Tarikh baru peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM

Perubahan tarikh telah diumumkan di Putrajaya hari ini bagi semua peperiksaan awam kendalian LPM.

UPSR – tarikh baru 9, 10, dan 11 September 2008 [Muatturun Jadual Rasmi dari MOE/KPM-dah selesai];

PMR – tarikh baru 13, 14, 15, 16 dan 17 Oktober 2008 [Muatturun Jadual Rasmi PMR dari MOE/KPM];

SPM – tarikh baru 12 November hingga 6 Disember 2008 [Muatturun Jadual Rasmi SPM dari MOE/KPM];

SPMU – 24 dan 25 Jun 2008 (SPM Ulangan)-dah selesai;

STAM – tarikh baru 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober 2008 [Muatturun Jadual Rasmi STAM dari MOE/KPM];

STPM kekal iaitu 12 November hingga 4 Disember 2008 [Muatturun Jadual Rasmi STPM dari MOE/KPM].

NOTA : Semua maklumat di atas dikemas kini pada 21 September 2008.

Maklumat ini dipetik dari berita terkini Utusan Online.

Kemas kini, 22 Feb 2008 : Berita penuh Utusan Online di sini.

Kemas kini, 11 Mac 2008 : Takwim Peperiksaan oleh KPM di sini.

KEMAS KINI : TARIKH BARU DIUMUMKAN SEKIAN KALINYA DI SINI.

24 responses

  1. plik r..
    nape ujian pmr 2??
    smpai 15 hari jarak??
    nt bocor plak soalan kang..

  2. Ahaha, tulah sifu pun konfius. Tapi mungkin ada baiknya sebab subjek yang dilewatkan akan dapat diberi lebih penumpuan oleh pelajar dan guru. Dlm tempoh 2 minggu itu, sangat berguna untuk latih tubi intensif. Jelas dari situ, kerajaan ini mencuba mengurangkan risiko pelajar T3 ponteng sekolah selepas PMR sptmana dlm kenyataan akhbar semalam.

  3. bg cuti sahaja pd bdk2 T3 itu, abes cerita… hahah

  4. knape jark jauh sngt nnti bocor plak soalan….
    nape x trus je??

  5. hahaha…
    klu lgu ni kn best..
    bleh la stdy lma skit…

  6. knp jadi mcm nie??? Tinggal 2 hari lagi. Knp tak diteruskan pmr hingga 17 Oct.
    Kami dah book tiket kapal terbang pd 1/11 higga 6/11. Mcm mana kami nak buat.

  7. bodoh la. aku dah prepare mcm mcm dengan family aku utk bulan 11 ni.
    tp tgk apa yg jd? kenapa nak dianjakkan????????? tinggal dua hari saja.
    jgnlah menyusahkan org! tiket kapal terbang kami is not refundable laaa.
    pleasee la tukar blk tarikh PMR ni ke 13 , 14 , 15 , 16 dan 17 Oktober.
    lebih bagus murid tk stress.

  8. Babygirl dan Spongebob, sila maklumkan ibu bapa anda tentang perkara ini dan tunjukkan keratan akhbar Utusan kepada mereka. Jika dapat tulislah surat kepada kementerian secara langsung tentang perkara ini. Seperti juga anda ketahui, ianya di luar bidang kuasa guru-guru, hanya kementerian yang mempunyai kuasa mengubahnya.

    Apa-apapun, cepat-cepatlah berbuat sesuatu mengubah perancangan itu.

  9. ooooo….esok dh nk tau result…very excited….semoga semua pelajar SBP GOPENG,PERAK mendapat keputusan yang membanggakan………samekom

  10. ermm..
    ade khabar angin yg kate..
    bln 1o tu utk paper 2..
    n bln 11 utk paper 1..
    so..klu paper sains,math kene bace 2 kali la??
    sifu fhm x niE??
    mmg laa bleh tumpu lbh..
    tp jd makin stress pom ade rase..
    cmne pom kami redha r nga keputusan kpm..
    mereka ade kuasa!!!

  11. Hamba Allah (abdullah), benarlah tu, mungkin akan ada sesetengah pelajar akan merasai ketegangan atau stres.
    Inilah dilemanya, baik guru mahupun pelajar. Guru terpaksa menjawab bagi pihak KPM sedangkan rasional sebenar tidak pula kami ketahui melainkan apa yang telah dinyatakan di dalam media.
    Disebabkan segelintir buat hal, semua orang terasa bahangnya. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Akibat pelajar-pelajar ponteng tahun-tahun sebelumnya dipaparkan di media, pelajar tahun ini dan mungkin tahun seterusnya akan terasa kesannya.

    Sifu faham kata-kata abdullah. Tapi hal baca 2 kali tak timbul, kerana ulangkaji itu berterusan. Tapi mungkin sebab PMR diambil pelajar berumur 15 tahun yang belum melalui kesukaran di kelas menengah atas, maka pelajar pmr mgkn tak pasti bagaimana nak atur ulangkaji. Tapi tak apa, biar saja guru anda semua membantu menyusun strategi bagi pihak anda. Amacam? Lagipun ada 7 bulan lagi. Perubahan boleh berlaku bila-bila masa.

  12. ATIQUR RAHMAN

    ASSALAMUALAIKUM….MINTA MAAF , MENGGANGGU…SAYA LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM)…..SOALANNYA???…BOLEH TUNJUKKAN JALAN UNTUK SAYA MENDAPATKAN BANTUAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAAN SAYA KETAHAP LEBIH MATANG????DIMINTA TUAN EMPUNYA BADAN YANG MENJAWAB BOLEH KIRANYA UNTUK TUNJUKKAN JALAN MENDAPATKAN BANTUAN UNTUK DIRI SAYA??….TERIMA KASIH…WASSALAM..ILAL LIQA`..MAASSALAMAH…

  13. ATIQUR RAHMAN

    SAYA NAK SAMBUNG KE AL AZHAR MESIR…

  14. Maat atiqur, sifu kurang maklumat tentang kemasukan ke Uni Al-Azhar. Namun begitu, Atiqur bolehah merujuk secara langsung maklumat disedikan MOHE ini, http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_alAzhar-2008.pdf. Jika Atiqur maksudkan bantuan biasiswa, selalunya biasiswa ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Di samping itu, baitulmal negeri juga mempunyai kuota untuk membantu pelajar berkelayakan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan berkaitan agama kita. Silalah rujuk mereka seberapa segera untuk maklumat dan borang permohonan. Moga Allah mudahkan laluan Atiqur belajar dan berkerjaya dalam bidang yang bermanfaat kpd agama, bangsa dan negara.

  15. pleknye tahun nie punye tarikh peperksaan bagi pmr……yang bgsnye bdk f3 d pluang nk study lg kn..msti blh skor pnye la sbjk 2…spm pnye ok….this year ak plak spm….next year dah abih skul…

  16. tahun 2008…lambat sgt tarikh exam berakhir… pastu bertembung tarikh raya haji 8 dis.. krismas.. awal muharam.. semua tu ada majlisnya sendiri.. tak ada can lah nak buat family day.. atau holiday dgn anak2….

  17. Pak Malau,
    tarikh baru dah diumumkan berkaitan PMR dan ada perubahan tarikh. Sila rujuk link baru ini,
    https://sifu2b.wordpress.com/2008/04/03/tarikh-baru-peperiksaan-upsr-pmr-spm-spmu-dan-stam-2/

  18. Bagi jarak masa untuk pelajaran-pelajaran stpm n spm yang susah agar memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran dan mengelakkan pelajar agar tidak kelam-kabut.Contohnya pelajaran Sejarah dengan P.am,bagi jarak masa 3 ari;Kimia dan Fizik,bagi jarak masa 3 ari.

  19. knp mesti berpakaian sekolah semasa mengambil peperiksaan Pmr,tdk boleh guna baju lainkah??? k np tdk boleh bawa kawan ataupun boyfriend???Apasalah??

  20. Dalam Pmr adakah kertas ke-2 scince dan kertas ke-2 math dalam du bahasa iaitu dwibahasa????Knp kertas ke-2 math tdk boleh guna CACULATOR????Dah lah masa terlampau singkat,mcm mana mau bg siap kertas???

  21. Shirley,
    Sekarang lain, zaman dah berubah.*smile*

  22. UNTUK Jadual terbaru, sila layari lamanweb http://www.moe.gov.my. Jadual PMR, dan SPM telah dikeluarkan secara rasmi dan boleh dimuatturun sekarang.

  23. Knp???????Mesti menduduki Pmr,untuk apa dan knp????Setelah mendapat kuputusan,dimanakah km akan pergi,adakah sambung belajar ataupun berkeja????Bagaimana dan DiMaNa????Sorry,terlampau banyak soalan…TQ,dan semoga berjumpa lagi….Good luck for to you all PMR….

%d bloggers like this: