Peluang sambung belajar dalam bidang perakaunan selepas SPM

Pelajar saya bertanyakan soalan yang relevan dengan tajuk pos ini. Bagaimana nak sambung belajar dalam bidang perakaunan selepas tamat SPM 2013. Saya pernah menulis tentang perkara ini beberapa tahun lepas tetapi saya dah buang pos asal. Di kesempatan ini, suka saya berkongsi pandangan saya berkenaannya.

Pelajar lepasan SPM masa kini digalakkan menceburi bidang profesional di peringkat awal lagi. Tak lama lagi keputusan SPM 2013 akan diumumkan. Selalunya dalam bulan Mac. Pasti akan ada yang bergembira dengan keputusan keseluruhan SPM yang cemerlang, tak kurang juga yang akan mengalami pencapaian kurang memberangsangkan. Dalam hal pos ini, saya membayangkan wajah gembira yang teramat sangat kerana keputusan SPM bagi subjek Prinsip Perakaunan mendapat gred A+. Tetapi gred A- atau A, mahupun gred B dan B+ tetap dianggap cemerlang.

Ada beberapa laluan utama yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan atau yang berkaitan dengan perakaunan.

  1. Sambung terus ke tingkatan 6 – keutamaan kelas yang ada menawarkan subjek Perakaunan STPM dan/atau Ekonomi STPM
  2. sambung terus ke Matrikulasi KPM aliran Perakaunan
  3. Sambung terus ke program asasi (foundation) perakaunan di IPTA atau IPTS
  4. Mengikuti program Diploma Perakaunan di IPTA atau IPTS – selalunya bagi tempoh 3 tahun.
  5. Terus ke program profesional Perakaunan ACCA di IPTA/IPTS tertentu – contohnya PolyTech MARA ada menawarkan program profesional ACCA, selain dari program diploma perakaunan.
  6. terus belajar peringkat LCCI sahaja sambil bekerja – selalunya ada pusat latihan dan peperiksaan LCCI boleh didapati di bandar-bandar utama di Malaysia. Untuk lokasi terperinci, rujuk sesawang LCCI Asia-Malaysia.

Kelebihan laluan no.5 di atas, ia setanding dengan pemegang ijazah perakaunan, malahan lebih baik lagi. Tetapi ianya tertakluk kepada kesinambungan anda menjadi ahli pertubuhan perakaunan itu dan dianugerahkan lesen perakaunan menurut Akta Akauntan 1967. Jika anda terlucut kelayakan keahlian, maka status akauntan ACCA anda turut terjejas. Dalam hal ini, maka memperoleh ijazah perakaunan lebih selamat dan menjamin kekekalan status sebagai profesional accountant.

Dalam hal Public Accountant, tidak menghairankan ada yang bermula dengan belajar di peringkat Ijazah perakaunan sebelum turut mendapatkan kelayakan ACCA untuk tahap lebih tinggi dan untuk pengiktirafan tertinggi.

Laluan no.1 hingga no.4 bolehlah dianggap laluan transit, kerana secara teknikal anda belum lagi memegang ijazah perakaunan. Selepas tamat pengajian STPM, matrikulasi, asasi atau diploma, barulah anda boleh memohon sambung belajar ke peringkat sarjana muda perakaunan/ijazah perakaunan/bacelor perakaunan (nama-nama degree itu mengikut IPTA masing-masing).

Apa yang perlu diperingkatkan ialah kepada pelajar yang mengikuti program tingkatan 6. Awak sebaiknya belajar subjek EKONOMI dan Perakaunan dan mendapat gred STPM minimum B+. Lagi tinggi lagi baik. Ianya menjadi jaminan anda ditawarkan ke ijazah perakaunan. Subjek-subjek aliran sastera tidak dapat menggantikan kedua-dua subjek tersebut atau mempunyai nilai kukuh menggantikannya. Sebagai contoh, ada IPTA boleh menerima subjek Geografi STPM sebagai syarat kelayakan gantian untuk subjek  Ekonomi atau Perakaunan asalkan mempunyai gred B ke atas. Tetapi dari segi persaingan, janganlah hairan jika lebih ramai pelajar lepasan STPM yang sambung belajar ke bidang perakaunan adalah yang mengambil subjek ekonomi dan perakaunan. Dalam kebanyakan kes, subjek seperti geografi diguna sebagai syarat kelayakan mengganti perakaunan tetapi subjek ekonomi mesti diambil oleh pelajar STPM tersebut. Permohonan hanya akan dilayan jika syarat dipenuhi.

Begitulah sedikit sebanyak, pandangan, maklumat dan cadangan saya sebagai panduan pelajar lepasan SPM untuk memutuskan apakah hala tuju mereka seterusnya. Semoga berjaya.

Advertisements

244 responses

  1. Sifu, boleh bgtau ke snarai IPTA yg menawarkan asasi perakaunan??

  2. […] Lisha bertanya, “Sifu, boleh bgtau ke snarai IPTA yg menawarkan asasi perakaunan??” (Februari 25, 2014 at 1:44 pm)   Memang tak mudah mencari senarai IPTA yang menawarkan program asasi perakaunan hanya dengan […]

  3. Thanks sifu bagi info yg sgat diprlkan itu.

  4. sifu.
    saya pelajar lepasan spm 2013
    keputusan saya Bm A, Bi-B, Matematk- c+ Sejarah-B+ p.AKAUN- A E.ASAS- B+ A.MATH-LULUS DAN SEMUA SUBJEK LAIN B+.
    adakah saya punyai kelayakan untuk ke matrikulasi?

  5. sifu.
    keputusan saya pula Bm(B+) BI(C) SCN(A) ISLAM(A-) PA(A) ADDMATH(LULUS) SEJ(B+) EA(LULUS) MM(A-)
    adakah saya punyai kelayakan utk ke matrikulasi/ipta bagi bidang perakaunan?

  6. salam sifu,
    saya nak tanya satu lagi soalan.dalam slip spm saya ada tulis LCCI-5 . adakah saya perlu ke sekolah utk memohon sijil lcci?

  7. Baca syarat dan panduan mendapat sijil lcci di post sifu berkenaan dengannya. Tapi sekolaj tidak memegang sijil itu dan ia juga bukan percuma.

  8. Mohon saja. Layak memohon tapi sama ada terpilih amat bergantung kpd gred pesaing anda. Boleh juga cuba memohon diploma perakaunan. Jika anda melayu atau bumiputera, digalakkan memohon ke kptm atau apa-apa institusi milik Mara. Kalau tak silap ada pembiayaan kpd siapa yg layak. Kptm ada menawarkan program perakaunan yg hebat. Kolej milik baitulmal MWAIP juga ada. Jgn risau jika layak ada dermasiswa atau biasiswa. Cari maklumay lanjut ya.

  9. Mohon sahaja dan tunggu panggilan.

  10. terima kasih sifu 🙂

  11. Sifu, saya pelajar lepasan spm2013 yang mengikuti aliran sains di sekolah..Namun begitu, saya telah berubah fikiran untuk meneruskan pembelajaran dalam jurusan perakaunan…Saya ingin menanyakan sama ada mengikuti program setahun matrikulasi akaun ataupun diploma perakaunan kolej profesional mara?
    Adakah benar kalau lepasan diploma yang ingin menyambung degree dapat memendekkan tempoh degree?

  12. Syamimi, jika anda terfikir untuk terus ke program ijazah maka matrikulasi wajib jadi pilihan anda. Sebaliknya jika anda tidak kisah tidak ada ijazah tetapi ada kelayakan profesional spt dari ACCA spt yg diuruselia oleh MARA maka itu pilihan lebih baik dan lebih menjimat masa. Program diploma perakaunan juga amat baik utk ke ijazah. Kalau pelajar diploma sambung belajar ke ijazah di universiti yg sama selalunya pelajar boleh mendapatkan pengecualian jam kredit sekaligus memendekkan tahun belajar.

  13. Sifu, tawaran yang saya dapat itu Diploma in Accounting Kolej Profesional Mara….dy bkn program CAT-ACCA hanya diploma in acc….bolehkah saya hanya ambil diploma dan terus sambung CAT-ACCA tanpa ijazah…? Adakah selamat? Mohon pandangan Sifu antara matriks atau kolej prof mara…

  14. Kalau dah ambil diploma maka ia dianggap setara. Selamat memang selamat. Ramai akauntan yg ada ACCA shj. Lebih baik terus ke Cat ACCA shj kerana ia program profesional. Secara berperingkat akan jadi akauntan. Tapi saya sarankan awak pwrgi ke KPMARA tu dan berjumpa dgn kaunselor utk dapat nasihat khusus tentang program diploma dan CAT ACCA mereka.

  15. sifu, saya keliru untuk memilih diploma perakaunan di uitm ataupun matrikulasi perakaunan… mohon berikan perbezaan dan yang manakah lebih sesuai untuk saya ambil…

  16. Dua2 baik. Dua2 ke ijazah.

  17. sifu sye pelajar aliran sains dan tidak mengambil subjek akaun di sekolah.mudah ke untuk sye untuk mengikuti program perakaunan jika sye mengambil perkakaunan di KPTM

  18. Oh. Sudah pasti tidak mudah. Ia adalah kursus yg memerlukan usaha belajar yg berterusan dan penguasaan yg tinggi. Jika anda ada kualiti diri yg baik, cemerlang maka anda boleh menanganinya. Belajar fizik dan kimia pertama kali bukan? Kalaulah anda belajar dengan tekun dan jujur dalam spm dan cemerlang maka anda mampu. Nak kerjaya yg gerenti bergaji lumayan dan profesional maka semua itu memang susah. Go for it.

  19. saya pelajar sains yang mengambil biologi dalam SPM, namun saya dapati saya lebih meminati bidang perekaunan. apakah cadangan yang boleh saya guna agar saya dapat meneruskan pelajaran saya dalam bidang perekaunan dan bukan biologi.

  20. Selepas tamatnya Spm m ke mohonlah

  21. Nor Ashikin Zamri

    Saya seorang student lepasan CAT dan ingin sambung study . Tapi saya nak tahu sama ada boleh terus sambung degree dengan hanya menggunakan sijil CAT?

  22. Satakat yg saya tahu. IPTS terima CAT ke ijazah. IPTA pula belum menerima CAT sebagai syarat layak mohon ke ijazah. Tetapi hubungi KPM bahagian pwngajian tinggi utk dasar terkini.

    Selamat berjaya.

  23. Assalamualaikum sifu ..saya bekas pelajar spm 2013 dan pernah mendapat tawaran ke pengajian akaun di universiti. Tetapi saya menolaknya dan menyambung di stpm dgn kos geografi. Setelah saya tamat stpm nanti , masih bolehkah saya mengambil kos pengajian perakaunan di universiti dengan hanya menggunakan sijil spm ?mohon dibalas ..

  24. Awak dah ada stpm maka mesti gunakan sijil stpm. Tetapi semasa mengisi borang permohonan tu, memang kptsn spm turut diminta.

  25. Assalamualaikum sifu
    Sy ingin bertanya pendapat sifu…sy mmpunyai ijazah dlm marketing dr uitm dengan cgpa 3.10…apabila sy tamat belajar sy dapati amat sush untuk sy teruskn scope kerjaya sya dlm bidang yg sy belajar…apa yg sy lihat juga scope kerjya dlm perakaunan @ mpunyai asas perakaunan lbh dutamakn olh syarikt kini…so sy inginkn pndapat sifu sekiranya sy ingin menambah pengetahuan dan
    Kemahiran dalam perakaunan d kolej komuniti? Adakah ini satu langkah yang baik?komuniti?ada

    msa kini

  26. Utk peroleh kemahiran perakaunan, lebih baik awak ambil LCCI. atau cuba rujuk program profesional perakaunan spt CIMA, ACCA dsb utk belajar bidang perakaunan. Sememangnya mencati kwrja mencabar. Saya dah laluinya sebelum berjaya juga mendapat kerja di sektor swasta. Malah semasa bertukar ke sektor awam juga bukanlah mudah. Hanya jika ada kekosongan baru ada peluang utk kita masuk. Oleh itu bersabarlah dan sediakan diri dgn kemahiran lain juga. Semoga berjaya.

  27. Boleh ke pelajar aliran akaun mengambil aliran sains selepas spm sifu ?

  28. Tak. Peluang bertukar amat tipis dan hampir tiada terutama di aliran perdana pengajian tinggi. Tetapi jika anda ke politeknik, pelajar aliran sastera atau akaun berpeluang ke bidang kejuruteraan. Itu adalah salah satu pengajian aliran sains.

  29. which one is better.. cat or DIA.. adakah dengan cat saya boleh keja? keja then baru sambung acca..

  30. Kt Sekolah saya amik aliran sains tulen tetapi nk masuk sains sosial, malangnya x dpt kerana PT3 di sekolah saya amat mengecewakan, jika saya keluar kls ST hanya seorang lelaki yg tinggal. Kelas ini memerlukan 2 org lelaki untuk seorang ketua kelas dan saya dipaksa menjadi ketua pengawas …. tetapi ambil subjek tambahan Prinsip Perakaunan…. bagus x amik subjek tambahan? dan adakah wajar sekolah melakukan sebegini kepada saya?

  31. Sifu, saya nak tanye boleh? Saya sedang mengambil aliran akaun, bolehkah lepas SPM nanti saya belajar di overseas kalau dapat straight A dalam SPM? Saya baru lepasan PT3 tahun 2014 dan tidak beberapa pasti tentang hal ini. Kalau tidak boleh, boleh ke saya ambil subjek tambahan seperti kimia dan fizik???

  32. Sifu saya baru mendapat keputusan SPM…. Menggembirakan 10A huhu:
    BM(A-), BI(A-), Matematik(A+), Sejarah(A), Pendidikan Islam(A-) Matematik Tambahan(A+), Fizik(A+), Kimia(A), Biologi(A-), Prinsip Perakaunan(A+)…. saya minat subjek yang berkaitan matematik
    Saya minat akaun sejak kecil lagi, dimanakah saya patut pergi? Bolehkah saya mendapat biasiswa penuh??

    Hafiz: saya pun seperti awak aliran sains tulen ambil Akaun sebagai subjek tambahan kerana nk memegang ketua pengawas haha berebut jawatan(gembiralah dpt memgat jawatan)…. saya cadangkan awak mengambil subjek tambahan seperti saya…. Belajar sekurang-kurangnya 6 jam sehari

    Muaz: kamu telah mengambil subjek sains, maka kimia dan fizik tidak boleh diambil( pendapat saya tapi tidak berapa pasti)

  33. InsyaAllah. Selalunya utk students yg nak dapat tajaan biasiswa dan masuk Universiti terpilih maka kenalah buat rekod. 9 A+ atau lebih. Nak bayar sendiri, pun boleh. Maka cukup utk kredit dan pilih mana mana Uni di overseas yg sesuai dan terima keputusan Spm. Bayar yuran sendiri etc.

  34. Maaf Hafiz saya tak faham tulisan awak.

  35. Zalim semak tawaran biasiswa dgn pihak penaja persekutuan dan kerajaan negeri.

  36. Salam Sifu, Saya baru dapat keputusan spm 2014 Acc(B+), Physics(C), Addmath(C+),Chemistry(C). Adakah layak untuk mohon ke ipta?

  37. Salam. Izzazty Setakat ambil 4 subjek, maaflah memang tak cukup syarat memohon SAMBUNG BELAJAR pun. Cari kerja pun susah kerana orang ragu – ragu. Hehehe gurau…

  38. Salam sifu.Saya baru mendapat keputusan spm 2014 iaitu bm (Bt+) BI (C) Pendidikan Islam (A-) Sejarah (A-) Science (B+) Prinsip Perakaunan (A-) Ekonomi Asas (C+) Matematic (C+) Additional Mathematic (D).Saya ingin melanjutkan pelajaran untuk prinsip perakaunan.Diploma perakaunan uitm memerlukan minimimum bi (B).Layakkah saya memohon sifu? Diploma Akauntansi untuk poli premier saya mohon juga.Dip Akauntansi untuk poli laku tak? Institut baitulmal saya mohon juga.Saya tidak faham macam mana program dip perakaunan sedangkan itu institut. Mohon penjelasan dan pendapat di mana saya perlu mohon.Terima kasih.

  39. salam sifu, saya baru dapat keputusan spm 2014 . BM (A-) BI (C+) P.ISLM (B+) SEJARAH (B) MATH (A) SAINS (A) PRINSIP PERAKAUNAN (A) ADDMATH (C+) E.ASAS (C+) . adakah saya layak untuk memohon diploma perakaunan dan diploma perbankan di uitm?

  40. InsyaAllah anda berpeluang

  41. Institut turut tawarkan program profesional perakaunan. Poltek graduate tetap laku. Telah terbukti. Syaratnya cemerlang dalam bidang yg diikutinya.

  42. Salam, sifu. Saya lepasan SPM 2014.
    Saya nak tanya. Dalam slip SPM saya ada tulis:
    1119-7D
    3756(LCCI)- 4
    3756 Prinsip Akaun-A – LAYAK PENGECUALIAN ACCA-CAT-FA1.
    Apa maksudnya? Emmmm lg satu saya berminat nak ambil CAT tp BI saya lemah. Adakah ini menyukarkan saya utk ambil CAT, ni.

    Lagi satu…saya bukan dr keluarga yg senang. Betul ke utk masuk CAT ni mahal? Tp saya sangat brminat. Mcm mne, ye?
    TQ:)

  43. Sifu, maaf kerana tulisan saya sebelum ini tidak difahami sifu,

    Sebenarnya saya mendapat 7A 2B 1C dalam PT3, iaitu:
    Bahasa Melayu(Bertulis)[A] – 82
    Bahasa Melayu(Lisan)[A] – 93
    English(Bertulis)[B] – 76
    English(Lisan)[A] – 84
    Matematik[A] – 98
    Sains[B] – 71
    Kemahiran Hidip[A] – 85
    Pendidikan Islam[C] – 69
    Sejarah[A] – 95
    Geogarfi[A] – 92
    Menyedihkan hanya saya seorang sahaja yang mendapat keputusan PT3 7A di sekolah saya, 6A = 0, 5A = 18 orang. Maklumlah sekolah kampung harian biasa.

    Kerajaan telah mengeluarkan surat syarat minima untuk memasuki aliran Sains Tulen, iaitu gred C untuk subjek Sains dan Matematik. Manakala, di sekolah saya hanya 2 orang lelaki dan 23 orang perempuan yang layak.

    Saya minat dalam bidang Akaun, saya pun memohon daripada sekolah untuk memasuki aliran Sains Sosial. Malangnya, permintaan saya dihalang oleh semua guru terutama guru pengawas kerana hendak menjadikan saya sebagai ketua pengawas atas sebab keputusan PT3 saya baik. Ketua pengawas hanya dipilih di kelas Sains Tulen sahaja, jika saya pindah dari kelas Sains Tulen maka akan berlaku konflik. Saya pun tidak berminat untuk menyandang jawatan ketua pengawas sebenarnya tetapi saya dipaksa.

    Kesimpulannya, saya dicadangkan oleh semua guru untuk mengambil subjek Prinsip Perakaunan sebagai subjek tambahan. Saya ingin bertanyakan kepada sifu adakah patut sekolah melakukan sebegini kepada saya? Adakah mengambil subjek tambahan bagus?

    Zaim: Tahniah kejayaan SPM anda. Maaf, Saya tidak mampu untuk belajar sehingga 6 jam sehari kerana saya datang dari keluarga yang susah. Internet pun menggunakan internet jiran. Harap maklum.

  44. Hafiz: Maaf kerana saya tidak tahu latar belakang keluarga kamu. Kamu dari sekolah kampung lebih mudah untuk sambung belajar berbanding sekolah bandar. Betul tak Sifu??? Jangan berputus asa

  45. Hmm. Ni kena berbincang dgn kedua ibu bapa dan guru. Di sekolah saya kami ada 11 org pelajar sains tulen yg belajar PA sebagai subjek elektif. Dibenarkan sejak sekian lama. Namun mulai spm 2016, telah ditarik balik.

  46. Saya pelajar lepasan Spm 2014 yang mendapat keputusn yg tk memberangsangkan.
    Bm B+, Bi D, Mt E, Sc C+, Agama B, Sej D, P’dagangan E, Sains Sukan E dan Akaun G.
    Tp saya sebenarnya minat dlm bidang perakaunan tp akaun saya failed. Layakkah sy kalau ambil course ACCA di kptm?
    Mohon penjelasan

  47. Maaf. Sukar utk layak memohon program tu. Minat tak sama dgn kemampuan belajar mahupun mencukupi utk mengatasi keupayaan diri. ACCA silibus lagilah tinggi. Tetapi awak boleh membiayai sendiri pembelajaran LCCI tahap 1 di mana2 pusat latihan atau kolej yg tawarkan LCCI. dari situ awak bangkit semula utk ke ACCA atau terus ke LCCI CAT. ada rezeki di mana mana. Yang penting usaha dan berjanji berubah dari pelbagai aspek termasuk kaedah belajar awak. Semoga berjaya.

  48. Sifu, kenapa x jawab prtanyaan saya? Saya betul2 perlukan jwapa sifu. Tq:).

  49. Fiza, belajarlah apa yg kamu sukai. Memanglah CAT tu kalau bayar sendiri boleh tahan juga tetapi itu namanya usaha. Kalau nak juga belajar ACCA CAT ada juga tawaran di kolej baitulmal MAI Wilayah Persekutuan, KPTM dan selainnya. Dalam hal dua pertama tu siap boleh mohon pembiayaan pengajian jika mencukupi syarat. Mohonlah dan tawakal lah kepadaNya.

  50. LCCI tahap 1 ada ditawarkan di KPTM ke? And kalau ada, bolehkah saya memohon pinjaman MARA? Lepas saya ambil LCCI tahap 1, kena sambung ke tahap 2 & tahap 3 eh?
    Lastly, lps saya ambil LCCI, boleh ambil ACCA atau terus ke LCCI-CAT, so antara dua ni, mana lg bagus sy kena ambil? Apa beza dua tu?
    Mohon penjelasan lg

  51. And berapa tempoh masa belajar LCCI ni?

  52. Tentang itu maklumat lebih sahih adalah dari laman desa wang LCCI dan ACCA. Sila baca dan fahami. Tentang pinjaman MARA pula baca di laman sesawng KPTM.

  53. Hmm… sifu,
    Jika saya mahu mendapat biasiswa dari pihak penaja persekutuan dan kerajaan negeri, saya perlulah teruskan di dalam bidang Sains atau Matematik.Oleh kerana saya mendapat A+ dalam fizik, Matematik tambahan dan Matematik Moden. Saya digalakkan untuk menjadi Pemandu Kapal Terbang. Saya pula takut untuk menaiki kapal terbang kerana MH370 dan MH17.

    Jika saya hendak pergi ke bidang akaun saya tidak akan mendapat tawaran biasiswa kerana terlalu ramai yang memohon. Apa pendapat sifu?

  54. Zaim lebih baik beristikharah. Berbincang dgn ibu bapa hala tuju diri sebenar. Itu lebih baik. Kalau benar ada tawaran biasiswa maka itu rezeki.

  55. salam sifu .,saya nak tanya..saya kelas aliran akaun tp kelas saya x ada add math..boleh ke saya smbg blajar nnt dlm bidang perakaunan?

  56. Hmm, tak pastilah pula sekarang ini. Setahu saya utk ke program matriks mesti syarat tu ada. Mungkin diploma tidak perlu tetapi lebih baik awak hadirkan diri ke program “Jom masuk U” di tempat anda dan bertanyakan ipta yg hadir dalam program Jom masuk U itu.

  57. Sifu , saya bdak sains tulen dan bercadang nak ambil diploma in acc and finance d kptm . Dan saya bercadang nak ambil acca slpas diploma . Berapa tempoh masa sepanjang pengajian saya ? Dan ada keistimewaan tak bwat budak diploma berbanding asasi dan bdak yg ambil cat-acca ? Sebab diploma bljar 3 tahun? ada keistimewaan apa2 tak kalau sambung acca ?
    Dan mana lagi ok bagi saya :
    – diploma ➡acca
    -diploma➡ijazah➡acca
    Apa beza kedua duanyaa?

  58. Soalan yang amat menarik? Saya fikir lagi baik Nurulizzany rujuk terus ke KPTM. Secara peribadi saya fikir lagi baik awak terus ke program ACCA tanpa perlu ke peringkat Diploma. Awak mula dari tahap pertama dan akhiri ke level tertinggi yg ditetapkan oleh KPTM utk layak pentauliahan ACCA sebagai Akauntan Awam Bertauliah, CPA.

  59. Trima kac sifu infonyaaaaa 😄 . Kalau saya dah apply bidang diploma in acc and finance d kptm , agaknya bole tukar kos tak d sna nnty?

  60. Kena tanya KPTM. sebab mereka ada authority. Oh ya, program profesional tu kalau tak silap lah, dikatakan terhad bilangan student dan juga untuk selected calon. Tak semua pemohon akan dapat automatik. But I may be wrong.

  61. Sifu ,saya nak tnya lagi . Hehehe . Kalau saya ambil diploma d kptm . Ipta/ipts mana yg bole saya apply utk ijazah prakaunan? Ada kha tiada transfer kredit atau ttap blajar selama 4 tahun utk ijazah? Saya ada dngar ura2 mngatakan bhawa bdak diploma ssah nak smbung degree , btol kha?

  62. Transfer kredit tu tertakluk kpd polisi universiti. Pastinya UITM beri peluang transfer credit dari KPTM dgn syarat gred tertentu. Maklumlah samasama di bawah MARA. Tetapi bukan asal lulus. Ikut gred. Budak diploma MEMANG SUSAH sambung degree kalau CGPA bila graduat sama macam budak pemalas. Patutkah diutamakan lepasan DIPLOMA yg hanya lulus 2.000? Atau CGPA akhir 2.222? Tu seumpama pelajar SPM yg hanya dapat gred D/E semua subjek. Lulus sahaja. Hehehe. So kenali diri. Kalau jenis yg belajar dan jawab exam asal lulus, baik tak payah sambung belajar. Pandangan sifu.

  63. Sifu , saya nak tnya lepasan ijazah accounting , kerja sbagai apa shaja? Contohnya? Luas tak peluang pkerjaan jika hanya ada ijazah in accounting ? Saya nak tnya , ASIA PASIFIC UNIVERSITY tuuu ok tak kalau saya nak smbung bljar account d U trsebut ? Harap sngat sifu dpat jlaskn . 😣

  64. Kerjaya yg boleh diceburi InsyaAllah banyak. Pilihlah mana satu selepas tamat pengajian. Tentang universiti yg ditanya tu saya tidak mengetahui kedudukannya. Namun saya sarankan anda semak status pengiktirafan MQA untuk mana mana program ijazah di universiti tersebut. Ianya mudah diperoleh melalui laman sesawang rasmi MQA.

  65. sifu ,saya nak tanya .. akaun saya dapat A , tapi add math saya gagal .. yg lain semua kredit..saya boleh sambung CAT tak sifu ?ataupun saya kena lupakan cita 2 saya..saya minat sangat dengan perakaunan .. .harap sangat sifu dapat jelaskan ..terima kasih

  66. CAT ni program organisasi luar. Ia tidak terikat dengan syarat ditetapkan melalui kuasa Akta AUKU. Berbeza dgn IPTA, LCCI dan ACCA mengikat dengan Akta Akauntan dan undang2 lain. Oleh itu syarat pengambilan pelajar berbeza. Namun begitu pusat pengajian boleh tetapkan syarat tambahan untuk mendapat enrolment pelajar berkualiti. Umumnya mereka tidak menetapkan MT mesti lulus. Tetapi rujuk pusat pengajian yang akan anda mohon.

  67. Assalamualaikum, Sifu. Saya pelajar lepasan SPM 2014. Saya dapat 4A(BM,MT,SJ,PEN.ISLAM) 2B(BI,ADDMATH) 3C(PHY,CHEM,BIO). Saya ambil subjek sains tulen ketika Form 4 & 5. Tetapi kini, saya berminat untuk mengambil bidang perniagaan yang lebih ke arah akaun. Ketika saya Form 3, saya pelajar perdagangan dalam subjek KH, yang mana saya ada belajar akaun. Jadi, bolehkah saya mengambil bidang perniagaan. Bagaimana?

  68. Walaikumsalam. Mohon saja. Ada rezeki maka adalah tawaran untuk program sedemikian. Maklumlah ramai juga pemohon dari kalangan lepasan spm yg mengambil subjek ekonomi, perdagangan, prinsip perakaunan, dsb nya yg bukan di aliran sains. Selayaknya mereka didahulukan kerana mereka pula tidak berkelayakan memohon program khas aliran sains seperti matrikulasi atau asasi, kecuali kejuruteraan melalui program diploma di politeknik.
    Tetapi selalunya pelajar aliran sains turut berjaya mendapat tempat dalam aliran perniagaan, ekonomi mahupun perakaunan. Oleh itu mohonlah dan bertawakal. Jika dapat maka bersyukur. Tak dapat harus redha. Wallahualam

  69. Sifu
    Kputusan saya bm:B+ bi:D sej:B pi:B maths:A- sc:A- tapi saya tiada ambil akaun add maths. Bole ka saya masuk akauntasi politeknik?

  70. Sifu, saya pelajar aliran sains tapi tidak mengambil subjek biologi dan menukarnye dgn subjek akaun. Keputusan akaun saya semasa spm tk kredit. Sekarang saya berminat untuk masuk ke ipta yg menawarkan kos akaun. Adakah saya layak untuk masuk ke ipta? Adakah pelajar yg layak masuk ke pemgajian perakaunan hanya untuk yg mendapat kredit ke atas?

  71. Boleh mohon. Terserah selepas itu kpd pihak politeknik.

  72. Yana boleh mohon walau hanya lulus PA, dan terserah IPTA melalui UPU menentukan calon yang layak. Dari segi rasional sepatutnya calon dengan keputusan PA Spm yg terbaik diutamakan mendapat tempat belajar dalam mana mana program berkaitan perakaunan dan kewangan. Zaman sekarang persaingan pelajar cemerlang dan Rajin Dan berprestasi tinggi adalah amat sengit untuk program program kritikal termasuk program perakaunan.

  73. boleh ka kalau pelajar sains tulen terus ambil CAT-ACCA selepas SPM? susah tak nak catch up?

  74. Boleh. Ada duit kan? Pembiayaan selalunya sendiri. Memang susah. Tapi jika ada iltizam maka pasti ada usaha. Betul tak.

  75. ohhh..betul3.. tp, adakah asas akaun akan diajar semula semasa mengikuti program CAT?

  76. Jika mula dari level 1 maka ya.

  77. ohhh…ok..macam mana seseorang itu boleh terlucut kelayakan keahlian sebagai ahli pertubuhan perakaunan?

  78. Kesalahan jenayah; melanggar etika; meninggal dunia; sukarela keluar; tak bayar yuran keahlian. Itu antaranya.

  79. Sifu , saya hendak tanya beberapa soalan . Harap sifu dapt bantu . Bkan saya yg tnya . Rakan .
    1 . Mengapa masa mengambil ACCA lbih cpat jika sambung CAT-ACCA berbanding asasi+degree dan dip+degree ?
    2 . Ada kah pelajara yg kita bljar semsa ambil CAT-ACCA dgn foundation+ACCA atau dip+ACCA adalah sama?
    3 . Jika seseorg itu ambil CAT-ACCA ttapi dia tak lulus ACCA , adakah dua bole bekerja dgn sijik CAT shaja ?
    Mohon penjelasan sifu 😄

  80. 1. Silibus ACCA ditetapkan oleh organisasi itu sendiri. Tahukah anda, anda boleh ambil utk sesuatu level pada bila2 masa apabila iklan dah keluar. Anda juga boleh belajar sendiri.
    2. Tak.
    3. Boleh. Tahukah anda CAT tu ditawarkan oleh LCCI mengikut standard dan silibus mereka dan juga ACCA mengikut standard dan silibus mereka. Kedua2nya diperakui sebagai memenuhi kehendak industri.

  81. yang manakah lebih baik?
    1.matrik>acca
    2.matrik>degree>acca
    3.cat-acca>acca
    adakah sijil cat lebih diutamakan berbanding diploma dalam mencari pekerjaan?.
    adakah sijil cat boleh digunakan untuk mencari kerja kerajaan?.

    saya sedang konfius…takut tersalah buat pilihan

  82. lepas buat cat-acca boleh ke buat degree lepas tu baru sambung acca?

  83. Bergantung kepada industri dan bakal majikan. Tangga gaji juga berbeza. Nak cepat. Pilihan 3. Diploma perakaunan tetap ada nilai pasaran kerana silibusnya tetap relevan dan melengkapi graduan diploma. Dgn Diploma perakaunan graduan boleh bekerja dalam pelbagai industri dan jawatan yang tidak semestinya melibatkan akaun.

  84. Kenapa nak ke degree accounting sedangkan seseorang dah ada CAT dan berniat ke ACCA?

  85. 1….Syarat minimum untuk CAT?

    2….Lepas dapat CAT… kerja dulu then baru sambung ACCA…boleh ke?

  86. MATRIK OR CAT IS BETTER…..SAYA CONFIUS LAH

  87. 1. Kena rujuk LCCI atau ACCA sendiri.
    2. Boleh. Tak ada masalah.

  88. Bicara dengan hati. Apa kehendak diri. Nak ijazah? Maka matriks lah jawapannya. Nak terus ke bidang kerjaya akaun, maka CAT dan mampu biaya sendiri maka ia salah satu jalan ke arah kerjaya dalam bidan akaun.

  89. Assalamualaikum Sifu.
    Saya nk tanya,
    1) Matrik →Degree→ACCA
    2) Diploma →Degree→ACCA
    3)CAT→ACCA
    Antara 3 laluan tersebut, yang mana lebih menguntungkan dari segi; memohon untuk bekerja slps tamat belajar & keuntungan jangka panjang ?

    Sifu, antara 3 laluan tersebut, laluan manakah yg memberi peluang untuk saya (seorang pelajar) melanjutkan pelajaran ke luar negara ?

  90. Waalaikumsalam. Ketiga tiga membawa peluang cerah membina kerjaya.
    Menariknya dengan adanya ACCA awak tak perlu sambung belajar lagi. Kecuali lah awak nak juga sambung ke peringkat Master atau PHD. Setahu sayalah. Tahniah kerana memilih kerjaya perakaunan profesional.

  91. Sifu..antara:
    1.tamhidi PERAKAUNAN DAN muamalat(USIM)
    2.matrikulasi akaun n9

    Mana yg lebih bagus?? Saya keliru.

  92. Apa minat Faris? Tahmid tu spt asasi kan? Ok kot.

  93. sifu, saya skrg dpt twrn utk pergi ke kptm dlm course acca-cat dan saya jgk dpt twn ke matrikulasi. jd, saya nk tanya sifu yg mn lg slmt? slps tu, saya jgk ingin tanya kalau saya smbung matrik, blehkah saya smbung acca-cat lps tu jgk? ataupun sifu ada cdgn lain utk saya smbung di degree dlm bidg akauntn nnti? saya ni nk jd akauntan brtauliah.

  94. Sakinah tak perlu ke matriks. Dalam tempoh 3 tahun InsyaAllah akan selesai CAT dan…. dan. .. dan ACCA. Kalau ambil matriks kemudian ke ijazah kemudian ke ACCA sehingga tamat ambil 8 tahun. Menurut wakil ACCA, tempoh terpendek ialah selepas SPM terus 1 tahun CAT-ACCA dan jika dah pass layak ke ACCA. InsyaAllah dgn usaha yg sungguh2 akan selesaikan semua paper ACCA 2 tahun.

  95. ok. trima kasih sifu ats cdgn sifu.

  96. sifu, satu lg soalan.kalu smbung acca-cat xleh jd cikgu kn? soalan dr kawan saya yg dpt twrn yg sama.

  97. Memang tak. Lupakan nak jadi cikgu. Sekarang pun kementerian ambil guru terus dari Ipg atau ipta pengajian pendidikan, hampir tiada sudah program. KPLI. Guru akaun pun daru ijazah pendidikan (perakaunan). Bukan lagi dari pure accounting yg ditawar jadi guru. Dulu cerita lain

  98. oh. ok sifu. trima kasih. nnti saya bg tau kwn saya tu. ^_^

  99. Assalamualaikum . Sy dpt tawaran scholar dri baitulmal untuk LCCI . Ada yg ckp lcci ni tak laku dekat malaysia , ap pndangan sifu? Lps dpt lcci boleh proceed untuk ambik ape ye? Mana lagi bagus lcci or acca?

  100. Walaikumsalam. Masalah sekarang ialah LCCI setakat level 4. Bila nak continue utk ambil kelayakan ACCA, terpaksa ulang semula CAT-ACCA. Sifu pun tak faham kenapa perkara begini berlaku. Apa pun jika seseorang hanya ingin mencari pekerjaan peringkat perkeranian perakaunan, maka LCCI sudah memadai.

  101. sifu,sy pelajar lepasan spm 2014.. mm(A+),bm(A),PM(A),addmath(A-),sj(A-),fiz(b+),bi(B),kim(B),Bio(C+).. sy minat dengan akaun,tapi sy tak ambil subjek prinsip akaun.. adakah sy layak utk sambung belajar dalam akaun?

  102. InsyaAllah peluang ada. Mohonlah.

  103. sifu, dekat slip spm saya ada tertulis

    ” 3756(LCCI) – 4
    3756 PRINSIP PERAKAUNAN – A – LAYAK PENGECUALIAN ACCA-CAT-FA1 ”

    Apa maksudnya sifu? adakah saya tidak boleh mengambil CAT ? kerana saya bercadang ingin menyambung CAT-ACCA di kolej baitulmal.

  104. Maknanya kalau awak belajar utk program CAT ACCA, awak dikecualikan kertas FA1. Terus ke paper lain.

  105. Assalamualaikum sifu , patut ke belajar lcci then lepas dah hbis lcci baru ambik CAT then ACCA ? atau pun terus buat CAT ? kalau belajar LCCI dekat institut profesional baitulmal ni sijil di terima atau pun tak? sy konfius lah sifu . 9 mei ni nak kena daftar dekat IPB . tp still tktahu nak buat keputusan. LCCI ni sgt mencabar kan sifu?

  106. Nasihat kena rujuk jawapan sifu sebelum ini.

  107. sifu saya dapat tawaran ke dip. perakaunan di kptm, tawaran ke institut baitulmal bidg CAT, tawaran ke matrikulasi perakaunan dan dip.statistik di uitm. Saya nak tanya jalan mana yg selamat boleh sambung ke ijazah perakaunan? dip.statistik tu tak boleh sambung ijazah perakaunan ke sifu?

  108. Better ke CAT sekarang ni lagi laku. Tapi tu CAT-ACCA atau Apa?

  109. sifu, CAT-ACCA dkt institut baitulmal . ada beza ke sifu dgn CAT dkt kptm ?

  110. Assalamualaikum. Sifu saya lepasan spm. Sy tak ambil akau ataupun addmath. Tapi sy dpt tawaran swsta dlm bidang prakaunan. Boleh ke saya masuk walpun saya tak belajar basic ?

  111. Sifu, sye dpt twrn matrik perakaunan dan diploma sistem mklmt perakaunan di uitm … mane yg ok untk smbng ijazah perakaunan?? Mohon dibalas

  112. Eiqa, jika anda yakin boleh mengusahakan gua 3.900 di akhir matriks then go for matriks. It is good for you.

  113. Salam sifu . sy pelajar lepasan spm 2014 . sy dapat tawaran ke matrikulasi dan uitm (dip) . kedua duanya didalam jurusan perakaunan . sy berminat nak ke matrik kerana lebih cepat berbanding dip selama 3thn . tetapi, sy kurang yakin dgn kemampuan sy untuk ke matrik yg pembelajarannya sgt padat . tambahan pula ramai yg ckp kalau memang berminat nak sambung kos akaun better ke diploma . oleh itu, suka sy untuk mendapatkan pendapat drp sifu kemana harus sy pergi , matrik ataupun diploma ?

  114. Walaikumsalam. Fitrah tahu tak ada yg lebih baik dari itu? CAT ACCA. Bila ke matriks mestilah dgn tekad akan buat yg terbaik dan graduat sebagai calon yg terbaik. Adakah dgn ke diploma awak tak perlu lagi belajar utk cemerlang? Sekarang ini bukan sekadar lulus dan graduat dari diploma tetapi kecemerlangan yg majikan ‘kaya’ cari. Dalam akaun yg ditawarkan gaji tinggi adalah individu yg ada bachelor perakaunan, dan lebih tinggi lagi gaji untuk individu yg memperoleh ACCA qualification.

  115. Sy xtau punn pasal CAT ACCA tuuu . 😭😭😭 sy hanya mohon matrik dan upu selebihnya ipts . sy tau belajar kat mana2 pun kena tekad bersungguh sungguh tp pendapat bnyak pihak mematahkan semangat sy untuk ke matrik . sy lebih memandang kpd peluang yg akan mencerahkan masa depan sy iaitu diploma yg dikatakan lebih baik berbanding matrik . sy masih belum membuat keputusan . jadi, adakah sifu lebih menggalakkan sy ke matrik ?

  116. Jika pasti nak ke ijazah perakaunan, berani kan diri ambil jalan singkat iaitu matriks. Diploma tu 3 tahun, memang layak juga sambung ke ijazah. Umpama nak lari atau nak jalan kaki. Sanggup lari, maka cepatlah sampai ke check point. maka itulah matriks, cepatlah ke ijazah perakaunan. Cuma lagi mesti CGPA tinggi nanti spy dapat offer ke accounting degree. As simple as that.

  117. Sifu , saya nak tanya .. saya sekarang sambung ke tingkatan 6 , di sekolah saya matapelajaran perakaunan tak ditawarkn . Boleh ke saya sambung degree dalam bidang perakaunan?

  118. Terima kasih sifu atas nasihat . kini sy lebih yakin dgn keputusan sy . terima kasih juga atas maklumat2 yg diberikan .

  119. Boleh asalkan syarat dipenuhi. Antaranya ialah pelajar yg memohon memperoleh gred B+ ekonomi STPM.

  120. Slm sifu , saya nak tanya . Kalau skirany sekolah saya tak ada matapelajaran perakauanan & ekonomi , masih boleh ke saya ambil degree bidang perakaunan? Apa yg saya perlu buat T.T . Saya baru pindah sekolah dsini T.T

  121. Kalau tak silap saya, subjek PP dan geografi. Paling kurang lah tu. Selain itu walaupun boleh memohon ke ijazah perakaunan selepas stpm tetapi mengambil kira persaingan tiga penjuru – matriks/asasi, STPM dan Diploma – , maka setakat yg sifu maklum semakin tipis peluang seseorang itu jika tidak mengambil satu subjek STPM spt ini: Perakaunan, Ekonomi, P.Perniagaan dan Geografi. Tapi mungkin juga ada subjek pengganti lain yg sifu tak maklum. Sila rujuk kaunselor atau google Internet “kelayakan ke ijazah perakaunan lepasan stpm”. Ada syarat minimum dan syarat khas. Fokuskan kepada syarat khas ok.

  122. salam sifu, saya berminat nk ambil bidang perakaunan…. tapi saya teringin sngt nk study kat overseas, dngr citer ramai juga pelajar malaysia ambik course ACCA ni kat luar negara… mcm mana tu eh.. saya lepasan SPM 2014. kalau saya ambik CAT kat MAlaysia and smbung ACCA kat Overseas boleh ke?? ada jalan dia ke??
    minta penerangan lebih lanjut,
    thanks

  123. Walaikumsalam. SAss, ada wang memang boleh belajar ke luar negara. Tak cukup wang keluarga? Mohonlah biasiswa atau pinjaman pelajaran utk belajar ke luar negara. Selalunya pelajar yg cukup syarat berpeluang dapat biasiswa seperti itu. Jika tidak, maka sukarlah untuk belajar free.

  124. Sifu ,
    saya ingin tahu apakah perbezaan akaun dgn perbankan ? kerana saya mengalami kesulitan memilih jurusan untuk smbung belajar nnt . Harap sifu dpt membantu .

  125. Niesa, dah jelas dari perkataan pun yg bidang itu berbeza. Umpama beza sekolah dengan kolej. Accounting lebih besar bidang kerjaya berbanding perbankan. Banker tak boleh mengesahkan akaun perniagaan, tetapi akauntan boleh sahkan akaun perniagaan termasuklah bank sendiri. Wallahualam.

  126. As salam sifu, sy nk bertanya, sy SPM Sains Tulen MRSM. Dpt tawaran ke Matrikulasi aliran sains. Sy juga dapat tawaran ke Kolej Profesional MARA jurusan diploma perakaunan. Sehingga kini saya masih keliru mana satu yang patut sy pilih. Sy takut untuk meneruskan pembelajaran di matrikulasi kerana tempohnya hanya setahun. Sy juga tidak pasti hala tuju slps KPM. Harap dapat membantu.
    Terima kasih.

  127. Walaikumsalam. Dzura minat untuk menceburi bidang dan kerjaya perakaunan? Jika ya maka terimalah KOLEJ. Jika tak pasti maka masuklah aku matriks. Selepas setahun boleh menilai semula kerjaya pilihan.

  128. Salam sifu . maaf, sy ingin bertanya . adakah seseorang pelajar yg tidak mempunyai basic Akaun (tidak mempelajari prinsip perakaunan di peringkat sekolah) mampu menyambung ke asasi yg melibatkan pelajaran Akaun seperti asasi ekonomi dan pengurusan ?

  129. Walaikumsalam. InsyaAllah memang boleh. Bukankah awak dah ada kemahiran belajar? Potensi diri ada pada anda.

  130. kalau kita ambik diploma akuntansii..kita akn study subjek apew ea???

  131. Zanna, kandungan kursus pelbagai. Paper akaun, ekonomi, pengurusan, pemasaran, dan banyak lagi. Silibus juga termasuk program wajib tawar dan lulus termasuk English, kenegaraan Malaysia.

  132. Assalam sifu.
    Boleh ke bagi lepasan matrik perakaunan terus sambung ACCA ? Ataupun lepasan matrik tersebut perlu continue degree dulu before ACCA ?
    Mohon pencerahan. Terima kasih

  133. Lepasan matriks TIDAK BOLEH terus ke ACCA. Sama ada sambung terus ke ijazah perakaunan atau mohon dan belajar CAT-ACCA. Kemudian barulah boleh mengikuti ACCA Qualification.

  134. Lepasan spm blh terus ambil cat. Bagaimana pula lepasan matrik ? Adakah masih seperti lepasan spm (blh ambil cat) ? Kalau sy bertekad nak ambik cat lepas habis matrik, bagaimana pula silibus & pembelajaran ? Adakah masih sama seperti lepasan spm or mcm mn ?
    Mohon penjelasan. Terima kasih

  135. Ya. Tak ada beza. Twtap ambil paper CAT-ACCA yg sama tanpa pengurangan. Sebab itu sesiapa yg berniat nak ambil ACCA Qualification, CAT-ACCA laluan terpantas, hanya 1 tahun. Lepas tu 2 tahun shj untuk lengkapkan ACCA. INSYAALLAH. Oleh itu, kini dinasihatkan seseorang individu yg berminat menjadi seorang akauntan itu tak perlu ke matriks, asasi, Tingkatan 6 atau diploma. Hanya PEMEGANG bacelor atau ijazah perakaunan boleh terus ke ACCA. Lulusan bawah dari itu kenalah lalui syarat lulus CAT-ACCA semua paper.

  136. Assalamualaikum..sifu,sye nk tnye..sye dpt twrn kos dip akaun dekat KPM BERANANG dan dip kewangan dan perbankan islam di POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR,.sifu rse mne yg ptut sye plih?dan mengapa?

  137. Walaikumsalam. Awak berminat nak ceburi bidang apa? Itu boleh membantu Nurin membuat keputusan lebih bijak. Kedua-duanya amat baik.

  138. Assalam…di antara tawaran cat-acca di ipb dan kptm, yang mana satukah pilihan terbaik dan apakah beza antara kedua-duanya? T.kasih.

  139. Salam,sifu,saya lpasan SPM 2015,saya ingin mngikuti Diploma Perakaunan di UITM,bleh kah saya sambung pngajian ACCA slepas Diploma? Atau lpas Degree lbih selamat??

  140. assalammualaikum sifu, cikgu saya ada memberi cadangan utk masuk matrik/stpm, selepas itu CAT and then ACCA. sifu boleh terang kpada saya dgan lebih jelas?

  141. Walaikumsalam. Sekarang ini jika mampu atau ada peluang, lebih baik terus ke CAT-ACCA. tak perlu buang masa ke stpm atau matriks. Ini kerana utk mendapatkan kelayakan ACCA, pilihan yg ada hanyalah melalui Cat-acca dan ijazah perakaunan. Yang paling pantas, 1 tahun sahaja ialah CAT-ACCA. melalui ijazah ambil masa antara 5 hingga 7 tahun (selepas tamatkan matriks/stpm/diploma ). Tetapi jika tak mampu, risau atau tiada tawaran maka ikut lah cadangan cikgu Anis. Pelan pelan pun masih ok.

  142. Walaikumsalam. SPM 2015 tak lepas lagi.

  143. Walaikumsalam. Ann katmin. Pada saya sama saja. Beza lain ialah penajaan. Biasiswa atau pinjaman.

  144. Oh ya, lepasan diploma still kena ikuti CAT-ACCA. Lepasan ijazah perakaunan perlu. Dari aspek lain, utk kerjaya bidang akaun selain dari akauntan, maka ijazah lebih baik berbanding hanya kekal pemegang diploma.

  145. Assalamualaikum sifu , saya pelajar diploma perakaunan. Berapa cgpa yg diperlukan kalau saya mahu sambung acca?

  146. Dari diploma pelajar masih perlu duduki CAT-ACCA sebelum bokeh mengikut program kelayakan ACCA. Maka CGPA tak relevan. Harap awak faham maksud sifu.

  147. Salam sifu.. Saya dapat tawaran CAT di baitulmal Dan diploma perakaunan di uitm.. Yang mana lebih baik untuk menjadi chartered accountant?

  148. Walaikumsalam. CAT yang apa? Kalau CAT-ACCA maka itu pilihan terkini. Teruskan.

  149. CAT dalam kurungan CAT-ACCA .. Cikgu.. CAT Ada banyak Jenis ke? Yg saya punya 1 tahun setengah sahaja.. Maybe lepas CAT tu akan sambung ACCA.. Betul ke Cikgu?

  150. Ya. Itu adalah tawaran yg baik. Tawaran tu hanya belajar atau berserta pembiayaan? Selalunya selepas CAT-ACCA berpeluang belajar utk ACCA qualification.

  151. Pembiayaan? Maksudnya? Saya InsyaAllah dapat biasiswa baitulmal sbb saya ni golongan kurang mampu.. Cikgu kalau lepasan CAT peluang kerja apa yang saya boleh mohon? Dan kalau sambung ACCA berapa tahun ya?

  152. InsyaAllah individu yg memiliki CAT-ACCA layak bekerja sebagai ketua kerani akaun, pembantu pegawai akaun, dan sesetengahnya ada yg beri jawatan eksekutif. Setahu saya ACCA untuk selesaikan semuanya ambil masa 2 tahun. Boleh belajar dan duduki exam ACCA walaupun sedang bekerja. Yang menariknya, orang yg bekerja dalam bidang perakaunan dan memiliki CAT-ACCA boleh menggunakan tempoh bekerja itu sebagai melengkapkan syarat bekerja minimum 3 tahun untuk dapat CPA. Baca di laman web ACCA Asia tentang itu. Oh ya, belajar bersungguh dan jadikan wang biasiswa bersumberkan zakat itu berkat untuk anda. Semoga Allah permudahkan anda merancang kejayaan dunia untuk akhirat.

  153. Terima kasih Cikgu untuk tunjuk ajar yg diberikan serta nasihat yang berguna.. Walaupun hanya melalui blog sahaja.. Saya hargai.. Selamat hari guru ya Cikgu! Semoga Allah berkati atas usaha Cikgu ☺☺

  154. Sama sama. Terima kasih atas ucap selamat.

  155. Sifu, saya dari aliran sains spm 2014 dpt tawaran CAT-ACCA dgn biasiswa di IPB. Adakah saya mampu amik kos ni walaupun tiada asas akaun?

  156. sifu.saya mndpt twrn di UIAM dlm asasi ekonomi. akn dftar pd 31 may.then saya dapat twrn scholar mara CAT-ACCA di kptm.mne yg lbih baik?dan boleh explain prjlnn CAT ni? smbung ACCA di kptm yg sme atau prlu isi prmohonan yg bru?

  157. Pada masa kini, berdasarkan taklimat ACCA kpd guru2 di Sabah, saya berpandangan lebih molek meneruskan bidang perakaunan secara laluan program profesional. Insyaallah, CAT-ACCA mengambil masa 1 – 1 1/2 tahun. Selepas itu ACCA qualification utk tempoh 2 tahun. Jika lulus semua paper lah. Lepas belajar bekerja dalam bidang perakaunan dan kewangan dgn gaji lumayan. Kemudian sambil bekerja kumpul jam kerja akaun 3 tahun, selepas itu layak menjadi CPA. Dalam kerjaya perakaunan, memiliki kelayakan profesional lebih tinggi nilainya daripada ijazah perakaunan. Sebab itu kebanyakan graduan perakaunan turut menduduki ACCA selepas tamat. Tapi itulah bezanya, masa yg panjang jika melalui laluan ijazah perakaunan kemudian ke ACCA, berbanding dari CAT – ACCA terus ke ACCA. Kedua-duanya mesti memenuhi syarat bekerja genap 3 tahun untuk CPA.
    Berkenaan dgn proses sambung belajar selepa CAT-ACCA di KPTM Aana hendaklah bertanyakan KPTM sendiri . Wallahualam.

  158. Hi sir. Sya sudah hbis programCAT ne tpi bercadang mau ambil ACCA d sabah . Soalan sya ada kah program ne sabah ? Ataupun kalau tiada d sabah, ada inisiatif lain kah boleh cadangkan andai kata kalau sya kerja d sabah smbil buat ACCA ataupun cari subjek2 yg ada kaitan ACCA di Universiti lain2 pas2 ambil EXAM ACCA di KPTM KL. Mohon jasa baik sir untuk bgi pndngn . Terima kasih .

  159. Adenine, setakat maklumat dari taklimat wakil ACCA brp minggu lepas, belum ada pusat tuisyen ACCA yg tetap di Sabah. Exam juga berubah2 tempat. Pendaftaran untuk exam spt biasa dalam sites ACCA Asia. Maklumat lokasi duduki exam dan sebagainya. Berita baiknya ialah mereka sedang berusaha mendapatkan kerjasama IPT di sini untuk menjadi tempat kekal sebagai pusat peperiksaan. Tapi tak tahu bila. Kalau balik sabah, maka awak kenalah lebih usaha termasuk self-study. Don’t worry, ramai juga orang yg buat begitu. Do your best. Oh ya, dapatkan bantuan ACCA Malaysia untuk maklumat terkini.

  160. Assalamualaikum . Sifu saya nak tanya sedikit . Apa bezA CAT-ACCA , LCCI DAN AKAUN SAHAJA ? Mana lagi better , saya betul² keliru sangat².

  161. Saya nak tanya..kalau dulu masa spm kita xde amik subjek berkaitan akaun,tapi masa amik diploma ada belajar untuk finance dgn biss math,macammana cara kalau saya nak sambung belajar,tapi nak amik couse akaun?patut ke saya start dr sijil akaun dahulu dan di mana tempat boleh saya ambil subject tersebut…tkasih ye..

  162. Tak perlu ema. Gunakan diploma awak utk mohon masuk ke program ijazah akaun. Cuma lagi perlulah sedar dan maklum yg program itu agak kritikal dan ramai pemohon dari matriks Akaun, STPM dan Diploma akaun sendiri. Stiff competition. Kalau nak ikut u program profesional cuba hubungi ACCA malaysia. Bagaimana nak ke program ACCA qualification.

  163. ASMA''AFIFAH BINTI SHAMHARI

    saya skrg tgah blajar asasi sains dkat uitm baru dlm 3weeks…sy tfikir untuk tukar aliran akaun..tp xthu cara dan xthu smada bleh key xbleh… tlg bantuu sya…?? adakah bleh sy smbung degree dlm kos akaun slpas asasi sains… atau sy perlu stop asasi sains skrg…??

  164. Hai sifu, saya minat dalam bidang akaun tetapi i x ada basic of akaun sbb saya pelajar sains, jadi i belajar di kolej komuniti. Saya mempunyai sijil kolej komuniti dlm akaun, CGPA saya 3.81. Saya ingin menyambung diploma, saya keliru utk sambung LCCI @ CAT. Boleh memberi cadangan. Terima Kasih.

  165. Mohonlah CAT ACCA. Tetapi mungkin terpaksa biaya sendiri. Apa2pun try mohon pembiayaan kalau dapat sambung belajar.

  166. BAik sifu, tapi x boleh mohon loan ka?

  167. Mungkin ada. Selalunya college bantu carikan punca loan

  168. Salam sifu, saya lepasan SPM tahun lepas, susah ka mau score perakaunan STPM ..takut menyesal plak saya ambik tu..baru mau start skola esok..ada dua pilihan syak yg tinggal yg lain penuh.. Akaun @ sejarah..yg mana senang nak score

  169. walaikumsalam Shahril. Berdasarkan pengamatan, Sejarah lebih mudah berbanding Perakaunan. STPM. Tetapi Jika anda bercita2 nak ke ijazah perakaunan atau kewangan maka lebih baik kamu berani kan diri berusaha belajar Perakaunan walaupun susah. Kerana gred stpm subjek itu membantu anda dalam permohonan. Contohnya dapat B+ AKAUN masih lebih bernilai dan dipertimbangkan berbanding B+ atau A- Sejarah ketika memohon ke bidang akaun. Tambah lagi dengan kombinasi subjek lain yg sesuai dgn syarat permohonan ke ijazah akaun melalui stpm . Allahualam.

  170. salam cikgu..saya nk tnya somethong urgent..saya ad bnyk wat kajian tntg MIA..n saya pon da thu pasal pgiktirfn MIA kpda ijazah2 di IPTA or IPTS..apakah kesan kalo amek ijazah akaun yg x diiktiraf oleh MIA??kesan kpd mreka yg nk jdi akauntan??saya harap ckgu bole bg jaeapn sgra sbb saya ditwrkn progrm ijzah prakaunn di UTM dn prlu mberi mklum balas terima atau tidak sblum 24 julai ni..saya sgt buntu cikgu

  171. Maaf kerana lambat reply. Jika Mia tak iktiraf maka sukar dapat status profesional accountant.

  172. sifu saya nak tanya kalau lepasan Acca boleh ke sambung master dan phd ? terima kasih 😊

  173. Setahu saya Ya. Sila rujuk ACCA untuk laluan yg lebih terperinci

  174. assalam sifu, saya lepasan asasi dan mempunyai sijil LCCI. boleh ke saya guna sijil tersebut untuk sambung ACCA di ipta? atau saya tetap perlu ambil CAT-ACCA?

  175. Wa alaikumsalam. Lepasan asasi mahupun pemegang kelayakan sijil LCCI yg dikeluarkan utk calon SPM melayakkan mengikuti program CAT ACCA. Dan masih perlu duduki semua paper. Hanya selepas itu layak mengikuti program kelayakan ACCA.

  176. terima kasih sifu, jawapan sifu amat membantu (: doakan kejayaan saya untuk bergelar CA di masa depan, insyaAllah.

  177. assalamuaikum…saya calon spm tahun 2015…saya ambik aliran sains tulen…saya berminat untuk menjadi seorang akauntan tapi saya tidak mengambil subjek prinsip perakaunan…jadi macam mane??

  178. Cikgu , kelas saya buka tiga aliran yang tak berapa kuat iaitu akaun , sastera dan seni. Saya
    Saya meminati akaun sejak tingkatan tiga kerana subjek kemahiran hidup saya dalam aliran perdagangan .
    Jika keputusan saya baik di spm nanti di manakah saya patut pergi untuk memohon bidang akaun.

  179. Assalamulaikum sifu. saya lepasan student LCCI Level 3. antara CAT dan degree mana lagi better. mohon pencerahan. terima kasih.

  180. Walaikumsalam. Pada masa sekarang ni, amat digalakkan terus ke CAT-ACCA. Tetapi kos belajar memang agak tinggi.

  181. Nampaknya gunakan peluang ni sambung belajar di peringkat diploma atau jika sanggup terus ikuti CAT-ACCA.

  182. Masih boleh selepas spm, boleh ikuti program CAT-ACCA, atau mohon matriks account atau diploma perakaunan.

  183. assalamualaikum, cikgu.. saya adalah pelajar lepasan spm 2013, saya berminat untuk sambung dalam bidang acc tapi malangnya sudah 2 tahun berlalu saya masih belum menyambung pelajaran. saya kalau boleh nak amik asasi acc supaya cepat ke degree, jadi boleh cikgu suggestkan u apa yang ada asasi acc ni.. terima kasih

  184. Asasi Perakaunan terhad. Apa kata try CAT-ACCA .

  185. salam cikgu. contoh kita amik sijil tahap 3 dekat kolej komuniti dan kita sambung diploma dekat politeknik. sijil diploma kita DKM atau diploma politeknik ?

  186. Salam sifu, saya nak tanya.
    Saya baru habis pt3 but berminat nak jadi akauntan bertauliah.
    Persoalannya, lepas saya berjaya habiskan CAT, boleh kerja dulu ke guna sijil CAT. lepas kerja baru sambung ACCA ataupun lepas CAT terus kena sambung ACCA baru boleh kerja?

  187. Bergantung kpd bidang dan aliran program yg diikuti.

  188. Salam. Itulah kelebihan CAT. Kedua2nya boleh.

  189. Anggaran gaji permulaan bagi lepasa cat berapa ye?

  190. Anggaran gaji permulaan bagi lepasan cat berapa ye?

  191. Suatu masa dulu masa hadiri taklimat, dikatakan dalam range Rm1200 ke atas. Sila semak online atau langgani portal mencari kerja spt jobstreet atau yg lain

  192. terima kasih ye cikgu sifu2b

  193. salam sifu.. sy nak tanya kalah subjek addmath gagal tapi subjek2 yg lain semua lulus, layak ke untuk ambil diploma perakaunan.. sy jugak dari aliran sains dan takda basic account tapi minat dalam bidang ni..

  194. Assalamualaikum, sifu. Saye pelajar lpsn spm dlm sains tulen. Mcm mane cara nak sambung dlm bidang akaun?

  195. Assalamualaikum sifu, saya pljr stpm amik kos ekonomi. Sehinnga ni saya fikir kalau ijazah boleh tak amik akaun? Sebab dalam Spm saya memang ad ambil subjek SPM. Mohon pencerahan sifu

  196. Assalamualaikum sifu, saya pljr stpm amik kos ekonomi. Sehinnga ni saya fikir kalau ijazah boleh tak amik akaun? Sebab dalam Spm saya memang ad ambil subjek Akaun. Mohon pencerahan sifu

  197. Assalamualaikum sifu , saya spm 2014 dan masa di spm sy dri aliran sains dn skrg sy menyambung diploma perakaunan di kptm , alhamdulillah result sy untuk semester 1 mendapat pointer 3.67 , itu pown saya tak sangka kerana saya risau dengan satu subjek iaitu akaun , siyes saya cakap , sy minat dari segi sesi belajar akaun cuma lecturer yg mengajar saya tka brp nak faham , satu hal ramai yang kata lecturer tuh bermasalah sikit , and selama nim akaun saya belajar dgn rakan-rakan dan senior yang menmang dari aliran akaun dri bangku sekolah . saya nak tanya sifu macam mana cara belajar akaun nim saya menmang tak faham , apa basic yg penting dlm akaun , saya jenis bila sy start cuti semua sy xingat . harap sifu boleh tolom bagi tips ke saya untuk lebih memahami akaun nim ,saya xnak kecewakan harapan mak ayah saya . pless email me sifu di email saya faimarsweet57@gmail.com dan juga macam mana nak jadi akauntan bertauliah ?

  198. Walaikumsalam. Setakat pengetahuan saya lepasan stpm yg memperoleh A dlm STPM berpeluang ke ijazah perakaunan.

  199. Mohon masuk ke matrikulasi perakaunan atau asasi Perakaunan. Kalau tak, ikuti stpm dgn ambil subjek ekonomi selain subjek lain.

  200. Walaikumsalam. Setakat lulus sukar utk ikuti program diploma secara terus. Tetapi tak tahulah kalau ipts ambil pelajar utk diploma perakaunan yg stkt lulus.

  201. Boleh saya tau ap kelayakkan mengambil CAT selepas tamat program LCCi?

  202. assalamualaikum, saya nak tanya. saya dapat tawaran ke mrsm dan saya lebih cenderung dalam bidang perakaunan. saya plan nak buat cat dan acca di oversea. tetapi saya kalau boleh tidak mahu memasuki mrsm. dengar cerita mara hanya taja students yang mengikuti program mara sejak spm sahaja untuk dihantar ke oversea untuk acca? kalau pelajar sekolah kluster biasa ada possibility tak untuk mendapat scholarship sambung acca di oversea jika dapat straight A’s? serta apakah scholarship yang ditawarkan sekarang? minta pencerahan sifu, terima kasih.

  203. assalamualaikum sifu, saya student dari salah satu ipts dekat malaysia and sedang ambik diploma in accounting. dah sem 4. saya bercadang ingin melanjutkan degree di luar negara. saya nak tanya, di luar negara tu universiti apa yang tawarkan program degree in accounting? and syaratnya?

    cgpa sekarang 3.54 untuk 4 sem. so apa langkah seterusnya untuk melayakkan saya melanjutkan pengajian dalam bidang account di luar negara?

  204. assalamualaikum sifu. saya baru sahaja mendapat keputusan spm prinsip perakaunan saya mendapat gred A .saya nak Tanya ape maksud layak pengecualian ACCA-CAT-FA1?

  205. assalamualaikum, sye nk tnye
    sye xde basic akaun dlm spm.tpi sy mohon matriks dlm bidng perakaunan. boleh ke tak? takut sukar nak belajar di matrik sebb bnyk persaingan

  206. salam, saya pelajar lepasan spm 2015. macam mana nak apply program CAT-ACCA? sbb pilihan di upu hanya ada dip perakaunan shj.

  207. *di uitm

  208. sifu.. saye lepasan spm2015..
    saye ade 5 kredit.. tapi akaun saye cuma dapat lulus je..
    layak tak untuk masuk ke profesional perakaunan?

  209. sifu..ape beza diploma accounting dengan CAT-ACCA atau LCCI?? saya masih lagi keliru yg mana lebih bagus??

  210. Pening kepala

    assalam sifu.. saya nak apply dip. acc kt uitm tpi Bi sye C+ .. rase2nye boleh dpt x? sy mmg minat nk masuk bidang akaun ni .. cme Bi je yg C+ 😥

  211. sifu..saya lepasan spm 2015..saya ambil 9 subjek..6 subjek teras dan 3 subjek tambahan ( PA, EA, MT)..sye dapat keputusan 7a1c1d..bi sye D..macam mne sye na sambung study kalau bi sye ta kredit? adakah itu akan menjejaskan sye untuk masok ke ipta?

  212. Salam sifu. Saya nak tanya…saya dapat sambung stpm dalam bidang kemanusiaan. tapi di sekolah tersebut tak ada subjek akaun tapi ekonomi je ada. Jadi ada peluang tak kalau saya nak sambung degree dalam bidang accounting di ipta?

  213. Salam sifu . Sya pelajar spm aliran akaun f5 2015 . Sya tlah mndpat A dlam prnsip perakaunan . Tpy BI sya dpat C+ . Sya tlah menrima twaran tingkatan 6 dlam bidang kemanusiaan . disbabkan sekolah itu tdak menwarkan jurusan perakaunan , sya terpksa menrima twran jurusan pengajian perniagaan . Sya nak tnya sifu . Adakah sya lyak utk memohon jurusan perakaunan slepas tmat Sptm ? Mohon penjelasan

  214. Walaikumsalam. Setakat pengetahuan saya hasil pergaulan dengan pensyarah-pensyarah Pra-U/Tingkatan 6, syarat ke jurusan perakaunan bagi lepasan STPM agak ketat. Mesti ambil subjek Perakaunan STPM. Atau jika tiada, mesti ambil EKONOMI dan Pengajian Perniagaan. Selain dari itu, maka terlepaslah. Tapi saya bukan guru tingkatan 6. Saya hanya teringat kata-kata tenaga pengajar Tktn 6. RUjuk kaunselor anda.

  215. Assalamualaikum.. saya pelajar cat dan akan habis hujung tahun ni.
    Tpi lepas abis cat nti saya x pasti apa yg perlu saya lakukan sama ada kerja ataupun trus smbung acca.
    Insya allah result baik,kalau bole saya nk buat acca di luar negara tpi saya xtau mcm mna nk minx scholar.
    Kalau kerja pulak saya xtau company apa atau kerja mcm mna yg bole pelajar lepasan cat dpt.

    Harap sifu bole bntu. Terima kasih

  216. Assalamulaikum..saya pelajar aliran perakaunan ting 4…boleh saya tanya ? bolehkah saya mengambil diploma perakaunan selepas spm tanpa subject addmath sbb aliran perakaunan sekolah saya tidak disertakan dgn addmath..

  217. Boleh bgtau take sklh mna Kat Sarawak ni Ada menawarkan subjek akaun dalam stpm….

  218. Klw amik lalu yg no.6 tu cam mne lak??lbih baik ker or sbaliknye??

  219. sifu ..saya xfhm dgn no.5..jika lucut jawatan maksudnya?..pada pandagan sifu..yg mana baik kami harus pilih..?

  220. Sy pljr lpsan spm2013.sy nk sambung bljr bidang akauntan sambil keje.dmanakah institusi yg boleh sy tuju..

  221. Hmm nak tanya kalau ambil akaun tanpa add math saya boleh pergi mana lepas spm

  222. asalamualaikum sifu,saya nk tanye,saye pelajar tingkatan 5 yg mengambil aliran akaun tetapi tidak ade add math,ke mane saye boleh pergi?

  223. mohd raid zakwan bin roslan

    Jika saya tidak mengambil addmaths semasa spm, dapatkah saya melanjutkan pelajaran ke stpm dan mengambil bidang accounting?

  224. assalamuaalikum sifu,boleh ke saya mohon bidang perakaunan jika saya tidak amik sub addmath?sbb saya pernah terbaca yang addmath prlu ad jika nak lanjutkan ke bidang perakaunan ,betul ke sifu?

  225. harap sifu dapat membalas pertanyaan saya

  226. Assalamualaikum sifu….sekiranya kita tiada basic akaun di peringkat spm adakah layak untuk kita amik subjek akaun di peringkat stpm….mudahkah begitu??

  227. kalau tak ambil add math .boleh sambung bidang perakaunan ke sifu? help me

  228. MUHAMMAD NABIL HIRZAN BIN ISMAIL

    Saya minat akaun tapi semasa spm saya tidak ambil subjek prinsip akaun. Adakah peluang saya cerah untuk menjadi professional akauntan?

  229. Kalau saya ambik lcci after spm … okay ke tidak?

  230. Aisyah,
    Ok.

    Kalau nak jadi profesional pula, saya cadangkan awak ambil ACCA-CAT supaya lepas tu boleh ambil ACCA Qualification. Tak perlu ambil Ijazah perakaunan tetapi, ACCA Q dah memadai mempercepatkan kerjaya Akauntan Bertuliah.

    Selebihnya sila baca di ACCA website.

  231. InsyaAllah ada jalannya. Salah satu yang dicadangkan ialah terus mengikuti program profesional yang ditawarkan oleh MIA atau badan profesional perakaunan seperti ACCA.

  232. Zuafiqah,
    BOLEH.

    Setakat yang sifu ingat, ADD MATH hanya penting jika murid berminat sambung belajar melalui program Matrikulasi Perakaunan atau Program Asasi Perakaunan.

    Program Diploma di IPTA dan Politeknik tidak mewajibkannya.

    Tak tahulah jika syarat am dan khas program diploma dah berubah.
    Melalui borang contoh kiraan Sistem Meritokrasi yang ada di atas, asalkan murid ada 8 subjek SPM, maka layak memohon.
    Syarat am dan khas program pula, ditetapkan oleh universiti masing-masing.

    Contohnya di UiTM,
    http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014,

    ada syarat khas untuk ikuti program diploma perakaunan,
    Matematik/matematik tambahan sekurang-kurangnya C+.
    Maksudnya, salah satu subjek itu sudah memadai minimum C+. Jika murid tiada Mat+, maka pihak UiTM akan melihat keputusan Mat (biasa) sahaja.

  233. Walaikum salam Syafinie,
    Jika ada kemahuan, disitu ada jalan.

    Tak ada basic account, tapi nak ambil akaun di peringkat STPM? Tough tu

    Selalunya, murid tak dapat lepas syarat kekat pihak sekolahpun. Kebiasaannya, pusat tingkatan 6 memilih murid dengan lebih teliti untuk subjek yang ‘sukar’. Tambah lagi, tak semua pusat Tktn6 ada menawarkan perakaunan STPM.

    Apa-apapun, kalau tak dapat ambil Perakaunan STPM pun, jika awak murid cemerlang, mohonlah masuk kelas yang ada belajar Ekonomi STPM. Kerana syarat ke Bacelor/ijazah Perakaunan, jika tiada Perakaunan STPM, maka EKonomi yang akan diambil sebagai ganti, kemudian P.Perniagaan, dan seterusnya. Sila baca dengan serius, syarat-syarat IPTA bagi lepasan STPM. Banyak sacrifice murid kena lakukan demi memuaskan syarat-syarat universiti.

    Ingatlah, bukan universiti yang ikut murid, murid yang ikut universiti.

    Allahualam.

  234. Salam,sifu… Ble tak sy tanya.. Satu sja… Sy risau jika sy sdh trima Matrikulasi ttpi saya tidak tahu lokasi Matrikulasi… Lebih2 lagi klu lokasinya adalah sangat jauh… Seperti sy di Sabah.. Dan lokasinya di Semenanjung… Ble tak tolong sy??

  235. Assalamualaikum sifu …
    saya sedang mengambil LCCdi satu institut di kl .

    saya dapat tahu ada jalan singkat untuk ke ACCA iaitu ke level 4 LCCI.. dan dapat pengecualian F1-F3 di ACCA

    adakah sifu rasa lebih baik ambil level 4 atau ambil CAT ?.

  236. Salam nk tnye kala nak ambik degree acc mse stpm wajib ke ambik acc atau ambik eko shj dh bleh ambik Deg acc ? Mohon beri pencerahan segera . Thanks .

  237. zullqhairie zaahrin

    Sifu,saya dapat tawaran belajar di kptm dan usas dalam bidang akauntansi.sifu rasa mana elok.

  238. Assalamualaikum saya mendapat kelas aliran perdagangan boleh ka saya sambung belajar di budang perakaunan..tq atas kerjasama sifu

  239. Sifu , adakah course account ni memerlukan kemahiran penulisan dlm bahasa inggeris yg tinggi?… sbnrnya, english paper 2 saya ok je tp paper 1 yg bnyk problem… BM pun macam tu…

  240. adakah itu akan menjadi masalah?…

  241. Sifu..saya nk tanya..saya seorang pelajar akaun tetapi saya tidak mengambil subjek matematik tambahan..bolehkah saya sambung pelajaran saya dalam bidang perakaunan di universiti??

  242. Macam mana kalau nak jadi cikgu akaun?Macam mana laluannya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: