Pre-Exam Series – Modul 5 Ramalan SPM set 2/2007

Modul 5 Pre-Exam Series telah diedarkan diblog ini. Saiz fail pdf ini kecil, bersaiz 690 kb, oleh itu jangan lupa memuatturun fail ini. Lawati muka surat ini, https://sifu2b.wordpress.com/pre-exam-series-of-qa/

Walau bagaimanapun, jawapan hanya akan dimuatnaik 2-3 minggu kemudian, bergantung kepada kesesuaian masa
[Kemaskini : jawapan telah dimuatnaik sejak 18 Ogos 2007]

Modul 4 PES pula telah dikemaskini. Terima kasih kepada pelawat Goldberg yang mengesan kesilapan kecil pada soalan 3. Sila muatturun modul 4 semula berserta jawapan. Soalan 3 dalam modul 4 telah tertinggal satu baris iaitu Hutang Lapuk. Cadangan jawapan juga telah dibetulkan. Saiz Modul 4 juga telah dikurangkan.

Advertisements

30 responses

  1. nurul atikah bte.samsuri

    formula prinsip akaun
    teknik menjawab dengan mudah

  2. Banyakkan latihan. Fahami dan cuba kesan gerak kerja akaun yang berulang-ulang (contoh debit dan kredit tetap sifatnya bagi mana-mana urusniaga). Sifu percaya nurul atikah akan dapat lakukkannya.

  3. adakah soalan spm tahun ini dwi bahasa???

  4. Izzat, perakaunan hanya guna BM.

  5. Noor Aminat Misran

    perkongsian masuk tak?

  6. Mungkin Noor Aminat Misran. ANalisis sifu menunjukkan Bab perkongsian sentias keluar setiap tahun. Bezanya ialah sama ada pengujian tertumpu kepada:
    a. Penyediaan Akaun Pengasingan Untung Rugi dan Akaun semasa, atau
    b. Penyediaan Penyata Pendapatan PErkongsian (termasuk pengasingan untung rugi) dan Kunci Kira-kira, atau
    c. Pembubaran perkongsian.

    Noor Aminat dinasihatkan supaya berusaha memahirkan dan menguasai ketiga-tiga jenis pengujian tersebut. jawap soalan SPM sebenar juga boleh membantu.

  7. what will come out in spm for biology, chemistry and physics?

  8. lembaran kerja ada tak tahun 20007??

  9. Asyraf, mungkin. Kita tak tahu krn ia rahsia kerajaan. Tak salah mengukuhkan kemahiran untuk Lembaran kerja tetapi pastikan penyata pendapatan dan kunci kira-kira juga asyraf utamakan.

  10. kertas 1 biasanya bertanyakan
    soalan mengenai bab ting 5 kan ?

  11. Iwan, Kertas 1 akan tanya KEDUA-DUA t4 dan t5. Daripada 40 sln, kalau tak silap sifu, 12-15 sln adlh T4. selebihnya T5

  12. smekom sifu…btol ke akaun kelab selalu ditnya dlm bhgian B kerts 2???sifu de pape target x tok krtas 2????

  13. Fatin, tak semestinya di Bhgn B. Boleh jg di bhgn A. Bersedia aje, tak rugi. Target sifu sama spt kertas percubaan. Fatin rujuk aje analisis percubaan yang disediakan di blog ini, gerenti fatin dah nampak kecenderungan yang ada. Seolah-oleh, itulah harapan dan target kami guru-guru seMalaysia.

  14. sifu…mintak soalan ramalan prinsip akaun selengkapnya..
    ape yg perlu ditekankan??

  15. ermmm??assalamualaikum…sifu…soalan ramalan prinsip akaun ape ye???nk sekrg boleh???

  16. Nana, tumpukan dulu pada BM dan subjek lain. Insyaallah nana sifu ada perancangan untuk bina set ALL-OUT edition, khas ntk ulang kaji pada bbrp hari sblm 29 Nov. Amacam? Boleh tunggu? Tapi bukan ramalan okay, just a few question that maybe useful.

  17. ok..thanx….ermmm..ekonomi asas ade???

  18. ermm..
    sifu…
    nadia bermasalah skit larh dlm akaun..
    bkn masalah per..jz…
    slalunya nadia x ckup masa nk jwb smua..
    takut la kalau spm kali ni pn cmtu..
    cmner nk bahagi masa mnjwb dgn baik??

  19. Nadia, ikut aje panduan markah, utk kertas 2, 1m = 1.75 minit. So, kalau 29 markah x 1.75 berapa, ah macam tu. Lagi satu, dahulukan soalan yang nadia dapat jawab. Tu je.

  20. soalan susah sangat tak tahu nak wat mcm mana…………..

  21. kamu boleh beri soalan ramalan spm met 2008…….

  22. Ardie 19T,
    sori subjek Met tak ade. Sifu hanyalah guru perakaunan, siapalah saya.

  23. ~napa tak da kertas sains skul biasa punya..
    ~semua kertas spm dari mrsm…
    ~boleh dapatkan kertas lain tak…

  24. ~mcm mana nak skor sejarah…
    ~susah sangat nak hafal fakta…
    ~mahts pun sama…
    ~liza nak skor 4 subjek tapi cam mana cara menghafal dengan cara yang bagus..
    ~sebagai sorang pelajar cam na nak skor markah tinggii…
    (~.~)

  25. Liza,
    Maaf, kalau Liza harap sifu yang respon, sifu tak dapat nak respon subjek lain. Tambahan pula blog ini sifu khususkan untuk Prinsip Perakaunan SPM. Maaf ya. tetapi jika ada guru lain yang nak respons maka sukacita sifu jemput menjawab.

  26. cg….
    xda soalan atau latihan2 tuk prinsip 2009??

  27. hye sifu,saya nk tny mcm mane saya nk tumpukan sepenuhnya pd mata pelajaran p.akaun? sbb saya x brape ske akan cikgu yg mengajar tu. harap tlg jwb soalan sya nie.

  28. Anyssa,
    Awak kena belajar tukarkan persepsi negatif kepada persepsi positif dan anda mesti lakukan secepat mungkin. Pengalaman sifu mengajar apabila pelajar tak suka guru, maka pasti ia tak dapat belajar apa-apapun dari guru tersebut walaupun guru tersebut adalah guru yang cemerlang.

    Sifu sendiri sering terdedah kepada persepsi negatif di kalangan pelajar, memandangkan sifu turut menjadi guru disiplin. Tetapi apabila pelajar menyedari kesederhanaaan dan kesungguhan sifu membantu mereka dan mereka membuka hati untuk belajar, barulah mereka tahu bahawa sifu mengajar mereka dengan baik, dedikasi dan berkualiti. Ini bukan angkat bakul sendiri. Sebaliknya. Sifu cuma nak kongsi bahawa ada sesetengah guru dilabel secara salah oleh pelajar. Kesannya mereka akan gagal. Sifu ni tetap dengan perwatakan, gaya, disiplin dan kesungguhan atau ego lelaki sifu. Tetapi kenapa dalam kelas yang sifu ajar ada juga yang cemerlang? Walaupun sifu tegas, mengajar dengan laju atau kadang kala dikategorikan oleh setengah pelajar tak pandai mengajar, kenapa pada tahun yang sama ada pelajar yang berjaya dibantu dari hanya gagal selalu menjadi pelajar yang mendapat 3B atau 2A? Ini kerana pelajar itu berjaya disedarkan dan dia telah membuka hatinya untuk berguru dengan ikhlas dan menerima kekurangan dan kekuatan gurunya.

    So, sifu cadangkan Anyssa berekseperimen dahulu untuk membuktikan kata-kata sifu ini benar atau sebaliknya. Anyssa sediakan 1 soalan prinsip perakaunan. Jawap sepenuhnya walaupun salah. INGAT, jawab sepenuhnya dahulu. Jumpa guru berkenaan di bilik guru atau semasa di bilik darjah (jika ada kesempatan). Mohon guru tersebut semak jawapan Anyssa dan minta nasihat bagaimana nak baiki kelemahan Anyssa. Dengar dengan teliti pandangan, nasihat dan pengajarannya pada saat beliau komen tentang jawapan Anyssa. jangan berharap tinggi sangat. Kadangkala pelajar berjumpa guru di waktu yang salah. Contohnya guru tersebut baru dapat arahan dari pengetua utk buat kertas kerja atau laporan tentant sesuatu aktiviti dan ia mesti disediakan sekarang. pada waktu yang sama awak datang bertanyakan guru tersebu dengan dengan jawapan yang tak lengkap atau tanya soalan tapi tak ada jawapan awak sendiri. Kesibukan sebegitu boleh menyebabkan guru tersebut tak layan awak. Sebaliknya kebanyakan guru telah terlatih, jika sibuk dan urgent pun, jika ada pelajar yang bertanyakan soalan latihan dan telah menyediakan jawapannya utk dikomen, guru pasti akan bersedia melayan pertanyaan murid sedemikian kerana gembira dan bangga mendapat pelajar seperti itu. Guru tersebut akan memberi respons, membaca soalan yang anda tunjukkan, baca jawapan anda dan kaedah ‘quick-thinking’ akan komen adakah jawapan anda betul atau salah, dan jika salah di mana dan bagaimana nak baiki atau meningkatkan kefahaman pada masa itu juga. Sebenarnya begitulah kami guru-guru, responsive to students, especially kepada pelajar yang sentiasa siap-siaga belajar dan menunjukkan secara terang-terangan keinginan belajar.

    Kesimpulannya, Anyssa dekati guru tersebut, kenali beliau secara peribadi dan berusaha menilai guru dalam bentuk positif. Dari segi psikologi remaja, apabila kekangan negatif dapat dihuraikan/dihapuskan, maka proses belajar berkualiti akan meningkat dalam diri pelajar itu sendiri. PENUMPUAN akan datang apabila anda sudah tidak lagi memikirkan perkara negatif terhadap keperibadian cikgu dan juga anda sendiri.

  29. salam sifu,saya mengambil course sains tulen..walaupun banyak kali dah berusaha tp masa dapat results saya hampir kecewa sbb apa yang saya inginkan tue xdapat dicapai,tahun nie saya akan hadapi peperiksaan SPM..jadi saya perlukan teknik belajar dan soalan-soalan SPM tahun 2003-2008,tolong sifu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: