Membina kerjaya bidang perakaunan melalui laluan terbaik

Kerangka asas :

1. Pelajar lepasan SPM yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan berminat menceburi bidang perakaunan sehingga menjadi Akauntan.

2. Semua individu yang nak jadi akauntan mesti menjadi ahli MIA samaada secara langsung atau melalui keahlian badan profesional yang diiktiraf DAN mempunyai pengalaman berkaitan amalan perakaunan sekurang-kurangnya TIGA TAHUN.

3. Pengalaman bekerja dikumpul dari mula bekerja bidang berkaitan perakaunan dan kewangan sama ada selepas ACCA atau sebelum ACCA atau semasa mengambil/belajar ACCA.

4. Andaian perbincangan, individu tersebut tamat pengajian dengan berjaya dan menepati syarat menyambung belajar ke peringkat seterusnya.

 

Laluan yang mungkin :

1. Matrikulasi aliran perakaunan

2. PraU aliran sastera (subjek Ekonomi, Perakaunan STPM)

3. Diploma Perakaunan

4. CAT-ACCA

 

Tempoh belajar selepas SPM hingga ke ACCA Qualification (minimum):

1. Matrikulasi -> Ijazah perakaunan -> ACCA <==> 1 + 4 + 2 = 7 tahun

2. PraU -> Ijazah Perakaunan -> ACCA <==> 2 + 4 + 2 = 8 tahun

3. Diploma Perakaunan -> Ijazah Perakaunan -> ACCA <==> 3 + 4 + 2 = 9 tahun, atau 3 + 3(pengecualian kredit) + 2 = 8 tahun

4. CAT-ACCA -> ACCA <==> 1 + 2 = 3 tahun, atau 1 1/2 + 2 1/2 = 4 tahun

5. Diploma Perakaunan/Bukan perakaunan -> CAT-ACCA -> ACCA <==> 3 + 1 + 2 = 6 tahun

6. Matrikulasi -> CAT-ACCA -> ACCA <==> 1 + 1+ 2 = 4 tahun

2. PraU -> CAT-ACCA -> ACCA <==> 2 + 1 + 2 =5 tahun

 

Kesimpulan:

Untuk laluan pantas ke kerjaya Akauntan, pilihan laluan 4 adalah terpantas. Sijil Matrikulasi dan STPM tidak diiktiraf untuk terus ke program ACCA Qualification. Oleh itu, pemegang sijil tersebut tetap menduduki CAT-ACCA sehingga selesai, 1 hingga 1 1/2 tahun.

Tambahan:

Graduan Ijazah Perakaunan yang baru graduat berpeluang dikecualikan beberapa paper ACCA, memungkinkan ia tamat lebih awal.

Semua akauntan mesti menjadi ahli MIA dan telah melengkapkan syarat bekerja bidang perakaunan atau berkaitan selama tiga tahun.

3 responses

  1. Aiman Nazmi Azri

    Terima kasih kerana sudi memberi maklumat kpd saya,Sifu….semoga sifu sentiasa sihat slalu…

    Sent from Yahoo Mail on Android

    From:”Sifu Anda Menulis” Date:Tue, 26 May, 2015 at 21:48 Subject:[New post] Membina kerjaya bidang perakaunan melalui laluan terbaik

    sifu2b posted: “Kerangka asas : 1. Pelajar lepasan SPM yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan berminat menceburi bidang perakaunan sehingga menjadi Akauntan. 2. Semua individu yang nak jadi akauntan mesti menjadi ahli MIA samaada secara langsung atau melalui “

  2. Sy nk tnye betul ke jika kite ingin bekerja, mereka yg menjadi panel temuduga ingin melihat graduan yg memiliki diploma brbanding yg tiada diploma?( maksud sy yg tiada diploma ni yg amik cat-acca ).. Adakah dengan permulaan cat-acca menjadi punca kita x layak utk diterima bekerja? Mohon penjelasan.. Kerana keluarga sy berpendapat diploma is better drpd lompat..

  3. Bergantung kepada industri dan bakal majikan. Jika awak sedang memohon jawatan berkaitan kewangan dan perakaunan, maka CAT-ACCA menjadi keutamaan. Tetapi jika majikan hanya menyanggupi membayar gaji yang rendah, maka diploma/stpm jadi keutamaan.
    Jika jawatan yang dipohon BUKAN berkaitan kewangan dan perakaunan, maka saya percaya, DIPLOMA yang berkaitan LEBIH laku. Contohnya, menjadi penyelia operasi kilang, maka diploma kejuruteraan lebih relevan. Pembantu pegawai pertanian, maka yang lebih laku ialah graduan Diploma Pertanian, bukannya Diploma Perakaunan, Perbankan, Sosiologi, apatah bukan juga CAT-ACCA. Harap Rasyidah faham sekarang.
    Khususkan perbincangan dengan parent, maka barulah jelas kandungan nasihat mereka juga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: