Komunikasi Guru-Murid Umum

Soal-jawab antara anda dengan penulis blog ini, mahupun dengan guru Prinsip Perakaunan lain.

Tetapi perkataan seperti “Tolong buatkan tugasan” atau yang serupa dengannya akan dibuang dari ruangn komen.

  1. Ogos 3, 2010 at 6:35 pm | #1

    S: Apakah perniagaan yang harus saya pilih?
    J: Pilih jenis perniagaan yang anda paling biasa atau boleh mengagaknya. Pengalaman terdahulu mungkin boleh membantu. Contohnya jika anda pernah mengikuti ibu bapa membeli perabot, maka mungkin perniagaan perabot lebih sesuai.
    Juga, jika anda masih buntu, cuba cari soalan SPM tahun-tahun lepas dan lihat soalan 1. Mungkin ia boleh memberikan anda sedikit idea tentang perniagaan tertentu, bentuk invois dan dokumen lain serta jenis dan jenama barang niaga yang diguna pakai dalam pembinaan soalan.

  2. Ogos 3, 2010 at 6:40 pm | #2

    S: Bolehkah saya menggunakan nama jenama sebenar?
    J: Boleh kecuali dilarang oleh pihak sekolah, tetapi untuk menunjukkan kreativiti pelajar, tidak salah jika anda cipta jenama barang niaga itu sendiri. Sifu juga cadangkan bagi sesiapa yang memilih menjalankan perniagaan menjual komputer supaya mendapatkan seberapa banyak brosur barangan komputer seperti netbook, notebook, desktop dan sebagainya supaya anda dapat mengetahui harga dan spesifikasi barang niaga itu. Malahan ia boleh disimpan ke dalam fail tugasan sebagai bahan tambahan walaupun ia tidak mendatangkan markah tambahan.

  3. Ogos 25, 2010 at 11:59 am | #3

    S: Bagaimana merancang urus niaga yang sesuai?
    J: Fokus dahulu kepada urus niaga bekaitan dengan pemiutang/pembekal dan penghutang/pelanggan dahulu. Bayangkan bagaimana barang niaga itu bergerak secara fizikal dari Pembekal ke Pelanggan. Juga rancang pembayaran dan penerimaan bayaran bagi setiap pembekal dan pelanggan tadi. Jika sukar, hanya berikan 1 jenis barang untuk 1 pembekal dan pelanggan hanya beli 1 barang juga. Mengikut pemerhatian cikgu, anda akan dapat mencipta urus niaga berikut:
    a. Pembekal – setiap 1 pembekal sekurang-kurang 1 BELIAN DAN 1 pembayaran. Nak tambah bilangan UN untuk pemiutang tersebut, lakukan pembayaran 2 kali. Jika terima diskaun, maka anda sudah ada 1 UN berkaitan hasil.
    b. Pelanggan – setiap 1 pelanggan boleh memberi sekurang-kurangnya 1 JUALAN dan 1 Penerimaan wang. Nak tambah bilangan UN untuk penghutang tertentu, lakukan penerimaan wang separuh-separuh. Jika nak diskaun diberi, maka anda sudah peroleh 1 UN Belanja.

  4. Ogos 25, 2010 at 12:00 pm | #4

    S: Dimana nak letak DISKAUN DIBERI dan DISKAUN DITERIMA?
    J: Ia tertakluk kepada sifat dan tanggapan peniaga terhadap urusniaga tersebut. Walaupun sukatan terkini mencadangkan Diskaun Diberi dan Diskaun Diterima ditulis di bawah Komponen Kos Jualan dan Jualan Bersih, adalah tidak salah jika Diskaun Diberi diiktiraf sebagai Belanja dan Diskaun Diterima diiktiraf sebagai Hasil perniagaan. Ini berbalik kepada konsep dan prinsip materialiti dan pemadanan.

    Sebagai contoh, jika anda adalah peniaga perabot dan anda membeli komputer. Komputer itu adalah aset dan urusniaga tersebut berkaitan perolehan aset. Bagaimana jika anda membeli komputer secara kredit dan selepas menjelaskan Invois berkaitan aset komputer itu, anda menerima Diskaun tunai? Di manakah patut Diskaun Diterima itu dicatat? Adakah ia mesti ditolak dari Belian sedangkan ia adalah diskaun diterima disebabkan oleh pembelian Aset bukan semasa. Sebenarnya, dalam hal ini, diskaun diterima itu mestilah dicatat di bahagian HASIL Bukan Kendalian (bahagian akaun untung dan rugi).

    Oleh itu, sifu percaya anda masih boleh menggunakan mana-mana komponen yang sesuai selagi ia mematuhi prinsip pemadanan dan kematerialan.

  5. September 28, 2010 at 10:43 pm | #5

    S: Bagaimana nak sediakan Stok Akhir?
    J: Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
    a. Kumpul semua kad stok yang ada. Semak ketepatan rekod keluar dan masuk barang niaga yang tercatat.

    b. Cari Nilai Stok dalam sebutan RM iaitu dengan mendarabkan baki barang belum terjual dengan kos seunit. Ia merupakan nilai stok bagi barang tersebut.

    c. Lakukan langkah b. di atas bagi setiap kad stok (jika lebih dari satu jenis barang niaga).

    d. Sediakan PENYATA MENGIRA STOK AKHIR PADA TARIKH AKHIR BULAN TERSEBUT. Format di bawah mungkin sesuai digunakan.
    ———————————–
    PENYATA MENGIRA STOK AKHIR
    BAGI BULAN BERAKHIR 30 OGOS 2010

    Kerusi model XX132234 RM 2300
    Kerusi model YY342A1 RM 1900
    Almari model Z765QQ1 RM 9000
    ——-
    JUMLAH STOK AKHIR RM13200
    =======

    Maka nilai stok akhir RM13200 akan ditulis dalam Akaun perdagangan dan juga dalam Kunci Kira-kira (Aset Semasa).

  6. Ana
    November 22, 2010 at 2:49 pm | #6

    .

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers