PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT KELAS PRINSIP PERAKAUNAN

Sifu akan mengadakan pertandingan Catur Bistari di kalangan pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan SPM yang saya sedang ajar. Jika berjaya, ia mungkin akan diteruskan untuk pelajar tingkatan enam ekonomi pula, tertakluk kepada keadaan di sekolah.

Memandangkan sifu tak tau menahu format pertandingan mahupun peraturan sebenar permainan Catur Bistari ini, maka sifu terpaksa ikut kepala sendiri. Sifu dah membaca panduan permainan berulang-ulang kali tapi masih ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh penerbit permainan itu sendiri. Saya dah tinggalkan mesej melalui lamanweb mereka tapi tak taulah sama ada mereka akan jawab atau tidak.

Setakat ini sistem yang akan dilaksanakan ialah 2 peringkat. Peringkat pertama, pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan. setiap kumpulan ada 5 orang pelajar perakaunan. Pemain yang mempunyai mata aset dan/atau mata amal tertinggi dalam kumpulan itu akan bermain dipusingan kedua dan terakhir. Ini bermakna dalam pusingan terakhir itu, 6 pemain akan bermain. pemain dengan kejayaan dan kekayaan tertinggi akan mendapat hadiah tajaan sifu sendiri. Taklah mahal sangat, tapi kira-kira harga sebuah kereta model buatan China jugalah. kalau dapat tajaan dari bos (pengetua), lagilah seronok. Mesti anak-anak murid suka punya.

Sifu terpaksa memendekkan acara pertandingan memandangkan sifu tidak mahu mencuri masa di sebelah petang dengan kerap. maka terpaksa menganjurkan pertandingan ala kalah-mati. Lagipun hanya ada satu board. Sifu akan menjadi banker kerana board tu hanya ada satu. Sifu beli sendiri permainan Catur Bistari itu Disember 2008 lepas kerana tertarik dengan konsep yang diketengahkan, bukannya menggunakan wang sekolah atau panitia.

Harap-harap dengan pendedahan dunia perniagaan melalui permainan board ini akan dapat membantu pelajar memahami selok belok perniagaan termasuklah pengurusan saham amanah dan saham mewah.

Kepada sesiapa yang membaca pos ini dan telah pernah melaluinya, iaitu mengikuti pertandingan Catur bistari di negeri atau IPTA/S anda, bolehlah kiranya membantu sifu dengan mengajar sifu format dan peraturan permainan Catur Bistari ini yang sebenarnya. Sehingga ke hari ini, sifu ikut kefahaman sendirilah.

NOTA :

Ada sesetengah pendapat dalam pelbagai blog yang mengatakan permainan Catur Bistari ni mirip CashFlow101. Namun begitu ada yang berpendapat CF101 lebih baik dari CB. Dari segi konsep, mungkin CB berteraskan hikmah bisnes ala Islamik. yalah siap ada mata amal, atau dalam realiti, kesanggupan membayar zakat dan dedekah. CF101 pula berteraskan kapitalisme. Cari kekayaan secara berterusan. Tetapi dalam konteks mengajar ekonomi dan prinsip perakaunan, saya tidak hairan jika CF101 adalah permainan yang paling sesuai untuk dibawa ke sekolah.

Apa-apapun, oleh kerana sifu hanya berjaya mendapatkan permainan ini secara langsung, dan CF101 belum dapat diperoleh, maka lebih baiklah sifu gunakan sahaja sumber yang terhad ini untuk mencapai matlamat pendidikan sifu, selain keseronokan bermain. ‘Tiada rotan, akar pun berguna juga’. Tapi jauh di sudut hati sifu, CB ni pun kualiti ‘rotan’ juga.

Sesiapa tahu di mana nak beli CF101 di K.K Sabah, beritahu sifu segera okay, sifu nak beli, kalau termampulah. Sedangkan monopoli pun tak terbeli…

5 responses

  1. Good information & keep ur good works!

  2. wah..saye ade main itu catur bistari..
    best..
    hee

  3. CF101…

    ade kekawan saya yang menganjurkan permainan itu… kata mereka amat bagus untuk mengetahui corak kehidupan seseorang … melalui itu, kita akan mengetahui bagaimana kita menghabiskan duit yang kita perolehi…

    Catur bistari ni..saya tidak pernah melihat secara dekat..malah baru mengetahui kegunaan permainan agak bersamaan dengan CF101…mungkin bagus juga…Versi malaysia…

    Apapun saya mencadangkan kepada semua cubalah versi permianan ni..Tidak kira lah CF101 ataupun CB…Cikgu cuma tahu serba sedikit mengenai CF101 sahaja…

    Oh ya… CF101 boleh dibeli secara online…say terlupa dah alamatweb dia..mungkin boleh dipohon bantuan pak google..

  4. catur ni best ar jgk….mmg menguji strategi korang….sy pn bru blajr game ni..

  5. tahniah pasukan dari ukm kerana menjuarai pertandingan petang tadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: