Sifu Anda Menulis » howto study

RAHSIA GRED CEMERLANG (1A) DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM
Tajuk Penuh Artikel :

RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM

TULISAN ASLI CIKGU RITHUWAN BIN NASIR (nickname : Sifu2b)

13 Jun 2009, Hak cipta terpelihara

Okay, mungkin ini adalah rahsia yang ingin diketahui oleh semua calon SPM yang sedang belajar mata pelajaran elektif prinsip perakaunan. Tetapi ia bukanlah rahsia besar, ia adalah rahsia yang sebenarnya bukan rahsia. Majoriti guru telah memperkatakannya berulang-ulang kali sepanjang karier kami. Namun sebilangan besar pelajar akan abaikan tips-tips sebegini sehingga ke saat-saat akhir. Demi anda semua, sifu senaraikan di sini untuk disimpan dan dibaca berulang kali oleh semua calon.

TETAPI PERLU DIINGAT, tips ini mungkin hanya sah untuk SPM 2009 sahaja. Jika sistem gred diubahsuai seperti yang sedang dipertimbangkan oleh KPM (diumumkan melalui media massa) sebelum ini, maka tips ini MUNGKIN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN LAGI.

Kertas peperiksaan Prinsip Perakaunan (PAK) ada dua, kertas 1 dengan 40 markah dan kertas 2 dengan 80 markah. Jumlah markah ialah 120 markah. Penentuan gred akan ditentukan selepas markah kedua-dua kertas itu ditambah dan dibahagikan dengan 120 untuk mendapat nilai dalam sebutan peratusan. Ini menjadikan nilai setiap 1 markah bersamaan dengan 0.833 %, atau untuk mendapat 1%, pelajar mesti mendapat markah betul sebanyak 1.200 markah.

Kenapa perlu sifu sebut perkara ini? Sebenarnya untuk menegaskan bahawa untuk lulus 40% (CONTOH SAHAJA – markah lulus boleh jadi apa sahaja, rendah atau tinggi   ), maka pelajar mesti memperoleh 48 markah yang jelas sekali tak akan cukup untuk hanya dapat 100% betul dalam kertas 1 (40 soalan = 40 markah). Mahu atau tidak calon SPM mesti menjawab dan mendapat markah dalam kertas 2 juga.

Okay, tips sifu bermula di sini. Tips sifu dibahagikan kepada 3 seksyen, mengikut tahap kesesuaian pelajar. INGAT INI ADALAH TIPS, TAK SEMESTINYA BETUL DAN WAJIB DIIKUTI.

SEKSYEN SATU : CIPTA LULUS PRINSIP PERAKAUNAN DALAM SPM

Sekseyen ini khas untuk calon SPM yang dah hampir putus asa ataupun yang dah putus asa dan merasakan mereka kekurangan masa untuk ulang kaji. Adik-adik (atau anak-anak), sebenarnya anda masih boleh membantu diri anda dan mungkin ‘maruah atau harga diri’ anda. JANGAN GAGAL DALAM AKAUN adalah satu anugerah cukup besar untuk diri anda sendiri. Tapi ingat, tips ini HANYA SESUAI untuk pelajar yang dah giveup dan hanya nak lulus. hal ehwal LCCI tu dah tak perlu lagi difikirkan. Jadi bagaimana nak pastikan anda lulus?

Tetapkan dihati anda nak sekurang-kurangnya 40%. jangan peduli atau cuba mencari jawapan betulkah markah lulus 5%?  Jawapannya, MUSTAHIL!!! Markah lulus umum ialah 40% dan kita akan fokus ke sana. “Tapi sifu, saya dengar markah lulus 25% sahaja, betulkah?”. Sifu akan jawap, “Kita fokus kepada 40% sahaja. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.”

Fokus kepada kemahiran menjawab soalan 1 dalam kertas 2 sahaja. Markah yang disediakan ialah 27-29 markah, atau jika sifu terjemah dalam sebutan peratusan, bersamaan dengan 22.5 – 24.17 %. Berdasarkan pengalaman sifu, kebanyakan pelajar sederhana mampu mencapai markah 20-25 markah dengan beberapa kesilapan di bahagian lejar dan imbangan duga. Jika anda juga sebegitu, anda sudahpun memperoleh 16.67% – 20.83%.

Fokus kepada kemahiran menjawab soalan objektif dalam kertas 1. Umumnya anda hanya perlu memperolehi sekurang-kurangnya 20% lagi dari kertas 1, atau jika sifu terjemahkan dalam konteks bilangan soalan WAJIB BETUL, mesti betul sekurang-kurangnya 24 soalan. Untuk itu, pelajar mesti fokus kepada semua topik tingkatan empat dan mungkin 1/2 daripada silibus tingkatan lima. Secara kasarnya, pelajar sederhana bolehlah menganggap 2/5 daripada objektif adalah berpaksikan kepada soalan teori (atau pengetahuan semata-mata), 2/5 boleh dikatakan melibatkan penghitungan melibatkan debit dan kredit atau kemahiran tertentu. 1/5 lagi adalah soalan aras tinggi. Oleh itu, ketika mengulang kaji demi untuk kekuatan menjawab soalan kertas 1, fokus kepada soalan-soalan yang menguji pengetahuan anda dahulu. Dengan kata lain soalan ARAS MUDAH. Selain boleh membantu meningkatkan MOTIVASI KENDIRI anda, sifu percaya dengan teknik latih tubi berterusan akan mampu membantu anda mengingat banyak fakta atau teori yang berkaitan.

Fokus kepada kedua-dua perkara di atas terlebih dahulu. Lebih baik lagi anda memujuk bantuan rakan dan guru untuk menjadikan anda selalu markah penuh (jawapan tepat 100%) untuk soalan 1 yang sebenarnya hanyalah menguji kemahiran asas SIMPAN KIRA. Bayangkan anda berjaya MENJANJIKAN 27-29 MARKAH UNTUK DIRI ANDA di tambah dengan markah objektif. LULUS PENUH di tangan anda!

Okay, dah puas hati? Baguslah. Teruskan usaha jangan leka. Teruskan latih tubi tanpa berhenti-henti untuk S1 kertas 2 dan Objektif Kertas 1 sahaja. Senangkan nak lulus. Senyum selalu.

SEKSYEN DUA : DARI LULUS NAK CAPAI GRED KEPUJIAN (CREDIT : 3B – 6C)

Katakanlah anda dah berjaya meningkatkan kemahiran Soalan 1 dan cikgu dah mula memuji anda. Apa yang harus anda lakukan? Terus belajar atau tukar strategi. Saya dah dapat MELULUSKAN DIRI, apa salahnya jika saya cuba mencapai gred lebih baik. Jika itu attitude baru anda. Anda layak baca SEKSYEN DUA INI. Tahniah.

Jika anda dah nampak cahaya kebenaran (eheheh) betapa ANDA SEBENARNYA mampu lebih jauh, apa salahnya anda mula mensasarkan nilai gred tinggi. Aim higher, kata orang putih. Jika tadi setakat nak lulus, okay sifu dah bagi tips. Mustahil anda akan gagal dalam SPM, jika anda memperolehi markah sedemikian, ditambah lagi markah kertas 1. Tak mustahil juga, anda akan termasuk dalam kumpulan 5C atau 6C. So, lakukan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, tetapi konsisten kepada apa yang sifu nasihatkan.

Fokus kepada soalan 2. Mahirkan kepada FORMAT PENYATA PENDAPATAN. Mulakan dengan asas format itu. Berlatih dahulu dengan soalan-soalan TANPA PELARASAN untuk membiasakan dengan FORMAT ASAS atau sifu kerap panggil “skeletal structure”. Asasnya Penyata Pendapatan ada 4 bahagian;  HASIL JUALAN, KOS JUALAN, HASIL LAIN-LAIN, dan BELANJA LAIN-LAIN. Itu asasnya. Guru anda pasti boleh membantu.

Bila dah HAFAL susunan ITEM dalam penyata pendapatan itu, barulah berlatih dengan soalan yang ada pelarasan untuk milikan tunggal. Jika dah mahir barulah berlatih soalan berkaitan perniagaan perkongsian pula kerana penyata pendapatan perkongsian mempunyai penghujung tambahan iaitu selepas bahagian 4 (BELANJA LAIN-LAIN), ialah Pengasingan Untung Rugi. Nampak kompleks? Sebenarnya tidak sebegitu. Kesemua jenis perniagaan WAJIB menggunakan format asas laporan kewangan seperti penyata pendapatan milikan tunggal, walaupun dengan beberapa perubahan kecil, sesuai dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Sila rujuk soalan SPM 2008 untuk mengetahui bentuk soalan terkini yang diuji dalam Soalan 2 Kertas 2. Juga rujuk soalan SPM tahun-tahun sebelumnya untuk mengetahui tahap kesukaran pengujian yang disediakan dalam SPM.

Markah kertas 2 selalunya dalam julat 18-20 markah. Adalah terlalu berbaloi untuk dilepaskan. Kenapa sifu tak sarankan soalan lain yang lebih senang. Okay, sifu sarankan awak belajar Penyata penyesuaian bank juga. Mudah-mudahan ia akan disoal dalam soalan 4 atau soalan 5 atau soalan 6. Tetapi sifu tak boleh jamin soalan itu gerenti keluar tahun ini. Itulah masalahnya, sifu tak boleh mengagak apa yang akan keluar kerana sifu bukanlah penggubal soalan. Tetapi kita (guru dan pelajar) haruslah bertindak sebijak boleh. Dari pengalaman dan analisis yang diperolehi, soalan 2 seolah-olah ditetapkan  untuk soalan berkaitan penyediaan laporan kewangan (penyatan pendapatan dan kunci kira-kira). Berdasarkan silibus, ada 4 bab yang boleh diuji untuk soalan 2, penyediaan laporan kewangan milikan tunggal sendiri (slim chances), laporan kewangan perkongsian (fair chance), laporan kewangan kelab dan persatuan (fair chance – SPM 2008 contoh terbaik untuk soalan ala LCCI), dan laporan kewangan untuk bab rekod tak lengkap.

Strategi yang mungkin anda boleh lakukan ialah bagaimana nak dapat 10 markah daripada 20 markah tadi. Memandangkan agihan markah telah diubah ala-LCCI untuk soalan 2 dan 3, maka sifu cuma boleh sarankan anda berlatih untuk jawapan terbaik dan harap yang terbaik.

Ingat, seksyen dua ini adalah untuk meningkatkan peluang dari hanya lulus 8E atau 7D ke 6C atau 5C atau 4B atau 3B. Selalunya nasib bertambah baik selaras dengan usaha anda.

Selain dari itu, sifu sarankan anda berlatih soalan berkaitan PELARASAN AKAUN-AKAUN yang diajar dalam tingkatan 4. Boleh jadi ia disoal dalam mana-mana soalan 4 hingga 6. Anda berlatih bagaimana nak sediakan akaun peruntukan hutang ragu, akaun hutang lapuk, dan sebagainya.

SOUNDS OKAY? I really hope so.

SEKSYEN TIGA : CIPTA KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN DALAM SPM

Ni yang ramai nak ni. Tapi sebenarnya nak capai gred 1A atau 2A tidak semudah bermain api. Petik saja mancis, maka api menyala, atau semudah hidupkan TV. Hidupkan elektrik dan tekan butang merah remote-control.

Ramai pelajar nak capai 1A tetapi tepi dengan niat tidak ingin berusaha lebih. Ada sebilangan pelajar, jika boleh, mereka cuma belajar 1 jam seminggu sepanjang dua tahun, tiba-tiba dengan magik (atau penipuan atau manipulasi teknologi), mereka dapat jawapan soalan dan LPM akan anugerahkan mereka gred 1A!!! Tahniah jika anda dapat dengan kaedah begitu. Tak tahulah kaedah itu dianggap ‘halal’ atau tidak. Hmmm.

Tips di sini adalah khas untuk calon yang ingin berjaya melalui usaha secara bijak (smart-learning with strategic planning) tanpa ada niat nak menipu atau mengharapkan magik atau gred berubah. Sifu nak betulkan balik pemikiran pelajar. Fokus kepada markah serendah 80%. Jika markah 1A lebih rendah dari itu, syukurlah. Jika markah gred lebih tinggi dari itu, sekurang-kurangnya anda akan dapat 2A. “Untuk sabut timbul, untung batu tenggelam.”

Fokus kepada soalan yang markah besar. Soalan 1 contohnya, kerap menyediakan 27-29 markah, manakala soalan 2 pula disediakan 18-20 markah. Jika anda dapat menguasai kedua-duanya, maka anda memiliki tidak kurang dari 45 markah atau bersamaan dengan 37.50 %. Itu baru 2 soalan. Anda hanya perlukan 42.5% sahaja lagi.

Fokus kepada soalan yang telah disenaraikan sebagai ‘ANCHOR QUESTION’ untuk memastikan anda mendapat cemerlang dan sijil LCCI sekaligus. Perlu diingatkan semula bahawa soalan 2 dan soalan 3 akan disemak dengan agihan markah ala-LCCI. Difahamkan bahawa pentaksiran tersebut akan dibuat oleh wakil LCCI dan diberikan gred sepatutnya. Kepada pelajar cemerlang atau nak cemerlang, anda sepatutnya melihat perkara ini sebagai peluang.

a. peluang untuk mengehadkan bilangan bab yang perlu diulang kaji

b. peluang mendapat pengiktirafan pihak selain LPM KPM iaitu LCCI dengan bukti sijil yang bernilai untuk anda meneruskan cita-cita menjadi akauntan melalui program profesional LCCI

Soalan 3 selalunya dalam julat markah 12 – 15 markah. Oleh itu gunakan peluang tersebut. Apakah bab yang ditanya? Sekali lagi sifu nak tegaskan di sini, fokus kepada soalan ‘Anchor Question’

mengikut kefahaman sifu tentang prosedur baru penyediaan soalan kertas 2 prinsip perakaunan, soalan 4 hingga 6 adalah apa-apa soalan dari bab yang BUKAN SOALAN ‘ANCHOR’. Ini sekaligus memudahkan guru dan pelajar meneka/meramal bab-bab yang mungkin diuji. Juga sifu percaya soalan 4 hingga 6 akan lebih mudah atau bolehlah dikatakan kurang mencabar.

Okay, andaikan anda nak fokus kepada soalan 1, 2 dan 3 semata-mata, adakah anda boleh mencapai gred 1A? Jika anda dapat pastikan jawapan anda betul 100%, maka sifu bolehlah katakan, “Sudah tentu boleh.” Anda mampu mencapai 50% (60 markah total tiga soalan). Dengan adanya kertas 1 dan dengan andaian anda mampu menjawab 36 soalan (36 markah = 30%). Tetapi sifu percaya tak semua pelajar mampu melakukannya.

Dengan itu, sifu sarankan anda mesti bersedia untuk menjawab soalan 4  dan mana-mana soalan bahagian B untuk membolehkan peluang mendapat 1A lebih mudah lagi. Sekurang-kurangnya anda boleh berbangga dengan usaha anda kerana anda lebih mengenali dan layak mengiktiraf diri anda sendiri.

Apa ganjaran usaha anda? Jika gred 1A itu lebih rendah dari 1A, maka anda pastilah pelajar 1A. Jika gred 1A memang 80%, maka hanya capai 75% contohnya, maka anda masih mendapat 2A. Itu lebih baik dari tak ada A langsung.

AKHIR KATA

Ingatlah subjek Prinsip Perakaunan ini adalah subjek persediaan (pengenalan) untuk ilmu berkaitan kerjaya profesional oleh itu SEPATUTNYA jika pelajar itu dapat gred 1A contohnya, sepatutnya IA SEMEMANGNYA mahir simpan kira dan mengetahui beberapa asas perakaunan seperti penyediaan akaun perniagaan perkongsian dan kemahiran seperti penyediaan penyata penyesuaian bank (akan disediakan setiap bulan oleh kerani akaun atau pegawai akaun itu sendiri) dan penyata aliran tunai.

Setiap guru Prinsip Perakaunan mengharapkan pelajar mereka benar-benar menguasainya bukan hanya menghafalnya.

SEBALIK TABIR

INI MERUPAKAN TULISAN “BERANI-BERANI-TAKUT” YANG SAYA HARAP TIDAK AKAN MENJEJASKAN NAMA BAIK DAN PROFESION SAYA SEBAGAI GURU. SEBARANG PANDANGAN DI ATAS ADALAH PANDANGAN PERIBADI DAN TIDAK SEMESTINYA WAJIB DIPERCAYAI KERANA STATUS SAYA HANYA GURU BIASA, BUKANNYA PAKAR MOTIVASI MAHUPUN KAUNSELING, APATAH LAGI PENGGUBAL MAHUPUN PEMERIKSA KERTAS.

“UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM”

“UNTUNG PELAJAR CEMERLANG KERANA BERSEDIA LEBIH, UNTUK PELAJAR LULUS JIKA BERSEDIA LEBIH”

“SEDIA LEBIH TAPI YANG DIMINTA RENDAH, SIAPA UNTUNG? ANDA JUGA.”

HOWTO GET READY FOR SPM IN 7 WEEKS!
Most of SPMers (spammers!?!)  will seat their first examination paper on 12th November 2007, monday. Get ready for Bahasa Melayu.

As of the next week, ie. 1st October, 2007, my countdown will begin. As you may have noticed, it will only leave us (student and teachers alike) a sweet number of 7 weeks as a ‘windows’ to make any improvement or adjustment to your revision strategies. I open this page for your feedback as of how will you or have you been doing about planning your EXCELLENT grades in accounting principles and other subjects. Please don’t hesitate to share your plan with us.

Here, how to study dot com, may give you some ideas.