Modul Latihan Kendiri Intensif

Segmen Modul Latihan Kendiri Intensif akan memfokuskan kepada bahan rangsangan yang direka khusus mengikut bab, topik atau kemahiran tertentu sahaja. Kebanyakan bahan dalam segmen ini sesuai digunakan untuk latihan kendiri pelajar di rumah, di dalam kelas bimbingan/tambahan atau kelas intensif. Sebagai permulaan, saya menawarkan modul simulasi kitaran perakaunan yang telah saya sediakan pada tahun 2005 lagi, percubaan pertama menghasilkan bahan sendiri. Kenapa? pada tahun itu, saya mendapat dorongan dari seorang pelajar yang seolah-olah inginkan cabaran tambahan. Untuk itu saya cipta soalan ini khas untuk dia dan selepas itu saya turut tawarkan kepada pelajar berpotensi yang lain. Pelajar pertama tadi mendapat gred 1A dalam SPM pada masa itu. Selepas itu saya menawarkannya kepada pelajar tahun 2006 dan pelajar bukan kelas saya. Tetapi ia lebih kepada bahan tambahan, tidak ada paksaan untuk menjawab soalan itu. Tetapi tahun 2007, sifu jadikan ia salah satu bahan rangsangan wajib kepada pelajar SPM 2007 dan kini tahun 2008, sifu dah jadikan ia sebagai tugasan (kerjarumah) wajib untuk kelas tingkatan empat. Seperti sebelumnya, sifu turut menyarankan rakan guru sepanitia tingkatan 5 tahun ini untuk kegunaan mereka untuk kelas SPM 2008. Tetapi sudah tentu strategi bergantung kepada guru masing-masing.

Okay, ini dia bahannya,

Set Blog/1/2008

| Fail soalan sahaja (format PDF) | Fail soalan dan templat kertas jawapan (format ZIP) | Set Cadangan Skema Jawapan Lengkap (muatnaik 22/07/2008) | Panduan/Maklumat untuk Guru Baru (dan mungkin juga pelajar) |

TAMBAHAN:
- Bahan untuk pelajar Tingkatan Enam – <
Set Jawapan khas untuk Tingkatan Enam (AMARAN : pelajar SPM JANGAN Muatturun/ DOWNLOAD fail ini) >

Harapan sifu ia akan meningkatkan konfiden pelajar bukan sahaja dalam SPM ini, tetapi juga jika bekerja (terus atau sementara) di sektor swasta. Setahu sifulah, kebanyakan anak murid yang bekerja sementara selepas tamat SPM akan diberi jawatan seperti cashier, pembantu kerani, dan lain-lain.

MAKLUMAN:
SIFU DIBERITAHU ADA KEMUNGKINAN PERUBAHAN KERTAS 2 MELIBATKAN SOALAN DOKUMEN SUMBER. MUNGKIN SOALAN KITARAN AKAUN TIDAK LAGI DISOAL DALAM SPM 2009 DAN SETERUSNYA. TETAPI BAHAN INI TETAP BERGUNA UNTUK MENGUKUHKAN KEMAHIRAN MENYEDIAKAN AKAUN (KEMAHIRAN SIMPAN KIRA) DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR.

  1. Ainnmy
    Julai 15, 2008 at 8:19 pm | #1

    Sifu… saya rasa usaha sifu ini sangat membantu. Semoga Allah membalas jasa baik Sifu kerana banyak memberi kemudahan kepada ramai guru-guru akaun di Malaysia. Terutama sekali guru akaun yg baru seperti saya. Terima kasih banyak2

  2. Julai 16, 2008 at 12:45 am | #2

    Ainnmy,
    Terima kasih kembali di atas sokongan anda.

  3. Ogos 17, 2008 at 8:40 pm | #3

    Jika anda seorang guru atau pelajar yang mempunyai laptop jenis tablet, sifu ada poskan tutorial menyediakan template kertas lejar, jurnal dan buku tunai untuk perisian Windows Journal. Sila baca pos tutorial sifu di http://mytx2032au.wordpress.com/2008/08/17/membina-templat-kertas-lejar-untuk-windows-journal/ . Semoga perkongsian ilmu ini sama-sama mempertingkatkan kreativiti dan kemahiran pengajaran kita semua.

  4. zatie
    Ogos 21, 2008 at 5:11 pm | #4

    Zatie:nape saya langsung tak boleh score dalam akaun..ssah sgat la..cam ner nak jwb trial nnti???tensionnya

  5. Ogos 22, 2008 at 8:25 am | #5

    Zatie,
    Mungkin awak kena belajar lebih lagi. Sifu cadangkan Zatie fokus dahulu kpd soalan yang bernilai markah terbesar.
    Soalan 1 dijangka masih ditanya dlm SPM 2008, maka kmgkinan masih mempunyai markah 27-29 markah. Walaupun Zatie lemah, zatie usaha lagi dan lagi dlm Soalan 1. Itu yang sifu dah cadang, bimbing dan latih anak-anak murid sifu yang lemah, akhirnya SPM 2007 lepas, semuanya lulus (kecuali 1 org yang tak dapat dibantu kerana ia dah tak endahkan SPM(?)), dan ada jg yg berjaya yakin dan belajar lain sehingga mencapai gred Kredit, 6C. Tu dah peningkatan lebih tu, betul tak?

    Bila Zatie dah dapat perbaiki pencapaian dlm kemahiran khas utk S1 tadi, barulah Zatie fokuskan kpd soalan pelarasan atau mgkn fokus kpd beberapa kemahiran yang popular dlm T5. Utk lulus Zatie, penguasaan tidak semestinya semua. Itu utk orang yang sudah bersedia dan mahir sejak T4. Jika zatie tergolong dlm kump pelajar yang sentiasa lemah dlm kemahiran asas T4, maka zatie fokuskan dahulu kpd pembetulan/penambah baikan utk kemahiran T4, baru kemudian ke T5.

    Jika anda pelajar berdekatan dgn kawasan Putatan, K.K. atau lebih-lebih lagi di Papar, bolehlah maklumkan kpd sifu di sini.

  6. cikgu akaun
    September 19, 2008 at 11:24 pm | #6

    saya cikgu sekolah KL nak modul prinsip perakaunan boleh tak ?

  7. cikgu akaun
    September 19, 2008 at 11:26 pm | #7

    nak modul prinsip perakaunan form 4 and form 5?[sori salah taip]

  8. September 20, 2008 at 2:16 am | #8

    Cikgu Akaun,
    Setakat ini, hanya kemahiran simpan kira yang ada saya cipta sepertimana yang dinyatakan di atas. Insyaallah jika ada bahan lain tulisan saya sendiri, saya akan muatnaik dari semasa ke semasa.

  9. eyta
    November 14, 2008 at 3:28 pm | #9

    cikgu..teda pun dokumen sumber..

  10. ISMI
    November 19, 2008 at 3:02 pm | #10

    askum cikgu…saya dah beli dah buku untuk latihan….bley cikgu tulunkk check tem skul nanti…1 lagi macam mana nak download latihan dalam blog cikgu 2…hehe…say confius bah…

  11. syafiqah
    Januari 4, 2009 at 6:33 pm | #11

    salam… ckgu tlg sy plezzz!!!!
    sy btl2 lemah dlm sbjk nie.. thn nie dah nak spm dah..

  12. syafiqah
    Januari 4, 2009 at 6:38 pm | #12

    mksd sy subjek p.akaun form 4…
    sy minat sbjk nie… tp cara ckgu sy ajar kat sklh tak seswai dgn jiwa sy… sy dah try utk suka dgn cara ckgu tu ajar tp sy tetap tak boleh!! untuk form 5 nie sy tak tahu lagi coz minggu nie baru start sekolah…

  13. fara
    April 9, 2009 at 10:31 pm | #13

    cikgu………..tlg la sy…sy lemh dlm sbjk ni..bagaimna cara untk sy skor sbjk ni……???

  14. April 10, 2009 at 4:24 pm | #14

    Fara,
    Lemah dalam bahagian apa? Utk berjaya memperoleh gred kredit, pastikan anda mampu menyelesaikan soalan 1 dengan markah maksimum. Ia adalah soalan simpankira yang sebenarnya AMAT MUDAH. Walaupun ia digembar-gemburkan sebagai susah, sebenarnya IA LANGSUNG TAK SUSAH. Ia adalah soalan teknikal.

    Juga awak mesti mampu menjawab 20 daripada 40 soalan objek sekurang-kurangnya utk dapat markah gred kredit. Selebihnya awak tanya kemudian selepas AWAK BERUSAHA memandaikan diri kemahiran S1.

  15. April 12, 2009 at 9:39 am | #15

    salam… sifu2b… tahniah atas semua usaha ni… saya banyak rujuk dari sini… tqvm…. betul kata sifu fokus pada soalan yg byk markah… soalan 1… kuasai konsep dan format yg saya tekankan lagi satu utk pelajar2 saya…

    putrajaya akan adakan satu mesyuarat penataran bersama LPM minggu hadapan… dan selepas itu saya akan kongsikan kepada semua guru2 di malaysia…

  16. April 13, 2009 at 7:50 am | #16

    Cgu Sila,
    Terima kasih. Saya menunggu hasil mesyuarat nanti.

  17. shima
    Jun 7, 2009 at 4:35 pm | #17

    sifu,
    saya nak contoh buat lejer boleh tak? tq

  18. Jun 7, 2009 at 6:26 pm | #18

    Shima,
    Awak sepatutnya boleh rujuk mana-mana skema jawapan yang sifu sediakan di dalam blog ini. Surf baik-baik, ada jawapan cadangan tak rasmi MRSM yang ditulis sifu sendiri (memandangkan MRSM TAK PERNAH keluarkan skema rasmi di internet), dan juga skema SPM 2007 dan tak lama lagi SPM 2008.

  19. Jun 8, 2009 at 6:02 am | #19

    Assamulaikum wbt! Sya mmg mnat PA tp sya xpndai bg msa tlg sya?

  20. Jun 22, 2009 at 10:46 pm | #20

    salam..sifu bleh x tolong saya dalam pa cuz saya still lemah lagi la..mid year exam saya dapat d je..saya lemah dalam mmbuat dokumen perniagaan dan pnyata pendapatan..bleh x bgtau tips atau formula yang mudah untuk saya ingat dan faham..saya harap sifu dapat bantu saya sbb saya sgt minat pa dan nak scre a..

  21. Jun 23, 2009 at 5:22 pm | #21

    Nadiah,
    Apakah bentuk bantuan yang dikehendaki? Jika nak soalan, ada pelbaga set soalan boleh dimuatturun dari blog cikgusila.blogspot.com. Jika nak selain dari itu, silalah maklumkan kepada sifu. Jika dapat ditolong secara online, akan sifu pertimbangkan.

  22. e-0ne92
    Julai 19, 2009 at 11:10 pm | #22

    tolong sya ckgu……..sy lemah sngat dlam prinsip akaun ni…sy risau sngt trial dh dkt….

  23. Julai 19, 2009 at 11:24 pm | #23

    E-One92,
    sifu memang dah tolong melalui artikel “RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM”, yang mungkin awak dah baca (eh, dah baca dengan telitikah?)

  24. Shah
    Julai 21, 2009 at 11:46 pm | #24

    Sifu, saye baru sahaja ambil bidang perakaunan (SEBELOM INI BIDANG SAINS TULEN).. Pakej saya tertukar kerana saye berpindah ke sekolah lain.. jadi, saya perlu belajar dari Bab 1 (TINGKATAN 4) hingga ke imbangan duga.. jadi saya tak paham (APE ITU PERAKAUNAN)..

    saya harap sifu dapat bantu saya secara ONLINE…

    newborn2193@yahoo.com (jika sifu ader YM/windows live messenger)

  25. sifu2b
    Julai 22, 2009 at 7:12 pm | #25

    Shah,
    Soal-jawab spesifik tentang sesuatu kemahiran (topikal) boleh diajukan di Segmen Interaksi Guru-Pelajar Akaun dan klik mana-mana bahagian yang berkaitan dan tinggalkan persoalan di sana.

    Maaf sifu tak suka YM dan Live Messenger jadi sifu tak pakai langsung. Adalah sebabnya tu; tak salah jika sifu lebih berhati-hati dari serangan virus dan script bahaya termasuklah worm.

  26. ckgu mat
    Julai 26, 2009 at 3:27 pm | #26

    assalamualaikum..
    ada tak laman blog untuk ekonomi juga…boleh share maklumat

  27. Julai 26, 2009 at 6:06 pm | #27

    Ckgu Mat,
    Kalau ekonomi STPM kertas 1, blog kelolaan saya sendiri iaitu http://mikroekonomistpm.wordpress.com/

  28. mar
    Ogos 19, 2009 at 12:06 am | #28

    salam.bley x sdiakn ruangn soalan ramalan spm 2009?

  29. Ogos 20, 2009 at 8:12 am | #29

    Mar,
    Terima kasih di atas idea itu. ia suatu idea yang amat baik. Akan saya fikirkan dan jika ada sesuai, akan diusahakan.

    terima kasih sekali lagi.

  30. aziq_maniac93
    Ogos 25, 2009 at 9:48 am | #30

    cikgu cmne ye sye nk improve kn subjek ney…..cozz mid year ari sye ampir2 gagal…

  31. Ogos 28, 2009 at 4:32 pm | #31

    Aziq,
    tak ada pilihan melainkan lebihkan latih tubi bagi kedua-dua kertas.

    kertas 1 – jawab soalan berulang-ulang. Sebaik-baiknya 6-8 set berbeza yang telah disahkan jawapannya betul/benar oleh guru. maklumlah ada juga buku yang dipasaran yang tersalah cetak jawapan. Latihan sebegini diharapkan akan membantu pelajar faham, ingat dan mengetahui logik sesuatu jawapan terutamanya bahagian kiraan pendek/ringkas.

    kertas 2 – Latih tubi kertas 2 hendaklah dibuat beberapa fasa.
    Fasa 1 – latih tubi S1 hingga cekap dan mampu capai markah penuh 28/28.
    Fasa 2 – selesai fasa 1 baru mula latih tubi fasa 2, khas untuk latihan laporan kewangan – milikan tunggal, perkongsian, akaun kelab dan persatuan dan rekod tak lengkap.
    Jika boleh, dapatkan soalan dengan jawapan yang telah disahkan guru anda. tak kisahlah jika ia buku yang dibeli dipasaran. Minta guru semak skema jawapan dibelakang buku latihan itu.
    Fasa 3 – soalan-soalan tambahan utnuk bab lain.

  32. Miss Sha
    November 8, 2009 at 5:43 pm | #32

    salam sifu..leh tak, sy nk tau psl perakaunan pkongsian iaitu psl gaji, faedah atas modal, faedah atas pinjaman/pendahuluan dari pekongsi.
    trmasuk dengan Penyata Perasingan

  33. Miss Sha
    November 8, 2009 at 5:48 pm | #33

    sifu, tuk perkongsian jgk ni..sy nk mntk sgt ngan sifu berkaitan ngan perakaunan tuk perkongsian iaitu ‘muhibbah rakan kongsi’..’mewujudkan muhibah dalam buku’ dan juga ‘menghapuskan muhibah dalam buku’..tolong ye sifu..perlu sgt2 ni…

  34. mohammad fahmi
    November 8, 2009 at 7:39 pm | #34

    sifu leh x sy nk tau pasal math..sy lemah la math..=(

  35. November 14, 2009 at 6:42 pm | #35

    Miss Sha,
    rasanya soalan ini telah dijawab Cg narzuki di blog beliau. jadi tak perlulah saya jawab di sini.

    Mohammad Fahmi,
    Maaf sifu tak dapat nak beri komen atau bantuan tentang subjek math. Blog sifu ini dikhaskan untuk subjek Prinsip Perakaunan. Apa-apapun, semoga anda berusaha keras lagi mengatasi masalah tersebut kerana subjek math amat penting, teramat penting.

  36. Januari 21, 2010 at 3:56 pm | #36

    apa selalunya yang dtnya utk jwatan pembantu akauntan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers