Memperdanakan Program Diploma sebagai pilihan utama lepasan SPM 2010

Diploma perkasa
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

2011/01/15

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Ke-7 di Pusat Dagangan Terengganu, semalam. - Foto Aswadi Alias

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Ke-7 di Pusat Dagangan Terengganu, semalam. – Foto Aswadi Alias

148,500 tempat untuk lepasan SPM di IPTA

KUALA TERENGGANU: Program peringkat diploma yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga akan diperkasakan supaya menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Berikutan itu, katanya, tempoh pengajian program diploma akan dipendekkan tidak melebihi dua setengah tahun berbanding tiga tahun ketika ini, selain menggalakkan pelajar mengikuti diploma di Politeknik yang menawarkan yuran pengajian jauh lebih rendah iaitu anggaran RM400 setahun, berbanding hampir RM1,000 setahun di universiti awam.

Kementerian mahu pelajar lepasan SPM tidak hanya bertumpu kepada program matrikulasi dan asasi sains, tetapi juga menjadikan program diploma sebagai pilihan utama mereka.

Kementerian akan berusaha memartabatkan diploma menerusi pengiktirafan badan profesional dalam dan luar negara, manakala graduannya diiktiraf pada peringkat antarabangsa, katanya pada sidang media selepas perasmian Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U kali ketujuh di Pusat Dagangan Terengganu di sini, semalam. Karnival dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau turut mengumumkan 148,500 tempat untuk kemasukan lepasan SPM atau setaraf di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini. Daripada jumlah itu, 14,000 tempat untuk program asasi di IPTA, diploma IPTA (34,000), diploma politeknik (51,000), sijil di kolej komuniti (11,000) serta sijil di institut latihan kemahiran awam (ILKA) sebanyak 38,500.

Katanya, jumlah itu daripada 469,500 tempat secara keseluruhan yang disediakan, selain di IPT swasta (IPTS) dan peluang pendidikan lanjutan lain seperti Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kementerian Pelajaran serta Program Persediaan ke Luar Negara secara tajaan.
Mohamed Khaled berkata, kementerian juga sedang mengkaji beberapa cadangan pelaksanaan bersesuaian, termasuk menambah program diploma yang baru di IPTA dan politeknik.

Program diploma menawarkan fleksibiliti kepada pelajar kerana selepas menamatkan pengajian, mereka mempunyai pilihan sama ada menyambung ke peringkat lebih tinggi atau terus bekerja. Pelajar yang mempunyai diploma juga ada kelebihan kerana mereka diberi laluan khas untuk menyambung pengajian di universiti teknikal (MTUN), katanya.

Katanya, langkah memperkasakan program diploma juga dapat menyediakan graduan berkelayakan untuk memenuhi program kemahiran dan teknikal di universiti teknikal serta meluaskan kebolehpasaran graduan diploma kemahiran dan teknikal selaras matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Karnival Jom Masuk U tahun ini untuk pertama kalinya menawarkan program sijil dan sijil lanjutan. Ini berikutan Kementerian Pengajian Tinggi sudah diberi mandat untuk mengendalikan Pusat Pengambilan Setempat bagi program sijil dan sijil lanjutan, di samping diploma dan diploma lanjutan yang ditawarkan 27 Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau TEVT serta ILKA, katanya.

[sumber berita : Berita Harian online – 15/1/2011 di sini]

Advertisements

17 responses

  1. Saya nak tanya, kalau nak masuk PASUM cmna ya?

  2. salam..saya nak minta pandangan sifu sikit..saya sebenarnya lepasan matrikulasi thn 2009/2010..bln 7 thn lepas saya dapat tawaran ke UMT dalam kos sarjana muda teknologi alam sekitar..walaupun berat hati utk terima kos tu saya masuk juga ke UMT..tapi skrg dah habis sem 1 dan saya dah berhenti drpd UMT…saya tak dapat nak sesuaikan diri saya kat sana dan tak minat dgn kos tersebut..apa yang patut saya buat sekarang..macam mana saya nak mohon ke program ijazah lain dengan result matrik saya cuma 2.1
    saya sangat minat dalam bidang biologi..adakah saya patut mohon diploma..tapi jika saya mohon diploma adakah saya diterima ke program diploma mikrobiologi dengan result spm 2008
    BM=A1
    BI=A2
    MM=A2
    SEJ=A1
    PAI=A2
    BIO=A2
    KIM=B3
    FIZ=C5
    MT=C6
    saya mohon pendapat sifu..sedang bingung memikirkan masa depan..saya sekarang sedang menganggur

  3. NSZ :
    Saya nak tanya, kalau nak masuk PASUM cmna ya?

    Isi borang UPU online dik. Kalau dah isi sebelum ini, bolehlah dikemas kini kemudian. Tapi kena tunggu keputusan SPM 2010 diumumkan terlebih dahulu.

  4. la tahzan :
    salam..saya nak minta pandangan sifu sikit..saya sebenarnya lepasan matrikulasi thn 2009/2010..bln 7 thn lepas saya dapat tawaran ke UMT dalam kos sarjana muda teknologi alam sekitar..walaupun berat hati utk terima kos tu saya masuk juga ke UMT..tapi skrg dah habis sem 1 dan saya dah berhenti drpd UMT…saya tak dapat nak sesuaikan diri saya kat sana dan tak minat dgn kos tersebut..apa yang patut saya buat sekarang..macam mana saya nak mohon ke program ijazah lain dengan result matrik saya cuma 2.1
    saya sangat minat dalam bidang biologi..adakah saya patut mohon diploma..tapi jika saya mohon diploma adakah saya diterima ke program diploma mikrobiologi dengan result spm 2008
    BM=A1
    BI=A2
    MM=A2
    SEJ=A1
    PAI=A2
    BIO=A2
    KIM=B3
    FIZ=C5
    MT=C6
    saya mohon pendapat sifu..sedang bingung memikirkan masa depan..saya sekarang sedang menganggur

    Masyaallah. Keputusan matriks awak PNGK 2.1 tu memanglah amat rendah dan tak akan dipandang langsung untuk masuk bidang kritikal mahupun aliran sains tulen. Apa dah jadi dengan dunia matrikulasi awak sebelum ini?

    Berkenaan dengan layak ke tak ke diploma mikrobiologi, awak cuba saja memohon. Cuma lagi awak harus sedar yang permohonan awak diproses dalam kategori berasingan. Kalau tak silap kategori B, tapi sila rujuk garis panduan permohonan online UPU. Kemudian awak akan bersaing dengan pemohon lepasan spm 2010 (pemohon tahun semasa) di mana kuota pengambilan masuk mereka adalah lebih lagi berbanding kategori lain-lain.

    Semoga berjaya.

  5. hmm..bila masuk ke matrikulasi saya tak dpt nak bawa diri..xpdt nak sesuaikan cara pembelajaran..mungkin Allah lebih mengetahui..tapi saya terima walaupun pedih..terima kasih ye,,mungkin saya patut minta diploma.bermula daripada bawah balik..walaupun terlewat 2tahun..

  6. lupa nak tanya..intake diploma ke ipta tahun ni awal bulan jun kan?bukan bulan 9 macam bdk lepasan stpm dan matrikulasi?

  7. apa kata adik cuba mohon ke Technology Park Malaysia College,di situ ada program Diploma,Degree n Foundation…dari segi kemudahan disediakan TPMC terbaik, sebab TPM adalah hak milik penuh kementerian kewangan dan bernaung d bawah kementerian sains…kira GLC la…

  8. to sharul…mcm mana dr segi pembiayaan nya?kalau ada emel utk terangkan kebih lanjut mengenai Technology Park Malaysia College?

  9. sharul :
    adik boleh layari http://www.tpmcollege.edu.my atau facebook tpmcollege http://www.facebook.com/home.php#!/TPMCollege

    Terima kasih di atas perkongsian Sharul.

  10. saya nk bertanye ckit..saya baru smbg bljr dlm jurusan dip perakaunan…sblm ni,saya x tahu pasal ACCA,lps baca artikel kt blog ni baru saya tau..adakah ACCA lebih bagus dari diploma..ape pendapat sifu kalau saya berhenti ambik diploma untuk amik ACCA??

  11. hairul anuar bin kasmuri :
    saya nk bertanye ckit..saya baru smbg bljr dlm jurusan dip perakaunan…sblm ni,saya x tahu pasal ACCA,lps baca artikel kt blog ni baru saya tau..adakah ACCA lebih bagus dari diploma..ape pendapat sifu kalau saya berhenti ambik diploma untuk amik ACCA??

    ACCA adalah badan profesional peringkat antarabangsa. Jika anda memperoleh pengiktirafan dari ACCA, melalui beberapa siri peperiksaan yang berjaya anda duduki, maka tidak mustahil ia akan lebih bernilai dari diploma perakaunan malahan ijazah perakaunan juga. Cuma lagi anda harus mengikuti dan membayar semua peperiksaan dan lulus, dari peringkat ke peringkat yang ditetapkan, dan harus membayar yuran tahunan sebagai ahli ACCA Malaysia selama anda berkhidmat dan menggunakan kelayakan profesional ACCA itu, failing which, kelayakan profesional anda boleh ditarikh balik.

    Sebaliknya diploma dan ijazah perakaunan yang diperoleh adalah kekal kepada si graduan tersebut, tak kiralah sama ada ia ahli profesional (MIA, ACCA atau selainnya) kerana bekerja sebagai juruaudit/akauntan atau bukan ahli badan profesional kerana hanya bekerja sebagai eksekutif kewangan di syarikat swasta atau awam.

  12. saya nak tanya pasal course Masscom(broadcasting)
    course ni berkaitan dgn apa dan peluang pekerjaan boleh diceburi jika memilih jurusan ini di universiti

  13. obre :
    saya nak tanya pasal course Masscom(broadcasting)
    course ni berkaitan dgn apa dan peluang pekerjaan boleh diceburi jika memilih jurusan ini di universiti

    Maaf Obre, saya hanya dapat berbincang tentang hal perakaunan. Masscom di luar skop bidang saya ceburi.

  14. la tahzan :salam..saya nak minta pandangan sifu sikit..saya sebenarnya lepasan matrikulasi thn 2009/2010..bln 7 thn lepas saya dapat tawaran ke UMT dalam kos sarjana muda teknologi alam sekitar..walaupun berat hati utk terima kos tu saya masuk juga ke UMT..tapi skrg dah habis sem 1 dan saya dah berhenti drpd UMT…saya tak dapat nak sesuaikan diri saya kat sana dan tak minat dgn kos tersebut..apa yang patut saya buat sekarang..macam mana saya nak mohon ke program ijazah lain dengan result matrik saya cuma 2.1saya sangat minat dalam bidang biologi..adakah saya patut mohon diploma..tapi jika saya mohon diploma adakah saya diterima ke program diploma mikrobiologi dengan result spm 2008BM=A1BI=A2MM=A2SEJ=A1PAI=A2BIO=A2KIM=B3FIZ=C5MT=C6saya mohon pendapat sifu..sedang bingung memikirkan masa depan..saya sekarang sedang menganggur

    mmg result matrik awak rendah sekali..cukup2 mkn jer tu..nasihat saya.kalo nak juga pohon prgram diploma.awak cuba apply kursus diploma yg lebih senang utk dpt kerja dan yg xbyk beza dgn diploma mikrobiologi seperti diploma teknologi makmal perubatan..saya rasa di UiTM pon ader kursus ni..sekurangnya..jika anda xmau lg sambung degree ke selepas ni..nak cari kerja terus..dgn diploma ni anda leh menjawat jawatan sebagai medical laboratory technologist atau penolong pegawai sains di sektor kerjaaan..dalam sukatan diploma teknologi makmal ni juga anda akan belajar juga subjek mikrobiologi,biokimia,biologi sel dan genetik dan mcm2 lg..leh la google sendiri..bukan sahaja uitm ader kursus ni..dalam papar 2 minggu lepas ader iklan utk diploma teknologi makmal perubatan dan diploma radiografi di pusat perubatan universiti malaya..why not try mohon yg ni..awk lepas syarat kelayakan tu..somoga anda berjaya

  15. shasha far scha

    salam ..sy nk tny adkh diploma di u dan poli utk smbung ijzah hnya 2 thun ?bgi jurusan akauntasi ….pointer tu kne bpe ekk pling2 skit ??

  16. Why users still use to read news papers when in this technological globe everything is available on net?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: