Arkib

Posts Tagged ‘Sijil LCCI’

Makna Gred LCCI dalam Slip Keputusan SPM 2008

Mac 21, 2009 93 comments

Sifu dapat mencari sedikit maklumat berkaitan dengan maksud gred LCCI yang tertera dalam Slip Keputusan SPM 2008.

Sumber sebenar : kenyataan Akhbar LCCI Asia bertarikh 12 Mei 2009 (salinan dalam format fail PDF).

Di sini, sifu ringkaskan dan terjemahkan untuk kemudahan pelajar

Kelayakan untuk SIjil LCCI dinyatakan sejelas-jelasnya melalui kod yang disediakan dalam lajur LCCI dalam slip keputusan SPM.

Kod

Gred

Anugerah boleh dituntut

1

Lulus dengan Cemerlang

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

2

Lulus dengan Kepujian

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

3

Lulus

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

4

Lulus dengan Cemerlang

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

5

Lulus dengan Kepujian

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

6

Lulus

Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

Mana-mana pelajar yang ingin memohon mendapatkan sijil masing-masing hendaklah menyerahkan permohonan mereka melalui sekolah masing-masing dalam tempoh 1 bulan selepas keputusan SPM dikeluarkan. Selepas tempoh 1 bulan tersebut, iaitu mulai 12 April 2009 dan seterusnya, pelajar-pelajar masih boleh menyerahkan permohonan mereka secara terus ke pejabat LCCI International Qualifications Malaysia atau Pusat-pusat Latihan LCCI yang disahkan sepertimana tersenarai dalam edaran atau dalam laman sesawang LCCI (www.lcciasia.com)

Gitulah lebih kurang petikan kenyataan akhbar yang sifu terjemahkan.

Kelayakan kod 4, 5 dan 6 ada kena mengena dengan syarat kelulusan English 1119. Jika anda tak capai gred sepatutnya dalam BI, maka anda cuma layak Sijil tahap 2 dengan kenyataan tambahan dalam kurungan itu.

Melalui blog CIkgu Narzuki, http://perakaunan.wordpress.com, JPN Kelantan telah pun mengambil usaha mengumpulkan senarai nama pelajar yang inginkan sijil LCCI tersebut berserta yuran RM25 setiap seorang. Pelajar SPM negeri Kelantan bolehlah rujuk blog Cikgu Narzuki tentang hal tersebut.

Sifu belum maklum JPN lain-lain bagaimana arahannya. Apa-apapun sifu harap, semuanya berjalan lancar.

Pelajar ambil akaun SPM dapat 2 sijil

Jun 26, 2007 100 comments

Ada menonton berita semalam? Berita baik untuk pelajar-pelajar Perakaunan SPM, mulai tahun hadapan, calon SPM yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM berpeluang diktiraf badan profesional.

Berikut adalah petikan dari Berita Harian (26 Jun 2007)

SEPANG: Pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan berpeluang memperoleh sijil tambahan diiktiraf badan profesional tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan apabila program ‘dua pensijilan’ diperkenalkan mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sijil tambahan dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) itu akan memberi kelebihan kepada pelajar yang sudah memiliki kemahiran asas dalam bidang perakaunan, bersaing dalam pasaran pekerjaan.

“Program ‘dua pensijilan’ ini membolehkan pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan memilih untuk mendapatkan sijil tambahan daripada satu atau kedua-dua badan terbabit iaitu ACCA dan LCCI sekiranya mereka mencapai tahap gred SPM dan Bahasa Inggeris yang ditetapkan tanpa menduduki peperiksaan tambahan.

Berita lanjut di sini. (Link baru-24042008-link lama, Berita Harian sudah tak aktif)

Apa pandangan anda?

Categories: Umum Label:
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers