Pelajar Tingkatan Empat dan Wawasan Kami

Minggu ini baru dapat masuk ke kelas tingkatan empat. Sekolah sifu bertugas menawarkan subjek Prinsip Perakaunan SPM untuk pelajar-pelajar kelas sains tulen dan kelas ikhtisas. Ini dah tahun ketiga, prinsip perakaunan ditawar kepada kelas aliran sains tulen juga. Baguslah. Tahun ini sifu beralih semula ke kelas tingkatan empat sepenuhnya. Bagus juga, sekurang-kurangnya saya dan pelajar-pelajar ‘baru’ ini boleh merancang wawasan kami. Halatuju yang sifu nak ‘anak buah’ ikuti ialah sasaran peribadi mereka dalam SPM 2009. Terlalu awal agaknya, tetapi sifu fikir lebih baik sifu nyatakan garis penamat mereka iaitu 2009. Garis mula mereka ialah minggu ini, 14 Januari 2008 (Bayangkan acara balapan/trek). Ini adalah acara larian 2 tahun. Lebih tepat lagi, ini ialah projek dua tahun. Kenapa sifu katakan projek? Sebab ia melibatkan pelan, perancangan, perlaksanaan, komitmen, pengujian, penambahbaikan, pembaikan, pelarasan, perancangan semula, penilaian berkala, objektif, dan pembinaan satu menara ‘gemilang’.

Umpamakan situasi itu seperti berikut. Sifu sebagai ‘jururunding/consultant’, Kementerian Pelajaran sebagai ‘arkitek’, sukatan pelajaran umpama ‘pelan bangunan’, pelajar sebagai ‘jurutera’ dan buku-pen-komputer sebagai ‘alatan dan teknologi’. Apa yang kami bina? Menara Wawasan Diri pelajar. Berapa ketinggian? Setinggi yang boleh, tapi had maksimum ‘cemerlang 1A’. Siapa bakal menggunakan menara itu? Dah tentu ‘jurutera itu sendiri serta ahli keluarga tersayang’. Kualiti binaan menara datang dari ‘keikhlasan, amanah dan kejujuran juruteranya’. Nilai pasaran bangunan itu berkait rapat juga dengan ‘kecemerlangan keseluruhan’. Keteguhan bangunan itu selaras dengan ‘daya pemikiran pelajar dan kemahiran berkekalan yang diperoleh’.

Itulah maksud dan perumpamaan sifu tentang ‘projek hidup’ itu. Sifu akan terus komited meneraju kedua-dua kelas ini ke puncak kejayaan seperti mana diimpikan mereka. Cemuhan orang ramai dalam media terhadap golongan guru sangat menyakitkan, tetapi usaha melahirkan golongan warga berwawasan, berfikiran kritis dan kreatif akan tetap diteruskan walaupun sifu adalah juga guru yang kini diperkotak-katikkan. Majoriti guru memilih berdiam diri. Selagi tiada pelajar di hadapan mata turut ‘terpengaruh’ dengan selaran media, menafikan jasa guru mahupun memperkecilkan usaha guru, maka selagi itu sifu akan sentiasa berfikiran waras dan positif terhadap kerjaya in. Sifu sentiasa yakin dengan kebolehan sebenar pelajar.

Advertisements

17 responses

  1. terima kasih atas balasan sifu, sifu pasti seorang guru yang hebat. sekarang setiap hari pasti saya akan mengunjungi blog sifu ini untuk melihat perkembangan terkini. saya sangat seronok bila membaca coretan2 sifu khasnya kata-kata motivasi sifu untuk pelajar2. semoga sifu terus berjaya dan seronok dengan profesion sorang guru.

  2. Mudah-mudahan. Kita doa bersama-sama.

  3. AKum Sifu. Boleh minta bantuan. Ada ex-student saya sekarang di KK Sabah. Minta bantuan sy cari guru tuisyen Prisip Perakaunan. Boleh cadangkan pada saya

  4. Okay, saya akan usahakan. Pelajar Cg skrg di mana?

  5. Pelajar sy di kawasan Penampang

  6. Penampang besar. Belajar di IPT atau masih di SMK, tingkatan apa?

  7. Pelajar F4 SMK St Micheal. Penampang

  8. Ok, kita cerita nanti melalui emel.

  9. Thanks sifu…nanti kalau ada bahan2 yang dapat dikongsi bersama untuk semua pengunjung web ini, saya akan emailkan

  10. GOOD LUCK for result SPM tomorrow….SBP GOPENG PERAK..SMK DATO’ SHEIKH AHMAD,ARAU PERLIS INDERA KAYANGAN… SEMOGA PERLIS SINGA UTARA MENANG MALAM INI DENGAN UPB MYTEAM…. REMPUH PERLIS REMPUH!!!!…HAHAHA

  11. sifu.

    spm lagi berape bulan je lagi.
    agk takut.

    akaun nk kate susah tp tak la susah sgt.

    just sye x berape confident bley dpt a .
    bile teringat result pmr 06
    4a 4b.

    akaun saye dianogstik ari tu 69 je.

    rase2x kalaw result 69 tuh bley dpt a ke kat spm?

  12. salam sume.sifu sya dpt cos sn computer d utm.sy nk tanya pe peluang kerjaya die d masa depan.. cz sya dpt taw ramai graduan it menganggur.malah ad rakan sya yg mengatakan plg baek pun bka cyber cafe utk lepasan sains computer.harap sifu dpt bantu…

  13. Nelly,
    Buat masa ini, sememangnya tak ramai graduan ICT mendapat kerja khusus, memandangkan bidang ini masih kecil di Malaysia. Tetapi jika awak berfikiran positif, sebenarnya graduan boleh mencipta pelaung sendiri, contohnya mencipta program sendiri, atau menambahbaik aplikasi Opensource dan menawarkan khidmat nilai-tambah kepada firma-firma. Mencipta program/perisian pula boleh dijual secara online selain dari menjadi pakar-runding.
    Tapi itu pandangan sifu saja. Sifu pun tak berani nak kata GERENTI ada kerja jika awak berniat nak kerja dengan firma-firma berkaitan ICT. All the best, keep on searching for info and opportunity.

  14. sifu,cmne nak bljr akaun
    akaun agak confused
    sy target nk dpt a spm taon dpn

  15. Sofia,
    teruskan sahaja cita-cita anda. TARGET DAH ADA, SENJATA BAGAIMANA? Dah ada jadual belajar? Dah berlatih berulang kali? Dah berusaha memahami dan memahirkan diri mana-mana bahagian yang masih lemah? Jika anda dah berbuat demikian dan lebih lagi, maka sasaran itu akan tercapai dengan mudah.

    Tapi ingat, awak ni umpama ‘SHARP SHOOTER’. Tembakan dari jarak 5 Batu! dan mesti tepat ke sasaran. Penembak sebenar terpaksa berlatih berulang-ulang dan dalam semua kondisi, cuaca baik, cuaca buruk, siang atau malam, angin kuat, angin lemah, dan sebagainya. pernah menonton filem SHOOTER? Ada main kat HBO. Lihat diri awak macam tu. dah ada target, pastikan semua persediaan lengkap sebelum perjuangan saat terakhir bermula. Semoga berjaya.

  16. aya ada soalan untuk ditanyakan kepada sifu,
    saya berharap sifu dpt memberi saya sedikit penjelasan tentang soalan ini.saya kini berada di ting4 di sebuah sekolah agama dan mengambil aliran sastera ikhtisas 2 iaitu saya tidak mengambil suBjek ADD MATH….saya diberitahu oleh saudara saya bahawa jika tidak mengambil add math saya tidak mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan..BENARKAH??

  17. Jojie,
    Umumnya apa yang diberitahu oleh saudara awak tu ada juga kebenarannya. Dengan merujuk kepada syarat kemasukan ke program matrikulasi perakaunan tahun 2010 ini, pelajar masih wajib menduduki subjek Mat.Tambahan. Namun demikian, jika anda ingin mengikuti program diploma di IPTA, maka ada banyak program diploma yagn tidak mewajibkan subjek Mat.Tambahan itu. Begitu juga jika anda ingin mengikuti program Pra-U, maka tanpa subjek Mat.Tambahan juga masih boleh mendaftar ke tingkatan enam dan menduduki STPM di tahun berikutnya.

    Sila baca dengan teliti syarat-syarat khas sesuatu program diploma/program asasi dan lain-lain yang ingin anda pohon kelak. Insyaallah, tidak akan ada masalah masuk ke peringkat diploma, kecuali untuk mengikuti program matrikulasi dan program asasi UM/UIAM untuk perakaunan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: