Tag Archives: sambung belajar

Isu Pelajar Aliran Sains tukar ke Perakaunan dan Matrikulasi Perakaunan Dilelong

Saya tulis pos ini untuk menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada saya tentang persamaan atau perbezaan antara perbankan dengan perakaunan dari segi kerjaya mahupun pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Ada juga soalan yang bertanyakan tentang perbankan Islam.

Oleh kerana topik ini memang menarik, maka dengan sukacitanya saya menjawab persoalan Sabrina dengan menulis semula (copy-paste) respons saya terdahulu, termasuklah di blog rakan yang ditulis untuk menjawab pertanyaan seorang pelajar bernama Amirul.

So, here is my respons plus catatan baru.

 

Berkenaan pelajar aliran sains bertukar ke bidang sastera dan perakaunan

Sebenarnya apabila pelajar aliran sains memohon proram di bawah aliran sastera, automatik syarat kelayakan subjek SPM akan di beri merit mengikut peruntukan aliran sastera.

Sebagai contoh, untuk aliran sastera, subjek BM mesti dihitung untuk kiraan merit. Matematik, dan beberapa subjek lain.

Sebaliknya untuk permohonan ke aliran sains, subjek sains tulen dihitung dan subjek BM diabaikan untuk kiraan merit. Sila google untuk maklumat lebih terperinci berkenaan sistem meritokrasi dalam permohonan program diploma dan ijazah.

 

Pelajar matrikulasi akaun kena lelong?

Betullah tu. Tapi sebenarnya pelajar lepasan STPM dan diploma pun kena lelong. Kalaulah ada program A yang dipilih oleh pelajar lepasan matrikulasi akaun itu perakaunan, tetapi CGPA diperoleh ialah 3.700 pun, kalau ramai pesaing lain yang dapat CGPA lebih tinggi dan memohon program perakaunan yang sama, apa akan berlaku? Apabila penawaran lebih kecil berbanding permintaan, maka sudah pastilah akan ada pelajar lepasan matrikulasi perakaunan yang tercicir atau tidak dapat program perakaunan. Ini soal kualiti dan kuantiti. Istilah lelong tu sebenarnya positif.

Bayangkan pelajar matrikulasi tadi mempunyai CGPA 3.700 tu sememangnya pelajar cemerlang. Patutkah ia ditolak dan lepas itu dikeluarkan dari sistem UPU? Sudah tentunya tidak. Polisi Kementerian Pendidikan, ialah memastikan pelajar cemerlang di semua peringkat dimasukkan ke IPT sama ada awam atau swasta. Oleh itu, jika pelajar yang cemerlang itu gagal mendapat tempat, pihak BKP/UPU, MASIH WAJIB, memproses permohonan pelajar itu mengikut pilihan lain. Jika kesemua program yang dipilih gagal mendapat tempat, pihak BKP/UPU WAJIB mencadangkan program yang masih sesuai dengan kecemerlangan pelajar matrikulasi itu (dan dengan melihat semula keputusan SPM pelajar yang lalu) untuk pertimbangan pelajar tersebut. Pelajar boleh menerima atau menolak cadangan dan tawaran yang diberikan walaupun tidak dalam senarai. Keputusan itu dapat dicapai melalui kerjasama pelarasan dengan semua IPTA. Begitulah lebih kurang. Ia tidak dilelong kerana tiada kualiti, tetapi kerana berkualitilah ia masih diberi peluang belajar walaupun bukan bidang pilihan utama.

So, baguslah dilelong daripada tidak berpeluang langsung. Untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko ‘dilelong’ sepertimana tafsiran pelajar lepasan matrikulasi, pastikan anda mendapat CGPA 3.900 ke atas. Selalunya lebih selamat dan yakin dapat pilihan utama. Tetapi faham-fahamlah, kenalah usaha bersungguh-sungguh. Study hard and study smart, but not study lite and cheat pula.

Advertisements