Anda Soal, Saya Jawab, Rakan Anda Jawab, Orang Lain Jawab

Okaylah, tajuk je dah merapu. Umumnya, post ini sengaja untuk mengumpul soalan-soalan spesifik tentang Prinsip Perakaunan, seperti tajuk-tajuk tertentu atau mengkhusus kepada urus niaga. Saya berharap sesiapa yang memasang komen di bahagian post ini akan menumpu kepada soalan sepesifik, dan saya juga berharap akan ada individu perihatin yang akan membantu saya menjawab persoalan-persoalan yang dicatat di sini.

Advertisements

82 responses

  1. cikgunaylie79

    Kalau mr sifu dapat emailkan saya set soalan midterm and final form 4 dapat saya jadikan panduan berkongsi dengan anakmurid…

  2. insyallah, akan saya lakukan.

  3. Norfaliza binti Mansor

    klau bleh sya nk mintak sifu tolong ajar saya dan bagitau sya mcm mana cara untuk mudah ingat apa yang diajar oleh cikgu dlm kelas.Sya klau dlm kelas memang susah nak faham,jadi sya harap sifu tolong sya ye..terima kasih.

  4. Norfaliza sekarang tingkatan berapa? Kepada pelajar yang baru terdedah dengan subjek ini sememangnya akan menghadapi kesukaran pada awal pembelajaran. Yang menariknya norfaliza, pelajar-pelajar seperti awak sebenarnya mempunyai kebolehan yang terpendam. Kebanyakan pelajar memikirkan bahawa PAK (Prinsip PErakaunan) susah. Pemikiran itu sendiri sudah menjadi penghalang kepada proses pemahaman adik. Langkah 1, ialah buangkan perasaan curiga, dan ketakutan mempelajari PAK. Jangan lagi mengatakan PAK susah, katakan begini, “subjek ini sememangnya mencabar, tetapi jika ramai orang boleh faham dan cemerlang, kenapa saya tidak boleh.” Langkah 2, ketika belajar jangan terlalu meletakkan kecenderungan untuk berfikir pada aras yang terlalu tinggi. Tau tak, sebenarnya kita tidak perlu menggunakan kapasiti otak kita terlalu tinggi ketika mempelajari PAK, tidak macam belajar Mat. Tambahan atau Fizik atau kimia atau Mat. itu sendiri. Langkah 3, selalu ingat bahawa asas pembelajaran bermula dari ASET, LIABILITI dan EKUITI PEMILIK. Mudah tau. Langkah 4, selalu ingat Buku Tunai, debit wang masuk atau wang bertambah, kredit, wang keluar atau wang berkurangan. Kenapa wang bertambah? Kerana perniagaan (anggap kedai kamu sendiri) menerima wang dari orang lain kerana jualan kamu atau kerana penghutang (orang yang berhutang dengan kamu) membuat pembayaran KEPADA kamu. Kenapar pula wang boleh berkurang? Kerana anda membayar kepada orang lain, selalunya kerana membeli barang, atau kerana kamu membayar pemiutang (orang lain yang anda berhutang dengannya). atau kerana kamu membayar gaji pekerja, bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, (kadar bayaran), atau kerana anda BERBELANJA untuk hal-hal tertentu. Ringkasnya INGAT BT, debit +, kredit -. Langkah 5, selalu ingat bahawa jika BT debit kerana wang masuk, mesti ada puncanya. Contoh, jika wang bertambah kerana kedai awak telah berjaya menjual barangan runcit (dipanggil barangniaga), maka dah pastinya wang masuk kedalam perniagaan, kamu terima wang. Puncanya? jual barang niaga, atau dalam akaun kita ringkaskan dengan perkataan JUALAN. Yang seronoknya dengan akaun ialah, sistem Bersilang, kalau dalam BT anda debitkan amaun RM100 contohnya, kamu mesti CIPTA satu akaun baru dalam LEJAR dengan nama AKAUN JUALAN, and guess what, catat di sebelah Kredit amaun yang sama, RM100. Itu cara mengingat.
    Selebihnya semua proses belajar sebenarnya masih mengekalkan kaedah catatan bergu.
    Untuk Mengingati FORMAT LAPORAN KEWANGAN, yang ini Norfaliza terpaksalah sacrifice masa dan usaha. HAFAL adalah kata terbaik yang boleh saya cadangkan. Salin semula Format Penyata Pendapatan satu persatu di atas sekeping kertas, kenal pasti bahagian-bahagian yang terentu, seperti Akaun Perdagangan, Akaun Untung-Rugi. Kemudian tampal di dinding di bilik sendiri atau dekat dengan cermin muka/almari (efektif kerana hari-hari bangun dah tentunya akan bersikat/berdandan di hadapan cermin). Berikan diri sendiri 2 – 4 minggu untuk menghafalnya. Harap ini dapat membantu.

  5. semeykom..sy nie baru ja msk dlm laman web nie tp sy dpt prhatikan lman web nie bgs untuk para pelajar..sy akan menduduki spm x lama lg..dan saya ambk jurusan perakaunan…sy nk tanya la..sy boleh nk ikut akuan nie tp masaalahnya formula kena ingat itu yg payah sangat 2….kn banyak formula yg perlu ingat…dah buat dah mcm2 cara nk ingat tp x b’kesan gak..cara apa yg bagus yer?? sy pun x taw la…dah la exam nk dekat dah….kalu hafal pun sat ingat yg nie..sat lupa 2 ish3..ntahlah…sebab apa pihak kementerian x sediakan formulae yer mcm math tam kalu x,senang la para pelajar..hehehhe
    anyway any idea please forwad 2 me..k
    priendz_90@yahoo.com

  6. Najihah, perakaunan tak banyak formulalah. Lagipun perakaunan SPM adalah langkah pertama ke bidang profesional, oleh itu kaedah dan pengisian pengajaran MESTI Mematuhi piawai perakaunan itu sendiri. Namun untuk SPM, Ting4 lebih banyak belajar simpan kira, Ting5 barulah awak mula memasuki bidang perakaunan. Tahutak awak belajar T4-T5 sebenarynya menyerupai 60-70% pengisian semasa sifue mengambil bidang bacelor perakaunan, untuk Sem1-Sem2. Oleh itu berbaloilah najihah belajar. Dalam bidang profesional, seperti juga jurutera atau kedoktoran, para pelajar atau pengamal dimestikan mengamalkan kaedah yang sama.
    Najihah tak boleh harapkan KPM atau LPM memberi formula contohnya formula dalam analisis kewangan, kerana formula itu adalah formula mutlak, maknanya jika LPM berikan secara terus, ia bermakna TELAH BERI JAWAPAN KEPADA PELAJAR. Penilaian peperiksaan semacam itu akan menyebabkan NILAI PEPERIKSAAN SPM terutamanya kertas Prinsip PErakaunan akan menjadi RENDAH ATAU TIDAK LAKU. Tahu tak, Prinsip PERakaunan SPM menghampiri silibus pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan profesional seperti LCCI (hampir je – kerana silibus SPM tidak menyeluruh bagi semua topik). Bayangkan jika awak berjaya memahirkan diri dalam PAK ini, awak telah menempuh langkah pertama dengan jayanya. Nasihat saya, belajar dengan bijak, SMART STUDY. Beri perhatian kepada konsep, kemahiran dan ‘corak’ yang wujud dalam semua proses mencatat ke Jurnal dan Lejar. Awk mesti akan tersedar bahawa walau apapun bentuk soalan, kaedah dan cara awak mencatat adalah sama. Contohnya, akaun belian tetap akan di sebelah debit tak kira jika ia adalah belian tunai atau belian kredit.
    Sifu sendiri selepas degree pernah bekerja di firma audit untuk beberapa bulan, pegawai akaun dan pegawai bank (pindah-pindah kerja supaya dapat balik kampung). Lepas tu jadi cikgu, so alhamdulillah sifu yakin dengan kata-kata sifu sendiri, bahawa level SPM masih mudah, dan jika pelajar belajar dengan bijak akan mudah memahami selok belok berjaya dalam PAK.

  7. nabilah say:
    salam.
    saya nabilah,pelajar form 4.saya tidak berapa minat akaun sebenarnya,tetapi telah tersasar dalam jurusan ini.bagaimana saya mahu meminatiya sepertimana saya meminati sejarah.saya juga amat mengharapkan ada rakan atau sifu yang memberi penerangan tentang palarasan dan imbangan duga.terima kasih.

  8. ade x formula penyata pendapatan ke… kunci kira2.. akaun perdagangan sesumwe tu la… sbb saye x dpt nk buat akaun tanpe formula tu.. kwn saye sume sdpt formula tu.. lgpon dah start cuti.. jd nk pjm kat sape saye pon x tau sbb sumenye dok jejauh..

  9. Toudou, tak de formula, cuma format penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Toudou boleh rujuk secara langsung dari buku teks T4 atau buku rujukan di pasaran. Harap toudou ada sekurang-kurangnya sebuah buku rujukan. Sifu cadangkan buku ulangkaji cepat (saiz kecil) boleh membantu disaat-saat akhir ini. Contohnya, terbitan cerdik atau Target A Sasbadi.

  10. askum..actlly sy amik akaun..but xtau nape susah bangat nk studynyer..time nk study je sure ngantuk la apela..ish xtau nk buat camner lagi..huhu hope sifu bleh tolong sy..plz..jz another 2 months or less 4 my spm

  11. asamkum…sifu sy nak contoh Akaun Perdagangan dan Pendapatan bagi tempoh berakhir…..& Akaun Pendapatan bagi tahun berakhir…& Akaun Pengilangan…Sila berikan cth.2 tersebut.Dan juga tolong berikan formula pengiraan a)Nisbah Untung Kasar b) Pusingan Ganti Stok c) Nisbah Untung Bersih d) Nisbah Ujian Asid. Sifu sila tunjuk ajar, Sy perlukan info ini utk lulus exam pengesahan penjawatan next week. Terima Kasih…Sila emailkan ke aziziraman@yahoo.com..seberapa segera.

  12. sifu, leh tak bagi soklan trial dari seluruh neg?

  13. Tak le shakirah, tapi shakira lawat aje malaysia-student.com. banyak kat situ.

  14. assalamualaikum…saya nk mntk tlg sgt kat sifu untk cari kan sy ckgu personal bg subjek prinsip akaun ini..sy berharap sgt2…sy sgt lemah subjek nie..hrp sifu akan bg respon secepat mngkn kpd sy..dh harap sifu dpt bantu sy sebagai rakyat malaysia…tlg sgt2..

  15. tlg la sy sifu..sy brhrp sgt sifu bley bntu sy…sy nk gak merasai dpt a1 dlm spm..

  16. Aliffikri, awak pelajar dari mana? Kepada mana-mana guru tuisyen yang berminat mengajar aliffikri bolehlah memaklumkannya kepada alif

  17. a’kum sifu . saya ni minat aliran akaun ni . tapi saya cuma konfius lagi dengan formula2 yg diberikan oleh guru . apa cara yg patut saya lakukan untuk memahirkan lagi ? saya dhla nk spm tahun ni .
    saya takut jikalau saya tdk smpt untuk menguasai PAK ini .
    alhamdullillah mrhk PAK saya mningkat sedikit demi sedikit apbila masuk ke ting5 ttp ianya msih di tahap yg TIDAK cemerlang dan memuaskan .
    hemph . apa yg patut saya lakukan ? tlong laa .

  18. Alia, Prinsip Perakaunan SPM tidak ada formula sepertimana matematik. Tetapi ia ada panduan perlaksanaan catatan bergu mengikut sifat-sifat akaun yang terbabit.

    Formula, kalau adapun untuk dihafal hanyalah di bahagian tafsiran kewangan, bab terkemudian.

    Alia, untuk cekap simpankira, alia harus berfikir dan peka dengan ciri-ciri atau sifat sesuatu akaun yang terlibat. Tahukah anda bahawa akaun-akaun belanja, apa saja nama dia, apabila perbelanjan berlaku akan didebitkan di dalam akaun berkenaan. Sebaliknya akaun-akaun hasil apabila hasil diperoleh, maka akaun hasil akan dikreditkan. Itu sahaja yang perlu Alia lakukan bagi akaun-akaun lain yang dikelaskan sebagai akaun aset, liabiliti atau ekuiti pemilik. Apabila alia dah menyemai mekanikal catatan bergu itu di dalam dada, tiada masalah lagi untuk meneka urus niaga yang sering ditanya. Sifu sendiri lebih menitikberatan aspek pembiasaan diri berbanding menghafal semata-mata.

    Nasihat sifu ialah buat semula latihan simpan kira iaitu S1 dlm Kertas 2. Kalau alia khuatir skema jawapan di buku tidak tepat, alia boleh juga menggunakan soalan percubaan MRSM bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 kerana sifu ada sediakan jawapannya di blog ini. Alhamdulillah, dari segi ketepatan jawapan, ianya semua betul. Begitu juga soalan percubaan dan siri soalan ramalan PES (link di atas) yang ada di blog ini, skema jawapan yang sifu sediakan telah disemak berulang kali dan insyaallah tiada masalah, ianya betul.

    Alia tak perlu tergesa-gesa nak memahami S2 hingga s6. Just look and familiarize yourself with Question no.1. Amacam, savvy?

  19. sifu, betul ke tahun ni ada sedikit perubahan utk soalan 2 iaitu penyata.. cikgu saya baru pergi ceramah baru2 ni die cakap perlu tunjukkan jalan kira utk terakru, terdahulu, PHT n susut nilai semua…

  20. Farhunt,
    Betulkah? Sifu pun tak tahu berkenaan hal itu. Jika sifu dah dimaklumkan secara rasmi barulah sifu boleh katakan ya atau tidak. Sifu belum lagi dipanggil untuk ceramah atau seminar.

  21. semua senang saja kawan2 tolong baca soalan boleh jawab punya.

  22. Thibavasanthan,
    Baguslah jika sikap positif itu diteruskan. Sememangnya soalan perakaunan pasti boleh dijawab mana-mana pelajar dengan betul. Terima kasih Thibavasanthan di atas lawatan ini.

  23. hai….sifu….
    saya nadia dari syarikat pembekal software ASSETBase yang telah dibekalkan ke sekolah2 di Malaysia.
    Sebenarnya saya meruapakan fasilitator bagi penggunaan ASSETBase. leh saya tahu sifu dr sekolah mana ye???
    sebb sy ader membaca blog di antara sifu dan noris. sifu dan noris menyatakan yang sekolah sifu belum dibekalkan dgn software ini….software ini memang dibangunkan oleh Dr. Arfah Salleh dr UPM.
    pengalaman kawan sy yang tidak mempunyai background perakaunan sekarang ni sudah boleh mengajar akaun. ini adalah bantuan dr penggunaan software ini.
    mungkin software ini juga boleh membantu pelajar2 sekolah di dalam menyelesaikan masalah mereka di dalam perakaunan.
    saya berterima kasih kerana dapat menyertai di dalam forum ini. at least sy tau serba sedikit masalah pelajar kita di malaysia ini.

  24. Nadia,
    Check your emel.
    Of course Assetbase boleh membantu, dengan syarat perkakasan komputer mencukupi, guru dan pelajar celik komputer, tahu asas penggunaan program dan guru yang menggunakannya juga menguasai ilmu. Serta pelajar dapat menggunakannya dalam tempoh masa sendiri. Dalam kes pelajar sekolah, melakukannya di rumah masing-masing lebih baik kerana lab sekolah tak dapat dibuka melainkan hari persekolahan. Malangnya setahu saya lesen ini tidak dipanjangkan kepada penggunaan pelajar di dalam rumah. Betulkan saya jika saya silap.

    Sememangnya menunggu peluang menggunakan AssetBase di sekolah. malangnya kebanyakan komputer di kebanyakans seklh (termasuk kami agaknya) dah lapuk dan bermasalah teknikal. Tapi yang itu tak bolehlah komen lanjut.

  25. apa yang sifu ckp tu betul….perisian hanya boleh digunakan di sekolah sahaja. mungkin cadangan sifu akan saya utarakan supaya pelajar dpt menggunakan perisian ini di rumah. semua kekangan yang sifu beritahu itu kami dh take note. KPM berjanji akan cuba menyediakan kelengkapan komputer jika perisian ini digunakan di sekolah. tp kita perlulah bersabar untuk mendapat yang terbaik.

  26. Petikan Akhbar : Apa komen Nadia ?

    Perisian Prinsip Perakaunan RM21,000?

    SAYA seorang bapa kepada seorang pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Saya juga merupakan seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah anak saya yang terletak di Kuala Lumpur.

    Saya terkejut apabila mendapat tahu sekolah anak saya dibekalkan satu perisian yang merupakan ‘alat bantu mengajar’ bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan dengan harga RM21,000 bagi sebuah sekolah. Alat ini dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.

    Saya terbaca dalam surat khabar yang menyebut terdapat 1,600 buah sekolah yang menawarkan subjek Prinsip Perakaunan.

    Sekiranya Kementerian Pelajaran telah membekalkan kepada 1,000 buah sekolah, ini bermakna kementerian telah pun membelanjakan RM21 juta dan jika 1,600 buah sekolah dibekalkan bermakna kerajaan berbelanja RM33.6 juta ‘wang rakyat’.

    Jika dibandingkan dengan perisian lain yang terdapat di pasaran yang lebih menjurus kepada pembelajaran Perakaunan yang berharga dalam lingkungan RM500 hingga RM1,000 dan ada juga yang diberi percuma kepada sekolah.

    Yang menjadi tanda tanya ialah mengapakah Kementerian Pelajaran memilih alat bantu mengajar untuk satu mata pelajaran yang bukan kritikal seperti Lukisan Kejuruteraan, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan?

    Pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam SPM adalah sangat baik sehingga ramai yang mendapat pangkat ‘A’. Mata pelajaran ini mudah dipelajari.

    Guru pula menggunakan cara pengajaran tersendiri dan menggunakan perisian lain yang terdapat di pasaran.

    Jadi kenapa perlu diadakan alat bantu mengajar yang tidak diguna pakai oleh guru-guru? Di samping itu, guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini selalu dipanggil untuk menambah baik perisian yang bernilai berjuta-juta ringgit ini.

    Saya juga tidak faham kenapa Kementerian Pelajaran memilih ‘unit kejuruteraan awam’ untuk mengendalikan projek perisian alat bantu mengajar ini dan bukan ‘unit perdagangan’.

    Adakah Prinsip Perakaunan satu mata pelajaran kejuruteraan?

    Saya juga menerima maklum balas daripada beberapa guru dari sekolah-sekolah lain dan semua memberitahu mereka tidak guna pakai alat tersebut kerana tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

    Hakikatnya guru-guru ini tidak berani menyuarakan bantahan terhadap penggunaan perisian tersebut, maklumlah mereka ini pegawai kerajaan.

    Soalan akhir, perlukah Kementerian Pelajaran membelanjakan wang yang begitu banyak untuk alat bantu yang tidak menjadi satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan?

    – IBU BAPA PRIHATIN,
    Kuala Lumpur.

  27. Habsah Mohd Ibrahim

    Asalamualaikum Sifu…

    Saya nak bertanya tentang topik perkongsian. Jika imbangan duga disediakan pada pertengahan tahun perakaunan… adakah semua syarat seperti faedah atas modal, faedah atas ambilan, elaun gaji dan juga bonus tahunan pekongsi di bahagi 2 untuk direkod ke dlm Akaun Pengasingan Untung Rugi? Mohon penjelasan….terima kasih.

  28. Habsah,
    Ya, pengiraan mesti mengikut tempoh masa sebenar. Jika hanya 6 bulan sedangkan kadar peratus faedah atas ambilan dan kadar peratus faedah atas modal itu dalam sebutan setahun maka pengiraan mestilah didarabkan dengan 6/12. Begitu juga elaun atau gaji jika maklumat diberi ialah gaji setahun maka kiraannya juga mesti didarabkan dgn 6/12.
    Harap maklum.

  29. Ok…terima kasih banyak sifu. Boleh saya tanya satu lagi soalan? Baru-baru ni saya ada ikut mesyuarat penataran spm 2008. Rasanya sifu pun ada dijemputkan. Fasilitator ada menyebut tentang soalan “Anchor”.Saya kurang faham tentang soalan anchor tu. Boleh tak sifu tolong jelaskan…hehe. Terima kasih.

  30. Habsah,
    sori, saya tidak langsung dijemput hadir ke taklimat sebegitu. Tak tahu dimana silapnya. Untuk pengetahuan Habsah, sejak menjadi guru Prinsip Perakaunan, saya tak pernah dipanggil kursus atau taklimat berkaitan subjek ini. Mungkin pihak SPA tak senaraikan saya sebagai guru akaun walaupun opsyen saya ialah perakaunan. Almaklum sebaik posting subjek diajar ialah Ekonomi Asas dan Perdagangan, sehingga tahun ke 2 barulah berpeluang ajar major sendiri. Saya pernah ikuti kursus utk subjek Ekonomi Asas sahaja suatu masa dahulu. Sedih ada, kecewa pun ada.
    Nasib baik ada rakan negeri lain yang sanggup berkongsi pengalaman dan idea, dapat juga maklumat terkini.
    Anyway, saya sendiri sedang menunggu maklumat lanjut sahih perkara itu. Harap-harap akan ada panggilan taklimat di KK pula. Hari tu di Sabah, taklimat di buat di Tawau, dan saya tidak dalam senarai panggilan.

  31. Sifu,

    Sedihnya…. Maaf kerana saya tidak tau perkara seperti itu terjadi pada sifu pula. Sedangkan di sini, guru yang baru saja mengajar tahun ini ada disenaraikan untuk ikut mesyuarat penataran walaupun belum ajar tingkatan 5 lagi. Sungguh tidak adil. Harap-harap sifu dipanggil untuk ikut serta kali ini, kerana ianya sangat penting. Ada sedikit perubahan dari segi peraturan pemarkahan untuk spm 2008. Anyway thanks a lot for your guidance.

  32. aslmkum,,sya skolah menengah teknik kerian perak menghadapi masalah. kami ketiadan guru,namun kami kerjasama dengan pengetua sklh,,tetapi gagal.pengetua sklh kami tidak mahu melaksanakan pengambilan guru luar.kami hampir 5 bulan tidak dapat meneruskan pembelajaran kami… kami harap…..sesiapa yang dapat membantu kami…atas disebabkan pentadbiran skolh lembap!!!!

  33. hai….hehehehehe.sya inigin bertanya betulkah skema jawapan spm nnt tidak sama dengan pembelajaran kami seperti dalam buku teks sklh?

  34. Azim,
    Betulkah? Kenapa ibu bapa anda tidak dimaklumkan supaya mereka boleh bertindak melalui PIBG mencari penyelesaian bersama pentadbir sekolah. Walaupun sifu guru, sifu faham bahawa ibu bapa dan guru mesti responsif terhadap masalah anak-anak. Persoalan skema jawapan, setakat yang sifu tahu tak, ada sedikti perubahan dari segi fokus soalan, tetapi kaedah pemeriksaan dan penentuan markah masih diguna pakai pendekatan sedia ada. Inilah ayat yang betul, bukannya skema berubah. Sebenarnya Azim, setiap tahun skema berubah kerana soalan lain-lain, tetapi pemarkahan dan penentuan markah masih serupa, setakat tahun 2007 yang lepas. Sifu sendiri masih menunggu maklumat rasmi tentang perkara ini. Sudah tentulah pemeriksa kertas akan tahu lebih awal berbanding guru seperti sifu ini.

  35. Assalamualaikum,

    saya ingin mendapatkan cara efektif belajar dalam kelas. Sila terangkan…………..

  36. Dan saya nak tanya pasal subjek prinsip perakaunan…..ada ianya senang untuk skor dalam peperiksaan dan berapa markah lulus dan markah yang mencapai A1 atau A2?????????

  37. Anis Afiqah,
    Petua mudah belajar dlm kelas ialah:
    1. diam atau senyap ketika guru menyampaikan pengajaran. kerjasama seluruh kelas penting dlm hal ini. Jika tidak, pelajar di belakang akan mengalami ‘gangguan’ komunikasi, justeru menyebabkan keterangan guru kurang difahami.
    2. Selalu sediakan minda dan perasaan utk ingin belajar dgn guru yg berada dihdpn. Jangan ada sedikitpun perasaan menidakkan, bosan, tanggapan negatif kpd org dihadapan. Actually, perkara ini jg mesti diamal dlm mana-mana majlis ilmu atau seminar, atau khutbah jumaat atau sebagainya. Perasaan negatif adl antara faktor pengganggu yg besar dlm perolehan maklumat sama ada secara lisan, atau visual.
    3. Bersedia membaca 1 atau 2 kali ttg topik yg bakal dipelajari dlm tempoh 24 jam sebelum ianya bermula. Ia akan membantu mana-mana pelajar (sklh/IPT/kolej) utk memfokus kpd pengajaran dan jika mampu menyoal akan menjadikan pembelajaran lebih menarik, bersifat 2 hala, dan meningkatkan intelektual pelajar.
    4. Rajin menyoal dgn soalan yg bernas. Berkaitan perkara 3 tadi.
    5. Bersedia menjawab soalan guru secara ikhlas, dan jangan mudahkan diri dgn bercakap ‘saya tak tau cikgu’. Mengalah sebelum bertempur adlh amalan biasa pelajar yg tidak membantu keseronakan belajar dlm kelas. Tapi ia berkaitan dgn perkara 1-2 di atas.
    6. Habiskan kerja rumah dlm tempoh masa yg diberi atau sesingkat boleh, kerana ia membantu anda menghadiri kelas seterusnya dlm keadaan lapang dada, tidak rasa malas, rasa bersalah, atau rasa benci dgn pengajar dihdpn.
    7. Selalu membayangkan jika anda ingin dihargai,anda juga mesti menghargai, Jika anda ingin dipercayai, anda juga mesti mempercayai. Jika anda ingin kefahaman dlm akademik, anda juga harus bersedia memahami pengajar dan rakan-rakan dan membantu rakan anda memahami topik yg sukar. Jika ini berlaku, anda akan menjadi pelajar bijak, disegani, dihormati, dihargai dan dipercayai. Trust me on this.

    Apakah markah lulus dan markah A? Terima sahaja ketentuan normal iaitu lulus 40% dan A dlm lingkungkan 80% ke atas.

  38. salm sifu…slps sy bc mengenai progrm matriulasi n dip., sy nekad nk masuk matrik.tp yg jdi masalah ni, sy x tahu bidang apa yg akan dtwrkan kat matrik dan step apa yg harus sy lalui after spm.hrp sifu boleh bantu sy…..

  39. Nur,
    matrikulasi HANYA ada dua jurusan, jurusan sains utk pelajar aliran sains tulen SPM dan jurusan perakaunan utk pelajar selain sains tulen. Ianya adalah program persediaan ke peringkat ijazah di IPTA, bukannya ke luar negara (Nur dah tau dah ni). Jika awk nak masuk ke jurusan sains maka anda mesti ambil dan cemerlang dlm SPm subjek sains tulen iaitu kimia, biologi,fizik. matematik tambahan. Pelajar bukan sains tulen pula mesti juga mengambil matematik tambahan DAN prinsip perakaunan untuk layak dipertimbangkan masuk. Lain-lains subjek adalah terserah kpd pelajar itu sendiri. Tapi yg pasti, janganlah berharapan besar jika Nur merancang setakat nak lulus 6C, kerana sejak beberapa tahun ini, pelajar yg ikuti program matrikulasi yg terpilih adlh dari kalangan pelajar yg cemerlang, terendah adalah gred 3B dlm subjek utama(setakat yg sifu perasan). Wlubgmnpun, subjek lain (teras dan elektif lain) juga mempengaruhi peluang ke matrikulasi. Nasihat sifu ialah pastikan anda dapat 2A ke atas, itu lebih baik bagi semua 10-11 subjek.

  40. askum sifu.sy form 5 tahun ni dan akan amek spm thn nie. sy bru jmp laman web nie.sy adelah student sc, tp bkn sc tulen. i drop the biology subject and change it with akaun.
    sy ada mslh nak jwab paper 2 akaun. saya x ckup masa dan tekejar2 nak jwb soalan.lg2 lar klaw buat soalan yg DOKUMEN dan IMBANGAN DUGE. klaw x seimbang, kiter kene knla pasti di mane silapnye. tp, masalh nye, x cukup mase. mcm mane sy nak handle mslah ini sifu.. dsbbkan mslah ini, result akaun sy pd mid year exam teruk. stkt C5. sy da ilang keyakinan utk ambil akaun utk spm nnt. hrp sifu bley bantu sy untk atasinye..

  41. Eira,
    Sifu beri petua ini, Eira muat turun soalan percubaan MARA 2007 atau dapatkan mana-mana soalan yg sifu ada sediakan jawapan lengkap (percubaan 2007-terengganu atau SPM 2007 sebenar. Eira juga mesti muatturun jawapan lengkap sifu dari blog ini. Kemudian, sifu mahu Eira jawab soalan 1 tu sambil melihat skema jawapan sifu. Ingat rujuk, bukan tiru. Eira mesti bijak main peranan, jawab mengikut urutan yg sepatutnya spt dalam exam, tetapi jawapan sifu Eira rujuk sekali, belek-belek mengikut urutan jawapan. Selalunya pelajar akan mulakan dgn catatan pembukaan dari makluamt diberi, kemudian membuat catatan BCP mengikut urutan dokumen, 1 hingga tamat. Selesai semua BCP barulah pelajar siapkan jawapan lejar pula, lepas tu baru Imbangan duga.
    Eirapun mesti gitu, fokus kpd jawapn sendiri, tapi boleh buka skema sifu utk boost confident, lepas tu tutp balik. Sambil buat mesti tanya diri sendiri, kenapa mesti, langkah ini kenapa saya lupa, oh begitu rupanya, dan beberapa patah perkataan lain yg sering membantu pelajar memahaminya. Selepas tamat semuanya, dan sepatutnya betul itu, Eira rehat 10 minit, dan lepas tu buat semula soalan yg sama, tetapi kali ini TANPA, sifu ulang, TANPA rujuk skema jawapan sifu. Semakan hanya dibuat selepas semuanya tamat. Jika Eira dapaat lakukan sebegitu (anggaplah berlakon) bagi mana-mana soalan, sifu yakin Eira akan dapat atasi masalah ketidaktepatan yg Eira lakukan selama ini. Sifu yakin dgn teknik ini kerana beberapa anak murid sifu, apabila dibimbing melakukan kaedah sebegini, berjaya meminimumkan kesilapan sehingga hanya kehilangan 2-3 markah berbanding 29 markah. Ada juga yg dapat perbaiki perstasi sehingga semuanya betul sentiasa. Cubalah, tetapi sifu nak minta maaf awal-awal jika teknik ini tidak memuaskan hati Eira. Al-maklum teknik ini memerlukan sifu berada disamping pelajar sebenarnya.

  42. hi , sy plajar STPM tahun ini .. sy nak further my studies in accountancy … tapi pilihan subjek saya BM , PP & akaun … i wonder whtr i can further my studies in accountancy … im realy interestg in accounting … so sifu can i continue in tat subject ???

  43. Krish,
    Since you didn’t take economics, than you have no other choice than to excel on your accounting in STPM. In order to achieve this, just make sure your gred will not be lower than B-. Competition is quite stiff, not only among STPM holder but also from matriculation students (accounting) and diploma in accountancy, and not to forget foundation level students. But I hope you can get B+ at least for accounting and PP. Good luck.

  44. saya tak reti pa pun pasal akaun,so macam mana nak ambil spm?????????

  45. Munirah,
    Masalah awak sebenar ialah apa? Awak pelajar aliran apa?

  46. sy ni xtu apa lgsg tntg akaun..skrg sy sdh form 5.ada tip x..yg lbh sng sy fhm..tlg la sy..

  47. mslh sy ialah sy ssah nk fham la….sy pljar aliran akaun

  48. masalah saya ialah saya ialah saya ni susah nak faham apa yang diajar..ntah apa-apa ntah,kejap debit,kejap kredit…..adussss ni yang susah ni…sekarang tinggal berapa bulan ja lagi…sabar je lah saya…hari-hari saya mengadapa subjek akaun ja,sekarang alhamdulliajj1 saya dah reti la ckit2,saya harap sifu dapat bagi tip kat saya macam mana saya nak skor subjek killer ni…

  49. Munirah,
    Kes awak ni memerlukan bimbingan intensif. Anda pelajar mana? Apa-apapun, Munirah cuba dulu dapatkan nota dari cikgusila.blogspot.com dan ikuti beberapa contoh soalan dari situ. Untuk lulus PAK, kebiasaannya guru akan menasihati pelajar untuk fokus kpd S1, dokumen sumber. Selepas itu soalan 2, penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Untuk itu sifu sarankan agar Munirah uji diri dahulu menggunakan Modul Latihan Kendiri Intensif tulisan sifu. Sebenarnya ia seumpama pelajar buat 2 atau 3 set soalan sekaligus. Jawapan belum dimuatnaik sebab pelajar sifu sedang menyelesaikan tugasan ini. Minggu akan datang (atau akan datang lagi) baru boleh dapatkan jawapan dari blog ini juga. Apa yang sifu nak munirah lakukan ialah gunakan soalan itu sebagai alasan berbincang dengan guru anda atau tutor anda (jika ada kelas tuisyen). Gunakan nota cikgu sila sebagai rujukan ketika menjawab soalan sifu itu. Insyaallah ia boleh membantu.

    Noor Ashyikin,
    Awak pun saya nasihatkan lakukan perkara sama seperti cadangan sifu kepada Munirah, kalau boleh. Setakat pengalaman sifu, modul ini membantu pelajar sifu dari lemah asas simpan kira kepada tahu dan mahir simpankira (tapi sememangnya sifu kerap berjumpa mereka).

    Tambahan : Jika anda pelajar di sekitar Putatan atau Papar (Sabah), sifu sedia membimbing anda berdua secaran intensif.

  50. ooooooooo….macam tu ke????terima kasih ye..sebenarnyakan sifu,bila saya buat apa-apa soalan akaun,kalau dapat jawapan saya la orang paling gembira sekali,macam nak runtuh kelas dibuatnya..hehehe..apa pun tima kasih bagi tau..tapikan sifu,kalau kita nak dapat 6c spm ni,kita kena skor soalan mana????

  51. Munirah,
    Sukar nak nasihatkan perkara itu BAGI SPM 2008, kerana tahun ini ada perubahan dari segi pemberian markah bagi soalan-soalan tertentu. Dengan andaian S1 dan S2 masih seperti SPM 2007 atau sebelumnya, sifu nasihatkan awak fokus kpd kemahiran S1 (kitaran perakaunan), S2-Penyediaan Penyata pendapatan dan kunci kira-kira perkongsian dan milikan tunggal. Jika markah tak diubah, maka awak ada peluang memperoleh 46+ (28 + 18), ditambah kertas 1 40markah, insyallah boleh capai 6C.
    Tapi Munirah kena ingat, nasihat sifu ini mungkin tidak betul lagi kerana SPM 2008 bermulanya perubahan ke arah peningkatan taraf subjek Prinsip Perakaunan.
    Oleh kerana munirah tak jawab orang mana, maknanya Munirah bukan tinggal di Sabah. Sori tak dapat bantu awak secara personal.

  52. la sory sifu,terlupa plak nak bagi tahu,saya orang kedah jelapang padi..hehehe mula-mula saya saja nak cuba,tapi tak sangka plak sifu balas..apa pun saya akan berusahalah setakat nak dapat 6c tu..saya ni palajar lemah jadi saya tak mau la target yang melebihi kemampuan saya..sifu ni mengajar form 5 juga ke??

  53. trma ksih sifu,bgaimanakah nk bg mdah sy mgingati format2 penyata pendapatan dan kunci kira2…sy pown org kedah jgak…alangkah bagusnya kalau sifu tggl di kedah…..sy rsau btl la tntg akaun ny….hati sy tak tenteram bla fikir tntg akaun ny…..

  54. Munirah,
    Tahun ini sifu balik ajar T4. Di sklh sifu, kami guru-guru akaun sepakat guna sistem pusingan. Last year anak murid sifu ada dua kelas, SPM 2007 yang sifu ajar sejak T4 lagi. So tahun ini sifu mula T4 , juga dua kelas, dan semua mereka adl bakal SPM 2009 yg akan sifu bimbing. Tapi sudah tentu sifu masih mengikuti perkembangan pelajar T5 dan membantu mana yg patut. Sasaran 6C tu sebenarnya MUDAH. Tumpu kpd dokumen sumber dan Penyata Pendapatan atau lembaran kerja. Utk makluman Munirah, sudah 3 tahun berturut-turut, penyata pendapatan dan kunci kira-kira perkongsian di soal utk S2.

    Noor Ashikin,
    Sifu tak tahu Ashikin jenis pelajar yg cam mana, penghafal atau ada kemahiran membayangkan sesuatu. tetapi ini tips sifu.

    Penyata Pendapatan

    A. SEMUA HASIL KENDALIAN – JUALAN

    B. SEMUA BELANJA KENDALIAN – SAW BEL SAK (STOK AWAL + KOS BELIAN – STOK AKHIR)

    C. = A – B => UNTUNG KASAR

    D. SEMUA HASIL LAIN

    E. SEMUA BELANJA LAIN

    F. = C + D – E => UNTUNG BERSIH

    KUNCI KIRA-KIRA

    ASET BUKAN SEMASA

    ASET SEMASA

    TOLAK : LIABILITI SEMASA

    = MODAL KERJA

    JUMLAH BESAR = xxxxx

    MESTI SAMA DGN

    EKUITI PEMILIK

    LIABILITI SEMASA

    JUMLAH BESAR = xxxxx

    Ini adalah tips ringkas yg sifu dedahkan kpd pelajar. Alhamdulillah, kebanyakannya jadi ingat kedudukan item-item yg perlu. Tetapi utk membolehkan Ashikin dapat yakin dgn kedudukan ini, mulakan dahulu dgn menyalin format PP dan KKK, berulang-ulang , sebaiknya minimum 3 kali. Tak perlu salin format yg dlm buku teks atau contoh yg berjela-jela itu. Sifu percaya dgn menyalin jawapan SPM (semua tahun jika boleh) yg berkaitan PP dan KKK, akan dapat membantu Ashikin mengingati format dan kedudukan item serta perkataan tambahan yg perlu ada. PERINGATAN. Dapatkan jawapan SPM yang telah benar-benar disemak oleh guru anda, kerana buku koleksi soalan SPM, ada jg yg tersilap cetak, dan kesilapan itu dicetak berulang-ulang setiap tahun. (tak sepatutnya berlaku).

    Semoga berjaya.

  55. apakah kepentingan pendapatn boleh guna…?

  56. Athirah,
    Ini soalan Perakaunan atau ekonomi ni?
    Pendapatan boleh guna secara umumnya adalah pendapatan selepas ditolak semua potongan wajib. Dengan kata lain ia adalah jumlah wang yang boleh dibelanjakan untuk pembelian barang-barang ekonomi.

  57. ckgu sy de soaln iaitu :Antr brikut,yg mnekh m’rpekn ksilapn komisen?(a)belian brg niaga didebitkn ke akaun belian shj.(b)blnja m’baiki mesin direkodkn dlm akaun mesin.(c)byrn sewa x direkodkn dlm mne-mne akaun.(d)jualan kpd Hassan x direkodkn dlm akun Hassan. lps ckgu bgitau jwpnnye,leh x ckgu trgkn skali npe jwpnnye tu..

  58. Gha,
    Jawapannya ialah (d_

    Jwpn A ialah kesilapan satu catatan
    jwpn B ialah kesilapan prinsip (salah mengkelasan akaun belanja dimasuk ke akaun aset)
    jwpn C ialah kesilapan ketinggalan satu urusniaga
    jwpn D ialah kesilapan komisen kerana jualan kredit sepatutnya dicatat ke akaun perorangan yang berkenaan. Oleh kerana jualan kredit itu tidak dicatat ke akaun hassan sedangkan jualan itu jelas kepadanya, maka ia dianggap kesilapan komisen.

  59. ohh..trima ksh ckg.B’mkne sy claplh cz sy jwb ‘B’.

  60. hello gha, saya rasa soalan tu takda jawapan la…. krana kesilapan komisen, kalau kita silap rekod akaun hassan dalam akaun hussin …. baru jelas silap komisen. tetapi kalu sebut tak rekod dalam akaun hassan … belum tentu lg itu kesilapan komisen, bleh jadi kesilapan prinsip jika dia rekod dalam akaun bank / apa2 ak yang bukan perorangan …hee.. itu pendapat saya aje.

  61. Mat jambu,
    Saya pun pada awalnya terkeliru. Kalau ikutkan seolah-olah ia adalah kesilapan ketinggalan. Tetapi ini soalan objektif dan dalam objektif kita boleh guna kaedah menjawab seperti cari 3 jawapan yang bukan maka dapatlah jawapan yang YA.

    Dari ayat soalan itu “jualan kpd Hassan x direkodkn dlm akun Hassan”, dan mengambilkira kebiasaan ayat dalam SPM, “x direkodkn dlm mne-mne akaun” yang menunjukkan perkara kesilapan ketinggalan satu urusniaga, maka jawapan selain dari yang BUKAN ialah jawapan D.

  62. saya setuju dengan sifu kerana kadang2 kita kena buat cara begitu untuk pilih jawapan yang betul dalam kertas objektif. guru saya juga ajar begitu. beliau beritahu dalam keadaan kita tak tahu langsung jawapan, jika semua jawapan dah tak betul tentu ada satu jawapan yang boleh guna akal logik. kalau kita asyik pusing2 cari jawapan mesti takde punya. baik guna cara sifu tadi. tapi harap guru yang buat soalan buatlah betul2. jangan ‘half way’ je. pelajar pun jadi keliru. sekarang pelajar yang ambil akaun dah pandai dari guru. mereka boleh detect kesalahan soalan itu dengan cepat. silap haribulan mereka minta mkh bonus dari guru. bagaimana pendapat sifu.

  63. sifu, merujuk kepada soalan munirah. guru saya ada beritahu untuk senang tulis format penyata PP dan KKK ialah dgn mengingati format T dulu. utk AUR sebelah kt mula dgn jualan dan sebelah dt mulakan dgn stok awal. andai pelajar sudah tahu kandungan AUR sebelah dt, jadi utk dapatkan bentuk penyata hanya buang tiang T tu dan letakkan jualan atas stok awal tadi dan tolak semua ke bwh. jadilah bentuk penyata. utk KKK pun macam tu juga . buang tiang T mula dgn ABS, AS dan tarik LS dari bawah utk tolak dgn AS (dptkan modal kerja) dan EP nanti akan ikut. dia selalu kata “letakkan jualan atas kepala stok awal utk format PP” dan “tarik LS dan EP letak bawah kaki ABS dan AS”.

  64. Shafiq,
    Benarlah kata anda dan benarlah kata guru anda. pelajar sekarang memang bijak, seperti juga zaman sifu, kami juga bijak. Bezanya ialah kami diajar untuk bersopan santun dengan ibu bapa dan guru-guru, tiga kelompok manusia yang diajar dalam Islam untuk dihargai dan dihormati. Kalau ada kesilapan dalam soalan dan jawapan guru, kami akan membuat pertanyaan dengan cara yang lebih baik sehingga keraguan kami terjawab. Dalam kes-kes tertentu, guru akan detect kesilapan soalan yang dipilih dan akan memberikan markah bonus walaupun kami tak minta.

    Untuk pengetahuan shafiq dan lain-lain, guru tak perlu beri markah bonus sebenarnya sebaliknya batalkan soalan yang salah itu dan hanya mengambil kira soalan yang sah.

    Contohnya soalan objektif 40 soalan. Jika 2 soalan ada kesilapan, maka batalkan 2 soalan tersebut dan pengiraan markah hanya mengambil kira 38 soalan. Jika pelajar betul 30 contohnya, maka kiraan peratusan markah ialah 30/38 x 100%. Ia lebih mematuhi matlamat proses penilaian pelajar berbanding dengan memberi markah bonus sewenang-wenangnya. Namun begitu, ia adalah pilihan guru, sama ada beri 1 markah percuma atau ikut apa yang sifu sebut tadi.

    Berkenaan dengan kaedah mengingat Format PP dan KKK itu, SIFU AMAT BERSETUJU. Nampak gayanya ada persamaan antara guru-guru di situ. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk membantu pelajar mengingati format. Tahniah sekali lagi kerana berkongsi dengan rakan-rakan di sini.

  65. besok akaun,so soalan 2 tajuk ape yang patut saya tumpukan lebih ek?

  66. cg markah minimum untuk dapat kn lcci berapa ek??
    taun ni soalan susah betul…
    dh hafal penyata pendapatn,kunci kira2,penyata penyesuian bank n perbubaran perkongsian tpi x keluar…aduh tension nye….

  67. sifu, soalan paper 2 spm ssh la utk soalan 2… byk sgt perubahannya.. sifu ada cadangan jwpn x?

  68. Jawapan kertas 1
    1B 2C 3B 4C 5D 6A 7B 8C 9A 10C 11B 12D 13D 14D 15B 16C 17A 18D 19A 20A 21D 22B 23B 24C 25C 26C 27B 28A 29D 30D 31A 32C 33B 34B 35C 36B 37A 38C 39C 40A

  69. thnx Eric, siapa ada jawapan ekonomi asas, science, perdagangan… sudi2 lah kongsi..

  70. Assalamualaikum..sya plaja form 4 and amk klss akaun.taun dpn sy amk spm..sy mmg mnt ngn subjek akaun..time ckgu sy aja..sya tmpu gle2..tp time pekse sy jd stres coz soaln die ssh sgt..sy cube tng,tp xleh..ble tgk sokln akaun jer sy jd runsing..camne agknye nak bg cool time jwp pekse??

  71. hi zahara, awk kena bykkan practice soalan2… cuba selalu jwb soalan tahun2 lps.. kalau dah biasa akan ok pnye

  72. thanks a lot zedin..sy akn try to do the best..

  73. TIME SY JWB SOALN YANG BERKAITAN DGN AKAUN UNTUNG RUGI,AKAUN PERDAGANGAN,DAN PENYATA PENDAPATAN,SYE SLALU TERSALAH LETAK DIANTARA DT DAN KT..BLEH X TOLONG SY MNYENARAIKAN AP YG PERLU LETAKKAN DI DT DAN KT BG SETIAP AKAUN??

  74. mcm mne nk wat pembubaran perkongsian.
    cikgu saya ajar cepat sangat la
    tak paham
    sbb dlm pembubaran 4 akaun kne wat skali
    ssh la
    sblm ni .cthnye lejar,lps 1 akaun baru wat akaun yg lain
    ni tak,smue kne wat skali
    fenin

  75. ASSALAMUALAIKUM…saya plajar spm 2008..mndapat result 9a 1b…b admath..sy phn mara piln..tp dtolak…sy nak tahu bleykah kta buat rayuan…mcmana carenyerr…sy tak tau la nk cr kt ner lg…

  76. Aimi,
    rayuan dibuat terus ke JPA bahagian yang menguruskan PILN.

    Ayied92,
    Sebenarnya apa yang guru awak lakukan adalah kaedah pengajaran perakaunan sebenar. perlu diingat akaun melibatkan CATATAN BERGU. Setiap urus niaga pasti melibatkan 2 akaun berlainan. Sifu sendiri ajar anak didik sifu seperti itu juga. Tak caya tanya diorang. Kaedah itu juga sememangnya dilakukan dalam kerjaya sebenar pegawai atau kerani akaun. tak caya, tanya diorang.
    Kaedah sifu bila membincangkan jawapan pembubaran perkongsian, ialah sediakan sekurang-kurangnya 5 ‘T’ di atas papan putih – Akaun realisasi, Akaun bank, Akaun Modal pekongsi 1, akaun Modal pekongsi 2, Akaun Pemiutang. Ketika menunjukkan langkah-langkah, WAJIB BAGI sifu untuk memberi jawapan DAN MELAKONKAN tindak tanduk pekerja akaun iaitu membuat CATATAN BERGU ke akaun berkaitan secara langsung; contoh Jual Aset dengan tunai RM……. Maka sifu mesti buat catatan kredit dalam Akaun realisasi dan debit dalam Akaun BANK. Pelajar harus lakukan perkara yang sama.
    jIKA PELAJAR BELAJAR AKAUN DENGAN KAEDAH SELESAIKAN SATU PERSATU, maka ditakuti:
    a. Pelajar bukan mahir akaun – tapi hafal akaun;
    b. Pelajar tidak dapat kaitkan lejar dalam kelas dengan lejar dalam kerja sebenar
    c. Sebarang kesilapan tidak dapat atau sukar dicamkan oleh pelajar kerana gagal menerima perkaitan akaun realisasi dengan bank, akaun bank dengan akaun modal pekongsi, akaun realisasi dengan akaun modal pekongsi dan sebagainya.
    d. Pelajar akaun yang tak ada kebolehan langsung utk membezakan subjek akaun dengan subjek sejarah atau BM atau subjek lain. Akaun guna skil matematik tapi ia bukan matematik.

    Dalam Akaun, pelajar boleh gunakan kesempatan dengan menjawab secara serentak dalam akaun-akaun terlibat tanpa perlu terikut-ikut dengan langkah menyedia jawapan matematik atau matematik tambahan. Akaun akan lebih mudah dengan kaedah itu.

    macamana nak belajar? Hmm, pastikan anda faham dan mahir sediakan akaun realisasi, akaun bank, akaun modal pekongsi dan akaun pemiutang – GERENTI BETUL PUNYA. Cubalah jawab soalan sekaligus 5-5 akaun dan anda akan terperasan selepas 3-4 kali, adanya NOMBOR-NOMBOR MAGIC. Awak akan faham apa yang sifu sebut selepas buat latihan 3-4 kali. Senang subjek pembubaran perkongsian ini.

  77. salam…..urm…sifu tak de ke skema pemarkahan untuk matapelajaran sains tulen.. saya suka baca skema sambil tengok soalan… tak pun sifu bagi je laman web untuk dapatkan skema tu..plezz..

  78. ape maksud utiliti??

  79. Hi. Boleh tolong saya? Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan kesilapan dalam proses perakaunan? Then, jawapan tu mesti dalam manual accounting and computerized accounting. Pls help. Binggung sangat dah ni. Google dlm seminggu still x jumpa.

  80. Hi. Saya nak minta tolong macam mana nak elakkan atau kurangkan kesalahan dalam proses perakunan. Jawapan tu mesti dalam manual accounting and computerized accounting. Almost a week saya google still x dapat. Really urgent. Pls help 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: