Tag Archives: bidang perakaunan

Isu Belajar Bidang Perakaunan atau Perbankan Islam

Saya tulis pos ini untuk menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada saya tentang persamaan atau perbezaan antara perbankan dengan perakaunan dari segi kerjaya mahupun pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Ada juga soalan yang bertanyakan tentang perbankan Islam.

Oleh kerana topik ini memang menarik, maka dengan sukacitanya saya menjawab persoalan Sabrina dengan menulis semula (copy-paste) respons saya terdahulu, termasuklah di blog rakan yang ditulis untuk menjawab pertanyaan seorang pelajar bernama Amirul.

So, here is my respons plus catatan baru.

Bidang perakaunan atau perbankan sama ke?

Belajar dalam bidang perbankan dan bekerja di bank tidak akan menjadikan pelajar atau graduan itu seorang Akauntan. Akauntan mesti belajar perakaunan sama ada di universiti melalui program ijazah perakaunan, atau belajar melalui program profesional seperti ACCA atau MICPA (contoh – sila rujuk ACCA atau MICPA websites bagaimana belajar langsung profesional). Tahukah anda, Kolej Politek Mara menawarkan program profesional perakaunan. begitu juga MAIWP membiayai pelajar Islam yang mau belajar perakaunan di kolej mereka.

Jika anda belajar bidang perbankan Islam, anda boleh bekerja di bank sebagai ‘banker’/jurubank. Selalunya graduan akan menjadi eksekutif bank atau pegawai bank. Umumnya bank menawarkan gaji agak lumayan, iaitu gaji pokok permulaan ada yang RM1800-RM2000 sebulan. Tapi sentiasa semak iklan, mana tahu ada dinyatakan tawaran gaji terkini.

Belajar Ijazah perakaunan mesti untuk tempoh minimum 4 tahun. Sebaliknya belajar dalam bidang ijazah berkaitan perbankan hanya untuk tempoh 3 tahun. Ijazah perakaunan ditetapkan 4 tahun setakat ini untuk memastikan ijazah itu diterima sebagai profesional kerana mesti mematuhi bilangan kredit pembelajaran dan juga praktikal industri.

Kesimpulan, nak jadi akauntan mesti belajar sekurang-kurangnya ijazah perakaunan dan selepas itu mesti bekerja dalam bidang perakaunan dan mendapat pengiktirafan MIA, atau ada kelayakan profesional perakaunan seperti ACCA level profesional.
Belajar perbankan tidak dapat jadikan anda akauntan.

Perlu diketahui bahawa bidang perbankan sememangnya jauh beza dengan bidang perakaunan, Sama ada dari aspek peluang sambung belajar mahupun peluang kerjaya. Apa yang menarik ialah graduan perakaunan boleh bekerja di sektor perbankan sama ada sebagai pengamal perakaunan (di jabatan kewangan/perakaunan/pengurusan kewangan/dll) atau sebagai pegawai operasi di cawagan (atau kerap juga dipanggil ‘branch officer/executive’). Tetapi graduan perbankan tak akan boleh bekerja di sektor pengauditan dan perakaunan atau kewangan dengan ijazah yang ada.

Universiti mana yang terbaik untuk belajar perakaunan?

Di Malaysia ada banyak IPTA yang baik, tetapi mengikut persepsi/tanggapan ramai yang mencadangkan IPTA yang mempunyai budaya belajar dan demand kepada graduan IPTA yang tinggi oleh sektor swasta. Saya tak pasti sekarang, tetapi suatu masa dahulu, UUM adalah antara IPTA tersebut. UPM juga antaranya. Apa-apapun sila buat siasatan lanjut dan pilihlah apa yang terdetik di hati.

Jika anda mempunyai keazaman tinggi, apa IPT pun anda pilih akan okay. Anda yang akan menjadikan IPT itu mengeluarkan graduan terbaik mereka, iaitu anda sendiri.

 

Graduan perakaunan mesti kuat BI ke?

Graduan Perakaunan mesti MAHIR BAHASA INGGERIS – KOMUNIKASI BERTULIS dan LISAN. Itu adalah demand dari majikan. Saya pernah berada di sektor swasta dan ia memang benar. Saya bertuah kerana dapat kerja di sektor swasta suatu masa dahulu dan komunikasi harian dengan pihak atasan atau sesama level adalah dalam BI. Itulah bezanya dan itulah kenyataannya pada masa itu. AFAIK, sekarang pun dalam sektor perbankan dan perakaunan, penguasaan BI masih lagi amat membantu.
Graduan Perakaunan MESTI menguasai bidang perakaunan dan kewangan, maka bukan hanya asal lulus ijazah, mesti mahir dan cekap sebagai graduan ijazah.

 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi tip tentang perkara di atas.

Advertisements