Isu Pelajar Aliran Sains tukar ke Perakaunan dan Matrikulasi Perakaunan Dilelong

Saya tulis pos ini untuk menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada saya tentang persamaan atau perbezaan antara perbankan dengan perakaunan dari segi kerjaya mahupun pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Ada juga soalan yang bertanyakan tentang perbankan Islam.

Oleh kerana topik ini memang menarik, maka dengan sukacitanya saya menjawab persoalan Sabrina dengan menulis semula (copy-paste) respons saya terdahulu, termasuklah di blog rakan yang ditulis untuk menjawab pertanyaan seorang pelajar bernama Amirul.

So, here is my respons plus catatan baru.

 

Berkenaan pelajar aliran sains bertukar ke bidang sastera dan perakaunan

Sebenarnya apabila pelajar aliran sains memohon proram di bawah aliran sastera, automatik syarat kelayakan subjek SPM akan di beri merit mengikut peruntukan aliran sastera.

Sebagai contoh, untuk aliran sastera, subjek BM mesti dihitung untuk kiraan merit. Matematik, dan beberapa subjek lain.

Sebaliknya untuk permohonan ke aliran sains, subjek sains tulen dihitung dan subjek BM diabaikan untuk kiraan merit. Sila google untuk maklumat lebih terperinci berkenaan sistem meritokrasi dalam permohonan program diploma dan ijazah.

 

Pelajar matrikulasi akaun kena lelong?

Betullah tu. Tapi sebenarnya pelajar lepasan STPM dan diploma pun kena lelong. Kalaulah ada program A yang dipilih oleh pelajar lepasan matrikulasi akaun itu perakaunan, tetapi CGPA diperoleh ialah 3.700 pun, kalau ramai pesaing lain yang dapat CGPA lebih tinggi dan memohon program perakaunan yang sama, apa akan berlaku? Apabila penawaran lebih kecil berbanding permintaan, maka sudah pastilah akan ada pelajar lepasan matrikulasi perakaunan yang tercicir atau tidak dapat program perakaunan. Ini soal kualiti dan kuantiti. Istilah lelong tu sebenarnya positif.

Bayangkan pelajar matrikulasi tadi mempunyai CGPA 3.700 tu sememangnya pelajar cemerlang. Patutkah ia ditolak dan lepas itu dikeluarkan dari sistem UPU? Sudah tentunya tidak. Polisi Kementerian Pendidikan, ialah memastikan pelajar cemerlang di semua peringkat dimasukkan ke IPT sama ada awam atau swasta. Oleh itu, jika pelajar yang cemerlang itu gagal mendapat tempat, pihak BKP/UPU, MASIH WAJIB, memproses permohonan pelajar itu mengikut pilihan lain. Jika kesemua program yang dipilih gagal mendapat tempat, pihak BKP/UPU WAJIB mencadangkan program yang masih sesuai dengan kecemerlangan pelajar matrikulasi itu (dan dengan melihat semula keputusan SPM pelajar yang lalu) untuk pertimbangan pelajar tersebut. Pelajar boleh menerima atau menolak cadangan dan tawaran yang diberikan walaupun tidak dalam senarai. Keputusan itu dapat dicapai melalui kerjasama pelarasan dengan semua IPTA. Begitulah lebih kurang. Ia tidak dilelong kerana tiada kualiti, tetapi kerana berkualitilah ia masih diberi peluang belajar walaupun bukan bidang pilihan utama.

So, baguslah dilelong daripada tidak berpeluang langsung. Untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko ‘dilelong’ sepertimana tafsiran pelajar lepasan matrikulasi, pastikan anda mendapat CGPA 3.900 ke atas. Selalunya lebih selamat dan yakin dapat pilihan utama. Tetapi faham-fahamlah, kenalah usaha bersungguh-sungguh. Study hard and study smart, but not study lite and cheat pula.

Advertisements

22 responses

  1. can u help me check???

    Date: Sun, 6 Apr 2014 12:45:36 +0000 To: vincentlowcs@hotmail.com

  2. saya ada persoalan…jika tidak mengambil prinsip perakaunan semasa spm tetapi aliran sains dan hendak mengambil jurusan akaun bg menjadi seorang akauntan…adakah peluang itu ada ataupun hanya tipis sahaja?

  3. Setahu saya sekarang keutamaan kpd yg ambil PA. Tetapi sila rujuk syarat permohonan terkini.

  4. Assalamualaikum ckgu. Saya pelajar lepasan spm aliran sains dan mndapat tawaran perakaunan d matriks. Sekiranya saya mngmbil twran trsebut, adakah saya berpeluang utk mnjadi seorang guru? Dan bgaimna kah cara nya?

  5. Waalaikumsalam. Boleh, sudah tentu. Adam hendaklah memohon ke ijazah pendidikan di ipta.

  6. assalamualaikum. saya memang tak de basic akaun. tapi dpt matrik bidang akaun. saya memang x bleh sains dah. agaknya boleh ke saya dpt 4 flat dgn menyertai program satu tahun kat matrik tu?

  7. Walaikumsalam. Syaf sendiri yg boleh menjawabnya. Setiap orang turut acara lari mesti berlari. Semakin nak menang semakin berusaha dan memaksa diri berlari sekuat dan selaju mungkin. Begitu juga dalam belajar.

  8. Assalamualaikum. Saya plajar matrik sains dgn cgpa 3.27 dn ingin mmohon kos perakaunan pada second intake utk uitm nnti. Ada org kata kene dr diploma perakaunan. Pndapat sifu ? Pls rep me asap

  9. Walaikumsalam. Lepasan matriks sains pun boleh apply ke ijazah asalkan memenuhi syarat dan ada kekosongan. Berdoalah semoga dipermudahkan. Usually persaingan agak sengit, so kalau dapat memanglah berbaloi.

  10. Saya aliran sains , macam mana saya nak tukar ke perakaunan? Nanti merit subjek apa yang akan dihitung sebab saya bukan ambil subjek PA

  11. Saya pelajar aliran sains tapi saya nak teruskan aliran perakaunan . Saya langsung tak ada asas perakaunan . Saya tak ambil PA spm ni , nanti merit apa yang akan dihitung?

  12. Setahu saya still pakai aliran sains kamu.

  13. Macam mana pulak masalah semasa isi borang permohonan itu terisi aliran sains tapi saya nak tukar aliran sastera?

  14. Bolehkah pelajar aliran sains tulen menyambung pelajaran ke bidang akaun selepas sekiranya hanya mengambil subjek matematik tambahan tetapi tidak mengambil subjek prinsip perakaunan pada spm?

  15. Assalamualaikum Saya nak tnye pendapat encik, Saya pelajar asasi sains nak ambil course ijazah peakaunan? Susah x? Apakah preparation yg Saya perlu buat semasa cuti sekiranya Saya dapat course tu

  16. klu dpt matrik akaun,kemudian dpt pominter ok…blh ka membuat pilihan utk bertukar ke jurusan lain..?

  17. Walaikumsalam. InsyaAllah, ia susah. tetapi managable. Kalau awak boleh tangani pembelajaran asasi sains dengan jujur dan sungguh-sungguh, maka itulah juga yang dikehendaki di peringkat ijazah.

  18. Hello.Sy lepasan SPM 2015.Sy nk mengambil diploma finance.sy mndpt math B+ tpi matematik tambahan sy E.Adakah sy tidak dpt memohon diploma finance?

  19. Apa pandangan sifu tentang pelajar matrikulasi aliran akaun yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dlm kos business ketika degree? Bagaimanakah dengan persaingan dan GPA yang patut dicapai?

  20. Apakah pandangan sifu tentang pelajar matrikulasi jurusan akaun yg berminat melanjutkan peljaran dlm kos business ketika degree kelak? Bagaimanakah dgn persaingan dan GPA yang sepatutnya dicapai?

  21. Syazana emran

    Betul ke kalau aliran sains PDT tak boleh tukar ke aliran akaun?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: