Isu Belajar Bidang Perakaunan atau Perbankan Islam

Saya tulis pos ini untuk menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepada saya tentang persamaan atau perbezaan antara perbankan dengan perakaunan dari segi kerjaya mahupun pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Ada juga soalan yang bertanyakan tentang perbankan Islam.

Oleh kerana topik ini memang menarik, maka dengan sukacitanya saya menjawab persoalan Sabrina dengan menulis semula (copy-paste) respons saya terdahulu, termasuklah di blog rakan yang ditulis untuk menjawab pertanyaan seorang pelajar bernama Amirul.

So, here is my respons plus catatan baru.

Bidang perakaunan atau perbankan sama ke?

Belajar dalam bidang perbankan dan bekerja di bank tidak akan menjadikan pelajar atau graduan itu seorang Akauntan. Akauntan mesti belajar perakaunan sama ada di universiti melalui program ijazah perakaunan, atau belajar melalui program profesional seperti ACCA atau MICPA (contoh – sila rujuk ACCA atau MICPA websites bagaimana belajar langsung profesional). Tahukah anda, Kolej Politek Mara menawarkan program profesional perakaunan. begitu juga MAIWP membiayai pelajar Islam yang mau belajar perakaunan di kolej mereka.

Jika anda belajar bidang perbankan Islam, anda boleh bekerja di bank sebagai ‘banker’/jurubank. Selalunya graduan akan menjadi eksekutif bank atau pegawai bank. Umumnya bank menawarkan gaji agak lumayan, iaitu gaji pokok permulaan ada yang RM1800-RM2000 sebulan. Tapi sentiasa semak iklan, mana tahu ada dinyatakan tawaran gaji terkini.

Belajar Ijazah perakaunan mesti untuk tempoh minimum 4 tahun. Sebaliknya belajar dalam bidang ijazah berkaitan perbankan hanya untuk tempoh 3 tahun. Ijazah perakaunan ditetapkan 4 tahun setakat ini untuk memastikan ijazah itu diterima sebagai profesional kerana mesti mematuhi bilangan kredit pembelajaran dan juga praktikal industri.

Kesimpulan, nak jadi akauntan mesti belajar sekurang-kurangnya ijazah perakaunan dan selepas itu mesti bekerja dalam bidang perakaunan dan mendapat pengiktirafan MIA, atau ada kelayakan profesional perakaunan seperti ACCA level profesional.
Belajar perbankan tidak dapat jadikan anda akauntan.

Perlu diketahui bahawa bidang perbankan sememangnya jauh beza dengan bidang perakaunan, Sama ada dari aspek peluang sambung belajar mahupun peluang kerjaya. Apa yang menarik ialah graduan perakaunan boleh bekerja di sektor perbankan sama ada sebagai pengamal perakaunan (di jabatan kewangan/perakaunan/pengurusan kewangan/dll) atau sebagai pegawai operasi di cawagan (atau kerap juga dipanggil ‘branch officer/executive’). Tetapi graduan perbankan tak akan boleh bekerja di sektor pengauditan dan perakaunan atau kewangan dengan ijazah yang ada.

Universiti mana yang terbaik untuk belajar perakaunan?

Di Malaysia ada banyak IPTA yang baik, tetapi mengikut persepsi/tanggapan ramai yang mencadangkan IPTA yang mempunyai budaya belajar dan demand kepada graduan IPTA yang tinggi oleh sektor swasta. Saya tak pasti sekarang, tetapi suatu masa dahulu, UUM adalah antara IPTA tersebut. UPM juga antaranya. Apa-apapun sila buat siasatan lanjut dan pilihlah apa yang terdetik di hati.

Jika anda mempunyai keazaman tinggi, apa IPT pun anda pilih akan okay. Anda yang akan menjadikan IPT itu mengeluarkan graduan terbaik mereka, iaitu anda sendiri.

 

Graduan perakaunan mesti kuat BI ke?

Graduan Perakaunan mesti MAHIR BAHASA INGGERIS – KOMUNIKASI BERTULIS dan LISAN. Itu adalah demand dari majikan. Saya pernah berada di sektor swasta dan ia memang benar. Saya bertuah kerana dapat kerja di sektor swasta suatu masa dahulu dan komunikasi harian dengan pihak atasan atau sesama level adalah dalam BI. Itulah bezanya dan itulah kenyataannya pada masa itu. AFAIK, sekarang pun dalam sektor perbankan dan perakaunan, penguasaan BI masih lagi amat membantu.
Graduan Perakaunan MESTI menguasai bidang perakaunan dan kewangan, maka bukan hanya asal lulus ijazah, mesti mahir dan cekap sebagai graduan ijazah.

 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi tip tentang perkara di atas.

Advertisements

161 responses

  1. erm… i wan know wad is ur means by hanya cetak lembaran terakhir ?

  2. I don’t understand your question. And you didn’t leave a message in the right post.

  3. Bachelor of Accounting (Hons) accredited by CPA Australia

    http://www.unirazak.edu.my/brsbe.php

  4. hai saya ekin…tahun ni (2014) saya baru tingkatan 4 dan saya mengambil prinsip akaun sebagai aliran saya..

    di sekolah,saya hanya belajar dan belajar untuk mendapatkan markah yang terbaik yang saya mampu….saya sering mendapat markah yang tertinggi bagi subjek ini di kelas(iaitu C+, B)….namun bagi saya ia masih lemah dan perlu diperbaiki…
    saya mulai risau tentang masa depan saya yang tidak pernah saya fikirkan(pekerjaan masa hadapan)…saya bingung dengan perancangan masa depan saya yang tidak teratur berkaitan dengan subjek ini apatah lagi mendapat markah yang tidak mungkin layak untuk menjadi akauntan…

    bolehkan “SIFU” memberikan sedikit idea tentang……

    *apakah yang saya patut lakukan apabila saya tamat SPM?
    *apakah pekerjaan yang sesuai(berkaitan prinsip akaun) untuk saya mengikut markah yang saya peroleh setakat ini?
    *tempoh pembelajaran berkaitan pekerjaan tersebut?

  5. Salam ekin. Jawapannya mudah. Anda boleh menceburi bidang perakaunan. Ada banyak pekerjaan berkaitan spt Akauntan, Eksekutif Akaun, Pegawai Akaun, atau bidang pengurusan dan kewangan.
    Apa perly dilakukan? Belajar dan dapatkan gred terbaik 8 subjek Spm (baca sistem meritokrasi), lepas tu ke matrikulasi perakaunan atau diploma perakaunan dan kemudian ke ijazah perakaunan. Keseluruhannya 1+4 tahun atau 3+3/4 tahun. Pastikan awak belajar bidang perakaunan di universiti. Bukan bidang lain, kerana sektor awam menawarkan skel gaji berbeza utk graduan perakaunan. Swasta pula variasi skel gaji. Ikut saiz bisnes. Boleh buat research kalau tak percaya. Kalau nak cepat, belajar profesional Perakaunan ACCA dan ceburi bidang profesional perakaunan lagi cepat. Tapi belajar ACCA memang berbeza dari belajar di IPT. Belajar ACCA dalam 3 tahun. Difahamkan ada juga orang yang ambil ACCA habis cepat dan ada yg habis lambat. UTM, Uitm dan KPTM adalah contoh IPT yg tawarkan program profesional Perakaunan.
    Kesimpulan. Ekin sudah dilandasan kerjaya yg betul untuk menyenangi subjek Perakaunan. Pastikan subjek lain terutama Matematik dan Sains serta BI diberi perhatian secukupnya. Semoga berjaya.

  6. Satu lagi Ekin, awak baru ting 4 jadi masih ada setahun utk mwrancang gred cwmerlang anda. Semua pelajar T4 akan duduki exam SPM tahun depan. Semua orang ada peluang sama rata. Jangan luoa dan bersungguh-sungguhlah menyiaokan kertas 3 tahun ini dan tahun depan supaya dapat menjamin 20 markah kertas 3. Open question saja pun.

  7. Maaf tapi apa yg sy tahu sekarang uitm adalah u yg terbaik untuk account…apa yg sy thu juga,uitm adalah no1 untuk course perakaunan dan soalan exam dia paling ssh…apa yg sy tahu jugak,untuk lepasan diploma hanya mengambil masa 2 thn je bila sambung degree,dan untuk lepasan matrik 4 tahun untuk degree…maaf kalau slah info 🙂

  8. Assalam sifu…
    Akhirnya, jumpe juga article tntang islamic finance dan account..
    Skrg, saya baru tamat pengajian asasi ekonomi dn sns pngurusn di uia.. dan saya masih buntu utk memilih sama ada ingin sambung ijazah dlm islamic finance atau account..
    Sblum ini, di sekolah mngh atas,, saya dlm aliran sains.. saya memilih kos ekonomi sns pengurusan ini pun, dsbabkn kcenderungn saya terhadap subjek addmath/math..
    Stakat ini result saya dlm subjek akaun masih kekal dgn A- shj serta antr top 5 dlm klas.. wlaupun pertama kali blajar.. alhmdulillh.. tp, saya hnya blajr je akaun.. mgkin minatny blum dtg lg.. x taula..
    Masalahnya skrg,,,
    Saya sbnya minat math.. dn akaun pula biase2 je..
    Saya konfius nak pilih islamic finance ke account..
    Sifu rasa mana lg terbaik utk saya.. dr segi peluang kerjaya..
    Saya rasa utk kedua2 kos ini, insyaAllah,, klau usaha kuat cgpa dpt dikekalkn cmrlg..
    Dr penguasaan bi pula, saya rasa saya biase2 shj.. x lemah dan x hebat mana.. sederhana..
    Dan saya berazam utk sambung master mgkin dlm finance di luar ngara….
    Jd, rasa2 sifu antra course islamic finance dan account mana lbih better buat saya…
    Saya masih lg istikharah… tp, keputusanny masih lg kerap berubah2..

  9. Huhu… terima kasih in advance… 🙂
    Saje minta pandangan..

  10. Menarik soalan awak. Tambah menarik ialah awak sudah menyatakan keputusan. Awak berniat nak sambung master dalam bidang kewangan. Maka pada hemat sifu, pilihan kamu ialah kewangan. Belajarlah di budang itu supaya awak gembira mwmpelajarinya mengetahui yg kamu akan mekanjutkan ke master kewangan. InsyaAllah ada manfaatnya.

  11. Oh… ha a, saya pun x sangka… –‘ tp, klau ijazah perakaunan, boleh sambung master apa ye.. minta maafla,, ilmu saya ni masih kurg.. sume x tau.. hhe..

  12. Kalau CGPA tinggi dan tertinggi, selalu nya orang itu akan pilih master perakaunan juga. Kalau terkurang syarat bolehlah ke master business. Oh ya, boleh juga ke master kewangan. Of course.

  13. Ok,, baiklah… terima kasih byk2 cikgu Rithuwan Nasir..:)) saya dah nmpak dah skit2 hala tuju saya.. nak kaji skit2 lg.. btw, best pulak baca post2 kat blog ckgu ni.. hhe.. 👍👍

  14. Assalamuailakum , saya pelajar stpm 2014 tahun depan dah hbs stpm , saya nak tanya kolej mana yang tawarkan ijazah akaun tapi masalahnya result spm saya semua cemerlang cuma bi je gagal tapi prinsip akaun dapat B , ekonomi asas dapat B+ , metamatik dapat A- dan metamatik tambahan saya dapat B . Saya minat sangat nak sambung balik ambil bidang akaun dan itu cita2 saya masa saya tingkatan 4 .

  15. Assalamualaikum..sy Arif..sy akan mnduduki spm pd tahun ini..sy mngambil kos perakaunan ,perdagangan dan ade jugak matematik tmbhn..subjek yg sy slalu skor BM dan agama..sb sy minat agama..akaun stakat lulus shja..jd bolehkah sy mengambil perbankan islam tuk smbungan di IPTA nanti..

  16. Boleh memohon. Tetapi ramai juga pemohon lain. Tawaran juga terhad. Terpaksalah IPT pilih Best of the best, lagi adilkan.

  17. Owh alhamdulillah. .trima kaseh…erm..dari segi pendapatan mcm mana yea? Paling tinggi pegawai bank berapa gaji dye?

  18. Harap awak tak salah faham ya. Semua permohonan calon diproses terapi akan ada yg gagal mrndapat tempat simply because tak oenuji syarat arau sebab dah penuh. Gaji pelbagai. Ikut bank. Selalunya permulaan kira boleh tahan juga. Lebih rm2000. Makin lama kerja makin tinggi gaji. Pastikan awak belajar subjek PA dan cemerlang. Maja bolehlah jadi calon pilihan IPT.

  19. Ermm..perbankan islam dan perkaunan tak sama eh?..klw spm fail akaun lyk ke tuk smbung perbankan islam di ipta

  20. Tu yg spt saya beritahu sebelum ini. Memohon tak sama dgn gerenti dapat. Kecemerlangan dlm sbjek akaun amat membantu mengukuhkan peluang dalam bidang perakaunan, kewangan, perbankan, perniagaan, dan sbgnya samada di peringkat diploma atau kemudian ke ijazah, walaupun tak semestinya gerenti dapat. Maklumlah pengambilan mesti mengikuti syarat dan kelayakan berdasarkan kiraan meritokrasi. Baca artikel saya ttg meritokrasi. Juga google syarat2 sambung belajar kw ipta diploma atau asasi. Pertimbangan syarat am dan syarat khas? Apa tu, mungkin kami tertanya2. Jika perlu telefon atau emel unit pendaftaran pelajar ipt berkenaan samaada swasta atau awam.

  21. Salam sifu . Saya pelajar lepasan spm 2013 . addmath , akaun , math mode sy dapat A+ . sy nak jadi akauntan tetapi sy kurang dalam bi . bi sy b . skrg sy dlm persiapan untuk ke jordan kos ekonomi dan perbankan islam . namun cita2 sy nak jadi akauntan insyaAllah xpadam lagi . boleh ke selepas tamat bidang ekons n banking islam sy smbung master dalam akauntan ? terima kasih sifu 🙂

  22. *dalam accounting

  23. Setakat pencarian internet saya suatu masa dulu, pengambilan student ke Master Perakaunan mesti dari kalangan graduan perakaunan. Kenalah awak rujuk secara khusus kpd IPTA berkenaan.

  24. Ouhh . Terima kasih sifu . Jadi bagaimana ya untuk sy jadi akauntan ?

  25. Malangnya sejak akhir2 ini, ada banyak ketetapan khusus dan mengikat. Contohnya, seseorang itu mesti juga mendapat tauliah dari badan profesional spt ACCA sebelum diberi lesen oleh MIA utk mejadi akauntan awam. Perlu diperingatkan yg pemegang ijazah perakaunan tak pernah dan tak bolwh mwnggelar diri akauntan. Ia menyalahi akta akauntan 1967. Seseorg mesti menjadi ahli MIA dan berkhidmat dalam bidang perakaunan tidak kurang dari 3 tahun. Utk jadi ahli Mia pula, jika parlimen luluskan perubahan akta akauntan, maka hanya ahli badan profesional shj yg boleh menjadi ahli MIA. Ijazah perakaunan dalam dan liar negara tidak dapt secara automatik menjadi ahli MIA. Sebelum ini, akta memperuntukkan kuasa mengiktiraf ijazah perakaunan di IPTA tertentu mwnjadi ahli MIA secara automatik dgn syarat berkhidmat dlm bidang pwrakaunan san audit utk tempoh minimum 3 tahun. So, lebih baik lagi awak terus ke program profesional Acca yg ditawarkan di UTM, Uitm, USM dan di IPTS tertentu.

  26. Program ACCA tu sekali dgb degree ke ? Btw sy dah 1 sem kt bidang banking . Xkan nak patah balik . Haha

  27. Tak Acca adalah program berasingan. Well apa boleh buat. Awak nak ke timur tengah sambung semesterlah ye?

  28. Yelaa . Doalah supaya dipermudahkan . Amin . Haha terimakasih sifu atas pencerahan . Mmg xblh la kan lps gradute jordan nk smbg ACCA ? Sbb kene habis degree accouting dulu kan ?

  29. Yang tu, kalau sanggup start dari mula level 1 ACCA saya fikir tak jadi masalah. Ia umpama belajar balik dari A. Graduan ijazah yg fresh boleh start level 3 atau 4 rasanya. Tapi kes awak kalau sanggup belajar dan bayar yuran sendiri memang boleh. Even sifu ini pun kalau nak ambil ACCA pun boleh. Start dari level 1 juga walaupun ada ijazah perakaunan. Kes sifu pula sebab dah grads lama. Yg penting bayar sendiri.
    Kesimpulan, boleh.

  30. Assalamualaikum sifu,

    Saya nak mintak pendapat dari sifu. sebelum ni saya amik degree dalam bidang sains. dah graduate dah tahun 2012. umur saya 24 tahun. Tapi sebab susah nak dapat keje yg sesuai dgn kelayakan, saya beranikan diri apply keje dlm bidang perakaunan. alhamdulillah sekarang saya bekerja sebagai account assisstant walaupun tanpa apa2 kelayakan dlm bidang perakaunan. dari dulu sy mmg nampak potensi kerjaya bidang perakaunan tapi tak berani nak tukar course semasa amik degree dulu. then, bila dah keje ni saya rasa lebih confident and minat bidang perakaunan. saya rasa nak kembangkan ilmu dan kerjaya dlm bidang perakaunan. saya ada buat pembacaan berkaitan sijil profesional perakaunan ni tapi saya tak tahu nak mula dari mana dan nak belajar kat mana. bolehkah sifu berikan pendapat dan cadangan berkenaan situasi saya? saya menghargai setiap kata2 yang diberikan oleh sifu. terima kasih.

  31. Hmm. Kalau sanggup mula dari bawah maka alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Apa lata awak belajat sambil bekerja. Ikuti program LCCI atau ACCA level 1. Dari situ awak kenalah belajar sendiri atau ikuti kelas yg pusat tersebut sediakan. Selalunya bayar sendiri sebab tak ada pihak spt kerajaan yg akan biayai. Kalau berjaya melepasi exam setiap level mungkin anda berpeluang ke bidang profesional perakaunan.

  32. Berkenaan di mana nak belajar cari maklumat dan alamat pusat di tempat berdekatan anda di LCCIASIA.COM dan acca Malaysia. Telefon pusat berkenaan dan tanya dgn lebih lanjut. Exam selalunya 3 kali setahun.

  33. kalau saya nak amik program ACCA, perlu tak saya amik program CAT dulu? terima kasih sifu di atas pendapat dan maklumat yang diberikan. 🙂

  34. Memang kena mula dari level 1 dan ke level seterusnya. Setakat yg saya ingat, Lcci bagi CAT bila masuk level 3. Dalam proses tu dapatlah CAT. Then teruskan lagi utk ACCA. Kalau direct ke ACCA pun sama. Tapi awak baca info terkini sebab LCCI memang beza sikit dari ACCA.

  35. Kalau dari mulablagi nak start ACCA, tak perlulah ikut LCCI. mula level 1 ACCA

  36. Assalamualaikum. Saya rie merupakan pelajar semester 6 di kptm bangi. Saya sedang mengambil diploma dalam perbankan.. saya bercadang setelah tamat pengajian diploma, saya ingin menyambung degree di unikl bis. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah saya tidak tahu pilihan mana yang betul . Sama ada accounting atau islamic finance. Sebenarnya saya merancang mahu sambung degree in finance tetapi unikl bis tidak menawarkan course finance… setahu saya islamic finance lebih teori berbanding calculation, saya minat mengira berbanding mmbaca.. akan tetapi jika saya memilih accounting, saya tiada basic langsung mengenainya dan lemah dalam bahasa inggeris. Dan jika saya memilih islamic finance banyak potongan credit boley dibuat kerana keputusan yang bagus. Oleh itu, tempoh pengajian saya akan menjadi 2tahun sahaja dan adakah accounting juga ada potongan credit? Atau saya perlu belajar selama 4tahun?.. saya ingin meminta pandangan sifu mengenai hal ini. Terima kasih 🙂

  37. Pasal potong credit hour tu tak pasti. Tapi accounting tak boleh pendek. Ada 1 sem student wajib buat praktikal. Utk kerjaya yg lebih open, ambil accounting dan tambah elektif islamic econ atau finance dlm mana sem.

  38. Salam sifu, boleh ke kalu student yg ambik degree accounting apply praktikal di bank- bank atau bahagian perbankan..pendapat sifu better minta bahagian audit ke macam mane? jika saya nak buat ACCA selepas dapat degree accunting adakah sektor private lebih senang atau mana2 U yg tawarkan program ACCA?

  39. Assalamualaikum,sifu

    Saye nak tanye..hurmm..sye plajar lpasan spm 2013..smasa spm,sye amek sbjek sains tulen..
    Sye brmnat utk smbg blaja di jordan dalam bidang muamalat..tetapi,permohonan saya x dtrima krana tidak mengambil subjek acc pd prgkat spm..

    So,sye msok matrik dan ditawrkan kors acc..pd,pprksaan sem1,Alhamdulillah..sye brjaya dpt 4 flat..jd,sye ign mnruskn cite2 sye utk smbg degree di jordan..macam mana ya caranya?? Sbb..sye dgar lpasan mtrik x boleh ke jordan..

  40. Soalan ditetapkan oleh ACCA walau di mana pusat belajar. Kalau belajar di U yuran pengajian saja berbeza.

  41. Yang itu situ pun tak pasti. Kenalah rujuk ke BMW atau direct ke universiti ya awak bercadang nak pergi itu belajar.

  42. assalamualaikum sifu .. saya merupakan pljr dip perakaunan tahun 2 di klmu .. apa pendapat sifu kalau saya nak sambung degree in accounting d timur tengah ?? sebab tetiba minat nak sambung d jordan , qatar atau emiret arab berastu .. mohon pendapat dari sifu !! ^_^

  43. saya nak minta pendapat sifu sikit . manakah bidang yg punyai skop kerjaya yg luas dan gaji yg lumayan. perakaunan atau kewangam islam

  44. Kerjaya yg luas ialah perakaunan. Ia meliputi pelbagai industri termasuk industri perkhidmatan kewangan Islam.

  45. assalamualaikum cikgu, saya skrg tengah memohon untuk ke ipta lepasan matrikulasi perakaunan. saya amat minat untuk sambung ijazah dalam bidang perakaunan. So, saya skrg sedang memohon utk pilih U dan bidang yang sesuai. anyway PNGK saya untuk Sem 1 di matrik 3.59 dan MUET band 3. cara pilihan bidang yg saya buat utk mohon ke ipta adalah dgn pilih U yg berbeza tapi kos nya kebanyakan saya ambil ijazah perakaunan. boleh ke saya mohon dgn pilihan mcm tu? boleh tk sifu bagi tips mcm mana nak mohon dgn prosedur yg sesuai ikut pointer saya tu? saya takut tak dapat apa yg saya impikan je selama ni. huihh pening

  46. Selalunya pihak Up tak galakkan letak sebegitu iaitu course yg sama utk banyak IPTS. ini kerana jika satu ipta tolak peemohonan awak ke ijazah perakaunan maka sahlah kerana tak memenuhi syarat. Jika memenuhi syarat pihak ULU boleh mencadangkan ipta yg lain utk course yg sama walaupun tidak dipohon. Jika buat juga seolah pemohon telah mensia siakan peluang 8 permohonan bidang berlainan. Hubungi UPU utk pengesahan lanjut.

  47. Assalamualaikum.. saya ingin bertanya tentang ijazah perbankan islam yg ditawarkan di UITM.. tetapi semasa ingin mengisi borang UPU saya tidak menjumpai diploma Perbankan Islam.. Diploma mana yang perlu saya ambil untuk melayakkan saya menyambung ke Ijazah perbankan islam di UITM? adakah diploma pengajian perbankan? kerana saya ada terbaca diploma yang diperlukan adalah diploma pengurusan dan perniagaan.. TK 🙂

  48. Assalamualaikum . Saya pelajar lepasan spm 2014 . Saya ambil aliran sains tulen semasa di sekolah . saya berminat nak sambung belajar untuk kos account . Adakah saya boleh terus memohon upu ambil kos account ? Saya tak ada basic accout langsung sebab tak ambil subjek tu . Jadi macam mana ye ? adakah saya perlu masuk form 6 ambil kos acc dulu ? Terima kasih . 😀

  49. Assalamualaikum. Saya nak tanya sikit. Saya pelajar lepasan diploma perakaunan dari uitm. Saya ingin menyambung ke peringkat ijazah di uniKL tapi boleh saya tahu berapa tahun utk saya habiskan ijazah tu pula?kalau ijazah perakaunan kena 4 atau 2 tahun?kalau bidang lain pula macam mana ye??minta penjelasan..

  50. Waalaikumsalam. Tu kena rujuk ke UNIKL secara terus.

  51. Hello erm saya nak tanya..if result spm saya mcm ni, layakkah saya masuk dalam bidang perbankan islam?
    BM :- B+
    BI :- A-
    MATH :- D
    ADD MATH :- E
    PHYSIC :- D
    BIOLOGY :- C
    CHEMISTRY :- E
    SEJARAH :- A-
    PEND. ISLAM :- B+

  52. InsyaAllah. Mohon saja. Tapi perlulah fahami yg ada beratus ribu pemohon seperti kamu. Pasti ada penapisan perlu mereka IPTA akan laksanakan.

  53. Ada ke course lain yang sesuai dengan result saya? Mohon pencerahan.

  54. Masih ada lagi Nora. Cuma lagi awak akan suka atau tidak. Tak pun mohon politeknik atau baiki gred dgn patching IAITU ulang SPM utk paper yg lemah tapi penting itu.

  55. salam ,nak tanya kalau sy tak ambil akaun masa spm 2014,maksudnya sy drop akaun waktu f5.boleh ke sy ambil bidang ni.mate mode sy A n addmate sy B.bi sy B.boleh ke???dan peluang pekerjaan ni masih banyak lgi tak??

  56. Mohon je. Ada rezeki di mana2. Persaingan memanglah sudah dimaklumi yg mana keutamaan tempat belajar utk student yg ada ambil PA dalam SPM. Tapi mana tahu ada lagi ruang kan… spt ipta tambah bilangan pengambilan atau sebagainya.

  57. Tapi fara imagine jika awak dah drop PA masa F5 bukankah itu tunjukkan yg PA bukan bidang pilihan atau awak cemerlang math kerana mengurang beban belajar. Dlm bidang perakaunan beban belajar agak tinggi tau.

  58. assalammualaikum.sifu.saya lepasan spm 2014.saya nak tnye.ipta mana yang ada perbankan islam. dan saya nak tahu syarat2 kelulusan untuk perbankan islam.

  59. Sama spt ke ijazah perbankan lain.

  60. boleh tak kalau ambil degree in accounting tapi tak nak jadi accountant? jadi eksekutif je. perlu ke jadi ahli MIA? atau lebih baik ambil course lain & course apa?

  61. Of course boleh. Ramai pun graduan akaun yg cam tu. Malah ada juga yg bertukar bidang selepas ijazah spt ke marketing, admin, banking, etc.

  62. assalamualaikum warahmatullah, cikgu Rithuwan.. Soris ni, Cgu saya mau tanya pasal kerja sbg pegawai bank terutamanya dalam sektor kewangan Islam, apakah tugas seorang pegawai bank dalam bidang kewangan Islam? adakah ia juga membuat audit kewangan seperti seorang auditor atau sebagainya?

    Terima kasih cikgu 🙂

  63. Tidak Soris. Pegawai bank di cawangan bukan auditor dan tidak berperanan dalam hal kewangan secara khusus. Pegawai bank lebih banyak berperanan dalam operasi bank harian dan juga pemasaran. Lebih kurang macam jurujual produk perbankan.

  64. Assalamualaikum.Saya nk tanya , boleh ke terus ambil ACCA lepas tamat matrikulasi(Akaun)? ke, saya kena ambil degree akaun dulu? saya keliru :((((

  65. Boleh terus ke program ACCA tanpa perlu ke matriks, atau ijazah. Ikuti program profesional yg ditawarkan oleh pihak ACCA bermula dari level 2. Anda juga boleh juga ikuti ACCA selepas ijazah dan terus ke level yg ditetapkan utk pemegang ijazah perakaunan. Rujuk laman sesawang pihak MIA dan/atau ACCA utk keterangan lanjut.

  66. Oh…. Maksodnya kalau saya ambil ACCA lpas matriks so, ada exam paper yg sayaboleh skip la ye? Sbb saya skip level. Ada kelebihan tak , kat situ???

  67. Tak. Katanya spm kan ada juga gred LCCI? KALAU AWAK BELAJAR LEPAS MATRIKS, tetap dikira dari kapten LCCI semasa SPM sahaja. Jangan salah faham. Lepasan spm dikecualikan level 1 ACCA atau level 2 LCCI. Kalau lepasan ijazah baru ke ACCA maka syarat pengecualian lebih khusus.

  68. assalamualaikum cikgu
    untuk menjadi seorang akauntan mesti kuAT BI kan ?
    BI saya hnya dapat C+ ..layakkah cikgu?

  69. Fiqah. Tu dah ok. Nanti kat ijazah belajar BI lagi dan baiki di sana. …

  70. diploma perakaunan dan diploma perbankan yg mana satu terbaik cikgu? saya ada terbaca satu blog ni..author dia tulis yg kos perakaunan ni agak susah nak lagi time exam paper account..dia cakap yg diploma perbankan ni agak mudah sedikit berbanding diploma perakaunan…cita-cita saya nak menjadi seorang pegawai bank..saya jdi keliru untuk pilih diploma perakaunan atau perbankan sehingga terbawa-bawa dalam fikiran semasa mengisi borang permohonan UPU…

  71. Salam, sy keliru dgn kos diploma pengurusan kewangan islam dan diploma banking islamic.. ape beza kedua kos itu ye.. mohon dijelaskan.. TQ,

  72. Assalam. Sukar nak dijelaskan secara ringkas. Saya suka jika Nurul Amirah google kedua dua program diploma itu dan bandingkan kursus didalam program berkenaan.

  73. Asalam. Sy keliru lagi la. Adakah keputusan sy betol utk mengikuti program matrik. English dpt B Akaun sy dpt A+ n add math sy A+. Sy x tau nk pegi ke arah mana yg terbaik. boleh tolong cadangkan. Sy targer nk ada degree dan acca.

  74. Pilihan dah ok dan bijak. Teruskan ke matriks.

  75. Assalamualaikum. Saya merupakan lepasan STPM 2014. Saya berminat dengan Ijazah Pengurusan di USM. Terdapat beberapa bidang yang saya boleh pilih sebagai major dan minor dalam pengajian ini. Antaranya ialah Kewangan, Kewangan Islam, Pemasaran dan lain-lain lagi. Saya berminat untuk memohon pengkhususan dalam Kewangan Islam dan/atau Pemasaran. Walau bagaimanapun, saya berasa kurang yakin dengan penkhususan tersebut kerana tidak mengambil subjek Prinsip Perniagaan (STPM) dan Perakaunan (SPM/STPM). Adakah saya mengambil risiko yang tinggi dengan mencuba menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang yang sangat berbeza dengan kelayakan akademik saya? Saya mendapat A bagi subjek Matematik dan D dalam Matematik Tambahan. Adakah ketidakmahiran saya dalam subjek Matematik Tambahan akan menjadi masalah utama untuk saya mempelajari subjek/kursus yang terdapat dalam Kewangan Islam dan Pemasaran?

  76. Waalaikumsalam. Firdaus perlu berfikiran positif. Bukan awak seorang sahaja yg berada dalam situasi yang seperti itu. Dengan usaha bersungguh sungguh anda masih boleh menyaingi atau mengatasi pelajar lain yang pernah mengambil subjek PP dan PA dalam STPM mahupun SPM. Apa yang penting ialah matlamat diri dikukuhkan dengan usaha belajar dan menghadiri semua kuliah. Jangan hairan ada pelajar yang bukan lepasan STPM sperti anda, mampu menyaingi anda kerana ia juga punyai matlamat diri dan berfikiran positif. Wallahualam.

  77. Terima kasih atas motivasi tersebut. Saya masih mempunyai masa untuk memikirkan tentang hal ini. Insyaallah, saya akan beristikharah. Saya sendiri telah merasakan nikmat hasil daripada pemikiran yang positif dan matlamat yang tetap sepanjang perjalanan saya di tingkatan enam. Saya percaya tiada apa yang mustahil. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat yang telah diberkan kepada saya. Saya betul-betul menghargainya.

  78. Salam.
    Saya nak tanya boleh ke nak jadi akauntan professional jika saya sudah ada degree in banking & finance? Macam mana caranya?

  79. Assalam. Memang boleh. Mohon mengikuti program ACCA. hubungi wakil ACCA Malaysia. Non accounting degree turut dialu alukan. Bezanya mula dari paper 1.

  80. salam..saya ingin bertanya jika saya melanjutkan pelajaran ke diploma perakaunan, adakah saya akan diajarkan perkara asas tentang akaun semula?saya tidak ambil add math ketika form 5 tetapi ambil prinsip akaun, ekonomi asas serta perdagangan jadi ada peluang ke saya untuk berjaya dalam bidang akaun?terima kasih.

  81. Walaikumsalam. Benar Adeeba, awak akan pelajari asas akaun dalam sem 1

  82. Assalamualaikum..cikgu,sye dpt twrn kos dip akaun dgn dip perbankan islam..mne yg ptut sye plih?dan mengapa?

  83. Walaikumsalam. Nurin sendiri minat apa. Cuba google dulu baca ringkasan Kedua2 program diploma itu, dan kemudian bayangkan kerjaya apa yg Nurin ingin ceburi. Sifu serahkan kepada Nurin dan keluarga membuat keputusan. Jawapan mengapa kerana Nurin meminati bidang itu maka tidak akan ada penyesalan. Solat Istikharah juga amat membantu.

  84. student yang keliru

    assalamualaikum, saya ambil dip office management, jadi nti untuk degree mana yang okey ? customer service / islamic banking?sya tk minat maths, yg senang nk dpt kerja yang mana eh ? saya boleh cmpur dengan orang maksudnya boleh bersabar dengan kerenah manusia yg macam2, mintak pendapat sifu2b. sorry tanya banyak soalan. sorry jugak sbb komen kt post lama

  85. Walaikumsalam. Pada pendapat sifu, mengambil kira kenyataan kamu, CS tu sesuai tetapi sifu tak pasti kebolehpasarannya di Malaysia. Marketing bagaimana? Ada pohon? Lastly banking pun okay. Tapi macam biasa sekarang ni ‘banking growth in wealth but shrinking in work power’. Staf di bank mengecut.

  86. student yang keliru

    mengecut? maksudnya keadaan kerja di bank stress ke? saya boleh kedua2 nya rasanya sbb kedua2 nya sama kena hadap dgn ramai pelanggan.. tpi saya tak tahu CS ni luas peluang kerja atau tidak. klu dilihat dari aspek peluang rasanya banking lagi luas kan sifu ? marketing saya tidak pohon 🙂 , insya allah kalau kita kuat dengan situasi dan juga kerenah di tempat kerja kita boleh hadapi 🙂 betul tak ? kedua2 nya saya mcm berminat tpi itulah tidak tahu yang mana boleh pergi jauh, terima kasih sifu2b membalas pertanyaan saya. 🙂

  87. Apa pula beza antara finance , accounting and banking?

  88. Wani, perbezaan ini banyak dibincangkan oleh banyak pihak. Oleh itu saya tak tak akan bincangkannya di sini. Google soalan awak ini, InsyaAllah, akan dapat jawapan dan aplikasikanlah KBAT awak. Lebih molek baca definisi ketiga-tiga bidang itu secara berasingan dan buat perbandingan sendiri untuk kepuasan diri.

  89. salam .. Sifu .. Saya skrg tgh study dip in acc kat klmuc .. Saya cadang nak amik degree kat ipta .. Boleh x sifu tolong recommend tiga ipta yg top ?? Terima kasih 😎😎

  90. Walaikumsalam. Upm, UUM dan UTM

  91. Assalam…saya masih keliru nak ambik diploma perakaunan atau pebankan islam…saya masih xnampak lagi ape kerjaya saya bile dh habis belajar nanti dlm antara salah satu bidang tersebut tetapi saya mmg betul2 minat ngan subjek kira2 spt math, add math, p.perakaunan dan saya selalu score cemerlang dlm subjek tersebut…ttp subjek ekonomi saya kurang minat sikit sbb kene banyak baca fakta2…boleh sifu bg pencerahan kt saya untuk sama ada memilih antara diploma perakaunan atau perbankan dan sarankan kerjaya ape yg sesuai utk saya berkerjaya nanti..tq

  92. Walaikumsalam. Lebih baik Ridhwan solat sunat istikharah. KEduanya wajib belajar Ekonomi. Kalau tak silap 2 – 4 course berkaitan ekonomi. Sukar nak terangkan. Ikut nasihat saya sebelum ini. Perakaunan boleh kerja dalam bidang kewangan, perakaunan, perbankan, pentadbiran, pengursan, insurans, usahawan dsb nya. Graduan perbankan boleh bekerja dalam perbankan, insurans, pengurusan, pentadbiran, pemasaran, keusahawanan, dsb nya Kecuali perakaunan dan kewangan (mengkhusus). Apa2pun, selalunya graduan diploma digalakkan sambung belajar ke ijazah.

  93. Asslm,sifu? klu ambik kos kewangan dan perbankan ni ada belajar math,ekk??

  94. Itu sudah pasti. Malah hampir semua program diploma wajib belajar algebra dan calculus courses.

  95. Assalamualaikum. sy meminati bidang perakaunan. tp masih berbelah bagi untuk mengambil dip in accounting kerana bi sy D. pendapat sifu?

  96. Assalamualaikum. Saya lepasan diploma perakaunan tapi merancang untuk menyambung ijazah kewangan Islam. Saya menukar kos kerana saya kurang meminati bidang akaun disebabkan saya lebih meminati maths. Sebelum membuat keputusan untuk menukar kos, saya telah membuat sedikit research tentang subjek yang akan dipelajari serta peluang kerjaya dalam bidang kewangan Islam. Pada pandangan sifu, adakah tindakan saya itu betul? Adakah bidang kerjaya takaful termasuk dalam kewangan Islam? Kerana saya berhajat untuk menceburkan diri sebagai ejen takaful sebelum menyambung ijazah. Apakah peluang kerjaya lain yang mungkin akan saya dapat selain daripada bidang perbankan Islam setelah bergelar graduan ijazah nanti? Sekian terima kasih. 🙂

  97. Walaikumsalam. Kalau sifu tak silap secara ringkas takaful adalah salah satu cabang kewangan Islam tetapi sistem kewangan Islam lebih meluas. Jika minat sudah ke situ maka InsyaAllah juga bermanfaat kepada diri dan negara. Berkenaan peluang pekerjaan, agak banyak juga peluang pekerjaan di pelbagai sektor seperti pengurusan kewangan dsb, tak semestinya hanya institusi kewangan Islam. Walau bagaimanapun janganlah hairan majikan Islam dan bukan Islam agak lebih memilih. Mungkin kerana kekeliruan tentang pengajian yang ada tambahan nama islam. Tetapi diharap ia tidak mematahkan semangat anda.

  98. salam cikgu. saya lepasan matrikulasi perakaunan dgn pngk 3.27 band 3. saya telah memohon upu dan saya tidak pasti samada layak utk dpt degree account mahupun islamic fnance. takut2 nnti kos lelong pula dpt tapi saya percaya rezeki Allah itu ada. Besides, boleh x saya mohon acca utk lepasan matrik? dan layak tak bagi saya utk memohon? tapi jika diberi peluang saya mmg meminati kedua2 bidang ni. Mohon pencerahan dan Doakan saya yg terbaik ye cikgu .

  99. Walaikumsalam Burr. Sebenarnya lepasan matriks still kena masuk CAT-ACCA dahulu tak ada potong queue. Lepas tu baru boleh ikuti program ACCA QUALIFICATION.

  100. Assalamualaikumm.. nak tanya kalau graduan bachelor of accounting dari unikl adakah mempunyai peluang utk mndapat kerja?

  101. InsyaAllah graduan berkualiti berpeluang sama spt graduan IPT lain.

  102. Saya nak tanya, saya dpat sambung pelajaran bidang keusahawann (perdgangan), ada kah peluang untuk saya bekerja di bahagian bank atau kewangan di peringkat yg tinggi… dan layak kah bekerja sebagai juru audit dgan kos ini ??

  103. Liley. Setakat pengetahuan saya, peluang kerja di perbankan memang tak ada masalah. Tetapi juru audit bwetauliah agak jauh sekali.

  104. Ahmad Rasyidin Khirudin

    saya nak tanya , kalau saya masuk degree perakaunan di UMS , dan bercadang untuk menyambung ke peringkat ACCA .

    Persoalannya , jika saya lepasan degree akaun UMS , ada tak ‘exempted paper’ kalau saya nak amik ACCA nanti ?

    Terima kasih

  105. Semua graduan ijazah perakaunan dari mana2 IPTA/S yg diiktiraf layak mendapat beberapa exempt paper ACCA sesuai dgn tahun graduasi masing2. Maklumat lengkap ada di laman sesawang ACCA Asia.

  106. Assalamualaikum. Saya pelajar matrik batch 2014/2015 yg tamat pada bulan may yg lepas. Sy mnuntut dlm bidang sc stream di matrik dan spm juga sc stream. Cgpa saya 3.28. Muet band 3. Saya tlah mnerima tawaran ipta dlm kos deg kjuruteraan elektrik utk intake sptember ini. Tetapi sy menolaknya. Saya mahu mmohon deg prakaunan di ipta pda tahun hdapan bulan 4. Setahu sifu, pernah wjud ke masalah plajar matrik sperti saya yg ingin mahu mmhon upu pada tahun yg berikutnya ? Dan kbanyakkannya adakah plajar matrik itu berjaya ?dan adakah pluang saya utk mmohon prakaunan di ipta pda tahun hadapan masih cerah ? saya mahu myambung pngajian dlm perakaunan sbb saya dh tak sanggup nk sambung kos kos yg mlibatkan sains. Pls reply me asap.

  107. Walaikumsalam. Maaf Nadhirah saya tak pasti tentang perkara ini. But jika awak pernah ditawar ke program kejuruteraan maka tak mustahil boleh berjaya memohon program akaun. In sha Allah.

  108. assalamualaikum cikgu , saya pelajar kolej komuniti , saya amek dalam bidang akauntansi, saya berhasrat nak smbung di politeknik, mslah saya , saya kurang penguasaan bahasa inggeris. perlukah saya teruskan hasrat saya untuk smbung diploma or tak? sbb d politeknik full inglish. atau saya perlu menguasai bahasa enggris, baru saya sambung. mohon pencerahan

  109. Walaikumsalam. Saya sarankan awak terus saja sambung belajar SAMBIL meningkatkan penguasaan Inggeris. Kadangkala pelajar sendiri merendahkan diri kononnya tak menguasai BI padahal sebenarnya faham dialog2 dalam filem atau rancangan tv berbahasa Inggeris. So jangan takut, sambil baiki BI sambil belajar Akaunting. Ianya in sha Allah berbaloi.

  110. Assalamualaikum sifu. saya sekarang pelajar semester akhir pengajian kejuruteraan (electrical degree) di universiti. sekarang ni nampak passion saya macam nak jadi banker atau ahli akautan jugak selain jadi engineer sebab saya suka pada subjek2 yg berkaitan dengan economy, stock analysis n etc yg melibatkan financing. Jadi soalan saya, if let say saya ambik ACCA pada masa akn dtg, sambil bekerja sambil belajar, layakkah utk saya dpt jadi certified accountant walaupun lepas habis tempoh belajar tu saya masih tak bekerja under accounting roof. which mean saya still bekerja dlm engineering field. lagi satu nak tnya. untuk case mcm saya ni, yg xda basic accounting, saya perlu melalui proses CAT dahulu ke baru boleh jump ke ACCA? dan ia akan consume berapa tahun belajar semua ni? Then nak tnya program ni freely open bila2 masa boleh daftar ke dekat mana2 uni yg ada buat program ni n yuran dia bagaimana ya? last but not least. for people like me yg bukan dari background accounting tapi ada ACCA. so, apa career position choice yg kita boleh looking into.. terima kasih.

  111. Ya. Any degree boleh apply ACCA. tapi start dari mula.

  112. Siti Nur Aisyah Binti Abdullah

    Adakah penerimaan atau tawaran pekerjaan kepada seseorang tu bergantung kepada universiti yang terbaik untuk sesuatu kos tu ? Mohon penjelasan

  113. sifu, betul ke kalau degree account di IPTA yg mendapat pengiktirafan MIA, lepas graduate dpt exemption 9 paper ACCA ?

  114. Salam sifu ,sy plajar lpasan spm 2014 ,sy mndapat twaran untuk smbung ke diploma akaun d politeknik dan diploma pngajian perbankan d uitm ,apa yg hrus sy plih ,prinsip akaun sy dpat A- n bi sy hnye dpat C ,sifu tlong lar sy utk buat kputusan yg btul , dan peluang pkerjaan pulak mcam mane utk kedua dua nie ? .

  115. Walaikumsalam. Jika ada berminat dalam bidang perakaunan, terimalah tawaran dip. Akaun. BI masih boleh diperbaiki dalam tempoh pengajian.

  116. Saya dapat tawaran dlm banking di uitm dan dapat tawaran dalam perakaunan di politeknik.mana lebih baik ?

  117. InsyaAllah perakaunan lebih baik.

  118. Assalamualaikum sifu…. Boleh kah saya menjadi seorang guru …. Saya mengambil jurusan perakaunan .. Dan adakah subjek matematik yang perlu saya ajari ? Saya baru sahaja tingkatan 4 tahun ini 2016 😦

  119. Berusaha utk layak kan diri memenuhi syarat kemasukan ke IPG. Jika kurang atau tak penuhi syarat, maka peluang menjadi guru tidak ada lagi atau terlalu tipis. Wallahualam.

  120. cikgu, kalau saya belajar degree akaun dekat IPTA, boleh dpt 9 paper exempted tak dri ACCA ? sebab saya tgok bnyk IPTS yg degree akaun dia dpt 9 paper exempted.

    tlog saya cikgu, saya dah nak hbis diploma perakaunan dekat KLMUC.

  121. Tertakluk kpd syarat ACCA. Kalau layak maka dapatlah. Contohnya, gred C shj utk paper account 101, patutkah dah exempt?

  122. AInnur Madihah binti Abdul Karim

    Saya murid tingkatan 4 yang mengambil subjek prinsip akaun. Saya bercadang untuk ambil diploma in account di KPM selepas tamat SPM. Adakah saya boleh mengambil course ijazah islamic banking slps diploma diuitm. Tkasih

  123. Assalamualikum sifu….saya pelajar spm batch 2016…..saya ingin menjadi seorang akauntan tapi sekolah saya tidak menyediakn mtapljrn prinsip akaun…matapelajaran yg sya ambl utk spm thun ni ialah ekonomi asas,sains pertanian dan geografi….matapelajarn tingkatan 6 yg dtwarkan brhmpiran daerah ngri sya hnya lh ekonomi,pengajian perniagaan dan matematik t shaja yg ble dikatkan dgn proses kira2…apakah saranan sifu yg perlu sya lkukan agar sya ble mnkdi seorng akauntan…tolng sya sifu….tolng reply ASAP….

  124. sya nak brtnya ttg pluang pkrjaan dlm bidg finance & accounting pd msa skrg.. harp sifu dpt bntu sya. Tq.

  125. sifu,,,sy nak bertanya,,,,sy lepasan stpm 2015,,,sy berminat dengan kos perbankan islam,,persoalan nya,,,layak ke sy dpt kos tu,,,???kalo pp=A dan eko hanya A- je,,,waktu spm sy x pernah amik akaun…

  126. sifu saya lepasan spm 2015,account dalam bi and bm jauh beza sangat ke?gaji pelajar akaun dan pelajar islamic banking berapa?

  127. Assalamualaikum Sifu . Sy lepasan Spm 2015 . Sekarang tengah pening isi upu . Sy rasa cenderung nak ambik diploma kewangan dan perbankan islam . Tapi course tu kena belajar akaun kea ? Dan sy takut takdapat bawak akaun sebab sy mmg tak ambik akaun dri form4 dan form5 dulu .

  128. Salam saya lepasan spm nk tanya boleh ka pelajar aliran sains memohon nk jd juruaudit jika ya apa bidang yg saya kena ambik ketika mohon upu.??

  129. Assalamualaikum.. Sy nk tnya ni.. Apakh perbezaan antara kos perakaunan, banking dan muamalat.. Boleh terangkn x kpd sy?? Mohon pencerahan.. Terima kasih..

  130. assalamualaikum, maaf nak tnye, saya nak smbg degree, and sy mseh konfius nak smbg pengajian ap, sy cme nak tnye, kalau sy amek perbankan islam, rse nyer pluang pekerjaan mkin cerah or terhad ea? atau sy amek finance? and antra 2 course tu, sy mseh bleyh jadi pensyarah ke klau sy smbg master? mohon pencerahan, tq

  131. sifu..sy lepasam spm 2015..sy pelajar sains tulen ..sy masih keliru nk buat pilihan antara kos banking kt uitm atau kos perakaunan kt uitm…sy x de basic akaun pon..mse skolah dulu sy memang x ambik subjek PA..harap sifu boleh tolong..

  132. Assalamualaikum….sifu sy nk tnye, saya pljr spm2015, saya mengambil subjek akaun, perdagangan,addmath dan alhamdullilah result subjek tersebut cemerlang…sy ingin sambung bljr dgn mengambil stpm, adakah peluang utk sy smbung bljr ke peringkat ijazah perakaunan cerah…
    Mohon pencerahan…

  133. Salam sifu saya tika.saya nih ambil ambil subjek perakaunan dan ekonomi asas semasa spm . Dan keputusan saya bagi akaun ialah A solid dan B+ untuk ekonomi asas. Saya ingin mengambil diploma dlam perakaunan tetapi saya tidak mengambil addmath semase spm.adakah saya layak untuk mengambil diploma dlam perakaunan ??

  134. siti norhasrizah

    Assalamualaikum
    Sy baru form4..sy tak ambik elektif perakaunan..just eko,pdg,sains sukan,dan math biasa
    Sy ingin btanya sekiranya sy masih ada peluang utk bekerja di bank perhaps as a banker…
    Harap terjawab..trima kasih
    (:

  135. Assalamualaikum
    saya sekarang sedang kebingungan. saya pelajar aliran sains spm tahun lps. keputusan saya tak menunjukkan ke arah sains. saya merupakan seorang yg amat meminati math dan add math. tp keputusan subject sains saya x melayakkan saya menyambung sains. skrg pilihan saya hanyala islamic banking and finance atau acc sahaja. jadi pandangan sifu bgi pelajar seperti saya yg minat math ni boleh sambung yg mana? islamic banking atau acc? org yg minat math boleh cenderung utk minat yg mana? acc atau islamic banking? masalah saya sekarang adalah minat. harap sifu boleh bantu saya.

  136. Assalam sifu, boleh sy mnx sifu terangkan tak sedikit ttg perbezaan kos marketing, pengurusan perniagaan, keusahawanan, perniagaan antarabangsa. Dan mana yang lebih membantu samada dia boleh bekerja sendiri dan juga bekerja di bawah orang. Tq

  137. Walaikumsalam. Suraya cuba ke bidang perakaunan. Bukankah sekarang HOT di pasaran. Even macam-macam galakan kerajaan beri kepada bumiputera untuk ceburi bidang perakaunan profesional. Usaha itu tangga kejayaan dunia dan akhirat.

  138. Walaikumsalam. Maaf, sukar untuk membanding beza keempat-empat kursus (courses) yang awak senaraikan. Menjawab soalan kedua, untuk mampu bekerja sendiri, bidang keusahawanan dan pengurusan perniagaan adalah jalan yang sesuai dan ‘clear-cut’. Tetapi ketahuilah graduan HEBAT dalam apa bidang pun, boleh mampu memulakan kerjayanya sendiri dalam apa juga bidang dan industri, apatah lagi bekerja dengan organisasi baik kerajaan mahupun swasta. Dan Allah lebih mengetahui.

  139. boleh ke ambil bidang perakauan selepas spm walaupun tak ambil akaun time study kat secondary school ?

  140. Boleh je studentMozac. Samada ambek di matrik, diploma atau stpm. Kalau student asal akaun ja rasanya tk boleh ambek kos sains dia matrik dan stpm. Diploma masih boleh sbb 3 tahun, sempat dia nk belajar balek dr basic kimia physic and bio tu. Maaf kalau silap

  141. Tq sifu

  142. Assalamualaikum cikgu.kalau kite amek diploma kewangan n perbankan islam politeknik.bole ke kite sambung ijazah dalam perakaunan?

  143. Assalamualaikum.saya dapat tawaran dip. In islamic banking and finance di kpm.so if saya nak sambung degree course apa lagi saya boleh ambil?dan boleh tak nak sambung kat luar negara course apa boleh ambil?

  144. Assalamualaikum, saya nak tanya. saya pelajar diploma muamalat di uitm. adakah saya ada harapan untuk sambung blajar di luar negara yang bersesuaian dengan kos saya ni?

  145. InsyaAllah. Lulus dengan baik dan sempurna, ada wang pembiayaan, dan negara mana yang ada universiti yang awak mampu bayar dan ikuti kuliahnya, maka peluang tetap ada pada semua individu.

  146. Assalamualaikum. Saya sedang menunggu panggilan drpd uitm. Saya memohon banking untuk pilihan pertama. Acc untuk pilihan ke3. Saya baru tahu yang banking ni lebih kpd membaca drpd mengira. Saya pulak lebih kpd mengira dprd membaca. Mase sekolah menengah dulu saya ambil PA (B) dan Add math (C). Math saya dapat A- tapi bi dapat D. Saya sambung pra-dip dan alhamdulillah saya dapat lebih 3.50. Saya sebenarnya nak sambung dlm bidang acc tapi subject english selalu jadi masalah kepada saya. Sbb tulah saya buat banking dlm pilihan pertama untk ke diploma. Saya nak tanya kalau saya teruskan dlm banking. Mcm mane saya boleh belajar or berada dalam aliran account?

  147. Sazmil Izzad bin Mat Noor

    Assalamualaikum sifu. Sy baru shj graduate diploma business management. Dan sy ingin sambung degree dlm bidang kewangan. Tapi sy pening sama ada degree in economy, degree in finance atau degree in accounting. Minta pandangan sifu yg mana program yg patut sy ambil

  148. assalamualaikum sifu..apa beza dapat politeknik dalam bidang perakaunan dengan dapat kolej untuk sambung dalam perakaunan .???????mana lebih baik .masuk poli or kolej

  149. adakah untuk ambil ACCA kena bayar sendiri??tiada pinjaman dari ptptn or mana mana ka?

  150. NURUL SYAFIQAH BINTI DAUD

    Assalamualaikum, saya student lepasan SPM , saya student sn dn saya xde lngsg basic akaun , saya sngat minat dngan kira2 mcam math and addmath , apakah yg perlu saya mohon ? pengajian perbankan ? kewangan ? or pengajian perniagaan ? ketiga2 saya dah research dan saya berminat . mohon penjelasan . Thank you .

  151. Walaikumsalam Nurul Syafiqah.

    Kalau begitu, saya cadangkan bidang kewangan. Penjelasan? Apa kata awak google ‘career in accounting and financing’

  152. Nadia,
    Kebiasaannya ya. Tetapi sila hubungi MIA atau ACCA Malaysia untuk keterangan tentang pembiayaan.

  153. Walaikumsalam Nadia,

    Politeknik diuruskan oleh kerajaan melalui KPT. Kolej selalunya milik swasta.
    Bergantung kepada hala tuju awak sendiri. Jika nak belajar diploma perakaunan dengan yuran pengajian yang murah, belajarlah di politeknik. jika sanggup membayar yuran pengajian yang tinggi, maka masuklah ke kolej. Kolej tawarkan diploma dan ijazah. Politeknik hanya tawarkan diploma.

  154. Sifu…. saya mendapat tawaran diploma dalam bidang Kewangan dan perbankan Islam di politeknik… Yang menjadi kerisauan saya adalah saya tiada basic utk ilmu ekomoni dan perdagangan… bahasa inggeris saya juga lemah dan hanya dapat C sahaja adakah itu akan menganggu pelajaran saya nanti?

  155. nurul syafiqah

    Assalamualaikum sifu , saya mendapat tawaran ke uitm machang untuk diploma statistik , saya nak tanya apa ye kerjaya untuk statistik ni ? dan apa ye yg akan belajar untuk dip statistik ni ? terima kasih

  156. Sya merupakn pljar dri skolah mnegah harian dn aliran sy hnya ekonomi asas dn sy skrg akn memasuki ke insaniah dn mngambil diploma perbankn islam, dan sy tiada basic arab. Adakh sy bole ambil kos ni?? Skrg sy sngt buntu

  157. Assalamualaikum, saya dapat matrikulasi aliran sains tetapi saya nak tukar ke perakaunan sbb saya tgk result spm saya lebih kepada perakaunan. Saya merupakan pelajar aliran sains perakaunan di sekolah. Saya amat keliru hendak tukarnya atau tidak. Saya perlukan nasihat sifu sekarang. Risiko saya akan hadapi dan peluang pekerjaan utk saya dlm kedua2 aliran ini . Adakah aliran sains boleh sambung pengajian perbankan di ipt nanti? Adakah keputusan saya hendak tukar aliran ini tepat? Silalah jawab. Terimakasih

  158. Hye I’m akmal ,sye ade dapat tawaran ipts dye menawarkn diploma perakauanan syarat yer lulus spm termasuk 3kepujian matematik dan lulus bi
    Sye just kepastian benarkah ipts menarwarkn sebegitu…

  159. Hello,i’m liyana,i just want to ask a few quetion here,apakah persediaan yang perlu ade untuk new student dlm bidang perakaunan ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: