SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURUKU

Walaupun sifu seorang guru, tetapi sebagai anak bangsa yang pernah dibimbing oleh ramai guru, maka bersempena Hari Guru tahun ini, sifu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru sifu yang pernah mengajar sifu selama belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti serta Maktab Perguruan Gaya (KPLI).

Antara guru-guru dan pensyarah yang masih diingati nama mereka ialah (tanpa ikut urutan tertentu):

a. Cikgu Ayub, SRJK St. Catherina, Inanam (saya pernah ikut kereta ‘bettle – Volkswagen’ beliau ke sekolah semasa Darjah 1 lagi – kalau tak silap warna hijau)
b. Cikgu Zabidi, SBPS, Bukit Padang (guru Fizik saya-subjek yang diminati, juga kaunselor masa tu – saya dapat A2 dalam SPM, tapi A jugalah)
c. Datuk Sapawi, SBPS, BP (tidak mengajar saya, tetapi guru disiplin yang saya pernah ‘kena denda’)
d. Cikgu Bali, SBPS, BP (tidak mengajar saya, tapi pernah paksa kelas kami (T4) buat persembahan Hari Guru – tarian magunatip, bermulanya keberanian berada di atas pentas – mana tau pengalaman itu menjadikan saya guru serba boleh, juga guru geng main hoki sebelah petang, juga guru disiplin yang saya pernah ‘kena pelempang’ sebab bawa benda terlarang ke asrama – HEATER – mudah menjadi punca kebakaran)
e. Cikgu yahya, SK Tanjung Aru (guru pelbagai subjek masa tu – saya pandai menganyam ketupat masa darjah 5 kerana beliau – dalam kelas Seni Lukis)
f. Cikgu Norliah, Maktab Sabah (guru BM – yang paling saya ingat ialah kawan saya mengamuk dalam kelas dan cikgu ni cool je – tapi memang salah kami pun, ketawakan kawan tu masa sesi debat dalam subjek BM – maaf kawanku, kami memang salah masa tu)

g. Cikgu Abdul Halim, SBPS, BP (Penolong Kanan 1 dan coach pasukan ragbi sekolah – saya yang badan kecil ni pun dapat peluang wakil sekolah kerana beliau – membantu membina keyakinan diri dan keberanian)

h. Pn. Arfah Salleh, Pensyarah , FEP, UPM (tanpa sedar beliau menjadi pemangkin keyakinan diri bahawa bidang perakaunan adalah bidang paling sesuai dengan diri saya dan kalau beliau ajar- saya paling cepat faham)

i. Cikgu Zaaba, Maktab Sabah (guru perdagangan dan simpan kira masa dari T1-T3 (T1 Utara dan T2-3 Barat). Saya dapat A dalam subjek cikgu. Guru paling spontan, kami sekelas kerap belanja cikgu kami ni selepas rehat – segelas Coca-cola beli di Koperasi dan kuih. Saya cuba nak jadi guru dedikasi dan sporting seperti beliau, kalaulah dapat. Masa beliau sahaja, kami dapat kebenaran belajar sambil kunyah gula-gula dan seingat saya tiada yang gagal subjek ini)

j. Encik Abu Bakar, pensyarah, MPG, KPLI Akaun (mentor kelas kami batch 1999/2000, dia okay je dengan kami semua dan kami pun, sebagai bakal guru masa tu, tak buat punya)

k. Cikgu Gerard De Souza, Maktab Sabah (guru PJ, dan guru sukan yang selayaknya dihargai – saya ingat dia sebab dihensem kot, rambut agak ikal kerinting, hehehe)

l. Cikgu Mokhtar, SBPS, BP (guru matematik tambahan, best cikgu ni – kelakar, senyum dan membuatkan kita rasa bersalah sangat kalau gagal walaupun dia tak marah kita)

m. Cikgu Amin Senin, SBPS, BP (guru matematik moden, best cikgu ni – kelakar, warak, senyum, mulakan kelas dengan beri salam dan baca surah Al-Fatihah dan kalau tak silap Al-Asr sekali – memang subjek diminati – maka mudah sangat nak faham pengajaran beliau)

n. Cikgu Bakri Dani, SBPS BP (guru seni lukis (PSV) dan guru penasihat kelab seni lukis. Walaupun saya aliran sains tetapi saya suka melukis dan jadi ahli kelab. Antara guru yang membantu memberi peluang saya merealisasikan bakat seni lukis walaupun bukan untuk SPM-Oh ya, saya antara geng yang lukis mural di dewan besar SBP, 1986)

o. Semua guru-guru lain yang juga mengajar saya yang saya ingat wajahnya tapi terlupa nama; baik yang ramah, mahupun yang garang; guru subjek diminati mahupun guru subjek paling sukar diikuti; baik guru biasa mahupun pensyarah di IPT; pensyarah paling mudah dapat markah, mahupun pensyarah mustahil dapat A; anda semua tetap menyumbang kebaikan dalam diri ini.

Kepada guru-guru saya yang lain, minta maaf banyak-banyak sebab terlupa nama anda semua, tapi ketahuilah jasa anda tetap di dalam diri ini. Saya juga yakin Allah tak lupa jasa anda kepada saya dan telah/akan dibalas olehNya dalam bentuk yang paling INDAH, insyaallah.

Sebahagian dari diri anda menjadi sumber inspirasi dan dorongan untuk saya menjalankan tugas sebagai guru dengan sebaik mungkin dan sebaik Jiwa anda semua. Saya akan turut mendokong amanat kepada guru sehingga berjaya, seperti anda semua telah tunaikan amanat anda kepada insan seperti saya ini. Saya pasti rakan-rakan sekelas saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua. Anda membantu kami berjaya seperti sekarang ini.

TERIMA KASIH GURU-GURUKU. ANDA TELAH BERJAYA MEMBINA ANAK BANGSA BERJAYA DALAM DIRIKU. TERUSKAN USAHA DAN DEDIKASI ANDA. ADA RAMAI LAGI YANG MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA, WALAU MEREKA BELUM MENGETAHUINYA.

%d bloggers like this: