Templat Kertas Jawapan Prinsip Perakaunan SPM

Selalunya saya akan minta pelajar gunakan sahaja buku-buku jurnal, lejar dan buku tunai yang boleh dibeli di kedai. Namun begitu, saya juga menyediakan kertas yang mirip kertas jawapan rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bagi saya ianya penting untuk membiasakan pelajar dengan kertas tersebut, terutamanya bilangan baris kertas lejar, jurnal dan buku tunai itu tidak sama dengan buku akaun yang tersedia di pasaran. Saya menasihatkan pelajar saya untuk memastikan HANYA 3 akaun di dalam satu muka surat kertas lejar. Bukankah arahan itu lebih mudah pelajar fahami alasannya jika menggunakan kertas yang menyamai kertas jawapan sebenar LPM. kali ini saya menawarkannya kepada calon di luar sana, dengan perubahan seperti nama Lembaga Peperiksaan Malaysia ditukar kepada nama lain, untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan nama LPM.

So ini ketiga-tiga kertas akaun di dalam pdf. Kertas Jurnal (selalunya berwarna biru)|| Kertas Lejar (selalunya kertas putih)|| Kertas Buku Tunai (selalunya kertas hijau).

Diharapkan calon-calon SPM, terutamanya calon persendirian, akan dapat berlatih atau mengulangkaji soalan wajib itu dengan lebih berfokus lagi.

Buku Tunai (3 lajur) | Buku Tunai 2 lajur (digunakan dlm SPM sebenar) | Jurnal | Lejar (Buku tunai disediakan 3 lajur)

Kertas Lembaran Kerja (22 Sept 2007-saiz A4, tapi dlm peperiksaan saiz A3-besar!)

Advertisements

6 responses

  1. Blog yang bagus dan mungkin maklumat dari blog saya akan dapat membantu pelajar lepasan SPM ni…http://smartz.wordpress.com

  2. >>tlg bagikan paper akaun untuk saya stady b4 spm this year and give me the best tips about akaun paper

  3. Shah, kalau setakat modul ramalan bolehlah shah download klik “Pre-Exam Series Q&A” heading di atas. Cari modul 4 dan modul 5. Kalau nak soalan percubaan sekolah lain, klik “Soalan Rakan Sifu”.

  4. hi sifu, terima kasih kerana menyediakan templat-templat sebegini! namun, templat buku tunai tidak boleh digunakan kerana dalam peperiksaan spm, terdapat 3 column dalam belah debit (tidak termasuk folio) – diskaun, tunai & bank. Nampaknya sifu tertinggalkan column diskaun. Bolehkah sifu betulkannya? Susah hendak buat latihan kerana tiada column.

    Selain itu, boleh tak sifu kurangkan ketebalan garisan-garisan dalam semua templat tersebut? Susah hendak garis jawapan apabila membuat latihan. Harap sifu boleh balas ke email saya. Terima kasih! 😀

  5. Jamie,
    Sifu ada sediakan Buku Tunai 3 lajur dan 2 lajur. Sebelum SPM 2007, Buku Tunai yang disediakan adalah 2 lajur sahaja. Surprisingly, SPM 2007 lepas, Buku Tunai telah dikemaskini dan diagihkan dalam format 3 lajur. Alhamdulillah, nasib baik sifu memang dah sediakan format 3 lajur tu dan memang dah biasakan pelajar-pelajar sifu SPM 2007 lepas. Tentang ketebalan garisan tu, insyaallah, sifu akan buat format baru jika ada masa dan ruang.

    Selamat berjaya Jamie.

  6. Thanks for the ideas you are sharing on this blog site. Another thing I’d prefer to say is always that getting hold of copies of your credit score in order to look at accuracy of each detail is one first activity you have to conduct in credit restoration. You are looking to thoroughly clean your credit profile from detrimental details errors that screw up your credit score.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: