Kelayakan STAM ke Ijazah Perakaunan
Ini merupakan satu tuah kepada pemegang sijil STAM. Namun begitu dalam hal permohonan masuk ke bidang perakaunan, hanya dua buah universiti yang menawarkan pemegang STAM mengikut ijazah perakaunan (bidang lain tiada masalah, semua pelajar STAM boleh memohon tanpa halangan).
UIAM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=dxe1tvbzn7d&thumb=6
USIM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=50htyymkm2x&thumb=6
Pandangan peribadi sifu, pelajar STAM yang bakal mengambil program perakaunan, dan graduat pada masa akan datang mungkin akan mendapat manfaat yang lebih baik. Jika Malaysia berjaya menjadi hub kewangan Islam dunia, kami pengguna Muslim sangat berbesar hati jika pendokong-pendokong institusi kewangan berkaitan mempunyai pengetahuan Islam yang tinggi. Saya percaya industri juga memerlukannya. Tapi itu pandangan sifu. Apa-apapun jangan lepaskan peluang ini.

nabila berkata
dlm spm apakah tahap gred kepujian..dan adakah lepasan stam dalam bidang perakaunan memerlukan juga kepada keputusan spm?
sifu2b berkata
Nabila,
Saya kurang arif tentang STAM melainkan bahawa lepasan STAM layak memohon bidang perakaunan juga. Sila rujuk kaunselor anda atau telefon terus ke universiti yang anda berminat untuk maklumat lanjut.