Lepasan Diploma Layak ke Pangkat Sarjan PDRM

Petikan akhbar – Sumber Utusan Online

Lulusan diploma ditawar Sarjan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

ISMAIL Omar diiringi Dr. Aziz Deraman memeriksa perbarisan kawalan hormat di UMT, Kuala Terengganu, semalam.


 

KUALA TERENGGANU 12 Mac – Golongan siswazah yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma berpeluang untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat Sarjan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, skim ditawarkan tersebut merupakan satu usaha dalam menarik minat golongan itu menyertai PDRM.

Katanya, mereka juga berpeluang menikmati skim kenaikan pangkat dalam tempoh lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun sebelum ini.

“Kita berharap melalui skim baru itu, dapat menarik minat golongan muda menyertai polis,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Pada majlis tersebut lima kakitangan UMT telah menerima pangkat masing-masing iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim; Pendaftar UMT, Zakarian Ibrahim; Ketua Pusat Sukan UMT, Rafee Jusoh; Ketua Pusat Ko-Kurikulum UMT, Awang Koding Che Tom dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Siti Zainab Mat Zin.

Penubuhan Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 telah mempunyai keanggotaan 282 pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, skim tersebut yang merupakan salah satu penambahbaikan bidang kepolisan, selaras dengan hasrat PDRM untuk menambah keanggotaan pasukan berkenaan kepada seramai 150,000 orang menjelang 2015.

Katanya, dalam usaha itu, beliau mahu tenaga muda dan berkelayakan untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang siasatan.

Tambah beliau, PDRM turut mengambil kira penambahan bilangan rakyat di negara ini serta cabaran yang semakin tinggi.

“Kita memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti sesuatu kes disiasat, lebih baik,” katanya.

 

Advertisements

9 responses

  1. sifu,bolehkah sifu jelaskan dengan teliti berkaitan calon menumpang belajar ? terima kasih

  2. salam,saya berkelulusan diploma dalam ipts,adakah saya layak memohon dan bila jawatan sarjan akan di buka?saya dalam proses penurunan berat badan,sekian terima kasih.

  3. Diploma dlm kejururawatan layak ke nk mohon?

  4. Ke bidang perakaunan? Tak oernah dengar tapi selagi ada diploma yg sesuai semua boleh memohon tinggal lagi sama ada permohonan berjaya atau tidak. Ditawar atau tidak amat bergantung kpd kelayakan keputusan SPM lepas dan subjek diambil terdahulu serta gred cgpa diploma dan subjek yg diambil ada tidak akaun, MATH, pengurusan, ekonomi, atau yg sepadan. Selamat mencuba.

  5. mohd naim rafsanjani bin mohd rashid

    apabila menamatkn pengajian d ipt diploma kejuruuteraan elektrik ada kha sy trus lyak memasuki unit2 khas PDRM.. ??? ATAU ada syarat lain yg perlu di penuhi??

  6. Sudah pasti. Anda mesti mengikuti sesi pemilihan dan kursus kepolisan di PULAPOL.

  7. saya seorang lepasan diploma kemahiran malaysia tahap 3 ingin bertanya samada diploma yg ditauliah daripada jabatan pembangunan kemahiran layak mendapat pangkat sarjan yang akan datang

  8. Maaf. Tak faham soalan awak.

  9. Adakah sijil STPM layak mendapat polis berpangkat sarjan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: