Selamat Tahun Baru 2011 dan Selamat Kembali ke Sekolah

Saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan guru dan pelajar-pelajar yang mengenali saya.

Kepada rakan-rakan sekerja, selamat menjalankan tugas esok. Eh, lupa pula, kitakan dah mula bertugas Jumaat lepas (31/12/2010) iaitu hadir mesyuarat pertama sesi persekolahan 2011.

Kepada semua pelajar, tak kiralah pelajar sekolah manapun, selamat kembali ke sekolah. Hadirlah dengan keazaman yang positif untuk belajar dan dibimbing oleh guru anda. Kami mengajar bukan hanya kerana ia tugas tetapi juga kerana ia dedikasi kami. Begitu juga pelajar, belajarlah bukan hanya kerana arahan ibu bapa tetapi kerana kamu mahukan peningkatan ilmu dalam diri, peningkatan kecekapan dan kebolehan dalam bidang akademik dan bidang-bidang lain.

Hanya dengan kehadiran kedua-dua belah pihak secara positif, dan melalui sokongan pihak ketiga iaitu ibu bapa pelajar (dan ahli PIBG tentunya), maka usaha mencipta kejayaan dalam pelbagai lapangan akan menjadi lebih baik, lebih mudah, dan lebih berkualiti.

Belajarlah kerana ia sememangnya khas untuk anda.

Advertisements

6 responses

  1. salam…nak tanya skit.
    syarat ke oversea kene ambik brpe subjek??
    kalu 9 subjek bleh tak??(sains tulen)(except EST)
    = bm, bi, sj, mt, mt+, kimia, bio, fizik, and pai…

  2. je95 :
    salam…nak tanya skit.
    syarat ke oversea kene ambik brpe subjek??
    kalu 9 subjek bleh tak??(sains tulen)(except EST)
    = bm, bi, sj, mt, mt+, kimia, bio, fizik, and pai…

    Ni nak ke oversea tahun 2011 kah? Kalau tak silap, pemohon tahun 2010 lepas (SPM 2009) yang memperoleh sekurang-kurangnya 9 A- (ini syarat minimum tau) boleh dipertimbangkan untuk tajaan belajar ke luar negara dalam PILN. Tetapi ada beberapa syarat dan juga garis panduan yang diguna pakai.

    Untuk memudahkan awak ini maklumat yang dipetik berkaitan dasar permohonan biasiswa utk PILN (maklumat ini anggaplah hanya sah untuk tahun 2010 sahaja – JPA berhak mengubahnya mengikut keperluan semasa)
    ————————
    Dasar Penajaan Program Ijazah Luar Negara Tahun 2010
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.

    Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.
    Penawaran PILN adalah berdasarkan 4 kategori seperti berikut:

    Kategori 1 – Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN.

    Kategori 2 – Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN

    Kategori 3 – Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.

    Kategori 4 – Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.
    Bagi PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan melepasi syarat minima dan layak di temuduga. Bilangan tersebut menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.

    Memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

  3. saya ni baru form 4..
    est jadi tak wajib la ambik
    utk ke oversea
    thanks…..

  4. je95 :
    saya ni baru form 4..
    est jadi tak wajib la ambik
    utk ke oversea
    thanks…..

    Ia subjek elektif sahaja sekarang, maka tak wajib.

  5. kalau mntak course sains tulen utk PILN lpas 2 ke mana arh tujuan kte??

  6. sha :
    kalau mntak course sains tulen utk PILN lpas 2 ke mana arh tujuan kte??

    Kalau dah dapat tawaran, maka awak akan lanjutkan pelajaran ke IPT luar negara yang ditetapkan. Kalau berjaya menamatkan pengajian, besar harapan negara anda kembali ke Malaysia dan mencipta kerjaya di sini. Semoga berjaya.

%d bloggers like this: