Bahan Kerja Kursus Projek Kertas 3 April 2014 Prinsip Perakaunan SPM

PANDUAN UMUM KERJA KURSUS ATAU PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 UNTUK SPM 2014 (3756/3)

Buat pertama kalinya soalan kertas 3 projek April 2014 adalah untuk perniagaan perkongsian.

Saya memahami kekurangan pengetahuan pelajar-pelajar tentang hal ini. Tetapi itulah untungnya dengan adanya kerja kursus sebegini, memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan ilmu termasuklah praktikal ilmu.Sebagai guru, saya cuba menyediakan bahan contoh sebagai panduan (tidak rasmi) agar pelajar dapat mempercepatkan proses menyiapkan kerja kursus / kertas projek ini.

Berikut adalah bahan contoh yang saya telah sediakan dan dikongsikan dengan anda, guru dan pelajar Malaysia:

1. K3_2014 April 2014 Maklumat Perniagaan Tugasan Projek T5 oleh Cg Rithuwan ‘Sifu2b’ – Sampel Perkongsian Rith City Electric

2. PAK SPM K3 Tugasan Projek T5 Lejar Am dan lejar khas Cg Rithuwan v2 kosong

3. Contoh Rumusan & Keputusan Perniagaan 2014-Kertas Projek PAK T5Perkongsian Rith City Electric oleh Cg Rithuwan (muatnaik pada 11/05/2014) – wajib disediakan.

 

Jumlah sebelah debit dan kredit untuk Imbangan Duga Belum Terlaras pada 30 April 2014 ialah RM946 114.00

 

Kalau contoh di atas sesuai dengan arahan kehendak anda, jangan lupa tinggalkan mesej TQ di bawah.

 

Nota untuk ikatan perjanjian perkongsian :
1. Nisbah pembahagian untung dan rugi boleh ditukar dan diganti dgn perkataan “mengikut nisbah modal.”
2. Jika pelajar memilih untuk tidak mahu mengenakan faedah ambilan atau gaji pekongsi maka pelajar bolehlah membuang baris berkenaan.
3. Contoh yang sifu sediakan adalah mengikut senarai dalam buku teks.

342 responses

  1. Ini pendapat saya tentang perkara yang boleh diambilkira dalam penyediaan kehendak soalan berikut:
    1) item (e) – dua item belanja terakru;
    Kalau Ikatan PP anda menyatakan faedah atas modal (FAM) dan gaji pekongsi ada, maka anda boleh gunakannya untuk memenuhi belanja terakru.

    2) item (f) – 1 item belanja terdahulu;
    Insurans adalah contoh terbaik

    3) item (g) – 1 hasil terakru;
    Kalau Ikatan PP anda menyatakan ada faedah atas ambilan (FAA) maka anda boleh gunakannya untuk memenuhi hasil terakru, dengan syarat anda mewujudkan urus niaga ambilan kepada 1 atau semua pekongsi pada bulan April. Gunakan peluang itu dengan memcipta urus niaga yang memenuhi kehendak item (i)

    4) item (h) – kesilapan tidak ketara;
    Saya mencadangkan kesilapan amaun iaitu silap di BCP dan kesilapan berulang di lejar kerana pengeposan. Saya perasan amaun RM11020 (bank) adalah calon untuk kesilapan amaun. Check soalan

    5) item (i) – kesilapan ketinggalan catatan;
    Saya dah sebutkan di perkara 3) di atas. Cipta ambilan pekongsi.

    Bagaimana dengan cadangan anda? Bolehlah kongsi di sini.

  2. Assalammualaikum..Utk item belanja terakru, kalau dilihat dalam buku tunai, pembayaran gaji hanyalah RM4 500, jika dilihat pada pengenalan soalan, gaji setiap pekerja adalah sebanyak RM1 500, seharusnya perkongsiaan membayar gaji pekerja sebanyak RM6 000. Wujud gaji terakru di sini.

  3. Ya benar
    Rm1500 gaji pekerja terakru

  4. can you help me check lejar??? And give me your email to send to u!!!

  5. Why didn’t you ask your teacher to do it for you.

  6. Left you email then i’ll contact you

  7. because i wan fast complete it vincentlowcs@hotmail.com

  8. peruntukan hutang ragu,belanja terakru, belanja terdahulu,hasil terakru,kesilapan tidak ketara,kesilapan ketinggalan catatan, semua sendiri wujud???

  9. Ya. Tapi sepatutnya pljr dapat detect perkaitan dgn uniaga sedia ada.

  10. after i do can you help me see???

  11. Dekat id takde hasil tp kena buat hasij terakru so mcm mana?

  12. Sepertimana yg anda fikirkan, saya juga tertanya2 perkara yg sama. Tidak wujud hasil lain selain dari jualan dlm BT mahupun dalam JA. setelah meneliti kesemua maklumat lain yg ada maka saya berpendapat calon mesti mencipta satu Akaun Hasil selain jualan dan wujudkan akaun terakru untuk akaun itu. Tetapi jangan Faedah simpanan tetap kerana tidak wujud akaun simpanan tetap. Faedah dikenakan kpd penghutang juga tidak sesuai walau boleh sebagai hasil, kerana faedah mesti di debit ke akaun penghutang.

  13. thank you.

  14. salam cikgu,
    bleh ckgu tlong nyatakan jwpn imbngan duga….saya hrp ckgu dpt mmbntu saya…

  15. RM946114.00 itu jumlah debit dan kredit sebelum pelarasan.

  16. salam cikgu kenapa jawapan imbangan duga sebelah debit 950927 dan kredit 949034 .Apabila sebelah debit ditolak diskaun diberi dan sebelah kredit ditolak dengan diskaun diterima ,baru saya dapat jawapan imbangan duga yg cikgu berikan.

  17. cikgu,bagaimana dapat nombor bank dalam akaun kawalan penghutang dan pemiutang???

  18. Xeera,
    Imbangan Duga belum dilaras (IDBL) sememangnya termasuk Diskaun Diberi (di sebelah debit) dan Diskaun Diterima (di sebelah kredit). Kedua-duanya wujud di dalam Buku Tunai yang sepatutnya awak telah poskan ke Lejar Am juga. IDBL mesti merangkumi semua baki akaun di dalam Lejar Am dan baki tunai dan bank di Buku Tunai.
    SIla semak semula. Pastikan dalam akaun penghutang ada diskaun diposkan juga, sepertimana diskaun di dalam akaun pemiutang.

  19. Vincent, Nombor bank apa? I don’t understand your question.
    Tetapi kalau awak maksudkan amaun bank di Ak. Kawalan Penghutang, ia diperoleh dengan menjumlah secara manual amaun bank di penghutang 1 + penghutang 2 + penghutang 3 dan sebagainya. Begitu juga dengan Ak. Kawalan pemiutang, ia adalah hasil tambah semua amaun bank di kedua-dua akaun pemiutang.

  20. stok akhir nak catat harga pasaran atau harga kos???

  21. Catatan di mana? Dalam Jurnal tak perlu. Tiada pelarasan diperlukan.

    Tetapi maklumat itu digunakan untuk PP dan KKK

  22. dalam pp and kkk nak guna harga kos atau harga pasaran???

  23. Hi cikgu, bls asap eh, belanjawan tunai tu jualan, penghutang, belian, pemiutang tu mcm mana nak buat?

  24. Hi amek harga stok yg pling rendah

  25. Aini, spt dalam bab 8. Tetapi maklumat digunakan ialah nilai baki b/b akaun bagi akhir bulan april. Sepatutnya aini akan buat jawapan belanjawan setelah bahagian lejar selesai dsn anda sudah berpuas hati.

  26. dalam pp and kkk nak guna harga kos atau harga pasaran?????????

  27. Lejar imbngn duga ke maksud cikgu?, saya tak berapa faham soalan iaitu perniagaan mengamalkan polisi kredit 30hari, dan belian bg bulan jun dan julai dijangka meningkat sbnyk 3%-7%dri bulan seblumnya

  28. Perkara itu boleh dirujuk di buku teks. Ada contohnya. Awak dah siap semua akaun di lejar? Baguslah. Kena ingat syarat ketepatan belanjawan tunai ialah nilai item penerimaan dan item pembayaran mesti berkaitan dengan akaun yg wujud di buku akaun perkongsian yg telah disiapkan.

  29. dalam pp and kkk nak guna harga kos atau harga pasaran??????????>????

  30. Harga kos

  31. Seperti respons aini. Betullah tu.

  32. Cikgu belanjawan kan psl anggaran kan? So jumlahnya kita anggarkan sendiri ataupun amek dkt pp dan kkk?

  33. Actually anggaran tetapi ia berlandaskan kos yang benar berlaku. Sbg contoh gaji pekerja ialah rm6000. Amain tunai dan bank ialah dari Bt awak. Item2 lain yg wujud dalam lejar maka gunakan nama akaun yg sama. Jika ada andaian sendiri maka ia mesti dituls atau dinyatakan dalam helaian lain sebagai panduan. Barulah calon itu layak dapat markah gred A utk belanjawan kerana calon menunjukkan kemahiran benar dan memahaminya. Siap begitu saja tidak cukup.

  34. Oh yang itu saya tahu tetapi yg saya tak faham mengenai phtg dan pmtg adakah jumlahnya dianggarkan ataupun diambil dr kkk?

  35. Utk Mei selalunya dikaitkan dgn baki hutang april. Jika polisi pungutan hutang ialah 30 hari. Ingat. Dari mana dapatkan maklumat tu? Akaun kawalan penghutang. Begitu juga dgn pemiutang. Semuanya dari akaun lejar.

  36. sir can i get answer lejar ….i memang tak erti buat lejar….. please help me…

  37. Cikgu,

    Boleh saya dapat contoh lejer daripada cikgu kerana saya nak semak lejar saya betul tak saya buat.

  38. stok alat tulis bahagi ke mana???

  39. saya tak faham cikgu .Saya baru buka lejar dan imbangan duga sahaja . Contohnya ,Adakah di lejar jualan seperti Alfian Elektrik saya perlu meletakkan diskaun diberi yang dinyatakan di buku tunai iaitu RM625 ?

  40. Vincent-sila check hotmail anda .Tq

  41. Bukak a. Alfian elektrik , masukkan jumlah di jurnal jualan sblh kt yg ada alfian elektrik dan tulis pel. Phtg, sblh dt tuliskan semua butir di bt yg ade alfian elektrik mengikut tempat jumlah, contohnya jika kolum bank dan disk.diberi ada jumlah tuls bank, disk.diberi. Faham tak?

  42. AINIDE-Adakah Lejar jualan Alfian Elektrik berbaki 1949 di sebelah dt ?

  43. To Hashani and Tarmentra,
    Remember this is an exam paper. It is very unlikely I will share or give my ledger, or answer to any of you. It is like I’m giving away an exam answer to mass students, nationwide. That would be unwise, would I. But anyone, me or any teacher, can provide tips here and there to facilitate the students to complete their project paper.

    Tujuan kertas 3 ini pun, antaranya, kalau ada pelajar tak faham, kerana tak menguasai suatu masa dulu, atau baru ambil PAK,atau apa alasanpun, maka kertas 3 ini bolehlah menjadi dasar atau penyebab pelajar itu untuk berusaha untuk menjadi tahu, faham, dan mahir menyediakan jurnal, lejar, pelarasan dan sebagainya. Guru m/p anda adalah fasilitator, dia dia boleh membantu memberi jawapan.

    Di blog ini, sifu membantu sahaja memberi panduan, seperti juga di dalam kelas sendiri. Harap sesiapa jua tidak kecewa atau berkecil hati.

    Kalau kamu di kawasan berdekatan dengan saya, maka dialu-alukan untuk berjumpa dengan sifu, jika ketiadaan guru di sekolah.

  44. Ainide, terima kasih. Good.

  45. Maafkan sye yg pel. Phtg tu tkr jualan msuk dt, pul.jualan kt, yg bank,disk.diberi sblh kt, jwpn baki b/b sblh kt 6600

  46. Kalau nak buka a.jualan shje, amek jumlah kat jurnal jualan iaitu 86080 msuk sblh kt, then masukkan jumlah butir dkt buku tunai yg ada tulis jualan di sblh kt juga

  47. Terimakasih sifu ,vincent dan ainide !! Akhirnya saya sudah dapat mengimbangkan imbangan duga saya kerana terdapat beberapa kecuaian ! Thank you again ainide🙂

  48. Sure, lepasni bt pelarasan pulak hahaha

  49. ainide-hahahah lagi pening la lepas ni .🙂 Takpa usaha untuk SPM !!

  50. Betul tu haha, cikgu sifu-thanks sgt sgt sbb ajr saya hehe

  51. Ok. Glad to here that. Satisfaction usually comes when we do it by ourself.

  52. Tarmentra Rao

    Cikgu,

    Baki awal bank dan tunai di jurnal am JA1 perlukah catat dalam imbangan duga.Dalam imbangan duga, baki yang mana perlu guna untuk akaun bank dan tunai.

  53. Utk IDBL, dapatkan baki akhir di BT. Memang sudah dicetak di dalam soalan.

  54. Tarmentra Rao

    Cikgu,

    So kenapa mereka bagi baki awal bank dan tunai dalam jurnal am JA1.Apa kegunaan baki tersebut

  55. Baki awal kerna ia awal tempoh. Bali akhir utk akhir tempoh. Dalam hal ini, tempoh dibincang ialah bulan april. IDBL itu disediakan di akhir bulan april. Perhatikan tajuk ID. Rujuk buku teks atau revision boom please for further understanding. Ianya asas dan ada diajar di T4 bab 6.

  56. Tarmentra Rao

    Cikgu,

    Dalam imbangan duga, perlukah salin ketiga-tiga akaun susut nilai secara berasingan ataupun campur amount ketiga-tiga akaun susut nilai dan tulis susut nilai dengan amount yang kita campur tadi..

  57. No. Mesti asing. Ikut aset yg ditetapkan. Pls check buku teks. It won’t bite you.

  58. Amek bank dan tunai di baki b/b di buku tunai

  59. gaji pekongsi wajib ada atau tidak???

  60. Gaji pekongsi tidak wajib. Kalau pelajar tetapkan ada gaji pekerja di dalam Ikatan Perjanjian Perkongsian (IPP), maka pelajar SEPATUTNYA membuat catatan jurnal dan lejar untuk gaji pekongsi. jika tiada pernyataan gaji pekongsi di dalam IPP, maka pelajar TIDAK PATUT membuat catatan jurnal dan lejar untuk gaji pekongsi.

  61. Tarmentra Rao

    Cikgu,

    Boleh tak cikgu tolong check lejar yang saya buat.Kerana saya takut buat kesilapan.

    Terima Kasih.

  62. Tarmentra Rao

    Cikgu,

    Email saya ialah tarmen96@gmail.com.Bagi email cikgu.

  63. cikgu,gaji pekongsi nak catat ke lejar??? kalau nak catat, catat ke lejar selepas pelarasan atau lejar sebelum pelarasan???

  64. cikgu boleh tolong say check KKK and PP??? saya email kepada kamu!!!

  65. Tarmentra Rao

    Cikgu,

    Macam mana nak buat senarai pelarasan pada tarikh imbangan.Saya tak berapa faham cikgu.

    Terima kasih

  66. can i know lejar akaun stok n akaun stok alat tulis is how much ??
    adakah akaun stok ialah RM70000,,, Akaun stok alat tulis is RM2500??

  67. salam , cikgu mcm mne nak buat rumusan kerja kursus yang lengkap dan mcm mana mne nk buat belanjawan tunai????

  68. Hmm. Antara perkara yg boleh dinyatakan dlm rumusan ialah keuntungan pada bulan april, prestasi perniagaan berdasarkan hitungan nisbah yg tlh dilakukan.

  69. cikgu, pengiraan nisbah nak macam mana buat???

  70. Spt dlm buku teks di bab 15.

  71. jualan bersih dan kos jualan dan untung bersih nak ikut kertas atau sendiri???

  72. Mesti berdasarkan maklumat dari pp dan kkk yg diperoleh selepas akaun dilejar diimbangi. Selesai kan buku lejar dgn pelarasan. Siapkan laporan kewangan. Darinya semua nilai item diguna utk pengiraan nisbah.

  73. kamu ada pengiraan nisbah format????

  74. Tiada. Buku teks dijadikan rujukan. Hanya tiga nisbah diperlukan mengikut soalan.

  75. cikgu boleh tolong saya periksa man ada salah dalam KKK and PP???

  76. Maaf vincent kurang ada kesempatan. Hari ini pun baru pulang dari sklh. Penat. sudah 2 minggu sabtu bertugas sampai ke petang.

  77. kalau ada masa bolehkah kamu tolong saya???

  78. Boleh. tapi tidak kali ini. Rujuk guru awak. Atau awak ini calon tanpa guru?

  79. calon tanpa guru

  80. kalau imbangan duga selepas laras betul PP dan KKK mesti betul???

  81. Assalamualaikum . Nk Jawapan Lengkap Boleh Tk Cikgu ? Nk Semak Lejar Dan Imbangan Duga TERIMA KASIH SGT3 CIKGU

  82. Itu tak boleh. Bererti saya beri jawapan exam.

  83. belanja terdahulu dan hasil terakru itu amount beri sendiri punnya amount???

  84. Tidak semestinya. Tetapi jika ia item baru maka ya amaun tersendiri.

  85. kertas 3 punya kos jualan, jualan bersih dan untung bersih untuk apa???

  86. macam mana guna 3 nombor itu???

  87. Rujuk buku teks bab 15. Ianya jelas di buku.

  88. Sifu, berapakah jumlah imbangan duga terselaras? imbangan duga terselaras saya tidak seimbang.

  89. Hmm. Jawapan pljr tak semestinya sama antara satu sama lain. Semak Id kalau2 tersalah catat nilai atau salah DT KT. Kalau tak imbang juga semak semula lejar. Ada tak yg tersalah.

  90. Terima kasih sifu

  91. sifu,saya sudah tengok buku tetapi masih tak faham!!!!

  92. Maklumat itu + kkk dlm soalan adalah maklumat bulan MAC. hitung nisbah yg sesuai atau yg awak pilih utk bulan Mac. Hitung nisbah yg sama utk bulan April berdasarkan hasil kerja awak. Bandingkan kedua2 bulan mac dan april dan nyatakan mana yg lebih baik. Ity shj kegunaannya.

  93. Can I know how to write senarai pelarasan for belanja terakru?

  94. Kena Tunjuk jalan Kira ke?

  95. Ya. Sepatutnya anda buat juga senarai pelarasan.

  96. Gaji yang dibayar adalah untuk tahun Berakhir 30 april 2014.
    Macam ini ke ?

  97. Actually kerja kursus ini hanya utk tempoh 1 bulan. Bulan berakhir April sahaja.

  98. salam cikgu, bagaimanakah cara nak buat pengenalan perniagaan tu. cikgu ada formatnya? help pls. tq

  99. Rhevin. Bahan yg saya sediakan di pos ini adalah pengenalan yang awak cari. Ubahsuai mengikut kesesuaian kertas projek awak.

  100. Sifu, boleh tak saya guna derma dan belian sbg kesalahan tiak ketara (Terkurang catat )?

  101. Catatan derma dalam jurnal am sedia ada adalah betul. Tapi boleh juga kalau itu plan kamu.

  102. Catatan dalam jurnal am saya adalah spt berikut:
    Derma ——– 100 (Dt)
    Belian ——- 100 (Kt)
    (Pembetulan: Derma terkurang catat)
    Adakah ia betul?

  103. Derma barangniaga mesti ditulis barulah betul. Ok.

  104. Derma ——– 100 (Dt)
    Belian ——- 100 (Kt)
    (Pembetulan: Derma barangniaga terkurang catat)
    Beginikah?

  105. Ya. Boleh diterima.

  106. Walau bagaimanapun jika anda teliti mesti anda boleh perasan ada sesuatu janggal pada bhgn bayaran di BT. Cari Rm11020. Bgmn boleh berlaku pembyrn amaun itu?

  107. Sorry, sifu. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh sifu. Ada apa kesalahan dengan RM 11020 yang dibayar oleh Syarikat Mei Wah Sdn Bhd itu?

  108. Bandingkan dengan maklumar di jurnal belian. Kemudian bandingkan dgn maklumat lain termasuk diskaun diterima dan bank. Ada tak hutang yg amaunnya ada nilai yg mempunyai nilai atau amaun puluh dan sa 20 ringgit?

  109. Tidak ada. Jadi, jikalau saya hendak jadikan ini sebagai kesalahan tidak ketara, apa saya perlu buat?

  110. Haa. Itu awak srlifik lagi ok. Inikann exam paper 3. Tapi sifu dah tolong awak beri klu yg lebih baik tadi. Ada unsur siasatan, analisis, kenal pasti dan yg penting kemahiran berfikir aras tinggi.

  111. Okay. Terima kasih sifu. Tapi jikalau saya masih tidak dapat betulkan, boleh saya kekalkan plan saya (derma dan belian) itu tadi? adakah ia diterima dan betul?

  112. Ya. No problem. Cuma lagi awak tidak membuktikan kebolehan lagi tinggi. Awak cuma tunjukkan kefahaman ttg kesilapan tak ketara yg dicipta. Bukannya kemahiran mengenal pasti kesilapan tak ketara berdasarkan analisis.

  113. sifu, macam mana nak kira alat tulis dengan stok alat tulis?

  114. sifu,baki b/b utk bulan april 2014 bagi akaun kawalan penghutang nak tengok dekat mana?🙂

  115. Hasil tambah semua baki bb pghtng

  116. baki b/b yang sebelum pelarasan or selepas pelarasan?

  117. 1 april baki bb sebelum pelarasan. Akaun kawalab yg diminta adalah yg lengkap dari 1 april hingga 30 april. Maknanya…. anda akan dapat jawapan bila dah siapkan semuanya. Teruskan lagi.

  118. sifu,betol x jawapan nie
    akaun kawalan penghutang=baki b/b 1 MEI 36140
    akaun kawalan pemiutang=baki b/b 1 MEI 26180

  119. sifu,kalau dekat akaun perdagangan dan untung rugi bagi bulan berakhir 31 Mei 2014…..faedah atas pinjaman nak rujuk dkat mana erk?

  120. 1) tempoh perakaunan berakhir 30 april 2014. Tak boleh tukar ke bulan lain;
    2) FAP adalah belanja dan di AUR.

  121. kongsi untung mcam mna pulak?

  122. sifu,kunci kira2 nak buat dlam bentuk ‘T’ atau penyata?

  123. Cikgu gaji tahunan pekongsi kita perlu cipta sendiri atau dah sedia ada???

  124. Gaji pekongsi tetapksn sendiri dan nyatakan dlm ikatan perjanjian perkongsian

  125. sifu,akaun semasa kat kunci kira2 dah brubah kan…

  126. Ya. Juga kiraan SNT utk ABS.

  127. sifu,mcam mna nak buat akaun semasa utk kunci kira2?

  128. cikgu kesilapan tidak ketara saya buat akaun derma dgn belian..saya gunakan kesilapan prinsip blh x..

  129. SNT and ABS tu apa maksudnya?

  130. imbgn duga x sma balance la,,,,
    mcm mna ya…..???

  131. Ikut sptmana di dlm buku teks.

  132. Rasanya tak sesuai.

  133. Hahah. SNT = Susut Nilai Terkumpul. Agak2 apa tu ABS. Ni singkatan biasa dopakai dalam pdp akaun.

  134. Semak semula. Ketahuilah pelajar kena sediakan dua ID. ID belum laras dan ID Terlaras.

  135. Salam , cikgu , mcm mna nk bwat senarai pelarasan? , klaw ckgu ada patch snrai pelarasan ckgu bg ja dkat e-mail sya

  136. ADa x ?

  137. yg mla2 to,,,,kn satu malysia sma amaun dy,,,,bleh tlog tnjuk x???yg bhagia c dgn d to,,

  138. aset bukan semasa=abs btol?

  139. Macam mana nak buat imbangan duga terselaras. Kne amik item dri imbangan duga ke?

  140. pada pendapat cikgu,sesuai x faedah atas modal saya tetapkan pada kadar 3%.

  141. kunci kira2 dah balence…. tpi kalau bwat dlam bentuk T boleh x?

  142. Ok. Asalkan ia adalah kadar pertahun.

  143. Jangan. soalan minta ada modal kerja.

  144. kalau akaun semasa,beruangan or nota? (mntak2 nota la….aq dah bwat nota)

  145. SIR,perbandingan nisbah untuk bulan mac nak bwat mcam mna?

  146. Bandingkan bulan mac dgn bulan april. Itu sahaja. Rujuk buku teks di bab 15. Dalam bab itu ada ditunjukkan jadual kiraannya nisbah berserta ulasannya. Anda hanya perlu tunjukkan 1 nisbah bagi setiap 1 bahagian spt dlm soalan utk bulan Mac dan bulan April. Kemudian bandingkan kedua-duanya.

  147. cikgu,nisbah keberuntungan punya peratus untung kadar atas kos jualan MAC dan peratus untung kadar atas jualan MAC tak dapat kira!!! Nisbah kecekapan punya kadar pusing ganti stok MAC, tempoh kutipan hutang MAC dan tempoh pembayaran hutang MAC tak dapat kira!!!Mengapa???

  148. mcm mna nk bwat ? bg pnduan skit

  149. Kenapa pula? Bukankah ada maklumat tambahan Jualan, kos jualan dan untung di kertas soalan.

  150. sir,dekat kunci kira2….penghutang kena tolak dengan hutang ragu x?

  151. Ya. Jika ada PHR maka hendaklah ditunjukkan.

  152. Cikgu,minta tanya sat…saya telah menyediakan kunci kira kira[selepas perlarasan],tetapi jumlah angka berbeza[sama angka dengan untung bersih]sedangkan saya sudah tambah di akaun semasa dan ekuiti pemilik,mengapaya?~

  153. Ada item spt FAM, FAA atau gaji pekongsi?

  154. ada faedah atas modal,saya telah kredit di akaun semasa

  155. Awak dah debit kan ke item itu juge?

  156. tnsionnya cikgu,kerja saya dah hampir siap tp dua hari lapas fail perakaunan saya dicuri rakan sekelas..terpaksa buat dari mula

  157. Mcmn boleh berlaku tu? Dicuri, . di meja guru atau di dakam kelas?

  158. saya kredit di akaun semasa

  159. dekat akaun semasa[kredit]saya ada baki akaun semasa,kongsi untung,faedah atas modal

  160. Ya. But catatan bergu tetap wajib dibuat. Dalam lejar am mesti ada Akaun FAM. Kkk akan balance jiks semua item diambil kira dan catatan bergu awak valid.

  161. ok,terima kasih,cikgu,saya akan cuba buat~ttp ape yang kurang di kkk?

  162. Saya tak pasti untuk kes jawapan awak.

  163. ok,terima kasih…sebab saya sudah minta tunjuk ajar dekat cikgu saya…beliau juga x pasti mana silap…

  164. Semak semula catatan ID Terlaras. Sepatutnya balance. Termasuklah akaun semasa. Pastikan balance. Bila awak buat PP akan dapat UB. dari ub akan buat APUR utk cari kongsi untung rugi. Item itu akan dipos ke akain semasa. KKK akan imbang. Tapi kalau awak tak buat APUR maka Akaun semasa tak bolehlah dikacau

  165. baiklah,saya akan try…terima kasih cikgu

  166. cikgu, macam mana nak buat pelarasan susut nilai ? sedangkan susut nilai yang lama dah ada

  167. Susut nilai bulan april.

  168. macam mana nak kira cikgu ?contoh susut nilai perabot (RM90 000 x 5% x 1/12 = RM1125 ) lepas tu , dalam jurnal am nanti nak tulis apa ?

  169. Dt. Susutnilai perabot RM1125
    Kt. Susut nilai terkumpul perabot RM1125

    Mudah saja.

  170. dicuri di kelas

  171. Kalaulah cikgu awak pernah semak tugasan itu, bokeh juga ia bantu mengecam tugasan kerja awak yg disubmit oleh org lain. Kasihan.

  172. cikgu saya ada semak tp saya cuma bg sampai id.tp saya ltak kerja kursus saya dalam satu fail dan ltak bawah laci meja saya d kelas dan bercadang nk hantar selepas rehat..smsa hbis waktu rehat ada kawan saya mintak tlg ajar dya tp masa nk ambik fail tu dah x ada.saya mengadu kt ckgu akaun dan cikgu disiplin,masa cikgu tnya bdak kelas saya seorang pun x mau mngaku.bdak kelas sya ada la 2,3 org yg dengki sebab saya buat lebih dari dya.hri tu pun dya ada kata kt sya tp sya buat x tau ja.alhamdullillah saya igt apa yg kna buat,skrng dah tinggal 2,3 step nk siapkan tugasan nie.

  173. Ok. Kalau gitu jangan risau ilmu dlm diri awak akan kekal dan lebih hebat lagi nanti kerana sebab dengki orang. Itu doa cikgu. Amin. Nampak gayanya kerja kursus jangan bawa ke sekolah lagi. Selesaikan di rumah dan bila cikgu suruh bawa untuk semakan hantar terus kepada guru awak dan hanya ambil semasa nak pulang. Harap2 tak berulang lagi. Kepada sidia yang mengganggu awak, dapatlah balasan setimpal nanti. Teruskan usaha anda. Saya sedia membantu.

  174. ok terima kasih cikgu:)

  175. cikgu , nak tanya tentang pelarasan . cikgu kata 1 (e) belanja terakru iaitu faedah atas modal atau tentang gaji pekerja ? kalau tentang faedah atas modal , kita kena darab dengan modal yang sedia ada dekat jurnal am tu ka ? contoh pekongsi A RM120 000 x 5% . atau kena darab dengan gaji pekerja yang kita cipta sendiri jumlah nya ? mohon bantuan

  176. 1e tu terserah kpd awak. Gaji pekerja terakru lagi tepat. Krn rm1500 belum dibayar. Gaji pekerja tak sama dgn gaji pekongsi.

  177. okey , kalau peruntukan hutang ragu pulak macam mana ?
    apa perlu Dt dan Kt ? dan nak tulis catatan dalam jurnal am apa cikgu ?

  178. 4 (h), cikgu ada menyatakan yang syarikat mei wah tersilap amaun RM 11020 . kenapa pulak ?

  179. Di buku teks ada aini. Itu gunanya kertas projek ini untuk kukuhkan kemahiran murid. Ganjarannya 20M.

  180. Selesaikan dulu lejar belian melibatkan sykt mei wah. Awak akan terbantu untuk menganalisis urusan belian kredit dan pelunasan setiap invois. Usahakan dulu ok.

  181. okey🙂 tapi saya dah kira banyak kali apa kesalahan amaun tu . tak jumpa jumpa pun .

  182. Bukan soal salah kira. Kesalahan tak ketara memerlukan ketelitian.

  183. cikgu may i have your email? kalau cikgu free boleh tolong tengokkan kerja kursus saya? kalau ada salah sila betulkan. tq

  184. Salam, sir kalau RUMUSAN & CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI bagaimana/apakah ayatnya? contoh nya adalah?

  185. Boleh gunakan contoh di dalam buku teks. Bab 15 membantu.

  186. Stok awal bulan Mac berapa yer?

  187. Cikgu, kalau saya nak buat Kadar Bayaran sebagai pembetulan kesilapan ketinggalan catatan … then nak tulis macam mana?

    Dt Kadar bayaran
    kt kadar bayaran terakru

    atau

    Dt kadar bayaran
    kt belian
    MANA SATU BETUL?
    THANKS FOR REPLY.

  188. Ada lagi maklumat yang saya tidak dapat untuk pengiraan nisbah kecekapan bagi bulan MAC 2014…
    i. belian kredit
    ii. jualan kredit
    iii. stok awal

    Mohon pencerahan dan bantuan… terima kasih

  189. Tiada maklumat. Pelajar tak perlu buat andaian.

  190. Catatan pertama adalah betul.

  191. PERHATIAN,
    Sifu sarankan dan amat tekankan bahawa JANGAN TUTUP AKAUN SEMASA PEKONGSI untuk bulan April ini. JANGAN catatkan untung dikongsi ke dalam Akaun Semasa. Tidak perlu.

    Bagaimana nak imbangkan KKK? Itu mesti persoalan anda bukan?
    Senang sahaja. Baki akhir Akaun Semasa setiap pekongsi + Untung dikongsi untuk pekongsi masing-masing, dan laporkan di KKK.

    Semua laporan kewangan yang anda sediakan BUKANLAH BERMAKNA AKAUN DAH DITUTUP, sebaliknya dari segi praktikal ia adalah LAPORAN SEMENTARA. Baki AKaun Semasa yang sepatutnya dilaporkan adalah dihitung secara manual dengan mencampur baki b/b AKaun Semasa dengan kongsi untung seperti dalam Akaun Pengasingan Unturng Rugi.

    Pelajar tidak perlu memasukkan nilai Untung dikongsi itu dalam Akaun Semasa untuk tujuan kertas 3 ini, walaupun dalam pembelajaran di bab perkongsian kita masukkan. Di dalam buku teks ia merujuk kepada pengagihan untung di AKHIR TAHUN. Tugasan kertas 3 ini pula hanya untuk BULAN APRIL, bukannya akhir tahun.

    Tak faham? Tahukah anda AKAUN PERDAGANGAN, AKAUN UNTUNG RUGI, DAN AKAUN PENGASINGAN UNTUNG RUGI itu adalah AKAUN SEBENARNYA DI DALAM LEJAR AM? kETIGA-TIGA akaun itu dibuka hanya di akhir tahun semasa menyediakan CATATAN PENUTUP.

    Akaun Perdagangan hanya wujud di dalam Lejar Am apabila perniagaan ingin menutup akaun hasil dan akaun belanja di dalam lejar am (mematuhi prinsip pemadanan) untuk mendapatkan untung kasar dan kemudian untung bersih. Akaun penutup akhir tahun itu benar-benar diwujudkan. Kemudian item-item dalam Ak.Perd dan Ak. U/Rugi itulah yang dipetik semula untuk dilaporkan sebagai Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir ________. Cuma lagi dalam pembelajaran peringkat SPM, tidak diajar catatan penutup akaun dan pembukaan pada tahun berikutnya.

    harap komen sifu ini membantu.

  192. sifu, ini email saya : yayaxnh@gmail.com
    tolong check rumusan & cadangan saya, kalau boleh. terima kasih

  193. sifu, macam mana nak buat rumusan?

  194. Mudah saja. Simpulkan kedudukan atau prestasi perniagaan anda. Sebutkan keuntungan dicapai dan juga pulangan ke atas modal. Yg wajib ialah perancangan jangka pendek dan juga jangka panjang.

  195. alysha,
    contoh rumusan telah sifu upload dan link ada di pos di atas (telah dikemaskini)

  196. Sifu, bagaimanakah nak buat pengiraan nisbah kecekapan untuk bulan mac? Saya tak dapat data yang cukup.
    Tapi, dalam PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK, adalah dimaklumkan bahawa untuk mendapatkan gred A untuk menghitung nisbah, calon mestu Berkebolehan mentafsir dan merumus dengantepat sekurang-kurangnya satu nisbah bagi setiap nisbah berikut:
    (i) Nisbah keberuntungan
    (ii) Nisbah kecairan
    (iii) Nisbah kecekapan
    Saya perlu tinggalkan nisbah kecekapan?

  197. Tak. Buat 1 nisbah kecekapan. KPGS boleh anda hitung. Benar tidak ada stok awal Mac. Tak apa. Dalam kes KETIADAAN maklumat sebegitu, anda guna nilai RM70000 iaitu stok akhir diguna mengganti nilai stok purata. Tak percaya? Tapi itulah ilmu perakaunan yg sifu kongsikan.

  198. Okey. Maksudnya guna RM 70000 terus untuk bulan Mac?

  199. cikgu, prestasi perniagaan tu nk buat mcm mana?

  200. Ada contoh saya sediakan di pos asal di atas. Check ok.

  201. tq. pinjaman masuk dlm belanjawan tunai jugak ke?

  202. Bayaran pinjaman shj masuk

  203. cik, macam mana cari jualan kredit and belian kredit bagi bulan mac dalam perbandingan nisbah?

  204. Memang tidak diberi. Oleh itu abaikan dalam perbandingan bukan Mac dan April.

  205. cikgu,boleh tolong ajar macam mana mau buat belanjawan tunai?

  206. Boleh. Tapi tyra juga kena rujuk buku teks bab 8. Buat dulu kemudian tanya saya untuk semak ok.

  207. modal masuk juga ke dlm blnjwn tunai?

  208. dlm blnjwn tunai, kalau penghutang pada bulan mei 36140, bulan jun mcm mana nk kira?

  209. Ikut andaian yg kamu cipta. Kalau awak tetapkan yg jualan kredit 70% sebulan dan tempoh kredit 30 hari maka penerimaan dari penghutang utk bulan jun adalah nilai utk kiraan 70% jumlah jualan mei.

  210. Cikgu, apa maksud polisi kredit 30 hari ?

  211. Itu urus niaga hutang. Seleoas 30 hari baru bayaran atau terimaan bayaran berlaku.

  212. muhammad tajudddin

    assalamualaikum cikgu.. apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi share ilmu kat semua orang…

  213. soalan ni kena buat ape dulu? saya tak faham

  214. Amir? Baru nak start? Ikutkan dah nak habis tempoh.
    Well, kena mula dgn catatan ke lejar.

  215. Kena rangka dulu urusniaga ke tak??

  216. Pelarasan saja yg perlu dirancang. Ada bahagian telah ditetapkan dlm soalan ada juga yg diolag sendiri.

  217. Dayangku Siti Nurfazira

    cikgu, saya tidak faham dgn faedah atas ambilan tu. boleh tak cikgu bagi satu contoh untuk saya buat urusniaga sendiri untuk ambilan. terima kasih cikgu🙂

  218. Faedah atad ambilan: 1) andaikan pekongsi B ambil barangniaga bernilai Rm1000 dlm bulan mei itu. Syarat dlm ikatan perjanjian ialah 5% setahun.
    2) ambilan hanya 1 bulan tapi syarat itu setahun. Maka kiraan FAA ialah, RM1000 × 5% × 1/12 = RM50 × 1/12 = ? Itu hitung sendiri.
    3) catatan dalam jurnal am ialah DT. Akaun Semasa Pekongsi B RM? tadi dan KT Akaun Faedah Atas Ambilan RM?
    4 ) selebihnya rujuk guru anda. Dah senang dah.

  219. terima kasih cikgu🙂

  220. cikgu boleh tunjuk belanjawan tunai tak?? nilai tak payah pun tak per.. nk tngok butir .. pleasee help urgent

  221. *nilai tak yah tunjuk pun x per .. nk tengok butir dia jaa

  222. Danish,
    Penyediaan belanjawan tunai kali ini amat mudah. Kerana itu adalah tidak sesuai cikgu tunjukkan terang-terangan. Ini paper exam kan.

    Anyway,
    Dalam bahagian penerimaan sudah pasti hanya ada minimum 3 item. Ini kerana awak terpaksa cipta satu hasil. dua lagi tu danish pasti dah boleh duga.

    Dalam bahagian pembayaran, item-item dalam buku tunai sebelah kredit ada belanja di sana. So senaraikan semula belanja-belanja yang dibayar tunai/cek. Kalau awak ada cipta satu atau lebih belanja baru, maka jika ia ada kaitan dengan pembayaran tunai/bank kelak, maka masukkan juga. Tetapi semua urusniaga yang berkaitan dengan bukan tunai TIDAK BOLEH dimasukkan.

    Oh, pastikan juga anda gunakan format yang ada baris LEBIHAN/KURANGAN. Mesti pakai format itu.

  223. Assalamualaikum, ckgu..ikatan perjanjian perkongsian saya ada menyatakan faedah atas modal 5%..kena masuk kat belanja terakru ke? saya buat gaji dan belanja kenderaan untuk belanja terakru tetapi saya tak buat untuk faedah atas modal..

  224. macam mna nk buat jangka pendek dgn jngka pnjang ??

  225. Kalau ada FAM dalam ikatan perjanjian maka kenalah awak buat catatan pelarasan juga. Dt fam fan kt ak semasa pekongsi masing2. Kiraan adalah utk 1 bulan.

  226. cikgi ada jawapan projek tal??

  227. petronella lea silverius

    thank you

  228. Mcm mana nk buat lejer merekod kesilapan belian termasuk dlm akaun derma???

  229. Kalau ada urusniaga belian tapi tersalah catat KE akaun derma maka hendaklah dikeluarkan dari derma. Macamana tu ? derma adalah akaun belanja. Kalau derma bertambah akan di debitkan. Maka kalau nak keluarkan atau kurangkan akan di________. Fikirkan. Belian kalau bertambah akan didebitkan. Maka akaun belian akan di________.

  230. Akaun belian akan debit. Akaun derma akan kredit. Tapi jika nak buat lejer am pelarasan akaun apa yg akan masuk ke untung rugi? Dan dalam lejer am pelarasan akaun belian dan derma perlu ada butiran apa???

  231. Hmm. Dah pasti dalam lejar am ialah akaun2 yg berkaitan. Butiran di dalam setiap akaun adalah nama akaun yg satu lagi. Pastikan anda rujuk buku teks bab 5.

  232. Cikgu boleh checkkan folio saya? Ni email saya nabilanuryn@gmail.com

  233. Cikgu,jika ada untung rugi dalam lejar pelarasan,maka tak perlu wujud baki h/b ? Lepas itu,tak perlu rekod dalam imbangan duga?

  234. ckgu , sye nak mintak tolong cek folio saye.. tggl belanjawan tunai dan nisbah kecekapan saje . yang lain semua da siap ..

  235. Cikgu,boleh beri contoh hasil terakru yang berkaitan dalam tugasan ini?

  236. Tapi sherry ini soalan 1 bulan iaitu bulan april. Tempoh ini dianggap diawal tempoh tahun perakaunan. Jika anda mahu juga buat penutupan akaun, maka hendaklah tutup Semua akaun dan dioindah ke ak perdagangan dsn ak. Untung rugi serta ke akaun pengasingan untung rugi dan akhirnya memindah untung diagih ke ak. Semasa. Syaratnya ialah anda mesti isytiharkan yg 30 april ini ialah hari terakhir ke365 hari. Baru boleh tutup akaun mengikut amalan perakaunan semasa.

  237. Emelkan kpd saya. Saya tengok2kan. Emelkan ke bukurithuwannasir@gmail.com

  238. Lagi baik awak yg senaraikan cadangan pelarasan dan saya akan komen.

  239. slm cg klo kunci kira2 x sama xpe ke? pastu nk tau cmne slah kat mne?

  240. cg hutang ragu dan stok alat tulis dok katne dlm akaun penamat?

  241. PHR ditolak dari peggutang dlm KKK. Stok alat tulis juga di KKK.

  242. diskaun kena tolak sekali ke? baki pemiutang dan pghutang kena letak semasa nak bukak akaun?

  243. cikgu….bagaimana nak buat pembetulan kesilapan tidak ketara dan pembetulan kesilapan ketinggalan catatan….
    saya dah pening…

  244. bolehkah saya ambil diskaun diberi sbgai kesilapan tidak ketara?

  245. Sebenarnya ada cara mudah. Rujuk buku teks bab imbang duga dan tiru contoh yg di sediakan di dalam buku.

  246. Sebaiknya jangan. Kecuali awak memang mahir. Ia melibatkan pelarasan urusniaga kredit pula.

  247. faedah atas modal perlukah dibahagikan kepada 12 bulan maknanya saya kena ambil untuk satu bulan sahajakah?

  248. cikgu terimakasih…saya tak tahulah…dah pening…takut dengan akaun nie…seram sangat..

  249. Memang takut tapi kalau menguasai nya hingga menjadi kerjaya, gajinya bolehlah kata setaraf jurutera.

  250. Yusuf Izzudin

    saya tak tahu cara nak mengira belian kredit dalam belanjawan tunai. sesiapa tolong saya😦

  251. 4) item (h) – kesilapan tidak ketara;
    Saya mencadangkan kesilapan amaun iaitu silap di BCP dan kesilapan berulang di lejar kerana pengeposan. Saya perasan amaun RM11020 (bank) adalah calon untuk kesilapan amaun.

    cikgu,.ini sy kurang fhm,.tlong jelaskn,;)

  252. saya dah terangkan dalam komen2 terdahulu.

  253. saya dah siap yang lain.. tapi saya tak faham nak buat yang bahagian profil perniagaan kne tambah row untk ikatan pjnjian .. nak isi ape? 1. faedah atas modal 2.faedah ats ambilan 3. gajipkongsi 4. nisbh utgg rgi …. nak isi ape?? mcm faedah ats modal : 5% Sye x nk buat faedah ars ambilan 3,gaji pkongsi mcm mne nk kire? 4:boleh gnti dgn “mgikut modal pkongsi”

  254. hello cikgu..
    cikgu nk tnye utk selepas pelarasan lejar tu kena buat semula or buat based on pelarasan je..??
    thank you.

  255. Bang /akak /cikgu sifu2b.. boleh tolong saya dengan satu item pembetulan kesilapan tidak ketara.. saya buat yang ni(Kadar bayaran yang dibayar dengan cek bernilai RM 2500 telah dikreditkan dalam akaun kadar bayaran dan didebitkan dalam bank).. mcm mana nak buat lejarnya.. inbangan duga terselaras saya kurang 2500 bahagian debit.. atau boleh bagi idea untuk buat atu item pembetulan kesilapan tidak ketara?? nk hantar lepas cuti ni.. plss tolong

  256. Tu memang item salah. Itu yg awak cipta sendiri. Tak pwrlu cipta kesalahan utk dibetulkan. Tapi kalau nak juga boleh dan pastinya lepas tu kena buat catatan pembetulan pula. Pastikan ditulis dalam senarai urusniaga pelarasan termasuklah andaian2. Kalau tak balance tu gara2 belum buat pembetulan kesilapan tu.
    Langkah 1_ spt dalam plan awak di atas. Debit BANK rm2500
    Kredit KADAR BAYARAN RM2500

    Langkah 2 _ pembetulan kesilapan
    Debit KADAR BAYARAN RM2500
    Kredit BANK RM2500.

    Idea? Ambil dari buku teks di bab imbangan duga.

  257. Dsh donwload bahan saya?

  258. Actually kertas lejar tu satu set saja. Termasuklah yg pelarasan ditulis di dalam akaun2 yg terbabit. Tapi rujuk guru awak apa pula kehendak dia. Dia yg akan beri markah pada awak.

  259. Cikgu, dalam penyata pengasingan utg rugi, faedah atas modal saya 10% setahun. Dalam penya pengasingan utg rugi, modal kali dengan 10%. Tempoh kena buat pengiraan macam mana sebab tak x cukup setahun kan?

  260. 1/12 dikali ke formula tadi

  261. Cikgu, gaji pekongsi aktif rm 4 000 sebulan. Jika di pengasingan utg rugi dicatatkan 4 000, akaun semasa kena catat apa?

  262. Gaji pekongsi rm4000 di lajur pekongsi berkenaan.

  263. Tq. Jika faedah atas pinjaman saya 8%, betul x kalau saya kira 8% × 1/12 × 300 000?

  264. Ya. Adakah awak mengandaikan pinjaman dalam soalan itu adalah pinjaman dari salah seorang pekongsi?

  265. Saya x pasti😦

  266. Nur Adibah binti Jetrine

    assalamualaikum cg, sy ingin brtnya. bolehkah diskaun diterima diambil sbg hasik terakru?

  267. Then awak kena nyatakan andaian itu. Sifu tak setuju ia sebagai pinjaman pekongsi sebab amaun RM300000 terlalu besar berbanding modal pekongsi masing2. Sifu cadangkan kpd anak murid saya sbg pinjaman pihak bank selain dari kalangan pekongsi sendiri. But then you decides.

  268. Sifu, akaun penamat tidak perlu buat akaun modal kan ?

  269. Dlm KKK ada EP. Akaun modal 3 pekongsi dan akaun semasa 4 pekongsi.

  270. Menghitung dengan tepat sekurang-kurangnya satu nisbah bagi setiap nisbah berikut:
    (i) Nisbah keberuntungan (ii) Nisbah kecairan (iii)Nisbah kecekapan
    ( sumber :PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK )
    Sifu , apa maksud ayat tersebut ?

  271. Rujuk buku teks dan baca semula fail panduan pentaksiran yg disertakan bersama fsul soalan. Utk dpt markah hanya perlu 3 nisbah. 1 nisbah bagi setiap kategori pengiraan nisbah. Senangkan.

  272. Assalamualaikum, ckgu…saya sudah emailkan belanjawan tunai..harap cikgu dapat semakkan..
    Email saya: ashaqira@gmail.com

  273. sifu ,
    maksudnya boleh tak kalau saya buat macam ni :
    i)nisbah keberuntungan – peratus untung bersih atas jualan
    ii)nisbah kecairan – nisbah semasa
    iii)nisbah kecekapan – kadar pusing ganti stok

  274. Ya. Memadai. Kecualilah guru awak nak semua.

  275. Nur Adibah binti Jetrine

    sifu, apa maksud polisi kredit selama 30 hari? bleh tlg jelaskan.

  276. Assalamualaikum, cikgu..terima kasih kerana sudi menyemak dan membetulkan kesilapan saya…Lagi satu soalan saya nak tanya, boleh tak saya tambah bayaran balik pinjaman (RM1666) untuk item pembayaran?

  277. Ya. Sepatutnya ada dlm belanjawan tunai. Maaf saya terlupa.

  278. Cikgu, apakah modal awal bagi bulan mac dan april? Saya kurang pasti😦

  279. Spt dalam kkk di beri dalan soalan

  280. sifu ,modal awal bulan mac 240000 atau 412400?

  281. Bagaiman nak buat nisbah kecekapandan bagaimana cari jualan kredit??

  282. Bagaimana nk buat nisbah kecekapan kutipan hutang ???

  283. Spt dlm soalan. Ia kekal.

  284. Kenapa masih buat projek di sini? Bukankah awak main jumpa croatia nanti?

  285. untuk item pembetulan kesilapan tidak ketara saya buat jualan tunai tersalah amaun.. ape butiran saya perlu tulis pada jurnal am? saya buat utk jualan tunai 1700 tersalah catat 700

  286. cg ,, macamana nak buat kesimpulan tentang prestasi bulan mana yang lebih baik ?? sebab hanya peratus untung bersih atas jualan bersih sahaja yang mempunyai prestasi lebih baik pada bulan Mac .. yang lain semuanya prestasi pada bulan April yang lebih baik ..

  287. Baca contoh yg saya dah beri

  288. Sifu, kalau imbangan duga buat dalam bentuk T boleh kan?

  289. Cikgu mcm mana nak tahu item pembayaran di belanjawan tunai ?

  290. Tanya guru awak. Saya pula berpandangan memang joleh. Tetapi guru awak mungkin berpandangan berbeza.

  291. Senang. 1) apa yg telah tersenarai di Buku Tunai. 2) apa2 belanja yg awak cipta yg tiada kaitan dengan SNT atau PHR atau gaji pekongsi.

  292. Cikgu, boleh saya minta email cikgu tak? Saya nak tanya soalan pasal akaun semasa yg dibuat sebelum KKK. Saya dah buat, sy nak cikgu tolong check. Tapi masalahnya sy tak dpt attach gmbr tu kat sini. Saya perlukan email cikgu. Cikgu, berkenaan dgn ruangan fol dalam akaun semasa (catatan penutup) nak isi apa?

  293. sifu , saya dri Lahad Datu , Sabah . kami d sini baru bulan lalu di beritahu mngenai kerja kursus ini . jadi kami agak ketinggalan sdikit . sifu , kan sifu ada mention tntang rm11020 syarikat mei wah . err , bnda tu mau d buat apa yarh ? padam atau ada jumlah yg betul ?

  294. Cikgu, saya ade masalah di tafsiran nilai. Tafsiran kecekapan bagi bulan mac tidak ade. Bagaimana saya mahu buat tafsiran nisbah.

  295. Dan satu lagi. Dalam akta Perjanjian Perkongsian, saya tidak menggunakan gaji pekongsi aktif. Boleh X??? terima kasih cikgu

  296. Maaf. Dah dekat buka sekolah ni. Rujuk guru awak ok.

  297. Biar betul. Amaun rm20 jika dibuat analisis belian (tiada dlm silibus korang) akan didapati payment utk invois delepas diskaun tunai hanya rm11000, bukannya Rm11020. Kertas 3 menggalakkan pelajar dan guru explore di luar kotak dan twtapi masih dalam asas silibus spm – lcci. Tapi kamu tiada guru?

  298. KPGS masih bokeh. Rujuk penerangan saya dalam jawabbalas sebelum ini.

  299. salam cg , boleh tak tlong semakkan pelarasan sya :
    1.belanja terakru
    – gaji dan pinjaman

    2.hasil terakru
    – simpanan
    # then , sya x faham kenapa kadar bayaran tu salah satu drpd komponen belanja terakru ?

  300. cg . untuk pelarasan komponen hasil terakru blh tak sya ltk simpanan ?
    and sya tak jmpa pun komponen komisen.

  301. Terima kasih cikgu. Saya nak tanya satu lagi soalan. Bagi setiap soalan nisbah, kita hanya perlukan salah satu pengiraan nisbah atau kesemua pengiraan nisbah?

  302. Maaf cikgu, adakah KPGS saya betul. Saya dapat 0.887 kali???

  303. Berdasarkan dokumen panduan pentaksiran 1 nisbah utk setiap kategori. Maka akan ada minimum 3 nisbah. Dalam buku teks ada dinyatakan jenis2 nisbah.

  304. salam. adakah rmusan perlu disediakan seperti itu. atau ada cara yang berbeza??

  305. Rumusan utk projek T5 yg saya sediakan adalah syarat minimum. Rumusan projek T4 pula berbeza. Ini penting. Dalam dokumen panduan pentaksiran ada menyatakan perkara yg perlu diambil kira utk penyediaan rumusan.

  306. cikgu, saya nak tanya… folio ini perlu buat ak untung rugi?

  307. Sudah semestinya.

  308. oh, so lejar pelarasan punya butir kena letak perkataan ‘untung rugi’ ?

  309. Oh. Tidak. Awak tak bertanya dengan ayat yg jelas. Kebiasaan yg memudaratkan. Saya maksudkan laporan kewangan. Itu mesti ada.

  310. selepas sudah siap ak. untung rugi, nak buat pernyata pendapatan?

  311. Cikgu, dalam belanjawan tunai, belian bagi bulan Jun dan Julai dijangka meningkat sebanyak 3%-7%, tu maksudnya?

  312. cikgu sy mau tnya tentg belnjwan tunai ne.. jangkaan jualan bg bln Mei cipta sendiri atau dpt dri buku tunai..bgaimna pula dgn belian?adkh dapat dri buku tunai?…adkh baki awl tunai merupakan pertambhanbaki b/b buku tunai (tunai +bank)?..adkh penerimaan dan pmbayaran perlu dcipta sendiri atau ambl ambl dr akaun yg tlh dibuat?..apa mksud polisi krdt?…sy ne agk lemah sdkt dlm prinsip akaun..mnta maaf kalau byk sgt tnya soalan hehe

  313. cikgu, tentang belanjawan tunai yg mana perlu cipta sendiri?

  314. oo , tengss ckgu . guru mmg ada tapi dea suru kami buat sndiri lepas tu keja nya mnanda jak . yg dea mau tau , keja kursus ni siap hujung bulan ni . analisis belian yg ckgu ckap tu , skg baru saya tau . patut la keja saya salah terus . nasib ada cikgu , hahaha . tengss ~

  315. cikgu , tak boleh nak muat turun utk contoh rumusan..

  316. Terima kasih banyak banyak ^^

  317. kat mana nak dapat stok awal bulan march? nak buat nisbah kecekapan tapi stok awl bulan mac takde… soalan salah ke

  318. hi😀 stok alat tulis perlu tulis dalam KKK? thank you

  319. Mohammad Junak

    Nick ,
    saya sekadar mau tolong jak . stok awal bulan Mac RM70000
    MY ,
    eyaa stok alat tulis perlu tulis dlm KKK .

  320. Cikgu dalam analisis nisbah tu..macam mana nak dapat jualan kredit bagi bulan mac?

  321. Erm, how to do pengiraan nisbah?

  322. Refer to chapter 15

  323. Sebenarnya perlu analisis tetapi maklumat tak cukup. Oleh itu tak perlu disediakan. Tetapi Kpgs masih bokeh dihitung.

  324. Cikgu, saya tak faham macam mana nak buat pelarasan..boleh cikgu jelaskan???

  325. Lyn. Markah sepatutnya diberi kepada setiausaha SPM bulan ini utk dihantar kpd LPM dalam 2-3 minggu lagi atau mungkin lebih awal. Perbincangan mengenainya telah dilakukan lebih awal. Baca semua post yg ada ok.

  326. kenapa tak boleh nak download rumusan tu ?

  327. Cikgu apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan mengamalkan polisi kredit 30 hari?

  328. Benarkan pelanggan berhutang bagi tempoh maksimum 30 hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: