Sifu Anda Menulis

Sifu Prinsip Perakaunan SPM

Syarat Kemasukan Ijazah Perakaunan 2008

Atas permintaan pengunjung blog ini, maka sifu berusaha mendapatkan maklumat khusus kemasukan ijazah sarjana muda atau bacelor perakaunan di IPTA yang dikelola oleh MOHE.

Masuk melalui laluan lepasan Diploma

Masuk melalui laluan lepasan STPM

Masuk melalui laluan lepasan Matrikulasi

Masuk melalui laluan lepasan STAM

81 Respons kepada “Syarat Kemasukan Ijazah Perakaunan 2008”

  1. [...] Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan 2008 [...]

  2. wotomelon berkata

    SIFU DLAM WEB NIE XDE KEA BAHAN2 KURSUS ASASI???

  3. norhidayah berkata

    sifu,
    nape kt cni xsediakan jenis2 dokumen sumber perniagaan???

  4. sifu2b berkata

    Norhidayah,
    Maksud awak soalan? kalau soalan ada sifu sediakan dlm SEGMEN KHUSUS seperti Modul Latihan Intensif dan Pre-Exam Series. Segmen PES tu siap ada set soalan ramalan lengkap lagi.

    Awak klik je kat menu di atas tu, dan masuklah ke segmen berkenaan.

  5. eni_shinoda berkata

    semekum sifu,,
    saya eni..gini waktu spm 2006 saya amek perakaunan then sya masuk form6 kat skul takde akaun jadi kami amek ekonomi..lama kelamaan sya minat sangat kat ekonomi tapi saya bercadang klau saya tak dpt course eko, saya nak amek perakaunan..apa pendapat sifu? adakah konsep yang selama ini saya belajar di eko dpt dipraktikkan di perakaunan???????jawap gi email erk!!!i will offline cuz STPM 21 days more..sorry susahkan sifu

  6. sifu2b berkata

    Eni,
    Pertama, sifu tak dapat jawab melalui emel.
    Kedua, kalau eni baca, ambillah kursus perakaunan diperingkat ijazah nanti, amat baik sekali. Pastikan sahaja ekonomi awak tu akan dapat gred B+ ke atas. Lebih tinggi, maka lebih cerah dapat tempat dan memohon universiti pilihan anda. Jika kurang dari itu, masih boleh tetapi awak kena ketahui bahawa UiTM memestikan B+, UM dan UUM B, kalau tak silap UPM juga gitu. Ekonomi boleh ganti subjek Perakaunan STPM, begitu juga sebaliknya.

    Harap berjaya.

  7. lon berkata

    sifu,bole x beri tau sya apa yg d maksudkan dgn keluk permintaan luar biasa cthnya ciri2nya,bentuk keluknya or pa2 jala yg b’kaitannya

  8. sifu2b berkata

    Lon,
    Keluk Permintaan Luar Biasa? Senang je. Apa-apa keluk permintaan yang tidak mengikut hukum permintaan. Selalunya keluk permintaan akan mencerun ke bawah, kerana semakin tinggi harga semakin kurang kuantiti diminta. Tetapi ada sesetengah barang yang mempunyai keluk permintaan ‘luar biasa’ iaitu mencerun ke atas (seperti keluk penawaran). Contoh barang ialah barang mewah seperti barang kemas. Ia mempunyai lengkuk seperti huruf C (atau ). Yang ‘luar biasaa’ tu adalah bahagian bawah (/). Ia adalah barang bawahan. Sila baca semula buku rujukan anda. Mana tau sifu tersalah tulis di sini.

  9. hidayah berkata

    salam..
    sifu..
    sy skrg amik dip accountancy d uitm..
    n akan abis dlm 1thn lg..
    masalahnye..
    sy x tau samaada nk truskan bidang perakaunan atau tak mase degree nnti..
    coz bg sy akaun ni susah sgt..
    sy x yakin akan dpt teruskan atau x..
    pada sifu la,,rugi tak kalu sy nk tukar course dr accountancy ke bus.study..??

  10. nazren berkata

    salam..
    sifu..

    saya berumur 26 thn, mempunyai ijazah dlm bidang biologi dan telah bekerja..namun dari sekolah smpai skrg sy teramat meminati bidang perakaunan..keputusan subjek akaun sy sewaktu spm juga cemerlang..tetapi atas kehendak keluarga, sy mengambil bidang sains di matrikulasi..namun kini sy ada terfikir utk mendalami bidang ini kerana minat terlalu mendalam.. tetapi jika berbuat demikian sy perlu mengambil diploma terlebih dahulu sebelum ijazah dan ia memakan byk belanja dan masa..sy amat berbesar hati jika sifu dpy memberi pendpat dan nasihat kpd sy..perlukah sy meneruskan hasrat ini? adakah kursus yg ditawarkan secara part time? apakah yg perlu sy lakukan jika sifu bersetuju dgn sy? terima kasih

  11. nur ain berkata

    assalammualaikum…
    sifu, sy pemegang sijil cat-acca..
    adakah saya boleh melanjutkan pelajaran ke jurusan ijazah perakaunan?
    harap sifu dapat memberikan jwpn…

  12. fara berkata

    sifu…
    sorry kalau apa yg saya tanya nie lari dr tajuk…
    saya amat meminati mata pelajaran acc ni…
    so far alahamdulillah markah saya dlm acc dpt baik..
    lpe nak gtau, sya plajar form 4 thun ni…
    saya cuma nak tanya, kat luar negara ada tawarkan couse ni??
    emm kat korea ada universiti yg tawarkan course ni??

  13. mesz89 berkata

    salam sifu…
    saya merupakan pelajar politeknik..dalam jurusan sijil teknologi maklumat…
    boleh kah saya ambil ijazah terus tanpa mengambil diploma…
    bagaimana kah keputusan yang di kehendaki atau syarat2 untuk mengambil ijazah dalam bidang saya…
    harap sifu dapat beri tuju ajar kepada kepada saya…
    terima kasih…

  14. fara berkata

    sifu,
    saya tiada asas langsung dalam perakaunan.tapi , saya fikir nak buat diploma in accountancy?
    boleh ke?

  15. mira berkata

    salam sifu

    antara amek accounting kat IPTA dgn overseas, mne yg lebih baik??
    pas2 nak tnye la klu ktekanlah kita wat Alevel, then xmo fly,
    cmne kita nak apply IPTA kat malaysia semula tok amek degree buleh ke?? or msti ade diploma or STPM gak??

    cmne yer klu kes cmni??

  16. dee berkata

    apa maksd chartered accountants??

  17. sifu2b berkata

    Dee,
    Secara umum ia bolehlah dimaksudkan sebagai seorang akauntan yang bertauliah dan diperakui oleh badan profesional itu sendiri.
    Ada fakta menarik dalam wikipedia tentang perkara ini – http://en.wikipedia.org/wiki/Chartered_Accountant

    gadis,
    They will conduct the interview session in English. Make sure you can speak calmly, but intelectually. Please surf the internet and read about what accountant is all about, what is MICPA and what is FASB, just in case you ask you about it. You don’t have to know everything, but at least you know what it is all about, in general. Other than that, bring along black or blue pen and small basic calculator on your bag, again just in case (but handphone with calculator will do just fine). Read a few books about attending interview and read malaysia-students.com artictles. There are a number of articles written by someone who already experiencing such interview last year.

    Dazing,
    In short, tak semestinya. yang bestnya tentang sijil LCCI yang awak dah dapat tu, awak terus boleh mohon mengambil peperiksaan LCCI TAHAP 3. Selepas tamat tahap 3, awak dah boleh dah apply utk ambil Group Diploma. Dalam tempoh tak sampai 1 tahun, awak dah dapat diploma!!!. Bezanya hanya tanggung kos sendiri. Tapi tak mahal pun. yang mahal adalah yuran kuliah LCCI yang dianjurkan oleh beberapa kolej swasta. Sila layari LCCIASIA.com utk senarai pusat latihan dan peperiksaan bertauliah LCCI di Malaysia.a

  18. eda berkata

    Assalamualaikum,

    Saya pelajar lepasan spm 2008.saya dari kelas sains tulen.keputusan spm saya 8A1 dan 2A2.Saya nak minta pendapat dan nasihat sifu. Sebenarnya saya agak keliru untuk buat keputusan lepas ni nak pergi mana. Saya bercadang nak pergi matrikulasi dan ambil sains hayat. Masalahnya, saya fikir lepas matrikulasi saya nak sambung ijazah dalam bidang perubatan/ farmasi atau bioperubatan. Bidang farmasi dan perubatan sememangnya banyak peluang pekerjaan kan? Tapi macam mana pula dengan bioprubatan? Antara tiga pilihan tu saya paling minat bioperubatan.Lagi satu, kalau saya ambil bioperubatan, adakah peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Dan mana satu lebih bagus, belajar dalam negara atau luar negara? saya tengok ramai pelajar cemerlang suka ambil perubatan.Adakah itu pilihan yg terbaik? Lepas tu saya ada mohon jpa,(farmasi jepun). Tapi hari tu saya tak hadiri temuduga.Adakah tindakan saya tu merugikan diri saya sendiri? Dan seandainya saya nak lanjutkan pelajaran di luar negara suatu hari nanti, tetapi English saya tak bagus, adakah itu akan mendatangkan masalah yang besar kepada saya? Tambahan pula saya seorg yg pemalu dan pendiam. Saya jugak prnah ada pengalaman berhenti dari sekolah berasrama penuh padahal baru blajar kat situ setahun (tingkatan satu). Adakah mungkin benda yg sama akan berlaku kalau saya melanjutkan pelajaran ke luar negara? Sebenarnya saya juga tak yakin pada diri bila dikelilingi orang yg hebat.Saya amat besar hati kalau sifu dapat tolong saya.Perubatan, farmasi atau bioperubatan, yang mana satu patut saya ambil?

  19. sifu2b berkata

    Eda,
    Hmm dalam kes awak ni, sifu cadangkan kekal belajar di dalam negara sahajalah. Ia lebih baik dengan sekitaran yang mudah utk anda hadapi berbanding ke luar negara. Tak apa. Ini bukan lagi zaman katak bawah tempurung. Walau belajar di dalam negara tetapi sentiasa update dengan informasi terkini, Eda tetap akan kekal jadi katak sofistikated dengan tempurung yang ada internet dan penerima isyarat satelit. Hehehe.
    Jika Eda nak jadi doktor, maka pastikan anda ikuti program perubatan. Jika nak jadi farmacist shaja, maka bidang farmasi sudah memadai.
    Bioperubatan? Bidang apa yang anda akan dapat ikuti selepas itu? Jika ianya adalah cita-cita anda maka teruskan sahaja. Mana tau bakal jadi saintis yang berjaya mencipta ubat-ubatan moden atau berasas herba yang lebih baik, tak ke gitu.

  20. dee berkata

    tq sifu..

    eda,
    Saya pelajar lepasan spm 2008.saya dari kelas sains tulen.keputusan spm saya 8A1 dan 2A2.Saya nak minta pendapat dan nasihat sifu. Sebenarnya saya agak keliru untuk buat keputusan lepas ni nak pergi mana. Saya bercadang nak pergi matrikulasi dan ambil sains hayat. Masalahnya, saya fikir lepas matrikulasi saya nak sambung ijazah dalam bidang perubatan/ farmasi atau bioperubatan. Bidang farmasi dan perubatan sememangnya banyak peluang pekerjaan kan? Tapi macam mana pula dengan bioprubatan? Antara tiga pilihan tu saya paling minat bioperubatan.Lagi satu, kalau saya ambil bioperubatan, adakah peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Dan mana satu lebih bagus, belajar dalam negara atau luar negara? saya tengok ramai pelajar cemerlang suka ambil perubatan.Adakah itu pilihan yg terbaik? Lepas tu saya ada mohon jpa,(farmasi jepun). Tapi hari tu saya tak hadiri temuduga.Adakah tindakan saya tu merugikan diri saya sendiri? Dan seandainya saya nak lanjutkan pelajaran di luar negara suatu hari nanti, tetapi [b]English saya tak bagus[/b], adakah itu akan mendatangkan masalah yang besar kepada saya? Tambahan pula [b]saya seorg yg pemalu dan pendiam[/b]. Saya jugak prnah ada pengalaman berhenti dari sekolah berasrama penuh padahal baru blajar kat situ setahun (tingkatan satu). Adakah mungkin benda yg sama akan berlaku kalau saya melanjutkan pelajaran ke luar negara? [b]Sebenarnya saya juga tak yakin pada diri bila dikelilingi orang yg hebat[/b].Saya amat besar hati kalau sifu dapat tolong saya.Perubatan, farmasi atau bioperubatan, yang mana satu patut saya ambil?

    kt serupelah…
    ada jg org berperangai mcm saya…
    huhu…

  21. Lyssa berkata

    1. boleh saya tahu perbezaan antara matrik 1 tahun n matrik 2 tahun?

    2. apakah subjek yg ditawarkan dlm (M001-SAINS)?

  22. sifu2b berkata

    Lyssa,
    Ia boleh dibaca dalam lamanweb Kementerian Pelajaran malaysia. Nak senang google je “Bahagian Matrikulasi” atau kata kunci “Program Dua Tahun matrikulasi”

  23. Lyssa berkata

    ok..thx sifu..^^

  24. zidan berkata

    slm sifu..

    adakh subjek acc yg kita blajar kat sekolah akn same dgn ape yg kita akn bljar d U??

    n sy ni clas sains tulen masa skowl dulu.. so, does’nt it efect my study dlam acc coz sy xade basic tp sy minat sgt bab kira2 ni..

    cmne ek?.. tQ

  25. sifu2b berkata

    Zidan,
    Apa yang dipelajar di SPM mungkin hanyalah secebis, mungkin dalam 40% dalam silibus perakaunan pengenalan, mungkin 5% perakaunan kewangan 1 dan 2, mungkin 2% perakaunan pengurusan.
    Oleh itu, sifu tak fikir pelajar yang tak ada basic akan ada masalah kerana apa yang ada dalam SPM akan diajar semula dalam Tahun 1 dan tahun-tahun seterusnya.
    Apa-apapun, semua di atas adalah pandangan peribadi sifu. Jika sifu salah, sila betulkan.

  26. misshjh berkata

    salam sifu,

    saya di sini ingin mengajukan masalah yang mungkin agak berlainan sedikit dengan masalah2 yang lain…
    begini,untuk pengetahuan sifu,saya merupakan seorang pelajar lepasan spm2008 dan saya juga adalah bekas salah seorang pelajar sekolah berasrama penuh(SBP).seperti yang kita sedia maklum, pelajar sbp biasanya akan mengambil subjek sains tulen dan begitu juga saya.namun malangnya,keputusan spm saya tidak begitu bagus dan amat mengecewakan sekali bagi saya kerana apa yang saya target tidak kesampaian.tapi akhirnya saya redha dan terpaksa menerimanya denga hati yang terbuka kerana saya tahu ada hikmah di sebalik segala ini..
    alhamdulillah,saya ada mendapat tawaran ke matrikulasi untuk program satu tahun dalam bidang sains.saya juga ada mendapat tawaran ke ipta dalam bidang akaun.untuk pengetahuan sifu,dalam borang permohonan ke ipta,saya meletakkan jurusan undang-undang sebagai pilihan yang terbanyak dan jurusan akaun hanya mendapat dua tempat dalam pilihan jurusan ke ipta.namun,rezeki saya lebih memihak ke akaun.saya memilih jurusan undang-undang kerana kagum dan tertarik dengan kerjaya peguam dan turut didorong penuh oleh ayah saya dan akhirnya dorongan tersebut lama kelamaan menjadikan saya agak berminat denga bidang perundangan tersebut.apa pun,saya terpaksa redha dengan apa yang saya terima…
    setelah mendapat tawaran-tawaran tersebut,sekali lagi saya mengalami kekeliruan dan dilemma…tidak tahu sama ada saya perlu memilih untuk ke matrikulasi ataupun ke ipta.jika menurut hati dan pendirian saya,saya memang agak berat hati untuk ke matrikulasi lebih-lebih lagi dalam jurusan sains kerana saya agak kurang berminat dengan bidang sains dan saya tahu kemampuan saya dalam bidang sains agak rendah walaupun saya merupakan pelajar sbp.tapi jika saya memilih ke ipta,nampak gaya ayah saya agak kurang berminat dengan keputusan saya hanya kerana saya ditawarkan dengan jurusan DIPLOMA PERAKAUNAN.padanya,masa untuk menggenggam segulung ijazah adalah lama berbanding dengan pelajar lepasan matrikulasi.bagi ayah saya,dia akan lebih bersetuju sekiranya saya melanjutkan pelajaran ke ipta dalam jurusan undang-undang.dan jika saya bersetuju,dia akan usahakan surat permohonan saya(menggunakan ‘orang dalam’/berurusan dengan pihak tertinggi ipt) untuk menukar jurusan dari akaun ke undang-undag.saya tidak terus memberi kata putus,bahkan meminta masa untuk saya berfikir semasaknya.terus terang saya katakan,saya tidak gemar sekiranya ayah saya bertindak menggunakan ‘orang dalam’ demi perkara ini kerana bagi saya,saya lebih gemar mengikut prosedur seperti pelajar biasa dan orang lain.oleh itu,saya tersepit antara kehendak orang tua dan kehendak sendiri..
    setelah puas berfikir dan mengambil kira semua aspek,saya putuskan untuk meneruskan pengajian saya ke ipt dalam bidang perakaunan.pasal ayah saya,saya akan cuba terangkan padanya. kenapa saya tidak ke matrikulasi?bagi saya,masa bukan masalah utama untuk mencapai kejayaan.seseorang boleh berjaya tanpa kira masa..saya juga bimbang dengan kata-kata ini…’tidak mustahil jika kita cepat menaiki tangga ke langit,kita juga boleh cepat jatuh ke bumi’. saya juga perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa kemampuan saya dalam bidang sains adalah kurang memberangsangkan dan lebih-labih lagi saya tidak berminat dalam bidang sains.saya turut bimbang sekiranya saya tidak akan dapat catch up pelajaran yang saya kurang minat dalam masa setahun dan ini memerlukan saya belajar dalam keadaan yang tidak ikhlas dan tertekan.lebih-lebih lagi saya tik bercita-cita dan tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor@jurutera@ahli farmasi dan sebagainya(berkaitan pekerjaan sains).
    mengapa pula saya pilih ipta?saya merasakan ada benarnya kata-kata guru saya di sekolah rendah dahulu bahawa otak saya adalah ‘otak angka’.hal ini kerana saya sering mendapat markah penuh dalam matematik pada setiap kali ujian dan peperiksaan di sekolah rendah.begitu juga sewaktu di sekolah menengah.mata pelajaran matematik adalah antara mata pelajaran yang saya sering mendapat a dalam peperiksaan.berlainan sedikit dengan matematik tambahan kerana subjek tersebut saya belajar sambil lewa sewaktu di tingkatan 4 dan saya terkial-kial meng’catch up’ semula sewaktu di tingkatan 5 dan alhamdulillah keputusan matematik tambahan saya sewaktu spm adalah b3.selain itu,saya juga sedar bahawa berdasarkan keputusn spm saya,memang kelihatan yang saya bukan sahaja lemah dalam subjek sains tetapi juga lemah dalam subjek yang memerlukan daya ingatan yang tinggi ataupun menghafal.saya lebih suka bermain dengan nombor.saya juga berpendapat bahawa bidang akaun mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan ini satu kelebihan buat graduan-graduan jurusan perakaunan.saya ada menyediakan long-term planning buat diri saya sekiranya saya teruskan ke bidang akaun.saya juga ada mendengar dan terbaca bahawa pelajar perakaunan di ipta terutamanya di uitm akan ada kelebihan tersendiri(dari segi jangka masa pengajian).benarkah begitu sifu?
    oleh itu,jelaslah kenapa saya tidak ke matrikulasi,kenapa saya ingin ke ipta,kenapa saya tidak ingin terus memilih jurusan undang-undang dan juga kenapa saya memilih akaun.dan kini,ayah saya juga sudah bersetuju dengan pilihan saya setelah saya cuba memujuk dan menjelaskan segalanya.
    namun sifu,bolehkah sifu membantu saya dalam menyelesaikan beberapa kebimbangan in:
    1. saya tidak ada langsung asas akaun dan bolehkah saya mula mempelajarinya di ipta?adakah ia sukar dan berisiko bagi saya?
    2. sebagai persediaan sebelum saya memasuki bidang perakaunan di ipta,apakah antara bahan-bahan rujukan yang perlu saya teliti sebelum menjejakkan kaki di ipta?
    3. apakah ‘ilmu-ilmu wajib’ yang saya harus tahu dalam bidang akaun ini agar saya tidak kekok dalam jurusan akaun di ipta nanti?
    4. adakah masa pengajian dploma atau ijazah dalam bidang akaun boleh dipendekkan sekiranya seseorang pelajar itu mendapat pointer yang tinggi?
    5. bolehkah sifu sarankan apa yang saya boleh lakukan setelah saya tamat pengajian dploma perakaunan(meliputi ijazah,sijil profesional,kerjaya dan sebagainya)?
    6. bagaimana pula jika saya berhasratingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang akaun setelah tamat dploma nanti?
    7. BAGI SIFU,ADAKAH PILIHAN DAN TINDAKAN SAYA INI BENAR DAN BETUL ATAUPUN ADA YANG MASIH SAYA PERLU PERTIMBANGKAN?

    saya harap sifu dapat membantu saya dalam masalah ini dan moga-moga dengan bantuan sifu,saya dapat meneruskan pengajian saya di ipta dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi.

    *maaf ya sifu…..out of topic and too long………..

  27. misshjh berkata

    oh ya,sifu….
    ini keputusan spm saya…

    bahasa melayu 1A
    bahasa inggeris 2A
    pendidikan islam 2A
    sejarah 3B
    mathematics 1A
    additional mathematics 3B
    physics 3B
    chemistry 5C
    biology 5C
    english for science and technology 4B

    harap sifu dapat membantu saya…

  28. sifu2b berkata

    Misshjh,
    saya kurang pasti apakah bentuk bantuan yang awak harapkan. Tahniah kerana memperoleh keputusan yang amat membanggakan walaupun subjek Chem dan Bio awak hanya 5C.
    Sifu berpendapat, awak amat sesuai menceburi bidang pengajian di peringkat diploma atau ijazah (nanti) yang berkaitan dengan teknologi, pengurusan, pentadbirang, perakaunan, ekonomi dan banyak lagi. Jika awak memilih untuk mengikuti pengajian dalam Ting 6, tak mustahil awak akan diserap ke aliran sains dan awak boleh gunakan peluang itu untuk mempertingkatkan pencapaian subjek sains awak supaya peluang ke bidang sains diperingkat ijazah menjadi amat cerah, contohnya kedoktoran.
    Begitulah lebih kurang nasihat sifu kepada awak.
    Oh ya, anda ada memohon matriks, asasi, diploma di IPTA atau IPTS?

  29. misshjh berkata

    salam,sifu….

    saya tidak pasti sama ada sifu telah membaca atau belum respon saya(respon ke-26) dalam ruangan SYARAT KEMASUKAN IJAZAH PERAKAUNAN 2008 ini.melalui respon tersebut,ada saya nyatakan mengenai masalah,pilihan dan kebimbangan saya dalam meneruskan hasrat melanjutkan pengajian ke ipta.apa pun,saya tetap akan menjawab soalan-soalan sifu.saya ada memohon matrikulasi kptm, ipta, dan juga ipts(bimbang tiada rezeki ke ipta).alhamdulillah, saya ada mendapat tawaran ke matrikulasi pengajian satu tahun dalam bidang sains dan saya juga ada mendapat tawaran ke ipta dalam bidang perakaunan(diploma).untuk menjelaskan kepada sifu dengan lebih lanjut,saya harap sifu dapat membaca respon saya, respon yang ke 26(respon yang over panjang) dan harap-harap sifu dapat mengemukakan pandangan sifu.terima kasih sifu……:-)

  30. sifu2b berkata

    Misshjh,
    Benarlah, saya tak baca komen awak yang paling atas sebelum ini, tak perasan.
    Masalah awak agak rumit untuk sifu campur tangan, tapi tahniah kerana walaupun mungkin ayah awak terkecewa dengan keputusan awak, tapi sifu yakin dia berbangga dengan awak kerana berfikiran matang dan berani untuk mengetepikan ‘campur tangan pihak ketiga’ menukar bidang dari akaun ke undang-undang, mungkin demi prinsip diri atau maruah anda sendiri.
    Setiap program pengajian ada kelebihannya tersendiri. Jika awak bijak menggunakan peluang pengajian yang panjang 3 tahun itu dan kemudiannya menyambung ke ijazah bagi tempoh 3-4 tahun lagi, maka sifu boleh katakan awak akan mendapat manfaat dan kelebihan itu.
    Sifu akan jawab soalan spesifik awak sekarang:
    1. Tiada masalah dan tidak ada risiko yang jelas.
    2. Dalam Sem1, awak akan pelajari Asas Perakaunan – dan beberapa subjek wajib. Mungkin jika ada masa, untuk sediakan asas simpankira anda, pelajari silibus Prinsip Perakaunan T4 adalah baik untuk anda. Jika anda dapat jawab soalan 1 dalam kertas 2 prinsip akaun, maka anda dah bersedia untuk memulakan tugasan wajib (jika ada) iaitu menyediakan satu set lengkap akaun (Buku catatan pertama->lejar->Imbangan Duga->laporan kewangan) bagi perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah. tetapi jika awak tak ada masa, tak perlu risau, anda akan dapat pelajarinya di kampus nanti juga.
    3. Ada banyak, tetapi peringkat diploma akan pelajar sebahagian darinya, dan enjoylah pembelajaran di kampus.
    4. Tidak boleh. Untuk layak mendapat PENGIKTIRAFAN PROFESIONAL DARI PIHAK seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA), semua graduan akaun mesti selesaikan sejumlah jam kredit tertentu. Kebanyakan pihak universiti tidak menggalakkan pelajar mengambil banyak subjek dalam satu-satu semester bagi tujuan pendekkan tempoh pengajian, kerana dikhuatiri risiko gagal subjek dan/atau risiko pointer yang kurang kualiti. Perlu diketahui bahawa diploma perakaunan BELUM melayakkan pelajar mencipta kerjaya sebagai AKAUNTAN BERTAULIAH. pelajar diploma dikehendaki mengikuti program ijazah terlebih dahulu atau ACCA (sifu galakkan anda rujuk UiTM sendiri atau ACCA.com – sifu tak dapat nak jawab hal ini lagi) sebelum layak menjadikannya kerjaya profesional.
    5. Rujuk jawapan 4.
    6. Jika universiti di luar negara itu iktiraf diploma UiTM, maka awak layak melanjutkan pelajar ke universiti berkenaan. Tetapi soal dapat biaya biasiswa adalah satu perkara lain. Ada pelajar yang belajar di luar negara atas biaya keluarga masing-masing. Kebanyakan dana pembiayaan biasiswa JPA/MARA disalurkan untuk program PILN atau biasiswa pengajian dalam negara bagi lepasan SPM. Sifu galakkan anda menghubungi JPA atau MARA untuk mengetahui bentuk pembiayaan yang boleh dipohon bagi pelajar diploma IPTA ke ijazah luar negara.
    7. Pilihan awak betul jika awak juga yakin dengannya. Dari segi harapan keluarga, pilihan awak tidak penuhi hasrat mereka, tetapi ia memenuhi hasrat awak yang telahpun redha dan bertolak ansur dengan diri awak. Secara peribadi, keputusan awak adalah keputusan yang boleh dianggap matang. Tahniah di atas keberanian dan kejayaan awak.

  31. misshjh berkata

    salam,sifu…

    rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat sifu.meskipun sifu bukanlah guru yang mengajar akademik kepada saya,tapi bagi saya sifu adalah ‘guru pengalaman dan pengetahuan’ untuk saya merujuk masalah dan meminta pendapat serta bertanyakan soalan-soalan kemusykilan.saya percaya,melalui blog ini,telah ramai orang yang telah sifu bantu tidak kira sama ada memberi pendapat atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

    sifu,
    terima kasih sangat3….atas segala pandangan dan jawapan sifu buat saya.saya akan cuba mencuri sedikit masa dalam rutin harian saya agar saya dapat menyediakan asas simpankira sebagaimana yang sifu cadangkan kepada saya.berdasarkan jawapan sifu itu, jelas melegakan hati saya tentang sebarang kemusykilan dan kini saya cuba menjinak-jinakkan diri untuk meminati dan mencari info mengenai program perakaunan.oh ya sifu,jika berdasarkan jawapan yang sifu beri,maknanya pelajar yang tidak mempunyai asas akaun dari sekolah menengah masih boleh ke bidang akaun di ipta kerana apa yang dipelajari di sekolah menengah tetap akan diulang dalam sem 1 pengajian.betul ke fahaman saya,sifu?dan lagi satu sifu, adakah prinsip-prinsip yang dipelajari dalam subjek matematik tambahan ada dipratikkan dalam perakaunan atau itu hanya lebih ke arah bidang sains?

  32. fadhilah berkata

    Salam…Sya ingin memberi cadangan sahaja… Apa yang sy tau, apabila seorang plajar mendapat twrn matrikulasi dlm coz sains dan dlm masa yg sama dpt twrn dploma akaun..Sya rasa lbih baik mereka amik matrikulasi sahaja sebab nnti mrka akan diberi pluang untuk menukar coz…So mrk ble amik coz akaun dlm matrikulasi jd x pyh amik dploma… lagipun kbyknnya budak yg pure sains amik akaun kat matrikulasi dan dorang dapat keputusan yg cemerlang…Klu dploma jurusan mrk dah dittpkan…

  33. mariati berkata

    sifu….
    bagi sya masuk matrik or amek diploma dalam bidang sma sahaja. nie kerana bidang akaun sgt luas. tapi yang dapat offer matrik baik pi sana kerana akaun masa matrik xr susah cuma kita xleh maen2…. lepas matrik leh apply amek degree terus. time degree r akaun nie susah sangat… mcm sya amek sekarang….

  34. sifu2b berkata

    Msshjh,
    Sememangnya silibus asas perakaunan dalam Sem1 juga termasuk silibus yang diajar dalam Prinsip Perakaunan SPM dalam Tingkatan 4.
    Setahu saya, pengetahuan matematik tambahan tidak digunakan secara khusus dalam bidang perakaunan. tetapi kemahiran mengitlak, berfikiran mendalam, fokus kepada masalah yang menjadi nilai-tambah subjek itu sepanjang awak belajar SPM, akan digunakan sepanjang masa. Kebetulannya silibus ADD MATH SPM berfokus kepada asas persediaan ilmu untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan atau matematik lanjutan.

    Fadhilah dan Mariati,
    Pandangan yang bernas. Apa-apapun, setiap pelajar harus memikirkan matlamat sebenar masing-masing. Terima kasih di atas pandangan fadhilah.

  35. misshjh berkata

    salam…

    terima kasih sifu…
    fadhilah,
    oh,boleh ya begitu..tapi nak buat macam mana,tarikh kemasukan ke matrik dah lepas.mungkin ada hikmahnya kenapa hati saya tergerak unuk ke diploma.apapun,terima kasih sifu dan fadhilah.

  36. JazzzChin berkata

    Sifu…
    Saya mau tanya sifu tentang sekolah politeknik.Sekarang saya telah dapat tawaran politeknik,tetapi saya sangat rusing apabila terpaksa memilih antara seklah politeknik dan frm6…bolehkah sifu memberi cadangan?Dengan khabar angin,banyak senior cakap:kalau masuk politeknik susah nak sambung ke universiti walaupun keputusan sangat cemerlang…ada orang juga cakap belajar sekolah politeknik kena mau guna 3 tahun habis kosnya.Politeknik bagi saya kos diploma akaun.

    dengan pengelaman cikgu di sekolah menegah,mereka cakap form6 juga sangat susah belajar!Mereka cadang saya pergi ke politeknik,tetapi belajar form6,% masuk U juga lebih tinggi dari pelajar politeknik…

    saya lagi dengar ada orang luar cakap belajar di politeknik guna 3 thn habis kos,selepas itu,sambung belajar U kena mau guna 4 tahun sambung kos akaun(ijaza saujana muda) semuanya perlu guna 7 thn untuk habis belajar…cis! 7 thn,pelajar yang ambil aliran keubatan juga sudah habis kosnya!!!

    saya sangat rusing (=.=)” ,bolehkah sifu memberi saya beberapa pertunjukan???

  37. JazzzChin berkata

    Sifu ada ka sini?

  38. khairul91 berkata

    salam sifu..sy ambik akaun masa f4-f5..kptsn sy dlm akaun hanya 7c(malu)..tp sy mahu mgambil lcci or cat-acca..adkh sy layak?

  39. atirah berkata

    sifu..
    alhamdulillah dalam spm saya mendapat 8a3b.
    tetapi malangnya saya tidak mendapat tawaran ke ipta ataupun matrikulasi tahun satu..
    saya tetap membuat rayuan ke ipta dan matrikulasi..
    alhamdulillah.
    saya dapat tawaran ke kolej mara kuala nerang.
    kos perakaunan.
    saya dulu merupakan pelajar sains tulen agama.
    tetapi amat meminati bdg perakaunan.
    cuma saya inginkan kepastian drpd sifu..
    bolehkah saya bawa kos perakaunan??
    dan apakah subjek2 dalam kos perakaunan di matriks??

  40. sifu2b berkata

    JazzzChin,
    Pendapat sifu lebih baik ke politeknik jika awak masih berminat. Memang benar STPM ada cabarannya. Memang benar juga lepasan STPM lebih berpotensi diutamakan berbanding lepasan Diploma, kebetulannya ia adalah polisi MOHE. Sifu dulu aliran diploma dan selepas tamat diploma, sifu terus belajar ke peringkat ijazah. Tak ada masalah pun.
    Yang selalu menjadi masalah ialah, ramai pelajar diploma punya prestasi sederhana, sedangkan mereka turut bersaing dengan lepasan STPM, matrikulasi, asasi, a-level dan lain-lain.
    Tetapi sifu nak buka mata awak sikit. berapa tahu sebenarnya pelajar tingkatan 6 akan belajar sehingga tamat ijazah (aliran kemanusiaan – perakaunan)?

    1. Lepasan STPM – belajar 1 1/2 tahun, tunggu keputusan 1/2 tahun, belajar ijazah perakaunan 4 tahun. Total 6 tahun genap.
    2. Lepasan Diploma – belajar diploma perakaunan 3 tahun, belajar ijazah perakaunan 3-4 tahun (tertakluk kepada syarat pengecualian subjek oleh IPTA). Total 6-7 tahun.

    Kalau nak save masa supaya belajar 6 tahun sahaja, pastikan semua subjek perakaunan dapat gred A (atau 4.000), dan graduat dari diploma perakaunan politeknik dengan gred cemerlang. Mana tau bila sambung belajar ijazah perakaunan di UDM atau UMS atau mana-mana IPTA berkaitan, dan awak mengisi borang pengecualian subjek/kursus, maka nasib menyebelahi awak. kalau tak dapat pun, awak cuma lambat graduat selama 1 tahun berbanding lepasan STPM yang sambung belajar ke ijazah perakaunan.
    Sifu ni sebenarnya tak bersetuju dengan pandangan orang ramai tentang kualiti Politeknik sehingga ke tahap tak boleh layak ke ijazah di IPTA. Mustahillah Politeknik yang juga dipantau oleh MOHE mempunyai kualiti berbeza dari lepasan diploma IPTA yang juga dibawah pemantauan langsung MOHE. tambahan lagi, semakin ramai juga pelajar yang dalam kategori sederhana cemerlang dan cemerlang yang kini turut mengikuti program seperti perakaunan, pemasaran dan sebagainya di Politeknik. Malahan ada juga yang sudahpun melanjutkan pelajaran di IPTA peringkat ijazah, terutamanya di UTHO.
    Lagipun Jazzzchin, awak mestilah sedar bahawa begitulah peluang yang awak dapat. Terimalah bahawa pelajar-pelajar seperti awak yang tak layak (tak ditawarkan) ke matrikulasi atau asasi atau mana-mana program FAST-TRACK. Jika tak boleh laju, maka peluang yang tak laju pun terimalah. Itu sahajalah peluang awak.

    Berkenaan lepasan STPM lebih ramai masuk U. Memang benarlah, tetapi awak harus lihat dalam konteks menyeluruh.
    Ambil contoh mudah ini:
    a. Pelajar Tingkatan 6 calon STPM 2010 – 100000
    b. Pelajar matrikulasi – 30000
    c. Pelajar asasi sains – 10000
    d. Pelajar Diploma – 40000

    Kalaulah figure tu betul, awak agak siapa yang akan ramai memohon ke ijazah? Sebenarnya figure dari MOHE sifu tak tau, tapi yang sifu tahu, bilangan pemohon lepasan STPM adalah 2 kali ganda lebih ramai berbanding pemohon lepasan pra-ijazah lain termasuk diploma. Dari konteks permintaan dan penawaran, sudah pastilah permintaan lebih ramai dari lepasan STPM. Maka MOHE terpaksa buat keputusan untuk mendahulukan STPM kemudian matriks/asasi, dan kemudian Diploma. Jika awak nak pasti bersaing dengan budak-budak tersebut, pastikan awak akur kepada nasihat ramai guru-cemerlang dengan CGPA tertinggi boleh. Makin tinggi CGPA awak, semakin tinggi peluang awak memilih sesuka hati dan semakin tinggi awak dapat tawaran dalam senarai 8 pilihan.
    Jika awak belajar dalam tingkatan 6 pun, awak mesti buat yang terbaik, tak boleh leka. Awak juga mesti bersaing mencuri peluang aliran matriks/asasi mahupun diploma yang turut memohon ke ijazah perakaunan (atau ijazah lain). Semakin cemerlang awak dalam STPM, semakin tinggi CGPA dalam STPM maka semakin tinggi peluang awak menempah tempat mengikut keinginan awak.

    Panjangnya tulisan sifu ni. Sorilah.
    Kesimpulannya, peluang untuk berjaya ditangan awak. Awak berusaha bersungguh-sungguh, maka nasib awak akan bertambah baik. Buat pilihan terbaik untuk awak dan jangan leka dan lebih sering mengakui kata-kata negatif dari orang lain. Tak semua kata-kata negatif itu datang dari fakta awak pengalaman mereka sendiri. Sebaliknya ada yang hanya diulang-ulang berdasarkan pandangan orang lain yang mungkin juga didengar dari orang lain.
    TAPI APA-APAPUN, JAZZZCHIN YANG HARUS BUAT KEPUTUSAN SENDIRI DAN SIFU HANYA BOLEH BERI NASIHAT, BUKANNYA KEPUTUSAN. KEPUTUSAN AWAK TANGGUNGJAWAB AWAK SENDIRI. GOOD LUCK. YOU’RE ALWAYS WELCOME TO FORM 6 AND YOU ALSO WELCOME TO POLYTECHNIC, IF YOU WISH TO STUDY THERE.

    khairul91,
    Jika awak maksudkan melalui pembiayaan sendiri, maka pintu belajar tetap terbuka. LCCI boleh dipelajari secara bersendirian atau ikuti tuisyen di beberapa kolej swasta (atau pusat persediaan LCCI atau ACCA).
    Lepas tu bolehlah ikuti peperiksaan LCCI atau CAT-ACCA secara bersendirian juga dengan yuran yang agak murah. kalau tak silap antara RM130 – RM200 setiap kali peperiksaan.
    Semoga berjaya.

    Atirah,
    kerana awak dapat juga belajar dalam bidang yang awak suka/minat. Sifu yakin dengan sikap positif yang wujud dalam diri, awak akan mampu menempuhi pembelajaran bidang tersebut tanpa masalah yang serius. Biasalah, benda baru, subjek baru, mahupun persekitaran pembelajaran baru. Kesusahan sementara itu akan dibalas dengan hasil yang berbaloi, hasil usaha awak sendiri kelak. Tahniah sekali lagi.

  41. JazzzChin berkata

    sangat terima kasih kerana sifu sanggup mengambil masa memberi nasihat kepada saya…ThankYou so so so so so much…(^_^)

  42. atirah berkata

    thanks so much sifu..
    bagi semangat kat saya.
    insyaallah saya akan berusaha bersungguh2..

  43. damsel dee berkata

    slm sifu.
    ni 1st time sy kat cni.
    sy amt tertarik dgn komen2 n nsht yg sifu berikan.
    hrp2 sifu jgk bole tlg sy.

    sy bdk lepsn matrix 08/09 br nih.
    amik jurusan akaun n dpt result pun alhmdulillah. 3.65..
    x de la hebat sgt mcm kwn2 sy yg len.
    tp sy p’caye ni sume ade hikmahnye.

    nk tanye sifu.
    course akaun di um n uitm mane lebih bgus @ mane yg patut sy amik base on my recent result???
    sy dilemma.

    lg 1 mslh. sy pun sebenarnye, x tau sejauh mane sy minat dlm perakaunan nih.
    tp yg sy tau cikgu,kwn2 n pensyrh sume ckp im able to do accntg.
    sy takut sgt sy buat pilihan yg slh utk degree nih!!
    kadang penah t’pkir ” am i going to do account 4 d rest of my life? ”..
    smpai mcm tuh skali..

    n ade org ckp um die x pndg sgt bdk2 matrix. is it true?
    klu pndg pun bdk2 4 flat je. sy pun x tau la nk p’caye ke x.
    uitm pulak. org ckp sosial sgt.
    pening sy!
    dlm upu sy, ade jgk letak uum.
    tp parents sy nak sy pegi yg dekat2 je.
    sy kat selangor.
    dierg sgt berhrp sy dpt uitm shah alam @ um.
    dlm choices tuh, ade jgk letak finance n islamic bnking.
    but my dad nk sgt sy amik accntg.

    hrp sifu bole tlg sy a.s.a.p..
    thanx a lot! :)
    n sorry 4 d long comment.

  44. sifu2b berkata

    Damsel dee,
    1. Tahniah di atas pencapaian cemerlang itu.
    2. Kedua-dua IPTA tu popular di kalangan pelajar bumiputera yang cemerlang. harap-harap awak mampu menyaingi mereka untuk mendapat tempat. Saya juga suka UUM walaupun awak tak mention.
    3. Kekalkan minat anda. Motivasi utama ialah minat seseorang. Pertanyaan awak tu biasalah. Jika minat awak dapat diterjemah menjadi karier, maka sudah tentulah awak akan melibatkan diri dalam kerja-kerja perakaunan sepanjang USIA KERJAYA awak. Tapi ia adalah unsur positif. Begitu juga dengan kerjaya bidang lain. Sesiapa yang melibatkan diri dalam bidang guaman, maka seumur kerjaya beliau sebagai peguam akan memfokus kepada tugas-tugas sebagai peguambela atau peguamcara, ataupun peguam ‘kontrak’ bank-pelanggan. Begitu juga seseorang yang melibatkan diri dalam bidang perubatan. Jika beliau menjadi doktor, sudah dijangkakan seumur hidup kerjaya beliau (selagi belum bersara) akan dihabiskan dalam hal memberi khidmat kesihatan kepada pelanggan/pesakit. Oleh itu, jangan jadi seperti orang lain yang menidakkan peluang sendiri dengan kata-kata sedemikian.
    4. Bukan UM pilih bulu, tetapi sebagai IPTA tertua di Malaysia dan SEPATUTNYA menjadi U tersohor, maka sudah tentulah mereka berusaha dapatkan pelajar terbaik di kalangan terbaik. Selagi ada pelajar 4 flat yagn mohon, pasti mereka akan rembat. Ini soal prestasi, maruah dan ‘rating’ IPTA di peringkat negara, Asia tenggara, Asia dan juga antarabangsa.
    5. UiTM sosial bagaimana? Apa yang saya difahamkan, budaya di UiTM sememangnya berbeza, untuk melahirkan Melayu-bumiputera berfikiran terbuka, kritis dan sebagainya. Soal sosial, pengalaman sifu mengatakan di IPTA lain juga ada unsur sosial negatif di samping banyak unsur sosial positif.
    5. Jika anda mampu, lebih baik ambil accounting. Sudah tentu saya menyokong kehendak ayah awak. Sekurang-kurangnya AWAK menambah lagi bilangan profesional melayu-bumiputera di Malaysia dalam bidang perakaunan. buat masa ini, keturunan Cina lebih ramai dari M-B. Kerajaan sedang berusaha mengurangkan jurang kerjaya dan awak adalah antara individu yang pasti boleh membantu mengurangkan jurang tersebut. Peluang kerjaya masih tinggi dalam bidang perakaunan mahupun bidang-bidang berkaitan perakaunan, pengurusan dan pentadbiran.
    6. Tetapi untuk merealisasikan harapan ayah awak, sifu berpendapat awak harus juga memohon perakaunan di IPTA lain supaya jika UM atau UiTM tak dapat, awak masih dapat belajar dlm bidang tersebut. UPM contohnya turut menghasilkan graduan perakaunan yang cemerlang, kebetulannya dekat dengan awak. Selain dari itu, mungkin dengan belajar di Universiti yang baru spt UDM, UTM atau UMS, peluang awak menyerlah lebih tinggi. Tetapi itu pendapat sifu secara peribadi.
    7. Akhirnya, untuk berjaya dalam bidang perakaunan, ini beberapa tips yang sifu boleh berikan berdasarkan pengalaman. Always nurture your interest towards accouting career; motivates yourself as often as you can; and always find a way of how to enhance your ‘other-soft-skills’ like communication skills, writing skills, strategic thinking, ict skills especially spreadsheet applications (I.E., MSExcel or Openoffice Calc, which is 100% free-of-charge). Chances are, your future ‘boss’ will look for brightest, yet skillfull young account executives (or future accountant) with latest knowledge.
    8. Just in case you want to know more about OpenOffice – http://www.openoffice.org. It is free;free to use, free to re-distribute, free to install to multiple PCs, and a lot more. Microsoft OFFICE, is an excellent product but it is commercial product – NOT FREE to use, it is illegal to re-distribute or install on multiple PC without proper multi-licenses, and a lot more or NO-NO stuff.

  45. ayie dalam dilema berkata

    saya tak tahu la nak pilih uum ke uitm untuk ke program ijazah..permohonan kemasukan ke ipta tutup hari ni..tolong sangat2..saya sgt2 confuse..rasanya, university mana yg better dalam course perakaunan..saya lepasan matrikulasi..final sem2 saya dapat 3.91 dan pngk saya 3.71..dulu saya minat sangat nak pergi UUM ..tapi, cikgu saya kata better UITM.cikgu kata UUM dah teruk.Betul ke?.Tapi,family saya kata pulak pergi UUM..Tolong lah..budak2 kolej saya semua mohon 1st choice UITM..saya just nak try pergi universiti yang terbaik perakaunan yang boleh menjamin saya ke alam pekerjaan..and saya worry juga kalo tak der kawan kat UUM…NTAH LA..

  46. akira berkata

    Msshjh kita serupa!!!!

  47. misshjh berkata

    salam….

    oh…..ye ke Akira…nampaknya kita ni senasib lah… kebetulan pulak ya….
    nak buat macam mana kan…inilah ketentuan hidup kita…
    tapi boleh saya tahu part mana yang serupa tu??adakah total masalah saya serupa dengan masalah Akira?

  48. damsel dee berkata

    slm.
    uum? i did mentioned it sifu.. (:
    maybe sifu x prasan kot.
    sy tau kat c2 pun bagus. tp dierg ckp jauh sgt..
    upm pulak,parents sy ckp peluang nk dpt keje tu ssh sket.
    how far d truth is? im not sure though…
    itupun kwn parents sy yg bgtau dierg.
    bcoz of dat, sy letak upm as my last option. is it really ok?
    nak jgk try letak uni yg sifu ckp tuh. uni2 br nih..
    but, u noe parents kan.
    they always believe in older university like um n uitm.
    tp bg sy,klu kat uni br pun bole je blaja kot..
    mungkin persaingan x terlalu tinggi. indeed may b, we can score better! x de la tension sgt.
    d thing is, may parents mcm ssh sket bab uni baru2 nih..
    takut nk cr keje ssh!
    plus, mayb time ktrang dh hbs degree tuh,economy masih x stabil lg.
    haish. dilemma btul!
    2nite is d last day to update! fuyhhh…

    btw sifu,thanks a lot 4 d previous advice 4rom u!
    i do really appreciate it :)
    fyi, im juz cant stop thinking bout all of dis. serious.
    *mcm dh nk putus fius pkir!

  49. sifu2b berkata

    ayie dalam dilema,
    Goto UUM. Kalau terukpun, apa yang teruk tu? Ditakuti ia adalah rumours semata-mata. Dari satu aspek UUM ada falsafah dan budaya tersendiri. Budaya korporat akan diasuh ke dalam siswazah sejak awal lagi.

    damsel dee,
    Graduan UPM susah nak cari kerja. Sifu ni graduan perakaunan UPM. lepas graduat dapat kerja pun dlm sektor swasta. Siap pindah-pindah kerja lagi. Dulu lepas graduat nak sangat kerja di KL tapi keluarga sarankan balik Sabah. So sifu balik Sabah. Lepas tamat ‘tempoh edah (rehat sukarela)’ sifu mula cari kerja dan hanya menganggur secara rasmi dlm tempoh tak sampai 3 bulan. Antara kerja yang sifu dapat ialah pegawai akaun, lepas tu pindah ke perbankan jadi pegawai cawangan (Branch officer). Biasalah, nak cari bayaran gaji lebih sikit. Lepas tu, barulah mohon jadi guru. Apa yg sifu nak tegaskan di sini ialah graduan UPM pun berkualiti, dan mudah cari kerja (pengecualian ialah masa kegawatan sekarang ini). Jika ada graduan UPM ataupun IPTA lain yang tak juga dapat kerja, tanya mereka adakah prestasi akademik mereka memuaskan, juga tanya mereka adakah mereka mempunyai ilmu tambahan, kemahiran komunikasi, penguasaan 2 atau lebih bahasa, juga adakah mereka dari jenis outspoken ataupun softspoken. Dalam kebanyakan kes, graduan dari universiti hebat pun tak mudah dapat kerja kerana selain dari ‘kepujian dekan’, selebihnya tak ada – BI tungganglanggang, tak confident, tak boleh communicate, tak ada additional skill yang berguna dan sebagainya.
    Bagi sifu, kalau awak belajar di UPM dan graduat dalam tempoh 4 tahun akan datang, selagi awak dapat lengkapkan sekurang-kurangnya perkara-perkara yang baru sifu sebut, MUSTAHIL awak tak dapat kerja yang awak mahu.
    Tapi siapalah sifu ni. Biasalah dulu pegawai akaun, kemudian pegawai bank (tak sempat pula jadi pengurus bank-hehehehe) dan sekarang ni guru biasa je. Selalunya ibu bapa sukar nak percaya apatah lagi mengikuti nasihat dari guru. Oleh itu terserahlah kepada anda buat keputusan. UM, UiTM atau UUM, kesemuanya baik.

  50. nurul syaz berkata

    salam sifu….
    resul spm saya x cmrlang sgt…sy cuma dpt 6 kepujian n 4 lulus sahaja….
    bm a1..math a1..bi d7..add math c5..agame a2..sejarah c5…lukisan kjuteraan b4..

    saya memdapat tawaran di ikm/kktm kos diploma seni bina….spjg sy stdy..mara tggg semua….

    n sy ader dapat tawaran kat kolej unikop under uitm pra diplomaa pdagagan….

    sbb saya tak lepas bahasa inggeris…

    aper pndat sifu…yg mne sy patut pergi….

  51. nurul syaz berkata

    saya harap sifu dapat menolong saya….

    saya tidak minat ke arah membaca….

    saya suka nombor….

    tapi ape boley buat kalo math sy a1 n add math sy 5c….

    tapi bi sy 7……

    saya harap sifu dapat tlg sy…..

    sifu syorkan saya kolej mn under uitm yg bgs…..

    sy mungkin ambik pra diploma pdagangan …sbb sy tidak x layak amek diploma kerana bi sy x cdt…

  52. sifu2b berkata

    Nurul Syaz,
    Nampak gayanya, jika itu sahaja peluang yang ada, maka itu adalah pilihan terbaik untuk anda. Gunakan kesempatan dalam pra-diploma itu sebagai landasan memperbaiki ‘KESELURUHAN’ prestasi awak. Ingat, bahananya telahpun awak rasai, maka jangan lagi diulangi. Walaupun sesetengah subjek tu awak tak suka, ingatlah bahawa ia amat mempengaruhi prestasi akademik awak, dan peluang melanjutkan pelajaran. Selain dari itu, apasal tak nak masuk T6?

  53. nurul syaz berkata

    tq sifu….

    tapi sy ader tawaran ke IKM N SEKARANG DI NAIK TARAF SBGAI KKTM…..KOLEJ KEMAHIRAN TGGI MARA ATAU INSTITUT KEMAHIRAN MARA……

    SAYA mendapat diploma SENI BINA di psr mas,kelantan……

    n saya juga dapat PRA DIPLOMA PERDAGANGAN……..

    saya tidak taw….MANE SATU YANG INGIN SAYA PERGI…DLM DILEMA JGK LA NEY….

    BOLEH KAN SIFU BTTAW SAYA YANG MANE LEBH BGS UNTUK SY PERGI…..

    N SAYA JGK SLPS ITU INGIN MEMBUAT IJAZAH…..

    T6..SAYA TIDAK YAKIN SAYA DAPAT POINTER YG TGGI….

  54. sifu2b berkata

    Nurul Syaz,
    kalau awak minat dalam bidang seni bina, apa salahnya awak belajar diploma seni bina berkenaan. Tak mustahil awak akan berjaya kemudian. Jika tak minat, maka program khas pra-diploma tu sememangnya bagus untuk awak. Selepas tamat pra-diploma perdagangan selamat setahun, awak berpeluang melanjut pelajaran di UiTM juga dalam bidang berkaitan. Jika tak minat kedua-duanya, maka awak tak ada pilihan melainkan ke IKM dan belajar di peringkat persijilan.

    Apa yang boleh sifu sarankan ialah awak mesti tentukan halatuju sebenar awak sekarang ini demi masa depan awak. Jika masih tak sure, dan awak sanggup belajar dalam tempoh LEBIH PANJANG, maka pra-diploma itu sememangnya sesuai kerana beri tempoh 1 tahun lagi untuk anda berfikir apakah bidang yang nak diceburi berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran perniagaan mahupun keusahawanan dan sebagainya. Jika tak sanggup, maka belajarlah diploma 3 tahun itu dan lakukan yang terbaik BUAT DIRI AWAK.

  55. nurul syaz berkata

    sifu….

    pra diploma 6 bulan kan????

    knp plaq 1 thn??? lame nyer…..

    sye berminat dgn diploma seni bina…..

    tapi saya takot la membe bgtaw saya bgtaw sijil kktm/ikm tidak bgs

    n lps saya ambik diploma seni bina di kktm psr mas….

    lg mudah untuk sye buat ijzah di uitm or susah….

    sy riso uitm tak pndg diploma yg sy buat di kktm psr mas….

    time ksh sifu sbb bg jwpn kt sy n ini dpt mrngankan beban yg sy pikir….

  56. juan berkata

    syaz, pre comm uitm setahun tp klu awk dpt 3.5 above first sem bleh la trus amik dip.. hrp ini membantu..

  57. damsel dee berkata

    ohhh ok. tq sifu!
    sy mintk maaf byk2 klu sy buat sifu terase.
    tp sy dgr mende ni pun dr org len.
    n sy pun x tau how far d truth is.
    n dat is y,i need sum1 like u to seek 4.
    u’ve helped me a lot till dis time.
    n 4 dat,thanks again! really.
    domo arigato gozaimashita! :) )))

    nk bgtau lg 1 happy news kat sifu.=D
    sy dpt twrn dr usm.
    tp skrg nih sy pening nk masuk ke x.
    sbb dierg kate usm pun bgus jgk utk akaun. btul ke?
    and is APEX uni.
    APEX ni sy dgr mcm some sort of excellence award? kan?
    bole sifu tlg explain sket psl ni?
    tp d prob is,kwn sy ckp akaun die dlm malay. is it true?
    klu dlm malay pun slh ke?
    sy takut ayh sy x ske je klu sy bgtau die, its in malay.. adoy.
    x kesa la jauh sket klu bgus kan?
    hurm.
    lg 1,die uni sains. akaun ok ke?

    patut sy terima @ tolak twrn ni sifu?
    any suggestions? klu sy tolak ape risk die?
    sy hrp sifu bole reply asap jgk!
    bcoz,by esok sy dh kene bg jwpn terima @ tolak.
    plz sifu…
    sy pun bknye ade abg ke kakak nk refer.
    n btul2 mintk maap kat sifu…
    mmg x de niat pun nk ckp pape psl upm tu. mmg sy tau pun dr org len.

  58. nurul syaz berkata

    salam sifu…

    saya harap sifu bce sy punye soalan kpd sifu di atas,…..
    eym….

    saya nak tanye mengenai mara….
    btl kew yuran pengajian di mara di kolej kemhiran tggi MARA percume?????

    kalo dapat pointer bgs x pyh bgr….

    kalo gagal kne byar sume kn yuran yg mara tgg selama ney….

    saya dapat taw sume ney drpd kwn2 sy…
    so sy nak tanye semula sifu same ade btl or x????

    n elaun mara ader bg kew tiap2 bulan????

    ader org ckp bg…n ader org ckp x bg….

    sume ney drpd kwn2 sy …meraka yg bgtaw sy….

    SAYA HARAP SIFU DAPAT BG MAKLUMAT SEDIKIT MENGENAI KKTM….MARA,…..

  59. khairul91 berkata

    mekasih sifu..sifu rs sy ptt ambik cat-acca kat maner yeR?cuz sy xpndai akaun sgt…tp minat..plz help me T_T

  60. sifu2b berkata

    Juan,
    Terima kasih di atas maklumat ‘BERITA BAIK’ tu.

    Damsel Dee,
    Sifu suka dengan status APEX USM tu.
    Apa salahnya awak belajar di sana. Mustahillah sarjana muda perakaunan di USM hanya di ajar dalam BM. Anyway, sila rujuk http://www.management.usm.my/SOM-About.asp dan berbanggalah dengan status USM setakat ini.

    Khairul91,
    Berkenaan perkara tu, sifu hanya maklum tentang KPTM dan UiTM. Selebihnya awak kena cari sendiri melalui lamanweb ACCA Asia. Good luck.

  61. Chiencalock berkata

    salam sifu..

    sye bukanlah dari jurusan akaun..sye pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di politeknik dan ada setahun lagi untuk tamat pengajian..sye ingin menyambung pengajian di universiti,tapi tidak tahu universiti manakah yang harus dipilih..rakan saya cakap,apply je kt universiti teknikal mcm UTHM,Utem,Unimap n UMP sbb U ni slalu amek budak poli,btul kew??saya ada dengar UiTM da x mahu ambik budak poli lg,btul kew??harap sifu boleh jawab soalan sye..

  62. mochachinno berkata

    salam sifu..
    sy bru join blog ni..sy hrp sy dpt jwpn yg sy nk..
    sy amek sains tulen tp mnt sgt2 mathematics..
    jdi sy nk jdi akauntan..
    subjek ape yg sy perlu untuk focus..
    masalahnye sy x amek prinsip akaun..tlggg..

  63. sifu2b berkata

    Chiencalok,
    Berkenaan hal pertama, ada kebenarannya, tetapi berkenaan UiTM tak nak ambil graduan diploma Politeknik sifu tak tahu. Sila rujuk pihak UiTM berkenaan polisi berkenaan.

    Mochachinno,
    Fokus kepada matematik dan matematik tambahan. Juga Kecemerlangan dalam Fizik mungkin memberi advantage (mungkin). Jika berniat nak ikuti program pra-ijazah seperti matrikulasi dan program asasi perakaunan, silalah rujuk ke laman web Matrikulasi KPM dan IPTA berkaitan, mudah-mudahan awak akan dapat gambaran lebih jelas subjek yang perlu ada. Tetapi kebiasaannya, pelajar yang ada prinsip perakaunan SPm dan cemerlang keputusannya akan lebih diutamakan. Itu namanya adil kerana mereka selalunya tak akan dapat mohon ke bidang sains pula.
    Tetapi ia bergantung kepada corak permohonan pelajar pada tahun tersebut dan had kekosongan di IPTA berkenaan yang ada menawarkan diploma perakaunan mahupun program asasi perakaunan.
    Nasihat sifu, cemerlang semua subjek, peluang MEMILIH akan lebih tinggi.

  64. Zue Azrul berkata

    salam sifu,
    nak mtk pendapat skt…
    sy skrg ni keje gomen dah 7thn. dulu sy ambik dip akaun cgpa 3.52 kat UTMKL (1998-2001). Skrg sy plan nak further study (degree in accounting), fulltime.. nak ambik cuti belajar separuh gaji..
    so skrg dlm list pilihan saya ada 2 U..
    i) UiTM – kelebihan member ckp masa singkat (3thn je)
    ii) UKM – 4 tahun

    pd pendapat sifu, U mana lebih sesuai & chance utk dpt further tu lebih kat U mana?

    p/s : memandangkan saya dah lama hbs dip, sy dimaklumkan x dpt nak transfer kredit.

  65. sifu2b berkata

    Zue Azrul,
    Bila awak nak mula belajar? Sekarang ini? dah mohon atau baru rancang nak mohon. Jika baru nak mohon, yang paling sesuai ialah UiTM sebab ada ambilan Januari 2010. Permohonan dibuat langsung online melalui lamanweb UiTM (tidak lalui MOHE/UPU). UKM pula pengambilan melalui UPU maka kena tunggu tawaran dibuka untuk ambilan Julai 2010.

    Tetapi jika dah mohon pun, maka saya fikir mungkin UiTM sesuai dengan anda, atau UPM.

    Oh ya, setahu saya semua degree perakaunan wajib buat dalam tempoh 4 tahun.

  66. bubbles berkata

    sifu..

    sy nk tnye ape beza perakaunan dgn perakaunan (sistem maklumat)?

  67. miemie berkata

    salam sifu..
    sy student dip microbe,uitm.skang ni baru tmt sem 5,next month nk praktikal..sy de msalah sket,sy dpt cGPA hanye 2.91..sjk part one smpai part 4 pointer xpnh lps 3.0,tp mase sem 5 ni alhamdulillah dpt dekan(3.54)..masalah sy;bleh ke sy mohon pendidikan?sy minat nk jd cikgu biology..contoh,kalo sy mohon KPLI slepas hbs degree microbiology,adekah trus bleh layak amek bidg biology pndidikan(cikgu bio)?

  68. sifu2b berkata

    Bubbles,
    Beza? Hmm, kena baca lebih details di lamanweb universiti berkaitan.
    Umumnya, Perakaunan adalah apa yang awak seharusnya dah tahu, manakala perakaunan (sistem maklumat) menyediakan graduan di bahagian ICT sebagai pegawai profesional berkaitan perakaunan.
    dalam zaman sekarang ini, firma akauntan bertindak selain sebagai juruaudit, juga bertindak sebagai konsultan dan memberi khidmat kepakaran pembangunan sistem rangkaian dan sistem maklumat perakaunan untuk firma-firma perniagaan yang menghendakinya.

    Lebih kurang gitulah. Sekali lagi, dapatkan maklumat lengkap dari IPTA yang menawarkan program sedemikian.

  69. sifu2b berkata

    Miemie,
    Boleh kot tetapi bukan KPLI tetapi KPLD. Layari lamanweb Kementerian Pelajaran Malaysia selalu untuk dapatkan maklumat bila tawaran KPLI dan/atau KPLD, jika pengambilan masih diteruskan. Setahu sifu, program KPLD hampir dikecilkan atau dihentikan. Lepas tamat ijazah baru boleh ke KPLI. So cuba saja okay selagi masih berminat dan masih ada peluang.

  70. baey berkata

    saya pelajar lepasan diploma kewangan tahun 2007 dari udm..saya ingin menyambung pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda kewangan islam di udm..saya sudah membuat permohonan untuk sesi julai 2009..namun tidak berjaya..dan saya telah pun membuat rayuan..juga tidak berjaya..bolehkah tuan membantu saya..saya ingin mencapai cita2 saya…

  71. sifu2b berkata

    Baey,
    Malangnya saya pun tak ada apa yang boleh ditawarkan kepada awak melainkan nasihat semata-mata. Sebagai pelajar UDM, adakah prestasi CGPA awak amat rendah sehingga gagal dalam permohonan dan rayuan? Jika itulah halnya (harap-harap tidak), maka mungkin awak terpaksa mencari alternatif lain seperti kemasukan ke IPTS atau OUM dalam bidang yang lain. Hanya kemudian nanti awak kembali semula mengikuti program MASTER dalam bidang kewangan Islam pula di mana-mana IPTA di Malaysia ataupun di luar negara (tapi sifupun tak tau di mana yang ada offer kewangan Islam).

    Harapan sifu anda akhirnya akan berjaya juga mencapai cita-cita awak.

  72. Nurul berkata

    salam,
    saya nak tnya skit leh x???…saya nie lepasan politeknik..saya amik sijil penyimpan kira(hpnm:2.68)..rasa hati nak smbg belajar tp xtau nak wat kat mane…
    saya ingat nak smbg dip kat politeknik juga sbb kalo amik kat poli,leh amik dalam masa setaun stengah kan(tok pjj)..saya mmg kene amik pjj sbb saya dah berkerja kat gomen,baru jer 8 bulan…
    masalah nya, politeknik paling dekat yang saya boleh smbg ikut cos saya nie kat POLI PD..jauh plk bila dfikirkn tang kos tmbg+umah sewa+penat nak ulang alik tiap2 mggu…uiihh,byk nak pakai duit la…dah la baru keje kn…macam maner ekh??…bila pkir byk sgt mslh nie,mula la give up kn..tp ati still kuat rasa nak smbg blaja…
    tolong sifu….

  73. sifu2b berkata

    Nurul,
    cuba risik mana-mana IPTS yang berdekatan dengan tempat tinggal atau kerja saudari, mana tau ada peluang sambung belajar. Selain dari itu, sifu pun tak tau nak tolong apa lagi.

  74. halimi berkata

    assalamualaikum sifu

    saya halimi

    saya belajar bidang farmasi kat IPTS(kolej Masterskill)
    result saya dapat 3.5 pointer..

    boleh tak lepas ni saya nak mintak IPTA plak
    takut2 apply tak dapat sebab apa bila sambung blajar dekat Masterskill untuk ambil ijazah kosnya dah nak naik 100K…takut betul tgk hutang bertimbun nieh..

    harap2 dapatlah reaksi positif

  75. sifu2b berkata

    Halimi,
    Tanya pihak Masterskill adakah diploma mereka dikitiraf oleh pihak JPA dan KPTM. Juga hubungi pihak Kem. Pengajian Tinggi malaysia, dan tanyakan adakah diploma masterskill diiktiraf atau tidak. Jika diiktiraf, maka sudah pastilah anda boleh memohon ke IPTA. Tinggal lagi adakah anda bertuah mendapat tempat atau tidak.

    Apa-apapun, Sifu menasihatkan Halimi jangan ragu-ragu memohon ke IPTA.

  76. syed berkata

    salam…saya adalah pelajar politeknik…dan mengambil masa 1 tahun lagi untuk tamat..disini saya nak tanya cam mana saya nak sambung belajar ke peringkat ijazah..berapa cgpa yang diperlukan…..jika cgpa saya hanya 2.80 masih adakah peluang untuk saya untuk sambung ijazah di ipta

  77. puteri berkata

    salam sifu….
    sekarang saya belajar dekat matrik (akaun)…
    dulu saya tak tau yang matrik ni susah…
    tapi..bila final exam sem 1 baru2 ni..baru la saya tau bertapa susahnya matrik nih…
    terutama subjek math…
    math ni penting sangat ke??
    mase ups hari tu…math yang membuatkan saya dapat pointer rendah…
    akaun nih ade sangkut paut dengan math ke??

  78. sifu2b berkata

    Puteri,
    kalau awak belajar di T6 pun awak akan kata subjek STPM susah. Sebabnya awak kita berada di tahap terakhir fasa pendidikan pra-ijazah. Subjek matematik amat penting dalam dunia moden, baik dalam bidnag kejuruteraan mahupun bidang perniagaan dan juga perakaunan. Oleh itu sedikit sebanyak, kemahiran dan kebolehan anda menguasai matematik akan membantu anda:
    a – mendapat CGPA tertinggi yang boleh
    b – mendapat peluang sambung belajar kerana ia turut diukur dalam penilaian MERIT pemohon (contohnya dari subjek SPM – matriks pula CGPA dan merit)
    c – masuk bidang perakaunan peringkat ijazah

    Apa-apapun berusahalah lagi. jangan biarkan kekecewaan anda meng’halal’kan kegagalan anda nanti.

  79. alif berkata

    saya pelajar matrik..cikgu sy nak tanya boleh tak kalau sy nak mohon diploma untuk sesi kemasukan ke ipta 2010/2011 dengan menggunakan keputusan spm 2008?

  80. alif berkata

    kalau la saya dapat mohon cikgu…macam mana nak isi bahagian kokurikulum tu?kalau dulu mase form 5, pihak sekolah yang uruskan..tapi sekarang kena buat sendiri…maklumat kokurikulum tu pihak kementerian pengajian tinggi ke yang selaraskan?

  81. sifu2b berkata

    Alif,
    Isi sahaja diruang yang disediakan. Pihak MOHE akan berkomunikasi dengan MOE untuk pengesahan status ko-kurikulum anda, termasuklah gred markah ko-kum anda.

    Sila baca nasihat sifu tentang hal permohonan spm 2008 itu di post lain awak.

    AWAK ni dah berhenti matriks kah?

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>