Soalan Prinsip Perakaunan SBP & MRSM

Di sini akan memaparkan soalan-soalan percubaan tahun-tahun lepas bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Soalan Percubaan dari Negeri-negeri Lain boleh diperoleh di sini (klik sini)

Sifu ingin mempelawa jika ada sesiapa, terutamanya guru-guru, yang sudi berkongsi soalan-soalan SBP masing-masing, bolehlah menghantar kepada sifu di emel ini, blogsifu2b@yahoo.com. Kalau tak ada cadangan jawapan pun tak pe, sifu sudi menyediakannya. Hak cipta soalan itu kekal kepada pemilik asalnya.

Soalan MRSM tak ada masalah kerana ia ditawarkan di lamanweb MARA (URL terkini-2009).

Cadangan Jawapan Tak Rasmi Prinsip Perakaunan SPM MRSM =>| 2005 || 2006 || 2007 | 2008 |

[dikemaskini pada 1 Jun 2009]

61 responses

  1. Pira, sorry blog is solely for Accounting principles subject and SPM level.

  2. Dapatkan juga soalan percubaan dari negeri lain melalui forum rakan guru berpengalaman sini.

  3. saya mahukan soalan mrsm..
    prinsip akaun pnye…

  4. Koala boleh download sendiri soalan MRSM di sini. Skema (tak rasmi) mrsm 2007 prinsip perakaunan di sini.

  5. tak boleh download soalan percubaan MRSM,mcm mana?

  6. Eric, server MARA mgkn mengalami mslh teknikal, atau kita panggil ‘downtime’ Sifu tak dapat nak tolong kalau bab tu.

  7. bolehkah sifu send kat saya?

  8. Sori, saya tak dapat. tapi eric lawati http://edu.joshuatly.com. Mgkn ada salinan (mirror)

  9. nak banyak lagi soalan & jawapan perlulah disediakan bagi memudahkan semakan untuk setiap soalan yg dibuat oleh pelajar…

  10. Kalau soalan saya buat, saya akan sediakan jawapan, tapi untuk soalan organisasi lain, saya hanya buatutk PAK dari MRSM.

  11. sifu,tolong send kat mail saya soaln2 MRSM punye!

  12. Ana, baik ana dwnload sendiri, lagi baik.

  13. spm nanti, dalam buku jawapan ada sediakan kertas lejar,jurnal,buku tunai ke? atau kena buat sendiri?

  14. Dashima, yang tu, sifu sendiri sedang menunggu bagaimana bentuk buku jawapan, jika ada, yang akan diperkenalkan tahun ini. Tahun-tahun sebelumnya, pelajar hanya disediakan kertas jawapan dalam bentuk helaian buku tunai, jurnal, lejar dan kertas kajang.

    Good luck this thursday.

  15. Saya ni baru nak belajar asas akaun..
    Boleh tolong beri tunjuk ajar

  16. insyaallah, kita berusaha bersama-sama

  17. x nmpk pe2 pn….

  18. Mira kena bijak mencari bahan dalam blog. Blog berbeza dgn lamanweb HTML. So nasihat sifu ialah, bila dah masuk mana-mana post, sila klik butang HOME/HALAMAN UTAMA (di atas kiri), di situ mudah utk mencari post yang dihajati atau apa-apa bahan yg disediakan di blog ini. Anda pelajar tingkatan lima? Sila lihat Pre-Exam Series di atas sekali dan dipersilakan memuatturun soalan-soalan.
    Sila ambil perhatian bhw blog ini termasuk juga perbincangan umum, bergantung kpd di mana pengunjung meninggalkan komennya.

  19. saya pelajar f4.saya kuranr faham konsep lejar.boleh sifu memberi tunjuk ajar?

  20. Wani, boleh tapi tak dapat sekarang. Sifu sedang sibuk memeriksa kertas jawapan Ujian 1. Lain kali boleh?

  21. Izzah Insyirah

    saya baru sahaja membuke laman web ini…saya pelajar utp…saya ingin mengetahui lebih banyak maklumat lagi tentang web ni…

  22. Izzah Insyirah,
    Ada apa yang sifu boleh bantu? Sifu lebih mudah memberi bantuan jika berkaitan dengan subjek perakaunan SPM tetapi perakaunan peringkat lain pun insyaallah sifu boleh tolong, jika relevan.

  23. mcm ne nk dpt mrkh byk?
    lg2 buku tunai,ssh btol nk dpt mrkh..
    mse pekse ari 2 dpt mrkh pun ckup2..
    bg la tips cket..
    sy nk taw sgt..plz…

  24. Eiqah,
    Semua jawapan mesti tepat dan betul, dapatlah markah maksimum. Perakaunan adalah peraturan yang dah ditetapkan tak boleh diubah suai. Kalau debit, maka debitlah, kalau kena tulis tarikh, butiran, amaun di lajur tertentu itu, maka buat seperti itu juga dan tak boleh ubah. Ia adalah amalan sedunia. Mana-manapun awk pergi akan gunakan kaedah yang sama 100%. So dalam SPM, kami guru dan pemeriksa tidak ada pilihan selain menguatkuasakan peraturan itu juga. Sifu nasihat Eiqah tetapkan dalam diri patuh kepada ‘disiplin’ perakaunan itu seratus peratus. Dalam perakaunan kita tak perlu tulis ayat, kita tulis perkataan sahaja. Dalam BT misalnya, beli barangniaga secara tunai RM1000. Maka pelajar mesti (tidak boleh tidak) hanya perlu tulis dilajur butiran perkataan “BELIAN”. Tak perlu nak tulis “beli barang niaga” atau “Belian barangniaga”. Memang semua pengamal dan ilmuwan perakaunan sudah maklum jika dalam Buku Tunai, di sblh kredit ada perkataan BELIAN dan amaunnya Rm1000, maka kita semua dah tahu, itu mesti urusniaga beli barang untuk dijual semula (barangniaga) dengan amaun RM1000 dibayar secara tunai. Kita amalkan sistem yang mudah, tepat, informatif dan pantas. Bukankah itu lebih senang?
    So study smart, buat latihan khas untuk S1 Kertas 2 tu, sfu cadangkan tak kurang dari 7 kali-full set. Cubalah sambil patuhi semua peraturan, prinsip perakaunan. Sifu percaya kali ke-8 anda akan tepat dan pantas. Cubalah.

  25. boleh tak sifu antar kat saye contoh2 soalan prinsip akaun…thn sblm nie please…

  26. aslamualaikum…. sifu leh x tlg bg tip bg ada minat nak stdy akaun

  27. Amar Bboy12,
    Tips minat study akaun? Senang je, tepuk dada tanya selera. Tanya hati, adakah anda memang nak tahu dan berilmu akaun atau tidak. Kemudian, tanya diri lagi, adakah anda belajar ini untuk orang lain atau diri sendiri, dan tanya lagi adakah anda belajar ini dapat manfaat atau tidak.
    Dari jawapan itu akan menimbulkan minat awak belajar akaun, dan mana-mana subjek yang perlu dipelajari. Tahu tak Amar, ilmu tu senang dicari, tapi mengekalkannya di dalam otak atau hati itu yang sukar. Umpama menampal kertas ke dinding. Ada dua pilihan, basahkan kertas dan tampal ke dinding. ia akan melekat buat seketika tetapi apabila air itu kering, kemungkinan kertas itu akan terlepas dari dinding. Cecair yang terbaik ialah gam. Tak perlu basahkan kertas tetapi sekali ia telah melekat, ia akan terus melekat. Gitu juga dengan belajar ni, nak tak nak aja. Setakat baca buku tanpa mengetahui tujuan dan cara yang betul, maka ia setakat ingat hari tu je, mahirnya belum tentu. Tetapi apabila dipelajari dengan komitmen yang betul dan cara yang betul, barulah ia akan kekal diminda kita. Minat mesti juga diperoleh melalui keinginan mahu tahu dan inginkan manfaat dari ilmu tersebut. Manfaat umum ialah dapat 1A dlm SPM dan dapat masuk U.

  28. Saya mahu soalan extra prinsip perakaunan yang terkini,bagi high skul punya….sifu plez send ke email saya…….plez,tq..

  29. saya perlukannya segera

  30. QUESTION 1

    Ring Trading owned by Encik Azahan started its business on 1 June 2005. The following transaction relate to Ring Trading for the month of June 2005.

    DATE TRANSACTIONS
    1 June 2005 Encik Azahan invested RM5,000 of his money to
    the business and deposited the money into the
    business bank account
    3 June 2005 Purchased goods from Selesa Trading cost RM3,700
    on credit
    6 June 2005 Bought second hand delivery van at a cost of
    RM30,000 from Mewah Automobile and paid a
    downpayment of RM10,000 by cheque, the remainder
    to be paid by monthly installment
    10 June 2005 Sold goods on credit to Pn Ramlah RM1,250
    13 June 2005 Encik Azahan withdrawn business money from bank
    RM500 and took goods worth RM150 both for his
    personal use
    18 June 2005 Issued cheque to Selesa Trading RM2,500
    20 June 2005 Pn Ramlah returned defected goods amount RM250
    25 June 2005 Received cheque from Maybank Finance RM20,000
    for loan
    29 June 2005 Pn Ramlah paid the amount owes after deducting
    goods returned by cheque

    Required:

    For each of the above transaction, show the effects of transactions on the accounting equation as shown in the example below:

    Transaction ASSET EXPENSESCAPITAL LIABILITY REVENUE

    ex:Paid salary RM200 cash Cash – Salary exp +

    Question 2

    Encik Othman set up business under the name Ilqam Enterprise on 1 July 2005. The following transaction occurred during the month of August 2005

    August 2005

    2. Bought fixtures and fittings from rattan Furniture Center RM8,000 on credit

    3. Invoices received from :

    Fre Trading- List price RM10,200, trade discount 2%
    SX Enterprise- List price RM9,800

    10. Received a credit note from Fre Trading for goods returned, amounted to RM700

    16. Credit sales to Aman, RM16,500 and to Amin RM12,700

    18. The owner took RM1,300 worth of goods and gave it as present to his nephew

    21. Paid rental of the shop by cheque RM1,200

    24. Received cash from a customer for goods purchased amounted to RM7,300

    25. Received a cheque from Amin as part payment of his account amounting to RM8,000

    28. Paid cash for office expenses of RM300

    Required:

    a) Record the above transaction in the following journal
    a. General Journal
    b. Purchases Journal
    c. Sales journal
    d. Return inwards or returns outward journal
    e. Cash payment journal
    f. Cash receipt journal

    b) Prepare the relevant account

    c) Close all accounts and prepare the Trial balance

  31. jaw utk ques 1

    asset expenses capital liability revenue
    01/06 bank+ capital+

    03/06 purchase exp+ selesa trading+

    06/06 cash- purchase van+ mewah auto+

    10/06 pn ramlah+ sales rev+

    13/06 cash+ drawing+ capital-

    18/06 bank- selesa trading+

    20/06 pn ramlah- sales rev-

    25/06 cek+ loan fr
    MF +

    29/06 bank+ pn ramlah-

    Cg ini adalah jaw sy..klu salah tolong tunjukkan terima kasih

  32. Sifu yang dihormati,
    saya baru saja pulang mengikuti satu kursus berkaitan dengan perakaunan iaitu berkaitan dengan tajuk pelarasan pada hari imbangan. kemusykilan saya ialah pada tajuk hutang lapuk, peruntukan hutang lapuk dan belanja hutang lapuk. kaedah yang diajar oleh pegawai latihan itu sangat berbeza dengan yang saya pelajari sebelumnya. jadi saya minta petunjuk dari sifu. Biarlah saya beri soalan tersebut kepada sifu. Baki Peruntukan Hutang Lapuk RM300. baki Penghutang RM8660. Pelarasan yang diminta, Hutang lapuk dihapuskira ialah sebanyak RM160. Peruntukan Hutang lapuk yang baru ialah2%. Mohon bantuan sifu untuk selesaikan. terima kasih Sifu.

  33. Erissa,
    Okay sifu cubalah.
    Dari maklumat yang Erissa beri dapat sifu ringkaskan seperti berikut:

    Dt. penghutang 8660
    Kt. PHR/PHL 300 (kadang kala ada pihak tertentu mencatatkan PHR sebagai PHL)

    Langkah pertama: kenal pasti adakah HL sudah wujud atau tidak.
    HL Tidak wujud, maka penghutang RM8660 itu adalah nilai sebelum HL.

    langkah dua : hapuskan hutang lapuk RM160
    Dt. Hutang Lapuk RM160
    Kt. Penghutang RM160

    Ini menyebabkan baki penghutang akhir ialah RM8500 (RM8660 – RM160)

    langkah tiga : kira PHR baru – 2% (andaian sifu setahun-tapi Erissa tak nyatakan)
    Jumlah PHR baru = kadar PHR x baki penghutan akhir,
    ” = 2% x RM8500
    ” = RM170

    Kesannya ialah PHR mesti dikurangkan.

    Langkah empat : pelarasan PHR bagi tahun semasa.

    Dt. PHR RM130
    Kt. Untung rugi RM130
    (merupakan pengurangan PHR supaya baki akhir ialah RM170)

    atau kaedah lain
    saya panggil ia kaedah accounting ala-british – dah kurang popular tapi semasa saya belajar dulu ada buat macam ni. Kaedah atas lebih pantas ala-american)

    Dt. PHR RM130
    Kt. Pengurangan Hutang Ragu RM130
    (Pelarasan : merupakan pengurangan PHR supaya baki akhir ialah RM170)

    Dt. Pengurangan Hutang ragu RM130
    Kt. Untung Rugi Rm130
    (Pindah akaun-akaun hasil ke akaun untung rugi)

    Saya tak tau apa yang beza, tapi seingat sifu beginilah langkah-langkah yang sepatutnya dibuat.

  34. Sifu yang dihormati,
    Di sini saya ingin kemukakan jawapan yang diberikan oleh pegawai latihan ketika saya menghadiri kursus berkenaan untuk dikongsi bersama. Menurut beliau catatan yang dibuat adalah seperti berikut

    Dt Akaun Penghutang 8660
    kt Hutang lapuk RM 160
    so baki penghutang 8500
    ini tidak ada masalah memang catatan ini tepat. Biarlah saya tunjukkan catatan dalam Akaun PHL yang diberi oleh pegawai latihan itu

    Akaun Peruntukan Hutang Lapuk
    Penghutang 160 Baki b/b 300
    baki h/b 170 Hutang lapuk 30
    330 330
    So belanja hutang lapuk sebanyak RM30 sahaja yg dipindah ke akaun untung rugi di sebelah perbelanjaan. Apa pandangan sifu terhadap jawapan ini?

  35. Erissa,
    oh yang itu. Setakat yang sifu ingat memang ada kaedah sebegini digunakan. Ia tidak dianggap salah, tetapi bukanlah kaedah yang diajar dlm semua buku popular (apa-apapun ia diluar skop SPM lah)

    Baki hutang lapuk RM30 itu ialah kesan bersih terhadap:
    kesan baki Dt Hutang lapuk RM160 [tolak] kesan baki Kt. pengurangan hutang ragu RM130. Kedua-duanya diakhir tempoh perakaunan akan dipindah ke untung rugi, maka pendekatan yang erissa kongsi itu meringkaskan kedua-duanya.

    Apa yang sifu tahu ialah hutang lapuk yang sudah pasti berlaku sebaiknya di’write-off’ terhadap akaun individu penghutang berkenaan secara langsung. Kt. penghutang individu tadi, dan kesannya wujud akaun hutang lapuk dlm lejar am.

    Tetapi jika peruntukan hutang lapuk disediakan, maka ia menggantikan fungsi peruntukan hutang ragu DAN hutang lapuk sekaligus.

    Dt. Peruntukan hutang ragu RM160
    Kt. Penghutang RM160
    (merupakan hutang lapuk kerana En. Ali muflis)
    Komen sifu : ia boleh berlaku bila-bila masa sepanjang tempoh perakaunan

    Pelarasan di akhir tempoh perakaunan pula berlaku di tarikh terakhir tahun perakaunan, maka peruntukan hutang ragu akan menyebabkan catatan pelarasan dalam jurnal am seperti berikut:

    Dt. Hutang lapuk RM30
    Kt. Peruntukan hutang lapuk RM30
    (merupakan pelarasan bagi hutang lapuk dan peruntukan hutang lapuk)
    NOTA : RM30 adalah NILAI PENGIMBANG (BALANCING FIGURES), alah macam kalau buat pelarasan untuk akaun stok alat tulis, macam tulah kaedah mencari nilai pengimbang.

    Kesimpulannya,
    boleh diguna pakai, tetapi kalau Erissa cikgu, JANGAN! kecuali silibus kita ditukar/ditambah, barulah kita ajar cara ini.

    WACANA SIFU:
    Pendekatan yang sedia ada mudah difahami kerana mengikut falsafah amalan perakauan ala-british, semua transaksi ‘mesti’ ditunjukkan satu persatu ke dalam buku catatan pertama dan lejar. Pendekatan ala-amerika (yang telah menular msk dlm amalan perakaunan di Msia dan negara lain) yang juga diterima pakai, tidak menetapkan aspek ini selagi ia tidak signifikan. Oh ya, sifu gunakan perkataan ala-amerika dan ala-british merujuk kepada pendekatan beberapa aspek kecil sahaja, umpama mazhab atau pegangan. Ala-amerika digunakan oleh akauntan yang belajar di amerika. ala-british digunakan oleh akauntan yang belajar di Britain atau negara komanwel lain. Dulu semasa belajar di UPM, majoriti buku yang sifu gunakan sebagai rujukan adalah standard ala-british. LCCI contohnya ala-british. Apabila beli atau pinjam buku dari America, sifu dapati dalam beberapa aspek simpan kira, seolah-olah adanya kecenderungan buku terbitan dari USA menggunakan pendekatan ‘short-cut’. Antara buku yang pernah sifu gunakan sebagai rujukan utamaa ialah Accounting oleh Horngren (dan rakan). Tetapi apa pun kaedah yang digunakan dalam hal penetapan hutang lapuk, peruntukan hutang lapuk, allowance hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, selagi ia menjelaskan bahawa ia mempunyai kesan negatif (kredit) kepada penghutang, maka ia dikira betul. Sebarang belanja hutang lapuk mesti dikreditkan ke akaun penghutang berkenaan supaya akaun yang di’writeoff’ itu ditutup. Apapun kesannya kepada untung rugi, jika signifikan, maka ia mesti ditunjukkan. Begitulah apa yang sifu faham.

    Jika sifu salah, tolong beritau sifu segera. terima kasih.

  36. Sifu yang dihormati,
    saya sangat berpuas hati dengan jawapan yang sifu berikan, sekaligus telah menghilang rasa hampa dan kecewa saya bila saya telah menggunakan kaedah yang sifu terangkan sebelumnya dalam menyelesaikan soalan ini tapi tidak diterima pakai. Ya saya memang seorang guru so itu yang menyebabkan saya sangat kecewa kerana semasa belajar dahulu dan begitu dalam buku teks dan mana2 buku rujukan yang saya rujuk tidak pula mencadangkan kaedah itu. Jadi terima kasih sekali lagi sifu. Semoga sucess selalu utk sifu dan saya akan terus berkongsi apa saja berkaitan perakaunan dengan sifu.

  37. Cg Erissa,
    Baguslah cam tu. Sifu sentiasa menunggu dan menerima sumbangan dari rakan seprofesion guru.

  38. sape de soalan rmln SPM 2008 mail me at pieces_1003@yahoo.com

  39. sifu, saya nak tanya ni….
    sifu ade x soalan trial mrsm pa 2008?????
    kalau ade boleh x sifu upload?????

  40. Naruto007,
    Belum ada lagi.

  41. sifu,
    soalan percubaan spm mara n sbp thn 2008 ada x?

  42. Tieyqah,
    Sifu masih menunggu salinan dari MRSM. Soalan SBP untuk prinsip perakaunan sebenarnya disediakan oleh pihak sekolah masing-masing. Tidak ada soalan khusus dari bahagian Sekolah Berasrama penuh Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk itu Tieyqah boleh rujuk soalan dari sekolah Alam Shah (SAS) yang merupakan salah sebuah asrama penuh.

  43. sifu saya nak tanya something abaut program asasi dan diploma. kalau ada rezeki saya bercadang nak sambung pelajaran ke asasi alam bina kat universiti malaya. program asasi tu 2tahun. tapi kawan saya kate kalau ambil asasi dua tahun then degree kene 3 tahun total 5 tahun. tapi kalau ambil diploma 3tahun, degree 2 tahun shj sama gak 5tahun. and sijil diploma boleh guna utk cari kerja tp sijil asasi xvalid utk cari pekerjaan. so can u help me? please

  44. assalamualaikum….

    sifu,
    saya sekarang bekerja sebagai kerani akaun, nak tanya cam na nak rekod untuk pelaburan.

  45. AZIAH,
    cuba terangkan pelaburan yang bagaimana?

    Secara umumnya, Pelaburan adalah sejenis aset. Dalam MAS pelaburan mesti dilaporkan secara berasingan dari aset semasa mahupun aset bukan semasa. dalam penyata pendapatan ia mesti dilaporkan dalam header/tajuk sendiri.

    Tetapi dari segi catatan bergu, ia adalah menyerupai catatan aset yang dimiliki.

    Dt. Pelaburan yang dimaksudkan
    Kt. Bank (jika dibayar dengan cek)

    Adakah ia membantu anda?

  46. Sifu,

    Terima kasih kerana membantu.

    Ia adalah pelaburan biasa dengan pihak bank, cuma saya keliru samada pelaburan ini katogeri liabiliti atau aset.

    TQ

  47. Pn/Cik Aziah,
    Pelaburan biasa dengan bank tu adakah anda maksudkan Simpanan Tetap, atau Akaun Simpanan Al-Mudharabah spt dalam Bank Islam itu?

    Jika benar sedemikian, dari segi teknikalnya, setakat yang saya masih ingat, ia bukanlah pelaburan dalam definisi Malaysia Accounting Standard. Ia adalah item berkaitan tunai yang tidak WAJIB untuk dilaporkan sebagai Pelaburan. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pelaburan boleh dilaporkan secara berasingan dalam Peny.Pendapatan, tetapi dalam hal simpanan tetap atau simpanan mudharabah, ia adalah tunai di dalam bank juga.

    Dt. Simpanan Tetap
    Kt. Tunai/bank

    Dalam Penyata Pendapatan ia boleh dilaporkan dalam Aset semasa terutamanya jika tempoh simpanan kurang dari 12 bulan.

    Apa-apapun, anda digalakkan merujuk dengan lebih dekat lagi Piawai pelaporan penyata kewangan perniagaan.
    Sekian

  48. Sifu,

    Saya dah semak, memang ia simpanan tetap. tima kasih untuk penerangan sifu.. ia sangat2 membantu..

    TQ

  49. sifu..

    tanyer sikit, selain P. Akaun.. saya juga mengajar Ekonomi Asas.. saya cuba mencari bahan di Internet tapi x jumpa.. Sekiranya ada, boleh sifu atau sesiapa sajer berkongsi bahan atau laman web ..

    TQ.. jika perlu, mungkin saya akan membuka blog ekonomi asas..

  50. ckgu amri,ada jwpn ekonomi asas x utk spm 2008??

    sifu,bile mau upload jwpn spm p.a. 2008?

  51. Cg Amri, saya lagi suka cikgu buka lamanweb ekonomi asas. memang bahan teramat kurang di internet. Tak ramai individu pengajar yang sanggup berkongsi bahan secara percuma.

    Blog ini wujud pun pada asalnya sebab nak jadi seperti Cg narzuki, berkongsi bahan secara percuma. Ramai orang nak buat duit, baguslah. Tapi saya masih berasa lebih sihat hidup ini jika berkongsi dengan niat baik, selagi orang lain juga hormati sumbangan kita, tidak tukar nama kita dengan nama lain, dan jaga etika berinternet dan saling-hubungan antara blog atau lamanweb.

    Zedin, sifu belum berpeluang menjenguk soalan PAK 2008. Kalau dah ada soalannya, sifu akan usahakan dalam cuti bulan Mac nanti, tak janji tapi sifu cuba luang masa.

  52. kepada zedin,

    Skema jawapan untuk E.Asas..saya tidak buat panduan lengkap lagi..selalunya saya akan berbuat demikian bila buku edaran Cerdik itu keluar..saya akan bincang bersama pelajar..selalunya selepas peperiksaan pertengahan tahun..Jika ada kesalahan atau penambahbaikan , saya akan terus baiki di dalam kelas…

    kepada Sifu,
    Laman web E. Asas… laman web tu x pandai ler..tapi blog blogspot adelah pandai sikit.. apapun, saya masih cuba untuk mengumpul input.. jika ada dari mane sekolah dan daerah, kita boleh berkongsi bersama…
    Tentang blog, insyaallah..jika masih tidak berjumpa platformnya, say akan menghasilkannya..

  53. sifu..
    saye nak format prinsip akaun 2009..
    tak jumpe pon..
    sifu send kan kat emel saye bole?
    please…..

  54. sifu…
    saya pon nk format utk p.akaun nie..
    n camne nk kuasai subjek nie…???
    leh sifu bg ptunjuk sikit…
    say harp sngat..
    sent laa kat emel sya k…

  55. askom sifu…………
    sy ada masalah sifu….
    saya xdpt nk bg masa nk ulg kaji p.akaunan…
    bleh ckgu tllg saya ckgu????????????
    plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

  56. Jepon,
    Apakah bantuan yang diperlukan?

  57. salam.
    cikgu..saya tertarik dengan skema permarkahan 2008 yang sifu buat. tapi saya ada sedikit masalah harap sifu dapat membantu…apa bezanya permarkahan (1) dengan ( 1OF)….apa maksudnya?

    terima kasih.

  58. Naz,
    Markah 1 dan 1OF membawa maksud 1 markah, sama sahaja. Tetapi dari segi teknikal, 1OF adalah markah khusus yang merujuk kepada catatan yang tetap diterima sebagai betul walaupun nilai tertulis adalah salah berbanding skema disediakan.

    Contohnya, untuk mendapat nilai KOS JUALAN, pengiraan Kos Jualan adalah melibatkan Stok Awal + Belian Bersih – Stok Akhir. Jika nilai diberi salah akibat dari kesilapan semasa menjumlahkan (atau ada pelajar kata, salah calculator, hehehe), tetapi dari pemeriksaan di dapat nilai stok awal, belian bersih dan stok akhir adalah TEPAT dan operasi matematik + – juga tepat, maka disahkan bahawa kesilapan nilai Kos Jualan adalah akibat kesilapan penghitungan sahaja. Jika KJ ada peruntukan 1OF, maka markah diberi ke atas Kos Jualan walaupun nilai sebenar yang terdapat di atas kertas tidak sama dengan nilai sepatutnya.

    Harap penjelasan sifu memadai untuk anda.

  59. salam sifu..ribuan terima kasih

  60. blh bagi tips tak? konsep lejar ni saya tak faham la. saya tak faham bagaimana suatu urus niaga tu nak direkod kat debit atau kredit untuk sesuatu akaun tu.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 147 other followers

%d bloggers like this: