Notebook baru sifu HP Pavilion tx2032au

Sepertimana anda semua dah tahu, laptop/notebook sifu yang terdahulu dah rosak, tak berfungsi sama sekali. Mahu tak mahu, sifu terpaksa mengusahakan perolehan laptop baru. Tetapi sifu bukanlah guru PPSMI, maka nak harapkan kerajaan memberikan laptop jauh sekali. Sekarang ini, tanpa notebook, sifu terasa seperti pincang tugas, tak produktif dan tak dapat lakukan apa yang sifu sudah terbiasa, (termasuklah kemaskini blog), tanpa perlu meminjam komputer atau laptop orang lain, mahupun laptop milik isteri sifu. Bagaimana? maaflah, sifu terpaksa membuat pinjaman peribadi BSN. Selepas seminggu, permohonan sifu diluluskan dan sifupun mendapatkan notebook yang baru. Alhamdulillah, hati sifu tergerak untuk mencuba teknologi yang tak terfikir untuk memilikinya dengan harga di bawah RM4000. Kalau dulu, 3 tahun terdahulu, tablet pc ni hanya boleh didapati dengan harga RM6000 ke atas. Mahalnya! Memang tak pernah terjamah dek tangan ni.

Sejak rabu minggu lepas, 11 Jun 2008, rasmilah sifu menjadi pemilik notebook bolehubah dipanggil, convertible Tablet PC model tx2032au. Semasa sifu membelinya dari MicronTM di Kompleks Karamunsing, harga yang dipaparkan ialah RM2,999. Sifu tak nak pisang berbuah dua kali, maka sifu tambah kos dengan membeli waranti tambahan, RM199 untuk perlindungan waranti bagi tempoh 3 tahun. Nak tengok bagaimana rupanya klik di sini. Model ini sebenarnya telah dikeluarkan sejak pertengahan tahun lepas, masa tu harganya RM3,999, kemudian turun RM3,599, dan lepas tu turun lagi. Sifu difahamkan ada juga model ini dijual dengan harga RM2,799 di Pulau Pinang. Tapi tak tahulah betul atau tidak.

Sifu gembira juga memilih model ini, buat pertama kali dapat mencuba teknologi tabletpc. Tapi berita buruk pula, model baru tx2500z baru saja diumumkan oleh pihak HP. Tak tahu lagi harga di Malaysia, tetapi mengikut maklumat dari lamanweb Hp.com, harganya ialah USD1,024. Kalau ditukar secara kasar, lebih kurang RM3,400. Kira boleh tahan tu. Mungkin kalau sifu tunggu 2-3 minggu lagi, sifu dah boleh beli model baru tu, itupun kalau betul kiraan sifu itulah.

Sifu dah terfikir betapa mudahnya sifu mengajar Prinsip Perakaunan menggunakan projektor tahun hadapan (kelas t4 tak ada projektor, dah tu projektor di makmal dah lama rosak- tak ada peruntuk utk pembaikan) Setakat ini, sememangnya sifu gunakan pendekatan markerpen-and-talk.

Apa-apapun, sifu terfikir nak bina blog baru khas utk berkongsi pengalaman sifu menggunakan teknologi tablet pc ini dari kaca mata seorang guru dan pengguna teknologi. Bila? Nantilah setelah sifu ada masa mengarang beberapa artikel pertama mengenainya. Jika dah siap, anda adalah orang pertama yang akan mengetahui mengenainya (sifu tujukan kepada penggemar teknologi yang juga seorang guru dan juga golongan pelajar matang).

Tambahan [23 June 2008]: sifu dah mulakan satu blog lagi khas untuk notebook tx2032au baru sifu ini. Jika berkaitan, anda dipelawa ke blog teknologi sifu.

BUKAN MENUNJUK-NUNJUK, SEBALIKNYA BERKONGSI PENGALAMAN.

Advertisements

22 responses

  1. cikgu, saya ni amid, mantap o laptop baru cikgu, wow!! hehehe.. sy pun baru2 ni suda beli notebook compaq presario v3828AV. cikgu, ari tu ada saya cari di eatons buku microsoft acces tp tak da kena jual dan ada ari tu sy bagitau cikgu ttg sy tdk dpt tawaran poli sebab dpt suda ipta, tp ada kawan sya ckp ada juga kawan dia dpat dua2, saya pun confuse jg la. cikgu, bleh minta tips cmana maw pro ttg komputr2 ni.??

  2. Amid,
    Tahniahlah dengan notebook tu. Berapa harga dia? Pasal buku Access, kalau tiada di Eaton, cuba cari di Popular bookstore. kalau tidak pun di Signature, Karamunsing Kompleks. kalau tiada juga, nanti boleh cari di Kuching bah, cari-cari di sana. Mau penjadi pengguna mahir kena banyak membaca dan mencuba. Cikgu cadangkan, kalau ada duit lebih, beli majalah komputer. Cikgu sudah lama membaca majalah PC Authority, terbitan dari Australia. harga lebih kurang RM25. Kalau tidakpun cuba selalu baca majalah CHiP Malaysia. Oh, tapi kalau cikgu dulu masa di IPTA (UPM), cikgu kerap pergi dan pinjam buku dari library. So, Amid pun boleh buat perkara yg sama, sambil belajar subjek yang diajar di kuliah, ambil masa 2-3 jam seminggu baca buku berkenaan komputer, spt How to use windows (XP/VIsta), Windows Vista for Dummies, dan banyak lagi. Selain dari itu, cikgu cadangkan Amid cuba-cuba perisian Office percuma, openoffice.org. Percuma, tiakda bayaran, dan tidak ‘pirate’. Itu lagi baik.

  3. harga laptop tu RM 1799. susa jg ada laptop ni ckgu, coz belum pro lg kn.. oh, nanti la sya cari. baru 1 tempat sya cari buku tu. ada jual ka di kedai majalah PC Authority tu. bunyi mcm mau order ja tu.? majalah CHiP berapa harga dia cikgu.? oh, klau gitu saya akan bagi2 kn masa nanti di ipta. buku openoffice bnyk kena jual di eatons, pa kegunaan dia tu.??

  4. Amid,
    JANGAN BELI BUKU OPENOFFICE TU!!! Buku tu untuk versi lama. Sekarang ni OpenOffice.org sudah sampai versi 2.4. Lebih baik belajar sendiri melalui tutorial dlm online kalau jumpalah.

    PC Authority ada dijual di KK. Tak payah tempah. Boleh beli macam majalah lain juga, tetapi harga sahajalah macam mahal untuk pelajar macam amid. RM25+. Beli CHIP la, murah sikit. RM15 kalau tak silap. Tapi tak apa juga, di internet ada banyak tutorial, how-to guide dan macam-macam lagi. Cari saja apa software apa tips apa howto, selalunya dapat. ramai orang di dunia ni rajin buat tulisan/artikel macam tu. Cikgu pun akan berkecimpung dalam bidang tu. Cikgu dah mulakan blog khas untuk notebook/tablet pc cikgu.

  5. oh.. kalu gitu bagus lg sy stdy dr online. nanti saya jln d kk sy cari buku chip 2. cikgu buat la di blog cikgu stdy mcm micro access atau len2.

  6. Kalau kau bule bah

  7. haha.. ya bha.. cikgu, nanti ckgu bgtau ja lau ada suda ckgu buat. suda sya download openoffice 2 n install sekali. bagus la jg. tp ada senang c kit guna microsoft office. ok la jg note book ckgu 2.?? ada best dr yg dulu..

  8. Amid,
    OpenOffice tu memang lain dari MSOffice. Tapi OpenOffice tu lesen percuma. nak download ka, nak bagi-bagi kawan ka, nak pasang banyak pc ka, tak ada masalah sebab lesennya ialah tidak terhad.

  9. Guru veteran akaun stpm

    Salam sejahtera..saya terbaca blog ini dan terpanggil untuk memberi respon tentang perakaunan STPM. Saya merupakan guru yang mengajar psubjek ini sejak jadi cikgu! 16 tahun di sebuah sekolah terkemuka di K. Lumpur..jika ada perkara yang saya dapat bantu, saya bersedia membantu..

  10. Guru Veteran Akaun STPM (GVAS),
    Wah! Terima kasih di atas tawaran itu. Sememangnya banyak yang ingin diminta tolong. Jika sudi, boleh tak GVAS buat komen-komen tambahan di muka ini atau di blog ini yang mana lebih sesuai.

  11. Smekom cegu… wuitz.. pkabar??? hehehe.. cegu amcm skang ni??? pa crita latest kat skul?? uisehh.. lptop bru tu.. hahha.. pa2 rr yg special psl lptop tu cegu?? mntap ni gmbr dia..

  12. Aziz,
    heheheh, Cikgu masih lagi control hensem. Apa cerita? Prinsip perakaunan mulai tahun ini ada perubahan pemarkahan, so mungkin tough sikit buat pertama kali tahun ini. Laptop cikgu tu jenis tablet pc. boleh pusing-pusing, ada touchscreen dan boleh tulis. Cikgu masa ajar ekonomi, cikgu tulis di skrin. Memang bagus.

  13. uiseh.. maC menten macho r ni.. hehe.. sy ok je.. skang ni kat uitm penang dh.. amik letrikal enginring.. ckit jak budak sbh cni cegu.. x smpai pun 10.. yg satu batch ngan sy r.. yg len x taw pla.. nsib bek rumate pn ok gak.. huhuhu.. tp sdih r cz raya ni sy x dpt blik sbh o.. huhuhu.. bru ja kmi suma plan mo gi umah cegu raya thun ni cz amid tu dh ada lesen dh.. tp spoil lak.. huhuhu.. ermm.. bout akaun tu.. prubahan cmana tu cegu?? kna bg cam frmat stpm ka?? klu cmtu pyh r dak form 5 tahun ni.. struggle r dorang abis-abisan.. haha.. smart r tu ada touch screen.. snang r cegu present.. brapa r hrga dia?? sy beli ari tu acer 4520.. bleh tahan r gak.. hehe

  14. Aziz,
    tak apa, raya tu banyak tahun ada. Bila-bila boleh datang. Selamat menyambut hari raya yang tak pulang tu.
    Format SPM? Tak delah sampai level STP, cuma lagi sekarang ni dah ada ketetapan pemarkahan cara baru dan soalan 2 dan 3 jadi soalan ‘anchor’ soalan penentu la kiranya utk kelayakan sijil kedua tu, sijil LCCI/ACCA.
    Ya, dengan laptop baru cg ni, agak senang sikit cg mengajar Accounting dan mikroekonomi. Boleh luki s, boleh tulis dan boleh simpan apa yang sifu tulis. Kalau dipapan putih, bila sudah penuh semua papan putih tu dengan tulis cg, terpaksalah padam. kalau terpaksa ulang, tulis lagi balik. sekarang ini tak perlu, cikgu cum perlu panggil balik fail yang cikgu tulis tadi. Canggihlah katakan.

  15. mmg r byk tahun.. tp tahun ni kitorang dh plan abis2 tp x jdik pla.. tp xpa r… kita hnya mrncang, tuhan yg tntukn… kn cegu.. huhuh… haha.. raya tak pulang r pulak.. pa leh wat..
    Owh.. igtkn dorang nak bg sama level frmat tu ngn STP… so, klu dorang dh master yg tu kira snang r dorang nnt kn… sijil tu klu dpt trus jd ahli ACCA ke?? atau skadar sijil camtu ja… yg sy dpt ari tu juz tawaran tuk smbung accounting level pro je kn.. tp syg r cz sy x amik.. klu x, knpem stay UiTM Shah Alam dh ni.. huhuhu…

  16. Aziz,
    Memangpun sijil tu hanya berguna kalau pelajar lepas je SPM terus ambil accounting ikut kursus LCCI atau ACCA sahaja. Kalau masuk U, kalau masuk diploma, kalau masuk matriks, tak ada manfaat secara langsung. Tapi yg terpenting ialah, prinsip perakaunan SPM dianggap setaraf dgn paper 1&2 LCCI. Tu dah kira bagus dah tu. Pertama di dunia tau. Dan yang tersirat pula ialah, siapa dpt sijil LCCi maka confirm dia tu kumpulan yg dapat 1A, kalau dapat 1A memang sah dia tu layak lompat LCCI/ACCA. Kira glamer juga kan.

  17. OWh… ptut r pun trus dia bg free klu amik exam ACCA/LCCI.. 35€ lg tu.. mahal gak tu kn cegu.. hahaha… bleh r gak glamer ckit2.. bngga r gak… hehehe.. tp klu akauntan, semua msti jd ahli ACCA/LCCI bru bleh keja ke cegu??

  18. Ada soalan lg ni cegu…. cegu tau cmana pkai Kaspersky Internet Security 2009 ke?? cmana mo delete virus or suspicious program yg kita tau itu virus tp antivirus tu x dpt detect… tp dia dpt detect sbg suspicious program ja…

  19. Aziz,
    Sorilah lupa plak pasal soalan kau. Sifu tak pakai IS 2009 buat masa ini. Sifu hanya gunakan AVG anti-virus free dan mengamalkan ‘kehidupan sihat’. Sifu berusaha berhati-hati memasuki mana-mana lamanweb. Dengan penggunaan Firefox dan plugin tambahan seperti NoScript, dan sebagainya, sifu masih berjaya mengekang serangan yang tidak diingini.

  20. Jika anda seorang guru atau pelajar yang mempunyai laptop jenis tablet, sifu ada poskan tutorial menyediakan template kertas lejar, jurnal dan buku tunai untuk perisian Windows Journal. Sila baca pos tutorial sifu di http://mytx2032au.wordpress.com/2008/08/17/membina-templat-kertas-lejar-untuk-windows-journal/ . Semoga perkongsian ilmu ini sama-sama mempertingkatkan kreativiti dan kemahiran pengajaran kita semua.

  21. oh ya.. ada jg sy try gna no script tu… mmg bgus gak r… tp stil ada disadvntage gak kn cegu… cz x suma dia dpt block… x.. ari tu sy ada beli kis 2009 tu.. ms tu x pndai pkai lg.. hehe.. tp skang alhamdulillah.. bleh r gak.. ari tu tkena virus yg pling latest.. tu r dia x dpt detect pla.. lps update tu bru r.. hehe..

  22. Aziz,
    So kira okay la tu. Dah ada pengalaman. Lain kali tahu dah apa nak buat. Sifu pula, macam biasa, cuba usahakan utk hati-hati surfing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: