Nah, bagaimana keputusan SPM anda keseluruhannya? Baguslah. Ini bermakna anda pelajar bijak dan sudah diiktiraf melalui keputusan yang baru lalu. Jadi sekarang apakah perancangan anda? Kepada sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi maka sifu bolehlah cadangkan laluan ini:
Permohonan masuk ke peringkat ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dan MARA – tarikh tutup 18 Mac 2008. Tapi hanya calon yang cemerlang 1A atau 2A semua subjek.
Permohonan masuk ke peringkat diploma atau asasi undang-undang di IPTA
Permohonan masuk ke peringkat diploma di politeknik (nota:mesti menggunakan pelayar Internet Explorer 6 ke atas, tapi kenapa ya sedangkan IE kurang selamat berbanding Firefox, fikir-fikir-fikir)
Permohonan masuk ke matrikulasi KPM
Permohonan masuk ke program Asasi Sains Universiti Malaya (termasuk program persediaan khas kemasukan Universiti Jepun) – permohonan melalui MOHE tidak seperti dulu melalui bahagian matrikulasi KPM
Permohonan masuk automatik bagi yang layak ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah (ke peringkat STPM) – semakan akan dibuka kemudian di pautan ini.
Rujukan maklumat syarat masuk T6 spt dalam web JPJohor (diterimapakai seluruh negara).
Permohonan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) , dikenali juga dengan singkatan PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang berjaya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah perguruan di IPTA ditetapkan. Keutamaan pelajar cemerlang yang berminat. (edit 140308-0745, terima kasih En. Bilik Sebelah di atas peringatan itu)
Tambahan (21/3/08) : Permohonan mengikuti Program Pra-Diploma UiTM (2 jenis: pra-diploma sains dan pra-diploma perdagangan) – tarikh tutup 25 Mac 2008. Baca juga syarat minimum. Tetapi terbuka hanya kepada calon bumiputera. Bagi pra-perdagangan, keutamaan ialah calon dari Sabah dan Sarawak sahaja. [Terima kasih Dyanadileme, sifu langsung terlupa pasal peluang ini]
Jika berkesanggupan dari segi kewangan dan persetujuan keluarga, pelajar juga boleh memohon masuk ke kolej dan universiti swasta (IPTS) yang banyak di Malaysia. Antaranya ialah Multimedia College atau Multimedia University (MMU) milik Telekom Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Inti College, dan sebagainya.
Ketika memohon melalui lamanweb MOHE, anda juga mestilah membaca semua fail PDF yang disediakan oleh universiti masing-masing sebelum membuat keputusan apakah penawaran program baik dan sesuai dengan anda. Anda juga mesti menyedari bahawan permohonan itu mempunyai kategori A, B, C dan D. Pastikan anda mengetahui anda dalam kategori apa. Masalah kewangan? Sifu galakkan anda semua memohon biasiswa JPA bagi pemohon IPT dalam negara. Baca dengan teliti semua syarat dan keperluan permohonan. Jangan sekali-kali malu memohon. Usaha dahulu, fikirkan kemudian sama ada diterima atau tidak. Ada rezeki adalah biasiswa itu. Tapi yang pastinya , hanya calon terbaik akan ditawarkan biasiswa oleh JPA. Selain dari itu, pelajar juga masih boleh memohon pinjaman PTPTN selagi memenuhi syarat ditetapkan. Sifu ada terjumpa lamanweb tentang biasiswa di Malaysia, http://www.malaysia-scholarship.com/ . Anda digalakkan melawat lamanweb tersebut tetapi sifu tidak dapat bertanggungjawab jika maklumat diberikan di dalam lamanweb itu bertentangan dengan maklumat rasmi. Gunakan maklumat di malaysia-scholarship.com dengan hemat dan kebijaksanaan pelajar sendiri. Use at your own discretion.
Diharap pos ini akan dapat membantu anda.
sifu, sy disini hanya mahu mntk pendapat shj.. kakak sy yg baru dpt rslt SPM bingung mau ikut jurusan perniagaan atau perakaunan… result die seperti BM(A2), BI(B3), Agama Islam(A1), Sejarah (A2), Mathematics (A1), Science (A2), Prinsip Akaun (A1), Ekonomi Asas (A1) dan Perdagangan (A1).. kalau ikut pendapat sifu,apakah peluang yg lebih cerah utk dia? utk pengetahuan sifu, die juga dpt sijil ACCA tu utk akaun… boleh tahu dengan rslt seperti ini masih bolehkah die dpt biasiswa.?? tq.
Zedin, terserah kpd individu mana nak pilih. Ambil bidang perakaunan tentunya lebih baik kerana dari segi nilai pasaran, pemegang degree accounting dan cemerlang lebih baik dari degree jurusan perniagaan. Tetapi sebelum memasuki ijazah, kakak zedin terpaksa melalui peringkat pra-ijazah-diploma atau matrikulasi/asasi atau STPM.
Sifu boleh pandangan seperti ini. Jika jelas kakak zedin ingin masuk ke ijazah perakaunan, cara terpantas ke IPTA ialah matrikulasi dan sifu nampak kakak zedin punya kelayakan terbaik ke sana. Jika tak selesa ke matrikulasi, kakak zedin bolehlah pergi ke diploma perakaunan di UiTM, politeknik atau IPT lain. Bezanya ialah belajar bagi tempoh 3 tahun, baru lepas tu sambung ke ijazah 3-4 tahun lagi. Utk pengetahuan zedin, berbanding program ijazah lain, ijazah perakaunan adalah ijazah profesional dan utk itu semua IPT di Malaysia wajib menawarkan program 4 tahun. Ijazah lain seperti ijazah pengajian perniagaan (business studies), ijazah ekonomi dan lain-lain hanya perlu 3 tahun.
Zedin dan kakak zedin haruslah faham bahawa program perakaunan tidak dapat dipendekkan sama seperti program ijazah perubatan iaitu 5 tahun. Kenapa tak pendek? Supaya graduan dapat diiktiraf sebagai lepasan program profesional. Oleh itu pengorbanan individu yang bercita-cita mencipta kerjaya dalam perakaunan adalah perlu dan kesanggupan untuk belajar bagi tempoh lebih lama berbanding graduan lain. Zaman sifu dulu lain, semua program ijazah adalah program 4 tahun, so tiada masalah rasa ketinggalan.
Berkenaan biasiswa, setiap pelajar berpeluang sama rata. Kakak zedin digesa mohon semua yang mungkin. Dengan prestasi yang ditunjukkan di atas, peluang adalah cerah. Tetapi ingat kemasukan ke matrikulasi, pelajar berpeluang mendapat biasiswa/dermasiswa juga. Kemasukan keperingkat diploma juga begitu, sila rujuk biasiswa JPA.
Okay zedin, bagaimana dengan awak. Adakah anda akan dapat mengatasi kakak awak tahun ini? Kunci kakak awak sangat cantik dan kalaulah bukan kerana BI itu B3, sifu nak sangat kakak zedin mencuba program ke luar negara. Apa-apapun cuba baca lebih lanjut, jika berminat program ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dalam bidang perakaunan atau perniagaan. manalah tau rezeki.
thanx sifu, pnjgnye penerangan.. hehe.. hurm… mmg kalau ada rezeki die bolehlah mohon utk ke matrikulasi.. tetapi bukan ke syarat utk ke matrikulasi perlu ada matematik tambahan? kakak saya x ambil sub itu termasuk juga sy yg akan ambil spm thn ni.. thanx sifu, sy akan cuba atasi rslt kakak sy… psl program ke luar negara sy dah tgk syarat nya… die mahu semua subjek A dan utk program perakaunan BI perlu A.. so nmpknya tiada rezeki… maybe kalau cube mohon InsyaAllah kalau ada rezeki dptla..
sy ingin mnta pendapat sifu, subjek add maths mmg wajar diambil utk students yg ambil Akaun, tetapi kebanyakan sekolah ada juga yg tidak mengajar subjek ini.. so, apakah peluang kpd kami semua nnt mase slps spm kurang?? mmg hajat dihati mahu mempelajarinya, tetapi subjek ini kritikal dan kalau bljr sndiri pun sdh tntu sukar.
Zedin, rugi juga ya jika tak ambil AddMath. Spt yang zedin dan sebut di atas, kakak awak terlepas beberapa peluang krn ada syarat kelayakan pelajar memperoleh gred lulus/kepujian dalam AddMath. Nasihat sifu, jika masih sempat zedin tambah subjek AddMath. Kalau sklh zedin ada kelas aliran sains tulen, maknanya adalah guru addmath. Zedin hendaklah bertekad utk berjaya. Jika zedin sememangnya berminat memasuki bidang perakaunan, maka jangan biarkan masa hadapan zedin tergendala kerana masalah kecil sebegini. Susah, sukar atau tidaknya subjek addmath, banyak bergantung kpd motivasi pelajar, bukannya subjek itu. Jika ada individu yang mampu mendapat gred 1A, disekolah zedin atau di Malaysia ini, knp pula zedin mesti menyebelahi kumpulan ‘pengalah’ dan sanggup mengorbankan perancangan karier zedin. Suatu masa nanti sifu takut zedin akan terkilan kerana prestasi cemerlang tapi tak dapat masuk ke matrikulasi, diploma perakaunan hanya kerana kurang 1 subjek.
Sifu yakin zedin punya matlamat, memilih cita-cita yang tinggi, dan motivasi diri yang kukuh. Jika tidak masakan zedin selalu bekunjung ke blog seperti ini. Sifu dapat rasakan yang zedin adalah satu individu pelajar yang berfikiran terbuka, bertambah matang, berani mencuba dan yakin kepada perubahan masa hadapan. So, buka sekolah ini, hari isnin ini terus berjumpa dengan guru yang menguruskan pendaftaran subjek dan minta tambah subjek addmath. Untuk memudahkan diri zedin, bawa sekali surat bertandatangan ayah atau ibu yang memohon kpd sekolah mempertimbangkan zedin menambah subjek addmath. Tapi zedin harus ingat, surat ibu bapa bukanlah wajib, cuma lagi ia membantu diri zedin ‘negotiate’ dengan guru pendaftaran SPM dan guru subjek addmath. Sebagai guru, sifu sedar zedin akan menghadapi dilema berhadapan guru ini memandangkan pendaftaran spm sudah sampai ke penghujungnya. Tetapi tak apa, berusahalah supaya zedin tidak terkilan di hari saat kegembiraan (keputusan SPM 2009 diumumkan contohnya) dan zedin tak dapat mencari laluan terbaik kerana addmath tak ada dlm senarai.
sifu terpaksa menulis panjang khas untuk zedin, kerana sifu tak nak pelajar cemerlang akhirnya kecewa hanya suatu masa dahulu tak dapat ambil addmath di sekolah. Sifu sendiri secara peribadi terpaksa menasihati pelajar-pelajar didikan sifu tahun-tahun terdahulu supaya tabah, dan sebagainya kerana niat di hati mereka nak masuk jurusan perakaunan tetapi kerana addmath, semuanya menjadi gagal. AKhirnya mrk terpaksa memasuki bidang diploma perbankan, diploma pentadbiran perniagaan, ada yang masuk ke bidang pelancongan dan lain-lain. Ini belum lagi jika BI pula setakat lulus sama juga kes seperti tak ada addmath tadi, peluang menjadi sempit menceburi bidang perakaunan.
Zedin, begitulah nasihat sifu. Tetapi jika zedin tidak berniat memasuki bidang perakaunan atau bidang profesional lain, mungkin zedin bolehlah abaikan addmath. Tetapi langkah bijak ialah ambil juga subjek itu, jadikan diri anda menerimanya sebagai subjek mencabar dan berusaha dgn gigih. Tak mustahil zedin akan dapat tempuhi subjek itu, sptmana zedin bakal berjaya dengan subjek lain. Kalau perakaunan yang dianggap susah zedin kata senang, maka sudah pasti addmath yang dikatakan susah itupun zedin dapat tukar menjadi senang.
Mantapkan diri.
Opps, ada yg anda terlupa.. Program PISMP utk ijazah perguruan.. Cpt!! Dah nak tutup dah.. Sila pg ke emoe.gov.my
hurm… rasa serba salah la pulak sifu, act add maths sy da bljr thn lps tp hnya 4 chapter shj.. (6,7,8) itu pun bljr di tuisyen.. mmg mula2 sy dipaksa ambil sub ni… so, masa final exam last year ckgu srh duduki exam add maths.. keputusannya sgt mengecewakan la sifu… kalau sifu ingin tahu… ckgu di sekolah turut menasihatkn students yg ingin tmbh mata pelajaran.. kalau sifu nk tau PMR maths sy cuma setakat gred C… bygkn add math 5x ganda ssh dan sy tiada basic..cikgu di sekolah nasihatkan saya agar lebih baik fokus subjek maths supaya subjek itu dpt A bukan memberi beban kpd subjek lain nnt subjek yg dibelajar disekolah terganggu.. so sifu, semasa pendaftaran hr tu, sy pikir balik apa yg ckgu ckpkn.. mmg ada benar apa yg dikatakan.. so semasa pendaftaran sy drop add maths.. lg pun sifu, sy perlu fokus kpd 12 subjek yg lain utk spm thn ni… pasal matrikulasi mmg sy tahu peluang cerah disitu, tp masa yang singkat di sana juga boleh buat tekanan.. maybe after spm nnt sy boleh ke uitm atau IPTA yg lain… hurm.. sebenarnya minat saya dlm bidang perniagaan dan juga perakaunan… krn 2 2 ini berkaitan antara 1 sama lain.. maybe sifu sedih dgn keputusan sy utk drop add maths, tp mmg betul apa yg dikatakan ckgu di sekolah.. “tumpu pada subjek yg lemah”.. i’m sooooooo sorry…. sebenarnya saya confius sebenarnya slps spm nnt… kalau ikut sy, nk jd ahli perniagaan atau akauntan.. mak saya pula nak saya jadi lawyer.. ayah saya pula mahu saya jadi tahfis… hurm..
boleh tau sifu kalau mau jd lawyer apa subjek yg diutamakan dan juga tahfis..
thanx sifu ats segala nasihat selama ni.
Thanks mr bilik sebelah. Sifu lupa pula pasal program khas keguruan.
Zedin, sebenarnya di Malaysia ni bukan awak aje yang ada masalah Addmath. Anak murid saya SPM2007 yang lepas pun ada diklgn mereka yang selalu gagal dlm ujian dan peperiksaan. Bayangkan dalam 53 orang pelajar perakaunan sifu, lebih separuh bermasalah addmath, tidak konsisten, malah ada yang dah siap menempah status gagal. Dlm t5 dgn usaha gigih mereka (guru & pelajar addmath yang dimaksudkan) disamping belajar subjek lain (10 & ada juga 11 subjek) termasuk prinsip perakaunan, di saat-saat percubaan dapat lulus aje. Bayangkan perasaan mrk. Ada yang dah putus harap. Ada yang dah giveup, umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa. Ada juga yang dah terfikir tak nak gi hadiri kelas tambahan cikgu addmath tu, kerana katanya dah tiada harapan. Tetapi bila diberi dorongan berterusan oleh kami (semua guru bekerjasama membangkitkan motivasi mereka) dala tempoh 1 1/2 bulan pelbagai cara guru akan bantu perbaiki kelemahan pelajar.
Hasilnya? Surprise! Dlm keputusan SPM baru lalu pelajar itu yang dah rasa tak akan ada harapan ke matrikulasi dapat kepujian 6C, walau ada juga yang hanya dapat 7D/8E. Kepada yang tak yakin dapat kepujian tentulah gembira banget! Yalah, dulu asyik lulus-gagal, gagal-lulus, tiba-tiba dapat 6C, dah lebih dari cukup. Kalau nak matrikulasi jurusan perakaunan, gred itu dah lebih dari cukup sebab syaratnya asalkan lulus 7D. Ini bukan kes satu atau dua orang. Ini kes ramai orang even pelajar sains tulen juga bermasalah nak kekal lulus bersyukur kerana akhirnya mendapat gred yang cukup. Utk pengetahuan zedin, sklh sifu bertugas bukannya sekolah elit, malah kategori sekolah luar bandar dari kacamata pentadbiran JPNS.
Tetapi yalah, setiap guru punya pandangan, motivasi dan pemikiran berbeza. Kalau zedin anak murid sifu, saya akan bertegas supaya zedin belajar bukannya memberikan laluan kpd awak utk terus ‘gagal’. Sebabnya sifu tahu, pakej perakaunan tak lengkap tanpa addmath. Zedin tengoklah sendiri syarat-syarat program diploma di mohe.gov.my. Bagi sifu, jika dah ada peluang belajar sesuatu yang bernilai tinggi, sukar-sukar itulah yang manis di kemudian hari. Tak semestinya mesti dapat 1A. Strategi zedin sepatutnya, “ASAL ADA SUBJEK ADDMATH DAN CAPAI KEPUJIAN 6C DAN MENCUKUPI”.
Eh, tunggu, sifu bukannya mengkritik cikgu tu, tapi sifu tak berapa gemar menjadi guru yang hanya melihat peratus sehingga tanpa sedar awal-awal lagi membiarkan pelajar lemah drop supaya gred peratus sekolah SELAMAT. Tiada yang selamat, jika pelajar keluar tetapi gagal mencaturi hidup sempurna. Walaupun rezeki kerja Allah, tetapi usaha manusia secara individu atau secara berkelompok boleh menukar qada dan qadar kecuali AJAL. Betul tak?
Tugas sifu (seperti juga guru-guru lain) membantu mencipta ruang untuk generasi baru berjaya, jika perlu dijentik emosi mereka, jika terpaksa ditolak ke hadapan, jika ragu-ragu diyakinkan, jika takut diajar berani.
Tetapi apa-apapun terserah kepada pelajar menerima peluang ini atau tidak, sama seperti dilema zedin tadi. Zedin bidang perniagaan TAK sama dengan perakaunan. Perniagaan adalah luas tetapi perakaunan khusus kepada tugas perakaunan yang melibatkan organisasi kerajaan, perniagaan mahupun NGO. Semua orang boleh menjadi peniaga, tetapi tidak semua orang boleh menjadi akauntan. Akauntan mestilah bertauliah.
Untuk ditauliah mestilah melalui laluan yang telah ditentukan iaitu dari SPM -> Diploma/STPM/Matrikulasi-> Ijazah perakaunan-> bekerja 3 tahun-> ahli MIA/MICPA/ACCA/dll-> CPA.
Nak jadi lawyer, rasanya no problem. Subjek-subjek yang zedin ambil sekarang itu sudah mencukupi untuk membuka pintu ke bidang guaman. Tapi selalunya student nak dapatkan degree undang-undang dari universiti berprestij. Untuk itu lebih cemerlang zedin, maka lebih tinggi dapat tempat di IPT terkemuka dalam bidang ini, antaranya UM, USM, UiTM (tidak mengikut urutan kepopularan, ehehe).
Tahfiz, sifu kurang maklumat tentang itu, cuma setahu sifu pelajar mesti ada mengambil subjek agama tinggi termasuk ilmu al-quran dan sunnah (betulkan sifu jika salah).
Sifu boleh doakan zedin semoga berjaya dalam mana-mana bidang selagi direstui keluarga.
ok sifu, thanx sbb sudi bg motivasi… zedin akan mntk petunjuk… thanx byk2 n menyusahkan sifu sbb dah masuk salah thread…
sy lepasan spm thun 2006 keptusan sy hnya lulus semua mata plajaran tanpa a.sekarang sya tak tahu macam mana nk sambung belajar dengan kelulusan sy..sya awk dpt bg petunjuk dan email kepda sy
Zedin, tak ada masalah salah thread ke apa ke, sebab ini bukan forum. Sifu cuma nak delete bahagian nasihat khusus utk zedin. Sukar nak jaga niat, selagi ada disitu sifu takut diri ini jadi riak atau ke arah itu. Doakan rahmat dan redha Allah kpd sifu boleh tak zedin. Terima kasih.
Ezza buat apa sekarang ini? Tingkatan enam atau bekerja. Jika bekerja atau menganggur, apa kata ezza mengambil semula SPM 2008. Daftarkan diri sebagai calon persendirian, ambil 7 subjek sahaja kerana sebagai calon mengulang tidak terikat dengan syarat calon sekolah dan elektif tu biarlah yang benar-benar bernilai. Mungkin maklumat kesesuaian mata pelajaran elektif dengan kerjaya yang terdapat Pusat Perkembangan Kurikulum (http://www.ppk.kpm.my/kerjaya/tajuk.htm) Kementerian Pelajaran Malaysia boleh memberi idea kepada Ezza.
Setelah permohonan dihantar, maka Ezza kenalah bertekad utk belajar bersungguh-sungguh. Sebagai calon persendirian, cabaran sudah pasti tinggi. Jika punya wang cukup, bolehlah mengikuti kelas tuisyen, sama ada semuanya atau mana-mana subjek yang paling lemah.
Ezza juga, jika bertekad tinggi, sebenarnya boleh memohon belajar semula di sekolah kerajaan. Ia dipanggil calon menumpang belajar. Anda boleh memohon dengan menulis surat kepada jabatan pelajaran negeri masing-masing. Perkara ini jarang berlaku tetapi sebenarnya prosedur tentangnya wujud. Sekolah boleh menerima calon menumpang dengan kebenaran pengarah negeri dan sokongan pengetua sekolah berkenaan. Bezanya ialah cabaran dalam diri pelajar itu menyesuaikan diri dari segi emosi dan motivasi diri.
Seperti yang Ezza dah baca, sifu tak sebutpun tentang patching. Ezza boleh mengambil subjek tertentu sebagai pembaikan (patching). Tetapi oleh kerana Ezza ada sebut lulus semua maka sifu khuatiri nilai SPM Ezza rendah. Lebih baik lagi Ezza baiki kesemuanya dan mengambil semua subjek semula, kecuali elektif yang boleh ditukar dengan subjek lain walaupun Ezza tak pernah belajar sebelum ini.
Selepas SPM (kedua) nanti, mudah-mudahan Ezza akan mendapat kejayaan lebih baik dengan gred kepujian dan selepas itu Ezza dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma.
Satu lagi Ezza, jika anda tidak berminat mengambi semula SPM, apa kata ezza memohon mengambil kursus kemahiran di Giatmara, IKBN atau kursus sijil di politeknik. Mana tahu rezeki Ezza bermula di sana.
Harap ini dapat membantu.
Sifu,
Chai punya adik baru mendapat result SPM, tidak begitu baik.
BM 7D
BI 7D
Moral 5C
Sejarah 9G
Math 4B
sains 5C
Add Math 5C
Akaun 5C
Seni 4B
teruk, kan…..
Mula-mula i bantu dia pohon kursus diploma di UTM,UPM…rasanya dah gagal selepas i ketahui result dia…
I sekarang pun tak pasti macam mana bantu dia, ingat nak pohon politeknik untuk dia, mungkin tak result begitu dapat berjaya….?
Dia tidak memilih apa kursus untuk dilanjutkan, janji dapat masuk IPTA kerajaan dan murah…
sifu, sila beri komen…terima kasih
salam buat sifu..
saya agak keliru utk memilih jurusan yg bersesuaian dgn rslt sy..di sini sy nyatakn rslt sy..hrp sifu boleh tlg..
bm-1a
bi-3b
sej-1a
math-1a
arab-6c
addmath-5c
phy-3b
chem-5c
bio-4b
quran n sunnah-1a
syariah islamiah-3b
est-4b
sifu,sila tunjuk laluan kpd sy..sy btl2 pening nak pilih course..tq
Fairylord minta maaf banyak-banyak. Adik Chai kemungkinan besar terpaksa lepaskan dulu peluang masuk ke politeknik atau diploma ipta kerana BM itu sendiri hanya lulus. Syarat am masuk ipta dan politeknik ialah mesti lulus BM dengan kepujian. Sepertimana Fairylord mungkin dah maklum, tahap kepujian paling rendah ialah gred 6C. Lebih baik adik Chai ambil SPM Ulangan (SPMU) pertengahan tahun ini dan tunggu penawaran politeknik bulan Disember. Bolehlah cuba selepas itu. Nasihatkan adik awak utk mesti ambil paper July, kalau tak sampai bila-bilapun takkan ada peluang lanjutkan pelajaran hanya kerana tersangkut di bahagian itu. Selain dari itu pencapaian BI adik awak juga meresahkan sifu. Kebanyakan program berkaitan perniagaan, perakaunan atau ekonomi memerlukan pelajar mempunyai gred kepujian juga.
Fikirkanlah bagaimana nak patching BI juga, mungkin terpaksalah adik awak menduduki SPM semula di akhir tahun ini jika sempat memohon sebagai calon persendirian dan buat patching BI. JIka sanggup Sejarah juga supaya gred itu bertambah baik.
Selain dari itu, laluan ketiga kurang popular ialah mengambil kursus-kursus IKBN atau sijil politeknik utk kerjaya berasas kemahiran teknikal dan mekanikal. Tapi ingat selagi tidak kepujian dalam BM dan BI, adik awak akan sukar memohon diploma di IPTA. Apapun laluan, pastikan adik awak patching BM dan BI. Harap nasihat ini berguna untuk adik awak.
Awak biar betul Maa? Memangpun akan konfius sebab semua bidang awak layak.
Tapi kalau nak juga nasihat sifu, Maa hendaklah berterus terang, apa yang sedang diidam-idamkan, barulah sifu boleh bagi cadangan lanjutan. Awak pilih dulu mana-mana laluan atau program yang awak nak di dalam negera, IPTA atau IPTS.
Lepas tu solat istikarah. Kalau tak pasti lagi istikharah lagi sehingga awak benar-benar tenang.
Tahniah kerana berjaya dengan cemerlang.
Thank you, sifu….komen yang tepat, i juga teringat kepentingan BM sebagai syarat kemasukan IPTA.
Sifu, Julai paper hanya BM dan matematik je yang boleh diambil semula, kan?
Untuk mendaftar, adik i kena daftar kat mana? atau balik sekolah menengah dia cari cikgu?
Fairylord, borang calon persendirian dan paper Julai boleh didapati di JPN masing-masing. Anda bleh merujuk sklh, telefon aja dan tanya adakah borang itu juga boleh didapati di sekolah dan jika tidak minta tunjukkan lokasi pejabat yang berkenaan.
sifu,saya seorang pelajar dari johor ni.berikut keputusan SPM saye:
BM A1
Bi A1 GCEO A2
Maths A1
Add.Maths A1
Sejarah A1
pendidikan Moral A1
physics A1
chemistry A1
Pendidikan seni A1
Prinsip Akaun A1
EST A2
Biology A2
Boleh berikan contohx2 biasiswa yang boleh saya dapat menggunakan keputusan ini dan nasihat yang diperlukan?saya juga keliru hendak ambil jurusan apa,kerana masa SPM saya telah mengambil aliran sains,seni dan akaun.
sifu,
saya rasa frust cket ble tgk rsult saye
saye dpat
bm a1
bi b3
add math a1
biology a1
kimia a1
fizik a1
arab tinggi a1
sejarah a1
pend. quran sunnah a1
syariah a1
est b4
mathematics a1
jus bi saye b3..huhu so sya saya nak buat apa skarang??saya da apply 4 medic kat timur tgh ..under mara scschip..my b peluang dye cerah cket.???btul ker tindakan saya tuh??ke saya patot apply 4 jpa?um den saya juga da apply asasi 4 um,uia..krenya dlam borg upu tuh saya apply sume medic..saya jgak apply 4 asasi sains dkt utm.
pastu untuk perguruan saya apply 4 math sek mengah..
scnd choice..sek rendah
huhu..im hoping that sifu can help me..how to plan my future..
saya ank sulong..so tak bpe nak tau apply ape ntuk ipta nih..
ape yg patot sye buat??
dan ape pluang yg cerah ntuk saya..
saya jugak da apply scship bnk ngr mlaysia,pnb,telekom(tak reti nak isi)
Cjwong, berminat keluar negara? Mohonlah biasiswa JPA online. Tetapi beri perhatian iklan JPA (http://esila.jpa.gov.my/pdf/SiaranAkhbar_PILN2008i.pdf) telah menjelaskan bhw tidak semua pelajar cemerlang akan mdpt tempat, hanya 2000 orang.
Ada banyak biasiswa yang boleh diperoleh semasa ini mahupun setelah Cjwong berada di IPT, antaranya biasiswa SHELL atau Petronas (pelajar yg bakal mengikuti bidang tertentu shj). Bidang apa? Dari kejayaan Cjwong, nampak gaya banyak bidang boleh diikuti. So pilihlah sendiri mengikut persepsi CJwong sendiri. Jika kedoktoran perubatan diminati, ambillah bidang itu sebab Malaysia masih memerlukan ramai doktor. Cuma lagi, program itu akan mengikut pelajar dgn kontrak bertugas di hostpital kerajaan. Sesiap ambil kedoktoran perubatan, akan ditaja sepenuhnya dan ditentukan oleh JPA di universiti dan negara mana ia akan belajar. Ini thread membincangkan scholarship, http://www.recom.org/forum/forumdisplay.php?f=54 , walaupun ada yang dah lama, rasanya masih boleh digunakan sbg rujukan.
Nak masuk jurusan perniagaan atau perakaunan. Kelayakan Cjwong lebih dari mencukupi. Nak masuk bidang bioteknologi dan bakal menjadi saintis industri, pun di dalam IPTA ada. Susahlah sifu nak nasihatkan pelajar cemerlang seperti awak.
Ain pun sama, tak ada masalah yang banyak bagi awak tambahan lagi nak pergi ke timur tengah. Nak belajar perubatan kat IPTA pun rasanya tiada masalah. Tetapi kena masuk matrikulasi dululah aliran sains, program satu tahun. Pelajar ke luar negara pun akan belajar di Malaysia dulu bagi tempoh 1 tahun iaitu kursus persediaan yang dikendalikan oleh JPA dan Mara. Rasanya telekom tak bagi biasiswa utk perubatan. Biasiswa kalau ada sangat terhad dan khusus utk bidang teknologi. Telekom juga bagi biasiswa kpd pelajar yang masuk belajar di MMU atau MMC (multimedia college-diploma level only). Inggeris awak, apabila melanjutkan pelajar boleh diperbaiki melalui peperiksaan MUET, bila dapat band 3 atau 4 kira lebih baik dari gred 3B itu.
Ain ni memang sehati sejiwa dengan perubatan ke? Dah tu kenapa memohon jadi guru? Kalau terniat niat nak jadi doktor tetapi katakan tak dapat, apa bidang lain yang dekat dengan perubatan? Ah, sains farmasi. UiTM ada menawarkan program asasi farmasi dan diploma sains farmasi. Ni kira ubat-ubatanlah. Di pekan berdekatan, Papar, ada seorang lepasan sains farmasi, tak ingat sama ada ijazah atau diploma. Dia (perempuan) sekarang memiliki kedai farmasi sendiri dan perniagaan boleh tahan. Tahu tak bahawa sejak 4 tahun lepas, semua kedai-kedai ubatan moden wajib menggaji sekurang-kurang 1 org ahli farmasi. Kesannya peluang kerjaya cerah dalam bidang ini, dan yang untungnya (spt juga pelajar lepasan perakaunan/perniagaan/dll) jika ada modal mencukupi (pinjam atau simpanan sendiri) boleh buka perniagaan yang sesuai dengan bidang masing-masing. Beliau sebelum ini sifu kenal bekerja di sebuah kedai farmasi di Putatan. Selang 2 tahun dah ada bisnes sendiri. Sifu tahulah sebab sifu kerap ke sana membeli keperluan ubat-ubatan jika tidak ke klinik atau hospital. Tapi itu pandangan sifu sahaja. Ain hendaklah juga sedari bahawa pasaran dan situasi ekonomi boleh mempengaruhi perkembangan pekerjaan dalam mana-mana industri. Sekarang ini farmasi berkembang dengan baik, tapi sifu tak jamin 4 tahun akan datang. Ain tentukan sendiri bidang yang sesuai.
Untungnya Cjwong dan Ain ialah awak pelajar cemerlang. Umpama begini, “Untungnya pelajar cemerlang ialah peluang terlalu banyak, berbanding pelajar yang kurang cemerlang peluang sangat sedikit. Pelajar cemerlang sukar memilih bidang tetapi apabila memilih pastinya berbaloi dan menguntungkan, sedangkan pelajar kurang cemerlang senang memilih tetapi tak semestinya menguntungkan.”
GOOD LUCK to all of you.
Terima kasih sifu,
Ya,saya berminat kalau dapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara kalau boleh.
terima kasih atas semua nasihat sifu.
~salam~
saya pelajar spm 2007. results saya;
BM-1A
BI-1A
SEJ-1A
PAI-1A
MATH-1A
ADDMATH-3B
PHY-2A
CHEM-2A
BIO-3B
spt yg dilihat, sy pelajar aliran sains tulen. tp, saya harap dapat melanjutkn pljarn dlm bdng accounting. adakah saya msih ada peluang? dan jalan manakah yg paling sesuai? foundation or diploma? matrix pulak sy mintak aliran sains. boleh ditukar ke accounting ke? how bout scholarship? ada ke yg nak kasi kat bdak sains yg TAK pernah blajar accounting? satu lg, bleh bagi penerangan pasal certified account technician (CAT)?
Mentol, awak layak memohon jurusan perakaunan, walaupun tidak pernah mengambil kertas prinsip perakaunan. Jika awak membawa maklumat di bahagian matrikulasi KPM, awak akan dapati pelajar aliran sains tulen juga boleh memohon kedua-dua jurusan, baik sains mahupun perakaunan.
Tahniah.
Tak perlulah sifu jelaskan CAT, kerana maklumat itu mudah didapati melalui internet, antaranya melalui pautan wikipedia ini. Persoalannya adakah anda ingin memasuki kerjaya akauntan melalui laluan kemasukan IPT atau badan profesional. Jika memilih laluan belajar di IPT (awam atau swasta) maka anda sekurang-kurangnya mesti memiliki ijazah/bacelor/sarjana muda dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Untuk ke peringkat ijazah terpaksalah anda merancang laluan selepas SPM iaitu melalui peperiksaan STPM, program matrikulasi atau diploma perakaunan. Hanya ketiga-tiga ini memudahkan anda mendapat tempat di program ijazah perakaunan. Jika memilih laluan badang profesional, maka barulah anda seharusnya mengambil peperiksaan kelayakan seperti CAT dan diiktiraf sebagai CAT, kira taraf pembantu pegawai akaun lah kira kalau kerja di organisasi kerajaan/swasta. Selepas CAT anda masih lagi harus mengikuti program kursus, kuliah berbayar dan peperiksaan berbayar badan profesinoal tersebut contohnya ACCA Malaysia. Dari satu segi, ada sesetengah orang berpendatat ia adalah laluan terpantas mendapat pengiktirafan ACCA sebagai akauntan bertauliah, cuma lagi kos keseluruhan berkemungkinan tinggi dan kebarangkalian berjaya ‘first-time’ adalah rendah. Ramai orang terpaksa repeat kertas berulang kali. Dalam kes ini ia menjadi lambat atau perlahan berbanding melanjut pelajaran diperingkat ijazah. Tapi itu pandangan individu. Sifu sendiri kurang pasti kerana sifu berkelayakan bacelor perakaunan dengan kepujian dari UPM. Sifu tidak merancang menjadi CPA, sebaliknya selesa melibatkan diri dalam level eksekutif atau pegawai sahaja. Sebenarnya, sebelum menjadi guru sifu pernah bekerja beberapa tahun dalam bidang audit, pegawai akaun, dan pegawai cawangan bank (pemasaran dan operasi). Yalah, itulah realiti, masing-masing punya kecenderungan. Sehingga kini sifu selesa menjadi guru walaupun sifu maklum dengan kelayakan profesional seperti ini, sifu masih boleh melompat kembali ke dalam kerjaya berkaitan perakaunan, bukan hanya mengajar. It’s up to us in the end. Kalau anda bertanya saya bidang diminati, sifu memang seronok menjadi pegawai akaun. Kerjaya bank agak membosankan, tetapi yang paling mencabar ialah kerjaya guru sekarang. Awak pun maklum tentang kerjaya ini, awak pernah menjadi anak murid ramai guru. Tentu awak maklum tingkah laku awak sendiri dan/atau rakan-rakan selama 11 tahun dalam persekolahan. ehehe.
Oops, sori melalut pula tentang diri sendiri. Tak nak cakap banyak pasal tu lagi. But just to let you know.
sifu,
thanks a lot ats panduan2 sifu.harap2 saye dpt buat pilihn yg btul.hmm..yg tntang perguruan tu,saya just apply ntuk scnd choice.ipta tk de cnnction dgn perguruan kan???kalu kta dterima masuk untuk perguruan adakah permohonan upu akan ditolak scr automatik??harap2 tidak la kan.
ntuk pgathuan sifu saya jugak da apply ntuk pharmacist..thank yu sifu.MAY ALLAH BLESS U
Ain, terima kasih kembali. Ain kptsn akhir program mana yang awak akan ditawarkan, sama ada perguruan atau bukan, akan diseragamkan di pgkt MOHE termasuk juga matrikulasi walaupun ia dikendali oleh kementerian lain, MOE. Ada satu jawatankuasa pemilihan, dulunya UPU yang berperanan mengagihkan tawaran-tawaran universiti, matrikulasi dan program khas PISPM. Maknanya jika ada satu dah terpilih, permohonan lain terbatal dgn autmatik.
saya mndapat 2A dlm spm…sume krdt..masalahnye bi saya x kredit..apakah peluang saya ke uitm atau ipta lain cerah????
lupe nk nyatakan saya nye result…
bm>B3
BI>D7
MM>B3
SJ>A1
AG>A1
ADDMATH>C5
KM>C6
FZ>C5
PKU>B3
P.AKAUN>B3
melalui keputusan ini..adakah peluang saya msok ke ipta cerah?
Dyanadileme, dah baca kelayakan masuk lepasan SPM di mohe.gov.my? Cuba tengok. Ada sesetengah program diploma masih layak dipohon walaupun BI tak kredit, cuma lagi adakah ianya program ‘bernilai tinggi’ atau digemari Dyana. Kalau tak kisah, Dyana akan berpeluang masuk ke jurusan yang bukan perniagaan, kebanyakannya berkaitan kemanusiaan atau sosial. Bukan apa sekarang ini subjek BI sangat dititikberatkan.
Contoh sahaja untuk perbincangan, tak semestinya Dyana ambil.
Di UiTM ada ditawarkan Diploma Industri Perkayuan. Keputusan Dyana mencukupi untuk memohon kerana ia hanya berkehendakkan lulus BI. Begitu juga Diploma Teknologi Makanan yang berpotensi kerana unjuran kerajaan meningkatkan industri pertanian. Sudah tentu industri makanan akan turut berkembang maju. Diploma Pengurusan Ladang juga berpotensi. Contoh saja, awak boleh baca senarai ini, https://online2.mohe.gov.my/spm/panduan/syarat/syarat_katA/UiTM_KATA.pdf untuk maklumat lain.
IPTA lain pun rasanya tiada masalah, kembali kepada anda gemar atau tidak. Contohnya di UPM ada ditawarkan Diploma Pertanian, diploma perikanan dan sebagainya. Awak pelajar aliran sains boleh dah mohon program ini. Lulus BI dan mencukupi asalkan kredit subjek utama lain. Baca lagi di sini, https://online2.mohe.gov.my/spm/panduan/syarat/syarat_katA/UPM_KATA.pdf
Harap perbincangan ini menceriakan Dyana
thanx sifu krn sudi mnjwb soalan sy..sy th bnyk bidang yang blh sy pergi dgn kptsn spm sy..sy telah memohon upu,matrik dan maktab..sebenarnya kalau blh sya nak ambk jurusan medic ataupn kejuruteraan..tp sy rse rslt sy mcm xkuat..dlm permohonan upu,sy trt memohon diploma perakaunan,undang2,sains komputer n teknologi maklumat..jika sy xlyk msk ke upu,adakah sy dpt twrn matrik??wlpn sy ada isi borang mktb,tp itu bknlh career yg sy mnt..klu ikut mnt,sy lebih suka course mdic..selain itu,menjadi lawyer n akauntan adlh antara pilihan sy..pliz help me sifu..sy btl2 pening.sy hrp,sblm borang upu ditutup,sy dpt menentukan jurusan yg sy ambil dgn yakin..harap maslh sy mndpat perhatian sifu..tq.
sifu..sy nh bukan student yg pndai mcm org len..result sy cuma
BM – A1
BI – B4
MATH – B4
ADD MATH – 7D
BIO – 4B
PHYSIC – 6C
CHEMISTRY – 7D
QURAN SUNNAH – 4B
SYARIAH – 5C
EST – 5C
SEJARAH – 4B
sy nk tanya sifu..adakah keputusan sy nh layak untuk sy msuk metrik?sy daftar untuk aliran sains..tp syarat metrik mahukan kepujian dlm add math..sy cuma dpt gred lulus..
bg pngajian 2 tahun metrik pula mahukan kimia kepujian wlaupun add math lulus..adakah sy tiada peluang untuk mlanjutkan plajaran ke matrikulasi?
time kasih kepada sifu krn bg cadangan yg bernas…nk tanya skit kalo nk msok U.mesti wat pengiraan mata demerit same ade kite layak ke x…boleh bg tau x panduan pengiraan mata demerit…tahap jumlah mata yg minimum??????
assalamualaikum…SIFU!!sy baru jer dpt result spm (2007) ari tu…result sy mcm ni:
BM-B3
BI-B4
MOD MATHS-C6
SEJ-A2
AGAMA-A1
PHY-D7
ADD MATH-E8
CHEM-E8
BIO-C6
TASAWUR-A1
EST-B4
tak bagus sangat…Tp sy nak ambik undang2..so subject yang saya dpt D ngan E ni akan effect untuk syarat mohon course undang2 ker tak???…E8 tu failed ker?? n result sy macm ni kena ulang balik ker?? sifu tolong bagi pandangan..kena ambik spm skali lagi ker?? satu lagi…kalo result mcm ni…leh tak sy dpt form6 tp nak ambik aliran sastera ???TOLONG SIFU……..sy buntu + keliru..hopefully sifu leh tolong…TQ!!!
ok. terima kasih banyak2. all those infomation means a lot to me. more than u think it is. haha ^-^
Maa,
Peluang itu tetap ada, kebarangkalian awak dapat matrikulasi tetap tinggi. Tak dapat prgm 1 tahun, tak mustahil dapat program 2 tahun, okay apa. Nak masuk ke program ijazah perubatan ni, lebih baiklah awak masuk ke matrikulasi. KEbanyakan pelajarn aliran sains STPM juga akan memohon program kritikal seperti perubatan ini. Jika Maa sanggup, masuklah ke sekolah yang ada tingkatan 6 aliran sains.
Jurusan perakaunan pun berpotensi begitu juga undang-undang. BI awak 3B so dah penuhi syarat ke diploma undang-undang di UiTM atau program asasi undang-undang.
Awak tunggu saja panggilan dari UPU atau matrikulasi. Sifu pasti anda akan berpuas hati. Jika masih ragu-ragu ingat sahaja, ramai juga orang seperti awak yang memohon program yang sama, ada yang lebih baik dari awak dan ada juga yang kurang dari awak. Tetapi peluang tetap ada.
Sifu doakan Maa dapat bidang yang benar-benar sesuai dengan Maa untuk tempoh akan datang. Sekarang ni sifu tau resah, confuse dan sebagainya. Biasalah tu. Tetapi jika awak dah ditawarkan apa-apa melalui UPU awak bolehlah ambil terus sebab automatik tawaran lain terbatal, tak perlulah risau. Kalau awak benar tak minat menjadi guru, janganlah pergi. Awak dah pun melihat kerjaya guru ‘firsthand’. PRoses pendidikan 11 tahun pasti memberikan gambaran yang sebenar. Ada yang awak suka, ada yang awak tak suka, ada guru yang awak minat, ada guru yang tak diminati, ada guru yang awak rasa pandai mengajar, ada guru yang awak rasa tak pandai mengajar, dan banyak lagi. Jangan nanti awak bakal menjadi guru yang awak tau awak tak suka. Do you know among the toughest professional job in the world, one of it is becoming a teacher or appropiately called education officer who work in school teaching. The first, is medical doctor, if i’m not mistaken.
Tetapi jika terambil juga, remember my word here; change your view and change your attitudes. Jika tak minat jadikan awak minat, jika tak seronok jadikan kerjaya guru menyeronokkan dan belajar juga menyeronokkan. Ni bukan nak bagi takut, tetapi nak beri nasihat supaya guru-guru akan datang adalah golongan berkaliber dan berkeupayaan mengubah sesuatu, bukannya terpaksa kerana dah tak ada peluang lain. Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri menggalakkan pelajar cemerlang ternasuklah anda untuk memohon menjadi guru agar agenda negara membina modal insan bertaraf dunia dapat dicapai dan berterusan. Sifu juga mempelawa menjadi guru.
Ita,
Masuk matrikulasi jurusan sains mungkin bermasalah sedikit sebab Chemistry awak 7D. Jika nak jurusan perakaunan, ada peluang untuk awak. Setahu sifu pelajar yang dah memohon aliran sains tetapi gagal boleh ditawarkan ke jurusan perakaunan, dan awak boleh memilih menerima atau menolak. Walau bagaimanapun, jangan putus harap, ada kes yang sifu dengar pengalaman pelajar sklh sifu (bukan anak didik sendiri so tak tahu pangkal cerita) dapat masuk matrikulasi jurusan sains program bagi program 2 tahun (PDT) setelah membuat rayuan. 2 orang tu berjaya ambilan kedua (second intake). Berdoalah mudah-mudahan mendapat tempat di matrikulasi di mana-mana di Malaysia.
Oh ya sekadar nak beri nasihat kepada Ita. Sebaik anda melangkah ke matrikulasi walau apa cara dan program apapun, janganlah memandang rendah diri sendiri atau orang lain, dan jangan juga memandang ‘tinggi’ orang lain. Di sana kelak semuanya terpaksa ‘RESET’ pencapaian. Masing-masing mencipta kejayaan baru. Tak semestinya pelajar 1A akan kekal cemerlang. Pelajar lain juga berpotensi cemerlang dengan PNGK 4.00. Ia dah terbukti mengikut rekod pencapaian pelajar matrikulasi KPM tahun-tahun sebelumnya.
AKHIR SEKALI, JANGAN PUTUS HARAP. DOA, DOA, DOA.
medan selera (tak de nama lain ke, eheheh)
Setakat maklumat yang sifu tahu, sbjk yang disebut itu tidak mengganggu peluang anda memohon. Masalahnya anda dah tersangkut di bahagian BI itu sendiri. Minimum yang diminta ialah 3B, awk dapat 4B. Tapi apa salahnya awak memohon sahaja. Selain dari itu, kalau berpeluang membetulkan keputusan SPM anda, lagi baik begitu. Patchinglah subjek BI awak, dan subjek lain, supaya anda berpeluang memohon dengan lebih yakin bagi tahun mendatang. Tetapi ingat, nak patching kena cepat sebelum tarikh tutup pendaftaran SPM calon persendirian.
MS boleh masuk tingkatan enam aliran sastera, anda layak. Tak salahkan masuk T6, ada juga peluang membaiki diri.
sifu….
nk tanya skit…kalo smbg blaja kt ipts amek tahun asas-foundation….adakah boleh smbg blaja peringkat degree kt ipta slps tamat foundation…sifu tlg jwb.tq
Dyanadileme,
Asas foundation IPTS yang dimaksudkan yang mana satu? Basically, jika ia diiktiraf oleh MOHE, maka ia ada peluang ke IPTA, jika tidak maka tidak dapatlah awak gunakan sijil itu untuk memohon IPTA. Dengan kata lain, awak balik kpd kelayakan SPM sedia ada.
Tetapi jika awak ambil kursus asas di IPTS, katakan Kolej ABC tertentu itu dan ia membuka peluang awak belajar di Kolej ABC dalam program diploma, maka belajarlah terus di kolej itu selagi ia diiktiraf oleh kerajaan. Jika tidak diiktiraf awak juga yang akan kerugian kewangan dan masa.
Nasihat sifu, jika nak blajar di IPTS, pastikan ia universiti atau kolej swasta itu, a) mempunyai lesen IPTS, b) IPTS yang terkenal, c) program diploma atau ijazah mereka juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya LAN) http://www.lan.gov.my/index1.cfm
Jika diploma itu diiktiraf atau program asas itu diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka ia boleh digunakan utk kemasukan ke ijazah IPTA. Tetapi setakat ini sifu belum pernah terdengar adanya program asas atau foundation IPTS yang juga diterima ke IPTA. Selalunya program asas itu khas utk IPTS itu sendiri dan bukan juga diterima ke IPTS lainnya.
Kesimpulannya, program asas IPTS selalunya HANYA untuk kelayakan alternatif ke IPTS tersebut, tetapi tidak dapat digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA. Tetapi jika pelajar dah luangkan masa di asas IPTS itu dan sambung belajar diperingkat diploma, maka selepas 5/6 semester, jika ianya diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka kelayakan diploma itu boleh digunapakai untuk masuk ke program ijazah IPTA pula.
Apa-apapun, betulkan sifu jika salah.
Dyanadileme,
Asas foundation IPTS yang dimaksudkan yang mana satu? Basically, jika ia diiktiraf oleh MOHE, maka ia ada peluang ke IPTA, jika tidak maka tidak dapatlah awak gunakan sijil itu untuk memohon IPTA. Dengan kata lain, awak balik kpd kelayakan SPM sedia ada.
Tetapi jika awak ambil kursus asas di IPTS, katakan Kolej ABC tertentu itu dan ia membuka peluang awak belajar di Kolej ABC dalam program diploma, maka belajarlah terus di kolej itu selagi ia diiktiraf oleh kerajaan. Jika tidak diiktiraf awak juga yang akan kerugian kewangan dan masa.
Nasihat sifu, jika nak blajar di IPTS, pastikan ia universiti atau kolej swasta itu, a) mempunyai lesen IPTS, b) IPTS yang terkenal, c) program diploma atau ijazah mereka juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya LAN) http://www.lan.gov.my/index1.cfm
Jika diploma itu diiktiraf atau program asas itu diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka ia boleh digunakan utk kemasukan ke ijazah IPTA. Tetapi setakat ini sifu belum pernah terdengar adanya program asas atau foundation IPTS yang juga diterima ke IPTA. Selalunya program asas itu khas utk IPTS itu sendiri dan bukan juga diterima ke IPTS lainnya.
Kesimpulannya, program asas IPTS selalunya HANYA untuk kelayakan alternatif ke IPTS tersebut, tetapi tidak dapat digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA. Tetapi jika pelajar dah luangkan masa di asas IPTS itu dan sambung belajar diperingkat diploma, maka selepas 5/6 semester, jika ianya diiktiraf oleh AKM dan MOHE, maka kelayakan diploma itu boleh digunapakai untuk masuk ke program ijazah IPTA pula.
Apa-apapun, betulkan sifu jika salah.
ok tqqqqqqqq sifu..coz sudi sudi balas..mcm maner nak mohon utk ambik spm ulangan ek??kalo nak ulang kena ambik subjek sama ker leh pilih??coz kalo bleh sy nak ulang mod math , bm,ngan bi…satu lagi baik saya ulang balik spm ker atau ambik stpm??tolong…dilema ni…tq!!
allo sifu..nie saya nak tanya..wakil adik saya lepasan stpm..
antara calon ulangan dan first-timer stpm..siapa lagi diutamakan untuk ke IPTA?
thank you..
sifu…terima kasih bnyak2 krn sudi menjawab persoalan yg slalu mnggangu sy terutama bhagian pngambilan matrikulasi..
sy respect sgt2 kat sifu sbb sblum nh sy dh berputus asa dgn keputusan sy..tp stelah sifu bg nasihat supaya jgn mmdng tinggi org len dan kite ade kjayaan bru kelak,sy terasa diri sy hidup kembali dan sy ingin buktikan kat kawan2 sy yg sy tidak gagal selamanya!!
sifu..
andai kata sy ditawarkan ke matrikulasi bg program 2 tahun..adakah lebih baik jika sy mngambil stpm..jangka masa tetap sama iaitu 2 tahun juga..malah sijil stpm diiktiraf oleh mana2 badan..x kira di malaysia atau luar negara..adakah btul apa yg sy katakan?jika salah harap dibetulkan..sy budak baru belajar..hehe
sifu, sya adalah pelajar aliran sains agama di sbp. rslt spm sya adlh sperti brikut:
bm-a1
bi-a2
math-a3
quran sunnah-a1
syariah-a1
sejarah-a1
add math-b3
bhs arab tggi-b3
physc, chem n bio – b4
sya rsa sya boleh masuk matrik(insyaALLAH, tp apa plhan lain bgi saya slain matrik? sya dh isi borg perguruan, tp masalahnya sya tk minat lansung bidang tu… my mom syorkn saya ambik law, tp as long as sya dh jd science streme student since i’m in form 4 lg, sya rasa syang nk tinggalkan science for law. i think i want fight in matrix, tp sya slalu dgr that it is too hard to get a very excellent pointer in matrix. is that true??? sya ingat nk figth dlm matrix then sya nak kejar blik cita2 saya yg tk ksampaian iaitu nk jdi doktor (tk ksampaian sbb my biology is too bad, i think). So, bleh sifu beri sdikit pndpat utk sya yg keliru ni??????
salam sifu…
saya ,merupakan lepasan SPM 2007 dan bekas pelajar sbp,
brkt mrpkan kptsn SPM saye
bm – A1
bi – B3
Sej- C5
Agm- A1
Bio- C5
Che- B3
Phy- B3
Math-A1
+math-A1
EST-B4
saye masih keliru,adakah better sy terus ke matrks or msuk tgktn 6 trlbh dahulu coz ade yg kate form 6 jst waste our tym…..is it?????
one more sifu, sy berminat nak memasuki bdg perakaunan,but I don’t have any basic in accntncy……jd…. betulkah tindakan saya yang ingin juga meneruskan pengajian dlm bdg ini.,?
saya teah memohon jurusan perakaunan utk mtrks dan memohon perakaunan utk 3 phan utama…..
bolehkah sifu menjelaskan apakah biasiswa yang sesuai dgn kelayakan kptsan saya? jika memohon utk mara or jpa,memang out of list coz grade rndh sgt……jd? apa pndpt sifu dlm hal ini????
Salam Sifu.
Saya merupakan lepasan SPM 2007 dan saya memperoleh keputusan yg teruk.
ini keputusan saya,
bm 5c
bi 7d
math 9g
sc 6c
ag 4b
ts.islam 4b
pd 8e
eko 8e
sej 7d
sebenarnya hasrat saya selepas ini hendak melanjutkan pelajaran tetapi saya tidak tahu ke mana arah yg terbaik harus saya tuju dengan keputusan SPM yg tidak seberapa.bidang yg saya minat ialah fotografi dan teknologi maklumat.
saya begitu berharap sifu dapat memberi pandangan dan nasihat.
Medanselera,
Kalau dah ke T6, tak payahlah ulang SPM, teruskan saja persediaan STPM. Bila di sana keputusan MUET awak boleh menggantikan prestasi 4B BI awak tu. Nasihat sifu go for Band 3 minimum, band 4 lagilah, tahap maksimum.
Kalau tak yakin akan dapat MUET band 3 tu, maka lebih baik cepat-cepat dapatkan borang. Baca iklan ini, http://www.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=193&Itemid=33
dan dapatkan maklumat dan borang SPM 2008 bagi calon persendirian,
http://www.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=191&Itemid=29
Kakibola,
Semua ada peluang. Tetapi jelas dari kelayakan permohonan, fresh student akan dapat tempat lebih banyak berbanding calon lama. Sifu tak tahu langsung polisi rasmi tetapi begitulah mengikut tafsiran sifu apabila melihat syarat permohonan yang disediakan dilamanweb MOHE.
ita,
Dari segi strategi merancang kejayaan, PDT adalah lebih baik dari menduduki STPM jika sememangnya hanya merancang nak masuk ke IPTA dalam negara. Jika nak merancang laluan ke luar negara, spt kata Ita sendiri, ambillah laluan ke STPM. memang benar STPM diiktiraf di banyak negara luar termasuklah negara-negara komanwel.
Jika itu niat Ita, then go for CGPA 4.00, maknanya semua 4/5 subjek STPM prinsipal dgn gred A juga.
Keputusan ditangan anda. Nasihat sifu, kalau ke STPM jangan pula menyesal, krn ada banyak suara-suara halus yang boleh membatalkan niat awak tu. Tapi sifu bagi pedoman. Ramai juga pelajar cemerlang terutama dari kalangan kaum cina yang sengaja memilih STPM kerana nilainya tinggi tetapi kos belajar termurah. Begitu juga pelajar kaum lain turut memilih STPM atas faktor yang sama.
Pelajar hanya perlu membayar yuran sekolah dan membeli buku-buku sendiri. Tiada kos wajib lain. Tetapi apabila mendapat keputusan cemerlang awak turut mendapat peluang sama rata dengan pelajar yang mengambil diploma di IPTA/IPTS diiktiraf yang kos pengajian mencecah keseluruhan RM6000-RM10000. Jelas terbukti dalam dada akhbar utama yang melaporkan keputusan STPM baru-baru ini.
ita,
Dari segi strategi merancang kejayaan, PDT adalah lebih baik dari menduduki STPM jika sememangnya hanya merancang nak masuk ke IPTA dalam negara. Jika nak merancang laluan ke luar negara, spt kata Ita sendiri, ambillah laluan ke STPM. memang benar STPM diiktiraf di banyak negara luar termasuklah negara-negara komanwel.
Jika itu niat Ita, then go for CGPA 4.00, maknanya semua 4/5 subjek STPM prinsipal dgn gred A juga.
Keputusan ditangan anda. Nasihat sifu, kalau ke STPM jangan pula menyesal, krn ada banyak suara-suara halus yang boleh membatalkan niat awak tu. Tapi sifu bagi pedoman. Ramai juga pelajar cemerlang terutama dari kalangan kaum cina yang sengaja memilih STPM kerana nilainya tinggi tetapi kos belajar termurah. Begitu juga pelajar kaum lain turut memilih STPM atas faktor yang sama.
Pelajar hanya perlu membayar yuran sekolah dan membeli buku-buku sendiri. Tiada kos wajib lain. Tetapi apabila mendapat keputusan cemerlang awak turut mendapat peluang sama rata dengan pelajar yang mengambil diploma di IPTA/IPTS diiktiraf yang kos pengajian mencecah keseluruhan RM6000-RM10000. Jelas terbukti dalam dada akhbar utama yang melaporkan keputusan STPM baru-baru ini.
Eisya,
seperti juga nasihat sifu kepada pelajar lain, awak tetap berpeluang masuk matrikulasi kalau tak ke PST mungkin di beri PDT.
Kalau dah tak minat, janganlah apply jadi guru. Nanti awak juga akan menyesal. Degree in law juga boleh. Sifu harap awak ada juga memohon diploma undang-undang di IPTA lain.
kalau tak dapat, masuk aje ke tingkatan enam. Awak tetap berpeluang ke ijazah kemudiannya.
Nasrul,
kata-kata orang itu adalah satu dakyah. Apahal pula waste of time. Itu seakan-akan merendah-rendahkan pelajar cemerlang STPM. Yang menjadi masalah ialah ramai pelajar yang masuk ke tingkatan enam lambat berubah atau tidak dapat berubah menjadi lebih baik dari semasa tingkatan lima. Mungkin kerana suasana sekolah, maka mereka bertingkahlaku seperti pelajar menngah atas, walhal mereka ini dah mencapat taraf pra-universiti. Ianya akan membazir masa pelajar jika pelajar itu sendiri hanya belajar jika disogokkan guru sedangkan KBKK dan dorongan kendiri telah menjadi elemen penting kejayaan pelajar. Dari segi percaturan, memanglah STPM berisiko kerana ia hanya diuji diakhir pengajian anda sedangkan di matrikulasi ia mengamalkan sistem semester.
Juga benar, matrikulasi sukar mendapat pointer yang tinggi. Persoalan sebenar ialah, adakah awak suka menjadikan pelajar sebegitu sebagai contoh yang ideal. Tahu tak awak masih ramai pelajar yang cemerlang CGPA 4.00 bagi jurusan sains dan jurusan perakaunan. Pelajar matriks sebeginilah yang awak mesti lihat. Dengan kata lain tak mustahil awak juga boleh mendapat kecemerlangan yang sama di matriks nanti selagi anda menginginkannya sungguh-sungguh.
Apabila masuk matriks, hadiri semua kuliah dengan tekad untuk mengubah sejarah silam SPM awak. SEmakin tinggi cita-cita awak dan semakin popular program ijazah yang bakal anda pohon, maka semakin tinggi CGPA yang harus anda hidangkan kepada UPU ketika memohon tahun hadapan (PST) atau 2 tahun kemudian (PDT).
Permohonan diploma perakaunan dan jurusna perakaunan itu sifu sokong. Anda berkelayakan untuk memohonnya. Best of luck to you.
Pasal biasiswa tu, pohon saja selag boleh, tak dapat tak ape, PTPTN ada selagi layaklah.
Harap anda faham kata-kata sifu.
Ezat,
Maaflah apa yang sifu kata akan mengecewakan awak. Nampak gaya peluang awak amat terhad utk kemasukan diploma. Gred Math dan BI awak sendiri menggagalkan peluang itu.
Nasihat sifu, sila ambil SPM ulangan kertas julai ini. Tarikh tutup minggu tak lama lagi, so jangan ragu-ragu. Ambil kertas matematik dan harap-harap ia akan berubah menjadi kredit 5C ke atas. Boleh, yakin dan usaha untuk menukarkan nombor 9 itu. Selagi matematik tak diubah, selagi itu minat awak ke bidang ICT akan sukar menjadi kenyataan di IPTA. Juga ambillah semula BI di bulan November. Kalau anda memilih mengulang kedua-dua Math, dan BI, maka anda juga boleh memilih untuk melakukan patching itu di bulan November, kerana lebih menjimatkan masa. Fahamkan.
Tetapi jika awak ada sumber kewangan, awak bolehlah mencuba memohon masuk ke IPTS. Ramai juga pelajar yang beralih ke IPTS kerana syarat kemasukan agak longgar berbanding IPTS. Apa yang penting ialah kesungguhan awak mengubah nasib ini kepada yang lebih baik. Jika ke IPTS, ambillah program yang diiktiraf oleh AKM (dulunya LAN) dan dari kolej atau universiti yang juga diiktiraf. Awak juga boleh cuba memohon kolej-kolej komuniti yang berdekatan.
Sifu ada mengenali pelajar SPM 2006 lepas yang keputusannya tidak memuaskan, sekarg ini belajar di kolej swasta dengan pembiayaan keluarga sendiri. Beliau mengambil bidang berkaitan IT, tak silap sifu multimedia designs. Itulah sebenarnya minat beliau. Tak tau pula perkembangan pelajar itu, tapi sifu harap yang baik-baik saja.
Tak ada wang atau kos terlalu tinggi, maka awak bolehlah memasuki T6. Tunggu pengumuman JPN masing-masing dalam bulan Mei selalunya. Jika tidak ditawarkan ke t6, merayulah. Dan jika dah ada disana sedarlah STPM sama susahnya mengambil diploma di IPTA atau matrikulasi. Bezanya ialah pelajar STPM berada di sekolah lama awak, manakala pelajar matriks dan diploma di kampus masing-masing. Di STPM nanti, berubahlah dengan erti kata sebenar, dan tunjukkan bahawa awak boleh mendapat keputusan STPM 2009 nanti dengan cemerlang, 4 prinsipal dengan gred A.
Fotografi? UiTM ada menawarkan diploma Diploma Seni Lukis & Seni Reka sebagai laluan ke ijazah fotografi dan pengimejan kreatif. Tetapi macam biasalah, memerlukan awak memenuhi syarat minimum iaitu:
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
· Bahasa Inggeris
· Pendidikan Seni/Lukisan Kejuruteraan/Rekacipta/Seni Reka Tanda/Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan/Sains/Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian/Pengajian Pakaian
DAN
· Lulus Matematik / Matematik Tambahan
SERTA
Tidak rabun/buta warna
Nota: Lulus ujian melukis, kreativiti serta ujian rabun/buta warna dan temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti.
Jadi oleh itu sifu nasihatkan baiki BI awak tahun ini juga, supaya dapat memohon diploma tersebut bagi tahun 2009 pula nanti. Lebih baik lambat tapi dapat daripada tak dapat-dapat, ye tak.
Eisya,
Kalau itu dah kehendak eisya, teruskan saja cita-cita awak tu nak jadi doktor. Kalau dapat matrikulasi realisasikan kehendak awak nak baiki prestasi awak. Tak dapat, pergi ke aliran sains di T6. JIka sekolah awak tak ada, cari dan pindah ke sekolah yang ada Form6 aliran sains. Need to sacrifice. Belajar di STPM susah memang susah, belajar di matrikulasi pun apa kurangnya. Belajar di STPM pun ada senangnya, begitu juga di matrikulasi. Yang menjadi penentu utama ialah diri awak sendiri, bagaimana memacu kudrat dan intelek awak seterusnya.
Kalau tak dapat juga jadi doktor, barulah awak berpindah ke diploma undang-undang sepertimana yang awak nak, sebab yang itupun awak layak. Tapi eisya hendaklah sedari juga bahawa ada banyak lagi bidang lain yang eisya boleh ceburi, dan boleh membantu mencapai kerjaya yang lebih baik mengikut kemahiran baru eisya. Ingat, ada orang yang tak minat nak pergi ke bidang perniagaan, pengurusan dan perakaunan. Tetapi apabila mereka rasional dan apabila mendapat peluang sebegitu, dapat mengukir kerjaya baru bagi dirinya serta berjaya di dalam karier tersebut.
Moral of the story, anda tidak gagal dalam hidup, tetapi anda gagal jika tidak berani mengambil peluang alternatif yang juga beri kebaikan yang serupa, kalaupun tak sama.
sifu,
saya nk ucapkan time kasih bebanyak krn sudi jwb persoalan saya.saya ade satu soalan lg…agaknye…kalo kite lepasan ipts…..senang ke nk cari keje?org kate sijil lepasan ipts tak laku..malah lepasan ipta pon ramai yg mengangur…..tlg beri komen sifu…..tq
sifu.
saya ucapkan ribuan terima kasih atas pandangan dan nasihat sifu.
selain itu,saya akan mengikuti latihan PLKN pada bulan Jun ini.
bolehkah saya mengambil ulangan kertas math dan b.i pada bulan Disember?
salam sifu..,
setelah sy bce surat khbr psl upu ni..,sy boleh rse yg peluang sy utk ambk coz mdic agak ssh..selain mdic,apakah course yg sifu rse sy ptut pilih utk diisi dlm borang upu brdasarkn result sy..di sini sy nyatakn 8 pilihan yg telah sy buat wlpn sy belum yakin..
1)diploma undang2
2)” perakaunan
3)” sains komputer(teknologi mklumat)
4)” sains geometik (sistem geografi
5)” pengurusan bank
6)” teknologi maklmt
lagi 2 sy msh pikir course yg ssuai..sy pn ade pkir nk ltk perubatan dan kejuruteraan..erm,boleh sifu bantu sy dgn memberi cadangan pilihan yg ptut sy ambik agr sy dpt mengisi 8pilihan itu dgn tepat dan yakin..sy th sifu jauh lebih arif dlm hal ni..hrp sifu sudi bantu..,
opps sifu.
ada lagi satu soalan,
jika saya ingin melanjutkan pelajaran saya di IPTS,
Boleh sifu beri pandangan,IPTS yg mana satu sifu anggap yg bagus utk minat saya spt dalam bidang fotografi dan ict?
hello sifu!!sy ialah lepasan spm 2007.sy tak tau nak kemana lepas ne.sbb result yg sy dpt sngat teruk.keptsan yg sy dpt ialah bm d7,bi d7,mt e8,sn c5,sj e8,pdg e8,sj e8,s.sukan c6,eko asas g9.di mana ka sy harus pergi selepas ne?adakah sy ptt mengulang sekali lg?
terima kasih sifu atas clarification tentang pertanyaan ” calon first timer atau ulangan siapa yang lebih berpeluang ke ipta..”..thank you..
salam sifu..saya merupakan bekas pelajar sbp di jb..saya ada memohon biasiswa tajaan MARA dalam program ijazah luar negara..memandangkan saya mendapat 10a dlm SPM..saya bercadang untuk mengejar cita2 saya iaitu menjadi seorg doktor pakar bius..
sifu..sebagai persediaan awal andai saya dipanggil untuk interview…bolehkah sifu beri saya..
1. tips2 utk interview biasiswa tajaan MARA untuk ke luar
negara dalam bidang perubatan?
2. apakah isu2 yang akan ditanya?
3. bagaimana saya hendak menarik perhatian penemuduga?
4. apakah sijil2 yg saya hrus bawa?
terima kasih..harap sifu dpt membntu saya..
salam….saya sebernarnya nak tahu apa maksud ijazah pertama di ipta???saya kelirulah…
ok TQ bebanyak.. tp subject MUET tu wajib ambik kalo misalannya masuk f6 nanti ker? apa beza MUET band 3 ngan band 4???….(1st time dgr…hehe!!)
sifu.
betul ke kalau dah smpai twrn upu, twrn laen takkan datang?? matrik punyer surat pun takkan sampi ke?
assalamualaikum sifu,
saya lepasan spm 2007,
di sini saya sertakan keputusan spm:
BM-A1
BI-A1
MM-A1
BIO-A2
KM-A2
PI-A2
SJ-B3
FZ-B3
MT-B3
EST-B4
saya berhasrat utk mendapatkan biasiswa jpa, ttp melihat kepada keputusan spm, saya tidak layak utk mendapatkannya. adakah saya berpeluang mendapatkan biasiswa jpa sekiranya saya mendapat CGPA 4.0 semasa di matriks?. abang saya merupakan pemegang biasiswa jpa, bolehkan jpa memberikan biasiswa kepada dua orang ahli keluarga pada satu2 masa?.
saya agak musykil dgn kursus yg sesuai dgn saya. selain perubatan, saya agak berminat dlm bidang rekabentuk dalaman. ttp saya tidak pasti sama ada kerjaya sbg interior designer boleh menjamin masa depan saya. adakah interior designer diperlukan oleh negara sepertimana bidang kedoktoran dan farmasi?
saya mahu pendapat sifu mengenai tempat pengajian. saya adalah seorang bumiputera, adakah berbaloi sekiranya saya melanjutkan pelajaran ke IPTS(melalui pinjaman MARA) walaupun saya mendapat tawaran ke matrikulasi? dengar cerita, sesetengah IPTS menawarkan pengajian yg lebih berkualiti berbanding IPTA. di samping itu, bahasa yg digunakan di IPTS adalah 100% bahasa inggeris, jd saya boleh melatih diri saya berkomunikasi dlm BI dgn lebih baik lagi. adakah ianya benar?
dyanadileme,
Peluang cari kerja, pada pandangan sifu, sama rata sama ada awak graduan IPTA ataupun IPTS. Apa yang bakal majikan cari dari kalangan pencari kerja adalah berbeza dari satu majikan ke majikan lain. Ada sesetengahnya lebih fokus kepada kemahiran handson. Ada pula memerlukan kemahiran ilmiah semata-mata. Ambil contoh, pelajar ijazah sains kimia, sifu pasti yang dipentingkan ialah penguasaan ilmu sebagai perkara utama, kemudian apa-apa pengalaman berkaitan. Graduan perniagaan dan pemasaran pula, sifu yakin bakal majikan menghendaki graduan yang berketrampilan menyeluruh seperti penguasaan bahasa, kemahiran komunikasi, penampilan diri, outspoken, berani, kreatif sebagai ciri utama. Pelajar yang terbaik pun tetapi tidak berkertampilan dan tidak kreatif tidak akan diambil. Ciri-ciri ini boleh mereka ketahui melalui proses menemuduga graduan.
Akan tetapi ada sesetengah graduan IPTS akan mendapat peluang lebih baik dari IPTA kerana aspek pendedahan dan pembelajaran. Program diploma/ijazah sains komputer dan rekabentuk multimedia (ada pelbagai nama lain lagi), graduan di satu kolej swasta (tak dapat sebut nama) lebih berpotensi dipilih dari kalangan syarikat swasta kerana peluang pembelajaran mereka yang lebih spesifik, berorientasikan keperluan industri semasa dan penggunaan alatan dan aplikasi terkini. berbanding pelajar IPTA dalam bidang yang hampir sama, sifu difahamkan siswazah di IPTA masih belajar bahasa komputer yang lama, manakala bahasa atau pemprograman terkini tidak diajar pula. Aplikasi multimedia yang digunakan diIPTA juga belum dinaik taraf sehinggakan graduan yang kreatif pun gagal dalam pasaran kerana tidak pernah berpeluang menggunakan perisian (legit dan berlesen) yang sedang digunapakai dalam industri pengiklanan, perfileman dan penerbitan TV.
Itu contoh saya demi perbincangan matang. Maklumat sebegini sifu dapat melalui pembacaan kerap di media-media lain dari semasa ke semasa. Apa-apapun janganlah terlalu risau tentang kenyataan di atas, mana tau IPTA sekarang telahpun menaiktaraf alatan dan perisian mereka demi penyesuaian ke araha keperluan industri. Tetapi bagi bidang yang tak berkaitan teknologi, sifu tetap yakin peluang sama rata.
Ezat,
Dalam kes itu, pastikan awak dah isi borang mengambil SPM sebagi calon persendirian, secepat mungkin. LEbih baik lagi, secepat isnin depan kerana dah nak tutup. Sila rujuk lamanweb MOE untuk mengetahui tarikh tutup sebenar. Kalau tak awak akan kerugian 2 tahun, kerana nak membaiki BI mesti dalam peperiksaan November sahaja. Matematik pula, seperti kita discuss sebelum ini, sekaligus ajelah.
Tentang IPTS, sifu tak dapat nak rekomen kolej terbaik dalam bidang IT atau fotografi. Tak apa, lain kali kalau ada lagi pameran pendidikan tinggi IPT awak pastikan dapat menghadirinya. Tips ringkas ialah, bagi setiap IPTS yang awak rasa ada potensi, awak hendaklah rujuk pula kursus atau program yang mereka tawarkan dengan agensi seperti Malaysian Qualification Agency (dulu LAN) di http://www.lan.gov.my untuk mengetahui sama ada diploma/ijazaha mereka diiktiraf atau tidak. Anda boleh mengemel kolej itu juga dari semasa ke semasa.
Okay, harap dapat menjawab kedua-dua soalan Ezat.
Maa,
Menarik pilihan awak. Itu namanya peluang kalau dapat keputusan yang terbaik.
1)diploma undang2
2)” perakaunan
3)” sains komputer(teknologi mklumat)
4)” sains geometik (sistem geografi
5)” pengurusan bank
6)” teknologi maklmt
Sukar bagi sifu nak bagi nasihat yang benar-benar sesuai kerana belum pernah mengenali Maa dari dekat. Tetapi sifu akan cuba berdasarkan andaian sifu terhadap kebolehan dan keupayaan awak.
7. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan UiTM
8. Diploma Teknologi Makmal Perubatan – UDM atau UiTM
9. Diploma Sains Aktuari – UiTM (jika Maa minat sangat kerjaya menganalisis dan statistics)
Tapi nak beritahu awal-awal ni, sifu pun tak tau apa pengisian dan peluang diploma teknologi makmal perubatan, tapi tajuk diploma itu membayangkan peluang sama rata di industri kesihatan, klinik, hospital, pusat kecantikan dsb. Maa, dapatkan maklumat lanjut di UDM, okay. Actuari masih baru di Malaysia, kalau berpeluang apa salahnya kerana dari pembacaan sifu, profesional sebegini dibayar gaji yang lumayan. Tapi ramai juga yang tahu, so mugkin juga ramai pemohon, awak akan ramai pesaing. Tapi cuba sajalah.
wellz,
Demi peluang bertambah pada masa akan datang untuk melanjut pelajaran ke IPTA di peringkat ijazah, maka sifu nasihatkan wellz mengulang semua subjek yang lulus aje tu.
Kalau nak setakat sijil kemahiran, wellz boleh juga mencuba masuk ke IKBN (institut Kemahiran Belia Negara) atau GiatMARA dalam peringkat sijil. Selain itu, rasanya anda boleh cuba memohon kemasukan politeknik peringkat sijil kemahiran juga.
Jika wellz bercita-cita nak mengambil diploma di IPTA, tak ada jalan pintas melainkan memperbaiki keputusan SPM awak. Mohonlah cepat-cepat menjadi calon persendirian SPM tahun ini, tinggal beberapa hari saja lagi. Kalau sempat, isnin ini uruskan di Pejabat pelajaran daerah terdekat atau terus ke JPN masing-masing.
Sifu tak galakkan awak tergesa-gesa masuk ke IPTS, tapi boleh cuba dalam bidang kemanusiaan. Masalahnya ialah kos pembelajaran dan sama ada program diploma IPTS itu diiktiraf atau tidak. Ada banyak kolej yang wujud di negeri-negeri, tetapi sebenarnya hanya menawarkan program francais IPT seperti UTM atau USM. Tetapi kosnya tinggi berbanding kalau belajar secara langsung di IPTA. Ada juga IPTS yang menawarkan sijil, so tiada masalah pengiktirafan, cuma lagi peringkat sijil TIDAK akan dapat diguna menggantikan keputusan SPM awak. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mengulang SPM, itu lebih baik jika niat dihati bakal sambung belajar ke IPTS ataupun IPTA.
nadia,
Sifu bukanlah kaunselor atau pakar runding. Sifu tak ada tips mujarab.
Tetapi sifu berkongsi panduan dan pengalaman sifu, bolehkan. Tapi sifu lelakilah…
Apa yang perlu nadia ada semasa ditemuduga.
1. Pakaian kemas, sopan dan berketrampilan. Perempuan lebih mudah, berpakaian baju kurung (moden/tradisional), tidak keterlaluan dari segi aksesori. Jika bertudung, pastikan tudung itu kemas, bukannya seperti berselendang, ala yang ‘buang’ hujung tudung ke bahu tu.
2. Warna pakaian tidak juga luntur, kusam dan tidak juga hitam. Pilihlah warna cerah, menarik seperti biru, merah muda, dan pemakai akan kelihatan muda tetapi matang.
3. Bila bercakap, suara mesti kedengaran berkeyakinan. Jangan tersekat-sekat, jangan pula seperti mengunyah sesuatu di dalam mulut. Sebutan perkataan dalam BM atau BI hendaklah betul dari segi penggunaan. Sesetengah penemuduga tidak mahu interviwee tercakap dalam dialek.
4. Selalunya penemuduga akan meminta anda bercerita tentang diri anda secara umum. Anda mesti ceritakan tentang diri anda dalam masa 3 minit atau kurang. Itu yang dikehendaki. Oleh itu anda mesti bercerita dengan tertib dan tersusun indah, seolah-olah anda petah bercakap. Itu sebenarnya yang mereka inginkan. Maka inilah peluang anda mengetengahkan kemahiran komunikasi asas anda. Kalau perlu buat persediaan awal di rumah. Apa yang perlu anda ceritakan dengan spontan itu?
a. nama anda, nama penuh
b. lahir di mana, adik beradik dan anak ke berapa
c. kerjaya ayah dan ibu, atau penjaga sekarang
d. bersekolah rendah di sekolah mana
e. bersekolah menengah di sekolah mana dan pencapaian dalam peperiksaan PMR dan SPM yang lalu, tunjukkan yang anda berbangga dgn kejayaan itu tetapi menyatakan keinginan untk mengekal atau meningkatkan lagi prestasi semasa di universiti kelak.
f. Hobi awak dan kegiatan riadah awak. JANGAN cakap hobi awak hanya mendengar radio semata-mata. Hobi awak sepatutnya yang lain-lain dan sukan digemari.
Cukuplah di situ rasanya. Sebenarnya penemuduga sekadar nak memberi awak sedikit keselesaan sebelum soalan sebenar ditanya. Tetapi pada masa yang sama cara anda menceritakan tentang diri awak dan keluarga boleh memberikan gambaran tentang kepetahan anda berbicara, kejelasan dan keyakinan diri.
Jika disoal kenapa nak masuk bidang perubatan. Jawablah seikhlasnya, jangan pula terkeluar perkataan sekadar nak ikut kawan. Anda mesti gambarkan anda telah mengetahui latar belakang kerjaya doktor perubatan. Untuk itu mulalah membaca mana-mana majalah atau dari internet tentang kerjaya atau kisah doktor di Malaysia atau negara lain.
Adakah anda mengetahui kontrak dengan kerajaan. Tahukah anda bhw pelajar perubatan yang ditaja oleh kerajaan wajib bertugas di hospital kerajaan bagi tempoh tertentu. Nyatakan keyakinan anda memenuhi kontrak dengan kerajaan itu. Itupun kalau mereka tanya, jika tidak maka tak perlulah bercerita tentangnya.
3. bagaimana saya hendak menarik perhatian penemuduga?
Salah satunya ialah tips di atas tadi, appearance serta first impression penting. Kemahiran berkomunikasi dalam BI dengan baik sangat membantu. Pengetahuan am tentang isu semasa yang tidak berkaitan dengan perubatan juga penting seperti situasi ekonomi malaysia buat masa ini, pandangan anda tentang isu kenaikan harga dan isu pengangguran atau apa-apa isu yang perlu anda ketahui seperti masalah sosial remaja dan belia negara. Anda diharapkan akan dapat mengulas beberapa aspek tentang perkara itu, dari kaca mata anda sendiri.
4. apakah sijil2 yg saya hrus bawa?
Semua yang diminta, plus yang boleh ngukuhkan peluang anda. Pernah berdebat? bawa sekali sijil penghargaan atau sijil kemenangan anda. Pernah menjadi juara atau tempat kedua atau ketiga dalam mana-mana acara sukan, tunjukkan bukti (jika adalah). Pernah menulis karya atau artikel dan diterbitkan dalam majalah, surat khabar atau media cetak lain, tunjukkan potongan akhbar atau kepilan karya atau artikel itu. Pernah meyertai mana-mana acara besar diperingkat negeri, tunjukkan juga.
Semua sijil hendaklah disusun dengan kemas di dalam fail SIJIL. Awak susun sijil-sijil, keratan akhbar mengikut urutan berikut:
1. transkrip SPM 2007
2. sijil atau perakuan aktiviti ko-kurikulum awak
3. sijil berhenti sekolah
4. keputusn PMR yang lalu
5. sijil kelahiran asal
6. salinan sijil kelahiran ayah dan ibu (selalunya diminta penaja)
7. salinan kd pengenalan ayah dan ibu
8. sijil-sijil kokurikulum mulakan dengan pencapaian terkini, sebaiknya mengikut urutan tahun ke belakang (2007, 2006, 2005 dan seterusnya)
9. Artikel atau keratan akhbar/majalah bukti penglibatan anda (jika ada). Ianya selalu tidak diminta tetapi sebagai nilai tambah kualiti anda sebagai pelajar)
Itu sajalah yang sifu ingat. Maaflah jika nasihat sifu ini menyimpang dari yang ditanya atau masih kurang. Apa-apapun jika berkesempatan, ziarahi kaunselor sekolah awak dan dapatkan nasihat lanjut bagaimana menghadapi temuduga. Sifu yakin kaunselor ada modul berkaitan perkara tersebut. Selebihnya anda juga boleh mencari buku berkaitan panduan menghadapi temuduga, tak kisahlah jika ia berkaitan temuduga kerja. Prinsipnya tetap serupa.
Nurul,
Ijazah pertama tu peringkat ijazah yang korang akan pohonlah tu. ia juga dikenali sebagai ijazah sarjana muda. Utk pengetahuan nurul, peringat Master dan PhD (doktor falsafah) tu pun adalah ijazah tetapi dipanggil ijazah sarjana kerana ia berstatus pendidikan kepakaran.
harap menjawab pertanyaan nurul.
Medan Selera aka diout90 (baru perasan) emel yg sama,
MUET digalakkan diambil semasa F6 tetapi jika gagal anda akan mengulang semasa di IPT nanti. Patut di ambil kerana sekarang ni antara syarat khas masuk program ijazah di IPTA ialah pencapaian MUET. Ia boleh mengganti pencapaian BI dalam SPM jika MUET lebih baik.
MUET dinilai dan digredkan secara menaik. Band 1 maknanya prestasi terendah, manakala Band 6 prestasi dan penguasaan BI tertinggi mengikut keperluan Universiti tempatan. Oh, MUET stands for Malaysia University English Test.
Selalunya IPTA mensyaratkan pelajar mencapai Band tertentu sebelum layak memohon ijazah tertentu. Sebagai contoh kemasukan ke ijazah perakaunan di UiTM memerlukan pelajar memperoleh keputusan MUET sekurang-kurangnya band 4. Sifu berandaian pelajar dengan band 4 ini mempunyai penguasaan BI yang agak tinggi dari segi penulisan dan pertuturan, above average person. Ada sesetangah program ijzah hanya memerlukan band 2.
Harap penerangan ringkas ini membantu. Maklumat lanjut rujuk di MOHE.gov.my
Eisya,
begitulah lebih kurang prosedur. Ini kerana penyelarasan dibuat di peringkat kementerian pengajian tinggi kesemuanya, baik matrikulasi KPM, diploma atah kursus asasi IPTA, ataupun politeknik.
lavenderia2006,
Tahniah, pencapaian sangat baik dan boleh juga dianggap cemerlang. Anda seharusnya berbangga dengan pencapaian ini disamping bersyukur kepadaNya.
Nilah yang juga menjadi tanda tanya sifu. Setakat maklumat yang sifu tahu, memang polisi dalaman JPA untuk hanya menawarkan 1 biasiswa kepada 1 keluarga pada satu-satu masa. Sifu harap sifu SALAH, kerana maklumat ini tidak rasmi. Contohnya mudah pelajar kembar yang cemerlang kedua-duanya. Biasiswa hanya akan ditawarkan, jika penuhi semua syarat, kepada seorang anak shj. Ini untuk mengelakkan pertuduhan salahguna dana dan sebagainya. Tetapi jika 1 keluarga itu ada 2 anak yang cemerlang dan layak ditawarkan biasiswa, bilamasa anak 1 tamat, anak 2 baru mula belajar, maka tak timbul masalah seperti kes pasangan kembar. Tetapi anda harus juga ingat, selagi anda boleh mengisi borang, selagi anda layak memohon, maka seperti orang lain juga, cuba saja memohon biasiswa JPA dan biasiswa lain yang ada diiklankan. Lebih baik mencuba dari menyerah kalah semata-mata kerana membaca tulisan sifu di atas. hahaha.
Sifu juga musykil. Setakat pembacaan sifu, peluang kerjaya interior designer masih di peringkat meningkat maju. Permintaan khidmat interior designer tertumpu kepada sektor korporat, tetapi permintaan domestik (rumah atau kediaman) sangat kecil. Sebab itu juga tak ramai ‘interior designer’ yang menonjol seperti Eric, berbanding kerjaya ‘chef’. Jika awak pasti awak boleh membawa perubahan kepada diri awak dan industri ini, maka kenapa tidak anda mencuba. Bidang seni dan kreatif sebegini memerlukan ‘keberanian’ untuk menceburinya. Selpas itu, kreativiti serta ‘passion’. Selepas itu peluang berjaya sebagai karier. Itu awak kena cipta sendiri, janganlah mengharapkan kerajaan atau agensi tertentu mencipta kemajuan industri interior design. Kerana perluan mendesak dalam bidang kedoktoran dan sains berkaitan penciptaan dan inovasi, maka kerajaan berbelanja berbilion ringgit ke arah pendidikan doktor perubatan mahupun bidang sains tadi.
JIka awak nak pergi ke IPTS, pastikan ianya bidang-bidang yang benar-benar diperlukan dan anda mendapat maklumat yang tepat tentang perkara itu. Ada sesetengah IPTS smemangnya berkaliber dalam hal ICT dan pecahan ICT (multimedia, animation and games design, etc). Tetapi tidak semestinya benar bagi bidang-bidang lain. Bergantung kepada IPTS itu sendiri. Sifu sendiri bersandarkan bacaan, berani mencadangkan kolej atau universiti sunway atau Cosmopolitan. Tetapi kolej ini yurannya agak tinggi tetapi kebagusannya ialah saiz kelas yang kecil membolehkan setiap pelajar mendapat kualiti pendidikan. IPTA juga berkualiti cuma lagi kehadiran kuliah antara 40 – 100 orang pada satu-satu masih menyebabkan sistem di IPTA tidak boleh mengikuti pendekatan di kolej swasta. Kerajaan mampu menanggun kos pelajar di IPTA tetapi kolej swasta memerlukan yuran yang tinggi untuk membayar pensyarah. Ambil contoh kiraan mudah ini. 1 pensyarah utuk 15 orang di IPTS A, tetapi 1 pensyarah utuk 100 orang di IPTA B. Kalaulah gaji pensyarah itu RM8000 sebulan, maka 6000/15 orang, bersamaan RM400 seorang pelajar. Tetapi di IPTA B, gaji pensyarah baru ialah RM6000/100 orang, RM60 seorang pelajar.
Sebab itu IPTA murah tetapi akan ada kesan negatifnya. IPTS mahal, tapi akan ada kesan positifnya. Tetapi jika anda pasti nak ke IPTS dan dibiayai melalui pinjaman MARA, apa salahnya awak mencuba asal saja ibu bapa juga bersetuju.
Pada akhirnya bukanlah dari mana anda belajar tetapi apa yang anda dapat pelajari dan adakah kemahiran yang telah dibina itu dapat dijadikan sandaran mencipta karier anda.
thanks sifu.
oooo…TQ coz jelaskan on detail..blog ni bagus ek,..so sifu kalo lpas ni sy ada problem or tak braper jelas pasal ipta hopefully sifu dpt tolong ek..TQ!!
oooppps sori…satu lagi nak tanya…cousin sy laki…dia dpt A1 untuk bm,B3 untuk bi tp dia failed untuk maths, A1 untuk lukisan teknik.. n lain lain subjek mcm add maths physics sumer cukup cukup mkn..tp dia nak apply utk engineering…so dia ada pluang masuk engineering tak??n course lain apa yg yang sesuai utk dia apply lagi ek…org kata budak laki senang masuk u…harap sifu dpt tolong..TQ
tq bebanyak sifu..kerna sudi tlg jawab beberapa soalan…!!!!salam maulidur rasul..
kalau macam tu saya takde pilihan lainlah kalau surat twarn upu sampai ye?
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bukan muslim
sifu,result saya pada SPM 2007 byk mengecewakan saya
BM=B3
BI=B4
PISLAM=A1
SEJ=B3
MATHS=C5
ADD MATHS=E8
PHYSIC=D7
CHEM=D7
BIO=C5
EST=C6
harap sifu boleh tlg menilai tahap keputusan saya utk masuk dalam jurusan sains dalam sains hayat,farmasi dan mikro…sedih….result x berapa baik.adakah saya berpeluang masuk f6..saya harap sifu dapat reply secepat mungkin..
terima kasih
Medan Selera,
Boleh.
Cousin awak ada masalah subjek utama sains, so nak masuk engineering secara laluan pantas spt matrikulasi mahupun diploma sememangnya di luar jangkauan. Bidang engineering sememangnya memerlukan calon yang berkeupayaan. Add math, fizik beliau sendiri dah menjejaskan peluang beliau sendiri.
Cousin awak ada beberapa pilihan. Kepada sifu lebih baik dia mengulan SPM sebagai calon persendirian dan ambil semula semua subjek yang lulus dan gagal itu supaya mudah-mudahan menjadi gred kepujian (6C atau lebih baik lagi). Baru selepas itu menggunakan SPM 2008 memohon semula pada tahun 2009 kelak. Pilihan lain ialah memasuki program kemahiran peringkat sijil di IKBN, IKTBN, GiatMARA atau agensi kerajaan lain. Di sana ada banyak kursus kemahiran yang mungkin diminati oleh sepupu awak walaupun bukanlah kursus engineering sepenuhnya.
DI IKTBN, ada juga kursus diploma, Diploma Teknologi Mekanikal (Alatan & Acuan). Malangnya sifu tak dapat mencari maklumat tambahan mengenainya dari segi kelayakan akademik sebenar dan peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA selepas diploma itu. Oleh itu sifu nasihatkan, jika beliau berminat, hubungi terus pihak IKTBN (http://www.kbs.gov.my/kbswBM/KursusAPBM.php) dan dapatkan maklumat lanjut di sana.
Apa-apapun, setakat pengetahuan sifu, cousin awak itu mesti berani melalui laluan lain. Program kejuruteraan bukanlah program biasa,ia memerlukan pelajar lepasa SPM berkualiti. Penguasaan fizik, matematik dan matematik tambahan sangat penting untuk mengikuti pembelajaran teori dan praktikal di peringkat diploma. Tanpa penguasaan sedia ada, pelajar didapati akan gagal mengikuti kuliah kejuruteraan yang banyak mempelajari matematik peringkat lanjutan, asas dan teori kejuruteraan yang penting. Jika nak juga tetapi ke IPTA, maka tiada pilihan lain melainkan tahun ini mengulan SPM, berubah sikap, jujur untuk mengubah peluang, jujur dan amanah ketika belajar semula subjek-subjek terpenting itu dan jangan sekali-kali berputus asa.
Eisya,
Sememangnya begitu. Tips. Jika hajat di hati nak masuk ipta berdekatan tetapi UPU keluarkan tawarn ke ipta lain yang jauh. Awak ambil saja tawaran tu. Memang TAK boleh pindah Universiti, so tak jangan risikokan diri dengan menolak.
Tips 2, jika sanggup ambil risiko, tolak tawaran UPU. Lepas tu cuba memohon secara langsung dengan pihak IPTA berkenaan. Ia dipanggil laluan alternatif/laluan langsung. Awak terpaksa membuat rayuan keIPTA tersebut melalui unit pendaftaran dan hal ehwal pelajar (HEP). Tak semestinya dapat, dan tak semestinya semua IPTA membuka peluang sebegini. Sifu tahu UMS menerima rayuan tetapi kes-kes tertentu dan pelajar itu akan diserap masuk lewat (2nd atau 3rd intake, jika rayuan diterima). Itulah risikonya. UiTM pula ada ambilan Disember bagi program-program tertentu. Sila baca panduan dan syarat masuk UiTM. Ada program HANYA ambilan Julai, so kalau dah ada tawaran UPU kemasukan UiTM tapi di negeri lain, jangan tolak kerana kepada sifu takut berisiko.
amz,
Sejujurnya peluang awak masuk ke bidang yang awak hajati itu terlalu tipis buat masa sekarang. Masuk ke tingkatan enam tiada masalah, boleh, tetapi bukanlah ke jurusan sains. Awak berkemungkinan besar ditawarkan ke F6, jurusan sastera.
Jika awak nak juga memperjuangkan cita-cita itu, maka berkorbanlah. Duduki semula SPM 2008 ini dan ambil semua subjek sains tulen serta subjek lain yang awak dapat gred 7,8 atau 9 itu. Permohonan calon persendirian bakal tutup minggu depan so cepat-cepat. Ia dipanggil ‘patching’. Apabila memperoleh keputusan cemerlang SPM 2008 nanti, awak bolehlah menggunakan kedua-dua sijil SPM itu untuk permohonan ke diploma sains farmasi pada tahun 2009 nanti. Lama lagi kan. Tetapi itulah kesannya jika kelayakan SPM sekarang terkurang dari yang disyaratkan.
Jika Amz, ingin beralih ke bidang kemanusiaan, ada beberapa program diploma yang layak amz pohon. Kalau nak juga ke bidang aliran sains, cuba pohon diploma sains pertanian, sains perikanan. Ia tidak memerlukan kredit addmath, so no problem utk cuba memohon.
Sori, itu saja nasihat yang sifu boleh beri. Tabahkan hati, doa dan usaha. Gagal dapat tempat sekarang tak bermakna tak dapat tempat ambilan disember. Cubalah pula permohonan disember di UiTM atau politeknik. Tetapi sebagai langkah berhati-hati, pohon juga menjadi calon persendirian SPM 2008. Sementara menunggu peluang baru, maka adalah bijak jika awak baik SPM awak spy keputusan SPM itu bertambah bernilai dengan menggantikan subjek lulus gagal itu dengan keputusan baru. Jika dah ambil SPM 2008 november ini, awak ada juga memohon masuk ke diploma UiTM, maka baguslah, belajar rajin-rajin dan buktikan kepandaian awak dengan mendapat CGPA terbaik. Selepas 3 tahun di program diploma, mohonlah ijazah dan semasa memohon ijazah, akan ditanya keputusan SPM terdahulu. Pada masa itu awak tidak lagi menggunakan keputusan SPM 2007 semuanya, tetapi SPM 2008 juga. Awak tidak lagi isi tulis gred Add math 7D tetapi kerana dan ambil dlm SPM 2008, awak akan tulis gred add mathbaru awak iaitu 1A. Tak ke menguntungkan diri awak sendiri. Itu andaian sifu, jika awak sedar dan berusaha berubah. Belajar semula bersungguh-sungguh. Jika mengulang SPM tetapi tak belajar langsung, apapun alasannya, awak merugikan diri sendiri.
Okay, itu saja nasihat sifu. Maaf ye kalau mengecewakan amz.
ooo…tq bebanyak – banyak sifu…!!
thanks sifu … doakan kejayaan saya ye.
salam sifu…sya ade lagi beberapa soalan yg saya kurang jelas
1.kalo saya terima kos diploma yg sy kurang minat di ipta,saya boleh smbg kos lain x bile saya nk smbg ijazah??
2.kalo saya nk smbg f6,keputusan yg mcm mane yg bolehkn saya mlanjutkan plajar di ipta???
3.dilaman web http://www.uitmonline.edu.my ade tawarkan program pra diploma….kalo amek program tu mcm amek sijil ke???ade kena mengena ngan program upu ke???
Dyanadileme,
Sln1 : mana-mana diploma boleh diguna untuk sambung ijazah. Tetapi awak seharusnya melihat ijazah apa yang awak bakal ambil. Dari situ baru awak harus rancang diploma apa yang harus awak ikuti. Contoh mudah, jika awak mengikuti diploma perdagangan, sudah pasti sukar atau hampir mustahil diterima masuk ke ijazah sains farmasi. Contoh lain, diploma senibina tak akan dapat diguna untuk memohon ijazah perakaunan.
Sln2 : bergantung kepada aliran sains atau sastera. Dgn kombinasi subjke STPM yang sesuai, awak akan dapat melanjutkan ke program ijazah 2 tahun kmdn dalam bidang yang bersesuaian. Spt juga jwpn sln1 di atas, bergantung kpd ijazah apa bakal dipohon. Katakan bakal memohon bacelor sains farmasi melalui kelykn STPM, tetapi tak mengambil subjek sains tulen, sudah pasti tak dapat.
Sln3 : pra diploma adalah program khas untuk pelajar yang kelayakannya kurang dan tak dapat ditawarkan ke program diploma tetapi berpotensi. Tidak ada pula tersenarai dlm UPU. Hubungi terus UiTM kalau gitu. Apa yg berlaku ialah awk duduki pra-diploma belajar subjek tertentu termasuk subjek matematik dan sains tertentu (pra-dip sains) atau perakaunan asas (pra-dip perdagangan). Jika prestasi pra anda lebih baik, maka awak akan dapat memohon melanjutkan pelajran ke diploma di UiTM yang sesuai dgn kelayakan SPM dan pra-diploma itu.
Gitulah lebih kurangnya.
Pengumuman SEGERA.
Sifu dah kemas kini pos “Bagaimana melanjutkan pelajaran selepas SPM” di atas dengan peluang kemasukan ke pra-diploma UiTM. Maaf sifu terlupa tentang perkara ini ketika memberi cadangan kepada anda semua. Itupun nasib baik Dyanadileme bertanyakan tentang perkara ini.
Oleh itu, sila ambil perhatian pelajar-pelajar lain, AMZ, MEDAN SELERA/DIOUT90 dan sepupunya, EZAT, WELLZ, FAIRYLORD/CHAI – adik awak, EZZA dan mungkin yang lain. JIKA ANDA MEMENUHI SYARAT pra-diploma sifu galakkan awak memohon program pra-diploma itu. Jika anda pelajar aliran sains sebelum ini, sesuailah mencuba-cuba pra-diploma sains. Selepas setahun awak akan dapat memasuki peringkat diploma, kan ke best tu. Walaupun agak lambat ke ijazah tetapi masih berbaloi.
begitu juga jika anda pelajar aliran sastera ikhtisas atau sastera kemanusiaan, cubalah memohon pra-diploma perdagangan. Anda mungkin bertuah selepas 1 tahun mendapat tempat di diploma perakaunan atau sebagainya. Tetapi jangan lupa yang pra-perdagangan tu hanya di kampus Sabah. Pastikan emak ayah maklum perkara ini.
Cepat-cepatlah memohon, tarikh tutup 25 mac ini, HARI SELASA DEPAN!
Ucapkan terima kasih kepada Dyanadileme jika anda membaca komen sifu ini. Beliaulah yang membantu kita semua apabila bertanyakan peluang keemasan ini. Thank you Dyana.
oh yer sifu…
saya masih kurang jelas la dgn spm pangkat 1,pangkat 2 dan pangkat 3..
kalo org tanya spm kamo pangkat brape?
heh..
sy pun tak tahu nk jwap ape..
agak kurang jelas pasal bnda nh..
arap sifu boleh tolong jelaskan..
tq sifu.. you helped me a lot..nnti kalau saya ada kemusykilan lagi, saya tanye sifu lagi ye.. assalamualaikum
Ita, dah tak ada dah pangkat-pangkat ni. Kalau di tanya, jawab saja, kami dah tak ada sistem pangkat. Sekarang sistem SPM terbuka.
Sifu tak ingat dah bagaimana kiraannya.
same2 sifu..
thanxs gak kt sifu sbb byk tlg mnjwb soalan2 yg saya musykil…
insyallah saya akn sll mengunjungi blog sifu ni!!!
salam sifu..
saya pelajar lpasan spm 07..result yang sy boleh baru2 nie adalah
bi-a1
bm-a2
pai-a2
math-b3
addmath-b3
sej-b4
bio-c5
fizik-c5
kmia-d7
saya nak tanye apa pandangan sifu tentang pilihan kursus yang harus saya pilih brdsarkan result saye nie??please sifu….
Nurul,
Mungkin awak terpaksa pilih bidang dalam jurusan sastera atau kemanusiaan. Awak boleh dianggap mahir dari segi pemikiran analitikal berdasarkan pencapaian 2 subjek math awak. Apa kata cuba mohon matrikulasi jurusan perakaunan atau terus ke diploma perakaunan. Selain itu bidang ekonomi atau pengurusan mungkin sesuai dengan kebolehan awak.
Dengan penguasaan BI yang baik juga awak boleh mencuba menceburi bidang undang-undang.
TQ sifu..tapi saya x paham ada tulisan kat sebelah…
lihat dibawah..
Nota:
Calon yang lulus program ini akan diserapkan ke program Diploma yang berasaskan Sains dan Teknologi
ATAU
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
(melalui proses temuduga)
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
(melalui proses temuduga)
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
(Bagi Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
Fakulti Pengurusan Maklumat
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
(melalui proses temuduga)
saya x paham lar sifu ttg pra-diploma sains ini sifu dan apakah kursus sesuai utk saya masuk ke f6..saya buntu..
Terima kasih atas bantuan sifu
Amz,
jika anda belajar di pra-diploma, selepas 1 tahun dgn keputusan yang cemerlang (CGPA terbaik), maka anda boleh memohon masuk ke bidang-bidang yang anda sukai sepertimana di UiTM. Jika mengambil pra-diploma sains, maka anda selayaknya memohon diploma UiTM dalam jurusan sain dan teknologi. Mungkin selepas itu anda boleh memohon diploma sains komputer atau bidang lain dari fakulti yang disebut di atas.
Kalau masuk ke F6, better awak teruskan ke jurusan sastera, memandangkan keupayaan anda menguasai sains tulen amat terhad. In fact, saya percaya KPM akan salurkan nama anda ke F6 dalam jurusan sastera di sekolah anda (jika ada F6) atau ke sekolah berdekatan yg ada F6.
salam sifu..
saya ade satu soalan lg nk tanya sifu…
di laman web http://www.ummc.edu.my ade tawarkan 3 diploma kursus ditawarkan di bawah fakulti perubatan universiti malaya…iaitu diploma kejururawatan,diploma radiografi dan diploma teknologi makmal perubatan…
boleh sifu ulas skit tak psl program2 nie..dan ape peluang untuk masa depan jika mengambil pogram nie…
harap sifu sudi memberi nasihat dan pandangan.tq
Dyanadileme,
sudah tentu peluang kerjaya ada dalam bidang perubatan kerana hospital dan pusat kesihatan kerajaan masih kekurangan tenaga kerja seperti jururawat, doktor mahupun pihak mahir mengendalikan mesin dan alatan baru di hospital.
Jika anda rasa anda sesuai memasuki bidang itu, pilihlah, maka itu lebih baik untuk anda juga. Sifu kurang arif tentang keperluan pekerjaan dalam bidang teknologi perubatan, tetapi sifu perpandangan positif. Sifu yakin kerajaan dalam usaha berterusan menukar peralatan lama dengan peralatan berteknologi terkini di semua hospital besar di seluruh negara. Jika benar itu berlaku, maka keperluan tenaga kerja masih diperlukan. Maka sifu cadangkan ambillah diploma teknologi makmal perubatan, selagi dyana layak memohonnya.
Sifu berharap dyana dan semua pelajar lain akan dapat memilih bidang yang sesuai dengan kelayakan dan jiwa mereka. Anggap sahaja nasihat sifu sebagai panduan, maybe 20%, lagi 80% keputusan anda sendiri, ya Dyanadileme.
terima kasih sifu…
saya nak tanya pendapat sifu…
semasa mengisi upu saya lebih byk memilih bidang yang ke arah pekerjaan di hospital..
contohnya jururawat,fisioterapi,radiografi dan yang seangkatan dgnnya…
adakah saya telah membuat satu keputusan yang baik untuk diri saya??
dan saya musykil tentang….
saya tidak mngambil mta plajaran perakaunan jadi bolehkah saya mengmbil diploma perakaunan??
sifu,saya amat berminat utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan.ini ialah rslt spm saya
bm-a1
bi-a1
math-a1
akaun-a1
p.moral-a1
est-a2
sjrh-b4
addmath-b4
fizik-c6
kimia-7d
jadi sifu,apakah pilihan saya yang terbaik?memasuki T6(aliran sastera) ataupon memasuki sahaja IPTS spt MMU dan Uniten?
apakah nasihat sifu dlm hal ini?
Nurul,
kalau di UiTM, boleh rasanya awak cuba memohon diploma perakaunan. Yang penting keputusan BIdan Mat/Mat.Tamb awak tidak kurang dari 5C.
Zam,
jika tiada masalah kewangan IPTS pun okay gak. Dari keputusan awak, tempat di T6 pasti dapat dalam aliran sastera, so tidak perlu dirancang. JPN masing-masing akan mengeluarkan senarai nama peljr layak ke T6 dalam bulan 5. Tak cuba IPTA? Awak berpeluang memohon perakaunan, diploma. Mungkin matrikulasi aliran perakaunan juga awak berpeluang masuk.
Sifu, berikut adalah keputusan SPM saya.
BM: A1
BI: A1 GCE-O:A1
Sejarah: A1
Pend. Islam :A1
Tasawwur: A1
Prinsip Perakaunan:A1
Maths: A1
Add Maths:A1
Chemistry:A1
Physics: A2
Biology:B3
EST: B3
Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Walaupun saya telah mendapat B3 dalam Biology(dan saya amat sedih sekali), akan tetapi saya telah mencapai syarat minimum kemasukan ke asasi perubatan UIA.Adakah peluang saya cerah untuk mendapatkan tempat?
Bolehkah saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi KPM dalam jurusan sains hayat?
Sekian sahaja. Terima kasih.
Detonated,
tahniah di atas kejayaan awak. CHemistry awak menjad penentu utama. So saya yakin awak akan dapat mengikuti program perubatan. Doa saya untuk awak.
Terima kasih sifu.
Lega sikit hati saya.
Sifu saya nak tanya sikit.
Adakah permohonan untuk ke luar negara bagi pelajar lepasan matrikulasi .
Tolong nyatakan sedikit maklumat mengenai perkara ini.
Terima kasih.
salam sifu….
saya masih ade lg soalan yg mengelirukan saya….
ape beza foundation,matrik,asasi dan stpm…????
kedua2nya merupakan jln pintas ke program ijazah…
buat masa ini saya x tahu lg arahtuju saya slps spm…
harap sifu sudi berikn nasihat dan pandangan…
salam sifu….
saya masih ade lg soalan yg mengelirukan saya….
ape beza foundation,matrik,asasi dan stpm…????
kesemuanya merupakan jln pintas ke program ijazah…
buat masa ini saya x tahu lg arahtuju saya slps spm…
harap sifu sudi berikn nasihat dan pandangan…
lupe nk masukan skali diatas…program A level…ape bezanya????
salam sifu…
sy student lpasan spm 07..
my rsult like diz…
bm-a2
bi-a2
math-a1
agame islam-a1
reka cipta-a1
addmath-b3
sej-b4
physc-c5
chemist-c6
actually,i’m quite intrested 2 b engineering..
but,wif my rsult like dat…xspecially chmist n physc only got c..
can i cntinue 2 ma study 4 engineering??
i’ve apply 4 matrik n asasi upu.
klayakan mmg ckup..
tp tkut gak coz many students out there hve got the better rsult than me…
so..pe pndapat sifu??
mayb hrapan utk wat asasi kt ipta tipis..
it is btter 4 me msuk matrik??
sy nk mintak tolg..
sy ingin mengikuti pra diploma perakaunan di kolej unikop..
mampu ke sy??
BM-5C
BI-5C
PI-4B
SEJ-3B
MAT-7D
MAT TAM-8E
LK-6C
K.MEK-8E
PHY-7D
CHE-8E
mohd akmal bin mohmad,
Nah ini dia jawapannya…*smile*
http://www.moe.gov.my/bmkpm/index2.php?option=com_content&task=view&id=79&pop=1&page=0&Itemid=1 ,
Petikan yang penting:
“Antaranya ialah menerusi kejayaan program pengantarabangsaan. Jika pada permulaan program ini, seramai 18 orang pelajar telah berjaya dihantar ke tiga buah universiti di United Kingdom pada tahun 2006, maka pada tahun 2007 ini Bahagian Matrikulasi telah menyelesaikan tapisan temuduga untuk memilih 20 orang lagi pelajar bagi mengikuti pengajian di lima buah universiti terpilih di United Kingdom. Dalam tinjauan kepada kumpulan yang pertama, sebahagian besar mereka merupakan antara yang terbaik dalam peperiksaan di universiti masing-masing. Atas kejayaan tersebut, maka pihak kerajaan telah pun meluluskan 50 lagi tempat untuk pelajar program matrikulasi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 2008 dan 100 tempat pada tahun 2009. Kesemua mereka ini diprogramkan untuk menjadi tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi apabila pulang ke Malaysia. Ini telah menunjukkan bahawa Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah diiktiraf oleh universiti di luar negara. Keyakinan terhadap lepasan matrikulasi ini diterima masuk ke universiti mereka adalah berdasarkan kesahan dan kepercayaan kualiti pelajar yang dihasilkan menerusi program ini. Malah untuk makluman, pelajar program matrikulasi yang mendapat PNGK 4.0 adalah melalui proses perencanaan mantap kurikulum, pengurusan peperiksaan dan pengurusan hal ehwal pelajar yang begitu rapi. Atau dengan perkataan lain, mereka ini mendapat PNGK 4.0 ialah menerusi proses ’by design’.”
Tempat amat terhad. Perlu ditegaskan juga bahawa program matrikulasi dilaksanakan dengan keutamaan kpd IPTA tempatan.
dyanadileme,
Ape beza foundation,matrik,asasi dan stpm serta A-level. Susah nak jawab ni.
Sifu boleh berikan pandangan secara umum sahaja. Secara asasnya kesemua program di atas bermatlamat yang sama. Kesemuanya dapat dijadikan syarat kelayakan kemasukan Ijazah. Tak banyak beza yang ketara kecuali dari segi siapa yang menjalankannya, peluang masuk ke program ijzh apa dan hanya dalam negara atau keluar negara atau kedua-duanya sekali.
Foundation atau asasi persediaan ke program di IPT tertentu, contohnya UiTM, atau program foundation ke luar negara (jepun) yg dikendali oleh UiTM
Matrikulasi KPM persediaan ke IPTA dalam negara.
STPM diiktiraf oleh IPT(A/S) dlm dan luar negara terutama negara komanwel
A-Level ditwr oleh kolej swasta utk kelayakan ke IPT di luar negara spt Australia, UK dsb.
Begitulah lebih kurang perbezaan yang sempat sifu rgkskan.
iera,
Just apply for diploma program as well. I still believe you will got you chances, if not in this coing July, maybe on December intake. If you still want to study in diploma kejuruteraan, why don’t you try politeknik program as well. Or you can apply for pra-diploma sains at UiTM, and a year after that you may apply for diploma kejuruteraan. Better late than never.
muhammad nurhakim bin abu,
Setahu saya Kolej Unikop ialah kolej swasta. Dari maklumat lamanweb mereka, http://www.unikop.edu.my/diploma_ac110.asp, sifu dapati syaratnya serupa dgn syarat UiTM.
Apa-apapun sifu berharap awak tetap mendapat tempat di sana, dan pastikan anda dapat mengubah prestasi anda kepada yang lebih cemerlang. Adalah penting anda dapat membaiki kelemahan dalam kemahiran matematik. Bidang perakaunan memerlukan calon yang berkebolehan dalam bidang berkaitan disamping kebolehan menganalisis.
Best of luck.
salam….
saya lepsan spm 2007
ini kputusan saya
bm-b4
bi-d7
mat-e8
sns-c5
pdg-c6
sej-c6
eko-g9
p.a-e8
pai-b-4
sains sukan-e8
adkah saya dapat masuk ke tingkatan 6 atau sbaliknya
tolonglah… sy tak tahu nak buat apa lagi
salam……sifu…
sekarang ni saya dah betul2 pening…
sebenarnya saya teringin untuk melanjutkan pelajaran ke jepun…
mungkin ramai yang akan kata cubalah jpa.
dah pun mencuba tapi apakan daya, rezeki tidak ada di sana…
sifu, tolonglah saya….!!!
bagaimanapun, saya bukannya mengharapkan untuk meklanjutkan pelajaran ke jepun sahaja cumanya..
saya nak tahu ada x cara2 lain yang boleh saya guna untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara..
keputusan saya hanya terkandas pada
chemist-4b
bio-3b
tolonglah saya….
Wia,
Sifu percaya awak awak akan dapat masuk ke tingkatan 6, rujuk http://www.moe.gov.my/jpnjohor/index.php?option=com_content&task=view&id=33&Itemid=48 untuk panduan.
Alang-alang bercakap tentang Tingkatan enam, ni sifu nak bagi nasihat sikit.
Kelas T6 ialah kelas pra-universiti, ekspekasi guru berbeza berbanding semasa awak di dalam T5. Sesetengah guru akan menggunakan pendekatan pembelajaran yang mirip pelajar di kampus, iaitu aspek belajar berterusan dan peningkatan ilmu pengetahuan lebih banyak kepada usaha pelajar itu sendiri. Pelajar T6 sebagai pelajar pra-U diharapkan pandai membahagi masa di luar darjah mengulangkaji 8 – 10 kertas STPM (4 – 5 subjek x 2 kertas) dengan lebih tekun dan usaha sendiri berterusan. Masa 4-5 bulan dlm T6 bawah dan 10 bulan dlm T6 atas sebenarnya singkat untuk menghabiskan sukatan STPM.
Persoalannya ialah awak nak masuk T6 kerana ingin membaiki prestasi diri atau bagaimana. Mana-mana guru T6 spt sifu sudah tentu mengharapkan pelajar yang masuk bersedia mengubah kaedah dan strategi belajar.
So kalau awak dan pelajar lain (pelawat blog ini) berjaya masuk ke T6, pastikan awak datang dgn perubahan diri sekali. Nasihat saja, dan sifu harap tidak menyinggung mana-mana pihak.
Puteri,
Dalam kes awak, sifu tak dapat maklumat yang banyak tentang peluang belajar ke luar negara. Namun begitu apa yang sifu tahu ialah kelayakan SPM dan STPM dari Malaysia diiktiraf di negara-negara komanwel dan beberapa buah negara lain di dunia, antaranya Rusia, US serta beberapa buah negara timur tengah.
Namun begitu, kelayakan masuk juga mengikuti syarat yang disediakan oleh JPA. Dengan kata mudah, kualiti pelajar Malaysia sepertimana dihebahkan oleh JPA dalam lamanwebnya. Dalam kes selain dari itu, sifu juga blur. Tetapi ada rakan sifu dahulu, awal 90an, pernah belajar ke US dengan tajaan sendiri (ahli keluarga) dalam bidang muzik walaupun keputusannya tidak cemerlang terutama subjek sains. Itu dah kes lama, so sifu tak pasti kelayakan lain. Apa kata Puteri layari lamanweb universiti atau kolej di Australia dan UK, dapatkan maklumat dari mereka ttg syarat masuk pelajar dari MALAYSIA. Mungkin dengan meng-emel mereka adalah jalan terbaik mendapatkan maklumat yang lebih cepat. Nyatakan skali kelayakan SPM anda dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Itu saja bantuan sifu yang termampu.
Harap2 ramai la jadi cikgu.. Sayang, ramai budak2 skrg xminat btl2.. Sekadar nak puaskan permintaan ibu bapa.. Dan diaorang pk yang jd cikgu ni senang (balik kul 1) dan confirm dpt keje (sbnrnya ikut pencapaian jgk time blajar).. Mcm mana nak jadikan guru2 di Malaysia ni cemerlang… Wahai adik2, nak masuk IPG, biarla betul2 dan istiqamah.. Minat tu penting…
tak pernah terpikir pun yang keputusan banyak melayakkan kearah pendidik! bukan pandang rendah,tapi tak pernah terlintas… engineer?fuhh.nnope!refer to twaran?bru-bru ni dapat twaran ukL..tak sure nak g ke x,tapi both x kasi…. konfiuus..
salam… sifu
saya telah terpilih
untuk pergi temu duga jpa
pada 2 april nanti.
saya berasa sangat nervous sekarang.
saya harap sifu dapat beri tips
tentang perkara2 yg harus saya buat
dan soalan2 yg akan mereka tanya
nanti.
as’kum sifu.saya pelajar lepasan spm 2007.saya nak tanya adakah bidang farmasi nie sama famous dgn bidang perubatan?and adakah negara kita memerlukan lebih ramai ahli farmasi?thanks
Anur,
Gitulah situasinya. Baru nak memasuki fasa mendewasakan diri. Semakin meningkat umur seseorang, semakin banyak cabaran hidup, antaranya membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri serta keluarga yang menyekolahkan, sumber kewangan dan kasih sayang. Sifu harap apa-apa jua keputusan Anur akan mendapat restu ibu bapa juga. Redha ibu bapa adalah redha Allah jua.
Kid,
Sorilah, sifu tak ada tips yang khusus dapat sifu beri. Tapi panduan umum bolehlah.
1. sediakan semua dokumen seperti kpt, sijil kelahiran, sijil kptsn peperiksaan awam yang lepas-lepas, sijil-sijil lain yang boleh menunjukkan kualiti diri anda. Semuanya disusun dalam fail yang mudah dibaca oleh penemuduga.
2. Pakaian biarlah sopan. Jika lelaki berkemeja panjang berwarna cerah dan satu warna, seluar slack gelap atau hitam. Bertali leher yang sesuai. Tali pinggang pun dari jenis berwarna gelap/hitam dan berkepala biasa,mcm org gi kerja di pejabat, bukannya talipinggang berkepala besar ala rocker.
3. Bila masuk ke bilik temuduga, mulakan dengan mengetuk pintu walaupun pintu dah dibuka (kalau bilik menunggu tak sama dengan bilik temuduga), beri salam dan duduk dgn sopan. Lelaki jangan terlalu mengangkang, terutama jika temuduga dibuat dgn kddkn tmpt duduk pelajar jauh dari meja penemuduga.
4. Jawap soalan yg ditanya dengan baik. Pengetahuan ttg isu semasa akan membantu. Jika ditanya dlm BI, jawablah dlm BI dgn yakin juga.
5. Apabila temuduga dah selesai, jgn lupa ucapkan terima kasih dan jika dapat bersalam dgn penemuduga dgn sopan.
6. Jangan lupa sepanjang temuduga, tunjukkan kyakinan diri anda terhadap pilihan anda, knp anda memohon memasuki bidang berkenaan dan apa yg anda boleh capai melaluinya.
Itu saja sedikit sbyk tips sifu. GOOD LUCk.
nur aida,
Sifu bukanlah orangnya yang layak menjawab soalan anda dgn tepat.
Tetapi sifu berpandangan, lepasan program sains farmasi mepunyai peluang kerjaya yang sama baik dgn bidang lain. Anda boleh bekerja sama ada di sektor awam ataupun sektor swasta, sama ada di hospital besar, klinik swasta, syarikat farmasi, kedai farmasi ataupun memilih perniagaan sendiri.
hai..
saya nak tanya klu spm result sya:
BM-A1
BI-B4
SEJ-B3
MATH-A1
ADD MATH-B3
PM-A2
BIO,EST,CHE-B4
PHY-C5
MCM DATAS NIE,ADA PLUANG MASUK MATRIX OR U KA?
ADA APA2 CDGAN LEN,MMDANGKAN SYA MINAT MEDIC…
Rliz,
Peluang sebenarnya tetap ada kerana tak semua pelajar cemerlang akan belajar di IPTA dalam negara. Lagipun kalau gagal masuk matrikulasi, awak masih boleh berusaha melalui laluan STPM dalam aliran sains tulen untuk tetap berusaha menjadi doktor perubatan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
AKUM,SIFU…NIE RESULT SPM07 SYA
BM,PA-1A
PI-2A
SC,SJ,EA-3B
S.SUKAN,BI-5C
MATH-7D
ADD MATH-8E
APA BIDANG YANG TERBAIK UNTUK SYA?
Shida,
Saya cadangkan awak ulang ambil math, untuk tingkatkan gred. Mohon mengambil kertas Julai. Esok hari terakhir tarikh tutup mengambil SPM calon persendirian dan kertas Julai. JANGAN ABAIKAN PELUANG INI. TANPA MATEMATIK PELUANG AWAK TIPIS untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mempunyai potensi tinggi.
Jika awak tak nak ambil juga, maka awak mungkin boleh mencuba bidang-bidang lain spt kesenian atau bidang kemanusiaan.
GOOD LUCK.
MACAM MANA NK AMBIL JULAI PAPER TU?NAK MOHON DI MANA?SAYA TAK TAHU…
Terima kasih atas
semua nasihat sifu.
saya akan cuba bersungguh2
masa interview nanti.
hai,
ini adalah keputusan spm 2007 saya
BM-A1
BI-A1 GCE-O-B3
MM-A1
ADD MATH-C5
SEJ-C6
P.MORAL-B4
FIZ-B4
KIM-B3
BIO-B3
EST-B3
apa pendapat sifu terhadap result saya.adakah saya berpeluang untuk mengikuti diploma kejuruteraan di IPTA?tetapi saya juga mempunyai minat dalam bidang bioteknologi dan adakah saya mampu untuk belajar ke ting 6 dalam aliran sains ?
Shida,
Perkara ini dah saya sebut dalam komen-komen sebelumnya di atas. Tapi tak apalah, saya ulang. Shida pergi ke Jabatan Pelajaran atau pejabat pelajaran terdekat dan dapatkan borang mengulang/calon persendirian SPM.
The Champ,
Sememangnya anda juara! Prestasi awak secara umumnya cemerlang, mengambil kira kertas sukar. Peluang itu tetap wujud dan tak mustahil awak akan mendapat tawaran di peringkat diploma. Ke tingkatan enam sudah pastinya tiada masalah kerana semua syarat awak telah penuhi, malah lebih baik. Tahniah. Moga cita-cita awak tercapai dalam bidang bioteknologi.
sifu….
huhu…
rase2…
kan…bidang pe seswai ngan sye..
konpius lar!!!
sy dapt..
bm A1
biA2
kmia A1
Add math A2
Phy B3
Bio B3
Math A1
Tas B3…
huhuh..tulun..
terima kasih atas nasihat dan kata-kata sifu.cuma saya nak tanya bilakah perlu apply ting.6 dan bagaimana caranya ?
Farhana,
Susahlah nak cadangkan bidang yang sesuai dgn awak sebab banyak sangat yang sesuai. Sifu yakin apa yang farhana dah pohon dlm UPU atau matrikulasi adalah pilihan terbaik untuk diri Farhana. Sifu hanya dapat menyokong anda.
Prestasi awak cemerlang, so teruskan kecemerlangan itu atau lebih baik lagi dalam peluang akan datang.
thankz sifu..
i feel really motivate da…
nie mau tnya one more things…
i nak masuk ukm…
tapi da lambat mohon…
ada tarikh permohonan yg len ka??
bila ha?
Rliz,
setakat yang sifu tahu, UKM hanya ada 1 panggilan setiap tahun iaitu Julai. Tarikh dah tutupkan. Hmm, cuba hubungi pihak HEP UKM secara langsung utk rayuan atau permohonan langsung, jika masih ada. Utk pengetahuan Rliz dan yang lain, ada sesetengah IPTA benarkan permohonan langsung, tapi selalunya hanya kes-kes tertentu, bergantung kpd keksgn dan prestasi pemohon itu sendiri. Tetapi selalunya ia hanya akan dilayan selepas pelajar sesi JUlai mula mendaftar.
Sekarang tak pasti masih ada atau tidak polisi itu, tetapi tak salah kalau Rliz mencuba. Hubungi mereka melalui telefon atau pergi sendiri ke UKM.
The Champ,
Kemasukan ting6 diurus terus oleh pihak jabatan. Awak hanya perlu menjenguk sekolah asal awak untuk mengetahui dimana awak disenaraikan, sekolah asal atau sekolah lain berdekatan.
hai sifu,
saya merupakan pelajar spm 2007,tapi result sy agak x bagus….
apakah kos yg sesuai utk sy melanjutkan pelajaran selepas ini?????????
ini result sy:bm(A1)
BI(B4)
MATHE(A1)
BIO(C6)
FZK N KIMIA(E8)
ADDMATHE(D7)
P.ISLAM(A2)
SEJ(B4)
AGROTEK(B3)
SIFU,SY JUGA MERUPAKAN PELAJAR SEKOLAH TEKNIK….
PLEASE BANTU SY SIFU……….
Arieyna,
Prestasi awak kurang cemerlang. Subjek sains tulen awak sangat rendah untuk memohon kemasukan kebidang sains. Dari aspek lain pula, awak mungkin berpeluang masuk ke bidang sastera atau kemanusiaan yang tidak memerlukan penguasaan matematik dan sains. Dengan kata lain, lupakan bidang sains dan teknologi, keputusan SPM awak tak dapat membantu awak. Jika awak masih ingin menceburi bidang berkaitan sains dan teknologi, nasihat sifu ialah mengambil semula SPM sebagai calon persendirian. Awak tak perlu ambil semua subjek, cukup mengambil beberapa subjek yang rendah itu. Ambil kertas SPM semula utk Fizik, Kimia dan AddMath awak, semuanya pada November 2008. Merayulah ke jabatan atau pejabat pelajaran segera. Kalau boleh esok pagi lagi, sebab tarikh tutup ialah kelmarin, 31 Mac 2008. Masih boleh merayu, tak salah mencuba.
Jika awak malu nak mengulang, maka awak mungkin boleh mencuba memilih laluan politeknik kerana kelayakan masuk sekadar lulus. Ada pelbagai bidang yang boleh awak mohon. Sila rujuk link di pos teratas sekali dan semak kelayakan anda. Jika anda berminat bidang kemahiran teknikal, tak salah mencuba program atau kursus kemahiran di Institut Kemahiran Belia negara (IKBN) atau GiatMARA atau Institut Kemahiran MARA. Ketiga-tiganya adalah kursus peringkat sijil, dan malangnya tidak dapat digunakan sebagai kelayakan tambahan menggantikan SPM. Tak dapat. Jika awak nak juga masuk ke IPTA, maka awak bolehlah mengikuti nasihat sifu di atas tadi.
Apa kata awak cuba juga memohon program diploma di UPM. Sila semak kelayakan diploma di UPM, tak silap sifu ada beberapa program diploma yang boleh awak pohon. Begitu juga program pra-diploma di UITM, tetapi dah tutup dah. Apa-apapun itulah peluang terbaik awak mencipta laluan peluang. Kalau tak pun, awak tunggu sahaja panggilan ke tingkatan enam Awak layak memasuki aliran sastera.
Untuk manfaat masa depan awak, sila ambil beberapa subjek STP yang bernilai tinggi. Antaranya ialah Matematik S atau T, Ekonomi atau lainnya. Sesetengah sekolah tidak menawarkan subjek ini kerana beberapa sebab, antaranya kekangan kekurangan tenaga pengajar dan sesetengahnya kerana enrolmen pelajar yang tidak mencukupi untuk menawarkan subjek ‘SUKAR TETAPI BERNILAI TINGGI’ ini. Anda bolehlah menanyakan sekolah anda atau sekolah berdekatan, jika anda bertekad ini mencuba membaiki PELUANG anda untuk kelayakan STPM 2 tahun akan datang. Subjek STPM lain yang popular ialah Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Kesusteraaan Melayu, dan mungkin perakaunan, sekadar menyebut beberapa subjek. Untuk mengetahui subjek STPM, layarilah http://www.mpm.edu.my.
Oh, nak menambah, jika anda terlepas peluang masuk ke politeknik semester Julai, anda boleh mencuba kemasukan politeknik bagi semester Disember pula. Selalunya tawaran akan dibuka dalam bulan Oktober-November. Kelayakan diploma di UiTM juga ada pengambilan semester Disember. Pelang sentiasa ada untuk anda dan pelajar lain.
sifu,sekiranya sy mahu meneruskan pelajaran sy dlm bdg pertanian(agroteknologi)…yg sebelum ini tlah sy ambil d sekolah….apakah peluang sy menyambung pelajarn sy cerah?????
apakah subjek sains tulen sy akan menjadi penghalang???????
please sifu bagi pandangan kt sy………
sifu-
result saye teruk
bm-b3
bi-c5
chem-b4
bio-b4
fizik-b4
est-b4
add math-a1
mt- a1
sj-a1
ag-a1
baru2 ini saye ditawarkan utk mengikuti diploma perakaunan di utm skudai.. tapi saye ragu2 untuk menerima atau tidak tawaran ini. untuk pengetahuan sifu, saya mahu mengambil bidang sains aktuari.. layakke saya untuk memasuki matrik atau upu dengan result begini.. patut ke saya menerima tawaran utm
hype sifu..huhu
sy amatlah trtarek dgn lmn cfu neh.. ble bace komen cfu neh mcm wat saye trdetik nak tye cfu tntg plihan yang sy dah bwat..
tok spm07 y lpas, sy dpt
bm-A1,bi-A1,ag-A1,math-A1,psv-A1,sej-A2,Addmath-A2, n 4 phy,chem n bio sy dpt B4..
sy minat art.kot.haha.. sbenanye, sy ad talent in art.. but im not quiet sure yg sy neh btol2 nk amek course yg ade kaitan dgan art x..huhu.. pelik2.. tok upu aritu sy plih sarjana muda sains(senibina) kat uitm.. lpas tu, sy ade app gak kursus pguruan kpm.. sy apply tesol. tok univrsiti luar ngara.. harapan nak dpt tu mgkin tipis, coz die nak 500 org je..
hmmmm.. y tesol tu, mak sy yg cdgkan . coz die pon cikgu jugak.. huhu.. so.. 4 ur opinion, hv i choose da wrong path???
soriii… mcm karangan plak jadiknye.hehe.tq
arieyna,
peluang tetap ada ke diploma pertanian. Biologi awak 6C memenuhi syarat minimum, dan awak ada mengambil subjek agroteknologi, 3B pula tu. Matematik awak lebih baik, gitu juga dgn BI yg dilihat cemerlang juga.
Sifu doakan awak akan memperoleh tawaran ke diploma pertanian nanti. Amin.
miyuki,
“sifu-result saye teruk”
Yelah tu!
Kalau awak memang ada memohon diploma perakaunan UTM melalui lamanweb MOHE, then better terima, sebab pastinya permohonan awak yang lain automatik terbatal. Kalau awak tolak, takut tak dapat lagi tempat ke IPT lain.
Tahniah di atas prestasi cemerlang awak. Mudah-mudahan prestasi sebegini kekal di IPTA juga.
haru,
Susahlah sifu nak kata salah ke tak. Yang pastinya setiap manusia mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan, serta juga berkemampuan mengubah pilihan dari A ke B, dari B ke C dan sebagainya.
Pada pandangan sifu, apapun bidang yang awak bakal ceburi, ia sesuai dengan keupayaan akademik awak. Kalau sifu, sifu lebih cenderung menasihat anak didik mencari bidang yang mempunyai peluang kerjaya yang cerah, sama ada bekerja dgn orang lain ataupun melalui usaha berniaga sendiri. Pilihan yang hanya berkaitan minat tetapi tidak menjanjikan peluang mendapat pendapatan yang stabil, hendaklah ditangguhkan sehingga kehidupan anda stabil. Itu nasihat sifu kpd beberapa anak muridlah.
Tetapi Haru sifu tak boleh nasihat gitu, sebab ia juga berkaitan dengan cadangan ibu awak. Tapi sifu suka kalau awak dapat tempat di UiTM belajar bidang senibina tadi. Ia dapat merealisasikan kerjaya yang baik disamping minat awak pada seni visual.
sifu,bestfren sy dpt result yg agak x baik dlm exam spm07 nie resultnye
bm n p,islam(b3)
sej(b4)
LK(c5)
bi n mate(d7)
kimia,fizik n k.elektrik(e8)
addmate(9g)
pada pendapat sifu apakah yg blh diambil melalui result ini……..
kwn sy ni aktif koko(sukan)
Arieyna,
Kalau sifulah ayah dia, sifu akan ‘arahkan’ kawan arieyna tu ambil SPM semula. Kenapa? Sebab semua subjek utama dan bernilai tinggi tak kreditpun. Sijil SPM ni umpama kunci grill pintu rumah. Pintu rumah pula ada kunci lain. Kalau kunci gril tak dapat buka, walaupun pintu rumah terbuka luas, tak dapatlah rakan kamu tu masuk kerumah. Kokurikulum? Dalam kes dia, tak dapat dimanfaatkan buat masa ini, almaklum hanya menyumbang 10% dari nilai dirinya sebagai pemohon ke IPTA lepasan SPM. Kalau dia tak nak mengulang SPM, maka tak aaa pilihan lain selain dari mengikuti program kemahiran. Tak pun macam yang sifu pernah katakan, mencuba belajr dlm T6. Dan itu lebih baik jika peluang itu diguna untuk mencemerlangkan diri pula.
tq sifu….
sifu,sekiranya kwn sy 2 mahu memasuki akademi tentera or polis,adakah die layak???????
dan bagaimana mahu memohonnye?????????
Arieyna,
setakat sifu tahu, kptsn spm rakan awak tak menjamin peluang masuk ke akademi tentera.
Walau bagaimanapun, utk memulakan kerjaya sebagai prebet tentera atau konstabel polis, maka rakan awak mempunyai kelayakan SPM dan layak memohon pekerjaan tersebut melalui temuduga terbuka yang akan dijalankan oleh pihak berkenaan. Walaubagaimanapun, harus diingat, ia adalah permohonan kerja, bukannya belajar, dan dari pengalaman dan pemerhatian, sifu dapati ramai remaja cuba memohon jawatan tersebut sedangkan pengambilan adalah amat terhad.
apakah perbezaan diantara ipta dan ipts selain kos??
Arieyna,
Tak banyak beza. Peluang belajar sama, bilangan pelajar di IPTS dlm satu-satu kelas selalunya kecil antara 15-25 org manakala kalau belajar di IPTA, selalunya kelas/kuliah akan terdapat dlm 40-100 org perkelas, ramai!!!!
Banyak IPTS telah diiktiraf oleh AKM (dulunya LAN) dan ada juga IPTS yang kursusnya tidak diiktiraf oleh AKM. Sebaliknya IPTA semua kursus mesti telah diluluskan oleh AKM/LAN.
IPTS milik individu atau badan swasta, IPTA milik kerajaan sepenuhnya.
Gitulah lebih kurang beza dan persamaan IPTA dan IPTS.
sifu,apakah kelebihan n kelemahan apabila memasuki politeknik???????
adakah mempunyai msa dpn yg cerah utk menyambung lg pelajaran selepas itu?????
sory ye sifu byk sgt soalan…
Arieyna,
tak apa banyak soalan. Itu namanya berfikir dengan waras.
Sifu tak dapat menjangkakan apakah kelemahan politeknik selain dari reputasi politeknik yang mungkin kurang enak didengar kerana ramai pelajarnya terdiri dari pelajar lepasan SPM yang mempunyai prestasi sederhana atau terendah. Dari aspek peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA selepas politeknik, dengan pencapaian pelajar yang cemerlang atau mencukupi, pelajar politeknik mampu memohon dan ditawarkan ke IPTA yang banyak di Malaysia skrg ini.
Sifu ada beberapa org bekas pelajar yg sedang mengikuti diploma perakaunan di politeknik di kota kinabalu. Dari kenyataan mereka, persekitaran belajar di politeknik amat kondusif dan peluang belajar tetap ada tetapi bergantung kpd prestasi semasa pelajr itu juga.
Kesimpulannya, peluang belajar slps politeknik tetap ada.
terima kasih atas penerangan sifu..
adakah saya layak untuk mendapat tempat di matrikulasi?
saya amat meminati subjek math n add math..
jadi saya rasa bidang yg terbaik buat saya adalah sains aktuari..
dimana laluan (diploma?/matrikulasi?) yg harus saya lalui jika saya masih mahu mengambil bidang ini..
saya masih boleh melanjutkan pelajaran di luar negara jika keputusan diploma/matrikulasi saya bagus..?
Miyuki,
Awak layak mendapat tempat di matrikulasi kerana keputusan awak above average. Sifu tak tau dapat ke tak, tapi sifu berharap sangat awak dapat tempat ke matrikulasi, jika itu yang awak inginkan.
Jika nak ke luar negara, maka awak kenalah lupakan matrikulasi. Diploma lebih sesuai. Matrikulasi KPM diprogramkan khusus untuk IPTA walaupun ada program khas KPM yang menghantar pelajar cemerlang matrikulasi ke luar negara. Itupun sangat terhad dan matlamat utamanya ialah disaat pelajar itu kembali ke malaysia, merka menjadi tenaga pengajar matrikulasi pula.
So, pergilah ke diploma, barulah kemudian itu peluang lebih cerah ke luar negara, asalkan punya wang.
sifu,mak saudara sy menyarankan sy memasuki institut pertanian kerana peluang pekerjaan selepas itu adalah cerah…………..apakah pendapat sifu antara institut pertanian dgn diploma pertanian di uitm?????????
terima kasih sifu…
banyak penerangan sifu yg membantu saya…
saya amat kecewa dengan keputusan saya yg tidak memuaskan itu..
Arieyna,
Sifu berpendapat pergilah masuk ke program diploma pertanian. Institut pertanian hanya menawarkan program sijil, setakat pengetahuan sifu. Dgn diploma pertanian, awaka layak memohon menjadi pembantu pegawai pertanian atau pegawai pertanian (bergantung kpd kekosongan dan keperluan negeri masing-masing). Takpun, kalau kerja dgn pihak swasta, boleh juga menjadi penyelia, pegawai atau pengurus berkaitan projek pertanian/perladangan mereka. Institut pertanian mempunyai pelbagai program yang cukup baik juga, tetapi jika bercita-cita nak belajar ke ijazah sains pertanian, maka cadangan sifu lebih baik menjadi pemegang diploma pertanian, UPM ke UiTM ke.
salam, sy nk mintak prtlongan dri sifu, apkah jurusan yg ptut sy ambil jika msuk f6 dgn result:
bm a2
bi c6
sns b3
math c5
perd c6
geo a2
ag b3
psv b3
sej b3
sastra b3
harap sifu dapat bantu sy..
tq sifu kerana byk memberi penerangan& pandangan kt sy yg sememangnyr tgh pening memeikirkan apa yg terbaik utk didi sy sendiri……….
bagaimanakah peluang dan bidang saya sifu berdasarkan result saya,BM-A2, BI-E8, P.ISLAM-A2, SN-A1, MATH-A1, ADD MATH-B3, P.AKAUN-A1, EKO.ASAS-A1,SEJ-A2. saya amat meminati bidang kejuruteraan dan perakaunan.harap sifu dapat membantu.
muhamad hidayat,
Selalunya pihak sekolah akan tempatkan awak ke dalam kelas aliran sastera.
Syazwan,
Awak masih berpeluang masuk ke bidang perakaunan, tetapi tidak untuk kejuruteraan. Namun begitu syazwan terpaksalah menerima hakikat peluang ke diploma akan terjejas buat sementara memandangkan BI awak 8E. Untuk melanjutkan pelajaran ke dlm bidang perakaunan, BI mesti kredit, sekurang-kurangnya 6C. Untuk itu, sepatutnya syazwan mengambil semula kertas BI dalam bulan November akan datang ini, masa SPM sebenar. Kertas BI tiada untuk SPM(Ulangan). Sila rujuk lamanweb http://www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut. Jika tempoh memohon kertas Julai dah tutup, sifu nasihatkan syazwan dengan bertemankan ayah atau ibu utk membuat rayuan ke jabatan atau pejabat pelajaran untuk didaftarkan sebagai calon untuk kertas tersebut. Hanya tahun hadapan, syazwan berpeluang memohon kemasukan diploma atau matrikulasi berbekalkan keputusan SPM yang telah diperbaiki (spm 2008 + BI patching). Itulah kesannya apabila BI hanya lulus.
Jika syazwan tak nak menunggu, maka jalan lain ialah memasuki T6, dan semasa di dlmnya, prestasi MUET anda dapat diusahakan supaya mencapai band 4 (band tertinggi ialah band 6) Barulah ia boleh menggantikan gred 8E SPM awak ketika memohon masuk ke ijazah perakaunan pula. cara lain lagi ialah masuk politeknik dlm program diploma perakaunan atau belajar di IPT Swasta.
Jika itupun awak tak nak, maka awak boleh juga memohon program diploma lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan, pengurusan, perakaunan, kejuruteraan, teknikal, sains, teknologi atau apa-apa program yang memerlukan BI kredit. Ada program diploma yang hanya menghendaki peljar memperoleh gred lulus BI, contohnya diploma perikanan. COntoh lain, sains sukan atau kesenian.
Harap dapat membantu syazwan lebih dari ini, tetapi hanya ini yang sempat.
owhh..
gaye cfu ckp sme cam mak sy ckp la..hu2. die soh sy jd cg sbb pluang keje cerah.. tp ble pk2 balek.. sy x tau la sy neh ble jadi cg ke x.. sbb gaye sy y gile2 neh walaupon sy neh prmpuan.. huhu.. neway tanx 4 ur advce.. tpkan cfu, kalo sy amek bdg sni bina kat uitm tuh, pluang pkerjaan y mcm mane nti sy ble apply?
Haru,
Tak semestinya jadi cikgu cerah. Sebenarnya keadaan sekarang dah jadi sebaliknya. Ada jg graduan pendidikan yang belum mendapat tempat bertugas sehingga sekarang. Selain itu, pengambilan keguruan amat terhad dan khusus untuk subjek tertentu shj. Anyway, tentang senibina tu, dah pastilah awak bekerja dlm industri binaan ataupun industri perkhidmatan consultation atau ciptaan kreatif. Bagaimana dgn arkitek, awak minat? Takpun, bagaimana dgn pelukis pelan bangunan? Tak pun, pengurus syarikat pun boleh.
Nantilah bila Haru dah keluar, dah graduat, awak pasti akan tahu bahawa hanya dgn memegang ijazah senibina, awak masih boleh berpaling ke bidang lain, pengurusan pentadbiran contohnya, atau kesenian. Atau yg paling best, berniaga sendiri. Apa yg penting nanti ialah peningkatan intelek kita sbg manusia. Ilmu diperoleh semasa di universiti ada 2 bahagian, yang tersurat dan yang tersirat. Bahagian yang tersurat adalah apa-apa juga kursus yang telah anda pelajari dan berjaya melaluinya. Bahagian yang tersirat ialah kualiti individu, kreativiti, kemahiran komunikasi, pengurusan masa, keyakinan kendiri, motivasi diri, penampilan diri, kritis, dan mungkin juga menjadi ‘problem-solver’, penyelesai masalah. Inilah beberapa kualiti lain yang tidak kelihatan di atas transkrip atau sijil ijazah kita, sebaliknya melalui penampilan dan pembawaan diri yang dilihat dan dinilai atau dibandingkan oleh bakal majikan, baik sektor kerajaan mahupun sektor swasta.
So, kesimpulannya, awak pasti berjaya dalam mana-mana bidang yang awak sebenarnya ingin ceburi nanti selepas tamat belajar di IPT. Peluang pekerjaan tetap ada, tapi mungkin mudah dicari atau mungkin sukar didapati, almaklum ramai pelajar universiti yang graduat juga, persaingan tenaga buruh mahir semakin meningkat saban hari dan kualiti graduan semakin meningkat juga. Kini majikan boleh memilih pekerjanya. Kebiasaannya ‘THE BEST PERSON WINS’
sifu,terima kasih atas nasihat yang diberikan dulu. saya lebih berminat untuk mengikuti bidang kejuruteraan berbanding perakaunan.oleh itu, apakah peluang saya untuk berjaya,
salam..
sy nk tny sifu cket..ni result spm sy:
bm a1,bi a1,maths a1,agma a1, sejarah a1,admths a1,bio a1, chem a1.,fzk a1..tp est b4..he..he..
hm sy dh mntk kjuruteraan..tp lg diutmkan laki,,
sy mnt admths ngan maths..so bdg ape ssuai tok sy..??
ade x biasiswa yg ditawarkan utuk org yg result macam saya
saya berharap sangat untuk mendapat mana2 tajaan.
jika saya meminta pinjaman mara
adakah saya harus membayar 100% walaupun pointer saya melebihi 3.75 atau dikira cemerlang
sifu…
sy rase sgt down bile dpt tau result sy…at first,nk amik medic,tp x layak..actually sbenarnye sy nk jd pensyarah..x tau camne…sy ada apply uitm pra diploma sains, mtrix,upu n perguruan. hmpir keseluruhannya, sy amik tesl..yg perguruan nye tesl… ni result sy, tp sy sgt2 x yakin ngan choice sy
bm – a1
bi- a1
ag – a1
sj – a1
math – a1
ag – a1
bio – b3
phy – b4
chem – b3
sy rase dh demotivated…ade gak cecite nk jd kaunselor, tapi x tau kene amik course ape kalu nk jd kaunselor…
slamz sifu..
kputusan saya 8a1, 1c5,1b3..
kimia c5 ,bio b3..
hampeh kan?
tp cita2 saya nak menjadi doktor, dan sy sudah bulatkan tekad hendak ke matrikulasi..
persoalannya, bolehkah sy melanjutkan pelajaran keluar negara selepas matrix? JPA/MARA ada menaja lepasan matrikulasi ke?
salam..
sifu i really disapointed with my result..cz it doesn’t achieved my target..although my parents said that my result is ok..but sy tau my parents agk disapointed..this is my result..
bm-a1
bi-a2
gce-o-b4
ag-a2
sj-a1
math-a1
addmth-a1
chem-a1
phy-a1
est-b3
bio-c5
actually mse early of f4 im intrested in chemical engineering..but at that time i did not perform well in chem..so i motivated myself to improve all my science subjects…Alhamdulillah mse f5 i can cope with those subjects…cuma bio je sy x bleh cope..cz sy x ltak effort byk utk bio…thats y my bio’s result truk.. after spm ari tu sy ade la tgk course2 yg upu offer..then sy tertarik dgn actuarial science..i did research on dat course..n sy rse sy sesuai dgn course 2..the problem is sy still intrested dgn chemical engneering…so sy dlm dilema nk focus on which course..both courses sy intrested..but i know i hv 2 choose 1…what do u think?? i mean ur opinion based on my result..4 ur informtion sy dh apply mara scholarship 4 actuarial science n petronas scholarship 4 chemical engineering..n ade ke chances 4 me 2 stdy overseas?? it was my dream to further study kt overseas.. i hope that sifu can help me…thanx…salam..
syazwan,
Ikut nasihat sifu yang di atas, ia menjadi langkah awal/semula awak ntuk menceburi bidang kejuruteraan. Tanpa memperbaiki BI awak, peluang awak tipis. Tetapi jika dah membaiki BI SPM awak, peluang menjadi bertambah besar semula. CUma syazwan mestilah sedar, apabila memohon semula kemasukan IPTA lepasan SPM pada tahun hadapan (2009), awak dah termasuk kumpulan BUKAN BUDAK FRESH SPM. So, tak apa, yang penting dah mencuba. Sifu dah senaraikan semua nasihat yang perlu syazwan buat untuk berjaya ke bidang kejuruteraan. Jika syazwan tidak dapat mengikuti mana-mana nasihat sifu sebelum ini, sifu khuatir syzwan akan menyesal. Tapi tak apalah, STPM masih ada peluang cerah membaiki peluang awak. Ingat pesan sifu terdahulu tu… (klik untuk baca semula komen sifu yang berkenaan)
Bingung,
teruskan saja ke UTM, okay apa.
Miyuki,
Tak tau pula sifu keadaan sekarang. Kalau dulu ya, sifu tak payah bayar pinjaman, sifu dapat conversion pinjaman ke biasiswa 100%. Terima kasih MARA kerana sudi membiayai pendidikan sifu. Alhamdulillah. Tapian miyuki, Sifu ada juga terdengar conversion dah mansuh, tapi jangan percayalah kata-kata sifu ni sebab tak dapat maklumat lengkap tentang itu. Sifu nasihatkan awak berhubung dengan pihak MARA, bahagian pinjaman pelajaran dan bertanyakan hal itu, lagi baik.
budakPTS,
setakat ini, pelajar matrikulasi hanya ‘laku’ untuk IPTA. Kalau adapun bekas pelajar matriks ke luarnegara, ia adalah program khas untuk pelajar cemerlang (sifu ada sebut perkara ini dalam komen lain sebelum ini) tetapi dari ucapan pengarah bahagian matrikulasi, ianya untuk menjadikan peljar cemerlang itu tenaga pengajar matrikulasi. Awak nak jadi doktor, so tak payahlah mohon ke luar negara melalui matrikulasi. Teruskan saja menjadi doktor di USM, UM atau UKM, dah mencukupi.
anak ayah,
You got an excellent result considering the result you mentioned above. Chances are high since you chemistry is excellent, and so was you physics and addmath. Congratulation.
Both are equally good choices. Actuarial Science is still new in Malaysia, but it is one of the professional career nowadays. Sifu tak dapat nak beri keputusan bagi pihak awak, kerana awak layak kedua-duanya. Tetapi sifu boleh nasihatkan supaya awak memilih bidang yang dalam diri awak lebih yakin menjadikan ia karier pilihan. Jika bidan engineering sememangnya cita-cita awak, go for it. Kalau dapat biasiswa PETRONAS lagi best. Why not, kalau cemerlang, tak mustahil terpilih keluar negara, kalau tak sekarang mungkin selepas peringkat ijazah iaitu master atau PhD. Tak mustahil, selagi anda menunjukkan kualti dikehandaki oleh bakal penganjur biasiswa itu. Bidang sains aktuarial, ia bidang baru, tetapi juga sesuai dengan kekuatan matematik awak. Ia satu bidang mencabar. Bidang ni pla, tak semestinya mengambil Master, dengan peperiksaan profesional oleh badan profesional actuarial peringkat antarabangsa, awak juga boleh mencapai kelayakan tetinggi yang diiktiraf oleh badan tersebut. Menarik bukan!
Kesimpulannya, awak pilihlah baik-baik. Jika awak muslim, baik solat istikharah, mohon petunjuk dari Allah. Mudah-mudahan jadi mudah awak membuat keputusan.
Aisyah,
apasal pula awak tak layak masuk medic? Awak masih boleh merancang peluang itu melalui saluran matrikulasi. Masuk ke matrikulasi jruusan sains, dan dapatkan CGPA terbaik mungkin, lepas tu, mohonlah ke program ijazah perubatan di IPTA spt USM, UKM, UM au lainnya. Tak semestinya menjadi doktor mesti keluar negara. Kalau dah lepas peluang tu, masih ada peluang di dalam negara. Takkan itupun demotivates aisyah.
Yang lain-lain tu, dah tentulah awak masih layak. So tunggu sajalah tawaran dari UPU. Gerenti gempak. Kaunselor, are you sure? Kaunselor program ijazah bimbingan dan kaunseling. Mohonlah selepas awak dah melepasi matrikulasi, atau STPM atau diploma lainnya.
assalamualaikum…
sy nk mntak pndapat sifu cket..
sy ad mohon biasiswa utk mlnjutkan plajarn ke luar negara…
tpi, sy still confuse dgn pathway utk lpas ney…
sy sdia mklum ade bmcm2 program psdiaan sblum ke over c…
for exmple IB n A-level…
mcm mne klo sy mohon utk course accounting???
program ape yg bleh d plih?
Deera,
Jika awak maksudkan permohonan biasiswa JPA ke luar negara, then JPA yang akan tentukan kursus persediaan yang prlu diikuti pelajar itu.
how bout mara?
Deera,
Don’t know what you are talking about. Please explain more on your question.
hai….
raaa….
baru ni dpt result cukup mkn…….
bm-1
ict-1
pai-1
sej-1
math-4
addmath-8
bio-4
phy-3
che-6
est-3
cfu rasa…raa futher kat ner???bagi komen skett….pleae…i need it…….
Raa,
As long as the courses tak minta addmath, awak berada di landasan yang betul. Dalam kes ini, awak boleh mencuba bidang berkaitan pengurusan dan perniagaan. Kalau tak pun, bidang kemanusiaan atau bidang sains pertanian dan sebagainya.
Hopefully Raa akan dapat tawaran dalam bidang yang sesuai dengan kebolehan sebenar anda. Good Luck.
cfu,,
how bot course medic…layak ker??
raa x yakin…coz….my result not supporting me……huhhh..
raa ader apply asasi perubatan UIA…sesuai gak ngan kelayakan…tapi….i realised……byk sgt saingan….so,watz ur opinion??
Raa,
kalau nak gunakan SPM tu nampak gayanya payah sikit kerana kunci penting ialah sbjk Chemistry awak. Tapi tak apelah, masuk F6, mohon masuk jurusan sains dan dari situ awak ambil STPM dgn subjek chem dan biologi STPM. Daptkan gred terbaik B+ atau ke atas, pasti peluang akan cerah masuk ke ijazah perubatan.
salam sifu..
lama xlawat sifu..
w/pun p’mohonan dah tutup.. juz nak mintak pandangan sifu ttg kptsan sy
p’dagangan 1
p.q.s 1
bm 2
akaun 2
mate 2
p.s.i 3
sej 3
sc 3
bi 4
b.a.t 5
addmath 8
matrik kompem xleh kan..xpelah sekurang2 nye sy xkan keliru time nak buat pilihan(insyaALLAH dpt ipta)
1st choice sy mntk uiam asasi ekon, 2nd usim tmhidi muamalat n lain2 ada account n cmpr2..komen sifu n pndgn..
Zahid,
Pilihan awak tepat, sifu pasti kerana minat zahid juga terarah ke bidang-bidang tersebut. No problem, walaupun addmat 8E, kebanyakan bidang pengurusan tidak memerlukan subjek itu utk maju ke hadapan. Mudah-mudahan Allah permudahkan rezeki zahid (juga pelajar lain).
Doakan juga kejayaan sifu ya.
syukran…amin moga kita semua b’jaya duniawi ukhrawi,thanks a lot
lupa nak tanye, accounting n muamalat, bezanye apa..n yg mane lbh di perlukan utk pasaran skrg/akn dtg??
n slps asasi/tmhidi/diploma ada peluang utk g o/seas x?
Zahid,
Accounting dan muamalat? Muamalat sudah pasti zahid tahu, berkaitan dengan urusan perniagaan. Maknanya bidang perakaunan dan muamalat tu nanti zahid akan belajar perakaunan dan juga kursus-kursus berkaitan perniagaan berorientasikan syariah. Itu yang sifu maklum.
Overseas, boleh kalau sememangya zahid berjaya tingkatkan prestasi nanti, terutamanya selepas program diploma. Tetapi tentang peluang biasiswa pula, itu cerita lain. Kalau zahid bakal belajar ke luar negara melalui pembiayaan sendiri peluang akan ada juga.
salam sifu..
prmohonan saye ke unisel bru saje diterima utk diploma seni reka grafik digital..dah sampai surat pon..tapi mei intake.. awal mei plak tu..dalam pada tu jge, saye jge dapat temuduga utk art n design uitm..13 april ni..jd kalu boleh saye nk msuk yg ipta la dri yg ipts..
tp sye bimbang kalau sye tak pergi unisel, lpas tu uitm pon sye x dpt..camne sifu..?
kalau sye pegi unisel awl mei ni, sye kirenye ade kelebihan ke kalau brbanding yg lain? dri segi tempoh mase program..uitm bln julai kn..? heheh..x tau lak..teke je neh..
p/s: unisel panas la..xde pokok..camne ni sifu? haha..gurau je..
hrp dpt membantu..thanx sifu
tambahan..sye adalah plajar dri skolah mngah teknik..sye cme amik lukisan kejuruteraan..
agak ssh la nanti ketike temuduga..sbb perlu ade contoh lukisan seni semase di skolah dulu..gambar yg saje2 lukis mase lapang tu ade la jgak..membantu ke? sijil2 pon xde yg berkaitan seni..skolah pon teknik kn..bkn mcm skolah harian biasa yg selalu ade prtndingan melukis poster atau logo..
macammane nk compete dgn pljar yg amik pendidikan seni bile temuduga nanti?
temuduga art n design dye suh bwat ape kebiasaannye? slaen dari melukis..
2 jela pertnyaan..hrp dpt dibantu..terima kasehhh..
Slmt pagi sifu..nak mnta pndpt skit dari sifu..Ini result aku.
BM- 3B
BI- 2A
MATH- 1A
SEJ- 4B
A.MATH-3B
AKAUN- 1A
MORAL- 3B
PHY- 4B
BIO- 4B
CHE- 5C
EST- 4B
aku ada mohon masuk matrikulasi,tpi aku cuma dpt 3A, jadi ada harapan masuk matrik tak??aku pilih jurusan perakaunan..satu lgi soalan,kalau mngikut result aku,masuk matrik lebih bagus atau ambil diploma di IPT IPT yg lain??
Thanks Sifu..
Salam~*
Sifu, saya pelajar lepasan SPM 2007. Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di Ireland.
Untuk pengetahuan Sifu, saya akan menghadiri temuduga bagi PILN tajaan MARA 10 April ini. Sewaktu temuduga, saya dikehendaki menyediakan karangan mengenai Perihal Diri, Perancangan Pengajian n Kerjaya. Karangan tersebut dikehendaki dalam Bahasa Inggeris.
1. Bolehkah Sifu memberikan saya garis panduan untuk menyediakan esei ini?
2. Di manakah boleh saya dapati contoh2 karangan sebegini yang terbaik?
salam sifu…
btol ker kalo masuk uniten lps graduate…trus dpt keje ngan tnb???
ni saya dgr khabar angin jer.. ..x tau r btol ke x..coz skrg ni pon saya pening memikirkan masa dpn..terfikir gak lps graduate nanti senang ker cari kerja coz kebanyakan graduan ipta pon ramai yg mengangur…
tp alhamdulilah saya dh tahu kos ape yg bakal saya amek nanti.cume x tahu saya nk smbg blaja peringkat mane…stpm ker..foudation ker atau diploma…dan ipt mane yg bakal saya g…
ade satu lg soalan…UNITAR universiti tun abd razak bagus ker???coz baru2 nie saya dpt offer dr unitar…kalo boleh…saya nk lar masok U awam coz byk kelebihan selain kos nyer yg murah..anyway..sifu pls bg komen about UNITAR…mane tau ade ank didik or kwn2 sifu pernah blaja kt situ…
tq sifu krn byk bantu jwb soalan2 kami sblm nie..Allah sj dpt bls jasa baik sifu…
Salam sifu,
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang form 6, saya pelajar lepasan spm 2007, kini waiting to know whether layak ke form 6, saya pernah tanya cikgu sekolah saya bagaimana untuk mohon ke form 6, tapi cikgu saya beritahu saya tunggu hingga bulan ini dan pergi sekolah untuk check… Saya juga dah tanya kawan-kawan saya tetapi mereka juga cakap tunggu, tapi saya takut kalau saya miss the chance to get to form 6, boleh sifu beritahu saya bagaimana nak masuk ke form 6 dan adakah pangkat kokurikulum boleh menjejaskan chance saya untuk masuk form 6? Kerana koko saya memang teruk… kalau saya ingin mohon form 6 sekolah lain pula macam mana? Saya memang confused… Please sifu, i need help terribly… TQ
sifu x jawab soalan ni..
mane lebih diperlukan market skrg??
assalamualaikum..
sy sekadar ingin bertanya..
Adakah peluang di dalam bidang optometri, audiologi, radiografi, atau dietetik agak cerah di negara kita?? Saya telah memilih asasi sains kesihatan bersekutu di uiam sbg pilihan pertama dan skrg hanya menunggu keputusan. Keputusan spm baru2 ni saya telah mendapat 4a1, 2a2, 2b3 utk est dan kim, 2b4 utk fiz dan bio..macam mana dengan peluang sy untuk mendapat tawaran upu tersebut??
Assalamualaikum sifu,
sy ingin btanya ttg permohonan ke maktb perguruan utk pgilan ke2..lbilakah tarikhnya?dn layakkah sy?sy cuma dpt 2a1 utk bm dn ag,b3 utk math,2b4 sej dn bi,c5 utk bio dn est,c6 chem,d7 add math dn physic.. utk pgtahuan sifu,sy ade jga memohon utk matriks dan ipta..tp mgkin pluang sy tipis,jdi sy ingin mmhon ddlm bidang perguruan mmndagkan sy dh tlpas utk mmhon pd pnggilan yg prtama..
harap sifU dpt mmbantu sy yg sdg buntu ni krn ayah sy xizinkan sy mmhon poli atau mane2 kolej..
waasalam~
salam…
sifu..sy dah bc sume nasihat sifu kat zedin.utk pgetahuan sifu,sy akan amik spm thn nie.sya aliran sains.ntah la sifu..sy btol2 x minat math.tp sy tpakse amik admat..skrg sy tgh usaha utk minat math..sufi..cmne nk minat math??sy dh bc banyak bku mtivasi.cmne nk bhagi ms??bla sy tanye kwn skelas yg top 10,cmne cr dorg blaja..jwpn dorg sume sm..dorg blaja mlm je..tp sy?stiap ari kul 5 ptg,sy dh mla study.dlm kul 6.30 ptg sy stop..mlm plak,sy blaja dr kul 9 sampai kul 12 tggh mlm…tp npe result sy still teruk??sy dh usaha..dh jumpe ckgu2 subjek..byk btanye ms dlm kelas..tp result sy utk ujian pengesanan 1, wt sy btol2 frust ngn dri sy..kwn2 yg lain,blaja mlm je,tp dorg tetap top 10..
3 0rg kakak sy,sume berjaye ngn keje masing2..blh di katakan kat tempat tinggal sy,family sy di kira family contoh..tp,bagi saye pkara ni btol2 wat sy stres.sy merupakan ank yang paling rapat ngn abah..sebab 2 jgk,abah tlampau mgharapkan kejayaan sy..sy btol2 tertekan ngn sume ni..kdg2, sy terfikir mungkin dalam family sy,sy anak yang paling teruk.. sy harap sifu dapat tolong sy..result PMR sy hanya 4A..kalau boleh, sy x nak mama dan abah sy menangis coz kegagalan sy lagi.cukup la ngn result PMR.sy btol2 nak dorg menangis coz kejayaan sy dlm SPM 08…
maaf coz lari dr topik yg sepatutnye sy tanye sifu…maafkan sy..ta sy btol2 tertekan..
wan pet tree,
Menarik masalah awak. Kalau awak pergi Unisel Mei ini, UiTM awal ada kemungkinan terbatal. Setahu sifu, IPTS juga akan maklumkan kpd MOHE maklumat pelajar yang menerima tawaran mereka.
Kalau ke UiTM, jika dah dipanggil temuduga tu, bolehlah kita katakan, selangkah kaki tu dah melangkah masuk, tinggal sebelah kaki lagi. Sediakan lukisan berwarna, kalau zaman sifu dulu diorang minta lukisan pemandangan utk calon yg tidak ada mengambil subjek senilukis dlm SPM. So mungkin masih sama kot. Nasihat sifu, hadiri dulu temuduga 13 April ini dgn membawa lukisan sendiri yang WPT puas hati. Jangan lukisan potret. Kalau ada tajuk atau tema yang diberi oleh UiTM, maka WPT mesti ikuti kehendak mereka. Jika tidak ada, lebih baik WPT sediakan lukisan lanskap seperti yang sifu nyatakan tadi.
Rasanya pelajar IPTA dgn IPTS akan keluar di tahun yang sama, so sifu tak fikir akan ada advantage yang ketara. Good Luck. Lukis hari ni juga, banyak-banyak spy berpeluang memilih lukisan terbaik anda. Oh, kalau UiTM perlukan pengesahan sekolah, pastikan awak siapkan lukisan dan minta pengesahan dari pengetua anda.
GOOD LUCK.
Elva,
Ianya bergantung kepada matlamat awak. Keputusan awak lebih dari mencukupi untuk memohon matrikulasi jurusan perakaunan mahupun diploma perakaunan. Tahniah.
Kalau awak nak jimat masa, maka matrikulasi program satu tahun (PST) adalah pilihan tepat kerana selepas 1 tahun, awak akan mula menjejak kaki ke pringkat ijazah. Jika awak memasuki diploma perakaunan, awak dikehendaki belajar 3 tahun, dan hanya selepas itu awak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Jika anda masuk ke UiTM, diploma perakaunan dan selepas 3 tahun memasuki ijazah perakaunan di UiTM juga, anda berpeluang diserap terus ke tahun ke-2 di peringkat ijazah. Jika anda memasuki ijazah perakaunan di universiti lain menggunakan kelayakan diploma UiTM pula, anda akan belajar mulai tahun 1 dengan pengurangan beberapa jam kredit. Tetapi masih belajar genap 4 tahun.
Apa-apapun, kedua-dua laluan itu memerlukan anda memperoleh keputusan keseluruhan yang cemerlang sebelum layak ke peringkat ijazah.
Bytes ,
Tahniah kerana berpeluang ditemuduga. Ini bermakna peluang awak ada berbanding orang lain yang tidak dipanggil temuduga.
Hmm, sifu tak taulah pula di mana boleh mencari karangan sebegitu. Tetapi sifu yakin anda berkebolehan untuk mengarangnya sendiri.
Sifu kurang pengalaman mengarang sebegini tetapi sifu berpendapat awak mestilah mengarang tentang diri awak, minat awak, serta latarbelakang keluarga yang menyokong penglibatan anda dalam bidang ini. Juga tambah sedikit sebanyak tentang pandangan anda tentang beberapa isu remaja contohnya rokok, pergaulan bebas ataupun mungkin mat rempit. Perancangan pengajian awak sudah semestinya menceritakan apa yang akan anda lakukan di Ireland, bagaimana anda membayangkan diri anda berjaya membiasakan diri dgn sekitaran dan bagaimana anda akan merancang spy anda menjadi pelajar terbaik di Universiti tersebut. Bayangkan kepada pembaca yang anda berniat menjadi pelajar terbaik Malaysia di sana nanti dan mungkin jika diberi peluang akan mencuba mencapai tahap kemahiran peringkat doktor pakar. Apa bidang kepakaran yang ingin anda ceburi slepas ini. Pastikan juga anda menyatakan kesanggupan untuk kembali berkhidmat ke Malaysia sepertimana ditetapkan dlm perjanjian dan bagaimana anda bersedia berkihdmat menjadi doktor yang dedikasi dan bersedia dihantar kembali menjadi doktor pakar jika itulah dasar kerajaan selepas itu.
Harap tip ini membantu anda mengarang untuk PELUANG SEUMUR HIDUP anda. jangan sia-siakan peluang ini. GOOD LUCK.
cek joyah90,
Pasal dapat kerja terus ngan TNB tu susah nak komen. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi mana ada syarikat yang senang-senang nak ambil semua graduan. Kalau mereka ambil dah tentu ada sebab dan dah tentu akan memilih graduan berprestasi terbaik dalam bidang yang TNB nak.
Bab menganggur tu, biasalah, sedangkan pelajar SPM dan STPM yang tak ke U pun ada yg menganggur, inikan pula yang ke U. Sebab itulah jika awak dah pergi ke IPT(A/S), awak kena berusaha utk diri awak sendiri, capai prestasi yang setinggi boleh kerana realitinya ia adalah kunci pertama yg membuka peluang awak utk mendapat perhatian bakal majikan. Selepas itu kunci kedua ialah penampilan dan keperibadian awak. Kunci ketiga ialah kemahiran lain yang boleh ditonjolkan dan dikehendaki oleh bakal majikan. Tengan pengangguran tu, sifu sekadar nak maklumkan kes-kes yang terdedah di media 2-3 tahun kebelakangan tu sebenarnya ada kaitan dengan perubahan tempoh pengajian di IPTA. Sebelum itu semua program ijazah di IPTA mesti dihabiskan dalam tempoh 4 tahun. Tetapi semasa pelajar 4 tahun itu masuk ke tahun 2 pengajian, pelajar baru mula memasuki program ijazah utk tempoh singkat 3 tahun shj. Guess what? Pelajar 4 tahun tamat pengajian serentak dengan pelajar 3 tahun. Mahunya tidak berlakulah LAMBAKAN graduan universiti, akibat dari perubahan tempoh pengajian. Golongan ini masih lagi sebahagiannya menganggur al maklum ada juga yang sebenarnya tamat pengajian dengan ijazah yang kurang nilai disamping ada juga yang mendapat kelas ketiga (kelas terendah tu). Kalau dah ramai graduan berkelayakan ijazah kelas pertama dan kedua tinggi, semasa lambakan itu, sudah tentulah majikan dengan gembiranya boleh membuat pemilihan lebih ketat. Permintaan melebihi penawaran. Begitulah alkisahnya yang TIDAK diceritakan di media massa. Mungkin untuk mengelakkan komen pedas ke kementerian atau universiti pula. Tapi cerita tu dah basi. sekarang ni kalau menganggur tu dah dalam peratus yang normal. 10-20% sememangnya akan menganggur atau lambat dapat kerja kerana industri di Malaysia tidak pelbagai.
UNITAR, tak payah komen banyak-banyak. Sememangnya antara IPTS yang mempunyai reputasi yang baik. Kalau ada biayai yang mencukupi, tak salah mencubat Unitar. Student sendiri ada belajar di Unitar so selain yuran pengajian yang sememangnya tinggi berbanding IPTA, kualiti pembelajaran adalah memuaskan, setidak-tidaknya itulah yang dimaksudkan oleh pelajar sifu.
Good luck.
Mei,
Tunggu saja! (alamak jawapan macam kawan awak ja)..
Gini Mei, maksud mereka, kemasukan F6 adalah automatik jika layak. Tak perlu isi borang kerana pihak skolah dan jabatan akan senaraikan semua pelajar yang memenuhi syarat minimum untuk diserap masuk ke F6, sama ada di sekolah sendiri jika ada F6 atau ke sekolah berdekatan. Kalau di Sabah, polisinya mudah difahami. Pelajar lepasan SPM yang mempunyai keputusan yang baik (rujuk syarat di link yang sifu beri di atas sekali), akan dianggap memohon F6. Pelajar hanya perlu tunggu dan apabila senarai dah keluar, selalunya pihak sekolah akan maklumkan kpd pelajar melalui telefon atau pesanan. pihak jabatan juga akan siarkan iklan di radio atau surat khabar memaklumkan tawaran ke F6 telah dikeluarkan. Selalunya dlm bulan Mei ini. Pelajar hanya perlu ke sekolah masing-masing, lihat senarai yang ditampal dipapan kenyataan dan kenalpasti jurusan dan sekolah yang bakal awak pergi. Senangkan!
So don’t worry. Kalau termiss juga, semua pelajar masih layak memohon pertimbangan dan rayuan, dan pihak jabatan tiada masalah memproses rayuan pelajar. Good luck.
zahid,
Oh maaf tak jawab soalan tu. Kalau di USIM atau UDM, ada program diploma perakaunan dan muamalat. Kepada sifu, pasaran untuk akauntan masih lagi tinggi. Jika anda menjadi pelajar perakaunan yang cemerlang, kurang masalah mencari pekerjaan. Tetapi jika anda pelajar perakaunan yang sederhana, akan ada masalah mendapat pekerjaan. Biasalah, sekarang majikan dah boleh memilih dengan lebih teliti kerana ramai graduan dan dah banyak universiti awam dan swasta.
Setahu sifu, bidang muamalat bidang baru, branding baru oleh beberapa IPTA. Dari segi komersil sifu berpendapat majoriti pihak luar akan terpandang yang graduan tersebut akan bekerja dalam industri kewangan Islam. Jika Malaysia berjaya menjadi hab kewangan islam sedunia, agak-agak, industri berasas syariah akan berkembang atau tidak? Jika ya jawapannya, maka ia juga bidang yang diperlukan dalam pasaran akan datang.
Amacam, adakah jawapan sifu memuaskan?
amizah,
Bidang-bidang yang awak sebut bukanlah bidang yang sifu ceburi. Maka sifu bukanlah orangnya yang layak menjawab soalan itu. Sifu boleh beri pandangan sahaja yang tidak boleh dijadikan sandaran muktamat, faham ya.
Dengan perkembangan terbaru yang diutarakan di media, salah satu dari perancangan kerajaan ialah pelancongan perubatan. Jika ia berjaya, maka industri perkhidmatan kesihatan termasuk penubuhan atau pembesaran hospital swasta mahupun klinik pakar swasta akan berkembang antara 5-6% (tanggapan sifu) pada 2-3 tahun pertama. JIka ia benar berlaku, sudah tentu pihak-pihak pengurusan hospital dan klinik swasta ini memerlukan individu berkemahiran teknikal dalam bidang teknologi perubatan yang amizah maksudkan. Dengan andaian ia boleh berjaya, sifu percaya peluang anda dalam bidang itu dan memperoleh pekerjaan berkaitan adalah cerah. Jika unjuran kerajaan itu tidak tercapai, kemungkinan anda terpaksa bergantung penuh kepada kekosongan jawatan di dalam Kementerian Kesihatan pula (hospital krajaan, dan sebagainya).
Menjawab soalan berpeluang atau tidak ditawarkan melalui UPU, sifu berpandangan anda adalah antara pelajar yang cemerlang. Oleh itu sifu percaya awak akan mendapat salah satu dari bidang yang awak mohon. Tunggu sahajalah panggilan dari UPU.
Apa-apapun, jangan putus asa, jika tiada tawaran, maka awak masih ada laluan lain.
fiQa_90,
Sifu kurang pasti tentag jadual baru tawaran ke bidang perguruan. Tetapi maaflah, dari prestasi SPM fiQa, rasanya ada beberapa kekurangan yang boleh menjejaskan peluang awak ke bidang perguruan. Kebanyakan bidang yang ada pengambilan adalah dalam jurusan sains dan matematik, dan kalau tak silap sifu guru agama.
Add Math awak 7D, sains tulen awak pun sederhana. Sejarah pula wajib dapat sekurang-kurangnya 3B untuk layak menjadi guru.
Tapi beginilah, sifu ni BUKANLAH orang yang layak membuat keputusan bagi pihak awak. Sifu nasihatkan fiQA supaya menghubungi secara langsung pihak kementerian pelajaran dan minta ayah bertanya secara terus kepada mereka tentang bilakah tarikh tawaran akan dibuka utk memasuki IPG (institut pendidikan guru).
Namun sifu berpendapat, lebih baik fiQA masuk ke F6, dan dari situ perbaiki prestasi anda, kalau boleh mencapati CGPA tertinggi mungkin. Sekarang ini pihak KPM meletakkan syarat yang ketat dan pengambilan yang terhad untuk bidang keguruan di IPTA. So jika SPM gagal, gunakan kesempatan mencipta peluang melalui STPM pula. Mungkin kali kedua lebih berjaya.
nuha,
Sifu takut kalau-kalau kelemahan awak datang dari masalah kekurangan tidur. Awak kata belajar hingga 12 malam. Bangun pukul berapa? Majorit remaja yang memerlukan masa tidur yang mencukupi antara 8-10 jam. Ia membantu mencerdaskan otak remaja selain dari faktor pemakanan.
Nuha kena berusaha mengubah kaedah belajar. Dari menghafal kepada memahami, dari membaca sahaja kepada mebaca sambil berfikir. Dari hanya menyalin jawapan kepada memahami dan mahir menjawab soalan. Terlalu banyak kelemahan pelajar berpunca dari kaedah belajar di dalam kelas dan di rumah yang tidak CEKAP dan berkualiti. Jika kawan awak belajar malam je, tapi faham maknya mereka mengamalkan kaedah belajar yang betul.
Jumpa kaunselor dan minta bimbingan kaedah belajar yang betul. Tak perlu tanya perkara lain dulu. Lepas tu baru cerita bagaimana nak mengawal perasaan stres anda sebagai pelajar. Jika kaunselor anda berkebolehan, pasti dia akan dapat membimbing anda mengikuti kaedah belajar yang betul bersesuaian dengan subjek. Belajat matematik lain kaedahnya, belajar perakaunan pun lain kaedahnya, belajar BM lain kaedahnya, belajar BI pun lain kaedahnya. Pendek kata, rancang dan gunakan teknik belajar yang betul.
Jangan stres sangat. Doa dan mohon hati anda dibuka supaya memahami pengajaran. Jika anda ada perasaan fedup dgn guru, kikis perasaan itu secepat mungkin. Kerana itu juga menjadi pengganggu proses komunikasi antara guru dengan anda. Ia menyebabkan fokus anda terganggu. Sometimes tanpa pelajar sedari ia ada kecenderungan menyalahkan guru menjadi punca ia tidak sebijak rakan lain, sedangkan rakan sekelas itu boleh cemerlang dari guru yang sama.
Sebenarnya banyak lagi yang perlu sifu sampaikan tapi tanpa mengenali nuha dengan rapat sukar untuk sifu menasihatkan nuha. Oleh itu, pengganti sifu ialah kaunselor sekolah. Dekati mereka.
Sifu dulu semasa frust belajar (masa tahun 1 ijazah), sifu beli buku TEKNIK BELAJAR YANG BETUL tulisan pensyarah UPM masa tu dari unit kaunseling. Alhamdulillah ia dapat membantu sifu mengikuti program ijazah perakaunan dengan memperoleh CGPA dalam lingkungan 3.00 ke atas (rahsialah) di tahun pertama program.
betul2…puas hati…
sifu,nak tanye sifu ttg cara2 pengajian acc0unting(soalan pn xtau nak tanye gane)
mula2 kita amik f0undation/diploma/dll -> ijazah -> ???
PAK ada master x? or abih ijazah trs amik ACCA/??
ada kawan saya ckp,nk jadi akauntan xperlu amik diploma or ijazah, tp amik CAT then ACCA… gitu ke??
pliz xplain..
hopefully yg tak tahu jadi tahu
~~ => ~~
Zahid,
Kata-kata rakan awak tu betul. Untuk menjadi akauntan ada beberapa laluan yang boleh memberi peluang mencipta kerjaya dalam bidang tersebut.
Selain memegang ijazah perakaunan dari universiti, calon juga boleh mengikuti program profesionalisme yang dianjurkan oleh badan-badan antarabangsa seperti LCCI, ACCA, dan lain-lain lagi. Jika anda tak ingin terikat dengan kehidupan pelajar di kampus, sebaliknya ingin belajar sambil bekerja, maka pilihan kedua adalah paling sesuai. Jika awak memilih laluan LCCI, maka awak wajib mengambil kertas peringkat pendahuluan iaiatu PAPER 1 DAN PAPER 2. Jika awak lulus dengan cemerlang, awak boleh sudah mendapat status CAT (certified account technician). Ia memberi peluang awak menjawat jawatan pembantu pegawai akaun dengan tangga gaji yang ‘boleh-tahanlah’ berbanding perkeranian biasa. Tetapi CAT sahaja tak cukup. Untuk menjadi akauntan bertauliah, awak dikehendaki menduduki exam lagi yang berperingkat-peringkat sebelum layak diiktiraf. Seperti biasa awak perlu membayar yuran peperiksaan setiap kali mengambil ujian. Belajar sendiri, tetapi jika tak mampu maka awak bolehlah mengikuti kelas anjuran badan tersebut dengan yuran tuisyen yang lain pula. So, yuran tuisyen dan yuran peperiksaan. Jika gagal mana-mana kertas, awak tak boleh teruskan sehingga kertas yang gagal itu diduduki semula dan lulus dengan cemerlang mengikut ketetapan badan profesional itu. Kelebihan kaedah ini ialah awak dapat mengatur tempoh belajar dan tarikh menduduki ujian profesional. Jika sibuk dengan kerja awak boleh tangguhkan hasrat menduduki exam. Sebaliknya di kampus, awak tidak ada pilihan melainkan menamatkan semua 8 semester. JIka gagal satu paper, awak masih boleh meneruskan semester baru sambil mengambil semula kursus/paper yang gagal tadi.
Selain dari itu, UiTM ada menawarkan kuliah kertas profesional di kampus mereka dengan yuran berbeza dari program ijazah. Awak belajar di UiTM tetapi bukan siswazah UiTM. Sijil dan kelayakan profesional awak akan dikeluarkan oleh badan profesional seperti LCCI atau ACCA (jika ambil ACCA). Sebaliknya pelajar yang menjadi siswazah IPTA, kelayakan profesionalnya ialah ijazah perakaunan itu sendiri.
Ya zahid, selepas ijazah awak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana iaitu peringkat master dan selepas itu PhD. Tetapi zahid harus ingat, tak semua graduan akan dibenarkan mengambil master perakaunan. Hanya graduan yang memperoleh CGPA keseluruhan 3.75 ke atas akan diberi peluang master. Bagaimana jika awak memperoleh CGPA kurang 3.75 ketiga graduat? Jawapannya ialah awak bolehlah mengambil master dalam bidang lain, contohnya pentadbiran perniagaan atau bidang lain, tetapi tidak perakaunan.
Mana yang bagus? belajar bacelor perakaunan di IPTA atau terus dengan program profesional. Jika anda ada masalah kewangan, maka IPTA adalah pilihan terbaik kerana yuran pengajian tetap lebih kurang RM16-17000 untuk 4 tahun (8 semester). Sebaliknya program profesional, jika belajar sendiri murah kerana hanya perlu bayar yuran peperiksaan. Tetapi jika mengikuti kuliah dan peperiksaan, maka ada kemungkinan kos pengajian anda melebihi yuran keseluruhan IPTA. Tapi maaf sifu tak dapat cari figure sebenar kos belajar untuk peperiksaan profesional, so tak perlulah tanya sifu pula pasal berapa bayarannya. Kadar mengulang menduduki peperiksaan badan profesional LCCI atau ACCA adalah tinggi, bayangkan jika anda bukanlah pelajar yang suka atau mahir belajar sendiri? Sudah tentu anda terpaksa mengikuti kuliah. Dari situ saja anda akan dapati kos pengajian anda akan tinggi seolah-olah belajar di IPTS pula.
Sekian, komen sifu.
Terima kasih sifu…
Afternoon Sifu, aku ada soaln lagi mau tanya sifu..
Klau belajar di matrik dlm jurusan perakaunan,setelah ambil ijazah di IPTA,adakah peluang pekerjaan dlm sektor kerajaan(spt di LHDN,KWSP dll) lebih luas berbanding dgn pelajar yg keluar dari IPTS spt INTI college,UTAR dll?
Pelajar yg study di IPTS boleh mendapat kerja dlm sektor kerajaan juga kah??ataupn dlm sektor swasta saja??(spt di syarikt prsndrian dll)
Thanks a lot..Sifu…
SIFU!!
hehe.. sifu..sy tpilih pg intebiu srjana muda sns seni bina kat uitm ari sabtu neh..(doa sifu makbul laa..;)hehe).. im a lil bit nervous lar skarang..
kalo sy pass intebiu neh, sy akn troskan with dis choice n ignore je y kursus pguruan pye tuh.. hehe.. orait x??
n by da way sifu.. dlm klam kbot neh sy nak tye sifu la.. what kinnda question y sy akn bdepan nti dlm intebiu tuh yek? and dlm print out neh die ad suruh sy bwa alatan mlukis. die nak soh sy construct building ke ape neh.. huhu.. sy bdk sns sifu, kt skolah, kmi x pnah pon ad klas seni. smenye by our own effort jek.. seriously said, sy xde pon latihan2 lukisan b4 dis.. cmane ye?
tq 4 S.O.S
Elva,
Pada pandangan sifu, kedua-dua graduan berpeluang sama rata utk menceburi sektor awam. Tiada pilih kasih di situ. Begitu juga peluang mencari pekerjaan di sektor swasta juga sama rata. Yang membezakan peluang antara individu graduan ialah ‘kelebihan tambahan’ seperti perawakan, kemahiran komunikasi, kepimpinan, motivasi kendiri, dan sebagainya yang akan diuji dalam proses temuduga mencari kerja kelak.
Itulah kenyataan hidup.
Haru,
then in that case, practice a lot kat rumah. Melukislah. Jangan risau pasal kemahiran mewarna. Seni lukis adalah pelbagai cabang, dan ada pelbagai aliran. Jika mampu sediakan set poster color dan water color berserta traynya sekali. Juga jangan lupa bawa gelas plastik atau bekas terpakai untuk air. Sifu agak-agak je sebenarnya. Tapi lebih baik bersedia ya tak.
Dan praktislah idea awak. Bayangkan mungkin disuruh melukis bangunan dengan latar belakang bandaran. Takpun mungkin lukis dalam bangunan. Cuba-cuba idea awak dan praktis melukis serta praktis mewarna. Sifu pun risau kalau-kalau Haru tak bersedia melukis di hadapan panel. Sifu nasihatkan haru mesti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau tak pandai mewarnapun, buat juga kerana seni adalah abstrak. Sesuatu lukisan yang dilihat individu A sebagai lukisan tak bernilai mungkin kepda individu B bernilai. So jangan putus asa okay.
Good luck for saturday. You got just a few day, so practice, don’t waste your time.
salam sifu…
actually br je lps check yg dpt interbiu uitm 2..tp die kate x de dlm sistem 2. camne ni??? nk tanye,bile dpt offer g matrix,die bg kte wat pilihan ek nk amik course ape…rasenya ari 2 masa saya apply matrix,x de plak die suh isi course ape…apa syarat ke matrix?
kalau da dpt mtrx dh x dpt ipta ek?? i’m really x tahu psl ni sume..pliz…pliz help me…
salam ..
sifu,
sya bru dpat offer pegi interview scholar Yayasan TM ntuk persediaan ke luar negara..
saya tk tau la cmane bengkel pmilihan tu diadakan..
boleh tak sifu tolong terangkan tentang bengkel tu.. ??
hmm..ntuh pgtahuan sifu..saya amik course pengurusan kewangan
although i din have any basic account but i think i can go on la with dat.
harap2 sifu dapat membantu..
thanks
Oh..Thanks sifu..
Aisyah,
Matrikulasi tu hanya ada dua jurusan. Awak pelajar aliran sains, so awak boleh memilih jurusan sains atau jurusan perakaunan dalam matrikulasi. Sememangnya ada penjelasan itu ketika memohon online. Peluang ke IPTA tetap ada sekiranya aisyah pernah memohon melalui online di lamanweb MOHE. Jika matrikulasi gagal, kemungkinan awak terpilih ke diploma. Jika kedua-duanya gagal, maka aisyah hendaklah merujuk terus ke MOHE utk mohon penjelasan, kalau-kalau ada kekhilafan dipihak mereka. Al-maklum secanggih mana komputer pun, campur tangan manusia masih diperlukan. Semua pemohon layak membuat rayuan selepas tarikh pengumuman nanti, selalunya dalam Mei-Jun.
CUBA DULU BARU TAHU.
Ain,
tahniah kerana memilih bidang kewangan. Insyaallah, ia ada peluang kerjaya yang baik nanti.
Sifu kurang arif tentang bagaimana pihak yayasan TM mengendalikan interbiu atau bengkel itu. Tetapi sifu boleh berikan beberapa tips.
Kalau ada perbincangan dalam kumpulan tentang sesuatu topik, tunjukkan kesungguhan awak menyumbangkan idea. Pastikan awak tidak pasif, berdiam diri. Takut nanti awak dianggap tidak berkebolehan berkomunikasi. Jika kurang arif tentang sesuatu perkara, jangan tunjukkan kepada penilai. Berikan sahaja pendapat walaupun anda pasti ia tidak tepat. Yang penting adalah participation awak semua di dalam kumpulan. Jika ada perbincangan, mungkin akan ada pembentangan, sama ada individu ataupun berkumpulan. Oleh itu bersiap sedialah kamu dari segi mental. Jika perlu bercakaplah dalam BI kecuali diarahkan berbuat sebaliknya. Sekarang ini calon yang terpilih selalunya mempunyai penguasaan (proficiency) bahasa inggeris yang agak tinggi.
Salam sifu..
Bila saya bace semua komen sifu kt sini, saya rase bertuah sbb ade juga org yg sanggup tolong tunjukkan jalan kepada kami! TERIMA KASIH!
Tp, saya nak tanya..
Result saya:
BM – 1A
BI – 2A
MM – 2A
PAI – 2A
AKAUN -1A
EST – 4B
SEJ – 5C
FIZ – 7D
KIM – 7D
ADD MATH – 8E
Saya mmg minat dlm akaun. Tp, soalan saya :
1. Layakkah saya utk masuk matrikulasi akaun? Sbb syarat kelayakannya add math perlu 7D kan?
2. Ramai yg berpendapat diploma akaun nnti susah sangat! Betul ke?
~ TQ.
trima kasih sifu….
sifu..kaunselor kat sek sy,ada ptalian ngn fmly sy.sebab tu jugaklah,sy malu nk jumpe dia.lagipun,sy malu kalau menangis di dpn dia.sy soorang yg mudah mnangis bla nak ckp or nak tanye somenthing yg sy btol2 nk tau..sy xnak dia pikir saya seorang yg lemah.ntah la..
mybe,ade btolnye kata sifu..tp bg sy, sy x cukup tido xpe,janji ma abah sy hepi ngan result spm sy nanti.tu je yg sy doakn sekarang.xde benda lain dh dlm ati sy selain nak gembirakan mama dan abah sy…sebab 2,sy nak sifu tlg sy..
sifu..ada lagi x buku tu kat pasaran sekarang. kalau ade,sy nak cube cari..terima kasih ek sifu..
sifu..
kalo saya nak amik sains akktuari..
ape laluan terbaik buat saye(matrikulasi/diploma)
lagi satu..
boleh sifu terangkan serba-sedikit ape yang sifu tau pasal sains aktuari..
kalo saya amik foundation, adakah peluang untuk saye pergi ke oversea…
jadi foundation ape yang sesuai tuk saye ?(sains /perakaunan)untuk saye menceburi bidang sains aktuari
maaf.. soalan saye banyak..
pnjg sguh…hikhik..
thank’s sifu..
pape pun, study hard n smart 1st right…?
tq skali lagi..
assalamualaikum
okeh sifu, thanx.. bkan pe..
just orang lain pegi luar negara, kita pun teringin jugak eheheh…
tapi tak pe lah sifu, saya tak keluar negara sekarang pun, buat master nanti pun sya boleh g jugak (pujuk hati yang lara wuwuwuwuwuw)
hurm, sifu being honest.. boleh ke saya improve balik kimia saya? atau saya perlu lupakan aje cita2 sya tu?
sifu,,
bidang kewangan sedikit sebanyak berbeza dengan bidang perakaunan dan bidang ekonomi kan sifu,
??
bidang kewangan merupakan prinsip -prinsip dan teori2 yang dipinjam dari bdg perakaunan dan ekonomi dan telah diubahsuai..
betul tk pndapat sya tu sifu??
and..kalu saya dah tamat belajar nanti,antaranya apakah peluang pekerjaan yang boleh saya dapat??
dan satu lagi soalan sifu,seandainya kalau panel tu tny knapa sya memilih jurusan kewangan?
tkkan sya nak jwab kerana minat shaja..
boleh tak sya ckap saya nak memajukan lagi sistem kewangan di malaysia
andainya sifu tidak kisah,boleh tak kalu sifu kgsi pndpat tntg soalan sya tu
saya harap sifu dapat mmbantu….
salam sifu…
saya dgr kalo nk g luar negara mesti amek A level?tol ke sifu…
A level tu cam ne,sifu.mungkin sifu leh ulas skit…thanks sifu.
sifu,nak tumpang tanye la..saye ni student tahun akhir program diploma teknologi makmal perubatan kat uitm.kalo saye berniat nak sambung blaja wat degree kat oversea,cane ek?maksud saye..kat mane leh apply..saye nyer CGPA 3.0> tapi xsampai 3.5 la..Dulu time SPM dapat 9A tapi x apply g oversea coz xde pendedahan..xde sape nak bagitau.rasenye sistem pendidikan negare kite belum betol2 maju..huhu…cikgu kaunseling salu wat hal seniri.xambik tau pasal student pon.
salam.. sifu saya nie baru pelajar lepasan spm dan result yng saya dapat ialah b.melayu-2A b.inggeris-7D math moden-8E p.akaun-4B p.islam-4B ekonomi asas-6C sains-4B saya nak tanya sifu dengan ape yang saya dapat nie saya boleh masuk jurusan apa ek.. bantu la saya sifu.. saya harap saya boleh sambung belajar di mane-mane universiti awam…
salam sifu..
thanks 4 your advice..
kalau sy nk mohon utm bagaimn??
adakah pmohonan dah ditutup..
mslh sy skrg sy xthu camane nk mhon…
assalamualaikum sifu.nak tanya,adakah kokurikulum sgt penting n dinilai oleh mohe utk kemasukan ke ipta?peluang student mana yg lebih cerah-result bagus tp penglibatan kita dlm koko tak berapa active sgt berbanding result yg average jer tp active dlm koko? honestly,sy tak berapa active dlm koko masa f5 coz saya rasa ia mengganggu spm sy.apa komen sifu?
erm,lagi satu sy ada gak dgr bila junior masuk u kena bg salam atau sapa kat senior.betul ke?walaupun sy rasa sebenarnya situasi mcm tu tak wujud pun.tq
assalamualaikum…sifu…saya ingin minta pendapat.
keputusan spm saya:-
Bm- A1
Bi- B3
Mm- A1
Sj-A2
Pi-A2
Bio-B4
Phy- B4
Chem- C5
Est-B3
It-B4
Am- B4
dilemma saya ialah ayah saya sendiri…dia seolah2 tidak memberi galakan kepada saya untuk sambung belajar.
saya ingin tahu dengan kelayakan saya ini, apakah saya mempunyai tempat di Matrikulasi. jika ya, program yang mana?
selain itu apa yang boleh say dapat selain dari program matrikulasi. sya amat meminati bidang kedoktoran dan cuaca persekitaran.
mohon bantuan sifu.
salam,soalan nye…hehe
kalau nk jadi ckgu, skrg ni dh tntu kene amik bidang pndidikan rite..
but adakah kene melalui pendidikan gak kalau nak jadi pensyarah..
maksud nye adakah kalau from degree account,then amik master or phd,tak leh ke jadi lcturer??? adakah MESTI from pendidikan???
sifu tahu tak apa ke standard pemilihan pemohon SPM ke UTP buat masa sekarang ? Ada kah 8A dan 2B memadai? kbguy cuma nak tahu ada tak sesiapa yang sedang menuntut disana kerana ada keputusan yang memeranjatkan dari UTP.
thanx bebenyak 2 sifu coz bnyk bantu sy.
sy ada apply yg kursus perguruan bg lpsan spm tuk tesl
mslhnye,sy ingat nk amik pendidikan utk yg dlm negara nye,tp x de pun..
camne nk apply?
salam sifu..
sifu,saya lepasan spm 07..
ni result sya..
bm-A1
bi-A1
math-A1
sej-A1
agama islam-A1
tasawur islam-A1
bio-A2
chem-A2
phy-A2
admath-B3
est-B3
sifu,saya memohon ke matrikulasi dan upu(diploma sains di uitm)..
saya tak memohon asasi sains hayat di um dan uia kerana saya diberitahu oelh kaunselor bahawa jika ingin memasuki asasi sains hayat di 2 universiti tersebut,memerlukan bahasa arab..sedangkan saya hanya bersekolah harian sahaja dan tidak mengambil bahasa arab..namun,saya diberitahu oleh seorang abang saudara bahawa di UM untk asasi sains hayat tidak memerlukan bahasa arab..saya tidak tahu ingin percya yang mana satu dan saya rasa agak menyesal kerana mengikut kata kaunselor sek..tapi,tidak mengapalah…
saya sekarang keliru samada ingin ke matrikulasi atau upu(diploma)..sya ingin menjadi seorang doktor..
jadi sifu,bantulah saya..saya harap sgt sifu dapat mengurangkan kekeliruan saya ini..
sya tidak tahu jalan manakah yang dapat membuka peluang saya agar dapat menjadi seorang doktor..
assalamualaikum sifu…
saya lepasan spm 2007 dan ini result saya…
bm-B3
bi-A1
math-A1
addmath-A1
phy-A2
chem-A2
agama-A1
sej-A2
bio-B4
saya memohon program matrikulasi,kursus perguruan dan upu….
saya ingin bertanya,sewajarnya saya harus ambil program yang mana???
matrikulasi atau upu???
which one is the best???i really2 don’t know about this…
bolehkah sifu beritahu saya keputusan yang sewajarnya…please….
saya sangat keliru sekarang ni….
lagi satu,saya amat meminati subjek matematik…
so,course apa yang bersesuaian dengan saya???
diharap sifu dapat membantu saya…thanks a lot….
salam sifu…maaf mengangu…
saya ngah tggu tawaran belajar…sekarang ni saya agak kecewa sebab peluang nak masuk PPUM(PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) gagal…result saya biasa jer
BM-A1
AGAMA-A2
EKONOMI ASAS-A2
SJ,AKAUN,MATH,&SCIENCE- B3
BI-C5
ADD MATH-8E
saya tau resualt saya mat memalukan skit…sekarang ni saya apply maktab,UPIM,PANTAI MEDICAL(NURSING),KPTM,POLI,MATRIK,UPU and KKM(SEPARA PERUBATAN)…
dekat upu saya banyak mohon kos pengurusan and first choice saya DPA(DIP PENTADBIRAN AWAM)….
saya nak tanya bole ker saya dapat maktab?result saya teruk la…..n apa yang sesui untuk result cam saya…kaw bole after habis belajar nak terus dapat kerja…lagi 1 saya nak elakkan buat PTPTN…..kalaw boleh la…boleh sifu bagi pandangan…saya dahului dengan ucapan terima kasih keranan sudi membantu…..
Ayie dan pelajar lain,
SORI dah lama tak online. Ada masalah talian di lokasi sifu tinggal. Sifu tinggal di Papar, Sabah. Petang ni baru dapat meninjau blog ini.
Anyway Ayie,
Ya, matrikulasi perlukan student sekurang-kurangnya lulus gred 7 untuk add math kalau nak masuk Matrikulasi. Tetapi Ayie masih boleh merayu ke matrikulasi jika masih nak terus masuk ke situ. Oleh itu jika ada memohon matrikulasi, tetapi nama tak tersenarai, maka merayulah ke bahagian matrikulasi (rujuk lamanweb mereka), dan jika rayuan anda diterima matrikulasi boleh menawarkan awak matrikulasi di PST atau PDT (Prog. Dua Tahun)
Diploma perakaunan susah? La, betullah tu, memang susah. Tetapi semua program diploma susah. Ini kerana semua pelajar BARU pertama kali mengikuti program diploma, maka susahlah dia. Perkara yang tak biasa selalunya orang kata susah, majoriti akan alami cabaran itu. Tetapi itu tak bermakna ayie tak boleh ikuti. Sebaliknya, semua orang boleh mengharungi cabaran itu. Lebih-lebih lagi, semua orang punya peluang sama rata. BACK to ZERO, kata omputeh. SPM hanyalah kunci untuk pintu itu, bila dah masuk, semuanya berjalan ke arah pintu satu lagi, dalam ‘bilik’ baru itu, semua orang akan dilayan oleh IPT sama rata. Okay, think positif. Everyone, positive thinking.
Nuha,
Laa, tapikan kaunselor boleh membantu anda. Tambah lagi ahli keluarga, sepatutnya lagilah mudah. Gini, bila jumpa kaunselor, awak hanya mohon bimbingan kaedah belajar betul, so sekurang-kurangnya ia mengecilkan skop masalah itu, tak lah malu sangat. Katakan padanya awak bercita-cita nak baiki prestasi diri, so perlukan teknik belajar yang betul.
Nuha, tak cukup tidur, tak akan menggembirakan ibu bapa kemudian hari. Percayalah cakap sifu ni. Dah terjadi,akan terjadi. Oleh kerana kita terlibat dalam bidang keilmuan, maka ‘peralatan’ terpenting untuk kita adalah otak. Otak kita dah ada, tapi kalau tak dapat beroperasi dengan cekap kerana tahap kesihatan dan rehat tak cukup, maka ia menjadi TAK CERDAS. Bila tak cerdas, awak belajarlah 100 jam pun untuk sesuatu mata pelajar seminggu, GERENTI tak akan dapat memuaskan diri anda kerana akan ada perkara yang dilupa, kurang faham, kurang jelas, tak ingat, terlupa, rasanya tak pernah baca tetapi dah baca, macam ada aku baca ni, eh… apa jawapannya ya, dan banyak lagi alasan dan kata-kata kecewa yang akan terkeluar dari mulut anda.
Nuha harus ingat, belajar bijak termasuklah menjaga masa tidur. Belajar pada waktu yang sesuai juga sangat penting bagi pelajar yang mempunyai prestasi sederhana ataupun rendah. Tak semua orang akan se’genius’ albert einstein. Orang yang bijak sememangnya cepat memahami sesuatu topik yang dipelajari, oleh itu ia hanya perlu belajar bagi tempoh yang singkat. Tetapi bagi majoriti yang lain, maka perlulah menggunakan masa yang lebih kerana kadar kepandaian tak setinggi orang genius. Apa yang harus kita lakukan. Untuk itu kita kenalah merancang teknik belajar, supaya rangsangan ilmu itu dapat diperoleh secara maksimum. Bagaimana? First, jaga ‘alatan penting itu’, iaitu otak. Usahakan supaya ia berada pada tahap terbaik untuk menerima ilmu. Antara faktor utama selain faktor vitamin dan zat galian ialah tidur yang cukup. Kepada remaja perlu sekurang-kurangnya 8-10 jam. Kalaupun awak dah tidur 10 jam, tetapi 60 peratus tidur itu di sebelah siang, juga tak berkesan. Allah ciptakan malam untuk manusia dapat berehat dengan sempurna. Nak tahu tidur awak cukup di sebelah malam atau tidak, tengok muka awak sendiri, selalu tak berminyak, rasat melekit. Jika setiap hari awak merasakan permukaan kulit anda berminyak (berkilat-kilat terkena cahaya walaupun tak berpeluh) dan badan terasa panas sepanjang hari, itu petanda tidur tak cukup dan tak rehat cukup di sebelah malam. Ada pelajar sederhana yang inginkan A, belajar hingga 2 pagi setiap hari walau di hari persekolahan, tidur dan bangun semula pukul 5 pagi, siapkan diri dan ke sekolah pukul 6 pagi, lepas 9 pagi dah mula ngantuk. Kesannya ialah tahap kepekaan sebelah pagi dah jatuh. Maka guru yang mengajar dengan dedikasi pun pelajar itu tak dapat terima kesannya 100%, membawa kepada kesan psikologi iaitu penumpuan belajar kurang dan minat dia kpd guru kurang, mgkn juga menyampah dgn guru krn dia berpendapat guru itu TAK pandai mengajar (sedangkan ia disebabkan daya penerimaan di otak dah kurang baik). Pelajar sederhana itu akan bertekad mengulangkaji malam ni nanti, konon! Selepas persekolah tamat, dia balik ke rumah, tidur sebentar dari pukul 3 ptg hingga 5 ptg, bangun ulang kaji semula mgikut jadual waktu sendiri (jadual waktu persediaan SPM), terpaksa abaikan apa yang sedang dipelajari seharian tadi kerana kononnya, jadual ulang kaji SPM lebih penting. Belajar hingga 7 malam, makan malam dan rehat sebentar, pukul 9 sambung belajar higga 2 pagi. Begitulah yang dibuat selama 200 hari semata-mata nak dapatkan gred cemerlang di SPM utuk 10 subjek. Masyallah. Majoriti pelajar sederhana atau lemah, jika ikut seperti ini, akan membunuh cita-cita awak. Inilah seperti mengiakan bidalan ini, “YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN”. Ini kesah benar ni.
Apakah yang pelajar ini silap? Banyak kesilapannya.
1. Semakin lama, semakin sukar beliau nak faham isi pengajaran, dalam kelas mahupun di dalam rumah, kerana otak pada aras sederhana. Tak cerdas, kurang rehat. Organ otak perlu cukup tidur supaya berfungsi dengan baik hari seterusnya. Bayangkan enjin kereta yang sentiasa panas!
2. Pelajar ini dah tak respect guru kerana dilihat guru tak pandai mengajar, sedangkan rakan lain dapat faham apa yang diajar. Dari segi emosi, pelajar itu dah hilang interest nak belajar dengan guru tersebut, maka tanpa disedari, pelajar itu ABAIkan isi pengajaran terkini, maka pelajar ini akan dapat 2 bebanan, ulangkaji bab T4 dulu, dan ulangkaji T5 juga! Sepatutnya ulang kaji T4 tetapi ikuti pelajaran T5 secara serentak. Beza tu. Cuba fikir baik-baik ayat sifu tadi tu. Ada beza! TIPS : Kalau guru tak pandai mengajar, SELURUH SEKOLAH tak akan faham apa-apapun yang diajar. Kalau ada orang faham, maka guru itu pandai mengajar, cuma kita yang tak.
3. Menanggung beban berat sendiri-sendiri tak tak terurus. Dahlah tak faham di kelas, terpaksa pula tangguh belajar bab siang tadi, mungkin ke minggu depan atau 3 minggu akan datang. Ni, tips bijak pandai, jika belajar sesuatu hari ini, maka fahami dan praktiskan hari ini juga, maka ia akan kekal dalam ingatan seseorang individu. Kalau tak faham, pastikan faham dalam tempoh 24 jam, kalau tak, semakin rendahlah kadar daya ingatan seseorang individu itu. RUJUK KAUNSELOR.
4. Disiplin diri itu baik, akur kepada jadual waktunya sendiri, tetapi waktu ulangkaji sebegini tak cukup efektif. Belajar 12 tghmalam – 2 pagi tu kedengarannya baik, sememangnya ada kajian menunjukkan ia baik, tetapi yang lupa di sini ialah, waktu rehat malam pula tak cukup. Kalau nak juga belajar subuh, buat begini, tidur jam 9 – 2 pagi, lepas tu bangun utk ulang kaji hingga 5 pagi. Lepas tu macam biasa uruskan diri ke sekolah. TETAPI ingat, mesti ada tidur malam. Dalam kes tadi, pelajar akan dapat tidur 5 jam. Pelajar pula kena sedar juga, tak semua hari harus ada belajar malam, sebaiknya selang 2 hari. Bukannya apa tak semua dari kalangan kita ni, mempunyai budaya atau amalan makan yang sihat. Ada minum susu? Ada makan daging 2 minggu sekali? Ada minum jus buah-buahan? Ada makan vitamin? Jika anda seperti normal keluarga Melayu yang berpendapatan sederhana, jarang keluarga yang biasaan anak minum susu di sebelah pagi atau malam. Kemudian belajar antara pukul 5 – 7 malam tu okay, acceptable, tetapi majoriti pelajar terpaksalah pula abaikan riadah. Nasihat sifu, beriadahlah antara 5-6 ptg (Sabah & Sarawak- utk semenanjung 6-7 ptg) paling kurang 30 minit, utk mengurangkan stres belajar di samping kesihatan jasmani awak.
Begitulah komen sifu kepada Nuha. Harapan sifu ia juga membantu pelajar lain yang punya masalah mirip komen NUHA.
Ingat nuha, awak dalam proses belajar bukannya bekerja sebagai buruh. Oleh itu yang terpenting ialah kesihatan otak. Disitulah minda kita. Kalau dah bekerja yang memerlukan tenaga 4 kerat, maka kesihatan kudrat pula penting. Sebagai remaja, keperluan hidup dan kesihatan awak sangat berbeza dari ibu bapa anda. JIka ibu bapa anda biasa tidur 5-6 jam, itu rutin bagi orang dewasa 40 tahun ke atas. Remaja 20 thn ke bawah, perlu tidur lebih dari itu.
Sifu tak pernah lagi jumpa buku sebegitu di pasaran. Tetapi Nuha tetap boleh cari buku atau kaset hasil idea Dr. SHukri Abdullah atau Datuk Dr. Hj. Fadzillah Kamsah.
Miyuki,
Sifu tak maklum sangat tentang sains aktuari. Ia bidang baru di Malaysia tetapi dah lama berkembang di negara maju. Macambiasa, sifu nasihatan miyuki ‘google’ perkataan actuarial science atau cari di wikipedia. Pasti ada maklumat umum berkenaannya. Laluan terbaik ialah kedua-duanya. So no problem untuk anda. Yang penting ialah penguasaan individu dalam mata pelajaran matematik dan matematik tambahan serta mata pelajaran sains tulen.
Foundation? Sudah tentu jika ia adalah program ke luar negara. JIka foundation itu khas untuk IPTA tempatan, maka tak dapatlah digunakan lulusan itu ke IPT Luar negara. Ianya sudah dijelaskan sebelum ini. UiTM misalnya ada program foundation utk ke Jepun, tetapi ada juga foundation itu khas utk UiTM sahaja.
BudakPTS,
Bagus. Pandai-pandailah memujuk diri sendiri. Bagus tu. Ia dipanggil penerimaan positif.
Lagi bagus. Apa salahnya mengambil semula kimia? Jika kegagalan anda mendapat tempat di IPTA, mengikut program diminati, akibat kesilapan itu, maka tak salah kita bertaubat dah lakukan pembaikan/pemulihan. Ia adalah untuk diri anda sendiri, bukannya untuk orang lain. Tak apa jika terlepas 1 tahun, berbanding jika terlepas cita-cita selama-lamanya.
Kecualilah anda punya minat alternatif. Jika anda sanggup kejar alternatif career maka bolehlah anda kecualikan diri anda mengambil semula kimia, dan teruskan apa sahaja peluang lain yang ada.
Tips kehidupan yang sihat :
Adalah penting dalam meneruskan hidup secara positif setiap individu mempunyai cita-cita atau minat alternatif atau tambahan agar kegagalan di sesuatu perkara tidak menjadi kegagalan dalam hidup pula.
Ain,
Ya memang berbeza.
Tetap Perakaunan bukannya tentang teori sahaja. Ia adalah satu amalan beretika, industri yang mempunyai garis panduan d peringkat antarabangsa, berkaitan amanah, integriti pengamal akaun dan pengguna maklumat akaun. Kewangan adalah cabang ilmu yang menggabungkan ilmu perakaunan, ekonomi, sosial dan perniagaan secara lebih khusus. So, pendapat anda ada kebenarannya di sana.
Ya apa salahnya ain berkata demikian di hadapan panel penemuduga. Sifu tambah di sini kalau Ain nak guna. Selain memajukan sistem kewangan dunia, anda ingin menjadi pekerja industri kewangan bertaraf dunia, sejajar dengan cita-cita pemimpin malaysia menjadikan malaysia hub kewangan Islam sedunia. Anda yakin, syarikat tempatan dan syarikat luar negara yang melabur di Malaysia memerlukan pekerja berkebolehan, berketrampilan dan memahami budaya tempatan. Anda adalah salah seorang darinya yang akan merealisasikan dan memenuhi keperluan negara itu.
Good luck
Cek Joya90,
Tak semestinya. Tahukah anda, melalui kelayakan STPM pun anda boleh mengikuti program ijazah di luar negara?
A level ni macam matrikulasi. Jika itu A LEvel, kena tau pula a level utk negara apa? UK atau australia atau apa.
STPM pula semua negara komanwel dan beberapa negara timur tengah dan negara eropah serta negara bekas soviet menerima lulusan STPM yang berkualiti itu. Negara industri seperti Jepun juga menerima STPM jurusan sains.
Tapi sifu tak akan bincangkan perkara ini ya Cek Joyah. Ada banyak aspek teknikal lain. SIfu cadangkan cek joyah rujuk secra langsung dengan MOHE. Emel mereka.
Pieja,
Pandailah pieja ni, semua perkara yang bakal sifu cakap dah dicakapnya dulu.
Ke overseas tu, awak kena tanya diri awak sendiri juga. Sanggupkah membiayai sendiri pengajian di luar negara atau awak nak kan biasiswa dari kerajaan.
Kalau nakkan biasiswa kerajaan, terutamanya JPA/MARA, maka jawapannya ialah peluang anda tipis kerana CGPA tak cukup, kecuali JPA/MARA ada polisi baru menerima juga CGPA 3.00 ke atas sahaja, maka peluang anda terbuka untuk memohon. Pembiayaan sendiri, maka peluang cerah, kerana anda cuma perlu memohon tempat di universiti luar negara yang anda minat. Kalau permohonan diterima, maka anda hanya perlu uruskan VISA pelajar ke luar negara berkenaan. Tapi sebelum itu, pilihlah universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Takut nanti kalau tak diiktiraf, dahlah wang habis membayar yuran yang berganda-ganda (contohnya, USD1 = RM3.14) balik sini pula ijazah awak tak laku oleh hospital kerajaan mahupun swasta. Tak ke naya. Apa yang diiktiraf? AH, tu awak kena usahakan sendiri. Rujuk MOHE dan nyatakan soalan anda lebih spesifik.
Ieya,
Ada tak awak memohon masuk ke program diploma dalam aliran sastera? Ada beberapa program yang boleh anda pohon, tetapi bukanlah bidang perniagaan atau berkaitan pengurusan. Matematik awak lemah. Bagaimana dengan pra-diploma perdagangan di UiTM ada mohon? Sifu berharap sangat Ieya ada mengikuti post teratas sekali masa awal-awal sifu siapkan pos ini. Sifu juga ada bincangkan peluang pra-diploma. Ini peluang Ieya yang memiliki SPM yang sederhana kualitinya. Tetapi Ieya jangan risaulah, kalau sanggup pohon Politeknik. Kalau bulan Mac lepas tak ada memohon politeknik, pengambilan Disember akan dibuat dalam bulan Oktober. So mohonlah nanti. Tetapi sifu lebih suka jika Ieya mengambil semula SPM, baiki gred subjek-subjek penting terutamanya matematik.
Ieya kenalah berfikir secara matang. Masuk IPTA tetapi hanya kerana terpaksa menerima program-program yang kurang ‘nilai industri’ maka lebih merugikan. Jika anda sanggup belajar untuk memperoleh ‘nilai ilmu’ walaupun kurang ‘nilai industri’, maka sifu sokong penuh. Semua program di mana-mana IPT(A/S), punyai ‘nilai ilmu’ yang terbaik. Tetapi tak semuanya punyai ‘nilai industri’. Contohnya diploma berkaitan seni, tinggi ilmunya, tetapi di Malaysia yang tidak punyai industri kreatif yang besar seperti di Hollywood, maka nilai kerjaya agak rendah. Hanya golongan yang punya pakej tambahan seperti kreatif, berbakat, mahir buat skrip, cantik/kacak, tinggi/langsing, akan berpeluang pergi jauh dalam industri berkaitan seni (nyanyian,lakonan, pementasan/pengarahan/dsb). Itu contohlah dari kaca mata sifu tentang ‘nilai indusrti vs nilai ilmu’. Mana-mana individu yang berfikiran positif, mengutamakan ilmu lebih dari hanya bertanya, “kalau saya belajar ini ……., akan dapat kerja ke tak?” maka individu itu boleh mencipta kejayaan di IPTA dalam mana-mana bidang. Kelayakan SPM Ieya lebih kepada bidang sebegitu. Jika Ieya tak berkesanggupan, inginkan peluang ke bidang pengurusan atau pentadbiran, maka lebih baik jika awak mengulang SPM untuk memperbaikinya, sekaligus mencipta peluang baru untuk tahun akan datang.
Laluan lain ialah memohon pra-diploma seperti yang sifu nyatakan tadi.
Jangan putus asa. Setiap individu punya peluang. Good Luck dan sifu yakin dengan pemikiran positif, Ieya akan dapat memacu kejayaan diri anda nanti.
Bingung,
Alamak permohonan UTM dah tutup lah. Semua permohonan melalui lamanweb MOHE hari tu. Dah tutup dah.
Apa peluang anda? SIfu pun tak dapat nak beri advice lagi kecuali cuba-cubalah merayu ke UTM secara langsung. Cuba saja tak rugi kalaupun ditolak.
nur aida,
Sudah tentu penting. Tetapi anda bertuah. Rekod ko-kurikulum itu dinilai bagi tempoh sejak T1-T6. So kalau tak aktif semasa F5, rekod terdahulu boleh digunakan.
Sedikit sebanyak kelayakan 10% itu memang memberi kesan kpd permohonan mana-mana individu. Tapi sifu berfikiran positif. Tak semua orang boleh menjadi wakil negara, tak semua orang boleh menjadi pengerusi mana-mana persatuan kerana di sekolah peluang menjawat jawatan itu sangan kecil berbanding bilangan pelajar yang mencecah 1400 – 2000 orang per sekolah. Juga tak semua pelajar di pilih mengikuti program PLKN (dapat markah 6 utk ko-kurikulm). Majoriti pemohon adalah dari kalangan yang bukan-bukan-bukan yang sifu sebut di atas. So peluang tetap ada.
Salam secara ikhlas adalah amalan yang baik. Tetapi salam dipaksan pelajar senior dan jika tak dibuat diugut pula junior tu, maka takrifannya adalah BULI/RAGGING. Ia kesalahan di bawah peraturan universit yang dikuatkuasakan melalui kuasa naib canselor di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Kalau ada berlaku tetapi tidak semua senior pengamal BULI.
Jangan takut.
Irma,
Peluang tetap ada. Dengan kelayakan SPM yang awak miliki tak mustahil peluang belajar di IPTA tempatan wujud. Sifu doakan anda berjaya.
Tetapi persoalan ayah tu, merisaukan sifu. Mungkinkah awak anak pertama atau ada abang/kakak yang sedang belajar di IPTA/IPTS dengan biaya keluarga? Ramai ibu bapa yang sifu tahu risau tentang pinjaman PTPTN, so mungkinkah parent awak risau perkara yang sama. Untuk makluman Irma, tidak semua pelajar layak mendapat pinjaman PTPN. Jika gaji ayah-ibu tinggi, RM2000 ke atas, maka anak mereka tak layak ditawarkan pinjaman PTPTN. Jika layak, tetapi anak melakukan sesuatu sehingga melanggar syarat perjanjian dengan PTPTN, pinjaman ditarik balik dan pelajar itu diarah membayar terus jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan sahaja dengan kadar segera. Sudah tentu ibu bapa terpaksa bayar terlebih dahulu, bukannya anak mereka yang terlucut hak itu. Kesannya adalah kepada adik-adik yang lain pula. Pelajar yang belajar di IPTA juga tak boleh menukar bidang atau berhenti seketika atau gagal sehingga diberhentikan. JIka ia berlaku maka pelajar akan memerangkap ibu bapa untuk membayar PTPTN terlalu awal sedangkan jika pelajar tajaan pinjaman PTPTN dapat belajar dan graduat dengan sempurna, PTPTN hanya akan meminta pelajar itu sendiri membayar selepas 9 bulan tamat belajar. Selalunya pelajar cemerlang dan berkualiti akan berpeluang mendapat kerja selepas itu. Jadi ibu bapa tak perlu terganggu pendapatan mereka dan peluang kepada adik-adik lain masih dapat dipenuhi.
So, hati-hati dengan cita-cita anda. Ketahuilah keputusan anda juga menjejaskan peluang adik beradik anda, tak pun kesejahteraan keluarga anda sendiri jika pelajar tersilap langkah.
Sifu berharap anda bukanlah orangnya. Sebaliknya bakal graduan yang berketrampilan, berdaya maju dan komited dengan cita-cita anda.
Zahid,
nak jadi lecturer tak perlukan ijazah pendidikan atau diploma pendidikan.
Tahniah di atas cita-cita tersebut.
Untuk jadi lecturer, selalunya universiti yang akan tawarkan kepada pelajar tahun akhir yang cemerlang. Jika ada kekosongan, pihak U akan tawarkan peluang sebagai pembantu penyelidik atau tutor mengajar di sana. Lepas tu pihak U akan hantar belajar peringkat Master dibiaya penuh. Jika tak ada masalah akan dibiaya lagi ke peringkat PhD. Tertakluk kepada keperluan pihak U pada masa itu.
Nasihat sifu, nak jadi pensyarah, pastikan nda memperoleh gred CGPA tertinggi boleh, Selalunya menjadi pelajar kelas pertama, mendapat anugerah khas dekan dan sebagainya akan mencipta peluang terbaik untuk anda.
Mudah-mudahan anda berjaya.
KBguy,
yang tu sifu minta maaf, sifu tak arif tentang perkara itu.
Aisyah,
apakata awak rujuk langsung ke MOE. Dapatkan maklumat lanjut dari pihak terbabit. Sifu tak dapat maklumat terperinci tentang perkara itu.
hidayah,
Takziah kerana maklumat tak tepat dari kaunselor. UM tak memerlukan bahasa arab. UIA memang memerlukan bahasa Arab.
Tapi tak apa, untuk jadi doktor perubatan, laluan matrikulasi jurusan sains adalah antara pilihan popular. So awak berada ditempat yang betul. kalau dapat matrikulasi, lihat jurusan ditawarkan. Jika jurusan sains matrikulasi tadi, maka terimalah tawaran tersebut dengan perasaan syukur dan lega. Semasa dlm program matrikulasi fokus kpd subjek sains teras, peluang akan lebih baik ke bidan g perubatan jika penguasaan dlm subjek kimia dan biologi semakin meningkat spt SPM anda juga.
Program diploma apa yang hidayah pohon? Tak semua program boleh membawa peluang ke ijazah perubatan.
Syida,
Mana-mana tawaran yang mendahului, maka hanya itu sahaja yang akan anda peroleh. Permohonan matrikulasi juga diselaraskan dengan program diploma di IPTA, so chances are jika anda ditawarkan ke matrikulasi, tidak ada lagi tawaran ke peringkat diploma, dan begitu juga sebaliknya.
JIka anda tidak admire kerja keguruan, maka nasihat sifu janganlah cari masalah dengan menjadi guru. Tahukah anda kerjaya guru adalah kerjaya sangat ‘demanding’, especially guru di sekolah menengah dan guru dalam ‘kelas peperiksaan’ spt SPM dan STPM. KPM memerlukan pelajar cemerlang memohon guru dan menjadi guru yang sahsiah tinggi dan berdedikasi, bukannya hanya kakitangan yang tidak menyumbang kepada kemajuan negara. So, jika anda sememangnya ada ciri-ciri yang diperlukan dalam perguruan di alaf baru ini, dan sememangnya meminatinya sebagai pilihan pertama, peluang anda cerah. Tetapi jika pemilihan guru adalah kedua atau rendah dari itu, chances are very slim. Setakat sifu dapat maklum dari satu seminar yang disampaikan oleh pegawai pendaftar dari satu U baru-baru ini, hanya calon yang memohon bidang keguruan sebagai pilihan UTAMA dalam permohonan online akan diberi pertimbangan. Selepas itu KPM dgn kerjasam MOHE akan mencari calon yang mempunyai kelayakan tertinggi, kualiti akademik dan ko-kurikulum serta tidak ada masalah disiplin selama di sekolah untuk diberi peluang menduduki peperiksaan khas dan temuduga sebelum ditawarkan ke program pendidikan.
Apa-apapun itulah hakikatnya di zaman ini. Walaupun seseorang calon itu berkelayakan tinggi, berminat yang amat sangat menjadi pegawai perkhidmatan pendidikan siswaza (PPPS) aka guru, maka malanglah baginya jika permohonan online beliau adalah sebagai pilihan alternatif (2-8), kerana pertimbangan tidak akan diberikan kecuali atas alasan-alasan tertentu, misalnya semua pemohon utama telah ditempatkan dan masih ada kekosongan, barulah pemohoan pilihan 2 akan diproses untuk mengisi kekosongan itu.
Syida,
Awak sangat berminat matematik? Tak nak cuba bidang pemasaran atau perakaunan. Tak pun menjadikan bidang analisis risiko sebagai kerjaya awak. Sains aktuarial- cuba google perkara ini, menarik bunyinya. Of course, kejuruteraan pun memerlukan orang seperti awak.
Itulah antara cadangan sifu.
nadia,
Tak ape, tak semestinya semua orang mesti jadi doktor. Kita masih perlukan rakyat malaysia untuk bidang lain. Permohonan nadiah dalam bidang lain spt DPA tu pun dah baik. Sesuaikan diri dengan semangat baru dan menerima cita-cita alternatif untuk kesejahteraan hidup seterusnya.
Tapi nak mengulas keputusan awak. Sifu yakin BI adalah antara punca utama awak gagal dlm permohonan mana-mana bidang aliran sains, termasuklah PPUM. Jangan lupa untuk memperbaikinya, mungkin melalui MUET kelak. Setiap graduan wajib mengambil peperiksaan MUET sebelum layak graduat.
Tunggu sahaja tawaran dari mana-mana IPTA. Peluang tetap wujud. Maklumlah sekarang ini ada 20+ buah IPTA belum lagi lebih 30+ buah IPTS di Malaysia ni.
Bab mengelak PTPTN tu, sifu tak dapat nak komenlah. PRestasi SPM awak tu menggugat peluang memperoleh biasiswa. Itu sifu rasa awak dah sedia maklum. Apa pilihan awak? Sifu tak dapat beri jawapannya secara khusus, tetapi tak salah cuba merisik peluang biasiswa kerjaan negeri masing-masing, atau mana-mana agensi yang mengiklankan tawaran biasiswa atau derma siswa. Tak salah mencuba.
Hi sifu, ada soalan mau tanya sifu..
kalo lepas study di matrik,lepas ambil ijazah di U tmpatan,baru nak jadi guru,bolehkah??Kena masuk maktab ka?? Brp lama ya??
Kalo dari segi gaji,adakah guru yg lepasan IPTA/IPTS yg mngambil jurusan perakaunan akan mndpt gaji yg lebih lumayan??(sy dengar dari kawan sy,tp x sure)
Harap sifu dpt memberi pndpt..
Thanks a lot sifu..
saya merupakan pelajar lepasan spm 2006,bolehkah saya melanjutkan pelajaran saya ke tingkatan 6 tahun ini,dan menduduki stpm2009?
Elva,
Jika program KPLI masih wujud maka jawapannya ialah YA. YA. 2 semester, senang cakap anggap aje 1 tahun, termasuk cuti semester.
Gaji? YA dengan syarat ijazah perakaunan dengan kepujian dan bukannya ijazah pendidikan (perakaunan) itu lain atau dgn kata lain mesti ijazah pure accounting. Ingat dengan kepujian, kalau tak de kepujian, maka tiadalah juga tangga gaji profesional perakaunan tu. Kalau semua tak dipenuhi, maka dianggap seperti ijazah lain-lain, tangga gaji spt graduan lain gak. Itupun kalau tiada perubahanlah. Sehingga ke saat ini, begitulah ceritanya.
Tapi ingat sekarang ini ada ura-ura pengambilan KPLI dikurangkan atau mgkin dimansuhkan. Ada baca surat khabar tak pada hari atau tarikh selepasnya. Kalau tak silap selepas menteri dan timbalan menteri Kementerian Pelajaran Malaysia diumumkan. Tapi itu masih ura-ura, tak tahu pula respons dari NUTP.
oh..Thnks sifu..
Ya sifu,ada 1 lagi soalan sy mau tanya..
Kalo study di matrik dlm jurusan perakaunan,brp lama ya?? satu tahun saja ka?? perakaunan ada program dua thn punya ka di matrik??ataupn yg dua thn punya hanya utk jurusan sains??
Thanks sifu!!
Elva,
setahu sifu, kedua-dua jurusan utk program satu tahun. JIka didapati pelajar mendapat prestasi kurang memberangsangkan dlm sem1, pihak matrikulasi boleh serapkan pelajar ke prgram dua tahun. namun begitu kebiasaannya, kesemua atau majoriti pelajar matrikulasi PST melepasi syarat dan belajar terus ke ijazah. Sifu berharap kejayaan itu akan berterusan juga utk tahun ini. Segelintir pelajar sememangnya akan ditawar ke program dua tahun sejak mula masuk jika pihak matrikulasi berpendapat mereka berpotensi tetapi mempunyai kekurangan kelayakan SPM yang tertentu. So, PST jika lemah, akan diserap ke PDT pula.
ok,thanks sifu..terlupa nak tanya.saya apply asasi farmasi di uia..dr apa yg sifu bgtau pada hidayah,uia memerlukan bahasa arab.masalahnya,saya hanya pelajar sekolah harian jer..belajar bahasa arab pun masa kat sekolah agama jer…erm,bukan ker kita hanya diajar bahasa arab biler dah masuk asasi/uia nanti? maksud saya di sini,tak ambil subjek bahasa arab masa spm pun takpe.yg penting belajar masa kat uia nanti..betulke sifu?
Nur Aida,
sebenarnya ia begantung kpd program yang dipohon. Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan misalnya tidak memerlukan pelajar ada mengambil bahasa arab mahupun dapat gred tertentu. Begitu juga dengan program asasi sains kemanusiaan. Asasi farmasi juga TIDAK menetapkan syarat bahasa arab. So Nur Aida tak perlu bimbang.
Nur Aida tak sepatutnya ragu-ragu kerana anda tentu dah baca syarat yang disediakan di lamanweb MOHE sebelum ini, betul tak?
Apakah program asasi UIAM yang menetapkan syarat ada Bahasa Arab dan gred tertentu sebagai penentu utama? Okay sifu senaraikan di sini.
1. Asasi Undang-Undang – itupun kalau ada, tapi tak wajib.
2. Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam – mesti ada
3. Asasi Bahasa Arab – tanya pulak!
So, yang lainnya tu TAK ada syarat wajib berbahasa arab.
Okay harap dah jelas sekarang. Kira dah selesailah ye, dah menjawab dah soalan Nur Aida dan lain-lain. Perkara kecil je ni. Kira tak perlulah lagi bangkitkan perkara ini, bolehkan.
assalamualaikum sifu,
saya merupakan pelajar lepasan spm2006,bolehkah saya melanjutkan pelajaran saya ke tingkatan 6 dan menjalani stpm 2009? harap jawapan dari sifu..
tingkatan 6(2008)
salam sifu,
sifu…dari kecik sy ade simpan angan nk belajar kat overseas…tp result spm sy bru2 ni agak kurang memuaskn krn semasa exam lps sy demam teruk…
bm-b4
bi-b3
math-e8
sains-c5
sej-c5
p.islam-b4
taswwur islam-a2
p.seni-b4
perdagangan-8e
addmath-g9
p.akaun-g9
sy nk tya sifu,jika sy buat diploma in culinary art or mass communication di mne2 ipta or ipts….dan jika gred exam sy cemerlang setiap semester….bolehkah sy mendapat biasiswa dr kerajaan or kementerian pendidikan untuk melanjutkan pengajian ijazah saya di universiti luar negara?(maksudnya adakah kerajaan bleh support pengajian sy di luar negara???)
mcmne kalo gred CGPA sy maintain 3.5 keatas??…
layak ke sy dpt biasiswa dr mara ke??…mne2 kementerian…??
Ira,
Setahu sifu boleh. Sekolah sifu contohnya ada pengalaman sedemikian rupa. Sifu nasihatkan Ira berkunjung ke jabatan pelajaran negeri atau pejabat pelajaran daerah berdekatan untuk memperoleh maklumat lanjut serta mendapatkan borang permohonan.
Nini,
kalau kita rujuk kepada syarat-syarat ketat penawaran biasiswa oleh pihak jpa dan mara, maka terpaksalah kita terima ia sebagai berita buruk buat Nini.
Walaupun niat nini nak lanjutkan pelajaran ke luar negara selepas diploma dan sepanjang 3 tahun itu nini memperoleh CGPA 3.500, malangnya faktor kelulusan SPM tetap akan diungkit ketika permohonan. Utk itu, pastilah permohonan Nini nanti akan tertolak oleh sistem.
Selain itu, Nini menyatakan mengikuti program dalam bidang culinary atau mass comm, maka juga dukacita, dengan andaian syarat pada tahun akan datang menyerupai tahun 2008, bidang yang Nini nyatakan itu tidaklah program kritikal sebagai keperluan Malaysia. Oleh itu, JPA dan Mara tidak menawarkan biasiswa penuh utk belajar di IPTA luar negara mahupun dalam negara.
NIni, nasihat sifu, ulangi mengambil SPM dan perbaiki kesemua subjek itu jika cita-cita ke luar negara DAN inginkan biasiswa kerajaan masih menebal. Angan-angan semasa kecil tak tertunak akibat demam teruk itu anggaplah sejarah hidup Nini yang tidak perlu diulang semula. Pernah baca tentang syarat biasiswa JPA tu? Keutamaan pelajar cemerlang dengan gred semua A, setakat ini semua 1A. Adil atau tidak belakang cerita. Demi kemajuan bangsa dan negara, kerajaan hendaklah bijak menggunakan DANA kerajaan. Oleh itu polisi sekarang ialah membiayai pelajar dalam bidang tertentu sahaja (kebanyakannya aliran sains) dengan mengutamakan pelajar cemerlang, tak semestinya pelajar miskin sahaja. Walaupun dari keluarga miskin tapi jika tak cemerlang, maka kerajaan tidak dapat nak bazirkan wang rakyat ke arah pencapaian yang sederhana sahaja. Ini zman baru, bukannya zaman tahun 80an atau tahun sebelumnya lagi. Lagipun ramai pelajar dari golongan miskin, sederhana dan berada juga yang berjaya dengan cemerlang. Contohnya pelajar 21A dalam SPM 2008, dari kalangan keluarga berpendapatan rendah-sederhana. Dah tentulah pelajar sebegitu yang menunjukkan jati diri yang tinggi dan daya intelek yang baik lebih layak dibiayai oleh kerajaan (jika beliau memilih bidang yang diperlukan oleh negaralah-kedoktoran, dll). Tetapi jika pelajar cemerlang 301A pun kalau nak lanjutkan pelajaran ke bidang tak kritikal seperti ijazah mass comm. maaf kalau sifu cakap, suatu pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan untuk rakyat kembali. Menaja doktor bermakna menyediakan bakal doktor yang bakal berkhidmat bagi tempoh 7 tahun di hospital kerajaan.
Sifu sengaja menceritakan perkara ini bukanlah untuk menidakkan Nini. Sebaliknya nak mendedahkan apa yang sifu ketahui bagaimana proses pencarian biasiswa JPA ke luar negara itu diproses dan kriteria yang diambil kira.
Walau bagaimanapun Nini, jika awak mengambil bidang culinari atau mass com di UiTM (katalah dapat masuk ya), secara tak langsung anda dibiayai oleh kerajaan juga. Dari satu segi, yuran UiTM adalah amat rendah bagi sebuah program diploma dan ijazah. Ini kerana MARA membiayai sebahagian besar kos pengurusan pendidikan pelajar UiTM. Secara tersirat, awak dah dapat ‘biasiswa’ kerajaan juga melalui polisi MARA. Sangat menguntungkan, ya tak.
Satu lagi Nini, 3.5 tu adalah kelas kedua tinggi. Jadilah pelajar kelas pertama, kalau sifu tak silap 3.80 ke atas.
Kesimpulannya, Lebih baik nini mengulang SPM supaya nini tak terkecewa yang berlarutan. Semua dipohon tidak dipertimbangkan gara-gara prestasi SPM yang masih dirujuk walaupun setelah 5 tahun berlalu.
Itulah nasihat ikhlas sifu, maafkanlah jika menyinggung Nini ataupun pihak lain.
sifu,
sya mohon asasi sains,diploma sains,diploma fisoterapi dan diploma makmal perubatan di uitm..
jadi,jika sya dapat masuk ke uitm dalam salah satu bidang tersebut,bolehke sya meneruskan impian menjadi seorang doktor?
Hidayah,
setahu sifulah,utk menjadi doktor awak mesti masuk ke ijazah perubatan. So cuba lihat program yang dipohon itu. Asasi sains misalnya membantu awak membuat persediaan ke arah ijazah doktor perubatan. Tetapi diploma yang awak senaraikan itu setahu sifu bukan laluan utama ke program ijazah perubatan. Kita tunggu dan lihat apa peluang yang akan Hidayah peroleh.
Apa-apapun tahniah kerana bercita-cita menjadi doktor, satu tugas mulia dan mencabar. Tahukah anda, sebagai doktor anda dikehendaki bertugas 8-10 jam sehari serta ‘on-call’? Ia tugas ‘demanding’, memerlukan individu yang berkebolehan dan kesabaran yang tinggi. Harap anda adalah orang yang seperti itu.
macammne plak jika sy msuk form6??..
dan jika sy cemerlang dlm stpm sy….
adakah sy msih berpeluang melnjutkn pljrn ke luar negara???
Nini,
Peluang anda cerah jika masuk form6 dan memperoleh STPM 4 Prinsipal, sebaik-baiknya dgn CGPA 4.00. STPM diiktiraf di banyak negara di luar negara. Tapi jika nini mengharapkan biasiswa berprestij dari JPA/MARA maka Nini janganlah kecewa kerana biasiswa tersebut ditawarkan untuk lepasan SPM sahaja. Harap Nini boleh baca semula PILN di lamanweb mereka http://www.jpa.gov.my/bijazahptama.asp dan baca juga peluang dalam negara dari menu di kiri laman mereka. Maklumat sebegitu walaupun tak penting sekarang ini mungkin berguna kepada Nini mahupun rakan-rakan Nini yang lain.
Beginilah, untuk tidak menghampakan Nini, sifu juga tunjukkan URL langsung tentang pinjaman JPA juga. http://www.jpa.gov.my/garispanduan.html
apa kata nini email juga pihak jpa, bahagian Penajaan Luar Negara, esila@jpa.gov.my
Sekurang-kurangnya melalui pencarian maklumat khusus sebegini, Nini boleh merancang masa depan dengan lebih baik lagi.
Nini, jangan putus asa. Jika Nini nak ke luar negara juga peluang tahun hadapan mungkin terbuka apabila Nini menduduki semula SPM 2008 ini. Tapi sifu bukanlah individu yang berhak menetapkan syarat-syarat sebegini. Sifupun pengguna internet dan maklumat sebegini sifu dapatkan dari lamanweb pihak berkenaan. Selain itu, sifu memperoleh maklumat dari pihak tertentu scara langsung. So maafkan Sifu jika mengecewakan Nini. Bersabar sahaja dan rancanglah kejayaan masa hadapan anda di dalam negara pula. Bsungguh-sungguh menempuh STPM (jika masuk Form6), jadikan pelajar terbaik, kemudian masuk ke IPTA dan pilih program yang boleh dibiayai oleh JPA di peringkat sarjana (master dan PhD). Insyaallah selepas itu Nini akan tetap ke luar negara. Tak sekarang mungkin 5 tahun akan datang. Yang penting kegagalan skrg tidak dibiarkan kekal menjadi batu penghalang kpd peluang akan datang.
emm…sy nak tanye…apa perbezaan antara UPU , matrikulasi dan belajar di tingkatan enam?
lg satu…nie rslt spm sy..
BM A1
BI B3
SEJ A2
MATH A1
ADD MATH A2
FIZIK A1
KIMIA A1
BIOLOGY A1
PENDIDIKAN ISLAM A1
EST C5
adakah dgn rslt mcm nie sy masih layak lg utk mengambil jurusan perubatan?
itu saja…
Haniff,
Oleh kerana result awak baik, tak payahlah sifu cakap panjang. Awak layak ke jurusan perubatan dengan syarat prestasi awak semasa di matrikulasi, dlm Ting. 6 ataupun program asasi sains juga secemerlang SPM awak.
Anggap sahaja tiada beza, kerana ketiga-tiganya hanyalah laluan popular utk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
terima kasih atas segala penerangan sifu. banyak info berguna yang saya perolehi.
tenkiu sifu..
dah byk sifu bantu..lain kali bantu la lagi..
dan NUHA..
betul sesangat la yang sifu cakap 2..
contoh nye saye.. w/pun tak sampai 2o0 hari saya buat camtu
tapi saya pernah la terpikir ‘aku dah tak leh tido bebanyak coz taun ni aku exam’..
tp bile d pikir2 balik dis doesn’t work..
coz kehidupan sehari2 makin tak teratur..mcm yg sifu cakap, ngantuk time ckgu mengajar n tak leh kosentret.
so saya stop buat benda yg org lain tak buat..
yg penting buat jadual mengikut keupayaan kita..dan study smart
btol tak sifu..hikhikhik
sori la saya plak yang melebih..
harap baiki yang tak betul
wallahua’lam..assalamualaikum..
Zahid,
Ya betul. So Nuha, dengar tu (eh, baca tu) komen zahid. Ikutilah nasihat sifu sebaik mungkin.
Ok.. time kasih sifu sbb sudi bagi panduan pd saye..
Emm, esok keputusan matrikulasi dh kluar.. Saya harap dapatlah lanjutkan pengajian dlm bidang akaun di sana. 🙂
..sifu..result spm sya seperti berikut:
BM A1
BI B3
SEJ C5
MATH B3
ADD MATH C5
FIZIK C6
KIMIA D7
BIOLOGY C6
PENDIDIKAN ISLAM A2
….adakah peluang sya untuk melanjutkan ke matirulasi,(sains)…berjaya???..sya mmg nak sangat masuk ke matrikulasi….
…ada jugak sya mintak ke ipts/ipta awam kat malaysia nih…
…ari ni sya dapat tawaran ke unisel…dalam diploma fisioterapi di unisel pada 4 mei ini..adakah sya patut pergi???..dan baguz ke tak jurusan fisioterapi ni tuk sya??
..ARAP SIFU DAPAT BAGI JAWAPAN SECEPAT YG MUNGKIN…ASSALAMUALAIKUM
betul sifu….
ntah npe sy jd bersemangat nk stdy hard ble tgk result sy camtu…
hopefully sy bleh gak jejak kaki as a student kat ovrseas…
doa utk sy yerk sifu!!…
thanks!!
sifu,terima kasih byk2 atas info yg diberikan!!
Ris,
Susah nak cakap, awak tengok ajelah kalau-kalau nama awak ada tersenarai kemasukan matrikulasi. Setahu sifu Kimia awak tak memenuhi syarat minimum matrikulasi jurusan sains, tetapi tunggu sajalah, kot masuk Prog Dua Tahun. Rezeki masin-masing.
Kalau tak dapat matrikulasi, dan keluarga sanggup biayai belajar di Unisel, then why not. Tak mustahil fisioterapi itu akan memberi kejayaan kepada anda dalam karier akan datang. Tapi kalau tak mampu ke kolej swasta, then tunggu dulu kalau dapat masuk diploma di IPTA.
Good Luck.
Kepada Nini, Hidayah, Ayie dan lain-lain,
Terima kasih kembali. Moga kejayaan anda berterusan.
salam..
terima kasih sifu!!!
anyway i’m muslim..
i’ll take ur advices seriously…
sy nk ucap bebanyak time kasih coz sifu bnyk tlg sy n mengembalikan motivasi diri sy.
sy br je lps check matrix n sy dpt! syukur sesangat. sy dpt yg 1 thn nye,jurusan sains. soklannye,adkh sy akn dpt offer msk ipta n patutkah sy teruskan dgn kursus perguruan 2 or just grab d matrix?
…sifu…macamana maw mintak program 2 tahun tuhh….boleh buat permohonan ker????…biler kuar dier punya semakan keputusan program 2 tahun matrikulasi??
..kalau maw mintak matrikulasi secara rayuan …??..boleh ker??..
slm sifu,result sy teruk sngat
bm A1
BI B3
SEJ c5
math A1
BARAB E8
ADDMATH B4
FZIK B4
KIMIA D7
BIO C5
PEND QURAN SNNAH B4
PEND SYARIAH C5
EST C5
tolonglh sy sifu,layakkh sy utk msuk matrik 2thun?mtrik 1thn sy xbrjaya..
salam sifu…
saya lepasan spm 2007…result spm sy bru2 ni bolehlah….
cuma BI sy tersangkut skit.BI sy x kredit hanya dpt D7.
mak cik saya kate kalo setinggi mane pon kita blaja…time nk minx keje ngan sektor krajaan.result spm still dirujuk.KALO BI x kredit payah nk keje ngan krajaan.btol ker????
so,cam ne nie sifu…perlu ker sy repeat paper bi ujung taun nie???
sifu, saya x dpt masuk matrikulasi.. kene buat rayuan la. 😦 macam mana buat surat rayuan ek? ape isi dalam surat tersebut?
1 lagi sifu, pagi tadi, cikgu akaun saya ada bagi surat ACCA kerana saya dpt A1 dlm PA.Apa gunanya surat tersebut?
TIME KASIH. 🙂
Akum,sifu…
saya lepasan spm 2007..result saya math n add math je yang tak kredit..sedih betol la…saya baru dapat tawaran kat unisel kos pengurusan industri sukan..ok x?tapi saya dah kal kat unisel mintak tangguh masuk bulan 7..unisel kata ok..saya dah check matrik saya x dapat..saya nak sangat masuk matrik..boleh x sifu bagi apa2 saranan kat saya???tolong lah sifu saya sedih sangat…….
as’kum sifu.nak tanya,sy dapat tawaran matrikulasi.and dlm waktu yg sama sy tunggu tawaran kemasukan ke ipta(asasi).result kemasukan ke ipta awl bulan mei kan?so,saya kena pergi dulu matrikulasi ke?
satu lg sifu,nak tanya cara study mana lebih baik?salin note waktu lecturer tgh mengajar atau salin kemudian?memanglah lain student lain cara study,tp apa pendapat sifu?
thanx a lot atas advice yg sifu dh bg b4 this..
..salam sifu..satu lagikk..degan result sya yg begitu….cerah tak sya untuk masuk ke ipta awam di malaysia ni.??..
aisyah,
Tahniah kerana terpilih ke matrikulasi.
Setahu sifu kalau awak dah tersenarai dalam matrikulasi, tawaran lain akan diabaikan. So pergilah ke matrikulasi. Dari situ awak semula langkah awak utk meraih karier yang sebenarnya ingin diceburi. Matrikulasi seumpama tapak semaian menyediakan bakal graduan ke IPTA, so gunakan sebaik-baiknya peluang itu. Di sana nanti semua pelajar kembali ke tahap permulaan. Setiap individu berpeluang mendahului satu sama lain.
Keguruan? Selepas matrikulasi awak juga berpeluang memohon bidang keguruan di peringkat ijazah, so peluang sekarang jika terlepaspun tak rugi.
Ris,
Ini jawapannya berkenaan PDT Matrikulasi:
“Pelajar perlu memohon untuk mengikuti program ini. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Pendaftaran bagi program ini adalah kira-kira sebulan selepas pendaftaran program satu tahun dijalankan.”
Tapi Ris, tengoklah kalau-kalau PDT 2008/2009 akan dilaksanakan atau tidak. Sifu tiada maklumat terkini tentang hal itu.
Petikan dari lamanweb bahagian matrikulasi
Maklumkan link pantas ke semakan Matrikulasi 2008 – http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik08/
Sha,
nak tahu layak ke tak ke PDT, sifu cadangkan Sha baca sendiri di sini,
http://apps.emoe.gov.my/mohon_matrik/pdt.cfm . Cuma lagi ia adalah syarat bagi sesi 2007/2008, yang terkini sifu pun tak terjumpa. Dengan andaian syaratnya serupa, maka kita semua rujuk mukasurat tersebut. Alamak, kimia awak tak patuhi syarat 6C-lah Sha.
Buatlah rayuan mana tau dapat tempat, tak salah mencuba. Rayuan boleh dibuat sekarang sehingga 30 April 2008 dengan pergi sendiri sepertimana dinyatakan dalam lamanweb bahagian matrikulasi.
Naruto90,
Repeat BI lagi baik. Walaupun BI tak wajib dalam memohon pekerjaan di sektor awam (kerajaan), tetapi jika 99% pemohon kerja punya BI yang terbaik, katakan 4B atau ke atas dan awak tak, apakah anda akan berpeluang? Lebih baik mengulang untuk baikinya sebelum anda terperangkap dengan kekesalan di masa akan datang.
Ayie,
awak mohon matrikulasi jurusan perakaunan ke? Merayu hendaklah dengan datang sendiri. Itulah maklumat yang sifu baca di lamanweb KPM tadi. Rayulah seberapa segera. jangan lupa patuhi arahan yang diberikan terutama jika melalui surat, dipenjuru kiri sampul surat ada tertulis perkataan RAYUAN.
Syeeda,
Sifu tak layak menentukan peluang syeeda masuk ke matrikulasi. Apa yang sifu boleh katakan ialah buatlah rayuan segera dan patuhi arahan dalam lamanweb KPM bahagian matrikulasi seperti di atas (nasihat sifu kepada Ayie). Doa dan doa mudah-mudahan peluang diberi, tak dapat PST mungkin ditawarkan PDT.
Semoga berjaya.
macam mana nak buat rayuan tu??buat macam surat kiriman rasmi yang biasa ke???
Syeeda,
Sudah tentulah surat kiriman rasmi. Tak tahu bagaimana? Ah, tulah pentingnya belajar BM. Sifu yakin syeeda dah pernah belajar format surat kiriman rasmi. Kalau lupa tak ada masalah merujuk buku teks BM atau buku rujukan BM anda.
nur aida,
Tahniah kerana dapat tawaran ke matrikulasi. Semoga impian menjadi realiti. Sifu cadangkan Nur Aida tumpukan sahaja kepada matrikulasi kerana setahu sifu bila dah dapat tawaran matrikulasi, tawaran lain tidak akan ada lagi. Tapi tak tahulah jika polisi itu tak terpakai lagi. Tunggu ajelah. Masuk matriks dan jika benar ada tawaran lain, barulah buat keputusan semula, itu lagi bijak.
Cara belajar yang lebih baik? Betul juga kata Nur Aida, setiap individu lebih selesa dengan teknik tertentu. Sifu sendiri lebih suka jika salin nota semasa kuliah terutamanya perkara-perkara yang dibincang lebih lanjut, penerangan lanjut oleh pensyarah semasa kuliah. Kerap kali pensyarah tidak akan mencatat semua bahan dalam slaid mereka, so amat penting pelajar peka kepada perbincangan yg sedang berlaku. Kalau anda bertuah pensyarah benarkan salin slaid spt fotostat atau salin ke thumbdrive, sifu akan tetap buat catatan semasa kuliah dan mendapatkan salinan fotostat slaid yang ditunjukkan itu. Zaman awak zaman IT, siap ada thumbdrive/usbdrive. So bertuahlah awak jika pensyarah benarkan salin nota ke thumbdrive. Masa sifu dulu, tak ada teknologi itu, so semua slaid (transparensi) di fotostat.
Good Luck
Ok.. sifu blum jwb lagi soalan saya..
pagi tadi, cikgu akaun saya ada bagi surat ACCA kerana saya dpt A1 dlm PA.Apa gunanya surat tersebut?
TIME KASIH. 🙂
salam..
sifu,maksud sifu kalau dah dpt twran matrik,xkan dpt twrn utk upu ke?
ye ke..
anyway sifu saya TAK DAPAT twrn matrik..*~*
zahid, aku pun x dpt gak.. 😦
kalau surat kiriman rasmi tak ada hal..maksud saya buat macam biasa je la ea??!
alamak saya tersalah la tadi…sorrs la sifu…
tadi saya ada tanya kat sifu saya dapat tawaran pengurusan industri sukan kat unisel..ok x sifu?????
Ayie,
Apa isi kandungan surat ACCA tu? Sifu nak tau gak sebelum beri komen.
Zahid dan Ayie,
Tak apa, mungkin dapat peluang ke program diploma. Tunggu sahaja. Anyway kalau nak merayu matrikulasi lakukannya dalam tempoh rayuan ini. Spt syeeda juga kalau boleh pergi ke alamat yang dicatatkan dalam lamanweb KPM-BM, pergilah, jika jauh, sila hantar surat kiriman rasmi merayu penempatan matrikulasi. Mana tau rezeki.
Syeeda,
Sifu kurang maklmat tentang Unisel serta program yang syeeda nyatakan. Syeeda aktif bersukan? Minat kepada bidang sebegitu? Jika jawapannya ya, rasanya tidak akan ada masalah untuk syeeda mencuba mengikuti program diploma pengurusan sukan di Unisel, asalkan punya biaya yang mencukupi.
HELO SIFU
saya cuma nak tanya yang kawan saya dapat 3 prinsipal dalam stpm. adakah dia layak masuk ke ipta. satu lagi saya nak tanya apakah itu prinsipal ?
erm,betul cakap sifu tu.saya rasa cara sifu belajar mmg berkesan and excellent.kalau boleh saya nak praktikkan biler saya masuk u nanti.terima kasih atas nasihat sifu.sekiranya saya ada kemusykilan,saya terus rujuk pada sifu jela ek..
good luck untuk semua lepasan spm 2007..selamat melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi lg..walaupun result kurang cemerlang,masih ada peluang untuk teruskan belajar asalkan kita terus berusaha…
sifu,
sya dapat masuk matrik..im so hepi..
actualy,pada mulanya,sya ragu2 n konfius tentang langkah sya ke matrik kerana hampir semua rakan saya tidak mahu ke matrik akibat takut akan gagal mendapat 4.
tapi apabila mendengar nasihat sifu di sini,sya mendapat satu semangat baru..benar juga kata sifu,mengapa kita melihat pada org yg gagal sdangkan masih ramai yg berjaya score 4?
sifu,thanks so muc!bertuah sgt dapat bertemu dgn laman web ni..
im so lucky..
tQ so muc sifu!!!!
nak kata aktif x la sangat tapi saya minat bersukan…lagipun masa spm saya ada amik sains sukan…dapat 5..
nak kata aktif tak lah sangat tapi saya minat bersukan…saya ada amik sains sukan mase spm..saya dapat 5……
Hi sifu..sy dpt masuk matrik & ambil perakaunan…Happy sangat la…
Sifu, di matrik kan, tu perakaunan guna bahasa apa?? BM atau BI??
Cara pemakaian di matrik mcm mana?? Yg perempuan pakai baju kurung ka??
Thanks a lot ah sifu…
sifu kalau nak merayu matrik boleh ke mohon PDT kat matrik??ke pilih salah satu??!!!!
The Champ,
Boleh barangkali, mohon sahaja. 4 prinsipal bermakna empat subjek dapat lulus penuh, NGMP 2.00 bagi setiap mata pelajaran.
Nur Aida,
Semoga berjaya. Merancang untuk berjaya pasti akan dapat kejayaan.
Hidayah,
Terima kasih kembali. Macam itulah semangat yang patut ada. Fikiran positif pasti membantu kita berjaya. Semangat dah ada, sampai disana nanti oraklah langkah dengan semangat kental. Good luck dan selamat berjaya.
Syeeda,
seperti sifu sebutkan sebelum ini, buatlah rayuan, jangan putus asa ataupun teragak-agak. Soal diterima adalah perkara kedua. Rayu sahaja untuk PST tetapi nyatakan juga di dalam surat ayat sebegini; “Jika rayuan saya untuk mengikut program satu tahun matrikulasi di tempat tuan tidak sesuai mengikut pertimbangan tuan, saya bersedia ditempatkan ke program dua tahun (PDT).” Itu cadangan sifu, tetapi jika ada ayat yang lebih baik maka gunakan perkataan itu.
Jika gagal juga ke matriks selepas rayuan, pilihan ke tingkatan enam tetap ada. Tak pun ke kolej swasta.
Elva,
tahniah kerana berjaya ke program matrikulasi. Ingat ia adalah program ‘fast track’. Dalam usia muda dah dapat jadi siswazah peringkat ijazah, kagum, kagum.
Anyway, setahu sifu bekas pelajar sifu pernah beritahu belajar perakaunan masih dalam BM. Pakaian yang tak menjolok mata, sopan. Sifu tak fikir wajib berbaju kurung, tetapi berbaju kurung dikategorikan antara gaya pakaian yang sopan. Kalau elva nak berskirt, pastikan berskirt panjang melepasi lulut. Itu yang sifu ingat peraturan berpakaian di U, rasanya matrikulasi pun sama.
TAHNIAH KEPADA SEMUA.
hiii sifu … sy nk tanya skt ,sy dapat tawaran matrikulasi sains d penang and dlm waktu yg sama sy tunggu tawaran kemasukan ke ipta …result sy x bagus mane ni resultnye
bm 1
bi 3
ag 1
mat 1
add mat 2
phy 3
bio 2
sej 1
chem 5
est 4
so ,patut ke sy pergi matrix @ tunggu upu …….
sy ank sulung & x penah masok asrama,so sy tak de pengalaman tentang ni ….jd sy nak tanya sikit…..
kalau sy masuk matrix ,apekah persediaan utk ke sane cth barang ape yg perlu d bawak dan yg x perlu bawak ….
selain tu apekah persediaan yg perlu sy buat utk cemerlng d matrix cthnye perlu ke sy buat ulngkaji pelajaran yg sy ambik mase spm sebelum ke sana …..jd x lah blur mase d sane…
so i need your advise please ……..
thankz …….
Man Kelate,
Apa tujuan awak mohon matrikulasi tempoh hari? Anda sedar tak matrikulasi ni program pantas ke ijazah, awak dah bersediakah? IPTA yang ditunggu tu program apa? Diploma, asasi atau ijazah juga.
Jika jawapan anda ialah utk laluan pantas dan awak dah bersedia utk berusaha menyediakan diri awak ke ijazah dlm tempoh hanya satu tahun, maka pergilah ke matrikulasi. Jika awak dapat nilai gred purata keseluruhan (NGPK) yang cemerlang, peluang anda cerah memilih program ijazah tahun 2009 akan datang. Tak pernah masuk asrama tiada masalah. Sediakan aja wang saku untuk beli barang-barang kegunaan awak. Pakaian hendaklah ada seluar slack juga, jangan semuanya jeans, naya awak kalau disuruh berpakaian formal. Bab-bab keperluan di bilik air tu beli je di kedai koperasi ke atau kalau tiada koperasi, belilah ketika di bandar berdekatan.
Kalau awak boring kat rumah, apa salahnya ulang kaji subjek spt matematik atau sains awak atau apa saja lah subjek yang sesuai dengan jurusan matrikulasi yang ditawarkan. Kalau tak pun, dengarlah kaset/CD motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah atau Dr. Shukri. Paling kurang, bacalah buku-buku motivasi dan kaedah belajar yang betul. Carilah dikedai buku berdekatan.
Itu sajalah pandangan sifu sebagai persediaan anda sebelum masuk kolej matrikulasi. Tahniah dan selamat datang.
thankz sifu …….
…sifu…tadi sya pigi ke putrajaya…wat rayuan kemasukan matrikulasi….
..tapi disebabkan sya dapat 7d dalam kimia…sya telah mengambil keputusan tuk wat rayuan kemasukan matrikulasi aliran akaun…
dia cakap..kalo wat rayuan tuk aliran sains…blom ten2 sya akan dapat
..tapi sya x berminat sebenarnya dengan aliran akaun ni….!~~
..boleh ker sya buat SURAT RAYUAN RASMI sekali lagik untuk mengikuti matrikulasi aliran sains semula…
Ok thanks sifu…
Ris,
soalan merayu tu hak awak, manakala penentuan menerima rayuan Ris pula hak bahagian matrikulasi. Ris rayu sahaja walaupun dah dinasihatkan oleh pihak di Putrajaya peluang awak mungkin tipis ke jurusan sains.
Tapi Ris, aliran perakaunan, jika awak cuba bersikap positif sebenarnya juga peluang baik untuk merancang kerjaya selepas tamat ijazah. Bidang perakaunan adalah bidang profesional. Sehingga kini pun peluang kerjaya tetap ada selagi awak mempunyai kualiti graduan yang dapat mencuri perhatian bakal majikan. Menjadi individu yang keluar U tetapi kelulusan sederhana bukanlah pilihan masa kini. Lagi satu, istikharah, doa kpd Allah dan mohon petunjuk, adakah dengan merayu jurusan perakaunan akan memberi manfaat kepada anda, keluarga, masyarakat dan agama atau sebaliknya.
Matrikulasi jurusan perakaunan memberi peluang anda mencuba atau merancang semula kejayaan baru awak. Everyone ‘back to zero’. Kalau awak tak dapat ke matrikulasi jurusan sains tak bererti awak tak dapat menjadi individu berjaya satu hari kelak. Kelemahan awak dalam SPM menjadikan awak berada dalam simpang dilema seperti sekarang, adakah awak nak ulang semula dilema itu? Sudah tentu tidak. Jadi jika awak tak nak mengulang SPM hujung tahun ini, maka apakah pilihan awak? Jika tiada pilihan lain, sifu sarankan cuba sahaja jurusan perakaunan. Masih ramai orang yang asalnya ragu-ragu dengan jurusan perakaunan akhirnya berbangga kerana berpeluang mencipta peluang masuk ke ijazah perakaunan di IPTA dan akhirnya mempunyai karier yang setanding dengan rakan lama mereka dari jurusan sains.
APa-apapun, terserah kepada Ris dan juga ibu bapa Ris. Jangan lupa, redha ibu bapa turut main peranan ke atas kejayaan kita mendapat kerjaya, itu sifu yakin sangat.
[Oleh kerana Ris dah baca, maka sifu edit dan buang perkara tertentu-tadi tu khas untuk Ris baca sahaja]
upu…biler ekk tarikh tahunya??…boleh ker sya masuk upu nihh ngan result sya yg x seberapa tuh sifu…DALAM DILEMA NIHH!!~~
upu…biler ekk tarikh tahunya??…boleh ker sya masuk upu nihh ngan result sya yg x seberapa tuh sifu…DALAM DILEMA NIHH!!~~PLIZ HELP ME
tQ so muc sifu..
nampaknyer saya juga sama seperti man kelate..bru first time nak duk berjauhan dgn keluarga..memandangkan saya dapat matrik kedah sedangkan say duk di kl, sya sikit risau akan homesick..tapi ayah kata ,kena kuat..
hm..dan soalan yg saya nak tujukan pada sifu, man kelate dah pun tya,so,tQ so muc sifu sbb sudi jawab soalan2 kami!
Ris,
Aakan maksud Ris jawapan kepada rayuan itu? Tak silap sifu selepas pelajr matrikulasi masuk barulah Ris akan tahu rayuan diterima atau tak. Mungkin rayuan akan diterima jika ada kekosongan spt pelajar tolak tawaran matrikulasi atau alasan lain.
Ada tak Ris mohon mana-mana program diploma yang tak perlukan subjek sains tulen dan matematik awak kredit? Jika ada, tak mustahil Ris akan dapat peluang itu.
Apa-apapun sifu doakan Ris dapat capai kejayaan dalam hidup ini.
sifu,
saya nak tanya ?
seandainya seseorang mempunyai keputusan cemerlang dalam STPM tetapi kurang baik dalam spm dan dia memohon untuk universiti,adakah subjek spm akan dirujuk kembali untuk kemasukan universiti dalam program ijazah.selain itu adakah semua calaon STPM yang melepasi gred 2.00 layak terus masuk ke universiti.
The Champ,
Yes, SPM tetap menjadi faktor penentu, walaupun tidak lagi faktor utama. Bukan itu sahaja, biarlah sifu menambah, jika anda ingin bekerja dengan kerajaan, walaupun dah ada segulung ijazah, tetapi ketika mengisi borang permohonan kerja, keputusan SPM turut diminta dan setakat yang sifu maklum, juga akan diambilkira dalam pembuatan keputusan. Tak semua calon STPM akan layak ke universiti walapun memperoleh NGMP 2.00 ke atas bagi setiap subjek. NGPK minimum ialah 2.00 juga (kiraan bagi purata 4 mpljrn). Ia adalah gred terendah yang membolehkan pelajar MENGISI borang, tak semestinya MENGISI tempat ke universiti. Untuk mengisi tempat di IPTA, pihak U akan cuba menawarkan peluang kepada calon terbaik lepasan STPM yang mungkin bagi program ijazah yang ditawarkan. Selain dari itu, prestasi SPM turut mempengaruhi peluang itu. Ambil contoh mudah, pelajar yang berminat mengikuti program ijazah perakaunan tetapi semasa di tingkatan 6, tidak ada peluang belajar subjek perakaunan, tetapi ada mengambil Ekonomi STPM. Pelajar masih boleh memohon program ijazah perakaunan dengan STPM yang ada dan keputusan Prinsip Perakaunan SPM dan mungkin juga matematik dan BI akan membantu pelajar itu layak dipertimbangkan dan seterusnya diberi tempat. Begitulah lebih kurangnya yagn sifu faham berdasarkan maklumat yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai.
Kesimpulan, tak semua pelajar STPM yang hanya lulus minimum tu akan diberi peluang ke ijazah, maklumlah, zaman awak adalah zaman di mana ramai remaja sedang bersekolah dan ramai remaja yang cemerlang.
Sifu tambah sikit, apa-apapun yang sifu perkatakan, ingatlah ada banyak program ijazah di banyak universiti, so peluang mendapat tempat selepas STPM itu sifu yakin akan ada utk awak. Selagi awak tidak turut berlumba mengejar bidang kritikal yang popular di kalangan pelajar cemerlang, maka peluang itu tetap terbuka dan besar. Malah tak mustahil kadar kejayaan dalam lingkungan 80%. Ingat kata sifu, selagi awak, dengan status SPM yg sederhana itu, tidak turut memohon bidang popular, maka peluang tetap tinggi, insyaallah.
That’s is why I suggest go for Form6, it’s a good choice too.
salam sifu…
saya pelajar lepasan stpm 2007 dan sabtu ini saya akan menduduki ujian MEDSI.saya inginkan tips daripada sifu untuk dijadikan panduan ketika ujian nanti.
Saya juga akan menjalani temuduga bagi program sarjana muda(kepujian) Fotografi dan Pengimejan Kreatif di UiTm pada 26 Apr.apakah persediaan yang perlu saya lakukan.Arahan ada juga menyebut supaya saya membawa pensel,pen dan kertas saiz A3.Tapi saya tidak pandai melukis.adakah ada ujian melukis nanti?HArap sifu boleh membantu saya.Terima Kasih
..ada sya mintak…kebanyaknnya sya mintak diploma dalam elektrik yg x memerlukan sains tulen..thans sifu…
Salam sifu,
Alhamdulillah saya telah mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Penang.
Saya ingin bertanya sesuatu, adakah ini bermakna bahawa permohonan saya ke IPTA akan diabaikan?
Sekian, terima kasih.
assalamualaikum sifu..
saya pelajar lepasan SPM 2007 ingin menanyakan soalan kepada sifu..result SPM saya
BM A1, BI A1, SEJARAH A1, MATH A2, SCIENCE A1, P.ISLAM A1, PERDAGANGAN B3, EKONOMI ASAS B4, PERAKAUNAN B4, ADD MATHS 7D..
saya memang berminat untuk mengikuti undang- undang..oleh kerana itu saya memilih ASASI UNDANG- UNDANG UITM KPM sebagai pilihan pertama saya.pilihan kedua pula ASASI UNDANG- UNDANG UIA..
apa pendapat sifu?layakkah saya melanjutkan pelajaran di tempat2 yang dipilih dengan berdasarkan result SPM yg saya perolehi?saya sememangnya TIDAK membuat aplikasi ke matrikulasi sebab saya lebih berminat dgn UPU..
lagi satu sifu, persaingan pelajar2 perempuan di IPTA mmg tinggi..ditambah pulah dgn dasar meritokrasi yg digunakan oleh KPM..saya kurang yakin dgn markah kokurikulum saya kerana saya sering berpindah sekolah dan bertukar pusat peperiksaan.
saya harap sifu dapat memberikan pandangan..terima kasih..salam..
cHinta hamba,
Untuk persediaan Medsi, apa kata awak beli buku tentangnya. Ada di kedai-kedai buku yang ada jual buku-buku keguruan. Tak ingat tajuk dia tetapi jika buku itu ada, tajuk buku itu ada menyebut persediaan ke peperiksaan medsi.
Ris,
Kalau gitu, sifu doakan anda berjaya mendapat tawaran salah satu dari yang anda pohon.
Detonated (dan lain-lain yang pernah tanya soalan serupa),
Jika dah dapat tawaran matrikulasi, tidak mustahil atau besar kemungkinan tawaran ke IPTA lain awak tidak akan diterima lagi. Tetapi pernah dinyatakan dahulu bahawa tiada halangan utk mana-mana IPTA menawarkan program diploma kepada pelajar lepasan SPM termasuklah program asasi ataupun program keguruan. Tetapi dari makluman sesetengah pelajar, mereka tak pernah terima tawaran lain setelah menerima Matrikulasi. So, sifu seperti sifu kata sebelum ini, anggap sahajalah tak akan dapat tawaran lain. Pergilah ke matrikulasi. Jika berniat tunggu IPTA juga, maka tolaklah tawaran matrikulasi itu. Tetapi risiko yang awak mungkin tanggung ialah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’- tunggu yang tak pasti, tetapi menolak yang dah pasti di depan mata.
Terserah kepada awak menilai status dan risiko. Untuk memberi semangat kpd Detonated, tanyalah apakah tujuan detonated mohon program lain di IPTA yang berkaitan. Jika anda ingin ke ijazah melalui diploma, ketahuilah diploma memerlukan masa 3 tahun, sedangkan matrikulasi hanya perlukan 1 tahun ke peringkat ijazah. kalau nakkan bidang kejuruteraan misalnya, pastikan CGPA dalam matrikulasi 3.00 ke atas, lebih baik lagi 3.50 ke atas. Kemasukan ijazah kejuruteraan melalui diploma juga akan dibandingkan dengan matrikulasi dan STPM. Kepada sifu peluang matrikulasi adalah lebih cerah (jika cemerlang).
Nikki,
Anda pelajar yang bertuah dan punya kualiti SPM yang seimbang. SIfu percaya Nikki akan mendapat peluang ke program asasi undang-undang. Walau bagaimanapun, Nikki harus ingat program itu turut dipohon oleh pelajar lain juga yang mungkin mempunyai prestasi SPM yang lebih baik. Jika gagal maka Nikki hendaklah bersedia merayu, kerana kelemahan Nikki hanyalah AddMath. Soal markah ko-kurikulum terpaksalah Nikki pasrah, pihak IPTA akan menyemak status markah ko-kum semua pemohon secara terus kepada KPM. Tetapi sifu berharap Nikki akan berjaya juga ditawarkan program yang diminati itu kerana sememangnya tak semua calon akan mempunyai markah ko-kum yang tinggi, maka peluang Nikki adalah seimbang.
Good Luck.
Sifu petik artikel akhbar tahun 2006. Diharap ianya menjadi jawapan kepada semua pelajar. Diandaikan juga polisi itu masih terpakai sehingga ke tahun ini. Maafkan sifu jika pandangan sifu sebelum ini tidak tepat ya. Namun begitu sifu harap tidak ada pula pelajar yang ambil risiko dengan menolak tawaran matrikulasi. Sifu berharap pergi sahaja ke matrikulasi, dan jika ada tawaran dari IPTA yang lebih baik, maka anda boleh berhenti dari matrikulasi dan mendaftarkan diri ke program yang ditawarkan itu pula. DIfahamkan, ada denda kewangan akan dikenakan jika berhenti dari matrikulasi kecuali atas alasan yang diterima, antaranya kemasukan ke program asasi dan sebagainya (sila rujuk lamanweb matrikulasi untuk maklumat lebih terperinci).
Matrikulasi Tidak Sekat ke IPTA
Mulai tahun ini, pelajar yang diterima memasuki program matrikulasi Kementerian Pelajaran masih berpeluang mengikuti pengajian asasi sains dan diploma di bawah Kementerian Pengajian Tinggi di 11 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Pelajar yang sudah mendapat tawaran matrikulasi masih layak dipertimbangkan bagi mengikuti program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf di IPTA terbabit.
Pertimbangan itu diberi kerana program kompetitif seperti pengajian perubatan, pergigian dan farmasi, dikhaskan untuk pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM. Pelajar tidak perlu bimbang kerana peluang mereka tidak terjejas walaupun sudah mendapat tawaran matrikulasi.
Sebelum ini, pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi secara automatik digugurkan dalam senarai pengambilan bagi program asasi sains dan diploma di IPTA terbabit.
Beliau berkata, 11 IPTA terbabit menawarkan 41,000 tempat dan keputusan ke program di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dijangka diketahui pada minggu ketiga bulan depan.
Sumber Maklumat : Berita Harian (3 Mei 2006)
Harap ianya masih terpakai ke tahun ini juga.
jadi sifu percayala saya boleh dpt peluang ye?..hehe..
walaubagaimanapun, saya membuat application ke MMU dan UNITEN..kedua2 nya sekali mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sana..saya mengambil tawaran MMU sebagai langkah berjaga- jaga sekiranya saya tidak mendapat tawaran ke UPU. apa pandangan sifu tentang MMU?
saya bukannya tidak aktif di sekolah dulu..saya sebenarnya baru pulang ke Malaysia ketika saya berusia 16 thn dulu, di tingkatan 4.sebelum itu saya bersekolah di sekolah antarabangsa di luar negara..di tingkatan 4 saya bersekolah di putrajaya selama 11 bulan..saya sempat memegang jawatan sbg pengawas sekolah, naib pengerusi kelab kebudayaan, dan setiausaha kelab badminton..pada pertengahan tingkatan 5 iaitu pada bulan jun, saya terpaksa bertukar sekolah kerana pekerjaan bapa..pertukaran pusat peperiksaan juga dilakukan..di sekolah baru, saya tidak sempat menyertai apa2 aktiviti kerana ketika itu sudah masuk bulan jun dan pelajar ting 5 sudah tidak boleh terlibat dgn apa2 lagi. adakah sekolah lama akan menghantar maklumat kokurikulum saya kpd KPM walaupun sudah bertukar pusat peperiksaan?di sekolah baru saya mendapat gred C utk kokurikulum..saya merasakan penglibatan saya sbg seorang pengawas di sekolah lama sbg sesuatu yg sia2 saja..
saya harap sangat dapat melanjutkan pelajaran ke asasi undang2.tak kisahlah di IPTA mana pun..
apa2 pun terima kasih sifu..
sifu, saya ada terbaca komen sifu yang lepas2..betul ke kalau dah accept tawaran drpd IPTS contohnye MMU, IPTS tersebut akan inform kepada MOHE???jadi takde peluang nk dpat UPU lagi ke?
Nikki,
Kalau semua pihak laporkan kegiatan ko-kurikulum dengan sempurna, KPM akan tahu juga penglibatan awak di sekolah lama serta jawatan yang pernah dipegang selama awak bersekolah di Malaysia, sepatutnya.
Tapi sekarang ini ianya diluar kawalan kita semua. Nikki dahpun tamat persekolahan dan kini hanya menunggu tawaran. MMU adalah IPTS yang mempunyai nama yang baik, maka sifu tidak fikir ianya satu yang sia-sia.
Oh Nikki sifu minta maaf, ianya lebih kepada kefahaman sifu. Maklumlah dalam bidang pendidikan yang kompetitif sekarang ini, sifu tak fikir IPTS akan maklumkan ke MOHE. So, anggaplah sifu dah tersalah tafsir perkara tersebut. Kemasukan IPTA tetap diuruskan secara berasingan.
Mungkin sifu harus batalkan perkataan yang terdahulu itu.
terima kasih sifu..penerangan sifu memang membantu
oh…tapi esok sy akan menghadapi ujian itu.mungkin dah terlambat…anyway..thanks sifu.doakan saya berjaya melepasinya..
tapi bagaimana pula dengan interview di uitm itu?apa persediaan yang perlu saya lakukan?
cHinta hamba,
Maaflah tak banyak yang sifu boleh bantu awak. Yang penting bawa apa yang dikehendaki. Awak pernah menggambar foto tak? Pernah gunakan perisian grafik? Sifu tak tau apa guna kertas tu, tetapi sifu ada idea tambahan. Apa kata ketika menghadiri temuduga nanti, CH turut sisipkan di dalam fail gambar atau imej terbaik yang CH mampu hasilkan. COntohnya gambar candid anak saudarakah, dan diedit dgn perisian adobe photoshop ke, Corel paintshop pro ke, GIMP ke (opensource-100% bebas wang/free) dan cetak di kedai dalam saiz 4R atau 5R. Sisipkan sahaja di dalam fail sebagai bahan extra. Mana tau ia tertarik dengan awak kerana di dalam fail awak ada sesuatu hasil kreatif yang dibuat sendiri. Di sini awak kena jujur mesti hasilkan sendiri, jangan tipu dengan mengupah atau minta tolong kenalan buat. Kenapa? Manalah tau penemuduga bertanya bagaimana awak mengedit gambar ini, dgn melakukannya sendiri, awak dapat mengingati beberapa step yang anda lakukan ketika mengedit gambar itu. Misalnya kalau ditanya bagaimana, anda bolehlah menjawab seperti ini, “gambar ini asalnya tidak seperti ini, saya tingkatkan warna dengan meningkatkan nilai kontras dan …., yang ini saya gunakan lasso tools, pilih bahagian tak dikehendaki dan cut….” Begitulah bunyinya. CH, ini cuma tips untuk menarik perhatian penemuduga. Mereka tak mintapun, kalau disediakan pun mungkin mereka tak ambil kisah, tapi tak salah mencuba sesuatu yang extra. Kalau anda tak ada extra dari segi gred, anda dapat tonjolkan sesuatu yang extra melalui pengetahuan tambahan.
Seperkara lagi, tentang tak pandai melukis tu, kalau awak pernah lakar bunga atau binatang atau kotak atau botol atau orang, maka awak dah tahu melukis, cuma awak mungkin tak mahir mewarna. Tak semua orang sempurna. CH gunakan sahaja kreativiti anda sebaik mungkin. Seperti yang pernah sifu sebut, lukisan yang tak cantik itu tak semestinya tidak indah, tetapi tak mustahil ia adalah satu yang seni. Teruskan niat awak.
assalamualaikum sifu,
sy nak tny, result sy ni layak ke nak msk matrikulasi sains fizikal kat uia??
bm a2
bi b3
ag b4
math c5
sej c5
fizik c6
kimia c6
admath e8
est c5
lk e8
layak ke?
sy bemnt sgt nak msk kat sn..
tinggi ke permintaan nak masuk matrix kat uia 2?
hopefully sifu dpt tlg sy.. tq
sifu,kwan sya nak thu program asasi biasanya berapa thun?
hi sifu,
i just wanna know,klau xdpt matrix,chances utk ipta cerah ke x?
hye sifu,
thanx for ur help..
saya dapat matrix
matrix sains, kat londang sane heheheheh..untuk setahun..
saya takut juga tak boleh bawak. tapi, saya kene kuatkan semangat…
sifu, saya rasa tak mustahil untuk saya kmbali menggapai cita2 saya.. cume saya nak cadangkan kat sifu, memandangkan ramai yang dah diterima masuk matrix ni, apa kata sifu buat ruangan tips belajar kat matrix plak ehhehe, ye la dengar2nye lain sangat2 dari kat sekolah..
sapnadidy,
Entahlah, sifu tak dapat nak katakan berpeluang atau tidak. Tapi macam yang sifu katakan sebelum ini pun, peluang itu tetap ada, tunggu saja. Kalau gagal ke program itu, tak bermakna awak tak layak atau berpeluang ke program diploma atau yang lainnya. In fact IPTS memerlukan ramai student, awak layak memohon ke IPTS juga.
Yes, setahu sifu ia adalah antara program yang popular.
Sya,
Kalau tak dapat matrikulasi, peluang ke IPTA mungkin ada jika awak memilih bidang yang tidak memerlukan subjek kritikal (penting) dari SPM awak. Peluang itu akan bertambah tinggi jika permohonan awak ke program diploma atau pra-diploma. Andaian sifu berlandaskan pelajar yang mohon matrikulasi selalunya pelajar aliran sains dan aliran perakaunan (sastera-ikhtisas). Jika anda memenuhi syarat minimum ke matrikulasi tetapi ditolak, mungkin kerana ramai lagi pemohon lain yang lebih baik keputusan SPM mereka berbanding awak, tetapi tak semestinya Sya pula pelajar terendah dari pelajar lain.
Mengambil kira faktor itu, sifu percaya jika awak ada memohon diploma dari aliran sains yang kurang popular seperti sains pertanian atau sains perhutanan, tak mustahil awak akan ditawarkan program berkenaan, atau program diploma aliran sastera seperi diploma teknologi kreatif atau sbagainya ataupun pra-diploma sains atau pra-diploma perdagangan (UiTM).
Jika Sya gagal mendapat apa-apa tawaran, Sya bolehlah membuat rayuan secara terus ke IPTA berkenaan.
hidayah,
Program asasi ada yang 6 bulan, ada yang 1 tahun. Sila rujuk program asasi UiTM atau asasi UIA untuk keterangan lanjut di lamanweb mereka.
budakPTS,
Tahniah kerana berjaya ke matrikulasi jurusan sains. Harapan sifu ialah anda dapat melepasi program Satu Tahun (PST) itu dengan cemerlang. Untuk memasuki bidang perubatan, kejuruteraan dan bidang kritikal lain memerlukan PNGK yang tertinggi. Untuk tawaran biasiswa juga penting PNGK tertinggi. Jika dapat ‘four flat’ PNGK 4.000, tak mustahil di peringkat ijazah awak berpeluang mendapatkan biasiswa badan-badan tertentu.
Berkenaan tips belajar di matrikulasi tu, sifu sebenarnya tidak ada pengalaman langsung sebagai pelajar mahupun tenaga pengajar di matrikulasi. Tetapi sifu boleh perkenalkan post baru untuk membicarakan teknik belajar yang sesuai di matrikulasi secara umum, jika masanya sesuai nanti.
Terima kasih di atas cadangan tersebut.
thx sifu.
actually im interested in actuarial science.dulu saya plan nk amik medic,but tiba2 result spm saya kurg bgus utk medic.skang since saya dh tau yg saya xdpt matriks,ade la rase kecut perut jugak sbb takut2 la upu pun kene reject..klau ikutkn requirement matriks dh mmg blh dpt,tp bkn rezeki kot.
n saya dh check pun syarat2 utk msk ke ipta,keputusan saya mmg memenuhi syarat2 tu!utk course yg saya pilih pun smua menepati syarat sbb mostly the requirements for ipta dorg nk credit je..
tp xpe la..saya harap sgt rezeki saya ada kat upu..
anyways,thx for the advice!
🙂
Sya,
Apa yang sifu takut ialah Sya hanya penuhi syarat minimum. Sebenarnya Sya, kelayakan minimum tu untuk LAYAK MEMOHON TEMPAT, tapi bukannya BERHAK dapat tempat. Harap Sya dan rakan lain memahami situasi ini. Mana-mana IPTA akan cuba sedaya upaya penuhi kekosongan dengan mendahului pelajar terbaik yang mungkin bagi setiap permohonan. Itu adalah ketetapan yang perlu dilakukan demi menjaga nama baik, STATUS dan kualiti IPTA itu sendiri.
Apa-apapun sifu berharap Sya maksudkan yang awak layak kerana subjek-subjek terpenting turut mempunyai kualiti 3B ke atas. Dalam persaingan sebegini, sedikit kekurangan pun boleh menjejaskan peluang pelajar tersebut memperoleh tempat di program yang diminatinya.
Oh, mesej ini untuk semua pelajar, bukannya SYa semata-mata.
hii sifu ………. nak tanyo bilo keputusan upu ……..
….and sy sokong kalu sifu buat ruangan tips belajar kat matrix…..
assalamualaikum sifu…sy hope sifu sudi brikn motivasi kat sy..rslt spm07 sy pon bkn la blh dbnggakn tp actlly saya minat dlm bidang sains.. tp rslt sy lbh crah kpd p’akaunan. saye juz dpt bm(A2)bi(B4)ag(A1)mm(A2)bio(C6)fiz(C6)kim(E8)add math(D7)sej(B4)dan sbjek teknikal iaitu peng.mknn(B4).smuanye 3A 3B 2C 1D 1E.rslt mtrik br2 nie saye x dpt huhu..t’kilan la jgk coz klu saye mintk p’akaunn syarat klayakan saye lbh drp cukup tp that time saye mintk sains.saye plik la knp trikh tutup mtrik b4 kuar rslt..so kite x blh la nk tukar cos yg b’sesuaian dgn rslt kite..skrng nie saye m’harap sgt p’mohonan mktab dan upu saye b’jaya huhu..
Eina,
Awak masih boleh merayu supaya permohonan awak dipertimbangkan ke jurusan perakaunan. Tulislah surat ke alamat spt yang tertera di lamanweb mereka.
Sifu berpandangan bahagian matrikulasi tetapkan syarat permohonan sebelum SPM lagi dan tarikh tutup juga sebelum keputusan SPM semata-mata supaya pelajar berasa bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dalam pelajaran, persediaan menduduki SPM dan komitmen untuk mencapai gred terbaik. Maklumlah matrikulasi KPM dah tentu mengutamakan falsafah dan pendirian kementerian pelajaran juga. Matrikulasi diadakan khusus untuk memberi peluang pelajar lepasan SPM mendapat peluang ke ijazah HANYA DALAM SATU TAHUN, maka pastilah ia sepatutnya menjadi laluan eksklusif kepada pelajar yang benar-benar berkebolehan. Syarat memohon yang minimum itu adalah utk memenuhi dasar pendemokrasian pendidikan. Mungkin anda sebagai pelajar tak begitu memahami perkara ini, tetapi percayalah ramai pelajar yang berada di matrikulasi jurusan sains itu majoritinya melebihi syarat minimum. Ia mencerminkan populariti program matrikulasi di kalangan pelajar yang cemerlang. Mana ada program lain yang pantas sebegini selain STAM. Tapi itu pandangan sifu secara peribadi. Apa-apapun sifu percaya Eina akan dapat salah satu program dipohon melalui UPU. Itu doa sifu.
Man Kelate,
keputusan UPU tak pasti bila, tapi selalunya paling lambat dalam 2-3 minggu sebelum semester Julai bermula. Pihak IPTA yang menerima permohonan anda akan memaklumkan kepada anda melalui pos.
sifu,
saya nak tanya jika saya mempunyai harapan untuk segala bidang kejuruteraan di universiti.selain itu kejuruteraan jenis apakah yang sesuai dengan result saya.BM{A1},BI{A1}MM{A1}BIO{B3}KIM{B3}FIZ{B4}EST{B3}ADD MATH{C5]MORAL{B4}SEJ{C6}. Selain itu saya bukan pelajar bumiputera dan adakah harapan saya tipis.
The Champ,
Prestasi awak bagus yang kalau dari kaca mata sifu tergolong dalam kelompok cemerlang juga meangkan penguasaan awak dalam bahasa, matematik dan sains amat tinggi. Soal bumiputera atau bukan, tidak lagi menjadi pengukur utama. Apa yang dipentingkan sekarang ialah meritokrasi di mana pelajar dibandingkan nilai dengan penentuan markah prestasi DAN ko-kurikulum. Jika mrkah akhir anda 87% dan ada pelajar bumiputera yang memohon bidang yang sama hanya peroleh 80%, dari segi peraturannya, anda yang layak mendapat tempat itu. Tapi persoalan biasiswa MARA atau lainnya, maka bumiputera atau tidak menjadi penentu. Pihak Mara hanya menawarkan biasiswa atau pinjaman kepada siswazah bumiputera sahaja.
APa-apapun, The Champ sifu percaya awak ada peluang ke mana-mana IPTA dalam bidang kejuruteraan, dengan harapan pelajar semua 1A tu keluar negera. Jika tidak, peluang awak tipis kerana dari pengamatan sifu, bilagnan yang peroleh 9A ke atas amat tinggi sehinggakan jika mereka ini memohon kejuruteraan semata-mata, semua tempat mereka akan ambil di semua IPTA. Tapi anda pun maklum sebahagian akan belajar ke luar negara, sebahagian akan kekal di dalam negara dan mengikuti bidang-bidang perubatan dan sebagainya, termasuk kejuruteraan. So, peluang tetap ada. Kalau tak dapat juga, maka ketahuilah ada orang terlebih baik dari anda.
oo.. thakx sifu..
bila kptsn upu tu kuar?
and bila pengambilan untuk pljr yg dapat upu?
thx sifu..
kelayakan saya menepati syarat..bercampur2la..ade yg melebihi syarat n ade yg same..tp smuanya x lari dr apa yg dikehendaki..ok la klau ikutkan.tu la cuma dapat atau x dapat..
tp saya dh fikir,ada byk lg jln klau xdpt upu n matrix..pokoknya kita hendak!
sifu,sebenarnya saya ada terasa jugak mcm saya ni la org yg plg teruk sbb kwn2 saya smuanya diterima msk matrix walaupun keputusan mereka lbh teruk dr saya.ye la kan saya ade rasa malu jugak sbb di sekolah dulu saya menjadi antara target straight As spm,tp bila spm klua saya dpt 6A saje..lain tu B dan ade yg C.itu yg bt saya kecewa sgt!
tp,saya anggap ini smua adlh ujian dr tuhan..maybe He got better n bigger plans for me!
cuma harapan saya adlh upu n rayuan matrix..klau xdpt,akan saya usahakan cara lain..
jika saya ada mslh,saya harap sifu blh berikan nasihat..
tq
Sapnadidy,
Sifu pun menunggu pengumuman. Sama-samalah kita tunggu ya.
Sya,
Begitulah Sya, sometimes unthinkable things happen. Kalaulah awak rasa rakan awak yang lain punya keputusan lebih rendah tetapi dapat masuk matrikulasi, then pastinya awak lebih baik dari mereka kecuali kokum awak, barangkali. Ataupun awak mohon jurusan sains tetapi mereka awal-awal lagi mohon jurusan perakaunan. Apa-apapun, ia boleh menyakinkan kita berdua bahawa peluang awak ke diploma mungkin lebih baik dari yang kita jangkakan.
Hope for the best.
hi…saya nak tanya…
bolehkah pelajar kelulusan program matrikulasi perakaunan
mengambil bidang sains aktuari?
terima kasih…
sifu,
saya dapat tawaran ke matrix. tapi boleh tak sifu bagi tau saya diantara matrix and asasi sains kat university mana satu yang lagi baik?
harap sifu dapat bagi saya jwpn yg tepat.
thanks
saya nak tanya juga…
apakah entry reqiurement untuk bidang sains aktuari?
adakah fizik diwajibkan?
sifu saya baru dapat tawaran kat kolej ikip.apa pandangan sifu??
kwn baik saya dapat matrik tapi dia x nak g.
saya nak sangat g tapi x dpt dia dpt tapi x nk g..
kawan saya tu dengar sangat cakap sepupu dia yang matrik susah la kena belaja gila2 la..saya tepon nak pujuk dia tapi dia x angkat2..
emm saya dah buat rayuan masuk matrik 2..harap2 dapat la…..
sifu,
saya nak tanya,
jika saya memohon dan mendapat tawaran ke politeknik, adakah permohonan saya ke IPTA dibatalkan.selain itu adakah IPTS yang menawarkan bantuan PTPTN DAN KERAJAAN ?
sifu kawan saya cakap 3Mei nie boleh check dapat upu ke x..
ye ke sifu???setahu saya la bulan 6
sifu….result spm sy bebaru nih kurang gempak arr…
actlly sy ade prob…sy trtekan ngan family sy…suma abg2 sy dlm ketegori genius n stdy kat overseas(japan n US)…
bile dpt result…sy a bit frust coz sy rse rendah diri ngan abg2 sy…diorg dpt stdy kat overseas…
ayah sy suh sy msuk f6 n stdy hard spya dpt straight A’s…
my question is…dapat ke sy pgi blajo kat luar negara jika result stpm sy gempak???…
n sy minat bidang seni bina….
1.subjk manakah y sifu syorkan sy amik utk tgkatan 6???
2.adakah sy bleh blajo kat ovrseas dlm bdg architecture??
Silver,
“bolehkah pelajar kelulusan program matrikulasi perakaunan mengambil bidang sains aktuari?”
Setahu sifulah, setakat tahun ini boleh, pelajar jurusan perakaunan juga boleh memohon sains aktuari.
Tetapi pelajar matrikulasi mestilah pernah belajar subjek tertentu semasa SPM:
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
· Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains
dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
· Bahasa Inggeris
So walaupun dah ada kelayakan matrikulasi, harus diingat prestasi SPM awak akan diungkit semula.
Syeeda,
kawan awak tu kurang faham bahawa tujuan mohon matrikulasi adalah untuk mendapat laluan pantas. Dah tentulah kena belajar bersungguh-sungguh di matrikulasi sebab tempoh yang disediakan singkat. Tetapi keuntungannya ialah selepas 1 tahun di pergi keijazah, berbanding pelajar yang ke program dploma, hanya selepas 3 tahun baru boleh memohon ijazah. By the time lepasan Matrikulasi masuk tahun ke tiga (dah dekat final year), pelajar lepasan diploma yang sebaya dgn awak baru masuk first year, jadi junior balik.
Jika kawan awak ke kolej IKIP, maknanya dia mengambil program diploma, program 2 1/2 – 3 tahun. Kurang pressure berbanding matrikulasi tetapi yalah, diploma bukan program laluan pantas, kenalah faham. Kemudian, ada satu polisi yang mungkin benar (tapi tak diuar-uarkan secara rasmi), keutamaan kemasukan ijazah adalah kepada pelajar STPM dan matrikulasi dahulu, barulah kemudian penempatan diberi kepada lepasan diploma. Itu adalah andaian sifu, tetapi seperti satu kebenaran. Ada merayu Syeeda. Kalau kawan awak menolak, maknanya ada 1 kekosongan dah, mungkin diisi oleh perayu.
The Champ,
mungkin tidak. Tapi mana kita tahu ya tak, permohonan IPTA dan politeknik, walaupun dipohon secara berasingan, sebenarnya diproses oleh unit yang sama di MOHE.
wanZ,
Awak minat belajar dalam bidang seni bina, okaylah tu
1.subjk manakah y sifu syorkan sy amik utk tgkatan 6
Mungkin awak kena memohon supaya dimasukkan ke kelas aliran sains kerana hanya kelas itu sahaja ada menawarkan subjek mathematics
Ginilah awak bandingkan syarat kelayakan UIAM ini sebagai rujukan
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat
STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
· Mathematics S / Mathematics T / Further Mathematics T
· Physics
· Chemistry
· Biology
· Ekonomi
· Sejarah
· Geografi
· Seni Visual
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B pada peringkat SPM dalam mata
pelajaran berikut:
· Matematik / Matematik Tambahan;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B pada peringkat SPM dalam mata
pelajaran berikut:
· Bahasa Inggeris
atau
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam
mata pelajaran berikut:
· Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Qur’an
& As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah
· Mana-mana tiga (3) mata pelajaran lain termasuk Bahasa
Melayu / Bahasa Malaysia.
2.adakah sy bleh blajo kat ovrseas dlm bdg architecture??
Peluang tetap ada. STPM sememangnya diiktiraf di luar negara.
thanks sifu…:)
saya dah cuba nasihatkan dia tapi dia macam tak berminat nak ke matrik.
saya dah cakap dia untung dapat matrik sebab x semua orang berpeluang g matrik.
pada pandangan saya kawan saya tu x suka ulangkaji sangat.em macam esok nak exam ari nie baru nak selak buku.bagi saya dia untung walaupun sikap dia macam tu result dia lebih baik dari saya.dia lebih teror dari saya dalam subjek math dan add math.apa pendapat sifu mengenai kawan saya nie??
lagi satu apa perbezan belajar di matrikulasi,ipta dan ipts??
sifu salinan slip spm yang dihantar untuk rayuan ke matrik perlu disahkan.apa maksudnya?disahkan oleh pengetua,penghulu atau saya sendiri?saya tandatangan sendiri
to:syeeda
sifu salinan slip spm yang dihantar untuk rayuan ke matrik perlu disahkan.apa maksudnya?disahkan oleh pengetua,penghulu atau saya sendiri?saya tandatangan sendiri
<<<<<—–saya pon ade wat rayuan mtrx.mule2 saya pon tertanya2 cmn ne salinan slip spm yg di sah kan.then,saya col jab pelajaran malaysia.salinan slip spm yg di sahkan adalah salinan slip spm yg ade cop sekolah.nampaknye sheeda kena dtg sendiri ke sekolah dan mintak cop dari pihak sekolah. harap keterangan ini dapat membantu syeeda dan rakan2 yg lain.
terima kasih sebanyak-banyaknya…
thanks dyanadilema..tapi saya dah anta surat rayuan tu..boleh ke anta 2 kali??
syeeda….salinan pun boleh disahkan oleh pegawai kerajaan..
maaf sifu..nyebok je saya=)
Salam sifu..
da lme tak joint room ni..sbnrnye sy dh dpt matrix dalm jurusan sains.tetpi sy keliru untk memilh sama ada mngambil kos sains hayt ataupun sains fizik.sy ign mnjadi seorg doktr.boleh x sifu tlg jelas kn apa beza sains hayat dan sains fizik.adakah utk mngambil jurusan perubatan(doktor) memerlukan sy mngambil sains hayat.ini kerana setahu sy hanya dlm sains hayat mempunyai subjek biologi.sy mendpt tahu bahawa sains hayat merupakan kos yg low berbanding sains fizik di matrix.ini kerana ramai yang memilih sains fizik berbanding sains hayat di matrix.adakah tanggapan itu benar???
sifu,
saya nak tanya,
Apakah matapelajaran yang dititik-beratkan dalam spm dan stpm untuk ke bidang bioteknologi.Selain itu sekurang-kurangnya gred apakah dalam STPM yang memang boleh conform punya boleh masuk ke IPTA seperti UM,UKM,USM dalam bidang bioteknologi.Selain itu matapelajaran apakah dalam SPM yang diungkitkan dan apakah grednya.
salam…
hai sifu,sy org bru kt sini..
sy ad beberapa soklan nk tnya.sy sbnrnye mendapt tawaran matrix perakaunan di perlis.malangnya,sy telah mndpt twrn yg jauh dr tmpt tggl sy iaitu trgganu.malah ibu sy trt merungut krn trlalu jauh,walaupn dia trt gembira dgn twrn ini..sy pening memikirkn hal ini kerana jarknya yg jauh dri keluarga dan sy juga tiada saudara mara d sana.d sbb kan twrn ini tmpt nya trlalu jauh,mmbuat kan ibu sy ingin menuggu twrn UPU harapnnya agr tmpt yg d twrkn UPU lbh dkt.ttp sbnrnya ibu sy ingin salah seorg anaknya prgi ke mtrx,dan akhrnya sy yg merupakan anak bongsu nya tlh brjaya mndpt twrn tersbut.namun yg mnjadi masalah kpd kami sekeluarga ialah faktor jarak tmpt yg trlalu jauh.apakah pandangan sifu adakah fktr jarak ini perlu sy jadikn satu masalah???
nikki maksud salinan tu apa??saya kurang jelas
Maa,
Nak jadi doktor better go for sains hayat. Pasal sains fizik tu, budak-budak yang nak jadi jurutera. Konon glamerlah jadi jurutera berbanding doktor. Maa tak perlu kisahlah pasal tu, yang penting bila di IPTA awak akan layak masuk ke bidang kedoktoran yang juga glamer dan popular di kalangan pelajar pintar.
The Champ,
Kalau nak confirm punya, kenalah aktif kokum, dapat markah tinggi 10% dan subjek STPM semuanya A (CGPA 4.00). Pasti nama awak teratas sekali untuk dipilih.
Tapi realitinya bidang biotek tu bidang sains, so pastinya awak mesti masuk ke kelas aliran sains, mengambil subjek penting seperti kimia STPM dan mungkin subjek FIzik STPM.
Amy,
faktor jarak tidak sepatutnya menjadi masalah. Awak akan tinggal di asrama yang disediakan pentadbir matrikulasi. Soal jarang-jarang dapat jumpa keluarga, bukan awak seorang sahaja yang akan berjauhan demi menrealisasikan cita-cita anda dan keluarga. Oleh itu, sudah pasti tidak juga sepatutnya menjadi punca awak gagal belajar di matrikulasi.
Jika tiada halangan lain, pergilah belajar. Pelajar di Sabah pun dari Tawau contohnya terpaksa berhijrah ke Labuan yang kalau awak tengok peta, lebin kuranglah jaraknya dari perlis ke terengganu. Yang eloknya, Perlis dan Terengganu dah ada highway. Budak Sabah dari Pantai Timur pula terpaksa menaiki kapal terbang. Kalau nak juga berkenderaan darat, alamatnya 12 jam baru sampai dari Tawau ke Labuan.
Syeeda,
Mudah sahaja, semua dokumen yang perlu ada, seperti salinan slip spm, ic, sijil lahir, ic emak-ayah, sijil-sijil atau apa sahaja dokumen yang ada salinan asal hendaklah disahkan oleh pihak yang berkenaan, selalunya kakitangan kerajaan gred A, seperti pengetua, pegawai pelajaran daerah dan sebagainya. Tiada bayaran dikenakan. Selain dariitu, pegawai mahkamah atau majistret boleh mengesahkan dokumen tersebut tetapi ada sedikit bayaran.
nak hantar surat rayuan tu cuma nak salinan slip spm je kan??tp sifu ada sebut pasal ic..saya anta surat rayuan ari tu dengan salinan slip spm je..
lagi satu sifu..
kalau saya buat pengesahan melalui pengetua,dia kena sign je ke atau kena buat surat jugak??
sorry la sifu sebab saya banyak tanya…
tapi sifu…
sy kelas akaun lorh…
boleh ke??
sifu….
sy dpt matrik…tp kembar sy xdpt cuz result spm die sederhana jer…
kakak kembar sy dapat twran kolej shahputra iaitu twinning college dgn uitm dlm mass communication…
soalan sy…jika kakak sy dpt pointer 3.8 above dlm setiap sem…bleh x die pg study kat luar negara cuz kmi rancang nk stdy luar ngra sesame….
pada member2 kat laman nie saya baru dapat info keputusan sama ada dapat upu ke x boleh semak pada awal Mei k….
saya pon ade dpt info gak sme ngan sheeda….semakan upu kuar same ade 3 mei atau 5 mei…same2 lah kite tunggu…
ooo..yer,ade satu lg info….semakan kputusan kemasukan f6 boleh disemak mulai 6 mei menerusi laman web MOHE.tarikh mula daftar lak pada 12 mei.
assalamualaikum
sifu,saya merupakan lepasan spm 2007.saya memperoleh keputusan berikut dalam spm:
BM:1A
BI:2A
B.A.T:2A
MAT:3B
SC:2A
SEJ:1A
P.AKAUN:3B
P.SYARIAH ISLAMIAH:2A
P.QURAN SUNNAH:1A
ADD MAT:6C
EKO:3B
Saya telah memohon maktab,UPU,UNISEL dan Matrik.Saya sudah mendapat tawaran ke UNISEL tetapi saya tolak.Baru-baru ini saya mendapat tawaran matrik dalam jurusan perakaunan.Saya dalam kebuntuan sama ada untuk ke matrik atau ke U.Saya ada memohon asasi undang-undang di UIA.Pada pendapat sifu,yg mana lebih baik,ke matrik atau terus ke U? Jurusan mana yg lebih memberi peluang yang cerah pada masa depan,undang-undang atau perakaunan?Saya juga bercadang untuk belajar sampai master.Tolong saya…
erk~maaf ade pembetulan skit…aemakan kemasukan f6 leh disemak dilaman web EMOE bkn MOHE yer…
Syeeda,
Pengesahan pengetua maknanya di cop salinan slip SPM awak dan ditandatangan. Selalunya akan dicop yang ada perkataan seperti ini:
Salinan in disahkan benar seperti asal,
>>> TANDA TANGAN PENGETUA <<<<<
——————————-
NAMA PENGETUA SKLH TU
NAMA SEKOLAH
Syeeda hanya perlu jumpa pengetua atau PK1 dan mohon pengesahan, mereka akan tahu apa nak dibuat.
WanZ,
Cuba sahaja tak rugipun.
Masalah lain hanyalah apakah pihak sekolah benarkan awak belajar dalam aliran sains atau sebaliknya. Kalau hanya dibenarkan masuk kelas aliran sastera, pastikan awak dapat ambil mana-mana 2 subjek ini,
· Ekonomi
· Sejarah
· Geografi
· Seni Visual
supaya permohonan awak bagi lepasan STPM 2010 nanti dipertimbangkan. Rujuk komen cikgu di atas kepada awak. Pastikan awak dapat penuhi semua syarat kemasukan itu, barulah peluang awak lebih baik.
Anis,
Soalan sebenarnya ialah, adakah awak nak belajar ke luar negara melalui biasiswa JPA/MARA atau pinjaman JPA/MARA atau pembiayaan sendiri.
Tak semua bidang yang bakal diambil di luar negara layak mendapat tajaan atau pinjaman JPA/MARA. Jika nak biayai sendiri atau pinjaman bank, tiada masalah belajar di luar negara kecuali kebenaran dan kesanggupan keluarga. CGPA 3.80 itu amat baik, dianggap cemerlang juga.
Anis kenalah juga menyedari bahawa jika memohon pinjaman JPA/MARA, prestasi SPM 2007 awak TETAP akan diambil kira. So jika kembar awak ingin mengelakkan masalah sebegitu, pastikan mana-mana subjek penting yang mempunyai keputusan 4B ke bawah, hendaklah dipatching dalam tahun ini atau tahun akan datang. Tapi itu nasihat sifu, tak semestinya dibuat. Jika dibuat, ambil SPM semula, ia boleh membantu peningkatan prestasi SPM kembar awak.
Maklumat lanjut tentang biasiswa, sila rujuk lamanweb JPA.
Good Luck. Rancang kejayaan dengan bijak, dan bermaklumat yang sahih dari pihak-pihak seperti JPA dan MOHE. EMel mereka soalan anda ini juga, mudah-mudahan akan dijawab mereka dengan lebih baik dari jawapan sifu ini.
Nor Halimah,
Kedua-dua bidang itu baik untuk anda. KEdua-duanya adalah program profesional yang menjanjikan kerjaya dan pendapatan yang baik. Kedua-duanya juga memberi pluang untuk sambung belajar ke peringkat sarjana, Master dan PhD.
Nor Halimah dinasihatkan supaya berfikir masak-masak. Jika sukar buat keputusan, apa kata nor cuba solat istikharah, mudah-mudahan dapat ilham dan petunjuk dariNya.
Sebagai guru, saya suka menasihatkan pelajar mencuba bidang-bidang profesional mengikut minat sebenar mereka. So, Nor pun, jika diizinkan orang tua, pilihlah bidang yang lebih memberikan peluang dan kejayaan anda di masa hadapan. jangan tolak matrikulasi terlebih dahulu, jika perlu pergilah mendaftar masuk ke matrikulasi terlebih dahulu sementara menunggu tawran lain. Jika awak dapat tawaran lain seperti program asasi perundangan, awak bolehlah memohon berhenti secara rasmi dari pengurusan matrikulasi dengan menunjukkan surat tawaran dari IPT tersebut. Mengikut peraturan sedia ada, pelajar yang berhenti dari matrikulasi kerana menerima tawaran lain seperti program asasi dari UM, UiTM tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau dendaan.
Pengumuman kemasukan STPM pada 6 Mei ini,
Nak tahu lebih lanjut, sila layari lamanweb MOE di sini.
sifu…
adakah pelajar seni bina boleh wat program master or Phd??
sifu…
if sy xdpt aliran sains…dan sy amik subjek y sifu nyatakan diatas td utk aliran sastera….sy still boleh amik course seni bina di universiti kan kalo sy cemerlang dlm stpm…..
WanZ,
Yang itu saya kurang pasti.
Ya, seperti yang sifu nyatakan tadi. Subjek ekonomi, geografi dan sebagainya itu biasanya ditawarkan untuk aliran sastera STPM.
sifu,
btlka msk asasi sains fizikal uia tu mst ada bhs arab or bla stdy sna bru bljr bhsa arab?
sy bemnt nak jd arkitek..
apa subj yg ada dlm kos architecture?
peluang keje sbg arkitek ni luas ke?
sifu,
saya nak tanya bilakah tarikh keputusan universiti akan dikeluarkan ?
terima kasih banyak2 sifu kerana sudi memberikan pendapat. Saya akan fikirkan baik-baik.
saya dpt matrikulasi tapi sy mmg nak sangat masuk kpm untuk tesl or uitm..(in other word, sy nk amek tesl sbnrnya) tapi sy takut kalau tolak matriks nanti tk dpt tesl pula. result spm biasa2 saja..i got all b3 for science sub plus addmath(very dissapointed) yang len alhamdulilah..
tp sbnarnya sy tringin nk amek dentist..cuma bla dpt result macam tue sy dah surrender..anyway sy pun mnat tesl(dua bdng yg b’beza)..
patut ke sy pergi matrix tue?? bla result upu nak keluar?? please help me..asap
ada lg sket..(hehe..)
bru je lpas bca kt atas td..
banyak sgat..pening + takut pun ada..
btul ke dpat matrik yg len dah tk dapat?? truk lah macam tue??
mlas lg nak involve dlm sub sains2 ney..dgn ramainya org yg lg bgus dr my result..mcm tk ad hrpan..cikgu sy pun ckp b3 bio mmg sakit sket nk amek prbtan ney..sy sbnrnya bkas pljr mrsm yg plg top tahun lpas..result mcm ney mmg tk sesuai dgn taraf sek sy tue..(sedey2)
so, sbb tue la sy nk amek tesl ney.. sy mnat juga tesl..ari tu dah pergi intervw uitm tapi result tk keluar2 lg..(tul kn?)
Sapnadidy,
Taklah. program asasi sains fizikal tak perlukan bahasa arab. Semua pelajar sains yang cemerlang boleh memohon.
Bab arkitek tu sifu tak pernah baca secara keseluruhan. Nanti kat Uni, Sapnadiddy bolehlah tinjau-tinjau ya. Maaflah sifu tak dapt nak beri penjelasan yang baik.
The Champs,
tak lama lagi tu, awal Mei. 5-6 kot.
Neez,
Cuba saja. Kalau dapat maknanya tuah awak. Tesl ini bermakna nak jadi guru. Mudah-mudahan tercapai.
Sorilah mesej kat atas tu. Tidak! walaupun matrikulasi dah keluar keputusannya, permohonan IPTA tetap tidak terbatal, awak masih berpeluang ditawarkan mana-mana program yang awak pilih dengan syarat awak layak.
Baguslah kalau dah interview, bermakna kelayakan SPM awak mendapat perhatian UiTM. Tunggu sajalah, mudah-mudahan berita gembira.
tima kasih..utk doa sekali..
lega sket saja..ok lah tue
it’s ok sifu.. sy tahu tu di luar pengetahuan sifu..
sifu,
sebenarnya ibu dan ayah sy srh sy jd cikgu tapi sy blt2 nak jd arkitek.. tu cita2 sy sjk fom4 lg..
tp apa yg ayah sy ktakan klau jd cikgu kmpm2 dapat keje n gaji lak tetap..
bukan sy nak memandang rndh kejaya seorang guru, in fact jd guru tu kna org yg blt2 mnt bkan hanya terpaksa kn.. dan sy rse sy pn tak sesuai kot jd guru hehe… tp sy tak nak kcikkn hati org tua sy tp sy btl2 nak jd arkitek.. tu cita2 sy.. sy tak nak klau sy ikut shj kata mrk n then 1 hari sy akan nyesal sgt sbb tak meneruskan cita2 sy sbb nak jaga hati ogr tua sy shj… sy tahu yg mrk buat smua ni untk kebaikan sy, mrk cma nak yg terbaik untk ank mrk tetapi sy btl2 nak truskan cita2 sy.. salah ke….
kkak sulung sy pn srh sy ikut je kata ibu n ayah sy sbb dia kata msa2 mcm ni lbh baik ikut jer kata mrk.. (kakak sy ni skg kat dlm u lg..)
so apa pendapat sifu?
patut tak sy jd guru @ jd arkitek?
n kalau sy bincang dgn mrk adakah mrk akan faham keadaan sy?
kelirula……..
1 lg, kawan sy kata dlm bln mei ni ada interbiu nak jd guru btl ke?
terima kasih sifu…
walaupun x banyak tapi tips dari sifu cukup membantu.Alhamdulilah saya sudah agak bersedia dari segi fizikal dan mental.Saya sudah pun cuci hasil kerja yang pernah saya buat dan gambar2 yang pernah saya ambil.Doakan saya sifu..esok saya akan menghadiri temuduga.Nasihat dari sifu akan saya jadikan motivasi diri…Insya-Allah..
Sapnadiddy,
Okey juga jika itu adalah cita-cita awak. Sebagai ibu bapa, walaupun mereka memberi cadangan yang dianggap wajar, jika awak adalah anak yang baik, mengikut cakap sejak dulu, penyayang, anak yang mengasihi ibu bapa, tak mustahil mereka akan mengambilkira dan mendengar pandangan anda juga. Selalunya ibu bapa terfikir berdasarkan pengalaman mereka dahulu serta maklumat yang mereka ketahui. Ini sudah tentu termasuklah khabar tentang kadar pengangguran siswazah yang graduan yang masih terngiang-ngiang di telinga. Apakah golongan arkitek sukar dapat kerja atau ada atau tidak graduan arkitekur yang telah bekerja tetapi terpaksa menceburi bidang atau industri lain yang tidak berkaitan dengan arkitek. Inilah yang mungkin menjadi fikiran mana-mana ibu bapa yang punya anak bercita-cita besar seperti anda.
Nasihat sifu, bincang sebaik-baiknya dengan ibu bapa, beri pandangan anda dan keyakinan diri anda bahawa boleh berusaha menjadi graduan serba boleh dan berkemahiran tinggi. Awak mestilah berusaha menyakinkan mereka untuk 5-6 tahun aka datang, bukan sahaja untuk hari atua minggu ini. Bukan juga meyakinkan mereka setakat untuk membenarkan awak mencuri peluang ke bidang arkitek. Ibu bapa memerlukan keyakinan dibentuk bagi tempoh hendak masuk U, semasa dalam U, dan selepas U. Adakah awak dah pasti laluan ini pilihan anda, adakah anda akan dapat sediakan diri menjadi pilihan majikan selepas tamat belajar atau adakah anda pasti akan dapat survive kalaupun anda gagal dapat bekerja ke bidang arkitek dan terpaksa bekerja di bidang lain.
Semua ini adalah soalan matang yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan yang juga matang. Jika Sapna yakin boleh, maka yakinkan ibu bapa anda, dan sudah pasti anda mesti terus yakin mereka nanti selama anda belajar dengan cara menjadi pelajar sebaik mungkin dengan CGPA yang tertinggi dan kemahiran tambahan yang sentiasa diperkembangkan selama tempoh belajar di U. Itulah cabarannya sekarang.
Harap Sapna faham maksud sifu. Jika anda dapat yakinkan diri sendiri dan ibu bapa anda, maka pergilah dengan hati yang gembira untuk meraih cita-cita menjadi arkitek. Tidak ada ibu bapa merancangan dan menghalang anak kerana iri hati atau nakkan mereka gagal dalam hidup, sebaliknya mereka campur tangan kerana ingin anak mereka berjaya lebih dari mereka. Selalunyalah…
cHinta hamba,
Sifu doakan anda berjaya dalam temuduga seterusnya berjaya mendapat program yang dihajati. Amin.
hai sifu..
tQ coz bagi nasihat kat Amy yg sya rasakan amat sesuai dgn saya juga..krn sya juga akan berjauhan dgn keluarga..buat kali pertama..
TQ sifu!
Hidayah,
Okay. Terima kasih kembali kerana sudi melawat blog sifu.
Sifu,
Saya bakal menduduki SPM tahun ini tetapi masalahnya ialah subjek EST saya. Saya berhasrat ingin menyambung pelajaran dalm bidang medicine selepas SPM. Apa yang merisaukan saya ialah medic hanya ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai result yang perfect.
Soalan saya yang pertama:
1.Adakah EST subjek yang terlalu penting dan diambil kira jika saya ingin further Medic?
Saya juga berhasrat untuk membuat A-Level selepas SPM nanti, sekiranya ada rezeki dengan tajaan biasiswa. Tapi saya dapat tahu bahawa sukar untuk mendapat tawaran biasiswa seperti JPA kerana syaratnya mesti aktif dalam akedemik dan kokurikulum. Saya seorang yang kurang aktif dalam bidang kokurikulum dan saya hanya mewakili sekolah untuk kokurikulum hanya 2 kali sahaja selama saya berada di sekolah menengah iaitu untuk pertandingan Kawad kaki dan Choral Speaking iaitu semasa saya tingkatan 1 dan 2. Oleh sebab itu, saya tidak mempunyai banyak sijil . Saya risau sekiranya cita-cita saya untuk mendaapt biasiswa tidak kesampaian.
Soalan saya yang kedua:
Adakah pihak JPA terlalu mementingkan markah kokurikulum daripada akedemik? Boleh tak sifu terangkan mengenai hal ini kepada saya?
Saya telah melayari laman web JPA untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran biasiswa JPA. Apa yang saya dapati ialah syarat untuk ditawarkan biasiswa JPA ialah mnedapat sekurang-kurangnya A2 dalm matapelajaran BI, Physics, Biology, Chemistry, Add Maths dan Mod Maths.
Soaln saya yang ketiga:
Yang mana satu lebih diutamakan oleh pihak JPA? Pelajar yang mendapat keputusan SPM yang lebih cemerlang sebagai contoh straight A’s tetapi kurang aktif kokurikulum diutamakan ataupun pelajar yang mendapat hanya cukup-cukup makan seperti 6A2 untuk subjek yang saya senaraikan diatas tetapi aktif kokurikulum? Pada pendapat Sifu yang mankah lebih baik?
Sebelum mengundur diri saya ingin meminta maaf atas soaaln dan karangan saya yang panjang lebar ini dan saya berharap agar Sifu dapat membalas soalan saya ini…Terima kasih. Assalmualaikum.
sifu..saya ade surf intrnt tntg mtrx ni..n sye ade baca 1 blog di mana seorg ayh mengadu tentang anknya yg mengambil sains hayat dan mndpt pointer 3.67..malangnya pihak upu x menawarkn course perubatan ttp sains komputer yg sememangnya bkn medic..walhal pencapaian anknya agak tinggi.ini mmbuatkn sy tkt utk mengambil sains hayat..bg sy sains fizik jauh lbh mudah dan selamat berbanding sains hayat..walaupun impian sy untk mnjdi doktor mgkin x akn kesampaian..sy risau jika sy mndpt pointer tinggi sekalipun,ttp pihak upu ttp x menawarkn jurusan yg sy minati..apa nasihat sifu..?
tq atas pandangan sifu tentang probs sy..
salah satu mslh sy ialah sy jnis yg kurang keyakinan diri so mcmna sya nak yakinkan orang sekeliling sy?.. lg 1,result spm subj lk(lukisan kejuruteraan)sy hr tu pn tak krdit tp still lulus lg.. tp sy akui last year, sy byk main jer n tak bape fokus study sy rs tu kot sbbny kptsn sy mcm tu.. so mst mrk persoalkn kn… tapi sy tekad slpas ni nak study btl2 sbb nak capai cita2 sy.. sifu rs,mrk akan yakin ke ngan sy?
stakat ni,parents sy msh lg bg kebebasan untk memilih apa yg sy nak bt tapi ntahla sy belum ada keberanian nak bgtau kat mrk keinginan sy n nak yakin kn mrk..
mcmna sy nak dapat keberanian untuk bgtau parents sy?
Maa,
Apa yang perlu diketahui ialah adakah pelajar itu, yang Maa rujuk di atas, mempunyai penguasaan yang kukuh dalam subjek chemistry dan biologi di peringkat matrikulasi dan semasa dlm SPM. Ramai pelajar yang punyai CGPA 3.67 atau lebih tinggi tetapi ianya disebabkan oleh subjek lain dapat A (4.00) tetapi dua subjek itu pula hanya peroleh 3.00 atau 2.5. CGPA atau pointer itu adalah purata nilai gred mata pelajaran keseluruhan, so nombor itu tidak semestinya mencerminkan penguasaan semua. Jika pelajar itu dapat 4.00, barulah sifu boleh yakin bahawa semua subjek dikuasai oleh pelajar berkenaan. Selain dari itu, setakat yang sifu tahu, walaupun pelajar belajar sains hayat, kebanyakan subjek yang dipelajari direkabentuk dan diwajib belajar supaya pelajar masih punyai peluang selain kedoktoran, kerana kerajaan tidak ingin mensia-siakan golongan bijak pandai hinggakan tak layak ke bidang lain pula. Itulah falsafah atau matlamat tersirat matrikulasi.
Maa,
selagi awak belum menjejak kaki ke dalam matrikulasi dan belajar bersungguh-sungguh, selagi itu sifu rasa kerisauan Maa tidak ditempatnya. Dah tahu perkara itu, maka perkara terpenting Maa harus usahakan ketika di dalam matrikulasi ialah, 1) rancang pembelajaran yang optimum, jadual yang sesuai dan sebagainya, 2) berjumpa kaunselor untuk mngtahui maklumat terperinci bagaimana mendapat tempat ke bacelor perubatan di dalam Malaysia (matrikulasi hanya utk IPTA dalam negara), dan 3) bertekad untuk mencapai pointer teringgi keseluruhan subjek utama. Sains fizik sebaliknya utuk pelajar yang ingin menceburi bidang berkaitan teknologi dan kejuruteraan. Maka sudah tentulah lebih mudah berbanding bidang kedoktoran. Tapi Maa, kita masih memerlukan pelajar cemerlang menjadi doktor dan mencapai karier sebagai doktor. Tugas doktor melibatkan nyawa dan keyakinan pesakit, maka sudah tentulah pendidikan berkaitan tugas ini memerlukan pelajar yang tidak cepat patah semangat, mahir dalam bidang ini dengan 100% dan berkualiti tinggi. Hanya dengan itu negara kita akan mendapat doktor berkaliber. Susah sememangnya susah kerana nak memastikan HANYA peljar yang benar-benar terpilih sahaja yang bakal menjadi harapan negara dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan Malaysia. Jika anda termasuk golongan ini, maka Maa haruslah berani, gembira, bangga dan bersyukur kerana menjadi pelajar yang bijak sejak dahulu sehingga sekrang dan jujur dalam belajar, mengajar dan menjalankan amanah.
Harap komen ini dapat membantu Maa meyakinkan diri.
Sapnadidy,
keberanian akan datang melalui kejujuran anda sebagai anak. Awak tak perlu berani, hanya perlu jujur dengan mereka serta sopan ketika berkata-kata.
Menghitung Hari,
Sifu bukanlah pakar rujuk untuk hal sebegini, tetapi sifu boleh berkongsi pandangan mengikut setakat mana yang sifu faham dan tahu.
Soalan saya yang pertama:
1.Adakah EST subjek yang terlalu penting dan diambil kira jika saya ingin further Medic?
Tahukah awak EST tak wajib lagi diambil oleh pelajar SPM? Ia adalah elektif, jika diambil bermanfaat kepada anda, jika tidak diambil tidak mengurangkan apa-apapun. Tetapi jika awak ada ambil EST dan daripada semua A, katakan 10 A, tiba-tiba ada 1 hanya 5C, maka ia boleh memberikan gambaran negatif, walaupun kecil, kepada penilai.
Soalan saya yang kedua:
Adakah pihak JPA terlalu mementingkan markah kokurikulum daripada akedemik? Boleh tak sifu terangkan mengenai hal ini kepada saya?
Malang sekali, jawapannya ialah YA. JPA sebagai sebuah organisasi kerajaan semestinya turut menyokong dasar kerajaan termasuklah sistem 90+10 itu. JPA menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Mengikut rekod semasa, pelajar memperoleh semua 1A adalah pelajar yang menerima biasiswa (setelah lulus temuduga dan penapisan lain, jika ada). Pelajar sekurang-kurangnya mesti ada penglibatan, dan memperoleh markah 6 atau ke atas adalah mencukupi untuk ko-kurikulum. Jika awak pernah menjadi pengerusi kelab, persatuan atau unit beruniform dalam mana-mana tahun sepanjang persekolahan di SMK, maka ia boleh diketengahkan juga walaupun semasa T5 awak tidak lagi aktif. Begitu juga apa-apa aktiviti atau penglibatan semasa T1-T6 jg boleh diketengahkan.
Soaln saya yang ketiga:
Yang mana satu lebih diutamakan oleh pihak JPA? Pelajar yang mendapat keputusan SPM yang lebih cemerlang sebagai contoh straight A’s tetapi kurang aktif kokurikulum diutamakan ataupun pelajar yang mendapat hanya cukup-cukup makan seperti 6A2 untuk subjek yang saya senaraikan diatas tetapi aktif kokurikulum? Pada pendapat Sifu yang mankah lebih baik?
Maksud aktif ini bolehlah didefinisikan secara longgar sebagai pernah menganggotai mana-mana kelab dan persatuan, unit beruniform, unit sukan serta penglibatan di dalam dan luar sekolah dalam mana-mana aktiviti dan pertandingan. So sudah tentulah pelajar sebegini punyai kualiti kendiri yang lebih baik. Ingatlah, kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengalaman sosial positif, keyakinan diri, motivasi diri boleh dipupuk melalui ko=kurikulum. Sbab itulah ia dipaksa ke atas pelajar dan sebagai balasan pihak MOHE dan MOE mengiktiraf pelajar itu dengan penentuan markah dan wajib dinilai dalam kemasukan Universiti. Pembetulan untuk awak ya, walaupun di lamanweb hanya mengatakan 6 subjek peroleh 2A, tetapi kenyataannya pemohon-pemohon sejak 4-5 tahun kebelakangan ramai terdiri dari kelompok yang punya 1A lebih dari 10 subjek. So bayangkan awak nak bersaing dengan hanya mempersembahkan 6 2A sedangkan pesaing anda mempersembahkan 6 1A atau lebih hebat lagi 10 1A, melebihi had ditetapkan. Dapat tak bayangkan situasi ini?
Nasihat sifu, belajar dengan cemerlang, cuba dapatkan peluang bertanding, atau ikut aktiviti dalam tahun ini, jika boleh jadikan diri AJK tertinggi dalam mana-mana unit dan pastikan anda juga mencapai kualiti yang sedang berlaku sekarang.
Harap Si Menghitung Hari dapat memahami kenyataan sifu ini.
sifu,sy tau sy x sepatutnya menjadikan faktor jarak sebagai satu penghalang kepda sy utk melanjutkan pelajaran ke sna.tetapi,sy berat utk pg ke sana kerana sy terpaksa meninggalkan ibu sy yg sakit.dalam masa yg sma ,ibu sy ialah seorg ibu tunggal.ayah sy telah meninggl dunia 3 tahun yg lalu.bagaiman sy hndk ke sana dgn keadaan begini???sy arap sifu faham mksd sy…
insyaallah sifu sy akan beranikan diri untuk berbincang ngan parents sy.. mekaseh sgt2 sifu, sifu dah bnyk bantu sy.. klau takde blog ne tak tau sy nak rujuk ngan sp bout my probs ni.. terima kasih atas sume komen2 sifu.. keep up the good work! hehe 🙂
sifu kalau pengesahan rayuan pegawai sektor kerajaan yang sahkan boleh ker?
assalammualaikum sifu..
In spm..I’ve got an average score..
I got 7A’s n 4B’s
Bm – A2
Bi – A1
Math – A1
Add Math- A2
Physic – A2
Chem – B3
Bio – B4
Agama – A2
Sejarah – A1
Est – B4
Tasawwur – B3
the thing is..I’m a pure science stream student..
that means I took biology rather than accountancy..
I am quite interested in numbers and calculation..
so is it a good choice for me to pick accountancy??
eventhough i have no basic in accountancy..
I even thought about taking engineering.. =.=”
if i took accountancy..
is it better for me to take fast track in uitm or CAT??
Some people say uitm is not a good university ..
is it true??
one more thing..
Is there any scholarship for matriculation n ipta(asasi n diploma) holders??
bcoz I’m not so sure about this..
some say’s there are even scholarship for oversea..
while others say there are none..
bcoz i got offered for melaka matriculation..
currently waiting for upu n jpa result..
upu-fast track accountancy in uitm
jpa-diploma engineering korea
thx in advance
amy,
Setelah Amy berterus terang masalah sebenar, barulah sifu faham maksud Amy. Jika nasihat sifu menyinggung Amy, sifu minta maaf.
Walau bagaimanapun, nampak gayanya Amy terpaksalah berkorban melupakan hajat kerana setahu sifu tidak ada kolej matriks yang terdekat dengan tempat tinggal Amy kecuali kolej matrikulasi Perlis. Sifu cadangkan Amy cuba menelefon bahagian matrikulasi KPM dan Kolej Matrikulasi Perlis, menceritakan masalah Amy dan keinginan Amy untuk menerima tawaran matrikulasi itu tetapi menukar penempatan ke KM Perlis. Mudah-mudahan mereka dapat memahami masalah Amy dan membantu mengatasi masalah penempatan itu. Tetapi Amy tak bolehlah mengharapkan 100% kerana realitinya mungkin ada juga pelajar yang mempunyai masalah yang serupa.
Sifu sendiri sewaktu mula menjejak kaki ke program diploma selepas SPM di akhir 80-an, ibu sifu sudah menjadi balu (juga ibu tunggal sehingga sekarang) akibat kematian ayah semasa sifu dlm tingkatan 4. Oleh itu, sememangnya sifu faham perasaan Amy. Serba salah. Cuma Amy mesti bersedia, katalah sekarang dah dapat bertukar ke KMP, bgmn pula selepas itu? IPTA tak akan beri peluang pindah kampus apatah lagi pindah universiti. Kes sifu pelik sedikit, sifu yang disuruh belajar maka sifu terpaksa berhijrah ke UPM, kampus Bintulu Sarawak. Selepas tamat diploma, sifu menukar haluan ke ijazah perakaunan di UPM Serdang bagi tempoh 4 tahun. Selepas tamat belajar, menganggur sekejap (berehat sebenarnya) dapat pekerjaan sbg kerani akaun, pegawai akaun, pindah ke perbankan, bermula di sekitar KL, kembali ke Sabah, tetapi ke pedalaman. Selpas beralih menjadi guru, barulah sifu kembali ke tempat asal.
Amy, sifu tak kenal atau tahu cerita orang lain seperti Amy, maka sifu hidangkan pengalaman hidup sifu (buat sekian kalinya), mudah-mudahan Amy faham bahawa ibu kita tak halang kita berjaya, tetapi jika diberi peluang, jangan lupa pula jasa mereka dan gantikan kerelaan mereka dengan kejayaan diri kita sebaik yang boleh. Kejayaan kita dalam pendidikan dan pekerjaan kelak akan menjadi hadiah berharga kita kepada mereka. Selepas itu kebahagiaan hidup kita seterusnya menjadi kegembiraan mereka pula, mengiyakan bhw mrk tidak gagal mendidik dan menghidupkan kita.
Amy tahu tak, sehingga sekarang pun, setiap kali sifu lihat pelajar yang nakal atau tidak endah pelajaran, sifu kasihankan mereka, takut-takut kalau ibu bapa mereka berasa kecil hati, kecewa dan mungkin juga ‘jauh hati’ kerana mereka akan gagal menyediakan kebahagiaan kepada anak mereka sedangkan tiada halangan untuk anak itu berjaya buat masa kini.
shida,
Ada tak arahan dalam mana-mana borang permohonan atau arahan rayuan mesti disahkan oleh pengetua sekolah? Jika tidak ada, maka awak boleh juga pergi ke mana-mana organisasi kerajaan dan berjumpa dengan penjawat awam kategori A. Selalunya pengarah jabatan atau pegawai wilayah atau apa-apa jawatan yang penjawatnya mempunyai gred 44 ke atas.
Shida, lagi senang ke sekolah, kerana di sana PK1, PKHEM juga boleh mengesahkan dokumen termasuk salinan foto (photocopy) slip SPM shida selain pengetua. Malah itu lebih baik kerana Shida dah terbiasa dengan situasi sekolah.
I-KaL,
You got an excellent SPM results, in my opinion. Why not! If that’s is your real passion, then accountancy probably your great career in the future. UiTM is a great local university. Bumis from UiTM (and UUM) were look upon for their skills especially in communicating in English, not to mention on their degrees as well. CAT is an excellent choice too. In fact if you want to study accountancy in LCCI or ACCA, UiTM offers professional courses for LCCI and ACCA. Keep in mind it’s not a degree but professional qualifications. But that means, no scholarship for prof. courses. AFAIK scholarship available for critical degree programmes including engineering including those study in local uni. However, if you insist on taking a foundation and later degree in accountancy, you can only apply for study loans from JPA/MARA since accountancy (for the time being) were not listed eligible for scholarship.
If I were you, I’ll go for accountancy since you love numbers and calculations. Who knows, you ended up become a certified public accountant (me?… that’s another long family-related $$$$$ story) or maybe a credible accounting-background problem solver and strategist. Who knows.
Anyway, good luck for your quest for success.
Salam sifu.
Di matrikulasi, bolehkah seseorang itu menukar jurusannya daripada Sains Fizikal ke Sains Hayat dan sebaliknya ataupun dari jurusan sains ke jurusan perakaunan?
Sekian, terima kasih..
Detonated,
bergantung kpd budi bicara pihak pentadbir matrikulasi. Bergantung kpd tujuan dan alasan permohonan perubahan serta kekosongan sedia ada.
salam….
nak tnya skit,result SPM saya tk begitu molek so klu leh saya nk mohon utk melanjutkan pelajaran bawah MARA sbb sy lebih kpd hands on….leh saya tau MARA ada program ape yang leh saya sertai…yang saya tau GMI(German-Malaysia Institute)…tp sy tak minat teknologi German….sy minta teknologi Jepun…
Fillah_88,
Sifu tak dapat nak berikan cadangan khusus. Maaf ya.
sifu ada format terbaru akaun?Dengan kata mahu tukar format.
Fm,
wrong posting ni. Lain kali cari pos yang relevan ya. Anyway, belum ada lagi. Tetapi sifu ada rancangan nak edarkan modul soalan yang berkaitan dengan perubahan baru sesi 2008 ini. Itupun bila dah dapat maklumat baru.
salam..
thanks sifu atas nasihat sifu tu..emmmm….sy ad satu lagi mslh…sbnrnya,ibu sy x menyangka yg sy dpt ke mtrx..die mmg gmbira ble mndpt berita yg sy dpt msk ke mtrx..tetapi,sbnrnya dlm fikiran ibu sy die mahu sy msk mktb..katanya,kalua msk mktb,peluang utk dpt kerja lebih cerah + cepat…tetapi,sy sgt2 x berminat utk menjadi seorg guru@pendidik kerana sy dpt rasa yg sy x layak menjadi seorg pendidik..btol,kalau kta x cuba,kta x tahu tapi apa2 pn mmg sy x nk msk mktb..sy arap sifu faham mksd sy ini…tlg la sy sifu..mcm mane sy nk jelaskn kpd ibu sy yg sy mmg x nk msk mktb..sy cuba membritahu ibu sy sblm ini tetapi die ttp dgn keputusannya itu..apa harus sy lakukan???mcm mane sy hndk menasihati ibu sy itu..sy x nk blajar dlm keadaan terpaksa kerana sy tkot akan mengecewakan ibu sy nanti…sifu?????
Amy,
Okay gini, apakah awak dah pasti dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG, bukan lagi Maktab perguruan)? Beritahu emak awak, selepas masuk matrikulasi, Amy masih boleh memohon ijazah pendidikan jika itu yang ibu awak mahu. itu lebih baik kerana bakal menjadi guru berijazah yang tangga gaji lebih baik berbanding hanya pemegang diploma perguruan. So sekurang-kurangnya Amy boleh berusaha mencemerlangkan diri di matrikulasi dan dengan CGPA terbaik mana tau Amy ditawarkan bidang yang menjanjikan kerjaya yang lumayan. Kalau tidak ada bidang lebih baik dari pendidikan maka Amy masih berpeluang masuk ke perguruan. Tetapi jika Amy hanya tunggu tawaran IPG dan dapat, tetapi akhirnya tidak diserap masuk (seperti sekarang masih ramai lepasan IPTA/IPG yang belum diserap masuk ke jawatan kerana pelbagai kekangan), maka Amy dah tak boleh patah balik.
Beritahu ibu, sebenarnya kerjaya guru sekarang juga amat kompetitif, dan tak semua oang yang memohon keguruan akan dapat tempat. Sebenarnya keutamaan adalah untuk pelajar yang cemerlang dan memilih guru sebagai pilihan Pertama dalam borang online baru-baru ini (sifu dapat tahu perkara ini dari pegawai pentadbir pendaftar UMS baru-baru ini). So kalau Amy ada memohon keguruan tetapi sebagai pilihan ketiga ke bawah, peluang amat tipis, jika kata-kata pegawai pendaftar UMS itu diambilkira akan kebenarannya. Jika Amy ke matrikulasi, mungkin Amy berpeluang mencuba bidang baru seperti perakaunan ini. Jika Amy pasti bakal menjadi pelajar graduan ijazah perakaunan yang cemerlang, pelaung kerja tetap ada. Dengan mengasah kemahiran komunikasi, dan sebagainya Amy pasti boleh dapat kerja dalam bidang perakaunan (eksekutif akaun, pegawai pemasaran, pengurus akaun dsbnya). Katakan kepada ibu Amy, sifu yakin dgn peluang kerjaya dlam perakaunan kerana sifu ini dulupun cepat dapat kerja dengan mengetengahkan bacelor perakaunan serta kemahiran tambahan (mahir komputer, able to speak and write in english, confidents, able to work with minimal supervision, leadership, disciplines, dan lain-lain yang selalunya dipentingkan pihak majikan). Oh sebelum sifu jadi guru, sifu dah pernah kerja pegawai akaun, dan pelbagai kerja swasta lain sebelum menyedari minat sifu ialah dalam bidang pendidikan. Itupun selelah sifu berkecimpung dalam bidang tutoran, mengajar tuisyen.
So kepada ibu Amy, dengan syarat Amy dapat mencemerlangkan diri selama di matrikulasi dan diteruskan di peringkat ijazah, tiada alasan untuk Amy gagal mencari pekerjaan selain bidang pendidikan. Lagipun itulah minat Amy maka minat itu boleh menjadi pemangkin kejayaan Amy. Walaupun saya orang lain, bukan ahli keluarga Amy, tetapi sebagai anak kepada seorang ibu tunggal, saya yakin kepada doa ibu dan saya yakin kepada keberkatan ilmu yang jika diperoleh dengan redha guru dan ibu bapa akan menjadikan kami anak-anak yang cemerlang mengikut zaman dan acuan kami. Insyaallah, Allah makbulkan hajat ibu Amy agar Amy berjaya di dunia dan di akhirat. Sifu yakin ibu Amy lebih utamakan kejayaan Amy bukannya utamakan kerjaya pendidikan, sebenarnya apa sahaja bidang asalkan beliau yakin yang Amy akan berjaya. Ibu sifu dulupun begitu. Kita sebagai anak fahami jiwa ibu dan berjanji akan dokong hajat mereka tetapi mohon biarlah pilihan Amy diberi keutamaan.
Okay Amy, itu sahajalah lebih kurang pandangan sifu. Jika ibu Amy turut membaca komen sifu, maafkan saya ya ibu Amy jika nasihat saya ini tidak seperti yang ibu Amy kehendaki. Saya di sini sekadar berusaha menolong dari jarak jauh, dengan harapan akan ada anak bangsa yang berjaya mengharungi hidup masa akan datang dengan lebih yakin dalam bidang yang dikuasai mereka. Kita sama-sama doakan kejayaan Amy. AMIN.
salam,sifu…
Saya nak tanya beberapa soalan..
1)Apa perbezaan pembelajaran di matrik,ipta dan ipts???
2)Dari segi kerjaya lulusan ipta@ipts yang diberi keutamaan??
3)Apa pendapat sifu jika seseorang itu minat dalam nursing tapi dia ada mslh
tkt??
sifu,nak check maktab kene taip apa ek???plizz sifu, immedietly! mekaseh…
atau sesape pom yang tau,cakaplah ye…tq
Syeeda,
Matriks hanya tawarkan program persediaan sebelum ijazah, selalu digelar pra-universiti. Dari segi persaingan ia akan bersaing secara langsung dgn pelajar STPM dan program asasi kerana ketiga-tiga ini adalah prgram pra-u ke ijazah. IPTA dan IPTS adalah organisasi pendidikan peringkat tinggi, diploma, ijazah, masters dan PhD.
em jd sesetengah orang ckp ipts hanya untuk mereka yang kurang pandai tu slh la ek??!
Syeeda,
Konfirm salah. Ada ramai pelajar cemerlang, majoritinya bukan Melayu yang sengaja memilih IPTS kerana pelbagai sebab, antaranya mampu bayar yuran, kelas yang kecil (25 org sekuliah), dan kualiti yang tinggi. Setahu sifu dulu Sunway college dulu boleh buka program diploma dengan hanya 16 org pelajar. Secara tak langsung, walaupun yuran pengajian menjadi mahal, tetapi kualiti pembelajaran terkawal kerana nisbah pensyarah:pelajar sangat kecil. 1:16 berbanding di IPTA 1:100 org pelajar. Tetapi di IPTA yuran akan munasabah kerana selebihnya disubsidi oleh kerajaan.
oh..mana2 tempat pun sama kan sifu asalkan diri kita sendiri yang nak belajar..em kuncinya diri sendiri..thanks sifu atas penjelasan sifu….
sifu…
result spm 2007 sayer:BM:A1
BI:B4
M3:A1
SJ:B4
PAI:A1
AddM3:B3
CHM:B4
PA:B3
FZ:B4
adakah saya dapat melanjutkan pelajaran ke upu??saya telah memohon kursus engineering..adakah peluang saya cerah??harap dapat membantu..thanks!!!!!!!!!!!!!!!!!!
plizz..plizz..plizz…sori ka;au terlalu mendesak… =!
thx a lot for your advice sifu..
now I have more confidence in taking
accountancy..
I have another question..
is it true that the minimum result for
uitm asasi program is 8A1..
coz got people said uitm made a statement
about it in the newspaper..
About the matriculation and upu offer..
Is the statement from 2006 still being used this year..
about still getting the upu offer when u have the
matriculation offer..
I’m scared that if I reject the offer now..
I won’t still get the upu..
bcoz I think it’s too late for me
to reject the matriculation offer..
Chaosblood,
Sifu bukanlah orangnya yang menjadi penentu, harap anda faham tentang kedudukan itu. Tetapi dari keputusan SPM awak, peluang tetap ada cuma lagi sama ada anda tersenarai bersama pelajar yang lebih baik dari anda. Sebenarnya ada pelbagai bidang kejuruteraan, so harapan sifu awak berjaya dapat mana-mana bidang yang awak ada pohon di mana-mana IPTA. Jika tidak dapatpun, awak harus sedar bukan kerana awak tak cemerlang tetapi kerana ada pemohon lain yang punya keputusan SPM lebih baik dari awak. CB masih boleh mencuba nasib ke bidang kejuruteraan melalui program di IPTS ataupun politeknik. Good luck.
Zahid,
sifu dah cuba cari maklumat itu, nampak gayanya zahid akan merujuk kepada pengumuman di lamanweb rasmi KPM. Tetapi pengambilan ke IPG telah diadakan dalam bulan Januari lepas, tak tahu pula bila lagi ada pengambilan baru. Ada tak Zahid mohon ke IPG? Jika ada program apa, diploma perguruan atau PILSPM?
I-Kal,
AFAIK it remains the same, fortunately. Applications of other than matriculation will still be process and should the students satisfied all criterias, will received an offer letter from the said local university.
I didn’t know about UiTM media statements on that matters. However, I do know this:
UiTM offers 5 foundations programs:
1 ASASI SAINS
2 ASASI FARMASI
3 ASASI KEJURUTERAAN
4 ASASI UNDANG-UNDANG (KPM) – 3 sem
5 ASASI UNDANG-UNDANG (UiTM)- 2 sem
6 ASASI TESL
And they clear stated on their syarat kemasukan,
“Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang”
So in other words, the tend to accept excellent students, and in case of vacancy, only then the rest applicant are eligible for consideration.
thanks sifu
saya cuma ingin mengetahui ststus kedudukan saya…
adakah saya ini layak diterima ke ipta ataupun tidak…dengan keputusan begini kursus apakah yang sewajarnya yang saya patut mintak..
Chaosblood,
Tak lama lagi awak akan dapat mengetahui status permohonan awak, tak silap sifu seawal 6 Mei. Better wait. Kalau tak puas hati lepas tu, then go for STPM, still boleh rancang the next step untuk layak ke bidang kejuruteraan. Pastikan sahaja dlm F6 nanti awak dapat belar dalam aliran sains. Tak minat F6, then proceed to apply for politeknik pengambilan Semester Disember akan datang. Nak cepat belajar, then go for IPTS asalkan bersedia membayar yuran lebih sedikit. Ada banyak IPTS yang juga diiktiraf.
Apa yang pasti, sifu tak dapat nak kata awak mesti dapat kejuruteraan kerana ia adalah antara program yang popular dikalangan pelajar cemerlang juga. Sudah pasti the best person got it. Nak ubah bidang pun dah tak boleh kerana permohonan IPTA dah lama tutup, CB tak boleh dah nak ubah. Tunggu sajalah, OK.
thanks alots sifu 4 advising me..i’m feel better now.may my dream come true…..i’m a little bit confused about that..yang len terletak di tangan ILLAHI..tak kisahla maner2 pun janji dapat maju jaya supaya boleh memartabatkan MALAYSIA!!!!SEMOGA MAJU JAYA SIFU!!
salam…
sy merupakan pelajar lepasan spm tahun 2006,sekarang pelajar diploma pengurusan pelaburan kat uitm johor.. lepas spm sy bercita-cita nak amik bidang pendidikan TesL,berbekalkan keputusan A2 untuk result bi sy dan A2 jugak untuk gce-o sy,sy pohon untuk dptkan kos nie kat upu ngan maktab perguruan.Malangnya kos tu saya tak dapat dan sangat sedih.Saya nak tanye,boleh tak saye sambg ijazah dalam bidang tesl lepas sy abis diploma nnt? apakah syarat yg perlu sy penuhi untuk kos tersebut?
salam sifu…
ape beza higher national diploma ngan diploma biase spt yg tdapat di U laen?
sekian timekaseh….
sifu..gue dapat matrik dan maktab..sebaiknyer mane yang gue patut choose…………gue jugok dah pegi interview 4 sains sport kat uitm baru2 nie……..maybe dapt pegi u jugak kot…..adakah peljar 5a ke atas sahaja yang dapat pegi ker IPTA??tolonglah SIFU……me seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh sifu!!!!!!!!!!!!!!!!
..sifu…sya dapat maktab perguruann….tapi sya x minat pown jadi cikgu…
dan arini sya dapat jugak surat tawaran ke pra diploma sains uitm(aliran fizik dan hayat)…
..sya sebenarnya x berapa paham ni sifu…..apakah yg dimaksudkan dengan pra diploma sains??..adakah ia sama sahaja seperti program matrikulasi???…
bagus ker program nih sifu bagi saya..???
Selamat petang,sifu!
‘Ain, terima kasih kembali. Ain kptsn akhir program mana yang awak akan ditawarkan, sama ada perguruan atau bukan, akan diseragamkan di pgkt MOHE termasuk juga matrikulasi walaupun ia dikendali oleh kementerian lain, MOE. Ada satu jawatankuasa pemilihan, dulunya UPU yang berperanan mengagihkan tawaran-tawaran universiti, matrikulasi dan program khas PISPM. Maknanya jika ada satu dah terpilih, permohonan lain terbatal dgn autmatik.’
Saya terbaca reply sifu ini.Jikalau begitu menurut kata sifu, mengapa kawan saya mendapat kedua-dua tawaran daripada matrikulasi dan PISPM?
FYI sifu, keputusan saya lebih cemerlang daripada kawan saya, tetapi gagal mendapat tempat untuk PISPM. (Saya tidak memohon matrikulasi).
Saya juga memohon UPU di uia untuk bidang pergigian dan masih menunggu keputusan kemasukan. Adakah ini bermakna kemungkinan saya terpilih untuk mengikuti tawaran UPU? Atau kerana saya tiada rezeki untuk PISPM?
Adakah semua PISPM>upu>matrikulasi, benar-benar berkaitan?
Thank you in advance!
Selamat petang,sifu!
‘Ain, terima kasih kembali. Ain kptsn akhir program mana yang awak akan ditawarkan, sama ada perguruan atau bukan, akan diseragamkan di pgkt MOHE termasuk juga matrikulasi walaupun ia dikendali oleh kementerian lain, MOE. Ada satu jawatankuasa pemilihan, dulunya UPU yang berperanan mengagihkan tawaran-tawaran universiti, matrikulasi dan program khas PISPM. Maknanya jika ada satu dah terpilih, permohonan lain terbatal dgn autmatik.’
Saya terbaca reply sifu ini.Jikalau begitu menurut kata sifu, mengapa kawan saya mendapat kedua-dua tawaran daripada matrikulasi dan PISPM?
FYI sifu, keputusan saya lebih cemerlang daripada kawan saya, tetapi gagal mendapat tempat untuk PISPM. (Saya tidak memohon matrikulasi).
Saya juga memohon UPU di uia untuk bidang pergigian dan masih menunggu keputusan kemasukan. Adakah ini bermakna kemungkinan saya terpilih untuk mengikuti tawaran UPU? Atau kerana saya tiada rezeki untuk PISPM?
Adakah semua PISPM>upu>matrikulasi, benar-benar berkaitan?
Thank you in advance!
>>>to Ris
salam….btol ker awk dh dpt surat twrn pra diploma sc?coz kt
laman web uitm online keputusan boleh diketahui mgg kedua dlm bln Mei….surat samapai dulu ke?saya pon ade apply program pra diploma….
tlg jwb yer Ris atau sifu…sekian time kaseh
>>to limah rungsing.
wassalam….saya mintak melalui borang online upim…ni laman webnya…www.mara.gov.my….
..awak isi la borang kolej poly-tech MARA…kalo dapat bidang yg awak suka cam saya nih..ok lahh…awak try ah isi yer..??..2 bulan 7 nih kemasukannya..!
>>to ris….
okey ris thanxs….sorry r ingatkan awk apply pra diploma uitm td..
asasi undang-undang(KPM) 2 semester
asasi undang-undang(UITM) 3 semester..=)
Asakir, sekali lagi sifu nak tegaskan, sifu bukanlah orangnya menentukan peluang anda.
Okay, berdasarkan maklumat yang diperoleh bagi tahun 2008, siswazah lepasan diploma boleh memohon bidang keguruan dengan syarat,
a. memiliki diploma yang diiktiraf, keutamaan kpd program yang relevan terutamanya diploma bahasa inggeris, PNGK tidak kurang dari 2.50
b. MUET band 4,
c. BI dalam SPM tidak kurang dari 6C
d. lulus Mat/MatTamb di peringkat SPM atau kertas Julai
e. memenuhi syarat lain (am dan khas)
Gitulah lebih kurang. Asakir akan menjadi pemegang diploma pengurusan pelaburan, walaupun tidak berkaitan secara langsung, tetapi sifu fikir asakir berpeluang mencuba nasib nanti. Good Luck.
Limahrunsing,
beza antara Diploma kebangsaan tinggi dn diploma IPT lain sifu tak tahu. Sori. Tapi jika mana-mana diploma diiktiraf selalunya ia akan dianggap serupa.
sifu………….gue harap sifu dapat membantu gue kerana gue begitu
runsing now memikirkan tentang masa depan yang kini semakin kabur@blur…………………………..TQ
Mahmud cekoneng2,
Sifu bukanlah orangnya pemberi nasihat terbaik. Sifu takut gak tersalah bagi nasihat ni.
Ginilah, tepuk dada tanya selera. Awak minat menjadi guru dan berazam menjadi guru sebenar prihatin dedikasi dan berilmu? Jika tidak maka janganlah pergi ke maktab. Tak perlulah tambah lagi bilangan orang yang nak jadi guru sekadar nak dapat kerja. Kumpulan ginilah yang mencemar nama baik profesion keguruan sekarang ni.
Mahmud pergilah ke bidang lain. Kalau Mahmud sanggup menghadapi program SATU TAHUN matrikulasi, dengan matlamat jelas nak cepat dapat belajar ke ijazah maka pilih matrikulasi. INGAT! matrikulasi sememangnya bakal menguji kemampuan anda. Ada segolongan individu takut ke matrikulasi kerana takut gagal. Well, memanglah ada peluang gagal jika gagal merancang kejayaan sendiri. Matrikulasi adalah program khas, program terpantas masuk ke peringkat ijazah. Dalam usia 19 tahun awak dah menjejak kaki dlam tahun pertama ijazah, berbanding program diploma yang memak masa 3 tahun. Ketika usia 21 tahun barulah menjadi pelajar ijazah di tahun pertama. Nampak tak bezanya. Matrikulasi mencabar tetapi berbaloi kerana dgn itu awak berpeluang (dgn syarat berjaya dengan cemerlang di matrikulasi dan ijazah) memotong pelajr lepasan diploma yang baru belajar ke ijazah dengan memasuki dunia pekerjaan lebih cepat. Di usia 22 tahun awak dah boleh mencari pekerjaan bersandarkan ijazah awak. Takkah berbaloi ke matrikulasi. Tetapi pastikan awak mengubah kaedah belajar dan strategi belajar, matrikulasi bukannya SPM lagi.
Sports, nak pergi okay gak, tetapi kalau sifu tak silap ia adalah program diploma, so mahmud fikirlah sendiri, nak laju ke ijazah atau mulakan langkah perlahan di diploma.
Seperti kata nabil, “Lu pikirlah sendiri!” heheh
Ris,
senang je, pra-diploma sains tu maknanya awak belajar dulu 1 tahun, jika keputusan baik punya awak akan diserap masuk ke program diploma UiTM yang sewajarnya. Pra-diploma bukan sama dengan matrikulasi kerana matrikulasi adalah laluan pantas ke IJAZAH, manakala pra-diploma adalah laluan persediaan untuk ke diploma sahaja. Lepas diploma barulah boleh ke IJAZAH.
Senangkan!
AZRA,
Jangan risaulah, kenyataan sifu itu anggap sahaja salah. Itu dulu-dulu semata-mata andaian sifu kerana suatu masa dulu jika dah dapat yang lain, gerenti tak dapat peluang lain pula.
Anyway, tak ada halangan seperti itu, jika bertuah maka awak berpeluang dapat tawaran dari pelbagai pihak, matrikulasi, MOHE (IPTA), PILSPM (KPM) atau IPTS. Banyaklah peluang zaman ini dengan syarat awaklah orangnya yang memenuhi semua syarat-syarat ditetapkan. Macam keguruan, sekarang sangat sengit, keutamaan diberikan oleh KPM kepada pelajar cemerlang sahaja.
time kaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh sifu
now i have more confident to go there
assalamualaikum sifu..
saya ingin bertanya kepada sifu..kalaulah sesorang itu mendapat tawaran UPU, apakah tindakan selanjutnya?..macamana seseorang tu nak confirm kan yang dia ingin menerima tawaran tersebut?sebab saya ada terbaca satu petikan dalam salah sebuah website, “jika anda tidak menghantar jawapan terhadap tawaran UPU, tawaran akan terbatal”..so the question is, how do you confirm that u want the offer?
terima kasih sifu..
thanks sifu. sifu ada bercadang nak kemaskini page ini tak? Lama untuk upload kerana sudah terlalu banyak komen. Harap sifu dapat jalan penyelesaian yang terbaik!
slm sifu…
actly problm sy sme jer ngan kebanyakan diorng. sy de dpt ofer g mtrk. sy dpt yg sains punye. tp sy nk tkr nk ambk akaun. soklan sy
1) bilakah sy blh buat pertukaran tersebut? adakah semasa mengisi borang tersebut dengan memilih akaun walauppun sy dpt ofer utk sains
2) adakah basic prakkaunan akn diajar trlebih dahulu kpd pelajar pure sciece yg x prnh blajar akaun?
hopefully sifu blh bgtau sdkt sbnyak cz sy akn mndftrkan diri d mtrk pd mgu dpn dan rasanay mmg dh x smpat kalu nk ambk xtra class 4 akaun.
tq cz mewujudkan blog ini cz mklumlah kami bdk baru blajar…
nikki,
Senang aje, setelah dapat surat tawaran secara rasmi melalui pos, maka bersegeralah jawab tawaran itu. Pengumuman di lamanweb sekadar makluman bahawa awak dapat tempat, tetapi tawaran rasmi adalah melalui surat panggilan atau surat tawaran itu. Walau bagiamanapun, jika awak masih takut, Nikki masih boleh menelefon IPTA yang berkenaan memaklumkan telah menyemak status permohonan Nikki dan telah berjaya dan nyatakan bahawa Nikki menerima tawaran tersebut.
Ringkasnya, jawab melalui borang atau kad penerimaan tawaran melalui pos biasa atau hubungi IPTA berkenaan melalui telefon selepas membuat semakan melalui online.
AZRA,
sepatutnya dah tak perlu berbalas komen kat sini, kerana tak lama lagi tawaran dari IPTA akan diumumkan. Rasanya sifu tak perlu buat pos baru. Lepas 6 Mei ini, sifu mungkin akan block komen bagi POS ini, mungkin. Ada cadangan dari Azra atau yang lainnya?
Fa,
sifu tak taulah boleh ke tak nak tukar aliran. Tapi tak salah mencuba, ya tak. Fa pergi sahaja ke melaporkan diri ke kolej matrikulasi yang berkenaan, dan di sana bolehlah memohon pindah aliran dengan mengikuti semua prosedur yang ada. Soal ada ilmu akaun atau tidak itu perkara kecil, yang penting ialah kematangan intelek Fa, dah bersedia atau tidak menceburi bidang perakaunan. Jika ya, maka sifu yakin dengan kepandaian dan kebijaksanaan sedia ada, Fa pasti akan dapat mengikuti semua kelas dan kursus-kursus perakaunan di matrikulasi. Fa bukanlah orang pertama dan pastinya bukan juga orang terakhir yang berlatar belakangkan aliran sains yang melompat ke aliran perakaunan. Percaya pada diri sendiri adalah kunci kejayaan Fa nanti. Hope for the best.
tq for da xplanation td. fa arap sgt ble tkr aliran akaun. ble x sifu xplain skit sal komen sifu kpd zahid ( no. 210).
fa x faham la.. ape mksd sifu kata smbung bidang profesional ngan bdn2 antaarabngsa. bkn smbung ngan universiti tmpat kte blajo ke? actly byk yg fa x faham ni
Fa,
Tahu tak perakaunan (accountancy) adalah salah satu cabang kerjaya profesional? Ada banyak badang profesional perakaunan telah ditubuhkan di seluruh dunia, ada yang wujud untuk negara itu sahaja dan ada yang diiktiraf di seluruh dunia. Contoh badan profesional tempatan ialah Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Malaysia Institute of Certified Public Accountant (MICPA). Badan yang diiktiraf seluruh dunia antaranya ialah ACCA (Association of Certified Chartered Accountant) dan LCCI (London Chambers of Commerce Institute. Kedua-dua yang terakhir yang sifu sebut juga membuka cawangan mereka di Malaysia dan menawarkan peluang kepada warga Malaysia menceburi bidang kerjaya dalam bidang kewangan sebagai juruteknik akaun mahupun akauntan bertauliah melalui pengiktifan badan itu sendiri atau pengiktirafan bersama. Untuk mendapat pengiktirafan sebagai akauntan bertauliah, individu itu dikehendaki menduduki pelbagai fasa peperiksaan/ujian yang mesti diselesaikan secara berperingkat juga. Contohnya ACCA, menawarkan peluang belajar dan belajar untuk layak menjadi CAT (certified Account technician) dan melanjutkan peluang menjadi certified finance professional. Kelayakan yang tinggi itu memungkinkan anda diiktiraf menjadi ahli ACCA dan seterusnya ditauliahkan sebagai akauntan bertauliah mengikut akta akauntan 1967 yang dikuatkuasakan oleh MIA.
APa yang menjadi cabaran utama bagi mana-mana individu memilih laluan ini ialah kos peperiksaan dan pembelajaran kendiri. Jika memilih untuk mengikuti kelas persediaan pula, awak juga terpaksa menanggung kos yuran kelas atau kursus persediaan yang pastinya tidak ada pinjaman PTPTN atau biasiswa. Individu itu terpaksalah menanggung semua kos secara bersendirian.
Timbul persoalan mana yang lebih baik? Sifu berpendapat kedua-dua peluang, sama ada belajar melalui program ijazah perakaunan di universiti atau mengambil ujian-ujian profesional dari LCCI atau ACCA atau badang lain mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi sesiapa yang terus bekerja selepas SPM anda boleh berbuat demikian dan perlahan-lahan belajar sendiri atau daripada gaji dibdang perkeranian atau pembantu am yang diperoleh anda boleh membayar yuran tuisyen persediaan ACCA atau LCCI dan mendaftarkan diri mengikuti Ujian bertulis yang dijadualkan pihak berkenaan (LCCI misalnya adakan exam 3 kali setahun) juga dengan membayar yuran peperiksaan sendiri. Kebagusan cara ini ialah awak tak terikat dengan masa, tiada penalti tambah semester atau pun terpaksa belajar subjek-subjek lain yang tidak anda sukai. Serta anda berpeluang mempercepatkan atau melambatkan kelayakan anda menjadi akauntan bertauliah.
Jika individu itu memilih untuk masuk belajar di universiti dalam bidang perakaunan, maka beliau terpaksa memulakan langkah sama ada melalui matrikulasi, STPM atau diploma perakaunan, kemudian memohon masuk ke ijazah perakaunan untuk 4 tahun. Individu itu akan berjaya tamatkan pengajian keseluruhannya bagi tempoh 5-7 tahun (5 tahun lepasa matrikulasi dan 7 tahun lepasan diploma). Selepas tamat pengajian anda dikehendaki bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang perakaunan secara langsung serta menjadi ahli MIA. Majoriti lepasan ijazah yang berminat menjadi akauntan bertauliah akan memilih berkerjaya sebagai juruaudit sebelum layak diiktiraf oleh MIA menjadi akauntan bertauliah.
Apa-apapun apa yang sifu tulis di atas adalah ringkasan terhadap proses ini. Kelayakan melalui pengiktirafan badan profesional adalah lebih kompleks untuk dibincangkan secara khusus. Sifu cadangka anda membaca maklumat terperinci di lamanweb ACCA dan LCCI. Google sahaja kata kunci ACCA malaysia atau LCCI malaysia, mana yang anda minati.
hah!!
ijazah perakaunan 5-7 thn??
Fa,
ops sorry, my bad. Sifu dah dibetulkan.
Ijazah perakaunan wajib 4 tahun sahaja.
sifu,
assalamualaikum..
-My dad asks me to pursue my studies in “chartered accountancy”…
-But what is chartered accountancy? is it related to banking? Can you tell me a bit or maybe more bout it?
Thanks…
Da Treasure,
It means you pursue your study in accountancy either by studying in a degree of accountancy in university or by professional exams that i mentioned on the comments above. After that you will apply for membership with ACCA or any other accountancy bodies like MIA. You will be known as certified accountant or certified chartered accountant provided you fulfilled the requirement of MIA bodies (I you practiced accountancy in Malaysia) such as 3 years work experiences in audits firms or any other recognized organizations.
In other words, you study accounting then works for 3 years minimum in any recognized private company including audits firms, have your accounting work experiences accepted, after a few additional procedures (don’t ask me), and if all goes well, you title should be certified accountant and become a member of MIA (or ACCA Malaysia which is recognized body too)
salam sifu..
sayer nak tnyer 2 soalan..
soalan pertama
manakah yg lbh bagus antara program matrikulasi atau program asasi sains um?? sayer sudah mendapat twaran utk ke matrikulasi pulau pinang..tetapi sayer juga mahu menunggu twaran daripada pasum..manakah yg lbh baik sifu??
soalan kedua
betulker jika kita sudah mendpat twaran jpa, kiter tidak akan mendapat twaran daripada petronas??
harap sifu dapat menjawab soalan sayer ini..
sifu..kalau surat tawaran secara rasmi tu, dalam berapa hari dia akan sampai setelah tawaran melalui online dikeluarkan?
“AZRA,
sepatutnya dah tak perlu berbalas komen kat sini, kerana tak lama lagi tawaran dari IPTA akan diumumkan. Rasanya sifu tak perlu buat pos baru. Lepas 6 Mei ini, sifu mungkin akan block komen bagi POS ini, mungkin. Ada cadangan dari Azra atau yang lainnya”
Hah!sifu…jangan la block blog ni..banyak lagi soalan nak tanya kalau dapat tawaran nanti..hehe
Ridwan,
pendapat sifu kedua-duanya best kerana kedua-duanya memberi peluang pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam tempoh masa singkat.
Tawaran apa? biasiswa? Mungkin juga tetapi sifu tidak mengetahui maklumat itu.
Nikki,
okay sifu belum block lagi. Soalan surat tu bergantung kepada perkhidmatan pos itu sendiri, tetapi sifu percaya tak sampai seminggu kerana khidmat pos kita sememangnya baik.
[…] Bagaimana melanjutkan pelajaran selepas SPM […]
sifu, thanks for da explanation. but i think it’s a bit complicated.
but thanks once again.
salam sifu..ni nak tanye skit..
kwn sy dpt g asasi sains hayat kai uia..
btl ke sy dgr nanti kene blaja bahasa arab??
dia pun dpt matrix gak..
dah 2 camne ek???
Da Treasure,
No problem. It is complicated.
Sayang,
sifu tak pasti pula sama ada mesti belajar bhs arab nanti. Tapi bagus juga tu, dapat belajar bahasa lain. Kena ingat, UIA adalah universiti bertaraf antarabangsa, ramai pelajar asing kat situ. So selain bahasa Inggeris, bahasa arab juga digunakan sebagai bahasa pengantar kuliaht tertentu. Nak tahu lebih lanjut, apa kata Sayang telefon UIAM dan tanya perkara ini. LEpas tu kongsi dengan kami di sini. Boleh tak.
salam..
sifu….
Harap sifu boleh membantu saya.Saya tidak tahu ap kesilapan saya sehingga matruikulasi dan upu reject saya.nak dikatakan teruk result saye tak tahulah
BM-a1
Bi-a2
sej-a2
pai-a2
math-a1
phy-b4
bio-c5
kim-c5
admath-c5
program PST[matriks ]saya tak dapat [sedih]
kemasukan UPU tak dapat.
saya rasa dah give up sangat.bukannya saya tak kredit mana-mana subjek.tapi masih tak dapat.
sekarang ni saya tunggu PDT[matriks] yang akan diumumkan 2 jun dan akan membuat rayuan ke upu yg tarikh tamatnya 18 mei.
soalan saya betul ke result saya tuh macam sampah sebab upu dan matriks tak terima saya.?dan satu lagi dengan result macam tu aadakah saya layak ke PDT matriks dan untuk UPU ,ada harapan kah rayuan saya diterima.tolong lah sifu
.im sick of being rejected.
sifu..
sy apply masuk ke IPTA dan matrikulasi sahaja dan dpt twrn masuk ke
1. Universiti Malaya, asasi sains fizikal
2. Matrikulasi Perak, kursus perakaunan
skrg sy x pasti yg mane trbaik utk sy.cita2 sy ingin mnjadi pensyarah matematik krna sy minat matematik.b’dasarkn kursus yg sy dpt,yg manakah lebih memudahkn sy utk skor? fizik atau perakaunan?
anyway,thank you! jasamu amat dihargai..
to rejected:hope awak banyak2 bersabar..
saya pun x dpt jugak.sedih memang sedih tapi dah bukan rezeki kita kan??tabahkan hati ingat tuhan…
cuma ye la memang rase dah give up tapi kita cuba la kuatkan diri..
hope sifu dapat la bagi semangat kat saya dan rakan2 yang senasib dengan saya….
assalamualaikum sifu!..keputusan UPU dah keluar!
alhamdulillah saya dapat asasi undang-undang uitm (KPM)…
gembiranye saye!!!=)..
apa yang saya patut buat seterusnya sifu?bagaimana nak buat persediaan?
Rejected,
Awak tak gagal dalam SPM tetapi awak mungkin gagal bersaing. Mungkin bidang yang awak pilih turut diminta oleh ramai lagi pelajar yang lebih baik dari awak. Sifu bukan nk mengecilkan awak, tetapi nak kongsi pandangan. Perasan tak subjek sains tulen awak? 5C dan 4C tu dah kira bagus, layak memohon, tetapi bayangkan sejumlah pemohon yang punya kelayakan sama dengan anda tetapi memiliki gred sains tulen 3B atau lebih baik lagi, dan mereka juga memohon matrikulasi. Awak tentu tahu tempat amat terhad, maka mahu tak mahu pihak KPM mestilah adil memberi ruang dan peluang kpd pelajar yang lebih baik lagi. Adil buat semua. Tentang permohonan UPU tu pun, tak mustahil perkara serupa berlaku. Tapi tak apalah, macam yang awak dah sebut, akan merayu ke PDT. Itu lebih baik dari tak dapat langsung. Sifu ada cadangan, jika awak masih tak dapat tempat di mana-mana, pergilah ke tingkatan enam. Dari situ, awak mula langkah semula dan kali ini pastikan awak berada dalam kelompok cemerlang, bukan lagi macam keputusan SPM awak yang berada dalam kelompok pertengahan. Ataupun, mohon politeknik di bulan disember nanti in case awak tak pernah memohon panggilan Julai ini.
Good luck. Jangan risau, awak tak akan direject seumur hidup awak, selagi awak menyedari kelemahan dan kekurangan dan berani memulakan langkah baru.
Syeeda,
Nasihat sifu sama aje seperti ‘rejected’ (tak best la nama tu)
Nikki,
Tahniah! Syukur kepada tuhan dan rancang kejayaan anda sekarang. Jika ada masa baca buku teknik belajar yang betul atau buku-buku motivasi. Awak kenalah sedar yang awak telah diberikan peluang memulakan kerjaya sebagai peguam (bakal-lagi 4 tahun). Jatuh bangun awak ditangan anda sendiri. Sifu cuma boleh nasihatkan supaya always give priority to your education. Jika anda tergagal dalam asasi ingatlah itu bermakna anda mengosongkan tempat kepada orang lain pula untuk ke peringkat ijazah. UiTM menjanjikan tempat kepada lepasan program asasi sekiranya memperoleh CGPA 3.00 ke atas, so make sure you reach it.
qiqiwiwiriri Berkata:
“sy ingin mnjadi pensyarah matematik krna sy minat matematik.b’dasarkn kursus yg sy dpt,yg manakah lebih memudahkn sy utk skor? fizik atau perakaunan?”
Qiqi, kalau dah pasti itulah cita-cita awak, maka sifu cadangkan awak terus ke program asasi sains fizikal itu. SIfu takut jika awak menerima matrikulasi jurusan perakaunan, awak tidak berpeluang menukar bidang ke bidang berkaitan sains dan matematik. Jurusan Perakaunan sudah dikhususkan untuk menyediakan pelajar ke bidang perakaunan atau pegurusan atau program ijazah berkaitan perniagaan, tetapi tidak ke bidan matematik secara khusus.
SO,pergilah ke program asasi. Tapi itu pandgan sifu. Jika anda ingin beralih angin, menjadi akauntan maka matrikulasi jurusan perakaunan adalah untuk anda.
PENGUMUMAN,
Anda sudah boleh menyemak status permohonan melalui talian MOHE sekarang. Terima kasih Nikki kerana memaklumkan perkara ini.
https://online2.mohe.gov.my/semakspm/index.php
Rayuan juga kini dibuka secara talian sehingga 18 Mei 2008. Bertindak sekarang.
https://online2.mohe.gov.my/semakspm/index.php
Matrikulasi 2008,
http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik08/
salam sifu…alhamdulillah atas doa mak abah n ckgu sek nadia dan juga rezeki ALLAH nadi dapat buat diploma pentadbiran awam kat UITM tapi x tau kat ner lagii..thanks sifu doakan nadia…cumer ble tak terangkan lebih lagi tentang kos yang nadia dapat????terima kasih atas nasihat sifu….
Nadia,
Terima ajelah kalau tak ada lagi tawaran lain. Maaflah, sifu kurang periksa tentang diploma pentadbiran awam ni. Ada nadia browse di lamanweb UiTM?
sifu……………….
ALHAMDULILLAH..saya berjaya ditawarkan ke jurusan kejuruteraan elektrik{elektronik}…..
saya berharap agar sifu dapat membantu saya kerana saya juga ditawarkan ke matrikulasi dan AKADEMI LAUT MALAYSIA..saya sekarang buntu untuk memikirkan hala tuju masa hadapan saya
thanks alots sifu..MAY GOSD BLES
sifu……………….
ALHAMDULILLAH..saya berjaya ditawarkan ke jurusan kejuruteraan elektrik{elektronik}…..
saya berharap agar sifu dapat membantu saya kerana saya juga ditawarkan ke matrikulasi dan AKADEMI LAUT MALAYSIA..saya sekarang buntu untuk memikirkan hala tuju masa hadapan saya…
thanks alots sifu..MAY GOD BLESS U!!!
sifu..
sayer sudah mghadiri dua buah tmuduger..iaitu jpa dan petronas..
skrang sayer akn pergi tmuduger kursus perguruan lepasan spm puler.
bagaimanakah format tmuduger yg akn sayer hadapi nanti??
ader tips x??
salam
sifu……
alhmdulillah dpt tawaran upu asasi sains hayat di uia
cma boleh kah saya bertukar course berpandukan kputusan akhir sem asasi nanti
contohnya daRi sains hayat tukar kpd farmasi ,perubatan atau pergigian untuk bwat degree
dan jka boleh brapakah pointer yg dperlukan?
harap sifu dapat mnolong sy~ trima kasih 😀
assalamualaikum sifu.
alhamdulillah saya telah mendapat tawaran upu untuk ke asasi kejuruteraan di UIAM. apa pendapat sifu tentang kejuruteraan material dan kejuruteraan bioteknologi? dua dua kejuruteraan ini ada kaitan tak dengan kejuruteraan nuklear? boleh tak sifu tunjukkan jalan atau beri nasihat macam mana saya nak melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan nuklear? apa pendapat sifu tentang bidang kejuruteraan nukelar?
harap sifu boleh membantu saya. terima kasih banyak sifu.
salam sifu..,
saya tlh pn mndapat tawaran ke uitm iaitu diploma sains geomatik(sistem maklumat geografi)..sy juga tlh mncari mklumat mengenai jurusan trsbt,ttp sy msh kurang jelas..boleh tak sifu jelaskn tntg jrusan ini dan peluang pekerjaan?oleh krn keraguan sy trhdp jurusan ini,sy trt memikirkn utk ke matrikulasi…apa pendapat sifu?
Salam sifu.
Saya telah mendapat Foundation in Allied Health Science di UIA.
Bolehkah kita menukar ke jurusan Pharmacy/ Dentistry/ Medicine pada tahun kedua program asasi
Adakah ini berdasarkan CGPA kita di tahun pertama?
Terima kasih.
sifu…
sye sperti yg di atas..ingin mminta bantuan sifu!!
saye mndpt keputusan 10A1 1B..
saye sudah mmohon jpa,pnb,utp.. sekrang sedang mnnti keputusan..
sye dpt gak twrn matriks dlm perkaunan..
tp..sye cenderung kpd ekonomi..
dah 2.dtg la plk ngn upu..
sye tecmpak di uitm..huhu..
dpt plak diploma pengurusan bank..
huh.. sye bingung..
sye x rse yg dy nk ke oversea..
jd.. sye bingung.. nk plih yg mne??
kalu sye nk wt rayuan pertukaran u?? msti rumit kn??
jd cm ne kalu nk tuka kos kt uitm?? kpd asasi..
sye nk uia coz kalu bleh nk truskan warisan bhs arab
tp..x de rezeki la.. ade hikmah..
tolong la..
cm ne nih?? mse dpan sye..sye x nk sikit pn tersia..
salam…sifu
saya baru di sini…
saya gagal mendapat tawaran daripada
matriks PST dan IPTA…
saya sedih sbb saya telah buat ibu bapa say kecewa…
mereka ingin lihat saya berjaya tapi..i2la saya
nasi sudah jadi bubur..
huhu…
skrg saya hanya menunggu peluang utk politeknik & PDT
huhu…saya juga ada apply ipts sebagai sampingan
erm..mcm ne ye ?
truk sgt kh result saya sampai x dpt masuk ipta ??
mungkin ye….apa pendapt sifu ??
sbb sudah membuat rayuan ipta..
harap ada tempat kosong utk saya..huhu…
dan ini keputusan spm 2007 saya
bm – 3b
bi – 4b
maths – a1
admaths – 4b
agama – a1
sj – 3b
bio – 4b
fizik – 6c
kimia – 6c
???
huhuhu….
@amirah: rezeki kat mana2 ada… Tak semestinya masuk matrix dgn IPTA anda confirm jadi kaya dan berjaya nanti.. Yang penting usaha, baiki kelemahan.. Kalu masuk poli ke ape ke, kalu bijak bagi masa, utamakan pelajaran, anda masih boleh berjaya! – bakal cikgu
assalamualaikum…sifu..
sy berminat untuk membca kesemua nasht yg dberikan oleh sifu ttp syg sy tdk mmpunyai byk mase…
seprti rkan2 yg lain, sy jga ingin menyakan beberape soalan dan dhrpkan agr sifu dpt mmbantu atau mensihati sy…
sy mendapat keputusan SPM sebanyak 8A1 dan 2A2(bi and chemistry).
sy menyimpan cita2 utk beljr di luar negara dlm bdang perubatan o biiotechnlgy dan dgn result yg cemerlang sy mengharapkan cita2 sy itu tercapai.
sy seumpama menyediakn backup sekiranya sy tdak mndapt stret a dlm SPM. so,dgn mggunakn result trial, sy tlh mendpt tempat di Universiti Teknolgi PETRONAS (UTP) dgn schlarship from PETRONAS seawal jan 2008 ini dalm bdang ICT kerana UTP hanya menwrkan bdang engineering and technolgy. sy mngmbl peluang ini kerna sy sdr bkn mudah untuk mendptknnye. sy mmlih ICT kerana sy x mnt engring.apabila result SPM diumumkn, sy tlh memohon prgrm luar negara MARA. rezeki tdak mnyebalhi sy, sy gagal utk pergi ke temu duga MARA tersebut kerana pihak MARA tdk mnerima permohonan pemegang2 schlarship PETRONAS. mungkin ini polisi br mereka kerana sblm ni,MARA masih mngmbil pemgang schlar PETRONAS dan JPA still mmngl pemgang schlar PETRONAS utk dtemu duga.termat la sedh ketika pangglan temu duga MARA dikeluarkan.parents sy pon sedh gak cz mereka bgitu mnghrp sy dpt pergi ke luar ngara. jika sy ingin keluar dr UTP ni, sy kena mmbyr blik kira2 RM7000-RM10000 ttpi parents sy seakan2 rela jika terpksa utk mmbyrny balik.
dilema yg sy hadapi skrang, sy masih brcita2 to study abroad.sy dpt twrn ke matrik penang n PASUM dalm bdang sains hayt. wjrkah sy pergi ke PASUM(xnk mtrik)?adkh sy still ble stdy abroad?n in yor opinion, is there any jobs for graduate ICT in UTP?kwn2 sy sme ckp sy ni waste cz juat take ICT even i have an excellent result but i have noticed that straight A1 students also took ICT in UTP..haraplah sgt sifu dpt mmberikan komen atas dilema sy ni…atau emailkan kpd sy lindalala90@yahoo.com/llindalala90@gmail.com. lg 3 minggu sy nk final exam…skang ni tgh foundation for 1 year then, tros masuk degree for 3 1/2 years….TQ
sifu,
saya dapat tawaran masuk ke matrikulasi..
dan keputusan muktamad saya ialah utk memasuki matrikulasi.
tetapi course yg ditawarkan kpd sy ialah sains..
rasanya boleh tak saya nak tukar course keada course perakaunan?
tetapi time sekolh sy tak ambil subject akaun,
sy pelajar dr aliran sains stream!
and saya semcm takot, jika amik akaun, tiada siapa akan bantu sy menguasi subject tersebut,
kerane sy tiada langsung basic mengenai subjek ni!
salam,klau bleh sy nk tanye psal form 6?utk pergi f6 kta kna buat permohonan jgk ke?
salam~
emmm..sifu..tnya sket ley x..?
sy dpt uia(asasi ilmu pengetahuan berasaskn whyu & pengjian islm)
bley trg x pr0gram neyh cmne..?xbp phm..huu~
ps2 dpt mktb..
act..xtaw nk plh yg mn..
sbb my siblings da yg sur0 pegi mktb..n da yg sur0 p uia..
penin bt0l..tahzan2~~
syukran ya sifu!!~
utk pengetahuan sifu sy dah gagal utk memasuki ipta,matrik,maktab.jd sy skrg masih buntu sama ada utk ke f6 @ poli.klau difkirkm f6 aliran ape yang patut sy ambil utk ke f6.result spm 2007 sy:
bm2a
bi6c
mat1a
fiz6c
kim6c
bio6c
pqs3b
psi5c
bat6c
sej4b
est5c
sori teclp..asasi ilmu pengetahuan berasaskn wahyu & warisn islm..
hehe
salam…sifu!
sy ade mslah sikit dgn ipt..
pd sPm’o7 thn lps..sy mNdpt kputusan:
BM-A1
BI-C5
BAT-B3
SEJ-A1
MATH-A1
ADD MATH-A2
PA-A1
PHYSICS-B4
CHMISTRY-B3
PQS-A2
PSI-A1
TASwR-A1
Alhamdulillah!! sy brsyukur dgn kptusn tersebut walaupn pd mulnya sy amat sedih dgn rslt ‘BI’ sy. hmpir smiggu sy mnangis bile t’igtkn rslt tersebut..
walau bagaimanapun, akhrny sy dpt trimanya dgn redha..
~munkin ini tlh dtentukn olehNya
~wlaupn kptsn sy tdk mbggakn sgt, sy tlh mdpt twrn ke
matrikulasi(sains) dan ipt(dip akaun di uitm)
tp, sy msh lg pening dgnNye lg..
sy ingn mnymbg pljrn sy dlm bdg perakaunan
tpi..sy mmg tdk mahu ke mtrix wlaupn di mtrx sbjknye bleh tkr mse pndftrn nNt..
tp, sy msh ad plihn sblm tlmbt sma ada utk ke uitm atupn uiam[dgn bantuan saudara sy]
TOLONGlah sy!! sy xmahu mnyesal dkmudian hariii nnt
[skirnya rzeki sy dlm bdg akaun..sy igin mngmbil CAT atupn ACCA utk ke arh y lbh pRofsionl. tp, bile sy ambil diplom-dgee-cat/acca..rse mcm tlalu pnjg tmpoh tu??]
~bOlehkh sy bljr diploma-cat/acca??
[tp rse syg je xamek dgree…]
~atau asasi-dgre-cat/acca??
sbNarnye..sy msh ade plihn lg utk ke progrm asasi di uiam
yg mne satu plihn y t’baek?? pg uiam ataupn uitm????
sifu…
sy dpt g interbiu mktb nye..
bleh x sifu bg sdikit tips mase nk interbiu nanti?
pslpenggunaan bahasa rab kat uia 2,sy akn usahakan utk tanye pihak u dan sudah pasti sy akn share ngan kwn2 yg lain kat sini
salam sifu..
boleh x sifu bg pendapat tentang perancangan pengajian utk aliran perakaunan. maksud saya mtrk
sori sifu.. mksd saya lps ke mtrk, ke mana sy akn pergi lps 2.
sifu.. really need ya help rite now…
sy dh cuber cari jawapan2 sifu tp tkder atau terlepas pandang..
sy ader masalah
sy berminat nak ambik “Foundation In Creative Multimedia” kat MMU. tp sekrang nih ader persoalan yg menbuatkn sy ragu2
1)Kalau saya ambik foundation ni dan tamat dengan cemerlang, ada peluang tak saya pergi ke oversea dengan sijil foundation nih?
2)Jikalau ya, ada tajaan atau tidak? Jikalau ada, boleh berikan contoh?
3)sekiranya selepas tamat foundation ni, sy ingin ke ipta untuk smbung degree, adakah sijil sy diterima?
tq.. arap sifu dapat membalas sbb sy dlm dilemma….
Maaflah semua kerana lambat memberi respons. Sifu hanya akn jawab mana-mana komen yang relevan okay.
Ridwan,
Maaflah sifu pun tak ada maklumat.
Fisa,
Sememangnya asasi selalunya 2 sem, maka di akhir pengajian, awak akan memohon semula ke peringkat ijazah. Bergantung kpd prestasi (CGPA awak), peluang memilih itu semakin tinggi jika CGPA awak juga tinggi. Sila rujuk kepada kaunselor apabila dah daftar ke IPT berkenaan. Tetapi sifu nasihatkan supaya sasarkan CGPA 3.80 ke atas. Semakin baik CGPA awak semakin tinggi ‘kuasa penentu’ awak.
Mohamad,
Sifu tak tahu sangat tentang kejuruteraan material dan biotek. Tetapi sifu percaya ia tidak ada kaitan dengan kejuruteraan nuklear. Maaflah jika sifu silap. Okay kot, kejut.nuklear tu tapi apakah anda berniat nak cari pekerjaan di Malaysia? Sifu khuatir awak ada bidang tu tapi sukar nak jual kebijaksanaan diri kerana nuklear di Malaysia bukanlah industri. Sila rujuk Kementerian Sains (MOSTI) dan tanya kalau-kalau mereka memerlukan pakar berkaitan nuklear di Malaysia atau ia telah mencukupi. Itu lebih baik. Sifu sarankan Mohamad belajar dalam kejut.biotek. Mana tau dapat menyumbang kepada negara dgn lebih banyak lagi.
Maa,
Sifu pun tak tahu tentang program baru itu. Adakah anda berminat dengan ilmu berkaitan geogafi atau dunia? Jika ya, why don’t you try it. Mana tau peluang kerjaya ada, tapi sifu bukanlah orangnya yang layak memberi jawpan itu. Sifu cadangkan awak emel atau rujuk kpd mana-mana agensi yang berkenaan termasuklah Petronas atau Shell, mana tahu ada pakar yang sanggup beri penerangan tentang krjaya berkaitan. Selain itu, mohon berbicara dengan Dekan fakulti yang menawarkan program diploma itu.
Stabilo,
Bukankah program foundation awak tu hanya 1 tahun? Tetapi jika benar 2 tahun, maka mungkin benarlah kenyataan Stabilo tu. Maaflah sifu kurang arif tentang program asasi UIA ni. Sori ya. Tetapi apa-apapun, setahu sifulah, mana-mana program asasi, penentuan bidang sebenar diijazah akan dapat diketahui setelah CGPA keseluruhan awak dinilai dan dari situ, seseorang pelajar yang memohon sesuatu program ijazah berpeluang mendapat tawaran sepertimana yang ia kehendaki jika syarat dipenuhi, termasuklah syarat CGPA minimum. Sesetengah program menghendaki CGPA 3.00 minimum, dan sesetengahnya pula memerlukan CGPA 3.5 ke atas. Semakin banyak permintaan terhadap program ijzh itu, maka semakin tinggi syarat yang ditetapkan IPTA tak kiralah ia adalah pelajar lepasan program asasi, mahupun dari laluan lain (STPM, Diploma, matriks)
Nurha,
Awak masih boleh mengambil peluang rayuan yang dibuka sekarang. Merayulah supaya ditempatkan di IPT yang awak minati dan program yang benar-benar awak ingin ikuti. Jika rayuan gagal maka awak masih ada tempat. Kalau nak ke bidang ekonomi, sifu nasihatkan awak ikutilah matrikulasi perakaunan itu. Selepas matriks, awak oleh memohon ke pringkat ijazah dalam bidang ekonomi. Ada banyak program ekonomi sekarang. UMS sahaja ada tak kurang dari 5 jenis program ijazah berkaitan ekonomi. Lagi satu, oleh kerana awak ada memohon biasiswa JPA awak kena pastikan bidang yng awak dapat dan bakal pilih adalah dalam lingkungan program yang disenaraikan oleh JPA/MARA utk syarat memohon biasiswa. Pastikan sahaja anda semak semula syarat biasiswa JPA itu sekali lagi sebelum buat rayuan.
Amirah,
matriks tu gagal mungkin kerana awak gagal bersaing dengan pelajar lain. Tak apalah, politeknik pun baik. Sifu sendiri suka pelajar mohon politeknik juga. Kalau di AS, politeknik adalah antara institusi pengajian yang dipandang tinggi juga. Sudah sampai masanya pelajar-pelajar melihat politeknik di Malaysia dari aspek positif iaitu menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti juga dan kejayaan anda kelak akan membolehkan anda memohon ijazah kemudian (3 tahun akan datang). Itu lebih baik daripada tiada apa-apa peningkatan dalam pengetahuan. Ya tak.
Haslinda,
Itulah kenyataan hidup dan anda dah mengalami salah satu dari episod hidup awak. Yap, tak semua peluang akan datang bergolek dan jika sesuatu keputusan telah dibuat , tak dapat pula kita paksa supaya phak lain mengutamakan kita pula. It’s a life. Setahu sifu, lepasan program asasi TIDAK AKAN DAPAT ke luar negara semata-mata berbekalkan sijil PASUM itu. Belum ada lagi program mengkhusus maka tidak adalah peluang. PASUM adalah program khas ke peringkat ijazah, keutamaan ke UM itu sendiri. Nak keluar negara juga sekarang atau waktu terdekat, jika ada sumber wang, why not. Peluang pekerjaan dlm bidang ICT di Malaysia sebenarnya masih ada tetapi pada skala yang tidak menentu, kekadang besar peluang kekadang kecil peluang. Ini kerana pada masa sekarang industri di Malaysia tidak spesifik kepada bidang teknologi berasaskan ICT semata-mata. Industri berkaitan ICT amat kecil. Kebanyakannya adalah dlm industri pengiklanan, media TV dan elektronik, syarikat khidmat sokongan ICT, syarikat pengeluar perisian (masih adakah), dan pelbagai lagi. So, dalam konteks ini, the best persons and the most knowledgeable persons will wins. Nak cari kerja still tough, tapi kalau dah ada peluang tak semestinya dapat, kerana pihak majikan sekarang dah boleh memilih graduan (permintaan firma ACCA > Profesional. Kalau tak nak CAT, go for diploma dan apply exam ACCA baru profesional. Kalau dah ada ijazah, tak semestinya ke ACCA tetapi boleh. Degree accounting sendiri dah boleh layakkan diri ke profesional.
Sayang,
Sori sifu tak ada maklumat tentang itu, sori about that.
Fa,
dah tentu sebaiknya awak lanjutkan pelajar di IPTA dalam program ijazah perakaunan. Jika tak nak atau tak dapat, ada banyak program ijazah berkaitan boleh dipohon juga seperti ijazah pengurusan perniagaan, dan lain-lain. Go for it.
Paez,
Tanya MMU, adakah foundation mereka tu setaraf dengan A Level dan adakah ia diterima ke IPT luar negara. Jika tidak maka jawapannya tidak dapatlah awak ke luar negara semata-mata pemegang foundation level. Selepas MMU foundation nak ke IPTA, boleh rasanya, itupun dengan syarat program asasi MMU diiktiraf MOHE. Jika ya, maka ia akan dianggap sebagai ‘syarat kelayakan setaraf’, menyamai program asasi IPTA atau matrikulasi atau sebagainya dan layak dipertimbang permohonan ke ijazah IPTA. So no problem.
sifu rase saya bley bawak x matrikulasi klu result sy
chem c6
admath c6
physc b3
math a2
sy dapat matriks dlm sains fizikal??
saya dah check foundation tersbut dan mendapat kelulusan LAN. Macam mana saya mahu check sekiranya foundation tuh diktiraf MOHE?
Adakah sekiranya mendapat pengiktiran LAN, ianya akan mendapat Pngiktirafan MOHE? atau adakah MOHE dan LAN dibawah agensi yg sama dimana sekiranya diktiraf salah 1, maka ianya dikre diiktiraf?
[minta maaf sbb mnyusahkn sifu, sy perlukan jawapan untuk meyakinkan parent saya.]
Anep,
Yang penting awak nak berubah. SPM hanya kunci buka pintu peluang. Kunci awak warna merah, awak buka pintu merah. Lepas tu awak di bilik baru dan boleh buat aktiviti baru. Awak akan ke matrikulasi, awak akan berada di tempat baru dan awak sepatutnya menjadi baru juga. Janganlah ulangi kegagalan atau kelemahan yang pernah berlaku. Jangan juga jadikan kelemahan dulu tu sebagai penghalang psikologi untuk anda berjaya. Sifu berpegang pandangan ini, ‘di matriks semua orang/pelajar akan kembali zero’. Semua pelajar bila mula langkah baru akan mula zero gred, zero peluang. Kita panggil semua orang ‘reset’ atau kat komputer kita panggil juga ‘reboot’. Semua pelajar akan mua berlumba semula. Yes, kepandaian sedia ada boleh membantu, tetapi tak semestinya advantage. Pelajar yang dulunya kurang sedikit tetap boleh mengatasi pelajar yang SPMnya ada gred 1A kerana otak adalah dinamik boleh berubah boleh ditambah maklumat. Jika kurang pengetahuan, maka tambahlah masa belajar. Faham tak? Yang penting ialah teknik belajar dan strategi belajar termasuk gaya hidup di asrama yang positif. ELAKKAN tidur lewat untuk apa jua alasan belajar atau apa jua. Tidur tak boleh dikurangkan kerana anda masih remaja, masih 18 ahun dan masih memerlukan otak cerdas.
Paez,
Maksud sifu pengiktirafan LAN. MOHE hanya mengikut apa yang diiktiraf LAN. Sori tersalah maklumat. So no problemlah tu.
Sifu, terima kasih banyak2. Sifu baru sahaja menyelasaikan masalah saya. 1 sahaja lagi kepastian yang saya tunggukan. Adakah foundation saya setaraf ngan A level. Yang lain semua dah terjawab. Saya dah check kat mmu, Foundation nih mendapat Pengiktirafan LAN, Diiktraf oleh MOHE dan JPA….
jd saya rasa kalu mengikut pandangan sifu, sy tiada masalah untuk smbung degree di ipta.
[sy tknk smbung degree kat mmu sbb mahal. hehe]
Mr. Bilik Sebelah :
thanks 4 ur advice…huhu…
bakal cikgu ye ??..
erm…gudluck..
rejected :
erm, kne wat rayuan matriks pdt ke ???
…saya x pastilah..
rayuan matriks tuk pdt or pst ??
pst?…saya x dpt…
mcmne ??
sifu :
thanks..atas sokongan sifu..
PENGUMUMAN.PENTING!!
bermula tahun 2007 kem.pelajaran malaysia telah bekerjasama dgn ACCA bg menilai semula silibus pembelajaran subjek perakaunan.so bg semua pelajar lepasan SPM 2007 yg megambil perakaunan.
sesiapa yg dpt A1 dan A2 utk matapelajaran tersebut.anda sebenarnya telah lulus utk paper basic bg ACCA.dan jika anda sambung pengajian dibidang ACCA anda dpt skip masa pengajian anda drpd 4 1/2 tahun kpd 4 tahun sahaja@mungkin 3 1/2.ini adalah advantage bg anda.dlm masa 4@3 1/2 tahun saja anda sudah memperoleh sijil ACCA yg hampir setaraf MASTER,dan anda boleh sambung terus ke peringkat Phd jika keputusan ACCA anda cemerlang,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn DEGREE oxford university.tapi sesiapa yg mengambil jurusan ini perlulah berusaha bersungguh2 kerana soalan exam yg dikeluarkan oleh ACCA england sendiri,dan yg memeriksa kertas exam anda juga adalah ACCA england,ini bermakna kertas exam anda akan di mark di england.so english anda mestilah sekurang2nya basic jika ingin mengambil jurusan ini.bg sesiapa yg dpt B3 kebawah bg subjek perakaunan anda terpaksa bermula dari paper basic jika anda ingin mengambil jurusan ACCA.
to miyuki coversion utk pinjaman MARA masih ada lagi.sistem ini masih diguna pakai MARA hingga kini,tetapi terhad utk kolej2@universiti swasta dan luar negara sahaja.IPTA tiada.conversion penuh hanya dpt jika cik miyuki memperoleh CGPA 3.80 keatas,jika 3.00,cik akan dpt conversion separuh,dan jika 3.00 kebawah tiada conversion.
Assalamualaikum sifu.
Terima kasih banyak atas nasihat sifu itu. Insya Allah saya akan cuba mengkaji dengan lebih banyak tentang bidang kejuruteraan bioteknologi.
Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan. Semoga Allah membalas jasa sifu,insya Allah.
Assalamualaikum sifu dan lain2! saya Mr F dari Alor Star .. saya berminat dalam bidang perubatan tetapi result SPM saya tak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan .. result saya :-
BM – 2A
BI – 5C
ARAB – 7D
SEJARAH – 5C
SYARIAH – 2A
QURAN SUNNAH – 4B
BIO – 5C
KIMIA – 5C
PIZIK – 5C
EST – 5C
MATH – 2A
ADDMATH – 5C
matrix dan upu jugak saya tak dapat masuk .. tetapi saya dapat tawaran dari unikl kos foundation engineering .. apa pendapat sifu dan lain2 tentang tawaran ini? adakah saya terpak melupakan saja bidang perubatan?
apa pendapat sifu dan lain2 tentang Tingkatan 6 .. ada kah terlalu susah jika mengambilnya?
saya juga mencari foundation in science di ipts tetapi tak jumpa lagi .. ada sebarang cadangan?
sekian terima kasih .. komen dari sifu dan lain2 amatlah saya hargai
Paez,
Hal setaraf atau tidak tu, sifu tak dapat nak katakan. Setahu sifu A Level adalah untuk ke program ijazah bagi U di luar negara, antaranya UK dan Australia. Itupun A level Australia lain silibus dgn A level ke UK. Di Malaysia ni tak silap sifu ada IPTS yang tawarkan program a level utk ke IPT di Australia, tapi lupa dah mana satu. Walaubagaimanapun, dari segi peluang ke IPTA, then yes, foundation dan a level dianggap setaraf. Harap dapat menjawab soalan Paez.
Athrun Zala,
good comments, very informative. Sememangnya pelajar gred 1A dan 2A dah menerima surat perakuan ACCA, dihantar ke sekolah masing-masing. Jika mana-mana pelajar yang perole 1A/2A tapi belum mengambil surat itu, silalah ke sekolah lama masing-masing. Walaupun anda ke matriks atau diploma atau mana-mana sahaja, simpan sahaja surat itu sebagai satu pengiktirafan di atas usaha anda selama ini.
Mr. F,
Kalau bidang kedoktoran perubatan, Mr. F tak akan dapat belajar di IPTS di Malaysia ini. Kalau adapun tak akan semudah itu berbekalkan keputusan SPM awak. Ini kerana semua program perubatan mesti diselia secara langsung oleh MOHE dengan kerjasama MOH. Sebab itu kedoktoran hanya ditawarkan oleh IPTA di Malaysia dan kalau ke luar negara pun, warga Malaysia hanya dibenarkan mengambil bidang perubatan di beberapa buah negara dan universiti sahaja yang telah disenaraikan. Antaranya indonesia, india, Ireland. Jika MR.F nak juga ke bidang itu, nampaknya peluang terbaik ialah dgn mengikuti pembelajarn Form6 aliran sains. Dan dalam STPM 2009 nanti, pastikan anda berjaya memperoleh 4.00 untuk subjek sains, atau lebih baik lagi semua. Hanya pelajr cemerlang diberi keutamaan oleh kerajaan, malah ditawarkan biasiswa jika berjaya mendapat tempat. Juga dijanjikan jawatan dan kontrak kerja dengan kerajaan (dimestikan bekerja dgn kerajaan dahulu). Jika takut atau merasakan Form6 susah, maka peluang lain ialah ambil sahaja tawaran foundation itu. Mungkin kejayaan awak yang sebenar ialah dibidang lain. Jangan patah semangat, ramai lagi orang senasib awak. Ramai lagi orang yang sengaja memilih bidang lain dari yang asalnya dicita-citakan, antaranya alasan keluarga, komitmen kewangan dan sebagainya. Anggap sahaja diri anda bertuah, kerana anda adalah antara calon SPM 2007 yang terpilih berbanding yang masih ramai gagal dalam mana-mana permohonan. Go for it.
saya dapat tawaran matrikulasi sains di melaka dan diploma microbiology..saya mmg minat biology dari dudlu..
tapi sekarang saya x taw yg mane saya patut pilih..tolong bantu saya
alhamdulillah.saya sudah ditawarkn ke mtrklsi prk prgrm 1 thn dan uitm kos pgjian peniagaan.tapi kakak saya sarankan ambil matrik sbb cepat.tp berpandukan result saya, saya takut tak dapat nk catch up nanti.ramai cakap matrik nie susa.mitos ke ape ke tak tau la.
bm = b3
bi = c5
sj = a1
agm = a2
a.mth = b3
mth = a1
chms = c5
phyc = b3
lk = a2
awm = b3
ada senior sarankan tukar untuk program 2 thn.macam mana nie.harap sifu boleh tolong pilihkan.hee
Suzyyana,
Jika awak berminat microbiologi, tak salah meneruskan pengajian ke program diploma. Malahan mungkin lebih baik bagi awak kerana minat biologi. Tetapi jika tak pasti atau sebenarnya menginginkan peluang dalam bidang lain, maka matrikulasi adalah peluang yang baik. Dengan CGPA terbaik yang bakal awak peroleh, maka awak boleh memohon ke bidang sebenar awak di peringkat ijazah nanti. Tapi ingat, matriks bukan lagi tempat membuai mimpi, awak mesti hadir di matriks menggapai realiti. Study smart, plan your study, plan wisely and do your task carefully.
Sayer,
Sifu yakin awak boleh lalui matriks perakaunan PST tu. Dah tau susah, nak buat apa backoff? Pelajar cemerlang akan jadikan maklumat itu, samaada benar atau mitos, sebagai maklumat berguna dan bertindak menghadapinya dengan lebih cermat, hati-hati dan dengan perancangan rapi. Macam sifu cadang kat Sazyyana di atas, ubah kebiasaan, ubah cara belajar, tapi mana-mana teknik belajar yang memang sah jujur dan membuakan hasil, teruskan atau mungkin hanya dengan sedikit perubahan.
terima kasih sifu atas komen tersebut .. apa pendapat sifu tentang unikl?
Mr F,
UniKL? Okay la tu. Sebagai sebuah IPTS yang agak baru, umpama baru tumbuh gigi, milik penuh MARA, sifu berharap UniKL akan dapat memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajarnya. Setakat ini semua organisasi pendidikan milik MARA mempunyai kualiti yang diharapkan.
Saya memang merancang hendak ke luar negara pun. Sebab tuh saya mengharapkan foundation saya nih setaraf dengan a level supaya sy boleh ambik ipt luar negara. Saya sudah emailkan kepada MMU dan hanya menunggu jawapan dr mereka.. Huhuhu…
saya tertarik ngan komen sifu pasal ader ipts yg tawarkn a level tuh. Sifu boleh carikan info mengenainya? Saya penah dengar jikalau tak silap, Kolej Syahputra atau Komuniti ade menawarkan Program A level, Betul ker?…
Apapun, thank you very much, penerangan sifu banyak membantu saya….
ya sifu dalam masa yang terdekat ini saya ingat nak try f6 dulu sementara tunggu result upu .. kalau result upu untuk second intake ni pon tak best saya akan terus menstruggle kan diri la dalam f6 ni
adakah tindakan yang akan saya lakukan ini satu tindakan yang bijak? hehe
bro Paez betul ke syahputra ada menawarkan program A Level? saya pun terasa nak buat jugak A Level ni .. tapi yang tahu dekat Taylor College saja .. tak silap saya yang sifu cakap A Level dengan Australia tu Nilai College kot
Mr F,
tah la.. sy pon dgr ura2 saja. Tp saya rasa tak ader kot. maybe sifu tahu. Taylor college maybe, tp mahalnyaaa… Huhuhu
sifu,
sy dh dpt tawaran dr matrikulasi kedah n diploma pengurusan perladangan makanan di upm bintulu.
skrg ni sy x tahu mane sy kene pilih.pasal tempat tu sy x kisah jauh atau x.
mane yg lg bagos bg sy?upm atau matrikulasi?
result spm sy..
math A1
bi B3
bm B3
sej A1
pqs A1
psi A2
bio B4
kim B3
fiz B4
est B3
ba A2
add math C5
tolong la sy
adakah kos diploma tu sesuai dgn sy.
adakah peluang kerjaya sy luas?
ape yg sy bole dpt dr tawaran diploma ni?
harap sifu dpt bantu..
sifu,skrg nie saya dapat tiga tawaran iaitu matrik di kulim,temuduga maktab dan uitm dalam bidang sains kuantitatif..jadi,saya nak tanya pendapat sifu tawaran yang mana lebih mendatangkan keuntungan pada masa depan.
a’kum sifu..
I’ve just been offered a diploma in accountancy at Perak..
now I’m thinking about applying for a transfer from
Perak to Shah Alam..
because Shah Alam campus is the only place
that offers fast track in accountancy..
Can sifu draft me an example of the letter??
what should be included in the letter..
now I’m just clueless about the letter that needs to be sent..
and what are the chances that the plead is successful..
sifu,boleh xbg feedback result saya ni…..:BM(A2),BI(3B),MM(3B),PI(A1),ADD MATH(7D),SJ(3B),LK(5C),PKA(5C),FZK(4B),KIM(7D).rasa2nya layak ke dpt matrik,IPTA,POLITEKNIK,OR STPM-salah satu drpd semua tu???sehingga kini saya x dpt sebarang tawaran pun..
Sifu,tolong beri feedback kpd saya,adakah result saya ini berkelayakan utk mendapat tempat sama ada di matrikulasi,IPTA,politeknik ataupun utk ke STPM 2009??Inilah,result saya.. BM(2A) BI(4B),MATH(1A),AGAMA(1A),SEJARAH(3B),ADD MATH(6C),LK(6C),PKA(4B),FIZIK(5C)and KIMIA(7D).Apakah bidang yg sesuai dgn result saya ini??
salam,sifu..
saya dapat twrn masuk ting 6 jurusan kemanusiaan.saya nak tanya pendapat sifu adakah saya patut masuk ting 6,masuk unisel(ditawarkan),masuk politeknik(sekiranye ditawarkan)@tunggu keputusan rayuan utk matrik&upu?????
sahabat baik saya x dapat tawaran ke ting 6 sebab dia dapat matrik&upu..dialah satu-satunya sahabat baik saya ketika saya susah&senang..saya takut kalau dia x de saya x dapat nak tumpu perhatian di ting 6…kami ada bincang utk sama2 masuk unisel..
tolong la saya sifu..kpd rakan2 yang sudi bagi pendapat, silakan…….
hati saya berbelah bagi nak masuk ting 6 ke x…
salam Sifu,
ini adalah keputusan spm saya yang lepas (2007)
Bm A1
BI A2
MATHS A2
PAI A2
SEJ B3
PENG. KEJ AWAM C5
ADD MATHS C5
PHYSICS C5
KIMA C5
LUKISAN KEJ 7D
Sekarang ini saya amat buntu kerana semua permohonan saya iaitu UPU, matrik dan KPLSM adalah gagal!!
saya kurang berminat untuk melanjutkana pelajaran ke tingkatan 6 dan politeknik….
saya amat berminat dengan kursus perguruan ataupun senibina, tetapi gagal dalam permohonan kursus tersebut…
saya buntu memikirkan arah kehidupan saya sekarang kerana kebanyakan rakan-rakan saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran mereka sedangkan saya masih lagi tak tahu arah tujuan…
saya merasakan seolah-olah sangat susah untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA pada masa sekarang walaupun saya memperolehi 4A..
Terima kasih sifu……
salam, cikgu..
emm..sye nk tnye nie..pda pndpt sifu..poly tech mara kat kuantan(dip accounting) 2tu ok ke? lg 1 hal..pemohonan sye untk msuk ke mktb sdh dtolak..ttp mak sye nak sye msuk mktb jga..so cmne nk wat ye? 1 hal lg..sye x mnt sgat nak jd ckgu.. sye nie ex student ckgu tau..
sifu,
i realize that semua yg bertanya soalan terdiri dr kwn2 lepasan SPM but i hope that u wont put me aside..
sy hanya ingin meminta pandangan sifu regarding my upu application.Actually,sy pelajar yg mengambil STPM.Unfortunately,my stpm result turned out to be a disaster,dimana sy tidak tau dimana silapnya kerana prestasi sy di sekolah/monthly test lebih cemerlang dr my real STPM result..I’m so frustated & i cant accept it.4 ur info i got only 2 prinsipal and my MUET band is band 5..so do you think i’ll get place in IPTA ? and my course that be my 1st choice adalah pengajian bahasa inggeris,komunikasi utk profesional..
i hope u can give me the answer…terima kasih 😉
Sifu, Saya ada beberapa lagi soalan. [tolong kawan]
1)Antara matrik dengan asasi sains di UIA, mana satu lebih cerah peluang ke luar negara? [selepas tamat dengan semerlang]
2)Kalau buat asasi sains hayat, boleh tidak sambung ke luar negara selepas tamat dengan cemerlang?
3)Ada tak senarai foundation yang ditawarkan di universiti yang setaraf dengan A-level
4)Sijil asasi (foundartion) dipangil sijil apa?
assalamualaikum sifu..melalui apa yang saya baca, borang2 tidak perlu diposkan kepada universiti kan?..semua borang2 hanya perlu dibawa semasa hari pendaftaran kan?contohnya macam uitm.nak confirm kan saje..sbb bila sifu bagi penerangan, saya akan rasa lebih yakin=)..
terima kasih=)
Coexist adakah stpm terlalu payah? huhu saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke STPM .. awak jurusan apa?
..sifu…help me plishh!!!…urgent..
Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran prinsip akaun dalam SPM 2007 cam sya ni memohon jurusan Perakaunan (M003)?..ari tuh sya ader mintak rayuan ke jurusan nih…dan sumanya sya layak bagi syarat minimumnya…tapi 2 la..sya xda amik prinsip akaun tyme spm 2007
..maksud sya tadi….matrikulasi akaun(m003)…harap sifu bagi feedback.
Sifuuuuu……where are ur…..please….helpppp…..they need ur opinion…..janganlah jual mahallll…..
Sifu…
Spupu saya cakap kat kptm boleh wat acca sekali..Betul ker???
To syeeda.
betul cakap sepupu syeeda,KPTM menawarkan jurusan profesional bg ACCA-CAT,ACCA dan ICSA.
em pendapat athrun zala ok x kalau saya masuk situ sebab saya telah ditawarkan belajar di situ..Tapi pihak kptm suruh wat pengesahan sebelum daftar pada 5/7/08..Saya nak tanya……
Kalau saya wat pengesahan 2 adakah permohonan rayuan saya ke matrik&upu secara automatik terbatal???
Syeeda adakah anda yakin yang anda akan mendapat tawaran rayuan matrix/upu? jika ya tak perlu membuat pengesahan kepada pihak kptm
kalau tak yakin silalah membuat pengesahan dengan kptm
to ris ..
ni cik sifu yg advise kt sy . .
Anyway, Stres tak perlu bimbang, sifu yakin bukan awak seorang sahaja yang bakal alami masalah ini. Ramai lagi pelajar matriks bakal lalui fasa ‘baru belajar’ dalam banyak subjek. Maka persaingan adalah seimbang. Tak semua sekolah tawarkan ekonomi asas dalam kelas perakaunan. Di Kota Kinabalu misalnya, ada beberapa buah sekolah yang menawarkan kelas prinsip perakaunan + perdagangan. So kalaulah pelajar dari sekolah tersebut turut memohon matriks perakaunan dan berjaya, mereka akan jadi sahabat anda juga, sama-sama first time belajar ekonomi. Itu baru di KK, bayangkan ada banyak sklh lagi yang serupa. So jangan risau. Yang penting ialah teknik belajar, semangat belajar, minat belajar yang baru, kesungguhan mengatasi kelemahan, dan keyakinan diri untuk mengatasi kesukaran. Go for matriks or go for diploma. Klau risau kantoi kat matriks pasal tu juga, maka sifu sarankan ke diploma Stresss.
Ira,
Awak minat pertanian tak? Jika minat juga maka mungkin inilah masanya awak merembat peluang penumpuan dasar kerajaan kepada industri asas tani. Mana tau peluang kerja lebih banyak di situ 2-3 tahun mendatang. Tetapi jika tak minat maka sudah tentu pilihan lain awak, matrikulasi, shaja tawaran paling sesuai dengan awak. Dengan gred SPM yang cemerlang gitu, sifu bolehlah mengandaikan Ira mampu untuk belajar di matriks dan turut mengulangi kejayaan sedia ada itu atau lebih baik lagi. Matrikulasi memberi ruang kpd anda merancang semula halatuju sebenar awak di peringkat ijazah. Make use of the time in matriks responsibly.
Atiqah,
Ramai akan kata masuk maktab menguntungkan kerana dijamin dapat pekerjaan. Sifu pula nasihatkan begini, jika minat mnjadi guru dan sememangnya akan berusaha belajar di maktab dengan cemerlang (jika gagal akan dibuang juga tau), maka sudah tentulah pendapat ramai itu betul. Jika tak minat maka tak payah ke maktab. Pilihan lain? diploma UiTM dan matriks. Jika sains kuantitatif adalah kecenderungan awak dan takut tak akan ada peluang lain, maka diploma itulah the best untuk awak. Tetapi jika tak nak juga, maka tiada lagi pilihan melainkan ke matrikulasi. Jika takut juga ke matriks, maka F6lah jawapannya. Apa-apapun, sifu berpendapat Atiqah boleh mengikuti program matrikulasi, dan dalam tempoh 1 tahun itu boleh merangka strategi cemerlang supaya peluang memperoleh tawaran ijazah yang sebenarnya dikehendaki dicapai dengan mudah. Untuk memperolehnya maka perlulah ‘beli’ dengan usaha yang mahal, dan harganya ialah CGPA 3.50 ke atas. Semakin baik CGPA awak semakin mudah awak membeli peluang ke ijazah yang kritikal/popular/bernilai tinggi juga.
I-Kal,
dah baca kelayakan/syarat khas diploma perakaunan UiTM tu? Kampus Shah Alam hanya untuk lepasan SPM cemerlang (semuanya 1A kot?!). Kalau anda antara golongan itu, tulis sahaja surat rayuan yang mengandungi prenggan ini:
Saya berminat meneruskan pengajian dalam program diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Saya telah mendapat tawaran dari pihak tuan untuk program diploma perakaunan di kampus Perak UiTM. Untuk pengetahuan tuan, saya juga merupakan pelajar cemerlang dalam SPM 2007. Salinan transkrip SPM 2007 saya ada dilampirkan untuk perhatian tuan.
DIharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan melalui kebijaksanaan tuan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Gitulah lebih kurangnya bunyi isi penting tu. Okay.
RFISTAR dan CATTY,
awak layak ke tigkatan enam. Peluang ke matriks dan diploma di IPTA awak dah taupun, so sifu tak perlu komen. Jika sanggup belajar di IPTS, banyak IPTS boleh menerima dan menawarkan program diploma di kolej mereka. Hubungi mana-mana IPTS yang awak berminat. Selain itu politeknik boleh awak pohon kerana awak dapat 5 kredit termasuk BM dan math.
SYeeda,
tak baik libatkan kawan awak. Tanpa awak sedari, awak letakkan beban kepada BFF awak, BFF itulah bakal menjadi punca awak gagal dalam F6 atau kehidupan kemudian. BFF awak tu pun perlu penuhi harapan emak ayah dia. Biarkanlah BFF awak tu ke matriks, jangan tarik dia ke Unisel. di matriks, ibu bapa BFF awak tak perlu keluarkan wang kerana pelajar matriks bakal dapat elaun RM1000 tau. Tapi kalau BFF awak ikut awa ke Unisel, emak ayah dia terpaksa keluarkan wang pembayaran yuran atau mohon PTPTN. Syeeda haruslah menyedari mulai saat ini harungi hidup secara sendirian, buat keputusan secara sendirian juga. Persahabatan sebenar bukannya menyusahkan kawan sebaliknya menyokong kawan kita walaupun kta tidak turut mengecapi kejayaannya secara bersama-sama. Syeeda sepatutnya, dengan motivasi diri, kesungguhan dan kesedaran diri, mampu mengikut F6 dengan cemerlang walaupun tanpa kehadiran BFF. Ingat, ramai kawan baru nanti, yang mungkin juga menjadi pendorong spt kawan awak sekarang juga. Selain dari itu sifu turut galakkan awakmengikuti politeknik perngkat diploma atau unisel jika awak sememangnya berminat ke bidang yang ditawarkan itu. Di sana kelak awak mesti pastikan awak mencemerlangkan diri, mengatasi kelemahan terdahulu yg jelas telah menggagalkan permohonan awak. Sekali lagi sifu ingatkan, Syeeda janganlah terlalu emosi dan maaf sifu cakap ni, pentingkan diri sendiri, cuba mempengaruhi kawan awak mengikut awak ke unisel pula. Galakkan BFF awak tu ke matriks atau mana-mana program yang ditawarkan melalui UPU tadi. Fikirkanlah, sedangkan kalau kahwin nanti pun, rumah tangga masing-masing, so baiklah biasa-biasakan berjauhan tetapi kekal berkawan. Itulah kawan sejati. Tapi itu pandangan sifu, terserah kpd syeeda menilainya.
Wan Fatihah,
Begitulah realitinya. Semakin maju negara kita, semakin terpelajar rakyatnya dan semakin tinggi persaingannya. Sifu harap Wan Fatihah turut memainkan peranan menasihati anak-anak buah (anak saudara), adik-adik, kenalan-kenalan supaya jangan lagi hanya mensasarkan gred sederhana. Sebaiknya berusaha supaya gred 1A tu dalam subjek kritikal dan penting spt matematik, sains, atau kimia, bio,fizik. Gred kepujian nampak gayanya, sptmana pengalaman Wan Fatihah, sudah tidak cukup untuk bersaing dengan ramai lepasan SPM 2007 yang lain. Sifu yakin persaingan sihat ini akan berterusan, malah bertambah sengit setiap tahun mendatang.
Dayah,
Beritahu emak dgn sopan, permohonan ke maktab gagal. Kalau dah ditolak tu peluang menggunakan SPM 2007 memang tak ada lagilah tu. Sedangkan calon yang dipanggil temudugapun tak semestinya dapat semuanya. Akan ada yang tertolak apabila keputusan temuduga mendukacitakan. Tambah lagi tak minat, so tak payahlah. Pendapat sifu diploma akauntansi di KPTM. BAGUS! Diploma perakaunan tu sebenarnya akan dianugerahkan oleh UiTM, so sudah tentulah bagus. Bezanya belajar di IPTS, tapi milik penuh MARA. Jika dah settle, emak dah restu, maka pergilah belajar, ingati nasihat sifu tentang teknik belajar yang betul, rancang strategi nak cemerlang-sasarkan CGPA 4.00. Mustahil? Belum cuba belum tahu. SEbagai x-student sifu, ingat kata-kata sifu, awak mengusahakan kejayaan bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri, ibu bapa dan guru hanya turut meraihkan kejayaan itu tetapi awaklah yang akan mengecapinya, ibu bapa yang akan merasainya, bekas guru hanya turut gembira jika berita kecemerlangan itu sampai ke telinga. So, I’m waiting for the good news, 3 years from now. Good luck. Sifu doakan kejayaan awak dari jauh
Coexist,
Just remember I’m not the appropriate person for professional advice. Having said that, congratulation, you got excellent MUET result! With band 5 at hand, why not. So sepatutnya layak ke bidang yang awak pohon. Sedikit masalah mungkin disebabkan kputusan subjek utama lain itu. Awak ambil berapa subjek, 4 atau 5? Prinsipal tu subjek apa? Apa gred subjek lain pula? NGPK pula berapa? Dalam aspek persaingan mendapat tempat, Coexist sedang bersaing dengan ramai pelajar lepasan STPM lain, lepasan diploma,lepasan matrkulasi yang memohon program yang sama. Setahu sifu program yang awak pohon itu agak popular walaupun tak sepopular TESL. Jika anda yakin benar keputusan STPM tu tak sepatutnya sebegitu, kenapa tak buat rayuan semakan semula. Mana tau gred awak meningkat, dan dapat 4 pinsipal pula. Tapi dah lepas, dah tutup dah tempoh rayuan semakan semula.
Anyway, sifu cuma boleh doakan awak berjaya mendapat tempat. JIka tak 1st choice, hopefully mana-mana 7 choices yang lain. Good luck.
Nikki,
Borang apa? Adakah maksud Nikki salinan dokumen atau sijil? Jika itu maksud Nikki, yes, semasa daftarkan diri barulah bawa dokumen asal dan salinan. Tetapi pengesahan terima tawaran, pastikan awak ikut arahan yang diberi. Setahu sifu pengesahan penerimaan tawraan upu melalui online. Pastikan anda berjaya melakukannya.
Ris,
boleh merayu ke program itu. JIka ada kekosongan, tak mustahil awak ditawarkan. Tetapi seperti biasa adat bertanding, jika ramai perayu, keutamaan tentulah diberi kpd pemohon yang memenuhi kriteria, barulah selebihnya diberi kepada pelajar yang tidak ada prinsip perakaunanan. Tunggu dan lihat peluang awak.
Xalibur dan pengunjung lain,
bukan jual mahal. Sekarang ni dah dekat exam pertengahan tahun. Sifu ni guru tingkatan 4,5 dan 6 atas. Dalam 2 minggu ini aje, sifu hadiri mesyuarat sebelah petang, balik driving hari-hari ambil masa lebih kurang 1 jam tau (kerja lain, rumah lain-jauhhh). Sememangnya sampai rumah dah letih minda, letih badan. Siapkan apa yang patut, persediaan bahan hari keesokannya (benda rutin dah ni) dan terpaksa bawa diri tidur awal. So bukan jual mahal, tak sopan ayat tu. Ni dah jawab dah semua komen yang perlu respons dari 9:50 – sekarang (12:35 am dah ni). Selagi minda tak penat, insyaallah sifu dapat jawab.
Syeeda,
betul tu. Sila rujuk komen Atron Zala. Juga lawati lamanweb KPTM. Yang menariknya ia dibiayai oleh MARA tetapi tempat amat terhad. kalau berminat apa salahnya mencuba memohon, mana tau rezeki syeeda bermula dari sana. Thanks Athron.
salam sifu..sy akan menghadiri temuduga perguran
pada 22 mei ni..jadi,sy nak minta tip utk temuduga tersebut
berkenaan dgn profesion perguruan..
blh tak sifu tlg bg tau semuanya dari cara
berpakaian utk calon perempuan, percakapan danisu2
apa yg harus sy tahu?
syeeda
bg sy xberbaloi syeeda membuat pengesahan pendaftaran dgn KPTM.kerana jika rayuan syeeda diterima matrix@upu syeeda boleh teruskan dgn upu@matrix,jika tak dpt,teruskan saja dgn KPTM,tapi bg sy,utk bidang akaun.KPTM adalah terbaik dlm bidang profesional berbanding dgn matrix@upu,suasana pembelajaran pun lagi selesa dan ok drpd UPU.advantagenya biasiswa MARA,skarang ni,biasiswa adalah biasiswa yg paling tinggi dan mewah ditawarkan berbanding biasiswa2 lain seperti petronas,telekom dan sime darby.sy syorkan syeeda datang ke KPTM dan dptkan maklumat lebih lanjut tantang jurusan ACCA di KPTM.mungkin syeeda dpt maklumat yg berharga.sekarang ni KPTM adalah satu2nya kolej yg menawarkan biasiswa MARA dlm bidang profesional.
kolej KPTM yg menawarkan jurusan profesional hanya kolej KPTM KL dekat taman shamelin perkasa,chera..bersebelahan GMI(german malaysian institute) cik syeeda berminat hendak melawat KPTM,syeeda boleh berhubung dgn sy melalui email@ym sy savior_105@yahoo.com
arthun zala,kptm tu mende eh?heeee
trtggk keteapi sket den ni ..
sifu sebenarnya sahabat saya pun nak sama2 dgn saya..saya x penah halang dia nak g mana2 pun..
apa2 pun saya redha apa pun yang berlaku lps nie….
saya telah pun ditawarkan ke kptm 2..5/7/08 dafta…
Amizah,
Sorilah, tak ada tips yang boleh sifu beri kali ini. Cuma dari segi berpakaian, biarlah sopan. Kalau pakai skirt, pastikan panjangnya melepasi lutut dan baju tu berlengan. Lebih baik lagi berbaju kurung dan pilih warna yang agak menarik tetapi tidak seperti melaram atau berhari raya, pakai kasut bertumit sederhana tinggi mungkin 1 1/2 inc maksimum. Awak nak jadi guru bukannya model. Apa isu yang penting? Pertama, kenapa ingin jadi guru dan apakah yang anda faham tentang tugas keguruan sebenar. Apa yang dikatakan masyarakat dan apa sebenarnya fungsi pendidik. Isu pendidikan berkualiti, fikirkan apa faktor yang boleh menghalang pencapaian kualiti dalam pendidikan dan apa faktor yang mempercepatkan perubahan pendidikan berkualiti. Bila ditanya mesti tunjukkan keyakinan (ekspresi wajah) dan sebut dengan jelas (bukan berteriak) dan kenyataan anda itu biarlah berisi. Yang penting kemahiran komunikasi dan penguasaan sesuatu ilmu.
Syeeda,
Bagus tu. Maknanya Syeeda adalah sahabat sejati. Itulah sebenarnya BFF. Suruh kawan awak tu belajar ke matrikulasi. Okay sifu cadangkan awak ikut nasihat Athrun juga, memandangkan Syeedda bakal menjadi pelajar siswazah KPTM juga. Sifu doakan rezeki syeeda murah, ilmu cepat difahami, motivasi diri sentiasa meningkat, keyakinan diri bertambah teguh. Kegagalan hari ini adalah punca kejayaan akan datang jika manusia bijak mentafsirkan kegagalan itu kepada kejayaan. Syeeda pasti golongan berfikiran seperti itu. Good Luck. Ibu bapa redha, Allah pun redha. Oh ya, jangan lupa mohon pinjaman/biasiswa MARA ya. Tahniah kerana berjaya mendapat tempat. Ramai lagi yang tak dapat langsung. Kesian.
terima kasih sifu atas pandangan&nasihat sifu…em lagi satu soalan sifu…macam mane nak mohon pinjaman/biasiswa 2??kena gi pejabat dia ke???
sifu..maksud saya maklumat kesihatan dan butir2 peribadi pelajar..saya sudah click butang “setuju” pada laman web tersebut..terima kasih sifu=)
aper beza nya bachelorette,foundation and a level under biasiswa mara
Thanks..sifu..kerana sudi komen,mmm lagi satu lupa nak tanya kalau tak dpt. poli ,IPTS mane yang sifu tau paling bagus& ekonomi…maklumlah sekarang ni ilmu pelajaran dah jadi bahan komersial….macam satu kolej kt.MANTIN..tu…hari2 call….macan nak jual kad gores-menang aje…takutlah…nanti diploma xdapat ,hutang…seumur hidup…pleaseee…
to stressssss.
KPTM Kolej Poly-tech Mara…..
to syeeda.
cik syeeda boleh dpt kan wang pendahuluan pinjaman mara dekat pejabat mara daerah ditempat anda.isi borang tersebut dan hantar kepada pejabat mara sebelum tarik masuk ke kolej.
to ALL.
KPTM menyediakan 300 tempat utk jurusan ACCA-CAT dan 80 tempat utk ACCA.siapa yg berminat sila apply secepat mungkin.
siapa cepat dia dapat.
tapie sy da byr yuran matrik cane arthun zala????
to stresssss
anda boleh menuntut balik yuran dgn matrix,hubungi bahagian matrix di kementerian pelajaran dan maklumkan kpd pihak mereka yg anda ingin menuntut balik yuran pendaftaran kerana anda telah mendpt tawaran belajar ditempat lain.insyaallah anda akan dpt balik yuran pendaftaran tersebut.
cop2,acca ni kire kte stadi psl akaun gak la ek?
ala,da smpat da la..
senin ni da nak daftar matrix . .
to stresssss
yes.ACCA mmg study pasal akaun,tarafnya hampir sama dgn master.
masih lagi sempat jika anda betul2 nk masuk KPTM.
To Athrun Zala,
Thanks to this fellow,anda macam know more about KPTM!!!bagus ngak,kalau case macam saya nie ada peluang ke kat sana!?/?….please give some info…buat persediaan..manalah tau kalau2 12hb,nie harapan nak ke POLI hancus…maklumlah lanie budak dpt.10a pun xdapat mane2 IPTA…saingan paling sengit,,,,macam ade trend nak tolak keIPTS….semua nak duuiiittttt……
Athrun Zala,
Thanks kerana dah tolong jawab soalan kawan-kawan di sini.
Nikki,
Bawa masa pendaftaran nanti, tak lama lagi tu.
Imru,
Setahu sifu Mara akan beri tajaan program ijazah atau diploma, tetapi foundation UiTM dapat elaun/dermasiswa. A level tak tau pula.
CATTY,
tak tau mana yang dikatakan best, tetapi antara IPTS yang popular ialah Sunway College, INTI College, MMU atau Multimedia College juga okay. How about UNITAR dan sudah tentu KPTM yang diterangkan oleh Athrun Zala sebelum ini.
PENGUMUMAN,
Sifu terpaksa hentikan komen tambahan untuk pos ini. Satu rekod baru untuk blog sifu ini. Sebarang komen atau perbincangan tambahan bolehlah disambung ke pos “matrikulasi atau program asasi atau diploma”.
Harap maklum.
to catty..
KTPM berbeza dgn kolej-kolej IPTS lain,dahulu KPTM dikenali yayasan pelajaran MARA.KPTM hanya dikhas kan utk bumiputera sahaja.pelajar2 yg study di KPTM akan dpt pinjaman biasiswa MARA,dan anda akan diberi penghargaan jika anda dpt CGPA 3.8 keatas,hadiahnya,anda tdk perlu membayar yuran pengajian dan elaun utk satu sem.tetapi hadiah ini hanya utk pelajar tajaan MARA sahaja.bg pelajar yg mengambil kos UITM di KPTM tiada kemudahan ini,kerana meraka mndpt pinjaman PTPTN.
slm sifu..
sy x dpt twrn ape2…
skrg ni sy nk wat rayuan tp x tau coz ape y sesuai ngan result sy…
bm-b3
bi-a2
b.arab-5c
math-3b
add math-5c
bio-4b
chem-5c
fz-5c
sej-5c
quran sunnah-3b
syariah islam-4b
est-5c
klu sy rayu….
asasi sains kesihatan bersekutu uiam
asasi sains kemanusiaan uiam
asasi ilmu wahyu uiam
sifu…rase ade pluang x nk dpt b’dasarkn result saye???…
skrg ni sy tgh blaja d ting 6…
course…
asasi sains kesihatan bersekutu uiam
ape y student akn blaja ade pluang x nk amik medic???
Yaya,
Sebenarnya semua orang layak dan patut diberi peluang. Memandangkan tempat agak terhad maka persainganmen jadi sengit walaupun dalam kategori rayuan. Masalah utama awak ialah penguasaan subjek sains tulen. Mungkin sudah sampai masanya awak berfikir menceburi bidang lain. Asasi ilmu wahyu mungkin ada potensi keran tak perlukan kekuatan sains awak, tetapi Barab awak pula slack. Sains kesihatan rasanya tidak ditetapkan untuk melatih pelajar ke bidang perubatan dan menjadi doktor, so sifu tak taulah kalau-kalau kali ini ada pula. Sifu bukan orang paling tepat untuk bertanyakan soalan itu. Tetapi bagi sifu, peluang tidak ada.
Jika masih nak teruskan dalam bidang sains, sebaik-baiknya Yaya gunakan peluang t6 aliran sains dan pukul mati subjek sains STPM supaya CGPA dia meningkt ke 3.5 atau ke atas. Nak medic tu sifu tak tau 2 tahun akan datang, tapi yaya patut ikuti nasihat ini ‘sediakan payung sebelum hujan’, biar payung besar supaya tak basah d belakang dan jangan pula payung yang bocor. Makin tinggi pencapaian awak maka semakin besarlah peluang awak ke medic selepas STPM. Tapi ingat setiap tahun jangkaan IPTA dan kehendak mereka semakin tinggi. Permintaan mendapat tempat semakin tinggi dari kalangan pelajar manakala penawaran tempat ke bidang yang awak minati itu masih kecil. IPTA dapat memilih peljar terbaik yang cemerlang dan pencapaian tertinggi, so semakin rendah prestasi awak semakin jauh ke bawah nama awak tersenarai dalam kalangan pemohon perubatan.
Baik bersedia sekarang.
Yaya.
masih ada peluang untuk pelajar sains kesihatan bersekutu untuk pergi ke bidang farmasi, perubatan, pergigian dan sebagainya.
First foundation year, semua pelajar jurusan-jurusan tersebut akan mempelajari silabus yang sama.
Berdasarkan dari apa yang saya dengar, pihak UIA memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk menukar jurusan pada setiap akhir semester dengan syarat mempunyai CGPA yang tinggi. Kena dapat 3.8 ke atas kalau nak selamat.:)Dan juga, berdasarkan keputusan SPM awak.Bio dengan Chemistry kena at least B3. Rasanya. Sorry kalau maklumat yang diberikan ini salah..:( Saya harap ianya betul..:)
Tetapi jangan risau. Sains Kesihatan mempunyai banyak peluang pekerjaan. Awak boleh menjadi sama ada seorang optometrist/ dietitian/ audiologist/ radiographer. =D
Jadi, all the best! 🙂
PENGUMUMAN 2,
Sifu terpaksa hentikan komen tambahan untuk pos ini. 589 Komen dan respons! Satu rekod baru untuk blog ini.
Sebarang komen atau perbincangan tambahan jika berkaitan dengan usaha sambung belajar masih boleh dibincangkan di dalam pos “matrikulasi atau program asasi atau diploma”.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda di sini.
Sekian dan harap maklum.