Akauntansi dan Sijil Profesional, Apa kata Anda?

Sifu petik beberapa komen dan komen balas yang ditulis oleh Ahtrun Zala, pelajar jurusan profesional di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Oleh itu, penghargaan hendaklah ditujukan kepada beliau. Petikan sifu tidak mengikut urutan tarikh sebenar komen beliau, sebaliknya sifu cuba susun mengikut kesesuaian.
Disclaimer : Soalan itu sifu karang sendiri dan masukkan di mana yang patut demi menjadikan pos ini menarik.

Soalan : Athrun belajar di mana sekarang dan dalam jurusan apa?

Jawapan : Sy belajar di KPTM KL.under full scholarship MARA.semua students yg ambik jurusan profesional dkat KPTM dpt scholarship MARA.tapi tempat terhad dan bergantung kpd syarat2.jurusan CAT sebenarnya dah lama diperkenalkan,tapi baru diperkenalkan di IPTA dan kolej MARA.sekaran ini kolej yg paling best dlm bidang profesional adalah kolej sunway.
[Sifu : Anda boleh mengetahui program lain KPTM dengan membaca maklumat dalam fail ini.]

S : Kenapakah anda mengambil sijil profesional dan apa kelebihannya berbanding diploma perakaunan?

J : pd pendpt sy, pelajar hanya mmbuang masa ambik kos diploma perakaunan kat KPTM, Mereka dah mmbazir masa 1 1/2 tahun, sy rasa lagi baik pelajar ambik kos ACCA-CAT dekat KPTM,lagi pun certificate ACCA-CAT lagi tinggi dr diploma dan jangka masa study hanya 1 1/2 tahun.
jika dah buat diploma perakaunan dimana2 universiti,peringkat ijazah hanya 3@2 tahun je.dekat uitm 2 tahun je.tapi dgn diploma perakaunan agak susah nak dapat kerja dekat big 4 (pricewaterhouse, ernst&young, KPNG, deloid) iaitu 4 firma perakaunan terbesar didunia. Student2 diploma terpaksa bersaing dgn student2 yg ada sijil profesional antarabangsa macam ACCA,ACCA-CAT,ACCI..sijil2 ni lagi tinggi taraf drpd diploma and ijazah..big 4 biasanya mmberi keutamaan kpd student2 profesional utk bekerja dgn diorg.kursus2 profesional ni boleh diambil selepas SPM.jangka2 masa study just 1@1 1/2 utk ACCA-CAT yg tinggi sikit taraf drpd diploma,3 tahun utk ACCA(require ACCA-CAT@STPM) yg hampir sama taraf dgn master,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn degree oxford brooke university.2 tahun utk ACCI yg sijil setraf dgn sijil ACCA-CAT.

S : Apakah cadangan anda tentang kerjaya dalam bidang akauntansi?

J : jika nak ambik jurusan perakaunan,better ambil yg sijil profesioanal punya, jika ambik degree & diploma, … susah sikit nak dapat kerja di firma perakaunan, market utk student yg ada sijil profesioanl lagi tinggi, sijil profesional perakaunan ditawarkan dekat UITM shah alam,kolej poly-tech mara(KPTM)&sunway kolej..utk sijil profesioanl di KPTM ada tajaan MARA.

S : Apakah kelebihan mengambil program sijil profesional seperti ACCA kepada pelajar lepasan SPM?

J : bermula tahun 2007 kem.pelajaran malaysia telah bekerjasama dgn ACCA bg menilai semula silibus pembelajaran subjek perakaunan. so bg semua pelajar lepasan SPM 2007 yg megambil perakaunan.
sesiapa yg dpt A1 dan A2 utk matapelajaran tersebut.anda sebenarnya telah lulus utk paper basic bg ACCA.dan jika anda sambung pengajian dibidang ACCA anda dpt skip masa pengajian anda drpd 4 1/2 tahun kpd 4 tahun sahaja@mungkin 3 1/2. ini adalah advantage bg anda.dlm masa 4@3 1/2 tahun saja anda sudah memperoleh sijil ACCA yg hampir setaraf MASTER,dan anda boleh sambung terus ke peringkat Phd jika keputusan ACCA anda cemerlang,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn DEGREE oxford university.tapi sesiapa yg mengambil jurusan ini perlulah berusaha bersungguh2 kerana soalan exam yg dikeluarkan oleh ACCA england sendiri,dan yg memeriksa kertas exam anda juga adalah ACCA england,ini bermakna kertas exam anda akan di mark di england.so english anda mestilah sekurang2nya basic jika ingin mengambil jurusan ini.bg sesiapa yg dpt B3 kebawah bg subjek perakaunan anda terpaksa bermula dari paper basic jika anda ingin mengambil jurusan ACCA.

S : Adakah ramai pelajar yang mengikuti program profesional seperti ACCA dan IPT manakah yang menawarkannya?

J : ramai yg ambik jurusan ni adalah kaum cina.peratus kaum melayu agak kurang dlm jurusan profesional kerana kurang pengetahuan tentang jurusan profesional.kebanyakkan student profesional di kolej sunway dan IPTS lain adalah kaum cina.kecuali di KPTM dan UITM yg menyediakan tempat utk bumiputera.

S : Kenapa pelajar lepasan SPM sepatutnya mengikuti program ACCA-CAT?

J : sekarang big 4 byk mengambil student2 fresh graduate yg ada ACCA-CAT sebgai kerani akaun utk firma diorg selama 3 tahun.ini kerana ramai kerani akaun di firma berkenaan hanya bekerja selama 3 tahun bg mendapatkan tauliah.kebiasaannya starting gaji adalah RM1500,dan student2 yg keja dgn big 4 adalah part time student,mean,diorg akan pegi kelas ACCA pada hari minggu(sabtu,ahad),segala yuran pengajian dan exam di tanggung oleh big 4 sehingga anda graduate ACCA.

S : Adakah pelajar di KPTM boleh mendapat pembiayaan pengajian?

J : pinjaman MARA hanya boleh didapati selepas pelajar mendaftar di KPTM,borg akan diberi masa hari pendaftaran di kolej,buat masa skarang pelajar baru hanya boleh memohon pinjaman biasiswa MARA rm2000 sbgai pendahuluan, pelajar pergi ke pejabat MARA daerah dan bawa sekali surat tawaran kolej dan bg tau dgn pegawai bertugas yg anda nak buat pinjaman pendahuluan.

S&J Tamat

Pesanan kepada Athrun,
Terima kasih kepada Athrun di atas kerjasama anda. Sifu harap Athrun suka kreativiti sifu memetik tulisan anda. Ada soalan dan ada jawapan seolah-olah ada sesi temubual. Mungkin dengan cara ini, mudah pelawat mengikuti komen balas athrun tentang program sijil profesional dan KPTM.

Advertisement

493 responses

  1. To sifu,

    1st,selamat menyambut HARI GURU…thnx sifu (^_^)..
    i hope from here,students can get more informations about profesional course…1 more thnx a lot to you coz built this page for me and all students…

  2. Athrun Zala,
    Terima kasih kembali. Jika ada apa-apa info yang perlu ditambah di sana, atau Athrun rasa perlu dikarang semula, just type at the comment box, dan jika sesuai sifu akan edit utk dimasukan ke pos di atas.

  3. to athrun,
    saya berminat nk tau dgn lebih lnjut psl cat&acca boleh?

    saya dlm dilema nk pilih antara asasi ekonomi&sains pengurusan uia atau prog cat&acca di uitm
    which one do u think is better? and kalau amek cat&acca boleh apply for scholarship ke?

  4. to Wafa,
    boleh2.
    semuanya bergantung kpd awk,pilihlah mana satu y sekarang ini wak minat sangat.kalo awk ambil sesuatu kos tu xada minat,bg saya awk tak akan boleh pergi jauh.awk tak akan dapat dapat memaksimakan kebolehan yg awk ada dlm kos yg awk ambik kerana awk tidak berminat terhadap kos tersevut.so,pesanan saya,tepuk dada tanya selera.

    ok,utk acca,acca-cat,wafa noleh baca penerangan mengenai kos ini dlm soal jwb di atas,jika ada apa2 soalan boleh pos kan disini.wafa amat bertuah dapat tawaran acca,acca-cat dekat uitm,permohonan utk kos ini kat uitm sangat susah nak dapat kebiasaannya,kerana calon perlu mengambil interview dan exam terlebih dahulu bg mengambil kos ni.sy dulu pernah juga dapat tawaran utk acca-cat kat uitm,tetapi akhirnya sy memilih kptm,kerana suasana belajar lebih selesa dan ada tajaan mara,tetapi utk uitm tiada tajaan mara disediakan,lain2 tajaan ada,seperti sime darby&TM.

  5. saya mmg minat nk bljr akaun wpun sblum ni saya x amik subjek akaun dlm spm. saya bdk pure sc xde peluang nk amik akaun sbb saya sekolah saya xbg students tmbh subjek lain.

    skrg saya pening nk decide pilih yg mane sbb both tmpt mmg berkaitan akaun;
    kalau bljr di asasi uia, saya kena maintain kn pointer 3.5 smthg kot baru boleh smbg degree akauntansi tp kalau pointer x mencapai tahap kena amik either business management or ict utk degree

    tapi kalau amik cat-acca pulak, saya risau jgk xdpt bwk sbb dgr crite xrmai yg dpt cmplete acca btol ke? sbb saya ni xde basic akaun so agk risau lah. so nk mintak pndangan athrun sbg student cat-acca, rase2 which one is the better way of becoming a good accountant?

    n oh, so kalau saya pilih utk bljr di uitm tu bermakna kena apply tajaan luar ke?

  6. Pelajar bkn bumiputra boleh ker masuk Kolej Poly-Tech MARA?

  7. oh lg satu nk tnye, cmne nk apply KPTM tu? stil boleh apply ke?

  8. to Wafa,

    anda boleh apply KPTM melalui laman web KPTM http://www.kptm.edu.com.

    To Real,
    pelajar bukan bumiputera voleh juga masuk KPTM,tempat ada disediakan utk bukan bumiputera.

  9. mane sifu ek?die x jwb lagi la athrun zala..athrun zala tolong jawabkan la..bg pendapat athrun yang lagi baik saye pergi untuk anbk course dip.perakaunan..unisel@kuis.athrun zala jawab satu je..

  10. png sgt memikirkan tmpt nk g unsl or kuis..please reply..sok nk g dftr da..

  11. Keliru sangatttt,
    sori tak dapat jawab cepat. tambah lagi laptop sifu dah rosak (di luar tahap pembaikan dah). karang ni gunakan pc di sklh. Antara KUIS dan UNISEL? Hmm, sifu tak tau sangat tentang IPTS tu, tapi sifu sokong mana-mana yg KS nak sangat masuk. Dua-duanya insyaallah akan berikan pendidikan berkualiti kpd KS. Yakin kepada pilihan sendiri dan mulakan langkah dengan yakin untuk berjaya.

  12. ok lah tq sifu..oo..laptop sifu rosak…saye kene wat kptusan sendirilah nie..k lah saye akan fikir2kan yang terbaik wat saye..if sifu dapat maklumat tentang ipts 2 sifu bgtau la ek?tq sifu…..

  13. to athrun,
    saya baru je check kptm and saya dpt prog cat-acca register on 1 july :DD
    so awk rasa bttr amik kptm ke instead of uitm? tp pelik sbb kptm x inform pon saya dpt

  14. oh lagi satu athrun, awk ckp cat-acca boleh cmplete in 4 1/2 thn or less. tp kt website kptm state
    cat-1 1/2 thn
    acca-4 thn

    so total 5 1/2 thn la kn?

  15. to Wafa,

    mungkin surat yg diposkan ke rumah awk belum sampai lagi.saya pun xtahu macam mana nak cakap.as i feel,saya lebih suka belajar dekat KPTM,kerana xramai student dekat KPTM,jadi kelas xlah crowded sangat dan ada tajaan mara pulak.dan kalo sy lulus cemerlang exam ACCA-CAT.sy dpt continue study ACCA dekat oversea.kos cat boleh skip 1 tahun kalo anda sanggup struggle sikit.acca,usually student buat 3 tahun je,itu dgn mengambil 2 paper 1 sem.

  16. Hmm,
    sifu tertarik dgn info sebegini. Mudah-mudahan pelajar sifu akan datang akan turut berani spt Athrun dan kini Wafa. Good luck.

  17. Keliru Sangat,
    Satu lagi, kalau masih confuse, cuba bawa solat istikharah, mohon petunjuk apakah pilihan terbaik untuk anda, keluarga anda, masyarakat anda, agama anda dan masa depan kerjaya anda.

  18. athrun,
    ade syarat2 tertentu ke utk dpt kn tajaan mara di KPTM?

  19. to athrun,
    sy pn de dpt kptm KL tp kos diploma perakaunan under uitm..
    n sy dpt politeknik seberang perai kos perakaunan..
    u think which one is better?

  20. to wafa,

    maaf lewat menreply pertanyaan anda..sibuk sikit last week,exam dah dekat..mmg ada syarat2 utk dapatkan tajaan mara..nanti KPTM akan tengok dulu result spm anda sebelum tajaan diberikan…

    to Snowie,

    kedua-dua kos tu ada kelebihan,kos perakaunan di uitm susah nak dapat,tahniah la anda berjaya dapat kos tersebut,anda akan study dlm english kos ni nanti,anda kena work hard kat uitm if nak sambung degree accounting kat uitm,kena dpt CGPA3.5 utk pointer keseluruhan baru dpt sambung ke degree…yg politeknik tu saya kurang tahu,coz xramai sangat org yg ambik kos tu kat politeknik…

  21. sifu, sy xda prob lam akaun..cume saya skrg tgh cari cikgu tasawwur islam utk tanya tips bekaitan subjek tu. ini kerana di sek sy ambil ini sbgi tmbhn.. mungkin sifu boleh bantu saya sbb sifu ramai knalan dr seluruh malaysia.. tlg sifu.. next month trial start..

  22. Pa’an,
    Yang baiknya subjek TSI itu ialah ia mudah diatasi. Dgn teknik membaca, mencatit nota ringkas dan fokuskan kepada isi penting sahaja sudah mencukupi utk mendapatkan gred yg cemerlang. Ini berdasarkan prestasi pelajar-pelajar tahun lepas. Rasanya tidak belum ada guru TSI yg bina lamanweb atau blog utk pelajar. Tetapi sifu tetap galakkan pencarian anda.

  23. to athrun,
    saya dpt tawaran program acca-cat di KPTM KL.saya ingin tau adakah tajaan yg di beri cpt@lmbat?sem 1 boleh dpt x?adakah pelajar program ni dpt elaun slain tajaan mara?trime ksih..

  24. to Nad,
    ye,tajaan yg diberi memang lewat 1 sem sama dgn ptptn juga,mara ada bagi wang pendahuluan,anda boleh dapatkan borang wang pendahuluan di pejabat mara daerah@negeri,tunjukkan kepada pegawai bertugas surat tawaran anda.

  25. athrun,sebelum dpt tajaan ada x yuran2 yang tepakse di byr slain yuran pengesahan tawaran,yuran asrama dan yuran lapor diri?maksudnye sblum dpt tajaan brape anggaran kite kne spend duit utk perbelanjaan smua.kptm ni swasta kn?jd takut jugak andai tepakse klua byk sgt duit sebelum dpt tajaan.

  26. sifu, saya x berape tau ttg subjek prinsip akaun la..blh x sifu bagi tips

  27. umahani binti ismail

    sifu,prinsip akaun ni best…bagi tips

  28. Sifu cuba nanti, tetapi buat sementara itu, awak berdua boleh juga layari blog guru lain yg tersenarai di sebelah kiri atas.

  29. assalamualaikum sifu,
    sy ambl dip accountancy kt uitm..
    btl ke klu ambl dip 3 thn.smbg degree 2 thn?maaf sekiranya soalan sy ni prnh ditnye org lain.sbnrnye sy x prnh bljr akaun d sek ttp sy korbankan semua pljrn sains yg sy blajar utk mengambil akaun.ssh ke pljr yg x prnh bljr akaun utk mengambil kos ni??acca x blh diambil sms mengambil dip ke??

  30. Nbr00,
    Saya nasihatkan awak dapatkan kepastian dari pihak pentadbir UiTM tentang perkara itu. Setahu sifu hanya jika seseorang pelajar diploma IPTA tertentu, contohnya A, sambung belajar ke ijazah di IPTA A juga, peluang dapat pengecualian beberapa kursus, tertakluk kpd keputusan setiap kursus itu. Jika prestasi kertas kursus itu tidak memuaskan maka pelajar tersebut terpaksa mengambil semula kertas kursus itu di peringkat ijazah. Jika ini berlaku, kemungkinan besar utk tamat ijazah dlm tempoh 2 tahun akan gagal. Apa-apapun itu setakat pengetahuan sifu sebagai pihak luar, Nbr00 beruntung sedang berada di UiTM. lebih baik tanyakan soalan ini kpd pihak UiTM sendiri. Terima kasih kerana melawat blog ini.

  31. tq sifu,
    ermm,untuk ambil sijil acca,rslt kne bgs ke??ade ke syarat utk mngambil acca?blh ke bdk dip yg mndpt rslt bgs spnjg thn mlnjtkn pljrn utk degree di luar negara??

  32. sifu, prinsip akaun atau biologi yg mana sng?saya nie tgh keliru yg mane satu nak pilih…

  33. sifu knp x jwb soalan saya…

  34. sy dpt cos ACCA-CAT kt KPTM KL..saya nk tnye mcm mana cara pembelajaran kt sana?? 100% dlm bahasa inggeris ke??

  35. sorry for da late reply…
    sy pegi holiday last week….
    so xdpt menreply pertanyaan anda…

    to Nad,
    sume kos rasanya bwah rm700 rasanya,sy kurang pasti…
    tetapi sy nasihatkan Nad jgn tinggal diasrama,lebih baik cari umah sewa disekitar kolej,byk umah sewa disekitar kolej yg sewanya lebih murah drpd asrama,enviroment asrama kurang memuaskan.yuran yuran exam ACCA-CAT anda perlu bayar sendiri,kos sume tu akan ditunjukkan semasa pendaftaran.

  36. to Nurul,

    semua bahan pembelajaran yg digunakan adalah 100% in UK english,bahasa yg digunakan semasa kuliah bergantung kpd lecturere…
    mostly guna UK english la…

  37. Fatikah,
    Saya guru akaun, dah tentulah saya ‘bias’ ke subjek prinsip perakaunan.

    Nbr00,
    pelajar lepasan diploma ke luar negara? Jawapannya bergantung kepada apa yg anda harapkan. Jika anda mengharapkan biasiswa/tajaan kerajaan ke luar negara selepas diploma, setakat sifu tahu, biasiswa tidak ada. Tetapi pinjaman MARA boleh dipohon utk bidang-bidang tertentu. Tetapi ya, boleh kerana IPTA kita diiktiraf di negara-negara komanwel. Sifu tak tahu details, tetapi lebih baik awak email MOHE dan dapatkan jawapan rasmi dari mereka.

  38. sy dpt kos perakunan ddgn kerjasama uitm di kptm kl.mslh sy skg,sy kurg pengethuan tntg akaun.mksd sy,sy kne buat esy tntg perncgn pengajian n kerjya.so sy tak tahu cmne nk wt coz sy bnyk psl akaun.seriusly sy mnt akaun tp,ni bkn cita2 sy.ni plihn prnts.so sy nk mntk jse baik sifu or athrun tlg bmbing n trg kn sy psl akaun utk memudh kn sy membuat esy ni…plzzzz…

  39. tlg sy ye..plzzz

  40. Reena,
    Kalau setakat nak buat esei kerjaya perakaunan, kat internet ni belambak. Google aje kata kunci seperti : kerjaya perakaunan, akauntan, accountant job, dan beberapa perkara yg difikirkan sesuai. Juga jangan lupa rujuk buku di library tentang accounting. Selalunya di bab-bab awal, ada dibincangkan tentang kerjaya perakaunan. Setahu sifu juga, kaunselor boleh dirujuk utk mendapatkan makalah, risalah ataupun maklumat am/khusus tentang kerjaya dalam bidang perakaunan.

  41. ape maksud athrun environment asrama yg kurang memuaskan??saya xtau mcmane nk cri rumah sewa di sana memandangkan saya ni org jb..xarif langsung psl kl ni.baru nk mendaftar 1 julai nanti.

  42. athrun nak tanya jugak kad bank apa patut saya buat,bank apa paling dekat kat sana.terima kasih banyak atas segala informasi.

  43. mintak maaf mengganggu ye athrun,soalan akhir adakah transport disediakan daripada asrama ke kolej.terima kasih sekali lagi.

  44. dulu kitaorg ok…tetapi start awal bulan 5 lepas,kitaorg kena pindah coz student USIM nk tinggal kat asrama kitaorg…so kitaorg dah pegi survey asrama baru n mmg tmpat tu xsesuai tuk duduk,sempit n panas…kat kolej ada byk umah sewa yg khas utk student n kolej pun dekat je dgn stesen LRT pandan jaya..sy boleh tolong carikan umah sewa kalo cik Nad nk…ni email sy savior_105@yahoo.com

  45. bank yg paling dekat…bank BSN…transport tu ada…tapi xbrapa ok la…selalu lambat bas tu…

  46. oo..ok,terima kasih banyak ye atas sgale informasi n bantuan..psl rmh sewa 2 kemudian,saya tanye parent saya dulu..kne cari kawan jugak dlu..

  47. Askum…sy pljr dr sbh..dan sy arap tdk lah mjdi 1 kejutan kpd sifu tuk mbca komen ne dsbbkan sy dak sbh..Sbnarya sy ingi taw apa itu prog cat???Adakah ia tuk ljr perakaunan??Coz sy dak akaun n sy mmg mnt sbjek ne…so help me!!gpun sy prlukan soalan prinsip!!plzz…tanx

  48. Gurlz,
    Athrun boleh jawab ni lebih lanjut, kalau dia tak bizi. CAT stands for Certified Account Technician. Dalam bahasa, Juruteknik Akaun Bertauliah.

  49. Hye athrun!!!!I need ur help…Apa tu CATS???Plzzz…Tell me..Tanx!!!

  50. faridah akmal bt che yunus

    hello..
    nak tnye sket psl acca-cat kt kptm 2..
    huhu..
    sy dr aliran pure sc,s0 ade xkemungkinan sy bley cope sbjk akaun ni??
    sy plih kos ni sbb sy nk cbe bnde bru

  51. Faridah,
    Sebenarnya semua orang boleh pelajari benda atau perkara baru. yang penting ialah keinginan, keyakinan diri dan dorongan untuk berjaya. So, bagi sifu, anda akan mampu menempuhi pembelajaran ACCA di KPTM.

  52. askum..
    saya pelajar pure sains.. result saya xla teruk tapi saya xdpt maner2 offer untuk study kat maner2 ipta.. satu2 nyer tawaran yg saya dapat dip akaun under uitm di kptm… ibu saya suruh saya masuk sebab takut kalo rayuan ipta saya ditolak… saya nak cuba ambil… tpi yang memeningkan saya kalau saya xboleh bawak, kan rugi…
    tolong….

  53. da nak masuk pun 1 julai ni… tapi masih ragu2….

  54. to athrun

    sy tahun ke2 diploma perakaunan uitm,apabila mbaca blog ini saya rs agk menyesal krana xmmohon CAT-ACCA krana kptusan spm lpas, sy layak utk memohon CAT-ACCA.tp cgpa sy stakat ni 3.77..
    adkah sy mbuang ms coz amk diplma??
    n 1lg,pd pndpt athrun, sy prlu amk dgree trlbih dhulu,atau trus smbg acca?krana jk sy bkelulusan dgree,sy hnya prlu amk 6paper shj acca

    to sifu
    bgaimana market pluang pkerjaan dlm bdang akaun jk hnya lpasan diplma?
    n adakh sy bpluang mlnjtkn pljran di luar ngara dgn klulusan diplma

  55. Lulu,
    teruskan ke bidang yang telah ditawarkan itu. Jika awak berani mengubah tingkah laku dan kaedah belajar awak, pasti kejayaan dapat diperoleh. sekali lagi sifu tegaskan, tak semua orang bertuah mendapat semua perkara, so awak bertuah dah dapat tempat, gunakan peluang itu.

    Durrah,
    kepada sifu awak tak rugi kerana diploma dan ijazah perakaunan tetap diiktiraf oleh banyak sektor. Apa yang Athrun perkatakan ialah permintaan pekerjaan dalam industri perakaunan itu sendiri, auditor, tax consultant, accounting consultation, etc. Jika awak ada ACCA meaning awak ada pengiktirafan tambahan. Tetapi dalam bidang atau industri lain, tak semua sanggup menawarkan tangga gaji yang tinggi kepada pemegang kelayakan ACCA, so di sanalah pemegang diploma atau ijazah perakaunan boleh mencari makan. Itu pendapat sifulah. Macam kes sifu dulu, pemegang ACCA belum ada, kebanyakan pemegang Ijazah Perakaunan akan memperoleh pengiktirafan melalui MICPA supaya dapat status CPA. So kerja-kerja masih dapat diperoleh. Setakat pegawai akaun, pengurus kewangan, pengurus akaun, pengurus belian dan sebagainya masih wujud. Tetapi jika awak nak jadi akauntan bertauliah, maka awak boleh juga membuktikan kepada firma akauntan yg bukan ‘the big 5’ utk hire awak kerana kemampuan mereka menggaji pemegang tauliah ACCA mungkin terhad. Gunakan peluang itu utk memenuhi syarat minimum 3 tahun bekerja dan selepas itu awak boleh mohon ACCA dgn pengecualian banyak kertas (dgn syarat CGPA ijazah awak pun hebatlah), tak pun melalui MICPA dan MIA. Ingatlah, status CPA tu tetap sama tak kira dari mana ia diperoleh. Keterangan lebih lanjut boleh diporoleh dari MIA utk mengetahui kelayakan tauliah selain ACCA yang juga diiktiraf di Malaysia.

  56. to sifu
    sy mjadi lbh bminat utk btanya.adakah salah jka sy katakan,MICPA n ACCA adlah xpnting,yg pntg adalah mdapat status CPA.

    tp antara MICPA n ACCA,yg manakah lbh baik?MICPA mrgkumi pntdbiran,tp hnya di dlm Msia shj,ACCA plk bleh bkeje di luar ngara

  57. 1lg,ini mrupakan pgetahuan br bg sy.apakah cara2 utk mdapat status CPA,?

  58. ??????????????????????????????

  59. Durrah,
    Boleh juga diperkatakan begitu, yang penting ialah status CPA itu. Walau bagaimanapun, juga benar kata Durrah, jika kita ingin bekerja di negara luar dalam bidang perakaunan, ACCA adalah aset terbaik berbanding kelayakan dalam Malaysia sahaja (MICPA). So dalam hal ini ACCA adalah antara tawaran yang menarik untuk mana-mana individu yang ingin mencipta kerjaya di peringkat antarabangsa.

    Status CPA hanya dapat dipenuhi setelah graduan perakaunan atau pemegang kelayakan ACCA yang mempunyai pengalaman bekerja dalams sektor perakaunan dan kewangan dalam tempoh tidak kurang dari 3 tahun. Kelebihan ialah jika anda bekerja sebagai juruaudit dalam tempoh tersebut. Selain dari itu, juga memenuhi syarat lain seperti mencapai keputusan yang disyaratkan. Graduan ijazah perakaunan yang memiliki CGPA kurang dari 3, kalau tak silap sifu, mesti ambil kertas ACCA yang tertentu sebelum layak diiktiraf CPA. Tetapi Durrah konfirmkan ayat sifu ini (mungkin salah) dgn merujuk kpd MIA sendiri. Sekian terima kasih.

  60. saya ni kurang faham mengenai subjek akaun niiiii.boleh tak sifu bg tip yg boleh mmudahkan saya untuk memahamii.

  61. saya ada soalan untuk athrun.boleh dapatkan emel dia?atau ym id dia?

  62. saya nak tnye pasal acca-cat.
    student kene amik exam dulu ke utk buat course ni??

    utk bt acca-cat subj(spm) ape yg perlu dpt kredit??
    add maths pnting ke??

  63. Dbah,
    kalau awak nak belajar sendiri pun boleh ambil CAT certification. kalau nak ikut kuliah dan ambil exam pun boleh. Kalau nak belajar di kolej, dapatkan kuliah, tutorial, dan exam pun boleh.

    1. Belajar sendiri, kelayakan minimum aja, asal ada duit.
    2. Belajar iktu tuisyen luar, yuran pengajian di kelas tuisyen ACCA mahal sikit, selalunya di ajar oleh individu yang sememangnya dah berkelayakan.
    3. Belajar di kolej seperti Politech Mara ni, barulah mesti ada kelayakan masuk, almaklumlah ada pembiayaan dari MARA. Sila lawati lamanweb polytech Mara dan fahami syarat kolej berkenaan.

    4. Bagi pelajar SPM (mulai 2007, calon SPM tersebut layak dianugerahkan sijil pengesahan pengecualian Paper 1 dan Paper 2 oleh pihak ACCA atau LCCI. Pelajar lepasan SPM yang memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan, bolehlah mengikut program CAT LCCI atau ACCA secara langsung seperti yang sifu nyatakan sebelum ini. JIka nak ada bimbingan yang berterusan, maka pilihan belajar di IPTS adalah langkah terbaik. Jika ingin belajar sendiri, maka belajar lah sendiri dan hanya ikuti peperiksaan apabila anda bersedia. Bayar dan duduki exam, senang je.

  64. saya nie amek spm thn nie. saya budak akaun. saya buntu la lepas nie nak smbung pe. my parents swuh smbg akaun jgak. sy x tahu sgt psl suma nie. sy de bc psl kursus profesional kat atas. rs mcm susah je kursus nie tp sume bnda mn de senang. boleh tak tlg sy pe yg ssuai utk sy sambung lpas spm nie? nt nk isi borg IPT pown takot coz x tahu nk pilih kos pe. de cadangan utk sy??

  65. Rizha,
    kalau ikutkan dah tentu sifu akan sokong ibu bapa anda. Ikutilah program perakaunan sama ada di IPTA (diploma dan seterusnya ijazah) atau melalui badan profesional seperti kelayakan LCCI dan ACCA.

  66. saya ni bekas pelajar spm 2006. Kira result ok jugak la. masalah sekarang, saya tida berminat sngat la dengan kos sy skrang ni. rasa macam nak apply acca-cat kat kptm plak. so gna result spm 2006 boleh ke????

  67. thanx sifu. sy nk tnya acca-cat tue boleh apply lpas spm ke? or lepasan stpm @ matrik @ dip?
    sy de swuh parents sy bc psl kursus kt ats nie. diorg ckp ikutlah terpulang dkt sy.

  68. Assalamualaikum..
    sy nur ain bekas pelajar KPTM Kuala Lumpur dalam bidang Cat-Acca..
    sy telah lulus kesemua subjek cat.. sy ingin bertanya pd tuan, adakah sijil cat itu bernilai, jika tidak d smbung acca?
    maksud saya, sy hanya tamatkan cat, tetapi tdk acca..
    sy memohon pekerjaan dalam kerajaan dgn menggunakan sijil cat. sayang sekali, sijil sy tidak dapat menolong sy mendapat tangga gaji yang lebih baik di sektor kerajaan.. sebaliknya, sy mendapat gaji setaraf dgn spm sahaja..sy ingin meminta pendapat tuan, tentang perkara ini..

    sekian terima kasih.

  69. assalamualai kum..
    sy terlupa untuk bertanya tentang kelebihan cat..
    adakah sy dapat melanjutkan pelajaran dgn hanya menggunakan cat bg mendapatkan ijazah…
    sebagai mana yg sy hadapi, amat payah untuk menamatkan acca…
    jd sy hanya menamatkan cat dan ingin melanjutkan pelajaran ke ijazah..harap tuan dpt membantu saya..

  70. assalamualaikum..
    sifu, tolong bg penerangan pada sy..
    tentang komen2 sy di atas…saya amat2 memerlukan penerangan..

  71. assalamualaikum…
    terbukti sijil cat sy x di iktiraf kerajaan. saya telah bertanya kan sijil cat ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi mereka m`gatakan bahawa sijil cat, belum di iktiraf..maka, saya tidak dapat membuat kenaikan gaji menggunakan sijil ini.. sungguh mengecewakan… setelah byk duit berhabis, tetapi tidak boleh di gunakan..

  72. To Athrun..

    Sbnrya sya amt bmnat dgn accntg ne..
    Tp sy kliru dgn tmu bual td..
    Apa itu kptm??
    n cmna crya nk amk sjil tue n xpya amk dploma…
    sy kliru…
    tlg bntu sy..
    tnx

  73. to nur ain

    walaikummussalam
    sijil cat masih lagi tiday diiktiraf oleh JPA kerana sijil cat masih lagi baru di malaysia dan tidak ramai bumiputera yang memiliki sijil ini.tetapi sijil cat memiliki kelebihan dlm sektor swasta dan permintaan bagi pelajar cat melebihi pelajar diploma.amat merugikan bagi pelajar cat yang tidak menyambung sijil tersebut dlm acca.anda boleh mendapat degree oxford brookes di part 2 jika anda menyambung acca terus dari cat.masa yg diambil untuk mendapatkan degree oxford brookes hanyalah 1 setengah tahun.jadi anda boleh mendapatkan degree melalui acca hanya dlm masa 3 tahun melalui acca jika anda mengambil drpd cat.jadi anda terus kan saja menyambung pelajaran dlm acca.jika anda menghabis kan acca.sijil acca adalah setaraf dengan master dan diiktiraf oleh JPA.

    to ela.

    anda boleh mula mengambil sijil cat-acca.
    kptm itu adalah kolej poly-tech mara

  74. sifu,saya ni calon spm yang baru mendapat keputusan spm 2008…saya nak tanya kenapa saya tidak mendapat salinan keputusan spm 2008 untuk kertas 3756 sedang kan kawan saya yang mendapat keputusan 4B pun mendapat salinan keputusan spm 2008 untuk kertas itu….(saya jugak dpt 4B)&betulke sijil LCCI itu dikira daripada soalan 2 untuk kertas 3756? tolong jawab coz sy tengah stress sangat2….

  75. sifu..
    sy calon spm 2008…

    kputsan spm sy spt brikut..

    bm-3b
    bi-4b
    sj-4b
    sc-3b
    pi-3b
    mt-1a
    akaun-2a
    ekonomi asas-5c
    seni-3b
    admath-5c

    sifu..
    adakah sy msih layak utk memasuki ipta/ipts dlm bdang perakaunan?

    pada pndpat sifu…
    apakah yg perlu sy lakukan untuk melanjutkan pljaran saya…??

    **bantu lah sy…

  76. Denan,
    Saya kurang faham soalan awak. Adakah awak merujuk kepada sijil kedua, Sijil terbuka LCCI/ACCA? Jika benar demikian, maka bacalah seterusnya komen sifu.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pengeluaran sijil kedua itu, Sijil LCCI/ACCA hanya diberikan jika pelajar penuhi syarat-syarat tertentu.
    1. Prinsip Perakaunan sekurang-kurangnya 6C
    2. English 1119 juga sekurang-kurangnya 6C. Jika dapat 7D, maka sijil itu akan ditambah perkataan ‘dalam bahasa melayu’
    3. turut membayar kepada pihak sekolah Rm25 jika berniat utk dapatkan sijil profesional itu. Yuran tersebut akan diserahkan kepada LPM dan seterusnya LPM akan hantar sijil berkenaan kepada sekolah utk diserah kepada calon berkenaan.

    Apa-apa pun sifu tak tau sejauh mana penguatkuasaan syarat 3 di atas.

    Jika maksud Denan salinan keputusan SPM 2008 selain yang dimaksudkan di atas, maka sifu pun tak tau apa-apa.

    Setakat itu sahaj yang dapat sifu jelaskan. Sila rujuk guru perakaunan anda utk kejelasan. Minta guru awak rujuk pekeliling tahun lepas berkenaan pensijilan kedua itu.

  77. Orange,
    Berdasarkan pengamatan sifu, awak berpotensi meneruskan pengajian ke bidang perakaunan sepertimana yang awak hajatkan. Mungkin awak boleh mencuba memohon matrikulasi, atau diploma perkaunan di UiTM, atau mana-mana IPTSwasta yang dihajati. Selain dari itu, awak boleh juga mengikuti diploma perakaunan di politeknik yang ditawarkan di beberapa kampus politeknik di seluruh negara. Sila rujuk lamanweb MOHE.gov.my dan/atau politeknik utk syarat-syarat minimum permohonan.

    Cuma nasihat sifu, semua kelayakan yang dipaparkan diinternet adalah syarat minimum. Dengan kata lain, layak memohon. faktor berjaya atau tidak amat bergantung kepada kekosongan dan kecenderungan perebutan (atau persaingan) antara pemohon-pemohon SPM. Oleh itu, bijaklah memilih dan jangan pilih sangat IPTA yang terdekat dengan rumah anda semata-mata.

    Selain dari itu, pintu masuk ke T6 adalah automatik untuk anda. Jika saluran lain yang dipohon oleh Orange mendukacitakan, tawaran ke tingkatan enam pasti akan anda terima dari KPM kerana prestasi anda memungkinkan anda dipanggil dalam kumpulan ‘1st intake’.

    Apa-apa pun, tahniah di atas kejayaan anda.

  78. sifu..

    apakah kelayakan untuk masuk ke KPTM

  79. **maaf soalan tak habis

    to sifu & athrun..

    apakah syarat kelayakan untuk masuk ke KPTM dalam bidang CAT-ACCA?

    sy calon lepasan spm 2008…
    dan berminat untuk menyambung pelajaran di KPTM tersebut…

  80. sifu & athrun…

    adkah kputusan spm spt orange lyak untuk mmasuki KPTM dlm bdang CAT-ACCA??

  81. assalamualaikum sifu,ni result sy untuk spm…

    BM-3B
    BI-7D
    AG-5C
    SJ-4B
    MM-4B
    SC-1A
    ADD MATH-8E
    PA-4B
    EA-7D
    PHY-6C
    CHM-7D

    sy nak tanya,dgn result sy ni blh ke msk F6 aliran science?tp sy x amik subjek 4551@biologi…blh ke msk?

  82. Hati Resah,
    Masih resah lagi? Sila lawati dan baca dengan perlahan, teliti dan fokus maklumat-maklumat yang disiarkan dalam http://www.kptm.edu.my
    Ringkasan perkara penting yang boleh sifu siarkan di sini pula:
    1. Syarat penting ialah status bumiputera memandangkan KPTM adalah milik penuh MARA yang menetapkan
    2. Kelayakan MINIMUM (minimum tu maknya mesti jelas okay)

    Programme : ACCA Certified Accounting Technician (ACCA – CAT, UK)
    Programme Duration : 1 ½ Years (3 semester)
    Programme Code : AA111
    Program Fees : RM7,182
    Teaching Language : English <– make sure you can cope with this
    Sponsorship : MARA (if qualified) <– HResah kena rujuk MARA sendiri berkenaan perkara ini
    MQA Registration No / JPA Accreditation : A1167
    Minimum Requirement : Pass SPM and * FIVE (5) credit in any subject <– competition main peranan. Walaupun apa-apa subjek layak, tetapi semakin ramai pemohon maka secara automatik, semakin tinggilah persaingan – the best person wins all the time.

    Selain dari CAT-ACCA, sifu sarankan Hresah supaya turut melihat/meninjau peluang dalam kursus pengajian lain di KPTM.
    Ini adalah link terus ke Kursus-kursus Pengurusan Perniagaan Dan Perakaunan yang ditawarkan KPTM.

    Untuk memudahkan anda mencari maklumat, sifu sarankan agar HResah download juga brosur kursus pengajian KPTM dalam format fail PDF
    1. Certified Accounting Technician. (CAT)
    2. Professional Accountancy. (ACCA)
    3. Institute of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
    4. BA(Hons) in Business IT with Accounting.
    5. Bachelor in Business Information Technology with International Business.
    6. BSc(Hons) in Computer Science.
    7. Diploma In Accountancy.
    8. Diploma in Business Information Technology.
    9. Diploma in Business Management.
    10. Diploma in Computer Science.
    11. Diploma in Computer System & Networking.
    12. Diploma in Computer Systems: Operations & Management.
    13. Diploma in Information Technology.
    14. Diploma in Multimedia.
    15. Diploma in Nursing.
    16. Sijil Kemahiran Malaysia.

    Selebihnya Hati Resah cari sendiri link dia atau baca sahaja secara online pun boleh.

  83. Denan,
    PEMBETULAN – denan awak layak mohon masuk ke T6 aliran sains kerana berdasarkan pengiraan, Denan peroleh 17 nilai gred utk kombinasi MM, Fizik dan Kimia. Syarat minimum ialah 18 nilai gred bagi 3 subjek utama.

    SO MOHON SAHAJA, Kalau ada rezeki awak dapatlah awak masuk.

    Tetapi jika lebih ramai pelajar lebih baik dari anda, maka anda akan diturunkan ke aliran kemanusiaan. Sifu percaya anda akan ditawarkan ke F6 aliran sastera atau aliran kemanusiaan di sekolah KPM yang menawarkan kelas T6. Potensi awak sememangnya ke situ.

    TIPS : JIKA masih nak ke bidang sains di F6, masuklah ke sekolah swasta yang tawarkan pengajian persediaan STPM dan mohon masuk ke aliran sains. Langkah lain ialah menjadi calon persendirian STPM 2010.

    Maaf sekali lagi. Tapi sifu fikir lebih baik sifu berterus terang supaya Denan akan tersedar dan bersedia secepat mungkin membangkitkan diri mencipta kejayaan baru.

  84. bm=a2
    matematik=a1
    pai=a1
    prinsip akau=a2
    sej= a2
    bi=3b
    addmat=5c
    fiz=5c
    bio=5c
    kim=6c
    est=6c

    actually sy mnt gak bab2 akaun ni…..
    tapi btul ke akaun ni susah
    senang nk gagal…….
    n then pasal kampus kt uitm kt shah alam tu cmne plak
    ape syarat2 kelayakn die
    lykkke sy..
    then bleh x berikn klebihannye
    senang kenk dpt kerje..
    sy tgh buntu skang ni
    nak apply bahagian perubatan pun subjek sains semue c
    penin2
    bantu sy plis……..

  85. P.Akaun,
    Tahniah kerana masih miliki SPM yang cemerlang.

    Ya memang benar. AKAUN NI SENANG NAK GAGAL, terutama pelajar-pelajar yang main redah je, atau pelajar yang malas je. Dah susah buat apa ambil kalau pemalas, ya tak.

    Sebenarnya perakaunan bukannya bidang main-main. Ia adalah bidang profesional yang menjanjikan pendapatan yang agak lumayan selepas tamat pengajian. Tapi kenyataannya, hanya mereka-mereka yang menjadi graduan berkualiti dalam perakaunan sahaja yang mudah cari kerja. YANG LONGLAI, yang takat lulus, yang dapat 2.33 ke bawah CGPA dia, makin sukarlah nak ceburi bidang perakaunan SECARA LANGSUNG. Tapi ramai dah graduan perakaunan yang menceburi bidang perniagaan, tak kiralah sebab mereka menganggur, atau pelajar keputusan tak bagus di U atau pelajar yang cemerlang di U.

    Kenyataannya juga, ada graduan dari bidang lain pun akan mendapat nasib yang sama jika pemalas juga. WALAUPUN bidang itu dikatakan tersenang antara yang senang.

    tak caya? Tanyalah Universiti itu sendiri.

    Awak sebenarnya berpotensi menceburi bidang perakaunan, mulakan dengan memohon masuk ke diploma akaun. Tak janji dapat tapi tak salah memohon. Selain dari itu, awak boleh mencuba memohon diploma pentadbiran perniagaan.

    kampus Shah Alam? Sorilah sifu tak pernah pegi.

  86. mmmm…..
    gitu ye…….
    thanks…….
    sy gi kt ekspo selangkah ke uitm smlm pun
    tanye pendpt dieorg
    dieorg suh amik diploma accounting…….
    insya allah dpt katenye
    tapi parents macam x kasi je ngn accounting…….
    ntahla…..
    tgh pening
    xdapat nk wt kputusan lg……
    fenin2..

  87. sy nak tnya sifu bolehkah calon lepasan spm mengikuti pengajian perngkt profesional iaitu CAT kat UITM???DAN bagaimana cara untk memohon bidang ini???

  88. Azri,
    tawaran kursus profesional di uitm diurus terus oleh bahagaian pengambilan pelajar UiTM. Layari laman sesawang rasmi UiTM utk maklumat lanjut.

    maklumat ini mungkin boleh membantu and buat keputusan lanjut tentang program profesional yang diuruskan oleh UiTM.
    http://www.hea.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=58

    http://www.accounting.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=6&id=54&Itemid=231

  89. Sy dah dpt twaran untk KPTM untk CAT tp first choice sy is UITM Shah Alam for CAT-ACCA…arap2 dptlah..tp uitm ada interview.I’m scare it..

  90. Azri,
    Excellent and Good Luck. As been said by Obiwan kenobi, “Not to worry my apprentice. May the force be with you.”

    Nana,
    Malangnya sifu tak ada pengetahuan tentang TNB dan Uniten. Tapi tak mustahil mereka akan menguji anda menggunakan kedua-dua bahasa. Oleh itu bersedialah.

  91. Sifu, sy baru sahaja terima tawaran ICSA MATRICULATION KPTM. Adakah program ini bagus? adakah ianya sama seperti Kolej Matrikulasi Labuan, johor? maksud sy dari segi syllabus dia?

  92. sifu, saya mau bertanyakan mengenai ACCA ini..saya ni kelulusan Diploma in Accounting dari KPTM juga..Then saya berminat untuk ambil ACCA course ni..Tapi yang musykil nya, perlukah saya ambil CAT terlebih dahulu sebelum ambil ACCA?

    Saya ade register untuk ACCA di KPTM dan surat tawran telah dihantar dirumah saya. Jadi masalah sekarang ni, jika saya ambil course ni, adakah saya akan di test melalui peperiksaan sebelum mendaftar ACCA?..sekian..terima kasih

  93. Maxwell,
    Maaflah, sifu kurang arif tentang Institute Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA). Harap anda dapat hubungi KPTM secara langsung utk mendapatkan keterangan lebih terperinci berkenaan program matrikulasi tersebut. Antara cadangan soalan sifu ialah:
    1. Selepas tamat matrikulasi apakah program ijazah yang boleh diikuti?
    2. Adakah ia boleh digunakan utk belajar di dalam dan di luar negara?
    3. Apakah bezanya matrikulasi KPM dengan ICSA Matrikulasi KPTM?
    4. Apakah bidang kerjaya yang boleh diceburi selepas mendapat pentauliahan profesional dari ICSA?

    Fadil,
    Kan ke awak di KPTM, awak lebih kenal KPTM berbanding sifu yang jauh di Sabah ni. Sifu rasa lebih elok awak bertanya terus dengan pentadbiran KPTM berkenaan perkara tersebut, terutamanya bagaimana nak menyerap jam kredit diploma perakaunan ke ACCA (jika ada). Sifu percaya tidak ada test utk layak ke ACCA tetapi ada syarat CGPA… Awak tanya KPTM utk kterangan lebih lanjut.

  94. dear sifu,

    apa beza Diploma Perakaunan(di UiTM)dgn Diploma Sistem Maklumat Perakaunan(di UiTM) ?
    dan apa Pro n Cons antara kedua-dua course ni?

  95. sifu..
    kwn saya..akaun dpt B3..
    tp kenapa dia dpt LCCI gred 2 ?
    bkn sepatutnya calon yg dpt A1 & A2 sj ke??

  96. sifu..
    apa itu course sistem maklumat perniagaan @ business information system(BIS)?
    ada x website yg berkaitan?
    sy cuba cari..
    tp x jumpa..

  97. Athrun,
    apakah kemungkinan soalan MARA utk Program CAT-ACCA dlm interview..
    sya punya interview 13 haribulan April..
    tolong yer..

  98. Sifu,
    apakah kemungkinan soalan MARA utk Program CAT-ACCA dlm interview..
    sya punya interview 13 haribulan April..
    tolong yer..

  99. Dee alias Dodol alias bobonita (catrosepink),
    1. tak perlulah guna pelbagai nickname. Tanya sekaligus lagi senang, jimat masa.
    2. Dip.Akaun fokus akaun, manakala dip. Sis.Maklumat perakaunan fokus kpd ICT + Akaun, kira macam melatih kakitangan sokongan perakaunan gitu.
    3. LCCI punya gred punya maksud lain, dan difahamkan ia fokus kpd soalan 2 dan 3 sahaja. Ini bermakna kawan awak tu turut dapat markah lebih baik dlm soalan 2 dan 3.
    4. Hmm, cuba google sekali lagi, pasti ada. tak puas hati, google bahasa melayu, ijazah sistem maklumat perniagaan.

    TOLONG,
    Sorilah, yang tu sifu kurang arif. Tapi mungkin lebih kurang sama je dengan mana-mana interview peluang belajar lain.

  100. Selepas tamat ACCA ke peringkat mana plk yg kta bleh smbung?adakah taraf acca lbh tinggi drpd degree n master?

  101. to all,

    bermula dr tahun lepas,mara tidak lagi menyediakan kemudahan
    scholarship kpd pelajar bidang profesional di UITM memandangkan ptptn memberi kemudah pinjaman kpd mereka.oleh itu,interview yg diaturkan oleh pihak uitm tidak mempunyai kaitan dgn mara sama sekali,ia hanyalah interview yg menilai sama ada individu yg berminat meneruskan pengajian dlm bidang profesional di uitm layak@tidak mendapatkn tmpat di UITM memandang kan mereka amat menjaga status mereka sebagai gold class tuition for acca course in MALAYSIA.tetapi berbanding dgn KPTM,anda tidak perlu melalui temuduga,tempat telah tersedia kn utk anda,tetapi 1st come 1st serve,jika anda layak dan memenuhi kretirea yg ditetap kn oleh mara bg mndapat scholarship,maka anda anda akan mendapatnya tanpa perlu melalui temuduga.

    selepas anda menamatkan bidang ACCA.anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Phd,ACCA adalah setaraf master dan apabila anda berjaya lulus dlm fundamental paper utk ACCA maka anda akan di tawar degree oxford brooke.sesetengah universiti menganugerahkan master kpd pelajar2 mereka yg berjaya menghabiskan acca.kebiasaannya pelajar2 acca yg telah tamat mnyambung pelajaran ke peringkat CIMA.

  102. Azri,
    Jika anda sememangnya akan menceburi bidang perakaunan sepenuhnya, maka kelayakan ACCA yang anda boleh ikuti adalah apa-apa sahaja yg mereka boleh offer. In fact, kelayakan profesional ACCA tu boleh melangkaui graduan peringkat Master, tertakluk kepada terma dan syarat. Utk keterangan lanjut, sila layari lamanweb ACCA dan baca dengan teliti semua option yang ada.

    Athrun Zala,
    Thank you for the info.

  103. bilakah tarijh temuduga bg prog CAT-ACCA kat uitm? n mcm mna sy nk thu smaada sy bleh@tidak temuduga itu…

  104. Sifu,
    boleh terangkan kepada saya apa dia CAT,ACCA,CAT-ACCA.

  105. Azri,
    Sila hubungi UiTM secara langsung. tak pun lawati lamanweb mereka, uitm.edu.my

    Aries,
    Rujuk wikipedia.

  106. salam,sifu..
    saya nak tahu..ape perbezaan akaun dengan ekonomi dan sains pengurusan
    tlg saya..plezz

  107. lg satu..sy pelajar pure sains n pnh blajar p.akaun tp x abes
    sifu rasa boleh x saya beralih bidang dr sc
    disini saya senaraikan result spm sy
    BM,SEJ,PAI,MM-A1
    BIO.ADDMATH-A2
    PHY-B3
    CHEM,BI-B4

  108. Anne,
    Okay apa. Memang boleh pindah bidang. Cuma lagi apa bidang yang dipohon. Apa beza akaun, ekonomi dan pengurusan?
    Akaun – belajar akaun (terpenting), pengurusan dan ekonomi
    Ekonomi – belajar ekonomi (terpenting), pengurusan dan akaun
    Pengurusan – belajar pengurusan dan pentadbiran (terpenting, akaun, dan ekonomi

    Ketiga-tiga bidang ini bolehlah dilihat seumpama adik beradik, saling melengkapi. ketiga-tiganya jadi fokus ramai orang yang ingin menceburi mana-mana kerjaya dalam dunia pengurusan dan pentadbiran korporat, sektor swasta mahupun sektor awam. Keterangan lanjut, sila layari lamanweb UiTM, UPM, atau UKM atau UUM dan baca artikel /bahan tulisan dalam segmen ‘PROSPECT STUDENT’

  109. terima kasih sifu..

  110. Marzhiah Sazali

    Adakah belajar di kolej poly-tech mara menjamin pekerjaan selepas habis belajar kerana saya mendapat tawaran diploma kejururawatan disitu…bagaimana pula dgn diploma pengajian peniagaan….

  111. sY dPt CAT-ACCA kptm…sy mmg becadang hendak pergi tapi sy tiada Lansung akaun msa spm…sy nak mencuba CAT…adakah subjek ini seangkatan medic…sbb kwn2 sy ada ckp CAT amat2 susah?betuL kE??

  112. Marzhiah Sazali,
    Sebenarnya IPTS mahupun IPTA tak dapat menjamin pekerjaan kerana itu bukan tugas mereka. IPTA/S BUKANLAH SEBUAH KEMENTERIAN ATAU JABATAN SUMBER MANUSIA atau sebuah kilang yang gerenti beri kerja. Tetapi mana-mana IPTS dan IPTS berjanji menjamin kualiti pendidikan supaya selepas graduat, diharapkan graduan masing-masing mempunyai kelengkapan cukup untuk bersaing dalam pasaran buruh mahir atau separa mahir. Oleh itu sifu sarankan supaya semasa awak masih siswazah, berusahalah lengkapkan diri awak dengan ilmu yang sepatutnya awak kuasai, di tambah dengan ilmu yang menjadi nilai tambah, dan kemahiran kendiri yang mesti ditingkatkan (groom) sebelum awak graduat.
    Maaf jika, tulisan sifu ini tidak menggembirakan hati anda. Tapi ingatlah, bahawa itulah realitinya. Contohnya, sifu graduan UPM, bacelor perakaunan dengan kepujian. UPM tak boleh jamin sifu dapat kerja, tapi sifu boleh berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan sifu, yang memenuhi keperluan pasaran pada masa itu, dan berjaya mendapat kerja swasta sebelum kembali bersaing dalam pasaran buruh yang lebih rigid iaitu keguruan. UPM tak jamin sifu akan jadi pegawai akaun, pegawai bank, ataupun kemudian menjadi guru terlatih. Ia adalah pilihan dan peluang sifu berbekalkan segulung ijazah yang akhirnya mesti dizahirkan semasa interbiu kerja sebelum majikan dapat melihat keupayaan sebenar diri dalam jawatan berkenaan. Keyakinan diri, personaliti, communication-skill, dan value-added knowledge spt kemahiran ICT (pada masa itu, tahun 90-an, tak ramai orang pandai MSOffice pun). Sekarang ini, ramai remaja dah kenal teknologi dan pandai MSOffice dah mahir pelbagai perisian lain, maka Marzhiah perlu fikirkan apakah nilaitambah yang perlu ada lagi.

  113. Amani,
    CAT-ACCA adalah merujuk kepada kelayakan dalam bidang perakaunan diperingkat setaraf diploma, atau lebih baik dari diploma. TAK, sudah pasti ia tak setaraf bidang perubatan kerana awak tak perlu mengingati, memahami fisiologi manusia atau haiwan. CAT-ACCA fokus kepada bidang perakaunan dan silibus yang ditetapkan mampu diikuti, dipelajari, dan difahami oleh mana-mana individu yang pernah atau tak pernah belajar akaun dalam SPM. Not to worry.

  114. sya dapt twran ke kptm olor star dalam kos tourism…ok ta??
    mksod sya pluang pkejaan??
    dan cra plbelajarnnya nnti

  115. salam sifu…
    sy nk brtnya sikit dgn sifu atau kak athrun…
    sy pening nk buat plhn sama ada ingin ke kptm atau tak.
    sy dpt kos dploma akaun under uitm di kptm…
    sy nk sgt tau,adakah pluang untuk smbg ke uitm dlm prgkat degree lbh trbuka luas jika sy terime kos ni??
    dan,adkh pmbelajaran untuk kos akaun under uitm ni sama spt di uitm sndiri..?

    harap2 sifu atau kak athrun tlg bg pndapat yer…

  116. pminatoasis,
    Okay.

    Mien,
    Ya, KPTM adalah kolej milik anak syarikat MARA. Diploma Perakaunan di KPTM adalah diploma perakaunan UiTM, diiktiraf dan dianugerahkan oleh UiTM. Silibusnya ADALAH 100% serupa dengan diploma perakaunan di kampus induk UiTM. Awak akan layak ke ijazah perakaunan di UiTM tanpa masalah selagi cukup syarat sama seperti graduan diploma dari kampus UiTM sendiri.

  117. time kasih yer sifu…
    sy nk tny sifu lg..
    disbabkan kptm ni hak milik mara,jd sy blh membuat pinjaman mara kn?
    dan adkh pinjaman tu blh brtukar mnjadi biasiswa jika sy dpt memprolehi pointer yg bgus swaktu blajar di kptm nanti?
    atau pinjaman tu tetap akn mnjadi pinjaman?

    maaf yer klu mgganggu sifu…

  118. Mien,
    1. KPTM milik anak syarikat MARA iaitu Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd
    2. Jika awak berstatus bumiputera dan layak, maka tak ada sebab untuk tidak layak memohon pinjaman MARA. Sifu dimaklumkan pelajar KPTM juga layak mendapat pengecualian pembayaran pinjamana jika pointer melebihi dari apa yang ditetapkan. Dulu 3.800, layak pengecualian 100%, manakala jika pointer 3.00 ke atas, maka bayar 10% sahaja. mana-mana yang lebih rendah mungkin bayar semua. Sila rujuk KPTM untuk keterangan lanjut.

  119. oooo…bru sy paham
    time kasih byk2 sifu yer..
    sy pn x tau lg nk g ke tak kptm ni sbb prents x brape stuju…
    tapi,sy rse kptm ni bgus sbb bwh mara…
    papen,tanx k sifu sbb bg pneragn kt sy…

  120. salam sifu~
    esOk fina ada interview acca kat uitm s.alam..
    xtaula nak prepare ape~
    mcm blur sbb dh setahun xstudy~
    neh br nk study balik~
    huhu~sifu ada tips x??
    thanks~

  121. Fina,
    Tak taulah apa yang perlu untuk interbiu esok. Mungkin macam biasalah, sijil-sijil asal, sijil-sijil salinan yang dah disahkan benar, konfiden diri, dan alasan kenapa nak sangat belajar perakaunan dan kenapa pilih ACCA. Untuk itu layari lamanweb ACCA untuk mengetahui serba sedikit tentangnya.
    Selebihnya awak dah sedia dah tu.

  122. sifu… matrikulasi institute of chartered secretaries and administrators 2 pra ke dip ke atau degree?

  123. Sifu…sy nk tny,sy akn msuk Uitm x lme lg under program cat-acca ni.
    Sy nk tny,buku2 study kt U ni mmg kte bli sndiri d kdai @ lecturer yg tnjukkan buku ape yg ptt dbeli?
    Dn,buku ape yg bgus utk wt revision cat ni nnti cuz sy dlu dak science stream jd mmg xde basic akaun so sy nk tau tjuk buku yg bgus utk course ni dn d mana blh sy dptknnye…
    Dn sy dpt tau Uitm ade bg Study Grant utk stdnt2nye.Mcm mne bnde 2 ek?
    2 sje la yg sy nk tny,hrp sifu bleyh bntu sy yek..

  124. salam..sy nak tanya pendapat tentang kuis..bagus kah sy masuk kuis?

  125. siFu…sLePAs habis CAT boLehkaH sY smbung dEgRee di ipTa….?
    aTAu biLA sAyA aBeh CAT di kPTm,ACCA sy di kptm jUgA aTAu boLeh disAmbUng di tempat lain??
    tq..

  126. ALeyn,
    kalaulah dah ada perkataan matrikulasi, maknanya pra-ijazah lah tu.

    Afiq26,
    Setahu sayalah, kalau program ACCA tu akan ada buku terbitan ACCA sendiri yang dibeli oleh pelajar. Tak taulah pula adakah buku yang sama akan digunakan dalam UiTM.

    Nuraishah,
    KUIS tu sememangnya baik.

    AMaNi,
    Lebih baik, jika dah tamat CAT, awak teruskan program profesional ACCA pula. Itu lebih menguntungkan. Jika prestasi awak semasa CAT tu amat baik, pihak KPTM ada menyebut bahawa pelajar berkenaan akan terus ditawarkan tajaan MARA untuk program profesional ACCA pula. Untung apa. Setakat ini MARA hanya taja program ACCA di KPTM dan UiTM sahaja. Selebihnya awak boleh ikuti secara bersendirian dengan biaya sendiri.

  127. updated.

    kpd mana2 student ACCA yg brjaya menamatkan course ACCA akan ditawarkan degree in accounting drpd UITM dgn hanya menduduki exam final@final presentation~mana2 yg perlu~dgn ini student ACCA akan mndapat 2 degree.iaitu satu drpd oxford brooke university,degree in applied accounting(science) yg diperolehi oleh student apabila menamat kan part 2 dlm ACCA.degree boleh diperolehi dgn membuat tesis berdasarkan tajuk yg diberikan oleh ACCA.

  128. ATHRUN ZALA,
    THANK YOU FOR THE LATEST INFO.
    Where can we find more details information related to this great opportunity? Also, is this valid for non-KPTM student?

  129. valid for all ACCA student around the world n____n

  130. Thank you athrun zala

  131. hye athrun zala…
    saya nk tanye pendapat athrun..
    saya akn abes dip in accountancy disember nie..insyaALLAH..
    sy tgh keliru lps nie nk sambung yg mane..
    in ur opinion, should i take degree in accountancy or acca?..
    but is it acca more complicated than degree?
    what do u think?..

  132. sifu nape xreply saya punye

  133. Qiqi,
    Awakkan tanya Athrun, jadi sifu biar jelah. 8).
    Tapi kalau nak sifu komen, senang je. Pegilah ke ijazah perakaunan dulu. Kalau nak ke ACCA tapi kurang mampu nak biaya sendiri (kos exam dan buku agak tinggi juga), dan gagal dapat ke UiTM untuk kursus profesional ACCA atau ke KPTM utk ACCA tu, maka itulah jalan termurah sekali.
    Tapi jika dapat, kenapa tidak. Mara sememangnya biaya pengajian krusus profesional tetapi hanya di UiTM dan KPTM.

    Tulah lebih kurang. Apa pun kita tunggu jawapan Athrun pula.

  134. hehehe oo padan la sifu xreply..
    kalo nk ke acca tu kene ade tawaran dulu la yek?..
    cm saya dr uitm amik dip ni kt uitm
    kalo saya tros mohon amik acca kt uitm tok tahun hadapan dpt ke?..
    ke acca nie hanye tok org yg pandai n dpt tawaran je?..

  135. Qiqi,
    setahu sifu, permohonan belajar ACCA tu boleh dibuat terus melalui lamanweb UiTM. Sepatutnya awak dah tau ni. Soal layak ke tak, itu urusan UiTM kerana mereka yang tentukan kriteria. Sila hubungi pihak HEP untuk keterangan lanjut. Selamat berjaya.

  136. kalo mcm tu sifu rase elok la saya amik ijazah dulu?..
    pastu baru saya smbung acca?..
    kalo kite xde dip accountancy bole ke tros amik acca?..

    terima kasih sifu..

  137. salam sifu..
    sy pnh brtny sifu tentang lain sblm ni.
    tp skrg ni sy jd makin buntu sifu.
    sy dpt kos ukur bahan di politeknik tp kmasukan bulan jnuari 2010.
    seperti yang sy mklumkn pada sifu dlu.
    sy mndapat pluang bljr di kptm dlm kos dip prakaunan krjasama uitm.
    sy rase sgt pening la sifu nk buat pilihan.
    sy nk jgk plh kos akaun di kptm tp tkut pluang pkrjaan x terjamin sgt.
    lgpn sdh rmai graduan2 yg telah dilahirkan dr kos perakaunan.
    mesti persaingan untuk mndptkn pkerjaan sgt sengit.
    pd pndapat sifu apakah spatutnya kos yg sy ptut plih?
    mintak tlg sifu bg tau la jgk skop pkerjaan dlm kos akaun ni yer.
    time kasih sifu.

  138. salam sifu n Athrun…sy ditawarkn program lcci di baitul mal..lps lcci sy akn ditawarkn program cat kn?lps cat sy akn terus acca or degree dulu?cuz ade org kata kena degree n dlm masa yg sama akn acca..adkh begitu?plz help me…

  139. Mien,
    Jika anda adalah graduan cemerlang, tak kiralah anda graduan UiTM, UM atau KPTM, atau dari IPTA/IPTS lain, peluang kerjaya akan mencari anda. Jika anda seperti graduan ‘cukup-cukup’ maka walau anda dari IPTA terbaik pun, kerjaya tak akan datang dengan sebegitu mudah.
    KPTM adalah kolej di bawah naungan MARA. MARA sengaja menubuhkan IPTS atas dasar melebarkan peluang pendidikan kepada rakyat malaysia terutamanya bumiputera. Sila layari lamanweb KPTM dan bacalah dasar, falsafah, pencapaian dan sejarah penubuhannya untuk menilai keupayaan KPTM.
    Soalan persaingan sengit itu sudah sememangnya untuk kerjaya yang menjanjikan tangga gaji yang lumayan.
    Baca petikan akhbar ini untuk mengetahui potensi kerjaya dalam bidang perakaunan:
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

    Juga baca maklumat umum kerjaya berkaitan akaun dari lamanweb Kementerian Sumber Manusia Malaysia(MOHR),
    http://www.mohr.gov.my/jcs/cic/docs/akaun.html

    Apa yang penting ialah, individu yang menceburi bidang perakaunan sepatutnya tahu APA TUJUAN dia belajar susah-payah dalam bidang yang dianggap ‘sukar-mencabar’. Jika anda tidak yakin dengan bidang ini, maka anda mungkin tidak sesuai belajar dalam perakaunan. Jika anda takut bersaing juga anda tak layak masuk bidang ini, dan juga mana-mana bidang. Ini kerana realitinya semua bidang akan ada persaingan merebut kerja atau jawatan di antara graduan universiti.
    Harap anda dapat menyediakan mental anda untuk itu serta kebolehan diri anda.
    Semoga berjaya.

  140. Enchanter,
    Tak semestinya awak akan dapat tawaran automatik. Ia amat bergantung kepada keputusan LCCI yang awak berjaya capai. Hanya selepas itu awak boleh memohon untuk teruskan ke tahap CAT. Dan selepas itu barulah awak boleh teruskan ke peringkat tinggi lagi, contohnya ACCA sepenuhnya.

    Perlu ditegaskan di sini, kursus perakaunan mengikut LCCI atau ACCA boleh diikuti oleh mana-mana individu yang layak sama ada belajar sendiri ataupun melalui pengajian di kolej atau mana-mana institut persediaan LCCI (LCCI preparation centre) atau ACCA.

    Apa-apapun, sila layari lamanweb LCCI dan ACCA untuk keterangan lanjut dan fahami semua hak dan peluang anda di sana. Jika anda belajar di baitul mal(?) pun, mereka sekadar menyediakan peluang TUTORIAL, KELAS PENGAJIAN DAN tutor/pengajar. peperiksaan tetap akan dikendalikan oleh pihak LCCi atau ACCA, mana-mana yang anda ikuti.

  141. mekasih sifu…pd pndpt sifu sy ptt mula dr lcci dulu or cat-acca?

  142. ok..tima kasih sifu sbb sudi bg pndangan..

  143. Enchanter,
    It is TOTALLY up to you. I don’t have any opinion.

  144. orite…tp sy xde basic akaun..xpe ker sy ambik program profesional?ptt sy mula dr diploma?

  145. Enchanter,
    Tak pe. Itu awak je. Nak ke tak nak. Ramai orang di luar sana yang sedang belajar, baru mula belajar, atau telah tamat belajar yang asalnya tak ada basic perakaunan.
    Tapi kalau nak senangkan hati sendiri, maka ke diplomalah awak. jangan pandang belakang.

  146. orite…sy akn diploma…thx a lof sifu ^_^

  147. sifu, saya diberi offer untuk join UITM untuk course acca-cat. Saya juga diberi pilihan untuk pergi ke Kolej Yayasan UEM untuk A-levels dan melanjutkan pelajaran ijazah di UK. Saya ada beberapa soalan :

    1. Jika saya menyertai progam cat di uitm, ada tawaran biasiswa ke untuk saya melanjutkan acca saya di UK dgn sijil CAT?

    2. adakah lebih baik saya menyertai program ijazah terlebih dahulu ataupun terus mengambil prog professional

    3. Saya juga ada terfikir untuk belajar ijazah sambil itu saya ambil 2 atau paper setiap sem untuk ACCA secara part-time…adakah itu sesuai ataupun sgt menyusahkan?

  148. Razin,
    No.1 – Hal tu sifu tak tau apa-apa. Maaf okay.
    No.2 – jika nak cepat dan sanggup serta berkemampuan, ambil ACCA lebih cepat dari ijazah, dengan syarat duduki exam lulus sentiasa. Jika balik-balik kantoi, kena ambil balik. Nasiblah.
    No. 3 – bolehkah? Setahu saya, ipt tak akan benarkan. Lagipun kalau dah ada ijazah, awak hanya perlu ambil beberapa buah paper/level sahaja lagi utk ACCA. Awak boleh baca di lamanweb Accaasia.com dan cari pengecualian paper untuk graduan universiti. Ada tempoh tahun dinyatakan di sana.

  149. salam….sya ingin ambil diploma perakauna uitm..agak rugi sbb 3 tahun ..sya skarg brda dalam tahun akhir…jadi,,saya ingin mengambil ACCA slaps diploma nti..berapa agaknya kelayakan CGPA untuk menyambubg ke ACCA? sya dpt info cuma 2.0 dah boleh masuk..btol ke???hantar kt email sya ye…thnks

  150. Farid,
    As long as you have credible results, you are always welcome to tak ACCA exam.

    Berkenaan diploma ni, tak ada istilah rugi. Awak tetap beruntung. Bandingkan dengan orang lain yang tak layak matriks, tak layak asasi, tak layak program persediaan ke luar negara, tak layak ke diploma dan tak layak ke T6 pun. So di sebalik jurang tempoh waktu belajar, anda telah berjaya menzahirkan peluang awak.

  151. Salam sifu,
    Saya merupakan graduan dalam bidang fizik dan pernah bekerja sebagai Pembantu Penyelidik (juga di jabatan fizik) selama setahun (kontrak). Kini baru shj tamat kontrak tersebut dan sedang mencari pekerjaan lain yang sesuai dengan kelayakan saya.
    Tapi, timbul juga niat dihati untuk menyambung pengajian di dalam bidang perakaunan memandangkan prospek kerjaya yang lebih cerah dalam bidang ni.
    Saya pernah mengambil subjek prinsip akaun dan mendapat A1 bagi subjek tersebut dalam SPM. Minat saya masih ada untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. Tetapi, adakah keputusan saya ini betul? Adakah saya hanya akan membazir umur apabila saya membuat keputusan untuk beralih dr bidang sains ke perakaunan? Saya juga tidak tahu dari mana ingin mulakannya? Saya harap sifu dapat membantu dan memberi sedikit pandangan mengenai situasi saya ini.
    Terima kasih.

  152. Zetty,
    Adakah anda pemegang ijazah sekarang? Jika ya, maka sifu berpendapat, adalah lebih baik jika anda memasuki bidang perakaunan melalui program profesional ACCA ataupun LCCI dari peringkat terendah sekali dan perlahan-lahan menapak sehingga mencapai bahagian yang melayakkan anda bekerja sebagai pegawai/pengurusa perakaunan/kewangan dan sebagainya, apatlah lagi akauntan bertauliah.

    Kaedah lain ialah mengikuti program ijazah pertama semula. Anda akan menjadi pemegang dua sijil ijazah. Tetapi sifu khuatir IPTA tidak membuka ruang ke arah tersebut. Maka pilihan alternatif ialah mengikuti program ijazah di IPTS.

  153. Sifu,
    Terima kasih atas respon di atas.. Ya, saya adalah pemegang ijazah sarjanamuda sains (fizik) dengan kepujian.. Saya ada terbaca mengenai program profesional dalam komen di atas. Saya lebih tertarik kpd program ini berbanding mengambil second degree.. Jadi, dari mana saya perlu mula? LCCI? ACCA? Terima kasih..

  154. Zetty,
    Mengambil kira kehendak pasaran masa kini, saya berpendapat ACCA adalah laluan yang terbaik berbanding LCCI. Tetapi harus diingat, awak harus menapak dari bawah, permulaan atau foundation level. Mungkin awak terpaksa mengikuti program ACCA-CAT dan barulah selepas itu meneruskan ke peringkat tertinggi.

    Apa-apapun, adalah lebih baik awak menghubungi pihak ACCA atau pusat-pusat latihan (tutorial) yang dilantik yang berdekatan dengan anda, untuk maklumat lebih terperinci.

    Selamat berjaya.

  155. salam sifu2b & athrun,
    saya adalah pelajar lepasan sijil penyimpanan kira dari politeknik..hpnm saya 3.22 jer..
    setelah membaca semua keterangan di atas,saya amat berminat dengan program acca-cat 2..
    Tp persoalannya,layakkah saya?& bagaimana cara nk pohon program 2?tlg la sy,plezz..
    sy tgh buntu x tau nk smbung pengajian kt mana…:(

  156. Sifu,adakah tdk rugi untuk ikuti program ACCA-CAT 2?
    keluarga saya mungkin tak mampu nk tanggung sbb KPTM 2 kn IPTS..
    Tlg bagi sy keterangan @ semangat,sy hampir putus asa skrg ni…

  157. Zulaikha,
    KPTM tu milik anak syarikat MARA. MARA turut menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang layak, yang mana, dengan catatan CGPA yang tertentu, kalau tak silap 3.50 ke atas, layak mendapat pengecualian pembayaran sehingga 100%. Oleh itu, jika Zulaikha sanggup belajar dan cemerlang, apa yang anda khuatiri akan terhapus dengan sendirinya kerana pinjaman boleh jadi biasiswa, hanya dengan usaha yang lebih sedikit dari biasa.

    Untuk memohon, mesti telah lepas SPM dengan gred terbaik yagn mungkin. Cuba layari lamanweb KPTM dan baca syarat yang ditetapkan.

  158. Salam,

    Sifu, saya sebelum ni belajar di KPTM KL dlm Diploma in Accountancy. Selepas habis belajar saya berkahwin kemudian memohon untuk ACCA di KPTM KL. Saya diterima masuk, namun pada hari pendaftaran saya dikejutkan bahawa saya tidak boleh menerima pinjaman MARA kerana sudah berkahwin.

    Jadi saya tak jadi masuk ACCA dan bekerja dahulu.

    Soalan saya, betulkah memang MARA tidak akan memberi pinjaman pelajaran untuk student yang sudah berkahwin? Dan apa rasionalnya?

    Soalan kedua, Sifu ada x senarai atau contoh-contoh kolej atau institusi pendidikan yang provide ACCA course di dalam Kuala Lumpur? Sebab yang saya tahu ada adalah di UiTM tapi di Shah Alam.

    Terima Kasih.

  159. Assalamualaikum athrun, boleh saya tahu berapa result spm awak? bukan apa saya cuma nak bandingkan dengan result spm saya nanti bila nak mohon tajaan mara……selain daripada result spm…apa lagi kriteria lain yang akan dilihat oleh kptm untuk memberikan tajaan mara?…..big 4 yang awak sebut tu ada di malaysia ke?…boleh saya tahu di mana lokasi keempat-empatnya…..harap dapat memmbalas komen saya dalam masa yang singkat…terima kasih

  160. kalau pelajar yang lulus matrikulasi nak terus sambung study acca boleh ke…..atau mesti ambik degree dulu baru boleh sambung acca? harap sifu2b atau athrun dapat membantu….terima kasih

  161. minta maaf, saya ada lagi satu soalan, lepas saya lulus acca-cat tanpa meneruskan acca, apakah kerjaya yang boleh diceburi dengan kelulusan acca-cat? dan apakah syarikat2 di malaysia yang menerima kelulusan acca-cat?(tanpa meneruskan cat)…diharapkan sifu2b dan athrun dapat membantu…..

  162. salam wbt sifu dan athrun~

    saya lepasan spm 2004, sc stream. dan skarang balajar dalam bidang perubatan tajaan jpa di tmur tgah. pencapain semasa sgt tak memuaskan dan dah berkira2 utk tukar bidang. sy cam berminat utk apply dalam program acca-cat ni

    so few questions here
    1) boleh ke apply dgn result spm 5 tahun yg lepas?(2004) plus i have not taken MUET obviously.
    2) sy mmg takde basic akaun. so can i possibly fit in?
    3) financial aid dr mara tu boleh apply lepas semester 1 x? meaning based on first sem result.
    4) intake terdekat utk program ni?

    tlg reply asap okeh

  163. handzalah,
    ACCA-CAT boleh terus kerja dalam mana-mana industri kerana semua syarikat, sederhana ataupun yang besar memerlukan sekurang-kurangnya kerani akaun. Apatah lagi dengan ACCA-CAT, awak akan mempunyai kemahiran perakaunan yang tinggi dan layak menjadi pembantu pengurus/pegawai akaun atau juga ketua kerani akaun (setakat yang saya faham). Dan dari situ, jika ada rezeki, awak bolehlah menyambung ke bidang ACCA lanjutang/sepenuhnya untuk mendapat kelayakan profesional penuh.
    Tahniah kerana mempunyai cita-cita tinggi.

    kotokale,
    kebetulannya ACCA bukanlah IPTA dan tidak ada halangan untuk mana-mana individu memohon belajar dan menduduki peperiksaan kelolaan ACCA. Oleh itu anda tetap layak mengikuti program tersebut di mana-mana pusat pengajian ACCA (selalunya IPTS).

  164. terima kasih sifu

  165. ade tak testimony dari mana2 graduan acca-cat kptm ni? satu lg ada x link2 utk credentials tenaga2 pengajar kptm program acca cat ni. syukran~

  166. Faiq,
    tak ada kat sini.

  167. salam lg skali.pertanyaan utk athrun,sifu pun boleh jawab kalau ada mklumat

    kelas cat biasanya start dalam pukul brape?kalau lambat,(9 @ 10am)sy cdg nk ulang alik je dr rumah dan tkyah sewa rumah area kolej.

  168. another thing

    total paper kena amik complete dalam CAT 9 kan? acca plak sy tgok dalam brochure kptm total sume skali 14 paper & sy tanya member yg da abis kursus ni pun dia ckp 14 paper jgk. tp sy baca kt atas tu athrun tulis 2paper dalam masa 3 tahun@6semester, meaning 11 @ 12 paper
    boleh explain sikit tak?

  169. hye sifu,saya lepasan spm perakaunan perniagaan saya hanya b3.Bolehkah saya mengambil pro course iaitU LCCI..sedangkan m3 n bi sya hanya 7d..

  170. banyakke gaji seorang akauntan?
    betulkah akauntan ni pekerjaan paling profesional?
    bagi komen sikit boleh?

  171. Nurul,
    perlu jelas, orang kerja akaun tak semestinya akauntan, tetapi Akauntan semestinya bekerja dalam bidang perakaunan. Akauntan adalah mereka yang telah ditauliahkan CPA (certified public accountant), dan oleh itu pendapatan semamangnya lumayan. Freddy Fernandes? Accountant sebelum menjadi CEO Air ASIA – LUMAYAN!!!.

    Tetapi orang biasa yang memegang ijazah perakaunan dan kerja sebagai pegawai akaun bolehlah dapat gaji dalam lingkungan RM2500 – RM3500, di tahun pertama bekerja (sekarang ini abad 21, tapi syarikat besarlah). Kalau syarikat biasa-biasa, setakat yang sifu dimaklumkan, gaji dioffer masih dalam lingkungan RM1600-RM2000, macam zaman 90’an pula. tapi selalunya gaji boleh naik bergantung prestasi syarikat dan prestasi pekerja.

    Ada lebih dari 200 kerjaya profesional di dunia ini popular. Sudah tentulah ada banyak lagi kerjaya lain yang ada profesionalisme dan syarat ketat profesional di dalammnya. Kerjaya perakaunan adalah salah satu yang tertua.
    Kerjaya profesional lain yang popular dan diketahui umum ialah peguam, doktor, penilai hartanah, penasihat pelaburan, jurutera (pelbagai cabang), programmer, system analyst, dentist, firefighter, dan banyak lagi. Malahan risk-analyst juga profesional. Juga pakar pemati bom, juga profesional.

    Ketahuilah bidang profesional berkaitan dengan syarat kelayakan, latihan dan pendidikan formal yang wajib diikuti dan banyak syarat lagi. Harap Nurul dapat sedikit sebanyak memahami situasi ini.

  172. kalau nk bg pendapat atau nk berkongsi salah satu peluang kepada pelajar lepasan spm yg nk amk program profesianal bg yg mmpunyi masalah kewangan leh??betul ke ruang ni??

  173. sorry2,maksud saya diatas,sy ingin berkongsi maklumat mengenai peluang mereka selepas spm..bg yg berminat dgn program profesional..mungkin sedikit sebayk saya dapat berkongsi maklumat dan membantu..

  174. assalammualaikum. im a post graduate from uitm in DIA. may i know either kptm qualification in ACCA is equivalent with ACCA from uitm. im in doubt whether to pursue ACCA at UITM or KPTM because of the scholar/loan provided by MARA. if i choose UITM,so i will only entitle for PTPTN only which will burden me in the future compared to MARA loan.. please hit me asap. tq.

  175. SALAM. Saya ingin meminta pendapat mengenai LCCI..Memetik kata-kata sifu kepada zetty ‘Mengambil kira kehendak pasaran masa kini, saya berpendapat ACCA adalah laluan yang terbaik berbanding LCCI. Tetapi harus diingat, awak harus menapak dari bawah, permulaan atau foundation level. Mungkin awak terpaksa mengikuti program ACCA-CAT dan barulah selepas itu meneruskan ke peringkat tertinggi.’ erm…adakah ini bermakna saya pilihan saya untuk melanjutkan pengajian dalam accoumtancy bermula dengan LCCI dan seterusnya…tidak menjai satu kesalahan.Hal ini demikian kerana saya adalah pelajar lepasan spm 2003 dan telah lama meniggalkan hal berkaitan akaun kerana sebelum ini sya belajar dalam program berkaitan kerja sosial..dan sekarang saya ingin menyambung semula impian saya to be certified accountant.

  176. salam
    saye tgh wat degree akaun dekat mmu..
    4 tahun…

    kalu saya nak smbg acca berape paper yg kne ambik lg sebenarnye?
    n boleh tak kalu saye smbg kat oversea?

    saye ni baru blaja akaun
    sbb sebelum ni sy kat matriks melake amek sains hayat setahun..

    n CIMA tu ape?

  177. Hello,

    I’m seeking help for the children of Haiti.

    I’m doing my part for a non-profit haiti group that devotes themselves to
    creating oppurtunities for the kids in haiti. If anyone here wants to donate then do so here:

    Donate to Haiti or Help Haiti

    They give children in Haiti books and teach them.

    Please check them out, they’re real.

    Any help would be great

  178. slmt sejahtera cg..

    sy pelajar lepasan spm 2009,,sy ingin menyambung stdy dekat eu isntitut di petaling jaya..dan tmpt belajar itu menawar LCCI selama setaun..kalo sy sudah abis menamatkn pelajaran itu apakah langkah seterus nyer??

  179. salam…
    saya ingin bagi pandangan bagi sesiapa yg ingin menerukan bidang professional… pilih la cat daripada lcci.. ini kerana jika cat
    (1taun 1/2) bleh sambung acca intermediate level terus(2 taun 1/2 year)
    bagi lcci(1taun 1/2)smbung acca(4year)xde potongan paper.
    lagipun apabila after lcci nak smbung acca kat uitm..tidak diterima.. tetapi cat seng2 masuk(temuduga)di uitm.
    bagaimanapun,jika kite ingin bertukar arah after cat untuk masuk degree di university swasta(uniten/unitar)boleh diterima… tetapi lcci amek susah sekali…. saya pelajar lcci… jadi saya sedang mengalami kesulitan…
    untuk dip lcci saya,saya tngah mencuba nasib nak smbung acca di kptm.itu pun jika berjaya…
    jika tidak saya terpaksa mengambil cat selepas itu n baru boleh ke acca…..

    jadi saranan saya,jika layak pergi ke cat,go tu cat jgn bazir mase… jika tidak pergi lah ke lcci..

    tetapi lcci nak smbung acca hnya problem nak masuk uitm n kptm… tapi tidak bg kolej swasta yg mahal..

  180. sifu..sy nak tanya pendapat sifu..sy akan menyambung pelajaran di politeknik dalam bidang diploma akauntasi..tetapi sy menyimpan impian menyambung palajaran ke sijil profesional sejak dibangku sekolah lagi..malangnya ibubapa sy tidak bersetuju..jadi sy tunda impian sy itu lepas saya habis diploma akauntasi..apa pendapat sifu?

    agak-agak berapa lama(tahun) untuk kita ambil sijil profesional?

  181. pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih ke atas sifu untuk post ini,
    sebnarnya saya ada masalah sama ada nak ambil diploma > degree dulu ataupun ambil CAT/ACCA terus.
    kawan ayah saya yang juga mempunyai anak yang ambil degree dalam bidang perakaunan juga telah menasihati saya untuk ambil ACCA after degree.kata diorang ACCA sangat susah,kalau terkandas masalahlah jawabnya.
    terdengar komen macam tu,sedikit sebanyak semangat saya pada mulanya untuk ambil ACCA semakin pudar.
    perasaan takut terkandas sentiasa bermain di fikiran.
    kadang-kadang teringin juga seseaonrang untuk menaikkan balik semangat saya untuk ambil ACCA.
    tapi selepas membaca blog ini,semangat saya untuk ambil ACCA sudah kembali,
    ingin saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada sifu,.

    untuk pengetahuan,saya mmg bercita-cita ingin menjadi seorang ACCA semenjak cikgu akaun saya menceritakan kebaikan ACCA ni.
    selepas SPM,saya tak tahu menahu macam mana perlu saya mulakan perjalanan saya untuk menjadi seorang ACCA.yang saya tahu masa itu ialah saya perlu mempunyai degree barulah saya boleh mengambil course ACCA.
    apabila seorang kawan saya yang mendaftarkan diri ke Sunway college di JB,dia beritahu yang dia mengambil course ACCA,dan disitulah baru saya tahu cara2 untuk memulakan pelajaran dalam ACCA.

    oleh kerana saya bukan dari keluarga yang berpendapatan tinggi,saya cuma ke Sunway College untuk menanyakann tentang kursus CAT/ACCA ini.memang teringin untuk belajar disitu kerana rata-rata riveiw yang saya bace adalah yang positif,termasuk kawan saya yang mengatakan pembelajaran disitu memang bagus.
    sejak itu saya pun membuat carian di internet tentang ACCA ini.
    Di IPTA,yang saya tahu setakat ini cuma UiTM dan KPTM menawarkan kursus ini.
    saya telah cuba untuk apply untuk kursus CAT di kedua-dua kolej.
    saya berdoa agar saya diterima masuk untuk melnjutkan pelajaran saya dalam bidang perakaunan,
    amin~

  182. salam..saya ingin bertanya…saya mmg meminati akaun dan teringin sgt nak amek acca..masalahnya skarang…saya minat akaun tp result saya biasa2 saja..sebelum ini saya belajar diploma akaun uitm di kptm kl…selepas itu saya menyambung pelajaran di uitm dalam dgree akaun…saya bercadang mengambil master selepas ini dan bekerja selama mungkin setahun dan selepas itu saya akan ambil acca…apa pendapat sifu??? apakah requirement yg diperlukan utuk menyambung dalam acca..terima kasih

  183. salam..sy pelajar diploma akaun di kptm kuantan.insyaallah lps nie sy nk smbug blaja kt kptm kl dlm jurusn ACCA tp adakah kolej atau sijil ACCA tu diiktiraf n seng ke nk dpt keje nnti dgn sijil tue??.ye la sbb tkut governmnt x nk amek kite keje sbb study kt kolej swasta.tue je..hope dpt bntu.time kacehh..

  184. Salam Sifu,Saya pelajar lepasan SPM 2009 memiliki sijil LCCI tahap 4.Saya ingin menyambung pelajaraan dlm bidang perakuanan.Selepas memiliki sijil LCCI tahap 4,jadi apa komen atau cadangan sifu kursus yang patut saya ambil?

  185. Siti Rahana :
    Salam Sifu,Saya pelajar lepasan SPM 2009 memiliki sijil LCCI tahap 4.Saya ingin menyambung pelajaraan dlm bidang perakuanan.Selepas memiliki sijil LCCI tahap 4,jadi apa komen atau cadangan sifu kursus yang patut saya ambil?

    Awak lepasan SPM 2009? Adakah maksud awak LCCI gred 4? tahap 4 tak sama dengan kelulusan gred 4 iaitu lulus dengan kepujian (bahasa Melayu).

    Kalau awak tak berniat nak sambung belajar melalui laluan biasa (ipta/s dan belajar diploma/ijazah), maka lebih baik awak sambung LCCI tahap 3 atau boleh juga terus mengikuti pembelajaran ACCA tahap 2 dan keatas sambil mengikut peperiksaan ACCA itu. mungkin sambil awak kerja dulu sambil belajar ACCA anda akan lebih cepat dapat kelayakan profesional sebagai AKAUNTAN bertauliah di Malaysia. Tetapi sememangnya ia laluan yang tidak popular di kalangan bumiputera dan juga memerlukan wang sendiri. kalau awak sanggup, awak juga boleh cuba memohon masuk ke Institusi profesional baitulmal, http://www.ipb.edu.my/ipb/. Sifu2b dapat makluman dari seorang pegawai LCCI malaysia berkenaan dengannya. Tahukah anda, bagi pelajar Muslim yang layak, akan dapat tajaan penuh dari pihak baitulmal Wilayah persekutuan dan tak kisahlah pelajar itu dari ceruk rantau Malaysia mana. Semua layak memohon penajaan MAIWP. Cubalah.

  186. saya berumur 13 thn.Saya ingin tahu mengenai gaji seorang akauntan.tolong hantar jawapannya ke email saya seperti yang tertera…

  187. nur yana qaisara bt yahaya :saya berumur 13 thn.Saya ingin tahu mengenai gaji seorang akauntan.tolong hantar jawapannya ke email saya seperti yang tertera…

    JAWAPAN TAK AKAN DIEMEL.
    Umumnya gaji permulaan pekerja berkaitan perakaunan dan simpan kira ialah:
    kerani dengan tauliah LCCI, RM1300-RM1600
    Gaji permulaan pegawai akaun, executive akaun dan sebagainya yang memegang ijazah boleh mencecah RM2000 hingga RM2500, bergantung kepada firma yang menggaji. Tetapi ada juga firma yang tawarkan gaji permulaan graduan baru tamat pengajian dalam lingkungan RM1600 – RM2000.
    Akauntan tauliah pula, seperti AUditor, atau akauntan negara boleh lebih tinggi dari RM5000, mengambil kira mereka selalunya senior atau pemilik firma audit.
    Tetapi itu maklumat umum yang saya dimaklumkan. Mungkin juga ada individu tertentu yang dibayar gaji lebih rendah atau lebih tinggi dari yang tersenarai di atas. Ia amat bergantung kepada industri dan firma berkaitan.

  188. slm..
    sifu, nice blog..byk info psl program ACCA di kptm..
    fyi saya ni graduan ACCA dr kptm yr 2008..alhamdulillah saya pass semua paper 1st sitting…
    athrun zala mb junior saya di kptm..tp saya tak kenal dia la kot..
    bila baca komen n soalan adik2 kita ni byk lg yg diorg x faham pasal ACCA..
    kalau nk ikut sebenarnya paper ACCA sgt2 susah(bg saya yg dh pernah amik exam ni), it’s says that ACCA is the 2nd toughest exam in world..bukan nk menakutkan..tp itu adalah reality..tp saya anggap itu adalah cabaran…
    kdg2 saya rasa tercabar bila tgk org cina mendominasi bidang perakaunan di Malaysia, tp kenapa bukan orang Melayu kita..
    sbb tu saya tanamkan niat utk pass ACCA dan buktikan anak Melayu pun boleh..
    tp cakap saja pun tak guna, saya bekerja keras untuk dapatkannya..dan alhamdulillah berjaya…
    siapa2 yg sdg amik paper ACCA kalau nk tips insyallah saya boleh tolong serba sedikit..
    esok saya ada interview utk sambung master di UITM..mudah2an dapat..doakanlah..amin

  189. felicitydewi :
    slm..
    sifu, nice blog..byk info psl program ACCA di kptm..
    fyi saya ni graduan ACCA dr kptm yr 2008..alhamdulillah saya pass semua paper 1st sitting…
    athrun zala mb junior saya di kptm..tp saya tak kenal dia la kot..
    bila baca komen n soalan adik2 kita ni byk lg yg diorg x faham pasal ACCA..
    kalau nk ikut sebenarnya paper ACCA sgt2 susah(bg saya yg dh pernah amik exam ni), it’s says that ACCA is the 2nd toughest exam in world..bukan nk menakutkan..tp itu adalah reality..tp saya anggap itu adalah cabaran…
    kdg2 saya rasa tercabar bila tgk org cina mendominasi bidang perakaunan di Malaysia, tp kenapa bukan orang Melayu kita..
    sbb tu saya tanamkan niat utk pass ACCA dan buktikan anak Melayu pun boleh..
    tp cakap saja pun tak guna, saya bekerja keras untuk dapatkannya..dan alhamdulillah berjaya…
    siapa2 yg sdg amik paper ACCA kalau nk tips insyallah saya boleh tolong serba sedikit..
    esok saya ada interview utk sambung master di UITM..mudah2an dapat..doakanlah..amin

    Saya doakan anda berjaya dalam temuduga berkenaan. Juga terima kasih di atas sokongan anda. Memang benar kita mesti berani dan berusaha keras untuk berjaya dalam bidang yang dianggap sukar, apatah lagi belajar berkaitan bidang profesional.

  190. Salam

    Saya nak tanya. Kalau saya amek asasi sains fizikal, bole tak saya sambung ijazah dalam bidang akaun ?

  191. lagi satu, ada tak asasi perakaunan ?

  192. salam sifu…saya lepasan diploma LCCI-IQ dari institut profesional baitulmal..dengan diploma yang saya ada sekarang..arah mana yang harus saya pilih untuk sambung pengajian?layak tak sambung di IPTA..layak ke saya buat ACCA?tak pun layak ke saya nak sambung degree banking islamic di mana-mana IPTA?

    mintak sedikit pandangan,tunjuk ajar dan pendapat daripada sifu…terima kasih

  193. salam sifu..sy nk tnya..sy berminat nk ambil krsus sijil kerjaya perakaunan yg ditawarkan oleh open unvrsity mlysia(OUM) slma 4 bln..adkh b’baloi utk sy m’ngikuti nya..adkh sy blh m’ymbug ke perigkat yg lbih tggi lg stlh m’ngikuti krsus sijil b’knaan??dan blh kah sy b’krja di bank stlh tmat krsus sjil b’knaan??

  194. dlu sy stdnt mtrx.n sy skg amek degree perakaunan dkt uitm s.alam.sy de dgr ura2 yg mengatakan klu ade sijil ACCA lbh baik wlupn degree holder.so,boleh ke klu sy nk wat acca slps
    abis degree nie?n mcm mne sy nk apply ek.

  195. Salam. Saya nak tanya, boleh ke sy apply program pfofesional account ni? Sebab masa SPM saya student aliran science instead of accounting. And one more thing, apa syarat utk dapat full scholarship MARA kalau sy study dekat KPTM?

  196. assalamualaikum Sifu, saya plajar aliran akaun lepasan spm 2010… saya pernah t`baca ad klebihan bg mereka yang mndapat skurang-kurangnya A- dalam prinsip perakaunan, dan akan sKip…. tp sy x phm, apakah yg di ‘SKIP’ tu?, paper ataupn ape?, terima kasih Sifu….

  197. Afiq :
    Salam. Saya nak tanya, boleh ke sy apply program pfofesional account ni? Sebab masa SPM saya student aliran science instead of accounting. And one more thing, apa syarat utk dapat full scholarship MARA kalau sy study dekat KPTM?

    Afiq, syaratnya dapat tajaan biasiswa MARA tu kenalah tanya langsung kepada pihak MARA sendiri atau rujuk kaunselor di KPTM.

    Faiz :
    assalamualaikum Sifu, saya plajar aliran akaun lepasan spm 2010… saya pernah t`baca ad klebihan bg mereka yang mndapat skurang-kurangnya A- dalam prinsip perakaunan, dan akan sKip…. tp sy x phm, apakah yg di ‘SKIP’ tu?, paper ataupn ape?, terima kasih Sifu….

    Faiz, setahu saya, tak ada pula ‘skip’ dalam hal belajar di diploma atau sebagainya. Tetapi jikalau pelajar itu dapat gred LCCI 1-6, kemudian mendapatkan sijil LCCI dengan membayar yuran RM25 kepada LCCI malaysia, maka ia hanya perlu ‘skip’ dan terus menduduki peperiksaan TAHAP 3. Ini kerana LCCI menganugerahkan tauliah LCCI Tahap 2 untuk lepasan SPM yang menduduki kertas Prinsip Perakaunan dan memperoleh gred LCCI yang dinyatakan dalam slip keputusan SPM tersebut.
    Mungkin itulah maksud ‘skip’ tu.

  198. terima kasih sifu!

  199. bagaimana nak apply program profesional akauntan t sIfu?, dan di mana?, kriteria pula?

  200. bagaimana nak apply program profesional akauntan t sIfu?, dan di mana?, kriteria pula?

    Faiz :
    terima kasih sifu!

  201. Assalamulaikum sifu.
    Maaf sifu jika saya keterlaluan..Saya nak sifu bagi pendapat seiklas hati sifu, saya lepasan SPM, Saya dapat
    A- Mathematics dan B+ Ekonomi Asas,,,(SPM 6As,3Bs) tak layak masuk IPTA English E
    Note : Den tak de P.Akaun SPM.
    Jadi, persoalanya disini adakah saya mampu tuk ambil Subjek Perakaunan STPM
    ditambah yang minat yang mendalam terhadap Perkauanan STPM.
    948/1 – S1 = Lapoaran Tahunan Sebuah Syarikat (25 Markah)
    S2-6 = Perakaunan Kewangan (75 Markah)
    948/2 – S1 = Sistem Perakuanan dan Pengekosan, Sistem Kawalan Dalaman dan
    Komputer Dalam Perakaunan (25 Markah)
    S2-6 = Perakuanan Pengurusan (75 Markah)

    Sifu layak tak saya ambil Perakaunan STPM? minat ni,, minat sangat ni.
    P.Akaun SPM tak ambil sebab pengaruh rakan sebaya.,, rugi!!

    Harap sudi-sudilah sifu m’kuanselling saya..
    TQ.

  202. assalamualaikum sifu.tumpang tanya,kalau result SPM saya agak teruk iaitu
    BAHASA MELAYU A
    BAHASA INGGERIS D *tak credit
    P,ISLAM A-
    SEJARAH B
    MATH B+
    SCIENCE B+
    ADD MATH C
    P.AKAUN B
    EKONOMI D

    boleh ke saya layak diterima ipta awam dlm diploma akaun atau pebankan.B.INGGERIS saya tak credit.takut sangat.saya lebih meminati ke arah itu.tapi akuan saya tidak cemerlang.

  203. assalamualaikum………
    saye pelajar lpasan spm 2010…..
    result spm 2010…
    BM B+
    BI E
    MT B+
    SN A-
    PI A-
    SEJ C+
    AKAUN A
    EKONOMI ASAS B+
    MATEMATIK TAMBAHAN D
    TASAWWUR ISLAM B+

    cam ner result sye nie pde pndpat sifu….coz bi sye E….adakah sye lyak untk dpat mtrix or u…..
    saye mnat bdang yg de pngiraan spert….akaun n mate…
    adakah sye lyak dpat bdang dip. perakaunan….
    adakah sye lyak untok aply ACCA….slip spm sye 3756 dpat 5….
    dip.perakaunan spnuh nyer dlam bi kew……..

  204. KPTM ny kerajaan ke?sama macam poly n uitm?

  205. sifu..saya nk tnya..sy dpt diploma perkaunan kat kptm kl under uitm…sy pown dpt tngkatan 6 jurusan sains…sy x tau nk pilih yg mn satu…

  206. Hello Sifu and Athrun !

    Saya kira mungkin soalan ini lebih ditujukan kepada Athrun tapi jika Sifu mempunyai pengetahuan tentang soalan saya, saya amat – amat berterima kasih di atas respon sifu. Berikut adalah soalan – soalannya :

    1) Bagaimanakah syarikat itu akan meng’review’ seseorang yang sudah mempunyai ACCA Qualification tetapi tanpa degree ? Dan apakah peluang mereka yang tanpa degree ini dalam pekerjaan mereka?

    2) Saya difahamkan selepas pass semua ACCA paper, seseorang itu perlu buat mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja sebelum mendapatkan title ACCA itu dan adakah kita sendiri perlu mencari tempat nak buat praktikal 3 tahun itu ? (macam industrial placing eh?) Memang confirm jugak ke, mereka yang ada CAT-ACCA akan diambil bekerja dengan big 4 or top 10?

    Thanks in advance Athrun and sifu !

  207. salam..saya nx tye lpas matrikulasi akaun bleh ke wat acca??ataupon kne mle dari cat lps tu bru acca..sye spm 201o..sye confius sgt..

  208. satu lagi soaln sye..sye nx mntx pndgn sifu n athrun..sye pye result spm 2010
    bm:a-
    bi:b+
    sj:a
    math:a
    akaun:a
    agme:a+
    fizik:b
    kmia,add math,bio:c+
    sy dpt wat matrix aliran sn,p dlm mase yg sme sye mnt akaun..aliran mnekah yg untung tuk psrn kerje??????p sye dpt jgk twran wat CAT..yg mnekah yg terbaek??????sye mmg confius sgt..

  209. saya minta untuk copy na,nk bg tau yang lain sama.tk

  210. Salam sifu..saya ad dpt offer dr kolej profesional mara dlm bidang perakaunan,kptm pn saya dpt tp dlm bidang lain.saya jga dpt offer uitm dlm diploma perakaunan.klu kolej pro mara ni dia xsediakn tajaan mara jgak ke?ke kptm je yg ada kelebihan ni?saya uitm xsdiakn tajaan mara.saya agak serabut nak pilih tmpt utk smbg blaja.klu bole saya nak cuba dapatkan tajaan mara tu.even saya siap bt surat rayuan lg,tp no answer.saya xbrpe paham mcm mne nk amek acca melalui diploma perakaunan ni.adakah bila kta pilih diploma tu,diaorg akn suruh kta pilih kta nk acca ke,cat ke?bila yg dia akan kasi kta pilih acca/cat tuh?

  211. salam sifu, saya nak tanya tentang KPM dip in accountancy. kalau KPMara ni tak boleh mohon pinjaman Mara ke? Then, kalau habis dip, pointer okay, senang ke nak sambung ke U untuk degree pulak?

  212. tolong saya, saya baru shj dapat tawaran dr kptm kursus ACCA-CAT, n dalam masa yg sama saya juga mndpt tawaran dari matrikulasi kursus -perakaunan . mtrikulasi akan berdaftar pada 23 mei ini, jadi saya kena mmbuat keputusan dgn secepatnya. saya ingin minta pndapat, apakah yg perlu saya lakukan sekarang ? saya tdk tahu mahu stdy dimna , tolong saya~

  213. dan saya nak tnya , jika saya menerima tawaran matrik dahulu (—> prog. satu tahun), kemudian baru mengikuti kursus di kptm , adakah itu boleh ?

  214. assalamualikum…………..lpasan dploma lcci..bleh abil degree pe kt ipta?

  215. sy btol2 buntu n pilihan sy nie..sy pljr aliran sc n sy xambik subjek PA. utk pengetahuan sifu sy lepasan spm 2010..dan skang sy dpt twaran kpm kos diploma in accountancy..sy tkt xbleh flow subjek nie sbb langsung xde basic sal akaun nie.. nk tau stdy akaun nie ssh sgt ke sbb rmai kwn2 sy xdpt kredit dlm subjek nie.. sy mg nk sgt msuk kpm nie tp nk tkar kos da terlewat n da nk rgster 5 julai nie.. tlgla yakinkan sy utk ambik kos nie sbb sy btol2 tgh dlm dilema yg teramat sgt nie tkt xleh flow this subjek..plzzz3

  216. to leena,
    teruskan lah kos yang ditawarkan tu.
    saya ni pelajar lepasan diploma in accountancy uitm
    berdasarkan pengalaman saya,ramai je studnt2 sains yang ambil account,ok saja.
    malahan ramai yang boleh score.
    sebab nanti dekat u/kolej yang anda masuk tu,pensyarah akan ajar balik satu per satu.
    dont worry.bidang account pun sangat berguna dalam dunia ni =)

  217. to leena,
    teruskan lah kos yang ditawarkan tu.
    saya ni pelajar lepasan diploma in accountancy uitm
    berdasarkan pengalaman saya,ramai je studnt2 sains yang ambil account,ok saja.
    malahan ramai yang boleh score.
    sebab nanti dekat u/kolej yang anda masuk tu,pensyarah akan ajar balik satu per satu.
    dont worry.bidang account pun sangat berguna dalam dunia ni =)
    GOOD LUCK

  218. salam. em,sy nk tnya sifu skit boleh? klau ambil diploma akauntansi di politeknik,adakah dia dpt membantu kita? mksud sy,ade yg mengatakan sjil politeknik tak laku. jadi sy keberatan nk lanjutan pelajaran di politeknik. btul ke sjil politeknik ni susah utk melanjutkan ijazah?

  219. Nisa, orang yang kata Diploma Politeknik tak laku mesti sebab dia dapat CGPA diploma yang teruk. Mana-mana diploma memang tak laku kalau setakat lulus am atau lulus CGPA 2.00 (cukup makan). Kalau tak laku, masakan ramai juga pelajar yang lanjutkan pelajaran ke IPTA dari politeknik. Apa yg penting ialah diploma Politeknik setaraf dengan diploma dari IPTA dan juga setaraf dengan diploma IPTS. Masing-masing mesti bersaing untuk ke ijazah. So, dalam hal persaingan dan kuota yang berbeza dengan lepasan STPM dan matriks, maka siswa diploma juga mesti cemerlang dengan CGPA yang amat baik, contohnya 3.4 ke atas.

    Apa-apapun, falsafah pendidikan Politeknik tak sama dengan falsafah pendidikan di IPTA, selain dari polisi IPTA untuk mengutamakan graduan diploma sendiri dahulu sebelum mengambil calon luar. SEbab itulah dalam kebanyakan hal, graduan diploma yang memperoleh cgpa 3.0 ke bawah turut merasai bahang persaingan yang sengit ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Ingatlah, untuk ke ijazah ada 4 jenis calon – STPM, MATRIKULASI, PROGRAM ASASI, DAN DIPLOMA.

    Semoga berjaya.

  220. To Athrun,

    saya ada dapat ACCA KPTM. saya nak tanya asrama kat kptm ia diluar campus or dalam campus?

  221. muhammad bukhari

    salam….saya nak tanya saya dapat politeknik untuk diploma akauntansi selama 3 tahun dan kemasukannya bulan 11 ini….soalan saya
    1)adakah saya akan dapat pekerjaan yang meluas dgn bidang yang saya ambil ini?
    2)adakah saya betul membuat pilihan untuk cos ini?
    3)adakah cos yang saya ambil ini sangat susah untuk belajar?

    tolonglah saya sifu dan kawan-kawanku 😦

  222. Salam sifu, sy dpt tawaran ACCA-CAT kt kptm.
    sy ragu2 sama sbb ade org ckp klau CAT byk company x recognised. btul ke?

  223. hello admin.. my name is hairul anwar, I disabled person (deaf), I still studying class form lower 6, I just get offer my course LCCI diploma in accounting (one and a half years studies duration as like STPM duration) from instituti profesional baitulmal(IPB)… i wanna going to IPB 4th next month, i wanna ask something… but I confused, Is it after i studied lcci diploma in accounting, i can straight away go to any private college to continue with the degree of accounting?… i hope you can help me.. PLEASE REPLY me… thank admin 🙂

  224. Hi Hairal anwar, Congratulation. I don’t really know about pursuing an accounting degree after LCCI level 3. SO you better check with IPB (accounting school) about that matter.

    However, AFAIK, IPTA still doesn’t accept LCCI diploma as an ‘equivalent qualification’ like other diplomas to pursue a degree. And I suspect IPTS, which licensed by MOHE, are in uniforms with the policy. However, LCCI level 3 CAN be use to further study in ACCA professional qualification to become a certified public accountant, which is far better in terms of industry acceptance. So, I’ve been told.

    Regardless, please write (or ask someone to call) to IPB and ask for assistant and more info. In addition, I share with you a link of Lowyat forums discussing similar topics, http://forum.lowyat.net/topic/1686333.

    Good luck.

  225. thanks 4 telling me.. insyaAllah i try ask to them (pihak ipb)..

  226. i student lepasan SPM 2009
    i study pure science stream
    i nk study ACCA-CAT at KPTM
    my questions are :

    1. i tak ada basic account langsung. boleh ke belajar?
    2. course ni ada ajar basic account masa f4 n f5 tak?
    3. after studying CAT, study ACCA. then?? i need to study apa untuk sampai PhD??
    4. how to get scholarship MARA?
    5. boleh apply pinjaman MARA ke?
    6. student CAT memang dapat scholarship MARA or pinjaman MARA?

    tolong jawab ikut number ya??
    thx..

  227. maya :
    i student lepasan SPM 2009
    i study pure science stream
    i nk study ACCA-CAT at KPTM
    my questions are :
    1. i tak ada basic account langsung. boleh ke belajar?
    2. course ni ada ajar basic account masa f4 n f5 tak?
    3. after studying CAT, study ACCA. then?? i need to study apa untuk sampai PhD??
    4. how to get scholarship MARA?
    5. boleh apply pinjaman MARA ke?
    6. student CAT memang dapat scholarship MARA or pinjaman MARA?
    tolong jawab ikut number ya??
    thx..

    1. Rajin? Berani? Yakin diri? If yes, then saya sarankan anda teruskan.
    2. Level 1 dianggap basic, tetapi gaya belajar tak akan sama spt di sekolah. Cepat-pantas adalah keywords.
    3. Professional Accountant melalui ACCA boleh mencapai tahap tertinggi (setaraf PhD?) dalam program mereka. Sila rujuk ACCA Asia untuk keterangan lanjut.
    4. I don’t think so. Tetapi belajar di KPTM boleh memohon tajaan MARA, jika layak. Amat Terhad.
    5. Seperti di atas.
    6. Sebahagian pelajar bumiputera/melayu dapat tajaan MARA.

    Semoga berjaya.

  228. 1. Adakah Islamic banking dan finance adalah bidang yg sama atau berbeza, kalau berbeza, boleh x sifu terangkan serba sdikit tentang degree in islamic banking dan degree in finance.
    2. Antara Islamic banking dan finance, mana satu lebih baik atau lebih tinggi tarafnya?
    3. Minta sifu bg info tentang kerjaya yg boleh diceburi dlm islamic banking dan finance.
    4. Antara Islamic banking dan finance, yg mana boleh menyandang jawatan tinggi dlm pekerjaan?
    5. Adakah islamic banking boleh pergi lebih jauh drpd akauntan?
    6. Adakah peluang pkerjaan sektor islamic banking luas dibandingkn dgn finance dan akaun?
    Tolong reply msj ini secepat mungkin sifu, terima kasih.

  229. Salam.. Saya sudah pun bekerja. Dahulu ambil degree management. Ada beberapa subjek akaun. Masa SPM akaun A1. Boleh ke saya ambil master dalam bidang akaun atau ACCA. ada ke ipt yg offer ACCA secara part time. berapa kos pengajian. Terima kasih

  230. Jackofalltrades

    boleh saye tanya sifu pensyarah perakaunan di KPTM ke? boleh saye tahu nama tuan sifu?

  231. Jackofalltrades

    boleh saya bantu sifu untuk soal tajaan MARA di KPTM?

    Syarat untuk mendapat tajaan MARA (terkini) bagi bumiputera adalah seperti berikut:-
    pelajar lepasan SPM mesti mendapat minimum 4C(kepujian/kredit) termasuk subjek Matematik dan mesti minimum lulus (D) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pengiraan 4C tidak termasuk subjek BM dan BI.

    Syarat PTPTN pula adalah mengikut syarat program peringkat Diploma/Ijazah yang dipohon dan mesti minimum lulus BM,BI dan Maths.

  232. boleh bagi link x.. i x tau la nak search ACCA Asia..
    thx.. 🙂

  233. Jackofalltrades :
    boleh saye tanya sifu pensyarah perakaunan di KPTM ke? boleh saye tahu nama tuan sifu?

    Maaf, saya bukan Pensyarah KPTM. Saya hanyalah guru biasa. Ada dinyatakan dalam ABOUT ME.

  234. Ashraf :
    1. Adakah Islamic banking dan finance adalah bidang yg sama atau berbeza, kalau berbeza, boleh x sifu terangkan serba sdikit tentang degree in islamic banking dan degree in finance.
    2. Antara Islamic banking dan finance, mana satu lebih baik atau lebih tinggi tarafnya?
    3. Minta sifu bg info tentang kerjaya yg boleh diceburi dlm islamic banking dan finance.
    4. Antara Islamic banking dan finance, yg mana boleh menyandang jawatan tinggi dlm pekerjaan?
    5. Adakah islamic banking boleh pergi lebih jauh drpd akauntan?
    6. Adakah peluang pkerjaan sektor islamic banking luas dibandingkn dgn finance dan akaun?
    Tolong reply msj ini secepat mungkin sifu, terima kasih.

    Asraf, sebenarnya perkara ini mudah anda perolehi dengan carian google pun. Umumnya, Ijazah dalam perbankan Islam tidak sama dengan ijazah dalam kewangan. Pengajian dalam Perbankan sendiri tidak sama dengan pengajian dalam kewangan.
    Soalan jawatan atau pekerjaan amat bergantung kepada penawaran kerja oleh pihak terbabit (swasta mahupun kerajaan). Jika pada masa anda mencari kerja, perbankan Islam sedang berkembang pesat, maka kelulusan dalam ijazah perbankan Islam pastinya memberi kelebihan kepada saudara. Dengan kata lain, ia amat bergantung kepada pasaran kerja semasa, seperti juga graduan bidang lain.
    AKauntan adalah kerjaya profesional yang amat berbeza dengan kerja dalam perbankan semata-mata. Oleh itu jikalau anda melihat aspek jawatan tertinggi, sesetengah akauntan berjaya menjawat jawatan tertinggi syarikat seperti CEO, ada juga yang menjadi AKAUNTAN BERTAULIAH AWAM, yang memiliki firma Audit sendiri, atau bekerja dalam firma audit bertaraf antarabangsa. Tidak mustahil juga individu yang telah lama bekerja dalam dunia perbankan boleh menjawat jawatan CEO bank, tak kira status kelulusan atau bidang pengajian mereka.

    Apa-apapun, adalah lebih baik awak turut merujuk kepada pihak universiti yang menawarkan pengajian seperti yang awak tanyakan di atas dan turut bertanya tentang prospek kerja pada masa hadapan. Semoga berjaya.

  235. maya :
    boleh bagi link x.. i x tau la nak search ACCA Asia..
    thx..

    hahaha, taip di kekotak carian (search textbox) dalam google atau yahoo, perkataan ini, “lcci asia’, dan tekan kekunci ENTER. Pilih link tertera selepas itu, selalunya ia mudah dijumpai di muka surat pertama.

    Selamat belajar dunia internet dan semoga berjaya.

  236. sifu..,
    sy brminat dlm bidang akaun..,
    tp sy x brpluang mngambil sunjek prinsip akaun semasa tgkatan 5..,
    adkh sy msih brpluang melnjurkan plajran dlm bidang akaun slpas hbis spm klak?
    wlupn sy x mmpunyai kredit dlm bidang akaun?

  237. saiful :
    sifu..,
    sy brminat dlm bidang akaun..,
    tp sy x brpluang mngambil sunjek prinsip akaun semasa tgkatan 5..,
    adkh sy msih brpluang melnjurkan plajran dlm bidang akaun slpas hbis spm klak?
    wlupn sy x mmpunyai kredit dlm bidang akaun?

    Saiful, peluang masih ada dengan syarat awak mempunyai prestasi akademik amat baik terutama subjek Matematik moden. Selalunya pelajar aliran sains dan aliran sastera ikhtisas diberi keutamaan untuk ke matrikulasi perakaunan, atau ke diploma perakaunan di IPTA.

    Walau bagaimanapun, jika anda hanyalah pelajar SPM aliran sastera (biasa – tak ambil Matematik tambahan), laluan ke diploma IPTA mungkin agak berlainan. Sifu galakkan anda mencuba masuk melalui jalan alternatif seperti berikut:
    1. Mengikuti program pra-diploma (perdagangan) UiTM bagi pelajar lepasan SPM. Selepas tamat pengajian 1 tahun (atau 2 tahun???), anda boleh memohon masuk ke Diploma Perakaunan di UiTM juga.
    2. Mengikuti program diploma perakaunan di Politeknik yang menawarkannya. Selepas tamat pengajian 3 tahun (atau 2 1/2 tahun – jika ada perubahan akan datang) anda boleh memohon masuk ke ijazah perakaunan di IPTA tempatan.
    3. Mengikuti program peringkat SIJIL di politeknik berdekatan sebelum ke Diploma perakaunan di Politeknik tersebut dan seterusnya seperti no.2.
    4. Mengikuti pengajian diploma perakaunan di mana-mana IPTS yang menawarkannya.
    5. Mengikuti program pengajian LCCI di mana-mana pusat pengajian LCCI yang menawarkannya.
    6. Mengikuti program ACCA-CAT di mana-mana pusat pengajian, kolej atau pusat latihan ACCA yang menawarkannya.

    Walau bagaimanapun, perkara no.5 dan 6 adalah program profesional, dan kelulusan itu tidak dapat digunakan untuk sambung belajar ke IPTA. Tetapi dari segi peluang pekerjaan, ADALAH AMAT CERAH. Maklumat lanjut tentang LCCI dan/atau ACCA-CAT bolehlah dibaca dari lamanweb pihak berkenaan terbabit, LCCI di sini dan ACCA di sini.

  238. salam..sifu,sy nk tnye ntk ambk acca 2 brp thn..sy skrg ni tgh wt ijizah perkaunan.thx

  239. mtk maaf,sy nk tnye ckit kpd sifu @ athrun..sy skrg mrupakan pelajar tahun 2 dgree perakaunan..sy nk tnye sdkt brkenaan tntg exam LCCI atau exam profesional yg seiring dgn sistem perakaunan d malaysia..mrujuk kpd ruangan dialog d ats,athrun lbh cndrung mmpljari sijil profsional drpd mngmbil dploma/dgree yg mmakan masa bgtu lame utk mmplajarinya..persoalan saya,adekah sy yg sdg belajar d tahun 2 dgree ini pelu trlibat sama dlm mnjalani sijil profesional spt LCCI ini?tdakkah saya sudah terlmbt mmbuat kptusan?sy bgtu runsing krn sy brminat untuk bkrja bersama2 dgn Big 4 ttp rsau jika sy dah grade nt,sy xdpt bkrja brsama2 compny trsbut dsbbkn sy tidak mngmbil LCCI ataun exam2 len yg mmbolehkan mndpt pgkt akauntan bertauliah..mintak sangat2 sifu atau athrun mnjawab..trima ksh..

  240. kyon :
    salam..sifu,sy nk tnye ntk ambk acca 2 brp thn..sy skrg ni tgh wt ijizah perkaunan.thx

    Bergantung kepada anda sendiri. Lepasan ijazah perakaunan yang fresh, lagilah cepat habiskan, dengan syarat lulus periksa semua kertas ACCA yang diduduki. Tapi semuanya bukan free tau. Kena bayar sendirilah.

  241. azri :
    mtk maaf,sy nk tnye ckit kpd sifu @ athrun..sy skrg mrupakan pelajar tahun 2 dgree perakaunan..sy nk tnye sdkt brkenaan tntg exam LCCI atau exam profesional yg seiring dgn sistem perakaunan d malaysia..mrujuk kpd ruangan dialog d ats,athrun lbh cndrung mmpljari sijil profsional drpd mngmbil dploma/dgree yg mmakan masa bgtu lame utk mmplajarinya..persoalan saya,adekah sy yg sdg belajar d tahun 2 dgree ini pelu trlibat sama dlm mnjalani sijil profesional spt LCCI ini?tdakkah saya sudah terlmbt mmbuat kptusan?sy bgtu runsing krn sy brminat untuk bkrja bersama2 dgn Big 4 ttp rsau jika sy dah grade nt,sy xdpt bkrja brsama2 compny trsbut dsbbkn sy tidak mngmbil LCCI ataun exam2 len yg mmbolehkan mndpt pgkt akauntan bertauliah..mintak sangat2 sifu atau athrun mnjawab..trima ksh..

    Awak terkecuali dari perkara ini. Awak telah dan sedang belajar dalam program ijazah perakaunan, maka LCCI tak relevan lagi. Awak harus habiskan pengajian dan jika ingin menjadi AKAUNTAN AWAM BERTAULIAH (CPA), maka dudukilah peperiksaan ACCA.

  242. sifu, ade lg bbrpa persoalan saya..

    1.bgaimana pula kalau slps grade dgree nt,sy mnruskan pngjian sy ke peringkat ACCA dan mndpt gelaran CPA?

    2.adekah CPA saya sgt bernilai pada wktu itu sdgkn sy lgsung tiada pnglmn bkrja? kerana brdsrkan pmrhatian sy, kbykan syrkt2 mmberi peluang pkerjaan kpd sseorg yg mmpunyai pnglmn kerja?

    3.selepas sy grade dlm dgree perakaunan,adekah peluang utk saya bkrja di syrkt2 lbh rendah/sama level/lbh tinggi level dpd org yg mmpunyai klayakan dlm exam profesional spt LCCI ataupun ACCA?

    sila jelaskan sifu..terima kasih krana bantu mnjwb persoalan saya.

  243. salam sifu,sile berikan jwpn.=(

  244. saya nak tanya.macam mana nak apply buat ACCA di luar negara?macam mana nak tahu pusat pengajian yang mana yang patut di pilih dan yang diiktiraf?

  245. saya lepasan spm 2009.
    bm, math, addmath, bat, qs, si=a+
    bi, sej=a
    chemy=a-
    bio, fizik=b+
    saya teringin juga untuk amik cat, acca ni..
    tapi ramai pula yang kata ia susah lagi-lagi saya tiade langsung basic akaun ni. =(
    bantu2..

  246. SALAM.. SYE NK TNYE SYE BWU HBS DIPLOMA AKAUN KT KPTM BANGI..KLO SYE NK SMBONG DEGREE TOK ACCA BOLEH KE?? N MCMMNE NK APPLY KT KPTM KL TU SBB XDA PON COURSE2 YG NK DI PILIH KELUAR??

  247. assalamualaikum.. sifu..saya bekas pelajar spm 2009.. dan mendapat 8A 2B 2D dlm spm..dan mendapat A2 dlm subjek prinsip perakaunan..sy telah dapat tawarn dia matrikulasi utk prinsip akaun sebelum ni n mndapat tawarn IPTA di UITM dlm prinsip akaun juga,namun sy telah menolak utk merantau ke bumi anbiya utk menuntut ilmu…skrang sudah hampir 2tahun sy merantau… n sy akan balik ke malaysia insyaallah bulan 12 2011 utk menyambung cita2 sy iaitu menjadi seorang akauntan islam yg berilmu agama…namun sy masih bingung dlm mcmana utk sy mnyambung pelajaran dlm bidang akaun… masih adakah peluang utk sy belajar akaun? adakah sijil SPM sy yg lepas masih laku utk dapatkan peluang utk menyambung pengajian??n masih layakkah sy utk mendapatkan biasiswa? kerana saya tidak mahu menyusah keluarga sy lagi…saya ingin minta pendapat sifu apakah peluang yg sy ada utk menyambung pengajian ini? n apakah sy masih layak utk dapatkan biasiswa? n apakah syarat yg sy perlu penuhi utk dapatkan peluang tersebut? n adakah wujud jalan utk sy belajar akaun di luar negara n mendapat biasiswa?

  248. Saya baru sahaja menyelesaikan pengajian diploma in accounting LCCI.Saya ingin meyambung pelajaran ke peringkat ijazah.Saya ingin pendapat Sifu sama ada saya ambil Degree in ACC dan selepas itu ambil beberapa paper ACCA or study ACCA directly consists 14 paper right?Jadi yg mana lebih baik?harap Sifu boleh bagi penerangan.Terima kasih.

  249. salam

    kepada semua rakan2 di sini, syabas kerana anda concern tentang masa depan anda dan mengambil inisiatif untuk mencari jawapan di internet.

    kepada athrun yang belajar di kptm, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda belajar cat dan acca. saya doakan anda lulus dengan cemerlang.

    saya merupakan bekas pelajar acca. bagi saya, lebih baik rakan-rakan mengambil jurusan degree in accountancy di ipta, dan jika tidak bernasib baik mendapat tawaran di ipta, bolehlah ambil di ipts. ada beberapa kolej yg menawarkan degree accountancy dari luar negara seperti Segi University College menawarkan degree in Accountancy and Finance dari University of Greenwich, United Kingdom.

    Kepada yang berminat untuk mengambil jurusan ACCA, saya nasihatkan agar anda mencari maklumat lebih lanjut daripada bekas pelajar ACCA ataupun mereka yang masih lagi belajar ACCA. Maklumat daripada laman web adalah tidak cukup untuk anda membuat keputusan.

  250. apa beza CIMA dan ACCA..?bukan ke kedua2 nie adalah professinal?boleyh terangkan perbezaan ni

  251. acca ialah kelulusan professional utk financial accounting, maknanya bidang pengkhususan ia lebih general. semua jenis pun boleh.

    cima lebih khusus utk costing

  252. azri :
    sifu, ade lg bbrpa persoalan saya..
    1.bgaimana pula kalau slps grade dgree nt,sy mnruskan pngjian sy ke peringkat ACCA dan mndpt gelaran CPA?
    2.adekah CPA saya sgt bernilai pada wktu itu sdgkn sy lgsung tiada pnglmn bkrja? kerana brdsrkan pmrhatian sy, kbykan syrkt2 mmberi peluang pkerjaan kpd sseorg yg mmpunyai pnglmn kerja?
    3.selepas sy grade dlm dgree perakaunan,adekah peluang utk saya bkrja di syrkt2 lbh rendah/sama level/lbh tinggi level dpd org yg mmpunyai klayakan dlm exam profesional spt LCCI ataupun ACCA?
    sila jelaskan sifu..terima kasih krana bantu mnjwb persoalan saya.

    salam azri, maybe sifu sibuk, jadi saya tlg jawabkan soalan awak.

    1. selepas dapat degree, azri boleh mendaftar menjadi pelajar acca, dan azri akan mendapat 9 exemption daripada 14 kertas acca. maknanya, azri cuma perlu menduduki 5 baki kertas peperiksaan acca peringkat professional.

    selepas lulus kesemua 5 paper itu, azri perlu bekerja selama 3 thn di firma audit atau sebagai account exec. selepas itu anda akan mendapat title ACCA di belakang nama anda. selepas 5 thn berikutknya, anda akan mendapat gelaran FCCA atau “Fellow of Certified Chartered Accountan” UK.

    Utk mendapat gelaran CPA (Chartered Public Accountant, Malaysia), azri tak perlu ambil acca. cukuplah ambil exam MICPA (Malaysian Institute of Chartered Public Accountant)

    2. anda tidak akan mendapat CPA selagi tidak menamatkan sekurang2nya 3 thn pengalaman bekerja di firma audit.

    3. para employer tidak memandang kepada ijazah semata2. pengalaman bekerja lebih diberi keutamaan oleh para employer.

    utk soalan mana lebih laku, degree atau acca, kalau degree first class (3.5 dan ke atas) adalah sama laku dengan acca.

    harap jawapan saya membantu.

  253. saya ada soalan utk atrun, tu pun kalau atrun masih wujud lagi lah kat sini.

    Awak ni dah abes acca blom atrun?

    dengar kata ada 3 org saja yg dah habes acca di kptm dari thun 2009-2011.

    sekian,

  254. assalamualaikum , saya keliru sekarang , sekarang saya sedang berada di kolej matrikulasi . dan ambil kos akaun. saya memang berminat untuk meneruskan bidang akaun ini . boleh kah saya mengambil ACCA selepas degree ? saya mmg ingin meneruskan dalam bidang ini.

  255. wkumsalam ida.

    jangan risau, anda tidak perlu keliru. insyaAllah small matter je ni.

    selepas matriks anda boleh sambung buat degree dalam bidang akaun.

    selepas habis degree, anda boleh sambung acca, insyaAllah.

    selamat maju jaya!

  256. Salam..saya nak mintak pendapat sifu..saya berminat nak amik CAT tapi result SPM saya hanya 3 kredit..result SPM saya hanye lepas untuk LCCI..apa pendapat sifu ? ada tempat yang saya bole belajar CAT dengan 3 kredit SPM ? B.I. dengan Math saya tak kredit tapi sekadar lulus je ? just akaun saya kredit.. tq

  257. wsalam pening lalat.

    memandangkan sifu takde, maka amar reply bagi pihak sifu.

    amar sarankan pening lalat amik diploma akaun dulu.

    cat diajar 100% dalam english dan pemeriksa dia juga adalah org putih. maka level english utk cat adalah agak tinggi. jadi amar sarankan pening lalat agar mengambil diploma dulu kerana ia adalah jalan yg lebih selamat walaupun durasi pengajian lebih lama. takpe, biar lambat asal selamat.

    nanti dah habis diploma boleh sambung degree dan lepas degree boleh buat acca insyaAllah. semoga maju jaya utk pening lalat!

  258. Saya merupakan lulusan degree sains komputer 2002. dh sehingaa skrg bekerja dlm bidang IT. Dahulu di Form 5 berada di aliran sains namun tdk berpeluang mengambil Prinsin Akuan (PA). begitu juga semasa memohon ke IPTA kerana diberitahu tdk layak ke jurusan akaun krn tidak mengambil PA semasa SPM. dan sehingga kini w/pun bekerja dlm bidang IT, hati masih memikirkan utk menukar profesion. kebayakan rakan menasihati supaya tidak menukar bidang profesion kerana sudahpun lama di bidang IT dan bkn lagi fresh grade dimana jika ingin menukar profesion need to start all over again.
    pd pendapat sifu..adakah sudah terlambat utk menukar profesion??
    jika YA..saya hanya akan meneruskan bidang prfesion skrg.
    jika tidak, apakah langkah pertama dan seterusnya utk mengambil ACCA bg seorg yg tiada pengalaman akaun spt saya?
    Harap sifu dpt membantu..

  259. terima ksih kpada encik amar krn mmbantu saya mnyelesaikan sdkt permasalahan..jika tidak keberatan,boleh berikan saya EMEL encik spy jika trdpt persoalan yg musykil, sy boley trus rujuk kpada encik..

  260. kalo mcm tue takyah lh buat diploma akauntasi…bagus ambik kt tempat nko…buang masa je…buat naya student yg tak tahu je,…

  261. salam

    merujuk kepada komen dari asmadi. saya rasa, kalau boleh, lebih baik buat diploma atau degree daripada straight ambik professional exam spt ACCA.

    ini kerana professional exam walaupun hanya ada 14 subjek, dan jika straight sitting boleh habis dalam masa hanya 2 thn setengah, tetapi perkara ini sangat jarang berlaku.

    ini kerana ACCA agak susah jika dibandingkan dgn diploma dan degree.

    ACCA ada terbahagi kepada 3 peringkat:
    level 1 (3 subjek) – tidak terlalu sukar. passing rate dalam 60 – 70%
    level 2 (6 subjek) – agak sukar. passing rate bagi subjek sukar mencecah 40 %
    level 3 (5 subjek) – sangat sukar. passing rate terendah ialah 30 %

    ini bermakna, daripada 10 org yg menduduki peperiksaan level 3, secara purata hanya 3 org saja yg akan lulus. dan daripada 3 org ini, mungkin mereka hanya lulus selepas repeat paper.

    jadi, tidak bermakna dengan mengambil ACCA anda boleh habis lagi cepat dari pelajar diploma atau degree. saya pernah berjumpa dengan pelajar yg ambil ACCA selama 4thn tp takde paper yg pass (maknanya 8 kali exam kerana ACCA ada 2 exam setahun, iaitu pada jun dan december). andaikata pelajar ini mengambil diploma atau degree, saya yakin dia boleh grad dalam masa 4 thn tu.

    faktor kedua kenapa ACCA susah ialah kerana kertas soalan ditanda oleh pemeriksa dari United Kingdom. jadi anda perlulah mempunyai kebolehan menulis dalam bahasa inggeris yg agak baik. jika kita ambil diploma/degree dan tulis jawapan dalam english yg lintang pukang, saya yakin lecturer yg menanda kertas soalan itu masih lagi faham apa yg cuba kita sampaikan. tp kalau kita jawab dengan jawapan yg sama kepada pemeriksa ACCA yg berasal dari UK, saya yakin kita hanya akan mendapat telur ayam. inilah sebab kedua kenapa ramai pelajar kita fail acca.

    Kesimpulan, kita perlulah pandai mengukur keupayaan sendiri sebelum membuat pilihan. kalau anda yakin dengan kebolehan anda, saya mengalu2kan utk membuat ACCA. tapi jika anda rasa diploma/degree lebih selamat dan sesuai bagi anda, itu juga satu keputusan yg tepat. yang penting, kita rajin belajar kerana ikut degree atau ikut ACCA akhirnya akan sampai ke tujuan yg sama juga insyaAllah.

  262. SAYA BEKERJA SEBAGAI ACCOUNT ASST….SPM 2005 AKAUN SY A1, N SAYA GRADUATE DRPD UTM JURUSAN ACCOUNT…DAN HARI NI SAYA TERFIKIR PADA APAKAH KEPENTINGAN ACCA…KERANA SAYA BERCITA-CITA MENJADI AKAUN MANAGER ATAU EXEC SATU HARI NANTI….ADA PERLU ACCA INI?ATAU SY PERLU SAMBUNG PELAJARAN LAGI?

  263. salam masida.

    awak grad dari uitm tu dapat degree atau diploma? kalau degree, lepas 3 thn awak akan dapat jadi MIA Chartered Accountant. so kalau dah dapat yang ni sebenarnya dah setaraf dengan ACCA. bezanya ACCA tu dapat dari UK, yg MIA tu dapat dari Malaysian Institute of Accountant.

    sesetengah employer tak bezakan pun antara qualification MIA atau pun ACCA. memang sama je pun. tp sesetengah employer dari multinational company nak jugak qualification ACCA, ICAEW ataupun CIMA.

    saya harap ini menjawab persoalan masida.

  264. Wan Muhammad Islah :
    assalamualaikum.. sifu..saya bekas pelajar spm 2009.. dan mendapat 8A 2B 2D dlm spm..dan mendapat A2 dlm subjek prinsip perakaunan..sy telah dapat tawarn dia matrikulasi utk prinsip akaun sebelum ni n mndapat tawarn IPTA di UITM dlm prinsip akaun juga,namun sy telah menolak utk merantau ke bumi anbiya utk menuntut ilmu…skrang sudah hampir 2tahun sy merantau… n sy akan balik ke malaysia insyaallah bulan 12 2011 utk menyambung cita2 sy iaitu menjadi seorang akauntan islam yg berilmu agama…namun sy masih bingung dlm mcmana utk sy mnyambung pelajaran dlm bidang akaun… masih adakah peluang utk sy belajar akaun? adakah sijil SPM sy yg lepas masih laku utk dapatkan peluang utk menyambung pengajian??n masih layakkah sy utk mendapatkan biasiswa? kerana saya tidak mahu menyusah keluarga sy lagi…saya ingin minta pendapat sifu apakah peluang yg sy ada utk menyambung pengajian ini? n apakah sy masih layak utk dapatkan biasiswa? n apakah syarat yg sy perlu penuhi utk dapatkan peluang tersebut? n adakah wujud jalan utk sy belajar akaun di luar negara n mendapat biasiswa?

    wkumsalam wan muhammad islah.. maaf kerana mengambil masa yg lama utk reply soalan awak..

    1. sijil spm valid utk tempoh lima thn. jadi kalau dalam masa lima thn selepas sijil spm dikeluarkan, anda masih mempunyai peluang utk apply ke kolej atau universiti menggunakan sijil spm tu.

    2. memandangkan anda mendapat 8A dalam spm, saya rasa anda mampu utk mengambil CAT dan seterusnya ACCA. anda boleh apply utk jurusan ini di KPTM. ada pinjaman MARA utk semua pelajar di situ.

    uitm juga ada menyediakan course CAT dan ACCA, tapi rasanya dateline utk application utk course itu utk thn ini sudah ditutup. awak boleh rujuk di laman web uitm utk info lebih lanjut.

    3. Utk ambil ACCA, tak perlu bersusah payah utk ambil di luar negara. dalam negara sudah memadai. belajar di luar negara hanya menambah kos, silap hari bulan boleh jadi gay. (hehe)

    sekian,

  265. Assalamualaikum,

    Saya nak mohon pendapat. Sy dah ada degree dlm bidang management and currently terlibat dlm bidang compsec/accounting/taxation (almost 7 years already). Sy plan utk further study so, nak mintak pendapat is it better for me to get a 2nd degree (accounting) @ amik acca?

  266. salam….sy student fnal year UPM, kos bac.sc.agribisnes….boleh ke sy nk wat ACCA, cmne nk apply, guna result SPM ke degree…coz SPM sy tahun 2003…huhuhu

  267. salam.

    @faizi… awk boleh pilih mana2 course yg awk rasa selesa situasi awk skrg.. memandangkan awk dah bekerja, elokla awk amik kelas part time either utk degree ataupun acca.

    tp sy nak ingatkan memandangkan dulu awk amik degree management, most likely awk cuma akan dapat satu atau dua saja exemption paper ACCA.. bermakna awk kena amik paper2 lain yg jumlahnya dalam 13 ke 14 paper..

    @keluang man

    awk leh apply sama ada terus di office ACCA Malaysia di menara sunway berdekatan monorail bukit nanas.. kalau awk amik di kolej swasta (KPTM, MCoren, Kasturi, Sunway) awk boleh jugak mintak kolej awk tolong daftarkan. registration fee 100pound plus annual fee dalam 73 pound (sy tak sure sbb every year pun increase).

    tentang awk nak pakai spm or degree, sy rasa awk boleh rujuk dengan course coordinator di kolej atau kat ACCA malaysia. macam kes faizi jugak, most likely awk cuma akan dapat 1 exemption paper (paper f1 – paper berkaitan management) dan awk berbaki lagi 13 paper ACCA.

    Selamat maju jaya!!

  268. salam.saya sedang mengikuti kursus CAT di SUNWAY IPOH.so lepas ni better saya ambil acca or degree in accounting?

  269. wassalam

    menurut pendapat saya, better hafiz tengok dulu result cat hafiz macam mana.. kalau hafiz pass straight sitting dengan average 70, better buat ACCA sbb hafiz mampu. kalo result hafiz di tahap cat tidak berapa memberangsangkan, saya cadangkan agar hafiz buat degree. ramai kawan2 saya lepasan cat amik degree di segi kolej dapat exemption first year, maksudnya terus boleh masuk ke 2nd year. jimat masa dan jimat wang.

  270. assalamualaikum..
    saya baru terbaca mengenai hal ini..sy mahu bertanya kepada sifu, saya sekarang sedang menuntut di sebuah kolej IPTS dan mengambil jurusan Diploma Perakaunan..

    Soalan saya, apa saranan sifu apabila dah tamat pengajian diploma ini?apa hala tuju y sebaiknya diambil?

  271. nak tanya lagi..
    tahun lalu sy ada buat lawatan ke MIA..

    soalan sy..apa perbezaan MIA dan ACCA..dan apa kelebihannya?konfius sekarang..

  272. wkumsalam aisha..

    saya sarankan aisha sambung mengambil degree selepas habis diploma.. kalau amik degree ipta boleh mintak tajaan dari ptptn.. kalau amik degree dari kolej swasta boleh mintak dari mara. sila ke tingkat 3 di bangunan mara utk soal jawab tentang tajaan mara. tajaan mara ni bagus sebab dia takde interest.

    bagi soalan kedua, acca dengan mia tu bezanya ialah ia adalah dua badan perakaunan yg berlainan. MIA tu merujuk kepada Malaysian Institute of Accountant dan ACCA plak Association of Certified Chartered Accountant, UK.

    kelebihan MIA ialah, kalau aisha amik degree dari universiti awam (UM, UKM, UIA, UPM dan sebagainya) dan mendapat pengalaman 3 thn bekerja dalam bidang perakaunan, secara automatik aisha akan menjadi ahli MIA dan mendapat gelaran “akauntan bertauliah” (english:chartered accountant)

    kekurangan MIA, certain company, espacially multinational company, diorg nak org yg memegang qualification yg international seperti ACCA, CPA Australia, ICAEW ataupun CIMA.

    so kekurangan ini adalah kelebihan bagi accounting body spt ACCA, CPA (australia) dan CIMA.

    kekurangan bagi accounting body sprti ACCA, CPA dan ICAEW dan CIMA pula ialah, paper2 mereka sangat susah (peratus pelajar yg lulus dalam setiap kali exam adalah amat renda utk menjamin kualiti akauntan yg memegang qualification mereka), yuran pula agak mahal kerana dibayar dalam matawang pound sterling. jadi kene fikir betui2 sebelum nak amik exam2 ini.

    sekian, harap menjawab persoalan aisha.

  273. terima kassih kerana menjawab persoalan sy..
    nmpknya susah untuk sy membuat pilihan..

    apapun terima kasih atas saranan dari sifi..
    kalau ada timbul kebingungan insyaAllah sy akan mengaukan soalan..
    wassalam

  274. sesiapa yg ngin belajar di kptm area malaysia , kl boleh la email saya … saya akan tlg segala pertnyaan dan borang….

    midimohd@ymail.com or midimohd@facebook.com,,,,

    p/s jgn segan silu

  275. salam.

    kepada sesiapa yg ingin buat course acca diharap boleh emel saya dulu di amar.acca@gmail.com nanti boleh la saya share2 nasihat sbb saya pun bekas pelajar acca

    amar

  276. sye nk tyne ade sape2 tw x…part time courses acca kat uitm ade x??

  277. boleh ke student pendidikan perakaunan ambil acca atau yg seumpamanya? boleh tlg bgtau kebaikan dan keburukan nya?mcm kes dr matrik lps tu ambil pendidikan perakaunan. lps tu rasa mcm nak buat acca ke?

  278. salam nadia.

    utk soalan pertama, boleh tak student pendidikan ambil acca? jawapannya ialah: boleh. jumlah exam paper yg boleh claim utk exemption mungkin kurang daripada students diploma account or degree account (diploma account dapat 4 paper exemption, degree dapat 9 paper).

    kebaikan dan keburukan acca, sila baca komen2 dari saya di atas. nak taip semula agak panjang jadi sila rajinkan diri anda membaca komen ya. cukuplah saya simpulkan di sini, acca ni sangat susah dibandingkan dengan degree account, tp kalau pass dalam semua sitting, boleh jimat masa utk graduate dari acca (dalam 2 thn 6 bulan dah boleh graduate kalau pass semua sitting).

    paper acca ni open utk semua org. even org yg amik course non-related to account pun boleh amik, so sy tak nampak apa2 masalah utk org dari pendidikan perakaunan nak amik acca. selamat maju jaya!

  279. wasalam, ok encik amar. terima kasih sudi jawab. 😉

  280. Salam Amar/Sifu/Athur
    Saya merupakan pelajar lepas SPM 2011 dan sedang menanti result SPM yang dijangka akan diumukan pada 22 March ini..
    Saya mula tertarik mengenai ACCA-CAT yang ditawarkan oleh KPTM, tetapi memandangkan saya sedar akan risiko yang bakal saya terima sekiranya saya tidak lulus ACCA, saya bercadang ingin menyambung pengajian saya ke Matrikulasi( kalau ada rezeki ) > Degree Perakaunan> dan selepas itu baru ambil ACCA, bagaimana pendapat Amar/Sifu/Athur??
    Saya sangat berminat dalam bidang perakaunan memandangkan sewaktu SPM saya boleh menjawab semua soalan dengan baik sekali. Soalan kedua saya, seandainya saya berjaya menamatkan pembelajaran saya di matrikulasi, bolehkan saya sambung degree di KPTM adakah ada ijazah perakaunan di KPTM?? dan soalan seterusnya, jika saya berjaya menamatkan ACCA dengan jayanya, saya akan mendapat gelaran profesional lepas 3 tahun berkerja di firma audit?? adakah saya perlu mencari kerja itu sendiri atau pun saya telah pun ditetapkan untuk bekerja di firma tersebut selama 3 tahun ??

  281. wkumsalam asparina..

    terima kasih asparina kerana sudi bertanya.. saya yakin pasti ramai lepasan spm 2011 yg mempunyai persoalan yg sama dengan asparina.. insyaAllah saya akan cuba jawab dengan sebaik mungkin..

    seperti yg saya cakapkan sebelum ini, pilihan utk ambil ACCA atau degree sebenarnya perlu merujuk dengan kebolehan pelajar itu sendiri.. ACCA bukanlah satu bidang yg mustahil utk lulus.. bagi pelajar2 yg ‘outstanding’ (yg mendapat straight 10A misalnya), ACCA merupakan course yg amat sesuai dengan mereka kerana mereka mampu utk lulus dalam masa yg paling singkat, dan pada masa yg sama mendapat kelulusan yg tertinggi dalam bidang perakaunan..

    bagi pelajar2 lain, jangan berputus asa,, jalan utk ke ACCA masih lagi terbuka buat kalian.. boleh ambil matriks –> degree perakaunan di ipta/ipts –> ACCA level 3.. insyaAllah akhirnya akan dapat juga ACCA walaupun sedikit terlambat, tetapi jalan ini selamat dan kurang risiko utk tersangkut di tengah jalan..

    bagi soalan kedua, sekiranya asparina mendapat result yg baik di matrikulasi, saya cadangkan asparina menyambung degree di universiti awam kita seperti uitm, uia, um, upm dan sebagainya.. ini kerana kptm tidak menyediakan degree mereka sendiri, yg ada cumalah diploma perakaunan kptm.. dan diploma ini jika dibandingkan dengan degree IPTA kita, degree di IPTA adalah jauh lebih berkualiti dan dipandang tinggi oleh majikan2 di luar sana..

    bagi soalan ke 3, jika asparina berjaya lulus ACCA, asparina perlu mengambil inisiatif sendiri utk memohon pekerjaan di firma audit kerana ACCA tidak bertanggungjawab utk menolong asparina dalam hal ini.. selalunya pelajar ACCA/ lulusan ACCA bekerja di firma Audit “big 4” (PwC, EY, KPMG, Deloitte) kerana persekitaran yg mencabar di samping gaji yg lumayan (starting rm3000). selepas 3 thn di audit firm, anda akan diterima menjadi ACCA member dan bergelar “chartered accountants”.. kalau asparina sukakan persekitaran yg ramai pekerja melayu, bolehlah apply di audit firm yg dimiliki oleh partner2 melayu seperti AFTAAS, KHR, Anuarul Azizan Chew, dan lain-lain.

    sy doakan asparina dan pelajar2 lepasan spm 2011 lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.. selamat maju jaya!

    sekian.. wassalam

  282. salam untuk belajar di kptm dalam bidang ACCA dan sewaktu dengannya, Human resources management, TESL dan lain-lain lagi boleh email saya homeinspire1011@yahoo.com atau midimohd@ymail.com

    bagi yang layak boleh memohon pinjaman MARA atau PT..

  283. As salam amar/sifu/arthur

    Saya memang berminat dgn CAT-ACCA ni, tapi terdapat juga bebrapa pihak yg mengatakan ade sstgh company yg tidak terima pelajar yg ambik ACCA mlalui CAT, tetapi mereka memilih pljr yg ambik ACCA mlalui degree, persoalannya,

    1) apa kelebihan CAT-ACCA berbanding DEGREE-ACCA ?
    2) kalau dah lulus ACCA melalui degree, adakah kita perlu bekerja 3 tahun di firma audit utk dptkn gelaran profesional ?
    3) adakah MARA akan menawarkan biasiswa untuk pelajar sambung ACCA ke overseas setelah mengikuti program CAT di kptm atau uitm? dan kalau ada, apakah syarat yg diperlukan untuk melanjutkan ACCA di overseas?
    4) saya tak ambik subjek akaun utk spm, jadi bolehkah saya terus memulakan pembelajaran utk CAT tnpa sebarang basicc akaun ? ataupun perlu tahu basic akaun dulu?
    5) saya bukan tergolong dlm kelompok yg sangat pandai, sy dapat semua A dalm spm kcuali satu subjek, jadi adakah sy mampu menamatkan ACCA dgn jayanya? sebb dgr rmai org ckp ACCA ni susah, jadi apa pndpt sifu tntg hal ni?

    trmkasih ats prtolonn yg diberikan….

  284. wkumsalam memey..

    1) cat tiada kelebihan berbanding degree sbb cat tu level diploma je.. so level cat lagi bawah dari degree.. tp buat cat ni kalau straight sitting hanya makan masa 1 thn setengah.. nak amik degree kene makan masa 5 thn (1 thn matriks + 4 thn degree akaun)

    2) ya, kene keje 3 thn

    3) ya. syaratnya rasanya straight A spm tp kene keje jadi lecturer kptm 5 thn lepas pass semua paper acca

    4)boleh.

    5) ada kawan saya, dia dapat 13 A tp dia tak abis lagi paper acca. ada kawan saya juga, dia cuma dapat 7A tp dia berjaya habis. berapa banyak A tak menentukan boleh pass ACCA atau tak, tp kerajinan, minat dan bakat boleh menentukan org tu pass atau tidak. tp pendapat saya, kalau tak yakin dengan diri, baik amik degree kerana kurang risiko.

    memey boleh baca komen2 di atas sbb banyak dah dibincangkan persoalan2 memey di atas. sbb tu saya cuma reply dengan ringkas.

    sekian terima kasih.

  285. assalamualaikum, sy just nak tanya. saya baru je dapat result n alhamdulillah saya dapat A dalam p.akaun. saya cadang nak ambil akaun. saya cuma nak tahu:

    1- bagaimana untuk memohon ACCA-CAT lpas SPM klu kita masuk IPTA biasa ja.
    2- apa klebihan sijil LCCI yg saya dapat selepas SPM untuk ACCA-CAT.

    insyallah, itu je soalan buat masa sekarang. syukran kassir.

  286. salam ain sofiyyah..

    alhamdulillah ain dapat A dalam prinsip akaun.. ini adalah langkah ain yg pertama ke dalam dunia perakaunan dan ain telah melakukan dengan jayanya.. jadi skrg kita kene lah pulak buat perancangan utk langkah2 ain yg seterusnya..

    ok.. pertama skali ain kene tahu, ain nak pilih apa lepas spm.

    1. matriks –> degree –> sijil professional (MIA, ACCA, MICPA, ICAEW etc)
    2. diploma –> degree –> sijil professional (MIA, ACCA, MICPA, ICAEW etc)
    3. CAT –> ACCA
    4. LCCI –> saya tak sure pasal lcci pasal saya tak penah buat. tp lcci ni level macam diploma.

    utk info lebih lanjut tentang pro dan cons utk setiap jalan di atas, ain boleh baca dulu komen2 terdahulu saya pasal saya kebanyakan menjawab persoalan yg sama je.. kalau ada persoalan yg tak terjawab, baru ain tanya lagi skali ya, ok?

    ok utk soalan kedua ain saya leh jawab. kalau ain amik lcci, ain dah tak payah amik cat sbb lcci dan cat tu level yg sama je, iaitu level diploma.. sama jugak, kalau ain dah amik diploma, tak payah amik cat jugak.. boleh terus sambung buat degree atau acca..

    wallahua’lam bissowab..

  287. Salam,alhamdulillah saya mendapat kptsn yg cemerlang utk spm 2011 and mendapat A+ utk akaun.Sekarang,saya tengah keliru sama ada saya patut masuk matriks atau diploma fast track UiTM.Ramai yang tidak setuju saya bljr di UiTM dan menyarankan saya masuk matriks kemudian degree di UM.Keluarga&cikgu-cikgu saya kata ,akaun ni bidang org cina and kalau msk UM lagi senang dpt kerja berbanding dgn UiTM sebab UiTM semuanya melayu..Lagi satu,if saya amik matrik,matrik bljr dlm BM nanti degree bljr dlm BI.Tak susah ke nanti???Saya harap ada yg sudi jawab pertanyaan saya..saya sangat-sangat buntu and memerlukan bantuan.

  288. Salam,saya pelajar SPM tahun ini dan telah mendapat tawaran dari KPTM, program ACCA Certified Accounting Technician.
    Persoalan saya adalah selepas tamat pengajian nt ke mana arah tuju saya?terus bekerja atau perlu sambung untuk mendapat pekerjaan?
    program ini adalah sijil atau diploma?
    Mohon dapat keterangan.
    terima kasih.

  289. wsalam

    adillah

    cat ada sejenis sijil professional yg bertaraf diploma… durasi pengajian adalah 1 thn setengah, maka ia lebih cepat berbanding diploma biasa yg rata2nya memakan masa 3 thn..

    lepas cat awak boleh:

    1) sambung ACCA.. awak dapat exemption 3 paper daripada 14 paper.. jadi awak cuma perlu tamatkan lagi 11 paper.. rata2 pelajar yg lulus straight sitting memakan masa 3 thn utk menamatkan ACCA..

    tetapi bagi yg gagal di tengah jalan (ramai pelajar gagal di tengah jalan….) 10 thn pun tak habis2 lagi.. jadi sila pertimbangkan baik2 jika mahu straight amik ACCA..

    2) sambung degree… ada degree dari kolej swasta (example: segi university college) yg menerima lulusan cat… awak boleh straight masuk 2nd year.. 3rd year dah graduate.. kalau masuk ipta, ipta tak recognize cat, jadi kene start dari 1st year… degree akaun di malaysia memakan masa 4 thn.. jadi akan bazir masa awak saja..

    3) keje.. keje pakai cat gaji tak banyak.. paling sikit mungkin dapat dalam rm1200.. kalau di kuala lumpur, tolak duit sewa umah, duit makan, duit perjalanan nak pegi keje, akhirnya mungkin awak akan belanja lebih dari gaji.. jadi tak berbaloi bekerja menggunakan cat.. sila pertimbangkan utk sambung belajar lepas cat kerana awak masih muda (kalau start cat umur 18, umur 20 dah habis cat dah.. jadi 20 tu masih muda lagi)..

    sekian..

    diharap membantu

  290. assalamualaikum, saya nih lepasan spm 2011. saya berminat utk meneruskan pengajian dlm bidang perakaunan. sya mendapat 4A+, 3A, 2A- dan 1B+. saya ingin memohon tajaan mara utk melanjutkan pengajian dlm bidang accounting ke luar negara tapi sayangnya, saya tidak layak kerana BM saya B+ . saya telah pun pergi ke pjbt MARA dan bertanyakan tntang masalah ini. mereka menawarkan program KPTM iaitu Professional Accounting CAT-ACCA. dlm program cemerlang IPMA, kursus Professional accounting hnya layak dimohon oleh lepasan spm 2011 yg mndapat 5a- termasuk B.Inggeris, B dlm BM dan Addmaths. melalui program itu, peringkat pengajian CAT di KPTM, manakala ACCA di Universiti Luar Negara dgn syarat lulus CAT 75% . Adakah ini bermaksud, jika saya dpt tajaan program cemerlang KPTM CAT-ACCA ini dan lulus at least 75% dlm CAT membolehkan saya meneruskan pengajian ACCA di oversea ? fuhhh penatnya nak explain haha

  291. wkumsalam

    boleh teddietobby

  292. assalam,
    jika saya masuk ke ipta, adakah dekat univ awam selain UITM itu menyediakan kursus bdg profesional mcm ni??

  293. wkumsalam.

    tiada. hanya uitm yg menawarkan kursus cat dan acca.

  294. oh terima kasih atas jawapan yg diberikan, ada lagi satu nak tnya. LCCI tuh sama ja kan levelnya dengan CAT, so berdasarkan jawapan yg saya baca dlm soalan cik ain tentang LCCI tuh, klau dah amik LCCI, means tkperlu amik CAT lah ? kiranya kalau sertai program MARA tuh kena amik jugak ka CAT ? saya ada la apply utk sijil LCCI melalui sekolah, so tunggu ja la sijil tuh.

  295. teddietobby still kene amik cat sbb syarat nak ke luar negara tu ialah dapat 75% dalam cat, bukannya dalam lcci.

    berdasarkan pencapaian cemerlang teddytobby dalam spm, saya yakin anda tiada masalah utk dapat 75% dalam cat, kacang kuda je tu..

    selamat maju jaya!

    amar

  296. saya dapat tawaran CAT-ACCA ni dekat IPB, sama je kan dgn KPTM? huhu

  297. oh terima kasih lagi 😀 eh ada lagi nak tnya ! means, klau graduate ngan ACCA under mara, kena jadi lecturer diorang dulu 5 tahun ? haha, saya ingat boleh terus kerja as akauntan kat mana2 syarikat, gain experience dulu 3 tahun. klau jadi lecturer diorang tuh selama 5 tahun, lepas 5 tahun tuh means kena start dari bawah juga laa klau nak kerja as accountant pulak ? kena gain experience 3 tahun lgi macam tuh ka apa ? terdapat kekeliruan disini :/

  298. @fatin
    di IPB hanya ada ajar CAT.. jadi bila fatin dah habis CAT nanti kene sambung kat tempat lain.. saya syorkan pegi uitm..

    CAT di ipba lagi bagus dari kptm sbb CAT di ipba FREE, tak payah bayar yuran sbb dapat sponsor dari Baitulmal…

    di KPTM kene bayar exam fee, tuition fee, dan annual fee, tp fatin akan dapat pinjaman MARA yg fatin kene bayar balik bila fatin dah graduasi.. unless fatin dapat markah 70% dan ke atas maka fatin akan grad dengan cemerlang dan tak perlu bayar apa2 balik kepada MARA..

    @ teddietobby

    kalo grad dengan ACCA under mara di institusi tempatan (UiTM, KPTM) tak perlu keje dengan mara.. boleh terus keje dengan firma audit terkemuka atau syarikat2 utk gain 3 thn experience..

    tp kalo grad ACCA under mara di kolej di LUAR NEGARA (kaplan London, Dublin), kene keje sbg lecturer di KPTM selama 5 thn.. kalau tanak keje dengan KPTM, kene byr balik jumlah perbelanjaan..

    ya, kalau lepas jadi lecturer tibe2 nak masuk jadi akauntan, kene mula dari bawah pasal masa jadi lecturer mana apply ilmu akaun secara praktikal.. begitulah realiti yg pahit tetapi benar..

    okies, jangan keliru2 lagi ya..

    wassalam

  299. oh ya ka. then lepas 5 tahun tuh, kena cari keja lain pulak ka macam mana pulak ? kalau contract 5 tahun ja, boleh smbung ke ? kalau kena cari kerja lain pulak mcm susah jaa hahah just asking ;D

  300. oh thank you 😉

  301. @ fatin

    welkam2..

    @ teddietobby

    insyaAllah akan dapat kerja kerana rezeki Allah tu sentiasa ada.. yg penting jgn memilih kerja..

  302. assalamualaikum…
    sya nk tnye skit psl IPB…
    btul k semua yg ambk CAT kat situ dpt sponsor dri baitulmal???

  303. baik ! terima kasih atas nasihat2 yg berguna, en. Amar 😀

  304. salam

    @ nur azirah.. saya dulu tak blaja tak ipb so saya tak sure sangat macamana sistem kat sana.. saya cadangkan nur azirah pegi call ipb sendiri utk keterangan lanjut.. tp member2 saya yg grad dari situ semua cakap ipb sponsor semua free.. tp just utk anak2 wilayah persekutuan saja pasal baitulmal yg sponsor ipb tu baitulmal wilayah.. kalo negeri lain sy tak sure..

    @teddietobby

    okeh, selamat buat cat.. jangan main2.. ada ramai budak2 yg spm 7A dan ke atas sangkut2 masa acca sebab kuat main..

    wslm

  305. assalamualaikum,amar bleh sya nak amek matrik pas2…sya sambung amek acca kat kptm..????

  306. wkumsalam ainul.

    boleh.

  307. Assalamualaikum sifu, cuma nak tahu, pgajian lepas cat, selain acca ada tak? Atau memang lepasan cat kena sambung acca?

    Kpd fatin di atas, sure ke nak sambung kat ipb? Boleh buat kawan awal2 nii.hehee.

  308. to arthur,
    1.kalau tiada basic acc blh tak mohon ni?
    2. apa beza acca and cat?
    3. lcci pula apa?
    4.lepas cat kena ambil acca ka?

  309. @ amer & cynthia

    sila baca semua2 komen2 di atas dari awal sampai skarang.. insyaAllah saya dah jawab dengan panjang lebar dalam komen2 yg terdahulu..

    wslm

  310. salam..saya lepasan SPM 2011..alhamdulillah..result saya 7A2B1C..akaun dpt A+..
    saya dpt tawaran uitm segamat(diploma perakaunan) n CAT di Uitm Shah Alam n KPTM kl…n saya tahu ramai org mencadangkan sijil profesional sebab lagi cepat n diiktiraf..
    soalan saya
    1. yg mana lebih bagus untuk CAT? Uitm atau KPTM…(terutamanya dari segi pembiayaan)
    2. lepas CAT, boleh x amek degree ? berapa tahun?..
    3. kalau wat CAT di Uitm..boleh smbung degree kt situ x ..or kena wat kt tmpat lain..
    4. selain ptptn n mara..ada x penaja lain untuk sijil profesional..JPA ada x?
    5. penerapan diploma akaun sem 3 ke ijazah perakaunan di Uitm camne..n berapa lama?
    6.. lastly.. CAT+DEGREE+ACCA or MATRIK + DEGREE+ ACCA or
    (diUitm)DIPloma+DEGREE+ACCA ..mana satu lg selamAT N X BERAPA lama untuk pelajar biasa2 macam saya ni..
    terima kasih menjawab soaln saya yg leceh ni…tgah keliru+ terdesak sgt2 ni..

  311. salam muz..
    try baca komen2 kat atas dulu.. rasanya byk jawapan utk soalan muz ada kat komen2 di atas..

    pastu kalo muz masih lagi ada persoalan, boleh emel terus kat saya.. di mana emel saya? emel saya ada kat komen2 kat atas, kalo muz dah khatam insyaAllah boleh jumpa emel saya.. hehe

    wslm

  312. salam muz…,
    berdasarkan pertanyaan awk…, sy cdgkan kalu awk nk blajar scare senang and xbrape pressure.., lbih baik ambk course diploma in accounting…, lbih slamat wlaupun mkn mse yg agak lme…., lbih kurang 3 thun….,

    1. lebih baik pilih uitm sebab byaran dye lebih murah…, just perlu bayar yuran pengajian rm553 and yuran exam.., lbih kurang rm235 per paper…, kalu kte perform dlm exam mid term and trial dlm stiap subjek…, kte berpluang utk memohon pihak uitm biayai kos exam…,
    di kptm.., kalau xsilap saya…, setiap pelajar perlu byr rm1000 per sebjek…, kos lebih tinggi berbanding uitm…,

  313. thankz amar n epul..
    honestly..makin saya baca bnyak tentang sijil pro ni makin takut sebab fikirkn kos n cabaran belajar…x tau la kenapa..
    epul.. kalau saya guna jalan diploma? berapa lama pula untuk ijazah? saya ada dengar 5 sem je? betul ke?

  314. zulkarnain ahmad

    anak saya mendapat tawaran kolej matrik didalam jurusan akaun. saya ingin tahu apa kah mata pelajaran yang akan di ajar kelak dan sekiranye telah berjaya nnti boleh kah dia memohon untuk mengambil ijazah sain komputer.

  315. salam.. sye nak tnye pasal kptm nie.. kalau kite dpt scholarship mara n belaja kat kptm kos cat acca. adkah kita perlu intervew untk pergi keluar negara selepas mengambl cat…

  316. zulkarnain ahmad

    zulkarnain ahmad :
    anak saya mendapat tawaran kolej matrik didalam jurusan akaun. saya ingin tahu apa kah mata pelajaran yang akan di ajar kelak dan sekiranye telah berjaya nnti boleh kah dia memohon untuk mengambil ijazah sain komputer.

  317. amar :
    teddietobby still kene amik cat sbb syarat nak ke luar negara tu ialah dapat 75% dalam cat, bukannya dalam lcci.
    berdasarkan pencapaian cemerlang teddytobby dalam spm, saya yakin anda tiada masalah utk dapat 75% dalam cat, kacang kuda je tu..
    selamat maju jaya!
    amar

  318. salam

    abg zulkarnain.. saya rasa tak ada masalah kalau anak abg zul ambil matriks akaun, tp nanti bila nak isi borang upu, pastikan dia pilih jurusan yg dia nak ambil iaitu IT.. dan lagi satu nasihat saya ialah supaya dia score cgpa 3.5 ke atas pasal competition utk jurusan2 kritikal macam IT ni sangat tough pasal ramai yg apply.. selamat maju jaya saya ucapkan kat anak abg zul.. 🙂

    asparina nak join teddietobby masuk kptm ke? nanti ada kawan nak study sama2 mesti best.. :))

  319. senang kacang kuda jer?? hahaha.. powerlah, kalaulah betul2 mcm tu kan best..

  320. salam. saya pelajar lepasan spm 2011, saya mendapat 7a+1a1a-1b+,saya mendapat a+ dalam prinsip akaun.saya ingin bertanye kenapa ada budak yang gagal CAT?adakah susah sgt nak skor?susah tak nak paham belajar?saya telah mendapat CAT-ACCA kat intec,uitm. saya menjadi semakin risau apabila mendengar ramai yang tidak lulus.adakah mereka yang gagal itu hanyalah pelajar yang tidak fokus dan bermain2?

  321. salam epul..

    actually byk sbb kenapa org fail.. ada yg fail sbb main2.. ada yg fail sbb kurang pandai.. ada yg fail sbb sakit masa exam.. ada yg fail sbb ada masalah famili.. so mmg byk la sbb fail tu.. tp obviously ramai fail sbb program acca ni mmg antara program paling susah.. sbb tu paper professional tu ramai org ambil lepas degree, so diorg boleh amik acca sambil keje.. jadi fail brape kali pun diorg tak kisah pasal dah ada backup degree tu dan boleh keje..

    tp mmg obvious yg program ni susah, jadi fail tu taklah dianggap sbgai kegagalan tp salah satu asam garam utk mencapai kejayaan.. contoh, paper p5 kat uitm thn lepas cuma 5 org je yg pass daripada satu kelas yg lebih kurang 50 org.. takkan lah sampai 50 org semua main2 kan? jadi mmg obvious lah paper ni mmg sangat tough dan yg benar2 cemerlang je yg pass..

    lulus dan fail tu kedua2nya ujian dari Allah.. kalo lulus kita bersyukur.. kalo fail kita bersabar.. kedua2nya pun akan meningkatkan keimanan kita insyaAllah..

    wallahua’lam

  322. salam..saya dapat diploma akaun uitm n cat di ipb..sy nk tahu, better sy g yg mne?

  323. sape2 yg boleh beri pandangan jwb la..

  324. sila baca komen2 lain sblm tanya

    dua2 pun bagus.. pilih la mana satu yg sesuai dengan kebolehan diri anda.,,,

  325. sy dah bce bnyk sgt komen di atas..tp still x boleh buat kptsn nk pilih yg mna..drpd diploma boleh terus ambil acca ker? sy risau x boleh nk kerja dgn kelulusan cat tu.sbb ada komen yg kte cat x diiktiraf jpa

  326. Salam semua..
    setelah berbincang dgn keluarga , senior n guru2..saya dh wat keputusan untuk sahut cabaran .. saya pilih untk ke uitm bg CAT ni..
    doakan saya berjaya..tq

  327. kepada muz..saya nk tnye soalan kt awk..sbb sy still konfius ni..nk wt diploma ot cat..bg emel awk klu boleh..

  328. Alhamdulillah..sy telah ditawarkan mara program ijazah dalam negara dan jurusan yg saya terima adalah ACCA di Uitm Shah Alam.Permasalahannya sekarang ni..saya kurang butir-butir tentang course ini.Sebagai contoh ..mengenai syllabus course ni.Diharap anda dpt membantu sy menerangkan butie-butir course ini .:-)

  329. athrun,
    urmmm..sy nk msok kptm tok program cat..huhu..epy ew :)..tp,tp,tp,,,,bku cmne yek?nk kne bli ciap2 ke?n 1 ag,asrama..oke x?ke cri uma sewa?law ade uma sewa,tlg la crikn yek…tp 2 la..housemate xde..cmne ek?

    hehe..macey ye kakak>_<

  330. hah!law boley,nk 6be fon ley?cng cket nk kontek..dun wory,i’m girl..plezzzz…ea?

  331. sy nak tnye..kalau ambik cat dkat kptm,exam fee yg kita kena byar ntok setiap paper brpe??

  332. Assalamualaikum, abg amar sy telah ditawarkan program cemerlang ipma dibawah tajaan Mara untuk melanjutkan pengajian di KPTM KL untuk CAT-ACCA. Jika sy lulus 70% adakah sy akan dilanjutkan pngajian ke luar negara atau mnruskan pngajian di KPTM shj dan apakah kesan trhdap tajaan trsebut skiranya saya gagal mncpai kptusan yg dikhndki oleh Mara.

  333. salam

    @arm.. exam fee berbeza utk level yg berbeza.. semuanya kene byr dalam pound sterling, jadi kene gi tukar duit kat bank.. rate adalah seperti berikut

    f1-f3 – £64
    f4-f9 – £80
    p1-p5 – £94

    utk cat punye fees sy tak sure.. rasanya dalam £44 ke £64..

    semua ni kene bayar dari poket sendiri, pastu resit pembayaran tu bagi kat mara dan boleh claim dari mara..

    Jadi arm kene laa stadi rajin2 bagi pass straight sitting sbb harga exam paper ni tiap2 thn pun akan jadi semakin mahal..

    @iskandar..

    first of all sy ucapkan tahniah kpd iskandar kerana dapat offer program pelajar cemerlang dari mara… mesti result iskandar gempak sbb tu dpt offer ni kan… tahniah2..

    okeh, kalau iskandar dapat 70% dan ke atas masa cat (ramaai jer student cat yg dapat 70% ke atas sbb cat senang), iskandar dah penuhi syarat mara dan boleh sambung blajar kat kolej2 di uk.. lepas grad iskandar kene keje jadi lecturer dgn kptm selama 5 thn pasal ni ada tertulis dalam surat perjanjian tajaan masa nak pegi uk nanti..

    kalau iskandar tak penuhi syarat tu, iskandar still boleh teruskan pengajian kat malaysia.. tu jer bezanya..

    tp iskandar jgn la risau sgt.. sy tengok kebanyakan student dalam program pelajar cemerlang ni slalunya score 90% ke atas masa cat sbb bagi diorg cat tu mmg senang sgt.. cabaran sbenarnya bermula masa level acca nanti.. haa, yg tu baru dia buat soalan yg susah2.. tp kalo rajin istiqamah dalam blajar, insyaAllah boleh lulus semua straight sitting..

    diharap membantu..

    wassalam

  334. sy nk tanye,kalu blaja acca-cat kt kptm,mmg akn dpt tjaan ke?

  335. salam irara..

    tak ada tajaan.. yang ada cumalah pinjaman mara.. maknanya, dah abes blaja kene bayar balik.. tp boleh mintak pengurangan kalau dah abis.. kalau lulus cemerlang boleh mintak convert jadi biasiswa.. lulus cemerlang tu kene dapat purata 70 dan ke atas..

    begitulah adanya,..

  336. salam sejahtera 🙂 sye bwat pilihan nk masok matriks dlm perakaunan. n nnt nk sambong ijazah perakaunan.so oke x? n any tips?

  337. salam admin..sye pelajar sains tulen spm 2011…sye dpt tawaran KPTM KL cheras in dip account…sye berdebarla….sye langsung x de basic account,…..sye daftar 5 jun nie….tambah plak in english…takut berterabur jer nanti…

  338. salam

    @ash

    pilihan awak ok kalo awak minat akaun.. tipsnya blajar rajin2, jangan main2, jangan lupa smayang, hormat ibubapa dan guru, sayangi rakan2..

    @nuramalina

    tahniah sbb dapat tawaran diploma akaun.. uitm punye diploma kan? bagus diploma uitm tu, berkualiti..

    takpe jangan takut sbb takde basic akaun, sbb nanti masa first sem pun dia akan ajar akaun yg basic2 jer..

    english tu jgn takut gak, pasal lecturer yg mengajar tu melayu.. so dia akan ajar dalam dua2 bahasa.. mula2 bahasa english, tp kalo student tak paham, dia akan explain dlm bm.. jadi awak jgn risau pasal masalah bahasa ni..

    semoga maju jaya

    wslm

  339. as salam…

    sy dpt cos dip akaun kt uitm alor gjah n acca-cat kt kptm kl…sy mmg nk cgt jd chartered accounant..kwn2 sye pon da msok uitm shah alam tok fast trek..sy da plh nk msok kptm,n da jd konfius balek coz mak sdare sy soh msok uitm.cbbnye…pluang pkerjaan lg cerah..law msok kptm,pluang pkerjaan xcerah ke??

    aishhh….da dilema balek..humm:(

  340. wkumsalam irara..

    cuba baca komen2 kat atas yg compare kan antara diploma n cat.. nanti dari situ bleh laa irara rumuskan mana satu yg lebih sesuai dgn irara.. jgn kompius2 ya.. wassalam

  341. terime kasih bebnyak..naik jap semngat sye….

  342. ah’a dpt dip account scrare kerjasame ngan uitm…thanks ye en.amar…..

  343. nak tanye satu lagi… antara kos akaun ngan telecomunication engineering mane ok??? dri segi kerjaye dan kesusahan pembelajaran…. t.q

  344. @nuramalina

    sama2.. sudah jadi tanggungjawab saya berkongsi dgn semua pasal saya pun bekas pelajar perakaunan..

    pasal mana course lebih susah tu, actually semuanya bergantung kepada individu.. ada org dia suka akaun, dia akan rasa akaun yg senang.. ada org dia minat engineering, maka dia kata engineering yg senang.. tak ada istilah susah senang pasal skrg ni semua pun susah.. cuma minat kita pada course tu yg akan meringankan beban mental kita masa amik course tu nanti..

    @irara

    berdasarkan pengalaman saya, pelajar yg mendapat at least 4A masa spm tak akan ada masalah masa amik cat.. tp hanya pelajar cemerlang yg mendapat 7A dan ke atas masa spm saja yg akan terus cemerlang masa amik course ACCA dan hanya pelajar straight 10A1 yg akan pass straight sitting tanpa fail masa ACCA.. jadi sblm nak amik acca ni kene lah pandai mengukur baju di badan sndiri dulu.. kalau tak mahu amik risiko saya rasa lagi elok kalo amik diploma atau degree.. sekadar berkongsi pengalaman dari seorg bekas pelajar straight sitting acca.. wallahua’lam..

  345. uh,oke…tanx ye en amar..insyaallah..sy akn b’usehe lbey baek…tok bktikan sy bjye…sy igt,spm je yg sosh..rupe2 nye,nk dcide khdpn pasni ag payah…hummm:(…anyway,tanx a lot kerana sudi membantu…

  346. salam….
    tertarik ngan komen en.amar…
    yg student 7A tu ada x yg straight sitting ACCA??

  347. salam,..

    sepupu saya yg blajar uitm dapat abeskan cat n acca secara straight sitting.. skarang dia keje kat firma audit Ernst & Young., dia makan masa 1 thn setengah wat cat n 2thn setengah wat acca..

  348. lupa nak cakap.. dia dapat 7A masa spm thn 2003 dlu..

    tp masa blajar dulu sy pun penah jumpa ada org yg dapat 13A masa spm tp dia sangkut2 gak masa blajar acca part3.. so the ground rule is kita kene rajin, tak kira lah berapa A yg kita dapat masa spm.. yg lepas tu lepas.. yg penting yg akan datang ni..

  349. slm..thanks a lot for all the comments above..sy pljr yg sdg mgikuti plkn kump2,siri 9..rsult spm sy 2A+,3A,1A-,2B+,2C+..interest sy utk smbung cat n acca mmg tggi..sy apply uitm n prgi iv..alhamdulillah dpt..tp sy confuse antara kptm dgn uitm..slps baca smua komen2 and doa,sy rasa sy pilih kptm:)..sbb sy dpt plpsan awal utk plkn mean sy kna smbg plkn 4 mggu lg n terus msuk kptm..n i’ll struggle for it,,thanks a lot,doakan yg tbaik utk sy:)

  350. all the best aireen fa.. :))

  351. My brother recommended I might like this blog. He was totally
    right. This post actually made my day. You cann’t imagine just how much time I had spent for this info! Thanks!

  352. salam bro amar 🙂
    i actually need some advice regarding acca-cat.
    kalau cat exam 75% ke atas maknanya every paper kena score 75% ke the whole paper markah di kira.
    sbnarnya dpt twrn ke kptm kl utk acca-cat tp xde basic account 😦
    so myb boleh tlong bagi nasihat strategi blajar n pglaman ke? hehe trimas banyak2! hope to get the reply soon~ 😀

  353. cheap vps host ni bot ni..

    @zakirah

    wkumsalam wbt

    pasal 75% tu, dia nak average marks 75%.. tak semestinya semua kene 75% and above.. asalkan at the end of the day, campur semua pastu bahagi dapat 75% so dah kira lepas..

    takde basic account? takde masalah.. yg penting minat.. pasal cat tu dia akan ajar semula basic account yg budak2 blajar masa spm.. jadi jangan takut dan risau.. yg penting cumalah kene ada minat dan kerja keras.. ini yg ramai student kita tak ada.. lagi satu, kene polish sikit english.. walaupun masa cat soalannya banyak berbentuk objektif (abcd) tp bila dah naik jadi acca, kene tulis essay dalam english, so kene laa mantapkan english dari skarang..

    nasihat dan strategi belajar? actually ni terpulang kepada individu,, tengok yg mana satu kaedah belajar yg suitable dengan diri kita.. ada yg suka blajar malam, ada suka blajar di library, ada suka blajar last minute dll.. yg penting, kene pass exam acca tak kisahlah cara mana pun kita belajar..

    masa saya blajar dulu, saya suka baca topik tu sblm masuk kelas.. walopun tak paham apa yg dibaca, tp bila lecturer explain kat depan nanti takla saya blur sgt.. lepas kelas saya akan terus wat latihan soalan2 past year berkenaan topik yg diajar.. lepas tu kalo saya tak faham certain topik, saya akan terus wat appointment dengan lecturer yg berkenaan dan tanya apa yg saya tak faham tu.. lagi satu, saya tak suka wat preparation last minute.. lagi 1 bulan sblm final exam bermula, saya akan habisan2 buat latihan past year paper sampai kertas past year tu yg asalnya cantik jadi hancur macam kertas balut belacan.. dan saya akan set-time utk setiap kali buat soalan past year supaya saya dapat bajet masa saya utk menjawab soalan ikut masa peperiksaan yg sebenar.. akhir skali, jangan lupa solat.. sentiasa solat dan berdoa pada Allah, hormati ibu bapa dan guru.. inilah yg saya buat masa blajar acca dulu di kptm kl..

  354. @amar
    terima kasih tak terhingga dengan nasihat2 dan dorongan bro amar! 🙂
    saya terharu tengok bro amar rajin membalas pertanyaan2 kami terutamanya lepasan spm.
    Alhamdulillah saya rasa bersyukur sangat2 dgn respons2 yg sangatlah membantu
    dan itu yang tak dapat dinafikan!! 😀
    TERIMA KASIH BRO AMAR :)))))
    saya nak tahu juga yang bro amar dulu ambil ACCA di mana?
    perjalanan bro amar sepanjang menjadi graduan lepasan ACCA?
    saya pasti ramai yg tertanya-tanya dan pasti akan menjadikannya sebagai panduan dan iktibar InsyaAllah 🙂

  355. @zakirah

    saya dulu blajar acca kat kptm kl.
    perjalanan sepanjang bergelar graduan acca? 2 hari lepas final exam saya terus apply masuk audit firm melayu.. tp gaji yg diberi ciput sangat, so saya masuk plak audit firm “big 4”.. big 4 ni kejenye memang mencabar dan slalu balik lewat malam.. tp saya rasa macam saya tak sesuai kat big 4, saya pun apply masuk audit firm medium size yg berdekatan dgn umah saya.. jadi situlah tempat saaya bekerja skrg.. skrg ni dan 1 thn setengah saaya keje audit firm dan masih lagi memerlukan lagi 1 thn setengah utk saya bergelar akauntan bertauliah, insyaAllah..

  356. as salam..

    wah!sguh hbt ye en.amar kte ney..urm,memandangkan sy akn msok ke kptm kl xlme lg bgy kos ni,,,sy nk tnye..dari segi buku..mcm mne nk dptkn ye?kne bli time ari pndftran ke?n brape agknye kne sdiakan duet utk bku2 nie?

  357. buku takde jual masa hari pendaftaran.. tp nanti dah masuk kelas boleh la order dekat lecturer yg berkaitan.. buku2 ni diimport dari uk, jadi harganya pun boleh tahan jugak la.. slalunya text book dalam rm100 dan exercise questions book dalam rm70.. tp harga masa zaman sy blajar dulu la.. skrg sy dah tak sure brape harganya, but it should around that range…

  358. assalamualaikum,
    saya ada pertanyaan sikit. untuk perakaunan , apa perbezaan antara LCCI dgn ACCA?
    saya dah pening, mana satu yg lebih tinggi taraf nya?

  359. bukan apa, syarat kelayakan untuk masuk ada perbezaan, so, saya di sini, nak tau dgn lebih lanjut mengenainya.
    terima kasih 🙂

  360. @amar
    ouh saya doakan yang terbaik untuk bro amar untuk bergelar akauntan bertauliah, Amin. 🙂

    @iRaRa
    nnt masuk kptm 21jun kan? kalau ya samalah dengan saya 🙂 jumpa di sana nanti

  361. tq en.amar…
    saya sudah frther study acca-cat di uitm shah alam..(baru abis orntasi..huhu)
    doakn saya sume… 🙂

  362. @iffah

    jangan pening2 ya iffah..

    ACCA lagi tinggi..

    lcci tu equivalent dengan diploma.. acca macam post-degree (master)..

    @zakirah..

    good luck juga kpd zakirah.. nanti dah masuk kptm jangan main2.. study2! hehe

    @muz

    tahniah jugak kpd muz.. masuk uitm tu fokus study jangan main2 tau..

    wslm

  363. @ zakirah
    sy msok 3julai ni..tuk kos acca-cat..zakirah?

    @amar
    tanx atas info yg diberi..byk x bku yg kne dibeli…yela..rsau gak cos byk nk kne kluarkn duet…so,agk2,brape yg sy kne spend tok bku2 nie?

  364. @irara
    aah kos acca-cat. irara apply under biasiswa mara ke?

  365. tumpang tanya ^.^
    saya dpat diploma accountancy di poli,
    ramai org kate budak poli susah nak smbung ke degree betol ke ?
    saya dari student pure sc takde basic account , sukar tak bagi sy nk blajar nanti ?
    n kalau poli ni ade tak biasiswa yg boleh dimohon ?

  366. assalamualaikum::
    @zakirah > awak dapat sama sgn saya.. saya daftar 21/6 nie dan saya jugak under MARA..
    banyak sebenarnya persoalan yg saya xberapa nak paham dan nak tanya tapi melihat dr keseluruhan blog dan segala bagai soalan yg pernah ditanya since 2006 untill now, saya terus TOTALLY paham..okay2 jumpa di sana..

    hopefully everything is gonna be quite okay for me and all the students of cat-acca..Amin

  367. salam farah,

    pasal org kate budak poli susah sambung degree tu, saya rasa itu tak tepat.. pasal kalau nak sambung dari diploma akaun ke degree akaun, kene dapat cgpa 3.50 ke atas utk pompuan dan utk laki pulak kene dapat 3.00.. dan ramai student kita susah nak dapat pointer ni pasal requirement agak tinggi.. pasal tu ramai budak diploma akaun tak dapat sambung ke degree akaun tp ke degree lain2 macam degree business, banking, finance etc etc.. jadi bukanlah budak poli susah nak sambung degree, tp pointer yg kurang memberangsangkan yg menyukarkan utk sambung ke degree yg diingini..

    @syuib..

    good luck sambung cat kat kptm.. heheh

  368. Saya dapat offer untuk buat cat-acca dekat kptm kl under MARA, mmg student under MARA kena register 21/6 ke? kenapa ada yang register 3 July? Sekarang tengah berada di UiTM Kuantan dalam jurusan Asasi Undang-Undang. Rasa sayang nak tinggalkan yang disini tp pada masa yang sama sangat berminat nak buat cat-acca ni. Yang mana 1 lagi bagus eh?

  369. @abang amar, TQ comrade :-*
    btw, saya ada persoalan mengenai MARA ini, nanti ditakdirkanlah kami dapat sambung ke luar negara kos ACCA nie di United Kingdom, apakah nama kolej tersebut dan adakah tekaan saya iaitu Coventry Uni. menjadi medan pertempuran kami sbg students ACCA ni di sana? adakah benar atau kolej lain yang saya tidak tahu menahu, cube meng ‘ google’ tetapi malang tidak ada satu pun yang tepat mengenai kolej yang bakal kami belajar di UK nanti, mohon perjelaskan..

    walau bagaimanapun, adakah benar lepasan ACCA nie menguntungkan apabila sudah memasuki alam pekerjaan dan adakah bila gagal dalam ACCA nie bermaksud saya hanyalah mempunyai pelajaran tertinggi iaitu setakat SPM sahaja? bukan apa, kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang yang sebaik-baiknya tetapi ALLAH SWT sahajalah yang berhak menentukan.. menyentuh soal ini, saya agak gementar sedikit, pelbagai perasaan bercampur baur menerjah hati ini yang merasakan adakah tindakan saya ini betul dalam merencanakan hala tuju dalam CAT-ACCA ini, harap2 semuanya berjalan seperti yg dihajati untuk bergelar Akauntan Bertauliah suatu hari nanti..

    Kawan saya seorang dapat di Intec Shah Alam dalam kos perakaunan tetapi bila berkongsi idea mengenai kos yang kami dapat, masing-masing merasakan saya sudah mengambil risiko yang terbesar, kalau ikutkan hati ingin saja membangkang tapi takut menimbulkan pertelingkahan pula jadi saya hanya mampu menegakkan apa yang benar saja dalam kos CAT-ACCA ini.. bagaimana pula pelajar lain yang sebelum ni mampu pula lulus mengapa pula kita tidak kan, saya respect abang amar yg sudah pun awal menempah tiket sebagai pelajar lulusan ACCA, tahniah seribu tahniah.. ^_^

  370. saya baru jumpa blog ini dan tanpa perlu tanye sebarang soalan, saya dah tau semuanye. terima kasih en amar. saya pelajar lepasan spm 2011 yang mendapat tajaan mara utk buat cat acca di kptm kl dan akan mendaftar pada 21 jun. kawan2 yang dapat sama boleh la add fb saya http://www.facebook.com/yaya.mahazir.9 takde sorang pun kawan lama saya yang dapat sama institut dgn saya dan saya teringin nak buat kawan baru. boleh belajar sama2 nnti dan jadi mcm en amar yang berjaya straight sitting acca 🙂 oh ye, satu soalan, kalau under mara acca biase dia kasi tempoh brape lame eh? thankyou. assalam.

  371. salam..

    @tya

    21/6 tu register utk pelajar bawah skim pinjaman terbuka (SPT).. skim ni utk pelajar yg biasa2 macam saya dan anda.. kalau yg 3 julai tu register utk student bawah skim pelajar cemerlang (SPC).. diorg ni student2 cemerlang masa spm dan ditawarkan buat cat di kptm dan kalau result cat boleh average 75 and above boleh sambung ke uk..

    pasal course mana yg tya nak ambil tu, saya rasa tya kene muhasabah diri tya sendiri.. tanya diri tya, apa course yg tya minat.. saya tau, tya masih muda, baru je lepas spm, masih tercari2 apa yg tya nak dalam hidup.. tp skarang ni, pilihan nak amik degree undang2 atau perakaunan adalah “crossroad” dalam hidup tya.. kalau tya amik salah satu maknanya itulah kehidupan yg tya bakal tempuhi di masa akan datang.. wah, berat betul pilihan ni! so tya kene laa pilih betul2 yer.. hehe

    @syuib rahim

    bukan universiti coventry.. kalo sambung kat uk, nama bukan kat uni pun tapi kat kolej je.. antara kolej yg menawarkan ialah kaplan college dan bpp college di manchester.. kalau kat dublin plak ada dublin business school.. university kat uk takde yg tawarkan acca pasal acca ni kursus professional dan bukannya degre.. uni just offer degree jer..

    persoalan pasal gagal acca tu.. kalau gagal acca anda masih ada cat, dan sijil cat tu sama tarafnya macam diploma.. so still boleh guna cat tu utk cari keje, tp gaji dapat macam budak diploma aje lah.. dalam rm1000 utk gaji starting.. kalo degree akaun skrg gaji starting paling cikai pun dalam rm2000.. tp kalau fail cat tu yg membimbangkan pasal maknanya kelulusan tertinggi ialah spm.. kalau guna spm nak cari keje, rasanya masih ada peluang pekerjaan tp tak boleh lah terlalu memilih kerja.. asalkan dapat mencari rezeki yg halal pun dah syukur alhamdulillah..

    pasal kawan awak yg amik diploma fast track di intec tu, saya mmg setuju dengan pendapat dia, tp saya setuju separuh saja.. risiko utk fail masa cat agak rendah, lebih kurang sama macam risiko fail masa diploma.. memang jarang didengar org fail diploma, tp kes org fail diploma mmg ada terjadi.. tp kalau fail acca tu, tu mmg dah jadi lumrah dan asam garam amik acca.. tak kisahlah berapa kali pun fail asalkan akhirnya habis jugak acca tu insyaAllah.. tak semua org menempuh jalan yg sama pasal Allah dah menetapkan takdir yg berbeza2 utk kita semua.. ada org pass straight sitting, ada org pass 1 paper 1 sem.. ada org pass 1 paper setiap 2 sem.. ada org 10 thn baru pass.. tak kisahlah jalan mana pun yg kita tempuh, asalkan kita bersabar dan selalu bersyukur kita akan termasuk dalam golongan org2 yg beruntung.. wallahua’lam..

  372. thanks ya abang amar bg tahu nie, kalau tidak selepas nie saya hanya sebut coventry je lah, adoi~ manusia manusia..

    AIH saya under SPC tapi kenapa abang amar cakap SPC daftar 3 julai ini, aik pening saya.. padahal saya daftar 21/6 nie, saya apply under SPC la.. saya dapat surat tawran pun dia tulis saya under SPC tapi kenapa saya daftar 21/6 nie.. mohon perjelaskan,,

  373. owh yeke.. abg tengok yg 3 julai tu kat website kptm,.. rasanya baik syuib ikut surat tawaran tu kot.. kalo tak sure just call kptm, diorg lagi update.. hehe

  374. @shuib rahim
    yay dah ada kawan:D hahah. ouh betul haritu pihak kptm call saya dia bagitahu daftar acca-cat under spc 21 jun ni 🙂 so masa tu bermulanya perjuangan kita menjadi akauntan yang bertauliah~

    @amar
    terima kasih tak terhingga abang amar sebab bimbing kami! :DDD harap nanti kalau ada soalan2 masa study nanti boleh lah mintak tips2 dari bro amar eh 😉 hee

  375. salam @amar thankz for ur info.. mmg membantu glr.. xsaba sany nak msk kptm kl pada 21jun kelak…

  376. @zakirah
    saya pon yay jugak, alhamdulilah dah dapat kawan.. senang sikit nak study nanti.. harap dapat bnyak lagi kawan yg jenis study, sebab xboleh main-main dah lepas nie.. just tetapkan matlamat.. owh kalu macam tue add la saya di fb.. nie link saya.. lepas tuh inbox saya awak batch sama saya yang akan masuk kptm nie.. here http://www.facebook.com/muhammad.syuib.5

    @abang amar
    saya bukan apa, bila abg amar bagi taw yg 3 julai nie budak SPC saya agak takut la.. saya dah la tolak banyak tawaran spt matrik, mediks di indonesia, maybank, dan sc hayat di unimas just semata-mata nak masuk kos cat-acca nie di KPTM KL nie.. terpaksa berkorban salah satu kerana ingin menetapkan hala tuju saya selepas nie 🙂
    bila dah buat solat istikharah, 5 hari lepas tuh saya dapat petunjuk yang rezeki saya lebih kepada akaun, jadi 2 hari sebelum nak p matriks saya buat keputusan utk pergi KPTM nie.. hope lepas nie, tercapai lah impian nurani saya untuk menjadi akauntan bertauliah, rasa macam terlalu awal tapi set dekat minda siap-siap yang saya ada matlamat yg masih tergantung yang perlu dibereskan..

    btw, a millions proud of you bro amar..

  377. hummm..rugi nye sy x apply under spc..:(

  378. abg amar,sy nk tnye..dari segi kos pembayaran n pmbelajaran,apa beza pelajar SPT n SPC?kelebihan n kekurangan?

  379. @ pypa

    wsalam.. selamat masuk ke alam kolej.. rajin2 blajar tau..

    @irara

    saya tak sure sebenarnya apa benefit spc berbanding dengan spt.. pasal saya dulu under spt, so tak penah amik tahu pun pasal spc, stakat dengar2 rumours tu byk la.. rasanya budak2 spc ni tak payah bayar satu sen kot utk ape2 pun kat kptm dan diorg blajar tu kalo pass terus convert jadi scholarship.. kalo budak spt kene apply permohonan utk pengurangan pembayaran balik loan mara je boleh.. actually saya tak sure sangat, nanti irara tanya la kat lecturer2 kptm ataupun sesiapa yg berkaitan yer..

  380. uh..oke..nty sy akn try tnye…tanx:)..urm,kepada rkn2 yg akn menyambung pgjian acca-cat di kptm..gud lux>_<..stdy rjen2..tamo mls2 taw!aja!aja!aja!chaiyok3 fwenz…jmpe di cne nty…

  381. saya syafiq,
    ape kelayakan SPM untuk masuk UITM???
    dan,
    UIA ade x course ACCA-CAT nie???

  382. salam syafiq

    uia takde course ni pasal uia hanya ada degree akaun jer.. course ni bukan degree so uia tak offer..

    pasal uitm punye syarat lak, nanti kite tunggu reply dari kawan2 yg dah dapat offer uitm.. diorg mesti tau.. tp kalo nak masuk pun, kene masuk intake sem depan lah pasal intake utk sem ni dah tutup dah..

  383. saya student UITM part 1.. bru masuk bulan 6 hari tu… sja ambik kos dip. perakaunan di UITM Perlis… apa yang bleh saya kata, untuk nak dapat dip, perakaunan kat sini bukan mudah.. skrang UITM agak ambil berat dgn result SPM.. dalam kos sya pun, normally smua yang dapat 7A above… hnya 2,3 orang je yng dpat 6A…

  384. salam, saya sebenarnya telah gagal menamatkan pengajian dalam bidang ijazah perakaunan. Saya ingin meminta pendapat sama ada saya boleh mengambil ACCA-CAT. Saya sangat menyesal kerana gagal menamatkan pengajian saya dan saya sangat buntu kerana usaha saya selama 5 tahun musnah begitu sahaja.

  385. salam..

    @nia.. tahniah sbb bejaya masuk uitm buat diploma.. belajar lah rajin2 bagi dapat 3.5 ya?

    @anie.. saya rasa baik awak muhasabah diri dan fikir masak2 sblm nak masuk buat acca.. sebab sepanjang saya belajar acca, ramai student acca yg gagal dan fail exam tukar course amik degree, bukannya student yg gagal degree datang amik acca.. kebanyakan student degree yg amik acca ialah mereka yg dah pass degree dan dapat exemption ke acca level professional..

    saya cuma nasihatkan awak sbb saya tak mahu awak buat keputusan yg melulu tanpa fikir pilihan2 lain yg ada yg mungkin awak tak perasan..

    diharap membantu

  386. so, macam mana saya nak tamatkan pengajian saya dalam ijazah perakaunan? Adakah saya perlu mengambil ijazah perakaunan dari mula?

  387. salam anie

    nampaknya awak betul2 bersungguh ingin menceburi bidang perakaunan.

    mula2 skali saya nak tanya, awak dah belajar degree akaun sampai semester berapa? kalau dah banyak semester, mestilah banyak subjek yg awak dah pass.. sbb ini akan menentukan transfer kredit masa awak nak masuk universiti yang baru tu.. so awak takkan perlu mengulang semua subjek sbb awak boleh dapat exemption utk subjek2 yg awak pernah pass.

    lagi satu, awak buat degree dari universiti awam atau swasta? sbb kadang2 universiti awam ni tanak transfer kredit dari universiti swasta.. tp kalau universiti swasta pulak takde masalah utk transfer kredit dari universiti awam..

    cadangan saya, kalau awak betul2 minat nak sambung akaun jugak, awak boleh cuba check universiti swasta yg menawarkan subjek akaun macam segi universiti kolej, tp segi ni cuma ada kat kl, subang n damansara je. kalau nak sambung unviersiti awam, banyak subjek yg awak kene blajar selain subjek akaun (ekonomi, perdagangan, pengurusan, keusahawanan, english, etc) kos pun tak mahal, macam blajar di universiti awam jugak. boleh mintak pinjaman dari mara dan ptptn.

    tp kalau awak rasa akaun tak sesuai dgn jiwa awak, awak selami lah diri awak, cari apa yg awak betul2 suka dan nak buat.. mungkin rezeki awak bukan di bidang akaun tapi di bidang2 lain..

    diharap membantu

  388. saya dah sampai semester 10.. tinggal lagi 4 paper sahaja saya tak dapat habiskan. saya dari uitm. saya betul-betul minat dengan perakaunan. tapi kalau sambung dekat universiti awam, saya kena ambil semula ke paper yang saya dah pernah ambil.

  389. selalunya, pihak universiti akan bagi exemption kepada paper2 yg awak dah pernah pass dulu, tp awak kene lulus dengan gred yg elok jugak, misalnya gred b.. kalau gred c dan ke bawah rasanya diorg akan suruh awak repeat balik paper tu..

    lagi satu yg anie kene amik perhatian ialah cara kemasukan ke universiti awam.. kalau nak masuk diploma uitm, selalunya pakai result spm.. kalau masuk degree universiti awam lain, pakai result stpm ataupun result matriks.. kalau kes awak ni, mungkin awak kene apply direct dengan jabatan perakaunan dan berjumpa dengan dekan ataupun ketua jabatan pasal awak special case.. kalau awak ada sedara mara yg bekerja di universiti2 awam lagi cerah peluang awak nak masuk balik.. ini kerana jurusan perakaunan agak sukar nak masuk spt “nia dari uitm perlis” cakap, even diploma pun kene ada 7A.. tp awak jgn putus harapan awak cuba apply dulu, kalau ada rezeki insyaAllah ada lah tempat awak di universiti awam..

    kalau tak dapat, awak try la universiti swasta macam kolej segi.. kalau universiti swasta ni syarat2 kemasukan agak longgar dan siap boleh belajar secara part time lagi.. saya rasa umur awak pun skarg dah mencecah 23-24 dan mungkin sudah terfikir pasal nak bekerja sambil belajar. saya rasa universiti swasta macam segi mungkin dapat membantu kalau awak tak dapat apply masuk ke universiti awam..

    diharap membantu.. wassalam

  390. saya dari lepasan matrik. saya memang da bekerja sekarang. saya merancang nak ambil part time. tapi kalau kolej swasta berapa yuran die ye?

  391. mm.. kolej swasta macam segi tu, aritu kawan saya masuk guna result diploma.. dia wat degree 2 thn je sbb dapat exemption first year.. dia byr rm800 sebulan x 18 bulan.. tp saya tak tahu berapa total yg sebenar.. nanti kalau ada kelapangan saya tanya dia lagi.. kalo awak keje kat kl, awak try la tanya segi kolej sendiri.. kawan saya kata yuran tak mahal, mcm blajar kat universiti awam je cost pengajian dia..

  392. sy duduk dekat ampang je.. hurm… ok2.. terima kasih.. info awak sangat2 membantu saya..

  393. salam anie.. ni course yg kawan saya amik kat segi kolej kl..

    http://www.segi.edu.my/programme/ba-hons-accounting-finance

    dia start bulan 9 tahun 2010 dan abes blajar bulan 5 2012.. dia guna diploma masa masuk segi aritu.. kiranya kalau dah ada diploma, cuma blajar 2 thn jer sbb dapat exemption utk first year.. lagipun boleh blajar part time so boleh kerja sambil blajar..

    diharap membantu.. dan jangan putus asa utk mencapai impian! 🙂

  394. ape beza ba (hons) dengan bsc (hons)??

  395. mm.. mengikut pemerhatian saya.. takde beza pun antara bsc dengan ba ni.. even employer pun tak membeza kan antara bsc dgn ba.. bezanya cuma mungkin sesetengah uni letak ba, sesetengah uni plak letak bsc.. walhal bila belajar sama je content nya, subjek2 yg sama jugak spt akaun, costing, audit, finance n tax..

    rasanya yg lebih penting dan yg lebih employer fokuskan ialah pointer masa degree tu.. kalau dapat pointer 3.0 dan ke atas (2nd class upper) senang la nak dapat keje.. kalo dapat 2.99 ke bawah persaingan di alam pekerjaan tu susah sikit lah..

    wallahua’lam..

  396. A.kum amar, if saya sambung ACCA after degree berapa paper yg tak perlu saya ambil lagi?

  397. wkumsalam arief..

    saya takleh nak jawab secara tepat pasal acca bagi exemption berbeza2 mengikut universiti.. tp secara umumnya, universiti awam mcm um, ukm, uia, uum etc etc akan dapat 9 paper exemption.. so just tinggal lagi 5 paper utk abeskan acca.. kalau universiti swasta tu, ada yg dapat 5 exemption, ada yg dapat 6, ada yg dapat 7.. so pasal ni awak kene la check kat acca website ataupun call acca malaysia utk mengetahui lebih lanjut berapa exemption yg awak boleh dapat..

    diharap membantu.. wallahua’lam

  398. salam,
    saya ni baru nak masuk sem 2 diploma accounting (DIA), tapi saya berminat nak ambil CAT ni, boleh ke saya tukar program diploma kepada CAT dan jika saya tak lepas semasa permohonan CAT, adakah saya akan meneruskan diploma seperti biasa ?

  399. wkumsalam..

    b4 saya jawab, boleh tak saya tahu faqih ni buat diploma di kolej/uni mana?

    dan soalan kedua, apakah yg menyebabkan faqih nak buat cat berbanding diploma?

    soalan ketiga, apakah result spm faqih?

    sekian terima kasih

  400. says UiTM arau. saya nak tukar program sebab rasa nak singkatkan masa. saya dapat result spm 6a 3b+:
    bm A
    bi B+
    math A
    sains A
    Sejarah B+
    p. islam B+
    p. akaun A
    add math A
    e. asas A

  401. salam..

    dengan result spm faqih yg ok, saya yakin faqih boleh habeskan cat dalam masa yg ditetapkan.. tp skrg ni dah bulan 10, tarikh tutup nak daftar exam cat utk sitting december ni dah lepas dah.. so faqih boleh apply utk exam sesi jun 2013..

    kalau faqih budak kl, faqih boleh pergi ke ofis acca malaysia di tingkat 27, menara sunway, jalan ampang. nanti acca malaysia akan brief macam mana nak apply jadi cat student membership dan akan cadangkan kolej2 yg menyediakan kelas2 tusyen cat..

    utk budak2 melayu yg spm gempak, ramai yg apply masuk uitm.. kalau nak dapat sponsor dari mara di bawah skim pelajar cemerlang (SPC) boleh buat cat di kptm.. kalau parents faqih boleh bayar duit tuisyen di kolej2 swasta, faqih boleh wat cat di sunway college ataupun di taylors. kalau nak kolej swasta yg murah2 di kl pun ada banyak antaranya kolej kasturi, kolej elit jaya, kolej bandar dll..

    kalau faqih buat cat bulan jun 2013, cat akan mengambil masa 1 thn setengah utk habes, jadi december 2014 insyaAllah faqih akan abes cat.

    kalau faqih buat diploma dan graduasi december 2014, saya sarankan sambung je la dengan diploma tu..

    wallahua’lam

  402. salam sifu,sy pelajar lepasan spm 2013.saya x ambil sbjek akaun semasa spm.skrg saya mndat tawaran biasiswa mara dalam kos perakaunan + cpa.mohon pencerahan apa itu bezanya,pro n cons antara kos perakaunan + cpa dan cat-acca.mohon pencerahan.

  403. Tak perlulah pencerahan. Ambil saja. Berbaloi. Tahniah tak ramai org dapat tawaran biasiswa. Yang bezanya ialah ia adalah program profesional. Belajar di mana?

  404. salam sifu, saya nak tanya, adakah saya layak untuk memohon kos diploma perakaunan di uitm sedangkan saya mendapat E dalam add math? result lain ok je 6a dan yang lain B semua kecuali add math.

  405. Memohon sememangnya layak krn syarat minimum sudah dipenuhi. Tinggal lagi akan dapat tawaran atau tidak, bergantung kpd pesaing yg ada. Oleh kerana tempat memang terhad, maka selalunya best of thw best diberi keutamaan.

  406. sy pelajar mrsm pc.kos yang sy dpt persediaan di kolej mara seremban dan ijazah uk/australia.tapi sy mmg tdk tahu apa2 mengenai akaun,boleh kah sy bawa kos ini sifu?

  407. Boleh sangat. Percayakag pada duri anda seperti mana orang lain meletakkan kepercayaan kpd anda sekarang. Awak bakal ke luar negara? Bukankah itu satu anugerah. Pastikan anda yakinkan diri dan berusaha ke arah yang lebih baik itu. Tahniah dari sifu.

  408. assalam sifu.mohon pndgan dpd sifu?sy dpt ofer CAT-ACCA di IPB n diploma perakaunan d unisel.i dont know which one is better 4 me.what do u think??

  409. Jija benar akan ceburi bidang prof. Perakaunan CAT ACCA tu amat sesuai. Tapi kalau ada niat nak kerja kerajaan di peringkat bawah atau pengurusan maka diploma pun okay. Tapi IPB ada offer biasiswa kah?

  410. salam. sy graduan cat, tapi memilih untuk meneruskan ijazah perakaunan sbb mahu kurgkan risiko acca nanti, boleh cadangkan ijazah uni mana yg menawarkan pengecualian tahun ke modul etc dari lepasan cat? and pengecualian ke paper p bile acca nanti. tqsm 😉

  411. MATRICULATION – INST. OF CHARTERED SECRETARIES AND ADMIN.(ICSA) saya dapat kos ne dekat kptm , kos apakah ini , setahu ini kos profesional , saya mintak tesl je

  412. Hmm. Maaf saya rak pasti ttg pengecualian jam kredit utk graduan CAT di IPTA. Kalau tak silap saya ia perlu dirujuk dan dipohon secara peribadi di IPTA berkenaan. IPTS juga sama. Apa yg saya tahu ialah advantage CAT ialah kalau terus di laluan program profesional termasuk ke ACCA. Tetapi saya mungkin silap. However dulu pernah maklum yg pengecualian jam kredit tidak diberi utk ke ijazah perakaunan. Again I may wrong.

  413. Ini profesional course. Jadi setiausaha syarikat besar ini mesti ada. Lelaki pun boleh jadi setiausaha. Kalau berminat ini program yg amar baik.

  414. boleh bagi pencerahan sikit budak yang masuk kos ne macam mana , genius ke, saya biasa-biasa sahaja, takut nyaa la

  415. mix. Ada genius, ada biasa-biasa, ada gila-gila, ada yang serius, ada yang rajin, ada yang super rajin, ada yang suka berbincang, ada yang suka belajar sendiri, ada yang macam cikgu, dan ada juga yang macam Siti Rabihah. Konfiden je. Kita serupa. Semua orang boleh berjaya dan mengharungi cabaran akademik di IPT. Tinggal lagi laju, cepat, pelan, slow, lambat, speed, atau kontrol macho. Tu je. heheheh

  416. saya sebenarnya minat tesl daripada kos ne ,sbb kos ne saya tak apply pun ,tetibe je dapat. apa2 pun terima kasih cikgu atas info2 yang berguna neh 🙂

  417. Ok. Rezeki tu. Pelajar yg anak ambil tesl selalunya yg petah bercakap, outgoing dan amat baik dalam BI. Ia amat membantu dalam kerjaya bidang perakaunan.

  418. Saya dpt uitm course analisis pelaburan. Tapi saya juga dpt kptm course diploma accountacy. Saya masih buntu mahu terima yg mana. As for me, saya lebih meminati akaun and saya rasa course yg saya dpt di uitm itu tdk menjamin utk kerja and saya langsung tak berminat. Saya mmg mengambil akaun sewaktu sekolah dulu. Yang mana satu harus saya pilih dan terbaik buat diri saya? Saya perlukan pandangan.

  419. Kazama,
    kalau awak dan keluarga tak kisah awak belajar di KPTM, then go for accounting. Sebabnya:
    1. awak memang minat akaun
    2. KPTM juga kolej yang menawarkan pendidikan akaun, program diploma dan program profesional.
    3. awak berminat bekerja dalam bidang akaun, kan.

  420. Tapi ramai yang ckp akaun susah. Sangat susah sebab kena belajar lebih mendalam dan dalam bi. Saya minat tapi saya takut takboleh bawa bila org ckp mcm tu. Akaun di uitm, kptm, kpm dan poli adakah sama? Apa perbezaan kpm dan kptm? Adakah kptm itu bagus? Terima kasih atas bantuan sifu. Doakan kejayaan saya.

  421. Akaun memanglah susah. Engineering pun susah. Doktor pun susah. Belajar keguruan pun susah. Law pun susah. Tapi mana2 program yang profesional dan lumayan gaji masa akan dtg memang gerenti susah. Kalau awak takut dan back down its okay but orang lain akan ambil tempat itu. Tetap susah tapi kalau dah gred dan berjaya orang itu yg dapat manfaatnya. Mcm subjek akaun spm ru baru bunga2. Susah2 tapi awak dapat kuasai melalui usaha dan ketekunan. Jika benar begitu maka nanti belajar peringkat diploma pun resepi sama iaitu usaha dan ketekunan belajar. Sifu pun belajar bacelor perakaunan. Bukan keguruan. Belajar juga macam org lain. Susah tapi usaha juga. Kesannya senand dapat kerja swasta. Mala bila tukar bidang pun ke bidang keguruan tetap manfaat ijazah perakaunan sifu kecapi dari segi tangga gaji. Bukan nak riak. Tapi itulah. Tak perlu jadi the best, no.1. tapi mesti antara the best walaupun itu bermaksud antara 1000th. of the best. Tetap manfaat belajar akaun diperoleh. Asal jangan pointer setakat 2.000 itu memanglah out. KPTM milik MARA. Ditubuh utk galakkan melayu dan bumiputera menceburi bidang profesional yg banyak dikuasai oleh kaum lain. Bagi saya KPTM itu bagus. Sifu doakan anda dapat kejayaan yg terbaik utk diri anda dan keluarga.

  422. salam. sifu boleh bagi cara berkesan nak study ACCA CAT dan tips tips supaya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. thanks

  423. salam. sifu boleh bagi cara tips dan motivasi untuk saya belajar ACCA CAT supaya tidak ketinggalan dalam pelajar. bantuan anda amat diperlukan. terima kasih

  424. Study hard. Tekun dan kritis. awak tidak hanya belajar simpan kira tapi lebih lagi. Teliti bahagian yg melbatkan pelarasan dan pembetulan. Oh, kuliah dalam BI kan. So belajar juga pakai buku english kenalah lagi teliti. Akhir nanti ingat saja yg awak lebih hebat dari sifu ini. Tahniah dan usaha sungguh2

  425. I know this web site presents quality dependent posts andd additional information, is there any other site which offers these kinds of stuff inn quality?

  426. salam,
    Saya nk mintak pendapat, sy dpt offer Bechelor of Accountancy d unisel dan dpt tajaan dari Dana Pendidikan Karangkraf (Biasiswa).. Dalam masa yang sama saya dpt tawaran di tpt sy berkerja skrg sebagai Assistant Accountant + company akan sponsor utk buat ACCA.. i dont know which one is better 4 me.. what do u think??

  427. Sebab MIA akan ubah peraturan

  428. Tapi sifu ramai yang ckp bkn mudah nk amik acca. Sangat susah..huhu kwn2 ramai smbong degree di unisel, sy mmg minat account, saya ex student kptm and pointer xla terlalu tgi 3.57 (Diploma in Accountancy).. Dari segi gaji pula kalau berkerja skrg basic RM1500 sifu.. stress memikirkan nya..

  429. Memanglah susah. Tapi itu cita2 awak. Pasti ia dipermudahkan krn motivasi kendiri dan matlamat diri. Lagipun ia mengangkat tahap profesional yg lwbih tinggi. Ijazah sahaj tak cukup utk jadi CPA. Tapi kalau awak cyma nak jadi seseorang yg kerja dalam bidang perakaunan tapi bukan CPA maka ijazah dah mencukupi. Bila dah terfikir nak jadi certified accountant, barulah ambil ACCA. Still kena ambil exam professionals kan.

  430. Assalamualaikum.. saya lepasan spm 2014.. saya nak tanya pendapat sifu

    Boleh tak sifu terangkan details pasal cat-acca nih ?
    Saya ade jgk trbaca blog blog, kalau amik cat ni masanya singkat 1 thun stengah.. So, better la kan..Then, bnyk jgk plajar yg blajar sekerat jln time amik cat.. susah katanya. saya takut jgk nk amik cat ni. So, sy mntak pnjelasan sifu lah.. Saya punya result okey lah. Sbjek acc pun oke, math pun okey just bi je mcam slack sbb lulus je. Blaja cat nnti dlm bi kan. So sy takut tak lepas kalo amik cat.. mohon jelaskan …

  431. Lagi satu sifu. Saya sekarang ni dlm dilema nak mohon cat ke tak sbb skrg ni sy mmg minat akaun jgk dan sy minat jgk yg dlm bdg islam.. Saya, dulu aliran akaun kat skolah. So, boleh ke sy amik bdg lain spt bdg pngajian islam ni dkt ipta?? Sy dilema skrg ni nk pilih apa.. akaun pun sy nak, bdg pngajian islam pun sy nak. Skrg ni, sy dh isi borang kptm dan upu utk uiam. Cuma, result nye je belum tahu lg.. Saya takut nnti, uia pun dpt kptm pun dpt, cntoh la kan.. So, yg mna better prlu sye msuk or pilih??

    Soalan lain :
    1- Boleh tak sifu terngkan apa beza diploma akaun dgn cat-acca? yg mna lg better?
    2- Then, boleh tak sifu terngkan pringkat blajar brmula yg ambik diploma dn pringkat blajar brmula yg ambik cat? sbb diploma dn cat kan lain2
    3- Kalau sy amik cat-acca nih, pkerjaan sy kelak apa? boleh sifu senaraikan tak?
    4- Kalau sy amik cat atau diploma akaun, boleh ke sy kerja sbg cikgu? yelaa..sy kena fikir jgk in the future nnti takut nnti pkerjaan sy busy ke? mcm accountant ke pnolong account ke kerani account ke mesti krja blik lmbt kan? kalau bujang takpe tp kalau dh brkeluarga, takut terabai tnggungjwb..

    Itu yg buat sy konfius + dilema + pening.. Mohn prjelaskan nih sifu.. Harap sgt.. Sorry ye sbb trlampau bnyk soalan yg diajukan.. Hrp sgt sifu berikan pndangan..

  432. Salam hati dilema. Semua soalan awak tu, pernah dah saya jawab tetapi awak kenalah search di blog. Selebihnya lebih molek jika dirujuk kaunselor sekolah.

    Tetapi beberapa persoalan yg saya minat nak jawab adalah seperti berikut;
    1. CAT tak sama dgn Diploma perakaunan. CERTIFIED ACCOUNT TECHNICIAN ni kalau di swasta preferable.
    2. Ada CAT maka boleh kerja di bhgn akaun spt kerani akaun, pembantu akauntan dsb. Kira boleh tahan juga gaji dia. Mungkin kat semenanjung ada juga yg bergaji Rm100 ke atas.
    3. No, kelayakan CAT tak membantu utk memohon masuk ke pengajian pendidikan di IPTA ATAU IBG, kecuali mereka dah tukar syarat kelayakan. Utk itu hanya gunakan kelayakan SPM / STPM.
    Tetapi anda boleh menjadi “cikgu” di pusat latihan CAT jika ada kekosongan atau tutor part time utk mengajar orang yg ambil CAT pula.

  433. Oh ya kerja memang ada syarat. Sekarang pun kebanyakan sekolah dah pulang lewat So saya tak pasti berapa lama situasi guru pulang awal petang akan berkekalan. Jika semua sekolah dah satu sesi sebenarnya KPM pernah merancang utk mula sekolah 9 am hingga 5 pm seperti di Jepun. So seperti pergi pejabat juga.

  434. Salam sifu, saya lepasan spm 2014 and Alhamdulillah berjaya dapat A utk akaun with LCCI 1 and dpt pengecualian Acca-cat FA1. Firstly, macam mana nak mohon sijil LCCI tu?
    Pastu saya betul betul mohon nasihat untuk pilih sama ada nak mohon dip perakaunan di uitm or nak mohon study acca-cat. Mula mula fikir nak ambil acca cat tapi macam ramai cakap takut tak boleh nak struggle and takut gagal and kalau dip akaun macam lama nak sampai ke tahap ijazah so macam mana ni…….

  435. Download borang di laman sesawang LCCI dan hantar melalui pos berserta bayaran wang pos. Keterangan lanjut boleh diperoleh di laman mereka. Dgn sijil itu, jika awak ikut program profesional, tak perlu belajar diploma atau ijazah. Dari nilai komersial, graduan perakaunan ACCA lebih tinggi gajinya dari graduan ijazah perakaunan walaupun CGPA 4.00. Dan kerana itu, ACCA akan lebih sukar diikuti. Macam intan, berbanding emas. Emas pun dah bernilai tetapi intan lagi bernilai. Tetapi utk memiliki intan just imagine what you should do.

  436. Assalamualaikum..Saya dari aliran sains tulen..SPM 2014 saya dapat 4A 3B 1C+ 1D..BI saya c+ addmath saya D..saya berminat utk kos perakaunan CAT..tapi saya tidak ambil prinsip perakaunan masa form 5..layakkah saya sifu..

  437. CAT ditawarkan oleh pihak swasta atau lebih tepat lagi oleh kedua dua badan LCCI dan CAT. Oleh itu syarat mereka berbeza. Namun begitu awak akan mula dari level 1 atau FA1. Pelajar yg ambil Prinsip Perakaunan SPM yg memenuhi syarat gred tertentu akan terus ke level 2. Itu saja pun.

  438. Agak-agak berapa tahun untuk saya habiskan CAT ni..?
    perlu ke saya ambil sijil LCCI?
    CAT dan ACCA-CAT satu pengajian
    yang sama ke?
    Adakah addmath satu matapelajaran penting sifu?
    mohon pencerahan sifu

  439. LCCI tu badan lain dan ACCA pula badan lain. Kedua-duanya menawarkan CAT. Utk accounting Kalaulah Setakat nak terus ke ACCA atau LCCI rasanya asal lulus MT dan okay. Rasanyalah. Lebih baik tanya pihak berkenaan.

  440. Terimakasih atas maklumat yang diperolehi dari sifu.

  441. muhammad amar bin mohd lokman

    assalamualaikum….
    Program CAT-ACCA dengan diploma perakaunan mana lagi costly ye?

  442. Sifu kalau course ICSA dkt KPTM act study skop die pasal apa ye.

  443. Yang tu sifu pun kurang jelas. Maaf ye.

  444. SAYA NAK MINTAK PANDANGAN SIFU TENTANG PERAKAUNAN..SIFU RASA BETTER MASUK FORM 6 DAN AMBIK MATAPELAJARAN PERAKAUNAN DULU KE ATAU TERUS KE DIPLOMA PERAKUANAN.. SEBAB SAYA TAKDE BASIC AKAUN..MANA LAGI BAIK? SAYA TAKUT NANTI MASUK U..SAYA TAK FAHAM PELAJARAN YG DIAJAR..

  445. Masuk form 6 tak semua sekolah yg offer akaun. Anyway sifu PILIH MASUK DIPLOMA AKAUN.

  446. sifu, saya nak tanya beza CAT-ACCA dengan CFAB-ICAEW, saya dah buat banyak bacaan di internet tapi masih keliru huhu.

  447. Hi Khairiyah. Kenapa awak berminat dgn ICAEW? Seperti yg mungkin awak dah baca, ianya adalah organisasi akauntan utk England dan Wales. Namun wujud kerjasama dan kesefahaman dgn badan akauntan negara2 tertentu termasuk Malaysia. Kalau awak baca FAQ yg terdapat di laman web mereka, basically CFAB adalah pembelajaran peringkat sijil untuk bidang kewangan, perakaunan dan perniagaan. IA BELUM melayakkan seseorang menjadi akauntan atau CAT. Utk menjadi akauntan Bertauliah mesti mengambil ACA qualification yg didokong oleh ICAEW. Selebihnya sila semak lebih lanjut ok.

  448. asalamualaikum,sye lepasan spm 2014 dan mendapat keputusan 8a1b, tidk amik aliran akaun,…adakah sye berpotensi utk berjaya dlm bidang ini,.and
    CGPA 3.5 dlm CAT stu kemestian ke utk sambung ACCA.

  449. Boleh. Ada usaha pasti boleh mencapai cita cita

  450. saya nak tanya sijil cat-acca ni bleh guna untuk dapat kerja x?….sebab saya ade baca yang cat-acca ni lebih tinggi dari diploma.

  451. better ambik matrik then acca or cat-acca then acca or matrik then degree then acca?…yg mne lagi elok ye?

  452. Boleh. Ada usaha pasti boleh mencapai cita cita

  453. Kedua2 nya ada kelebihan dan matlamat berbeza. Oleh itu keputusan ditentukan oleh anda.

  454. pembelajaran cat di kptm bagus tak? saya dapt tawaran belajr di kptm kos cat-acca . tapi , saya ada buka fb acca malaysia , then ada sorang ni dia ckp kptm pembelajaran cat dia tak berapa bagus . in fact sikit je yg berjaya . n dia proceed dkt u lain . saya harapkan bantuan . tq

  455. Hari tu wakil ACCA ada buat penerangan kat guru guru. Ramai. Memang passing rate bukan sembarangan. Ia bukan berkenaan institusi pengajian tapi calon itu sendiri. Sesetengah pelajar bumi diberi peluang ambil course diploma perakaunan adan CAT ACCA. dekat KPTM tu offer utk calon bumi. Ada yang cukup syarat 5 kredit tak semestinya benar benar menguasai teknik belajar. Faham faham sajalah. Apa2pun ada juga yg berjaya kan. Kalau memilih tempat belajar, tak ada masalah. Bayar yuran lebih mahal di kolej atau universiti swasta yang lain. KPTM adalah satu2nya milik MARA yg offer CAT pada kadar yuran pengajian yg rendah dan boleh dapat PTPTN atau pinjaman MARA.

  456. terima kasih sifu utk penerangan ttg icaew tu. saya dipanggil temuduga biasiswa peneraju utk prog akauntan muda.jadi saya perlu memilih untuk prog cat-acca atau cfab-icaew. doakan saya ye, sifu. keputusanny lagi dua minggu

  457. Semoga berjaya. Amin.

  458. Salam sifu.. Sy dapat tawaran diploma account di kptm. Perlu ke sy pergi?Bole sifu trangkan . Sy minat akaun ni. Sy masih tak tahu jalan sebenar tntg ni. . Terima kasih

  459. Assalam. Fareham ada dapat tawaran lain juga. Sila nyatakan sebelum sifu beri cadangan.

  460. Maaf sifu, soalan sy kurang jelas. Sy tdk dpt mana tawaran selain drpd frm 6 dan kptm dip account. Dan sy sedang tunggu panggiln upu. Adakah bagus saya masuk kptm atau sebaliknya. Sebab bdang yang ditawarkan adalah minat saya. Mohon sifu bg pencerahan untuk saya sambung belajar dalam bidag akaun.

  461. Kalau begitu, teruskan saja. InsyaAllah ia akan membantu merealisasikan cita cita kamu.

  462. salam fateha, dulu sy menghadapi masalah yg sama.. yang membezakan nya adalah saya dpt tawaran uitm (pertanian) dan kptm bangi (Account) sy memilih utk meneruskan pengajian di kptm disbb kan minat account.. walaupun byk pihak yg tidak bersetuju, tetapi yakin dgn minat kita.. dan buktikan yg kita tidak silap langgkah memilih kptm dgn mendapatkan result yg gempak (Y) 🙂 ~best of luck my dear~

  463. Good advice Nasya

  464. salam sifu. saya dapat tawaran cat acca di kptm. adakah wajib fly untuk smbung acca selepas cat 1 1/2 tahun. mohon bg pencerahan. thnkyou

  465. Tak semestinya. Tapi ianya peluang yang dikejar oleh ramai orang. Selepas CAT-ACCA boleh terus kerja. Dan boleh sambung study ACCA sambil kerja tapi maknanya biayai sendiri lah tu.

  466. salam sifu, saya berminat nk ambil bidang perakaunan…. tapi saya teringin sngt nk study kat overseas, dngr citer ramai juga pelajar malaysia ambik course ACCA ni kat luar negara… mcm mana tu eh.. saya lepasan SPM 2014. kalau saya ambik CAT kat MAlaysia and smbung ACCA kat Overseas boleh ke?? ada jalan dia ke??
    minta penerangan lebih lanjut,
    thanks

  467. Reblogged this on Islam is the way of life and commented:
    To those yg after spm .. Think twice before choose 🙂

  468. mantap gan perkembangan teknologi sekarang, , klw kita gak ikuti bisa ketinggalan kereta , Aerith

  469. salam sifu,
    saya ingin bertanya saya sekarang sedang menjalankan ijazah sarjana muda acct di OUM tapi sekarang saya masih diawal basic pembelajaran…
    cerita saya dahulu saya ambil spm ada amiK kos acct tapi keputusan cukup2 makan jea masa result spm and than saya continue amik stpm langsung tak ada amik jurusan acct sbb masa 2 memang tak ada subjek acct utk stpm kat sekolah 2 n sekarang saya sedang menjalankan ijazah sarjana muda acct tapi saya keliru n takut jika saya tak dapat habiskan subjek ini kerana ramai rakan2 yang cakap jika kita tak ada basic n terus amik ijazah dalam acct memang susah nak buat….

    saya amat lah memerlukan semangat dan apa pendapat sifu…
    tolong lah saya

  470. sifu saya mengharap sifu dapat menjawab pertanyaan saya ..
    memohon sifu tak keberatan utk membalas pertanyaan saya melalui email saya
    eda.edy.92@gmail.com

  471. Walaikumsalam. Saya tak ada basic akaun semasa spm. Saya belajar dip. Pertanian dan ada ambil 1 paper akaun pengenalan di tahun 1. Semasa ijazah say ambil bacelor perakaunan dan saya berjaya graduat dengan kepujian.
    So ambil nasihat dari orang yg berjaya dan abaikan nasihat dari orang yg tidak berjaya menamatkan pengajian. Simple.

  472. Assalamualaikum ,
    kepada pembaca blog ini , saya harap ramai lagi kaum melayu yang ambil sijil profesional akaunting , for me .. lepas spm 2014 sye mohon INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL (IPB) .. disana mereka menawarkan kursus ACCA-CAT .. dan bg pljar yg kurang berkemampuan insyallah boleh dpt tajaan penuh dari ipb.saya nak sharing sdkit tntng apa yg sye lalui … for guys yg dpt spm akaun dia A+/A/A- . boleh exemption atau terkecuali 1 paper (FA1) .. mereka perlu ambil yg pnting iaitu MA1 Dan FA2 untuk masuk next sem 2 . di sana ipb ada dua exam pihak disana lakukan iaitu Internal exam dan external exam .. biasanya internal exam papaer dibuat oleh pihak ipb utk memastikan pljar mampu jawab untuk external .. but kpd yg x lpas untuk internal exam .. jgn risau .. yg pnting external exam perlu lpas iaitu dari UK nya paper.. soalan agak susah + mencabar dan berbagai bntuk soalan ditanya .. but untuk sem1 i think quite easy .. saya harap ramai lgi yg bljar profesional akauting .. supaya company b4 . sperti pwc / kpmg dan lain2 anda boleh bekerja dgn mereka dan ramaikan lah kaum melayu . kerana , for me chinese ramai yg bkerja di syarika2 besar. why not, melayu yg plak huhuhu3.. saya harap sye jgk boleh lpas utk acca-cat dan smbung acca .. i wish good luck for all of u yg baru lpas spm 2015 .. ~ dan tahun2 yg akan dtg ..

  473. acca.cat kerajaan or swasta ?

  474. Dikendali oleh banyak pusat termasuk ipts dan ipta, di tauliah oleh badan profesional iaitu ACCA , maka dianggap pihak swasta.

  475. Syafiqah Asyikin

    Nak tanya.. macam mana nk mohon? Sy lepasan spm 2015.. sy perlukan link untk memohon CAT-ACCA.

  476. rasyidah zamri

    Sy dpt tawaran cat-acca di kptm KL utk intake julai 2016.. Yg jdi masalah sy skarang ialah yuran pembayaran.. RM 8000++ kan?? Adakah sy perlu byr yuran tu by semester atau mohon pinjaman Mara?? Bile boleh mohon?? Adakah ketika sy mule mndftr?? Mohon pencerahan.. ;'(

  477. Sy nk tnye,sy pelajar sains tulen dn boleh ke sy melanjutkn pelajaran di asasi perakaunan di polytech mara?? Sedangkn sy tidak mmpunyai basic account…mohon penjelasan 🙂

  478. Sy pelajar sains tulen dn boleh ke sy mlanjutkn pelajaran asasi perakaunan di polytech mara ?? Sedangkn sy x de basic akaun..mohon penjelasan 🙂

  479. Apa beza dip accountancy dengan dip accounting and finance ?

  480. HAFIZ BIN ABU HASSAN

    walaupn artikel ni dh lama tp baik jd pnduan utk student di luar sana..
    Memang saya akui siijl profesional seperti ACCA,ICSA tarafnya lebih tinggi dari degree tp kenyataan 4,3 thun boleh habiskan perlukan kekuatan &tumpuan tinggi.Jgan perlekehkan dip&degree perakaunan ipta,ipts malaysia..lpas hbiskan dgree ipta bole apply member mia yg mana bole mnilai tambah dgree perakaunan ipta kita.Dan utk makluman semua %gagal acca sangat tinggi dan lpas habiskan dgree accounting ipta, u try to this paper (ACCA) u will amaze with its difficulties.4info,ipta’s degree graduate U can continue study to take ACCA&get exemption to take 8 paper only. Sebagai student yg prnah ambil ACCA sekerat jalan..sambung dip. ipta&degree UUM..i take long journey to finish my study but alhamdulillah right now I become ketua unit in 1 of the top accounting organization in Malaysia.Yg penting jangan putus asa..beri tumpuan penuh pada study..tawakal pada Allah utk kekuatan diri.Gud luck to all accounting student out there,i pray 4 your success..

  481. rasyidah zamri

    Emm okay..sy terpaksa buat plan B..iaitu masuk matrik, then degree pastu ACCA.. Ayah srdare ckp kalau nk apply keje diorg nk tgk diploma tu cemane pulak?? Memang cat-acca x layak lagi utk sambung keje.. Cemane ehh nk tukar persepsi?? Kompeni akan tgk at least degree kan????

  482. InsyaAllah, CAT-ACCA holder dah boleh kerja. Sambil-sambil kerja tu, boleh teruskan ke ACCA Qualification. Ramai yang buat camtu.

  483. Terima kasih atas nasihat ini Hafiz.

  484. Insya-Allah, jika dari segi akademik juga memiliki gred yang melayakkan. Kalaulah lepasan sains tulen yang semua FKB dia E atau D atau C-, susah tu.

  485. Syafiqah Sharan

    Assalamualaikum sifu.. sy dapat tawaran diploma perbankan.. tapi sy minat akaun.. sy dpat matrik perakaunan.. tp sy takot nk amek matrik sbb org kata susah nak dpat u.. tp skrg ni sy nak masuk u tp banking.. minta pendapat sifu toling saya.. bgi pendpat sifu mcm mna? Sy perlu buat apa?..

  486. To sifu dan athrun zala,
    Saya akan mengambil peperiksaan spm tahun ini.Saya berminat dengan akaun dalam bidang profesional.Soalan saya:-
    1.BERAPAKAH KEPUTUSAN SPM YANG HARUS SAYA DAPAT UNTUK MEMOHON BIDANG PROFESIONAL AKAUN INI?
    2.BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON BIDANG PROFESIONAL AKAUN INI?

  487. […] Akauntansi dan Sijil Profesional, Apa kata Anda? Vpsmania – video tutorial lengkap | instal vps, Mau belajar install sendiri vps digital ocean simpel, praktis, mudah pakai bahasa indonesia? bisa mulai adsense, cpa, toko online.. […]

  488. Kalau saya mohon profesional akaun tapi ada subjek yang saya tak dapat score seperti yang ditetapkan. Bleh ke saya dapat masuk jurusan profesional akaun di matrikulasi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: