Lepasan SPM memasuki program asasi perakaunan di ipta Malaysia

Lisha bertanya, “Sifu, boleh bgtau ke snarai IPTA yg menawarkan asasi perakaunan??” (Februari 25, 2014 at 1:44 pm)
Memang tak mudah mencari senarai IPTA yang menawarkan program asasi perakaunan hanya dengan sekali carian.
Selalunya pelajar yang ingin belajar dalam program praijazah perakaunan seperti asasi, matrikulasi pastinya berkehendak melanjutkan pelajaran ke ijazah perakaunan selepas itu. Oleh itu sifu tolong carikan maklumat yang relevan sebagai rujukan Lisha dan pelajar lepasan SPM lain.
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan – laluan ke Sarjana Muda Perakaunan (kepujian) selain program Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Maklumat lanjut sini.
  2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM_ – Tamhidi Perakaunan dan Muamalat – laluan ke Sarjana Muda Perakaunan (kepujian). Tetapi mempunyai beberapa syarat khas. Maklumat lanjut sini. (Nota : Tamhidi setaraf dengan program asasi)

Lepasan program asasi sains dan asasi lain dari mana-mana IPTA juga sebenarnya boleh memohon masuk ke program sarjana muda perakaunan (kepujian) asal sahaja memenuhi syarat CGPA dan keputusan SPM lalu yang semestinya ada subjek Prinsip Perakaunan dengan gred terbaik anda.

Sebagai tambahan, sifu juga syorkan pelajar lepasan spm turut mempertimbangkan peluang belajar di IPTS walaupun mungkin kos pengajiannya agak berbeza berbanding IPTA. Antara IPTS yang menawarkan program asasi perakaunan ialah:

  1. Universiti Tenaga (UNITEN) – Program Asas Perakaunan di kampus Muadzam Shah – Maklumat lanjut sini.
  2. Swinburne University of Technology Sarawak Campus – Swinburne Foundation Studies (Business) – Maklumat lanjut sini
  3. KDU University College – 2 program – Foundation in Accounting (CAT) dan CIE GCE A-Level in Accounting. Maklumat lanjut sini.

Dan banyak lagi. Jika anda dapati pengajian di IPTS agak tinggi kosnya, maka usahakan jadi pelajar cemerlang SPM supaya dapat tajaan biasiswa walaupun belajar di IPTS. Jika risau tak dapat, maka antara pilihan terbaik ialah memohon masuk ke Matrikulasi Perakaunan.

Itu sahaja maklumat yang boleh sifu kongsi setakat ini.

 

Advertisements

3 responses

  1. salam sifu.if saya tak ambil subjek prinsip perakaunan masa spm boleh ke saya ambil degree perakaunan after habis asasi ekonomi dan sains pengurusan?

  2. assalam sifu. saya tak mohon matrikuasi. adakah itu mengaburkan peluang saya untuk mohon asasi? kerana ada yg mengatakan asasi dan matrik sama

  3. Dari satu aspek ia serupa krn kedua duanya utk ke ijazah. Tetapi asasi ditawarkan oleh IPT itu sendiri dan peluang sambung belajar di dlm IPT yg sama sebagai pelajar lama adalah lebih tinggi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: