Kertas Prinsip Perakaunan Percubaan SPM 2006 dah Keluar

Sekadar nak umumkan yang pihak MRSM dah release soalan percubaan spm mereka. Kalau nak download semua soalan termasuk kertas Prinsip Perakaunan, lawatilah di url ini, Percubaan SPM 2006. MRSM tidak menyediakan skema jawapannya. Kalau ada pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan yang berminat mendapatkan skema jawapan tak rasmi, saya boleh usahakannya. Tapi ianya bergantung kepada comment dan feed pelajar-pelajar. So kalau nak, kenalah masukkan komen atau permintaan, barulah saya akan melakukannya dan memuatnaik ke blog ini. SEKIAN.

Advertisements

72 responses

  1. boleh gak…..especially yg soalan subjek sains tulen…:>

  2. a’kum..saya iza dr smktm..saya rasa blog nih sgt berguna kpd pelajar2 yg bakal menduduki exam..diharap ..pihak tuan/puan dpt memberi byk info /soalan2 yg dijangka akan keluar…sblm itu saya juga mahu skema jwpn utk paper trial p.akaun 2006..inin adalah utk saya belajar utk mengetahui kesilapan …sekian terima kasih…

  3. klau boleh, nk gk skema esp 4 add maths, maths, bio, physics n chem so that we know what we’re doing kn…thanks in advance, sifu!

  4. uhwooo oh,buatlah,tambah soalan ramalan sekali!

  5. Cadangan skema jawapan untuk Prinsip Perakaunan Kertas 2 akan diedarkan diblog ini tak lama lagi… Saya dah siapkan soalan 1 dan 2. Malangnya saya agak sibuk menanda kertas peperiksaan percubaan spm sekolah saya pula. So stay tune.

  6. Muhammad Adlynaim Hassan

    Please SIFU!!!!!
    i really want da answer PA paper…
    if Sifu can get all da answer 4 every paper it will b great!
    thank you!

  7. Muhammad Adlynaim Hassan

    please
    please
    please
    please
    please!!!!!
    Thanx SIFU!!!!

  8. ya..pls do it for us..we find it is hard when there is no anws…
    thanks a lot sifuuu….

  9. ya..pls do it for us..we find it is hard when there is no anws…

  10. Check my latest post for the skema

  11. sifu thanx for the answer 4 ‘prinsip perakaunan’

  12. sifu thanks for the answer 4 ‘perinsip perakaunan’.soalan ramalan MRSM PA merupakan soalan yang hampir sama ngan soalan SPM pada tahun soalan ramalan itu dikeluarkan.Thanks sifu.Aligato……………..

  13. muhammad fadhli sanusi

    tlg hantarkan skema jawapan bg soalan percubaan akaun kertas 2 2006 mrsm ke email saye…

  14. Muhammad Fadhli, lebih baik awal DL sendiri dari blog ini. Sila rujuk ke post saya yang terakhir untuk dapatkan link fail tersebut

  15. i am acc’s stdnt..
    khamis ni dah exam paper 2..
    sy juz nk tau whether lembaran kerja o penyata yg akn kluar utk soklan 2..
    ramalan nye la.

  16. sifu….. saya nak sifu…pls…pls….

  17. thanks 4 da jaw. lengkap…..

  18. saya nak skema bg jwpn krts 2 SPM 2006….please……………..

  19. saya ialah calon persendirian spm 2007.so i need help from sifu,what kinda help can i get from you?

  20. am from sabah actually and now staying at subang jaya,ni nak tanya kat sifu kalau soalan spm sabah dengan lain tempat ada perbezaan?

  21. cuz am going to take my paper kat area kl…can you give me advice……

  22. Saya hanya menumpu kepada subjek Prinsip Perakaunan (PAK). Nasihat dan tips saya boleh beri untuk subjek PAK ini sahaja. Kalau awak ambil PAK, bolehlah saya tolong apa yang perlu.

  23. ya sifu saya ambil perdagangan dan prinsip perakaunan.nak minta tips dan nasihat utk lulus subjek ni…boleh tak

  24. sifu?

  25. sy keliru nak ambik pa or tak tp ati sy ckp ada peluang klau ambik pa so sy confuse giler skarang neee………………….

  26. please la tlg yakinkan sy yang susjek PA ne senang utk skor ……………. please sifu……

  27. Sallester, PAK ni, org selalu cakap susah. Well, memanglah susah, tapi byk benda lain lagi di dunia ni pun susah. Think positif for a start. Think the benefit you’ll get by learning Accounting.Saya kerap ingatkan pelajar saya, bhw belajar PAK adalah serampang dua mata, untuk peperiksaan SPM dan untuk kemahiran kendiri. Kalau awk bekerja atau berniaga sendiri, kemahiran akaun akan memudahkan pengurusan awk.
    Here’s a TIP. Setakat nak lulus, say 40% mark, SENANG dlm SPM. Ada dua kertas, Kertas 1 40% dan Kertas 2 80%. Total 120% yang akan ditukar kepda 100%. Nasihat saya ialah BERI PENEKANAN KEPADA SUBJEK DLM TINGKATAN EMPAT terlebih dahulu. Mahirkan Simpankira (kitaran perakaunan dan dokumen perniagaan itulah). Soalan No.1 adalah soalan terpenting dlm Kertas 2, antara 28 – 30%, Sln no.2 adl kedua terpenting, 17-19% mkh. Kalau nak lulus, dptkan K1, 20% sekurang-kurangnya (objektif takkan tak boleh), tambah K2 S1 & S2, awk akan dpt 60 -68%, awk dah dlm Gred 5C!
    So nasihat sy, strategi belajar sangat penting kpd calon persendirian. Beli buku kerja atau buku soalan SPM sebenar, hanya buat S1 bagi setiap set. Kalau awk nak, awk boleh guna strategi ‘TIRU UNTUK FAHAM’. Maksud saya, ialah awk salin semula cadngan jawapan S1, SAMBIL cuba memahami manakah Dokumen yang berkaitan, dan buat catatan di tepi. Ini untuk membiasakan awk dengan bentuk soalan dan bentuk jawapan. Apa kata awk download soalan percubaan SPM MRSM 2006 dan cadangan skema jawapan saya. Awk cuba bandingkan knp jawapan itu mesti demikian, perhatikan tarikh untuk memudahkan awk. Harap awk faham.

  28. Kpd Farahim, kalau ada masa belajar, ambil je PA ni. Baca mesej sy untuk Sellester.

  29. apa kabar semua?
    dsini sy ingin memminta tolong
    bahawa sy ingin kerjasama
    sama kalian
    semua nnti pada sape sape
    yg membaca tlong lah sy

    sy ingin soalan
    drp kalian semua
    iaitu soalan prinsip
    blh x tolong sy….

    k tu sajerrr bye…
    seee u again….

  30. askom smue.. sy nk skema jwapan spm untuk semak dmana sy slalu lakukan kesilan

  31. sallester@ester

    thanks sifu…i will do my best.

  32. mana soalan Prinsip akaun…Sgt perlukan untuk rujukan..plssss

  33. tolong ajar saya..tidak tahu buat pelarasan untuk Lembaran kerja

  34. Efah, Lembaran kerja senang. Setiap urusniaga MESTI dicatat DUA KALI, satu debit satu kredit. Mengikut kebiasaan soalan SPM, akan ada 4-5 maklumat tambahan untuk diselaraskan. Antaranya mesti ada kiraan peruntukan susut nilai ABS, kiraan peruntukan Hutang Ragu, pelarasan urusniaga terakru, belum bayar atau terima dahulu. Saya selalu menyatakan tip ini, jika ia belanja belum bayar, debit, belanja terlebih bayar, kredit. Jika Hasil/pendapatan belum diperoleh, kredit, hasil terlebih diperoleh, debit. Pendapatan terlebih diperoleh adalah pendapatan terdahulu, belanja terlebih bayar, ialah belanja prabayar.
    Efah perasan tak, kalau efah ada RM1, tetapi efah beli makan di kantin bernilai RM1.50, efah sebenarnya melakukan belanja belum bayar sebanyak RM0.50. Kalau efah ada HP, efah beli ‘reload’ prepaid RM30, sedangkan dalam HP efah masih ada RM20, maka nilai yang masih ada ialah RM50. Tau tak pengguna prepaid sebenarnya terlebih bayar sedangkan belum menggunakan SEMUA perkhidmatan telco. Efah dah boleh faham? Tentang Hutang Ragu senang, PERUNTUKAN ditetapkan, kalau di beritahu RM400, maka ia mesti dilapurkan sebagai RM400. Jika tahun sebelumnya ada baki PHR sebanyak RM350, maka efah hanya perlu tambah RM50, oleh kerana Peruntukan mesti di kredit, maka efah kreditkan RM50, senangkan. Kalau lah tahun sebelumnya ada PHR bernilai RM500, maka efah MESTI kurangkan nilah PHR tahun ini, menjadi RM400. Bagaimana? Keluarkan RM100, dengan mendebitkan PHR.

  35. Apakah tujuan laman ini di sediakan???? utk mencari untung atau apa??? kita sbg org malaysia inginkan kemajuan so knp perlu beri komen dan pendapat baru boleh dpt kertas soalan PA. Sy hrp itu bukan tujuan seberna laman ini disediakan.Dgn adanya laman ini kita dpt membantu pelajar2 menguasai subjek PA demi masa depan mrk.

  36. dan sy ingin minta maaf kalau ada salah dan silap dalam kata2 sy………..

  37. Sy nak minta maaf sekali lagi sebab sy tgh tension memikirkan tentang peperiksaan yang akan datang .sy seorang pelajar form 4 .sy terpaksa belajar sendiri tentang subjek PA ini jadi perlukan pertolongan cara-cara untuk mengira.sy dan 3 org rkn sy masih dlm tempoh percubaan tetapi malangnya kami terpaksa belajar sendiri jika ingin mengambil mata pelajaran ini.Sy sangat amat berharap agar sifu beri sy nota-nota PA dan soalan2 yang berkait dengan PA.

  38. Zafirah, istighfarlah, jangan lepaskan kemarahan awak kepada saya melalui blog ini. Untuk pengetahuan awak, saya memang tak dapat untung apa ke benda, malah saya tak pernah beri ambik duit budak untuk kelas tambahan pun. BLOG INI asalnya menjadi pemudahcara saya menghubungi anak-anak murid saya di dalam kelas saya supaya mereka mudah mendapat SKEMA JAWAPAN percubaan MRSM, bukannya atas niat serong.
    KALAU ZAFIRAH pelajar sekolah saya, saya boleh tolong dengan free, kerana passion/kecintaan saya pada bidang ini membuatkan saya sedia menolong semua pelajar yang bersedia belajar dari saya.

  39. Oh ya, satu lagi zafirah, jangan berputus asa, kaedah belajar sebenarnya mudah, hanya kita ni orang bumiputera/melayu selalu meletakkan perkara berkaitan nombor susah. Sebenarnya tidak. REMEMBER, debit for akaun-akaun aset bukan semasa, aset-aset semasa, belanja-belanjar, manakalah kredit untuk akaun-akaun ekuiti pemilik, liabiliti dan perolehan/hasil. selepas itu terima sahaja teknik (saya panggil seni akaun), iaitu setiap sesuatu urusniaga WAJIB ada debit dan kredit (seolah sistem silang X-debit ke kredit, kredit ke debit). setiap soalan AKAN mengutarakan cadangan nama akaun. Contoh, Membeli barang niaga dari Pembekal Rasli RM200 secara kredit. Perhatikan ayat itu. Beli barang niaga maknanya ada urusniaga untuk akaun belian(dan belian MESTI debit kerana ia adalah satu dari jenis belanja kendalian), maka mesti ada satu lagi dikreditkan, guess what, PEMBEKAL RASLI! Maka debit akaun belian dengan nilai RM200 dan kreditkan akaun pemiutang (liabiliti) yang dipanggil Pembekal Rasli dengan nilai RM200 juga. Saya cadangkan Zarifah beli buku teks sendiri, dan baca dan buat soalan semuanya. Saya sebagai guru disekolah, tetap menggunakan buku teks kerana ia berkualiti.

  40. sifu…..sufu tak ramal ke solan ape yang akan kuar taun ni(2007)…
    klu sifu tau ckp la yek……kasi lulus la anak murid sifu nie….

  41. Insyaallah, nanti saya fikirkan. [Updates] sila semak di sini berkenaan ramalan sifu.

  42. Great..Thankz..dude.

  43. saya nk soalan dgn jawapan skali blh??

  44. saya nk solan terkumpul SPM tahun2 lepas dan bagaimana nk meminati dan seterusnya mengingati formula akuan?

  45. Untuk soalan tahun-tahun lepas, Wan kenalah beli buku koleksi terbitan CERDIK PUBLICATION. Sifu tak boleh nak tawarkan kerana ia adalah hak penerbitan bersama LPM dan CERDIK Pub.

  46. saya nak tau soalan prinsip tahun 2006 punye….bagaimana saya boleh download kan?

  47. sifu,tolong antarkan soalan dan skema jawapan prinsip spm2006 percubaan ke email saya.. aqma_pingu@yahoo.com. .plez..!!saya amat memerlukan sesangat…budi baik sifu amat saya hargai.

  48. Aqma, tak ada soalan prinsip perakaunan 2006 sebenar untuk didownload. Aqma terpaksa beli sendiri buku terbitan Cerdik.

  49. sifu tolong hantarkan sport question akaun spm tahun ni ke email saya hima_futsalgurlz@yahoo.com.. saya harap sangat bantuan dari sifu…

  50. Imah, lebih baik awk download sendiri dalam PES Exam Series. Cari Modul 4 dan modul 5

  51. sifu..pls ajar sy mcm mana nk knl psti dt atau kt dan aset atau belnja

  52. Ieyka, cara terpantas ialah penghafalan secara berlagu.

    Akaun-akaun aset dan belanja always debit,
    akaun-akaun liabiliti dan ekuiti pemilik always kredit,
    Itulah cantiknya catatan bergu.

    Kalau Ieyka dah kenal apa akaun yang belanja atau hasil, aset atau liabiliti, hidup ieyka akan lebih mudah. Cth, sewa adlh belanja, maka mestilah debit.

  53. saya nk sume jwapan skema

  54. nk gak wei……………….

  55. weiii…nk gk solan2 rmln..nk

  56. mrinah ni cm aku kenl..ko ni dak tahap kn..klas sblh aku je

  57. Korang cari je. Mana yang ada sifu sediakan itu ajelah. Ini blog khas untuk Prinsip perakaunan SPM, so Marinah skema subjek lain tak de.

  58. shima_seremban

    yupzz ..
    nk skema jwpn n soalan2 prinsip perakaunan ..
    t’utamanya soalan2 dokumen perniagaan ..

  59. Shima, thank you for visiting. Hope this blog bermanfaat buat anda semua.

  60. sy hrp sifu bleh bg sy skema jwpn utk paper p.akaun ni k….

  61. Eka,
    Memang dah ada pun, sila layari lebih lanjut blog ini. Kalau perlu gunakan textbox CARI di sebelah kiri.

  62. ckgu, kenapa sub akaun ni susah sangat?? macam mane oram len paham sedangkan saya susah nak paham??y???? saya x bley nak ikut la apa yg ckgu saya ajr..mcm mane ni?? nanti form 5 lg lar susah

  63. Hanish,
    Susah sifu nak kata dalam hal ini. Malah sifu sendiri selalu menasihatkan pelajar bahawa jika rakan awak boleh faham maka bukanlah salah guru semata-mata jika anda tak faham juga. Mungkin Hanish dalam golongan yang mempunyai kemahiran pembelajaran yang sederhana terutamanya dalam kemahiran mengitlak dan menganalisis. Untuk itu Hanish terpaksalah belajar extra. Sebenarnya kemahiran simpan kira dan pelarasan akhir tahun AMAT SENANG, bagi sesiapa yang dah berjaya menangkap/mengenal pasti asas kemahiran mekanikal yang piawai. Debit adalah debit, kredit adalah kredit, belanja mesti didebitkan, hasil mesti dikreditkan dan sebagainya. Ia tak akan berubah dan tak boleh diubah kerana ia telah menjadi amalan, peraturan, dan penerimaan pengamal ilmu akaun sedunia.

    Hanish mestilah mengatur masa belajar dengan mendahulukan kemahiran membuat catatan lejar jika ingin berjaya dalam SPM. Selalunya pelajar dah faham tentang jurnal dan buku tunai tetapi lemah ketika pengeposan ke lejar. Sifu tak tahu masalah sebenar hanish tetapi biarlah sifu nyatakan tips di sini:

    A. Untuk pengeposan item-item dalam buku tunai ke lejar.
    – Semua Item di sebelah debit BT mesti dipos secara bersilang ke lejar am. Maknanya amaun yang sama akan dicatat ke sebelah kredit akaun berkenaan di dalam lejar.
    – nama akaun dalam lejar MESTI mengikut apa yang ditulis dalam BUTIRAN di Buku Tunai tersebut. Untuk itu pelajar mesti tahu bahawa dalam lajur butiran, hanya catat NAMA AKAUN yang terlibat, contohnya Jualan tunai, catat hanya perkataan “JUALAN”, Terima bayaran dari penghutang Albert, maka pelajar wajib catat di sebelah debit BT dengan perkataan “Albert” sebagai nama akaun yang perlu dicatat dalam lajur butiran.
    – Semua item di sebelah kredit BT mesti dipos secara bersilang ke lejar Am. maknanya amaun yang sama akan dicatat di sebelah debit akaun berkenaan di dalam lejar.

    Untuk keterangan lanjut, suka untuk sifu cadangkan nota dari cikgu Awang, di alamat ini, http://prinsipakaun.files.wordpress.com/2008/08/teknik-menjawab-soalan-dokumen1.doc . Sifu percaya nota ini akan dapat membantu hanish.

  64. selamat sjatera sifu. tima kasih kerna mnyediakn laman ini. sy ingin b’tnya,di skolh sy ada 2 kls untuk prisip akaun dan 1 kls ada subjek add math dan 1 lgi tiada subjk t’sbut. ttpi msih adakh ruang untuk kami di kls yg tiada ambil subjek add math untk mlnjutkn pljrn di institusi atau univrsti slps ini?? dan apkh conth jnis pkerjaan yg akn kmi dpt slps ini?.TQ

  65. salam sifu 2b sy de mslh skt psl nk wat lejar ni…slalu no kliru…ape tips2 nye ye?

  66. ANIS,
    masalah dengan gabungan subjek Prinsip Perakaunan TANPA aDD MATH IALAH tak ada laluan singkat ke ijazah perakaunan. Tak ada masalah untuk mengikuti program diploma dan ijazah bidang BUKAN perakaunan.
    Contohnya Matrikulasi mewajibkan pemohon mesti sekurang-kurangnya lulus 7D sebelum layak dipertimbang mengikuti program matrikulasi perakaunan. Program asasi perakaunan juga memerlukan calon SPM pernah dan sekurang-kurangnya lulus Add math.

    Dengan kata lain, jika berniat nak mengikuti program perakaunan di IPTA, maka pelajar mesti ada mengikuti subjek add math, menduduki peperiksaan SPM dan sekurang-kurangnya lulus add math dengan gred 7D.
    Tetapi jika calon ingin mengikuti program perakaunan melalui laluan alternatif, seperti IPTS ataupun program profesional LCCI atau ACCA, maka tidak ada masalah untuk tidak mengambil subjek add math dalam SPM.

    Baca dan ikuti panduan dari Cg Awang, seperti yang sifu senaraikan di komen atas, https://sifu2b.wordpress.com/2006/09/25/kertas-prinsip-perakaunan-percubaan-spm-2006-dah-keluar/#comment-3168

  67. blh tak sifu tlg saya? saya masih tak faham kenapa sesuatu butiran tu direkod di lajur kredit/debit bgi sesuatu akaun? sebenarnya saya tak faham konsep debit kredit dalam lejar ni. sbg contoh, saya tak faham kenapa baki penghutang direkod d lajur kredit dalam SKAUN MODAL.. harap sifu dpt tlg ler.

  68. Omek,
    Tanya di segmen ini semula okay dan sifu akan jawab di sana. https://sifu2b.wordpress.com/interaksi-guru-pelajar-akaun/t4-bhg-pengenalan/.

    Anda juga boleh bertanya terus berkaitan mana-mana topik/kemahiran mengikut kesesuaian pecahan bahagian yang sifu sediakan di ruangan ini, https://sifu2b.wordpress.com/interaksi-guru-pelajar-akaun/

  69. sifu,sy lmh sgt dlm akaun…adew tips tk..tlg email soalan2 akaun ke email sy…

  70. Atirah,
    Download sendiri soalan-soalan yang ada. Sorilah tidak ada khidmat email soalan buat anda.
    Baca juga artikel sifu, RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM.

    Jika ada pertanyaan spesifik tentang sesuatu topik, boleh juga masuk ke segmen INTERAKSI GURU-PELAJAR AKAUN dan tinggalkan soalan di bahagian yang berkaitan (ikut nama bahagian).

    Sifu turut mencadangkan anda membuat latih tubi S1 – Soalan Dokumen Sumber menggunakan set soalan yang disediakan oleh Cikgu Sila.

    Semoga berjaya. Jika ada masalah jangan lupa tinggalkan pertanyaan di bahagian yang sepatutnya. Contohnya, untuk masalah menjawab soalan 1, tinggalkan pertanyaan atau masalah di Bahagian 3 : Kemahiran Simpan kira – Dari BCP, ke Lejar dan Imbangan Duga.

  71. blh tlg ajr cn ane nk buat nota pa .Pa merupakan sasaran saya dlm mendapat rsult cemerlng dlam Spm 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: