Etika Guru sebagai Pentaksir di Sekolah

Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh kita semua:

  1. Sentiasa membimbing pelajar, setiap individu pelajar.
  2. Komunikasi dengan pelajar biarlah jelas – apa yang perlu mereka lakukan dan sebagainya.
  3. Sanggup menambah waktu di luar waktu mengajar.
  4. Kepada pelajar yang diberi kebenaran menyelesaikan sebahagian tugasan di luar bilik darjah, pastikan pemantauan dan penilaian dibuat dengan lebih teliti – pastikan pelajar itu memang benar melakukannya sendiri dan bukannya oleh orang lain.
  5. Jujur dalam pemberian markah. Markah diberi sesuai dengan kualiti tugasan pelajar.
  6. Jujur dalam penilaian tugasan pelajar. Pelajar mesti dinilai setiap minggu, bukannya di minggu terakhir semata-mata.
  7. Jujur dengan pihak LPM – tidak ada istilah markah terbang atau markah percuma.
  8. Menyimpan bukti (evidens) tugasan pelajar di tempat selamat – selepas selesai 8 minggu.
  9. MENJAGA INTEGRITI DIRI GURU SENDIRI – boleh dipercayai oleh LPM sekaligus bermakna gred pelajar dapat diterima.

Setakat  ini itu sahaja yang terfikir oleh saya. Jika ada tambahan atau cadangan atau bantahan, sila tinggalkan komen anda.

  1. fatin
    Ogos 28, 2010 at 7:40 am | #1

    sifu,,guru sy kurang membimbing kami,,,,cikgu tersebut juz beri briefing ringkas jer..cam ne??

  2. Ogos 28, 2010 at 1:34 pm | #2

    Fatin,
    Cam ne? Kerap jumpa cikgu awak tu. Tunjukkan setakat mana awak dah buat dan mohon semakan dan pembetulan. Itu yang saya lakukan dengan anak murid saya.
    Itu tanggung jawab kami semua untuk bimbing pelajar secara individu mahupun berkumpulan.

  3. apa
    September 26, 2010 at 12:09 am | #3

    cikgu….klo keja kusus x siap….ape akibatnye nanti??

  4. September 28, 2010 at 10:08 pm | #4

    apa :

    cikgu….klo keja kusus x siap….ape akibatnye nanti??

    Tak taulah apa akibat SEBENAR-BENARNYA. Kebanyakan guru juga masih keliru, termasuklah saya.

  5. Oktober 10, 2010 at 8:17 am | #5

    Berikut adalah salinan pos saya di dalam blog Cgnarzuki.com. Ianya tidak lebih untuk muhasabah diri dan dikongsi dengan guru-guru akaun lainnya:
    —–
    Salam,
    Sepatutnya tempoh masa menyiapkan TUGASAN 1 KERTAS 3 SPM 2011 telah selesai iaitu 1hb Ogos hingga 30hb September 2010.
    Tempoh lanjutan rasmi yang boleh diberikan oleh guru hanyalah dari tarikh 1hb – 7hb Oktober 2010, iaitu menggantikan MINGGU CUTI SEKOLAH 1 minggu. Bagi sekolah yang ambil cuti Hariraya tambahan, mungkin boleh dilanjutkan ke 14hb. Oktober kerana pelajar anda tidak hadir ke sekolah selama 2 minggu. Itupun mengikut arahan pihak LPM sebenarnya, sepertimana kami pernah dimaklumkan lebih awal semasa menghadiri mesyuarat guru-guru akaun dengan LPM Julai lalu.
    Sekolah kami sendiri dah selesai menerima fail-fail tugasan 1 pelajar/calon SPM 2011 dan mula menyemak ‘FINAL’ untuk meneliti kesilapan pelajar dalam mana-mana elemen. Pelajar sepatutnya boleh mencapai gred A, tetapi diharapkan semua guru terbabit menyemak dengan teliti semua tugasan 1 pelajar kerana ia amanah buat kita semua.
    Untuk pengetahuan semua guru, pentaksiran mingguan juga dilakukan ke atas setiap murid (yang hadir ke sekolah), Apa yang diharapkan ialah pelajar membuat pembetulan yang dicadangkan guru, dan jika kesilapan yang sama/hampir sama masih wujud, maka guru tidak ada pilihan melainkan menurunkan gred dari A ke gred B atau lebih rendah.
    Diharapkan Kertas 3 ini tidak ada kepincangan taksiran sehingga memungkinkan ia ditolak oleh pihak LCCI. Dengan kata lain, janganlah ada kes ‘sabotaj’ tak sengaja dilakukan oleh mana-mana pihak pentaksir sehingga penilaian gred yang kita beri tak di’perkenan’ oleh pihak LCCI,. Pihak LPM dah berjuang untuk mendapat pengiktirafan LCCI, bagi ketiga-tiga kertas demi pelajar SPM, maka janganlah pula ia ditarik balik kerana kecuaian di mana-mana peringkat. Kertas kita ini unik, kerana ia melibatkan pihak Pentauliah Antarabangsa, berbanding tugasan subjek-subjek PMR/SPM yang lain yang hanya melibatkan pentaksiran dalaman untuk PMR/SPM.
    Maafkan saya jika ada salah bahasa di dalam komen ini, terutama kepada pemilik blog ini, Cikgu Narzuki kerana menulis ‘peringatan’ ini di dalamnya tanpa kebenaran awal.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers