Kelayakan Matrikulasi ke Ijazah Perakaunan

Kelayakan lepasan matrikulasi dan asasi sains bagi tahun 2007 dan sebelumnya. Perhatikan bahawa syarat kelayakan bagi calon lepasan matrikulasi bersaing secara langsung dengan pelajar lepasan STPM.

UDM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=cmyuwmidjla&thumb=6

UiTM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=e4ixwdk5hdt&thumb=6

UM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=7bkokjzjljh&thumb=6

UMS – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=6dwzy0x4ozu&thumb=6

UMT – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=czb2gyd27dn&thumb=6

UPM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=7ynqxnmxgjr&thumb=6

USIM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=8vd4mscrjzm&thumb=6

USM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=5e0aoorytjj&thumb=6

UUM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=8mz3ky0nm5m&thumb=6

Bidang Pendidikan (Keguruan)

UPSI – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=7lyo3l3s2om&thumb=6

UUM – http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=1ubyoitl3cl&thumb=6

Sila ambil perhatian kelayakan matrikulasi boleh dari mana-mana aliran, sains mahupun perakaunan. Oleh itu semua pelajar hendaklah sedar bahawa persaingan mencari tempat agak tinggi.

73 gerakbalas-gerakbalas

  1. Salam sifu..Sya ingin meminta pendapat..Dimana kah universiti yg sya patut pilih untuk jurusan perakaunan?… sy juga ingin kluar mnjadi profesional account..Pensyarah uum ada perna dtg kat Kolej matrikulasi labuan kami dan klu tdak silap, sy dgr Kat sana amik degree dlm coz acc dpt jd professional acc klu kuar… x pyh lg kerja 3 thn untuk mendptkan sijil profesional acc..Tapi mslhnya, uum sgt jauh dan sy tdak mmpnyai bajet untk mohon di sana..Ble sifu suggst u mana yg okay slain uum?

  2. Fadhilah,
    Jika awak tahu di mana ada lombong ‘intan’, bukankah lebih baik awak ke sana dan menggali keluar intan itu. UUM it is.

  3. cos apa yg ptt sy smbng dgn pngk sy 2.2???sy ne aliran perakaunan masa di matrik dulu..thanxx

  4. pngk sy 3.08.. mse kt matrik sy ambk perakaunan.. adakh sy lyk utk memasuki bidang perakaunan utk uitm..????

  5. salam..pngk sy hnye 2.2
    cos ape y ptut sye amik agar dterima msuk ke universiti
    kalau sye amik ijazah berkaitan pemakan ok x??
    tolongla sye

  6. salam….
    sya juz nk bagi pendapat je bagi lepasan matrix especially yang amek akaun….lau nk apply degree akaun kat UM or UITM, cgpa lau boleh biar r 3.50 keatas. nie kerana diorg skrg kenakan syarat ketat nk masuk… selain kat UM, UIT, n UUM yang offer degree akaun…. u lain pn ade offer gak macam UPM, UMT, UDM,UNIMAS, UMS n yang terbaru kat UTM. tu yang sya terbaca skrg r…tapi satu je saya nak bagtau nk blajar akaun nie kena kuat semangat n rajin study… untuk pengetahuan sya sekarang blajar degree akaun kat UMT n tinggal setahun je lagi nk abis..so bg yang berminat nk smbg dalam bidang akaun try r apply kat UMT. Walaupun UMT nie still baru tapi dah ramai graduan2 dier yang dapat keje especially bdk2 akaun…

  7. Salam… Kak mariati syarat kemasukan umt dlm kos akaun apa? Sy nak tau… permohonan kos akaun bagi lepasan matrikuasi selain tgk cgpa, adakah dorang tgk keputusan spm juga?….

  8. salam….
    setahu akak r dier tgk yang terkini je mean result matrik r…lau nk tau lebih lanjut try search kat website UMT…www.umt.edu.my.

  9. assalamualaikum…
    sifu,,
    antara asasi(pst) di matrikulasi dgn f6 mana lg baguss pd pendapat sifu..?
    asasi mmg xlama..f6 susah..
    saya dpt tahu lepasan stpm lg senang sambung ijazah(lbh diutamakan)..and pelajar asasi
    terpakse b’saing ngan lepasan stpm…
    biasanya pljr lepasan matrikulasi perlu tnggu berapa lama nak dptkan tawaran smbung degree..?
    harap sifu dpt membantu…

  10. Ichi,
    Okay

    Mariati,
    Terima kasih di atas maklumat tersebut.

    Nia,
    Cuba baca apa komen balas sifu untuk Jazzzchin, http://sifu2b.wordpress.com/syarat-kemasukan-ijazah-sarjana-muda-perakaunan-2008/#comment-4702. walaupun perbandingan Politeknik dengan tingkatan 6, tetapi sifu turut mendedahkan pandangan sifu mengenai kenyataan ‘STPM lebih diutamakan’.
    Pelajar matrikulasi pula. Jika dah tamat 2 semester, maka mereka akan terus sambung ke ijazah. Bezanya iala mereka akan memohon terlebih awal, bulan Februari kalau tak silap. Dalam bulan Mei/jun seperti sekarang ini, pemohon aliran matrikulasi dibenarkan mengemaskini permohonan mengikut kesesuaian prestasi terkini masing-masing. Dengan kata lain, pelajar lepasan matriks tidak perlu tunggu lama. Sebaliknya sambung belajar terus.

  11. assalamualaikum sifu,,,
    sya bru hbs matrik dpt 3.22..kimia A-,fzk B,math B+..

    1.layakkah sya nak cuba apply sains(fizik) uitm?

    2.klau saya ambik cos remote sensing,apa peluang kerjanya??

    3.apa lg bidang2 yg boleh sya terokai?..

  12. morning sifu…ada sy nk tnya…Pngk sy 3.87 kat matrik..sy nk lanjutkn pljaran di UMS..klau sy ambil kursus perakaunan, slain jadi akauntan,ada lagi ka peluang pkerjaan lain?? klau nk keja kat bank ataupn sektor kerajaan, apa kursus paling sesuai??? pengurusan kewangan dan perbankan ka?? ataupun ekonomi kewangan?? thanx a lot sifu….

  13. salam

    saya pelajar jurusan hayat di matrik. bru ini, saya dapat pointer 3.41 shj. layakkah saya untuk memohon kursus fisioterapi di uitm atau dietetik di upm? berapa besarkah peluang saya untuk dapatkan di antara 2 kursus tu?

  14. Iszaty,
    maaflah, kalau hal itu, sifu langsung tak tau. Sila rujuk kaunseling di matriks atau hubungi terus UiTM.

  15. Nia,
    Anda sudah pasti LAYAK memohon, tetapi anda sudah tentu mengetahui persaingan yang sedang berlaku. Jika kebetulannya persaingan tertinggi adalah 3.41 juga, maka sifu percaya anda akan dapat tempat, sebaliknya jika majoriti pemohon adalah dengan kualiti lebih baik dari anda, maka peluang anda menipis. Sifu harap anda turut memohon bidang lain yang kurang persaingan supaya anda tidak terkecewa berpanjangan.

  16. slm sifu.
    ni 1st time sy kat cni.
    sy amt tertarik dgn komen2 n nsht yg sifu berikan.
    hrp2 sifu jgk bole tlg sy.

    sy bdk lepsn matrix 08/09 br nih.
    amik jurusan akaun n dpt result pun alhmdulillah. 3.65..
    x de la hebat sgt mcm kwn2 sy yg len.
    tp sy p’caye ni sume ade hikmahnye.

    nk tanye sifu.
    course akaun di um n uitm mane lebih bgus @ mane yg patut sy amik base on my recent result???
    sy dilemma.

    lg 1 mslh. sy pun sebenarnye, x tau sejauh mane sy minat dlm perakaunan nih.
    tp yg sy tau cikgu,kwn2 n pensyrh sume ckp im able to do accntg.
    sy takut sgt sy buat pilihan yg slh utk degree nih!!
    kadang penah t’pkir ” am i going to do account 4 d rest of my life? ”..
    smpai mcm tuh skali..

    n ade org ckp um die x pndg sgt bdk2 matrix. is it true?
    klu pndg pun bdk2 4 flat je. sy pun x tau la nk p’caye ke x.
    uitm pulak. org ckp sosial sgt.
    pening sy!
    dlm upu sy, ade jgk letak uum.
    tp parents sy nak sy pegi yg dekat2 je.
    sy kat selangor.
    dierg sgt berhrp sy dpt uitm shah alam @ um.
    dlm choices tuh, ade jgk letak finance n islamic bnking.
    but my dad nk sgt sy amik accntg.

    hrp sifu bole tlg sy a.s.a.p..
    thanx a lot! :)
    n sorry 4 d long comment.

  17. Damsel, I already answer your question here.

  18. assalamualaikum….SIfu
    saya akan mengmbil spm thun ini….saya nak amek bidang perakaunan di metrik nanti…tp, bleh sy mntak pndngan sifu..antara metrik,asasi, n diploma, mane yg lbeh ok??

  19. ENia,
    Sifu berpendapat ketiga-tiganya amat sesuai dengan anda yang bercita-cita tinggi. Matriks best, sebab ia program fast-track, dapat tajaan KPM, elaun sara hidup lumayan dan sebagainya. Diploma gerenti mesti habis 3 tahun, tetapi lepas tamat diploma dah boleh cari kerja dah jika mahu kerja dahulu sebelum sambung belajar. Asasi sama je dengan matriks, tetapi semua program asasi dikendali oleh pihak IPTA berkenaan. Matrikulasi KPM dikendali oleh KPM.
    Kesimpulan, sifu suka jika anda masuk asasi atau matriks-mana satu yang dapat dahulu.

  20. oo..mcm 2 yer….em ok lah…tp result pun kena gempak ty…

  21. thanks ya……

  22. erm apakah kelayakkan bagi pelajar matrikulasi untuk memohon upu?

  23. Wani,
    Mudah aja, tamat belajar matrikulasi dengan jayanya.

  24. salam..
    sye nak tye pendpt dr sifu..
    actually sye dpt twrn jpa utk wat alevel of accounting 2 taun..
    sye nak tahu pe subjek yg akan diajar n pe kebaikan alevel ni,,
    sekian terima kasih

  25. Adilah,
    Minta maaf ya, sifu tak tahu langsung berkenaan A-level secara terperinci. Walau bagaimanapun, A-Level tu bolehlah dianggap sebagai program pra-ijazah juga, dan dari segi teknikal serupa dengan matrikulasi dan asasi. tetapi A-level itu sudah jelas untuk kelayakan belajar ke luar negeri. Adakah awak pemohon PILN?

  26. salam sifu

    sy pelajar lepasan spm 2005 dan telah bekerja lebih dr 3thn layak x saya nk trus sambung peringkat ijazah dlm pengajian jarak jauh?

  27. Ary,
    setahu saya untuk masuk ke IPTA sepenuh masa mesti telah bekerja 5 tahun atau lebih. Tetapi berkenaan pembelajaran Jarak Jauh, kurang pasti pula. Apa kata awak telefon OUM atau UiTM atau UKM atau UPM dan tanyakan mereka tentang hal tersebut.

  28. Sifu, saya adalah lepasan Ijazah Pengurusan Harta Tanah.Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, saya adalah lepasan matrikulasi dalam bidang perakaunan.Saya terpaksa mengambil Ijazah tersebut di sebabkan saya risau sijil matrikulasi saya tidak laku.Saya belajar selama 4 tahun & menghabiskan masa dalam bidang yang saya tidak minati.Apa pendapat sifu, kalau saya mengambil ijazah semula dalam bidang Perakaunan?Di manakah harus saya memohon? kerana kebanyakkan IPTA untuk kemasukan Dec 2010 hanyalah mengambil pelajar sepenuh masa.Apa perlu saya buat sifu?Saya ingin sangat bekerja dalam bidang yang saya minati. :(

  29. hai… i dah complete my spm i gt A dlm akaun tapi i dah masuk buat LCCI.. apakah patut i buat selepas habis LCCI

  30. salam sifu..
    nk mtk pndpt sifu..
    tahun nie sy ambik spm dlm pure science
    tp,sy fikir sy nak ambik perakunan untk masok matrik nanti walaupun tdk tahu basic dlm bidang nie.boleh ker????
    so,matrik mne yg patot plih untk jrusan perakunan???

  31. salam ,sy dahulukan dengan ucapan terima kasih ,

    saya benar-benar berada dalam keadaan tertekan .
    ceritanya mcam ni ,tahun 2004 saya dapat keputusan 7A2 4B3 dan 1C5 dan kemudian di matrikulasi 2005/2006 sy mendapat pngk 3.575 ( aliran sc fizk )dan 2006 – 2007 telah lanjutkan pelajaran ke USM (degr in mechatronic eng) tetapi oleh kerna tidak mendapat tajaan jpa sy jadi patah hati dan keluar dari USM pada akhir pertengahan 2007 dan masuk ke diploma in IT ( dpat tajaan ) hingga sekarang 2010 dan dijangka graduate pada bulan 12 2010 ni .tetapi sy baru dapat tahu yg diploma saya tidak DIIKTIRAF ,saya terasa ingin terjun bangunan sahaja ..tolonglah saya benar-benar buntu ..saya tidak tahu ingin berfikir lagi ..adakah saya masih boleh menyambung pengajian ke bidang ijazah dalam bidang akauntan melalui matrikulasi ?Memandangkan umur saya telah mencecah 23 tahun pada julai yang lalu ..tolonglah sy benar-benar inginkan nasihat dan pandangan dari sifu ..

    spm result

    BI A2
    BM A1
    SJ A2
    PQS A2
    PSI A2
    MATH A1
    B.ARAB T A1
    FZ B3
    KM B3
    BIO B3
    ADD MATH B3
    EST C5

  32. fadli :
    salam ,sy dahulukan dengan ucapan terima kasih ,
    saya benar-benar berada dalam keadaan tertekan .
    ceritanya mcam ni ,tahun 2004 saya dapat keputusan 7A2 4B3 dan 1C5 dan kemudian di matrikulasi 2005/2006 sy mendapat pngk 3.575 ( aliran sc fizk )dan 2006 – 2007 telah lanjutkan pelajaran ke USM (degr in mechatronic eng) tetapi oleh kerna tidak mendapat tajaan jpa sy jadi patah hati dan keluar dari USM pada akhir pertengahan 2007 dan masuk ke diploma in IT ( dpat tajaan ) hingga sekarang 2010 dan dijangka graduate pada bulan 12 2010 ni .tetapi sy baru dapat tahu yg diploma saya tidak DIIKTIRAF ,saya terasa ingin terjun bangunan sahaja ..tolonglah saya benar-benar buntu ..saya tidak tahu ingin berfikir lagi ..adakah saya masih boleh menyambung pengajian ke bidang ijazah dalam bidang akauntan melalui matrikulasi ?Memandangkan umur saya telah mencecah 23 tahun pada julai yang lalu ..tolonglah sy benar-benar inginkan nasihat dan pandangan dari sifu ..
    spm result
    BI A2
    BM A1
    SJ A2
    PQS A2
    PSI A2
    MATH A1
    B.ARAB T A1
    FZ B3
    KM B3
    BIO B3
    ADD MATH B3
    EST C5

    Awak belajar Diploma in IT di mana? Uni. Sains Malaysia P.Pinang atau Kelantan. Atau awak belajar di IPTS?
    Soalan mohon semula guna matriks tidak relevan buat perbincangan kita kali ini.
    Apa yang perlu awak perjuangkan ialah kenapa awak belajar DIP. IT dengan BIASISWA (kerajaan?) tetapi tiada pengiktirafan.
    Apa maksud awak pengiktirafan? Pengiktirafan MQA (LAN) atau JPA? Sila jelaskan.
    Sifu cuba cari program awak tetapi jenuh mencari tak jumpa di google. USM tak ada pun tawarkan Diploma. Sila nyatakan lebih terperinci tentang program itu dan IPTA/S yang berkaitan.

    Oh ya, tolong jangan terjun bangunan.

    Nanti sifu cari maklumat tentang ‘expiry date’ sijil matriks awak.

  33. sy belajar di salah sebuah institut latihan kemahiran awam.sudah tidak ada apa untuk dikatakan lagi kerana isu pengiktirafan jpa terhadap DKM sudah lebih 10 tahun ,even graduan DKM untuk diterima masuk ke SPA adalah hampir mustahil .untuk sambung dimana-mana ipta juga berdasarkan pengalaman senior juga adalah hampir mustahil.

    sya berada dalam keadaan tertekan hari-hari kerana selama ini 3 tahun berlalu tanpa saya mengetahui keadaan sebenar status pengiktirafan jpa terhadap program-program diploma kemahiran.sy sudah tak ambil tahu pasal diploma ini ,cuma mahu habiskan sahaja.

    apa yang saya harapakan ialah, sifu dapat tolong cadangkan/beritahu saya apa yang boleh saya buat dengan keputusan spm dan matriks saya ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kalau boleh untuk kemasukan 2011/2012.
    adakah masih ada peluang untuk saya sambung? ataupun perlu untuk saya ulangi matriks atau ambil stpm??

    ini link untuk sifu rujuk bagi nak menjelaskan lagi keadaan tempat saya belajar sekarang. ( http://www.facebook.com/topic.php?uid=189587123916&topic=12726&start=30&hash=a8bd35ce037cdf3c73c12a775a2e029f )
    terima kasih sifu kerana ambil berat terhadap pelajar malang seperti saya ..

  34. Fadli, adakah anda pelajar remaja atau dah berumur. Dah berapa tahun bekerja, dalam bidang apa dan menggunakan kelayakan apa?

    dari kenyataan di atas, awak memiliki SPM dan sijil Matrikulasi. Tahun bila tu?
    Saya telah melayari lamanweb rasmi CIAST, http://www.ciast.gov.my dan cuba memahami beberapa perkara berkaitan dengan organisasi tersebut.

    Setakat ini ia tidak lebih dari pusat latihan yang ditubuhkan hasil usahasama dengan pihak JICA. Kursus ditawarkan juga agak spesifik untuk kemahiran tertentu. Saya agak hairan kenapa JPA tidak mengiktiraf diploma dari CIAST, tetapi bagaimana pula dengan pengiktirafan Swasta? Majikan swasta adalah lebih besar daripada majikan Awam. Maka pengiktirafan pihak swasta juga dipentingkan.

    Apa-apapun, jika anda benar-benar berminat mengikuti ijazah, anda tak semestinya fokus kepada IPTA semata-mata. Kita ada juga IPTS. Juga ada OUM, yang sebenarnya boleh menggunakan laluan fleksibel iaitu berdasarkan PENGALAMAN BEKERJA sekurang-kurangnya 5 tahun dan hanya SPM untuk ke ijazah yang sesuai. Malahan pengambilan dilakukan sepanjang tahun. Cuma lagi, ada perlulah juga mengesahkan sama ada program ijazah/sarjana muda mana yang sesuai di OUM buat anda dan adakah pengiktiranf MQA ada diberi bagi program itu.

    Rujukan untuk anda baca:
    http://www.mqa.gov.my/garispanduan/Garis%20Panduan%20Kriterian%20dan%20Standard%20Program%20Diploma%20Eksekutif.pdf

    http://www.oum.edu.my/oum/index.php?c=oum&v=art_view&domid=1&parent_id=37&cat_id=179&art_id=354&lang=eng

    PERAKUAN MQA terhadap program OUM – http://www.mqa.gov.my/mqr/english/eakrKPList.cfm?IDAkrIPTS=191

    Tetapi jika anda masih hendak juga belajar di IPTA, dan jika benar perjuangan DIploma anda tidak diterima sebagai syarat kelayakan masuk ke ijazah, maka laluan mengambil peperiksaan STPM mungkin sesuai. Tetapi harus diingat, bahawa mulai tahun pengajian 2011 (tahun depan), pelajar baru tingkatan enam rendah (atau Pra-u) akan mula mengikuti sistem semester dan akan menduduki peperiksaan STPM sebanyak 3 kali (secara peringkat mungkin). Oleh itu, saya kurang pasti sama ada calon persendirian masih dibenarkan atau tidak. Sila rujuk pihak Majlis Peperiksaan Malaysia berhubung perkara ini.

    Semoga anda berjaya membuat keputusan yang berpihak kepada anda.

    Tambahan : Sila baca fail Powerpoint di bawah:
    http://ubk-bantura.weebly.com/uploads/2/6/8/0/2680817/taklimat_kemasukan_upu.ppt
    nota : sila ambil perhatian slide 49. Mungkin maklumat ini dah lapuk. Oleh itu please hubungi MOHE, bagaimana prosedur untuk lepasan SPM + pengalaman kerja 5 Tahun ke IPTA.

  35. Mohd Syahir b Abd Rahim

    SIFU, saya inginkan pandangan sifu. Saya pelajar ting. 4 aliran sains teknikal. saya mengambil subjek perakauan, add math, fizik dan kimia. Terlalu berat otak saya untuk menguasai subjek ini. saya bercadang untuk tukar aliran pada tahun hadapan, ambik perakaunan, add math dan ekonomi asas. saya rasa dengan gugurnya subjek fizik dan kimia, saya boleh beri tumpukan. saya mungkin terlambat buat keputusan, tetapi itu lebih baik kerana saya memang lemah dalam subjek aliran sains. apa komen sifu?? terima kasih..

  36. atiqah nadia ahmad badri

    salam. sifu, saya berada di jurusan perakaunan pada peringkat matrikulasi.pointer saya pada sem 1 adalah 3.75..saya keliru bidang apa yang perlu fokus untuk menempatkan saya di ipta. tak lama lagi saya perl mengisi pemohonan upu..saya masih dalam dilema dalam pemilihan jurusan dan universiti..apa pendapat sifu?

  37. Kalau saya dpt poin 3.2, jurusan sains hayat.jurusan apa dan universiti yg saya layak

  38. Saya berminat utk menjadi pensyarah.Berapa pointer yg saya perlu target utk meluluskan kerjaya saya mnjadi sbg seroang pensyarah.Kos yg saya ambil ialah sains hayat.

  39. Anak saya di matrik akaun.nak abis bulan april nanti.untuk sem 1 dia dpt 3.32.Anak saya amat berminat nk jd guru.U mana yg anak saya kena pilih.

  40. Salam..Saya mempunyai 2 orang anak di politeknik.Skrg sem 6.mrk akn abis pd bulan 4 nanti.mrk dah ambik MUET sebgi persediaan nk msuk U.bulan April ni abis bljr.mrk akan pohoh U dg result sem 5 kerana permohonan U kan dibuka pd januari.soalan saya,apakh kemungkinan mrk akan dapat?seorang bljr jurusan diploma kejuruteraan awam dg kputusan 3.33 dn seorang jurusan kejuruteraan elektrik kuasa dg keputusan 3.94.dan U mana kh pilihan yg paling tepat pilihan mrk?tk

  41. saya nak tau kat uitm acca bik berapa tahun??
    dalm 4 tahun leh x saya bik acca??
    saya lepasan matrik…

  42. shidah :
    saya nak tau kat uitm acca bik berapa tahun??
    dalm 4 tahun leh x saya bik acca??
    saya lepasan matrik…

    Shidah hendaklah merujuk secara langsung ke laman sesawang UiTM. Maklumat yang anda cari ada di sana.
    Persoalannya, ADAKAH sijil matrikulasi boleh digunakan untuk memohon masuk ke program profesional tersebut? Jawapannya juga ada di sana.

    Semoga berjaya

  43. nik nurfarzieha

    apakah kelayakan bagi seseorang yang mendapat keputusan gred d bagi matapelajaran b.inggeris dan universiti yang manakah yang paling layak untuk saya.saya juga ingin mengetahui bidang yang layak untuk saya.untuk pengetahuan tuan/puan subjek mate dan +mate saya bagus,saya mndapt A dan B+,tolang saya……………………….

  44. syakir lan dagang

    assalamualaikum..
    betul ke sye dgr kbnyakan universiti lebih mengutamakan pelajar2 dri lepasan stpm??

  45. assalamualaikum..betul ke lepasan matrikulasi perakaunan boleh mengambil CIMA ?

  46. di mana pelajar luar negara bole sambung belajar di malaysia kerana tiada kelulusan SPM?

  47. sy mendapat pngk 3.79..layak ke sy mohon ijazah perakaunan uitm?

  48. Salam sifu,
    saya pelajar lepasan matrikulasi 10/11 dan saya tidak tahu untuk membuat pilihan ke universiti yang mana harus saya pilih. result matrik saya tidak lah begitu membanggakan hanya berjaya mendapat 2.86 sahaja ini kerana result sem satu tidak berapa bagus. saya mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap akaun. jadi saya meminta pendapat sifu sama ada patut kah saya melupakan minat saya ?? atau meneruskannya? kalau saya perlu menerusakannya universiti manakah yang akan mengambil saya?? dengan yang result yang teruk itu?
    Saya berharap sifu dapat membantu saya.
    Terima kasih

  49. saya dpat 4flat di matrik, so pening nak pilih um atau uum pilihan pertama utk isi upu, apa benefit acc di um dan uum? tolong bantu saya sifu, upu dah nak tutup, saya buntu :(

  50. salam, soalan saya, adakah saya berpeluang utk mndpt tmpt di UTM dan UMT dlm perakaunan? saya pelajar lepasan matrik 10/11 perakaunan, dan result saya 3.19 je.

  51. salam sifu ,
    saya pelajar lepasan spm 2010, saya ingin meminta pandangan dan nasihat sifu.
    1.saya belajar sementara di tngkatan 6
    2.dapat tawaran ke politeknik dalam bidang diploma kejuruteraan mekanikal automotif
    3. dapat tawaran kolej risda dalam diploma perakaunan

    sifu, saya pelajar dari aliran perdagangan dan result spm saya tidaklah cermelang hanya mendapat
    1a-,3b+,3c+,2d . saya minat dalam bidang perakaunan sejak saya di tingkatan 3.tetapi saya mempunyai beberapa kekangan dalam membuat keputusan memilih kos yang saya minati, memandang keputusan saya hanya serdahana dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta.untuk pengetahuan sifu saya ini agak kurang sedikit disiplin masa dan agak pemalas tahap serdahana .apakah saya boleh memilih bidang perakaunan sebagai kerjaya ? sifu, saya juga meminati automotif sebagai hobbi saya ..
    saya juga dapat tahu bahawa peluang untuk ijazah lepasan stpm adalah cerah tetapi kena capai sekurang2nya pngk 2.7something, lebih tinggi pngk lebih cerah peluang kita .tetapi ramai juga mengata bahawa stpm ni payah dan ramai juga mengatakan sebaliknya..

    soalan saya..
    1.pada pandangan sifu apakah perkara yang patut saya pertimbangkan?
    sama ada mengambil stpm atau memilih antara dua tarawan bidang diploma
    2.boleh ke sekiranya saya memilih kolej risda untuk bidang perakaunan dan meneruskan ke peringkat ijazah di mana-mana ipta?
    3. apa nasihat dan pandangan sifu mengenai kekangan yang saya hadapi sekarang?

  52. salam..sy nak tnye…uitm puncak alam ade tawarkan program ijazah perakaunan tak?

  53. assalamualaikum..
    saya pelajar lepasan matrik ingin bertanya sifu.. saya amat berminat untuk melanjutkan pengajian saya dalam bidang perakaunan..
    saya telah memohon UUM, UPM dan UTM untuk kemasukan dalam ijazah perakaunan..
    pada pendapat sifu, adakah saya layak dengan mendapat PNGK 3.26..
    adakah dia mengambil kira keputusan SPM sekali..??
    harap maklum..terima kasih :)

  54. salam…..software apa yg penting untuk diketahui dlm bidang perakaunan…apa yg perlu sy lakukan utk menjadi seorang akantant yg profesional dan bertauliah (akauntant yg diiktiraf)…
    sekian terima kasih…

  55. Salam, sy nak tanye kpd sifu..sy mendapat result SPM 5A 2B 2C pada tahun 2003. Slps itu sy melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dan mendapat CGPA 3.73 dlm bidang sains fizikal pada tahun 2006..selepas itu saya tidak melanjutkan ke mana2 IPT disebabkan masalah kewangan..skang, sy teringin untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA..adakah sijil matrikulasi sy masih laku atau sy terpaksa memohon menggunakan result SPM? Tlg bantu sy…

  56. sifu, saya mmg tengah buntu ni.. saya pelajar aliran sains tulen dan langsung xde basic tentang akaun.. boleh x kalau saya ambik jurusan akaun mase kat matrikulasi nanti? saya nak ambik jurusan akaun kat matrikulasi sebab saya x yakin saya dapat utk blaja sains time kat matrikulasi nanti sebab saya x brape minat ngn sains ni and time kat matrikulasi nanti, ade x diorg ajar tentang basic akaun?

  57. saya belajar jurusan perakaunan . berapa kepujiaan perlu saya dapatkan untuk ke pringkat lebih tinggi(universiti) dan apa perlu saya mohon selepas spm(universiti atau institusi pengajian mana)???

  58. salam..
    nk tye,saya dak lepasan srjana muda…skg nie berminat nk mlnjutkn pelaran dlm sarjana muda perakaunan dgn menggunakan result mtrix 2005/2006 boleh atau x?…

  59. salam sifu,
    saya pelajar matrikulasi 2011/2012..
    saya ingin bertanya…
    kenapa perakaunan utm tidak di senarikan??
    bukankah utm menawarkan juga bidang perakaunan??

  60. salam..
    sy matrix student modul aliran sains fizikal
    nk tanya ,bleh x law sy nk ambil degree perakaunan sdg kn sy aliran sc kat matrix…
    & adakah keutamaan di berikan kpd matrix student aliran akaun?
    sy risau jika sy apply ,kmgkinan utk dpt agar sukar….

  61. salam ada spe2 ley tlog x!!!!!
    nak twu apw syarat kemasukan ke matrix lar

  62. sakiranye pelajar itu di pileh untuk kemasukan kolej metrik pada 2012 ini dan lulus dgn jayanye kelak dan dia tidak berhasrat untuk meneruskan pelajaran di dalm bidang perakaunan,apa kah lagi pilehan yang ada,harap dapat tunjuk ajar……..(mak pelajar warga mas)

  63. salam makcik hajjah munah..

    kalau anak makcik masa belajar di matriks dia ambil pelajaran akaun, tp di akhir pembelajaran di matriks dia tak minat lagi nak ambil akaun, di akhir semester matriks, anak makcik akan mengisi satu borang kemasukan universiti iaitu borang UPU. di situ anak makcik boleh pilih 6 jurusan yg dia minat. kalau result dia bagus dan berkelayakan, dia akan dipanggil untuk masuk ke universiti pilihan dia.. sekian, harap membantu.

  64. salam sifu degree kewangan dan perbankan, boleh digunakan untuk calon stpm yang ambik pengajian perniagaan dan ekonomi tak???? sebab saya nak ambik bidang yang tak pure akaun

  65. assalam :)
    saya dapat tawaran ke matrik .saya ambil jurusan perakaunan. saya nak tanya, boleh tak nanti saya nak sambung degree dalam kos sains ?
    tolong bagi jawapan. tq :)

  66. salam,, saya merupakan pelajar yang tiada basic akaun semasa di sekolah menengah.. apa pendapat sifu jika saya mengambil aliran akaun di matrik,, adakah saya boleh catch-up dgn fast-learning matrik..??

  67. salam.. :D
    Nk tnya klu saya lepas matrik,tapi kputusan x berapa ok..adakah saya akan tmbah lg satu tahun?atau saya kene lelong?
    terima kasih..*-*^

  68. saya lepasan spm2011 dapat masuk matrik aliran sains
    (lupa nk bgtau)

  69. salam para penjawab soalan ini…saya jadi binggung..selepas gagal layak ker matric perakaunan yg saya idamkan sekian lama…saya kongsikan result saya bersama penjawab soalan ini….BM=B…BI=D…P.ISLAM=B+….SEJ=A-…MATE=A…..SAINS=A….ADD MATE=B…..AKAUN=A….EKONOMI ASAS=C+…..dimana silapnya….lantas…saya membuat rayuan buat matric perakaunan…..dan persoalannya…ade ker rayuan buat matric perakaunan…..andai kata tiada dan andai kata saya tidak layak dalam rayuan…maka,terkubur lah harapan yg saya inginkan….why..why…why…memerlukan jawapan bernas….terima kasih

  70. fatiha halim

    salam sifu..saya lpasan matrik saya na sgt kos akaun ni tp sya takut x dapat sb mse spm bi sye d..pntr sy hnye 3.53..agk2 sye dpat x kos akaun d mana2 u…:(

  71. Hi there mates, how is everything, and what you want to say
    regarding this paragraph, in my view its really awesome in support of me.

  72. NOR FARHANA MAT ROZI

    salam sifu,bleh cadangkan kos yang terbaik kt sy??..buntu..

  73. Susah juga nak sarankan dalam keadaan tak pasti apa yg awak dah pohon, kecenderungan awak dan keputusan SPM 2013 awak.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 139 other followers

%d bloggers like this: