,Sifu saya chils lepasan SPM saya hanya dapat result SPM setakat lulus je so apa cadangan sifu kerana saya mahu continew study tapi saya tak tahu macam mana caranya?

  155. Sifu sy lepasan SPM 2008. Saya nak tanya adakah pelajar SBP dan MRSM lebih senang untuk dapat tawaran medic kalau nak dibandingkan dengan pelajar sekolah harian walaupun keputusan SPM mereka sama bagus??

  156. sy pelajar f5 skang…sy pelajar aliran sains..
    sy minat dlm bisnes..jd apa subject yg perlu skor untuk kelayakan ambil bisnes study di u???
    tolonnnngggggg……

  157. saya ambil aliran sains tulen,,saya drop subjek bio..tanpa sbjek bio,cos manakah yg dapat saya jika di U????????????????

  158. dengan aliran ekonomi ktika di form 5,,apakah cos yg dpt saya apply kt U????

  159. fatin amira hasbullah

    sifu,dalam subjek spm ada subjek kesasteraan melayu tak?

  160. asslam..
    saya ingin mencari tempat praktikal untuk interior design di miri sarawak..
    ada apa2 cadangan yang dapat membantu..?dalam bulan 5 nanti adalah semester untk saya praktikal..
    saya skrg dlm diploma untuk bidang interior design..

  161. sifu,apa kelayakn minimum untuk masuk matrikulasi bahagian sains?

  162. Lemon,
    Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Sains ialah seperti berikut :

    * 6C Bahasa Melayu
    * 6C Bahasa Inggeris
    * 4B Matematik
    * 6C Matematik Tambahan
    * 6C Kimia
    * 6C Fizik ATAU Biologi

    Tapi ingat, ini syarat minimum utk layak isi borang. Soal mesti dapat tempat itu amat tertakluk kepada persaingan dan kekosongan tempat di Matrikulasi.

  163. assalamualaikum sifu..
    sy nk tny ni..
    saya lepasan spm 2008..
    saya ambik aliran sains kejuruteraan
    iaitu kimia,,add mth..fzik..dan lukisan kjuruteraan..tetapi sy hanya kredit dlm kimia dan fizik…sy nk tanya..klu sy amik form6..aliran sains,adakah saya diterima kerana saya tiada asas dalam subjek biologi..adakah stpm ini merupakan tiket terbaik utk ke IPTA..lepas stpm adakah sy akan terus ke ijazah?atau ke diploma dahulu??

  164. Zarith Sofia,
    Benar. STPM adalah ANTARA tiket terbaik utk kemasukan ijazah di IPTA mahupun IPTS.

    Mohon sahaja. Jika ada rezeki awak, adalah peluang awak belajar dalam aliran sains F6. Tanpa biologi pun okay.

  165. sy nk tanye la..
    akaun . math sy dpt 1a..
    bi dpt 6c..
    tp x da amk subjk add math..
    sy nak amk perakaunan..
    le dpt ke subjek ny?
    lau le mhon kt ne

  166. Lina,
    Kenapa pihak sekolah benarkan awak TAK ambil Math tambahan? Diorang tak pernah nasihatkan awak ke? Ni pilihan awak tak ambil AddMath ke atau kesalahan pihak sekolah ni?

    Yang dirisaukan ialah, awak dah TERKURANG SUBJEK yang melayakkan ke program asasi, program matriks, dan juga diploma perakaunan di IPTA.

    Susahlah macam ni. Sifu kurang arif laluan alternatif utk hal seperti awak. 5 tahun lepas, kami pernah ada pelajar sebegini. Cita-cita tinggi dan kami guru-guru sokong, tapi pelajar ini tak nak ambil AddMath sebab takut tak dapat angkat. Okaylah, kami benarkan. nak tau apa jadi? Pendek kata, pelajar ni menjadi pelajar cemerlang kami tahun itu, tapi malangnya beliau langsung tak dapat tawaran ke bidang perakaunan dari mana-mana IPTA, apa lagilah matriks. Ini kerana beliau tak ambil addmath. Dalam matriks, yang penting ada ambil addmath, dan lulus 7D dah layak isi borang, tapi kes budak kami ni, langsung tak ambil…

    yang untungnya beliau ditawar masuk ke program Kursus Pendidikan Lepas SPM utk pelajar cemerlang, kononnya bakal menjadi guru matematik. Tapi kasihan, kali terakhir sifu dengar beliau kini bakal keluar jadi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sifu bukanlah merendahkan beliau, tapi sebaliknya sifu bangga dengan beliau. Malah sifu amat bersyukur menjadi guru beliau. Cuma sifu kesal kenapalah pihak pentadbiran sekolah atau SIFU sendiri TAK BERTEGAS, buat ancaman ke, paksa ke, buat tindakan disiplin ke supaya dia MESTI JUGA ambil AddMath masa tu. Nilah bila guru dan sekolah tak bertegas. pelajar cemerlang pun boleh TERMATI jika tersalah langkah di SPM.

    Sebenarnhya bukan salah sekolah, dan sudah pasti bukan salah Sifu, tapi kesilapan pelajar itu mencaturi hidupnya menyebabkan cita-citanya utk menceburi bidang perakaunan bukan sahaja tidak tercapai, tapi jg tak tercapai dek tangan hanya kerana tak pernah lulus pun dalam AddMath, sebab tak ambil langsung. Mungkin sebenarnya beliau mampu dapat 6C atau 7D, tapi kerana tak pernah ambil, maka kita semua tak akan tahu.

    heh, melalut pula sifu ni. Berbalik kes Lina, cuba baca balik mana-mana bidang diploma perakaunan atau diploma teknologi sistem maklumat (perakaunan) atau apa sahaja pengajian diploma yagn berkaitan, ada tak yang TAK LANGSUNG sebut mesti kredit atau lulus ADD MATH. Kalau ada, maka mohonlah yang bahagian itu.

    Selain dari itu, sifu sarankan Lina cuba-cuba ke Politeknik, kalau tak dapat ambilan Julai ini, cuba lagi ambilan Januari kerana ambilan januari diurus sendiri oleh Politeknik. Apa yang sifu dimaklumkan pada masa itu, syarat agak longgar berbanding semasa ambilan Julai. Selain dari itu juga, mohonlah ke kolej swasta. Selalunya no problem, awak pasti akan dapat tawaran ke kolej swasta dengan keupayaan 1A akaun dan mat itu.

  167. saya thun ni sPm..sya mnat dlm kjurutraan aWam ni..tp sya risau fzk sbb mseh blum dpt gred A..addmats bleh buat..klu mohon ke U n mek result admats sje x pe ke??

  168. sy just nk tnye..ptut ke sy masuk matrix??

  169. Ijah,
    No, utk ke bidang kejuruteraan, baik di peringkat diploma, apatahlagi ke peringkat ijazah, MESTI ada ambil dan gred terbaik dalam FIZIK. ia wajib ada selain subjek Add Math. tanpanya, maka awak sukar utk dapat masuk ke program itu, kecualilah awak masuk melalui program diploma di politeknik. Baca semua maklumat di politeknik utk keterangan lanjut.

    Yana,
    Memang patut jika ia sesuai dengan awak dan cita-cita awak. Jika ada penawaran dan awak dapat maka ia satu petanda anda antara kelompok yang dipercayai berkeupayaan. Try okay, dan good luck.

  170. thanks sifu..
    tp sy takut sy x bole buat..
    sbb mtrix stahun je..msti agak hard..
    result spm sy pun x brape..
    hmm
    mcm mane ek..
    kalau msuk pn kne buat btol2 la..
    tp ttap rsau..msti ramai pndai gile2 kt sane..

  171. Yana,
    Kalau ramai orang yang tak konfiden pun akhirnya berjaya dengan cemerlang dan dapat masuk ke bidang utama yang mereka idam-idamkan, maka kenapa pula Yana tak boleh dapat takdir yang sama? yan penting ialah bersedia berubah, bersedia berusaha, dan bersedia menikmati kejayaan. Jika tidak maka awak tak lebih dari pelajar SPM juga yang baru awak lalui.

  172. sifu nk tnye sket…sye bru pas ambik result spm
    brikut adelah result spm sye:-

    sejarah-A1
    bm-A2
    bi-A2
    ekonomi asas-A2
    agama islam-A2
    science-A2
    akaun-5C
    math-5C
    add math-8E

    sifu rase ble x sye dpt masuk UiTM…sye minta course undang2..nmpk gaye mcm xde harapan sbb byk A2 bukn A1..

  173. Tasha18,
    Berdoa sahajalah. Kalau tak dapat mungkin sebab 8E dan 5C tu, bukannya sebab 2A berlambak tu.
    Tapi di UDM juga ada diploma undang-undang. Harap Tasha ada turut memohon ke UDM juga.

  174. sifu…
    saya nak tnya..
    saya lepasan diploma di MSU-ipts dlm jurusan hospitality management-tourism..
    last cgpa sy 3.66
    boleh ker pelajar ipts memohon ke ipta??
    berapa peratus peluang yg sy ada..
    dan 1 lagi..
    ibu sy terlupa ntok mendaftar MUET..
    kemungkinan thn depanm br sy dpt smbg stdy if hjg thn ni ambil MUET..
    sy sgt bosan n rindu ntok stdy…
    =(

  175. miza_nurul,
    Setahu sifu semua pelajar diploma IPTS yang diiktiraf layak sambung belajar ke IPTA tanpa sekatan. Dengan kata lain, peluang anda sentiasa cerah, tak mustahil 100%. Berkenaan MUET, bukankah awak boleh ambil MUET sambil belajar? Miza ada mohon mana-mana IPTA ke sejak beberapa bulan lepas?

  176. assalamualaikum….
    sy nak tanye…
    sy ex-student sbp…
    cite2 sy seblom ni dokte..subjek laen semua A…tp subjek sains sy dpt gred B dlm spm…
    so,sy cube nasib apply biasisswa jpa ke oversea…tp kos sastera ikhtisas…
    berbeza dengan ape yg sy blaja seblom ni…
    alhamdulillah sy berjaya dapat…
    soalan sy,ape yg sifu faham tntang kos ni?
    dan ape pekerjaan yg boleh sy dpt dengan mengambil kos ini?
    sy takut kalau sy xdapat sesuaikan diri bila study pelajaran ni…
    itu je…trima kasih banyak2…

  177. Assalamualaikum, sifu nak tanya skit tentang kaedah untuk skor matapelajaran EST. klau bleh nk lampirkan sekali kaedah menjawab yang betul. Terima kasih..

  178. Hisham,
    Blog ini hanyalah subjek prinsip Perakaunan SPM. Sifu tak ajar EST dan sifu tak ada bahan EST. Maaf ya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 122 other followers

%d bloggers like this: