Sifu Anda Menulis

Sifu Prinsip Perakaunan SPM

Kiriman dengan Label ‘Prinsip Perakaunan’

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2008

DIkirim oleh sifu2b di Ogos 22, 2008

Berdasarkan jadual rasmi SPM 2008 yang telah diterbitkan di lamanweb Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem. Pelajaran Malaysia, didapati kertas 3756 dijadualkan dalam hari yang sama.

Berikut adalah petikan jadual SPM 2008 (setakat pembacaan sifu pada 22 Ogos 2008)

Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 2 – Isnin, 1 Disember 2008 – 8:00 hingga 10:30 pagi (2 jam 30 minit)

Kertas Prinsip Perakaunan Kertas 1 – Isnin, 1 Disember 2008 – 11:10 hingga 12:25 tengah hari (1 jam 15 minit)

Kepada sifu, jadual ini kira munasabah juga. Bagi pelajar khusus dalam kelas perakaunan, mereka mungkin memperoleh 4-5 hari tanpa peperiksaan yang digunakan utk mengulang kaji kali terakhir, atau sifu kerap panggil latihan “pemanasan badan dan minda.” Kepada calon kelas aliran Sains yg juga mengambil EST maka julat masa itu dalam 3 hari selepas EST.

Anda boleh muat turun jadual SPM 2008 di alamat dengan mengklik dan save link ini.

SEMOGA BERJAYA

Dikirim dalam Umum, spm | Tagged: , , , , , | 28 Komen »

Keputusan SPM dan STAM pada 12 Mac 2008

DIkirim oleh sifu2b di Mac 3, 2008

AMARAN : INI ADALAH ARTIKEL TULISAN TAHUN 2008!!! TAK CAYA? BACA TAJUK

Berita terkini, keputusan SPM dan STAM akan diumumkan pada 12 Mac 2008, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Oleh itu semua pelajar SPM dan STAM bersedialah dan bergembiralah dengan keputusan yang bakal diketahui. Sifu sendiri bagaimana? Sudah tentu mengharapkan kejayaan anak didik dalam subjek Prinsip Perakaunan. Mudah-mudahan usaha 2 tahun mereka dapat diraih dengan jayanya. Amiin.

Petikan berita seperti berikut:

KUALA LUMPUR 3 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 akan diumumkan pada 12 Mac ini bermula pukul 10 pagi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom memberitahu, calon persendirian boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui pos yang akan dihantar oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing.

Katanya, seramai 439,255 pelajar menduduki SPM di 3,913 buah pusat peperiksaan pada 12 November hingga 6 Disember tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 386,265 atau 87.9 peratus adalah pelajar sekolah kementerian pelajaran dan 14,672 atau 3.4 peratus adalah pelajar sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu…

Berita penuh di Utusan Online di sini.

Dikirim dalam Prinsip Perakaunan, Umum, spm | Tagged: , | 63 Komen »

Prinsip Perakaunan

DIkirim oleh sifu2b di Februari 21, 2008

Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat pada asasnya memberi peluang kepada pelajar mempelajari simpan kira. Bersesuaian dengan keperluan industri, pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan empat diandaikan mampu menyediakan akaun-akaun di dalam buku catatan pertama, diposkan ke lejar, membuat beberapa pelarasan rutin tahunan, dan menyediakan laporan kewangan. Jika para pelajar menghayati proses pembelajaran dalam tingkatan empat, tidak mustahil pelajar ini mampu menjadi kerani akaun yang cekap.

Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima pula tertumpu kepada beberapa kemahiran asas berkaitan dengan perakaunan kewangan. Sebagai contoh belanjawan tunai didedahkan dalam tahun ini. Selain dari itu, pelajar juga didedahkan penyediaan akaun perniagaan perkongsian. Ini membolehkan pelajar, jika bekerja kelak, dapat memahami tugas mereka sebagai kerani atau pembantu pegawai akaun dengan lebih baik lagi dalam perniagaan perkongsian seperti firma guaman, firma perniagaan lain, dan sebagainya. Walaupun pendedahan tentang kemahiran itu tidaklah diberikan sepenuhnya berbanding jika pelajar mengambil LCCI secara langsung, tetapi sifu percaya ianya memadai bagi pekerja baru itu membiasakan diri dengan kerjaya berkaitan perakaunan.

Oleh itu, sifu ingin mengajak pelajar-pelajar yang sedang berada di sekolah dan mengambil subjek ini sebagai mata pelajaran elektif pilihan mereka, belajarlah prinsip perakaunan dengan jiwa terbuka, seronok, peka, rajin melakukan latih tubi dan semua nilai-nilai positif pelajar. Prinsip perakaunan bukan hanya sebagai satu mata pelajaran, tetapi ia juga satu kemahiran langsung yang diajar di sekolah secara percuma.

Pembelajaran yang seronok boleh dicipta sendiri oleh pelajar, atau bersama-sama dengan rakan dan guru anda sendiri. Sesiapa yang melawati blog prinsip perakaunan ini sudah tentu mempunyai keazaman yang setanding dengan wawasan diri kalian. Ia seumpama projek elearning atau epembelajaran (e-pembelajaran).

Kepada bakal calon SPM 2008, ketahuilah penguasaan kemahiran dalam tingkatan empat sangat relevan dan anda masih perlu menguasainya. Selamat maju jaya.

Dikirim dalam Prinsip Perakaunan, akaun, prinsip akaun, spm | Tagged: , , , , | 32 Komen »

Cadangan Jawapan Prinsip Perakaunan SPM 2007

DIkirim oleh sifu2b di Februari 14, 2008

Skema Pemarkahan Tak Rasmi Prinsip Perakaunan SPM 2007 (Accounting Principles unofficial SPM marking schemes of 2007)

Mungkin ramai tak perasan kewujudan pos terdahulu. Lebih 1000 muatturun untuk cadangan jawapan soalan percubaan MRSM 2007, tetapi hanya kurang 100 muatturun cadangan jawapan SPM sebenar. Mungkin sebab ia dah jauh tertinggal. Oleh itu sifu ambil kesempatan menyebutkannya semula.

Jika anda mencari-cari jawapan ‘tak rasmi’ prinsip perakaunan SPM tahun 2007, sila MUATTURUN melalui pos ini. Ia dibuat sejak 30 November 2007 lagi. Siapa yang patut mendapatkannya? Mungkin pelajar tingkatan lima sekarang yang sudah membeli koleksi soalan SPM 2006 yang lepas. Daripada membeli set baru, lebih baik anda dapatkan soalan asli dari bekas pelajar 2007 dan muatturun cadangan jawapan sifu dari blog ini. Rakan guru pun sudah tentu boleh, tapi minta maaf banyak-banyak jika jawapan saya tidak mencapai ekpektasi rakan-rakan semua. Al-maklum, perkara ‘tak rasmi’ dah tentu tak akan menepati skema pemarkahan SPM sebenar. Jawapan yang disediakan saya yakin tepat, tetapi kaedah mengagih markah mungkin berbeza, saya tak tau.

Okay, diharap pos kedua ini lebih membantu pencarian anda semua

Dikirim dalam Prinsip Perakaunan, bank soalan, prinsip akaun, skema jawapan, spm | Tagged: , , , , , , | 3 Komen »

Syarat Masuk Ijazah Perakaunan di IPTA

DIkirim oleh sifu2b di Februari 7, 2008

Nak tau apakah subjek terpenting dan gred sesuai untuk memohon masuk ke IPTA dalam bidang Perakaunan? Anda pelajar lepasan STPM atau Diploma atau STAM atau matrikulasi? Di sini dipermudahkan pencarian anda.

Pelajar lepasan SPM juga boleh menggunakan maklumat ini untuk merancang perjalanan hidup anda seterusnya. Sekurang-kurangnya anda dapat mengetahui laluan mana yang ingin diambil, masuk ke tingkatan enam, terus ke matrikulasi atau melanjutkan pelajaran ke program diploma di IPTA/S termasuk politeknik di seluruh negara yang diiktiraf.

Di sini jawapannya. (Telah dikemaskini dengan kelayakan Matrikulasi dan STAM)

Dikirim dalam Umum | Tagged: , , , , , , , | 245 Komen »

Mencipta Minat belajar Prinsip Perakaunan SPM

DIkirim oleh sifu2b di Februari 3, 2008

Adakah anda dipaksa belajar Prinsip Perakaunan (PAK)? Ada pelajar cemerlang dalam PMR? Jika kedua-dua jawapannya YA, maka anda rugi! Pelajar cemerlang PMR sudah tentu diberi peluang untuk menjadi lebih cemerlang. Seperti norma pendidikan sedia ada, pelajar cemerlang akan ditawarkan masuk ke kelas sains tulen, seterusnya ditawarkan masuk ke kelas sastera ikhtisas di mana PAK adalah salah satu subjek yang ditawarkan untuk SPM, dan begitulah seterusnya. Anda masih rasa dipaksa? Okaylah, memang dipaksa, sama seperti pelajar lain pun, contohnya pelajar aliran sains tulen. Mereka juga dipaksa belajar subjek yang susah. Lagipun ramai orang boleh cemerlang dalam SPM pun walaupun tak ambil subjek killer. Ini tidak, anda dibebankan dengan subjek sukar sehingga dirasakan ‘tak adil’ kerana anda terpaksa belajar lebih keras berbanding pelajar bukan aliran sains tulen dan sastera ikhtisas.

Ops, nanti dulu. Anda sebenarnya tidak rugi, tidak dibebankan, malah sebaliknya. Anda adalah golongan yang dirasakan bijak dan mampu menguasai subjek susah. Saya pasti anda tahu kemampuan anda itu. Ya anda sememangnya mempunyai kemahiran belajar, atau daya ingatan yang kuat, atau penumpuan yang tinggi, atau kesemuanya sekali. Sebab itu, anda berjaya mengharungi PMR dengan jujur dan meraih kejayaan yang terpuji. So, salahkah pihak sekolah mengiktiraf anda sebagai kumpulan bijak dan mampu menempuh subjek killer?

Malah, anda seharusnya berasa berbangga dengan pengiktirafan ini. Tinggal lagi sekarang bagaimana anda mengatasi ‘kekejutan budaya’ memasuki tingkatan empat. Jika dipaksapun, gunakan peluang ini kerana ia adalah antara peluang terbaik untuk anda. Gantikan perasaan dipaksa dengan perasaan ingin belajar benda baru.

Mana ada budak yang sejak lahir dah tahu bagaimana menunggang basikal. Semuanya melalui proses pembelajaran yang berterusan, tetapi bermula dengan keberanian dan kerelaan. Kebanyakan kanak-kanak yang kini mahir berbasikal dahulunya dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk mencuba. Ada yang berani ada yang penakut. Itu sudah lumrah alam. Percubaan pertama jatuh, tak dapat imbangkan diri. Nak quit? Tak boleh, ibu bapa yang prihatin akan merangsang anaknya untuk terus mencuba. Lama-kelamaan akan bertambah pandai. Kisah selanjutnya, anda dah boleh agak dah.

Sama seperti belajar PAK, sememangnya dipaksa diperingkat awal. Tapi jangan jadikan ia alasan tak nak belajar. Kami guru menawarkan kepada anda pengalaman yang berguna. Tak faham, nanti guru marah. Laa, memanglah tak faham, dah inilah pertama kali pelajar akan belajar PAK. Tak pernah kita ajar pelajar sedari Tingkatan Satu. Inilah pertama kali, so kalau tak faham tu perkara biasa. Jadi macam mana nak atasi perasaan dipaksa?

Cipta MINAT awak.

M=Main peranan I=Intelek N=Nasihat A=Akur T=Teknik

  1. Main peranan sebagai pelajar baik, jujur dan sopan santun. Belajar dan patuhi ajaran dan nasihat guru seperti juga anda belajar subjek lain. Lupakan perasaan dipaksa.
  2. Intelek awak adalah kunci kejayaan subjek ini, insyaallah. Gunakan kepandaian awak, bukannya perasaan amarah awak. Anggap saya intelek anda perlu dikembangkan dan dicabar dari semasa ke semasa.
  3. Nasihat dicari dari guru-guru pakar seperti guru kaunseling, guru mengajar dan ibu bapa sendiri, terutama kaitannya dengan kerjaya masa depan. Tahu tak, perakaunan adalah salah satu bidang profesional tertua di dunia?
  4. Akur kepada disiplin dalam perakaunan. Teknik mudah catatan bergu adalah disiplin. Catatan debit dan kredit adalah disiplin. Semuanya peraturan yang dipakai di seluruh dunia, lebih baik jangan dibantah. Ajar diri supaya akur kepada ketetapan ini, selebihnya menjadi lebih mudah dan menjadi logik.
  5. Teknik belajar yang betul hendaklah diteruskan, dan mungkin dengan sedikit pengubahsuaian yang perlu. Ingat cara dan tempoh masa belajar BM tak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar Matematik. Juga tidak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar bagi subjek Prinsip Perakaunan ini.

Last sekali, minat sebenar awak, rangsangkan dengan pelbagai cara yang boleh, sama ada melalui pergaulan sihat dengan guru mengajar dan rakan sebaya yang juga ‘enjoy’ belajar PAK. Sifu dah tau apa bezanya ’seronok belajar’ dengan ‘minat belajar’. Anda pun akan tau kelak.

Kesimpulannya, cipta minat untuk belajar Prinsip Perakaunan. Awak takkan kerugian mempelajarinya. Minat adalah pemula kepada keseronokan belajar dan satu dari langkah mencipta kecemerlangan akademik buat diri anda sendiri. Minat umpama gula di dalam minuman. Tanpa gula, manalah manisnya sirap ros di atas meja anda itu. Jika anda tidak mahu rugi seperti sifu sebut sebelum ini, jangan biarkan anda ‘dipaksa’, jadikan anda pelajar ‘berminat’ dan cemerlang!

I know you can do it!

Dikirim dalam Tips & Trick, sifu, spm | Tagged: , , , | 6 Komen »

Cadangan Jawapan Tak Rasmi PAK2007

DIkirim oleh sifu2b di November 30, 2007

Nak jawapan prinsip perakaunan SPM 2007 yang baru lepas. Jika nak download, sila klik di sini untuk versi 3 (ubah agihan mkh shj, jawapan tiada perubahan). Terima kasih Cg Lama di atas komen ttg pemarkahan. Pastikan script aktif.

Diandaikan setelah memuatturun fail, anda semua mengakuri syarat dalam BACADULU-penafian.txt.

Bila dah semak, bolehlah komen atau beri pandangan, atau post-mortem di ruangan komen disini. Mana tau komen anda boleh dijadikan panduan dan ikhtibar kepada pelajar calon PAK tahun depan pula.

Dikirim dalam bank soalan, skema jawapan | Tagged: , , , , , | 39 Komen »

Pre-Exam Series – Modul 6 Edisi Khas Soalan Laporan Kewangan

DIkirim oleh sifu2b di Oktober 9, 2007

Memberi respons cadangan Cikgu Hamidon, saya menyediakan modul 6 ini di sini untuk kemudahan guru dan pelajar menguji diri dengan soalan-soalan yang sering dan mungkin di tanya sebagai soalan no.2 dalam Kertas 2. Untuk makluman pelajar, soalan 2 adalah soalan yang menjanjikan perolehan markah kedua tertinggi di dalam kertas 2. Selain dari lembaran kerja, soalan 2 juga mungkin dalam bentuk laporan kewangan iaitu penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Sila muatturun modul 6 (prebiu) seberapa segera.

Dikirim dalam Pre-Exam Series Q&A | Tagged: , , , , , , | 33 Komen »

BENGKEL PRINSIP PERAKAUNAN MIRI

DIkirim oleh sifu2b di Oktober 4, 2007

Sifu telah menerima beberapa bahan dari rakan sifu, Cikgu Hamidon untuk dikongsi dengan guru-guru lain serta pelajar-pelajar yang melawati blog ini. Ia merupakan nota dan latihan yang sangat bermanfaat. Sila klik di sini untuk mula muatturun fail itu.

Dikirim dalam Nota Khas | Tagged: , , , | 4 Komen »

SKEMA JAWAPAN LENGKAP PERCUBAAN SPM MRSM 2007 DAH KELUAR!

DIkirim oleh sifu2b di September 26, 2007

Ini dia cadangan jawapan sumbangan sifu2b.wordpress.com (bukan skema rasmi MRSM):

Cadangan Jawapan Percubaan SPM MRSM 2007 – Prinsip Perakaunan
- Kertas 1 & Kertas 2 (lengkap), muat turun fail ini [mirror link  di easy-share.com]:.
Updated on 6th. Oktober, 2007
-
Kertas 2 (s2-6 shj)muatturun yang di atas sahaja, kecuali anda hanya inginkan soalan 2 hingga 6 sahaja.

Pengumuman : Soalan Rakan Sifu telah ditambah soalan percubaan sekolah lain.
Sifu juga menyajikan analisis trend Percubaan SPM.

Makluman awal: Sifu akan bina skema jawapan HANYA untuk Prinsip Perakaunan MRSM 2007. Tetapi hanya akan disiarkan diblog ini (DAN SEPATUTNYA HANYA DI SINI), seawal 1 minggu dari hari ini-26 Sept 2007. Ini supaya pelajar-pelajar yang rajin dah buat dulu soalan itu bersendirian dan dah berbincang sesama rakan atau guru anda. Kemudian bolehlah bandingkan jawapan anda dgn cadangan jawapan sifu di sini nanti.

PERHATIAN KEPADA bloggers dan student’s forum or participant lain dan favorite sifu, malaysia-student.com.
Sifu harap anda HANYA LETAKKAN LINK (PAUTAN) terus ke mukasurat ini, http://sifu2b.wordpress.com/2007/09/26/skema-jawapan-lengkap-percubaan-spm-mrsm-2007-dah-keluar/ , bukannya ke fail PDF (jika dah diedarkan). Macam tahun lepas, sifu terpaksa update skema kerana pembetulan atau kemaskini, maka uploading fail baru akan menggunakan NAMAFAIL BARU. Ini sudah tentu bakal mengecewakan pelawat-pelawat anda kerana link terputus. So lebih selamat jika pautan diblog anda disambung terus ke mukasurat ini shj. Kerjasama anda amat dihargai. Walau apapun, sifu tetap menghargai usaha anda untuk berkongsi ilmu sesama pelajar.
Besides, all of us (bloggers) were surely benefited emotionally and motivated from what we did all this while (for years!!!). Don’t you think so?

Dikirim dalam Percubaan SPM, Prinsip Perakaunan, bank soalan, skema jawapan, spm | Tagged: , , , , , , , | 52 Komen »