Matrikulasi atau program asasi atau diploma?

Ramai pelajar yang bertanyakan sifu manakah di antara ketiga-tiga program lepasan SPM ini, mana yang lebih baik. Sifu dah jawab berulang kali tentang perkara ini di dalam komen balas sifu di sini. Untuk membolehkan pelawat blog ini membaca respons sifu yang terdahulu itu, maka sifu paparkan semula sebagai pos tetap.

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.

Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.

Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.

Pertengahan tahun 2008 – Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.

Pertengahan tahun 2009 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.

Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.

Pertengahan tahun 2011 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.

Pertengahan tahun 2012 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.

Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.

Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.

Pertengahan tahun 2015 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.

Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Sifu berharap, dari penerangan dan contoh yang sifu berikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan.
Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).

Selain dari itu, sifu turut memetik beberapa jawapan sifu untuk tatapan pembaca. Bacalah dalam konteks yang positif dan untuk mengetahui urutan komen balas antara sifu dan pelawat yang lain, ikuti pos ini dan komen yang telah mececah 489 komen dan komen balas sifu.

Mahmud Cekoneng,
Kalau Mahmud sanggup menghadapi program SATU TAHUN matrikulasi, dengan matlamat jelas nak cepat dapat belajar ke ijazah maka pilih matrikulasi. INGAT! matrikulasi sememangnya bakal menguji kemampuan anda. Ada segolongan individu takut ke matrikulasi kerana takut gagal. Well, memanglah ada peluang gagal jika gagal merancang kejayaan sendiri. Matrikulasi adalah program khas, program terpantas masuk ke peringkat ijazah. Dalam usia 19 tahun awak dah menjejak kaki dlam tahun pertama ijazah, berbanding program diploma yang memakan masa 3 tahun. Ketika usia 21 tahun barulah menjadi pelajar ijazah di tahun pertama. Nampak tak bezanya. Matrikulasi mencabar tetapi berbaloi kerana dgn itu awak berpeluang (dgn syarat berjaya dengan cemerlang di matrikulasi dan ijazah) memotong pelajar lepasan diploma yang baru belajar ke ijazah dengan memasuki dunia pekerjaan lebih cepat. Di usia 22 tahun awak dah boleh mencari pekerjaan bersandarkan ijazah awak. Takkah berbaloi ke matrikulasi. Tetapi pastikan awak mengubah kaedah belajar dan strategi belajar, matrikulasi bukannya SPM lagi.
Sports, nak pergi okay gak, tetapi kalau sifu tak silap ia adalah program diploma, so mahmud fikirlah sendiri, nak laju ke ijazah atau mulakan langkah perlahan di diploma.
Seperti kata nabil, “Lu pikirlah sendiri!” heheh

budakPTS,
setakat ini, pelajar matrikulasi hanya ‘laku’ untuk IPTA. Kalau adapun bekas pelajar matriks ke luarnegara, ia adalah program khas untuk pelajar cemerlang (sifu ada sebut perkara ini dalam komen lain sebelum ini) tetapi dari ucapan pengarah bahagian matrikulasi, ianya untuk menjadikan peljar cemerlang itu tenaga pengajar matrikulasi. Awak nak jadi doktor, so tak payahlah mohon ke luar negara melalui matrikulasi. Teruskan saja menjadi doktor di USM, UM atau UKM, dah mencukupi.

Syeeda,
Matriks hanya tawarkan program persediaan sebelum ijazah, selalu digelar pra-universiti. Dari segi persaingan ia akan bersaing secara langsung dgn pelajar STPM dan program asasi kerana ketiga-tiga ini adalah prgram pra-u ke ijazah. IPTA dan IPTS adalah organisasi pendidikan peringkat tinggi, diploma, ijazah, masters dan PhD.

329 responses

  1. oh..baru la saya tahu perbezaan antara matrikulasi and diploma..
    sifu, thanks for da details ya!!
    =)

  2. Da Treasure,
    Wah, anda orang pertama pos komen di sini. Lega sifu kerana dapat bantu anda.

  3. so saya rasa i’ll choose matrikulasi instead of diploma..
    lagi cepat..

  4. Da Treasure,
    Okay la tu…
    Pastikan sahaja kehadiran awak di kolej matrkulasi nanti dengan tekad yang jelas. NGPK mesti dijadian sasaran utama, pastikan tertinggi dan subjek/courses paper dapat capai gred yang terbaik. Anyway, tips sifu ialah, SEM 1 mesti target dan usahakan NGPK 4.00 (jika boleh) supaya kalau ada sedikit masalah dlm SEM 2, NGPK tidak terjejas dengan teruk. Nak tahu lebih lanjut, jumpa kaunselor di kolej matriks nanti, tak pun jumpa mana-mana pensyarah/pengajar minta penerangan bagaimana NGPK dinilai.

  5. assalamualaikum
    first of all thanx to sifu coz da clear kn skit fikiran saya yg sdg bercelaru
    saya mngalami kesukaran utk mnntukan kmana hala tuju saya selepas ini
    emak terlalu risau kerana dpt tahu yg ramai plajar matrik gagal lalu disingkirkn
    so, skrng saya nekad utk meneruskn pengajian di matrikulasi.
    sekian

  6. Nazirul,
    Okay kalau dah nekad nak ke matrikulasi. Tapi ingat, awak pilih matrikulasi sebab awak yang nak dan berani mengharungi cabaran, termasuklah intelek dan psikologi awak. Bila dah buat keputusan maka jangan lagi termakan cadangan orang lain. Di dunia internet ini, ada 2 kem, satu sokong masuk terus ke matrikulasi, dan satu lagi sokong masuk ke diploma.

    Bagi kumpulan yang cadangkan masuk ke diploma mereka utarakan alasan seperti ini:
    a. kalau ada diploma, malas nak belajar boleh terus kerja sebab diploma diiktiraf
    b. takut gagal atau keputusan matriks rendah, kena ‘lelong’ ke bidang yang korang tak minat, rugi-rugi-rugi.
    c. kalau ada diploma, kalau nak sambung belajar, ada juga program ijazah yang akan benarkan pengecualian kredit, so pelajar lepasan diploma akan terus masuk ke tahun kedua. Jika ambil program ijazah lain seperti ICT atau kejuruteraan, awak hanya perlu sambung belajar diperingkat ijazah selama 2 tahun sahaja. [Peringatan : tak semua bidang menawarkan keistimewaan serupa]
    d. Tidak tertekan untuk perform kerana di tahun ketiga, selagi CGPA di atas 2.00 masih layak dianugerahkan sijil diploma. [Peringatan 2 : tapi tidak jamin akan dapat sambung belajar ke ijazah di IPTA kerana CGPA 2.00 itu amat rendah]

    Bagi kumpulan yang melaungkan ‘go for matriculations‘ pula, ada pelbagai alasan diberi:
    a. khas untuk pelajar cemerlang, maka yakin boleh melakukannya
    b. program pendek, fast-track, maka dapat masuk ijazah terus diusia muda
    c. tak perlu bayar yuran tinggi seperti diploma, malahan dapat elaun lagi. Tak susahkan ibu bapa
    d. sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 tahun di matriks, sempat menilai peluang dan bidang mana yang lebih menjamin kerjaya dan minat. Kalau ke diploma, tidak boleh lagi menukar bidang, kalau dah masuk ke diploma sains farmasi, peluang tipis kalau nak masuk ke ijazah kejuruteraan. Matrikulasi pula, pelajar masih dapat mengusahakan supaya kelemahan dalam subjek sains dapat diperbaiki supaya jika semasa isi borang online hanya layak masuk sains farmasi, sekurang-kurangnya di matrikulasi boleh berusaha mencemerlangkan subjek kimia dan biologi serta BI supaya layak masuk ke ijazah perubatan.
    e. Bagi pelajar yang nak masuk ke bidang perakaunan, tiada istilah pengecualian kredit. Lepasan diploma tidak ada gerenti akan dapat masuk terus ke tahun 2 (kecuali UiTM barangkali), so tidak timbul masalah rugi atau tidak masuk ke matrikulasi, kerana majoriti pasti akan tempuhi ijazah 4 tahun.
    f. Kalau takut kena lelong ke bidang yang bukan diminati, maka pastikan rajin belajar. Yang gagal dan kena lelong sebab tak mencapai kelayakan yang dikehendak oleh IPTA. Itu bukan salah matriks, tapi salah student sendiri.

    Nota : bila baca tentang matrikulasi, anda juga boleh mengandaikan perkara serupa untuk program asasi

  7. As’kum sifu. Thanx 4 da info. Saya da pening cari sana sini beza antara matriks, asasi dan diploma. Sekarang saya dah dapat tawaran dari matriks dan asasi kejuruteraan di UiTM. Jadi sekarang saya tak pasti mane satu yang lebih baik saya pilih. Apa pandangan sifu? Trima kasih.

  8. Amir,
    minat kejuruteraan sepenuh hati? Jik ya, maka peluang asasi kejuruteraan itu adalah umpama bulan jatuh ke riba. Sekurang-kurangnya, awak belajar dari awal lagi dalam bidang kejuruteraan. Harapannya sudah tentu lepas itu ke ijazah kejuruteraan juga. Jika tak sure atau tak minat, tapi sukar nak buat keputusan, maka matrikulasi untuk anda. Dalam tempoh 1 tahun di matrikulasi sifu yakin Amir akan dapat kekuatan dan minat sebenar Amir.

  9. salam sifu…
    alhamdulilah saya dpt diploma sc komputer kt uitm.masalahnyer….time apply dlu saya ltk pilihan dipl sc komputer pilihan ketujuh or kelapan….x sgka lak dpt.coz saya target dpt kos perakaunan or bisnes.bkn rezeki kot…

    pastu saya pk2 blek….owg kate sc komputer skrg dh rmai owg amek….ssh lak tu nk cari keje.saya ari tu mtrx satu thn x dpt….skrg nie nk tunggu mtrx 2 taon…owg kate mtrx 2 taon x same ngan mtrx setaon. lmbt skit nk g ijazah.

    cam ne ni….nk msok uitm ker amek mtrx 2 taon?

  10. Limahrunsing,
    Dah tuah awak. Jika awak bijak menggunakan peluang ini, sifu yakin masalah sukar mencari kerja akan datag akan dapat awak atasi. Apa yang majikan cari bukanlah semata-mata graduan universiti, tetapi kualiti individu graduan itu akan membezakan peluang atau halangan. Nasihat sifu ialah, jika Limah membuat keputusan belajar di biang Sc komputer, pastikan sebelum tamat pengajian Limah telah melengkapkan diri dengan perkembangan terkini ICT yang pelbagai sekarang ini. Belajar sendiri juga kemahiran pemprograman, dan jadikan kemahirn programming sebagai sebahagian dari aset awak nanti, tetapi dengan menggunakan perisian atau aplikasi terkini, bukan semata-mata apa yang diajar di kampus. Pernah dengan tentang Linux? Belum, well inilah masanya awak ambil tahu. Suka multimedia? Masa awak jugalah sesuai untuk belajar teknik animasi 3D dan sebagainya walaupun silibus sains komputer tidak memasukkan elemen ini. Faham tak maksud sifu bahawa majikan menjadi kualiti individu graduan bukan hanya melihat keputusan diploma atau ijazah awak. Okay, kira faham lah tu.

  11. salam sifu..

    sya nekad ke matrik..hehehe.,

    ni sifu,sya nak tya tntang kawan baik saya,,sya kesian sgt kat dia..

    result spm dia agak teruk juga,..dan malangnya,dia tak dapat ke matrik mahupun ke u utk program diploma..dia sedang bersedih dan sya tak tahu macamana nak pujuk n hilangkan kesedihan dia..

    sya harap sifu dapat bantu sya utk membantu rakan sya ni..

    ni result dia..(sya taip result dia disini atas kebenaran dia)

    bm-b3
    bi-c6
    pend islam-a2
    sej-4b
    math-c6
    add math-e8
    prinsip akaun-e8
    phy-d7
    chem-d7
    tasawur islam-a2
    est-d7

    sifu rasa,apakah bidang atau cara yg harus dia lakukan?

    dia ada amik paper math jun nti sbg calon persendirian..

    sifu,kawan sya ni minat sgt kat kanak2 n memasak..dalam geng sya,dia yg paling suka pada kanak2 n memasak(Dia masak,kami tolong makan..hehehe),ada harapan ke klu dia mohon bidang pengurusan kanak2 or cullinary?

    sifu,sya simpati sgt kat dia..sya n kawan2 lain dapat matrik n u tapi dia..2-2 tak dapat..

    harap sifu bleh cadangkan jalan terbaik utk dia..pls sifu…

  12. Hidayah,
    kes kawan awak ni sifu cadankan belajar di politeknik. Nak ambil sains kulinari sifu dapati kekuatan SPM nya tidak mencukupi. Untuk itu Kawan awak terpaksalah melalui pendidikan lebih panjang masanya. Sifu cadangkan dia ikuti ulang SPM juga jika tetap ingin ke IPTA melalui SPM. Tetapi jika sanggup, ikutilah program-program kursus peringkat sijil di IKP atau kolej Mara atau ke politeknik. Politeknik contohnya, kawan awak (sifu panggil dia DYA-lah), DYA ikuti sahaja program sijil 1 tahun. Jika dah tamat sijil dan prestsi DYA memuaskan, DYA boleh memohon mengikuti program diploma dipoliteknik berkenaan. Selepas tamat diploma 3 tahun, dgn prestasi yang cemerlang, DYA boleh mengatur langkah ke peringkat ijazah berbekalkan diploma politeknik itu. Ambil masa lebih sikit, 1+3+3 = 7 tahun. Asalkan DYA ambil program yang kurang persaingan sifu percaya peluang ada, insyaallah.
    Tapi cuba DYA tengok semula,layakkah DYA memohon pra-diploma ambilan disember. Jika boleh sifu suka sangat jika DYA memohon pra-diploma perdagangan, itupun kalau DYA bumiputera.

  13. sifu,ikp tu apa?

    sya ksian sgt kat dia..tak tahu nak wat pe..

    sthu sya dia mohon politeknik..tapi sya tak tahu dia mohon bidang apa..rasa2nyer sains kesetiausaha(not sure la sifu coz dia sorang je yg mohon poli dalam geng saya)..

    sifu,macamana nak mohon pra diploma perdagangan tu?

  14. sifu,nak tya nih..
    kepujian tu macamana?
    b or c or d?

  15. lagi stu sifu,kredit tu macamna?

  16. Ehem, salam..
    En.Sifu, boleh tak bagikan jalan alternatif kepada adik2 kta ni.. maksud saya ape yang dia orang boleh pilih lepas SPM? Yala, bukan sume yang pandai atau dapat result hebat.. Dan bukan sume boleh masuk matrix, asasi dan diploma..
    Cnthnya, bg la mereka tahu antara Form 6, Kolej, Institut kemahiran, poli, atau kerja.. mana yg sesuai..

  17. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (THEMENYA TERLAMPAU CANTIK & BOLEH PULA LETAK …)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

  18. As`kum sifu.saya dapat tawaran asasi kejuruteraan dekat uia. saya nak tanya kalau saya ambik asasi ni nanti bila mahu buat ijazah boleh tukar dekat universiti lain tak? sebab saya ingat nak sambung buat ijazah dekat utm sebab situ engineering dia memang bagus.

  19. mcmner yer??

    salam sifu…
    sy tgh knfius…mcm mane ye???
    sy dpt twrn diploma dlm bidang pengimejan prubatan di uitm…tp sy dpt jgk mtrx..ape pndapat sifu..
    mne 1 yg elok sy pilih..
    sy konfius sgt..pengimejan prubatan 2 choice sy yg trakhir dlm 8 plhn kt upu..parents sy suruh smbil twrn 2…tp diploma…dan sy pon x brape pasti dgn course ni..mcm mane dgn ijazahnye lg..apa pndpt sifu???

  20. Nie Aper Yg Saya Dapat

    ======================================================
    Tahniah! Saya telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
    Kementerian Pelajaran Malaysia.
    Nama: –
    No Kad Pengenalan: –
    Program Pengajian : Pogram Satu Tahun
    Kursus: M001-SAINS
    Nama kolej: 11-KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM)
    Tarikh Mendaftar: 12 Mei 2008
    ======================================================

    Dan Ini

    ======================================================
    TAHNIAH! Saya telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

    KOD : E2425
    NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK)
    IPTA : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
    SURAT TAWARAN : http://istudent.uitm.edu.my/intake
    ======================================================

    Saya Memang Minat Engg…Sebenarnya Saya Berharap Untuk Dapat Asasi Kejuruteraan…
    TP Dpt Diploma
    Saya Xtau Nk Pilih Maner Satu…
    Kalo MATRIK + DEGREE = Brape Thun ..??
    Kalo DIPLOMA + DEGREE = Brape Thun ..??
    Maner Lebih Okay…
    Org Kata Kal0 Masuk m3x tp dpt kalo xdpt 3.5 above xley nk wat degree engg…
    Pening2…

  21. Salam…

    minta maaf gangguan buat kali kedua
    Harap sifu boleh membantu

    Soalan saya
    Apakah beza PST dan PDT.?
    Saya dah search kat internet tapi msih tidak mendapat jawapan yang saya hendak

    Dan kelebihan PDT?

    Peluang untuk sambung ijazah bagi PDT adakah sama dengan PST?
    (perbezaan tahun tida diambil kira}?

    -im sick of being rejected-

  22. okay sifu,
    i’ll try my best to get 4.0 ngpk n try to maintain it.
    coz saya dah tgk buku matrix n rasanya ok kot.. kena berusaha lebih la.. hehe

  23. sifu sy dpat m3x setahun dlm perakaunan..
    untuk pengetahuan sifu kputsn spm sy x begitu baik..
    saya mndpat:
    akaun-b3
    math-a1
    e.asas-b4
    add math-c5
    bi-c6
    bm-b4
    sjrh-b3
    science-c5
    saya risau klu sy tak blh bwk dkat m3x..
    krn dulu time exam kat skolh sy slalu gagal dlm add math..
    krn rmai yg bg tahu math m3x lbih ssh dri add math skolah..
    ptut ke sy msuk m3x dgn kputsan sy yg begini?
    ataupun sy lbih layak msuk upu dip pengurusan bank di uitm?

  24. ashrafdani3l

    sy nk ask sifu…

    sy upu pn xdpt matrik pn xdpt..

    tp yg sy pelik nye,kwn sy yg sama results dgn sy pn..malah ada yg dpt reults lg bawah dr sy dpt matrik..

    sy pn tidak tahulah dimana silapnya….

    br2 nih sy mendpt tawaran melanjutkan pelajaran ke unikl mimet n lps results upu keluar sy juga telah membuat erayuan dan mengambil course (senibina dlm alam sekitar @ dip pertanian)..

    so pada pendapat sifu apa yg saya patot pilih skrg??

    a:tunggu jwpn rayuan upu
    b:pergi ke unikl
    c:tunggu jwpn matrikulasi program 2tahun
    d:mengambil a lavel
    e:pergi ke form6..

    sy berharap sgt sifu dpt membantu sy..tolong ye sifu..

    thanks.

  25. adakah boleh tukar course dlm tahun pertama masa kat U…?

  26. sifu,nak tanya.pelajar matrik KPM boleh apply UiTM ke slps tamat PST?
    Saya dpt matrik.utk upu saya apply farmasi uia tp x dapat.pastu saya buat rayuan and apply asasi sains UiTM.
    Saya nak masuk UiTM sebab dari apa yang saya dgr,graduan uitm senang dpt kerja.

  27. tak silap saya sistem baru diperkenalkan tahun lepas,
    jika dah buat diploma perakaunan dimana2 universiti,peringkat ijazah hanya 3@2 tahun je.dekat uitm 2 tahun je.tapi dgn diploma perakaunan agak susah nak dapat kerja dekat big 4(pricewaterhouse,ernst&young,KPNG,deloid) iaitu 4 firma perakaunan terbesar didunia,student2 diploma terpaksa bersaing dgn student2 yg ada sijil profesional antarabangsa macam ACCA,ACCA-CAT,ACCI..sijil2 ni lagi tinggi taraf drpd diploma and ijazah..big 4 biasanya mmberi keutamaan kpd student2 profesional utk bekerja dgn diorg.kursus2 profesional ni boleh diambil selepas SPM.jangka2 masa study just 1@1 1/2 utk ACCA-CAT yg tinggi sikit taraf drpd diploma,3 tahun utk ACCA(require ACCA-CAT@STPM) yg hampir sama taraf dgn master,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn degree oxford brooke university.2 tahun utk ACCI yg sijil setraf dgn sijil ACCA-CAT.

  28. konnichiwa sensei,
    saya dpt twrn gi matrik Perak jurusan sains. lg satu, sy jg dpt twrn ke UIA bg asasi ekonomi dan sains pengurusan. Saya x tau nk pilih yg mana. dua2 tu bleh dikira program asasi kan? masalahnya, ia dua jurusan yg berbeza. Saya bdk pure science. yg akaun tu sy letak antara yg plng bwh sekali masa isi brng UPU tu. saya letak itupun sbb teringin nk ambk akaun. x sngk dpt twnrn akaun tu plak.jd adakah risky kalau saya tkr jurusan saya? klu asasi maksudnye belajar dr basic kan?

  29. asasi kejuruteraan bez x?

  30. Sori ganggu..,, nak tanya skit,,

    Saya dapat matrik dan asasi sain pertanian kat UPM
    persoalannya,,katakanlah lepas buat asasi saya sambung wat degree biotek..ok x? maksud saya peluang pekerjaan di malaysia mahupun dimana2..ada peluang x untuk dapat biasiswa masa wat degree bioteknologi??

    Atau saya masuk matrik ja yang lebih berpeluang untuk dapat biasiswa n peluang oversea untuk wat degreetapi x pasti lagi bidang apa..???
    Tolonglah balas ya…..by the way thanks a lot..

  31. salam.i have a problem.ak tlah ditwarkan ke mtrik tp dlm sains fizikal dan bukannya s.hayat yg ak mahu…tp at da sane time,ak jga dtawarkan dploma pengimejan perubatan di uitm….nk pg mane n??????????????????help me

  32. limahrunsing

    salam sifu…
    ari khamis lps…saye ngan kwn saye ‘K’ wat semakan same ade kami dpt upu ke x…dan alhamdulilah..kami same2 dpt upu dan ipta yg same iaitu uitm.

    masalahnyer…K ni x begitu gembira kerana ditawarkn ke khusus yg x begitu diminati iaitu Diploma Teknologi Tekstil…ikotkn ati mmg K ni begitu gembira krn pemohonanyer ke upu tlh bjaya…tp biler K teringat kos yg ditawarkan…K berasa tawar ati…malah kate nye…dia malu mdapat kos tersebut kerana berfikiran negetif mengenai kos tersebut spt ssh mendapat peluang pekerjaan,kne kerja kt kilang kain kerana kos nyer byk mengenai kain(saya pon x tau ape die fikirkan),dan mcm2 lg laa….

    Malah kadang kala K ade berfikir ingin menolak tawaran upu begitu shj.Saya ade juga menasihati nyer supaya tidak menolak tawaran tersebut memandangkan peluang hanya dtg sekali…selain itu K jg x dpt mtrx dan maktab…

    sifu tolonglah…mcm mane cara saya ingin menasihati kawan saya ni….??boleh x tkr kos setelah menerima twrn upu?

    arap sifu balas….time kaseh byk2

  33. rse nye limah ,blh tuka kos kot..tpi kna register ntok kos yg dtwrkn dlu…lepas tu tukar kalau masih ada kekosongan kos yang dikehendaki.tapi kena bayar dua kali lah.amat pembaziran.

    sifu betul ke macam tu?

    -im sick of being rejected-

  34. limahrunsing

    >>>to Rejected
    time kasih Rejected kerana sudi beri respon yer!!

  35. salam sifu..
    yg mana lebih baik??
    pergi ke matrik yg 1 tahun,, ataupun mengikuti program asasi di ipta yg ada matrik selama 2 tahun.
    saya masih keliru..
    help me.

  36. mcmner yer??

    salam kpd FIFA….
    dpt dploma pngimejan prubatan gk ker???
    sy pon dpt twrn 2 gk kt uitm…mcm mner yer???
    bgs ker course 2…??
    pning laa…nk msuk mtrx ker ataw ke dploma 2…
    cfu…tlong laaa

  37. musik jalanan

    Assalamualaikum..

    sy ingin bertanya kpd sifu beberapa soalan……

    (1)..sy meminati bidang engneer..alhamdulillah.saya ditawarkan ke jurusan dip kejuruteraan elektrik dan elektronik d uitm..mlah sy turut dtawarkan ke jurusan sains d matrikulasi phang..saya sedar akan kelebihan dan kekurangan di matrik dan upu..pada pandangan sifu apakah jalan terbaik bagi saya untuk memilih ke dua2 tempat yang berbeza ini??hajat di hati ingin ke dip trus kerana ianyer trus ke bidang yang saya ingin ceburkan diri tetapi saya takut mase yang lame menyebabkan saya khayal dan bosan blaja??saya ini suke blaja last2 minutes..apakah tips sifu kepada sya agar terus maintain study sekiranye saya ke dip di uitm????saya buntu

    (2)..sekiranyer sy menerima dip ini..dan blaja sehingga ke sem 6..adakah sy boleh menyambung hnya 2 tahun ke peringkat ijazah di u yang sama??

    (3)..adakah di malaysia bidang elektrik dan elektronik ini tinggi permintaanyer??saya takut walaupun bergelar graduan tetapi saya hanye tanam anggur di kebun sayur..hehe,..(menganggur)

    saya berharap agar sifu dapat membantu saya yang baru sahaja dapat menjejakkan kaki ke alam UNIVERSITI…

    saya amat berterima kasih sekiranyer sifu dapat membantu saya!!!!

    I’am dilemma univrsity..hahaha

    “LIFE CREATE TENSION…MUSIC RELEASE IT….”

  38. semua jurusan yg diambil tak kira di matrix@University,semuanya bermula dari bawah,tapi sy syorkan miss lacus clyne,jika nak ambik jurusan perakaunan,better ambil yg sijil profesioanal punya,jika ambik degree&diploma,miss lacus susah sikit nak dapat kerja di firma perakaunan,market utk student yg ada sijil profesioanl lagi tinggi,sijil profesional perakaunan ditawarkan dekat UITM shah alam,kolej poly-tech mara(KPTM)&sunway kolej..utk sijil profesioanl di KPTM ada tajaan MARA.utk matrix,miss lacus kena betul2 confident dpat result CGPA cemerlang masa final exam(3.80-4.00),kalo tak dpt,miss xdpt masuk mana2 IPTA,utk UIA,certificate asasi ekonomi dan sains pengurusan hanya sah utk UIA,bermakna selepas tamat program asasi miss lacus hanya boleh sambung degree dekat UIA sahaja.university lain xboleh.

  39. Oh..i see Mr. Zala. one more thing. saya klu bab perakaunan and economics insya allah boleh tackle. tp arabic nih. saya ragu2. adakah ia akan jeopardize my akaun? ni sume sbb dpt UIA la. Mr.Zala ade ckp yg sy hny bleh keep on study in UIA shj. maksudnye, adakah smp degree shj? or the highest level in accaounting in UIA? After that I langsung x bleh furhter studies ke or wut?

  40. nak tanye ncik/cik athrun zala ni..kalu amik ape2 asai kat uia..maknenye leh sambung kat uia je la lepastu?ataupun kos2 yg tertentu je camtu?nk tanye la kwn2 yg masuk web ni…ramai ke yg amik tesl?

  41. mksud sy asasi*

  42. salm…
    sy dpt dip statistik untk upu
    bleh sy tau pekerjaan ape yg sesuai dgn course ni
    lagi satu,btl ke kpli dah nk dihentikan?

  43. salam..
    btl ke matrikulasi kena score 3.8-4.00 utk dpt kos yg kte nk?
    saya tkt menyesal plk msk mtrks..
    n sy dpt juga twrn uia asasi sc fzkl..
    so ptt ke sy msk matriks??

  44. Salam sifu..

    first of all, thanks for the info yang sifu bagi tu..
    tp saya still tak boleh make up my mind..
    sy keliru..
    begini,

    sy dapat tawaran ke uitm, untuk diploma science..
    tapi, itu bukanlah pilihan yang sy nak..
    sy ada apply diploma farmasi, tapi tak dapat..
    selain itu,
    sy juga ditawarkan untuk ke prgrm matrikulasi 1 tahun di melaka..

    sy nak tahu, misal kate sy ambil diploma sains,3tahun,
    kalau ijazah farmasi,
    start dari tahun pertama ke?

    ataupun, izit beter for me to take matriculation?
    tapi saya takut sy tak mampu.. n dr matrikulsi, nak pergi ke ijazah farmasi di ipta,
    bukan sesuatu perkara yang mudah krna persaingn yang tinggi..

    sy betul2 keliru~
    diantara masa..peluang.. dan kemampuan..
    harap sifu boleh berikan sedikit pendapat..
    terime kasih.. =)

  45. Maaflah semua kerana lambat memberi respons. Sifu hanya akn jawab mana-mana komen yang relevan okay.

    Hidayah,
    Kredit tu 3B hingga 6C. Cemerlang 1A dan 2A, lulus 7D dan 8E dan gagal 9F. So, mesti dah nampak A,B atau C.

    Mr Bilik Sebelah,
    Sifu ada sediakan pos khusus untuk itu, BAGAIMANA MELANJUTKAN PELAJARAN SELEPAS SPM. Mana-mana pengunjung blog ini boleh membaca saranan sifu di pos tersebut.

    Azam,
    Setahu sifulah memang benar pelajar dibenarkan memohon IPTA lain dengan bersandarkan program asasi UIA. Tetapi awak mesti ingat bahawa tak semua IPTA boleh awak pohon. Keutamaan adalah pelajar asasi mereka sendiri yang cemerlang selepas itu barulah pelajar lepasan STP, matriks, dan asasi atau program setaraf lain akan diproses. Itu yang sifu tahu, tetapi macam biasa, kalau salah mohon maaf ya.

    Mcmner,
    Satu program yang baik pada pandangan sifu memandangkan bidang perubatan masih memerlukan juruteknik yang bertauliah, samaada di hospital atau pusat kesihatan kerajaan mahupun pihak swasta. Sifu kurang arif pula tentang ijazah di bidang yang sama. Apakata awak google semula dan cuba cari maklumat dlm BM dan BI. Maaflah sifu tak dapat nak cari maklumat untuk anda, sifu mulai sibuk semula persediaan Pep.Pertengahan Tahun minggu depan ni. kalau tak pasti, matriks jalan terbaik. Macam kenyataan sifu di dlm pos di atas sekali dan komen awal sifu di atas. Harap ia boleh membantu.

    Jerenk,
    Betullah tu. Engineering ni sekarang adalah progroma atau bidang tersangat popular di kalangan pelajar cemerlang samaada lepasan diploma, lepasan STPM sains mahupun lepasan matrikulasi, juga lepasan program asasi IPTA berkenaan. So awak juga mesti cemerlang. Ingat macam ni. Kalau awak ambil diploma engineering, tapi awak tak dapat CGPA 3.5 juga adakah anda tetap yakin akan ditawarkan ijazah kejuruteraan yang anda impikan. Sifu andaikan awak pun tak akan dapat walapun ada diploma kerana 3 tahun akan datang tak mustahil pelajar-pelajar matriks, asasi dan STP pun sedang mencuba memotong peluang awak dengan memperoleh CGPA 3.7 ke atas. Jerenk tak boleh dah nak kata kalau ke matriks tapi tak dapat 3.5 tak boleh ke ijazah kejuruteraan. kerana walaupun dah ada diploma tetapi CGPA juga tak dapat 3.50, maka awak pun tak akan dapat belajar ke ijazah kejuruteraan. So ginilah, cabar diri awak, sediakan diri awak utuk belajar dan duduki exam semas di matriks mahupun di diploma dan setiap Semester dapatkan 3.8 ke atas. Selagi awak dapat buat demikian, pelaung ke ijazah kejuruteraan di atas tapak tangan. Jika tak, kedua-dua peluang itu akan sia-sia, tetapi kebaikan diploma ialah awak tak pulang dgn tangan kosonglah. Masih ada diploma. So it’s up to U. Dari segi strategik merancang kejayaan ke ijazah (ingat sifu andaikan semua pelajar nak ke ijazah, tak nak berhenti sekerat jalan), kalau awak merancang menjadi pelajar cemerlang walau dicampak ke manapun, then go for matriks. Awak cuma perlu bersusah payah 2 Sem. Lepas tu dah di ijazah. Faham tak ni. Faham bagus.

    Rejected,
    peluang sama. Sama-sama boleh ke ijazah. Tetapi selalunya pelajar PST yang ditawarkan ke PDT akan peroleh CGPA yang dah sedia rendah (barangkali). Pelajar fresh yang ke PDT secara langsugn sejak Sem1 akan bertuah kerana mampu merancang peningkatan CGPA bagi tempoh 4 Sem. Itu dah kira baik dah. Beza ketara hanyalah dari segi tempoh pengajian dimana PDT dilanjutkan ke 4 sem. Untuk itu juga, silibus atau subjek dipelajari diagihkan dengan lebih baik, jam kredit setiap semester adalah kurang berbanding PST. Tetapi ingat PDT adalah terhad tawarannya.

    Da Treasure,
    I wish you good luck. Cam tu lah namanya merancang kejayaan. Make sure you maintain motivation yang dah ada tu atau tingkatkan lagi.

    Aida,
    Awak pastikah awak tak boleh berubah lagi? Awak pastikah yang awak sememangnya akan kekal ‘tak pandai math’ atau awak sebenarnya pernah pandai tetapi tersalah haluan. Seumpama orang alim yang tersesat. Jika awak pasti awak TAK BOLEH, TAK BOLEH, TAK BOLEH, maka pergilah ke diploma pengurusan bank di UiTM. Tapi ingat kat diploma pun akan belajar 2 paper math. kalkulus dan algebra. Lepas tu bila awak sambung ke ijazah nanti, awak akan temui semula subjek math, kalkulus dan algebra. Apa tu? ha, itulah apa yang dipanggil AddMath. So kalau dah ke diploma tu, jangan banyak mengeluh, saya ni tak fahamlah math. Dah tak faham, kena bagilah extra effort. Kalau dah tak pandai tu, kenalah extra homework. Itu sebenarnya yang perlu awak lakukan dimana jua anda berada. Aida, awak tak bolehlah meletakkan kelemahan itu sebagai perkara YANG AKAN KEKAL BENAR kerana awak mengiyakannya dan orang lain juga meniyakannya. Math awak 1A, addMat awak hanya 5C. Awak bakal belajar dalam matriks perakaunan. Subjek math yang diajar tidaklah sedalam matriks sains. Pelajar jurusan sains perlu belajar math tinggi sedikit sebab mrk bakal memohon kejuruteraan. Sebaliknya pelajar jurusan perakaunan bakal memohon perakanan, pengurusan, pentadbiran perniagaan dsb yang tak memerlukan penguasaan math tinggi. So berdasarkan pertimbangan itu sifu berpendapat Aida akan dapat bawa mengatasi ‘semua bencana’ di matriks perakaunan. hehehe, sifu panggil bencana kerana Aida seperti takut matriks. Bencana itu hanyalah kabar angin, sebenarnya ia adalah khabar gembira kerana di matriks nanti Aida akan dapat buktikan kpd diri sendiri dan orang lain bahawa kelemahan di SPM dulu tu bukan kerana tak pandai math, tetapi hanya tak pandai blajar yang betul. Di matriks, Aida akan pandai belajar dengan teknik betul dan Aida pasti akan dapat ikuti kuliah Math dan seterusnya mencapai gred Math yang terbaik seperti orang lain. Kesimpulan, kedua-dua okay untuk Aida.

  46. Ashrafdani,
    Jawapannya ialah,
    A atau C mana yang dulu, jika gagal juga E. Kemudian barulah D atau B.

    Kadangkala, proses permohonan akan kelihatan pelik. Adakah rakan awak mempunyai markah kokum yang sama dengan awak. Jika sama, adakah rakan awak pernah memegang jawatan yang lebih tinggi dari awak selama bersekolah dar F1-F5. Jika masih sama, adakah rakan awak pernah mengikuti mana-mana aktiviti di luar sekolah yang lebih baik pencapaiannya dari awak sendiri. Sifu soal perkara ini kerana markah dan pencapaian kokum sangat dipentingkan juga. Ini namanya meritokrasi dan syarat 90+10, 10 adalah markah kokum. Selain itu, percaturan penentuan permohonan ke IPTA juga main peranan. Ada 8 pilihan. Setakat yang sifu difahamkan, ianya juga boleh mempengaruhi penawaran. Jika pelajar A memohon program X sbg pilihan 1, pelajar B yang punya kelayakan serupa dari segi gred SPM dan markah kokum memilih program X sebagai pilihan 2 atau lebih rendah, maka dari segi meritokrasi dan priorit, pelajar A akan ditawarkan program X, bukannya pelajar B. Sekarang bayangkan pula pemohon adalah berjumlah 50 ribu orang, ada memohon program X sebagai pilihan 1 juga, ada yang menjadikannya pilihan 2 dan ada yang menjadikannya pilihan 3 atau lebih rendah lagi. Tak perlulah sifu komen lebih lanjut. Pasti dah faham dah tu.

    Ida,
    boleh dan tak boleh. Bergantung kepada budibicara pihak pentadbir termasuklah prestasi awak dan kekosongan.

    Nur Aida,
    sudah tentu boleh. Matrikulasi KPM untuk semua IPTA di malaysia.

    Athrun zala,
    terima kasih di atas info ini. Harap pengunjung blog ini prihatin tentang perkara ini juga. Mohon kebenaran, boleh tak sifu petik semula kenyatan Athrun ini sebagai pos tetap. Sudah tentu kredit akan diberi kepada penulisnya. Jika dibenarkan, mungkin Athrun boleh juga menambah beberapa maklumat tambahan supaya sifu dapat jadikan pengisiannya lebih baik lagi. Terima kasih.

    Lacus Clyne,
    Bagi sifu kedua-duanya adalah baik untuk anda. Kedua-duanya sememangnya berbeza daripada aliran anda sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh diatasi. Dengan kemampuan dan kepandaian awak, sifu yakin awak akan dapat pelajari sesuatu yang baru nanti. In fact, mana-mana tahun belajar pun akan ada benda baru. So no problemlah.

    Din,
    ingat ni, program matrikulasi sebenarnya tak dapat nak bagi peluang ke luar negara kecuali program khas yang pernah sifu sebutkan (iaitu untuk melatih tenaga pengajar matriks) sebelum ini. Saya pun berharap Din akan mencuba menceburi bidang bioteknologi. Tentang soal pekerjaan, sifu tak ada maklumat khusus tetapi berdasarkan unjuran atau dasar kerajaan buat masa ini, kelihatan seolah-olah peluang pekerjaan dalam bidang penyelidikan berasaskan teknologi bio amat memberangsangkan. So tak salah mencuba. Jika gagal awak masih boleh menceburi bidang pertanian sebagai peladang jaya.

  47. opss…sifu ni sifu perakaunan…sori yek silap tempat kot..patutla x balas,,ok chowz…b the way nak ambik matrik kot..hehe

  48. FIFA,
    Sifu berpendapat kedua-duanya baik. Ianya amat bergantung kepada apakah yang bakal anda pohon nanti di peringkat ijazah. Jika ingin menceburi bidang-bidang berkaitan teknologi perubatan seperti ini, maka mungkin diploma itu lebih baik untk anda. Jika nak menceburi bidang kejuruteraan atau seni bina, maka matrikulasi sains fizikal itu lebih baik. Tapi itu pandangan sifu tak semestinya pandangan terbaik. Sila rujuk IPTA berkenaan dan dapatkan prospek pengajian selepas diploma.

    Limahrunsing,
    luculah si K tu. Takkanlah pemegang diploma tekstil kerja di kilang kain. Ni mesti fikir bakal menjadi supervisor di kilang kain aje kot. hahah. Ginilah K, tak semestinya kerja di kilang kain tu tak elok. Kat kilang kain pun ada pengurus, pegawa akaun, kerani akaun, dan macam-macam jawatan. Tentu pelajar ijazah perakaunan akan malu kerja di kilang kain sebagai pegawai akaun atau jadi pengurus kilang kain. Okay serius. Peluang sememangnya datang kali ini aje. Jika nak menolak gak, tolaklah, tapi awak nak gi mana lepas ni? Dah buat rayuan online? Apa yang dirayu, pastikah boleh dapat. Prestasi SPM si K ni okay ke? Jika awak dapat dapat diploma tekstil tu, atas permohonan sendiri dulukah (8 pilihan). Kalau dah memang pohon kenapa pula sekarang tak nak? Tak bolehlah macam tu. Kalau tolak gak, dan rayuan lain pun gagal, pasti si K akan berada di Form6. Tapi yang sifu takut ialah, selepas Limah sambung belajar di seorang-seorang patah semangat, tak nak belajar, nak kerja terus dengan SPM sahaja. Beritahu si K, terus sahaj ambil diploma tekstil. Tamat 3 tahun nati pohonlah ijazah di UiTM juga tetapi bidang lain pula. Tapi kena ingatlah, memohon pun tak bolh dengan kualiti sederhana macam sekarang ni(SPM 2007), nak ke ijzah nanti, sediakan diri CGPA terbaik, 3.00 ke atas, 3.7 ke atas lagi hebat. Mana tau boleh demanding lepas tu, pilih ijazah yang elok-elok, taklah terjenguk kat kilang kain terus.ehehe (gurau je). jangan marah ye K. Pergi jelah diploma tu. Lagi baik.
    Betul juga cadangan Rejected tu, tukar course, tapi ingat tak semestinya dilayan.

    usher,
    mana-mana pun baik selagi awak ada matlamat jelas apa nak dipohon selepas tamat. Ingat tu, kedua-duanya adalah program khas pra-ijazah, so gunakan sebaik-baiknya peluang itu.

  49. Musik jalanan,
    Kes awak ni kes khas. Pergilah diploma tu. Cara awak belajar last minit tu akan membunuh peluang awak di matrikulasi nanti. Last minit belajar, early knock out dari matriks. Tak payahlah matriks kecuali awak sanggup ubah cara belajar tu. Pergi ke diploma a bit safe tetapi kaedah last minit belajar ni sifu takut awak hanya aka peroleh CGPA sederhana selepas tamat 6 sem. Nanti nak ke ijazah pun sangkut gak. Melalui pengamatan sifu sejak beberapa tahun, pencapaian pelajar dalam SPM sangat baik, meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. So kalau ini berterusan, MJ akan tercabar mencari tempat ke ijazah 3 tahun akan datang. Yes, kalau terus belajar di IPTA yang sama, peluang belajar 2 tahun itu cerah, tetapi bukannya automatik. Jika subjek yang layak dikecualikan itu hanya dapat C semasa di diploma, sifu yakin tidak akan dikecualikan. Awak mesti ambil balik di peringkat ijazah. Tak pasal-pasal awak tetap habiskan 3 tahun ijazah. Kenapa? Silap sendiri suka belajar last minit. So jangan lgi belajar last minit, baik masa dlm diploma mahupun dimatriks.

    Athlun Zala,
    sekali lagi terima kasih. Nak tau ni adakah awak sedang bekerja, masih belajar atau pengamal perakaunan? Terima kasih.

    Ieza,
    Mungkinlah. Cuba awak bayangkan, ke ijzah kan dipohon oleh pelajar matrikulasi, STPM dan diploma dan kelayakan setaraf. Adakan Ieza nak cukup-cukup makan? Matrikulasi ini kelayakan ke mana-mana IPTA. Nakkan ijazah yang anda benar-benar minat, pastikan anda dapat beli dengan menawarkan nilai tertinggi. Dalam kes ini, sejak 4-5 tahun barangkali, 3.80 ke atas adalah sasaran munasabah dan selamat untuk mana-mana pelajar matrikulasi. Ini sangat penting terutama jika anda bakal memohon mana-mana program ijazah yang kritikal dan popular. contohnya kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan, ekonomi dan beberapa bidang lain lagi. Panduan pantas ialah, apakah bidang yang ditaja oleh JPA, maka chances are itulah program ijazah yang popular dalam kalangan pelajar cemerlang dari mana-mana kelayakan; matriks, STPM mahupun diploma. Ieza mesti ingat pelajar STPM juga boleh dapat gred yang sama dan menyaingi pelajar matriks. So masuk ke matriks bukan untuk mencari peluang semata-mata, tetapi juga merancang dan mencipta peluang ke peringkat seterusnya. Kelebihan pelajar matrikulasi ialah masa. Anda dapat memintas pelajar SPM 2007 yang lain yang bakal belajar di STPM ataupun diploma.

    Ira,
    ya ira setahu sifu awak akan teruskan ke ijazah dan belajar dalam tempoh sepenuhnya. 3 tahun. Ira kenalah bina keyakinan dari sekarang. Ira sedang merancang kerjaya masa depan, yang mungkin Ira akan teruskan bagi tempoh yang lama. SO make up your mind, dan get ready. Rancang kejayaan semaksimum boleh. Zaman awak ini bukanlah zaman kalau boleh, zaman awak ialah saya mesti boleh dan lepas itu bertindak.

  50. amoeba90 pening

    saya dapat upu jurusan diploma fisioterapi n matriks pahang…saya pening la ni sampai gaduh2 nan mak ayah sebab saya tengah bingung…mase spm saya just pat 5c je dalam ad math…n saya btol2 tak minat n trauma ngan admath…tolong la bagi tips kat saya…kat matriks penting sangat ke admath????

  51. amoeba90 pening

    sifu balas la….saya x taw nk pegi ane ni….

  52. Amoeba90 Pening,
    Ada berita buruk untuk awak. Program yang awak belajar tu pun akan ada belajar addmath. Ia dipanggil kalkulus dan algebra/aljabar. Kalau dah takut dengan addmath, rasanya tak ada bidang sesuai dngan awaklah. Apatah lagi matriks, gerentilah ada belajar matematik yang sifu sebut tadi. Okay. Apa yang perlu awak buat sekarang ialah menarik nafas panjang, pohon maaf kepada ibu bapa kerana tertinggi suara kah apakah. Dan mulai tanamkan pemikiran positif tentang matematik terutamanya subjek kalkulus dan algebra.
    Jika risau juga, sifu cadangkan pergi sajalah ke diploma fisioterapi tu, kerana mungkin sbjek mat tak banyak 2 paper je. Mungkin saja. Mungkin juga tak ada mngkn juga lebih banyak. Sifu tak dapat cari maklumat lagi. Diploma ini kebaikannya ialah awak dapat belajar dengan agak selesa kerana jam kredit telah diagih-agihkan sepanjan 6 semester. Ttapi awak kerugian masa sahajalah. So harap itu boleh membantu.
    Tapi ingat, apa-apapun nasihat sifu di sini, sifu bukanlah orang yang paling layak menasihati anda semua. Ia sekadar pandangan peribadi sifu. Jika anda merasai pandangan sifu tidak tepat, maka turutilah kata hati Amoeba, mungkin ia lebih menguntungkan awak.

  53. Yosh! Saya dah buat keputusan. Saya bercdng utk pegi ke Matriks untk aliran Sains. Saya sngk saya bleh ambil jurusan akaun di UIA tetapi…saya still x bleh lepaskn impian saya utk menjadi pharmacist. oleh itu saya akn cuba nasib di matrik nnt. terima kasih sifu dan athrun zala.

  54. amoeba90 pening

    sori sifu…saya memang nak ke diploma tapi btol ke ayah saya cakap kalo pergi ke diploma…masalah besar sebab susah nak sanbung kalo stakat dapat 3.o jea…ada orang cter graduan diploma paling payah nak sambung sebab beri keutamaan kepada matrikulasi n stpm …yang saki baki tempat kosong untuk ijazah baru bagi peluang ka graduan diploma….???? tlg la sifu…

  55. SyaMin IsMaiL

    sya dpat tawaran ke uitm utk progrm asasi sains…
    tapi sya x byk maklumat tentang program ini…
    slepas tamat asasi,adakah saya perlu menyambung pelajaran saya di uitm atau sya berhak memilih uni lain di malaysia??

  56. saya dapat tawaran matrikulasi johor dan asasi sains uitm…..
    pade pendapat sifu…..yg mane stukah yg patut saya piih???..

  57. amoeba90 pening

    saya still pening agy la…sifu..ni result spm saya…saya harap sifu boleh beri saya pedoman …adakah saya mampu untuk mengikuti arus addmath di matrikulasi or saya perlu diploma…walaupun saya memilih sains hayat kat matriks memang saya akan blaja addmath gak???bm-a1,bi-a2,sej-a1,pai-a1,math-a1,addmath-c5,bio-b3,physic-b4,chemi-b3

  58. amoeba90 pening

    sifu…tolong la amoeba…nasihatilah saya

  59. aper yg dimaksudkan dgn ‘twinning’?? klau sy mahu buat ‘twinning’ kolej mna yg bgs???

  60. assalamualaikum sifu,

    memandangkan athrun zala tu tak balas pertanyaan sy..sy nak tanya sifu pasal tesl..btol ke tesl ni demand tinggi?ape yg sifu tau pasal tesl tolongla bgtau kat sy…hrp dpt jwb pertanyaan sy..thx

  61. huhu…saya ingt saya jer dalam dilema..hahah..

  62. time kaseh bnyak2 sifu sebab tolong sy..
    insyaAllah i’ll do my best..
    pagi tadi sy dah pgi jugak tnyer cgu2 sy d skul lame…same jawapan cam sifu.

    better sy ambik course nie..

    sifu doakan kejayaan sy yer!!!!
    moga2 impian sya untuk menjadi jurutera termakbul!!amin

    “LIFE CREATE TENSION..MUSIC RELEASE IT”

  63. to Imperfcuk

    maaf kerana lewat reply pertanyaan anda.
    bg sesiapa yg ambik jurusan asasi dekat UIA,hanya boleh sambung pengajian yg berkaitan dgn jurusan yg diambil hanya di UIA dan xboleh sambung di mana2 IPTA lain.TESL bermaksud Teaching English as Second Language.sesiapa yg nk jadi cg@lecturer BI boleh ambik jurusan ni.Demand utk student2 TESL agak tinggi dlm bidang pendidikan,memandangkan negara kita memerlukan ramai tenaga pengajar bahasa english.fi maktab,student yg ambik jurusan ni,boleh sambung separuh drpd masa pengajian di US jika pointer CGPA 3.8 keatas.

    to Lacus Clyne.

    sesiapa yg masuk UIA,wajib ambik arabic kecuali masa sekolah dulu dia dah ambik arabic dan dlm result SPM,arabic dpt B,itu di kecualikan ambik arabic.Xsilap sy dekat UIA xada jurusan akaun.kebiasaannya ramai student yg masuk UIA ambik bidang ekonomi dan pengajian yg berkaitan dgn agama.utk sains kebiasaannya dekat IPTA lain@ jika miss lacus berminat hendak sambung pengajian sains di luar negara,miss lacus boleh try boleh buat survey dekat kolej pengajian tinggi MARA yg ada menaja student2 malaysia study dekat luar negara.

  64. to lacus clyne

    jika anda buat pilihan untk matrix dan dah nekad,pastikan anda buat yg ter baik,jika anda dapat 4 flat (CGPA 4.0)anda mungkin boleh terus kan pengajian anda di luar negara dgn tajaan JPA.

  65. assalamualam…sifu,,

    urgent!! saye cnfuse la nak mek ape…dapat diploma microbiology kat uitm..then dapat jugak mtrix..

    ramai kawan2 sy msuk matrix sbb nak express..drng ckp diploma lambat.3 thun. matrx 1 thun trus sambung ijazah.

    tapi ade geng sy cakap klu diploma saya akan trus menjurus pd bidng y sy nak..microbiology tu memang saya suke..1st choice.

    matrix kne struggle utk dpat pointer tinggi pastu smbung ijazah baru bleh dpat cos y sy nak..klu x saya akan dicampak ke mana2 cos yag saya x rela..huhu..
    parents saya pon dah marah kan saya sebab asyek tukar je..sekejap nak masuk mtrix la..diploma lar..x taw nak buat ape sekarang…

    sifu rase saya patut pilih mane???
    memeng lar matrix express,,tpi memang express jugak la saya jatuh klu pointer x lepas… diploma pon lambat tapi cam de sikit terjamin…huh!!

    xtaw la…. nasihat..nasihat kan saya sifu…sblum saya menyesal nnty..

    wasalam.

  66. to sifu2b

    sy benarkan kenyataan sy diambil sebagai pos tetap.thnx kerana sudi mengambil kenyataan sy sebagai pos tetap.boleh sy tahu apakah maksud kredit akan diberikan kpd penulis?sy adalah full time student bg jurusan profesional ACCA-CAT.

  67. assalamualaikum sifu,
    saya merupakan salah seorang pelajar lepasan spm yang dalam dilema untuk memilih ke mana harus saya pergi untuk sambung pengajian. saya mendapat tawaran di matrikulasi pahang dalam bidang sains dan program asasi di uiam dalam bidang sains hayat. saya sangat2 bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. apabila didapati, program asasi sains hayat di uiam hanya menawarkan ijazah biotenologi dan bioperubatan. adakah perlu saya mengikuti program asasi sains hayat tersebut untuk mencapai cita2 saya atau saya perlu mengambil langkah ke matrikulasi?

  68. apakah program biotenologi dan bioperubatan??? mana hala tuju kedua2 program tersebut

  69. PENGUMUMAN.PENTING!!!

    bermula tahun 2007 kem.pelajaran malaysia telah bekerjasama dgn ACCA bg menilai semula silibus pembelajaran subjek perakaunan.so bg semua pelajar lepasan SPM 2007 yg megambil perakaunan.
    sesiapa yg dpt A1 dan A2 utk matapelajaran tersebut.anda sebenarnya telah lulus utk paper basic bg ACCA.dan jika anda sambung pengajian dibidang ACCA anda dpt skip masa pengajian anda drpd 4 1/2 tahun kpd 4 tahun sahaja@mungkin 3 1/2.ini adalah advantage bg anda.dlm masa 4@3 1/2 tahun saja anda sudah memperoleh sijil ACCA yg hampir setaraf MASTER,dan anda boleh sambung terus ke peringkat Phd jika keputusan ACCA anda cemerlang,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn DEGREE oxford university.tapi sesiapa yg mengambil jurusan ini perlulah berusaha bersungguh2 kerana soalan exam yg dikeluarkan oleh ACCA england sendiri,dan yg memeriksa kertas exam anda juga adalah ACCA england,ini bermakna kertas exam anda akan di mark di england.so english anda mestilah sekurang2nya basic jika ingin mengambil jurusan ini.bg sesiapa yg dpt B3 kebawah bg subjek perakaunan anda terpaksa bermula dari paper basic jika anda ingin mengambil jurusan ACCA.

  70. sifu..tambahan..

    saudara saya pernah ambil diploma microbiology macam yag saya dapat..diploma 3 tahun pastu sambung ijazah 2 thun setengah je tapi tu pun kne smbung kat university y sama..klu u lain ijazah 4taun.. klu mtrix masa dye 1 tahun then samnung ijazah 4 tahun..total up kan 5 thun jugak…kire mcam sama la..
    so….sifu rase sya patut x terima diploma tu atau masuk je mtrix??
    tolong sangat-sangat saya sifu…..

    terima kasih.

  71. amoeba90 pening

    sama macam sayalah kisah belle nieh…saya pat fisioterapi kat uitm n matriks gambang pahang…saya tengah pening la ni…sebenarnya kenapa ramai sangat graduan yang mengganggur????saya dengar cter yang menganggur 2 smua graduan diploma sebab nak sambung tak cukup tinggi pointer….

  72. Amoeba90,
    sememangnya ada kebenarannya kenyataan bapa awak tu. Dari maklumat yang diperoleh sifu, keutamaan diberi kepada pemohon STPM kerana ia adalah pemohon teramai, matrikulasi, dan diploma. Foundation di IPTA masing-masing adalah kes khas.
    Ni nak kngsi pengalaman sifu dulu. Sifu adalah lepasan diploma. Tahun 91 tu, seingat sifu, hanya 4 atau 5 orang lepasan diploma termasuk 1 org dari dip. UiTM, selainnya pelajar matrikulasi UPM (masa tu matriks KPM belum ada) dan pelajar STPM. Semua kami tak silap sifu dlm 70-80 org. Sifu tak ingat, tapi tak mstahil juga 100 org. Tapi mungkin kerana budak matriks dan STPM pasti blum ada apa-apa lagi, maka selayaknya mereka diutamakan. Pelajar diploma pula dah ada status kemahiran ditaraf diploma. Tapi itu dulu, 17 tahun ke hadapan (sekarang ini) sifu dapati masih ada kecenderungan seperti itu tetapi ramai juga pelajar diploma dapat tempat. Mungkin kerana sekarang dah ada banyak U berbanding dulu hanya 6 U.

    Syamin Ismail,
    Awak berpeluang sambung blajar di IPTA lain. Tetapi anda digalakkan belajar di UiTM kerana tempat untuk anda diutamakan dengan syarat anda cemerlang dan memenuhi syarat program yang dipohon. Hubungi UiTM untuk kterangan lanjut.

    Blade,
    ikut hasrat sebenar awak nanti. Nak ke program apa. Dan jika berminat ke UiTM nanti, kenapa tidak sekarang. Selain dari itu, bagi sifu kedua-duanya beri pluang sama rata. Yang mempengaruhi peluang itu ialah kecemerlangan awak sendiri.

    Amoeba90,
    Sila baca link ini. Skrol ke bawah dan tersenarai subjek wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi. Nampak gayanya awak mesti belajar matematik juga kerana di matriks ia wajib diduduki.

  73. belle,
    abg kawan sya pun dulu amik microbio..
    la..awk kata awk minat sgt bidang tu..
    so gi jela dip tu..dah tntu confirm bleh menjurus ke arah microbio..
    ok pe course tu..syok je sya tgk abg kwan sya study..

    tapi klu awk nak masuk matrik,study hard la macam sifu cakap..
    once cgpa awk bagus,insyaallah..awk leh msuk jgk izajah microbio..
    lainla klu result teruk dan awk akan dilelong ke bidang lain..

    bagi sya la..
    dip microbio jalan selamat coz dah tntu bidang tu awk minat sgt2..
    dah tak payah pk lain dah…

    tapi klu nak cepat sgt n sggup amik risiko bersaing semula utk dapatkan bidang microbio time ijazah nti, msuk la matrik..

    hm..tu je la yg leh sya tulis..sya tak pakar pun..tapi ni dripada apa yg abg kwan sya kata kat sya ar..

    hehehe…maafla..sya ni menyibuk je..
    ni pendapat je..

    sifu,maaf ye!
    tq sifu..
    sian sifu terpaksa layan setiap komen..

  74. Gotcha90,
    Twinning maknanya IPT tempatan menawarkan program perigkat diploma atau ijazah di kampus di Malaysia tetapi silibus, syarat pembelajaran dan penganugerahan sijil diploma atau ijazah dikeluarkan oleh IPT yang lain, selalunya IPT luar negara. Selain dari itu, jika anda belajar dipringkat diploma IPTS tempatan, katakan Kolej A, melalui program twinning ini, diploma anda diiktiraf dan boleh mengikuti pengajian di IPT luar negara, University of B secara laluan terus dari kolej A. Itu setakat yang sifu maklum.

    Imperf,
    Sifu pun kurang maklumt tentang TESL ini. Tapi ya setakat yang sifu dimaklumkan, ia adalah antara program yang popular juga, terutama dalam kalangan yang bakal menjadi guru. Tesl-Teaching English as Second Language.

    Semua pengunjung blog,
    Dengar (baca) nasihat Athlun baik-baik. It’s a good advise too.

    Belle,
    Senang je, kalau dah pasti ke diploma, maka ke diplomalah juga nasihat sifu. It’s your first choice and you got the offer you wanted so bad. So you must honor yourself, and those people who believe in you. Go for diploma then.

    Athrun Zala,
    Meaning saya akan beri penghargaan (credits) kepada penulis sebenar aka athrun Zala. Menarik program awak. Belajar di mana sekarang? UiTM ke atau belajar sendiri atau kolej mana. Sayang ya, masa sifu dulu tak ada peluang sebegini. Dulu yang ada hanya exam MACPA dan LCCI. Istilah CAT belum pernah dengar. Tapi kalau ada pun, rasanya sifu tak dapat ikuti kerana masalah kewangan, anak yatim katakan. (ehehe-dah tua masih mengaku anak yatim)

    Belle,
    Awak pastikeh minat bidang tu? Jika ya, then go for diploma. Tak perlu fikir banyak lagi. Di sana nanti pastikan sahaja prestasi CGPA awak mencapai gred terbaik supaya peluang ke ijazah turut cerah. Kalau tak pasti nak belajar dlm bidang mikrobiologi, maka apakah tawaran ain yang lebih baik? Jika tak ada, maka pergilah ke matrikulasi. Sekurang-kurangnya Belle masih boleh merancang apakah ijazah yang nak dipohon kemudian. Tapi kena ingatlah, CGPA kenalah tinggi kalau nak demand yang tinggi juga. Okay kan, adil.

  75. Terima kasih Hidayah. Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.

  76. to sifu2b

    thnx a lot kerana sudi bg sy penghargaan.sy belajar di KPTM KL.under full scholarship MARA.semua students yg ambik jurusan profesional dkat KPTM dpt scholarship MARA.tapi tempat terhad dan bergantung kpd syarat2.jurusan CAT sebenarnya dah lama diperkenalkan,tapi baru diperkenalkan di IPTA dan kolej MARA.sekaran ini kolej yg paling best dlm bidang profesional adalah kolej sunway.

    p/s:sy pun yatim piatu juga (^_^)boleh sy tahu penghargaan apa yg sy dapat?

  77. TO ATHRUN ZALA,

    Di UIA terdapat fakulti ekonomi dan sains pengurusan. Setelah itu, pelajar yang berada dalam fakulti tersebut akan dapat meneruskan ijazah dalam bidang perakaunan, ekonomi atau bisnes berdasarkan CGPA yang ditentukan.

    Semua pelajar uia pula wajib ambil Arabic. Namun, bagi yang sudah ada basic, dia tidak perlu belajar daripada level 1 dan perlu mengambil ujian penilaian bahasa arab semasa proses kemasukan nanti. Bagi pelajar yg tiada basic in Arabic hanya perlu mengambil ujian penilaian bahasa inggeris. Kemudian pembelajaran Arabic starts from 0.

    Anyway, thanks vry much for d info(pengumuman penting). I dont know how it works, but definitely will help me in future.

  78. Athrun Zala,
    Oh gitu, kira samalah nasib tu. Penghargaan pujian sahaja dik. Tak mampu sifu beri lebih dari itu. Sebenarnya ia adalah satu dari etika internet yang masih sifu pegang. Jika ada idea atau tulisan orang lain dan kita anggap perlu disampaikan semula, mesti panjangkan penghargaan kepada penulis atau pencetus idea asal(credits due to). So dalam kes Athrun, komen awak tu penting pa pandangan sifu. So ianya perlu sifu letakkan sebagai pos baru supaya pelajar mengetahui dan memahami situasi terkini dalam pasaran kerja berkaitan perakaunan. Sifu dulu pernah menjadi pembantu audit di E&Y tapi tak lama, tak sampai setahun, gaji bulanan masa tu amat rendah, bawah RM1000. Sebagai anak sulung, sifu perlu cari keselesaan kerja dengan pendapatan yang lebih baik. Last-last cari kerja lainlah. Itu yang pndah-pindah kerja dari pegawai akaun, pegawai bank dan kini pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah. Dulu memang nak jadi auditor dan CPA. Tapi tak apalah, keadaan tak sesuai untuk bertegas ke arah itu. Mana tau mungkin anak sifu (baru 6 tahun) mungkin boleh ikuti jejak Athrun, ambil terus profesional exam. Jangan risau, sifu tak akan paksa anak tapi amat digalakkan.
    Dah google KPTM dan baca sejarah penubuhannya. Hmm, patutlah masa sifu dulu tak de. Tapi kan perkembangan yang Athrun sebut tu merungsingkan sifu. Adakah ramai pelajar bumiputera/Melayu yang ikuti laluan exam profesional? Masa sifu dulu, evern the big 4 tu pun menggaji graduan U dari dalam negara dan luar negara. Sifu bertuah belajar di UPM kerana pengajian perakaunan dalam BI. So by the time graduate, mampu menangani kehendak dan syarat majikan, mesti mampu berkomunikasi dlm BI dengan baik, speech and writings. Alhamdulillah.
    Anyway, any suggestion for me as a teacher. Apa yang perlu sifu sampaikan kepada pelajar di sekolah? Esok sifu akan buat pos baru, satu tentang komen athran, dan satu lagi tentang kursus profesional. SIfu akan tumpu tentang KPTM sebab dan berkenalan dengan Athran. Juga sifu nak minta Athran ceritakan sedikit atau banyak tentang kursus dalam pos itu nanti ya. Okay.

  79. to azra

    thnx for correct my informations.sy kurang mengetahui tentang sistem bahasa di UIA.sy hanya tahu sikit2 sitem tersebut melalui kawan sy yg belajar di UIA.

  80. sifu2b,

    penghargaan pujian itu sudah cukup bg sy.dulu kurang bumiputera yg mengambil jurusan profesional kerana kurang berkemampuan.lagipun jurusan ni agak mencabar.tapi advantage byk jika lulus exam.

    ramai yg ambik jurusan ni adalah kaum cina.peratus kaum melayu agak kurang dlm jurusan profesional kerana kurang pengetahuan tentang jurusan profesional.kebanyakkan student profesional di kolej sunway dan IPTS lain adalah kaum cina.kecuali di KPTM dan UITM yg menyediakan tempat utk bumiputera.

    sekarang big 4 byk mengambil student2 fresh graduate yg ada ACCA-CAT sebgai kerani akaun utk firma diorg selama 3 tahun.ini kerana ramai kerani akaun di firma berkenaan hanya bekerja selama 3 tahun bg mendapatkan tauliah.kebiasaannya starting gaji adalah RM1500,dan student2 yg keja dgn big 4 adalah part time student,mean,diorg akan pegi kelas ACCA pada hari minggu(sabtu,ahad),segala yuran pengajian dan exam di tanggung oleh big 4 sehingga anda graduate ACCA.

  81. cfu tolonglah bantu sy yg ngah dlm dilemma ni..sy mndapat twaran matrikulasi di kolej mara kuala nerang dan diplma tknologi polimer di uitm..sy x tahu kenapa sy dapt mtrik mara sbb setahu sy mtrik mara hanya untuk pelajar mrsm dan sy hnya pelajar sekolah rancangan khas….sy ingin tahu lebih jelas mengenai mtrik mara ni..adakah mtrik mara ini sama dgn mtrik kpm atau ad kekurangan dan kelebihannya trsendiri?..sy risau nnt pelajar mtrik mara akan dsisihkan dlm pemilihan ke program ijazah di ipta..dan sy bcita2 untuk melnjutkan pelajaran sy dlm bidang perubatan d pringkat ijazah..sy tkot nnt hanya pelajar matrikulasi kpm shj dberikan keutamaan dlm kursus2 kritikal…sy dah nekad untuk pergi matrik sbb sy kurg maklumat mengenai tknologi polimer..kerana sy lbih brminat subjek bio dr chemistry..adakah peluang pekerjaan bidang teknologi polimer ini meluas dan tinggi permintaannya di malaysia? pd pndapat sifu sy lbih baik mmilih mtrik mara ataupun dploma tknologi polimer?

  82. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak …)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  83. thanx a lot sifu….
    one more thing….
    sifu bole bagi tak pro and cons between asasi ngan matrik…
    sebab saya tengok dua-dua same je….

  84. hi sifu.
    saya ade beberapa soaln..

    1)if amik A level kat private n then dh pass continue utk msk ipta,blh ke mcm tu?

    2)blh ke klau amik foundation studies kat private n continue bt degree kat ipta?

    3)oh ya,sifu blh x bg any info on american transfer degree program?

    skang saya kene tukar route sbb upu n matrix saya xdpt..dont know what went wrong!xde rezeki lg!dh bt rayuan,but if xdpt,private is the best!klua duit first yr and then ptptn loan or scholarship..

  85. Err saya ingin bertanya pendapat sifu sama ada saya patut pergi ke asasi ekonomi dan sains pengurusan(UIA) atau matrix sains negeri sembilan.Saya pelajar aliran sains dan saya tak pernah ambil subjek akaun.Kalau saya memilih asasi UIA boleh ker saya mengikutinya kerana saya tidak ada basic akaun.Saya tidak dpt membuat pilihan kerana asasi UIA memakan masa 1.5-2 thn manakala matrix hanya 1 tahun.Jadi yang mana satu yang patut saya pilih?Saya risau jika tidak dapat mengikuti pembalajaran di UIA ditambah dgn subjek bahasa arab.Asasi ekonomi dna pengurusan ini bagus ker kerana saya jarang mendengarnya..terima kasih =)

  86. amoeba90 pening

    thanx banyak banyak kepada sifu sebab bantu saya ,saya ni da tekad nak ke matrikulasi pahang n saya tolak diploma fisioterapi sebab saya sedar bahawa matematik tambahan amat penting…saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mendapat result terbaik…no war for addmath!!!!!

  87. slm sifu..
    sy amt bhrap sifu dpt beri respons scept mungkin.
    sy dpt twrn asasi sains uitm dan mtriks sains
    sampai skrg sy msh x blh buat kputusn nk pegi yg mane…
    hrp sifu blh bg info utk sy lbh jls
    tq

  88. sifu…tolong jawab soalan zulhairi tu cos probs die sama ngan saya…
    plis…..

  89. sifu…tolong jawab soalan zulhairi tu cos probs die sama ngan saya…
    plis…..

    kiriman soalan dia pada 4mei2008 pkul 6.47pm…
    plis..

  90. Sifuku…hehe..

    sy ada pertanyaan sedikit tetapi penting bg saya..sya mendapat tawaran asasi undang-undang UiTM PI005 utk sesi ini..dan sy ingin bertanya adakah saya dibenarkan untk menukar kursus saya ke asasi undang-undang KPM? sebenarnya dlm permohonan upu yang lalu, sya tidak memohon asasi undang-undang KPM tetapi memilih UIA dan UiTm….sekiranya dibenarkan, bagaimanaka cara membuat penukaran kursus?

  91. assalammualaikum….sifu
    saya agak liat utk baca buku. di sekolah saya bleh skor subjek yg menggunakan logik akal macam fizik, addmath. saya suka nombor dan ske berfikir. tp saya juga suka dan seronok belajar biologi.walaupun biologi saya x sberapa, sya ingin menjadi seorang doktor kerana minat saya terhadap biologi…pada pendapat sifu apakah kerjaya yg terbaik untuk saya? adakah saya sesuai menjadi seorang doktor? dulu saya ingin mengambil akaun tp pelajar mrsm terpaksa memilih antara akaun atau biologi dan saya telah memilih biologi..

  92. saya takut jika saya memilih bidang kedoktoran dan xdpt skor 3.5 above dan terpaksa menukar haluan di tgh jalan……lgpun utk spm ari tu saya x dpr skor A utk bio dan hanya mendapat B3.

  93. salam..
    sifu bley tlg x??
    sy konfius ney..

    sy dapat asasi kejuruteraan uia n matrikulasi perak..
    sy x tau nk g yg mane st..
    n my priority is engineering..
    tp klu g asasi tuh bley ke further stdy kat oversea..
    coz i really wanna fly to japan for further my stdy there..
    so hope la sifu bley tlg..
    A.S.A.P.

    thanx ya!!

  94. yeah!!
    now i know!!
    dengan pasti nya saya memilih diploma!!
    hidup belle kat uitm!!!hahaha..
    anyway..thnx sifu..
    kengkawan y lain..kite kene yakin dgn ape yg kite pilih sekarang..bia belajar lambat asal selamat..hihi..
    so gud luck 4 everybdy!!
    ganbate kundasai!!hait!
    =p

  95. salam sifu..
    sy dpt twrn matrik n diploma sains kat uitm.. sy nak tanya, if result kat matrik not gud enuf,, is theres any chance sy dpt ambik kursus diploma lagi?? (i mean after matriks) just in case kalau result tak cukup nak ambik ijazah perubatan, i wanna start from the beginning.. boleh ker tu??

  96. salam
    ai sifu..

    sy ni ad prob ckit…
    sy dpt twrn matrik mlake n uitm shah alam 4 asasi kejuruteraan..
    klu bole sy xnk g matrik coz dgr kte tough..
    n sy pon xminat engineering ni tp sy bole try utk minat…
    lg sy dgr da rmai org dlm bidang ni n rmai yg mnganggur tp btol ke?? knape??…

    so skrg ni sy xtau where shud i go n wht shud i do…
    hope sifu cn give me some advices..
    thanx a lot..

  97. Pengalaman saya….

    Bagi mana mana pelajar yang rasa tidak dapat memberikan kensentrasi yang penuh dalam pelajaran…..baik pergi diploma dulu kerana syllabus diploma sedikit sahaja utk satu semester.

  98. hello sifu,
    sy ada kemusykilan yg memerlukan bantuan segera. saya tidak tahu apa kursus yang sesuai dengan keputusan spm sy baru2 ini.Permohonan ke upu sy telah gagal tambahan pula sy tidak mempunyai minat yang jelas dlm apa2 bidang.(tetapi tidak la lansung x minat).keputusan sy tidak la teruk sangat tp kesemua subjek teras sy cemerlang.cume masalahnya subjek pilihan.(sy dlm aliran sains) mempunyai sedikit masalah iaitu hanya kredit.jadi sy harap sifu dapat memberi panduan hala tuju bg pelajar yang lebih banyak ok subjek teras berbanding subjek sains.trimas.

  99. sifuuuuu..
    sy dpt matrix perakaunan dan uim perakaunan.
    sy tgk subjek kat matrik ade ekonomi,sdgkan sy x blaja ekonomi mase spm lu,sy blaja perdgan,pastu sy tgk sbjek mat dia perghhh…
    cmpor ngan +mat,blom cmpor ngan mat akaun lg.
    kat skola lu da la sy asek fail je +math ..
    ni result saye ..

    bm-3b
    bi-3b
    math-a2
    science-a1
    pai-a1
    tasawor-ai
    perdgn-a1
    akaun-a1
    seja-3b
    +math-6c

    ari tu sy g skola amek anugerah cmrlg spm,
    taye cekgu ..cekgu kate amek matrik ..
    saye da konpiden nk amke matrik..
    pastu smlm sy tgk subjek mat kat matrik,adehhhhh . .
    ngan saye yg xde basic ekonominye lg…
    sifu rase sy bole bwk ke kat matrik?
    sy mmg nak g matriik,takot xleh catchup la sifuuu..
    tlgla sy sifuuu ..
    mggu dpn da intake kat matrik . .
    reply asap plzzzzzz

  100. by the way sifu . .
    same je akn matrik ngan uitmtuh?
    matrik-1 taun kalo dilpoma perakaunan uitm-3taun
    ijazah-4taun smbong ijazah-2 taun

    total 5 taun gak . .
    hurmmm . .
    matrik tu.sy takot kene brsaing ngan dak yg otak gler2 stadi . .

    sifuu,bile nak reply ni . .
    sy nk bkk akaun giro ni . .

  101. assalamualaikum ,

    sy nak tanye ape pandangan sifu mengenai sains hayat & sains fizikal
    d matrix ……yg mana satu yg mempunyai kelebihan………..apekah peluang perkerjaan utk kedua-dua jurusan itu………..kalau kita ambik jurusan sains hayat boleh x kita mengambil ijazah kejuruteraan selepas matrix dan sebaliknya ……..

    thankz……

  102. Assalamualikum sifu.. untk pengetahuan sifu,saya telah mendpt twrn prgram diploma in accontancy d kptm kuantan ,dan juga sedang menunggu tawarn drpd kolej IKIP diploma Perakaunan serta drpd uniten muadzam shah dalam asasi perakaunan.. sy nk tahu adakah elok sy mgmbl bidang dalaman yang dtawarkan d ipts spt d d KPTM,IKIP ataupun mgmbil program asasi perakuanan d uniten.. dan d sini disertakan sekali keputusan spm 2007 saya….
    BM 3B
    BI 7D
    PAI 1A
    SEJ 2A
    MATH 4B
    SC 3B
    ADD.SC 6C
    ADD.MATH 8E
    P.AKAUN 2A
    PERDAGANGAN 2A

    bukan itu sahaja sy juga sdg menunggu keputusan semak semula utk subjek b.melayu dan b.inggeris..berikutan sy memperolehi BM 1A dan BI 4B ketika exam trial spm 2007..oleh itu sy juga memohon jasa baik sifu untuk memberi maklum balas berkenaan pertanyaan sy dan mecadangkan bidang yg juga sesuai untuk saya..Terima kasih

  103. emm . .zul90 . .
    dpt cm sy la . .
    bole eh cek blik bm ngan bi?
    cne eh?
    sbb sy pon kecewa ngan spm bi bm sy . .
    sdgkn trial both a1 ..
    pelek kan . .
    kwn2 pon same jugak . .
    cm de xkene je . .
    cekgu pon tekejot,nape terok sgt . .

  104. Purple,
    Kalau sifu tak silap itupun matrikulasi yang sama dengan matrikulasi KPM. Dlm senarai matriks, ada 2 dua kolej kelolaan MARA. Tiada beza ketara, kecuali kolej matriks kelolaan MARA 100% bumiputera, manakala 8 yg lain ada sebilangan kecil pelajar bukan bumiputera. Memandangkan tujuan anda dah jelas, maka belajarlah di matriks itu kerana peluang anda sama rata spt juga kolej matriks lain.

    Blade,
    Sebagai pendidik, sifu melihat kedua-duanya serupa kerana tujuan akhirnya ialah ke ijazah. So, siapa dapat program asasi pergilah ke asasi jika itu yang diingini, jika nak ke matriks, maka pergilah ke matriks, jika itu diingini. Kedua-duanya akan memberi ruang dan peluang untuk mencipta laluan pantas ke peringkt ijazah.

    Sya,
    Maaflah sifu tak dapat nak komen tentang pertanyaan itu secara khusus dan terperinci. Tetapi secara umumnya, jika A level itu setaraf dengan STPM atau matrikulas atau program asasi, maka sudah tentu awak layak menggunakan laluan A level ke ijazah di IPTA. Jika ia tidak diiktiraf sebagai setaraf maka awak tidak dapat gunakannya. Tentang foundation UiTM, UIAM atau UM digunakan ke IPTS, sifu tak ada maklumat tentang itu. Apa kata awak rujuk terus ke IPTS terkemuka, seperti Sunway, MMU, atau mana-mana kolej swasta yang awak berminat nak pohon. American degree program kalau tak silap sifu ditawarkan dibbrp buah kolej swasta di Malaysia. Awk belajar 1-2 tahun then sambung di koleh/univ. di US. Tu je yang sifu tahu. Kalau salah, maaf ya.

    Sakura,
    Program asasi eko & Pengurusan itu sudah tentu antara program yang bagus. Jika anda berminat mnceburi bidang pengurusan, perniagaan, ekonomi, dan sebagainya maka peluang diberi itu sangat berguna. Tetapi jka minat awak adalah lebih kepada aliran sains, maka jelas di situ awak mesti menerima tawaran matriks. Dari aspek strategi merancang karier sebenar awak selepas ijazah, awak bolehlah mengabaikan faktor masa kerana tak semestinya 1 tahun itu lebih menguntungkan kepada awak berbanding program 2 tahun. Jika awak belum ada cita-cita khusus tetapi merancang ingin menjawat jawatan peringkat pengurusan, kepegawaian, pakar ekonomi atau sebagainya, maka peluang itu akan menguntungkan awak dalam jangka panjang walaupun ia 2 tahun. So buat keputusan dengan jelas, beri keutamaan kepada cita-cita sebenar awak, dan dari situ awak boleh memutuskan matriks atau program asasi yang lebih sesuai dengan awak.

    Aishasila,
    Sorilah lambat respons. KEdua-duanya adalah aliran sains, maka sifu berpendapat kedua-duanya baik. Nak belajar di UiTM nanti? Jika ya, program asasi uitm sesuai. Anda berpeluang diberi keutamaan berbanding calon lain dgn syarat semua kriteria berjaya dipenuhi. Mungkin nak ke IPTA lain? Then mana-mana pilihan pun boleh, tetapi mungkin matriks lebih sesuai dgn awak. Kelebihan asasi sains UiTM ialah ia ada pelbagai pengkhususan. So jika awak dapati pengkhususan itu serasi dengan minat atau cita-cita awak, lebih baik gunakan peluang ini dan terima tawaran itu. Sekurang-kurangnya awak tak perlu belajar subjek lain yng tidak menyumbang kepada kemahiran khusus anda. Lihat semula tawaran itu. Jika tak sesuai juga, maka matriks boleh memberi peluang anda mengatur peluang kedua utk mensasarkan ijazah sebenar awak nanti.

    Epul,
    alahai, sifu tak dapat cari maklumat khusus tentang peluang berkaitan bioperubatan atau lainnya. Sori Epul dan zuhairi.

    Azhier F,
    Kenapa awak nak tukar ke program asasi undang-undang KPTM pula? Kedua-duanya memberi peluang yang sama iaitu ke ijazah undang-undang. Sifu faham PI005 adalah program 1 1/2 tahun dan dikhususkan utk serapan ke ijazah UiTM manakala PI007 pula adala program 1 tahun, boleh pilih ijazah undang-undang di UM, UKM atau UiTM. Tetapi sifu percaya peluang tukar itu amat tipis. Awak boleh mencuba tetapi keputusan di tangan pentadbir UiTM. SIfu nasihatkan Azhier teruskan sahaja ke PI005 walaupun lewat tetapi dgn CPGA 3.00 ke atas, awak dijamin mendapat tempat ijazah undang-undang di UiTM, tak perlu memohon semula mengisi borang online lagi.

    Piece Gurl,
    Sukar untuk menyatakan apakah kerjaya sesuai dgn anda tanpa mengenali Pieces dgn lebih dekat. Sifu cadangkan awak berjumpa kaunselor di sekolah dan cuba dapatkan nasihat dari mereka. Bawa bersama keputusan SPM awak dan tawaran yang telah awak peroleh setakat ini. Dengar dengan baik apa kata mereka. Jika kaunselor awak mempunyai maklumat terkini juga, sifu yakin mereka boleh membantu awak membuat keputusan, tetapi akhirnya awak sendiri yang akan membuat keputusan. Apa-apapun, jika anda pelajar cemerlang, selalunya pilihan awak adalah pilihan matang juga. So go for your hunch, what’s in your mind.

    Tieya,
    Boleh ke Japan, degan syarat ia adalah program asasi khas untuk ke luar negara. Setahu sifu awak hanya dapat tawaran asasi kejuruteraan utk UiTM, betul tak. So in that case, setakat sifu tahu awak tak dapat gunakan kelayakan foundation itu ke ijazah di luar negara. Apakah cara terbaik? Belajar sahaja dan dapatkan ijazah kejuruteraan. Dengan keputusan cemerlang nanti, awak bolehlah memohon kejuruteran master pula di Japan. mana tau rezeki awak tak sekarang, tapi akan datang.

    Belle,
    Sifu setuju dngan pilihan awak, jika Belle yakin ia sesuai dngan kemampuan Belle. Seperti kata pepatah, tepuk dada tanya selera, ukur baju di badan sendiri, dan kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jangan diduga.

    Andre_n,
    setahu sifulah, kalau awak dah ada matrikulasi dan walau tak cukup tapi masih layak ke program ijazah, awak tak dibenarkan lagi mengulang belajar ke diploma. Tapi sifu tak tau jika syarat itu dah tak terpakai. Mungkin kita berdua perlukan maklumat tambahan dari sesiapa yang melawat blog ini. Help, anyone.

    Juz Me,
    Biasalah pengangguran tu. Setiap negara, setiap sistem ekonomi didunia akan alami masalah penganguran. Malaysia sebuah negara kecil, kemajuan ekonomi dan industri adalah pada tahap membanggakan tetapi tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk industri berasaskan kepakaran kejuruteraan semata-mata.
    Tapi sifu nasihatkan Juzme. Jika awak dah tahu masalah pengangguran tu, dan awak tau program itu tough/demanding, maka pastikan anda berusaha menjadi the best of the best. Jika anda paling terkehadapan dari segi kualiti akademik, kreativiti, penciptaan dan sebagainya berkaitan bidang awak, tak mustail awak adalah pilihan majikan. Ramai yang grads, tetapi tahap sederhana that’s why. Kalau cemerlang pun tapi hanya dikertas tetapi kreativiti dan kemahiran komunikasi hancus, maka hancus juga peluang kerja. Just go for asasi kejuruteraan, biarlah masalah pengangguraan itu awak fikir semula 4 tahun akan datang.

  105. Shikamma,
    awak sesuai ke bidang aliran kemanusiaan atau sastera, mungkin. Tetapi lihatlah prestasi sebenar awak. Tapi jika masih ingin ke aliran sains, IPTS tetap beri peluang yang mencukupi untuk anda. Ada banyak program di IPTS yg relevan untuk pelajar aliran sains juga, walaupun kosnya agak mahal sedikit. PTPTN boleh menyediakan dana dalam bentuk pinjaman.

    Stressss,
    AH, berita baik untuk anda. mana-mana program yang awak sebut tadi wajib belajar ekonomi. Perakaunan tak boleh lari dari subjek ekonomi dan subjek pengurusan, apatah lagi subjek perakauan itu sendiri. So nak lari dari mulut rimau awak bakal lompat ke mulut buaya. Sori, tak relevan langsung pepatah tu. Anyway, Stres tak perlu bimbang, sifu yakin bukan awak seorang sahaja yang bakal alami masalah ini. Ramai lagi pelajar matriks bakal lalui fasa ‘baru belajar’ dalam banyak subjek. Maka persaingan adalah seimbang. Tak semua sekolah tawarkan ekonomi asas dalam kelas perakaunan. Di Kota Kinabalu misalnya, ada beberapa buah sekolah yang menawarkan kelas prinsip perakaunan + perdagangan. So kalaulah pelajar dari sekolah tersebut turut memohon matriks perakaunan dan berjaya, mereka akan jadi sahabat anda juga, sama-sama first time belajar ekonomi. Itu baru di KK, bayangkan ada banyak sklh lagi yang serupa. So jangan risau. Yang penting ialah teknik belajar, semangat belajar, minat belajar yang baru, kesungguhan mengatasi kelemahan, dan keyakinan diri untuk mengatasi kesukaran. Go for matriks or go for diploma. Klau risau kantoi kat matriks pasal tu juga, maka sifu sarankan ke diploma Stresss.
    Bagi pembaca yang hanya dapat matrikulasi tetapi risaukan perkara yang sama, jadikan respons sifu ini galakan buat anda, okay. All of you still can achieve excellent result eventhough you never study economice prior to matriculation.

    Kyle xy,
    Hmm, menarik soalan tu. Tapi sifu kurang pasti pasal tu. Tetapi setahu sifu sains hayat akan belajar biologi dan tidak fizik. So berdasarkan pengamatan itu, sifu takut Kyle tak dapat nak lompat ke bidang kejuruteraan kerana tiada belajar fizik di peringkat matriks. Tetapi jika nak daptkan pengesahan lanjut, sifu sarankan Kyle rujuk terus ke Bhg matriks atau mana-mana kolej matrikulasi.

    Zul 90,
    Berdasarkan respons dari seorang pelajar KPTM (Athron Zala) di blog ini, sifu telah melawat lamanweb KPTM dan mencungkil beberapa maklumat berguna. Sifu sarankan ZUl mencuba mengikuti pengajian di Kolej Poly-Tech MARA itu. DIploma Perakaunan itu ialah program UiTM juga dan yurannya agak munasabah. Apa yang menarik, awak layak memohon pembiayaan dari MARA juga. Tetapi jika awak nak ke ijazah cepat, nampaknya asasi adalah tawaran terbaik yang awak terima. Jika tak kisah, maka mana-mana diploma perakaunan sesuai dengan awak. Terserahlah kesanggupan kewangan awak juga.

  106. tenkiu2 sifuuu . .
    sy amek matrik . .
    ayh sy kate try je . .
    sgkot tgh jln tu blkg cte ..
    er,matrik bole apply biasiswa x?eheh

  107. sifuuu ..
    ekonomi kat mtrik in bi ke?

  108. cfuu ..
    matrik bole dpt biasiswa mara x?

  109. lg satu ..
    kat matrik kn,utk perakaunan de 8 subjek . .
    1 sem kite bole pilih subjek yg mane kte nk bwk dlu eh?
    selebinye,bwk ke sem2 . .
    cmtu ke?
    then,kalo pointer x capai 3.8 kene tndg?
    nape tggi sgt?
    giler betol . .hehe

  110. Stresss,
    Setakat ini masih dalam BM. Tak taulah pula masa korang. Biasiswa tak perlu kerana di matriks awak dapat elaun (macam dermasiswa) dari KPM terus. Tapi sifu tak pasti pula bolehkah mohon biasiswa mara untuk matrikulasi. Awak rujuk aja MARA.gov.my, okay.
    Tak boleh pilih, dah ditetapkan. Kalau belajar diploma pun macam tu. Mesti ikut program atau jadual semester, tambah boleh kurang tak boleh. Tapi di matriks, setahu sifu tak boleh tambah subjek (tarik subj Sem2 ke sem1), stick to the plan.
    Tak capai 3.8 bukan kena tendang dari matrikulasi, tetapi peluang bersaing mengambil ijazah yang terpopular dipasaran (di IPTA) semakin mengecil, tu aje. Macam nak beli barang lelong. Makin tinggi harga tawaran semakin tinggi peluang dapat memiliki barang lelong tu. Kalau dah rendah sangat tawaran awak, gerenti tak dapat beli barang lelong tu. So lebih kurang gitu juga kalau nak sambung belajar ke peringkat ijazah. Katalah awak nak mohon ijazah perakaunan tahun 2009. Kena ingat ada ramai pelajar matrikulasi, STPM 2008, dan diploma 2006-2008 yang turut memohon ijazah yang sama. So macamana nak cipta peluang tertinggi supaya dpat tempat, awak kenalah buktikan dengan CGPA termahal awak. Kalau dah dapat 4.00 maka peluang semakin tinggi, tapi kalau CGPA kat matriks 2.9 macam tu, tapi 1000 pemohon lain dah ada 3.6, konfirm mereka yang dapat tempat. Bukan kah itu adil. So zaman awak zaman nilai pendidikan sangat tinggi. Go for the best.

  111. eyyy,tmbhn lagi cfu. .
    td trbace student dpt surat acca dr cekgu sbb dpat akaun a1?
    sy x dpt pown . .
    surat tu tok ape eh?

    tanxxx a lot cfu

  112. err,if sy xdpt 3.8 and above,means sy x dpt continue degree akaun la?
    sy dcmpk ke kos len?
    owhhh,tidakkkkk
    sy trlalu cintakan akaun sifuu..

  113. Sifu,

    saya sudah membuat keputusan untuk ke program matrikulasi dan mengambil jurusan sains.
    CGPA 4.00!!! InsyAllah..
    + saya tidak mahu lagi kecewa kerana tidak dapat course yang saya minat di upu.
    Misi ke KMM bermula!! Haizzz..isnin depan..

    buat kengkawan yang lain,
    betulkan niat belajar kita ikhlas kerana Allah..
    betul kate sifu, zaman sekrang ni,memang nilai pendidikan semakin tinggi.
    persaingan pun kuat..so kena lah buat yang terbaik!
    wishing everyone the best of luck.. =)

    sifu, terima kasih kerana sudi membantu sy dengan memberikan pandangan..
    Doakan kejayaan saya yah!
    Aja..aja..fighting!!

  114. Bagus artikel ni. Kalau mengambil matrikulasi jurusan sains dan tidak mendapat cgpa yg tinggi..mungkin dalam 3.30..susah nak mendapat kursus ijazah yg diigini terutamanya kalau nak sambung dalam bidang sains..tapi insyaAllah dapat sambung juga cuma bukan pilihan jelah..atau org panggil ‘kena lelong’..
    Dan bezanya lagi..ibu saudara sy yg merupakan pensyarah IPTA memberitahu sy..pelajar ijazah sarjana muda lepasan matrikulasi agak kurang berkualiti dari pelajar lepasan diploma dari segi pembelajaran dan coursework..masih macam budak sekolah lagi..yelah belajar setahun je..
    Pada sy..tak kisahlah..terpulang sbb setiap org berbeza..sy rasa tak perlulah nak terkejar-kejar nak tamat pengajian..
    wassalam..

  115. Stresss,
    Surat ACCA tu surat perakuan dan pelawaan mengikuti program lanjutan ACCA iaitu paper seterusnya. Semua pelajar 1A dan 2A akan menerima surat itu mlalui pihak sekolah. Awak tuntutlah surat tu di sekolah.
    Takut dicampak? Then pastikan anda bekalkan diri ke arah sebenar. Itu adalah cadangan sifu supaya lebih selamat, betul tak. Tapi seperti biasa, nanti kat matriks tu jumpa kaunselor dan dapatkan nasihat dan maklumat terkini.

    Ira,
    Bagus. Itulah motivasi diri pertama yang mesti ada. Selamat berjuang dengan bijak dan sentiasa berwaspada.

    Ckasih,
    Terima kasih kerana berkongsi.

  116. time kasih y sifu….
    pd saat2 takhir ni sy dh berkeputusn untuk pegi k asasi sains uitm………cz sy akn smbung medik insyaAllah….smuga menjadi plihan tbaik buat driku….doakn sy mampu menempuhi pjalanan slps ni sendiri….kwn2 sume membw haluan masing2..

    n to all….do ur best kay!!!slmt memulakan pjalanan study smula…..

  117. Nakkan maklumat lebih lanjut tentang matrikulasi? Sifu berusaha mencari sebanyak maklumat yang boleh, dan setakat ini lamanweb ini banyak menghidangkan maklumat tentang kolej matrikulasi. Layari http://www.kmns.matrik.edu.my/utama.html dan dari lamanweb itu kita semua dapat membayangkan bagaimana kah keperluan pembelajaran di matrikulasi. Tahniah kepada pihak KMNS kerana menyediakan lamanweb yang sangat informatif berbanding lamanweb kolej matrikulasi lain. Kepada bakal pelajar matrikulasi, sifu sarankan jenguk-jenguklah bahagian:
    a. Maklumat Akademik, dan
    b. Peperiksaan

    Maklumat yang sangat berguna.

  118. klu mcm tuh baek sy msk matrik jek..
    tp cam rugi la..
    sy btol2 konfius nih sifu..
    cm ner..
    asasi kjuruteraan tuh sy dpt yg uia punye..

  119. salam…saya adalah lulusan matrikulasi+degree kimia upm & now postgrad student di upm(analytical chemistry)..nk bagi skit pandangan..kpd tieya better amik matrik klu nk cpt abs degree coz asasi uia tu lama 2tahun klu pandai skit blh la dpt buat 1tahun..memang da kompem nnt degree engine tp lambat grad coz uia sgt byk subjek kene amik agama,managemnt dll…kwn2 saya yg amik matrik+degree engine(ipta) semua da abis fnl exam fnl year dis may…tp kwn2 yg amik asasi uia baru nk prktikal+ade lagi 2sem nk abiskan degree engine dierg..
    kesimpulannye…sape2 yg nk cepat abis blaja+dpt jd engineer better amik matrik,pulun skit kt matrik bg dpt pointer 3.5,apply engine kt utm…student engine utm adalah sgt senng nk dpt keje malah cepat n gaji lebih byk compare dgn dak2 uni len…
    tp sape yg nk zon selesa blh amik je asasi engine uia coz da kompem korg dpt buat degree engine tp lmbt abis blaja…tp klu pandai atur jadual boleh je grad awal…

  120. wah nama saya naik yay sifu.. hahahahaha

    thanx sifu., saya dapat ke Matrix melaka, isnin ni pergi..
    insyaAllah Sains Hayat +CGPA: 4.00 hahahah

    erm, saya stuju sangat dengan pandangan sifu dekat artikel ni, dip n matrix, banayk boon n bane, dan skurang2nye artikel ni dpat clerified minda yang berserabut.. nway sifu doakan saya berjaya ea… =)

  121. salam

    jom smua kita ke matrikulasi…tiada pa yg mustahil jika kita brusaha.InsyaAllah pasti kejayaan akn brsinar…hidup matrik!!!!

  122. hi sifu..
    sy nk tny kalau2 sifu ada seberapa byk info pasal asasi sains d uitm
    dr segi subjek yg perlu sy ambk n tempoh pengajian….since dlm laman web die kte 2 hingga 3 sem….jd sy ni wt pgm asasi sethun or dua thn ya??
    n kal sifu d link yg bg lots of info regarding tis progrm…hope sifu blh include skali…snce dlm lmn web uitm pn xbyk mklumat ny..

  123. thanks sifu….
    sy rsa sy akn pilih m3x…
    trima kasih bynk2…

  124. thanx kak mira..
    sy plh matrik coz yg uia tuh 2 thn laa..
    sy x sggp nk tggu lame2..
    plus klu sy g matrik pluang utk stdy kat japan tuh ader lg…
    so i make up a decision to going for matrix..
    so please pray fer me ekh..
    thanx a lot!!

  125. thanx sifu…

  126. tanxx sifu ..
    sifu sy nk tgk nota silibus2 bwh kos perakaunan online kat mane eh?
    especially ekonomi,mat,biznez studies,and of course akaun. .
    tlg anyone kalo tau eh . .

  127. To Athrun..

    Em kalau mohon pinjaman mara 2 boleh melalui online kan?!Saya da klik kat spt..Then,klik diploma utk peringkat pengajian..Tapi program ditawarkan saya x tw nak klik mana satu…Saya ditawarkan program Diploma Perakaunan di KPTM…Help me Athrun………………..

  128. sifu saya nak tanya fasal politeknik, untuk menyambung degree ke iptakan pelajar2 politeknik senang mendapat tempat tak?

    dari segi peluang pekerjaan, ada kahlepasan politeknik mendapat tempat yang bagus? atau sekadar “kuli” di tempat kerja?

  129. to syeeda

    pd pendpt sy,syeeda hanya mmbuang masa ambik kos diploma perakaunan kat KPTM,syeeda dah mmbazir masa 1 1/2 tahun,sy rasa lagi baik syeeda ambik kos ACCA-CAT dekat KPTM,lagi pun certificate ACCA-CAT lagi tinggi dr diploma dan jangka masa study hanya 1 1/2 tahun.
    pinjaman MARA hanya boleh didapati selepas cik syeeda mendaftar di KPTM,borg akan diberi masa hari pendaftaran di kolej,buat masa skarang cik syeeda hanya boleh memohon pinjaman biasiswa MARA rm2000 sbgai pendahuluan,cik syeeda pergi ke pejabat MARA daerah dan bawa sekali surat tawaran kolej dan bg tau dgn pegawai bertugas yg cik syeeda nak buat pinjaman pendahuluan.

  130. Em boleh tukar kos ke??kalau boleh macam mane carenye?

  131. to syeeda

    cik syeeda kena datang ke KPTM dan berhubung dgn bahagian pemasara@HEP.maklumkan kpd mereka yg anda hendak menukar kos.jika masih ada kekosongan dan anda cukup syarat.tiada masalah rasanya.cik syeeda boleh ambik kos ACCA-CAT.

  132. ok saya akan cuba..Mana tw ada rezeki!

    thanks Athrun….

  133. Miera,
    Thank you for sharing your thought. Good!

    BudakPTS,
    good luck. Sifu aminkan doa kejayaan awak.

    Aishasila,
    Memang agak sukar pencarian online tentang prgram itu. Sifu sendiri nak juga tau silibus program asasi UiTM. Jika berjaya sifu akan uar-uarkan

    Stresss,
    Sori stresss, sifu tak dapat bantu. Apa-apapun pastikan sahaja awak bersedia dari segi keyakinan diri dan motivasi diri. Motivasi sekarang ini pun merupakan permulaan yang sangat baik. Semoga berjaya.

  134. Noh,
    kalau pelajar politeknik tu pemegang diploma, katalah diploma kejuruteraan mekanikal, kepada sifu ia adalah serupa dengan diploma IPTA bidang yang sama. Semua lepasan diploma dianggap sebagai tenaga kerja separa-mahir. Kalau dalam engineering, juteraan mekanikal boleh mencipta enjin kereta manakala pelajar diploma boleh menservis engine dan meningkatkan prestasi enjin yang dicipta tadi. jika mana-mana pekerja bekerja dibawah seseorang lain, sudah tentulah ia adalah ‘kuli’ walaupun ia pemegang diploma atau ijazah. Tetapi kuli dengan gaji lebih tinggilh berbanding kuli lepasan sekolah menengah sahaja. Itu andaian mudah okay. Peluang belajar sama rata. Jika mana-mana pelajar diploma politeknik yang cemerlang memohon masuk ke ijazah di IPTA, beliau terpaksa bersaing dengan pelajar lepasan STPM, matrikulasi, diploma IPTA/IPTS dan sebagainya. Jika prestasi akademik pelajar politeknik tadi setanding atau lebih baik lagi berbanding dengan pelajar cemerlang dari mana-mana laluan disebut tadi, sifu pasti pelajar poli itu akan diberi tempat ke ijazah idaman beliau. Ini turut bermakna mana-mana pemohon dari keempat-empat laluan tadi, jika kurang cemerlang, kemngkinan besar tidak akan dapat menikmatik program ijazah. Sebenarnya ia sedang berlaku sekarang, persaigan sengit mendapat tempat ke IPTA. Harap dapat menjawab soalan anda.

    Athrun Zala,
    Awak memang pelajar yang hebat, mampu menyelesaikan kemelut jiwa Syeeda. Dari respons korang berdua, sifu dapat bayangkan Syeeda gembira dengan keputusan dirinya blajar di KPTM. Tahniah dan terima kasih sekali lagi, anda menjadi mentor yang baik.

  135. ye sifu athrun memang mentor yang baik..

    Sifu&athrun banyak bagi saya pendapat,maklumat&nasihat..
    Terima kasih buat kalian berdua..Doakan kejayaan saya

  136. sifu..
    saya harap sifu dapat tolong saya..keadaan saya agak tertekan sedikit apabila melihat kawan-kawan saya semuanya dapat tawaran biasiswa ke luar negara..tapi tiada gunanya lagi saya menyesal.
    beginilah sifu,saya akan melanjutkan pelajaran saya ke matrikulasi.oleh itu,saya terbace dari post terbaru sifu mengenai tawaran ke luar negara untuk pelajar cemerlang lepasan matriks.dan saya bercadang untuk mengambil medic.jadi bermaksud peluang sya ke luar negara untuk belajar medik tidak ada?
    bermaksud pelajar matriks yang dapat ke luar negara apabila balik akan menjadi pensyarah begitu?

  137. to athrun zala n sifu..
    betul ke dalam komen awak yang sebelum ni kalau kiter dapat cgpa 4.0,kiter akan dapat tajaan jpa untuk ke luar negra?
    saya benar2 ingin tahu kerana saya sangat berharap untuk dapat tawaran tersebut.insyaALLAH saya akan berusaha.

  138. sifu.saya dapat kos sains di matrikulasi.tapi mcm mana saya nak tahu sama ada saya dapat kos sains hayat atau fizikal.tolongla reply secepat mungkin.tq

  139. sifu saya sekadar ingin berkongsi informasi yang saya tahu.saya sudah layari laman web mara.dan saya lihat ada tajaan mara untuk pelajar lepasan matrikulasi ke univeristi terkemuka luar negara.persoalan saya,masih wujudkah biasiswa seumpama itu?

  140. sifu maaf kerana mengganggu..saya benar2 ingin mengambil kos medik selepas matrikulasi..dan saya akan berusaha.dan saya juga ingin tahu boleh kah pointer 3.80 sahaja layak untuk mendapat tempat kos medik di ipta?

  141. sifu,

    terimakasih atas komen sifu, pelajar2 poli perlu bersaing lagi dengan pelajar2 lain nampak nya

    nora

    saya mempunyai seorang saudara yang sudah menamatkan pengajiannya di matrix, beliau mendapat pointer 3.9*, tetapi tidak layak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang medic kerana di ipta memerlukan pointer sebanyak 4.0

  142. kepada noh.

    oh benarkah di ipta memerlukan 4.0 untuk menyambung medic?
    hal inilah yang meragukan saya..kerana saya mempunyai jiran setaman ini yang hanya mendapat 3.8* dan berjaya mendapat peluang medic di ipta..mana satu yang benar ini? kepada noh 3.9 itu png nyer sahaja atau cgpa nyer?

  143. nona..

    jiran setaman nona pakai orang dalam kot..tak mustahil tau…huhu

  144. Assalamualaikum sifu,

    Ada beberape perkare yg merunsingkan kepala sy sekarang:

    1)Result spm07′ saya tak begitu bgus..(rs ny mmg x bgus pon),tawaran untuk ke IPTA dan matriks dua-dua sy tak dapat.
    Sy tgh berkira-kira nak masuk ke tingkatan enam(sy ditawarkan utk aliran sains). Tapi sekarang ni sy tengah tunggu tawaran dr KPTM,Kolej Ikip dan UNITAR… Persoalannya,patutkah saya mendaftar ke tingkatan 6 atau menunggu sahaja tawaran-tawaran itu tiba.

    2)Sy amat berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains. Tapi lepas saya meneliti keputusan spm saya,sy rasa prestasi saya dalam matapelajaran sains amat lemah sekali,manakala prestasi dalam matapelajaran seperti bm,bi,dan sejarah adalah sebaliknya. Pada pendapat sifulah,sebenarnya sy ni sesuai untuk bidang apa?

    Keputusan spm sy:

    BM-A1 FZK-6C
    BI-A2 KIM-6C
    SEJ-A2 BAT-6C
    MATH-B4 ADD MATH-8E
    PEND ALQURAN SUNNAH-B4
    PEND SYARIAH ISLAMIAH-B4
    EST-C5
    BIO-C5

    *Utk pengetahuan sifu sy ni lebih cenderung pada fakta berbanding nombor..dan amat menggemari bidang penulisan dan bahasa…

    3)Adakah saya sesuai untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengajian perniagaan/pengurusan? Ini kerana saya memohon jurusan tersebut dalam rayuan utk ke IPTA…

  145. salam sifu,
    masalah saya agak sama dgn Qylla,saya harap sifu dpt menjwb soalan Qylla sekaligus dpt membantu saya juga…
    tolong ye sifu…. ^_^

  146. Salam dan selamat sejahtera

    Terima kasih kpd semua terutamanya kpd sifub kerana mewujudkan post ini.Nampaknya ramai yang ragu2 atau takut nak ke matx bab susah.Janganlah begitu peluang dah ada didepan mata.Perlu ingat kecermelangan yg dicapai selepas mengharungi segala kesusahan dr pelbagai segi merupakan kemenangan yg paling manis.Ingat tak tika melangkah ke tingktn 4 mesti ada yg takut membuat pilihan nak ambil jurusan apa,dan ada yg tkt nak masuk kelas sains bab ada senior ckp kelas sains susah sampai ada yg jadi kurus.He..he..tapi banyak jg yg ambil sains tu cemerlangkan.Kalau susah pun takda la sampai mati ke,cacat ke,so jgan takut.

    Good luck 2 pelajar matx,dip,f6,dan poli.Mana pilihan pun yg dipilih pastikan jalan y diambil diusahakan ngan 120%,tak 200% he..he..umur menigkat usaha pun perlu menigkat kan

    Sekali lagi terima kasih dari tulus hati kpd semua,terutamanya sifub. Moga2 dibukakan pintu rezeki dan rahmat seluas2 kpd sifub.

    Teruskan usaha untuk iduppp. >u<

  147. sifu,

    sy dtwrkan ke matriks dan asasi di uia..
    wlaupun sy dh decide nk ke uia,tp sy msih confuse dgn plihan sy..
    sy tiada pndedahan bhsa arab ktika di skolah..
    ini skit sbyk,mengubah kputusan sy..
    asasi jga mngambil msa hmpir 2 taun..
    mknanya sy akn lambat mmbuat ijazah brbnding rakan2 sy yg ke matrix..
    adakah pd pndangan sifu sy tlah mmbuat kputusan yg tepat dgn mmilih uia,wlaupun sdah trlambat utk mmbuat kputusan skrg

  148. Nona,
    Tahniah dapat tawaran ke matriks. Apa boleh buat, dah takdir awak kalah dalam persaingan mendapat tempat dan biasiswa ke luar negara, tetapi tak bermakna awak ditakdirkan terus gagal. Pembelajaran di dalam negara juga berkualiti, asal sahaja pelajar-pelajar itu sanggup melakukan cara kehidupan yang serupa dengan pelajar Malaysia di luar negara. Apa mereka harus buat? Belajar dgn lebih sungguh-sungguh supaya pulang dengan ijazah yang cemerlang. Sama juga dengan pelajar di dalam negara, sepatutnya belajar bersungguh-sungguh.
    Sifu nasihatkan Nona semak tawran biasiswa matrikulasi tu secara online. Ia ada memaparkan jenis jurusan sains yang awak dapat tempat.
    Setakat sifu tahu, begitulah tujuan BMKPM menaja pelajar matriks ke luar negara khusus untuk menjadikan mereka pengajar/pensyarah di mana-mana kolej matriks. Adakah ia kekal. Sifu kurang pasti, tetapi jika ada sudah tentu amat terhad.
    Berkenaan degan Medic melalui matriks, sifu hanya mendengar tahap itu. Dari pembacaan itu, sifu fikir lebih baik pelajar bertindak bijak dan berusaha cemerlang. So, CGPA 3.8-4.0 itu adalah selamat, tetapi CGPA 4.0 pasti memberi peluang lebih tinggi. Apa-apapun, nona yang dapat tentukan halatuju dan kualiti yang ingin dicapai, bukannya orang lain. Belajar secara bijak, rajin, bersungguh-sungguh dan jujur boleh membantu awak meraih kejayaan. Makluman Noh perlu dijadikan iktibar betapa persaingan adalah sengit. Jika jiran nona dapa 3.8 sudah berjaya, nona harus juga lihat tahun apakah itu dan adakah ia akan kekal sebegitu selama-lamanya. Sifu berpendapat ia umpama air di laut, ada pasang dan surut. Cuma lagi sekarang ini, air sedang pasang. Mungkin tahun-tahun akan datang surut pula. CGPA tahun sekarang mungkin meningkat ke 4.00 tapi mungkin juga tahun akan datang, turun semula ke CGPA 3.6.

    qylla (dan niesa),
    Ya sifu sokong pilihan anda. Mudah-mudahan rayuan anda berjaya. Jika tidak belajar dalam ting6 juga mnguntungkan. Jika tak mampu membawa subjek sains, anda boleh memohon menukar ke jurusan sastera (kemanusiaan). Selan dari itu IPTS juga bermanfaat untuk anda. Ingatlah anda boleh merancang kejayaan peribadi anda di mana-mana IPTA/S.

    CT,
    semoga kata-kata anda menjadi penguat semangat rakan-rakan lain. Amin. Berkat doa CT adalah satu hadiah kepada sifu. Amin.

    Sparks,
    Sudah pasti keputusan awak tepat kerana sifu percaya keputusan itu dibuat berserta dengan azam untuk mengatasi rintangan itu. Awak dah ditawarkan ke asasi UIA walaupun mereka ketahui anda tak mengambil Bhs Arab SPM. Ini bermakna anda diberi peluang berserta sebahagian lagi pelajar dari sekolah biasa seperti anda. Ketika di asasi nanti, jika perlu belajar bhs arab, belajarlah bersungguh-sungguh, tak perlu awak menafikan kekuatan sebenar awak.

  149. terima kasih sifu..jawapan sifu amat melegakan hati saya..

    skrg,daftar ting 6 dulu..kalau dapat tawaran mana-mana saya akn pergi..
    tp ini tak bermakna pelajaran stpm saya akan abaikan..
    tak nak main-main da macam dulu..(=

  150. sifu,

    apa pendapat sifu..
    saya dpt diplma sains kmptr di utm,KL..mtrx pun dpt..
    apa kelebihan kalau sy teruskan study kt utm shj??
    ada future x dlm bidang saya nnt tu??

  151. hrp sifu dpt berikan komen.
    sy ingiN dgr pndpt sifu

  152. salam sifu,

    ari ni results jpa dah kuar tp bila sy check kt internet,permohonan sy nampaknya dh gagal &educamp kt utp ari tu pn sy x dpt(kecewa sgt sbb rsnya dua2 intrview ari2 dh buat all the best & prepared gile2).kwn sy dua2(utp&jpa) die dpt(sy malu sgtngan die). Sy gak dpt matrx kt penang & asasi kt uia.sy pn terpaksalah pilih asasi kt uia walaupun hati nak sgt blaja kt utp & oversea.Kt uia kene blaja bhs arab yg memang my weakness sjk dr dulu lg(pmr 8a 1c(arab)).sy takut bl masuk uia nnti sy x dpt go on ngan bhs arab ni.pd pendapt sifu bhs arab tu senang ke?? & btul ke choice sy ni

  153. apa pendpat sifu antara program asasi ipta dgn asasi ipts? adkh dua-dua sama fungsinya atau asasi ipta sja yg boleh melangkh ke ijazah? sya nk tahu apa tu asasi pengurusan? dan bidang apa yg sesuai slepas asasi tersebut?

  154. Nur,
    Umumnya, setiap individu graduan punyai kualiti tersendiri dan nila tambah yang dipupuk dalam dirinya. Pada pendapat sifu, bidang perkomputeran di Malaysia agak tepu. Berdasarkan bacaan sifu, pure computer science telah banyak dikeluarkan oleh IPTA tetapi malangnya tak ramai dapat pekerjaan dalam bidang masing-masing. Kenapa? Melalui pengamatan dan berdasarkan andaian sifu, industri yang memerlukan pelajar sains komputer masih kecil. Sejak beberapa tahun, terbaca banyak rungutan graduan diploma atau ijazah sains komputer yang tidak dapat pekerjaan. Mungkin graduan ini tidak berjaya menguasai ilmu dan pengetahuan mereka amat terhad terhadap perkembangan semasa. Bidang ICT buat masa ini mudah berubah-ubah. Perisian sentiasa di kemaskini, bahasa pemprograman yang baru telah wujud dan mungkin akan wujud. Itu tak termasuk kemahiran memprogram lamanweb interaktif untuk tujuan komersil dan sebagainya. Justeru, graduan yang sederhana ini sukar mendapat pekerjaan kerana di sebalik dinamiknya teknologi berasas ICT itu, graduan pula tidak fleksibel. Persoalan Nur ialah apakah Nur akan dapat pekerjaan selepas tamat belajar. Jawapan sifu ialah sudah tentu. Itupun dengan syarat Nur adalah graduan yang serba boleh, pencapaian akademik yang cemerlang, sentiasa up-to-date dengan teknologi baru (kalau tak milikipun, sekurang-kurangnya tahu mengenainya), kreatif, mahir komunikasi, mahir scripting, programming, patching, security concious, dan yang terpenting berani show-off kebolehan awak di dalam talian mahupun di luar talian. Tips sifu, dalam proses belajar di IPTA bidang komputer nanti, jangan sekali-kali lupa membina ‘resume interaktif anda’. Bina perisian percuma dan muatnaik ke internet di lamanweb sendiri (blog pun boleh), tulis artikel mengenai apa-apa teknologi yang awak minat. Rekabentuk lamanweb sendiri menggunakan teknologi terkini. Joomla, Mambo, PHP, web 2.0, linux, ubuntu, novell suse, sun system, solaris, microsoft transfusion adalah antara perkataan dan jargon serta perkara penting yang harus Nur ketahui dan apa-apa yang terkini yang perlu diketahui, tulis di lamanweb anda. Ramai orang dah buat benda ni, so tiada yang baru dalam tips ini. Yang penting ialah ketika temuduga selepas tamat belajar, ketika ditanya tentang apa-apa, ambil kesempatan untuk menunjukkan hasilan anda diinternet. Wireless internet dah ada so presentation tu boleh membantu. Apa-apapun itu hanyalah setitis panduan dari setasik kejayaan. Dalam tempoh 3-4 tahun nanti, sifu pasti anda sendiri dapat pastikan apa yang terbaik untuk anda.

  155. Yeh,
    Sifu tak pernah belajar Bhs Arab, so tentulah sifu tak tau susah senang belajar tu. Tapi ginilah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau nak juga ke UIA, maka terimalah cabaran itu. Soal susah tu, boleh diatasi dengan teknik belajar yang betul. Kalau perlu, pastikan diri tu turut berubah kepada yang positif, terutamanya keyakinan dan motivasi diri. Gapailah cita-citamu sekarang, jangan biarkan peluang itu berlalu dek kerana takutkan sebuah bahasa.

    Izzudin,
    Fungsinya pasti sama, menyediakan pelajar-pelajar sebelum mengikut mana-mana program ijazah baik di IPTA mahupun IPTS. Pastikan sahaja program asasi IPTS tu diiktiraf oleh MOHE sebagai sandaran memohon ke IPTA (jika bakal memohon nanti), atau IPTS itu sendiri. Asasi pengurusan? tak faham sangat, tetapi dari namanya sahaja sifu boleh bayangkan awak bakal belajar dalam ijazah berkaitan perniagaan dan pengurusan. Antaranya mungkin ijazah pengurusan perniagaan, pentadbiran perniagaan, ekonomi, pengurusan bank dsb. Hubungi pihak berkenaan untuk maklumat lebih lanjut.

  156. THANKZ A LOT…
    sy dh bwt kputusan untuk truskn stdy d UTM shj..sbb surat tawaran mgatakan jika pointer sy above 3.5 sy hanya mengikuti pengajian selama 2 sem. untuk terus sambung ke deg.
    saya rasa peluang ini sudah menjadikan seumpama sy study di mtrix(Stahun)btul x aggapan sy??..
    saya juga sudah biasa dgn sistem pointer..
    Sy amat berterima kasih jika sifu dpt memberi kata2 smngt..
    n thankz 4 evrytngz..

  157. Nur,
    Tahniah kerana dah buat keputusan dengan yakin. Itu bermakna anda sudah memulakan langkah yang betul untuk memulakan perlaksanaan rancangan anda untuk berjaya. Jika anda yakin boleh peroleh 3.5, sifu pula bertambah yakin yang anda mampu mencapai 4.0. Sifu yakin anda boleh lakukan tanpa perlu berasa tegang atau tertekan. Gunakan masa untuk diskusi dengan kaunselor di IPTA nanti, minta panduan belajar yng betul termasuk agihan jadual waktu yang munasabah. Jaga kesihatan dan jaga kecerdasan minda. Jangan leka seperti ramai orang lain, yang asyik makan luar, asyik tonton tv sehingga mereka hanya dalam golongan sederhana. So go for success Nur. Sifu doakan anda berjaya dgn cemerlang nanti.

  158. asasi sains iutm..
    ok x sifu?

  159. ASSALAMUALAIKUM..
    em..sy nak tanye..klau belajar diploma kt mlysia then sya nak sambung degree kt ovrse..mcm mana?

    hmm..utk pelajar ipta, selain pinjaman ptptn mane lagi kami buley dpatkan sumber kewangan untuk suport stdy kitorang?
    dak mtrix dpat elaun..dak ipta?

  160. Sya,
    Okay.

    Belle,
    Jikalau diploma itu diiktiraf oleh IPT luar negara maka peluang sambung tetap ada, tetapi jika tidak maka mungkin awak terpaksa beralah dan belajar di Msia shj. Satu lagi, jika mengharapkan tajaan JPA/Mara, nasihat sifu ialah layari lamanweb lamanweb JPA dan MARA dan cuba cari maklumat tentang tajaan ke luar negara, cari kalau-kalau diploma ditaja juga ke IPT luar negara.
    Budak Matriks dapat elaun kerana ianya dikelolakan oleh KPM, umpama dermasiswa atau biasiswa kecil persekutuan di sklh. Peljar IPTA tak dapat, sbb ia dibawah peruntukan lain. Pelajr IPTA boleh memohon biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak yang menawarkannya.

  161. ape pendapat sifu tentang program HND?

  162. Belle,
    Apa tu HND?

  163. salam sifu..
    sy bru kt sni..
    em sy dpt asasi um..
    dftar 25 arybuln ni..
    m3x dpt gak kt n9…
    sy ni xtau sngt psl asasi even m3x..
    so sifu de komen bout matrik ngn asasi ni??

    em be beze asasi ngn matrik in terms of sllybus study enviroment or even facilities which one better??
    lau asasi as i noe asasi universiti yg conduct n even more from u??thnks salam
    may Allah bless us…

  164. Unknown,
    AFAIK, asasi dikendalikan oleh IPTA tertentu, antaranya UiTM, UIA dan UM sendiri. Kbykn program asasi direka spy pelajarnya boleh mengkhusus kpd bidang-bidang tertentu. Matrikulasi pula hanya fokuskan kpd 2 jurusan utama, tetapi peluang sambung belajar agak besar krn mampu ditawarkan ke mana-mana IPTA. Asasi pula keutamaan adalah IPTA itu sendiri walaupun permohonan ke IPTA lain boleh dilakukan pelajar.
    Jika anda sememangnya berminat ke UM maka sifu berpendapat peluang ke asasi itu sangat baik untuk anda. Kedua-duanya sama baik kerana kedua-duanya memberi peluang pelajar lepasan SPM melangkah ke ijazah secara pantas. Apa-apapun anda juga akan memulakan persaingan sesama anda dan pelajar matrikulasi 2008/2009 yang bakal memohon program yang sama anda pohon kelak. So siapa yang dapat? Tepuk dada tanya selera.

  165. HND tu hinger national diploma la sifu…

  166. alamak silap eja pulak .. HND= Higher National Diploma…

  167. slm.sifu.
    sy baru kt sni.alhmdllah rslt sy 10a1 n 1 a2.sy dpt pasum sbb mmg dr dulu tringin nk msk sane.
    sy mmg xapply jpa or mara.yg sy bengang skang dri dpt result smpila skang sume org tny kt sy nape xnk apply overseas.siap ade kwn sy yg mrh2 sy n kate sy ni trok btolla n sbginya.sedey btol.
    so skang ni blh x sifu gtau sy apekah klbhn blaja kt dlm negara brbanding kt overseas???
    so sy blh defense diri sy ni

  168. assalamualaikum sifu

    apa khabar..harap2 awak dalam keadaan baik

    saya telah mendapat jurusan kemanusiaan(sedih juga tidak dapat aliran sains tingkatan 6)
    hmmm…bolehkan saya buat rayuan tukar jurusan kemanusiaan kepada aliran sains

    ataupun bolehkah sifu memberi subjek yang baik utk diri saya
    saya semakin buntu…..
    terima kasih..

  169. saya lepasan matrikulasi. keputusan sem 2 blum kuar lg.saya buntu skarag krana ibu bapa saya mendesak untuk menjadi cg walaupn saya tidak berminat.mereka tdak yakin dgan diri saya krn smasa di alam persekolahan sy tdk menunjukn prestasi yg baik bbanding abg dan adk saya.saya juga tdak tahu sumber kewangan untk mlanjutkan pelajaran di peringkat ijazah krana ptpn susah nak dpt skarang ni.saya minat kejuruteraan pertanian.dan mendapat pointer 3.23 pd sem 1 di matrik.saya yakin boleh mendapt 3.5 ke atas untk sem 2.saya ingin bertanya pendapat sifu supaya yakin dgan diri saya dlm bidang kejuruteraan.saya juga meminta sifu mencadangkn biasiswa yg sesuai untk lepasan matrikulasi di pergkt ijazah.terima kasih

  170. salam sifu..
    saye bru je masuk form6 diz week.. cz saye x pat mtrik n upu.. mang sedey, n my parent soh saye g form 6 n saye amek jrusan sains.. act, nnt klu kuar result mtrik utk 2 thun n sekirenye saye pat msuk, cz drpd klayakan tu, saye rase da pass. so, bg sifu better saye troskan f6 tu or msuk mtrik? itu pn klu dapat laa.. n adakah dak stpm tpakse bsaing ngn dak matrik utk amek degree?
    n result yg cemane lbih mcerahkn pluang nk dpt degre? huhu.. soryla byk soalan… cz nak taw sgt.. trime kaseh..

  171. Belle,
    Sifu tiada apa-apa komen tentang Higher National Diploma. Tapi selalunya bagus. Sifu berminat nak tau tentang HND, sesiapa boleh terangkan? Oh ya terima kasih Qylla.

    kawaiinae,
    Ada banyak. Antaranya kita dilatih mengikut keperluan negara secara langsung. Jika ia melibatkan undang-undang, pelajar perundangan akan belajar undang-undang negara Malaysia disamping undang-undang komanwel. Kalau bidang perakaunan, pelajar telah dilatih untuk mematuhi piawai Malaysia selain piawai antarabangsa disamping pengetahuan tentang undang-undang Malaysia yang berkaitan. Pelajar luar negara tidak didedahkan secara langsung perkara sebegini kerana silibus itu pula mengikut keperluan dan peraturan di negara berkenaan. Kalau mereka kata pelajar LN pandai BI, awak cakap pelajar DN juga pandai komunikasi dalam BI malah memahami budaya Malaysia.
    Banyak lagi tapi takkan nak tulis semua. Awak fikirkanlah sendiri alasan lain okay.

    Amz,
    Tahniah kerana memasuki Ting6. Jurusan kemanusiaan juga sesuai dengan semua pelajar. Sifu cadangkan supaya mengambil subjek-subjek bernilai tinggi. Tertakluk kepada penawaran oleh pihak sekolah (faktor ada atau tidak guru mengajar, kekurangan guru dsb), sifu cadangkan mesti ambil Matematik jika boleh, selepas itu pilih Ekonomi, Sejarah, Geografi, dana mana-mana subjek lain. Jangan pilih subjek yang dianggap senang kerana persaingan mendapat tempat memerlukan anda mendapatkan keputusan cemerlang bagi subjek yang kritikal/popular.

    AKmal,
    Sifu percaya bidang kejuruteraan boleh awak capai. Macam yang sifu pernah katakan, sifu bukanlah orang terbaik menanyakan soalan sebegini, tetapi sifu boleh berikan sedikit pandangan. Desas-desus menyatakan jika pelajar dapat 4.00, senang dapat biasiswa JPA. Well, kalau betul bagus sangat tu. Sifu percaya ia wujud. Tetapi jika tak dapat 4.00 pun kalau dapat 3.500 keseluruhan, jika tuah menyebelahi awak, mungkin awak bakal dapat tempat dalam kejuruteraan pertanian. Soal biasiswa atau pinjaman, awak mohon sahaja mana-mana agensi yang menawarkannya. Soal dapat atau tidak jangan jadi penghalang menghantar permohonan. Usaha dan keberanian penting.

    Mell,
    Sudah tentu ia bergantung kepada keyakinan dan perancangan masa hadapn awak. KEpada sifu kedua-duanya memberi peluang yang seimbang. Ya, memang benar pelajar STPM juga akan bersaing dengan pelajar matriks, asasi, dan diploma semasa permohonan ijazah setiap tahun. So, sifu sememangnya menyokong pendapat bahawa pointer tertinggi sahaja yang mampu membantu anda mencipta kegemilangan dalam STPM.

  172. salam sifu..
    jurusan sains mase f6 mang ssh.. saye accept pun cz saye mang dr skol sains. tp, result saye tuk chem pon pat 6, phy 5, add math 5.. bole kew nanti cz saye takot lau x dpt nak catch up…
    trime kasih taw atas jwpan sifu td..

  173. PENGUMUMAN,
    Sifu baru tau bahawa program Asasi juga dikenali sebagai program matrikulasi IPTA. Anak murid sifu bakal mengikuti program asasi sains kemanusiaan di UIA bagi tempoh 4 semester. Dari surat tawaran yang ditunjukkannya siang tadi, barulah sifu tahu pelajar asasi juga diberikan elaun sepanjang pengajian. Setakat ingatan sifulah, elaun peribadi tu RM1000. Kira banyak gak tu.

    So harap semua bakal calon SPM 2008 dah tau dah, kalau tak ke matrikulasi KPM anda boleh juga mengikuti program matrikulasi IPTA atau panggilan rasminya program asasi.
    Kepada mana-mana pelajar yang sifu yang menerima tawaran ke program asasi, tahniah kerana awak juga mendapat elaun sepertimana pelajar matrikulasi KPM.

  174. salam sifu…
    maaf ade soalan ag.. my fwen tye, mmandangkan result dye agak terok sket.. n dye dpt msuk poly, dye confuse samada nak pergi ke tak, cz dye fikir sijil poly ni dah x bape laku skang.. dye gak kate poly tu juz tmpat utk bsandar cz x dpt msuk u.. saye x taw nak advise cemane.. bole x sifu kasi pndapat..??
    trime kasih sifu…

  175. Mell,
    Poly tu ada dua kategori kursus. Satu peringkat sijil dan satu lagi peringat diploma. Soal sijil tak laku tu salah sama sekali. Sijil poly adalah sijil kemahiran, serupa dengan sijil kemahiran teknikal dari IKBN atau Giatmara. Diploma poly pula setaraf dengan diploma ipta dan tetap diterima sebagai laluan ke peringkat ijazah. Kawan awak tak sepatutnya memandang rendah poly. Lagipun ukur baju di badan sendiri, jika seseroang pelajar itu dapati dirinya dalam kategori sederhana atau lemah dalam SPM maka lebih baik jangan perlekehkan pula golongan sederhana atau lemah yang lain. Peluang ke poly hendaklah dilihat sebagai alternatif jika mana-mana pelajar lepasan SPM tidak ingin mengulang menduduki peperiksaan SPM. Selepas sijil, pelajar boleh sambung belajar ke diploma di politeknik juga dan jika cemerlang juga, berpeluang ke peringkat ijazah, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang serupa dengan pelajar diploma IPTA. Bukankah itu peluang yang baik juga walaupun kenyataannya ambil masa lebih panjang.
    Kesimpulannya, politeknik bukan lagi tempat buangan. Pelajar yg dapat 5A pun ada memohon ke poli kerana sekarang ini dah ada satu imej positif iaitu lepasan poli lebih laku di pasaran kerja.

  176. sifu…

    Saya lepasan SPM dari aliran sains, tetapi malangnya subjek Kimia dan matematik tambahan saya dpt b.

    saya telah mendapat tawaran JPA dalam kursus SASTERA DAN KEMANUSIAAN.

    tetapi saya tidak tahu apakah prospek kerja setelah habis belajar nanti..

    boleh sifu terangkan?

    dan saya juga telah mendapat Program Asasi Undang2 KPM UiTM walaupun masa memohon saya x letak pun kursus tu..

    macam mana dengan masa depan saya jika saya mengambil kursus itu?

    dan yg terakhir..

    kalau sy dpt program Kursus Perguruan Lepasan SPM kursus TESL Uni Luar Negara, adakah sampai bersara sy kene jdi cikgu? Boleh x saya nk jadi pensyarah?

  177. Arsenik,
    1. Sifu kurang arif tentang sastera dan kemanusiaan, so no comment.
    2. Program asasi undang-undang KPM UiTM jika dah tamat pengajian, jika layak, boleh meneruskan pengajian ke ijazah perundangan di IPTA. Dah tentulah lepas itu awak boleh menjadi peguam.
    3. Boleh, anda boleh memohon menjadi pensyarah IPG atau IPTA, selagi ada kekosongan. WAlau bagaimanapun pertukaran kerja ke IPTA akan menukar skim jawatan anda. Bertugas di IPG pula masih di bawah KPM maka ada perubahan skim tetapi masih terikat dengan KPM.

  178. salam sifu
    ni result spm sy~~
    bm-A1
    bi-A1
    sej-A1
    math-A1
    add math-A1
    bio-B4
    fizik-B4
    chem-C6
    est-B3
    syariah-C5
    quran sunah-B3
    arab tnggi-D7

    n sy dpt twaran matrix n9,interview ipg tuk math/bm/bi
    n sy dpt dploma sains kuantitatif kat uitm~~
    so
    adakah sy sesuai tuk kos yg kurang dikenali ni,kuantitatif~~
    n
    kos ni camner senanyer
    hehe
    tlg jelaskan
    salam~~

  179. Daoh90,
    sifu memang kurang arif tentang perkara itu. Sori ye.

  180. Arsenik,
    kalo ipg 2 mula2 mmg ar jd ckg dl kalo rajin smbg blaja smpi thp yg plg tggi pun x pa…
    blh jgk keja kat KPM…
    tp still trikat dgn kementerian ar…

  181. slm sifu..
    sy mndapt result spm yg agk mnyedihkn sbb sy b’jye mndpt 9a1 2a2 n 1b4,d mana sume scn subject sy kcuali physics dpt a1 tmsuk bi n bm.sbb physics sy dpt b4,sy x dpt cs yg sy impikan ttp hnye d twarkn dip radiografi d udm.
    alhamdulillah..sy mmg mnt radiografi,tp sy xnk amk dip..
    dan sy pn mmg xnk amk matrik(sbb nmpak mcm t’gese2)
    sy lebey ske blaja dlm keadaan releks n dpt sk0r wif flying c0l0urs..
    mslhnya..
    klw sy amk dip radiografi d udm,ad x pluang 2k sy dpt further studi kt tmpt yg sgt lebih bek mcm kt 0verc..??
    lg satu,sy ni rs inferior sgt sbb kwn2 sy sume dpt mara,jpa n asasi yg hebat2..sy s0rg je dpt dip.tambh2 lg,adk beradk sy xd s0rg pn yg amk dip.sumenye dpt trus amk ijazah under mara,jpa n atma…
    rs malu pula nk b’dpan dgn masyarakat sekeliling sy yg hebat2 belaka ni…

  182. sifu,
    saya dapat tawaran politeknik..dip.kejuruteraan awam … tapi dapat satu maklumat ttng Kolej-poly tech MARA…tengok dia punye sesawang…booleh tahan juga…siap ada tajaan lagi dan ada duit poket…dsini minta jasa baik kawan2..sila beri pendapat..lebih2 lagi yang pernah study, kat sana..please..

  183. sifu,
    sy skrg bakal memasuki ke kuis(kolej universiti islam antarabangsa selangor). pd aslny sy memohon utk pengjian diploma. tp bru2 ini bru sy thu di sne ad sdiakn progrm foundation. syrt minima ialh 5A. sy t’trik utk tkar ke progrm fondtion krn m’jmtkn mse n cpt smbung ijzh. tp sy dlm dilema sma ad utk ambk diploma dhulu atw ambk asasi 2 terus. jka sy ambk asasi sy akn ambk asasi pengjian islam. ni rsult sy.:(sy buntu)-lg smmgu lebih nk ke kuis
    bm~1a
    bi~4b
    b.arb~5c
    syariah~2a
    al-qurn & sunnah~1a
    sej~2a
    math~2a
    add math~8e
    bio~6c
    kimia~7d
    fzk~6c
    est~5c

  184. alhamdulilah dan terima kasih sifu

    pada masa yang sama saya telah mendapat peluang di politeknik dengan kos kejuruteraan…adakah saya patut teruskan tingkatan 6 saya atau terus belajar di politeknik

    saya masih dalam dilema…

    terima kasih

  185. assalamualaikum sifu…

    sy tau laman web nie pown melalui group yg sy join kat friendster….
    “group alumni SPM 2007”
    n bila sy layari laman web nie..
    sy rasa excited sgt2…DAN DISINI LA BARU SAYA DAPAT PENJELASAN YANG JELAS DAN FAHAM.
    ermmmm..
    sifu..
    sbnrnyer..result SPM sy amat mengecewakan…
    sy aliran science stream..tp result very2 bad.

    BM-A1
    BI-6C
    MATH-B3
    SEJ-B3
    P.ISLAM-A1
    T.ISLAM-A1
    CHEMISTRY-7D
    BIO-7D
    FIZIK-7D
    EST-7D
    ADD MATH-7D

    (UNTUK subjek yg dapat 7D tue,skrg sy tgh wat proses semakan semula..dan boleh tau dalam hujung
    bulan 6 atau bulan 7 nnt….sbb proses tue kene tunggu 3 bulan.)

    TERUK KAN????
    errmm..skrg nie saya x dpt langsung mana2 tawaran dari matriks (sy ader apply) n ipta ( sememangnyer apply)n bila nak apply maktab(tau2 dah tutup tawaran n xdpt nak nak apply) n sy ader dapat tawaran form 6(mak sy kata lebih baik teruskan amik diploma)..sy rasa TERsgt loser.
    bestfrenz2 sy sumer nyer dah masuk matriks….
    n ader yg happy apabila mereka dapat ipta…
    TP sy…sy hanya mendiamkan diri n terperuk di dlm rumah…
    sbb malu apabila mereka bertanyakan tentang sy dapat tawaran mana…
    =(
    dan sekarang….
    sy rasa sy x akan terlibat lgik dalam medic nyer course….
    sy mohon dalam bidang seni kulinari(sbb hobi sy masak2) di Uitm…(inipown xdpt)..
    skrg tgh wat rayuan…(hope sgt dapat)
    =(

    KATAKANLA….sy still x dpt seni kulinari tue kat Uitm…
    IPTS mner yg SIFU rasa worth it n berkualiti dlm dunia pekerjaan zaman sekarang..
    sbb skrg sy rasa kene bertindak sesuatu…n bangun dari kegagalan….
    tp sy xtau bagaimana caranyer…..
    harap Sifu dapat kongsi pengalaman sifu…dan memberi pendapat sifu.

    sekian terima kasih.

  186. Cek Jaan,
    Apakan daya, walaupun awak kategori cemerlang, tetapi persaingan sengit sekarang ini menyebabkan anda tidak tersenarai dlm kelompok spt kawan-kawan kamu. Tetapi tidak bermakna pula kelak mereka akan lebih baik dari awak atau awak kekal menjadi golongan terpinggir. Semuanya masih bergantung kepada usaha anda. Jika anda berusaha mengatasi mereka, sifu yakin anda akan menjadi lebih baik dari mereka dalam pelbagai aspek lain. Namun demikian, belajar diploma radiologi tu tak semestinya akan memberi peluang ke luar negara jika maksud Cek Jaan adalah belajar dan ditaja sepenuhnya oleh JPA/MARA. Ini kerana setakat pengetahuan sifu yang cetek ini, radiologi tidaklah bidang prioriti sehingga perlu hantar pelajar ke luar negara.
    Kalau anda nak memintas atau mengejar rakan-rakan, kepada sifu, laluan terpantas adalah sama ada matrikulasi atau program asasi tertentu. Sifu percaya ada di kalangan pelajar yang bakal ke luar negara itu adl pelajar aliran sains yg akan mengikuti program kedoktoran, kejuruteraan (yang tertentu sahaja), dan bidang teknikal lain. Selepas matriks, anda akan berpeluang belajar terus ke IPTA. JIka nak juga ke luar negara, apa kata awak cuba program di IPTS seperti Nilai College dan sebagainya yang menawarkan program berkembar 2+1/1+2 dgn beberapa buah universiti atau kolej di UK dan AUstralia. Untuk keterangan lanjut sila layari kolej tersebut. Tapi CJ harus sedar bahawa sesetengah program IPTS sememangnya kena tanggung sendiri, walaupun pinjaman boleh diatur oleh pihak IPTS sendiri. Pastikan juga ia tidak membebankan keluarga anda dari segi kewangan. BUkan apa, belajar ke luar negara itu akan menyebabkan keluarga menanggung kos 2-3 kali ganda berbanding perbelanjaan di dalam negara.

  187. Alianabila,
    salam, Sifu..kita teramat sibuk!!sampaikan banyak soalan xterjawab..xape ,,,tolong cuba jawab bagi pihak ,,mm..jangan putus asa..cuba tengok sesawang KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR…atau MSU…mungkin ade peluang disana..yang penting ada semangat mahu belajarr,,,,

  188. Xalibur,
    Memangpun ada tajaan. Namun demikian awak harus ingat bahawa Poly-Tech MARA adalah poly swasta milik penuh MARA manakala Politeknik spt politeknik Kota Kinabalu dsb adalah institusi pengajian di bawah MOHE. Pelajar politeknik mungkin tiada tajaan tetapi yuran satu semester hanya RM200 itu termasuk program diploma.

    Yurislami,
    Jika awak yakin awak boleh mengikuti pengajian 1 tahun itu dengan cemerlang maka sifu sokong anda merayu memohon pindah masuk ke program asasi mereka. Tetapi Yurislami juga harus bersedia kalau-kalau rayuan awak ditolak, jangan kecil hati, patah hati atau kecewa. Diploma masih boleh diteruskan demi kebaikn diri awak juga.

    Amz,
    Jika anda sememangnya berminat ke bidang kejuruteraan tersebut, maka kenapa tidak terus ke politeknik. Ianya satu peluang juga. Belajar di STPM juga amat baik kerana dalm tempoh 11/2+ 1/2 tahun awak masih boleh berfikir, memilih dan merancang peluang awak belajar ke bidang yang anda benar-benar yakin boleh menjamin kerjaya yang lebih baik atau peningkatan ilmu yang sangat menguntungkan anda. Tetapi jika masih dalam dilema dan jurutera itu bidang yang amat diminati, maka peluang ke politeknik itu amat sesuai. Tahukah anda, kini sebilangan majikan lebih gemar menggaji lepasan diploma politeknik kerana (bakal) majikan itu percaya lepasan diploma lebih mahir dari segi praktikal kerja berbanding diploma kejuruteraan IPTA. Maklumat ini tak semestinya sahih tetapi salah seorang pelajar (perempuan) sifu merupakan graduan diploma kejuruteraan ….. politeknik. Dalam tempoh kurang 1 bulan, beliau dapat kerja di sektor swasta sebagai juruteknik dengan gaji lumayan RM1300>, tetapi yang menariknya beliau sekarang bertugas di salah sebuah IPTA di Sabah ini dengan tangga gaji pokok RM1900>, suatu pencapaian tinggi bagi pelajar lepasan diploma. Menarik kisah beliau. Dipendekkan cerita, beliau merancang untuk sambung belajar di peringkat ijazah di KUITTHO kelak kerana katanya ramai graduan KUITTHO berjaya mendapat kerja termasuklah menjadi pensyarah di politeknik yang merupakan cita-cita beliau terkini. Dah tentu ia satu petanda peluang yang cerah untuk beliau.

  189. taon ni sy amk sPm..
    tp lps sPm xtaw nk wtpe?
    nk smbung blaja,tp xtaw nk amk yg mne?
    antara matrik,politeknik atau tgktn6..
    sifu rse ne yg ok utk sy..
    sy nk amk jurusn akaun..
    sy brmnt sgt..
    tlong bntu sy…

  190. Alianabila,
    Terima kasih kerana sudi dtg ke sini. Tetapi sifu bukanlah pakar dalam hal ehwal kerjaya. Sifu di sini hanya mampu beri pandangan.
    Prestasi awak, sebagai pelajar sains, sememangnya amat lemah. Seolah-olah awak ini pelajar dalam kelas sastera kemanusiaan kerana subjek yang awak skor tu semuanya diambil oleh pelajar bukan sains. Awak telah lepas peluang yang mungkin datang sekali itu. Ini menyebabkan awak terlepas semua peluang yang awak impikan. Inilah akibatnya berkawan hanya untuk bersosial tetapi tdak untuk dorongan berjaya. kawan meninggalkan kita.
    Tapi tahniah! Sifu ucapkan tahniah kerana anda menyedari keadaan ini. Sakit, pedih dan pahit, ya memang, tetapi “kegagalan hidup tak kekal selamanya, kejayaan pasti menanti orang yang berani bangkit dari kegagalan”. Sifu tetap berbangga kerana sedikit sebanyak Alia dah tunjukkan motivasi positif iaitu bangkit dari kegagalan. Sekarang ini awak dah dapat tawaran STPM juga, ya tak, maka jika semua peluang itu gagal, belajar lah di Ting6. Jika tak dapat bidang sains, teruskan sahaja dalam jurusan kemanusiaan. Dan belajarlah di Ting6 dengan tekad untuk mendapat kecemerlangan dalam STPM. Tak mustahil 4.00 boleh dicapai oleh individu bijak seperti awak. Awak bukannya bodoh, sebenarnya awak pandai tetapi lemah dalam akademik sains. Awak kuat alam bidang kemanusiaan so go for bidang ini. Awak boleh memantapkan diri ke bidang pengurusan, pentadbiran, seni dan sebagainya. Selagi awak berjaya mendapat CGPA terbaik dalam STPM dan dapat 4-5 prinsipal, peluang ke ijazah tetap ada. Jika tak berminat ke STPM pula, maka sifu boleh cadangkan anda belajar di mana-mana IPTS dan mengikuti bidang yang awak minati (kecuali kedoktoran). Ada sesetangah IPTS tetap menawarkan peluang belajar dalam aliran sains walaupun awak hnya lulus di STPM. IPTS ini akan juga menilai awak menggunakan prestasi percubaan SPM awak. Maka cubalah.
    Oh, tak minat ke politeknik ke? Politeknik akan membuka pengambilan semester disember setiap tahun juga. Iklannya selalunya dikeluarkan dalam bulan 9-10. GOOD LUCK.

  191. Eiqah,
    Awak bacalah semua komen dan komen balas di pos ini dan di pos ini.
    Tapi ringkasnya, matriks jurusan perakaunan best, asasi perakaunan best, diploma perakaunan best.

  192. terima kasih sifu..
    sekarang nie…..
    sy dah wat keputusan…
    sy akan masuk dalam bidang culinary art nie..
    is’it tough field??

    ketika form4,sy dimasukkan ke kelas science stream kerana PMR sy
    7A…..n result sy ketika form 4 n form5 xpernah mengecewakan seperti SPM kali nie..
    mybe sy terlampau confident ketika menjawab soalan..
    n ini lah padahnyer..

    ermmm..nak menyesal pun x guna kan sifu?
    so..
    now,skrg sy akan teruskan kejyaan sy dengan belajar hobi sy.
    sbb setengah org berjaya sbb hobi dia kan sifu??
    n sy nak ucap terima kasih kepada sifu..
    atas motivasi n pendapat sifu..
    walaupun sy x kenal sifu n sifu xkenal sy..
    tp sifu x lokek untuk berkongsi pendapat.

    =)
    sekian terima kasih.

  193. Salam sifu….
    ape peluang y ade lps sijil tinggi agama malaysia (STAM)???
    ape pndpt sifu tntg UPSI???…

    klau orang y xdpt matrik 1 sthn…ade pluang x nk dpt PDT???..

    APE BEZA PDT ngan matrik setaun??….

    TQ

  194. SIFU,
    sblum ni sy ad ktakn minima utk dtrima msuk ke progrm asasi di KUIS ialh 5a tp sbnrnye pmbtulan bukn 5a tetapi 5kredit. bg pljr yg m’buat progrm asasi yg m’dpt 5a dn keats dlm SPM lalu akn diberi bntuan biasswa dr rektor..skrg ni kmgkinan bsar sy akn mnukar ke program asasi tetapi boleh sifu bntu sy carikan sama ada Program Asasi Pengajian Islam di KUIS adakh m’dpt p’iktrafan dr MQA atau tidak? Krn program itu bru shja disediakan pd thun ini. lg 1, bgaimana jdual p’bljaran pljar2 asasi? adakh t’lalu padat masanya b’bnding pelajar diploma? bntu sy sifu?? 🙂

  195. sifu…
    saya amat buntu untuk memilih haluan..keputusan saya amatlah tidak memberangsangkan…

    BM-A1
    BI-B3
    MATH-B3
    SEJ-B3
    PISLAM-A1
    BIOLOGY-B4
    EST-C5
    ADDMATH-C5
    FIZIK-D7
    KIM-D7

    saya benar-benar bercita untuk masuk maktab..tapi,malangnya saya tidak dipanggil untuk interview maktab..saya juga turut tidak mendapat tempat di IPTA…tapi,saya mendapat tawaran di politeknik dalam jurusan pengurusan perniagaan…buat masa ini,saya sudah masuk ke tingkatan 6 sebelum menunggu keputusan rayuan..saya ragu-ragu sama ada pelajar mudah melanjutkan ijazah hasil keluaran politeknik dan adakah peuang untuk lepasan diploma mendapat tempat di ipta jika ingin melanjutkan pelajaran..??
    saya kurang pasti hendak melanjutkan pelajaran ke politeknik kerana subjek yang saya ambil di tingkatan 6 sama dengan tawaran yang saya dapat di politeknik..apa pendapat sifu??kebetulan di tingkatan 6 saya mendapat aliran kemanusiaan jika dibandingkan dengan aliran sains yang lebih mencabar…tambahan pula,ibu bapa saya lebih mendorong saya untuk masuk ke tingkatan 6…saya bingung untuk memilih walaupun saya sedar sebenarnya berada di tingkatan 6 lebih beruntung…

    saya harap sifu dapat membantu saya yang di dalam dilema ini….

  196. sifu. saya nk tanya pasal PILN. saya dpt tajaan MARA untuk buat IB PERGIGIAN di Kolej Mara Seremban. Tapi. Selepas menghadiri temuduga. saya rasa mcm nk buat PERUBATAN. boleh ke mintak permohonan MARA untuk tukar course?

  197. Slm sifu..
    ni result spm 2007 sy:
    bm-a1
    bi-b3
    sej-a1
    ag-a2
    mat-a2
    add mat-c6
    fiz-d7
    kim-b4
    bio-b3
    skrg ni sy dpt aliran sn f6.. tpi nk tkr ke aliran sastera.. apa pandangan sifu?

  198. Alianabila,
    Sukar atau tidak awak sendiri yang akan pengaruhi perasaan itu. Jika awak rasa senang, maka senanglah ia dan seronoklah ia dan mudah berjayalah awak. Itulah sebenarnya rahsia cemerlang. Menghadapi perkara sukar dengan pandangan dan perasaan positif.
    Tahniah kerana dah buat keputusan ke culinary art. Sememangnya ramai individu yang berjaya menjadikan hobinya sebagai sumber rezeki. Bezanya ialah awak menambah baik hobi memasak itu dengan ilmu formal, which is excellent. Untuk itu sifu tetap memuji Alianabila. Semoga menjadi individu yang cemerlang dalam akademik di peringkat diploma seterusnya ijazah dan suatu hari nanti menjadi antara eksekutif chef halal yang terkemuka di Malaysia, atau lebih baik lagi pejuang di peringkat dunia. Mana tau boleh. Terima kasih kerana sudi melawat blog sifu dan membaca nasihat sifu yang tak seberapa itu.

    CUTE,
    STAM boleh mengambil banyak bidang-keagamaan, pengurusan dan kemanusiaan dalam perngkat ijazah. Untung awak. Bergantung kepada polisi BMKPM sekarang, tetapi selalunya ada peluang. PDT adalah program 4 semester dimana silibusnya agak longgar. Tahun pertama fokus kepada pengajian asas masing-masing, tahun kedua akan mengikuti modul pengajian seperti pelajar PST tahun tersebut kecuali mana-mana kursus/subjek yang telah diambil dalam sem1 dan 2.

    Yurislami,
    Terima kasih di atas info terkini itu. KUIS tersenarai sebagai IPTS yang program-program diploma diperakukan oleh MQA seperti di sini. Tetapi program asasi mereka belum lagi tersenarai. Sifu nasihatkan Yurislami hubungi pentadbir/pendaftar KUIS untuk mengetahui maklumat rasmi tentang perkara itu, termasuklah kelayakan ke peringkat ijazah di IPTA. Yurislami akan menghadapi suasana pembelajaran seperti matrkulasi PST jika ia adalah asasi satu tahun dimana silibus yang banyak itu dipadatkan dalam 2 semester sahaja. Jika tidak maka mungkin tidak. Tetapi yang pastinya anda juga bakal berhadapan dengan peluang menyediakan diri ke peringkat ijazah. Jika anda ada sasaran program ijazah yang diidamkan di KUIS atau IPTA, maka rancang dengan serius pembelajaran anda serta disipli diri supaya tidak dibuang kolej. Jika program itu sangat popular sudah tentu persaingan mendapatkannya akan wujud dan mungkin sengit. Oleh itu CGPA/NGPK amat penting kerana ia menjadi sokongan kepada permohonan awak nanti. Selamat Berjaya.

    Skywalker,
    Mudah sahaja, ikut cakap ibu bapa awak. Teruskan dalam tingkatan enam. Politeknik adalah peluang belajar yang berlainan dari tingkatan enam. Sudah tentu diploma mereka juga diiktiraf untuk kemasukan ke ijazah di IPTA. Jika tidak mengapakah MOHE turut senaraikan diploma politeknik boleh mohon ke ijazah? Yang mungkin menjadi persoalan ialah adakah anda akan menjadi graduan diploma politeknik yang layak ke peringkat ijazah. lepasan politeknik seperti juga lepasan diploma IPTA/IPTS lain perlu mengiktuti proses pemilihan seperti juga pelajar matriks dan STPM. Dalam kes program ijazah yang kritikal atau popular, persaingan sudah tentu sengit dan mana-mana pelajar lepasan diploma, baik dari politeknik mahupun IPTA, sudah tentu perlu mempersembahkan keputusan atau prestasi akademik yang terbaik untuk mencapainya. Lupakan soala asal lulus atau asal 2.5. Kebetulan masa awak ramai pelajar yang memohon masuk ke IPTA dan semakin ramai orang menyedari perkara cemerlang itu penting, menjadi aset mereka, atau kunci mereka membuka pintu peluang. So kalaulah anda graduan politeknik dan keluar sebagai pelajar diploma dengan NGPK 3.60 (dan subjek terpenting dapat gred cemerlang-B ke atas), sedangkan pelajar matriks yang juga memohon tetapi NGPK hanya 3.40, maka peluang anda akan lebih cerah, tertakluk kepada meritokrasi dan ko-kurikulum anda. Begitu juga pelajar STPM yang hanya belajar di sekolah menengah (bukan kampus) tetapi peroleh 4.00, maka sudah tentu beliaulah yang akan dapat tempat itu mengalahkan pelajar diploma poli dan matriks. Apa yang penting untuk anda ketahui ialah, selepas ini, peluang adalah sama rata, padang lain-lain tetapi pertandingan akhir anda nanti di kompleks sukan yang sama. Bayangkan persaingan anda seumpama Piala Dunia 2010. Sekarang ni awak masih diperingkat kelayakan, masing-masing berpeluang menjadi wakil benua masing-masing. Harap penerangan sifu ini membantu anda membuat keputusan yang sesuai dengan jiwa anda.

    Wonderqueen,
    Jika itu hajat dihati, tak salah mencuba merayu pertukaran itu. Tak berjaya puas hati juga. So try it.

    Irah,
    Kenapa? Jika ada alasan yang munasabah dan Irah yakin tak akan menyesal selepas itu, maka sifu tetap menyokong pilihan anda. Sebenarnya masuk ke jurusan kemanusiaan pun boleh membantu anda cemerlang dalam akademik dan kerjaya anda nanti. Sifu dapati awak ada kekuatan 2 bahasa, matematik yang pada hemat sifu berpotensi menjadi pengurus atau pentadbir. Tapi kenyataannya ada banyak lagi peluang kerjaya lain selepas STPM. Go for it.

  199. Skrg nie saya lbih berminat ke arah bidang ekonomi. Sifu, m/p apa yang perlu diambil untuk stpm2009 yang berkaitan bidang ekonomi..

  200. Irah,
    Pilihan yang tepat. Sudah pastilah awak mesti/MESTI ambil subjek ekonomi STPM. Selain itu, mana-mana subjek ini boleh menjadi subjek sokongan (pendapat sifu sahaja, ok, bukannya rasmipun) geografi, perakaunan, pengajian perniagaan, sejarah, BM. Pilih mengikut urutan itu, sebab sifu perasan yang kalau bidang ekonomi di peringkat ijazah, geografi disenaraikan agak tinggi selepas ekonomi.

  201. sifu,
    kalau sy nak ambik bisnes admin utk stpm..
    subjek ap yg perlu saya ambil?
    kat komen atas..sy bc sifu bg cadangan kat Irah yang berminat dlm ekonomi..
    dlm pengajian perniagaan m/pelajaran ekonomi tu penting ke?

  202. Qylia,
    Adakah anda bermaksud belajar business admin selepas STPM? Jika ya, tak semestinya ambil ekonomi. Mana-mana subjek pun boleh digunakan untuk dihidangkan kepada UPU ketika anda memohon ijazah lepasan STPM. Persoalan yang sifu cuba utarakan ialah STRATEGI. Qylia dan sesiapa juga bakal masuk Ting6 harus melihat suasana sekarang. Adakah kemasukan ke IPTA selepas STPM mudah, kurang pemohon, asal lulus, asal NGPK 2.00 atau bagaimana. Dapatkan maklumat sahih atau paling kurang meyakinkan tentang keadaan atau senario sekarang. Bagaimana? Tanya pelajar STPM 2007 yang lepas, bagaimana keputusan mereka dan adakah mereka telah memohon kemasukan ijazah di IPTA. Jika ada ikuti perkembangan mereka, adakah mereka brjaya memohon bidang diminati, diidam-idamkan (selalunya pilihan 1 atau 2) ataupun dapat tawaran tetapi pilihan ke 3 dan kebawah. Ataupun tiada satupun yang dapat. Dalam permohonan online, perlu anda ketahui awal, pemohon layak memilih hanya 8 program ijazah dan susun mengikut keutamaan masing-masing. Okay dah faham? Selepas itu cuba Qylia buat satu kesimpulan, adakah mereka dapat apa yang mereka kehendaki atau sebaliknya. Jika dapat cuba kaitkan keputusan NGPK mereka dengan program yg mereka dapat.
    Begitu juga sifu buat satu kesimpulan umum, tak semestinya tepat, tetapi dapat membantu sifu membuat satu andaian intelektual bagaimana peluang pelajar boleh diperbaiki. Sifu dapat buat satu kesimpulan, adalah lebih selamat jika pelajar berani mengambil subjek yang bernilai tinggi dan sesuai dengan bidang yang dipohon atau mengukuhkan peluang itu disamping NGPK terendah hendaklah tidak kurang dari 3.5 ke atas. Semakin baik NGPK dan kombinasi subjek, sifu percaya semakin cerah peluang pelajar itu mendapat tempat diperingkat ijazah, mengalahkan pemohon-pemohon lain.
    Dengan andaian awak sememangnya ingin memohon ijazah pentadbir perniagaan, sfu dapati tidak ada ketetapan subjek yang mesti ada. ijazah perakaunan pula, UiTM dan beberapa IPTA lain menetapkan pelajar STPM mesti ambil ekonomi atau perakaunan dan mesti dapat gred B- (UiTM B+). So strategi mesti tepat. PElajar yang bercita-cita ke ijazah perakaunan mesti ambil ekonomi dlm ting6 walaupun digembar-gemburkn sebagai subjek susah kerana tanpanya pluang ke ijazah perakaunan hilang (atau tidak boleh memohon). Sebaliknya pelajar yang merancang ke bidang pentadbiran perniagaan seperti Qylia, mana-mana subjek sudah mencukupi tetapi jika anda mengambil ekonomi dan peroleh gred terbaik, peluang anda mungkin lebih baik. Itu namanya strategi mencipta kejayaan.
    Contoh yang sifu boleh berikan sebagai wacana kita berdua. Andaikan ada 2 pemohon yang memohon ijazah pentadbiran perniagaan. Kedua-duanya aktif dalam ko-kurikulum dan markah akhir ko-kurikulum yang disahkan KPM ialah 6. Tinggal 90% lagi datang dari kurikulum.
    Pelajar 1 -> PAM A, GEO A, EKO A, PPN A, BM A
    Pelajar 2 -> PAM A, GEO A, PPN A, BM A , PSV A

    Dari segi kelayakan kedua-duanya memiliki merit yang sama. Kedua-duanya memiliki 4 prinsip (4 mata pelajaran terbaik yang serupa). Dalam kes ini manakah pelajar yang layak mengambil 1 tempat ke ijazah pentadbiran perniagaan? Kedua-duanya layak tetapi tempat terhad, so IPT dan MOHE terpaksa menggunakan pilihan calon terbaik berdasarkan kombinasi mata pelajaran yang dipelajari. Tahukaha anda dari segi ranking subjek EKO lebih tinggi dari PPN dan lebih tinggi dari PSV. Maka dalam kes ini, apabila markah meritokrasi sama, katalah 96% masing-masing peroleh, maka mahu tak mahu pelajar 1 akan diberi keutamaan itu. Itu adalah contoh mudah. Bayangkan di Malaysia ini ada ramai calon STPM yang pelbagai kombinasi subjek dan keputusan akhir mereka, so dalam proses yang diluar jangkauan kita itu, QYlia tidak ada pilihan lain melainkan memancing peluang dengan meletakkan subjek terbaik untuk anda. Sebenarnya jika anda dapat belajar matematik, maka ia lebih baik dari ekonomi pula.
    Sekali lagi, ini soal strategi. Tetapi alhamdulillah, dalam keadaan sebenar, pelajar 1 dan 2 itu akan dapat tempat kerana ada beratus tempat disediakan oleh IPTA untuk ijazah pentadbir perniagaadn di beberapa buah IPTA. Tetapi takkan tahu adakah anda yang terpilih jika anda hanya sekadar lulus penuh, dapat NGPK 2.6 sedangkan pemohon lain yang beribu itu dapat NGPK yang tinggi dari anda.
    Okaylah cukup setakat ini. Qylia sifu nasihatkan cuba berbincang dgn kaunselor atau guru-guru tingkatan enam tentang kenyataan sifu ini. Sudah tentu ada juga guru yang tak setujua dengan sifu, perkara biasa. Paling baik ialah dapatkan maklumat dari sumber rasmi seperti pihak pentadbir atau pendaftar pelajar IPTA yang berdekatan. Mereka boleh menyatakan perkara sebenarnya bagaimana pemilihan pelajar dilakukan di MOHE dan IPTA itu sendiri. Anda pasti terkejut. Sifu sendiri terkejut apabila pihak sekolah menjemput salah seorang pegawai pendaftar dari 1 IPTA di sini. Sebahagian besar darinya mengiyakan andaian-andaian sifu, selebihnya perkara baru yang sifu tak pernah maklum masa itu, dan kini dah tahu. Tetapi tak semuanya dapat sifu nyatakan secara bertulis.

    Biar sifu menambah di sini supaya Qylia dapat mengetahui awal perkara ini. Sifu petik dari maklumat untuk lepasan STPM sesi 2008 ini

    Pengambilan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Malaya (6 sem)
    Memenuhi Syarat Am Universiti
    serta
    KEPERLUAN KHAS PROGRAM
    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
    · Perakaunan
    · Mathematics S
    · Ekonomi
    · Pengajian Perniagaan
    dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
    · Matematik / Matematik Tambahan
    dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
    · Bahasa Inggeris

    Nampak tak syarat itu? Dua subjek mesti dapat C+ dari dalam senarai. Kalau Qylia tak ambil perakaunan dan matematik S, tetapi Qylia nak juga belajar di UM (universiti tertua di Malaysia) maka tidak ada pilihan lain mesti belajar dan lulus penuh dengan gred C+ bagi subjek ekonomi dan pengajian perniagaan. Jika Qylia hanya mampu ambil salah satu, dan jika syarat yang sama masih dikekalkan untuk tahun 2010, maka ketahuilah bahawa Qylia telah terlepas UM. Maka yang tinggal ialah UiTM dan UUM (mana-mana subjek boleh) asalkan dapat NGPK 2.30 ke atas. UIAM dan UPM menetapkan subjek yang mesti diambil. Senarai subjek serupa dengan UM kecuali di UPM tambahan geografi. Kemudian kedua-dua IPTA tersebut hanya kehendaki mana-mana satu UPM mensyaratkan gred minimum C+ manakala UIAM mesti gred B. Itu belum lagi termasuk syarat MUET dapat band 3.
    Selain itu, Qylia juga harus tahu pelajar STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) kini turut boleh memohon belajar ke bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Maka di sini jelas persaingan antara anda semua ialah dari matrikulasi, STPM, STAM, diploma dan setaraf dengannya. It’s a whole new world!

    Harap pendedahan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata Qylia dan pelajar-pelajar yang bakal mengikuti pembelajaran di TIngkatan Enam. Sifu sebagai salah seorang guru tingkatan enam juga sentiasa bersedia membantu merealisasikan cita-cita anda.

  203. Sifu, terima kasih byk2 atas cadangan pilihan subjek.

  204. salam sifu…
    saye amik jurusan sains dlm f6 n amik stream sbjek, phys. mmandangkan hmpir 90% classmate saye bbangse cina, saye takot klu x bole nak ssuaikan diri.. cmane subjek2 sains spt chemistry, phys, n mate t dlm stpm? mksud saye, level dye.. dan knape plajar melayu x bminat nk amik jurusan sains ek..?? huhu, saye kompius samada nak tuka aliran or x..

  205. Mell,
    Jangan pedulikan hal itu. Awak dah terlepas peluang lain, takkan awak nak biarkan diri awak terus tertinggal dari mencapai cita-cita awak. Kalau tak dapat PDT, teruskan di F6 jurusan sains sebab ia membolehkan awak mengejar rakan-rakan awak dlm matriks jurusan sains juga. Kenapa Melayu kurang ambil sains. Alasannya mudah je, wlupun F6, tapi mrk tetap tak dpt penuhi syarat KPM utk jurusan sains, mudah terpedaya dgn hasutan org lain dan sudah putus harapan.
    Mell jangan macam tu. Apa cita-cita awak, jurutera, seni bina, doktor, lawyer, akauntan, pakar ekonomi, saintis, penyelidik? Jika awak sekadar nak jadi lawyer, then tak masuk jurusan sains pun tak apa, tukarlah ke jurusan kemanusiaan, ok. Nak jadi jurutera atau doktor atau pharmasist, maka kekallah dlm jurusan sains. Setahu sifu, paper sains dianggap susah. Kalau ada 5 bintang, ramai akan kata tahap 5 bintang juga. Tapi ramai calon, purata 30-40% dari calon STPM tersebut akan dapat A dan A-, so kenapa awak tak termasuk dlm golongan itu. Hard work + work smart + good planning + motivation + desires + everything nice adalah resipi kejayaan. Jujur berkawan juga amat penting dalam pergaulan sekelas.

  206. […] oleh sifu2b di Mei 17, 2008 Sifu petik beberapa komen dan komen balas yang ditulis oleh Ahtrun Zala, pelajar jurusan profesional di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Oleh […]

  207. thanx a lot sifu… i’ll try ma best there.. n saye nk bsaing ngn sume kwn2 saye kat mtrik yg amek sains ugak.. thanz..!!! wase bsemangat lak ngn motivation dr difu td..

  208. sifu…

    terima kasih atas pandapat yang telah diberikan.sedikit sebanyak ia telah memberi perangsang kepada saya…

    tapi dalam hati saya,saya masih kurang kepastian adakah dengan result saya [telah dinyatakan sebelum ini] mampu memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan f6???di tingkatan 6 saya mendapat aliran kemanusiaan dan saya sendiri telah memilih subjek bahasa melayu,ekonomi,pengajian am,muet dan pengajian perniagaan…tambahan pula,jurusan pengurusan perniagaan yang saya dapat di politeknik adalah jurusan permintaan saya..
    di hati saya wujud perasaan rugi jikalau saya tidak menerima tawaran ke politeknik tersebut kerana saya sedar peluang dan tempat itu bukan mudah untuk diperoleh oleh semua pemohon tambahan pula dengan persaingan yg amat tinggi dari semua pihak..

  209. Skywalker,
    Jadikan kelemahan yang ‘dah confirm’ tu iktibar. Tetapi kelemahan akan datang ‘belum konfirm’, belum pun berlaku, so tak perlu pertikai atau perlekeh diri sendiri. Sifu yakin awak mampu lakukannya, cuma lagi jangan, sifu ulang jangan, lakukan perkara yang serupa ketika awak dlm SPM. Mesti ada sesuatu tindak tanduk, kesilapan atau salah perancangan yang menyebabkan awak mendapat keputusan sebegitu. So jangan. Ramai orang berpendapat kena study hard hingga 1-2 pagi setiap malam. Itu adalah tidak benar jika mereka maksudkan dari 6pm – 2 pagi terus belajar. Sebenarnya jika ia terus dilakukan akan mengurangkan kecerdasan otak, kerana otak kita hanya mampu menyimpan fakta/data/ingatan ketika ia dalam keadaan sihat atau cerdas. Kecerdasan akan datang melalui pemakanan yang mencukupi DAN TIDUR yang juga mencukupi. Pengalaman sifu sebagai guru, melalui ‘confession’ bekas-bekas pelajar yang kategori sederhana dan lemah, antara teknik belajar mereka ialah : tidur lewat! Belajar 9 – 2 pagi setiap hari. Apa tu? Bangun pagi 5 utk persiapan ke sekolah dan ia dilakukan hampir setiap hari. Bagus juga tetapi kenapa kesannya sangat rendah? Sifu percaya ia disebabkan otak mereka menjadi ‘penat’, kurang cerdas. Kesannya, walaupun ada pelajar itu selalu mencapai gred 3B ke atas setiap kali ujian dan peperiksaan tetapi ketika tingkata lima, percubaan dan SPM sebenar, ia menurun mendadak tetapi pada masa-masa itulah pula beliau meningkatkan masa belajar sehingga ke sebelah pagi. Wah panjang pula komen sifu. Ginilah Skywalker, kalau awak rasa sesuai ke politeknik sebenarnya sifu lagi setuju. Katakan sahaja ke ibu bapa awak kelebihan belajar di poli ialah awak pasti akan keluar dengan diploma pengajian perniagaan, dan yuran semester hanya RM200. Jika tinggal asrama RM250 kalau sifu tak silap. Pelajar poli juga berpeluang menjalankan latihan industri so kalau awak bijak menggunakan kesempatan itu, pada masa latihan industri itulah awak boleh impresskan bakal majikan dan mungkin jika rezeki awak ada, mereka akan offer awak kerja dgn mereka. Kalau takpun, awak tetap akan dapat diploma dan selepas itu memohon dan masuk ke ijazah. Sifu percaya Skywalker akan mampu lakukannya, kerana ramai lagi pelajar terdahulu yang dah buktikannya juga.

  210. salam
    nk mntk opinion sifu atau athrun atau sesiape je
    saya berminat nk study accountancy
    bru2 ni dpt offer uia asasi ekonomi&sains pengurusan dn jgk offer prog cat&acca uitm s.alam
    tp skrg ni tgh confused nk pilih which one sbb both pon cm bgus je
    saya ni xtau sgt jd nk mntk pndangan

    tq 😀

  211. sifu..

    betul ker graduan politeknik perlu bekerja setahun dua sebelum mereka meneruskan ijazah??

  212. Skywalker,
    Setahu sifu tak semestinya. Dari mana Skywalker dapat maklumat itu? Tetapi sebilangan pelajar poli senang dapat kerja, dan sebab itu ramai yang pilih kerja dahulu, baru fikir nak sambung ijazah. Tapi ia tertakluk kepada matlamat masing-masing.

  213. Wafa,
    Kalau awak sememangnya bercita-cita nak jadi akauntan, then macam Athrun cakap, better ikuti program sijil profesional. Kalau Wafa pilih acca-cat tu, pastikan juga dapat tajaan kerana yuran pengajian sememangnya tinggi. Kesian pula ibu bapa atau adik-adik lain, kecualilah mereka sanggup juga keluarkan dari kocek mereka, then tahniah. Kita tunggu aja respons Athrun.

  214. saya dgar dr beberapa senior saya…
    mereka kata jika mengambil kurus diploma di politeknik perlu bekerja terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi…lagi satu,adakah jurusan pengurusan perniagaan nie mempunyai banyak peluang pekerjaan??

  215. Skywalker,
    Sifu telah melakukan research online dan membuat beberapa bacaan. Tidak ada maklumat rasmipun yang mengatakan lepasan politeknik mesti bekerja sebelum layak ke IPTA. Daripada laporan kajian oleh politeknik sendiri, http://www.politeknik.edu.my/WebSept07/KajianGraduanX.asp, sifu boleh buat kesimpulan yang selamat bahawa pelajar diploma politeknik boleh melanjutkan pelajaran terus ke IPTA, tetapi dalam kebanyakan kes terdapat tempoh menunggu. Ini kerana tarikh tamat pengajian di politeknik ada pelbagai manakala pengambilan pelajar ke ijazah ditetapkan oleh MOHE setiap Julai. Ini menyebabkan ramai pelajar politeknik yang dah tamat pengajian tetapi belum boleh masuk ke IPTA. So apa patut dilakukan? Bekerja lebih baik, maka ramai pelajar yang bekerja terlebih dahulu, seperti yang sifu nyatakan sebelum ini.
    Ambil contoh, katalah pelajar lepasan SPM memasuki politeknik ambilan disember mengikuti program diploma sains kesetiausahaan 4 semester. katalah pelajar ini mula belajar disember 2006
    Sem 1 – Disember 2006
    Sem 2 – Julai 2007
    Sem 3 – Disember 2007
    Sem 4 – Julai 2008
    Beliau tamat dalam bulan Okt/Nov 2008 sedangkan pengambilan ke ijazah hanya akan bermula sesi Julai 2009. Dalam kes ini, pelajar politeknik ini perlu atau memilih mengisi ruang itu dengan bekerja sementara menunggu tawaran dari IPTA. Mereka juga akan memohon mengikut prosedur yang sama. Walau bagaimanapun, skywalker harus ingat politeknik menawarkan pelbagai bidang yang mempunyai tempoh masa yang berbeza dan pengambilan yang berbeza. Maka setiap kes pelajar hendaklah dilihat secara berasingan.
    Perkara yang serupa juga berlaku kepada pelajar lepasan sijil politeknik, berlakunya ‘tempoh menunggu’ ke diploma di IPTA juga. Lainlah sijil ke diploma politeknik, boleh dikatakan tempoh menunggu singkat kerana politeknik adakan ambilan 2 kali setahun so pelajar sijil politeknik tidak ada masalah meneruskan pengajian ke diploma, tak semestinya bekerja terus. Tetapi sijil dari kolej komuniti MESTI punya pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum layak masuk ke diploma politeknik.
    Harap penerangan sifu dapat meleraikan keraguan Skywalker. Tapi jika sifu tetap salah, maka maaflah dan betulkan sifu.

  216. salam..
    sy nk mintak pendapat sifu,yg mana sy patut pilih?Asasi sains hayat di um or tajaan mara untuk ke luar negara(medic)??sy konfius sbb dua2 ok.Byk sgt ke beza kalau belajar kt oversea brbanding kt dlm negara?
    -thanks

  217. ns..

    lebih baek pilih tawaran luar negara…kenapa mesti tolak peluang yang orang lain semua berebut-rebut hendak pergi..peluangnya lebih cerah..lainlah kalu NS tidak bercadang untuk belajar ke luar negara…asasi sains di UM pun ok jugak…takder masalah…NS niyh dianggap bertuah kerana mempunyai hala tujuan serta tawaran yang hebat-hebat jika dibandingkan orang yang tidak langsung berpeluang mendapat tawaran..jadi,hargailah sebaik-baiknya….peluang hanya datang sekali dan pilihla yang mana dirasakan terbaik….

  218. to skywalker,

    thanks 4 your opinion..

  219. Ns,
    Sifu pun punya pendapat yang sama dengan Skywalker. Tahniah dan gunakan peluang itu dengan sebaiknya. Selamat berjaya bakal doktor.

  220. Memandangkan mak and ayah saya tak benarkan saya ke matrikulasi, saya bercadang untuk ke program UPU… Malangnya, saya gagal mendapat tawaran tersebut tetapi saya sudah buat rayuan… Saya mempunyai minat dalam masakan dan pada masa yang sama saya juga minta dalam bidang perubatan… Di dalam borang rayuan saya telah meletakkan Diploma Teknologi Makmal Perubatan sebagai pilihan pertama dan Diploma Seni Kulinari pada pilihan kedua. Adakah kedua-dua bidang ini dapat menjamin masa depan saya? Adakah peluang pekerjaan dalam bidang ini terhad dan sukar untuk diperolehi?

  221. sifu…mungkin sifu sudah sedia maklum bahawa program asasi undang-undang KPM memberi peluang kepada pelajar2 nya yang cemerlang untuk menyambung degree ke UM,UUM,UKM, atau UITM sendiri..masalahnye sifu, adakah UM menerima pelajar dari asasi uitm ni?saya baru sahaja melayari internet dan search utk syarat program UM..apa yang saya dapati, syaratnya adalah seperti berikut:

    Memenuhi Syarat Am Universiti
    serta
    KEPERLUAN KHAS PROGRAM

    Lulus dengan sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat(4) mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf.

    (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C dengan (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti Kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf.)

    Bukankah ini utk lepasan STPM sahaja?mengapa tiada syarat utk lepasan asasi undang-undang uitm(KPM)?..adakah ini bermaksud UM tidak menerima pelajar asasi?ataupun pelajar matrikulasi sendiri?..wah,saya memang dah pasang azam nak pergi UM lepas asasi undang2 uitm KPM nnt..macamane ye sifu?

  222. Amar,
    Nampaknya anda bertuah. Setakat yang sifu tahu, kedua-duanya mempunyai pluang yang agak cerah, tapi tak tahulah kalau 3-4 tahun akan datang keadaan berubah. Untuk itu sifu cadangkan awak cuba memasuki Diploma Teknologi Makmal Perubatan, jika rayuan awak diterima. Jika tidak, barulah awak pilih kulinari. Apa-apapun, pencarian pekerjaan tahun akan datang memerlukan seseorang itu mahir serba serbi. So terserah kepada anda bagaimana melengkapkan diri anda sendiri.
    The best man will be accepted.

  223. Nikki,
    Ya, UM juga menerima asasi dari UiTM. Program asasi dimasukkan sekali dalam kelayakan lepasan matrikulasi. In fact, program asasi ini juga dikenali sebagai matrikulasi IPTA.

  224. baik sifu..terima kasih..owh..selamat hari guru=)

  225. wah sifu..penerangan yang agak panjang..hehe..apa2 pn terima kasih atas infomasi yg sifu..
    nnti sy rujuk sumber2 lain sekali..

  226. sifu…nak tnye skit
    maybe off topic lar..

    sifu rase la..biomedical engineering ade wide potential x sama ade dlam job prospect mahupon gaji….

    ataupun bley x sifu komen agak2 nye kos engineering ape yg demanding skang but at the same time suitable 4 women???

  227. sifu,sy skunk kat matrix phg . .
    nex week stat blaja,mulela terkejo2 . .
    kompom sy jd kurus yg melampau sifu . .hehe . .
    doakan sy ye . . terime kaseh sifuu

  228. sifu…
    boleh tak sifu ceritakan serba sedikit tentang kolej poly tech mara???

  229. hai sifu……….
    saya dpt panggilan ke ipta iaitu udm-universiti darul iman malaysia.course pentadbiran islam.sifu rase ok x kalau saya ambek course tue?selain tue saya ade apply gak kuis n unisel course perakaunan..sifu rase yang mane patut saye pergi?kuis @unisel..saye ingat saye x jadi pergi ke udm sbb saye sukakan akaun..so, i’m very confius where should i go?unisel @ kuis-kelej universiti islam selangor..dan sifu rase boleh ke saya ambik course akaun?nie saye lampirkan result saye..

    bm-1,bi-7,mt-2,sc-2,sj-3,add math-6,akaun-4,eko-4,pqs-2,psi-3,bat-5…

    saye harap sifu boleh selesaikan masalah dan confius saye nie..

  230. Idayu,
    Sori sifu pun blurr lagi pasal tu.

    Skywalker,
    Apa kata kita jemput Athrun ceritakan hal itu. Sekarang ni dia belajar di KPTM. Kita tunggu respons dia.

    Keliru sangatt,
    Jangan keliru lagi. Tepuk dada tanya selera. Jika dah minat akaun, maka sudah tentu pilihan sesuai ialah bidang itu juga. setiap seseorang berhak mengubah nasibnya (kecuali mati), so sifu pasti KS juga berhak utk cemerlang nanti. SPM tu dah jadi sejarah, sekadar kunci peluang, kini awak kena buat kunci baru pula. Ada baca pos terbaru ttg Sijil Profesional tak? Awak boleh juga cuba-cuba KPTM dan ikuti program Acca-CAT mereka. Mahal tu memang mahal tapi bertuahlah awak kalau dapat tajaan MARA. Anyway, sifu rasa KUIS atau Unisel tu sesuai dgn awak kerana awak dapat diploma perakaunan. Go for it, asal saja ibu bapa turut setuju dan sanggup tanggung pembiayaan anda.

  231. to Skywalker,

    KPTM dahulunya dikenali kolej yayasan pelajaran mara,KPTM ada kolej swasta milik MARA sepenuhnya.KPTM menyediakan tempat bg pelajar2 lepasan SPM,STPM,Diploma dan degree.pelajar2 yg belajar di KPTM biasanya akn mendapat tajaan MARA jika memenuhi kriteria yg ditetapkan kecuali pelajar yg mengambil kos UITM secara,mereka hanya mendapat pinjaman ptptn.Skywalker boleh dptkan maklumat lanjut di http://www.kptm.edu.com.

  232. tq sifu dgan jwpn sifu td.tp kn sifu rase antare kuis dgn unisel sifu rase mane lebih bgus saye pergi?tolonglah sifu bri pendapat sifu tentang hal ini ea..yang sijil profesional saya x brape fhm la sifu..

  233. hai athrun zala n sifu..

    saya nak tanye pendapat bagi pihak athrun zala n sifu..yang mane patut saye pilih sekarang..UNISEL@KUIS..saya da blurr yang mane patut saye pilih..dgar kate kuis nak naik taraf u jgak ek?tapi saye x kesah u atau kolej..kalau saye msuk unisel,course yang saye amek dkat btg berjuntai..emm..nampknye rmi yang tnye pelbagai soalan kat sifu kn…sye sprti yang lain berharap sifu n athrun zala dapat reply semule..

    kpd chatter yang boleh memberikan pendapat,saye amat2 berharap anda semue dpt menolong saye..

    sifu cmne yer saye nk memantapkan lagi penguasaan saye nie,saye amat lemah dalam bi..bi saye 7d.saye amat sedih dgn kptusan nie..tapi saye redha.mgkin ada hikmah di sebalik ujian nie..saye tidak lagi mempunyai seorang ibu yang mane jga belh memberikan semangat n pendapat buat saye..boleh ke saye menerima keadaan yang saye ptut trime bahawa pmbelajaran di u amat mmentingkan bi.saye risau dgn keadaan nie..

    saye jga ingin berterima kasih kerana sudi jwp soalan saye td…sifu saye punye kptusan spm teruk ker bg sifu?blaja course akaun susah ke dkt u nt..

  234. sifu..
    saya masih blank laa dan tak dpt buat keputusan hendak ke poli atau form 6…
    saya masih kabur2 dan takut3 kalu susah hendak menyambung pelajaran ke ijazah jika saya amik poli sebab ramai orang menganggap keluaran diploma poli mempunyai peluang yg tipis untuk mengambil ijazah di IPTA…
    tolong!!!
    =)

  235. 1.apakah subjek dalam diploma sains?
    2.Adakah prospek kerjaya bidang ini luas?

  236. 1.apakah subjek dalam diploma farmasi?
    2.Adakah prospek kerjaya bidang ini luas?

  237. confused gurlz

    sifu.

    sy nk tnye la.sy tlh ditwarkan utk blajar kat UNISEL btg berjuntai dlm diploma pendidikan pra sekolah.Sy tak tau la. sy dh dok sne dlm 2 mggu.tp cam xada keserasian dgn keadaan kat sne. nk kata minat jd cikgu tue tak la minat sangat. lgpun sy memang tggu twaran f.6..ingat tak dpt.tup tup ble dh msuk UNISEL bru tahu sy tlh ditwarkan utk ke f.6.. sy tak tau la sme ada sy nk terus study kat UNISEL ke tak..sy pun tak brapa yakin utk trus berada di UNISEL.apa pendapat sifu??

  238. to skywalker,

    nie saye punye pendapat terpulg juga kpd awk untk memilih kan..saye rase elok juge awak ke poli..x semestinye dkt poli untuk ke ijazah susah kan..saye rase x..keluaran poli sng untuk mendapat kerja seperti yang saye slalu dgar..tp nak ke t.6 ok jugak tapi awk kena lah berusaha lebih sikit sbb ramai kate kalau ke t6 x struggle x boleh… lebih2 lagi subjek ekonomi..so,pilih lah yang mane terbaik tok awk,saya doakan awk success slalu..
    hehe..(boleh ganti sifu nampaknye)..”gurau je sifu ek”

    n to confused gurlz..ok ke blaja dkt btg berjuntai..best x..knape awk ambk couse 2..awk mintak ek?saye pun keliru saye nk g kuis@unisel

  239. Skywalker,
    Sifu pun setuju awak ke politeknik. Form6 gerenti dah ada tempat, jika tolak politeknik, belajarlah bersungguh-sungguh ke F6. Ingat je, F6 bukan sistem semester (belum lagi), exam STPM sekaligus tahun depan. politeknik, sistem semester, boleh kumpul gred.

  240. Cofused Girlz,
    Okay apa jadi guru tadika. Bincang juga dgn ibu bapa, adakah mereka redha jika awak berhenti dari UNISEL tu, sebab dah daftar dah pun. Jika mereka dah setujui, then masuklah ke F6, tapi ingat, awak hadir ke F6 bukan untuk bersuka-suka. Awak ada misi melepasi syarat ke IPTA peringkat ijazah.

  241. salam sifu….
    bulan lps..saye ade btanya kpd sifu mengenai “bi x kredit”…
    dan sifu mencadangkan repeat paper bi blek….saye pon terpikir macam tu gak coz skrg ni nk keje ngan kerajaan pon result spm stil dirujuk…ssh nk dpt keje ngan kerajaan kalo BI x kredit walau setinggi mane pon kite blaja…

    alhamdulilah…pemohonan saya ke uitm tlah diterima.saya mendapat kos sn komputer.kalo saya dh msok U…boleh ker saya nk repeat balek paper BI ujung taon ni….?sblm ni saya mmg bcadang nk repeat smula paper BI…

  242. Naruto90,
    Boleh kot. Awak dah daftar ke untuk ulang BI? kalau belum lagi, rasanya dah lepas tu, kena tunggu tahun depat plak. Tapi kalau dah ke UiTM tu, cuba tanya kaunselor, cakap dgn jujur berapa BI awak dlm SPM dan tanya adakah masih perlu patching BI dalam SPM. Adakah MUET nanti boleh cover kelemahan SPM itu. Apa akan jadi jika tak patching BI, walaupun MUET band 3/4 terhadap permohonan kerja dgn kerajaan. Jika MUET boleh cover BI SPM awak, maka awak ada pilihan nak patching atau tidak.

  243. to sifu dan keliru sangatttt..
    terima kasih kepada pendapat anda berdua…
    saya dah jumpa jalan sebenar saya…
    ha3…
    saya sudah ambil keputusan saya akan ke politeknik…
    biarlaa apa2 yang terjadi pada masa hadapan,saya akan hadapinya…
    paperpun,teima kasih atas pendpat kalian…
    dan semoga ALLAH memberkati kalian…
    mmmuaaahhhhxxx!!!!

  244. Skywalker,
    selamat berjaya. Doa kami mengiringi perjalanan anda.

  245. emmm sifu saye rase saye da wat kptuasn yang betul…saye rase saye nak ke unisel…ok x sifu..

    skywalker,

    saye sokong awak masuk ke poli..sbnarnye poli 2 bagus la,so, dont worry ok?

  246. Keliru Sangat,
    Tahniah. Unisel we go. Sifu doakan kejayaan anda di sana kelak.

  247. ok tq sifu..smoga pemergian saye ke unisel berjalan lancar..emm sifu saye same la masalah dgn naruto90..bi x credit..ingat nak ambek tahun depan coz tahn nie nyer da lepas..boleh ke sifu..sifu dkat unisel mara dibekukan betul ke?
    sifu mengajar di school mane ek?

  248. Keliru Sangat,
    Sifu nik ngajo kat KK, Sabah. Apa maksud awak mara dibekukan?

  249. Sifu skrg ni sy da masuk form 6 utk sementara waktu..
    dr kelas sains sy mintak tukar kelas kemanusiaan,
    so pasni sy amek subjek..
    Pngajian am,MUET,Ekonomi,Sejarah dengan pengajian perniagaan..
    mle2 nk ingtkan nak ambik maths s..
    tp add maths saya weak,so sy tak berani nk ambik risiko..

    is that a wise choice sifu?sbb pilihan matapelajaran kat skola sy ikut pakej kelas..

  250. sifu saya nak tanya pendapat sifu tentang GMi (german malaysian institue), saya ditawarkan kos Network Security, sifu taw tak kos apa tu? saya main tekan ja time isi borang haritu, tapi tengok GMi ni macam best saja, under MARA pulak tu, nak tanya la pendapat sifu macam mana,

    Athrun GMi sebelah KPTM saja kan? bagaimana dengan kampus GMi?

    sifu sekarang saya ambil tingkatan enam jurusan sains, kelas tak mula lagi just penerangan sikit2 dari cikgu, pada hari pertama kelas kimia saya rasa susah sangat kimia tu, dan decide nak tukar ke aliran sastera, saya pon dah isi borang sastera, tapi bila second kelas pulak saya rasa senang la pulak, cikgu tu ajaq pon best, macam mana ha sifu? perlukah saya stick dekat sains ataupun tukar?

    saya dah tanya ayah saya dia suh try dulu, kalau tak boleh sangat2 baru tukar, baru 2minggu dok sekolah tu

  251. to qylla…

    subjek yg awak amik tue lebih kurang ngan saya amik kat f6..cuma saya tak amik sejarah..saya tukar ngan bm..the option is not bad selagi awak rajin membaca dan sentiasa berusaha..jangan amik risiko kalau awak rasa awak tak mampu amik math dan awak tak perlu menyesal pun sebenarnya…yang perlu qylla pikir sekarang ialah strategi seterusnya dalam meneruskan perjuangan…ha33…saya memberi pendapat dari pengalaman saya sendiri…

  252. to keliru sangattt…

    thanx for ur support…
    sebenarnya awaklaa orang pertama yang memberi sokongan kepada saya….
    terima kasih dan saya sentisa mendoakan kejayaan awak pada masa hadapan…
    ada masa e-mail laa saya…
    wah33…
    x]

  253. emm pasal mara dibekukan dulu coz orang ramai x bayar…emmm…sifu camane saye nak cek kod kursus diploma perakaunan di unisel batang berjuntai….saye try bkak laman web MQA..nak cek course 2 ade diiktiaf MQA atau x….sifu plez bantu saye…

  254. same2 skywalker…
    kte mestilah sentiase menyokong antara same lain…
    wat yang terbaik kat poli…poli kat ne?..
    email????emmm…ok…bg la alamat email…

  255. assalamualaikum sifu…
    terima kasih atas nasihat

    tapi saya masih keliru diantar sijil dan diploma kejuruteraan
    adakah saya patut mengambil diploma atau sijil kejuruteraan kerana saya tidak mempunyai asas dalam bidang kejuruteraan..

  256. skywalker,
    thanks for ur opinion..
    yep..strategy is the most important to plan our future..
    but then kite kna byk doa dan berusaha..
    (=

    all the best utk kengkawan semua..!!!

  257. Qylla,
    samalah macam Skywalker kata. Okay tu.

    PiDOT,
    tu soalan susah sifu nak jawab. Bergantung kepada halatuju selepas STPM, awak nak belajar aliran apa. Tentang GMI tu, okay barangkali. Kalau ditaja MARA tu maknanya okaylah tu.

  258. Amz,
    Kalau dah ditawarkan ke diploma, tak perlulah ambil sijil lagi. Kalau awak hanya layak ke sijil, maka mungkin sesuai awak ambil sijil kejuruteraan terlebih dahulu sebelum layak ke diploma. Anda minat kejuruteraan, ya tak, then kalau itu adalah diploma dan awak yakin tak akan ada peluang lain lagi, dan awak sanggup terlewat ke ijazah then politeknik tu sesuai.

  259. sifu bolh tolong saye semakkan diploma perakaunan di uniel diiktiraf mqa ke x??

  260. kepada kawan2…

    selamat berjuang dan selamat berjaya dan semoga kita akan sama-sama jumpa
    kejayaan di masa hadapan..
    email saya?? medi_sierra2004@yahoo.com
    siap2 yang nak email dgan saya,silakan…
    insya allah,saya akan menjwabnya…
    wah..
    bukan promote erk….
    hak33….

  261. Keliru Sangat,
    Ya, diploma perakaunan UNISEL diiktiraf MQA (dulu LAN) tapi ada tarikh luput – 16/01/2010. Nak cari apakah program di IPT atau maklumat lain? Lakukan carian melalui lamanweb MQA di sini.

  262. tq sifu….sifu banyak membantu saye….dari segi nasihat,pelbagai sifu berikan….smoga sifu dimurahkan rezeki…sifu memang asal sabah ker….camane sifu bolh dapat idea membuat laman web yang sangat bergune nieee…..bgs sgt web nie…..tahniah sifu….eemmmmm sifu…boleh ke saye ambk kos nie coz kat skolah dulu saye slalu pekse akaun kalau x dapat b4 saye dapat c5….

  263. naruto90…ade ker paper julai bi….saye mcm awk bi x credit

  264. Menghitung hari

    Saya telah membaca respons daripd Sifu..Terima kasih banyak-banyak..Boleh tak Sifu jelaskan bagaimana jika saya masuk matriks tapi tak dapat pointer 4.0, macamana saya nak further medic? Adakah saya terpaksa pilih bidang lain ataupun ada cara penyelesaiaannya?

  265. Menghitung Hari,
    Setiap sesuatu peluang itu, kita mesti anggap sebagai ‘one-shot opportunity’. Program medic ni lain sikit. tanggapan sifu ialah ia program yang tak boleh sebarang orang ikuti, mesti yang dedikasi, berani, dan intelektual tinggi. Ini kerana ia berkaitan kesihatan dan tubuh badan manusia. Kerana tanggapan sebegini yang diperakukan oleh masyarakat dan profesion itu sendiri, maka pelajar-pelajar ke medic semestinya yang terbaik, sebaik mungkin, dan terpilih. Lepasan matrikulasi adalah salah satu dari golongan pelajar yang berpotensi memenuhi harapan itu, begitu juga pelajar lepasan STPM jurusan sains atau asasi sains itu sendiri. Calon yang bakal memohon program medic dalam negara dan luar nagera sehingga ke hari ini melebihi ruang peluang belajar. Jika tawaran hanya 300 tempat ke ijazah perubatan, pemohon pula 10000 calon. Imagine that! Takpun peluang belajar hanya 500 tempat tetapi calon memohon 5000 orang. Masih lagi terlalu ramai. Jumlah sebenar sifu tak tau, tetapi setakat ini keadaan ‘permintaan melebihi penawaran’ masih wujud. So anda adalah salah seorang yang bakal memohon, katalah dari 5000 orang tu, 4999 orang adalah pesaing anda. Sudah tentulah the best person wins. kemudian tu, peluang tu umpama ‘one-shot’ aje, dapat atau tak dapat aje.
    katalan awak mendapat 3.9 which is excellent, tetapi 1000 orang dapat 4.00 plus markah ko-kum tertinggi, what do you think of your chances? Peluang anda ialah belajar sendiri, di luar negara. IPTA setakat pengetahuan sifu, pengambilan medic ditetapkan oleh kerajaan 100%, maknya orang yang terpilih itu konfirm ditaja oleh JPA dan akan memenuhi kontrak tugas selepas tamat pengajian. Pilihan awak mungkin, jika dibenarkan Kementerian Kesihatan malaysia, anda belajar di IPT luar negara MELALUI pembiayaan sendiri, yang sememangnya amat mahal berbanding kursus luar negara lain. Jika tak mampu, dan apa yang anda takuti berlaku, anda terpaksalah akur keapda keadaan dan mencari peluang dalam bidang lain sesuai dengan kecemerlangan anda itu. Itulah setakat pandangan sifu tentang hal ini. Kebetulannya buat masa ini, persaingan adalah sengit, bukan hanya di kalangan calon SPM dan STPM secara umum, malahan calon cemerlang mempunyai bentuk persaingan mereka yang tersendiri. Kini pelajar cemerlang 4.0 juga tak semestinya dapat program ijazah popular kerana still tawaran tempat masih sedikit berbanding calon yang memohon dengan pointer tertinggi itu. Awak tak perlulah resah, risau atau sebagainya. Sememangnya keadaan ini dijangka oleh kerajaan, pendidik malah kami guru sekolah juga. Semakin maju negara kita, semakin berkualiti kesihatan dan pendidikan rakyat Malaysia, maka semakin ramai individu remaja atau belia yang mencapai tahap cemerlang. Buat masa ini, peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA telahpun ditingkatkan dengan menaiktaraf beberapa buah kolej-universiti tertentu kepada universiti awam. Tetapi demi menjaga kualiti pendidikan, tidak ada IPTA yang akan mengambil semua pelajar setiap tahun tanpa mengambil kira kekuatan atau kelemahan akademik mereka, apatah lagi membuka ruang belajar bidang kritikal dengan begitu terbuka sehingga boleh menjejaskan kualiti graduan.

  266. Menghitung hari

    Wah cepatnya Sifu reply! Kawan kakak saya masa PMR and SPM dapat straight A’s tapi sayangnya pointer untuk matriks dia hanyalah 3.2.. So, sebab dia x dpt further medic di buat Pre-Medicine di Indonesia..Apa pendapat Sifu mengenai Pre-medicine. Apa itu Pre-medicine?

  267. Menghitung hari

    Maaf Sifu, saya ada perkara yang hendak ditambah… kakak kawan saya sekarang telah bekerja sebagai doktor walaupun dia tidak dapat pointer 4.0 masa kat matriks dulu… Lepas dia buat Pre-Medicine dia terus buat degree. Lepas degree dia kerja sebelum sambung buat specialised surgery. Saya kurang faham bila kawn saya tu jelaskan..Bolehkah Sifu tolong jelaskan..terima kasih banyak2..:)

  268. Keliru Sangat,
    1. ni sifu nak tanya dulu, KS pakai rangkaian apa? streamyx, jaring atau apa?
    2. Yes, sifu Sabahan, bumiputera Sabah. Sifu tinggal di Papar, ulang alik setiap hari ke sekolah, adalah lebih kurang 40-50 minit.
    3. Untuk menjawab soalan KS pasal kewujudan lamanweb ni. Blog inipun sifu buat asalnya sekadar kongsi soalan dan jawapan modul tulisan sifu serta skema jawapan MRSM. Tapi macam yang KS baca sekarang ni, dah bertambah pula. Yalah, sifu dulupun tercari-cari bahan di internet, sifu sendiri suruh pelajar cari bahan di internet tapi prinsip perakaunan sukar di cari masa tu. Dulu hanya ada nota-nota, contohnya di MNY Online. Soalan pula hanya ada MRSM. So, pendek kata, lebih baik sifu sebagai guru mulakan langkah mainkan peranan seperti kelompok kecil pendahulu itu. Alhamdulillah ramai orang, guru mahupun pelajar, dapat manfaatnya.
    4. Boleh apa, kerana KS masih bijak, dan akan bertambah bijak. Kebijaksanaan itu mesti terus dipupuk. Mulakan dengan keyakinan diri bahawa awak boleh, teruskan dengan usaha yang terancang, bukan suka-suka hati, dan bayangkan kejayaan yang akan dicapai sebagai pendorong tambahan. Semua ilmu tu asalnya susah kerana pertama kali belajar, tetapi setelah mengetahuinya, KS pasti akan sedar betapa mudahnya belajar dan mencari ilmu lanjutan itu. Percayalah. Sifu dulupun macam korang masa remaja, tetapi yalah masa sifu kurang bimbingan langsung, tiada kaunselor, tiada sesiapa dalam keluarga yang pernah belajar tinggi-tinggi. So sifulah pemula. Tapi sekarang sifu yakin KS dah ada peluang mencari sokongan, dorongan dan nasihat tambahan, kaunselor sekolah, blog sifu ini, dan mungkin lamanweb atau forum lain. Nasihat ibu bapa sudah tentulah selalu didengar. Harapan sifu ialah KS akan berjaya mencapai kejayaan bukan sahaja sekarang tetapi juga karier anda. Mudah-mudahan dengan kejujuran KS belajar dan ikhlas mengejar cita-cita, Allah murahkan rezeki, mudahkan peluang dan pencapaian kerjaya yang diimpikan.

  269. Menghitung Hari,
    Zaman kakak awak lain, zaman awak lain. Dulu tak ramai yang belajar ke matriks, kolej tak banyak, sekarang ni matriks aje ada 11 kolej. Pelajar STPM jurusan sains pula semakin bertambah. Just imagine, dalam tempoh 10-20 tahun sememangnya ada perubahan. Tak payah bandingkan jauh, even dalam tempoh 5 tahun terakhir inipun, tiba-tiba aje ramai pelajar cemerlang dalam STPM dan SPM. Semakin lama semakin ramai yang yakin dan berusaha mendapat pointer 4.0. maka sudah tentulah IPTA semakin berpeluang memilih yang terbaik. 5 tahun yang lampau, kumpulan 4.0 ini amat sedikit, so pelajar yang 3.2 pun dapat masuk medic. Tu kira tuah mereka dulu-dululah.
    Sifu pula dah tinggalkan pengajian tinggi 12 tahun, banyak dah perbezaannya. Dulu biasiswa negeri-negeri ada, PTPTn tak ada, MARA beri pinjaman pelajar IPTA juga, tapi boleh convert ke biasiswa jika dapat penuhi syarat. Sekarang ini IPTA kalau ada pinjaman MARA pun tak boleh convert. Tapi pinjaman MARA bagi pelajar IPTS boleh convert selagi dapat pointer 3.5, dulu mana ada macam tu. Dulu IPTA tak banyak, masa sifu dulu kalau tak silap hanya ada 6 Univesiti(UM, UKM, USM, UUM, UPM, UTM) dan ITM belum jadi universiti, hanya tawarkan diploma dan diploma lanjutan. Masa dulu juga IPTS tak banyak. Matrikulasi KPM belum wujud. Matrikulasi UKM ada dibuka di beberapa buah sekolah asrama penuh, matrikulasi UPM selepas itu dibuka. PASUM UM sahaja yang ada. Imagine that perbezaan yang amat ketara sekarang. Dulu tak ramai pelajar yang ambil STPM pun kerana ramai memilih kerja selepas SPM. Ekonomi masa tu tak mendesak. Sekarang lain, kalau SPM aje, kerani rendah aje, tapi ekonomi semakin mendesak, harga barang tinggi. Ramai ibu bapa paksa/pujuk/nasihat/rayu anak belajar tinggi-tinggi supaya dapat gaji tinggi. Kesannya permintaan ke Universiti semakin meningkat. Kesannya juga matrikulasi KPM semakin popular, kesannya juga semakin ramai pelajar belajar tingkatan 6 dan cemerlang juga, ramai orang yang nak belajar. Kesannya juga semakin banyak IPTA dibuka dan kesannya juga…. Eh, terlalu banyak perkara yang boleh ditulis.
    Kesimpulannya, tuah orang tak sama, ruang dan peluang orang tak sama. Awak orang tahun 2008, fikirkan untuk masa depan awak. Tak semestinya potensi awak diperjudikan semata-mata kerana pengalaman orang terdahulu, mereka kelompok terdahulu. Sudah tentulah jika awak dapat 4.0, bersusah paya menelaah pelajaran, tiba-tiba pula kawan awak yang kurang sikit 3.5 sahaja turut bersama anda belajar medic, maka anda terasa anda bodoh atau rugi. Sebaliknya ia satu bonus untuk anda. Di sebalik susah-payah itu, anda sebenarnya semaking menguasai ilmu yang diperlukan menjadi doktor. Tak mustahl penguasaan ilmu yang lebih baik itu membolehkan anda menjadi bakal-doktor cemerlang diperingkat ijazah dan terpilih untuk terus menjadi doktor pakar. Setiap sesuatu yang dikorbankan dengan ikhlas pasti akan dapat nikmat yang setimpal, jika tidak dalam masa terdekat, mungkin masa akan datang.
    Harap awak faham sekarang. Play safe, be safe, and be careful when making comparison. Not everything were make equals.

  270. Menghitung Hari,
    Pre-medicine tu semacam program asasi sains juga kalau di Malaysia. Sayangnya kakak kawan awak tu, terpaksa melalui program pra-u atau pra-ijazah 2 kali! Tapi sifu tetap ucapkan tahniah kerana sanggup mengharunginya. Walaupun terbazir 2 tahun masa di matriks (dulu ada 1 dan 2 tahun), tapi kerana nak juga jadi doktor terpaksa pula ikuti semula program pre-medicine tu. SALUTE!

  271. ok tq atas semue nasihat yang sifu berikan….a lot…saye gne jaringan DIGI……..why?
    ooo.macam 2 ea..ok saye akan berusaha bersungguh-sungguh demi mase depan yang saye impikan…!!!!!!!
    GO GO CHAYOK!!!!!!!!!!

  272. sya lepasan matrik 2007/2008..dgn pngk 4.00..
    sya nak tahu slaen program overseaa tuk jdk guru matrik..
    takkan jpa n mara or petronas kuarkan permohonan??
    cdeynye..

  273. salam…
    waaa
    sifu…alhamdullillah
    sy dpt matrikulasi changlun
    haha
    jadi sy x perlu ke poli..
    bersyukur…
    terima kasih sifu !

  274. akum.saya pelajar kolej matrikulasi.masalah saya ialah saya diserang dmam pelentong sejurus selepas tamat mingu orientasi.saya terlepas kuliah selama seminggu.menurut cerita2 rakan di kolej..banyak perkara saya sudah ketinggalan memandang lecturer memang speed ketika mengajar kerana ini merupakan program fast trek setahun.bolehkah cekgu bantu saya bagaimana teknik atau usha yang perlu saya lakukan untuk catch up apa yang saya ketinggalan..sesungguhnya saya sangat risau dan teramat buntu…juga bantu saya memberi tips yang lebey detail tentang cara belajar di matrikulasi memandangkan ia sangat berbeza dengn cara pembelajaran ketika spm..bantuan cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih banyak banyak.

  275. MOHAMAD SUFRI ADILIN

    saya baru terima tawaran pergi matrik kat arau perlis……….saya tak tahu samaada boleh catch up apabila masuk matrik nanti….dah tempat saya dapat jauh dari rumah saya…saya dapat matrik kat arau perlis dalam bidang akaun…saya tinggal di seremban….lg satu jurusan yang saya dpt saya takde basic….boleh tak bagi tips cara belajar akaun dengan mudah….

  276. Menghitung hari

    Waaa…Sifu terima kasih banyak-banyak atas nasihat Sifu itu..TQ sebab sanggup luangkan masa sampai ke larut malam..Saya hairan macam mana Sifu manage masa Sifu sebaik-baiknya utk reply komen yg banyak nie.. Apa pun terima kasih banyak-banyak..

  277. Sha,
    Tak pe, lepas ijazah masih boleh ke overseas, ambil masters atau PhD. Takpun dari semenanjung ke overseas to Sabah Sarawak pun okay. 8)

    Amirah,
    Tahniah. Belajar rajin-rajin ye.

    Nur Syazana,
    Sukar gak nak bagi nasihat online kpd awak yang dah sakit tu. Ginilah, jumpa kaunselor dulu. Dan pada masa yg sama, tabahkan hati. Katakan pada diri sendiri, “matangkan diriku, aku boleh buat ni, kalau orang lain boleh kenapa aku tidak.” Rancang pembelajaran semasa dengan pembelajaran yang tertinggal tu. Walaupun dah ketinggal kuliah 1-2 minggu, kalau baca buku atau nota setiap subjek tu, boleh habis dalam 1-2 jam persubjek, so pastikan awak keepup dgn rakan lain. Pernah tonton rancangan TV Survivor tak? Ataupun The Apprentice? Ingat aje cari kawan yang boleh membantu anda, dan anda juga boleh membantu dia. Rakan yang baik tak akan wujud jika kita hanya gunakan ia, ssebaliknya kita pula yg pentingkan diri sendiri, tak boleh macam tu. Bila org perasan, dia tak akan bantu kita lagi. So, minta tolong rakan-rakan sekuliah dgn jujur, cari masa luang mereka utk dapatkan penjelasan lanjut ttg kuliah yang tertinggal itu. pada masa yg sama, salin nota mrk sepantas yg boleh utk elakkan mrk rasa terganggu. Mgkn jika perlu, terpaksalah awak fotostat dulu nota mrk, baru salin semula. Jadual waktu belajar mestilah disesuaikan dgn memastikan kuliah harian didahulukan. Jangan sampai ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ yg berbentuk negatif. Dan jangan sampai berlakunya ‘yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.’ Try you best, plan your best, execute wisely.

  278. MOHAMAD SUFRI ADILIN,
    Akaunting tu mudah, itu tipsnya. Anggap semua subjek itu mudah dipelajari. Ia sekdar ilmu baru. benda baru mesti diperhalusi utk memahami isi kandungannya. Macam gak beli handphone model terbaru. Tak semua features tu kita tau, tetapi dgn membelek-belek, tekan itu-tekan ini, buat bacaan buku manual, fikirkan rasional dan hubungkait sesuatu ciri-ciri dgn ciri-ciri baru, anda pasti dapat mengagak bagaimana mengaktif dan menggunakan ciri-ciri baru itu. Sam juga dalam pencarian ilmu pengetahuan. Gunakan akal, gunakan teknik belajar yang sudah sedia ada. Fikirkan cara sesuai memahami bab ini, pupuk minat nak ketahui lebih lanjut (macam awak teroka HP) dan selalu tanya diri sendiri dan galakkan diri sendiri.
    Soal tinggal jauh tu perkara biasa. ramai lagi orang lain yang senasib dgn awak, so ia bukanlah menjadi alasan utk gagal. Sebaliknya ia mesti dijadikan alasan utk berjaya. What will happen if you go far away but ended up failure? Think about it. Pastikan sahaja kebanggaan dan kepercayaan ibu bapa dibalas dgn kecemerlangan awak juga. Ia satu pendorong yg paling berkesan. Sekurang-kurangnya kpd diri sifu ketika menjadi pelajar dahulu.

  279. Menghitung hari,
    Quote “TQ sebab sanggup luangkan masa sampai ke larut malam..Saya hairan macam mana Sifu manage masa Sifu sebaik-baiknya utk reply komen yg banyak nie.”

    Sifu memang kerap terpaksa bekerja di rumah hingga lewat malam. Antaranya merancang dan sediakan modul pengajaran. Sebab waktu kerja kat sekolah tak cukup. Pasti tak akan siap kalau hanya harapkan waktu di sklh. Sifu anggap penyediaan blog ini juga sebahagian drp komitmen sifu sebagai guru, bukannya hobi, maka sifu berusaha utk online dan jawab mana yg patut. Jika tak sempat sebelah siang, sebelam malam, atau mana-mana waktu yg dapat. Sifu masih mendisiplinkan diri utk kekal mematuhi matlamat asal pembentukan blog ini iaitu sebagai wadah sifu berhubung dan menawarkan khidmat (bakti) kpd masyarakat pelajar (atau ibu bapa). Itu menjadi pendorong sifu sejak dulu lagi. Harap menghitung hari tak tersalah tafsir pula, guru banyak waktu senggang, sebenarnya tidak.

  280. salam..
    nak tanya..saya ngah buntu nak pilih course tuk wat ijazah ney..
    sifu rasa geologist da pasaran kerja tak 4 taun akn dtg??
    geologist or geomatik lagi bnyak pluang pkerjaan??
    saya tak brapa tahu sgt bidang pngajian dia.dah wat research pun tak phm gak..
    tlg lah bgitau sya pluang kerja zmn skrg..

  281. Sha,
    Kalau sha tanya sifu, pastilah sifupun tak tau juga. Sifu cadangkan Sha Jabatan tenaga Rakyat atau hubungi terus badan-badan berkaitan. Sifu tak tau, tapi mana tau mereka boleh tolong.

  282. salam…saya dapat matrik dan sedang belajar di matrik…tapi saya akan keluar untuk ke pusat perubatan universiti malaya untuk program diploma teknologi makmal perubatan..selepas belajar saya akan bekerja di sana 5 tahun…adakah ia berbaloi??

  283. pada pendapat saya,matrik memang bagus kepada sesiapa yang yakin akan dapat kerja selepas mereka habis ambil ijazah…

  284. salam,
    boleh toleng saya, saya ngah buntu ni,
    diploma pengurusan ldang tu ok ke???

  285. thanx alot sifu coz bagii tips yg beguna sgt2 utk sye…em sye nak balik matrik da esok…hope saya dpt catch up n dpt 4 flat..tq tq tq hope usha sifu membantu kami dibalas dgn kebaikan….:)

  286. salam..

    sifu, untuk makluman, result saya dalam spm ;

    A1- BI
    A1- BM
    A2- M3
    A2- SEJ
    B3- AGAMA
    B3- EST
    B4- ADD MATHS
    C5- BIO
    C6- FIZ
    D7- KIMIA

    saya tidak mendapat tawaran dari matrik atau upu. saya telah mendaftar sebagai pelajar f6..saya telah memohon politeknik, serta perguruan, tetapi gagal mendapat tawaran..

    saya telah menerima tawaran daripada uni tenaga nasional berhad dalam foundation in accounting.. serta kolej yayasan melaka dalam diploma teknologi eletrik.

    pada pendapat sifu, haruskah saya kekal di f6, ataupun meilih di antara KYM atau UNITEN?

    saya ada mendengar, kolej yayasan tidak standard dan sebagainye..dan di uniten bagi foundation, tidak disediakan pinjaman. untuk 1 tahun, rm9000..ibu bapa saya berkata mereka sanggup untuk membayar pengajian saya.

    saya sedar peluang saya untuk matrik PDT adalah sgt tipis.

    saya tidak mempunyai sebarang minat yang khusus ke dalam satu2 bidang..

    saya harap sifu dapat memberi pendapat untuk membantu saya.

  287. Salam sifu…
    sy adalh pelajar lpasan matrik 07/08 n baru sj dpt rsult untuk sem2..

    skarang ni fasa 2 utk prmohonn ke u tlah dbuka n para plajar lpasan matrik boleh mengemaskini smula prmohonn diaorg..

    sy nk tanye sifu sama ada adakah sy msih lg boleh memilih course pndidikn dlm prmohonn fasa 2 ini..?

    utk pngetahuan sifu,dlm prmohonn fasa 1 sy tlah mmilih course TESL,mlgnya sy x brjaya mndpt tmuduga prguruan..

    sy ada mmbaca artikel yg mengatakn pelajar tdk boleh mmbuat ubahan utk course pndidikn@tmuduga yg tlah dpilih dlm fasa 1 untuk fasa 2 ini..

    adakah itu brmkna yg sy sudah tdk boleh mmilih course pndidikn @ tmuduga utk fasa 2…?

  288. Mumtazah,
    Jika itulah matlamat anda, sudah tentulah pilihan itu pilihan bijak. pastikan keputusan anda menghasilkan kejayaan sebenar.

    Nani,
    Yes, pengurusan ladang itu pastinya okay. Cuma Nani mesti realistik, takkan pemegang diploma pengurusan ladang akan dapat kerjaya di dalam bandar sahaja, peluang itu ada di mana-mana di dalam dan di luar bandar.

    Nur Suzana,
    Sifu doakan kejayaan anda juga. Amin.

    Anonymous,
    PDT hanya diumumkan bulan Jun ini. Sifu rasalah awak berpeluang ke PDT melalui result awak, jika awak memohon matriks jurusan perakaunan. Bagaimana dgn politeknik, tak ada rayuan ke? Jun ini baru tahu. Anyway, daripada lamanweb politeknik ada tercatat maklumat ini:
    “Permohonan bagi lulusan SPM atau setaraf yang tidak berjaya bagi kemasukan Sesi Julai 2008 akan diproses semula untuk kemasukan Sesi Januari 2009. Keputusannya boleh disemak mulai 22 Ogos 2008 (Jumaat).”
    So, jika awak masih nak ke politeknik utk ambilan Januari 2009 pula, maka sebaiknya awak stay di F6. Tak pun kalau awak nak tebus kegagalan itu di peringkat STPM, maka sudah tentulah sifu sokong awak teruskan di dalam F6.

  289. tq 4 da reply…akhirnya..saya jumpa satu forum yang membolehkan saya menjawab persoalan saya selama ini…harap apa yang saya tentukan diberkati Allah..

  290. Mumtazah,
    Glad to help you.

  291. terima kasih sifu..

    pandangan sifu dihargai.
    tapi, bagaimana tentang jurusan perakaunan di uniten serta diploma teknologi elektrik di kolej yayasan melaka?
    adakah tawaran tersebut wajar dipertimbangkan?

  292. sifu…
    ada tak contoh rangkaian laman web tentang prospek kerjaya melalui bidang2 tertentu??

  293. Salam sifu.
    skali lg sy msuk dsini utk mintk ptolongan sifu
    sy akn dftr utk prog asasi sains uitm pd akhir jun
    kalau2 sifu d info psl subjek pengajian asasi sains & sy ade dbrithu bhw sy bleh smbung ijazh d ipta lain slps progrm ini,ble sy perlu mmohon?adakh same dgn waktu lpsn SPM 08 buat pmohonan pd thun hadapan..
    akhir sekali,sy ada tbace yg sy bleh smbung degree d uni luar neg.bmakne sy x trikat dgn uitm & masih layak mohon scholrship mara or jpa…btul kan sifu??
    sifu ade x thu any lmn web yg diskus psal prog asasi nyh…or sesapa on9 yg lpsn asasi sains yg sy bleh refer…kalu xde xpelah…
    ok sifu…terima kasih

  294. sifu,

    wajarkah untuk saya membuat surat rayuan ke matrik PDT?
    kerana, tarikh tutup rayuan matrik sudah pon tamat.
    atau saya harus cuba saja hantar?

  295. Anonymous

    saya rasa kamu patut menelefon pihak matrik PDT berkenaan rayuan itu. Kerana walaupun kamu menghantar surat rayuan secara peribadi, pihak mereka tidak akan memproses surat rayuan tersebut. Jikalau tarikh tutup rayuan masih belum tiba, kamu boleh lah menghantar surat rayuan tu.

  296. confused gurlz

    keliru sangattttttt…

    blaja kat unisel tue ok la.npe nk join ke?..
    haha..sy mintk course tue..saje try..dpt plak.ingt xde twran lain.So,sy terima je twaran msok unisel tue.
    so,awk cam ne skrng nie?

  297. confused gurlz

    sifu

    thaks sbb bg pendpt tue.btul ke ok jd guru tadika?..
    sy harap2 mcm tue la.skrg nie sy dh ada keputusan sendiri. sy akn trus blajar kat unisel tue.harap2 berjaya.
    sifu doa2 kan la sy.

  298. aishasila

    saya cadangkan kamu melawat laman web online https://online2.mohe.gov.my/
    disini, browse lah maklumat unutk setiap IPTA yang disediakan. mereka ada menerangkan mengenai kemasukan ijazah ke ipta lain mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

  299. ii sifu,
    sy ada pertnyaan..sy pljr spm thn 2006..ni result sy..hrp sifu dpt bg idea,sy tak tau mau bertny pd sape.
    bm-a1
    bi-b4
    maths-a1
    sej-b4
    p.moral-c5
    sains-a2
    add math-c5
    kimia-c5
    bio-c6
    fizik-d7
    est-c5
    skg sy nak smbung bljr tp tak tau mcm mana dan d mana..minat sy lbh kpd sains,cth perubatn..hrp sgt sifu blh tlg..

  300. salam sifu..Terlebih dahulu saya nak sangat mintak mf ngan sifu sb question dari saya ai tu ditulis dibahasakan dgn aku..Saya pun terkejut,2 adik lelaki saya punye pasal,masa 2 saya tgah blank pikir nk pg mana,dia yang tanya sifu..mf ye sifu.Terima kasih atas pandangan sifu.Saya dah plih nk pergi diploma pengimejan perubatan,sebab saya memang minat..saya harap ini adalah pilihan terbaik saya..tiama kasih sifu…

  301. kepada MCMANER YER
    Salam.saya dah pilih nk pergi diploma pengimejan perubatan..xpg matrx walaupun 1 year.Saya survey ramai orang.Semua sokong saya pg diploma.ada bnyak kekebihan juga.Kalau kita blaja betul2 INSYAALLAH,lambat ke cepat kita blaja xjadi masalah.Kita tetap akan dapat kejayaan..Yang penting,kita harus yakin,Allah xkan mensia2kan hambanya yang berusaha..

  302. iii sifu,cptla bah bg respon..sy bingung da ni..hrp sgt sifu blh tlg.lps dpt result hari 2, ada dpt PDT d matrix labuan.tp tak dpt daftar masuk, ada mslh dgn dokumen.skg da settle. 2 la hrp blh smbung blk bljr bh..
    anywy,thanx sbb sudi bc k!

  303. hello sifu..nak tanya sikit ni..ada ke apa2 perbezaan antara program matrikulasi dengan asasi?atau kedua-duanya lebih kurang je?

    sebab saya ada dapat tawaran untuk program asasi farmasi di uia selama 2 tahun..

    ramai rakan2 saya dapat program matrikulasi selama setahun je.

    so,perbezaan tahun ni sebab course yang dipilih ke apa?

    siapa2 yang tahu boleh jawab ye..thank you

    and satu lagi..kalau siapa2 ada masa boleh tak tengok laman web kementerian pertahanan sebab dekat situ ada offer untuk biasiswa tapi saya x pasti samada lepasan spm boleh memohon atau tidak..

    ni site nye..

    http://biasiswa.mod.gov.my/syarat.php

  304. OKAY SEMUA, sifu nak beritahu ni, sifu tak akan dapat online. Sifu ada tugas outstation besok (tugas memberi kursus) buat beberapa hari. So akan jalan subuh besok. So, harap jangan pula ada yang kecewa tak di balas, sifu dah umumkan awal di sini.

    Anonymous,
    Kepada sifu mana-mana program diploma perakaunan di mana-mana IPTS pun, sifu sokong. Merayu? Walaupun sifu rasa peluang tipis tetapi mana tau ada pengecualian. Maka sifu setuju anda merayu secara bertulis. Terserah kpd pihak berkenaan menerima atau menolak, yang penting anda dah mencuba. Terima Sorella atas nasihat itu juga.

    aishasila,
    Adakah maklumat itu tepat? Rujuk kaunselor IPT tersebut untuk keterangan lanjut. Setahu sifu program asasi ke luar negara adalah program khas, bukannya semua asasi. Tapi kalau betul ada, kira rezeki awaklah. Yes, pelajaran lepasan asasi UiTM boleh juga memohon IPTA lain dan terpaksalah melalui proses permohonan seperti pelajar lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma iaitu permohonan online MOHE.

    Ika,
    Minta maaf ika. Sepatutnya Ika dah berusaha buat patching, duduki semula exam SPM tahun lepas supaya layak memohon apa yang awak minat iaitu perubatan sepertimana yang awak tulis. Dengan keputusan sebegitu, perubatan tu jauh laaagi. Ika mesti juga tahu keadaan sekarang. Takkan bakal doktor tak menguasai subjek sains, apatah lagi kimia dan biologi. Kalau masih nak, cubalah duduki SPM 2008 (tapi dah tutuplah permohonan calon ulangan persendirian), takpun SPM 2009 akan datang atau ambil STPM jurusan sains barulah peluang tu naik semula.
    Setahu sifulah, matriks ni hanya ditawarkan kpd pelajar tahun spm semasa, maknanya SPM 2007. calon tahun-tahun lepas tak lagi diproses ke matriks, tapi awak boleh pohon diploma. Ada mohon ke tahun ini?
    Tetapi sifu rasa lebih baik Ika tumpu kepada bidang lain sahaja, aliran sains boleh, aliran kemanusiaan pun boleh. cuba-cubalah politeknik ambilan Januari 2009 yang akan datang. layari lamanweb politeknik, okay.

    Asura Strike,
    Dari segi prinsipnya, sama saja. Program asasi tupun digelar juga matrikulasi IPTA. Beza tahun itu mengikut keserasian keputusan SPM awak dan program. So don’t worry.

    OKAY, SEKALI LAGI SIFU NAK BERITAHU, SIFU AKAN OUTSTATION BEBERAPA HARI. MUNGKIN TAK AKAN DAPAT ONLINE. KAN LAPTOP SIFU ROSAK, SO TAK DAPAT BAWA APA-APAPUN. SEKIAN.

  305. a’kum sifu..

    sy mndapat twaran kolje poly-tech mara dlm bidang

    (1) diploma kejuruteraan awam (kerjasama ngan uitm)
    (2) diploma in science (kerjasama ngan uitm)

    dan politeknik kat port dickson dlm bidang kejuruteraan mekatronik..

    pada pndapat sume pmbaca, mane lg bgus untuk saya??

    sy jg nk tau ape itu diploma sains..?? dn pluang pkerjaan nye….

  306. iii sifu..
    tq 4 the info..rasanya klu patching blk,mmg tak yakin la..tp klu mcm sifu kata ambl stpm 2, amcm mo apply?diploma 2 plak ika lum ada apply.sifu ada cadangan apply d mana yg ok?trus trang, mmg pengetahuan sy skit sgt psl perkara ni.truk kn.hehe
    klu aliran kemanusiaan dan sains 2 mcm mana, blh xplain lbh detail?btl jg kata sifu,rasanya sy tak layak la pilih perubatan..hehe..mayb sy patut tukar bidang la..hrp sifu blh bg idea k..rasa lega da..tq sifu sbb sudi mebantu..

  307. sifu…saya x pasti ni tempat yg sesuai utk sy tanyakan soalan ni…
    sy nak tau, utk ke overc, stdent matrik kna score pointer brape?
    3.75 ok x?

  308. salam sifu
    sy pon ade persoalan yg same dgn fatin
    kalau nk pergi oversea,student asasi kalau score 3.80 boleh mintak jpa ke??bukan ke JPA selalunya ambil student pointer 4.00 sahaja?
    n,course ape yang paling elok sy mintak dgn pointer ni…n which country yg akan JPA or MARA hantar??

    and,saya better ambil JPA or MARA?coz sy prefer MARA.
    one more thing,macam mane nk mintak ye?
    saya cube check kat website JPA n MARA,still,tak de berita bout sponsorship ke oversea for stident matrix n asasi n stpm…
    selalunya bila iklan tawaran biasiswa JPA n MARA akan keluar?saya takut terlepas peluang…

  309. hello sifu .
    bru2 ney saya dapat matrix 2 tahun untuk science .
    saya tak dapat ipta n saya masih tggu rayuan ipta .
    saya dgr ade org kate, once kite register for matrix, name dekat U or rayuan U kene potong ?
    omg ,is that true ?
    n pening plak sbb register matrix awal dari keputusan rayuan ipta keluar nnti .
    saya takot .
    patot ke saya teruskan untuk register PDT tue ?
    n kenape mmbe2 saya mcm tak de je yg dapat tawaran PDT .
    mcm musykil jee .

  310. Salam.Sifu, keputusan matrikulasi saya sudah keluar.sy mendapat pngk 3.5.asalnya saya ingin meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.tapiibu bapa saya tdk menggalakkn saya krn bimbang tdk dpt kerja.jd saya memilih kursus teknologi perubatan di uitm ketika memohon upu.Saya kurg jelas dengan kursus tersebut.bolehkah sifu menerangkan serba sedikt tentang kursus tersebut dan peluang pekerjaannya sekali.

  311. salam sifu..saya nak ucapkan terima kasih sebab sifu menjawab soalan saya sebelum ni.tapi sifu..saya masih kurang jelas dengan apa yang sifu kata berkaitan dengan keserasian keputusan spm saya dengan program yang dipilih..

    saya dapat 91A dan 1A2 untuk spm 2007.A2 untuk est..A1 utk gceo level..jadi..kalau ada pelajar yang dapat lagi bagus daripada saya,adakah pelajar tersebut akan habiskan pengajian asasinya lebih awal daripada saya?

  312. HI, SIFU HERE.

    Banyaknya soalan!!!

    Hunter,
    Setahu sifu, diploma in science tu masih lagi diploma yang umum. Hanya lepas tu kalau awak ke Ijazah, barulah ada bidang pengkhususan. Dgn kata lain, jika awak ambil dip. Sains, better dgn hajat nak sambung ke ijazah. Diploma mekatronik (mekanikal-elektronik) tu macam best je. tapi Diploma kejuruteraan awam pun okay. Jika Hunter akan ada masalah kewangan, then politeknik is better sebab yuran pengajian hanya RM200. Bolehlah ringankan beban emak-ayah. Lagipun bidang tu macam ada peluang aja kerja nanti, cam kerja dlm bidang pembaikan kenderaan moden. Al maklum, makin banyak kenderaan model baru dipasangkan dengan peralatanan elektronik dan chip komputer. Awak mungkin kerja kat bengkel, tapi bengkel yg besar cam EON services dan gaji boleh tahan – MUNGKIN SAJA. ANDAIAN SIFU.

    Ika,
    Sebelum sifu boleh beri cadangan, sifu cadangkan Ika sendiri tentukan bidang yang ingin diceburi. Setiap manusia punya pelbagai kelebihan, so fikir dan hayati apakah kelebihan dan minat Ika sebenarnya. Mana satu yang ingin dijadikan sumber rezeki atau karier nanti. Apa yang Ika rasa lebih memberi manfaat, maka sifu dan ibu bapa Ika juga akan menyokong sama.

    Fatin dan Zack,
    Tentang itu sifupun tak berani nak cakap. Tapi sifu yakin awak berdua dah mendengar berita di TV 2 hari lepas tentang tawaran biasiswa ke LN. Hanya 2000 tawaran, 900 utk NB, 1100 utk B, yang mana adlh dari kelompok tercemerlang. Bagi sifulah, pasti mereka ni kelompok terbaik yang diperoleh. MARA atau JPA? Sebenarnya biasiswa JPA tu adalah biasiswa JPA DAN MARA, kerjasama kedua-dua organisasi itu, cuma lagi ramai orang panggil biasiswa JPA ke luar negara sedangkan dana itu sediakan oleh kedua-dua organisasi. Tetapi ya, ada juga tawaran terhad MARA ke luar negara secara langsung, kalau tak silap sifu, berbentuk pinjaman MARA yang boleh convert ke biasiswa. Sila semak semula dgn MARA.
    Dan macam yang sifu pernah maklumkan, program ijazah luar negara itu khas untuk pelajar lepasan SPM. Bagi sesiapa yang dah dimatriks atau program asasi, maka mereka ini adl kelompok ke IPTA sahaja. Sori dik, tak banyak peluang ke luar negara lagi, kecuali ada tawaran kecil/khas di IPTS. Ambil asasi dan sambung ke IPT di Australia (kalau tak silap di Nilai college). matriks pun sifu dah pernah cakap.

    KusutKott,
    PDT tu tempatnya terhad, golongan yang masih layak tapi tak dapat PST. So tahniahlah jika awak dapat. Tak, nama awak masih layak dipertimbangkan untuk permohonan diploma di IPTA atau program lain, tetapi tak peluang dapat banyak tawaran adalah very-very-very slim. Kalau sifu, pastikan awak “jangan menunggu hujan dilangit, air ditempayan ditumpahkan”. Lebih baik awak ke PDT. Kalau masih tak daftar sehingga tarikh akhir, dan awak tak dapat juga IPTA, nah, ke F6 lah awak.

    Akmal,
    Sorilah sifupun kurang arif tentang bidang teknologi perubatan. Tetapi sifu sebagai orang luar boleh membayangkan bahawa awak akan belajar dari pelbagai aspek spt pengurusan, penggunaan alat-alatan moden berkaitan perubatan. Mungkin awak menjadi pembantu doktor kot, macam dalam cerita HOUSE (my favorite series) atau Grey’s anatomy. Tapi yang pasti awak bukan jururawat.

    Asura Strike,
    Mungkin program itu dicipta khas utk 2 tahun utk menyediakan pelajar berkebolehan menceburi bidang di peringkat ijazah. Itu perkara biasa dlm program asasi. In fact, ada juga PAsasi yang perlukan pelajar belajar 3 semester walaupun ada program 2 semester. Ia bergantung kepada hala tuju program itu nanti di peringkat ijazah. Asura juga kena faham bahawa falsafah penawaran program asasi adalah berbeza dgn matrikulasi dan antara program asasi IPTA yang barlainan. Untungnya Pasasi ini ialah jika gred awak terbaik, awak terus dapat tempat di ijazah, dgn syarat di dalam IPTA yang sama, sebaliknya matrikulasi terpaksa memohon spt jg pelajar STPM. So untung awak.

  313. iiii sifu..
    da blk ya..hehe..nmpknnya sifu pn pelik kn ika teda tujuan yg tepat..sbnrnya gini, klu mcm politeknik.bidang dia lbh kpd teknikal kn.tp sy jenis yg minat m’bc dan bfkr..mcm tertarik plak dgn akaun..tp 2la,sy teda basic..
    pa pn, sy ucapkn terima kasih byk2 sbb sudi membantu..

  314. Ika,
    Awak dah salah fahamlah. Kerjaya dan pembelajaran dalam perakaunan pun memerlukan membaca dan berfikir. Bidang akauntansi adalah bidang profesional, juga bidang teknikal (cuma tak pakai perkakasan mekanikal). So bidang inipun demanding. Cubalah awak baca buku-buku perakaunan yang bunyi tajuknya seperti basic accounting, financial accounting, management accounting, cost accounting, managerial accounting, intermediate accounting, accounting for non-accountant books, etc. Ika akan dapati ia juga memerlukan golongan pelajar/pekerja yang sentiasa berfikir. Nak berjaya dalam bidang ini ketika bekerja? Juga memerlukan anda kerap membaca, mengetahui perkembangan terkini. In fact semua kerja profesional mahupun yang bukan profesional memerlukan pekerja yang seperti itu, selalu membaca dan mahir berfikir.
    harap Ika dapat membetulkan pemikiran ini. kesimpulannnya, membaca dan berfikir adalah sebahagian keperluan masa kini jika nak berjaya menjadi pelajar, pengajar, pekerja am/sokongan, pekerja teknikal, pekerja teknologi, pegawai, pemimpin, pemilik perniagaan, pentadbir, ahli politik, dan banyak lagi.

  315. aik,
    gini sifu,sy maksudkn bila sy p website poly,sy mcm t’tarik dgn akaun..cuma sy tak brapa yakin sbb teda basic f4,f5..

  316. ops,mcm bckp dgn kwn plak g2 simple..sory sifu..gini, rasanya ada slh fhm ni..yg sy maksudkn td..poly kn lbh byk pilihan pd teknikal..tp sy mcm minat dgn bidang yg m’mbc dan bfkr..bkn teknikal..sbb 2la sy mcm tertarik dgn akaun,sbb akaun kn perlukn ketelitian n berfkr..palg bila msuk blog sifu perakaunan..sy mcm tertarik..sy fkr mo minta pendpt sifu, ok tak klu sy apply akaun memandangkan sy teda basic masa form4 dgn form5..lgpn, sy rasa poly pilihan sesuai memandangkn yuran poly yg kira murah jd tdk m’bebankn bapa sy..
    terima kasih sbb sudi membantu…

  317. assalamualaikum sifu,

    saya nak mintak tolong sifu,
    boleh tak terangkan ape tu diploma sains komputer?
    serta peluang pekerjaannya?

    terima kasih sifu

  318. aiiii….sifu,….baru balik ek….lame sifu x dek….

    hehe….sifu saye da tkar fikiran saye…
    saye pergi kuis la sifu x jd g unisel…
    banyak sangat gune duit….
    dah konfem…saye dah nak masuk 16.6 dah…
    saye nak say tq kat sifu banyak nasht kn…
    sifu amacam ek kat u blaja…care blaja die camane…
    emmm lagi satu, camane sifu mendalami ilmu akaun nie…
    camane blaja akaun cpat dapat????
    emmm nak tanye la sifu ambk diploma@asasi akaun???
    saye ambek akaun nie nak score brape ek sifu setiap semester??(senang tuk dapat kerja nanti)
    harap sifu dapat balas….tq lagi sekali tuk sifu…
    smoga sifu diberkati allah dan dimurahkan rezeki…

  319. to confused gurl….

    mahal kat unisel…saye x jadi pergi,,,saye g kuis jew

  320. Ika,
    Opocot, Sifupun salah baca komen Ika. Sori banyak-banyak. Rupa-rupanya Ika minat baca dan berfikir. MOLEK SANGAT! Sangat bagus! Sifu sokong kalau Ika masuk politeknik. Keyakinan boleh dipupuk. Kebolehan Ika pun boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Macam yang sifu pernah katakan di banyak respons sifu, tak apa kalau tak pernah belajar akaun di F4-5. Ramai lagi orang yang tak pernah beljr juga. Kalau ada belajar pun, tak semestinya dia akan lebih baik dari Ika, mungkin Ika akan cepat faham berbanding mereka yang dah belajar sbb Ika hadir ke poli dgn matlamat diri yang jelas dan dah fokus kpd apa yg nak dicapai. So Ika pasti berjaya di politeknik juga. Good Luck to you. Sifu sentiasa menghargai dan menyokong penuh mana-mana individu yang sedia merancang kejayaaan dlm hidupnya.

    Anonymous,
    Diploma Sains Komputer, dah tentulah ttg teknologi ICT. Tetapi awak tak akan banyak ke bidang multimedia, sebaliknya kpd teknologi itu sendiri termasuk pemprograman. Bidang pekerjaan ada banyak, pembantu penyelia sistem atau pembantu pengurusan teknikal dan sebagainya. Tetapi macam biasalah, kalau masa nak belajar pun awak bersaing dapat tempat, perkara yg sama akan awak tempuhi ketika mencari pekerjaan. Bersedia dgn gred cemerlang, kemahiran tambahan yg dicari sendiri, kemahiran komunikasi BM dan BI serta bahasa lain (jika nak tambah), dan interpersonal serta intrapresonal penting.

  321. keliru Sangat,
    Okay la tu. Belajar kat U banyak kpd usaha sendiri. Berdikari adalah kata kunci kejayaan. Bijak juga penting. Ramai orang akan mengiyakan bahawa tak perlu belajar rajin-rajin pun tak apa. Malahan akan ada yang kata, “Aku studi last minit je, lulus gak.”. Persoalan sebenar ialah adakah anda nak setakat lulus (2.00>) atau nak mengalahkan orang lain dan masukkan diri ke dalam pelajar cemerlang (3.5>). Ini lagi satu perkara. Katakan awak pelajar IPTS berjaya dapat tajaan pinjaman dari MARA. Setahu sifu, pinjaman mara utk IPTS boleh dituakr ke biasiswa jika pelajar dpt CGPA 3.75. Kalau KS dapat pinjaman tu, tak nak susah payah bayar balik, maka pastikan anda berusaha mencapai CGPA terendah 3.75 setiap semester, barulah awak konfirm dapat pengecualian itu. So soal asal lulus tak boleh dah, kerana itu bererti awak sengaja lepaskan peluang yg diberi MARA. Kalau dapatlah. Utk dapat 3.75 setiap semester pula, maka semua subjek diambil tak boleh kurang gred CG subjek 3.75 juga, kalau tak silap sifu gred A- paling rendah.
    So, belajar dgn bijak, rajin, tepati masa, disiplin diri, kekuatan diri dari pengaruh negatif, dan matlamat jelas utk berjaya dlm akademik dan dapat pengiktirafan dari penaja. Sifu tak pernah ambil asasi. Masa sifu peluang amat terhad, matriks pun hanyalah matrik UKM, so sifu pergi diploma. Tapi 1 perkara yg sifu boleh kongsi ialah, pastikan semester 1 awak bersuaha mencapai gred tertinggi. Jika gred awak sedia rendah, awak akan dapati, awak terpaksa berusaha berganda semata-mata nak tingkatkan gred keseluruhan. Jika gred Sem1 dah perfect 4., awak hanya perlu usahakan kekalkan gred yg sama atau 3.8 ke atas, awak tak akan jatuh jauh dari 3.8. Jika awak Sem 1 2.5, walaupun sem2-sem6 awak dpt 4.00, gred keseluruhan awak tak akan capai 3.5 dgn sebegitu mudah atau mungkin tak tercapai langsung. cuba kira sendiri.

  322. OKAYLAH,
    SIFU TERPAKSA LOCK JUGA POS INI KERANA SEMAKIN SUKAR MENYELUSURINYA. SEMOGA BERJAYA SEMUANYA.
    HANYA TINGGALKAN KOMEN-KOMEN TERAKHIR, TAPI BUKAN SOALAN YANG PERLUKAN JAWAPAN. MULAI ESOK SIFU AKAN LOCK, HARAP ANDA SEMUA BERSETUJU.

  323. iii sifu..takpe bah..biasala sifu pn busy layan soalan kn..pa pn, target sy skg apply poly utk sesi jan09 ni, course akaun..hahaha..skg sy da ada matlamat,tq so much sifu sbb byk bg nasihat..sy pn bc komen2 sifu yg lain dan sy lbh b’semangat..sy doakn sifu sentiasa mendpt keberkatan k sbb byk m’mbantu!!!gud luck sifu!!

  324. Salam sifu…

    sy tgh konfius ni…

    sy lepasan spm 2007,sy ade dpt twrn ke ipta course diploma pengurusan &teknologi pejabat di uitm..lps tu dpt twrn matrikulasi PDT..sy bingung skrg,yang mane satu harus sy pilih… sbjek fizik,bio,kimia n admath sy sumenye 5C…. sy takut xboleh bawa jurusan sains..tapi kalo sy pergi uitm rasanye course tu mcm x sesuai dgn jiwa sye… dah lama sy fikirkan masih xdpt buat keputusan sampai nk mkn pun xde selera… harap sifu dpt tolong ….time ksh byk2.. or sape2 kat cni boleh tolong sye?..please…

  325. Norsha,
    Adakah awak yakin bahawa kemahiran dan kekuatan sains tulen awak akan pulih? Jika awak lemah sains, awak masih nak sains? Jika jawapan anda tidak dan tidak, maka kenapa pula awak nak lepaskan peluang belajar ke bidang baru. Tak semestinya bidang baru ini akan menggagalkan hidup awak, walaupun ramai remaja berfikir bahawa jika dahulu awak aliran sains maka awak terpaksa ‘downgrade’ diri awak ke aliran sastera. Jangan siksa diri sendiri terlalu awal. kalau tak ada lagi tawaran baru dan awak sendiri pasti tak mampu membawa perubahan ke dalam diri awak di PDT, maka janganlah lepaskan peluang UiTM itu. Ramai lagi yg menunggu peluang itu, so sudah pastilah peluang ke diploma itu tetap sangat bernilai kpd mana-mana pelajar yg ingin merancang kejayaan hidupnya di masa hadapan. Go for diploma.

  326. OKAY, SIFU AKAN LOCK KOMEN-KOMEN SEKARANG. TERIMA KASIH. MUNGKIN LAIN KALI, APABILA TIBA MASA SESUAI, SIFU BOLEH BUKA POS BARU BERKAITAN. OH, KEPADA SESIAPA YANG BARU MENGUNJUNGI BLOG INI, KENYATAAN INI TAK BERMAKNA BLOG INI TERTUTUP, HANYA MENAHAN KOMEN-KOMEN BARU UTK POS INI.

  327. […] So dalam kes Athrun, komen awak tu penting pa pandangan sifu. So ianya perlu sifu letakkan sebagai pos baru supaya pelajar mengetahui dan memahami situasi terkini dalam pasaran kerja berkaitan perakaunan. Sifu dulu pernah menjadi pembantu audit di E&Y …… sifu saya nak tanya pendapat sifu tentang GMi (german malaysian institue), saya ditawarkan kos Network Security, sifu taw tak kos apa tu? saya main tekan ja time isi borang haritu, tapi tengok GMi ni macam best saja, …Continue […]

  328. […] PDF File Name: Matrikulasi atau program asasi atau diploma? | sifu anda Source: sifu2b.wordpress.com » DOWNLOAD « […]